Kandungan TERBITAN TERBAHARU Katalog Buku Terbitan KUPU SB 3

Similar documents
ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

BUTIRAN PERIBADI

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARAT KHAS PROGRAM STPM / STAM DIPLOMA / SETARAF SALURAN KEDUA. Lulus mata pelajaran Bahasa Arab pada

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SUKATAN PEPERIKSAAN (SUBJEK JABATAN) AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKOP EKONOMI DALAM KONTRAK TABARRU AT : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AL-UM DAN MINHAJ AL-TALIBIN (AL-SYARBINI)

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Ulasan Buku / Book Review

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

LAPORAN JAWATANKUASA MAJLIS DEKAN-DEKAN PENGAJIAN ISLAM MENGKAJI PROFIL PENGAJIAN ISLAM INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Transcription:

Kandungan TERBITAN TERBAHARU 2014 5 TerbitaN Bahasa Melayu 19 Terbitan Bahasa Arab 40 Koleksi Kertas Kerja 46 Siri Monograf Pendidikan Islam 52 Jurnal Perguruan 59 Jurnal Kefahaman Ahli Sunnah WALljama ah 60 Daftar Istilah 62 Senarai Buku-BUKU TERBITAN KUPU SB 65 Borang Pesanan Buku 71 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 3

Terbitan Terbaharu 2014 4 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Terbitan Terbaharu 2014 Tokoh-tokoh Abadi Pendidikan Islam Penulis : Dr Gamal Abdul Nasir Zakaria ISBN : 978-99917-61-33-6 Terbitan : 2014 Halaman : 285 muka surat Harga : BND $12.00 Dunia pendidikan kita telah lama melupakan sumbangan besar tokoh-tokoh pendidikan Islam kepada kemajuan ilmu dan tamaddun. Kita sudah menggantikan tokoh-tokoh Islam dengan tokoh-tokoh pendidikan Barat. Akibatnya, tidak hairanlah ketokohan dan kehebatan tokoh-tokoh pendidikan Islam menjadi sesuatu yang asing di kalangan pendidik dan pelajar. Perbincangan mengenai Pendidikan Islam dan tokoh-tokohnya telah lama diabaikan di kalangan kita. Padahal kajian keatas kitab-kitab Turath (khazanah intelektual Muslim) perlu ditelaah dan menjadi satu budaya di kalangan para pendidik dan sarjana Islam. Hasilnya kelak, kita lebih memahami, bahawa tokoh-tokoh pendidikan Islam silam telah berjaya melahirkan gagasan-gagasan besar dan karya-karya yang bermutu. Buku ini berupaya mengupas karya dan gagasan besar tiga orang tokoh pendidikan Islam yang terkenal: Ibnu Sahnun, Al-Qabisi dan Ibnu Khaldun. Ketiga-tiga tokoh tersebut berabad-abad yang silam telah berbicara dan membahaskan beberapa aspek utama dalam pendidikan, misalnya : kurikulum, pendidik, anak didik, kaedah pengajaran, sanjungan dan hukuman, dan perlaksanaan dan pengurusan pendidikan. Kehadiran buku ini akan dapat menjelaskan kehebatan dan keunggulan para tokoh pendidikan Islam zaman silam yang begitu dinamik bahkan sebahagian pemikiran dan idea mereka melampaui dan mengungguli pemikiran para tokoh pendidikan kontemporari. Kehadiran mereka dalam dunia ilmiah telah terbukti memberikan sumbangan yang sangat hebat dan besar bagi mencerdaskan umat. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 5

Pendidikan Islam Memantapkan Negara Zikir Penulis : Pelbagai penulis ISBN : 978-99917-61-18-3 Terbitan : 2014 Halaman : 273 muka surat Harga : BND $12.00 PENDIDIKAN ISLAM Memantapkan Negara Zikir adalah Buku ini memuatkan tujuh himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan semasa Konvensyen Pendidikan Islam Kali Pertama anjuran Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang diadakan pada 4-5 Muharram 1433H bersamaan 30 November & 1 Disember 2011 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Konvensyen yang diadakan untuk memperkasa Pendidikan Islam dan memantapkan lagi Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir bersesuaian dengan temanya: Pendidikan Islam Memantapkan Negara Zikir merupakan kompilasi kertas kerja yang dibentangkan oleh para ilmuan pendidikan Islam dari negara-negara anggota MABIMS ini memberi fokus kepada kualiti pendidikan Islam serta elemen-elemen yang menuju kualiti tersebut disamping membahas dan membincangkan hal ehwal pendidikan Islam selaras dengan arus cabaran globalisasi masa kini bagi memperkasa pendidikan sebagai syiar yang syumul sepanjang zaman. 6 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Media Pengajaran dalam Pendidikan Islam: Satu Penilaian (Siri Monograf Pendidikan Islam Bilangan 8) Penulis : Zulkifli Zakaria ISBN : 978-99917-61-37-4 Terbitan : 2014 Halaman : 53 muka surat Harga : BND $8.00 Pendidikan adalah suatu yang sangat meluas dan bersifat global. Ianya berlaku sam aada secara formal atau secara non-formal. Dalam konteks sekolah, pendidikan berlaku dalam bentuk formal di dalam bilik darjah di mana proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh seorang guru dengan pelajar. Istilah media pengajaran adalah sinonim dengan alat bantu mengajar namun zaman yang lebih mengarah kepada teknologi maklumat dan komunikasi, media itu telah digunapakai bagi menampakkan kemodenan dan bahan komunikasi sebagai alat ABM yang terkini dalam proses pengajaran. Monograf ini membincangkan tentang media pengajaran dalam pendidikan Islam yang memfokuskan kepada pendidikan Islam dan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) guru semasa mengajar mata pelajaran pengetahuan ugama Islam di sekolah-sekolah menengah dan Ugama. Ianya menjadi satu cabaran bagi para guru ugama atau guru pendidikan Islam dalam dunia pendidikan namun keberkesanan pengajaran bukanlah dilihat kepada media yang canggih semata-mata akan tetapi sejauhmana guru itu berperanan dalam pengajarannya melalui media yang bersesuaian. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 7

Memperkasa Ejaan Jawi: Isu Cabaran, dan Penyelarasan Penyunting: Mohammad Salleh Lebar Isu, Cabaran, dan Penyelarasan Penyunting: Mohammad Salleh Lebar Prof. Madya Dr Yusof Abdullah Mazne Haji Othman Hurul Ain Nukbah Rabaha Terbitan Bersama: Memperkasa Ejaan Jawi: Isu, Cabaran, dan Penyelarasan Penulis : Pelbagai Penulis ISBN : 978-99917-61-27-5 Terbitan : 2014 Halaman : 105 muka surat Harga : BND $18.00 Memperkasa Ejaan Jawi: Isu, Cabaran dan Penyelarasan merupakan komplikasi empat kertas kerja yang dibentangkan semasa Persidangan Kebangsaan Ejaan Jawi: Kaedah dan Penyelarasan (Pkej) yang telah berlangsung pada 14-15 Sya aban 1433 bersamaan 4-5 Julai 2012. Dewasa kini, tulisan jawi mengalami hambatan yang menyebabkan munculnya kepelbagaian ejaan jawi hingga mewujudkan kekeliruan. Apa yang menarik dalam buku ini, dibincangkan beberapa isu-isu berkaitan dengan ejaan jawi. Pengantar Akidah Islam Penulis : Dr. Andi Aderus Banua ISBN : 978-99917-61-40-4 Terbitan : 2014 Halaman : 223 muka surat Harga : BND $37.00 Buku ini mengupas dengan jelas kepentingan manusia terhadap akidah Islam terutama di era globalisasi tanpa sempadan ini. Buku ini juga mampu memberikan jawapan terhadap persoalanpersoalan akidah yang dipertanyakan oleh manusia. Di samping itu, buku ini juga menjelaskan prinsip-prinsip dasar serta keistimewaan Akidah Islam yang merupakan pegangan Ahli Sunnah Waljama ah sehingga buku ini sangat penting untuk dibaca dan dimiliki oleh umat Islam khususnya di negara Brunei Darussalam. Buku ini juga memberikan gambaran tentang rahsia-rahsia dari Iman, 8 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Islam dan Iḥsan. Ketiga hal tersebut merupakan bahagian yang tidak terpisahkan dari sakhsiah seorang Muslim. Jika hal tersebut diterjemahkan dalam kehidupan sehari-hari maka umat Islam dapat memberikan gambaran positif tentang Ugama Islam sebagai ugama rahmatan lil ālamīn. Di akhir buku ini, penulis menghuraikan prinsip-prinsip dasar Ahli Sunnah Waljama ah sehingga para pembaca dapat mengenali dengan jelas ajaran-ajaran Ahli Sunnah Waljama ah serta aliran-aliran yang bercanggah dengannya. Memperkasa Pendidikan Usuluddin: Isu dan Cabaran Semasa Penyunting : Pelbagai Penulis ISBN : 978-99917-61-43-5 Terbitan : 2014 Halaman : 650 muka surat Harga : BND $30.00 Buku ini merupakan kompilasi penulisan akademik yang dibentangkan semasa Seminar Pendidikan Usuluddin Ketiga Peringkat Serantau anjuran Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan yang diadakan pada 6-7 Rabiulawal 1435H bersamaan dengan 8-9 Januari 2014M. 28 buah kertas kertas yang dihimpunkan dalam buku ini membincangkan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan bidang pendidikan Usuluddin. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 9

Pemikiran Tarbiyah Menurut Iman Mawardi (Siri Monograf Pendidikan Islam Bilangan 9) Penulis : Syamsul Bahri Andi Galigo ISBN : 978-99917-42-8 Terbitan : 2014 Halaman : 35 muka surat Harga : BND $16.00 Buku ini membincangkan tentang Imam Mawardi seorang ulama Mazhab Syafiyyah yang hidup dalam kurun ke 4 dan ke 5 Hijrah yang memiliki pengalaman luas dalam bidang fiqah Imam Syafi i sehingga menjawat jawatan Qadi Besar pada zaman khilafah Abbasiyah. Pemikiran tarbiyah beliau yang mengaitkan antara pendidikan dan akhlak adalah merupakan konsep pendidikan yang sesuai dengan perkembangan semasa dalam dunia Islam hari ini. Memahami Ahli Sunnah Waljama ah dan Menghindari Penyelewegannya (Siri Panduan Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah Siri 1) Penulis : Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah ISBN : 978-99917-61-38-1 Terbitan : 2014 Halaman : 25 muka surat Harga : BND $10.00 Siri Panduan ini membincangkan dua perkara penting iaitu pertama asas-asas kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah dan ciri-cirinya. Kedua, ia memaparkan pelbagai ciri fahaman sesat yang sering dijadikan umpan untuk mempengaruhi umat Islam. 10 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Memahami Makna Bi dah Mengikut Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah (Siri Panduan Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah Siri 2) Penulis : Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah ISBN : 978-99917-61-39-8 Terbitan : 2014 Halaman : 45 muka surat Harga : BND $16.00 Siri Panduan ini membincangkan makna bid ah mengikut panduan ulama Ahli Sunnah Waljama ah. Ia penting difahami oleh umat Islam agar tidak mudah dipengaruhi oleh pemikiran-pemikiran songsang yang berkaitan dengan isu bid ah yang biasa disebarkan oleh golongan yang terpengaruh oleh fahaman Wahabi atau Salafi. Penyelidikan Penyeliaan Pendidikan Penyunting : Mokhtar Ismail ISBN : 978-99917-61-31-2 Terbitan : 2014 Halaman : 468 muka surat Harga : BND $38.00 Buku ini menghimpun rumusan sembilan buah disertasi di dalam bidang Penyeliaan Pendidikan oleh sembilan orang siswazah lepasan program Sarjana Perguruan Ugama (Penyeliaan) Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Paparannya berkisar tentang peranan penyelia, guru kanan dan guru mata pelajaran di dalam proses Penyeliaan Pendidikan di beberapa buah Sekolah Ugama dan sebuah Sekolah Arab di Negara Brunei Darussalam. Penyeliaan Pendidikan ialah satu disiplin ilmu pendidikan yang penting dan perlu diberi perhatian oleh para pendidik kerana kualiti Penyelia serta penyeliaannya akan memberi kesan langsung kepada prestasi pelajar. Dalam hal ini sembilan buah laporan penyelidikan di dalam buku ini telah memaparkan isu-isu yang timbul serta membuat cadangan berhubung langkah-langkah yang perlu diambil berhubung isu-isu berkenaan. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 11

Syahadah dalam Undang-undang Jenayah Islam dan Perbandingannya dengan Perintah Keterangan Mahkamah Syariah, 2001 Penulis : Haji Johar Haji Muhamad ISBN : 978-99917-61-30-5 Terbitan : 2014 Halaman : 120 Muka surat Harga : BND $16.00 Buku ini membincangkan tentang salah satu daripada undang-undang keterangan yang sangat penting dalam sistem keadilan Islam khususnya dalam kes jenayah berat di dalam Islam, iaitu syahadah dengan mengemukakan pandangan ulama dan perbandingannya dengan undangundang keterangan Islam yang terpakai di Negara Brunei Darussalam dan sedikit perbandingan dengan undang-undang keterangan Islam di Malaysia dan undang-undang keterangan yang diguna pakai di Mahkamah Sivil. Syahadah dalam Undang-Undang Keterangan Islam adalah salah satu daripada kaedah pembuktian dalam sesuatu dakwaan atau tuntutan. Malah ianya adalah yang terpenting dan utama sekali di dalam pengisbatan (pensabitan) dakwaan tersebut. Dalam kes-kes tertentu bilangan saksi (syahid) adalah amat menentukan di mana jika ianya tidak mencukupi syarat yang ditentukan, kes tersebut tidak dapat dihadapkan dan jika dihadapkan juga boleh pula menimbulkan masalah besar kepada pendakwa dan saksi tersebut. Selain daripada bilangan, kriteria dan syarat-syarat tertentu terhadap saksi juga diambil kira secara tegas bagi mengelakkan berlakunya kesilapan dan kesamaran dalam penghukuman. Tanpa memenuhi kriteria dan syarat-syarat tersebut itu keterangan yang dikemukakan saksi itu akan menjadi tidak bernilai dan ditolak. Ini bermakna keboleh-terimaan sesuatu keterangan itu bergantung juga kepada syarat-syarat ketat itu. Inilah di antara keunikan tetapi logik yang terdapat dalam konsep keterangan Islam. Pada keseluruhannya keterangan berbentuk kesaksian dengan syarat-syarat ketat ini adalah dalam kes-kes yang berat hukumannya seperti kes-kes hudud dan qisas. Hal ini terjadi kerana ianya melibatkan kesan hukuman tersebut ke atas pesalah adalah berat sedangkan dalam konsep kehakiman tersalah melepaskan orang yang benar-benar bersalah lebih baik dari tersalah menghukum orang yang tidak bersalah. Dalam hal ini Rasulullah Shallallâhu alaihi wasallam bersabda Ertinya: Tolaklah hudud dengan wujudnya syubhat. Peringatan Rasulullah Shallallâhu alaihi wasallam ini adalah jelas bagi mengelakkan tersalah hukuman ke atas orang yang mungkin tidak bersalah dalam kes berat seperti hudud ini. Secara umumnya buku ini menghuraikan perkara yang tersebut secara terperinci dengan merujuk kepada kitab-kitab yang berkenaan dan undang-undang yang diguna pakai pada masa ini. 12 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Penyelidikan Kurikulum dan Pengajaran Penulis : Abdulhakam Hengpia ISBN : 978-99917-61-35-0 Terbitan : 2014 Halaman : 294 Muka surat Harga : BND $19.00 Buku Penyelidikan Kurikulum dan Pengajaran menyediakan panduan penulisan penyelidikan yang praktikal dengan membekalkan contoh-contoh penulisan dan analisis data penyelidikan. Skop perbincangan bermula dari kefahaman terhadap konsep dan prinsip penyelidikan. Kemudian proses menentukan masalah, tajuk, objektif penyelidikan, kaedah pensampelan, instrumen penyelidikan dan analisis data sehinggalah kepada penghasilan sebuah laporan penyelidikan ilmiah. Buku ini juga membentang tiga reka bentuk penyelidikan yang popular dalam penyelidikan kurikulum dan pengajaran iaitu kajian dan pembangunan kurikulum, penyelidikan eksperimen dalam pengajaran dan kajian tindakan pengajaran. Tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk memberi kefahaman kepada para palajar dan sesiapa sahaja yang berminat mengenai proses pengendalian penyelidikan dan membimbing mereka cara menjalankan penyelidikan dalam bidang kurikulum dan pengajaran. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 13

Sejarah dan Memori Terpilih Sekolah-sekolah Menengah di Negara Brunei Darussalam Penyunting : Haji Mohd Salleh Lebar ISBN : 978-99917-61-28-2 Terbitan : 2014 Halaman : 238 Muka surat Harga : BND $27.00 Buku SEJARAH DAN MEMORI TERPILIH SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM adalah sebuah buku yang mengimbau dan mengenangkan semula sejarah penubuhan dan keunikan beberapa buah sekolah menengah di Negara Brunei Darussalam. Di dalamnya terdapat beberapa peristiwa penting yang berkaitan dengan perkembangan sekolah bermula daripada awal penubuhan sehinggalah berkembang dan maju sekarang ini. Bagi generasi muda mungkin kebanyakan mereka tidak tahu sejarah dan perubahan kemajuan sekolah-sekolah yang dimaksudkan itu. Namun jika dinostalgiakan semula ia memang mempunyai satu lipatan sejarah yang sukar dilupakan. Dengan nukilan lambang, logo dan falsafah yang tersendiri serta ditambah dengan pengalaman pengetua yang silih berganti pasti ia memberi satu kenangan yang sukar dilupakan begitu sahaja dalam pembinaan dan kemajuan sesebuah sekolah. Apatah lagi sebahagian besar sekolah yang diceritakan di dalam buku ini melahirkan beberapa orang tokoh yang terbilang dan tersohor di Negara Brunei Darussalam ini. Buku yang mengandungi 10 bab ini pasti memberi satu persembahan yang menarik kepada seluruh pembaca. 14 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Imam Al-Syafi i: Pembangun Mazhab Fikih Moderat Penulis : Dr. Abdul Rauf Amin ISBN : 978-99917-61-41-1 Terbitan : 2014 Halaman : 164 Muka surat Harga : BND $32.00 Buku ini mengulas kepribadian dan kehidupan seorang tokoh dan ulama besar yang sangat berpengaruh terhadap kehidupan umat Islam yakni Imam al-syafi i. Beliau bukan hanya seorang tokoh dan ulama besar tapi juga seorang abid dan mujaddid. Beliau telah mewariskan segudang ilmu dan khazanah pemikiran dalam semua aspek keilmuan Islam. Karyanya yang sangat monumental al-risalah adalah karya utama dan terbaik dan telah membuktikan ke dunia orisinaliti pemikiran Islam. Imam al-syafi i adalah ulama orisinil, komprehensif yang sangat pantas untuk menjadi teladan bagi semua yg mencari kebenaran tanpa harus membuang konsistensi dan mengabaikan komitmen terhadap ajaran agama. Penguasaannya terhadap pemikiran hukum yang berkembang di zamannya membuatnya mampu membangun fikih yang ideal dan moderat. Imam al-syafi i adalah sosok ulama yang kehidupannya sentiasa relevan untuk dikaji dan dipelajari. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 15

Keperibadian Guru dan Murid (Buku Keluaran Khas Sempena Ulang Tahun Penubuhan KUPU SB) Penulis : Harapandi Dahri ISBN : 978-99917-61-16-9 Terbitan : 2014 Halaman : 96 muka surat Harga : BND $9.00 Buku ini merupakan buku terbitan khas sempena Ulang Tahun Penubuhan kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan terbitnya buku ini dapat dijadikan bacaan ringan untuk para pelajar mahupun guru yang berkeinginan untuk mendalami keperibadian guru dan juga karakter murid-murid sehingga memperolehi ilmu yang berkat dan bermanfaat. Jurnal Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah Bilangan 4 (Jurnal Berwasit Antarabangsa) Penulis : Pelbagai Penulis ISBN : 2225-4609 Terbitan : 2014 Halaman : 295 Muka surat Harga : BND $31.00 Buku ini menghimpunkan 10 buah artikel yang membincangkan mengenai isu-isu berkaitan dengan Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah. 16 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Pengukuhan Institusi Keluarga Islam Menurut al-qur an Dan al-sunnah Penyunting: Syahiran Sofian Azman Kassim Penyunting : Syahiran Sofian dan Azman Kassim ISBN : 978-99917-61-44-2 Terbitan : 2014 Halaman : 396 mukasurat Harga : BND $20.00 Institusi keluarga adalah unit sosial terkecil dalam masyarakat. Masyarakat pula terbentuk daripada beberapa gabungan keluarga, manakala keluarga adalah unsur-unsur yang melengkapi sesebuah masyarakat. Gabungan daripada institusi-institusi keluarga itu pula akan membentuk sebuah negara. Oleh itu adalah tidak salah jika dikatakan keluarga adalah sebuah negara kecil. Maka institusi keluarga merupakan aset yang sangat penting untuk diberi perhatian oleh negara demi mencapai cita-cita negara untuk menjadi sebuah negara yang sejahtera dan dirahmati Allah subhanahu wata ala. Era globalisasi yang sedang dihadapi masa kini telah membawa banyak perubahan manusia secara umumnya dan kepada umat Islam secara khususnya. Perubahan itu adalah melalui apa yang disebut sebagai teknologi maklumat dan komunikasi. Namun pada waktu yang sama, peralatan moden ini ternyata juga menghasilkan pelbagai pertembungan nilai, norma dan turut mempengaruhi keimanan, memporak-perandakan institusi keluarga dan menghancurkan kehidupan beragama sehingga sebahagiannya tidak mampu diselamatkan. Dalam konteks lain, masyarakat kini menikmati kehidupan yang bercirikan inter connection, yang mana setiap individu dengan mudah memperolehi apa yang diinginkan dari komuniti orang lain dan kemudian melahirkan jaringan budaya (cultural networking). Dengan demikian, tradisi atau kebiasaan yang sedang berlaku di dunia dapat diketahui dengan cepat. Natijahnya lambat laun budaya ini akan membawa kehancuran dalam institusi kekeluargaan secara umumnya dan institusi keluarga Islam secara khususnya. Senario ini merupakan cabaran bagi institusi pendidikan khususnya pendidikan Islam untuk berusaha mencari jalan bagi menyedarkan dan membangkitkan umat Islam yang sedang mengalami kekeliruan dalam memahami nilai-nilai agama Islam yang sebenar. Semoga dengan terbitan buku Pengukuhan Institusi Keluarga Islam Menurut al-qur an Dan al- Sunnah yang membincangkan mengenai hal ehwal kekeluargaan, cabaran dan permasalahan serta jalan penyelesaiannya menurut al-qur an dan al-sunnah dapat dijadikan sebagai bahan rujukan dan dapat memberikan maklumat serta meningkatkan pengetahuan tentang hal ehwal kekeluargaan menurut perspektif Islam. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 17

Terbitan Bahasa Melayu 18 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Terbitan Bahasa Melayu Hasrat dan Harapan Koleksi Ucapan Ra es Penulis : Haji Yahya bin Apong ISBN : 99917-44-67-3 Terbitan : 2010 Halaman : 107 Muka surat Harga : BND $10.00 Hasrat dan Harapan Koleksi Ucapan Ra es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan merupakan kumpulan teks ucapan Ra es KUPU SB, Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim yang julung-julung kali diterbitkan. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi perguruan Ugama yang ulung di negara dan di rantau ini dan dalam usianya yang masih muda, sudah setentunya perancangan dan strategi yang kemas perlu diatur. Dalam ucapan-ucapan yang disampaikan Ra es banyak menggambarkan aspirasi beliau untuk menjadikan KUPU SB mencapai matlamat yang diimpikan. Melalui penerbitan buku ini, diharapkan aspirasi Ra es itu dapat dikongsi oleh semua warga KUPU SB, khususnya para pensyarah dan pelajar. Tausiyah dan amanat yang disampaikan kepada pelajar-pelajar KUPU SB adalah motivasi dan pencetus semangat untuk terus tekun dan rajin dalam perkuliahan dan terlibat aktif dalam semua aktiviti sebagai persediaan untuk melahirkan generasi ilmu yang berkaliber di bidang perguruan 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 19

Pengantar Ilmu Perbandingan Agama Penulis : Prof. Madya Dr. Ghazali bin Basri ISBN : 99917-44-64-9 Terbitan : 2009 Halaman : 208 Muka surat Harga : BND $10.00 Buku ini membincangkan tentang agama-agama besar dunia dan agama-agama tersebut dihuraikan dalam tiga kelompok iaitu: i. agama primitif, ii. agama budaya / falsafah iii. agama langit Kelompok pertama terdiri daripada agama Animisme, agama Kungfucius, agama Tao dan agama tradisi orang cina. Kelompok kedua terdiri daripada agama Hindu, Jaina, Buddha dan Sikh. Kelompok ketiga terdiri daripada agama Yahudi, Kristian dan Majusi. Agama Islam yang sepatutnya ditempatkan pada kelompok ketiga tidak disertakan. Namun demikian, dalam buku ini membincangkan ciri perbandingan agama yang masih wujud serta penerangan pendekatan yang sesuai dengan kedudukan Islam yang bersifat meta vis à vis kewujudan agama-agama lain. Justeru itu, dalam buku ini juga memaparkan beberapa tajuk kecil mengenai setiap agama pada Neraca Islam. 20 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Falsafah Pendidikan Islam Konsep & Aplikasi (Edisi Kedua Cetakan Pertama) Penulis : Prof.Madya Dr. Ghazali bin Basri ISBN : 99917-44-88-6 Terbitan : 2012 Halaman : 227 Muka surat Harga : BND $10.00 Buku v PENDIDIKAN ISLAM: Huraian Konsep & Aplikasi adalah satu usaha bagi menghuraikan konsep, fungsi dan kedudukan falsafah Pendidikan Islam sebagai sebuah disiplin dalam korpus ilmu. Beberapa bab awalan yang dimuatkan bertujuan menjelaskan konsep-konsep mengenai Pendidikan Islam dan yang selebihnya menghuraikan perlaksanaannya dalam bentuk operasional seperti pembinaan kurikulum dan pendidikan sepadu. Tumpuan pembincangan diberikan kepada pendidikan sepadu, huraian konsep dan pelaksanaannya kerana ia dianggap sebagai ciri terpenting dalam sistem Pendidikan Islam. Turut dimuatkan dalam buku ini (sebagai lampiran) ialah dokumen Rekomendasi Persidangan Pendidikan Islam Sedunia di Makkah al-mukarramah pada tahun 1977, sebuah dokumen penting yang bertanggungjawab mencetuskan ide mengenai konsep pendidikan islam dan keperluannya bagi umat Islam di seluruh dunia. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 21

Pengenalan Pengajian Ilmu Hadis Penulis : Prof Madya Dr. Ariffin bin Omar ISBN : 99917-44-66-5 Terbitan : 2009 Halaman : 180 Muka surat Harga : BND $10.00 Buku Pengenalan Pengajian Hadis ini membicarakan sebahagian kecil dari Ilmu Hadis yang sangat luas bidangnya. Buku ini membicarakan tentang pengertian perkataan sunnah, hadis, khabar dan athar dari segi bahasa dan istilah. Buku ini juga membicarakan tentang perbezaan antara al-quran, Hadis Qudsi dan Hadis Nabawi. Kedudukan sunnah sebagai dalil hukum serta peranannya terhadap al-quran, pencatitan hadis pada zaman Rasulullah Sallalahu Alaihi Wa Sallam, zaman para sahabat dan zaman para al-tabi in. Usaha para ulama dalam menapiskan hadis-hadis sahih daripada hadis-hadis da if dan maudhu, bahagian hadis seperti Mutawatir, Ahad dan Masyhur juga dipaparkan. 22 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Kepimpinan Pengurusan Sekolah Dari Perspektif Islam: Satu Kajian Terpilih Penulis : Haji Mohd Salleh bin Lebar ISBN : 99917-44-65-7 Terbitan : 2009 Halaman : 252 Muka surat Harga : BND $8.00 Buku Kepimpinan Pengurusan Sekolah Dari Perspektif Islam: Satu Kajian Terpilih ialah sebuah buku yang membicarakan tentang konsepkepimpinan pengurusan sekolah yang memfokuskan kepada sekolah-sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam. Walaupun pada masa kini kepimpinan sekolah pada umumnya banyak dikaitkan dengan kehendak teori-teori Barat namun sebagai sebuah sekolah ugama dan Arab, kepimpinan yang berteraskan kepada prinsip-prinsip Islam tidak diabaikan. Atas dasar dan kesedaran inilah penulis-penulis dalam buku ini berkesempatan untuk membuat kajian di beberapa buah sekolah ugama bagi memastikan sama ada kepimpinan islam yang diteladani oleh pemimpin kita Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wa Sallam iaitu Siddiq, Amanah, Fatanah dan Tabligh diamal ataupun tidak pada masa kini. Kajian-kajian yang dimaksudkan itu sedikit sebanyak dapat dijawab dalam buku ini yang mengandungi 4 bab. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 23

DINAMIKA TASAWWUR ISLAM dalam Pembentukan Keperibadian Umat (Edisi Kedua Cetakan Pertama) Penulis : Dr. Ghazali bin Basri ISBN : 99917-44-60-6 Terbitan : 2011 Halaman : 264 Muka surat Harga : BND $10.00 Dinamika Tasawwur Islam dalam Pembentukan Keperibadian Umat, ringkasnya Dinamika Tasawwur Islam menyediakan para pembaca dengan maklumat kontemporari mengenai keperluan memahami Islam secara holistik. Tidak keterlaluan kalau dikatakan sejumlah besar umat kini masih lagi belum dapat memahami esensi Islam sebenar, dan sebabnya adalah pelbagai. Selain daripada faktor dalaman seperti, ketidaksampaian maklumat, faktor luaran juga tidak dinafikan peranannya. Kalau setengah abad dahulu islam pernah disebut sebagai agama yang paling disalahfahami (the misunderstood religion), kini keadaaannya masih belum banyak berubah kerana serangan gerakan deislamisasi oleh pihak musuh islam juga tidak pernah reda. Kehadiran buku Dinamika Tasawwur Islam bukan saja dapat menjelaskan beberapa konsep, prinsip serta pemikiran yang terkandung dalam sistem nilainya seperti yang dihuraikan dalam kerangka epistemologi Islam, ia juga menyediakan jawapan-jawapan sebagai alternatif kepada pemikiran-pemikiran salah yang semakin lama berada dalam pelukan umat Islam. Islam sebagai al-din, tidak sama dengan konsep agama (religion) yang difahami Barat, juga ia bukan sebuah tatacara beragama mistik/rahib yang biasa difahami oleh golongan kerohanian (spiritualists), dan juga ia bukan sebuah gagasan tamadun yang dibina oleh model insannya semata, tetapi Islam adalah sebuah sistem kehidupan yang syumul (lengkap), kesyumulannya mencakup seluruh aspek keperluan hidup duniawi dan ukhrawi. Sistem nilainya mencakupi seluruh aspek kehidupan makhluk manusia dan mahluk-mahluk lainnya, daripada seluruh kehidupan makhluk manusia dan mahkluk-mahkluk daripadaperkara yang menyangkut soal peribadi sehingga urusan bernegara dalam segenap lapangan bidang. 24 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

SEKALUNG BUDI SEGUNUNG HARAPAN dari Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan ke Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Satu Ristaan Buku Keluaran Khas sempena Majlis Konvokseyen Kali ke 30 Penulis : Terbitan Khas ISBN : 99917-44-63-0 Terbitan : 2010 Halaman : 52 Muka surat Harga : BND $6.00 Merealisasikan Aspirasi Negara dalam Pembangunan Ummah Buku Keluaran Khas Sempena Majlis Konvokesyen Pertama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan 1432H/2011M Penulis : Terbitan Khas ISBN : 99917-44-83-5 (Kulit Lembut) : 99917-44-84-3 (Kulit Keras) Terbitan : 2011 Halaman : 94 Muka surat Harga : BND $5.00 Buku ini merupakan Buku Keluaran Khas Konvokesyen sempena Majlis Konvokesyen Pertama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan 1432H/2011M. Buku ini menghimpunkan beberapa artikel yang disumbangan oleh Penyumbang luar dan beberapa para ahli akademik Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 25

Iltizam untuk Menjadi Wanita Salehah: Kesannya Terhadap Keluarga, Masyarakat dan Negara Penulis : Dr Hajah Masnon binti Haji Ibrahim ISBN : 99917-44-80-0 Terbitan : 2011 Halaman : 128 Muka surat Harga : BND $11.00 Buku ini memfokuskan keperluan terhadap dorongan dalaman dan kesungguhan untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah bagi seorang wanita sepertimana yang dituntut oleh ugama Islam ke atas wanita salehah akan memberi kesan dan pengaruh yang hebat bukan sahaja terhadap diri wanita tersebut secara individu bahkan kesan terbaik terhadap keluarga, masyarakat dan Negara. Isu-Isu Penyelewengan Akidah di Negara Brunei Darussalam Penulis : Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal ISBN : 99917-44-81-9 Terbitan : 2011 Halaman : 65 Muka surat Harga : BND $8.00 Sebuah buku ditulis khas untuk digunakan sebagai rujukan utama dan sesuai bagi para ahli akademik, para mahasiswa dan mahasiswi serta para pembaca untuk memahami dengan jelas beberapa isu-isu berkaitan dengan penyelewengan akidah. Buku yang mengandungi 4 bab ini juga memberi panduan dan maklumat tentang pentingnya memahami ajaran Ahli Sunnah Wal jama ah. 26 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Psikologi Pendidikan Dari Perspektif Barat dan Islam Penulis : Haji Muhd Salleh bin Lebar ISBN : 99917-44-73-8 Terbitan : 2011 Halaman : 147 Muka surat Harga : BND $8.00 Psikologi Pendidikan Dari Perspektif Barat dan Islam ialah sebuah buku ditulis khas untuk digunakan sebagai rujukan utama bagi pelajar-pelajar yang mengikuti kursus-kursus seperti Psikologi Pembelajaran, Psikologi Pendidikan, dan juga Kurikulum Pendidikan Islam, di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Ia juga sesuai untuk rujukan bagi kursuskursus berkaitan dengan psikologi seperti perkembangan kanak-kanak. Mengandungi 10 bab dan isi kandungan sebahagian besar adalah merangkumi dengan kehendak kurikulum kursuskursus tersebut yang mana banyak berteraskan sumber-sumber dan pendekatan Islam. Gaya bahasanya ringkas dan perkara-perkara yang dibincangkan adalah menarik dan mudah difaham. Ia juga sesuai dibaca oleh guru-guru, ibu bapa dan masyarakat umum kerana boleh membantu untuk mendidik dan memahami psikologi kanak-kanak serta para remaja. Pada masa kini, bukubuku yang berkaitan dengan psikologi yang menggunakan pendekatan Islam adalah tersangat kurang di pasaran. Jadi dengan adanya buku ini sekurang-kurangnya ia dapat memenuhi keperluan pelajar di KUPU SB. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 27

Pemikiran Islam: Pertumbuhan dan Perkembangan Penulis : Prof Madya Dr Ghazali bin Basri ISBN : 99917-44-72-X Terbitan : 2011 Halaman : 204 Muka surat Harga : BND $10.00 Buku ini mengajak peneliti sejarah pemikiran ISLAM khasnya dan pembaca umumnya untuk menoleh ke belakang agar dapat menilai khazanah yang dititipkan oleh para ilmuan silam dalam soal pemurnian akidah. Kerencaman serta kepelbagaian aliran fahaman yang muncul sesudah Khulafa al-rashidin hampir-hampir sahaja menjerumuskan umat ke jurang kesesatan. Kemunculan tokoh seperti Abu Hasan al-ashari, Abu Mansur al-maturidi, dan diikuti oleh al- Ghazali dan beberapa lagi telahberhasil merumuskan sebuah landasan. Inilah pertumbuhan pemikiran selanjutnya berkembang sehingga kita meyaksikan lahirnya tokoh-tokoh pemikirmujaddid pada setiap abad. Dirakamkan dalam buku ini empat tahap perkembangan pemikiran dimulai dengan semangat untuk menentang penjajahan, kemudian diikuti dengan keperluan mempersiapkan pekerja muslim menerusi tarbiah beroganisasi, kemudian diikuti pula dengn mempertingkatkan kualiti umat menerusi dakwah dan tarbiah dan yang terkini ialah pemikiran di sekitar menangani isu-isu semasa. 28 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Sejarah dan Perkembangan Gerakan Kristianisasi di Negara Brunei Darussalam Penulis : Mail Besar ISBN : 99917-44-90-8 Terbitan : 2012 Halaman : 261 Muka surat Harga : BND $11.00 Buku Sejarah dan Perkembangan Gerakan Kristianisasi di NBD membincangkan tentang sejarah gerakan kristianisasi, metode-metode gerakan, dan dasar-dasar hukum Islam dalam menghadapi gerakan kristianisasi. Gerakan kristianisasi ini ditelusuri dari awal sejarah gerakan hinggalah sampai ke Negara Brunei Darussalam. Penulis cuba membuktikan wujudnya gerakan kristianisasi sebagaimana yang dicanangkan oleh pemimpin-pemimpin kristian dalam satu konferen yang diadakan di London pada 5-8 Januari 1989 yang dihadiri oleh 300 peserta dari 50 negara telah mencanangkan bahawa tahun 2000M sebagai tahun pewartaan Bible ke seluruh dunia atau Kristianisasi secara merata kepada seluruh pelusuk dunia. Sasaran gerakan tersebut adalah separuh daripada penduduk dunia seboleh-bolehnya menjadi pengikut Christ. Pihak gereja Kristian Vatican yang berpusat di Itali juga turut merancang untuk mengkristiankan seluruh Indonesia, Mesir dan benua Afrika pada tahun 2000M. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 29

Kunci Memahami Ilmu Tasawuf Penulis : Syamsul Bahri Andi Galigo ISBN : 978-99917-44-94-0 Terbitan : 2012 Halaman : 170 Muka surat Harga : BND $16.00 Buku ini membincangkan pengenalan ilmu tasawuf yang mungkin boleh dianggap sebagai kunci (miftah) dalam usaha memahaminya, terutama bagi mereka yang baru bermula ingin berjinakjinak dengan ilmu tasawuf ini. Sejarah dan asal usul ilmu tasawuf serta perkara-perkara asas dalam ilmu tasawuf turut diketengahkan bagi mengukuhkan keterikatan ilmu tasawuf sebagai ilmu teras pengajian Islam dalam kerangka konsep ilmu mengikut Ahli Sunnah Waljama ah. Semoga buku ini dapat membuka tabir yang sebenar bagi mengenali hakikat tasawuf yang kini ada sesetengah umat Islam yang meraguinya sebagai bahagian daripada ilmu-ilmu tulen dalam Islam. Sebagai satu kajian ilmiah popular ianya ditulis dalam bahasa yang ringan tanpa menggunakan istilah yang susah difahami bagi pembaca awam, supaya manafaatnya boleh dikongsi oleh semua lapisan masyarakat dengan penalaran taakul yang sederhana. Semoga Allah Subhanahu Wata ala membimbing kita semua kepada jalan yang lurus. 30 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Teologi Sunni: Konsep dan gagasan Ahli sunnah mengenai Ilahiyyat, Nubuwwat, dan Sam iyyat Penulis : Hamzah Harun al-rasyid ISBN : 978-99917-44-93-2 Terbitan : 2012 Halaman : 318 Muka surat Harga : BND $17.00 Kajian ini membincangkan Teologi Sunni: Konsep dan gagasan Ahli sunnah mengenai Ilahiyyat, Nubuwwat, dan Sam iyyat. Teologi ini dibangun oleh seorang ulama terbesar di zamannya, iaitu Syeikh Abu Hasan al-asy ari. Teologi ahli sunnah waljama ah merupakan aliran teologi terbesar dan terbanyak penganutnya di dunia Islam. Kajian ini mendapati bahawa Teologi Ahli sunnah bersifat terbuka, realistik, dan pragmatis, serta bersikap positif terhadap kemajuan sains dan teknologi. Kerana itu, mereka yang menilai aliran al-ash c ariyyah sebagai aliran fatalisme, determinisme atau Jabariyyah tidaklah tepat. Teologi Ahli sunnah boleh dianggap sebagai teologi yang berperanan sebagai acuan bagi pengembangan teologi Islam seterusnya, kerana teologi ini, selain ia sangat menjunjung tinggi posisi akal sebagai anugerah Ilahi, ia juga sangat menghormati dan menjunjung tinggi posisi naqal sebagai tuntunan Ilahi yang sentiasa aktual. Pemikiran Islam Dan Cabaran Mutakhir Penulis : Pelbagai Penulis KUPU SB-UTM ISBN : 978-99917-44-95-9 Terbitan : 2012 Halaman : 248 Muka surat Harga : BND $12.00 Buku Pemikiran Islam dan Cabaran Mutakhir memuatkan sebanyak enam buah artikel masingmasing disumbangkan oleh ahli-ahli akademik dari KUPU SB, Negara Brunei Darussalam dan UTM, Johor, Malaysia iaitu Islam, Pluralisme & Pluraliti, Sheikh Yusuf Al-Taj al-makassariy: Ulama Melayu Sunni dan Perjuangannya, Mustafa Abdul Rahman Mahmud: Biografi dan Sumbangannya, Gagasan Islam Liberal: Pendedahan & Penilaian, Psikologi Islam Dari Prespektif Ibnu Muskawayh dan Sumbangan Ibn Qayyim Dalam Penilaian Perubahan Islam. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 31

Perkhidmatan dan Kemahiran dalam Bimbingan dan Kaunseling Penulis : Salleh Lebar ISBN : 978-99917-61-07-1 Terbitan : 2012 Halaman : 412 Muka surat Harga : BND $18.00 Perkhidmatan dan Kemahiran Dalam Bimbingan dan Kaunseling ialah sebuah buku ditulis khas untuk digunakan sebagai rujukan utama bagi pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Bimbingan dan Kaunseling di bawah Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Ia juga sesuai dan boleh dijadikan bahan rujukan serta bacaan tambahan bagi pelajar-pelajar yang mengikuti program Bimbingan dan Kaunseling di institusi pengajian tinggi sama ada di Negara Brunei Darussalam mahu pun di negara Malaysia. Buku ini mengandungi 9 bab yang mana merangkumi beberapa perkara berkaitan dengan aspek perkhidmatan dan kemahiran dalam bimbingan serta kaunseling untuk keperluan di sekolah-sekolah dan juga agensi awam. Bermula dengan bab 1 iaitu sejarah perkhidmatan kaunseling atau pendidikan kaunselor sehinggalah berakhir bab 9 iaitu kaunseling kerjaya. Apa yang menarik dalam buku ini terdapatnya beberapa contoh skrip sesi kaunseling yang perlu dibaca oleh pelajar, guru dan sesiapa sahaja. Ia berkisar berkaitan tentang permasalahan pembelajaran, tingkah laku dan hubungan sosial dalam kalangan pelajar-pelajar sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Melalui skrip tersebut, kita melihat bagaimana kebolehan, kebijaksanaan, kesabaran dan kemahiran guru-guru dalam membimbing dan menasihati mereka yang berkenaan untuk kembali ke landasan yang sebaik-baiknya. Oleh itu buku ini sesuai dijadikan teks atau rujukan bagi pelajar yang mengikuti kursus bimbingan dan kaunseling, psikologi di institusi pengajian tinggi, bakal guru, pengamal kaunseling sama ada di Negara Brunei Darussalam mahu pun di negara Malaysia dan juga masyarakat umum yang berminat untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang bimbingan dan kaunseling. 32 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Pelaksanaan Perintah Nafkah di Mahkamah Syariah Brunei Penulis : Waiduri Ali ISBN : 978-99917-61-08-X Terbitan : 2012 Halaman : 241 Muka surat Harga : BND $12.00 Buku Pelaksanaan perintah nafkah di Mahkamah Syariah Brunei ditulis bagi mengenal pasti konsep nafkah menurut syarak serta mengenalpasti peruntukan nafkah isteri dan anak yang terdapat dalam Undang-Undang Keluarga Islam Brunei 1999. Selain itu ia juga memberi kefahaman tentang prosiding permohonan, penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah di Mahkamah Syariah Brunei serta mengenal pasti masalah yang timbul dalam pelaksanaan perintah nafkah. Kewajipan memberi nafkah isteri dan anak pada dasarnya terletak di bahu suami. Ini adalah mengikut ketetapan hukum syarak dan peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam. Bab 61 (1) Undang-undang Keluarga Islam Brunei 1999, memberi kuasa kepada mahkamah boleh memerintahkan seorang suami supaya membayar nafkah kepada isteri atau kepada bekas isteri. Manakala Bab 75(1) pula mewajibkan seorang ayah memberi nafkah kepada anakanaknya tidak kira sama ada anaknya itu di bawah jagaannya atau di bawah jagaan orang lain. Walau bagaimanapun, terdapat fakta menunjukkan bahawa banyak perintah nafkah yang gagal dipatuhi. Apabila perintah mahkamah telah dikeluarkan dan suami enggan patuh, maka isteri berhak memohon melalui penguatkuasaan bagi tindakan selanjutnya. Masalah utama yang dikenalpasti ialah pembayaran nafkah dalam bentuk yang bukan diperintahkan mahkamah, tidak ada permohonan cara pembayaran oleh plaintif, kegagalan pihak majikan mematuhi perintah tahanan pendapatan tenaga dan tidak ada keselarasan dalam mengeluarkan perintah. Secara keseluruhannya sebahagian besar masalah pelaksanaan perintah nafkah ini adalah akibat daripada kesamaran pihak plaintif tentang tatacara tuntutan di Mahkamah Syariah, salah faham pihak defenden tentang pembayaran nafkah dengan membayar nafkah dalam bentuk yang bukan diperintahkan oleh pihak mahkamah, sikap pihak majikan yang enggan mematuhi perintah mahkamah melalui perintah tahanan pendapatan tenaga dan tidak ada keselarasan dan ketegasan dalam mengeluarkan perintah daripada pihak mahkamah. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 33

Takmir Masjid: Peranannya dalam Membina Generasi Belia Penulis : Zulkifli Zakaria ISBN : 978-99917-61-06-3 Terbitan : 2012 Halaman : 109 Muka surat Harga : BND $13.00 Buku ini membincangkan peranan Takmir Masjid dalam mempertingkatkan amal ibadat para belia. Peranan aktiviti Takmir Masjid penting di Negara Brunei Darussalam dalam mempertingkatkan amal ibadat di kalangan belia sama ada ibadat khusus dan juga ibadat umum. Sebagai perincian, kejayaan aktiviti Takmir Masjid iaitu i) peranan Takmir Masjid sebagai Role Model ii) perlaksanaan aktiviti Takmir Masjid iii) penglibatan para belia iv) penglibtan ibubapa dan v) kerjasama pihak sekolah yang kesemuanya berkesan dalam mempertingkatkan amal ibadat para belia serta membina generasi belia ke arah yang lebih positif. Perlaksanaan aktiviti Takmir Masjid mempunyai hubungan yang sederhana kuat dengan peningkatan amal ibadat para belia. Jambatan Sinar Ke Tanah Suci: Catatan Perjalanan Jema ah Haji Brunei 1956-2004 Penulis : Norarfan Zainal ISBN : 978-99917-61-10-1 Terbitan : 2012 Halaman : 284 Muka surat Harga : BND $18.00 Buku Jambatan Sinar Menuju Ke Tanah Suci lebih menjurus kepada penjelasan hukum berkaitan dengan permasalahan haji yang ditimbulkan oleh orang awam dan pegawai pentadbir haji. Buku ini boleh dijadikan sumber rujukan kerana mengandungi maklumat-maklumat tentang jema ah haji Brunei dari tahun 1956-2004. Maklumat yang berguna dihimpunkan dalam buku ini di antaranya tentang perjalanan jema ah haji Brunei, pengurusan, pendaftaran dan peraturan Haji; bilangan Jema ah haji yang menunaikan ibadat haji. Adab, adat dan tradisi Keberangkatan, Ketibaan dan Kepulangan Jema ah Haji juga dicatatkan dalam buku ini. 34 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Pengenalan Kepada Ahli Sunnah Waljamaʻah: Sejarah, Pendekatan dan Kefahaman Penulis : Syamsul Bahri Andi Galigo dan Norarfan Zainal ISBN : 978-99917-61-04-7 Terbitan : 2012 Halaman : 181 Muka surat Harga : BND $12.00 Pengenalan Kepada Ahli Sunnah Waljamaʻah: Sejarah, Pendekatan dan Kefahaman ini memberi fokus kepada ʻaqidah Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaʻah yang sudah lama bertapak di rantau ini. Sejarah perkembangan Ahli Sunnah Waljamaʻah dikaji bagi memperkenalkan hakikat sebenar golongan Ahli Sunnah Waljamaʻah. Seterusnya, metodologi pemikiran Ahli Sunnah Waljamaʻah dikaji secara mendalam daripada tokoh ulama Ahli Sunnah Waljamaʻah sepanjang zaman. Kefahaman ʻaqidah Ahli Sunnah Waljamaʻah meliputi konsep Ilahiyyat, Nubuwwat, dan Samʻiyyat ulama salaf Ahli Sunnah Waljamaʻah dianalisis mengikut pendekatan pemikiran tokoh ulama Ahli Sunnah Waljamaʻah. Kajian ini juga menyentuh manhaj ulama ilmu kalam daripada Ahli Sunnah Waljamaʻah dalam mempertahankan ketulenan ʻaqidah Islam. Pelbagai cabaran pemikiran terkini yang boleh menjejaskan ʻaqidah umat Islam yang berhaluan Ahli Sunnah Waljamaʻah, terutama masyarakat Melayu Islam yang menghuni rantau ini, termasuk di Negara Brunei Darussalam turut dibincang. Metodologi kajian dalam penyelidikan ini ialah al-manhaj al-waṣfiy (metod diskriptif), di samping kaedah taḥliliyyah wa tarkibiyyah (analisis & sintesis) dalam mengkaji pemikiran ulama dan tokoh Ahli Sunnah Waljamaʻah. Analisis metodologi ʻaqidah Ahli Sunnah Waljamaʻah pula jelas menggunakan framework pendekatan Imam Abu Ḥamid al- Ghazali Raḥimahullah sama ada dalam kritikannya terhadap falsafah ketuhanan (kitab Tahafut al-falasifah) atau dalam bantahannya terhadap aliran Baṭiniyyah (kitab Fadha ih al-baṭiniyyah). Antara dapatan kajian yang penting ialah aliran Ahli Sunnah Waljamaʻah dirantau Melayu adalah mengikut dua madrasah yang terkenal iaitu madrasah Ashʻariyyah dan Maturidiyyah. Aliran ini pada masa ini berhadapan dengan cabaran dan ancaman pemikiran Islaf yang dikembangkan oleh Neo-Salifiyyah/Wahhabiyyah, pemikiran Ahlul Bait Shiʻah (Zaidiyyah & Ithna ʻAshariyyah), pemikiran Neo-Muʻtazilah ala Rasionalisme Islam, pemikiran Neo-Khawarij, Islam liberal dan Pluralisme Agama. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 35

Tulisan Jawi: Huruf Al-Qur an Yang Membina Jatidiri Melayu Penulis : Dr Haji Abd Rahman bin Haji Hamzah ISBN : 978-99917-61-11-X Terbitan : 2013 Halaman : 196 Muka surat Harga : BND $12.00 Buku Tulisan Jawi: Huruf Al-Qur an Yang Membina Jatidiri Melayu ini ditulis untuk membantu para pengkaji dan pencinta seni Khat Jawi mengenali sejarah dan asal-usul tulisan Arab sejak zaman awal Islam hinggalah kepada penyebarannya serta pembentukan satu sistem tulisan yang dikenali sebagai tulisan Jawi di Nusantara. Buku ini membincangkan peranan yang telah dimainkan oleh tulisan Jawi di zaman kerajaan Melayu silam serta perubahan demi perubahan yang telah berlaku, terutamanya setelah berlakunya penjajahan oleh kuasa-kuasa barat serta penguasaan media moden mereka. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi menghapuskan secara total pengaruh tulisan Arab, tulisan ini tetap berjaya dipertahankan dan terus mempunyai kedudukannya yang istimewa di hati masyarakat Melayu. Buku ini turut membicarakan jenis-jenis dan bentuk-bentuk seni khat, kaedah penulisan mushaf al-qur`an, peralatan-peralatan tradisional dan moden yang digunakan, kaedah pembelajarannya serta ciriciri penulis khat yang perlu dihayati. Beberapa tokoh seni khat teragung dunia Islam dipaparkan sebagai mengimbau kehidupan dan sumbangan yang telah ditinggalkan kepada generasi kini. Pada bahagian terakhir, buku ini membincangkan kepentingan tulisan Jawi bagi masyarakat Melayu serta peranan yang perlu dimainkan oleh semua pihak agar warisan bangsa yang tidak ternilai ini dapat terus dipelihara dan dimartabatkan. 36 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Government E-Services Delivery Requires Citizens Awareness: The Case Of Brunei Darussalam (Penyampaian e-perkhidmatan Kerajaan Memerlukan Kesedaran Rakyat: Kajian Di Brunei Darussalam) Penulis : Dr Adam Haji Jait ISBN : 978-99917-61-05-5 Terbitan : 2013 Halaman : 305 Muka surat Harga : BND $21.00 Synopsis This study examines citizens awareness and usage of government e-services. Governments use Web-based Internet applications to enhance their citizens access to government services. However, in a case study in Brunei Darussalam, it was found that the government s initiative in providing e-services in last few years has not been as successful as it could have been as the services have not been citizen-centric. This was due to the availability of e-services being unknown amongst the citizens and that a silo-based approach existed for each government ministry. One notable finding was that although the ICT literacy of Brunei citizens has rapidly improved, this has not been reflected in the citizens interaction with government. There are several challenges for citizens awareness and use of government e-services that occur on e-government initiatives. Failure in managing such problems, results in a high probability of these services becoming a white elephant, with inefficiency, wastefulness and cost overruns on e-government projects. E-government management agencies still do not have an organized citizens awareness strategy approach to managing knowledge in e-government initiatives. The proposed Government e-services Citizens Awareness Strategy (GeS-CAS) framework, incorporating communication, management and education strategies, can effectively be used to enable e-government agencies to deal with e-government projects problems and risks in an organised and efficient way. It is concluded that e-government initiatives management can be improved if the knowledge dimensions of the problems are well understood and are conveyed to the right people, at the right time and the right place, and are appropriately managed. This research has developed an integrated citizens awareness strategy Knowledge Management framework that provides a structured approach to achieving this which is easy to understand and put in to practice by e-government agencies, and can be used to solve citizen awareness problems, explore opportunities and make decisions. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 37

Dinamika Tamadun Islam Penulis : Dr Andi Aderus Banua ISBN : 978-99917-44-61-23-7 Terbitan : 2013 Halaman : 208 Muka surat Harga : BND $17.00 Buku ini sangat penting untuk dimiliki dan dibaca oleh umat Islam terutama kalangan pelajar karena buku ini membincangkan tentang faktor-faktor pembentukan sebuah tamadun dan keunggulannya serta faktor-faktor yang menyebabkan kejatuhan sebuah tamadun dan kehancurannya. Buku ini juga memberikan gambaran yang signifikan tentang capaian tamadun Islam yang memberikan sumbangan yang sangat berarti dalam perjalanan tamadun manusia. Buku ini juga menghurai tamadun Barat secara objektif baik dari segi keunggulannya maupun dari segi kekurangan dan bahayanya terhadap kelangsungan tamadun manusia. Di akhir buku ini dicadangkan sebuah solusi untuk membangkitkan kembali umat Islam untuk berperan aktif dalam mengisi tamadun masa kini dan yang akan datang. 38 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Terbitan Bahasa Arab 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 39

Terbitan Bahasa Arab النزعات الباطنية التحريفية وأثرها في الواقع الديني-االجتماعي لبروناي دار الس الم Penulis : Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal ISBN : 99917-44-79-1 Terbitan : 2011 Halaman : 444 Muka surat Harga : BND $23.00 This study describes the immediate threat of batinite thought in Brunei Darussalam by focusing on the example provided through fieldwork and a selection of batinite doctrines and principles presented by deviant religious groups and individuals. A number of epistles and books comprising of batinite interpretations, which are full of symbolism and subtle implications significantly influencing Bruneian society, are also textually studied and critically apprised. This study also covers the influence of batinite doctrine on the religious circles of Bruneian society, which have lead to the uncovering of the orthodox orientations of Bruneian Muslims, and the authority of the religious scriptures, being undermined by these deviant teachings. The steady corruption and disintegration in the commitment to moral standards is also addressed, along with the threat batinite teachings pose to the nation s security and stability. Furthermore, the position of the Brunei government in facing the challenges and dangers presented by batinite sentiments is studied and made clear. This research concludes by investigating the influential currents of batinite doctrines and the reasons behind why some individuals have found them attractive before suggesting solutions that address these urgent problems. 40 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

مظاهرتيسير الشريعة فى السفر Penulis : Aly Mansour Eliwa ISBN : 978- Terbitan : 2012 Halaman : 406 Muka surat Harga : BND $ 12.00 من مظاهر التكافل االجتماعى زكاة الزروع والثمار Penulis : Aly Mansour Eliwa ISBN : 978-99917-44-98-3 Terbitan : 2012 Halaman : 317 Muka surat Harga : BND $ 15.00 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 41

اإلمام أبو عبيد القاسم نب سالم (حياته وآرائه االعتقادية ( Penulis : Dr Andi Aderus Banua ISBN : 978-99917-61-01-2 Terbitan : 2012 Halaman : 264 Muka surat Harga : BND $20.00 يتناول ىذا الكتاب واحدا من أبرز من متسك مبنهج أىل السنة واجلماعة وىو أبو عبيد القاسم بن سال م الذي قضى حياتو يف التدريس والتأليف وتوضيح ىذا الدين. وىو يف التفسري والناسخ وادلنسوخ والقراءاتكان إماما. ولو اختيارات يف القراءات وافق فيها العربية واآلثار واعتمد عليو ادلفسرون من بعدهكالقرطيب يف بعض قراءاتو. وكان رأسا يف اللغة والنحو واألدب واألمثال ومعانيها. ويف احلديث: كان حافظا لو باسناده وعارفا بعللو وشارحا لغريبو. ويف جمال الفقو: كان إماما جمتهدا ال يقلد أحدا وتناظر مع اإلمام الشافعي يف بعض ادلسائل. ويف التاريخكان عارفا بأخبار الناس وتارخيهم وأنساهبم. وىو من ضمنكبار علماء اإلسالم الذينكرسوا حياهتم إلعالءكلمة اهلل وتوضيح حقائق الدين اإلسالمي. فقد ألف عدداكبريا من الكتب اإلسالمية: ىف الفقو وأصولو وىف العقيدة والرد على ادلبتدعني ويف اخلط وادلواعظ وغري ذلك من اجملاالت. وجاىدكل اجلهاد متخذا وسائل خمتلفة قام هبا لتمحيص ادلفاىيم الدينية وتطهريىا من درن الشرك وآثار االعتقادات اجلاىلية اليت تسربت إىل داخل اجملتمع ادلسلم. ويرتكز ىذا الكتاب يف بيان آراء أيب عبيد الكالمية ونقده للفرق ادلخالفة مع اعتماده يف احلجة واالستدالل على أربعة مصادر وىي: القرآن الكرمي مث السنة النبوية مث أقوال الصحابة وما مضت إليو العلماء مث النظر الصحيح وىو ما يسمى بالتفسري العقلي والتأويل وىو التفسري بالرأي بعد انضمام التفسري اللغوي إليو. 42 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

(Ijtihad Di Bawah Bimbingan Maqasid Al-Syariah) Penulis : Dr Haji Abdul Rauf Amin ISBN : 978-99917-61-29-9 Terbitan : 2013 Halaman : 483 Muka surat Harga : BND $37.00 : Buku ini memfokuskan kajiannya pada isu metodologi ijtihad yakni metode ijtihad yang mengambil kira tujuan-tujuan Syariat Islam dalam proses memahami teks-teks hukum Islam baik yang berupa al-quran mahupun Sunnah begitu pula dalam menetapkan dan menerapkan hukum-hukum Islam. Tujuan-tujuan hukum Islam ialah memelihara agama, memelihara jiwa, memelihara akal, memelihara keturuan dan memelihara harta. Sub-sub tajuk yang turut dikupasnya ialah fenomena ijtihad dalam sejarah hukum Islam yang merefer dengan jelas kepada Maqasid al-syariah, mulai dari Nabi, Sahabat Nabi, Tabiin, dan Para Aimmah. Kepentingan Kajian ini ialah kemampuannya memberi kontribusi bagi penyelesaian bagi berbagai masalah-masalah kontemporari yang sangat kompleks dan rumit. Agar supaya ijtihad ini dapat terkontrol dan dikawal dengan baik maka buku ini juga membahas aturan-aturan khusus (kode etik) baginya. Sebab tanpa pengawalan yang memadai bagi ijtihad penting ini maka boleh jadi akan keluar dari petunjuk-petunjuk nash-nash al-quran dan Hadis. Buku ini pada akhirnya merekomendasikan perlunya ijtihad-ijtihad yang digalakkan oleh ulama-ulama kontemporari merujuk kepada kedua ilmu penting yakni ilmu bahasa arab dan Maqasid al-syariah. TADRES AL-LUGHAT AL- ARABIYYAH Turuquhu wa Taqnuyyatuhu Al- Tarbawiyyah (Edisi Kedua Cetakan Pertama) Penulis : Dr. El Rashid Yousif Mohammed Abbas ISBN : 99917-44-62-2 Terbitan : 2008 Halaman : 240 Muka surat Harga : BND $10.00 Buku ini menghuraikan secara ringkas konsep dan fungsi Bahasa serta kepentingan Bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam. Buku ini juga menjelaskan metod-metod pengajaran Bahasa Arab dengan menyentuh aspek-aspek positif dan negatifnya serta pelaksanaannya. Selain menerangkan kemahiran-kemahiran dan elemen-elemen penting dalam pengajaran bahasa, juga menjelaskan tentang persediaan mengajar dan aplikasi pengajaran. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 43

النيابة يف نقض عرى عقد النكاح (Perwakilan dalam Memutuskan tali pernikahan) Penulis : Dr Aly Mansour Eliwa ISBN : 978-99917-61-26-8 Terbitan : 2013 Halaman : 349 Muka surat Harga : BND $23.00 Buku ini membahas perwakilan dalam memutuskan tali pernikahan apakah dengan cara perwakilan atau penyerahan. Buku ini merujuk ke berbagai referensi referensi fiqhi yang standar dengan menggunakan metode perbandingan; pendekatan induktif, analisis untuk menentukan pada akhirnya pendapat yang sesuai dengan roh dan semangat syariat Islam. خوارق العادات بني ادلعتزلة واألشاعرة: ومقارنة عقائدية دراسة SUPERNATURAL BELIEFS BETWEEN MU TAZILAH AND ASHA IRAH: Ideological and Comparative Study Penulis : Haji Norarfan Haji Zainal ISBN : 978-99917-61-24-4 Terbitan : 2013 Halaman : 223 Muka surat Harga : BND $22.00 SUPERNATURAL BELIEFS BETWEEN MU TAZILAH AND ASHA IRAH: Ideological and Comparative Study. The issue of supernatural beliefs has undoubtedly as significant impact on the course of human intellectual and significant life since they embody many issues which human mind find it difficult to conceive and understand. For these and other considerations the topic of supernatural beliefs is a broad based one where the views differed on this issue as to understanding, presentation and proof. Of the most known Islamic scholars who dealt mostly with this issue are scholastic theologians of Mu tazilah and A sha irah. Based on this, the current study was prepared to highlight the voices of Mut azelah and A sha irah with regard to the issue of supernatural beliefs and their types and to clarify which of the opinions are closest to rightness and commensurate with the Shar ia texts. The study also aims to find the differences between the most important of these supernatural beliefs such as miracle (mu jizah) and karamah and also between the miracle and what resembles is like magic (sihr)... etc. 44 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Koleksi Kertas Kerja 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 45

Koleksi Kertas Kerja Prosiding Seminar Pendidikan Perguruan Kali Pertama ISBN : 99917-44-71-1 Terbitan : 2009 Halaman : 123 Muka surat Harga : BND $8.00 Menghayati Pendidikan Melalui Teknologi ISBN : 99917-44-76-2 Terbitan : 2011 Halaman : 155 Muka surat Harga : BND $12.00 Buku ini menghimpunkan LIMA BELAS Kertas Kerja yang dibentangkan semasa Seminar Perguruan Ugama 26-27 Rabiulawal 1432/1-2 Mac 2011 anjuran bersama Fakulti Pendidikan, KUPU SB dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor. 46 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Koleksi Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama ah (Himpunan Kertas Kerja Sempena 25 Tahun Penubuhan Pusat Da wah Islamiah 24-26 Rabiulakhir 1432H ISBN : 99917-44-78-9 Terbitan : 2011 Halaman : 383 Muka surat Harga : BND $18.00 Buku ini memuatkan himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan semasa Seminar Antarabangsa Aqidah Ahli Sunnah Waljama ah yang berlangsung pada 24-26 Rabiulakhir 1432H/29-31 Mac 2011 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam sempena 25 Tahun Penubuhan Pusat Da wah Islamiah. Dengan penerbitan buku ini di harap akan menjadi bahan rujukan dan memberikan maklumat serta manfaat ilmu tentang aqidah Ahli Sunnah Waljama ah. Diusahakan penerbitannya oleh Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dengan Kerjasama Pusat Da wah Islamiah, Negara Brunei Darussalam. Koleksi Kertas Kerja Ihya al-tarbiyyah al Diniyyah 2008-2011 ISBN : 99917-44-75-4 Terbitan : 2011 Halaman : 205 Muka surat Harga : BND $8.00 Buku ini memuatkan tujuh himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan semasa MAJLIS IHYA AL-TARBIYYAH AL-DINNIYYAH dari Tahun 2008 hingga 2011. Dengan penerbitan buku ini di harap akan menjadi bahan rujukan dan memberikan maklumat dan manfaat ilmu kepada pembaca. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 47

Kefahaman Ahli Sunnah Wal jama ah: Isu dan Cabaran di Nusantara (Koleksi Kertas Kerja Jerayawara Bicara Ilmu Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah) ISBN : 99917-44-82-7 Terbitan : 2011 Halaman : 69 Muka surat Harga : BND $11.00 Buku ini merupakan himpunan kertas kerja yang dibentangkan semasa Jerayawara Bicara Ilmu Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah, Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan pada 13 Syawal 1432 bersamaan 14 September 2011. Buku Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah: Isu dan Cabaran di Nusantara menghimpunkan tiga buah kertas kerja yang membincangkan mengenai isu dan cabaran kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah di tiga buah negara iaitu Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia. Membongkar Rahsia Pendidikan Islam (Himpunan Kertas Kerja Konferensi Antarabangsa Islam Borneo kali ke-v, Anjuran Bersama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dengan Universiti Teknologi MARA, Sarawak pada 26-27 Jun 2012, BRIDEX, Jerudong, Negara Brunei Darussalam) ISBN : 99917-44-99-1 (Lembut) 99917-61-00-4 (Keras) Terbitan : 2012 Halaman : 1001 Muka surat Harga : BND $60.00 Membongkar Rahsia Pendidikan Islam merupakan sebuah buku kerjasama antara Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan Univerisiti Teknologi MARA Malaysia. Buku ini adalah komplikasi penulisan akademik sebanyak 150 buah oleh intelektual Borneo dan sekitarnya. Hasil karya ilmiah ini merungkai khazanah manuskrip ulama silam, perbahasan halal,perundangan islam, syariah,ibadah, akidah,kajian isu semasa ummah dan banyak lagi. Sesungguhnya buku ini perlu dimiliki kerana ia merupakan khazanah peradaban Islam yang tinggi nilainya terutama para pengkaji. 48 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Kelestarian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah Dan Cabaran Mutakhir Penulis : Pelbagai penulis ISBN : 978-99917-61-32-9 Terbitan : 2013 Halaman : 346 Muka surat Harga : BND $20.00 Buku ini merupakan kompilasi penulisan akademik yang dibentangkan semasa Seminar Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah Kali Pertama anjuran Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah dengan kerjasama Pusat Da wah Islamiah serta Jabatan Hal Ehwal Syari ah, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang diadakan pada 3-4 Zulkaedah 1434H bersamaan dengan 9-10 September 2013M. 16 buah kertas kertas yang dihimpunkan dalam buku ini membincangkan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kefahaman ahli Sunnah Waljama ah. Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, telah diisytiharkan penubuhannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 24 Rabiulakhir 1432H bersamaan dengan 29 Mac 2011M, bersempena dengan Seminar Antarabangsa Aqidah Ahli Sunnah Waljama ah anjuran Pusat Da wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama bersempena Sambutan Jubli Perak Pusat Da wah Islamiah. Pusat ini berperanan sebagai pusat kajian dan penyelidikan ilmiah berhubung dengan kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi keperluan masyarakat, negara dan ummah. Melestarikan Aspek Kerohanian Dalam Pendidikan Islam Penulis : Pelbagai penulis ISBN : 978-99917-61-14-5 Terbitan : 2013 Halaman : 178 Muka surat Harga : BND $17.00 Buku ini merupakan koleksi kertas kerja yang memuatkan 8 buah kertas kerja yang dibentangkan semasa Seminar Pendidikan Usuluddin Sempena Konvokesyen Pertama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Kali Pertama 1432/2011 Anjuran Fakulti Usuluddin Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam yang berlangsung 1432 bersamaan dengan 1 Oktober 2012. Kertas Kerja yang dihimpunkan dalam buku ini membincangkan mengenai profesion perguruan. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 49

50 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Siri Monograf Pendidikan Islam 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 51

Siri Monograf Pendidikan Islam Pegemilangan Islam Di Negara Brunei Darussalam Siri Monograf Pendidikan Islam Bilangan 1 Penulis : Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Pengiran Haji Abd. Rahman ISBN : 978-99917-61-09-8 Terbitan : 2012 Halaman : 19 Muka surat Harga : BND $5.00 Monograf KEGEMILANGAN ISLAM DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM merungkaikan kegemilangan Islam di Negara Brunei Darussalam sejak pemerintahan Sultan Syarif Ali sehinggalah sekarang. Berdasarkan kronologi sejarah, Negara Brunei Darussalam memang sudah terkenal di rantau Asia ini, lebih-lebih lagi ia sebuah negara yang kuat dengan tradisi perkembangan ugama Islam bermula abad ke 15 lagi. Di bawah kepimpinan Sultan Syarif Ali yang menjadi Sultan Brunei ke-tiga, ugama Islam di Brunei telah berkembang maju. Selain Sultan Syarif Ali, Sultan Saiful Rijal turut memperkasakan akidah umat Islam yang diyakini oleh majoriti penduduk beragama Islam daripada terpengaruh dengan ugama Kristian yang singgah sekejap di Brunei pada abad ke 16 melalui penaklukan Sepanyol. Selepas daripada itu kegemilangan agama Islam terus menyinar di zaman pemerintahan Sultan Hasan. Walaupun perkembangan ugama Islam agak perlahan sedikit semasa awal kedatangan British namun ia dapat diperkasakan semula semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa adul Khairi Waddien. Dengan pertumbuhan Institusi Pendidikan Islam seperti Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan (1972), Institut Pengajian Islam Brunei Darussalam (1989), Fakulti Pengajian Islam Universiti Brunei Darussalam (1993), Institut Tahfiz Al- Qura an Sultan Haji Hassanal Bolkiah (1993), Universiti Sultan Syarif Ali (1972) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan maka kegemilangan ugama Islam terus bersinar. Peranan Islam sebagai ugama rasmi dan hubungan ulama dan umara yang rapat di sepanjang zaman juga memainkan peranan penting dalam arus kegemilangan Islam di Negara Brunei Darussalam. 52 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Pendekatan Pendidikan Islam Di Negara Brunei Darussalam Siri Monograf Pendidikan Islam Bilangan 2 Penulis : Masnon Ibrahim ISBN : 978-99917-61-09-8 Terbitan : 2012 Halaman : 45 Muka surat Harga : BND $5.00 Monograf Pendekatan Pendidikan Islam Di Negara Brunei Darussalam membincangkan pendekatan Pendidikan Islam yang bermula dari dan kemasukan ugama Islam ke Brunei yang dibawa oleh pedagang-pedagang dan mubaligh-mubaligh dari Tanah Arab terutamanya Mubaligh yang bernama Sharif Ali dan rakan-rakan. Penyebaran ugama Islam dan pendidikan Islam telah tersebar melalui beberapa pendekatan seperti inisiatif para mubaligh berkenaan membuka tempat pembelajaran di rumah sendiri bahkan di istana raja. Beberapa tokoh ugama tempatan dan dari negara jiran sama-sama berperanan meluaskan pendekatan bagi pendidikan Islam seperti membuka balai-balai sebagai tambahan kepada rumah mereka sendiri. Pendekatan yang lain yang tidak kurang pentingnya ialah masjid. Pendekatan terkini dalam saluran pendidikan Islam ialah institusi-institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti, termasuklah juga institusi berkaitan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama. Inisiatif pihak-pihak kerajaan juga sangat berkesan sebagai saluran pendidikan Islam seperti perundangan, pemasyhuran konsep negara sebagai Negara Melayu Islam Beraja dan Hasrat Menjadi Negara Zikir. Semuanya bagi mempastikan keteguhan dan ketahanan ugama Islam di Negara Brunei Darussalam terus terpelihara dan berkekalan. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 53

DARI PINGGIRAN KE PUSAT: Pemaduan Sistem Pendidikan Moden Dengan Sistem Pendidikan Pondok: Model KUPU SB Siri Monograf Pendidikan Islam Bilangan 3 Penulis : Ghazali Basri ISBN : 978-99917-44-96-7 Terbitan : 2012 Halaman : 54 Muka surat Harga : BND $8.00 Monograf DARI PINGGIRAN KE PUSAT: Pemaduan Sistem Pendidikan Moden Dengan Sistem Pendidikan Pondok: Model KUPU SB adalah sebuah nukilan sejarah-dokumentasi penubuhan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (singkatannya KUPU SB) yang ditubuhkan pada tahun 2007. Menerusi monograf ini pembaca dibekalkan dengan maklumat mengenai pokok-pokok pemikiran yang terungkap dalam falsafah, visi dan misi KUPU SB serta keunikan kurikulum yang yang dibina untuk mencapai matlamat utama penubuhannya. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi di bidang pengajian pendidikan guru ugama yang bakal melahirkan guru-guru, imam, pegawai serta pemimpin masyarakat yang berilmu, bertaqwa dan berakhlaq mulia, KUPU SB telah menyediakan sebuah kurikulum pendidikan guru yang bersifat sepadu dan holistik. Ia bukan sahaja berhasil memadukan ilmu-ilmu berasaskan wahyu ( ulum al-din, revealed knowledge) yang bersifat naqli dengan ilmu-ilmu yang bersifat aqli (acquired knowledge), bahkan juga pemaduan dari segi kaedah pengajaran-pembelajaran, dan pemaduan antara korikulum akademik dengan ko-korikulum amali ugama. Mempelajari kitab-kitab turath Melayu dalam bidang fiqh, tauhid dan tasawwuf secara bertalaqqi, hafazan al-qur an serta menjalani amali ugama sebagai kursus-kurus wajib, merupakan salah satu ciri yang pernah wujud pada masa lampau di-pusat pengajian yang dikenali dengan sistem pondok. Inilah keunikan yang terdapat di KUPU SB. Dengan berpandukan kaedah fiqh: احملافظة على القدمي الصاحل واألخذ باجلديد األصلح Bermaksud: memelihara perkara lama yang baik dan mengambil perkara baru yang lebih baik, KUPU SB berhasil memadukan semula unsur-unsur sistem pendidikan tradisional dengan pendidikan moden seperti yang terungkap dalam tajuk monograf ini. 54 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Perkembangan Institusi Pengajian Tinggi Islam (IPTI) di Brunei Darussalam: Harapan dan Realiti Siri Monograf Pendidikan Islam Bilangan 4 Penulis : Norarfan Zainal ISBN : 978-99917-61-02-0 Terbitan : 2012 Halaman : 39 Muka surat Harga : BND $5.00 Monograf Perkembangan Institusi Pengajian Tinggi Islam (IPTI) di Brunei Darussalam: Harapan dan Realiti membincangkan mengenai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berorientasikan pendidikan Islam mula diambil perhatian Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam pada akhir tahun 1987 apabila Institut Pengajian Islam (IPI) Brunei Darussalam ditubuhkan di bawah pentadbiran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU). IPT Islam seterusnya mengalami pertumbuhan yang pesat apabila Universiti Brunei Darussalam (UBD) menubuhkan Fakulti Pengajian Islam (FPI) pada tahun 1993. Pada tahun 1999, kedua-dua institusi ini (IPI, KHEU dan FPI, UBD) bercantum menjadi Institusi Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (IPISHOAS) yang diletakkan di bawah pentadbiran UBD. Setelah lapan tahun beroperasi, pada tahun 2007, sebuah universiti Islam dikenali sebagai Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mula ditubuhkan yang menjadikan IPISHOAS sebagai asas penubuhan. Tidak lama pengisytiharaan tersebut, Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam menitahkan pula penaikan taraf Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan (MPUSB) menjadi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Pengisytiharaan ini diumumkan pada tahun yang sama iaitu hanya selepas 20 hari pengumuman penubuhan UNISSA. Pada tahun 2010, Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan dan menitahkan penubuhan Pusat Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali Saifuddien. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 55

Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012 Sinar Harapan Negara Zikir (Siri Monograf Pendidikan Islam: bilangan 5) Penulis : Haji Yahya bin Apong ISBN : 978-99917-61-21-3 Terbitan : 2013 Halaman : 52 Muka surat Harga : BND $8.00 Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012 Sinar Harapan Negara Zikir adalah sebuah buku ditulis bagi membincangkan gagasan Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012 yang bertujuan menyalurkan pengetahuan dan maklumat serta buah fikiran penulis mengenai bagaimana perintah tersebut memberikan sinar harapan ke arah merealisasikan hasrat menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir. Pemikiran Tarbiyah Menurut Imam Ghazali (Siri Monograf Pendidikan Islam: bilangan 6) Penulis : Prof Madya Dr Syamsul Bahri Andi Galigo ISBN : 978-99917-61-36-7 Terbitan : 2013 Halaman : 32 Muka surat Harga : BND $6.00 Pemikiran Tarbiyah Menurut Imam Ghazali. Imam Ghazali tidak syak lagi seorang ulama yang telah mewariskan kepada umat Islam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan Islam yang tidak pernah habis menjadi asas kajian dan penyelidikan ulama dan cendekiawan Islam hingga ke hari ini. Antara yang menarik untuk dicermati dalam kajian ini ialah konsep pendidikan (tarbiyah) Imam Ghazali yang cuba dikaji melalui kitab beliau yang yang bertajuk Ayyuha al-walad (Wahai anak-anak) dan kitab al-risalah al-laduniiyah (Cerapan ilmu laduniy). Kajian mendapati bahawa walaupun fokus utama kitab tersebut lebih kepada pendidikan akhlak, namun dari sudut ilmu perguruan ia memberi sumbangan yang sangat bernilai dalam hal amalan pendidikan ugama hari ini yang cuba menggabungkan antara pendidikan ilmu pengetahuan dan moral secara holistik. 56 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Pendidikan Tauhid Di Negara Brunei Darussalam: Harapan Dan Cabaran (Siri Monograf Pendidikan Islam: bilangan 7) Penulis : Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal ISBN : 978-99917-61-22-0 Terbitan : 2013 Halaman : 34 Muka surat Harga : BND $7.00 Pendidikan Tauhid Di Negara Brunei Darussalam: Harapan Dan Cabaran membicarakan kepentingan ilmu tauhid dalam pendidikan Islam dengan memfokuskan kajian tentang kedudukan dan perkembangannya di Negara Brunei Darussalam serta cabaran-cabaran pelaksanaannya pada masa kini berhadapan dengan dunia globalisasi. Ilmu tauhid mempunyai kedudukan dan dipandang mulia dalam wacana ilmu Islam. Tanpanya seseorang itu bagai hidup di dunia tanpa hala tujuan. Kepentingannya yang mengatasi dasar-dasar Islam yang lain, telah mendekatkan manusia kepada Ar-Rahman dengan jalan yang terpimpin, malah melaluinya juga dapat membentuk sahsiah muslim ke arah yang lebih sempurna dan bermakna. Namun dewasa kini, ilmu tauhid semakin terpinggir dan bukan sebagai subjek favourite di kalangan para pelajar dan para pembuat dasar pendidikan berbanding dengan ilmu-ilmu konvensional yang dilihat sebagai penjamin kerjaya mereka. 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 57

Jurnal - Jurnal 58 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Jurnal Perguruan Jurnal Perguruan Tahun 1 (Edisi kedua Cetakan Pertama) Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Terbitan : 2012 Halaman : 230 Muka surat Harga : BND $10.00 Jurnal Perguruan Tahun 2 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Penulis : Pelbagai Penulis Terbitan : 2010 Halaman : 124 Muka surat Harga : BND $10.00 Jurnal Perguruan Tahun 3 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Penulis : Pelbagai Penulis Terbitan : 2013 Halaman : 197 Muka surat Harga : BND $12.00 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 59

Jurnal Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah Jurnal Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah Bilangan 1 Jurnal Berwasit Antarabangsa Penulis : Pelbagai Penulis ISBN : 2225-4609 Terbitan : 2012 Halaman : 275 Muka surat Harga : BND $16.00 Jurnal Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah Bilangan 2 Jurnal Berwasit Antarabangsa Penulis : Pelbagai Penulis ISBN : 2225-4609 Terbitan : 2012 Halaman : 313 Muka surat Harga : BND $18.00 Jurnal Kefahaman Ahli Sunnah Waljama ah Bilangan 3 Jurnal Berwasit Antarabangsa Penulis : Pelbagai Penulis ISBN : 2225-4609 Terbitan : 2013 Halaman : 295 Muka surat Harga : BND $18.00 60 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014

Daftar Istilah 2008-2014 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 61

Daftar Istilah: Kitab Turath Penawar Bagi Hati Penulis : Sidang Penyusun ISBN : 978-99917-61-20-6 Terbitan : 2013 Halaman : 22 Muka surat Harga : BND $5.00 Buku Daftar Istilah: Kitab Turath Penawar Bagi Hati mengandungi entri-entri yang diambil daripada kandungan kitab Penawar bagi Hati yang kaya dengan keindahan gaya bahasanya serta penggunaanya di kalangan masyarakat. Penerbitan Daftar Istilah: Kitab Turath Penawar Bagi Hati ini akan memudahkan dan menjadi bahan rujukan bagi proses pengajaran dan pembelajaran kerana sifatnya yang ringkas, mudah dan sangat sesuai dimiliki oleh para pembaca. 62 Katalog Buku Terbitan KUPU SB 2008-2014