Tentang Relevennya Kapital Marx Pada Masa Kini

Similar documents
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

PENILAIAN PENGETAHUAN

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

16 Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif Teori Dan Praktik

ULASAN BUKU. Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

KEWANGAN ISLAM DAN MAQASID AL-SHARIAH

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Application [Logik & Aplikasi]

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

JAUHAR:Jilid 2:Bil.1:Mac 2018 Ms:23-29

Terdapat tanda-tanda jelas bahawa kitab Islam, al-quran, adalah kalam Tuhan dan kita mempunyai banyak sebab untuk menyokong tuntutan ini:

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

A New Deal for Asia Apakah Deal Itu? A New Deal for Asia - What is the Deal?

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4-292/15 ANTARA NAVINATHAN A/L DORAISAMY DAN BEKAERT SOUTHERN WIRE SDN. BHD. AWARD NO.

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

TABLE OF CONTENTS. Original Literary Work Declaration Form...ii. Abstract...iii. Abstrak...iv. Acknowledgements...v. Table of Contents...

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

AMALAN PEMBELIAN PRODUK HALAL DALAM KALANGAN PENGGUNA ISLAM DI ALOR GAJAH, MELAKA

Transcription:

Translation of On the Relevance of Marx s Capital for Today (April 17, 2015), http://www.marxisthumanistinitiative.org/alternatives-to-capital/on-the-relevance-ofmarxs-capital-for-today.html Translated by Aza Adam, June 2017 Aza Adam adalah graduan ekonomi dari University Malaya dan seorang pengkaji bebas yang menumpukan keatas teori nilai dan teori krisis ekonomi Marx. Tentang Relevennya Kapital Marx Pada Masa Kini Oleh Andrew Kliman, Pengarang Reclaiming Marx s Capital : A refutation of the myth of inconsistency dan The Failure of Capitalist Production: Underlying Causes of the Great Recession. Bagaimana Untuk Tidak Menilai Kapital Kapitalisme telah berubah dengan ketara dalam satu setengah kurun sejak Marx menulis Kapital. Ia adalah sekarang satu sistem yang menyelubungi hampir seluruh dunia, dan peranan kewangan telah banyak meningkat dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. Dunia, dan banyak yang berkaitan dengan kita sebagai pembawa kepada "identiti yang pelbagai dan berpecah," kelihatan mempunyai sedikit sahaja persamaan dengan situasi yang didedahkan dan ditumpukan oleh Jilid 1 buku Marx - pengembangan modal melalui pemerahan lebihan tenaga buruh pekerja dalam proses langsung pengeluaran. Atas sebab ini, sudah tentu, Kapital sering diketepikan sebagai reduktif atau tidak lagi relevan - atau memerlukan penambahan dan penyelesaian-sementara. Kerjaya sejumlah besar ahli akademik dan intelektual awam dibina diatas projek-projek tersebut. Tetapi disini didapati kurangnya sesuatu yang menarik dari apa yang dapat dilihat. Pertamanya, buku ini diberi nama Kapital dengan bersebab. Ia tidak diberi nama Semua yang Anda Perlu Tahu Tentang Apa Yang Berlaku didalam Kapitalisme, mahupun Semua yang Anda Perlu Tahu tentang Kapitalisme. Ia memberi tumpuan khusus kepada modal (capital) - proses didalam dan di mana nilai "mengembang-diri," atau menjadi jumlah nilai yang lebih besar. Ia adalah mengenai bagaimana pengembangan-diri dihasilkan, bagaimana ia dihasilkan semula (diperbaharui dan diulangi), dan bagaimana keseluruhan proses digambarkan, dengan tidak sempurna, dalam pemikiran konvensional dan konsep ahli ekonomi dan ahli perniagaan. Ada perbezaan yang penting antara memberi tumpuan khusus dan menjadi reduktif. Saya tidak fikir Marx menulis atau mencadangkan dimana-mana bahawa proses pengembangan-diri nilai adalah satu-satunya perkara yang penting atau proses lain boleh diringkaskan kepadanya. Ia memberi kesan kepada banyak perkara lain, kadangkadang dengan cara yang sangat penting - dan ini mungkin sebab utama sebuah buku mengenai Kapital (modal) disalah anggap sebagai sebuah buku Tentang Segalanya - tetapi dengan mengiktiraf perhubungkaitan adalah bukan untuk meringkaskan perkara-perkara lain kepada pengembangan-diri nilai. 1

Sudah tentu, terdapat beberapa segi di mana apa-apa buku yang mempunyai tumpuan khusus "meninggalkan" atau "mengabaikan" perkara-perkara lain, tetapi kita biasanya tidak mengeluh bahawa buku masakan meninggalkan atau mengabaikan arahan untuk menukar minyak dalam kereta anda atau mana-mana analisis politik antarabangsa. Tuduhan bahawa Kapital "gagal" untuk membincangkan pelbagai aspek kapitalisme dan apa yang berlaku di dalamnya bagi saya, juga sama tidak sesuai dan tidak adil. Perkara keduanya, hakikat bahawa dunia kini kelihatan sangat berbeza daripada apa yang kita temui didalam Kapital jelas tidak membayangkan bahawa buku ini telah menjadi tidak relevan, atau kurang relevan, daripada ketika ia ditulis. Dunia juga seolah-olah sangat berbeza ketika Marx menulisnya, dan dia sedar perbezaan itu. Sebagai contoh, kata beliau dalam jilid 2 bahawa "ia adalah kelaziman dalam lingkungan borjuasi,... di mana urusan perniagaan memenuhi seluruh fikiran orang, untuk melihat dasar cara pengeluaran (mode of production) didalam cara perdagangan (mode of commerce) yang berhubungan dengannya, dan bukan sebaliknya." Beliau walau bagaimanapun menegaskan bahawa hubungan pasaran di antara pembeli dan penjual tenaga-pekerja (kapitalis dan pekerja) "terletak pada asasnya pada watak sosial pengeluaran, bukan pada cara perdagangan; yang kedua sebaliknya berasal dari yang pertama. "[1] Persoalannya adalah bukan sama ada kapitalisme telah berubah sejak zaman Marx, atau sama ada perubahan itu besar dan penting. Persoalannya ialah: apakah signifikasi tentang hakikat bahawa perkara kelihatan agak berbeza dari bagaimana Kapital membentangkannya? Adakah fakta ini diambil kira sebagai kritikan yang sah keatas buku ini, iaitu suatu petunjuk tentang kekurangan teoritikal? Marx menjangkakan bantahan seperti ini, dan menjawabnya dengan berikut: "ahli ekonomi vulgar merasakan dirinya telah membuat satu penemuan yang hebat apabila, berbanding pendedahan hubungan dalaman, dia dengan bangganya mendakwa bahawa di permukaan perkara kelihatan berbeza. Malah, dia berbangga diri dengan berpegang teguh keatas permukaan, dan menerimanya sebagai muktamad. Maka, mengapa wujudnya sains sama sekali?"[2] Beliau bukan mencuba untuk memberikan ulasan mengenai masyarakat kapitalis dengan "berpegang teguh kepada permukaan, dengan menerangkan bahagian komponen dan hubungannya dengan cara "perkara yang kelihatan" dipermukaan masyarakat. Beliau sebaliknya terlibat dengan "sains" - "pendedahan hubungan dalaman" di kalangan bahagianbahagian dan hubungan yang kelihatan. Berdasarkan kepada tujuan ini, ia bagi saya, nampak secara keseluruhannya tidak sesuai untuk menilai buku ini dari segi sejauh manakah ia menepati bagaimana sesuatu perkara kelihatan - misalnya, dari segi sama ada urusan perniagaan dan pasaran kewangan yang mendominasi berita tentang ekonomi dan fikiran borjuasi, juga mendominasi buku ini. Sebaliknya ia perlu dinilai dari segi sejauh manakah kejayaannya dalam mendedahkan hubungan dalaman. Oleh itu, alasan yang biasanya untuk menolak Kapital sebagai tidak lagi relevan, atau berkurangan relevannya, seolah-olah bagi saya tidak dapat bertahan dibawah penelitian seperti itu. Tetapi hujah negatif ini tidak dengan sendirinya bermakna bahawa buku itu kekal relevan; hujah-hujah yang positif juga perlu diajukan. Ulasan pendek seperti ini jelas tidak dapat berlaku adil kepada isu ini. Oleh itu, saya akan menghadkan diri saya untuk memberi ulasan pendek pada beberapa sahaja dari banyak aspek buku ini yang nampaknya bagi saya menjadi perkaitan penting pada hari ini. 2

Kritikan Keatas Kecenderungan Kiri lain Kapital mencabar beberapa ideologi yang agak mirip dengan yang ada pada zaman kita. Dari satu segi, ia memerangi perspektif ekonomi-politik borjuasi yang berdasarkan "telah berlakunya sejarah, tetapi tidak ada mana-mana lagi," seperti yang Marx katakan dengan sinis.[3] Dalam dekad kebelakangan ini, perspektif ini telah dihidupkan semula dalam bentuk mantera Margaret Thatcher, "tidak ada alternatif." Kapital dengan itu berbicara secara langsung keatas kebimbangan utama pergerakan popular sedekad setengah yang lalu, yang telah mengisytiharkan bahawa "dunia lain adalah mungkin," dengan membantu menjelaskan apa yang perlu diubah untuk mengatasi kapitalisme. Tetapi buku ini juga memerangi ekonomi-politik Pierre-Joseph Proudhon dan golongan berhaluan kiri lain yang mendakwa bahawa gejala kapitalisme boleh diperbaiki dengan pembaharuan moneteri, pertukaran, dan hubungan kewangan, manakala membiarkan cara pengeluaran kapitalis kekal utuh. Dimensi Kapital yang ini telah menjadi semakin releven pada tahun-tahun kebelakangan ini, terutamanya berdasarkan kepada usaha untuk mengelakkan krisis ekonomi seterusnya dengan pembaharuan sistem kewangan. Apabila ia diambil hanya sebagai kritikan terhadap ekonomi-politik borjuasi, bukan kritikan terhadap ekonomi-politik Proudhonist juga, sebahagian daripada Kapital menjadi tidak dapat dimengertikan ataupun tidak bermakna. Pertimbangkan seksyen 3 pada bab pertama, mengenai "bentuk-nilai." Seksyen ini mengandungi terbitan dialektik rumit wang daripada bentuk komoditi, tetapi apa tujuannya? Marx bertegas bahawa penerbitan ini adalah penting - "kita perlu melaksanakan satu tugas... kita perlu menunjukkan... kita perlu mengesan" [4] -- tetapi mengapa? Jawapannya, saya percaya, adalah beliau menunjukkan bahawa pertukaran wang hanya akibat, dan akibat yang tidak dapat dielakkan, daripada pengeluaran komoditi. Selagi pengeluaran komoditi kekal, begitu juga wang dan masalah sosial yang berkaitan dengannya. "Ia adalah perlu untuk dapat melihat ini dengan jelas, untuk mengelakkan memulakan tugas-tugas yang mustahil, dan untuk mengetahui had [mengenai] reformasi kewangan dan transformasi peredaran [pertukaran komoditi]."[5] Marx membandingkan keinginan Proudhonist untuk menghapuskan wang dalam masa yang sama "mengekalkan pengeluaran komoditi" dengan keinginan untuk "memansuhkan Pope manakala membiarkan fahaman Katolik wujud."[6] Kedua-duanya adalah mustahil. Hakikat bahawa Kapital adalah (antara perkara lain) satu kritikan terhadap cadangan penyelesaian kecenderungan Kiri yang lain terhadap masalah kapitalisme sering dipadamkan. Mereka yang mengeluarkan seruan berterusan untuk bersatu disekitar aksi, program, atau idea yang paling sama sering menganggap kekhususan idea-idea Marx sebagai mengalih perhatian dari atau mengganggu matlamat mereka. Walaupun apabila mereka seolah-olah memandang beliau dengan baik, Marx diubah menjadi tokoh yang berkata sangat sedikit yang khusus dan tiada apa yang "mengancam." Yang lain mahu menyabitkan namanya kepada perspektif dan projek-projek yang mempunyai lebih banyak persamaan dengan kecenderungan yang beliau lawan daripada ideanya sendiri. Marx sendiri, bagaimanapun, berjuang berterusan untuk idea-idea khusus beliau dalam gerakan, terutama sekali setelah Kapital diterbitkan dan boleh didapati semua untuk dipelajari. 3

Pada tahun 1875, "Marxist" (Eisenach) dan parti politik Lassallean di Jerman bersatu atas dasar Program Gotha. Kritik Marx terhadap Program ini merungut lagi dan lagi bahawa posisi dan tuntutan mereka gagal untuk menilai kesimpulan teori yang dihasilkan di dalam Kapital. Ini bukan latihan akademik. Beliau menentang penyatuan parti-parti ini sebetulnya kerana dia mendapati idea Programnya adalah salah dan kekurangan. Terutamanya, seruan kepada "pengagihan sama-rata" pendapatan adalah sangat ketara sekali sama dengan perspektif Proudhonist yang beliau telah menentang selama beberapa dekad, di mana ia berusaha untuk memperbaiki ketidaksamaan pendapatan dalam masa yang sama membiarkan hubungan pengeluaran yang sekarang tidak berubah, dimana Marx menganggapnya sebagai mustahil. Beliau tidak akan membiarkan keinginan untuk perpaduan mengganggu keperluan untuk memahami dunia dengan betul supaya dapat mengubahnya dengan berkesan. Penjelmaan Modal Didalam kata pengantar untuk edisi pertama jilid 1 Kapital, Marx mengatakan bahawa, walaupun "saya tidak dengan apa cara sekalipun menggambarkan kapitalis dan tuan tanah dalam gambaran yang indah," tidak juga beliau memburuk-burukkan mereka dan menyalahkan mereka diatas kepincangan sistem kapitalis: "Individu-individu diambilkira di sini hanya setakat mereka adalah jelmaan kategori ekonomi, pembawa-pembawa hubungankelas dan kepentingan tertentu. Sudut pandangan saya,... kurang daripada yang lain membuat individu bertanggungjawab keatas hubungan yang dia kekal sebagai makhluk, secara sosial."[7] Kemudian, beliau merujuk kepada "satu mekanisme sosial dimana dia [kapitalis] hanyalah roda penggerak.... Persaingan merendahkan setiap individu kapitalis kepada hukum tetap pengeluaran kapitalis, hukum yang bersifat luaran dan paksaan."[8] Mereka berkelakuan dalam cara mereka berkelakuan kerana ini adalah bagaimana mereka perlu berkelakuan untuk kekal sebagai kapitalis bukannya sebagai bekas kapitalis yang bankrap. Saya rasa sudut pandangan ini amat penting hari ini, apabila peristiwa seperti krisis ekonomi global baru-baru ini dan kepincangan lain kapitalisme kerap dikaitkan dengan ketamakan 4

kapitalis dan kepada dorongan "neo-liberal" untuk menghapuskan semua halangan-halangan yang berdiri di laluan untuk membolehkan orang kaya menjadi semakin kaya. Tema terselindung adalah jelas bahawa kepincangan sistem ini boleh diperbaiki dengan menggantikan jelmaan semasa modal dengan rejim yang anti-neoliberal yang mempunyai satu set keutamaan yang berbeza. Apa yang diketepikan atau diabaikan di sini adalah hujah Marx bahawa orang-orang yang ditakdirkan menjalankan sistem yang pada satu-satu masa tertentu tidak benar-benar menguasai keadaan. Apa yang benar-benar menguasai adalah "hukum pengeluaran kapitalis." Jelmaan-jelmaan individu modal - dan ini termasuk jelmaan bukan biasa seperti modal individu negara dan perusahaan kendalian pekerja - perlu patuh kepada hukum ini atau melepaskan kawalan mereka. Hukum yang paling penting adalah "hukum nilai," penentuan nilai oleh masa-kerja. Ia memaksa perniagaan, sesiapa sahaja yang memiliki atau "mengawal", untuk mengurangkan kos supaya kekal kompetitif, dan oleh itu perlu membuang pekerja yang tidak cekap atau tidak diperlukan, mempercepatkan pengeluaran, mewujudkan keadaan kerja yang tidak selamat, menghasilkan untuk keuntungan bukannya menghasilkan untuk keperluan, dan sebagainya. Jika anda berada di dalam sistem kapitalis, anda tidak boleh hanya mengeluarkan arahan untuk menghasilkan untuk keperluan, atau arahan untuk menahan diri daripada membuang pekerja. Mengurangkan kos adalah kunci kepada kelangsungan. Meletakkan orang yang berbeza dengan keutamaan yang berbeza "mengendali" tidak membatalkan hukum ini atau hukum lain pengeluaran kapitalis. Akan tetapi kepincangan sistem akan berterusan sehingga hukum ini dihapuskan. Transformasi Nilai-Nilai ke dalam Harga Pengeluaran Dalam jilid ketiga Kapital, Marx akhirnya, berurusan dengan "dunia sebenar" - bentuk dimana kategori-kategori dan hubungan-hubungan yang beliau telah analisa "muncul pada permukaan masyarakat, dalam tindakan modal-modal yang berbeza pada satu sama lain, iaitu dalam persaingan, dan dalam kesedaran sehari-hari ejen-ejen pengeluaran sendiri."[9] Sebagai contoh, berbanding hanya bercakap tentang "kapitalis" dan "nilai- lebihan" yang ia peras daripada "pekerja," Marx memperkatakan tentang kapitalis perindustrian, pedagang, ahli kewangan, dan tuan tanah, sebagai kumpulan yang berbeza dengan kepentingan yang berbeza dan jenis pendapatan yang berbeza: keuntungan industri, keuntungan komersial, faedah, dan sewa. Walaupun kapitalisme masih tidak diterangkan dalam kerumitan yang penuh konkrit, kita sedang berada jauh dari jilid 1 dan tumpuannya kepada proses pengeluaran langsung. Namun Marx menunjukkan bahawa sudut pandangan yang lebih "realistik," dan kurang "reduktif" ini tidak mengubah kesimpulan yang beliau telah tiba didalam dua jilid pertama. Seperti Raya Dunayevkaya dengan bijaksana mengatakan; 5

apakah hasil utama mempelajari semua fakta tentang kehidupan? Bagaimanakah mereka menukar hukum yang muncul daripada proses ketat pengeluaran, yang ahli-ahli ekonomi akademik memanggilnya sebagai 'abstrak'? Tidak sama sekali. Tidak sama sekali. Pada akhir... dari semuanya itu, Marx membawa kita kembali kepada dimana ia didasarkan: pengeluaran nilai dan nilai lebih. Beliau menunjukkan kepada kita bahawa dalam analisis terakhir, jumlah semua harga adalah sama dengan jumlah semua nilai. Dimana pekerja tidak menghasilkan apa-apa, manipulator kapitalis tidak boleh memperolehi apa-apa. Keuntungan, mahupun sebagai nilai lebihan, tidak datang daripada "pemilikan" tetapi dari pengeluaran.... Tiada ada apa-apa yang asas telah berubah; apa-apa pun."[10] Bab 9 jilid 3 adalah di mana Marx membincangkan transformasi nilai ke dalam harga pengeluaran dan transformasi nilai-lebihan ke dalam "keuntungan purata." Oleh kerana mitos yang sekian lama dimana penjelasan beliau telah dibuktikan secara logik tidak konsisten, serta secara teknikal, watak matematik bukti dakwaan tidak konsisten dan kepelbagaian apa yang dipanggil "penyelesaian" yang membingungkan kepada "masalah transformasi" - iaitu, usaha untuk "memperbetulkan" apa yang dikatakan tidak konsisten - topik ini sering diejek dan diketepikan sebagai sukar dimengertikan dan tidak penting. Namun bab ini adalah amat penting, kerana ia adalah di sini, terutamanya sekali, di mana Marx mengesahkan semula beberapa kesimpulan paling penting yang dia telah tiba di awal Kapital. Firma-firma secara individu boleh dan menjual produk mereka lebih daripada nilai sebenar, dan mereka seterusnya boleh meraih keuntungan yang lebih daripada nilai-lebihan yang mereka hasilkan. Namun didalam penjelasan transformasi dalam bab 9, Marx menunjukkan bahawa didalam ekonomi secara keseluruhannya, jumlah harga kesemua produk adalah sama dengan jumlah nilai mereka. Oleh itu, jumlah keuntungan adalah sama dengan jumlah nilailebihan yang diperas daripada pekerja dalam proses langsung pengeluaran, dan kadar keuntungan secara keseluruhan ekonominya adalah - meski semua percanggahan antara harga dan nilai dan antara keuntungan dan nilai-lebihan - hanyalah jumlah nilai-lebihan bagi setiap dolar modal yang dilaburkan. "Tiada apa-apa yang asas telah berubah." Dalam jilid 2, Marx memberi amaran bahawa ia adalah perlu untuk mengelakkan terjerumus ke dalam tabiat ahli ekonomi borjuasi, seperti yang ditiru oleh Proudhon, adalah untuk mengelakkan melihat sesuatu perkara seolah-olah masyarakat yang berdasarkan cara pengeluaran kapitalis telah kehilangan ciri khusus sejarah dan ekonominya apabila dipertimbangkan secara en bloc, sebagai keseluruhan. Ini bukan halnya sama sekali. Apa yang kita perlu berhadapan adalah kapitalis secara kolektif. [11] Ini adalah kaedah bab 9 jilid 3 juga. Walaupun, secara umumnya, jilid ini berurusan dengan kapitalis-kapitalis dalam persaingan mereka antara satu sama lain dan dengan kepentingan yang bersaingan pelbagai pecahan kelas kapitalis, bab 9 meringkaskan daripada persaingan dan kepelbagaian modal. Ia kembali kepada sudut pandangan dimana modal berlawanan buruh yang digambarkan begitu jelas dalam perbincangan jilid 1 dalam proses langsung pengeluaran - kecuali bahawa ejen kini bukan "kapitalis" dan "pekerja," tetapi kapitalis secara kolektif dan pekerja secara kolektif. Marx mengandaikan "bahawa lima pelaburan modal yang berbeza dalam contoh di atas, I-V, milik kepada satu orang yang sama." Sama ada 6

akaun orang ini mencatatkan keuntungan di mana ia sebenarnya diambil daripada pekerja, atau berpuncakan kepada keuntungan untuk setiap pelaburan yang berkadaran dengan saiznya, "jumlah harga komoditi I-V akan... menjadi sama dengan jumlah nilai mereka.... Dan mengikut cara yang sama [ini berlaku] bagi komiditi yang dikeluarkan dalam masyarakat secara keseluruhannya."[12] Sama ada pemilikan kolektif atau pecahan kecil, hasilnya adalah sama. Bagi Marx, maka, apa yang memberikan kapitalisme "sejarah dan ekonomi yang khusus" adalah cara pengeluarannya. Sama ada cara pengeluaran ini muncul dalam bentuk masyarakat kompetitif dengan pecahan kecil pemilik, atau masyarakat yang kolektif dimana keseluruhan modal adalah "milik satu orang yang sama," dasarnya adalah tidak berubah. Oleh itu, seperti beliau sendiri tegaskan, tujuan utama transformasi bab 9, dan daripada jilid 3 secara keseluruhannya, adalah untuk menunjukkan bahawa persaingan dan pemilikan berbilang tidak mengubah hukum nilai dan nilai-lebihan.. [13] Ia hanya mengubah bentuk di mana hukum itu muncul; dalam masyarakat secara keseluruhannya ia terus kekal sama seperti yang telah dikembangkan dalam jilid 1. Teori Krisis Kapitalis Marx Kesimpulan yang Marx capai didalam bab 9 jilid 3 juga amat penting untuk "hukum kecenderungan kejatuhan kadar keuntungan" dan untuk teori krisis ekonomi kapitalis beliau, yang berakar umbi dalam hukum ini. Didalam buku The Failure of Capitalist Production dan juga di tempat lain, saya telah berhujah bahawa kejatuhan yang berdekad lamanya dalam kadar keuntungan syarikat di Amerika adalah dasar dan secara tidak langsung walau bagaimanapun tetap penting - punca Kemelesetan Besar (Great Recession) dan yang berpanjangan selepas itu, dan hampir semua kejatuhan dalam kadar keuntungan mereka boleh dikaitkan dengan fakta bahawa pertumbuhan pelaburan modal mengatasi pertumbuhan pekerjaan, sama seperti hukum Marx nyatakan. Bab 9 adalah inti kepada bahagian 2 jilid ketiga. Bahagian selanjutnya ditumpukan kepada hukum kecenderungan kejatuhan kadar keuntungan dan teori krisis berkaitan - dengan sebab yang kukuh. Marx tidak dapat menerbitkan hukum itu sebelum demonstrasi dalam bab 9. Beliau menunjukkan bahawa "kadar keuntungan" cenderung untuk jatuh kerana perubahan teknologi penjimatan-buruh. Tetapi beliau mampu mempersembahkan ini hanya kerana "kadar keuntungan" yang dimaksudkan tidak dipengaruhi oleh banyak kesenjangan diantara harga dan nilai dan antara keuntungan dan nilai-lebihan. Ia adalah kadar keuntungan kapitalis secara kolektif (atau kelas kapitalis secara keseluruhan), dan kadar keuntungan ini adalah seperti yang beliau tunjukkan dalam bab 9 tidak lain dari jumlah nilai-lebihan keatas setiap dolar modal yang dilaburkan. Dalam erti kata lain, hukum kecenderungan kejatuhan kadar keuntungan berakar umbi dalam hasil utama pada jilid 1, seperti yang disahkan semula dalam bab 9 jilid 3: keuntungan tidak boleh lebih besar daripada nilai-lebih yang dihasilkan oleh buruh lebihan pekerja. Seperti yang Marx nyatakan dalam manuskrip persediaan: 7

Kita telah melihat bahawa [kadar keuntungan] adalah berbeza untuk modal individu [dari] nisbah nilai-lebihan keatas jumlah modal yang didahulukan. Tetapi ia juga telah ditunjukkan bahawa dengan mempertimbangkan... jumlah keseluruhan modal kelas kapitalis, kadar purata keuntungan adalah tidak lain daripada jumlah nilai-lebihan yang berkaitan dengan dan dikira pada jumlah modal ini... Di sini, oleh itu, kita sekali lagi berdiri pada asas yang kukuh, di mana, tanpa memasuki ke dalam persaingan daripada banyak modal, kita boleh menerbitkan hukum umum secara langsung dari sifat umum modal setakat yang dibangunkan itu. Hukum ini, dan ia adalah hukum yang paling penting dalam ekonomi-politik, adalah bahawa kadar keuntungan mempunyai kecenderungan untuk jatuh bersamaan kemajuan pengeluaran kapitalis. [14] [1] Karl Marx, Capital: A Critique of Political Economy; vol. 2, chap. 4; p. 196 of Penguin edition. [2] Letter to Ludwig Kugelmann, July 11, 1868. [3] Karl Marx, Capital, vol. 1; chap. 1, note 35; p. 175 of Penguin edition. [4] ibid.; chap. 1, section 3; p. 139 of Penguin edition. [5] Karl Marx, 1973. Grundrisse: Foundations of the Critique of Political Economy. New York: Vintage Books, p. 145. [6] Karl Marx, Capital, vol. 1; chap. 2, note 4; p. 181 of Penguin edition. [7] ibid.; p. 92 of Penguin edition. [8] ibid.; chap. 24, section 3; p. 739 of Penguin edition. [9] Karl Marx, Capital, vol. 3, chap. 1; p. 117 of Penguin edition. [10] Raya Dunayevskaya, 2000. Marxism and Freedom: From 1776 until today. Amherst, NY: Humanity Books, p. 141. [11] Karl Marx, Capital, vol. 2, chap. 20, section 8; p. 509 of Penguin edition. [12] Karl Marx, Capital, vol. 3; chap. 9; p. 259 of Penguin edition. [13] ibid., chap. 49; pp. 984-5 of Penguin edition. [14] Economic manuscript of 1861-1863. Karl Marx, 1991. Karl Marx, Frederick Engels: Collected Works, Vol. 33, p. 104. New York: International Publishers. 8