PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK ULUM HADITH DI USIM

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

-*.- Program Pensiswa

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PELAKSANAAN TUGASAN DIALOG TENTANG ISLAM MENERUSI FACEBOOK DALAM KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAKWAH

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Tahap Kemahiran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Berbantukan Mufradat dan Uslub Al-Quran

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 1 (2018) 50-65

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester Pendek / 1 / 2 (Short Semester / 1 / 2) Panduan Module

HAFAZAN MASRUR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENGHAFAZ SURAH AL- C ᾹDIYᾹT

LAPORAN JAWATANKUASA MAJLIS DEKAN-DEKAN PENGAJIAN ISLAM MENGKAJI PROFIL PENGAJIAN ISLAM INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

PENGHARGAAN., para sahabat dan tabi`in. Bersyukur kepada Ilahi kerana dengan

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

Transcription:

1 PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK ULUM HADITH DI USIM Syulhanif Kadri Dr. Shumsudin Yabi Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia syulhanif@gmail.com ABSTRAK Ulum Hadith merupakan salah satu cabang pengajian ilmu Hadith yang sangat penting. Ianya ilmu asas yang wajib dituntut bagi mereka yang berada di dalam bidang pengajian Islam termasuklah di beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Namun, belum ada lagi kajian yang dibuat mengenai proses pembelajaran dan pengajaran subjek Ulum Hadith di Institusi Pengajian Tinggi awam di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji kaedah pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith di USIM dan mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menerusi kajian lapangan dengan menggunakan borang kaji selidik untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran yang digunakan oleh pensyarah, alat bantu mengajar yang digunakan, sukatan pelajaran, penilaian yang digunakan, kaedah pembelajaran pelajar dan penerimaan pelajar terhadap subjek Ulum Hadith. Kajian dijalankan ke atas 210 orang pelajar USIM yang mewakili nilai sebenar pelajar yang menduduki subjek Ulum Hadith pada sesi 2016/2017 yang dipilih secara rawak berstrata. Analisis data adalah menggunakan SPSS dengan analisis statistic deskriptif. Hasil kajian mendapati persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Ulum Hadith di USIM mencapai tahap skor min yang tinggi. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat membantu pensyarah dan pelajar meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith serta dapat memahami dan menguasai subjek ini dengan baik. Kata Kunci: Pengajaran dan Pembelajaran, Ulum Hadith, Persepsi Pelajar, Usim. 1. Pendahuluan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah institusi ilmu yang terkehadapan mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli. Padanya pelbagai bidang ilmu di setiap peringkat pengajian. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) turut memainkan peranan penting dalam mengaplikasikan teras pengajian Quran dan Sunnah dan peneraju ilmu baharu yang menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan inovasi yang mampu mentransformasikan negara, ummah dan manusia sejagat. Subjek Ulum Hadith yang ditawarkan menjadi satu subjek wajib bagi semua pelajar di FPQS. Seawal penubuhan FPQS seiring dengan penubuhan USIM yang dahulunya dikenali sebagai KUIM, subjek Ulum Hadith telah mula diperkenalkan dan semakin lama semakin ramai pelajar. Oleh itu, kajian ini sangat penting untuk dijalankan agar dapat mengetahui penerimaan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Ulum Hadith yang ditawarkan di USIM serta mampu menjadi penanda aras untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada. Secara umum definisi bagi Ulum Hadith adalah terdiri daripada dua patah perkataan. Iaitu Ulum dan Hadith. Ulum ialah jama bagi ilmu yang bermaksud pengetahuan mengenai sesuatu. Manakala, hadith dari segi bahasa ialah baru. Dari sudut istilah hadith bermaksud semua yang disandarkan kepada Rasulullah SAW samada perbuatan, perkataan, sifat dan taqrir Baginda SAW (Abu Syuhbah, 1983).

2 Ulum Hadith terbahagi kepada dua bahagian iaitu ilmu hadith Riwayah dan ilmu hadith Dirayah. Ilmu hadith riwayah adalah ilmu yang merangkumi segala perkataan, perbuatan, sifat, dan taqrir Rasulullah SAW. Manakala ilmu hadith dirayah pula suatu ilmu untuk mengetahui keadaan sanad dan matan dari sudut hadith yang diterima atau ditolak. Ilmu hadith dirayah turut dikenali sebagai Ulum Hadith, Usul Hadith, dan Mustalah Hadith (Nur Ad-Adin Atar Al-Halbi. 1997). Ulum Hadith ialah satu ilmu yang membahaskan tentang bagaimana cara-cara untuk berinteraksi dengan hadith-hadith Nabi Muhammad SAW yang menjadi sumber rujukan umat Islam. Ianya boleh ditakrifkan sebagai satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan semua perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW dan yang bersangkutan dengannya. Ianya meliputi metodologi penerimaan dan periwayatan hadith dan perbahasan tentang teks dan perawi hadith secara ilmiah (Mahmud Ahmad At-Thohan. 2004). 2. Pengenalan Subjek Ulum Hadith Pengajian Ulum Hadith di FPQS USIM dibawah kod QSH 2012 merupakan subjek wajib fakulti. Setiap pelajar tahun satu FPQS akan mempelajari Ulum Hadith yang juga merupakan subjek 3 jam kredit selama 14 minggu dalam 1 semester. Pembahagiannya adalah seperti berikut: 3 Jam Kredit / ggu 2 Jam Kuliah 1 Jam Tutorial Jadual 1: Pembahagian Jam Kredit Dan ggu Pengajian Subjek QSH2012 Bahasa pengantar bagi subjek ini adalah bahasa Arab. Sehubungan itu, di dalam pengajaran Ulum Hadith, bahasa arab adalah bahasa utama yang digunakan samada semasa syarahan di dalam kuliah, perbincangan di dalam bilik tutorial, mahupun ketika kuiz atau soalan peperiksaan. Silibus pengajaran Ulum Hadith menggunakan buku karangan dua pensyarah dalam bidang Ulum Hadith iaitu Al-Madkhal Ila Mustalah Al-Hadith oleh Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin dan Dr. Shumsudin Yabi. Menggunakan Taisir Mustalah Hadith oleh Dr.Mahmud Tohan sebagai rujukan utama di dalam menghasilkan buku silibus, ianya menjadikan buku ini sebagai pemudah cara kepada para pelajar. Pelajar lebih mudah belajar dengan isi kandungan yang telah tersusun, memendekkan jangka masa bagi beberapa kajian, saling meringkaskan antara satu sama lain, terdapatnya contoh bagi setiap istilah dan kaedah bahasa, dan pada setiap istilah terdapat takrif yang mana setiap daripadanya memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran. 3. Penyataan Masalah Pengajian Ulum Hadith telah wujud lama di beberapa buah universiti dan kolej yang menawarkan bidang pengajian Islam. Adapun subjek Ulum Hadith adalah sangat penting kerana ia membantu mengetahui status hadith yang digunakan. Belum ada kajian yang khusus mengenai proses pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith di universiti. Oleh itu, perlunya satu kajian mengenai sistem pengajian Ulum Hadith di universiti sebagai langkah awal ke arah penambahbaikkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith di universiti dalam Malaysia.

3 Ulum Hadith juga adalah suatu ilmu yang sukar dikuasai, payah untuk memahirkan diri, mendalam perbicaraannya, dan jauh perbincangannya. Ia juga bukanlah sesuatu yang mudah untuk difahami, tidak senang untuk dipelajari dan tidak semua orang mampu menguasainya (Al- awfi, 1997). Selain itu, pendidikan pada masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya pelajar yang dikelilingi dengan teknologi moden yang sedang pesat berkembang. Ia menuntut pensyarah untuk lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dengan menggunakan pendekatan yang efektif dan berkesan (Habib Mat Som & Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud. 2008). Oleh itu perlunya kajian semasa yang dapat melaksanakan penambahbaikkan kaedah pengajaran Ulum Hadith di universiti. Cabaran lain adalah penguasaan bahasa pelajar yang lemah (Ku Fatahiyah, Awatif & Hairun Najuwah. 2014). Adapun kebanyakan kitab rujukan Ulum Hadith adalah di dalam bahasa arab dan menjadi suatu cabaran kepada pelajar untuk memahami dan mendalami Ulum Hadith dengan baik. Hasil tinjauan Laporan Keputusan QSH2012 (Ulum Hadith) sesi 2016/2017 juga mendapati, pencapaian pelajar Usim bagi subjek Ulum Hadith juga kurang memberansangkan dengan hanya beberapa peratus pelajar yang mendapat gred A dalam peperiksaan akhir. Oleh itu kajian ini penting untuk mengetahui kaedah atau pendekatan yang digunakan oleh pensyarah dalam pengajaran Ulum Hadith, disamping mengetahui pandangan dan penerimaan pelajar serta kaedah pembelajaran pelajar untuk menguasai subjek Ulum Hadith. 4. Kajian Kepustakaan Beberapa kajian lepas mengenai pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith dapat dijadikan sebagai asas perbincangan dapatan kajian. Antaranya kajian yang dijalankan oleh Amiruddin Mohd Sobali et al (2013) yang mengkaji berkenaan keperluan pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith dengan kaedah hafalan matan atau cukup sekadar menggunakan buku silibus untuk memahirkan pelajar. Kajian yang dijalankan oleh pensyarah-pensyarah di USIM tersebut mendapati metode pengajaran Ulum Hadith memerlukan kepada pengahafalan matan bagi memastikan pelajar mampu menguasai Ulum Hadith disamping penggunaan buku teks yang dapat menguatkan lagi pemahaman terhadap sukatan pelajaran. Kajian oleh Thuraya Ahmad dan Fauzi Deraman (2011) pula mengetengahkan percubaan menulis buku-buku Ulum Hadith menggunakan peta minda berbentuk jadual dan gambar rajah yang bertujuan mengatasi masalah subjek Ulum Hadith yang dikira kompleks, agak sukar difahami dan kebiasaannya pelajar tidak berminat untuk mendalaminya. Terdapat juga beberapa kajian di peringkat sarjana atau doktor falsafah di dalam dan luar negara yang mengkaji tentang pengajian hadith secara umum samada dari sudut sejarah bermulanya pengajian hadith di sesuatu tempat atau masa mahupun mengenai metodologi pengajaran dan pembelajaran hadith yang dijalankan. Antara kajian yang dijalankan mengenai pengajian hadith di luar negara adalah seperti berikut: 1. Fahmi Alkautsar Bin Fakhruddin Qosim. 2012. Pengajian Hadith Di Indonesia: Tumpuan Khusus Di Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Pesantren Luhur Ilmu Hadith Darus Sunnah Pisangan Barat Ciputat Dan Masjid Al-Musari in Basmol, Jakarta. (Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2. Azhariah binti Zulkarnaini. 2005. Metodologi Pembelajaran Hadith di Riau. (Tesis Sarjana). Universiti Kebangsaan Malaysia.

4 3. Hamzah Bin Jummat. 2005. Kurikulum Pembelajaran Ilmu Hadith Di Madrasah-Madrasah Di Singapura Pada Masa Ini (Tesis Sarjana). Universiti Kebangsaan Malaysia. 4. Ismael Abd. Karem. 2006. Pengajian Hadith di Indonesia, Satu Kajian di Madrasah al- Jamiyah al-wasatiyyah, Medan, Sumatera Utara, Indonesia. (Tesis Sarjana), Universiti Malaya. 5. Reka Wibawa. 2010. Metode Pembelajaran Hadith dan Pengaruhnya Terhadap at Belajar Siswa di SMP Riyadlul Jannah. (Tesis Sarjana), Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta. Kelima kajian di atas rata-rata membincangkan mengenai sejarah bermulanya pengajian ilmu hadith dan kaedah pelaksanaan pengajaran yang digunakan samada di setiap peringkat pendidikan mahupun masyarakat secara umum. Selain itu, kajian berkaitan pengajian hadith di peringkat sarjana memfokuskan kepada pengajian hadith secara umum antaranya: 1. Che Samsudin Mohamed Noor. 2004. Pengajian Hadith di Kelantan : Satu kajian di Institusi Pengajian Pondok. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya. 2. Ahmad Haji Hassan. 2005. Sumbangan Pengajian Hadith Terhadap Pembinaan Insan : Suatu Kajian Di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya. 3. Suhaimi Abdul Wafir. 2006. Pengajian Hadith Di Negeri Perak: Suatu Kajian Di Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah, Ipoh, Perak. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya. 4. Azman Ab. Aziz.. 2006. Sejarah Pengajaran Ilmu Hadith Di SMU (Arab) Al-Balaghul Mubin, Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan: Suatu Tinjauan Dari Tahun 1980-1999. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya. 5. Rorsuedee Salaeh@Rushdi Jubuky. 2007. Pengajian Hadith: Satu Kajian Di Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak, Selangor. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya. Kajian yang dijalankan oleh Abd. Rahman & Asbullah (2012) untuk meninjau kedudukan pengajian hadith di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia mendapati suatu anjakan paradigma diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hadith agar ianya bukan sahaja mendapat tempat yang sewajarnya dalam kalangan umat Islam, tetapi juga menepati metode yang telah digariskan oleh ulama hadith. Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith perlu seiring dengan keperluan dan penambahbaikkan samada kualiti pengajaran pensyarah mahupun kaedah pembelajaran pelajar agar ilmu hadith dapat dikuasai dengan baik seiring dengan keperluan semasa. 5. Objektif Kajian Kajian ini dijalankan bertujuan untuk: i) Mengkaji proses pengajaran dan pembelajaran subjek Ulum Hadith di USIM. ii) Mengenalpasti pandangan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith di USIM. 6. Metodologi Kajian Kajian ini merupakan suatu kajian lapangan yang dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran subjek Ulum Hadith di USIM melalui kaedah kuantitatif. Responden kajian adalah pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM yang telah mengambil subjek Ulum Hadith pada semester 1 sesi 2016/2017. Kaedah persampelan menggunakan kaedah Krejcie dan Morgan yang menetapkan jumlah responden mengikut jumlah

5 populasi sebenar pelajar pengajian subjek Ulum Hadith iaitu seramai 210 orang yang mewakili jumlah populasi sebenar seramai 460 orang pelajar. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang kaji selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu kajian demografi dan soalan kajian yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith. Keseluruhan item soalan kaji selidik yang dibina oleh penyelidik mengandungi 82 item yang mempunyai kesahan konstruk, kesahan kandungan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Item-item yang dibina adalah berdasarkan enam konstruk iaitu kaedah pengajaran yang digunakan oleh pensyarah, alat bantu mengajar yang digunakan, silibus Ulum Hadith, kaedah penilaian yang digunakan oleh pensyarah, kaedah pembelajaran pelajar dan penerimaan pelajar terhadap subjek Ulum Hadith. Skala likert lima mata dengan kaedah skornya ialah Sangat Tidak Setuju (1 mata), Tidak Setuju (2 mata), Kurang Pasti (3), Setuju (4), dan Sangat Setuju (5) digunakan dalam kajian ini. Data yang diperoleh melalui soalan kaji selidik direkodkan dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 20 dengan analisis statistik deskriptif yang melibatkan analisis kekerapan, peratusan dan min. Jadual 2: Nilai Kebolehpercayaan Konstruk Soalan Kaji Selidik Pemboleh Ubah Nilai Cronbach Alpha Keseluruhan (82 item) 0.961 Kaedah Pengajaran Pensyarah 0.860 Alat Bantu Mengajar 0.806 Silibus Ulum Hadith 0.769 Kaedah Penilaian Pensyarah 0.879 Kaedah Pembelajaran Pelajar 0.925 Penerimaan Pelajar Terhadap Subjek Ulum Hadith 0.943 7. Dapatan Kajian Berikut adalah dapatan kajian hasil analisis deskriptif setiap soalan yang telah dikonstruk kepada enam komponen utama. Penyelidik menyusun setiap item mengikut nilai min yang paling tinggi sehingga paling rendah supaya lebih mudah difahami. Berikut merupakan panduan interpretasi bacaan skor min: Jadual 3: Skor Skor Interpretasi Skor 1.00 hingga 2.33 Rendah 2.34 hingga 3.66 Sederhana 3.67 hingga 5.00 Tinggi keseluruhan = 3.985 Berikut adalah taburan data bagi pandangan pelajar terhadap kaedah pengajaran Ulum Hadith yang digunakan oleh pensyarah dengan jumlah skor min keseluruhan (4.025) yang tinggi.

6 Jadual 4: Kaedah Pengajaran Yang Digunakan Oleh Pensyarah Item Pernyataan Peratus 1 2 3 4 5 1 Pensyarah meminta pelajar merujuk dan membaca buku teks Ulum Hadith 0.0 0.5 12.4 34.3 52.9 4.395 2 Pensyarah adalah model utama dalam pengajaran 0.5 0.5 11.4 39.0 48.6 4.348 Ulum Hadith 3 Pensyarah menerangkan mengenai sesuatu topik 0.0 1.9 13.3 35.7 49.0 4.319 dengan jelas dan mudah difahami 4 Pensyarah membuka sesi soal jawab di dalam 0.5 1.0 12.9 42.4 43.3 4.271 kelas perbincangan 5 Pensyarah meminta pelajar menghafal istilahistilah 0.5 1.4 14.8 37.1 46.2 4.271 yang terdapat di dalam Ulum Hadith 6 Pensyarah menyampaikan syarahan di dalam 0.0 1.9 13.3 41.0 43.8 4.267 kuliah 7 Pensyarah memberi tugasan untuk dikaji oleh 1.9 1.9 12.4 41.4 42.4 4.205 pelajar 8 Pensyarah menggunakan konsep bercerita semasa mengajar 0.0 3.3 16.2 40.5 40.0 4.171 9 Pensyarah meminta pelajar membuat 1.4 5.2 17.1 37.1 39.0 4.071 pembentangan mengenai kajian yang dibuat 10 Pensyarah menjalankan sesi perbincangan dalam 1.4 4.3 21.4 41.4 31.4 3.971 kumpulan 11 Pensyarah mengajukan soalan di dalam kuliah 1.0 5.7 18.6 45.2 29.5 3.967 12 Pensyarah menjalankan aktiviti kuiz dalam 2.9 4.8 23.8 42.4 26.2 3.843 pengajaran Ulum Hadith 13 Pensyarah menggalakkan pelajar menggunakan 3.3 5.2 28.6 30.5 32.4 3.833 aplikasi berkaitan dengan hadith 14 Pensyarah menggunakan komputer dan aplikasi 5.7 11.0 25.2 35.2 22.9 3.586 atas talian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith 15 Pensyarah menggunakan e-learning 5.7 10.0 30.0 33.8 20.5 3.533 16 Pensyarah membawa pelajar ke 7.1 17.1 29.0 27.6 19.0 3.343 perpustakaan/makmal hadith semasa sesi sesi pengajaran dan pembelajaran keseluruhan = 4.025 Sisihan Piawai = 8.285 Seterusnya, dapatan kajian bagi komponen kedua dengan jumlah min keseluruhan juga pada tahap yang tinggi (4.046) iaitu pandangan pelajar terhadap alat bantuan mengajar yang digunakan oleh pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith. Jadual 5: Alat Bantuan Mengajar Yang Digunakan Oleh Pensyarah Item Pernyataan Pensyarah menggunakan buku teks yang telah 1 disediakan 2 Pensyarah menggunakan slaid PowerPoint dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith Peratus 1 2 3 4 5 0.0 0.5 11.9 29.0 58.6 4.457 1.4 4.8 11.9 25.2 56.7 4.309

7 3 Pensyarah menggunakan LCD/projektor dalam 1.0 5.7 12.4 27.1 53.8 4.271 sesi pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith 4 Pensyarah menggalakkan pelajar merujuk banyak 1.0 1.9 15.2 35.2 46.7 4.248 buku rujukan lain untuk mempelajari Ulum Hadith 5 Pensyarah menggunakan perisian hadith dalam 1.9 5.2 22.4 33.3 37.1 3.986 sesi pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith 6 Pensyarah menggunakan papan putih semasa sesi 1.0 7.1 21.0 35.2 35.7 3.976 pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith 7 Pensyarah menyediakan nota kuliah sebagai 4.3 9.0 14.8 31.0 41.0 3.952 rujukan pelajar 8 Pensyarah menggunakan peta minda dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith 3.8 11.4 22.4 29.0 33.3 3.768 9 Pensyarah menggunakan video dalam sesi 6.2 17.1 27.1 24.8 24.8 3.448 pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith keseluruhan = 4.046 Sisihan Piawai = 5.654 Dapatan kajian bagi komponen ketiga iaitu pandangan pelajar terhadap silibus Ulum Hadith yang digunakan oleh pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith juga mencapai tahap yang tinggi dengan nilai (3.953). Jadual 6: Silibus Subjek Ulum Hadith Item Pernyataan Peratus 1 2 3 4 5 1 Pensyarah memastikan sukatan kursus dihabiskan seperti di dalam panduan kursus 0.0 1.0 13.8 34.8 50.5 4.347 2 Pensyarah menerangkan panduan kursus (course 0.5 1.9 14.8 31.0 51.9 4.319 outline/proforma kursus) pada minggu pertama kuliah 3 Pensyarah mengajar mengikut sukatan (panduan 0.5 0.5 14.3 40.0 44.8 4.281 kursus) 4 Sukatan pelajaran dapat membantu pelajar 0.5 1.0 15.2 42.2 41.0 4.224 menguasai Ulum Hadith 5 Pensyarah mengajar Ulum Hadith mengikut apa 0.5 2.9 14.3 40.0 42.4 4.209 yang dirancang di dalam panduan kursus 6 Buku teks Ulum Hadith mudah difahami 2.4 2.4 22.4 43.8 29.0 3.947 7 Masa yang diperuntukkan bagi kursus Ulum 4.3 6.2 26.7 32.9 30.0 3.781 Hadith adalah bersesuaian 8 Pensyarah menggunakan buku teks Ulum Hadith 8.1 9.0 23.8 38.1 21.0 3.548 karangan sendiri 9 Pensyarah merujuk buku teks Ulum Hadith 6.2 11.9 30.0 35.2 16.7 3.443 tradisional/turath 10 Pensyarah merujuk buku teks Ulum Hadith kontemporari yang ditulis sekitar 20thn lepas 7.1 9.0 32.9 35.2 15.2 3.428 keseluruhan = 3.953 Sisihan Piawai = 5.343 Adapun bagi komponen keempat iaitu pandangan pelajar terhadap kaedah penilaian yang digunakan oleh pensyarah bagi menilai penguasaan pelajar bagi subjek Ulum Hadith dengan nilai skor min (3.824) juga pada tahap yang tinggi.

8 Jadual 7: Kaedah Pembelajaran Yang Diamalkan Oleh Pelajar Item Pernyataan Peratus 1 2 3 4 5 1 Pensyarah menilai penguasaan pelajar terhadap Ulum Hadith melalui peperiksaan akhir 0.0 2.4 14.3 51.0 32.4 4.133 2 Pensyarah menilai penguasaan pelajar terhadap 1.9 0.5 18.6 46.2 32.9 4.076 Ulum Hadith melalui kerja kursus / assignment 3 Pensyarah menilai penguasaan pelajar terhadap 1.9 3.3 17.6 41.9 35.2 4.052 Ulum Hadith melalui tugasan individu 4 Pensyarah menilai penguasaan pelajar terhadap 1.4 4.3 16.2 48.6 29.5 4.005 Ulum Hadith melalui tugasan berkumpulan 5 Pensyarah menilai penguasaan pelajar terhadap 1.0 4.3 19.5 45.2 30.0 3.991 Ulum Hadith melalui pembentangan tugasan 6 Pensyarah menilai penyertaan pelajar di dalam 1.4 3.8 23.3 41.4 30.0 3.948 sesi sesi pengajaran dan pembelajaran 7 Pensyarah menilai penguasaan pelajar terhadap 2.4 3.8 21.9 44.8 27.1 3.905 Ulum Hadith melalui peperiksaan pertengahan semester 8 Penguasaan pelajar terhadap Ulum Hadith dinilai 3.8 4.8 25.7 38.1 27.6 3.809 melalui hafalan 9 Pensyarah menilai kehadiran pelajar ke kelas 4.8 6.2 28.6 31.4 29.0 3.738 sebagai sebahagian penguasaan pelajar terhadap Ulum Hadith 10 Pensyarah menilai penguasaan pelajar terhadap 4.8 8.1 24.8 35.7 26.7 3.714 Ulum Hadith melalui ujian lisan 11 Pensyarah menilai penguasaan pelajar terhadap 3.3 9.0 25.2 41.0 21.4 3.681 Ulum Hadith melalui kuiz 12 Pensyarah menilai penguasaan pelajar terhadap Ulum Hadith melalui penulisan artikel 7.1 12.4 30.5 29.0 21.0 3.443 13 Pensyarah menilai penglibatan pelajar 10.0 13.8 35.2 26.7 14.3 3.214 menggunakan e-learning keseluruhan = 3.824 Sisihan Piawai = 8.110 Berikut adalah dapatan kajian bagi komponen keenam iaitu bagi mengenalpasti kaedah pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar bagi menguasai subjek Ulum Hadith dengan nilai min keseluruhan pada tahap yang tinggi iaitu (3.799). Jadual 8: Penerimaan Pelajar Terhadap Subjek Ulum Hadith Item Pernyataan Peratus 1 2 3 4 5 1 Saya merujuk buku teks Ulum Hadith 0.0 1.4 12.4 32.4 53.8 4.386 2 Saya mendengar penjelasan pensyarah di dalam dewan kuliah 0.0 2.4 15.2 40.5 41.9 4.219 3 Saya membuat catatan maklumat penting 0.0 1.9 16.2 41.9 40.00 4.200 semasa kuliah 4 Saya bertanya rakan jika terdapat perkara yang tidak difahami berkaitan Ulum Hadith 0.5 1.9 14.3 51.4 31.9 4.124

9 5 Saya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh 0.5 1.9 18.1 49.5 30.0 4.067 pensyarah dengan sebaiknya 6 Saya menghafal istilah yang terdapat dalam 1.4 3.8 20.5 38.6 35.7 4.033 Ulum Hadith 7 Saya memahami istilah yang terdapat dalam 1.0 3.3 21.9 39.0 34.8 4.033 Ulum Hadith 8 Saya melibatkan diri semasa perbincangan dalam 1.0 2.4 22.9 45.2 28.6 3.981 kumpulan 9 Saya membuat nota ringkas 1.0 5.2 22.9 42.4 28.6 3.924 10 Saya membaca slaid yang disediakan oleh 2.9 3.8 24.3 37.1 31.9 3.914 pensyarah 11 Saya menyiapkan diri untuk pembentangan 1.9 4.8 22.9 43.3 27.1 3.890 tugasan dengan sebaiknya 12 Saya menggunakan teknologi maklumat dan 1.4 7.1 21.4 43.3 26.7 3.867 komunikasi dalam pembelajaran Ulum Hadith 13 Saya merujuk pelbagai buku Ulum Hadith yang 2.4 6.7 27.6 37.1 26.2 3.781 lain untuk menambah kefahahaman 14 Saya menjawab soalan yang diberikan oleh 1.9 5.7 34.3 30.5 27.6 3.762 pensyarah di dalam kuliah / tutorial 15 Saya membuat ulangkaji selepas kuliah/tutorial 2.4 8.1 25.2 43.8 20.5 3.719 bermula 16 Saya bertanya kepada pensyarah perkara yang 3.8 11.9 31.0 34.8 18.6 3.524 tidak difahami 17 Saya membuat rujukan sebelum kuliah/ tutorial 3.3 12.4 30.5 38.1 15.7 3.505 bermula 18 Saya melibatkan diri dalam pembelajaran atas talian seperti perbincangan 3.8 12.9 32.4 33.8 17.1 3.476 19 Saya pergi ke perpustakaan untuk merujuk dan 5.7 14.3 34.3 26.2 19.5 3.395 mendapatkan buku yang berkaitan Ulum Hadith 20 Saya menonton video yang berkaitan dengan 4.3 10.5 42.4 31.0 11.9 3.357 Ulum Hadith 21 Saya sentiasa bersedia untuk menghadapi kuiz 4.8 14.3 38.6 31.4 11.0 3.295 bagi kursus Ulum Hadith 22 Saya mengikuti pengajian Ulum Hadith di luar universiti 12.9 14.8 32.4 27.6 12.4 3.119 keseluruhan = 3.799 Sisihan Piawai = 12.897 Akhirnya dapatan kajian bagi komponen ketujuh iaitu bagi mengetahui sejauh mana penerimaan pelajar subjek Ulum Hadith itu sendiri mencapai nilai min keseluruhan (4.432) yang tinggi, menunjukkan bagaimana penerimaan pelajar terhadap subjek Ulum Hadith. Jadual 9: Penerimaan Pelajar Terhadap Subjek Ulum Hadith Item Pernyataan Kursus Ulum Hadith relevan / sesuai dipelajari di 1 peringkat universiti pada zaman sekarang 2 Kursus Ulum Hadith membantu menambahkan kecintaan pelajar terhadap Rasulullah SAW 3 Kursus Ulum Hadith membantu saya agar berhati-hati di dalam memilih hadith yang ingin Peratus 1 2 3 4 5 0.0 0.5 4.8 28.6 66.2 4.605 0.0 0.0 6.7 30.5 62.9 4.562 0.5 0.5 5.2 30.5 63.3 4.557

10 digunakan 4 Saya merasakan kursus Ulum Hadith penting 0.0 0.5 6.2 31.4 61.9 4.548 5 Kursus Ulum Hadith membantu pelajar 0.5 0.0 7.6 31.9 60.0 4.509 mengenalpasti hadith yang palsu 6 Kursus Ulum Hadith membantu pelajar 0.5 0.0 7.1 34.8 57.6 4.491 mengenali hadith-hadith yang ditolak 7 Kursus Ulum Hadith membantu pelajar 0.5 0.5 8.1 32.9 58.1 4.476 mengenali hadith-hadith yang diterima 8 Saya mengetahui kepentingan mempelajari ilmu hadith melalui kursus Ulum Hadith 0.0 1.4 5.7 44.8 48.1 4.395 9 Kursus Ulum Hadith membantu pelajar 0.5 1.4 8.6 40.0 49.5 4.367 mempraktikkan hadith dalam kehidupan seharian 10 Kursus Ulum Hadith membantu pelajar bersedia 1.0 0.5 10.0 40.0 48.6 4.347 untuk menghadapi cabaran semasa 11 Saya berminat mempelajari Ulum Hadith 1.4 0.0 11.4 40.5 46.7 4.309 12 Saya merasakan kursus Ulum Hadith senang difahami 1.4 2.4 19.5 46.7 30.0 4.014 keseluruhan = 4.432 Sisihan Piawai = 6.599 Kesimpulannya berdasarkan Jadual 10, dapatan kajian menunjukkan bahawa komponen penerimaan pelajar terhadap subjek Ulum Hadith mempunyai skor min tertinggi (skor min=4.432) di mana skor minimum ialah 4.014 dan skor maksimum ialah 4.605. Komponen-komponen lain turut menunjukkan nilai skor min yang tinggi seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah. Adapun komponen kaedah amalan pembelajaran bagi pelajar menunjukkan nilai skor min yang terendah iaitu 3.799 di mana skor minimum ialah 3.119 dan skor maksimum ialah 4.386. Jadual 10: Taburan Skor Pandangan Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Ulum Hadith Komponen Pengajaran dan Pembelajaran Skor Sisihan Piawaian Tahap Skor imun Skor Maksimum Kaedah Pengajaran 4.025 8.285 Tinggi 3.343 4.395 Alat Bantu Mengajar 4.046 5.654 Tinggi 3.448 4.457 Silibus 3.953 5.343 Tinggi 3.428 4.347 Penilaian 3.824 8.110 Tinggi 3.214 4.133 Kaedah Pembelajaran 3.799 12.897 Tinggi 3.119 4.386 Penerimaan Pelajar 4.432 6.599 Tinggi 4.014 4.605 8. Perbincangan Dapatan Kajian Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Ulum Hadith ialah pada tahap yang tinggi. Ini berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas 210 orang pelajar yang telah mempelajari subjek Ulum Hadith pada sesi 2016/2017 yang lepas. Ini adalah untuk mendapatkan markah yang diperoleh oleh pelajar. Berikut adalah statistik deskriptif bagi markah yang diperoleh setiap responden yang menunjukkan gred yang diperoleh pelajar pada akhir semester selepas peperiksaan akhir. Carta 1: Markah Ulum Hadith Yang Diperoleh

11 Manakala skor maksimum bagi penerimaan pelajar terhadap kepentingan subjek Ulum Hadith menunjukkan pelajar memahami kepentingan untuk mempelajari subjek Ulum Hadith terutama bagi pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah. Komponen lain iaitu kaedah pengajaran, alat bantuan mengajar yang digunakan, silibus, dan kaedah penilaian juga menunjukkan nilai skor min yang tinggi. Namun begitu, kajian ini mendapati perlunya kepada penambahbaikkan dan meningkatkan kualiti seperti memperkayakan penggunaan alat bantuan mengajar dan menggunakan teknologi yang terkini untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith. Adapun bagi kaedah pembelajaran yang diamalkan pelajar menunjukkan nilai skor min yang paling rendah di antara semua komponen, namun masih lagi mencapai tahap yang tinggi dalam interpretasi skor min. Oleh itu, para pelajar sebenarnya telah mempunyai kemampuan untuk menguasai pelajaran subjek Ulum Hadith seperti membuat ulangkaji secara individu dan berkumpulan, membuat nota ringkas, bertanya pensyarah dan menggunakan teknologi terkini untuk menguasai Ulum Hadith. Justeru itu, pelajar perlu terus meningkatkan kualiti kaedah pembelajaran supaya lebih mudah menguasai Ulum Hadith dari masa ke semasa. Menurut Cohen (1981) dan Feldman (1989), penilaian pelajar terhadap amalan pengajaran guru merupakan satu keperluan bagi tujuan penambahbaikkan pengajaran. Oleh itu, berdasarkan dapatan kajian ini, amalan pengajaran dan pembelajaran subjek Ulum Hadith perlu lebih menampakkan keberkesanan. Dapat disimpulkan bahawa persepsi pelajar USIM terhadap pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith berada pada tahap yang tinggi. Justeru pensyarah bagi subjek Ulum Hadith perlu memberi lebih penekanan dalam pengajaran agar para pelajar dapat menguasai sepenuhnya apa yang diajar oleh pensyarah. Implikasi kajian ini menunjukkan betapa pentingnya komponen-komponen dalam pengajaran dan pembelajaran diberi penekanan dalam proses meningkatkan pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap subjek Ulum Hadith. 9. Penutup Melalui kajian ini, dapat membantu pensyarah untuk terus meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Ulum Hadith di Usim pada masa hadapan. Kajian ini juga boleh menjadi rujukan yang berfaedah bagi proses pengajian Ulum Hadith di Intitusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

12 Disamping itu, kajian ini boleh diteruskan lagi terhadap Institusi Pengajian Tinggi yang lain khususnya, samada dengan menjalankan kajian perbandingan, penilaian, penguasaan dan lain-lain bagi membantu meningkatkan kualiti pengajaran disamping meningkatkan penguasaan pelajar dalam bidang Pengajian Islam terutamanya pengajian hadith. Rujukan Abu Syuhbah, Muhammad Bin Muhammad.1983. Al-Wasit Fi Ulum Wa Mustalah Al-Hadith. Dar Al- Fikr Al-Arabi. P. 23 Ahmad Haji Hassan. 2005. Sumbangan Pengajian Hadith Terhadap Pembinaan Insan : Suatu Kajian Di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas (Tesis Sarjana). Universiti Malaya. Al- Awfi Al-Syarif Hatim Bin Arif. 1997. Nasaih Manhajiyyah Li Talib Ilm Al-Sunnah Al-Nabawiyyah. Mekah: Dar Alam Al-Fawaid. Halaman.25. Amiruddin Mohd Sobali Et. Al. 2011. Metodologi Pengajian Ulum Al-Hadith: Antara Keperluan Penghafalan Matan (Mustalah Al-Hadith) Dengan Pengajaran Secara Moden. Seminar Antarabangsa: Sunnah Nabawiyyah: Reality Dan Cabaran Semasa. Volume 1. 2011. Azhariah Binti Zulkarnaini. 2005. Metodologi Pembelajaran Hadith Di Riau. (Tesis Sarjana). Universiti Kebangsaan Malaysia. Azman Ab. Aziz.. 2006. Sejarah Pengajaran Ilmu Hadith Di Smu (Arab) Al-Balaghul Mubin, Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan : Suatu Tinjauan Dari Tahun 1980-1999. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya. Che Samsudin Mohamed Noor. 2004. Pengajian Hadith Di Kelantan : Satu Kajian Di Institusi Pengajian Pondok. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya. Cohen, P.A. 1981. Student Ratings Of Instruction And Student Achievement. A Meta Analysis Of Multi Section Validity Studies. Review Of Educational Research 51:281-309 Esah Sulaiman. 2004. Pengenalan Pedagogi. Penerbit Universiti Teknologi Mara Fahmi Alkautsar Bin Fakhruddin Qosim. 2012. Pengajian Hadith Di Indonesia: Tumpuan Khusus Di Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Pesantren Luhur Ilmu Hadith Darus Sunnah Pisangan Barat Ciputat Dan Masjid Al-Musari in Basmol, Jakarta. (Tesis Phd. Universiti Kebangsaan Malaysia. Fauzi Deraman, Ishak Hj Suliaman, Faisal Ahmad Shah. 2010. Pengajian Hadith Di Malaysia. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Feldman, K.A. 1989. Instructional Effectiveness Of College Teachers As Judged By Teachers Themselves, Current And Former Students, Colleagues, Administrators And External Observers. Research In Higher Education. 30(2): 137-194. Habib Mat Som & Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud. 2008. Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan Di Malaysia. Masalah Pendidikan, 31(1) Hamzah Bin Jummat. 2005. Kurikulum Pembelajaran Ilmu Hadith Di Madrasah-Madrasah Di Singapura Pada Masa Ini (Tesis Sarjana). Universiti Kebangsaan Malaysia. Ismael Abd. Karem. 2006. Pengajian Hadith Di Indonesia, Satu Kajian Di Madrasah Al-Jamiyah Al- Wasatiyyah, Medan, Sumatera Utara, Indonesia. (Tesis Sarjana), Universiti Malaya. Ku Fatahiyah, Awatif & Hairun Najuwah. 2014. Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Di Ipt Malaysia. Gse E-Journal Of Education Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Vol.1. 2014 Mahmud Ahmad At-Thohan. 2004. Taisir Mustalah Al-Hadith. Maktab Al-Maarif. P. 13 Mohd Napiah Abdullah. 1989. Pengajian Hadith Di Institusi Pondok: Satu Kajian Di Daerah Baling, Kedah. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal Of Islamic Studies, 10. Pp. 31-42. Issn 0216-5636 Mohd. Muhiden Abd. Rahman. 2012. Realiti Pengajian Hadith Di Ipt Islam: Suatu Kajian Di Ipt Islam Di Malaysia. Jurnal Basirah Universiti Malaya. Jilid 2. November 2102. Mook Soon Sang. 2009. Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

13 Nur Ad-Adin Atar Al-Halbi. 1997. Manhaj An-Naqdu Fi Ulum Al-Hadith. Dar Al-Fikr Damsyik Syria. P. 30. Reka Wibawa. 2010 Metode Pembelajaran Hadith Dan Pengaruhnya Terhadap at Belajar Siswa Di Smp Riyadlul Jannah. (Tesis Sarjana), Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta Rorsuedee Salaeh@Rushdi Jubuky. 2007. Pengajian Hadith: Satu Kajian Di Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak, Selangor. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya. Suhaimi Abdul Wafir. 2006. Pengajian Hadith Di Negeri Perak : Suatu Kajian Di Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah, Ipoh, Perak. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya. Tamuri, Ab.Halim Dan Jasmi, Kamarul Azmi. 2007. Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Johor Darul Takzim. Thuraya Ahmad & Fauzi Deraman. 2011. Penggunaan Jadual Dan Gambar Rajah Di Dalam Penulisan Bagi Subjek Mustalah Hadith. Seminar Antarabangsa: Sunnah Nabawiyyah: Reality Dan Cabaran Semasa. Volume 1. 2011.