Faktor-Faktor Mempengaruhi Sumbangan Wakaf Tunai di Kuis

Similar documents
Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Sorotan Literatur Pelaksanaan Wakaf Tunai di Malaysia

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR PENENTU MEMBAYAR ZAKAT DI BADAN AMIL ZAKAT NASIONAL (BAZNAS) DALAM KALANGAN PEMBAYAR ZAKAT DI KOTA MEDAN, INDONESIA

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful (Non Muslim Student s Perception on Takaful) IZZATI LIYANA AWANG & HENDON REDZUAN ABSTRAK

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

AISYAH ABDUL-RAHMAN & WAJEEHA ZULKIFLY ABSTRAK. Kata kunci: Pengurusan Kewangan, Pengetahuan kewangan, Pengurusan Perbelanjaan, Sumber Pembiayaan

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Penerimaan Masyarakat Terhadap Perlindungan Takaful

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

LEVEL OF UNDERSTANDING AMONG UNIVERSITI SAINS MALASYIA (USM) MUSLIM STAFFS ABOUT CASH WAQF

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

COMMUNITY AWARENESS AND UNDERSTANDING OF WAQF IN MALAYSIA: EXPERIENCE OF THE STATES ISLAMIC RELIGIOUS COUNCIL

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

WAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA)

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN FAKTOR PERSEKITARAN TERHADAP PEMATUHAN ZAKAT PENDAPATAN

LOKALISASI TADBIR URUS ZAKAT DI MASJID: KAJIAN DI BANDAR BARU BANGI SELANGOR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KOS SARA HIDUP MAHASISWA UPM

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KESAN DRAMA HIBUR-DIDIK DAN DOKUMENTARI DALAM MEMPENGARUHI NIAT UNTUK MENDERMA ORGAN: SATU EKSPERIMEN BERTERASKAN MODEL ELABORATION LIKELIHOOD

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

AN INVESTIGATION ON THE PATTERNS AND ANTECEDENTS OF CHARITABLE GIVING BEHAVIOUR AMONG MUSLIMS IN MALAYSIA SALWA AMIRAH AWANG

ZAKAT COLLECTION AND DISTRIBUTION IN MALAYSIA

[SV 9] MENGANALISIS ISU HALAL TERHADAP SEKTOR PERKHIDMATAN HOTEL DI MALAYSIA. Nursyahida Jaafar¹ & Mohamad Ghozali Hassan²

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Special Issue 3 (2017): 011 ISSN: x

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

A Review on Bequest Writing in The Management of Property in Malaysia

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Kata kunci: Akhbar; keperluan; remaja; berita; penerimaan akhbar oleh remaja

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

Transcription:

Faktor-Faktor Mempengaruhi Sumbangan Wakaf Tunai di Kuis SYED MUHAMMAD HILAL AZIZI SYED ABDUL AZIZ Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ilalalahaha123@gmail.com SAFURA AHMAD SABRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor safura@kuis.edu.my NUR FIKHRIAH TAKRIL Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor nurfikhriah@kuis.edu.my ABSTRAK Akhir-akhir ini, konsep wakaf tunai mula diperkenalkan dan diamalkan secara meluas di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia bertujuan untuk meningkatkan tahap pendidikan negara. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi sumbangan wakaf tunai di KUIS. Seramai 381 orang responden yang terdiri daripada masyarakat di sekitar Bangi telah dipilih secara rawak bagi menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi masyarakat Bangi dalam menyumbang wakaf tunai di KUIS. Data yang diperolehi melalui borang soal selidik kemudiannya dianalisa dengan menjalankan analisis deskriptif dan Korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati bahawa faktor promosi, kefahaman dan kewangan mempunyai hubungan yang signifikan dengan sumbangan wakaf tunai di KUIS. Kata Kunci : Wakaf Tunai, KUIS, Promosi, Kefahaman, Kewangan ABSTRACT The concept of cash waqf was introduced and widely practiced in institutions of higher learning in Malaysia aimed at raising the level of national education. Hence, this study was conducted to identify factors affecting the cash waqf contribution in KUIS. A total of 381 respondents from Bangi communities were randomly selected to answer the questionnaires distributed. The objective of this study is to identify the factors that affect the Bangi community in contributing cash waqf in KUIS. Data obtained through the questionnaires were then analyzed by conducting descriptive analysis and Pearson Correlation. The findings showed that promotion, understanding and financial factors have a significant relationship with cash waqf contributions in KUIS. Keywords: Cash Waqf, KUIS, Promotion, Understanding, Finance 362

PENDAHULUAN Wakaf atau Waqf dalam Bahasa Arab bermaksud menahan, larangan dan menyekat. Ia juga ditakrifkan sebagai memegang atau menyimpan. Pada umumnya pengertian wakaf ialah menahan sesuatu yang diwakafkan daripada digunakan untuk sebarang urusan kecuali digunakan pada jalan Allah (al-zuhaili, 2012). Ini bertepatan dengan pandangan Shari'ah yang mentakrifkan wakaf sebagai memegang harta benda dan menghalang penggunaannya untuk tujuan mengeluarkan faedah secara berterusan untuk mewakili objektif kebenaran atau kebajikan (Ab. Aziz et al., 2013). Asmak Ab Rahman (2009) menggariskan bahawa antara peranan wakaf ialah menyediakan keperluan perumahan, kemudahan kesihatan, tempat peribadatan, menggerakkan kegiatan ekonomi, memajukan ekonomi, menjaga kebajikan anak yatim dan membantu mereka yang kemiskinan. Terdapat pelbagai jenis wakaf telah diperkenalkan untuk mengembangkan lagi amalan wakaf dalam kalangan masyarakat Malaysia seperti konsep wakaf tunai dan saham wakaf. Konsep wakaf tunai merupakan bentuk wakaf kontemporari bertujuan meningkatkan jumlah pewakaf khususnya di Malaysia (Muhammad Sofiyuddin Zakaria & Mohd Zamro Muda, 2015). Kaedah berwakaf secara tunai ini adalah praktikal kerana pemilikan mutlak bersifat kekal seperti hartanah dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia adalah rendah dan mengekang keupayaan serta kemampuan mereka untuk berwakaf (Azri Ahmad, 2008). Ini sejajar dengan hasil tinjauan literatur yang dilakukan oleh Muhammad Sofiyuddin Zakaria & Mohd Zamro Muda (2015) yang mendapati pelaksanaan wakaf tunai sedang melalui fasa pengembangan, di mana masyarakat sudah mula menunjukkan minat untuk berwakaf secara tunai dan terbukti dengan kutipan dana wakaf yang semakin meningkat. Ini kerana wakaf tunai lebih mesra pelanggan berbanding wakaf harta tidak alih seperti tanah, rumah atau bangunan. Hal ini kerana masyarakat Islam yang berpendapatan rendah juga berpeluang menyumbang wakaf tunai bagi membantu meningkatkan tahap perkembangan ekonomi dalam komuniti Muslim. Justeru, secara umumnya wakaf tunai merujuk kepada pemberian wakaf melalui wang ringgit. Ia melibatkan pemberian wang tunai kepada entiti pengurusan yang sah untuk dikumpulkan dan dijadikan modal bagi menukar dana kepada harta kekal atau membiayai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan wakaf (Azri Ahmad, 2008). Hasil wakaf tunai yang diperolehi daripada orang ramai ini lazimnya dikumpulkan dan diuruskan untuk kepentingan awam serta diagihkan kepada sektor-sektor pembangunan masyarakat seperti pendidikan, kesihatan, ekonomi masyarakat dan sebagainya. Muhammad Salleh (2009) dalam tulisan Haslindar Ibrahim et al. (2013) menyebut wakaf tunai berpotensi untuk membangunkan sosioekonomi ummah. Beliau menjangkakan pungutan dana daripada wakaf tunai di Malaysia boleh mencecah RM4.3 billion setahun sekiranya setiap warganegara Muslim dewasa mendermakan RM1 sehari atau RM30 sebulan. Pungutan ini mampu menjana banyak peluang untuk pembangunan komuniti Muslim di Malaysia. Maka tidak hairanlah apabila pada hari ini, konsep wakaf tunai ini turut diperkenalkan dan diamalkan secara meluas di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia. Antaranya ialah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). KUIS telah mewujudkan Bahagian Zakat, Wakaf & Infaq yang antaranya berperanan memastikan KUIS mempunyai sumber kewangan yang boleh dijana melalui kutipan yang disumbangkan ke dalam Yayasan, Wakaf dan Zakat serta memastikan hasrat KUIS untuk menjadi Universiti Wakaf tercapai. Kempen Mari Berwakaf di KUIS! juga giat dijalankan sejak akhir-akhir ini bagi menyeru serta menggalakkan orang ramai turut sama berwakaf di KUIS. Hasilnya, statistik kutipan wakaf KUIS melalui kaunter dan Skim Potongan Gaji menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan, iaitu daripada RM78,281 pada tahun 2014 kepada RM 148,298.85 pada tahun 2015 363

dan seterusnya meningkat kepada RM 314,350.20 pada September 2017 (sumber: Laman Sesawang Rasmi KUIS). Sumbangan wakaf ini telah mula menampakkan manfaat kepada warga KUIS apabila pembinaan bangunan akademik baru bagi menampung kapasiti pelajar yang semakin meningkat dan pengubahsuaian perpustakaan sedia ada bagi memberikan keselesaan kepada warga KUIS bakal dijalankan pada hujung tahun 2017. Walaubagaimanapun, untuk menjadi sebuah Universiti Wakaf memerlukan dana yang lebih lagi bagi menampung segala kos operasi, dan usaha ini menuntut penglibatan menyeluruh dan berterusan daripada masyarakat. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi sumbangan wakaf tunai di KUIS. Tiga faktor yang dikaji adalah promosi, kefahaman dan kewangan. Promosi Promosi adalah satu bentuk komunikasi pemasaran iaitu merujuk kepada aktiviti pemasaran yang berusaha menyebarkan informasi, mempengaruhi dan menyebabkan promosi dilakukan dapat diterima di persada pemasaran (Tjiptono, 2008). Elemen promosi wakaf tunai yang berkesan juga penting dan perlu dilakukan bagi mendapatkan hasil yang positif. Hal ini kerana tingkah laku ke arah penglibatan masyarakat dalam aktiviti wakaf tunai dapat dizahirkan apabila sesuatu perancangan yang dilakukan berjaya disampaikan kepada golongan tertentu melalui medium yang betul. Ini dapat dibuktikan berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Finlay & Faulkner (2005) dan Scott et al. (1995) yang menyatakan bahawa sesuatu pengetahuan oleh individu dapat ditingkatkan sekiranya promosi yang jelas dan efektif disalurkan kepada segenap masyarakat. Menurut Hanifah Mahat et al. (2014), promosi yang cekap dapat membantu perkembangan pengetahuan yang menjurus kepada tingkah laku yang sepatutnya. Namun begitu, masyarakat yang mempunyai pengetahuan juga berkemungkinan tidak terlibat dengan aktiviti wakaf tunai tersebut sekiranya promosi yang dilaksanakan kurang berkesan. Hal ini demikian kerana mereka tidak mengetahui medium sebenar untuk melibatkan diri dengan wakaf tunai tersebut. Faktor kekurangan promosi yang merupakan sebahagian daripada aktiviti pemasaran dilihat sebagai salah satu penyumbang kurangnya sumbangan masyarakat dalam wakaf tunai di Malaysia. Ini sejajar dengan Ahmad Zaki Abd. Latiff et al. (2008) yang menyatakan pemasaran adalah faktor kritikal bagi kejayaan pembangunan harta wakaf pendidikan negara, di mana kegagalan mengurus pemasaran dengan baik sudah pasti menyebabkan masalah kefahaman sempit masyarakat dan kurang sambutan mengenai wakaf pendidikan tidak dapat diatasi kerana kurangnya sumber maklumat. Jelas, pernyataan ini disokong oleh kajian baru-baru ini oleh Faiz (2014) dan Ibrahim et al. (2013) yang mendapati bahawa kekurangan promosi mengenai sumbangan dan amalan wakaf masing-masing mungkin mempunyai implikasi yang besar dalam membina kesedaran yang diperlukan dalam memanfaatkan potensi sosioekonomi wakaf tunai sebagai pilihan kewangan sosial Islam. Kefahaman Salah faham tentang konsep dan perlaksanaan wakaf tunai juga merupakan antara penghalang kepada berkembangnya wakaf tunai di Malaysia. Antara bentuk salah faham tersebut adalah kefahaman tentang larangan untuk menderma atau menginfakkan harta melebihi sepertiga daripada keseluruhan aset semasa hidup pewakaf/penderma (Tunku Alina Alias, 2011). Ini disokong oleh Muhammad Akram (2008) yang menyatakan bahawa tahap kefahaman masyarakat Islam di Malaysia tentang konsep wakaf agak terkebelakang di mana mereka hanya memahami wakaf dalam konteks pembinaan masjid, surau dan tanah perkuburan sahaja berbanding fungsi dan peranan wakaf yang amat luas. Ini sekaligus menyebabkan bilangan harta wakaf tidak menunjukkan peningkatan yang tinggi walaupun populasi Muslim pada hari ini semakin meningkat. Ini sejajar dengan dapatan Tunku Alina Alias (2011) yang 364

menyebut skim wakaf tunai untuk tujuan-tujuan umum yang ditawarkan oleh sesetengah institusi di Malaysia ternyata masih belum menunjukkan hasil dan kesan yang diharap-harapkan. Hal ini disebabkan oleh ramai Muslim tidak berpeluang untuk mengambil bahagian dalam wakaf disebabkan oleh tanggapan yang salah serta kurang kefahaman terhadap wakaf yang hanya menumpu kepada aset kekal seperti bangunan dan tanah yang sememangnya kurang dimiliki oleh orang Islam sepertimana yang telah dijelaskan oleh Baharuddin Sayin (2011). Namun hakikatnya, melalui wakaf tunai orang Islam yang tidak mempunyai aset seperti tanah dan bangunan juga boleh berwakaf Tambahan lagi, menurut Noor Aimi et al. (2014), kebanyakan orang di Malaysia percaya kewajiban wakaf hanyalah untuk masyarakat Islam sahaja, walhal wakaf juga boleh disumbangkan oleh orang bukan Islam. Maklumat ini tidak disampaikan kepada masyarakat kerana kurangnya kesedaran tentang wakaf itu sendiri. Menurut mereka lagi, masyarakat Islam masih tidak menyedari pentingnya wakaf dalam menyumbang kepada ekonomi Islam. Ini bertepatan dengan kenyataan Anan (2012) dalam tulisan Nor Aishah Ismail (2015) yang menyebut masyarakat hari ini masih belum memahami dan mengetahui konsep serta peranan wakaf secara mendalam dan dinamik, sebaliknya mereka hanya memandang wakaf sebagai bekalan selepas seseorang itu meninggal dunia dan tidak melihat ia sebagai suatu amalan yang relevan untuk kemudahan dan keperluan pada hari ini. Ringkasnya, masih ramai masyarakat pada hari ini yang tidak mempunyai kefahaman lengkap mengenai konsep wakaf itu sendiri. Kewangan Cabaran kewangan yang memberi kesan kepada ramai orang Islam mempunyai kesan negatif terhadap kehidupan masyarakat menyebabkan majoriti masyarakat tidak mampu untuk menyediakan peruntukan yang mencukupi dalam kehidupan harian. Wakaf tunai termasuk antara mekanisma yang dapat mengurangkan kemiskinan selain sedekah dan dana awam. Walaubagaimanapun, kajian mendapati antara faktor yang menjadi penghalang kepada usaha ini adalah kurang kesedaran, kedekut dan bersifat mementingkan diri, pengaruh politik dalam pengurusan, kepincangan pelaksanaan serta ketidaksediaan negara Islam dalam melaksanakannya (Yusuff & Azizan, 2013). Pengurusan kewangan merupakan antara cabaran paling besar dalam wakaf pendidikan dan menjadi aspek penting untuk dikaji kerana sumber kewangan atau dana merupakan tulang belakang atau teras dalam memastikan kejayaan sesuatu wakaf (Ahmad Zaki et al., 2008). Tambahan lagi, faktor pendapatan pula dilihat sebagai penyumbang utama kepada amalan berwakaf (Nor Aishah Ismail, 2015). Namun begitu, dengan keadaan kewangan masyarakat yang sempit dan tidak stabil mengekang mereka untuk mengeluarkan wang bagi menyumbang kepada orang lain dek kerana lebih memikirkan untuk keperluan sara diri mereka dan keluarga terlebih dahulu. METODOLOGI KAJIAN Data bagi kajian ini dikumpulkan dengan mengedarkan sejumlah 381 set borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada masyarakat Bangi. Masyarakat Bangi dijadikan sebagai sampel bagi kajian ini adalah kerana kedudukan KUIS sendiri berdekatan dengan Bangi serta populasi penduduk Bangi yang dianggarkan sebanyak 47,000 orang dimana lebih 80% penduduk asalnya terdiri daripada kaum Melayu serta majoritinya adalah beragama Islam. Borang soal selidik yang diedarkan terdiri daripada 3 bahagian. Bahagian A mengandungi soalan berkaitan demografi responden. Bahagian B pula mengandungi soalan berkaitan pengetahuan responden 365

terhadap wakaf tunai khususnya di KUIS. Seterusnya bahagian C terdiri daripada beberapa pecahan kumpulan soalan yang mewakili faktor-faktor mempengaruhi sumbangan wakaf tunai di KUIS iaitu faktor promosi, kefahaman dan kewangan. Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan, data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS dengan menjalankan Analisis Deskriptif dan Korelasi Pearson. Lazimnya kajian rintis akan dijalankan sebelum sesuatu kajian sebenar dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan instrumen kajian dan tatacara kajian (Fraenkel dan Wallen, 2009), serta bagi mengetahui tahap kesahan dan kebolehpercayaan borang soal selidik dalam mengukur pembolehubah kajian secara konsisten setiap kali ia digunakan pada masa, tempat dan sampel yang berlainan (Mohd Salleh dan Zaidatun, 2001). Jika nilai Alpha Cronbach yang diperoleh adalah kurang daripada 0.6 dan menghampiri skor 0, maka soal selidik dianggap tidak sahih dan kebolehpercayaan terhadap item yang dibina adalah rendah. Sebaliknya jika skor Alpha Cronbach melebihi 0.6 dan menghampiri 1.0, ia boleh dianggap sebagai skor yang tinggi dan item yang terkandung dalam soal selidik adalah boleh dipercayai. Jadual 1 di bawah menunjukkan bahawa nilai Alpha Cronbach yang diperoleh bagi semua pembolehubah bersandar dan tidak bersandar dalam kajian ini melebihi 0.6. Oleh itu, soal selidik dianggap baik serta boleh digunakan bagi mendapatkan data sebenar. Jadual 1: Statistik Kebolehpercayaan Mengikut Pembolehubah Kajian Bahagian Alpha Cronbach Bilangan Item Promosi Kefahaman Kewangan 0.779 0.958 0.815 7 8 6 Sumbangan Wakaf Tunai 0.868 6 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN Demografi Responden Jadual 2 di bawah menunjukkan ciri-ciri demografi responden yang dikaji. Berdasarkan jadual tersebut, majoriti responden adalah terdiri daripada lelaki (65.9%), berumur di antara 26-35 tahun (34.1%), bekerja dalam sektor swasta (38.8%), mempunyai tahap pendidikan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas (46.5%), memperoleh pendapatan kasar di antara RM2501 hingga RM4000 sebulan (31.8%) serta telah berkahwin (61.9%). Jadual 2: Demografi Responden Item Kekerapan Peratus (%) Jantina Lelaki 251 65.9 Perempuan 130 34.1 Umur 25 dan ke bawah 93 24.4 366

26 35 130 34.1 36 45 78 20.5 46 55 62 16.3 56 dan ke atas 18 4.7 Sektor Pekerjaan Kerajaan 97 25.5 Swasta 148 38.8 Bekerja sendiri 75 19.7 Tiada pekerjaan 17 4.5 Pelajar 44 11.5 Tahap Pendidikan UPSR 1 0.3 PMR / SRP 7 1.8 SPM 74 19.4 Diploma 122 32.0 Ijazah Sarjana Muda dan ke atas 177 46.5 Pendapatan Kasar Bulanan Kurang RM1000 60 15.7 RM1001 RM2500 70 18.4 RM2501 RM4000 121 31.8 RM4001 RM5500 93 24.4 RM5501 RM7000 29 7.6 RM7001 RM8500 5 1.3 Lebih RM8500 3 0.8 Status Perkahwinan Bujang 145 38.1 Berkahwin 236 61.9 Pengetahuan Mengenai KUIS dan Wakaf Tunai Majoriti responden tahu mengenai wakaf tunai (78.5%) serta bersetuju bahawa wakaf tunai sesuai dilaksanakan di Institusi Pendidikan di Malaysia (89.5%) dan ia dapat memberikan manfaat kepada penerimanya (81.6%). Namun begitu, majoriti responden tidak tahu bahawa KUIS sendiri berhasrat untuk menjadi Universiti Wakaf (57.2%). Hasil analisis terperinci bagi bahagian ini ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah. 367

Rajah 1: Pengetahuan Mengenai Wakaf Tunai 100% 90% 80% 70% 60% 50% 40% 30% 20% 10% 0% 78.5% 21.5% Tahu mengenai wakaf tunai 89.5% 10.5% 42.8% 57.2% Wakaf tunai sesuai Tahu bahawa KUIS dilaksanakan di Institusi berhasrat untuk menjadi Pendidikan di Malaysia Universiti Wakaf 81.6% 1.8% 16.5% Wakaf tunai dapat memberikan manfaat kepada penerima Ya Tidak Tidak Pasti Selain itu, responden turut ditanya bagaimanakah mereka mendapat informasi mengenai KUIS dan wakaf tunai. Dapatan dalam Rajah 2 di bawah menunjukkan bahawa majoriti responden mendapat informasi mengenai KUIS dan wakaf tunai daripada cerita yang disampaikan oleh rakan-rakan mereka. Sementara itu, responden didapati kurang mendapat informasi daripada media-media cetak dan elektronik seperti akhbar, televisyen dan radio. Rajah 2: Saluran Informasi KUIS dan Wakaf Tunai 45% 40% 35% 30% 25% 20% 15% 10% 5% 0% 40.7% 30.7% 26.5% 24.7% 19.7% 15.5% 11.0% 10.2% 6.6% 2.9% 5.5% 6.0% Saluran info mengenai KUIS Saluran info mengenai wakaf tunai Laman sesawang Akhbar Televisyen Radio Cerita rakan Lain-lain Dapatan Korelasi Pearson Seterusnya, analisis Korelasi Pearson dijalankan bagi menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi sumbangan wakaf tunai di KUIS. Terdapat tiga faktor yang diuji iaitu promosi, kefahaman dan kewangan. Sebelum hasil analisis Korelasi Pearson dibincangkan, nilai deskriptif skor min bagi kesemua pembolehubah akan ditunjukkan terlebih dahulu dalam Jadual 3 di bawah. Berdasarkan jadual tersebut, skor min bagi pembolehubah bersandar iaitu sumbangan wakaf tunai berada di tahap yang tinggi. Sementara itu, dua daripada pembolehubah tidak bersandar juga mencatatkan skor min pada tahap yang 368

tinggi iaitu kefahaman dan kewangan, manakala promosi pula mencatatkan skor min pada tahap yang sederhana. Jadual 3: Skor Min Pembolehubah Bilangan Responden Skor Min Tahap Pembolehubah Bersandar Sumbangan Wakaf Tunai 381 3.99 Tinggi Pembolehubah Tidak Bersandar Promosi Kefahaman 381 381 3.24 3.94 Sederhana Tinggi Kewangan 381 3.98 Tinggi Jadual 4 menunjukkan korelasi di antara faktor promosi, kefahaman dan kewangan dengan sumbangan wakaf tunai di KUIS. Hasil analisis Korelasi Pearson menunjukkan nilai signifikan yang kurang daripada α=0.05, iaitu 0.000 bagi ketiga-tiga faktor yang dikaji. Oleh itu, kesemua hipotesis nol ditolak dan hipotesis alternatif diterima. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor promosi, kefahaman dan kewangan dengan sumbangan wakaf tunai di KUIS. Jadual 4: Korelasi Pearson Promosi Kefahaman Kewangan Sumbangan Wakaf Tunai Korelasi Pearson.374 **.609 **.573 ** Sig. (2-tailed).000.000.000 N 381 381 381 Bagi faktor promosi, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang lemah (r=0.374, p<0.05) yang signifikan di antara faktor promosi dengan sumbangan wakaf tunai di KUIS. Dapatan ini adalah sejajar dengan hasil kajian oleh Nadiah Zulkiflee et al. (2015) berkenaan kesedaran wakaf tunai di Besut, Terengganu yang mendapati bahawa promosi merupakan salah satu faktor yang berhubungan secara positif dalam memberi kesedaran serta pemahaman mengenai wakaf tunai. Kajian tersebut turut mendapati bahawa majoriti masyarakat Islam di Besut masih tidak melibatkan diri dalam wakaf tunai walaupun mereka sedar dan faham mengenai wakaf tunai tersebut. Hal ini berkemungkinan kerana masyarakat tidak mendapat maklumat yang cukup mengenai medium sebenar untuk berwakaf. Kajiankajian lepas juga menyatakan jika promosi dapat dijalankan dengan berkesan, penglibatan masyarakat dalam memberikan sesuatu sumbangan dapat ditingkatkan. Sebagai contoh, Snipes & Oswald (2010) mendapati daripada kajian mereka bahawa pengiklanan merupakan antara faktor terpenting dalam memberikan hubungan yang positif terhadap pemberian derma rakyat di Asia Tenggara. Justeru, promosi harus diberi perhatian kerana salah satu tujuan utama ia dilaksanakan adalah untuk mengajak masyarakat bersama-sama melibatkan diri secara langsung dengan wakaf tunai ini. 369

Faktor kedua pula iaitu kefahaman menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana (r=0.609, p<0.05) yang signifikan dengan sumbangan wakaf tunai di KUIS. Ini selaras dengan dapatan kajian Nadiah Zulkiflee et al. (2015) yang turut mendapati bahawa faktor kefahaman menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap wakaf tunai dengan nilai r=0.4681. Sementara itu, hasil kajian Mohd Afendi (2012) yang dilaporkan dalam tulisan Nor Aishah Ismail (2015) berkaitan tahap kefahaman masyarakat di negeri Selangor, Perak, dan Negeri Sembilan terhadap konsep wakaf mendapati bahawa tahap kefahaman responden terhadap konsep wakaf masih lagi sederhana iaitu antara 41-65% sahaja. Sementara itu, faktor ketiga yang dikaji iaitu kewangan turut menunjukkan wujudnya hubungan positif yang sederhana (r=0.573, p<0.05) yang signifikan dengan sumbangan wakaf tunai di KUIS. Ini bertepatan dengan dapatan kajian Nor Aishah Ismail (2015) yang mendapati bahawa faktor pendapatan dilihat sebagai penyumbang utama kepada amalan berwakaf. Selain itu, sumber kewangan atau dana juga merupakan tulang belakang atau teras dalam memastikan kejayaan sesuatu wakaf (Ahmad Zaki et al., 2008). KESIMPULAN Kesimpulannya, terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor promosi, kefahaman dan kewangan dengan sumbangan wakaf tunai di KUIS. Ketiga-tiga faktor ini sebenarnya saling melengkapi antara satu sama serta harus bergerak seiring dalam usaha untuk mengajak serta mempengaruhi masyarakat untuk ikut serta berwakaf secara langsung. Masyarakat perlulah mempunyai kefahaman sebenar mengenai konsep serta kepentingan wakaf tunai, serta tahu medium sebenar untuk melibatkan diri, ditambah dengan mempunyai sumber kewangan yang kukuh bagi menggerakkan mereka untuk menyalurkan sumbangan yang diharapkan. RUJUKAN Ahmad Zaki Abd. Latiff, Abdul Halim Ramli, Che Zuina Ismail, Kamarulzaman Sulaiman & Norzaidi Mohd Daud. (2008). Wakaf Pengurusan Sumbangannya Terhadap Pendidikan Islam Di Malaysia. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (Upena), Uitm. Al-Zuhaili, Wahbah. (2012). al-mausu ah al-fiqh al-islami Wa al-qadhaya al-mu asirah. Damsyiq: Dar al-fikr. Asmak Ab Rahman. (2009). Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam Dan Aplikasinya Di Malaysia. Jurnal Syariah 17(1): 113-152. Aziz, M. R. A., Johari, F., & Yusof, M. A. (2013). Cash Waqf models for financing in education. 5th Islamic Economic System Conference (iecons2013). Azri Ahmad. (2008). Pelaksanaan Skim Wakaf Tunai Oleh Yayasan Wakaf Malaysia. Jurnal Pengurusan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) 2: 88-97. Baharuddin Sayin & S. Salahudin Suyurno. (2011). Waqaf: Konsep, Model Pelaksanaan Dan Cadangan Untuk Pelaksanaan Di Pusat Pengajian Tinggi. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (Upena), Uitm. 370

Faiz, O.A. (2014). An Analysis of Cash Waqf Participation among Young Intellectuals. Istanbul 9 th International Academic Conference. Finlay, S.J. & Faulkner, G. (2005). Physical Activity Promotion Through The Mass Media: Inception, Production, Transmission And Consumption, Preventive Medicine 40: 121-130. Fraenkel, J.R. & Wallen, N.E. (2009). How To Design And Evaluate Research In Education (7th Ed). New York. Mcgraw-Hill. Hanifah Mahat, Shaharuddin Ahmad, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah & Noraziah Ali. (2014). Pendidikan Pembangunan Lestari - Hubungan Kesedaran antara Ibu Bapa dengan Pelajar. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (5). pp. 71-84. Haslindar Ibarahim, Afizar Amir & Tajul Ariffin Masron. (2013). Cash Waqf: An Innovative Instrument for Economic Development. International Review of Social Sciences and Humanities 6: 1-7. Ibrahim, H., Amir, A., & Masron, T. A. (2013). Cash Waqf: An Innovative Instrument for Economic Development. International Review of Social Sciences and Humanities, 6(1), 1-7 Mohd Saleh Abu & Zaidatun Tasir. (2001). Pengenalan Analisis Data Berkomputer SPSS 10.0 for Window. Kuala Lumpur: Venton Publishing. Muhammad Akram Laldin. (2008). Fundamentals and practices in Islamic Finance. Kuala Lumpur : ISRA Muhammad Sofiyuddin Zakaria & Mohd Zamro Muda. (2015). Pelaksanaan Wakaf Tunai di Malaysia: Satu Sorotan Literatur. Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI) 2015. Nadiah Zulkiflee, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. (2015). Kesedaran Terhadap Wakaf Tunai: Kajian Di Besut, Terengganu. Noor Aimi Mohd Puad, Nurauliani Jamlus Rafdi & Wan Shahdila Shah Shahar. (2014). Issues and Challenges of Waqf Instrument: A Case Study in MAIS. E-proceedings of The Conference on Management and Muamalah (CoMM 2014). Nor Aishah Ismail. (2015). Faktor Yang Mempengaruhi Amalan Berwakaf Dalam Kalangan Masyarakat Islam. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Scott A. Neslin, Stephen G. Powell & Linda Schneider Stone. (1995). The Effects Of Retailer And Consumer Response On Optimal Manufacturer Advertising And Trade Promotion Strategies. Management Science 41 (5): 749-766. Simon, A.F. (1997). Television news and international earthquake relief. Journal of Communication, 47(3), 82 93. 371

Snipes, R.L., & Oswald, S.L. (2010). Charitable giving to not-for-profit organization: Factors affecting donations to non-profit organizations. Innovative Marketing. 6(1). Tjiptono, F. (2008). Strategi Pemasaran. Andi Offset. Yogyakarta. Tunku Alina Alias. (2011). Tax Laws Affecting Waqf in Malaysia: A Comparison with the United Stated and Turkey. 6 th UUM International Legal Conference, Pulau Pinang. Yusuff Jelili Amuda & Nor Azizan Che Embi. (2013). Alleviation Of Poverty Among OIC Countries Through Sadaqat, Cash Waqf And Public Funding. International Journal Of Trade, Economics And Finance. 4(6): 403-408. 372