PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA ARAB TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (INSANIAH)

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARAT KHAS PROGRAM STPM / STAM DIPLOMA / SETARAF SALURAN KEDUA. Lulus mata pelajaran Bahasa Arab pada

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

BUTIRAN PERIBADI

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

LAPORAN JAWATANKUASA MAJLIS DEKAN-DEKAN PENGAJIAN ISLAM MENGKAJI PROFIL PENGAJIAN ISLAM INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

-*.- Program Pensiswa

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

BUTIRAN PERIBADI PROF. MADYA DATO DR. AHMAD BIN ABDULLAH

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERASASKAN KOMPUTER DI MAKTAB PERGURUAN. Oleh NIZAM BIN ABD LATIB

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

MATA PELAJARAN UMUM (MPU) PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN HOLISTIK. Universiti Selangor (UNISEL)

Transcription:

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA ARAB TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (INSANIAH) NOORZAWANI BIN ZAINAL Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 006

iv DEDIKASI Segala Puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang mengurniakan inayah dan hidayah-nya Selawat serta salam ke atas Rasul junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w Buat Ibu, Hajah Che Nen Mat Hashim dan Papa, Haji Zainal Abdul Razak yang disayangi dan dikasihi Berkat kasih dan dorongan Yang banyak memberi kekuatan kepada anakanda Sesungguhnya jasa mu tidak terbalas rasanya Untuk Abang Jen dan Kak Za Abang Ki dan Kak La serta tak di lupa kepada Zakwan Yang telah banyak memberikan semangat kepada Adinda Inilah penghargaan ku kepada kalian di atas bantuan dan semangat Yang tidak jemu-jemu kanda berikan Dan kepada saudara mara yang banyak memberikan semangat dan harapan Moga-moga Allah merahmati kalian Tiada kata-kata yang dapat daku berikan hanya doa sebagai iringan Untuk guru-guru yang banyak memberi ilmu dan nasihat Kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam susah dan senang Semoga usaha dan pengorbanan kita membawa kita ke syurga

v PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-nya serta masa dan kekuatan membolehkan pengkaji berjaya menyempurnakan laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini seperti yang dirancang. Dalam kesempatan ini, ingin pengkaji merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Penyelia dan penasihat saya iaitu Ustaz Ahmad Kilani bin Mohamed di atas bimbingan, nasihat dan teguran serta tunjuk ajar yang dicurahkan sepanjang projek ini dijalankan. Jutaan terima kasih kepada pihak INSANIAH, terutamanya Haji Zakaria bin Othman selaku Ketua Penolong Pendaftar, Encik Mat Zahir b. Hj. Mat Isa dan Puan Rosnah bt. Ghazali serta pelajar-pelajar INSANIAH khususnya pelajar tahun tiga Kulliyyah Bahasa Arab. Terima kasih juga kepada semua yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung, termasuklah kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam menyiapkan laporan ini. Jasa dan pertolongan anda hanya Allah sahaja yang membalasnya. Jazakallahukhairan kasira...

vi ABSTRAK Persepsi para pelajar terhadap sesuatu bahasa, khususnya Bahasa Arab sangat bergantung kepada sikap, keadaan dan latar belakang pendidikan yang mereka terima. Semakin tinggi peringkat pengajian mereka, semakin pelbagai tanggapan mereka terhadap pembelajaran Bahasa Arab. Atas dasar dan inisiatif ini pengkaji berusaha mengkaji persepsi pelajar tahun tiga Sarjana Muda Bahasa Arab (Kulliyyah Bahasa Arab) terhadap pembelajaran bahasa Arab di Institut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH). Pelajar-pelajar ini telah mengikuti kursus ini selama tiga tahun di institut tersebut. Kajian ini bertujuan untuk melihat aspek minat, pandangan serta pendapat mereka mengenai pembelajaran bahasa Arab. Dapatan daripada kajian ini menampilkan kepelbagaian persepsi dan tahaptahap penguasaan serta kebolehan berbahasa Arab di kalangan pelajar tahun tiga Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH. Kajian yang dibuat adalah berbentuk deskriptif dan ditafsirkan secara kuantitatif.

vii ABSTRACT Students perception towards a language especially the Arabic language depends on their attitude, situational and educational background. The higher the level of education is the more the perceptions towards the learning of Arabic language vary. Therefore the researcher tried to investigate the third year students of Sarjana Muda Bahasa Arab (Kulliyyah Bahasa Arab) perceptions towards the learning of Arabic language in Institut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH). Basically the students interest, views and opinions towards the learning of Arabic Language. The findings showed that there were a variety of perception and different level of competencies and capabilities in conversing using Arabic language among the students of the institute. This study is descriptive in nature and the data was analyzed quantitatively

viii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SINGKATAN iv v vi vii viii xi xiv BAB I PENDAHULUAN I.0 Pengenalan tentang Latar belakang INSANIAH 1 1.1 Latar Belakang Kulliyah Bahasa Arab 5 1. Penyataan Masalah 19 1.3 Persoalan Kajian 0 1.4 Objektif Kajian 0 1.5 Kepentingan Kajian 1 1.6 Batasan Kajian 1.7 Definisi Istilah 3

ix BAB II SOROTAN KAJIAN.0 Pendahuluan 5.1 Kepentingan Bahasa Arab 5. Keistimewaan Bahasa Arab 7.3 Pembahagian Ilmu Bahasa 9.4 Kaedah-Kaedah Pengajaran Bahasa Arab 34.5 Sorotan Kajian Lepas 55.6 Kesimpulan 56 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan 57 3.1 Reka bentuk Kajian 58 3. Tempat Kajian 58 3.3 Populasi dan Sampel 59 3.4 Instrumen Kajian 59 3.5 Tatacara Kajian 6 3.6 Analisis Data 6 3.7 Kesimpulan 63

x BAB IV DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan 64 4.1 Analisis Data Bahagian A : Latar Belakang Responden 65 4. Analisis Data Bahagian B : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Minat 7 4.3 Analisis Data Bahagian C : Kebolehan dan Penguasaan Berbahasa Arab 83. 4.4 Analisis keseluruhan item mengikut objektif 9 BAB V PERBINCANGAN. RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan 98 5.1 Perbincangan 98 5. Rumusan 107 5.3 Cadangan 108 5.4 Cadangan Kajian Selanjutnya 109 5.5 Penutup 110 SENARAI RUJUKAN 111 LAMPIRAN 113

xi SENARAI JADUAL NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun 11 Satu 1.1. Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun Dua 1 1.1.3 Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun Tiga 13 1.1.4 Struktur Program Kulliyah Bahasa Arab bagi Tahun Empat (Di Universiti Al-Azhar, Mesir) 14 1.1.5 Penawaran kursus Tahun Satu 15 1.1.6 Penawaran kursus Tahun Dua 16 1.1.7 Penawaran kursus Tahun Tiga 17 1.1.8 Penawaran kursus Tahun Empat 18 4.1.1 Maklumat Responden Mengikut Jantina 65 4.1. Maklumat Mengenai Umur Responden 66 4.1.3 Maklumat Latar Belakang Pendidikan Responden Sebelum Memasuki INSANIAH 66 4.1.4 Kelulusan Responden Untuk Memasuki INSANIAH 67 4.1.5 Keputusan Peperiksaan STA/STAM/Syahadah 67 4.1.6 Keputusan Peperiksaan Bahasa Arab Tinggi 68 4.1.7 Masa Untuk Mengulangkaji Bahasa Arab Seminggu 68 4.1.8 Minat Responden Terhadap Kursus Sarjana Muda Bahasa Arab 69 4.1.9 Bahan Rujukan Bahasa Arab Mencukupi Di INSANIAH 70 4.1.10 Suka Bertanya Atau Berbincang Dengan Pensyarah 70 4.1.11 Selalu Berbincang Dengan Rakan-Rakan Dan Pensyarah Mengenai Masalah Bahasa Arab 71

xii 4.1.1 Pembelajaran Di INSANIAH Mencukupi Persediaan Untuk Ke Universiti Al-Azhar 71 4..1 Saya suka pembelajaran dalam Bahasa Arab 7 4.. Saya berminat membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah 73 4..3 Saya gemar membaca sebarang majalah atau buku dalam Bahasa Arab 73 4..4 Saya suka memahami serta meneliti nahu pada setiap buku atau majalah yang dibaca 74 4..5 Saya gemar berkomunikasi dengan rakan-rakan dalam Bahasa Arab di luar sesi perkuliahan 75 4..6 Saya selalu menggunakan nahu yang betul ketika bercakap atau bertutur 75 4..7 Saya akan membetulkan kesilapan nahu yang dilakukan oleh rakan-rakan ketika bertutur 76 4..8 Saya akan mengulangkaji pengajaran yang lepas bersama rakan-rakan 77 4..9 Saya sentiasa membawa kamus Arab semasa perkuliahan 77 4..10 Saya gemar merujuk kamus jika tidak memahami sesuatu perkataan dalam Bahasa Arab 78 4..11 Saya selalu berlatih bertutur dalam Bahasa Arab dengan rakan-rakan 79 4..1 Saya berminat mempelajari gaya bahasa (uslub-uslub) Bahasa Arab 79 4..13 Saya suka mempelajari sastera Arab 80 4..14 Saya gemar meng "i'rab" perkataan-perkataan Arab 81 4..15 Ibu bapa dan keluarga yang memberi dorongan kepada saya untuk mempelajari Bahasa Arab 81

xiii 4.3.1 Membaca dalam Bahasa Arab 83 4.3. Bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Arab 84 4.3.3 Memahami pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab 84 4.3.4 Memahami gaya bahasa yang termaktub di dalam nas al-qur'an 85 4.3.5 Bersyarah dan berpidato dalam Bahasa Arab 86 4.3.6 Berdebat dalam Bahasa Arab 86 4.3.7 Menghasilkan puisi dan syair dalam Bahasa Arab 87 4.3.8 Boleh meringkaskan teks-teks Arab 88 4.3.9 Bertutur dengan orang Arab selain pensyarah di INSANIAH 88 4.3.10 Mengarang dalam Bahasa Arab 89 4.3.11 Menguasai ilmu Saraf 90 4.3.1 Menguasai ilmu Nahu 90 4.3.13 Mengenali gaya bahasa (uslub) dalam sastera Arab 91 4.4.1.1 Min dan kecenderungan respons bagi objektif kedua kajian 93 4.4.1. Min dan kecenderungan respons bagi objektif ketiga kajian 96

xiv SINGKATAN S.W.T s.a.w INSANIAH KPM SPM SMA/U SMKA STA/U STAM PSM UTM UUM Ph.D LAN PTPTN MARA IPT (t.t) Subhanahu wa ta ala Sallaahu alaihi wasalam Institut Agama Islam Negeri Kedah Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulunya Kementerian Pendidikan Malaysia) Sijil Pelajaran Malaysia Sekolah Menengah Agama/Ugama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sijil Tinggi Agama/Ugama Sijil Tinggi Agama Malaysia Projek Sarjana Muda Universiti Teknologi Malaysia Universiti Utara Malaysia Ijazah Doktor Falsafah Lembaga Arkreditasi Negara Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Majlis Amanah Rakyat Institut Pengajian Tinggi tanpa tarikh

1 BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan tentang Latar belakang INSANIAH Institut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH) ialah sebuah pusat pengajian tinggi Islam milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang ditubuhkan di bawah Enakmen INSANIAH Bil. 4 tahun 1995 di Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman serta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui perakuan pendaftaran No. JPK (PPPS) 03-03/8/0. Dalam Bahasa Arab, institusi ini dikenali sebagai "Al Jami ah Al Islamiah Al Hukumiah Bi Kedah Darul Aman" (Buku Panduan INSANIAH (t.t) : 1 ). Moto INSANIAH Kebahagiaan Dunia dan Akhirat (Al-Baqarah ayat 01) Falsafah penubuhan INSANIAH ialah; Mengutamakan kecemerlangan ilmu dan ketinggian tahap profesionalisme. Pro aktif terhadap perubahan dan bersedia menyumbang secara berkesan kepada keperluan masyarakat. Bersedia mengamalkan ilmu, berkongsi penemuan dan maklumat untuk manfaat institut dan masyarakat.

Menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap piawai etika (ethicalstandard) yang dipersetujui, ketelusan, keadilan dan kesaksamaan. Beriltizam untuk meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan dalam setiap tindakan yang melibatkan penggunaan sumber-sumber. Bertawakal kepada Allah.( Buku Panduan INSANIAH (t.t) : ) Misi INSANIAH adalah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi Islam bertaraf dunia yang menjadi rebutan pelajar, piawai kepada para pesaing dan simbol kebanggaan masyarakat kerana kecemerlangan program akademiknya, keprofesionalan sumber manusianya dan kehebatan penyelidikannya. Dalam penawaran perkhidmatannya, INSANIAH berjaya mencapai dan mengekalkan keseimbangan yang harmonis dari segi tuntutan akhirat (ukhrawi) dan dunia (duniawi) yang berubah-ubah selaras dengan moto dan falsafahnya. Objektif yang diterapkan di INSANIAH ialah; Menawarkan program yang seimbang bagi melahirkan graduan dan intelek yang mampu berperanan sebagai ulama dan profesional Islam yang berilmu, beramal dan bertakwa. Membantu membangunkan ummah yang berilmu serta mengamalkan ajaran Islam berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menjalankan penyelidikan dan perundingan untuk pembangunan ilmu Islam demi kepentingan ummah Membina khazanah ilmu yang berteraskan Islam dan menyebarkan ilmu tersebut untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.

3 Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta teknologi terkini dalam semua aspek pembelajaran, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan lain-lain aktiviti akademik. Kampus INSANIAH terletak di Taman Wira Mergong, Jalan Sultanah, 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman yang jaraknya kira-kira 4 kilometer dari pusat bandar Alor Setar. Kampus yang dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman ini telah mula diduduki sepenuhnya pada bulan Februari 1998 dan boleh menampung seramai 500 orang pelajar pada satu-satu masa. Ia berhampiran Hospital Besar Alor Setar, Terminal Bas Shahab Perdana, medan selera dan pusat membeli-belah. Pengajian di INSANIAH diamalkan secara sistem semester yang mana pelajar akan mengikuti pembelajaran secara kuliah, tutorial, perbincangan, ujian pertengahan semester atau kerja kursus dan peperiksaan akhir semester Tempoh Program Ijazah Sarjana Muda di INSANIAH dijalankan secara berkembar dengan Universiti Al-Azhar Mesir, yang mana pengajian selama tiga (3) tahun di INSANIAH kemudian menyambung pelajaran selama satu(1) tahun di Universiti Al-Azhar Mesir. Antara program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di INSANIAH ialah Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Kulliyyah Usuluddin), Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kulliyyah Syariah) dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab (Kulliyyah Bahasa Arab). Syarat kemasukan bagi program-program Ijazah Sarjana Muda ialah terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia, lulus Sijil Tinggi Agama (STAM) atau lulus lain-lain sijil yang setaraf dengan STAM dan diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar serta diperakui oleh INSANIAH dan calon mestilah lulus Sijil

4 Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu bagi mereka yang warganegara Malaysia sahaja. ( Buku Panduan INSANIAH (t.t) : 4) Bagi program Diploma ia terbahagi kepada empat bahagian iaitu. Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Teknologi Maklumat dan Diploma Tahfiz dan Qiraat. Semua program diploma dijalankan secara kawal selia dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) kecuali Diploma Tahfiz dan Qiraat. Tempoh pengajian bagi program diploma ialah ½ tahun atau lima semester kecuali program Diploma Tahfiz dan Qiraat yang dijalankan selama tiga (3) tahun atau enam semester. Yuran pengajian program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma ialah RM 1000 dan RM 500 yuran asrama bagi setiap tahun pengajian (dua semester) kecuali program Diploma Tahfiz dan Qiraat ia adalah percuma yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah. Bagi pelajar antarabangsa, mereka dikenakan tambahan 0% pada yuran pengajian. Pengajian di peringkat Sarjana Muda menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah-pensyarah di sini terdiri dari kalangan pensyarah tempatan dan luar negeri khususnya dari Universiti Al-Azhar Mesir. Terdapat 17 orang pensyarah dari Universiti Al-Azhar Mesir yang bertugas di INSANIAH berkelulusan Ph.D. dalam pelbagai bidang. Segala kurikulum di INSANIAH di peringkat Sarjana Muda sentiasa dikawal dan dipantau oleh pihak Universiti Al-Azhar Mesir bagi memelihara kualitinya. (Brosur Pengenalan INSANIAH) Semua kursus-kursus yang ditawarkan di INSANIAH mendapat perakuan daripada Lembaga Arkreditasi Negara (LAN). Pelajar-pelajar yang mengikuti pengajaran di INSANIAH berpeluang mendapat bantuan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Amanah Rakyat

5 (MARA), Yayasan Islam Negeri (bagi negeri tertentu) dan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah serta beberapa agensi yang berkaitan. Terdapat pelbagai kemudahan yang ditawarkan di INSANIAH antaranya asrama bagi para pelajarnya, bilik kuliah yang selesa, perpustakaan, makmal komputer dan kemudahan internet serta beberapa kemudahan lain yang memberi perkhidmatan kepada pelajar-pelajarnya. 1.1 Latar Belakang Kulliyah Bahasa Arab Pengajian Bahasa Arab adalah satu disiplin pengajian yang merangkumi pengajian bahasa, sastera, pengkajian, sejarah Islam dan sejarah perkembangan tamadun Islam. Ia merangkumi aspek-aspek teori dan praktikal untuk memahami al-quran dan al-sunnah serta mendalami gaya bahasa yang terdapat di dalamnya. Di bawah struktur Kulliyah Pengajian Islam INSANIAH, Kulliyyah Bahasa Arab ditubuhkan pada tahun 1995 Masihi bersamaan dengan 1416 Hijrah iaitu serentak dengan penubuhan INSANIAH. Seperti Kulliyyah Usuluddin dan Kulliyyah Syariah, Kulliyyah Bahasa Arab dijalankan secara 3+1 iaitu tiga tahun belajar di INSANIAH. Setelah memperoleh diploma Kulliyyah Bahasa Arab dari INSANIAH para pelajar akan menyambung pengajian pada tahun akhir di Universiti al-azhar al-syarif, Mesir selama setahun bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda. ( Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab (t.t) : 9) Dengan wujudnya Kulliyyah Bahasa Arab, INSANIAH dapat melahirkan intelek muslim yang berilmu tinggi serta menghayati tuntutan al-quran dan al- Sunnah yang menjadi panduan umat Islam. Mereka diharap akan menjadi generasi pemimpin masa depan sekali gus mampu memainkan peranan sebagai pendidik, pendakwah, ulama Islam, pengurus dan pentadbir yang berjasa selaras dengan

6 keperluan dalam arus pembangunan negara. Usaha ini adalah menyahut cabaran alaf baru bagi melahirkan generasi profesional yang mempunyai kekuatan ilmu, berketerampilan, berkemahiran tinggi dan iltizam yang jitu berlandaskan prinsipprinsip Islam. Justifikasi penubuhan Kulliyyah Bahasa Arab adalah berlandaskan rasional berikut: 1) Bahasa Arab adalah sumber perundangan Islam iaitu al-quran dan al-sunnah. Wujudnya Kulliyyah Bahasa Arab di INSANIAH adalah sebagai asas bagi mendalami bahasa tersebut bagi membolehkan pelajar-pelajarnya menterjemah, mentafsir dan merealisasikan tuntutan-tuntutan dalam dua sumber perundangan tersebut. Kesilapan memahami sumber-sumber tersebut yang tersurat di dalam bahasa Arab akan membawa kepada kejumudan. Justeru dengan adanya Kulliyyah ini, diharap akan dapat mengatasi segala andaian negatif. ) Arus globalisasi yang melahirkan dunia tanpa sempadan memerlukan penguasaan di dalam pelbagai bahasa untuk berkomunikasi atas tujuan perdagangan, perindustrian,pertahanan dan diplomatik. Justeru adanya Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH dapat melahirkan penutur-penutur, penterjemah-penterjemah dan interpretor yang berkeyakinan dan mampu menguasai bahasa Arab seperti penutur asal bahasa tersebut. Lahirnya penterjemah dan interpretor akan membawa tersebarnya terjemahan-terjemahan artikel yang berasal dari bahasa Arab dan dapat direalisasikan dan dimanfaatkan oleh dunia Melayu. Dalam arena diplomatik diharap interpretor yang berkebolehan dan kukuh menguasai bahasa Arab dapat dilahirkan untuk membantu perjalanan dan hubungan dua hala antara Malaysia dan negara-negara Arab.

7 3) Rasionalnya apabila seseorang itu ingin mendalami keindahan sesuatu bahasa, beliau mestilah menguasai terlebih dahulu perjalanan sintaksis dan perbendaharaan bahasa tersebut. Wujudnya Kulliyyah Bahasa Arab adalah untuk memperkukuhkan pemerolehan bahasa Arab, dengan harapan seseorang itu dapat mendalami keindahan bahasa tersebut dengan mendalami ilmu-ilmu balaghah, al-nahwu, al-arudh wa al-qawafi, ilm al-aswat, tarikh aladab wa al-nusus serta lain-lain subjek yang menjurus kepada penguasaan bahasa dan keindahan yang tersirat di dalam bahasa tersebut. 4) Aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang kondusif adalah diutamakan di Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH. Kehadiran profesional yang berbangsa Arab diharapkan dapat mempraktikkan secara total setiap tuntutan yang diperlukan dalam konteks pengajaran bahasa Arab. Dengan adanya penutur natif (asal) bahasa Arab diharap dapat melahirkan tenaga pakar yang mahir bertutur mengikut dialek dan lahjah Arab. Hal ini amat berbeza berbanding dengan IPT tempatan yang lain yang kebanyakannya mengambil tenaga pengajar tempatan untuk mengajar bahasa Arab. Oleh itu, Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH diwujudkan atas tujuan pemerolehan bahasa Arab dari penutur natif bahasa tersebut. 5) Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH berperanan melahirkan ilmuwan yang terbilang untuk mempraktikkan bahasa Arab di semua peringkat pendidikan sama ada peringkat rendah, menengah dan berdiri seiring dengan dasar kerajaan yang menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa kedua yang harus dimiliki oleh setiap individu yang inginkan kejayaan ke arah Wawasan 00

8 Misi Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH memfokuskan serta bertekad ke arah mencapai kecemerlangan pengurusan Kulliyyah, akademik dan sahsiah pelajar melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, cemerlang dan terbilang berteraskan al-quran dan al-sunnah. Selaras dengan itu, pihak pengurusan INSANIAH sering mengadakan perbincangan dengan dekan dan pensyarah-pensyarahnya berhubung dengan pengurusan, perkembangan dan masalah-masalah yang timbul terutama yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. (Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab (t.t) : 11) Objektif Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH ialah: Membekalkan tenaga manusia yang berkebolehan dalam bidang bahasa Arab dan kesusasteraannya untuk peluang kerjaya sebagai pegawai, guru, penyelidik yang setaraf dengan bidang lain. Melahirkan graduan yang mampu mentafsir sumber perundangan Islam seperti al-quran dan al-sunnah dengan baik dan jelas tanpa menimbulkan sebarang keraguan. Melahirkan tenaga mahir dalam bidang pendidikan bahasa Arab dalam empat bidang utama iaitu menulis, membaca, bertutur dan mendengar serta mampu menggubal kurikulum pendidikan bahasa Arab ke arah yang lebih mantap dan berkesan dalam pendidikan di Malaysia. Melahirkan ilmuwan yang mampu berbicara dan mendalami tulisan para ulama Islam yang kebanyakannya dalam versi Arab dan menterjemahkannya mengikut perkembangan semasa tanpa mengetepikan kehendak-kehendak asal tulisan para ulama tersebut. Melahirkan cerdik pandai dalam perhubungan dengan negara-negara Arab dalam bidang perniagaan, perdagangan, ekonomi, politik, pendidikan dan diplomatik.

9 Melahirkan penterjemah dan jurubahasa yang mahir serta berkebolehan. 1.1.1 Pembelajaran Bahasa Arab di Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH Skop bidang pengajian yang ditawarkan oleh Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH ialah berkaitan dengan bahasa di setiap tahun pengajiannya. Ianya dijalankan secara kuliah, tutorial dan menyiapkan kertas projek atau bahas. Pelajaran-pelajaran yang diterapkan di situ adalah seperti berikut: 1. Nahw. Sarf 3. Balaghah 4. Tarikh al-adab wa al-nusus 5. Tarikh al-islam 6. Al- Arudh Wa al-qawafi 7. Fan Kitabah al-maqal 8. Fiqh al-lughah Di samping pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan bahasa, diterapkan juga pelajaran-pelajaran berikut: 1. Al-Fiqh. Al-Tafsir 3. Al-Hadis 4. Tauhid 5. Pengajian Islam 6. Bahasa Inggeris 7. Bahasa Malaysia

10 Bidang-bidang bahasa yang terdapat dalam Kulliyyah Bahasa Arab ini mencakupi Tatabahasa Arab, Balaghah, Sastera Arab, Sirah Nabawi, Sejarah Tamadun Islam, Teknik Pengkajian dan sebagainya. Dengan menguasai perkara-perkara tersebut, penampilan graduan Kulliyyah Bahasa Arab lebih menonjol terutama yang berkaitan dengan bahasa, sastera dan pengkajian serta mempunyai kekuatan ilmu, berketerampilan, berkemahiran tinggi dan iltizam yang jitu berlandaskan prinsip-prinsip Islam. Komponen program pengajian (prasiswazah) Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH terdiri daripada beberapa aspek. 1. Untuk layak dianugerahkan ijazah dari Kulliyyah ini pelajar dikehendaki mengikut kursus atau menjalankan penyelidikan mengikut keperluan, peraturan dan ketetapan yang dibuat oleh INSANIAH dan Kulliyyah Bahasa Arab. i. Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab memerlukan 93 jam kredit selama tiga (3) tahun atau enam(6) semester di INSANIAH. ii. Bagi melayakkan seseorang pelajar itu dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda, pelajar tersebut dikehendaki menamatkan satu tahun (tahun akhir) di Universiti Al- Azhar, Mesir. (Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab (t.t) : 13). Struktur program ini umumnya, terbahagi kepada tiga (3) bahagian, iaitu komponen kursus Teras INSANIAH (TI), komponen Kursus Teras Program (TP) dan komponen Kursus Wajib LAN (WL)

11 Struktur program Sarjana Muda Bahasa Arab Kulliyyah Bahasa Arab terbahagi kepada empat (4) tahun iaitu; Jadual 1.1.1: Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun Satu Kategori Bil Nama Kursus Jam Semester Kredit I II Kursus Teras INSANIAH (TI) 1 ZI101 Bahasa Inggeris ZI10 Komputer / / 3 LK101 Al-Quran dan / / Tajwid (1+1) 4 LK10 Al-Nahw / 5 LK103 Al-Balaghah / 6 LK104 Al-Sarf / Kursus Teras 7 LK105 Tarikh al- / Program Adab (TP) 8 LK106 Ilmu al- / Lughah Wa Ma ajim 9 LK107 Al-Sirah al- / Nabawiyyah 10 LK108 Qa ah al- Bahs / 11 LK109 Fan Qitabah / al-maqal 1 LK110 Al- Arudh Wa / al-qawafi 13 SK109 Al-Fiqh / 14 UK11 Al-Tafsir / 15 UK113 Al-Tawhid / 16 LAN1001 Bahasa 3 / Kursus Wajib LAN (WL) Kebangsaan A LAN100 Bahasa Kebangsaan B 17 LAN1003 Pengajian Malaysia 3 / 18 LAN1004 Pengajian Islam 3 / JUMLAH 39 0 19 Sumber: Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab, INSANIAH (t.t)

1 Jadual 1.1.: Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun Dua Kategori Bil Nama Kursus Jam Semester Kredit I II Kursus Teras INSANIAH (TI) Kursus Teras Program (TP) 1 ZI101 Bahasa Inggeris / LK01 Al-Quran dan (1+1) / / Tajwid 3 LK0 Al-Nahw / 4 LK03 Al-Balaghah / 5 LK04 Al-Sarf / 6 LK05 Tarikh Adab / Wa al- Nusus 7 LK06 Ilmu al- / Aswat 8 LK07 Awzan al- / Syi r 9 LK08 Al-Bahs al- / Lughawi 10 LK09 Tarikh al- / Islam 11 SK10 Al-Fiqh / 1 UK1 Al-Tafsir / 13 UK13 Al-Tawhid / 14 UK14 Al-Hadith / JUMLAH 15 13 Sumber: Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab, INSANIAH (t.t)

13 Jadual 1.1.3: Struktur Program Kulliyyah Bahasa Arab bagi Tahun Tiga Kategori Bil Nama Kursus Jam Kredit Kursus Teras INSANIAH (TI) Kursus Teras Program (TP) Semester 1 ZI301 Bahasa Inggeris / LK301 Al-Quran dan / / Tajwid (1+1) 3 LK30 Al-Nahw / 4 LK303 Al-Balaghah / 5 LK304 Al-Sarf / 6 LK305 Tarikh Adab / 7 LK306 Al-Naqd al- / Adabi 8 LK307 Al-Adab al- / Muqaran 9 LK308 Al-Lahjat Wa / al-qiraat 10 LK309 Tarikh al- / Islam 11 LK310 Al-Bahs al- / Balaghi 1 SK310 Al-Fiqh / 13 UK314 Al-Hadith / JUMLAH 6 13 13 I II Sumber: Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab, INSANIAH (t.t)

14 Jadual 1.1.4: Struktur Program Kulliyah Bahasa Arab bagi Tahun Empat (Di Universiti Al-Azhar, Mesir) Kategori Bil Nama Kursus Jam Semester Kredit I II 1 Al-Quran dan - / Tajwid Al-Nahw - / 3 Al-Balaghah - / 4 Al-Sarf - / 5 Tarikh Adab - / 6 Fiqh al-lughah - / 7 Al-Adab al-islami - / 8 Al-Bahs al-lughawi - / 9 Al-Naqd al-adabi - / 10 Usul al-fiqh - / 11 Al-Hadith - / 1 Bahasa Inggeris - / - - - Sumber: Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab, INSANIAH (t.t)

15 Berikut adalah senarai penawaran kursus mengikut tahun dan semester Kulliyyah Bahasa Arab di INSANIAH 1.1.5 : Penawaran kursus Tahun Satu TAHUN 1 Semester Kod Nama Kursus Taraf Kursus LK101 TP LK10 TP LK105 TP LK106 TP I LK109 LK110 SK109 ZI101 LAN 1003 Al-Quran dan Tajwid Al-Nahw Tarikh al-adab Ilmu al-lughah Wa al- Ma ajim Fan Kitabah al-maqal Al- Arudh Wa al-qawafi Al-Fiqh Bahasa Inggeris Pengajian Malaysia TP TP TP TI WL Unit Kredit 3 II ZI10 LK101 LK103 LK104 LK107 LK108 UK11 UK113L LAN1001 LAN100 LAN1004 Komputer Al-Quran dan Tajwid Al-Balaghah Al-Sarf Al-Sirah al-nabawiah Qa ah al-bahs Al-Tafsir Al-Tawhid Bahasa Kebangsaan A Bahasa Kebangsaan B Pengajian Islam TI 3 JUMLAH 0 TP 1 WL 3 WL WL 3 JUMLAH 19 Sumber: Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab, INSANIAH (t.t)

16 1.1.6 : Penawaran kursus Tahun Dua Tahun Semester Kod Nama Kursus Taraf Kursus I II LK01 LK94 LK05 LK08 SK10 UK1 UK13 ZI01 LK01 LK0 LK03 LK06 LK07 LK09 UK14 Al-Quran dan Tajwid Al-Sarf Tarikh Adab Wa al- Nusus Al-Bahs al-lughawi Al-Fiqh Al-Tafsir Al-Tawhid Bahasa Inggeris Al-Quran dan Tajwid Al-Nahw Al-Balaghah Ilmu al-aswat Auzan al-syi r Tarikh al-islam Al-Hadith TP TP TP Unit Kredit 1 TP TP TP TP TI JUMLAH 15 TP 1 JUMLAH 13 Sumber: Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab, INSANIAH (t.t)

17 1.1.7 : Penawaran kursus Tahun Tiga Tahun 3 Semester Kod Nama Kursus Taraf Kursus I II LK301 LK30 LK303 LK306 LK307 LK309 UK314 LK301 LK304 LK305 LK308 LK310 SK310 ZI301 Al-Quran dan Tajwid Al-Nahw Al-Balaghah Al-Naqd al-adabi Al-Adab al-muqaran Tarikh al-islam Al-Hadith Al-Quran dan Tajwid Al-Sarf Tarikh al-adab Al-Lahjat Wa al- Qiraat Al-Bahs al-balaghi Al-Fiqh Bahasa Inggeris Unit Kredit TP 1 JUMLAH 13 TP 1 JUMLAH 13 Sumber: Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab, INSANIAH (t.t)

18 1.1.8 : Penawaran kursus Tahun Empat TAHUN 4 (DI UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR) Semester Nama Kursus Taraf Kursus Unit Kredit I II Al-Sarf Al-Balaghah Tarikh al-adab Al-Bahs al-balaghi Usul al-fiqh Al-Hadis Al-Quran dan Tajwid Al-Nahw Fiqh Lughah Al-Adab al-islami Al-Naqd al-adabi Bahasa Inggeris - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Sumber: Buku Panduan Akademik Kulliyyah Bahasa Arab, INSANIAH (t.t) Pertunjuk: TP TI WL - Teras Program - Teras INSANIAH - Wajib LAN

19 1. Penyataan Masalah Program Ijazah Sarjana Muda di INSANIAH berteraskan bahasa Arab yang mana hampir keseluruhan subjek-subjek diajar di dalam bahasa Arab dan para pensyarahnya juga terdiri daripada kalangan mereka yang berbangsa Arab. Para pelajarnya adalah daripada kalangan lepasan Sekolah Menengah Agama/Ugama (SMA/ SMU), Sekolah Arab, pondok-pondok pengajian serta beberapa institusi pengajian yang lain yang mana mempunyai asas bahasa Arab. Walaupun pelajar-pelajarnya mempunyai asas bahasa Arab, tetapi masih ramai yang tidak dapat menguasai bahasa Arab dengan baik. Hal ini akan memberi kesan kepada pembelajaran mereka, kerana sebelum ini mereka hanya menggunakan bahasa Arab semasa di kelas sahaja. Jadi ia akan menimbulkan masalah kepada mereka semasa mengikuti kuliah di INSANIAH. Jika mereka tidak dapat menguasai bahasa Arab dengan baik bukan sahaja membebankan mereka semasa belajar di INSANIAH malah ia memberi kesan ketika menyambung pelajaran selama setahun di Universiti Al-Azhar Mesir. Pengajian di sana kesemuanya di jalankan dalam bahasa Arab dan persekitaran di sana juga menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa perhubungan. Oleh itu, penguasaan bahasa Arab amatlah penting yang menjadi persoalan pokok kepada pelajar-pelajar di INSANIAH untuk memantapkan kemahiran bahasa Arab mereka.

0 1.3 Persoalan Kajian Persoalan yang akan pengkaji bicarakan adalah seperti berikut; 1. Apakah latar belakang dan persepsi pelajar tahun tiga (3) Sarjana Muda Bahasa Arab di INSANIAH terhadap pembelajaran bahasa Arab.. Apakah faktor-faktor penting yang mempengaruhi minat dan persepsi pelajar terhadap pembelajaran mereka. 3. Bagaimana kebolehan dan penguasaan berbahasa Arab di kalangan pelajar tahun tiga (3) Sarjana Muda Bahasa Arab di INSANIAH. 1.4 Objektif Kajian Pengkaji telah menetapkan objektif kajian sebagai; 1. Mengenal pasti latar belakang dan persepsi pelajar tahun tiga (3) Sarjana Muda Bahasa Arab di INSANIAH terhadap Kulliyyah Bahasa Arab.. Mengenal pasti faktor-faktor yang menjadikan minat pelajarpelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab.