Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK ULUM HADITH DI USIM

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Penilaian Terhadap Kursus Mualaf Di Selangor. The Evaluation to the Mualaf Courses in Selangor

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

LAPORAN JAWATANKUASA MAJLIS DEKAN-DEKAN PENGAJIAN ISLAM MENGKAJI PROFIL PENGAJIAN ISLAM INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Tahap Kemahiran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Berbantukan Mufradat dan Uslub Al-Quran

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

AISYAH ABDUL-RAHMAN & WAJEEHA ZULKIFLY ABSTRAK. Kata kunci: Pengurusan Kewangan, Pengetahuan kewangan, Pengurusan Perbelanjaan, Sumber Pembiayaan

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

ISLAMIYYAT 38(2) 2016: 155-163 (http://dx.doi.org/10.17576/islamiyyat-2016-3802-08) Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin The Level of Student Knowledge and Perception of Hadith Studies at Universiti Sultan Zainal Abidin Nur Syahadah Mohamed Mohd Akil Muhamed Ali ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meneliti persepsi dan pengetahuan pelajar terhadap pengajian hadith, persepsi mereka terhadap metode pengajian dan mengamati masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pengajian hadith. Kepentingan kajian ini adalah untuk mendedahkan bentuk pelaksanaan pengajian hadith dan metode yang digunakan dalam pembelajaran. Kajian ini dijalankan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA,) Kuala Terengganu dengan penglibatan seramai 123 orang pelajar peringkat diploma di Fakulti Kontemporari Islam (FKI) meliputi jabatan yang berlainan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang berbentuk soal selidik. Data dianalisis secara secara deskriptif untuk mengenal pasti sistem pengajian hadith dalam kalangan pelajar UniSZA. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan item soal selidik adalah tinggi, iaitu 0.802. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman dan pengetahuan pelajar terhadap pengajian hadith ialah sebanyak 4.23 dan min tahap persepsi pelajar terhadap metodologi pensyarah dalam pengajian hadith ialah sebanyak 4.09. Hasil kajian ini turut menunjukkan pensyarah menggunakan kepelbagaian metode pengajaran seperti kuliah, tutorial, perbincangan di dalam kelas dan penggunaan alat bantu mengajar. Bagi memastikan para pelajar dapat menguasai ilmu hadith dengan sebaik mungkin, kajian ini turut mengemukakan beberapa cadangan yang boleh dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu. Kata kunci: Pengetahuan pelajar; persepsi pelajar; pengajian hadith; pengajian Islam di Terengganu ABSTRACT The purpose of this article is to examine student perception and knowledge of hadith studies, their perception of study methods and observe problems faced by students in hadith studies. The importance of this research is to reveal the form of implementing hadith studies and the methods used in learning. This research is done at the Faculty of Contemporary Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA,) Kuala Terengganu, involving 123 diploma students from different departments. Research uses a quantitative method in the form of questionnaire. Data is descriptively analysed to identify the system of hadith studies among UniSZA students. The Alpha Cronbach reliability value for the whole of questionnaire items is high at 0.802. Research results find that the level of student comprehension and knowledge of hadith studies is 4.23 and the mean of student perception of lecturer s methodology in hadith studies is 4.09. Research results also show that lecturers use a variety of teaching methods such as lecture, tutorial, class discussion and teaching aids. In order to ensure that students are able to master hadith knowledge as best as possible, this reserach also submits some suggestions which may be utilised for the benefit of certain parties. Keywords: Student knowledge; student perception; hadith studies; Islamic studies in Terengganu PENGENALAN Hadith ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW, sama ada perkataan, perbuatan atau iqrar (persetujuan) Baginda (al-tahhan 2012: 13) dan hadith ialah sumber kedua setelah al-qur an al-karim. Allah SWT telah memerintahkan orang Mukmin supaya berpegang kepada dengan hadith Rasulullah SAW melalui ayat-ayat al-qur an yang amat banyak. Mereka yang tidak mahu berpegang dengan hadith Rasulullah SAW adalah bukan daripada kalangan orang Mukmin. Hadith berperanan sebagai menjelaskan al-qur an dan menunjukkan caracara pelaksanaan isi kandungannya, seperti cara mendirikan solat, melaksanakan ibadah puasa dan mengerjakan haji serta membawa hukum-hukum lain yang tidak disebutkan oleh al-qur an seperti haram menikahi seseorang wanita bersama-sama dengan anak saudaranya dalam masa yang sama (Philips 2007). Selain merupakan sumber kedua penting bagi syariat Islam selepas al-qur an, Sunnah Rasulullah Islamiyyat 38(2) Bab 8.indd 155 5/15/2017 3:58:50 PM

156 Islamiyyat 38(2) SAW ialah khazanah yang tidak ternilai harganya buat manusia. Sunnah Baginda ini mengandungi pelbagai macam ilmu pengetahuan, hikmat, ajaran dan panduan serta nasihat dan pedoman. Dalam usaha untuk menghayati sunnah Rasulullah SAW, pengetahuan tentang ilmu hadith tidak kurang pentingnya. Ia bukan sahaja dapat memberikan gambaran tentang proses pengumpulan hadithhadith Baginda sehingga dapat ditatapi pada hari ini, malah akan menjadi penyuluh dan panduan yang amat berguna dalam mengenal bentuk dan jenis hadith berkenaan kerana setiap jenis mempunyai nilainya tersendiri (al-siba i 2010). Dalam sejarah pengajian Islam di tanah air, kedinamikan pengajian hadith dapat dilihat dalam perkembangannya dari satu tahap ke satu tahap seiring dengan perkembangan ilmu agama lain. Bermula dari pengajian berbentuk halaqah di rumah tuan guru, kemudiannya pengajian ini berkembang ke pengajian di surau dan masjid. Fasa seterusnya melahirkan institusi pengajian yang lebih teratur di pondok dengan silibus pengajian kitab hadith turath. Selaras dengan perkembangan sistem pengajian semasa, pengajian hadith diletakkan dalam sistem persekolahan yang beraliran agama seperti di bawah kelolaan kerajaan negeri atau pusat seperti Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, atau di bawah kelolaan masyarakat seperti Sekolah Agama Rakyat. Pengajian hadith terus berkembang subur di peringkat pengajian tinggi di Malaysia dengan pengenalan subjek al-hadith dan Ulum al-hadith di bahagian pengajian Islam seperti Fakulti Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Suhaimi 2006). Pengajian hadith bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia, malahan ia telah berkembang baik dan masyarakat telah pun didedahkan dengan pengajian hadith. Walau bagaimanapun, perubahan dunia dan kepesatan teknologi sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada pengajian ilmu-ilmu Islam, termasuk juga bidang hadith. Di sesetengah tempat, bentuk kajian yang dilakukan masih terikat dengan kaedahkaedah lama tanpa melihat kepada kaedah terkini, bahan yang diajar pula masih menggunakan sumber klasik yang masih belum ditahqiq atau dikemas kini. Perkara ini telah merencatkan pengajian hadith itu sendiri. Selain itu, masih terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penguasaan ilmu hadith dalam kalangan pelajar, lantas kajian dilakukan bagi memperbaiki kelemahan yang sedia ada, khususnya di UniSZA dan di tempat lain umumnya. Memandangkan pengajian hadith amat penting untuk disebar luas dan diajarkan agar dapat dihayati dan diamalkan sebagaimana al-qur an, lantas kajian ini amat perlu dijalankan. Menerusi kajian ini, pihak tertentu dapat mengambil manfaat dan langkah positif ke arah pemantapan pengajian hadith di UniSZA. Di samping itu, pihak yang terlibat dapat menyemak kurikulum hadith agar lebih terperinci dan sistematik serta dapat menambah keberkesanan dan kejayaannya, di samping menjamin masa depannya dengan segala ciri hakiki institusi pengajian Islam yang diperlukan oleh masyarakat setempat. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk: 1. Mengkaji tahap kefahaman dan pengetahuan pelajar terhadap pengajian hadith. 2. Menjelaskan persepsi pelajar terhadap metodologi pensyarah dalam pengajian hadith. 3. Mengamati masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pengajian hadith. 4. Meneliti persepsi pelajar terhadap cara mengatasi masalah yang dihadapi dalam pengajian hadith. TINJAUAN LITERATUR Sepanjang kajian ini dijalankan, beberapa buah kajian berkaitan fokus kajian ini telah ditemui, dan antaranya ialah seperti artikel jurnal yang ditulis oleh Rohaizan (2006) yang bertajuk, Perkembangan Ilmu Hadith di Negeri Terengganu Darul Iman. Antara isi perbincangan artikel tersebut ialah berkenaan pengajian hadith di beberapa buah tempat di Terengganu, antaranya ialah di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), iaitu nama lama bagi UniSZA. Walau bagaimanapun, artikel tersebut hanya membicarakan tentang silibus dan subjek yang ditawarkan bagi ilmu hadith yang diajar sahaja. Selain itu, terdapat beberapa kajian mengenai pengajian hadith yang telah dibuat di beberapa negara lain seperti Brunei, Singapura dan Indonesia. Misalnya, kajian Hamzah (2005) dalam disertasi sarjananya yang bertajuk, Kurikulum Pembelajaran Ilmu Hadith di Madrasah-Madrasah di Singapura Pada Masa Ini. Kajian ini membincangkan kurikulum pembelajaran ilmu hadith dan mencadangkan agar sebuah dokumen pengorak langkah yang menjelaskan kurikulum subjek tersebut dapat diwujudkan. Ini kerana matlamat kajian ini adalah untuk mendokumentasikan kurikulum pembelajaran Islamiyyat 38(2) Bab 8.indd 156 5/15/2017 3:58:51 PM

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin 157 ilmu hadith yang ditentukan di madrasah-madrasah di Singapura pada masa ini. Kajian tesis sarjana Che Samsudin (2004) yang berjudul, Pengajian Hadith di Kelantan: Satu Kajian di Institusi Pengajian Pondok mendedahkan pengertian hadith dan ilmu hadith, diikuti sejarah perkembangan pengajian hadith di Kelantan dan menceritakan mengenai pengaruh pengajian hadith di institusi pengajian pondok. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya membuat tinjauan di beberapa institusi pondok seperti Pondok Tuan Guru Haji Abdullah Lubok Tapah. Sementara itu, menerusi kajian yang berjudul, Pengajian Hadith dalam KBSM: Kajian Terhadap Metodologi Pengajaran di SMK Pauh Jaya Pulau Pinang oleh Mohd Akhir (2008) telah mengemukakan langkah pengajaran hadith oleh guru-guru terbabit seperti kaedah syarahan, penyoalan lisan, perbincangan, pengulangan, pemberian latihan, kaedah penceritaan, pemberian nota catatan serta pengajaran yang berpandukan alat bantu mengajar dalam pengajaran hadith. Tesis sarjana ini juga mencadangkan agar pihak yang berkenaan dapat memastikan kelangsungan pengajian hadith dalam arus pendidikan kebangsaan. Kajian ini turut mencadangkan agar bidang khusus bagi pengajian hadith dapat diwujudkan dalam subjek Pendidikan Islam agar pengajarannya lebih terbuka dan menyeluruh. Mohd Army (2011) pula melalui kajian tesis sarjana yang bertajuk, Pengajian Hadith di Madrasah Miftah al-ulum Sri Petaling, Kuala Lumpur membuktikan bahawa tahap pengetahuan pelajar terhadap ilmu hadith dan pengajiannya adalah cemerlang dan amat membanggakan. Kajian ini turut merumuskan pihak pentadbiran madrasah, guru-guru pengajian hadith dan kurikulumnya sewajarnya memainkan peranan penting dalam memantapkan persetujuan tersebut sehingga lebih berkesan agar mencapai matlamat yang amat bermakna. Manakala Rorsuedee (2007) mengemukakan sejarah pengajian hadith pada zaman Rasulullah SAW, sahabat, tabi tabi in, adab dan juga syaratsyarat pengajian hadith. Selain itu, beliau juga mendedahkan bidang pengajian hadith dan bahan panduan pengajian hadith, di samping mengutarakan secara ringkas berkaitan pengajian hadith di sekolah yang memfokuskan kajian terhadap Sekolah Menengah Islam al-amin selaku lokasi kajian yang diikuti dengan pendedahan yang sangat berguna seperti sejarah sekolah terbabit, falsafahnya, sistem pembelajarannya, sukatan pelajaran hadith dan ulum hadith SPM. Kajian tesis sarjana yang bertajuk, Pengajian Hadith: Satu Kajian di Sekolah Menengah Islam al-amin Gombak, Selangor ini turut membuat penyelidikan dengan mengemukakan soal selidik kepada responden daripada kalangan pelajar dan guru untuk mendapatkan maklumat yang berguna dalam pengajian hadith. Sementara itu, tesis sarjana Suhaimi (2006) yang berjudul, Pengajian Hadith di Negeri Perak: Suatu Kajian di Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah, Ipoh mendedahkan secara ringkas pengajian hadith di Malaysia yang memfokuskan pada surau, masjid, pondok, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia. Kajian ini juga mengemukakan sejarah pengajian hadith di negeri Perak dan di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah (SIS) sebagai lokasi kajian yang diikuti pendedahan yang amat berguna seperti sejarah sekolah terbabit, falsafah, sistem pembelajaran, sukatan pelajaran hadith dan Ulum Hadith dan juga Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia (STAM). Ismael (2006) menerusi kajian tesis sarjananya yang berjudul, Pengajian Hadith di Indonesia: Satu Kajian di Madrasah al-jam iyyah al-wasliyyah, Medan Sumatera Utara, Indonesia menghuraikan sejarah pengajian hadith di Indonesia dan sistem pendidikan pondok dan madrasah secara umum, di samping meneliti lakaran sejarah penubuhan dan pembangunan al-jam iyyah al-wasliyyah sebagai lokasi kajian dan beberapa peranan atau sumbangannya terhadap masyarakat. Justeru, kajian ini turut mendedahkan sistem pendidikan dan pengajian hadith seperti ceramah, hafalan, penterjemahan, istinbat hukum dan sebagainya di madrasah tersebut. METODOLOGI Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang dilakukan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu. Universiti ini dipilih sebagai lokasi kajian kerana ia merupakan sebuah pusat pengajian tinggi Islam yang memfokuskan kepada pengajaran dan penyelidikan ilmu-ilmu Islam yang diharmonikan dengan ilmu-ilmu konvensional. Pelajar diploma semester 1, 2, 4 dan 6 telah diambil untuk menjadi sampel bagi tujuan kajian. Jumlah sampel yang diambil merangkumi 132 orang pelajar daripada jumlah keseluruhan 206 orang pelajar diploma Pengajian Islam yang mengambil mata pelajaran hadith di UniSZA. Instrumen borang soal selidik merupakan instrumen utama dalam kajian ini. Item- Islamiyyat 38(2) Bab 8.indd 157 5/15/2017 3:58:51 PM

158 Islamiyyat 38(2) item soalan dibina dan diadaptasi daripada pengkaji terdahulu dengan menggunakan kaedah pemungutan data secara skala jawapan jenis likert lima mata sebagai skala jawapan responden. Data yang diperoleh daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS dan dapatan kajian dihuraikan dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif. Data dianalisis untuk mengetahui tahap pengetahuan dan persepsi pelajar terhadap pengajian hadith dalam kalangan responden. Lima tahap skor min telah ditetapkan untuk mengkategorikan tahap, iaitu sangat tinggi, tinggi, sederhana, rendah dan sangat rendah. Kaedah penentuan tahap skor min ini adalah bersumberkan daripada karya Alias (1997). Jadual 1 di bawah memaparkan tahap skor min berserta kategori tahap pengetahuan dan persepsi pelajar terhadap metodologi pengajian hadith. JADUAL 1. Tahap Skor Min dan Kategori Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Metodologi Pengajian Hadith Aspek Nilai Skor Min Tahap Tahap pengetahuan pelajar 4.23 Sangat tinggi Persepsi pelajar terhadap masalah dalam pengajaran hadith 2.49 Rendah Persepsi pelajar terhadap metode pensyarah 4.09 Tinggi Persepsi pelajar terhadap cara mengatasi masalah 4.25 Sangat tinggi Jumlah keseluruhan 4.35 Sangat tinggi Kajian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang pelajar UniSZA. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi tahap pengetahuan pelajar terhadap pengajian hadith ialah 0.661, nilai bagi persepsi pelajar terhadap metodologi pensyarah ialah 0.920, persepsi pelajar terhadap masalah-masalah dalam pengajian hadith ialah 0.794 dan konstruk bagi persepsi pelajar terhadap cara-cara mengatasi masalah dalam pengajian hadith ialah 0.777. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan item soalan borang kaji selidik berada pada tahap tinggi, iaitu 0.802. HASIL KAJIAN LATAR BELAKANG DEMOGRAFI RESPONDEN Kajian ini melibatkan 123 orang responden daripada FKI, UniSZA, Kuala Terengganu. Jadual 2 menunjukkan responden terdiri daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan al-qur an dan al-sunnah serta Jabatan Pentadbiran Islam dan Syariah dari semester 1, 2, 4 dan 6. Majoriti responden yang terlibat adalah datang dari latar belakang pendidikan agama, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan kebanyakan mereka memperoleh pencapaian tinggi dalam subjek al-qur an dan al-sunnah ketika di peringkat SPM. Dari aspek pendidikan tertinggi ibu bapa mendapati bidang lain-lain adalah tertinggi. Manakala berdasarkan aspek penggunaan masa lapang di rumah atau asrama kebanyakannya adalah menolong ibu bapa. Kepelbagaian ini bertujuan agar pandangan yang diberi mewakili semua golongan pelajar. JADUAL 2. Taburan Profil Responden Kajian Latar belakang Maklumat Kekerapan Peratusan pelajar (%) Jantina Lelaki 36 29 Perempuan 87 70 Jabatan Al-Qur an dan al-sunnah 95 77.2 Pentadbiran Islam 20 16.3 Syariah 8 6.5 Semester Semester 1 11 1.6 Semester 2 53 43.1 Semester 4 32 26 Semester 6 36 29.3 Pendidikan Sekolah menengah 14 11.4 sebelum UniSZA kebangsaan Sekolah menengah 102 82.9 kebangsaan agama Sekolah swasta 7 5.7 Pencapaian A 99 80.5 Al-Qur an & B 20 16.3 al-sunnah SPM C 4 3.3 Tahap pengajian Pengajian Islam 19 15.4 tertinggi ibu bapa Undang-undang 1 8 Pendidikan 35 28.5 Ekonomi 9 7.3 Pengurusan 7 5.7 Perubatan 2 1.6 Kejuruteraan 11 8.9 Lain-lain 393 1.7 Pekerjaan Guru 35 28.5 ibu bapa Pensyarah 5 4.1 Pengurus 1 0.8 Kakitangan kerajaan 31 25.2 Berniaga 19 15.4 Lain-lain 32 26 Penggunaan masa Menolong ibu bapa 53 43.1 biasa dilakukan Mengulang kaji 27 22 di rumah/asrama pelajaran Membuat kerja rumah 10 8.1 Menonton TV 28 22.8 Lain-lain 5 4.1 Islamiyyat 38(2) Bab 8.indd 158 5/15/2017 3:58:51 PM

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin 159 TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR TERHADAP PENGAJIAN HADITH Persepsi responden mengenai pengetahuan mereka terhadap pengetahuan hadith dapat dilihat dengan nyata di bahagian ini. Jadual di bawah menunjukkan skor min yang tinggi untuk tahap pengetahuan pelajar terhadap pengajian hadith. Secara keseluruhan pula dapat dirumuskan tahap pengetahuan responden terhadap pengajian hadith ialah 4.23 dan diinterpretasikan sebagai berada pada tahap yang tinggi. Analisis tahap pengetahuan pelajar terhadap pengajian hadith terdapat dalam Jadual 3 dan dapatan kajian menunjukkan kebanyakan responden berada pada tahap skor min pengetahuan pengajian hadith yang tinggi. Dapatan kajian ini mendapati tahap pengetahuan pelajar terhadap pengajian hadith berada pada tahap yang baik. PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MASALAH DALAM PENGAJARAN HADITH Sebanyak tujuh persoalan telah ditimbulkan dalam bahagian ini untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap masalah dalam pengajaran hadith. Skor min yang paling rendah ialah 2.19 manakala skor min di tahap sederhana ialah 2.69 dan semua item berada pada tahap skor min yang rendah dengan nilai purata 2.49. JADUAL 3. Tahap Pengetahuan Pelajar terhadap Pengajian Hadith No. Item Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Min Sisihan Tahap tidak setuju setuju pasti setuju piawai 1 Pengajian hadith 1 0 9 45 68 4.46.704 Sangat dianggap satu (0.8%) (7.3%) (36.6%) (55.3%) tinggi ibadah dalam Islam. 2 Melalui pengajian 0 1 5 32 85 4.63.604 Sangat hadith dapat difahami (0.8%) (4.1%) (26.0%) (69.1%) tinggi al-qur an secara lebih mendalam. 3 Berwuduk sebelum 2 11 35 44 31 3.74.990 Tinggi mempelajari hadith (1.6%) (8.9%) (28.5%) (35.8%) (25.2%) adalah sunat. 4 Menghafal hadith 1 6 27 52 37 3.96.891 Tinggi menjadi satu kewajipan (0.8%) (4.9%) (22.0%) (42.3%) (30.1%) bagi saya dalam pengajian hadith. 5 Sistem berguru (talaqqi) 2 3 22 54 42 4.07.875 Tinggi adalah wajib bagi saya (1.6%) (2.4%) (17.9%) (43.9%) (34.1%) dalam pengajian hadith. 6 Melalui pengajian hadith 2 3 11 52 55 4.26.848 Tinggi dapat diistinbatkan banyak (1.6%) (2.4%) (8.9%) (42.3%) (44.7%) hukum yang terdapat dalam sumber kedua ini. 7 Pengetahuan bahasa 1 2 4 40 76 4.53.717 Sangat Arab menjadi bahan (0.8%) (1.6%) (3.3%) (32.5%) (61.8%) tinggi yang penting dalam pengajian hadith. Jumlah 4.23 Tinggi Islamiyyat 38(2) Bab 8.indd 159 5/15/2017 3:58:51 PM

160 Islamiyyat 38(2) JADUAL 4. Persepsi Pelajar terhadap Masalah dalam Pengajaran Hadith No. Item Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Min Sisihan Tahap tidak setuju setuju pasti setuju piawai 1 Saya sukar memahami 22 47 22 28 4 2.55 1.125 Rendah subjek hadith. (17.9%) (38.9%) (17.9%) (22.8%) (3.3%) 2 Saya tidak berminat 40 41 24 15 3 2.19 1.097 Rendah mempelajari ilmu hadith. (32.5%) (33.3%) (19.5%) (12.2%) (2.4%) 3 Peralatan pengajian untuk 31 26 24 29 3 2.49 1.176 Rendah belajar hadith tidak mencukupi. (25.5%) (29.9%) (19.5%) (23.6%) (2.4%) 4 Saya tidak mampu 22 30 37 32 2 2.69 1.095 Sederhana menguasai bahasa Arab. (17.9%) (24.4%) (30.1%) (26.0%) (1.6%) 5 Keadaan di dalam kelas tidak 29 34 16 34 10 2.69 1.319 Sederhana kondusif (ramai dan tidak fokus). (23.6%) (27.6%) (13%) (27.6%) (8.1%) 6 Kitab/buku yang digunakan 34 37 24 25 3 2.40 1.165 Rendah di dalam kelas tidak sesuai (27.6%) (30.1%) (19.5%) (20.3%) (2.4%) dengan tahap pengajian saya. 7 Metode pengajaran 39 29 24 25 3 2.43 1.262 Rendah pensyarah membosankan (31.7%) (23.6%) (19.5%) (20.3%) (2.4%) saya. Jumlah 2.49 Rendah PERSEPSI PELAJAR TERHADAP METODOLOGI PENSYARAH DALAM PENGAJIAN HADITH Dapatan kajian berkenaan persepsi pelajar terhadap metodologi pensyarah dalam pengajian hadith dipaparkan dalam Jadual 5 di bawah. Skor min yang paling rendah ialah 3.51, manakala skor min paling tinggi dengan nilai purata min berada pada tahap tinggi dengan min 4.63. JADUAL 5. Persepsi Pelajar terhadap Metodologi Pensyarah dalam Pengajian Hadith No. Item Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Min Sisihan Tahap Tidak Setuju Setuju Pasti Setuju Piawai 1 Pensyarah mengucapkan basmalah 6 48 69 4.51.592 Sangat bagi setiap permulaan pengajian. (4.9%) (39.0%) (56.0%) tinggi 2 Pensyarah menggunakan alat bantu 2 7 51 63 4.42.678 Sangat mengajar semasa pembelajaran. (1.6%) (5.7%) (41.5%) (51.2%) tinggi 3 Pensyarah memperdengarkan 2 42 79 4.63.518 Sangat bacaannya dengan terang dan betul. (1.6%) (34.1%) (64.2%) tinggi 4 Pensyarah memberi peluang 5 18 49 51 4.19.833 Tinggi kepada saya untuk membaca hadith. (4.1%) (14.6%) (39.8%) (41.5%) 5 Pensyarah memberi huraian hadith 1 7 47 68 4.48.645 Sangat dengan lengkap dan jelas. (0.8%) (5.7%) (38.2%) (55.3%) 6 Pensyarah membincangkan hal-hal 11 38 4 4.51.657 Sangat berkaitan dengan tajuk. (8.9%) (30.9%) (60.2%) tinggi 7 Pensyarah menggalakkan kami 1 6 45 71 4.51.632 Sangat berbincang di dalam kelas. (0.8%) (4.9%) (36.6%) (57.7%) tinggi 8 Pensyarah sentiasa memberi kami 9 20 49 45 4.06.908 Tinggi latihan pelajaran di dalam kelas. (7.3%) (16.3%) (39.8%) (36.6%) Islamiyyat 38(2) Bab 8.indd 160 5/15/2017 3:58:51 PM

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin 161 10 Pensyarah sentiasa membuat 1 12 52 60 4.39.673 Sangat kesimpulan ringkas di akhir pelajaran. (0.8%) (8.1%) (42.3%) (48.8%) tinggi 11 Pensyarah memberi penilaian 2 34 49 38 4.00.810 Tinggi mengenai kefahaman saya. (1.6%) (27.6%) (39.8%) (30.9%) 12 Pensyarah mengadakan soalan 3 13 52 55 4.29.755 Tinggi terbuka kepada pelajar. (2.4%) (10.6%) (42.3%) (44.7%) 13 Pensyarah menceritakan sejarah 5 10 57 51 4.25.755 Tinggi pengajian sahabat. (4.1%) (8.1%) (46.3%) (41.5%) 14 Pensyarah menceritakan sejarah 2 23 21 45 32 4.15.769 Tinggi pengajian para imam hadith. (1.6%) (18.7%) (17.1%) (36.6%) (26.0%) 15 Pensyarah mewajibkan saya 3 21 24 44 31 3.67 1.106 Tinggi untuk menghafal hadith. (2.4%) (17.1%) (19.5%) (35.8%) (25.2%) 16 Pensyarah memperkenalkan 5 13 63 42 3.64 1.110 Tinggi kitab-kitab klasik dan turath. (4.1%) (10.6%) (51.2%) (34.1%) 17 Pensyarah menggunakan 2 14 40 45 22 3.58.967 Tinggi kaedah imla ketika pengajaran. (1.6%) (11.4%) (32.5%) (36.6%) (17.9%) 18 Pensyarah selalu membetulkan 5 22 64 32 4.00.779 Tinggi bacaan dan kefahaman saya. (4.1%) (17.9%) (52.0%) (26.0%) 19 Pensyarah sentiasa menasihati 7 14 65 37 4.07.801 Tinggi saya jika berlaku kesalahan (5.7%) (11.4%) (52.8%) (30.1%) dalam pembelajaran. 20 Pensyarah mempamerkan 1 20 25 45 32 3.71 1.054 Tinggi kitab-kitab syarahan hadith. (0.8%) (16.3%) (20.3%) (36.6%) (26.0%) 21 Pensyarah memberikan motivasi 2 4 13 61 43 4.13.849 Tinggi tentang kepentingan pengajian hadith. (1.6%) (3.3%) (10.6%) (49.6%) (35.0%) 22 Pensyarah mengadakan pertandingan 4 15 23 42 39 3.79 1.118 Tinggi berkaitan pengajian hadith. (3.3%) (12.2%) (18.7%) (34.1%) (31.7%) 23 Pensyarah menyediakan kitab/buku 2 8 17 44 52 4.11.982 Tinggi yang sesuai dan mudah difahami (1.6%) (6.5%) (13.8%) (35.8%) (42.3%) untuk sesuatu subjek. 24 Pensyarah menyelitkan unsur humor 1 16 29 43 34 3.76 1.027 Tinggi ketika sesi pembelajaran. (0.8%) (13.0%) (23.6%) (35.0%) (27.6%) 25 Pensyarah menyediakan artikel-artikel 3 32 18 39 31 3.51 1.197 Tinggi hadith untuk dijadikan bahan (2.4%) (26.0%) (14.6%) (31.7%) (25.2%) pembelajaran. Jumlah 4.09 Tinggi Berdasarkan item metodologi pensyarah dalam pembelajaran hadith, min keseluruhan bagi item ini ialah pada tahap tinggi dengan purata min 4.09. Ini menunjukkan responden mempunyai persepsi yang baik terhadap metode yang digunakan oleh pensyarah ketika proses pembelajaran. PERSEPSI PELAJAR TERHADAP CARA MENGATASI MASALAH DALAM PENGAJIAN HADITH Dapatan kajian berkenaan cara mengatasi masalah dalam pengajian hadith dipaparkan dalam Jadual 6. Skor min yang paling rendah ialah 3.77, manakala skor min yang paling tinggi ialah 4.63 dan semua item berada pada tahap skor min yang sangat tinggi dengan nilai purata min berada pada tahap yang sangat tinggi dengan min 4.25. Islamiyyat 38(2) Bab 8.indd 161 5/15/2017 3:58:52 PM

162 Islamiyyat 38(2) JADUAL 6. Cara Mengatasi Masalah yang Dihadapi oleh Pelajar dalam Pengajian Hadith No. Item Tidak Tidak Setuju Sangat Min Sisihan Tahap Setuju Pasti Setuju Piawai 1 Saya sentiasa memahami subjek hadith. 9 35 54 25 3.77.857 Tinggi (7.3%) (28.5%) (43.9%) (20.3%) 2 Saya mesti meningkatkan minat dalam 5 16 56 46 4.16.803 Tinggi mendalami ilmu hadith. (4.1%) (13%) (45.5%) (37%) 3 Alat-alat bantu mengajar hadith perlu mencukupi. 1 13 58 51 4.29.686 Tinggi (0.8%) (10.6%) (41.5%) (41.5%) 4 Saya mesti menguasai bahasa Arab. 1 7 45 70 4.50.645 Sangat (0.8%) (5.7%) (46%) (56.9%) Tinggi 5 Keadaan kelas mesti sesuai dan fokus. 1 5 51 66 4.48.619 Sangat (0.8%) (4.1%) (41.5%) (53.7%) tinggi 6 Pensyarah perlu mempelbagaikan kaedah 1 3 36 83 4.63.576 Sangat pengajaran untuk menarik minat pelajar. (0.8%) (2.4%) (29.3%) (67.5%) tinggi 7 Bahan rujukan kitab-kitab hadith di 2 5 29 87 4.63.644 Sangat perpustakaan mesti ditambah dan (1.6%) (4.1%) (23.6%) (70.7%) tinggi dipelbagaikan Min keseluruhan 4.3531.50766 Sangat TAHAP KESELURUHAN PENGETAHUAN DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGAJIAN HADITH DI UNISZA Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan responden terhadap pengajian hadith berada pada tahap tinggi dengan min sebanyak 4.23. Manakala, persepsi responden terhadap metodologi pensyarah dalam pengajian hadith berada pada tahap tinggi dengan nilai min sebanyak 4.09. Seterusnya, persepsi responden terhadap masalah dalam pengajaran hadith berada pada tahap rendah dengan min 2.49 dan persepsi responden terhadap cara mengatasi masalah yang dihadapi dalam pengajian hadith berada pada tahap sangat tinggi dengan nilai purata min sebanyak 4.25. IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN Terdapat beberapa implikasi penting daripada dapatan ini. Antaranya ialah seperti berikut: 1. Tahap pengetahuan pelajar terhadap pengajian hadith berada pada tahap tinggi. Justeru, adalah menjadi satu perkara penting bagi pelajar untuk memahami kandungan pembelajaran hadith yang merupakan unsur terpenting untuk menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Kefahaman yang jelas mengenai hadith membawa pelajar untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian. 2. Para pelajar tidak mempunyai banyak masalah dalam pembelajaran hadith, sama ada yang melibatkan faktor dalaman diri pelajar sendiri atau faktor luaran seperti suasana kelas, metode pengajaran pensyarah atau penggunaan kitab. 3. Pensyarah atau tenaga pengajar ialah agen penyampai maklumat kepada pelajar dan merupakan individu terpenting dalam usaha memberi galakan kepada pelajar untuk mempelajari ilmu hadith. Dengan dapatan yang diperoleh daripada kajian ini, pelajar berpendapat para pensyarah telah menggunakan metodologi yang bersesuaian dan diharapkan para pensyarah lebih bersemangat dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar dengan mempelbagaikan bentuk kaedah pengajaran yang menarik. 4. Tahap persepsi pelajar terhadap cara-cara mengatasi masalah dalam pembelajaran hadith berada pada tahap tinggi. Oleh itu, adalah menjadi satu perkara terpenting bagi para pelajar, pensyarah dan pihak tertentu agar dapat bersama-sama berusaha dalam meningkatkan mutu dan kualiti pengajian hadith di UniSZA. Islamiyyat 38(2) Bab 8.indd 162 5/15/2017 3:58:52 PM

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin 163 KESIMPULAN Kajian ini mendapati keseluruhan tahap pengetahuan dan persepsi pelajar terhadap pengajian hadith dalam kalangan pelajar UniSZA, Kuala Terengganu berada pada tahap baik. Oleh itu, sebagai umat Islam sewajarnya kita menjadikan hadith sebagai pegangan dan amalan hidup. Mereka yang mempelajari hadith juga akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Kajian ini diharap dapat membantu para pelajar universiti, pensyarah dan masyarakat untuk membudayakan ilmu pengajian hadith dalam kehidupan seharian. Ini kerana hadith merupakan sumber rujukan kedua yang utama dalam Islam selepas al-qur an. RUJUKAN Alias Baba. 1997. Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Che Samsudin Muhammad Noor. 2004. Pengajian hadith di Kelantan: Satu kajian di institusi pengajian pondok. Tesis Sarjana. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Hamzah Jummat. 2005. Kurikulum pembelajaran ilmu Hadith di madrasah-madrasah di Singapura pada masa ini. Tesis Sarjana. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ismael Abd. Karim. 2006. Pengajian hadith di Indonesia: Satu kajian di Madrasah al-jam iyyah al-wasliyyah, Medan Sumatera Utara, Indonesia. Tesis Sarjana. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Mohd Akhir Wahab. 2008. Pengajian hadith dalam KBSM: Kajian terhadap metodologi pengajaran di SMK Pauh Jaya Pulau Pinang. Tesis Sarjana. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Mohd Army Yusop. 2011. Pengajian hadith di Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling, Kuala Lumpur. Tesis Sarjana. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Philips, Abu Ameenah Bilal. 2007. Usool al-hadeeth. Riyad: International Islamic Publishing House. Rohaizan Baru. 2006. Perkembangan ilmu hadith di negeri Terengganu Darul Iman. Jurnal Usuluddin 23-24: 91-116. Rorsuedee Salaeh @ Rushdi Jubuky. 2007. Pengajian hadith: Satu kajian di Sekolah Menengah Islam al- Amin, Gombak, Selangor. Tesis Sarjana. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. al-siba i, Mustafa. 2010. al-sunnah wa Makanatuha fi al- Tashri al-islami. Bayrut: Dar Ibn Hazm. Suhaimi Abdul Wafir. 2007. Pengajian hadith di negeri Perak: Suatu kajian di Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah, Ipoh, Perak. Tesis Sarjana. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. al-tahhan, Mahmud. 2012. Mustalah al-hadith. Karachi: al-bushra Publishers. Nur Syahadah Mohamed Jabatan Pengajian al-qur an dan al-sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan MALAYSIA Mohd Akil Muhamed Ali Jabatan Pengajian al-qur an dan al-sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan MALAYSIA akil@ukm.edu.my Islamiyyat 38(2) Bab 8.indd 163 5/15/2017 3:58:52 PM

Islamiyyat 38(2) Bab 8.indd 164 5/15/2017 3:58:52 PM