Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

Similar documents
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Persidangan Kebnngsaan Peniiaian Kemajuan Berasaskan Sekoiah 2002

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

PELAKSANAAN TUGASAN DIALOG TENTANG ISLAM MENERUSI FACEBOOK DALAM KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAKWAH

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Transcription:

Esa, Ahmad and Suhaimy, Khairul Azman (2000). Prosiding Persidangan Kebangsaan Pengajian Umum Pada Alaf Baru. Bangi: UKM. PP 131-140. ISBN 983-9122-04-5 Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. Oleh Ahmad bin Esa Khairul Azman bin Mohd. Suhaimy Jabatan Pendidikan dan Kemanusiaan Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN Menjelang tahun 2020, Malaysia akan mencapai tahap sebuah negara maju mengikut pengertian dan acuan jati diri tersendiri. Sehubungan dengan itu, pembangunan sumber manusia di negara ini, dibangunkan secara menyeluruh dan bersepadu seperti terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara yang meletakkan piawaian sumber manusia di Malaysia bukan sahaja berpengetahuan, berkemahiran, kreatif, kritis, rasional dan analatikal, tetapi berakauntabiliti terhadap kemakmuran masyarakat dan negara. Piawaian tersebutlah yang membina jati diri dan membezakan hala tuju pembangunan sumber manusia di negara ini dengan beberapa negara maju yang lain. Visi dan misi melahirkan rakyat Malaysia yang menepati piawaian tersebut, secara intensif telah dilaksanakan oleh institusi pendidikan di Malaysia. Di sekolah subjek Sejarah, Pengajian Islam dan Pendidikan Moral menjadi subjek wajib, manakala di peringkat pengajian tinggi pula kursus-kursus seperti Politik dan Kenegaraan Malaysia, Masyarakat Malaysia, Tamadun Islam dan Asia Tenggara dan Kenegaraan Malaysia merupakan antara kursus yang wajib dipelajari oleh siswa/siswi universiti sama ada awam atau swasta. Sebahagian besar intipati kursus-kursus tersebut merupakan pendedahan kepada sejarah kewujudan dan pembangunan negara, pembentukan masyarakat Malaysia dan proses pembinaan tamadun manusia. Diyakini menerusi pendedahan sedemikian, produk yang dikeluarkan oleh multipurpose knowledge factory tidak menjadi robot dalam bidang kejuruteraan, kedoktoran atau perakaunan, tetapi merupakan insan pakar bersifat ihsan dan berjati diri Malaysia. Sama ada di sekolah atau di pusat pengajian tinggi disiplin sejarah dapat memupuk keperibadian individu untuk mencintai negara dan masyarakatnya serta menjadi landasan dalam segala tindakan, seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri dalam perutusannya sempena menyambut Tahun Baru 2000,...sepatutnya kita renung sejenak akan sejarah negara kit, supaya dapat kita memperingati diri kita dari mana kita datang, supaya dengan itu kita akan dapat menentukan di mana kita berada dan ke mana kita akan pergi. (Berita Harian: 1 Januari 2000). Setelah ditelusuri kepentingan subjek atau kursus berkonsepkan sejarah, sewajarnya setiap individu yang diamanahkan sebagai penyampai atau penerima

disiplin tersebut menujukkan kesungguhan meningkatkan keberkesanannya sebagai wahana pembentukan jati diri rakyat Malaysia. Ironinya, kursus-kursus seperti Politik dan Kenegaraan kerap menjadi kursus yang dipandang sepi di istitut pengajian tinggi, khususnya kepada siswa/siswi yang tidak memilih bidang sastera, sosial atau bahasa, ringkasnya bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan. Kepentingannya sekadar diperlukan untuk meningkatkan purata mata gred atau pencapaian keputusan keseluruhan. Kaedah penyampaian homogenous dan bentuk penilaian berdasarkan hafalan mencetuskan senario jumud di minda pelajar. Tiadanya usaha-usaha dinamik dan mencabar, kegagalan mengaitkannya dengan kemahiran berfikir dan pendekatan semi praktikal menjadikan kursus-kursus tersebut tidak diinsafi akan kepentingannya.natijahnya, siswa/siswi dalam 'melayari' kursus tersebut menggunakan pendekatan orientasi peperiksaan. Selesai peperiksaan, dapat hujung pangkal lesap: gred diperolehi, pengertian tersirat konsep sejarah dilupai, kemahiran mencari dan menganalisis fakta sejarah dan menghubungkannya dengan kepentingan kerjaya tidak dikuasai. Implikasi yang lebih memeritkan, mereka tidak dapat mengaplikasi pengetahuan sejarah dengan pembangunan negara dan lahirlah sumber manusia yang tidak mengenali jati diri Malaysia 'alias' robot dalam masyarakat Malaysia. Semuanya itu menjadi cerminan kegagalan objektif jangka panjang kursus pengajian umum di institut pengajian tinggi, walaupun kita sering berbangga dengan pencapaian cemerlang siswa/siswi dalam kursus-kursus tersebut. Satu daripada pendekatan yang statik dalam kursus pengajian umum ialah penilaian yang ditadbir secara lazim. Oleh itu dalam kertas kerja ini, penyelidik mengemukakan satu kajian yang menggunakan pendekatan "open book examinations" sebagai satu alternatif dalam pentadbiran peperiksaan kursus-kursus pengajian umum. Semoga dapatan kajian yang diutarakan dapat menyumbang kepada kedinamikan kursus-kursus pengajian umum di institut pengajian tinggi dan mempunyai swadaya melahirkan sumber manusia yang dapat mengaplikasi pengetahuan sejarah dalam kerjaya dan pembangunan negara dan masyarakat serta menepati piawaian pembangunan sumber manusia di Malaysia. 1.1 Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan Merujuk buku dalam peperiksaan atau open book examinations adalah merupakan pendekatan yang menggabungkan kaedah peperiksaan tradisi dengan kerja kursus. Menerusi kaedah tersebut, penumpuan interpretasi dilaksanakan menerusi manipulasi data, perbandingan strategi, reka bentuk teknik dan analisis maklumat (http://www-it.fmi.uni-sofia.bg/~iliana/tdo/fl_asses/metd32w3.htm). Kaedah membenarkan siswa/siswi membawa buku, jurnal, nota dan formula ke dalam dewan/bilik peperiksaan bukanlah merupakan pendekatan yang baru. K.P. Mohanan (1997), mengemukakan beberapa kaedah mengendalikan peperiksaan, iaitu, a) Tidak merujuk buku b) Merujuk buku, i) Merujuk buku bersyarat : siswa/siswi hanya membawa masuk buku atau bahan rujukan yang dibenarkan pensyarah. ii) Merujuk buku sepenuhnya: siswa/siswi boleh membawa semua bahan yang dikehendaki, seperti buku rujukan, artikel penyelidikan,

edaran nota kuliah dan nota catatan penuntut. c) Take home examinations. Dalam arus perkembangan teknologi perkomputeran, komputer juga dapat menjadi instrument dalam pentadbiran peperiksaan dan dapat menyokong pelaksanaan kaedah merujuk buku dalam peperiksaan di institusi pengajian tinggi. Goldstein (1986), mendapati bahawa komputer dapat menilai kemajuan pelatih dan menyelesaikan kaedah atau bahan yang digunakan mengikut keperluan pelajar kerana ia mempunyai kebolehan menyimpan dan mengingat data. Senario yang dikemukakan membuktikan, pensyarah dan siswa/siswi mempunyai pelbagai alternatif dalam mentadbir dan menduduki peperiksaan dan terpulanglah kepada mereka mempraktikkannya atau terus menjadi ikan di dalam akuarium, tahu akan dunia luar tetapi tidak mampu untuk menerokainya. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Peperiksaan kerap dijadikan pengukur kecemerlangan atau tahap penguasaan individu dalam sesuatu disiplin. Eh Ah Meng (1990) dan Omardin Ashaari (1996) bersetuju bahawa peperiksaan atau pengujian berpotensi mengukur kebolehan, bakat, tahap pencapaian, keupayaan berfikir seseorang pelajar dan menggunakan pengetahuan pada sesuatu peringkat pengajian berasaskan kurikulum sedia ada. Ini adalah kerana antara tujuan peperiksaan ialah mengesan tahap kecemerlangan pelajar bagi memenuhi tahap Taksonomi Kognitif Bloom (1956) dalam M. Najib Ghafar (1997) iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Selanjutnya pelajar yang lulus cemerlang dalam peperiksaan merupakan individu yang berpengetahuan, mengaplikasi, berfikiran kreatif dan kritikal dalam menghubungkan ilmu yang dimiliki dengan cabaran kerjaya dan kehidupan seharian. Namun begitu pernyataan tersebut mengundang beberapa persoalan berkenaan pengertian 'kemerlangan' dalam erti kata sebenar di kalangan ahli akademik. Antaranya, Robiah Sidin (1994) dan Mohd. Najib Ghafar (1997) yang mengutarakan peperiksaan merupakan ukuran terhad terhadap pengiktirafan kecemerlangan pelajar dan faktor-faktor seperti persekitaran dan kesihatan yang memungkinkan pelajar gagal cemerlang dalam peperiksaan. Penyelidik sendiri berasakan adalah kurang adil sekiranya kita tidak membuka peluang yang pelbagai dalam mentadbir peperiksaan, sedangkan peperiksaan kerap menjadi lambang kecemerlangan individu. Dalam konteks inilah, penyelidik mengambil inisiatif untuk melaksanakan peperiksaan dengan merujuk buku bagi penilaian di peringkat institut pengajian tinggi. Dalam pentadbiran peperiksaan bentuk lazim, siswa/siswi dituntut untuk menghafal sesuatu fakta, terutamanya dalam konteks kursus yang berteraskan sejarah. Kegagalan menghafal akan menyebabkan siswa/siswi tidak cemerlang dalam keputusan peperiksaan. Persoalannya, adakah pelajar-pelajar yang menghafal itu benar-benar cemerlang? Apakah pelajar-pelajar yang tidak menghafal itu tidak cemerlang? Bagaimana hendak diuji kemahiran berfikir, mengaplikasi dan menilai yang dimiliki oleh pelajar sekiranya mereka tidak menghafal? Cemerlang dalam konteks sumber manusia perlulah menepati piawaian yang telah digariskan di awal penulisan kertas kerja ini.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Mohd. Najib Abd. Ghafar (1999) terhadap 112 siswa/siswi dalam satu ujian kognitif sains mendapati bahawa pelajar lebih suka menjawab soalan melalui ingat kembali daripada berfikir. Andainya itulah produk yang dikeluarkan oleh institut pengajian tinggi, tentu sahaja produk tersebut tidak menepati piawaian sumber manusia yang dikehendaki di Malaysia. Dalam kajian tersebut juga beliau menyarankan bahawa tenaga pengajar perlu melakukan penilaian yang tidak menggalakkan hafalan semata-mata dan kefahaman bahawa proses pengajaran adalah proses memberi fakta dan maklumat dan melatih bagaimana fakta itu boleh dihafal dan diingati perlu diubahsuai. Robiah Sidin (1994) turut memberikan ciri keupayaan pelajar mencari maklumat merupakan antara ciri pelajar cemerlang. Dalam konteks inilah pendekatan merujuk buku dalam peperiksaan adalah relevan. Ini adalah kerana, dengan merujuk buku siswa/siswi diuji mencari maklumat dan tidak bergantung kepada kebolehan menghafal sepenuhnya. K.P Mohanan (1997), menyatakan menerusi open book examinations pelajar dapat menguji kebolehan aplikasi pengetahuan, penilaian pengetahuan dan pengetahuan kreatif. Di peringkat nasional, bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin dalam tahun 1996 menjangkakan sistem open book akan dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan menengah pada tahun 2000. Menurut beliau, bentuk peperiksaan demikian dapat mengenal pasti daya intelek pelajar yang tidak dapat menghafal fakta. Ini adalah kerana menerusi sistem tersebut pelajar perlu menggunakan daya fikir dan situasi tersebut lebih sesuai merangsang kemahiran berfikir berbanding dengan menghafal fakta (http://stwww.cs.uiuc.edu/~chai/berita/960830-960930/0213.html). Di peringkat luar negara pula beberapa universiti telah dikenal pasti menggunakan pendekatan peperiksaan merujuk buku seperti Universiti Wyoming dan Universiti Terbuka Hong Kong. Malahan di California, kebanyakan kolej telah diwujudkan unit peperiksaan yang mengendalikan peperiksaan open book. (http://www.cchs.edu/testing/unitexms.html). Memandangkan beberapa pandangan yang menyatakan kelebihan peperiksaan merujuk buku berbanding dengan kaedah peperiksaan lazim dan telah dilaksanakan di peringkat universiti luar negara, maka adalah wajar satu kajian dijalankan untuk melihat persepsi siswa/siswi yang telah mempunyai pengalaman menduduki sistem peperiksaan tersebut. Kajian yang dijalankan, menjadi gambaran awal kepada kesinambungan kepada pewaris ilmu pada masa mendatang. Ini adalah kerana kajian yang dijalankan dapat menjawab beberapa persoalan, antaranya sejauh mana penerimaan siswa/siswi? Apakah masalah yang timbul dalam pengendaliannya? Apakah peperiksaan tersebut benar-benar menguji kemampuan berfikir mereka seperti pandangan yang dikemukakan oleh pakar-pakar akademik? Adakah bentuk peperiksaan tersebut benar-benar menunjukkan kecemerlangan pelajar menguasai disiplin yang dipelajari? Apakah instrument lain yang boleh menyokong keberkesanan sistem peperiksaan? Persoalan-persoalan tersebut, perlu dicari penyelesaiannya supaya sekiranya penemuan yang diperolehi positif, kaedah tersebut dapat dijadikan alternatif dalam pentadbiran kursus-kursus pengajian umum di institut pengajian tinggi dan merupakan lanjutan daripada idea yang dikemukakan oleh Ee Ah Meng (1990) yang menengaskan antara perkara yang kerap menjadi isu bukanlah

sama ada peperiksaan perlu dimansuhkan atau tidak tetapi bagaimana peperiksaan itu dilaksanakan? 3.0 SKOP KAJIAN Skop kajian adalah seperti berikut: a) Kajian ditumpukan kepada siswa/siswi tahun pertama program diploma dan tahun kedua program ijazah kejuruteraan yang telah mengambil kursus Politik dan Kenegaraan dan telah menduduki peperiksaan merujuk buku pada sesi 1999/2000 di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. b) Perbezaan persepsi siswa/siswi hanya melibatkan perbezaan jantina, kursus dan program pengajian. c) Persepsi siswa/siswi terhadap kaedah merujuk buku dalam peperiksaan hanya ditumpukan kepada kursus Politik dan Kenegaraan Malaysia. d) Persepsi siswa/siswi hanya ditumpukan kepada penerimaan kaedah membuka buku dalam peperiksaan, masalah yang dihadapi, kesesuaian dengan kemahiran berfikir dan objektif penilaian dan kursus. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian adalah seperti berikut: a) Mengetahui penerimaan siswa/siswi terhadap kaedah peperiksaan merujuk buku dalam peperiksaan kursus Politik dan Kenegaraan Malaysia. b) Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh siswa/siswi dalam menghadapi peperiksaan merujuk buku dalam kursus Politik dan Kenegaraan Malaysia. c) Mengenal pasti perbezaan pandangan daripada segi jantina, kursus dan program pengajian terhadap kaedah peperiksaan merujuk buku dalam peperiksaan kursus Politik dan Kenegaraan Malaysia. d) Menentukan kaedah-kaedah peperiksaan lain yang sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat mengikut persepsi siswa/siswi. 5.0 METODOLOGI Seramai 210 orang siswa/siswi (berdasarkan jadual saiz sampel dengan aras keyakinan 95%) telah dipilih sebagai sampel daripada 421 orang siswa/siswi yang telah menduduki peperiksaan merujuk buku dalam kursus Politik dan Kenegaraan Malaysia. Pemilihan sampel adalah menggunakan persampelan rawak berlapis atau penstrataan sampel. Tujuan menggunakan kaedah tersebut ialah untuk memastikan setiap ciri populasi diwakili. Kaedah ini dikatakan lebih anjal kerana pengkaji lebih bebas memilih sampel berdasarkan pengetahuan terhadap populasi, unsur-unsur dalam populasi dan tujuan kajian dijalankan (Babbie, 1973).

Jadual berikut menunjukkan hasil pengiraan yang dijalankan untuk menentukan jumlah sampel bagi setiap strata. Jadual 1: Bilangan Sampel Mengikut Kursus, Program dan Jantina. Kursus Elektrik Awam Mekanikal Jumlah Program/Jantina Diploma Lelaki 29 32 55 116 Diploma Perempuan 10 11 18 39 Ijazah Lelaki 11 11 19 41 Ijazah Perempuan 4 4 6 14 Jumlah 54 58 98 210 Instrument dalam kajian ini ialah soal-selidik yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama berkaitan latar belakang responden dan bahagian dua mempunyai 20 item berkaitan dengan penerimaan, masalah yang dihadapi, kesesuaian dengan kemahiran berfikir dan objektif pengajaran/penilaian berkaitan dengan kaedah peperiksaan merujuk buku dalam kursus Politik Dan Kengeraan Malaysia. Skala Likert digunakan sebagai petunjuk kepada pandangan yang dikemukakan oleh sampel terhadap setiap item. Bahagian ketiga merupakan pernyataan terbuka berkenaan dengan kaedah lain yang sesuai digunakan untuk pentadbiran peperiksaan kursus Politik Dan Kenegaraan Malaysia. Data-data yang telah dilengkapkan oleh responden dianalisis menggunakan program Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 6.0". Statistik deskriptif digunakan untuk mengetahui penerimaan siswa/siswi terhadap kaedah peperiksaan merujuk buku, masalah yang dihadapi dan kaedah-kaedah lain yang sesuai dilaksanakan untuk kursus Politik dan Kenegaraan Malaysia manakala statistik One- Way Anova digunakan untuk mengenal pasti perbezaan persepsi siswa/siswi terhadap penerimaan, kesesuaian kemahiran berfikir dan objektif pengajaran/penilaian terhadap kaedah peperiksaan merujuk buku dalam kursus Politik dan Kenegaraan Malaysia. Tafsiran statistik deskriptif ialah seperti jadual 2 di bawah. Jadual: Tafsiran Statistik Deskriptif (Min) Min Tafsiran 1-1.4 Sangat tidak setuju 1.5-2.4 Tidak setuju 2.5-3.4 Kurang setuju 3.5-4.4 Setuju 4.5-5 Sangat setuju Bagi analisis statistik kaedah One-Way Anova, aras signifikan untuk menentukan sama ada tidak terdapat perbezaan yang signifikan atau terdapat perbezaan perbezaan yang signifikan ialah 0.05 (5%).

6.0 DAPATAN KAJIAN Berikut ialah dapatan kajian hasil daripada analisis data: a) Persepsi Penerimaan Peperiksaan Merujuk Buku. Jadual 3: Min Berkaitan Persepsi Penerimaan Peperiksaan Merujuk Buku Dalam Kursus Politik dan Kenegaraan Malaysia. ITEM/PERNYATAAN MIN Tidak membebankan pemikiran 4.31 Berasa gembira 4.21 Sesuai dengan kursus 4.27 Pengalaman yang menarik 4.29 Sesuai dengan tahap Institut Pengajian Tinggi 4.27 Min Keseluruhan 4.27 Daripada jadual 3 di atas, di atas didapati min keseluruhan ke atas pernyataanpernyataan penerimaan yang dikemukakan dalam soal selidik ialah 4.27. Ini menunjukkan bahawa siswa/siswi yang menjadi subjek dalam kajian ini setuju/menerima kaedah peperiksaan merujuk buku bagi diaplikasi dalam pengendalian peperiksaan kursus Politik dan Kenegaraan di ITTHO. Mereka bersetuju kaedah tersebut bersesuaian dengan kursus (min 4.27) dan tahap institut pengajian tinggi (min 4.27). b) Persepsi Masalah Dihadapi Dalam Peperiksaan Merujuk Buku. Jadual 4: Min Berkaitan Persepsi Masalah Yang Dihadapi Menerusi Peperiksaan Merujuk Buku Dalam Kursus Politik Dan Kenegaraan Malaysia. ITEM/PERNYATAAN MIN Lebih merumitkan berbanding peperiksaan biasa 2.35 Masa peperiksaan tidak mencukupi 3.61 Berlaku ketidakadilan (jumlah buku tidak sama) 2.43 Kurang mahir mencari maklumat/fakta 3.47 Buku rujukan kurang 3.60 Min Keseluruhan 3.09 Menerusi jadual 4 di atas, didapati siswa/siswi tidak bersetuju peperiksaan merujuk buku memberi masalah kepada mereka (min keseluruhan 3.09). Melihat kepada setiap item masalah, didapati mereka tidak setuju dengan pernyataan yang menyatakan peperiksaan tersebut lebih rumit (min 2.35) dan berlaku ketidakadilan sekiranya terdapat siswa/siswi yang membawa buku yang lebih berbanding dengan rakan mereka (min 2.43). Bagi pernyataan kurang mahir mencari fakta (min 3.47), masa peperiksaan tidak mencukupi (min 3.61) dan kurangnya buku berkaitan Politik Dan Kenegaraan Malaysia (min 3.60), dapatan menunjukkan sebahagian siswa/siswi

besar yang menjadi sampel dalam kajian ini bersetuju dengan pernyataan-pernyataan tersebut. c) Persepsi Kesesuaian Peperiksaan Merujuk Buku Dengan Kemahiran Berfikir. Jadual 5: Min Berkaitan Persepsi Kesesuaian Peperiksaan Merujuk Buku Dengan Kemahiran Berfikir. ITEM/PERNYATAAN MIN Mengurangkan tekanan menghafal 4.38 Dapat membuat analisis terhadap maklumat/fakta 4.28 Lebih mudah membuat aplikasi teori - isu semasa 4.17 Dapat mencabar minda 4.18 Dapat melatih membuat keputusan 4.24 Min Keseluruhan 4.25 Siswa/siswi yang menjadi sampel dalam kajian ini didapati bersetuju bahawa peperiksaan merujuk buku bersesuaian dengan kemahiran berfikir. Ini adalah berdasarkan dapatan min keseluruhan 4.25 daripada jadual 5 di atas. Dapatan tersebut juga membawa pengertian bahawa menurut persepsi siswa/siswi kaedah merujuk buku yang dilaksanakan dalam kursus Politik dan Kenegaraan Malaysia dapat menguji kemahiran berfikir daripada segi membuat analisis (min 4.28), aplikasi teori dan isu semasa (min 4.17) dan proses membuat keputusan (min 4.24). d) Persepsi Kesesuaian Peperiksaan Merujuk Buku Dengan Objektif Penilaian/Kursus. Jadual 6: Min Berkaitan Persepsi Kesesuaian Peperiksaan Merujuk Buku Dengan Objektif Penilaian/Kursus. ITEM/PERNYATAAN MIN Keputusan menggambarkan penguasaan sebenar 4.10 Dapat menjawab soalan aras penilaian 4.26 Penilaian pensyarah lebih objektif (adil) 4.22 Lebih tercabar memenuhi objektif kursus 4.20 Objektif kursus dapat dicapai 4.05 Berdasarkan jadual 6 di atas, didapati siswa/siswi yang terlibat sebagai responden dalam kajian bersetuju bahawa kaedah peperiksaan merujuk buku dapat memenuhi objektif dan penilaian (peperiksaan) kursus Politik Dan Kenegaraan Malaysia. Bagi pernyataan yang berkaitan dengan penilaian, didapati siswa/siswi bersetuju bahawa kaedah merujuk buku dapat menggambarkan penguasaan sebenar siswa/siswi terhadap disiplin Politik dan Kenegaraan Malaysia (min 4.10), dapat menjawab soalan aras penilaian (min 4.26) dan penilaian pensyarah lebih objektif (adil) dengan min 4.22. Dengan min 4.20 bagi pernyataan siswa/siswi lebih berasa tercabar untuk memenuhi objektif kursus dan min 4.05 bagi pernyataan dapat mencapai objektif

kursus menunjukkan bahawa siswa/siswi dalam kajian ini bersetuju dengan kedua-dua pernyataan tersebut. e) Analisis perbezaan persepsi siswa/siswi terhadap penerimaan peperiksaan merujuk buku. Jadual 7: Analisis One-Way Anova Berkaitan Perbezaan Persepsi Siswa/Siswi Daripada Segi Jantina/Program/Kursus Terhadap Penerimaan Peperiksaan Merujuk Buku. Faktor F Kebarangkalian Jantina 0.8149 Program 0.4789 Kursus 0.0000 Tafsiran statistik: daripada Jadual 7, didapati kebarangkalian perbezaan pemerhatian, sekurang-kurangnya sama nilai untuk kedua-dua pembolehubah bagi sampel (jantina dan program) di jangka adalah 0.8149 dan 0.4789. Oleh itu kebarangkaliannya adalah lebih daripada 0.05 atau 5%. Oleh itu diterima bahawa min sub-kumpulan adalah sama. Ini menunjukkan tiada perbezaan pandangan yang signifikan di antara lelaki dan perempuan dan di antara program ijazah dan diploma yang mewakili populasi dalam penerimaan peperiksaan merujuk buku. Bagi faktor kursus pula, didapati kebarangkalian perbezaan pemerhatian, sekurang-kurangnya sama nilai untuk ketiga-tiga pembolehubah (elektrik, awam dan mekanikal) bagi sampel adalah 0.000. Oleh itu ditolak bahawa min sub-kumpulan adalah sama. Ini menunjukkan perbezaan pandangan yang signifikan di antara siswa/siswi kursus-kursus tersebut yang mewakili populasi dalam penerimaan peperiksaan merujuk buku. Dengan tujuan mengenal pasti min sub kumpulan yang berbeza, ujian "Least- Significant Differences" telah dijalankan. Daripada ujian tersebut didapati ketiga-tiga sub kumpulan sampel bagi faktor kursus iaitu elektrik, awam dan mekanikal mempunyai perbezaan yang signifikan. Walau bagaimanapun perbezaan tersebut lebih merupakan kepada kecenderungan dalam darjah persetujuan dan bukannya antara setuju dengan tidak setuju. Ini dibuktikan perolehan min bagi setiap subkumpulan iaitu elektrik (4.0913), awam (4.3704) dan mekanikal (4.5406). f) Kaedah-Kaedah Lain Yang Sesuai Bagi Mentadbir Peperiksaan Kursus Politik Dan Kenegaraan Malaysia Mengikut Persepsi Siwa/Siswi. Jadual 8: Peratusan Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah-Kaedah Peperiksaan Yang Sesuai Dengan Kursus Politik Dan Kenegaraan Malasysia. KAEDAH PERATUS Email 41.9

Menggunakan Web Nicenet 63.8 Menggunakan Web Peribadi 28.1 'Take Home Exam' 74.3 Menerusi Jadual 8, didapati 74.3% siswa/siswi bersetuju menduduki peperiksaan dalam kursus Politik dan Kenegaraan Malaysia menerusi cara, 'take home exam,' manakala 63.8% bersetuju menerusi cara penggunaan laman Web- Nicenet "Internet Classroom Assistant (ICA)". Oleh kerana kaedah tersebut merupakan antara pengalaman menarik yang pernah dilalui oleh penyelidik dalam pengendalian peperiksaan, maka dalam kertas kerja ini dilampirkan tatacara membuka laman tersebut dan operasi penggunaannya dalam melaksanakan peperiksaan. (Rujuk lampiran). 7.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN 7.1 KESIMPULAN Dapatan dalam kajian ini menunjukkan siswa/siswi yang telah mengambil peperiksaan secara merujuk buku dalam kursus Politik dan Kenegaraan Malaysia di ITTHO dapat menerima kaedah tersebut. Persepsi mereka yang menerima peperiksaan merujuk buku dimantapkan lagi berdasarkan analisis perbezaan persepsi didapati bahawa tiada perbezaan pandangan terhadap penerimaan tersebut antara siswa dengan siswi dan antara program ijazah dengan diploma manakala hasil ujian 'least significant differences' juga menunjukkan bahawa perbezaan yang wujud antara kursus bukanlah antara setuju dengan tidak setuju tetapi cenderung kepada antara sangat setuju dan setuju. Mereka juga mempunyai persepsi bahawa menerusi peperiksaan merujuk buku kemahiran berfikir dapat diterapkan dan penemuan ini dapat menyokong pandangan yang dikemukakan oleh bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahir bin Mohd. Nordin yang menyatakan menerusi 'open book examinations' dapat merangsang kemahiran berfikir pelajar berbanding dengan kaedah menghafal. cemerlang. Seperkara lagi yang menarik dalam penemuan kajian ini ialah, siswa/siswi bersetuju bahawa menerusi peperiksaan merujuk buku, objektif kursus dapat dicapai walaupun mereka mengakui kaedah tersebut lebih mencabar berbanding dengan peperiksaan biasa. Mereka juga beranggapan penuntut yang mendapat keputusan cemerlang, adalah penuntut yang benar-benar menguasai ilmu yang dipelajari. Kenyataan tersebut juga secara tidak langsung dapat mengurangkan faktor-faktor yang dapat menghalang penuntut daripada mempamerkan potensi sebenar mereka dalam peperiksaan. Sebagai anologinya, sekurang-kurangnya seorang penuntut yang sedang mengalami gangguan emosi (tidak dapat menghafal), berpeluang untuk menjawab dan menganalisis menerusi cara peperiksaan merujuk buku. Begitu juga dengan objektif penilaian, siswa/siswi bersetuju bahawa menerusi peperiksaan tersebut penilaian yang dilakukan pensyarah adalah lebih objektif (adil) dan sekiranya terdapat soalan yang menguji aras penilaian, siswa/siswi berasa lebih yakin untuk menjawab soalan tersebut. Persepsi siswa/siswi turut menunjukkan bahawa keputusan

yang mereka perolehi dapat menggambarkan tahap penguasaan sebenar disiplin Politik dan Kenegaraan Malaysia. Dapatan ini juga merupakan sesuatu yang menarik kerana persepsi tersebut sekurang-kurangnya dapat mengurangkan keraguan sesetengah pihak terhadap peperiksaan sebagai ukuran kecemerlangan pelajar. 7.2 CADANGAN Cadangan difokuskan untuk mengatasi masalah yang dihadapi berdasarkan persepsi siswa/siswi dalam menghadapi peperiksaan merujuk buku:- a) Masa selama 2 jam yang diperuntukkan untuk menjawab 2 soalan esei, perlu dilanjutkan kepada 2 jam 30 minit atau 3 jam. b) Pihak-pihak yang bertanggungjawab, termasuk penyelidik sendiri perlu mengusahakan penambahan kuantiti dan kepelbagaian buku politik dan kenegaraan di Perpustakaan ITTHO. c) Tugasan-tugasan ringkas sewajarnya diberi kepada siswa/siswi untuk melatih mereka mencari fakta di dalam buku. 8.0 PENUTUP Kertas kerja ini merupakan kajian kes di ITTHO. Oleh itu dapatan daripada kajian ini dan cadangan yang dikemukakan adalah menjurus kepada institut tersebut sahaja. Penerimaan mereka yang telah mempunyai pengalaman dalam peperiksaan merujuk buku merupakan suntikan kepada penerusan kaedah tersebut dalam kursuskursus pengajian umum di ITTHO. Walau bagaimanapun dari semasa ke semasa kajian akan di jalankan terhadap sampel-sampel lain yang mengambil peperiksaan dengan cara merujuk buku sama ada dalam kursus Politik dan Kenegaraan Malaysia atau kursus pengajian umum yang lain untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih konsisten dan komprehensif. Bagi pihak-pihak institusi pengajian tinggi lain, terutamanya mereka yang terlibat secara langsung dengan kursus pengajian umum dan pihak-pihak lain yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan di Malaysia, pihak penyelidik berasa bangga berkongsi pengalaman mengendalikan peperiksaan merujuk buku dan dapatan dalam kajian yang telah dijalankan. Semoga pengalaman yang diperolehi dapat mencetuskan idea kepada institusi pendidikan lain untuk mengendalikan peperiksaan yang sama, mencuba kaedah-kaedah lain seperti menggunakan laman web nicenet dan melanjutkan kajian yang telah penyelidik jalankan. Peri pentingnya, lontaran idea ini dijana secara bersama kerana di peringkat nasional kaedah "open book examinations," telah disarankan untuk dilaksanakan pada tahun 2000, sekarang kita telah pun memasuki tahun tersebut. Namun begitu setakat kajian ini dijalankan masih belum kedengaran di media elektronik atau kelihatan di media cetak bentuk peperiksaan tersebut hendak dilaksanakan secara rasmi di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi. Ironinya, pada masa yang sama kita perlukan sumber manusia boleh berfikir dan bukannya menghafal semata-

mata yang dapat menyumbang kepada swadaya reka cipta inovatif dalam pembangunan dan menyumbang kepada keharmonian masyarakat dan negara Malaysia. Di samping itu, semoga menerusi pengalaman dan kajian yang dijalankan secara kolektif, dapat mendatangkan hasil positif yang akan membawa perubahan ke atas status pengajian umum yang kerap dianggap kurang penting dan membosankan lantaran bebanan hafalan bertukar menjadi kursus yang diminati kerana kedinamikannya dan memberi cabaran lebih bermakna kepada siswa/siswi institusi pengajian tinggi di negara ini pada masa akan datang. BIBLIOGRAFI Babbie, E.R (1973). Survey Research Method. Belmont, California U.S.A.: Wadsworth Publishing Co. Ee Ah Meng (1990). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.. Goldstein I.L. (1986). "Training Organizations: Needs Assessment, Development And Evaluation." Dalam R.M.Stoghill and A.Ens (eds). Leader Behavior: Its Description Monterey. CA: Brooks/Cole. M. Najib Ghafar (1997). Access And Success: In Higher Education. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. (1997). Pembinaan Dan Analisis: Ujian Bilik Darjah. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. (1999). "Kemahiran Kognitif Sains Dan Prestasi Pelajar: Satu Kajian Di Institusi Pendidikan Tinggi." Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Pendidikan. 5(1); 87-95. Mohd. Salleh Abu, Prof. Madya Dr. (1996). Pengenalan Kepada SPSS For Windows Release 6.0. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. Omardin Ashaari (1996). Pengurusan Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications And Distributors Sdn. Bhd.. Robiah Sidin, Prof. Madya. Dr. (1994). Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd..