DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (8) DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KES SAMAN JABATAN NO. : /2015 ANTARA PENDAKWARAYA

Similar documents
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-70/15 DI ANTARA TANG CHOOI KIM DENGAN WASCO MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD./ WASCO COATINGS LIMITED

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4-292/15 ANTARA NAVINATHAN A/L DORAISAMY DAN BEKAERT SOUTHERN WIRE SDN. BHD. AWARD NO.

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(19)/4-402/14 DI ANTARA NOORHAYATI BINTI JARLILL DENGAN MAYA MAJU (M) SDN. BHD. AWARD NO: 1607 TAHUN 2017

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PROSEDUR KERJA UMUM ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN UKM-SPKP-PKU11

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

TELEVISION BROADCASTS LTD DAN SATU LAGI LWN PUSAT VIDEO GLOBE DAN LAIN-LAIN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: P-05(M) /2015 ANTARA DAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4-708/12 ANTARA ABDUL MANAF BIN HASSAN

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

3b) Birthday Privilege - Secret Recipe Slice Cake & Iced/Hot Beverage Voucher worth RM20

THE CONCEPT OF CRIMINOLOGY {BATHIL) IN ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTION PRACTICES IN MALAYSIA AND ISLAMIC REPUBLIC OF IRAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN [PERBICARAAN JENAYAH NO. 45A-87-08/2015] PENDAKWA RAYA LWN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO: KES: 13(25)(24)/4-1230/13 DI ANTARA WAN NAJIB BIN WAN MOHD NASIR DAN SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD.

DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA (BAHAGIAN RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: D-02(IM)(NCVC) /2017 ANTARA

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

PENILAIAN PENGETAHUAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Diputuskan: [Permohonan plaintif ditolak dengan kos] [Nota Pengarang: Plaintif telah merayu kepada Mahkamah Agung melalui MARS ]

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

SENARAI KES BICARA YANG DIKENDALIKAN OLEH TPR / PKP DI UNIT PERBICARAAN BAHAGIAN PERBICARAAN DAN RAYUAN APRIL 2011 SIVIL

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Plat Kaca Terma & Syarat

PROSEDUR SOKONGAN KEPUASAN PELANGGAN. PK.UniMAP.(P).11. Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh :

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Transcription:

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (8) DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KES SAMAN JABATAN NO. : 87-309-1/2015 ANTARA PENDAKWARAYA MELAWAN GREENCITY INTERNATIONAL COLLEGE SDN BHD ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini merupakan rayuan kali kedua yang dimasukkan oleh pihak pendakwaraya yang mana rayuan sebelum ini atas keputusan saya melepas dan membebaskan OKS tanpa perlu dipanggil membela diri pada 2.9.2016. Dalam rayuan tersebut Mahkamah Tinggi telah membenarkan rayuan pihak pendakwaraya pada 17.5.2017 sekaligus OKS diarah membela diri bagi pertuduhan pindaan yang berikut :

Bahawa kamu, Greencity International College Sdn Bhd (No. SSM: 569945-A) pada 23 Jun 2014, di premis No. 9, Jalan Gereja, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah gagal selepas empat belas hari (14) dari tarikh award diserahkan untuk mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna No. TTPM-WP-(P)-566-2014 bertarikh 2 Jun 2014 yang dibuat di Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Tingkat 16, Putra Palace, 100, Jalan Putra, 50622 Kuala Lumpur yang memerintahkan kamu supaya meletakkan Pihak Yang Menuntut dalam mana-mana Cruise Ship Job Placement iaitu Bhim Bahadur Thapa (No. Passport : 4674463) pihak yang menuntut dalam tuntutan tersebut, maka kamu dengan ini telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama Akta tersebut (Undang-undang Malaysia Akta 599) 2

[2] Setelah memanggil seramai 3 orang saksi pembelaan pada 11.8.2017 tarikh sambung bicara lepas yang terdiri daripada SD1 Ong Lee Lee Ketua Eksekutif OKS, Man Foo Weng SD2 yang merupakan wakil daripada syarikat pencari kerja dan SD3 seorang warganegara Iran bernama Ahmadi Arash pengurus bahagian pelajar antarabangsa di kolej OKS, mahkamah ini masih memutuskan OKS tidak bersalah sekaligus perintah pelepasan dan pembebasan diberi sekali lagi pada 29.8.2017. [3] Memandangkan Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa prima facie kes telah dibuktikan ke atas OKS di mana ianya berlawanan dengan keputusan saya sebelum ini, menjadi penilaian saya kini samada OKS telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pihak pendakwa dan samada pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes mereka ke atas OKS melampaui keraguan munasabah (beyond reasonable doubt). [4] Atas perkara tersebut, panduan dalam kes Mat v PP [1963] LNS 82 hendaklah diambilkira dan menjadi rujukan utama saya dalam memutuskan OKS wajar diberi perintah pelepasan dan pembebasan setelah saya menerima dan percaya keterangan yang diberi oleh saksi-saksi pembelaan 3

adalah bermerit, tidak disanggah sekaligus menimbulkan keraguan dalam kes pihak pendakwa. Di sini saya kemukakan petikan penghakiman daripada YA Suffian dalam kes tersebut : This appeal is allowed only on one ground. The appellant charged with theft of two chickens and alternatively with dishonestly retaining stolen property namely one chicken gave evidence and called witnesses in his defence at the end of which he was convicted because in the words of the learned Magistrate "On the whole I am unable to believe the defence." I agree with Inche Christie, Counsel for the appellant, that the learned Magistrate has seriously misdirected himself as to the meaning of the burden of proof by the accused in eases where it is necessary for him to rebut the prosecution case against him. The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it. The position may be conveniently stated as follows: (a) If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt... Convict. (b) If you accept or believe the accused's explanation.. Acquit. (c) If you do not accept or believe the accused's explanation.. Do not convict but consider the next steps below. (d) If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt... Convict (e) If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt.. Acquit Magistrates would assist the appellate Court if they indicate in their grounds that they are aware of the tests laid down in steps (d) and (e) above. Appeal allowed. 4

[5] Berdasarkan penilaian saya untuk kes ini berdasarkan keterangan yang ada di hadapan saya, saya menggunapakai perenggan (b) di atas di mana saya percaya dan menerima keterangan yang diberi oleh saksi-saksi pembelaan sekaligus elemen tersebut telah dipenuhi oleh OKS mewajarkan perintah pelepasan dan pembebasan diberi dalam kes ini. Jika sekiranya saya tidak mempercayai keterangan saksi pembelaan sekalipun, saya masih boleh menggunapakai perenggan (e) di atas di mana pada pendapat saya keraguan munasabah telah berjaya ditimbulkan oleh pihak pembelaan. [6] Ini kerana saya setelah mendengar, melihat, dan membaca keterangan saksi-saksi pembelaan yang telah dipanggil dalam kes ini seramai 3 orang serta melihat exhibit-exhibit yang telah dikemukakan sepanjang perbicaraan serta meneliti secara keseluruhan hujahan pihakpihak yang telah difailkan dalam kes ini saya percaya pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan ke atas kes pihak pendakwa pada pertuduhan pindaan di bawah S.117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999. Oleh itu perintah pelepasan dan pembebasan yang telah diberi sebelum ini di peringkat kes pendakwaan adalah perlu dikekalkan. 5

ANALISA AWARD TRIBUNAL BERTARIKH 2 JUN 2014 DI EXHIBIT P3 SAMADA TERDAPAT PERLANGGARAN ATAU PEMATUHAN OLEH OKS [7] Saya merujuk semula kepada award asal Borang 10 yang diberi oleh Tribunal pada 2.6.2014 yang telah diterima masuk sebagai exhibit P3 oleh mahkamah sebelum ini. Ditekankan di sini award adalah diperolehi setelah pendengaran penuh dibuat di hadapan pihak-pihak OKS dan pihak yang menuntut iaitu SP5 yang mana ianya adalah tidak sepertimana yang dipohon oleh SP5 Borang 1 exhibit P5. [8] Tuntutan pihak yang menuntut iaitu SP5 di peringkat awal adalah untuk jumlah gantirugi sebanyak RM27,580 yang telah diperincikan beliau dan dapat dilihat pada exhibit P5. SP5 hanya membuat pengurangan untuk jumlah maksimum yang boleh dituntut di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) iaitu RM25,000 setelah dimaklumkan pihak TTPM semasa memfailkan tuntutan. Jumlah gantirugi kuantitatif yang dipohon tersebut tidak dibenarkan oleh Presiden Tribunal yang mana memberi award seperti berikut saya petik semula di sini : 6

Penentang hendaklah meletakkan Pihak Yang Menuntut dalam mana-mana Cruise Ship Job Placement dalam tempoh 2 bulan daripada tarikh Award [9] Adalah dibangkitkan oleh pihak pembelaan sejak di peringkat kes pendakwa bahawa SP5 sama sekali tidak berminat untuk menyempurnakan award tersebut kerana award yang dikeluarkan adalah tidak sepertimana yang dipohonnya. Oleh itu, versi cerita pembelaan yang menyatakan SP5 tidak dapat dihubungi dalam tempoh pelaksanaan award selama 2 bulan tersebut dan hanya muncul setelah luput tempoh adalah sesuatu yang munasabah dan boleh dipercayai kesahihannya. [10] Perkara ini disokong oleh keterangan-keterangan saksi saya kemukakan semula di sini berkenaan tuntutan berbentuk kewangan yang ingin diperolehi oleh SP5. Semasa sesi pemeriksaan balas SP2 : S : Apakah tuntutan sebenar pihak penuntut dalam ID5? J : Di kotak ketiga amaun RM25,000. S : Pada ID3 apa award Tribunal? 7

J : Penentang hendaklah meletakkan Pihak yang Menuntut dalam mana-mana Cruise Ship Job Placement dalam tempoh dua bulan dari tarikh award. S : Award diawardkan dan tuntutan tidak sama? J : Ya setuju. S : Hasil penelitian, tuntutan pengadu hanya berasaskan duit wang tuntutan sahaja? J : Ya. S : Tidak nyatakan dalam Borang 1 kehendak untuk dapatkan job? J : Tidak pasti [ ditekan ditanya semula kepada saksi ] [ rujukan kepada borang 1 sahaja] Ya. S : Tuntutan pengadu hanya berbentuk financial kewangan saja berdasarkan borang 1? J : Tidak setuju. [ peguambela pohon direkodkan demeanour saksi berkenaan jawapan saksi ] S : Tuntutan yang dinyatakan dalam kotak 3 berbeza dengan tuntutan dalam surat pengadu yang dikepilkan bersama? J : Tidak setuju. S : Adalah satu perkara yang tidak susah untuk nyatakan semua tuntutannya dalam tuntutan seperti surat dan RM25,000 dalam borang satu? J : Setuju. S : Award yang gagal dipatuhi penentang ialah gagal sediakan peluang pekerjaan, kalau cakap peluang chances could be yes, or no tiada ketetapan yang khusus untuk penentang sediakan kerja, hanya peluang kerja? J : Tidak setuju. 8

S : Sekiranya award tersebut mempunyai semangat restore untuk letkkan penentang dalam kerja Bahasanya bukan job placement? J : Tidak setuju. S : Penentang gagal berikan peluang kerja dalam keterangan puan awal tadi? J : Tidak pasti. Berikut pula keterangan SP5 semasa disoalbalas oleh peguambela : S : P5 Borang 1 dirujuk bahagian belakang, apa tuntutan dalam borang tersebut? J : RM25,000 untuk refund. S : Tuntutan dalam bentuk wang monetary? J : Ya, refund. S : Kalau kamu minat dengan kerja tidak akan tulis jumlah wang itu? J : Tidak setuju. S : Kamu tidak akan tulis tuntutan amaun berkaitan wang jika kamu minat kerja kerana Tribunal boleh bagi award lain selain kewangan? J : Tidak setuju [ saksi kelihatan sedikit gelisah dan kerap memerhati peguam pemerhati] S : Kamu tidak berminat teruskan untuk kerja cruise sebab tuntutan wang? J : [ saksi ambil masa menjawab ] Tidak setuju. [11] Keterangan tersebut selanjutnya disokong oleh exhibit D34 perbualan Whatsapp antara SP5 dan SD3 yang mana ianya berlaku dalam tempoh masa 2 bulan untuk pematuhan award. 9

PERBUALAN WHATSAPP MEMBUKTIKAN MALA FIDE SP5 UNTUK MENGELAK DARI MEMATUHI AWARD TRIBUNAL [12] Daripada keterangan SD3 yang mengesahkan perbualan Whatsapp antaranya dan SP5 dan penandaan masuk perbualan tersebut sebagai D34 telah mengukuhkan versi pembelaan OKS menunjukkan SP5 sememangnya berniat mala fide dengan sengaja mengelak dari mematuhi award bagi menghukum OKS seperti pertuduhan yang dihadapi kini. [13] Malahan di dalam perbualan tersebut yang tidak dinafikan juga oleh SP5 beberapa kali SP5 memohon pemulangan wang sehingga menawarkan penyelesaian akhir sebanyak RM15,000 untuk dibayar oleh OKS kepadanya. Ini sama sekali bertentangan dengan terma dan award yang diputuskan oleh Tribunal. Tindakan dan perlakuan oleh SP5 ini jelas menunjukkan beliau memang tidak mahu ditawarkan kerja dan mengelak dari diberi kerja untuk menimbulkan masalah kepada pihak OKS. 10

[14] Keterangan daripada Whatsapp tersebut adalah sangat meyakinkan dan boleh diterima mahkamah ini serta memberi nilai probatif yang sangat tinggi bagi pembelaan OKS berdasarkan keputusan kes Mok Yii Chek v. Sovo Sdn Bhd [2015] 1 LNS 448 : H. Admissibility of emails and "WhatsApp " messages 22. Print-outs of emails and "WhatsApp " messages fall within the wide meaning of "document " in s. 3 EA. The part of the definition of "document " in s. 3 EA which is relevant to this case, reads as follows: ""document" means any matter expressed, described, or howsoever represented, upon any substance, material, thing or article, including any matter embodied in a disc, tape, film, sound-track or other device whatsoever, by means of - (a) letters, figures, marks, symbols, signals, signs, or other forms of expression, description, or representation whatsoever;... (d) a recording, or transmission, over a distance of any matter by any, or any combination, of the means mentioned in paragraph (a), (b) or (c), or by more than one of the means mentioned in paragraphs (a), (b), (c) and (d), intended to be used or which may be used for the purpose of expressing, describing, or howsoever representing, that matter; A writing is a document. ILLUSTRATIONS Words printed, lithographed or photographed are documents.... A matter recorded, stored, processed, retrieved or produced by a computer is a document;" (emphasis added). 11

. 45. It is my finding that the emails and "WhatsApp " messages adduced by the Plaintiff, should be given great weight in this case for the following reasons: (a) the contemporaneous nature of the emails and "WhatsApp " messages with the key events in this case. I rely on Siti Norma Yaakob JCA's (as her Ladyship then was) judgment in the Court of Appeal case of Guan Teik Sdn Bhd v. Hj Mohd Noor Hj Yakob & Ors [2000] 4 CLJ 324, at 330, as follows - "In cases where conflicting evidence are presented before a court, it is the duty of the court not only to weigh such evidence on a balance of probabilities but it is also encumbent [sic] upon the court to look at all the surrounding factors and to weigh and evaluate contemporaneous documents that may tend to establish the truth or otherwise of a given fact. In this instance the learned trial judge discredited the evidence of the appellant, accepted the evidence of the respondents wholeheartedly and disregarded the contemporaneous documents totally. We say that he had erred as he had failed to direct his mind as to the probative effect of the contemporaneous documents. He should, after accepting the respondents' evidence, weighed it against the contemporaneous documents and evaluate whether such documents support the respondents' oral testimony. We say that this evaluation exercise is most crucial for it must be remembered that the respondents were testifying to events that happened eighteen years ago whilst the contemporaneous documents speak of matters then existing at the time such documents, were issued." (emphasis added); and (b) documentary evidence, especially contemporaneous ones, is generally more reliable than oral evidence. In Saminathan v. Pappa [1980] 1 LNS 174; [1981] 1 MLJ 121, at 126-127, an appeal from Malaysia, the Privy Council affirmed the Federal Court's decision in an opinion given by Lord Diplock as follows - "The Federal Court rejected the learned judge's reasoning on this part of the case. They also considered that despite the conflict of oral evidence the documentary evidence was strong enough to justify them in making their own finding of fact that the purchase price had been paid in full before the transfer and had been paid punctually except as regards a sum of $1,700, part of the second instalment, which was paid three months late. Their Lordships, however, do not find it necessary to canvass the justification for that finding of fact by the Federal Court which the trial judge had refused to make. Miss Pappa's failure to pay the purchase price in full and punctually, even if proved beyond reasonable doubt, could not in law amount to fraud or entitle the unpaid vendor to defeat the registered proprietor's title under section 340(2)(a)." 12

[15] Berdasarkan dapatan Mahkamah Tinggi tersebut, saya mengaplikasikannya dalam kes ini di mana keterangan yang diperolehi berdasarkan perbualan tangkap layar (screenshot) Whatsapp yang dikemukakan setelah dicetak semula haruslah diberi penilaian yang tinggi apatah lagi perbualan tersebut berlaku di antara SD3 dan SP5 dalam tempoh masa dua bulan setelah award tribunal dikeluarkan. [16] Antara keterangan dan perbualan yang menunjukkan niat jahat mala fide SP5 dalam Whatsapp tersebut saya kemukakan semula di sini menurut turutan di dalam exhibit D34 : D34(1) Now 15 days left for court day D34(2) so simple I need my money back lar D34(5) so humble request for u plz jst help me to refund my money I kw go embassy its waste of time only D34(5) Now u help to refund thn some thing s can be done for price 13

D34(6) before going press conference before going police report let me knw how much u can offer me for refund D34(8) Plz refund my cash D34(9) So plz try to manage it by Wednesday office hour n wanna payment by casg (*cash) nt a cheque nt a transfer D34(10) if I go through civil I can claim for more than that ok D34(10) Its ok if thy pay 15000rm (*RM15,000) D34(11) I can refund more thn that frm enforcement n court D34(11) So last amount 15k (*RM15,000) D34(11) That s final D34(11) No discount anymore D34(12) Hi college still doesn t want to pay the money is it D34(14) Plz ask to college settle me n close the topic of this D34(14) So plz ask thm to refund plz 14

D34(14) 15k (*RM15,000) is my last price n if u do I will look aftr u also n handover my document report everything for u thank u [17] Berdasarkan tangkap layar tersebut, semenjak 15.7.2014 SP5 tahu dan sedia maklum tempoh masa pematuhan award Tribunal namun beliau memilih mengelak untuk mematuhinya kerana ingin mendapatkan gantirugi berbentuk kewangan dengan jumlah untuk penyelesaian sebanyak RM15,000 yang sama sekali tidak diperuntukkan oleh Tribunal. DEMEANOR DAN KREDIBILITI SP5 YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI [18] Apatah lagi saya yang mengendalikan bicara kes ini di peringkat awal berpeluang melihat tingkahlaku dan demeanour SP5 ketika memberi keterangan di hadapan mahkamah ini yang mana mahkamah di peringkat rayuan tidak mempunyai kelebihan tersebut. Pandangan mata saya adalah disokong dengan keterangan fakta menguatkan dapatan saya bahawa SP5 bukanlah seorang saksi yang credible dan boleh dipercayai. SP5 sengaja 15

menghilangkan dirinya setelah tamat sesi temuduganya kerana beliau memang tidak berminat untuk bekerja dalam cruise ship. [19] Memandangkan teori pembelaan seperti di atas telah gagal dipatahkan oleh pihak pendakwa dan tiada sebarang penjelasan diberikan oleh SP5 atau oleh saksi-saksi lain mengapa beliau tidak dapat dihubungi dan mengelak diri daripada dihubungi menguatkan dan menyokong inferens seperti dibangkitkan oleh pihak pembelaan SP5 sememangnya tidak berminat mendapatkan pekerjaan dan hanya ingin mencari faedah kewangan berbentuk wang. [20] Memandangkan di sini saya menyatakan saya mempercayai versi cerita pihak pembelaan berbalik kepada panduan dalam kes Mat v PP di perenggan (b) OKS wajar dilepas dan dibebaskan. SAMADA AWARD TRIBUNAL MENGKEHENDAKI OKS MEMBERI KERJA KEPADA SP5 ATAU PELUANG KERJA SAHAJA 16

[21] Tidak ada mana-mana terma dalam award di atas menetapkan syarat OKS hendaklah memberi kerja kepada OKS. Ini kerana dengan menetapkan ayat meletakkan Pihak Yang Menuntut dalam mana-mana cruise ship job placement adalah pada pendapat saya ini memerlukan satu interpretasi dari mahkamah ini sepertimana mahkamah yang bertindak sebagai pihak yang memberi kesan tafsiran undang-undang yang digubal oleh Parlimen. Di sini saya menafsirkan terma tersebut untuk memberi peluang kerja sahaja dan sama sekali tidak terjumlah kepada kerja nyata. [22] Ini kerana jika sekiranya Presiden Tribunal ingin memastikan OKS memberi kerja kepada SP5, surat tawaran kerja kepada SP5 hendaklah atas letterhead OKS sendiri dan bukannya daripada mana-mana majikan lain. OKS sebagai institusi pendidikan sama sekali tidak mempunyai tanggungjawab undang-undang untuk mengambil SP5 bekerja dengan mereka. Peranan dan tugas institusi pendidikan seperti OKS adalah untuk menyediakan tenaga kerja berkualiti di pasaran dan pelajar adalah bertanggungjawab sendiri untuk mencari dan mendapatkan pekerjaan. 17

[23] Pembacaan secara ketat akan award tersebut akan meletakkan OKS sekali lagi dalam masalah dan perlanggaran jika pihak majikan lain yang memberi kerja kepada SP5 dan bukannya OKS sendiri jika sekiranya award mengkehendaki OKS memberi kerja kepada SP5. Oleh itu, setakat mana award dan keterangan dalam kes ini, saya berpendapat OKS telah berjaya mendapatkan pekerjaan dengan Norwegian Cruise Line (NCL) selepas lulus sesi temuduga akhirnya dan SP5 sendiri yang memilih untuk tidak membuat tindakan susulan bagi memastikan beliau boleh mula bekerja. [24] Oleh itu, pendekatan yang diambil oleh mahkamah ini haruslah menjadi tanggungjawab dan kewajipan untuk OKS memberi peluang kerja sahaja kepada OKS. Apabila dirujuk kepada peluang dalam mana-mana cruise ship job placement kata putus samada SP5 ingin menerima kerja tersebut atau tidak bukanlah lagi menjadi bebanan oleh OKS. OKS tidak seharusnya dipersalahkan dan disabitkan atas keengganan OKS menerima peluang kerja yang ditawarkan kepadanya dalam tempoh pematuhan award selama 2 bulan tersebut. 18

[25] Pengesahan bahawa SP5 telah ditawarkan kerja adalah dikukuhkan dengan keterangan daripada SD2 saya kemukakan semula di sini : Bhim Bahadur ada pergi ke final interview. On the day more toward coordination saya coordinator. Agak-agak dalam 40 candidates masa final interview itu. Ada tahu keputusan interview Bhim Bahadur dia pass final interview. NCL interviewer yang passkan Bhim Bahadur. Sama hari final interview kami dimaklumkan keputusan interview. Candidates dimaklumkan sama hari keputusan kepada semua candidates yang pass. Selepas lulus temuduga calon perlu penuhi pra syarat lain. Dia perlu ada passport yang valid, perlu buat beberapa dokumen which is background checking police clearance, dia perlu attend safety training dia perlu buat medical checking dan report. Of course last US Visa. Jika gagal mendapat dokumen job offer akan di cancel di tarik balik. Kami akan announce on the spot all the interviewer wait for us to make announcement. Saya ada satu list yang sukses akan send kepada candidate dan pihak kolej. [ saksi dirujuk IDD17 dan IDD18 ] IDD17 selepas final interview kami ada instruct semua candidates yang sukses datang ke ofis next working days to proceed their dokumen, tapi Bhim Bahadur Thapa tidak dapat dihubungi.. sebab itu hantar surat ke Greencity Iinternational College untuk minta bantuan dapatkan ini candidate. Surat ini dialamatkan kepada Mr Roy program leader Greencity Iinternational College. Surat tarikh 16.6. Saya yang menandatangani surat ini. Saya boleh camkan surat ini sebagai surat saya. IDD17 =D17 D17 = surat daripada CTI 19

[26] Pembelaan telah berjaya membuktikan melalui keterangan di atas dan melalui saksi mereka bahawa SP5 iaitu pengadu telah pun diberikan peluang kerja melalui kelulusan temuduganya namun atas sebab-sebab seperti yang telah dibangkitkan oleh pembela dan telah gagal disangkal dan ditangkis oleh pendakwa SP5 sendiri memilih untuk tidak mematuhi award tersebut. TIADA SURAT RASMI DAN MAKLUMAN TIDAK DIBUAT MELALUI E-MEL TIDAK MEMATAHKAN FAKTA SP5 ADA DITAWARKAN KERJA [27] Isu dibangkitkan oleh pendakwa bahawa OKS gagal mengemukakan dan menghantar e-mel kepada SP5 untuk pemakluman tawaran kerja telah dipatahkan sendiri oleh SD2 iaitu saksi yang mewakili pihak majikan iaitu tiada keperluan untuk pemberitahuan dibuat secara e-mel kerana makluman secara lisan telah dibuat di hadapan SP5 sendiri sejurus selepas tamat sesi temuduganya dan beliau SP5 telah berjaya dalam temuduga tersebut. 20

[28] OKS tidak seharusnya disabitkan atas kesalahan setelah mereka telah mengambil langkah dan tindakan munasabah untuk mematuhi award tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan malah mereka ada menghubungi OKS sepertimana dalam rekod bil telefon yang diterima mahkamah ini iaitu exhibit D16 yang sama sekali gagal dipatahkan oleh SP5 dan pihak pendakwa. [29] Penerimaan dan penandaan masuk D16 juga adalah dibuat secara teratur dan wajar kerana ianya berada dalam milikan dan pengetahuan SD1 ssendiri sebagai ketua eksekutif OKS serta dialamatkan juga kepada OKS. Malah D16 sendiri telah dikeluarkan oleh syarikat multinasional yang mempunyai reputasi unggul dan tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam kes ini. KESIMPULAN DAN PENUTUP [30] Mahkamah ini setelah menimbangkan keseluruhan keterangan saksisaksi dan dokumen perbicaraan dalam kes ini mempercayai versi cerita 21

pembelaan bahawa SP5 sememangnya tidak berminat untuk bekerja dan membuat tindakan ini atas keengganan OKS membayar gantirugi kewangan sepertimana dipohon oleh SP5 semasa pemfailan kes di Tribunal namun award yang dikeluarkan Tribunal tidak seperti yang dipohon olehnya. [31] Harus diberi perhatian award P3 tersebut adalah satu award selepas pendengaran yang mana ianya bukan diperolehi secara sebelah pihak atau secara persetujuan sekaligus tidak dapat dinafikan SP5 sebenarnya tidak bersetuju dengan award tersebut dan memilih untuk menimbulkan kesukaran kepada OKS dengan menghilangkan diri dalam tempoh 2 bulan award. SP5 telah pun dimaklumkan bahawa beliau diterima bekerja dengan pihak NCL seperti disahkan SD2. Keterangan-keterangan ini tidak dipatahkan oleh pihak pendakwaan sekaligus membuktikan OKS telah meletakkan SP5 dalam cruise ship job placement seperti award P3. [32] Atas sebab-sebab seperti dinyatakan di atas dan mengambilkira prinsip am undang-undang bahawa OKS sama sekali tidak perlu membuktikan mereka tidak bersalah cukup sekadar menimbulkan keraguan pada kes pendakwa saya percaya pihak pembelaan telah berjaya 22

menimbulkan keraguan tersebut dan mahkamah ini seharus sewajarnya memberi faedah keraguan tersebut kepada OKS. OKS dengan ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan pindaan yang dihadapinya. BERTARIKH PADA 22 NOVEMBER 2017 ZUHAIR BIN ROSLI MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 8 KUALA LUMPUR 23

PEGAWAI PENDAKWA En Amran bin Daud & Pn Mustazanabila bt Muslimin Cawangan Penguatkuasa dan Pendakwaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Tingkat 16, 24-27 Sunway Putra Palace 100 Jalan Putra 50622 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur PEGUAMBELA En Mohd Hazrin Alif bin Wahab Tetuan Khairil Ahmad & Co 48A, Jalan Rugbi13/30, Tadisma Business Park, Seksyen 13 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan PEGUAM PEMERHATI En Joachim Francis Xavier Tetuan Chooi & Company Level 5, Menara BRDB 285 Jalan Maarof, Bukit Bandaraya 59000 Kuala Lumpur 24