UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA HUBUNGAN PERSEPSI FAKTOR ORGANISASI DENGAN KEPUASAN KERJA KAKITANGAN JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK ROSLI BIN ARUP FPP

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTEGRASI KEFAHAMAN BERAGAMA DALAM AMALAN KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERASASKAN KOMPUTER DI MAKTAB PERGURUAN. Oleh NIZAM BIN ABD LATIB

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

BUTIRAN PERIBADI

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN BAKAL PENGANTIN: KAJIAN DI PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEPUASAN KERJA PENSYARAH DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA DI MAKTAB PERGURUAN ISLAM BANGI RUSLI BIN ABDULLAH FPP

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PROSEDUR KERJA UMUM ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN UKM-SPKP-PKU11

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

FAKTOR INSANIAH DALAM PENGURUSAN KUALITI: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA HUBUNGAN PERSEPSI FAKTOR ORGANISASI DENGAN KEPUASAN KERJA KAKITANGAN JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK ROSLI BIN ARUP FPP 1998 36

HUBUNGAN PERSEPSI FAKTOR ORGANISASI DENGAN KEPUASAN KERJA KAKITANGAN JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK ROSLI BIN ARUP MASTER SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1998

HUBUNGAN PERSEPSI FAKTOR ORGANISASI DENGAN KEPUASAN KERJA KAKITANGAN JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK OLEH ROSLI BIN ARUP Projek Penyelidikan ini disediakan sebagai Memenuhi sebahagian syarat Ijazah Master Sains (pembangunan Sumber Manusia)di Jabatan Pendidikan Pengembangan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia Mac 1998

Istimewa U Dtuk Isteriku tersayang, Asiah bt. Taib yang setia, tabah, sabar dan redha rnenghadapi penantian dan peijuangan suanurnuilll. Anak-anakku, Nawal, Arnal, Hadi, Najwa & Nadia, yang sepi, rindu dan haus kaseh sayang seorang ayah sepanjang penantian dan perjuangan ayahmu ini. Anda kalian adalah penjana kekuatan sernangat yang padu, tanparnu, rnungkin usaha ini tak akan tercapai dan dirnakbulkan oleh Allah swt. Sernoga ini rnenjadi pendorong utarna anak-anak ku kelak untuk terus berjuang derni harapan dan kejayaan. Insya-Allah. Amin yarabbal alamin.

Kertas Projek bertajuk "Hubungan Persepsi Faktor Organisasi Dengan Kepuasan Kerja Kakitangan Jabatan Agama Islam Sarawak", yang disediakan oleh Rosli bin Amp (Matrik 51686 ) memenuhi sebahagian daripada syarat mendapatkan Ijazah Master Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Jabatan Pendidikan Pengembangan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Disahkan oleh : ".... Haji Saidin bin Teh, Ph. D. Prof. Madya Pengarah Pusat Islam Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor Daml Ehsan (Penyelia Projek) Tarikh:?-A- -0...et aman i bu Samah, Ph. D. J abatan Pen. lkan Pengembangan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor Daml Ehsan (Pemeriksa) Tarikh ii

PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih Saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah (s.w.t) kerana dengan keizinannya dapatlah saya menyiapkan laporan kertas projek ini dengan jayanya. Bagi menyiapkan laporan ini saya telah mendapat bantuan, galakan, sokongan dan keijasama dari semua pihak, terutama sekali daripada penyelia kajian, pihak Universiti Putra Malaysia dan rakan-rakan sepengajian. Saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Saidin Teh, selaku penyelia yang memberikan perangsang, panduan dan kerjasama yang tidak ternilai dalam penyediaan laporan ini. Saya juga amat berterima kasih dan menghargai jasa-jasa yang dicurahkan oleh pensyarah-pensyarah yang telah membimbing saya dalam kursus-kursus bagi program Sarjana Sains pembangunan Sumber Manusia. Khususnya kepada Prof. Madya Dato' Dr. Nasir Ismail, Prof. Madya Dr. Hajah Aminah Ahmad, Dr. Saodah Wok, Dr. Asmah Ahmad, Dr. Shamsuddin Ahmad, Dr. Bahaman Abu Samah, Prof. Madya Dr. Azahari Ismail, Prof. Madya Dr. Md Salleh Hj. Hassan, Dr. Jegak Uli, En.Rashid Md. Ali dan En. Omar Ismail. Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan sepengajian yang banyak membantu bagi menyiapkan laporan ini khususnya kepada En. Jusang Bolong yang sudi memberikan tunjuk ajar semasa memproses data dan semakan ke atas penulisan kajian III

ini. En. Mohd Kassim Mohd. Ibrahim, En. Mohd.Nor Che Lah dan En. Latif Anwar diangap sebagai keluarga tempat mengadu dan berbincang. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Ustaz Haji Anis Abot selaku "bapa" yang menghadiahkan peluang keemasan ini serta mendorong saya menyempurnakan program ini. Tak lupa juga terima kasih kepada pihak Jabatan Agama Islam Sarawak yang memberi kerjasama yang sangat baik sehingga laporan kertas projek dapat disiapkan dalam masa yang diperuntukan. Begitu juga terima kasih yang tak terhingganya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kuala Lumpur kerana di atas kerjasama dalam menjayakan pra-uji soal selidik bagi kajian ini.. Rakaman ucapan terima kasih dan rasa penghargaan ini istimewa kepada isteri saya tersayang Che Asiah bt Taib dan anak-anak saya Nawal, Amal, Mohd. Hadi, Najwa dan Nadia. Merekalah yang menjadi sumher ilham, ketenangan dan pendorong bagi tangga kejayaan saya. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam menjayakan laporan kertas kajian ini. Budi baik dan keihklasan yang telah di sumbangkan akan saya kenang sepanjang hayat. Allah (s.w.t) jualah yang dapat memberi ga'ljaran yang setimpal. IV

DAFTAR KANDUNGAN BAB HALAMAN 1. Pendahuluan 1.1 Pengenalan 1 1.2 Fungsi Jabatan Agama Islam Sarawak 2 1.3 Kepuasan Kerja Dalam Organisasi 3 1.5 Pernyataan Masalah Kajian 7 1.6 Objektif Kajian 10 1.7 Kepentingan Kajian 10 1.8 Skop Kajian 11 1.9 Defmisi Kajian 12 2. Pandangan Dari Bahan bertulis 2.1 Pengenalan 13 2.2 Teori-teori Kepuasan Kerja 15 2.3 Teori Hairaki Keperluan Maslow 16 2.4 Teori Herzberg 19 2.5 Teori Alderfer 19 2.6 Teori Persamaan dan Perbandingan Adams 22 2.7 Beberapa Penemuan Kajian Lepas 24 2.3.1 Perkaitan Persepsi Faktor Organisasi Dengan Kepuasan Kerja 24 2.3.2 Perkaitan Persepsi Ciri Demografik Dengan Kepuasan Kerja 28 2.3.2.1 Jantina 28 v

2.3.2.2 Umur 29 2.3.2.3 Status Perkahwinan 29 2.3.2.4 Gaji 30 2.3.2.5 Tempoh Perkhidmatan 32 3. Metodologi 3.1 Pengenalan 39 3.2 Rangka Kerja Kajian 40 3.3 Persampelan Dan Responden Kajian 40 3.4 Peralatan Kajian 41 3.5 Pra-Uji Soal Selidik 46 3.6 Pengumpulan Data Kajian 47 3.7 Menganalisis Data Kajian 47 4. Hasil Kajian Dan Perbincangan 4.1 Pengenalan 49 4.2 Maklumat Latar Belakang Responden 49 4.3 Persepsi Responden Terhadap Kepuasan Kerja 59 4.4 Persepsi Responden Terhadap Bebanan Tugas 63 4.5 Persepsi Responden Terhadap Polisi Organisasi 68 4.6 Persepsi Responden Terhadap Kemudahan Di Tempat Kerja 74 4.7 Korelasi Faktor Bebanan Tugas, Polisi Organisasi Dan Kemudahan Di Tempat Kerja Dengan Kepuasan Kerja 80 VI

4.8 Kore1asi Faktor Umur, Pendapatan( Gaji) Dan Perkhidmatan Dengan Kepuasan Kerja 82 5. Ringkasan, Rumusan Dan Cadangan 5.1 Pengenalan 5.2 Masalah Kajian 5.3 Tujuan Kajian 5.4 Metodologi Kajian 5.5 Rumusan Hasil Kajian 5.6 Cadangan Bagi JAIS Untuk Di Pertimbangkan 5.6 Cadangan Bagi Kajian Akan Datang 84 84 86 87 88 93 96 Bibliografi 97 Lampiran A B C D E Satu Set Soal Selidik, Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Surat Permohonan Untuk Mendapat Kerjasama Dengan Pihak JAIS Carta Organisasi Biodata Penulis 104 112 113 114 115 vii

SENARAI RAJAH RAJAH HALAMAN 1 Pengkelasan Teori-Teori kepuasan Kerja 16 2 Teori Kepeduan Maslow 18 3 Falctor-Falctor Kepuasan Kerja Herzberg 19 4 Perkaitan Antara Teori Dorongan Dalaman Kepuasan Kerja. 21 5 Teori Persamaan Perbandingan Adams 22 6 Model Rangka Kajian 40 7 Pecahan Soalan Dalam Set Borang Soal Selidik 41 viii

SENARAI JADUAL JADUAL 1 2 Interpretasi Dalam Analisis Korelasi Taburan Responden Mengikut Jantina HALAMAN 48 50 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 Taburan Responden Mengikut Umur Taburan Responden Mengikut Taraf Perkahwinan Taburan Responden Mengikut Kelayakan Akademik Kumpulan Responden Mengikut Skim Gaji Taburan Responden Mengikut Pendapatan Sebulan Taburan Responden Mengikut Perjawatan Taburan Penempatan Responden Mengikut Bahagian Taburan Responden Mengikut Tempoh Perkhidmatan Taburan Responden Mengikut Kepuasan Kerja Tahap Kepuasan Kerja Kakitangan JAIS Persepsi Responden Terhadap Bebanan Tugas (Secara Terperinci) Tahap Persepsi Responden Terhadap Bebanan Tugas (Secara Keseluruhan) Persepsi Responden Terhadap Polisi Organisasi (Secara Terperinci) Tahap Persepsi Responden Terhadap Polisi Organisasi (Secara Keseluruhan) Persepsi Responden Terhadap Kemudahan Di tempat Kerja (Secara Terperinci ) 51 51 52 53 54 55 56 57 61 62 66 67 73 74 78 ix

18 19 20 Tahap Persepsi Responden Terhadap Kemudahan Di Tempat kerja (Secara Keseluruhan) Kaitan Di Antara Kepuasan Kerja dengan F aktor Organisasi Kaitan Di Antara Kepuasan Kerja Dengan Ciri Demografik 80 81 83 x

SENARAI SINGKATAN JAIS MIS PDRM CUEPACS SSB KKDGPPM J abatan Agama Islam Sarawak Majlis Islam Sarawak Polis Diraja Malaysia Badan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Skim Saraan Baru Kongres Kesatuan Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia xi

Abstrak Projek penyelidikan yang dikemukakan kepada Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan untuk mendapatkan Ijazah Master Sains HUBUNGAN PERSEPSI F AKTOR ORGANISASI DENGAN KEPUASAN KERJA DIKALANGAN KAKIT ANGAN JABAT AN AGAMA ISLAM SARA W AK Oleh Rosli bin Arup Mac 1998 Penyelia: Prof. Madya Dr. Saidin bin Teh Fakulti: Pengajian Pendidikan Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan kakitangan JAIS. Objektif khususnya ialah untuk i) mengenalpasti persepsi terhadap tahap kepuasan kerja di kalangan kakitangan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ; ii) mengenalpasti persepsi kakitangan JAIS terhadap faktor polisi organisasi, bebanan tugas dan kemudahan di temp at kerja di JAIS; iii) mengenalpasti perkaitan antara persepsi organisasi dengan tahap kepuasan kerja; dan iv) mengenalpasti perkaitan ciri-ciri demografik dengan tahap kepuasan kerja. Satu set soal selidik digunakan untuk mengukur aspek-aspek persepsi kepuasan kerja responden yang terdiri daripada populasi 147 orang kakitangan daripada semua peringkat jawatan dan gred gaji di bahagian dan di daerah Saraw ak. xii

Data telah dikumpulkan dan diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Penemuan kajian menunjukkan hampir keseluruhan kakitangan JAIS merasa puas dengan pekerjaan mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor-faktor organisasi bagi polisi organisasi (r = 0.609, p =0.000) dan kemudahan di tempat kerja (r = 0.627, p = 0.000) mempunyai kaitan yang signifikan ke atas tahap kepuasan kerja kakitangan JAIS. Manakala ciri-ciri demografik mempunyai kaitan positif yang lebih kuat signifikannya terutama umur dengan tahap kepuasan kerja di kalangan kakitangan JAIS (r = 1.000, p = 0.000). Berdasar kepada hasil kajian, antara cadangan yang boleh dilaksana oleh JAIS ialah memberi penjelasan terhadap polisi organisasi kepada kakitangannya dan meningkatkan kemudahan-kemudahan di tempat kerja supaya tahap kepuasan kerja semakin baik. Bagaimanapun bebanan tugas pula perlu dikurangkan agar mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas-tugas yang lebih penting dan utama. xiii

Abstract of project presented to the Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia in partial fulfilment of the requirement for the Degree of Master of Science. RELATIONSHIP BETWEEN PERCEPTION ON ORGANIZATION FACTORS AND WORK SATISFACTION AMONG THE STAFF OF SARA W AK ISLAMIC DEPARTMENT (SID) By Rosli bin Arup March 1998 Supervisor: Associate Prof. Dr. Saidin bin Teh Faculty : Educational Studies. The aim of the study is to fmd out how to improve the level of services among the staff in the Sarawak Islamic Department (SID). Specifically, the objectives of this study are i) to know the perception toward work satisfaction among the SID'S staff; ii) to learn of the perception of SID'S staff toward the organization policy, work load and office facilities in the SID; iii) to examine the relationship between staff organization factors and perception on work satisfaction; and iv) to determine the relationship between demographic factors and perception on work satisfaction. A set of questionnaire has been used to measure the degree of work satisfaction among 147 SID'S staff scattered all over the state with various posts and salary schemes. Data had been processed by using Statistical Package for Social Science (SPSS). xiv

The study shows that majority of SID'S staff are moderately satisfied with their work. The fmding also shows that organizational policies and office facilities have a significant relationship on work satisfaction of the SID'S staff, (r = 0.609, P = 0.000) and (r = 0.627, p = 0.000) respectively. All the demographic factors have high significance and positive relationship with work satisfaction especially age (r = 1.000, P = 0.000). Based on the results, that SID should emphasize on explaining the organizational policies to the staff and improve the office facilities so that it can increase the work satisfaction among the staff. This study suggests that staff's work load should be lessen so that they can concentrate on their major work. xv

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) adalah sebuah organisasi berkan un di bawah Kerajaan Negeri Sarawak, lahir pada 17 Ogos 1990 den gan waran perjawatan seorang pen garah JAIS, dengan enam orang Ketua Penolong Pengarah untuk mengetuai enam bahagian, lapan Ketua Hal Ehwal Agama Islam Bahagian yang bertugas sebagai ketua di bahagian-bahagian negeri Sarawak, tiga orang Pegawai Perhubungan Agama Islam yang bertugas sebagai ketua di daerah yang tertentu di negeri Sarawak, dan seramai 170 orang kakitangan sokongan ( Ordinan Kecil Sarawak Pindaan, 1991). Majlis Islam Sarawak (MIS) adalah badan berkanun penasihat semua aktiviti agama kepada Jabatan Agama Islam Sarawak. Dengan itu, Majlis Islam Sarawak yan g diketuai oleh Yan g Dipertua Majlis dengan ahli-ahli nya adalah sebagai penggubal dasar dan Jabatan Agama Islam Sarawak adalah pelaksana dasar (Ordinan Kecil Sarawak Pindaan, 1991 ). Dari An -Nida, bulletin terbitan Jabatan Agama Islam Sarawak keluaran 30 Disember 1995, dapat kita melihat bahawa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) mempunyai visi yang hebat un tuk direalisasikan terutama dalam mendukung amanah dakwah. Un tuk tujuan ini, JAIS men erusi visin ya

2 itu mahu membina dan memimpin generasi Islam ke arah AI-Falah, duniawi dan ukhrawi. JAIS sedar bahawa bagi menggerakkan misi itu, ia perlu meningkatkan kualiti dan menyesuaikan corak kerja dalam melaksanakan strategi dakwah. Ini penting bagi keberkesanan dalam misi dakwah seperti yang digariskan di atas. Oleh yang demikian JAIS turut mengangkat anjakan paradigma baru dalan kegiatan dakwahnya. Di antara paradigma dakwah yang digariskan adalah seperti berikut; Dakwah bukan ceramah dan khutbah sahaja. Aktiviti dakwah adalah pelbagai dan kompleks. Sasaran dakwah adalah pelbagai dan beragama. Institusi dakwah mestilah unggul dan anggun. Institusi tersebut wajar memilih kakitangan yang boleh bekerja, membina kemahiran berdakwah, membina kreativiti berdakwah, menguasai ilmu, terutama pelbagai bahasa, menguasai media dan komunikasi canggih, mengenal audien, dan menghidangkan suatu yang segar dan menyegarkan menurut falsafah Islam. Fungsi JAIS Ringkasnya di antara fungsi JAIS ialah sebagai urusetia kepada Majlis Islam Sarawak yang menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah, mempastikan umat Islam melaksanakan ajaran Islam mengikut fahaman Ahlul sun nah wal jamaah, mengendali urusan pembangunan keluarga Islam dan lain- lain lagi.

3 JAIS mempunyai enam bahagian iaitu Bahagian Pembangunan Keluarga, Bahagian Pendidikan, Bahagian Dakwah, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Penyelidikan dan Bahagian Pendakwaan dan Penguatkuasa. Setiap bahagian mempunyai fungsi dan peranan tersendiri yang didasar kepada fungsi yang telah ditetapkan. Bagaimanapun di dalam sesebuah organisasi seperti JAIS, pengetahuan terhadap fungsi semata-mata tidak menjamin kecemerlangan pentadbiran. Keperluan terhadap situasi yang mengujudkan kepuasan kerja amat penting bagi setiap kakitangan. Oleh itu, kepuasan kerja menjadi aspek penting untuk dikaji. Kepuasan Kerja Dalam Organisasi Kepuasan kerja menjadi aspek kajian yang semakin mendapat perhatian terutama dalam bidang pengurusan organisasi dan psikologi. Kajian berhubung dengan kepuasan di kalangan pekerja telah bermula dengan kajian Howthome yang dijalan o!eh Elton Mayo di Amerika Syarikat pada tahun 1920-an. Kemudian menyusur kajian-kajian yang lebih terperinci dari berbagai-bagai sudut pekerjaan telah dihasilkan bukan sahaja di Amerika Syarikat tetapi di seluruh dunia termasuk Malaysia. Menurut Gruneberg (1979), kepuasan kerja menjadi tumpuan kajian kerana adanya tanggapan umum, kepuasan kerja bertanggungjawab terhadap peningkatan produktiviti dan keuntungan kepada organisasi. Dessler (1985) berpendapat, kepuasan kerj a penting kepada pihak pengurusan kerana aspek

4 ini menjadi penentu kepada kelakuan pekerja sarna ada mereka bekerja atau tidak bekerja. Berbagai-bagai konsep dan teori kepuasan kerja telah dikembangkan oleh para pengkaji dalam mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja, dan teori itu berkisar di sekitar aspek-aspek motivasi dan sikap individu dan hubungannya dengan kepuasan kerja. Perbezaan Konsep 'Ends' dan 'Means' di dalam profesionalisme Islam dan Barat. Menurut Osman Ayub (1990) menyatakan seperkara lagi yang membezakan dengan jelas di antara Etika Kerja Barat dengan Islam ialah pada mendekati masalah matlamat (end) dan cara (means). Falsafah barat 'the ends to justify the means' atau matlamat menghalalkan cara adalah merujuk kepada pentingnya matlamat dan pentingnya pencapaian matlamat tanpa mengira sarna ada halal atau haram. Dalam konteks pengurusan organisasi, seluruh tenaga organisasi digerakkan untuk mencapai matlamat yang telah sarna-sarna digariskan. Bagi organisasi perdagangan dan pemiagaan, matlamatnya adalah untuk mencapai keuntungan maksimum dengan perbelanjaan yang minimum. Pihak pengurusan organisasi akan cuba mengambil segala langkah yang mungkin tanpa mengira sarna ada langkah yang diambil itu bersendikan

moral, akhlak dan kemanusiaan atau sebaliknya, semata-mata untuk mencapai matlamat keuntungan maksima. Atas alasan untuk mendapat keuntungan maksimum inilah, kadang-kadang berlaku penindasan ke atas tenaga buruh yang mengujudkan rasa ketidakpuasan di antara majikan dan kakitangan.. Kerap kali berlaku atas dasar yang sarna organisasi melibatkan diri dalam kerja-kerja yang tidak diizinkan oleh perundangan semata-mata kerana memburu keuntungan yang sebanyak-banyaknya. Di dalam Islam, walaupun tidak ada penegahan untuk mendapat keuntungan, tetapi Islam meletakkan batasan-batasan tertentu di dalam bentuk garis bertindak yang halal dan yang haram. Sempadan tersebut diwujudkan bagi menjamin supaya keuntungan yang hendak dicapai tidak mengorbankan kepentingan organisasi, masyarakat dan ummah. Sebab itu di dalam Islam tidak ada konsep 'legally right, morally wrong' atau 'morally right, legally wrong'. Sebaliknya yang ada ialah istilah sarna ada 'legally and morally right' atau 'legally and morally wrong'. (Hisham Altalib, 1992). Konsep 'means' dan 'ends' jika diperkembangkan membawa erti bahawa matlamat organisasi yang sebenamya ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Guna tenaga, alat kelengkapan, sumber kewangan dan alat-alat modal adalah merupakan 'means' yang mesti dimanfaatkan dengan sepenuhnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. Begitu juga matlamat mendapatkan keuntungan semaksimum mungkin merupakan 'means' bagi

6 mencapai matlamat yang unggul iaitu memperolehi keredhaan Allah s.w.t. Andainya konsep 'means' dan 'ends' tidak difahami, maka timbullah situasi dalam mana matlamat mutlak dan hakiki sehingga menjadikan manusia dalam organisasi diperhambakan oleh matlamat tersebut. Dengan itu, kepuasan kerja bagi seseorang Islam bukan terletak pada keuntungan semata-mata tetapi melihat sejauhmana keredhaan Allah dapat diperolehi dari amalan pekerjaan mereka. Jelasnya Imam AI-Ghazali menyatakan bahawa meninggalkan segal a perkara yang ditegah dan mengerjakan segala apa yang diperintah itulah kemuncak nikmat dan kepuasan bagi seseorang muslim ( Zainuddin, 1992). Menurut Steers dan Porter (1975), seseorang yang bekerja akan memperolehi sekurang-kurangnya empat faedah, iaitu; untuk memenuhi fungsi sosial, sebagai sumber status dan sebagai sumber identiti, penghormatan dan penonjolan diri. Dalam konteks organisasi pengurusan sumber tenaga manusla merupakan aset yang amat penting. Tanpanya, tidak mungkin sesuatu organisasi atau badan-badan sebuah agensi boleh beroperasi dengan berkesan, efisyen dan lancar. Pada hakikatnya, dengan pengurusan pengendalian sumber tenaga manusia yang sempurna akan menjamin peningkatan mutu kerja dan produktiviti. Sebaliknya, jika melaksanakan pengurusan sumber tenaga manusia dengan tidak betul, berkesan dan efisyen akan mewujudkan konflik antara kakitangan dengan majikan dan akhimya akan mencetuskan perbalahan

7 dan rasa tidak puas hati di kalangan pekerja terhadap pekerjaan mereka. Bertolak dari sinilah, pengkaji merasa berminat untuk melihat lebih jauh fenomena kepuasan kerja untuk meningkatkan pre stasi dan perkhidmatan di kalangan kakitangan. Dengan ini konflik antara pekerja dengan majikan dapat dielakkan dari berlaku di dalam organisasi. Pernyataan Masalah Menurut beberapa hasil kajian lepas (Steers dan Porter, 1975; Gruneberg, 1979; Dessler, 1985; dan lain-lain), kepuasan kerja merupakan unsur yang cukup menarik dan penting, kerana terbukti memberi banyak manfaat kepada kehidupan seseorang individu, organisasi dan masyarakat. Bagi individu, kajian tentang sebab dan sumber-sumber kepuasan kerja memungkinkan timbulnya usaha dalam meningkatkan kebahagiaan hidup mereka. Bagi organisasi kajian tentang kepuasan kerja dilakukan dalam rangka untuk meningkatkan pengeluaran dan pengurangan koso Manakala bagi masyarakat pula, kepuasan kerja akan menikmati hasil pengeluaran yang tinggi, perkhidmatan yang baik serta meningkatkan nilai diri dalam konteks pekerjaan. Oleh sebab kepuasan kerja merupakan satu aspek penting dalam kehidupan seseorang pekerja, maka berbagai-bagai kemudahan atau keistimewaan sedia ditawarkan oleh majikan kepada pekerjapekerjanya semata-mata supaya mereka dapat memberi komitmen yang padu