KERTAS KONSEP SEMINAR PELANCONGAN IMT-GT MEMANFAATKAN POTENSI PELANCONGAN SEBAGAI SUMBER PERTUMBUHAN BARU DI BAWAH KERANGKA KERJA PELANCONGAN IMT-GT

Similar documents
Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

vii ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Penjenamaan Tempat (Place Banding) dan Faedah kepada Sektor Pelancongan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL

Laporan Sesi Dialog Town Hall Meeting (Sesi 1)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

SUKATAN PEPERIKSAAN (SUBJEK JABATAN) AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

KEPERLUAN PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN MELALUI MICROSOFT OFFICE SHAREPOINT SYSTEM (MOSS) DIKALANGAN WARGA NUKLEAR MALAYSIA.

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPUASAN PELANCONG TERHADAP SERVICESCAPE DI PELANCONGAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER)

PROSEDUR KERJA UMUM ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN UKM-SPKP-PKU11

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

C. Sistem Persijilan Kendiri Asean dan Jendela Tunggal Asean. D. Pelanunan di laut dan penggubahan wang haram.

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN SEKTOR AWAM

PROFIL KORPORAT. Corporate Profile

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KERTAS KERJA MALAYSIAN STREET FOOD TOUR FIESTA SINERGI INTELEK KOLEJ TUN SYED NASIR TARIKH 3 MEI 2014

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PENILAIAN PENGETAHUAN

BULETIN MARPA Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (Malaysian Radiation Protection Association)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

ISI KANDUNGAN SEKSYEN/ RUJUKAN 1.0 TUJUAN OBJEKTIF DAN SKOP 3

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

RADON AND THORON STUDY IN AREAS OF ELEVATED BACKGROUND RADIATION IN PALONG, SEGAMAT, JOHOR NUR AMIRA BINTI ABD WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Travelog Mobiliti Antarabangsa: Dari Universiti di Rimba Hijau Ke Kota Makasssar

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

SCS. Kit HR FACILITIES (KEMUDAHAN)

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 7) LAPORAN

PROGRAM USAHAWAN BAGI MEMPERKASAKAN EKONOMI GOLONGAN ASNAF: PEMANTAUAN DARI APLIKASI MYEMA ABSTRACT

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P008 PROSEDUR MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN ISO UPM

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

Pelancongan dan pembangunan setempat di Malaysia: Satu analisis SWOT Royal Belum sebagai produk ekopelancongan

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Transcription:

KERTAS KONSEP SEMINAR PELANCONGAN IMT-GT MEMANFAATKAN POTENSI PELANCONGAN SEBAGAI SUMBER PERTUMBUHAN BARU DI BAWAH KERANGKA KERJA PELANCONGAN IMT-GT 1. Tujuan 1.1 Kertas konsep ini adalah bagi memberi penerangan berkenaan penganjuran Seminar Pelancongan Indonesia-Malaysia- Thailand: Memanfaatkan Potensi Pelancongan di bawah Kerangka Kerja Pelancongan IMT-GT yang akan diadakan pada suku tahun pertama tahun 2018. 2. Latar Belakang 2.1 Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) telah ditubuhkan pada tahun 1993. Segitiga pertumbuhan ini merangkumi lapan buah negeri di Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan. 2.2 Penglibatan Malaysia IMT-GT Malaysia diterajui dan diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai Urusetia Kebangsaan. manakala Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia merupakan penyelaras bagi Kumpulan Kerja Pelancongan. 2.3 Antara perkara-perkara yang diselaraskan oleh Kumpulan Kerja Pelancongan IMT-GT adalah seperti berikut: 2.3.1 Kemajuan pelaksanaan projek pelancongan IMT-GT seperti pakej pelancongan dan pelancongan perubatan; 2.3.2 Cadangan-cadangan kerjasama pelancongan yang lain; dan 2.3.3 Visi IMT-GT 2036 dan Pelan Tindakan IMT-GT 2017 2021. 2.4 Di peringkat serantau, Malaysia telah dilantik sebagai pengerusi bagi Kumpulan Kerja Pelancongan bagi tempoh 2017-2019. 2.5 Sidang Kemuncak Pemimpin IMT-GT ke-10 di Manila, Filipina pada 29 April 2017 yang turut dihadiri oleh YAB Perdana Menteri 1

Malaysia telah memuktamadkan Visi IMT-GT 2036 dan Pelan Tindakan Strategik IMT-GT 2017 2021. Visi dan Pelan Tindakan Strategik tersebut turut merangkumi Kerangka Strategik dan Pelan Pelaksanaan Pelancongan 2017-2021 yang menetapkan penyataan-penyataan strategik berikut: 2.5.1. Matlamat Pelancongan IMT-GT Pelancongan Rentas Sempadan yang Lestari, Inklusif dan Kompetitif 2.5.2 Objektif 2.5.2.1 Meningkatkan pendapatan pelancongan rentas sempadan di rantau IMT-GT; 2.5.2.2 Meningkatkan peluang pekerjaan dalam litar dan laluan (tourism circuits and routes) pelancongan rentas sempadan di rantau IMT-GT; dan 2.5.2.3 Mempromosikan pelancongan yang selamat serta lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar, sosial dan ekonomi di rantau IMT-GT. 2.6 Daripada Kerangka Strategik ini, Mesyuarat Kumpulan Kerja IMT-GT semasa Mesyuarat Perancangan Strategik IMT-GT di Bangkok, Thailand pada 13-14 Mac 2017 telah menggariskan 3 strategi utama untuk diterajui pelaksanaan dan pemantauannya oleh ketiga-tiga negara seperti berikut: 2.6.2 Strategi 1: Menambahbaik kemudahsampaian di antara kawasan-kawasan strategik di rantau IMT-GT bagi menyokong pembangunan pelancongan di litar dan laluan pelancongan rentas sempadan. Peneraju: Indonesia 2.6.3 Strategi 2: Meningkatkan kelestarian, keterangkuman dan daya saing rantau IMT-GT sebagai sebuah destinasi pelancongan. Peneraju: Thailand 2

2.6.4 Strategi 3: Memasarkan rantau IMT-GT sebagai destinasi pelancongan tunggal. Peneraju: Malaysia 2.7 Bagi melaksanakan strategi 3, ketiga-tiga negara perlu mengenalpasti produk dan perkhidmatan pelancongan yang boleh dipakejkan untuk menggalakkan pelancongan rentas sempadan serta dihubungkan dengan produk dan pakej pelancongan di sekurang-kurangnya antara 2 negara untuk dipromosikan sebagai pakej pelancongan IMT-GT. Sebagai contoh, Malaysia dan Thailand boleh mengenalpasti produkproduk pelancongan yang boleh dihubung dan digabungkan dalam satu pakej untuk dipromosikan di pasaran antarabangsa. Selain itu, Malaysia dan Thailand juga boleh mengenalpasti produk pelancongan yang boleh dihubungkan secara sirkit atau laluan (route) seperti pakej pelancongan berbasikal (cycling tourism), pakej menyelam skuba (scuba diving tourism), pakej pelancongan bermotosikal (motorcycle / bike ride tourism), pakej pelancongan jejak makanan (food trail tourism package), pelancongan pendidikan (edu-tourism) dan seumpamanya. 2.8 Sebagai langkah permulaan untuk melaksanakan strategi 3 ini, Bahagian DPL berhasrat untuk mengadakan seminar bagi mengenalpasti produk dan perkhidmatan pelancongan yang berpotensi dipakejkan untuk dipasarkan kepada pasaran IMT-GT bagi menggalakkan pelancongan rentas sempadan serta dipromosikan di pasaran antarabangsa sebagai pakej pelancongan IMT-GT untuk menggalakkan kedatangan lebih ramai pelancong asing ke rantau IMT-GT. Pakej-pakej yang dikenalpasti ini kemudiannya akan dibentangkan di Mesyuarat Kumpulan Kerja Pelancongan IMT-GT untuk dijadikan sebagai projek-projek di bawah Kerangka Kerja Pelancongan IMT-GT 2017-2021. 3. Objektif Program 3.1 Memberi pendedahan dan penjelasan kepada agensi yang terlibat dan penggiat industri pelancongan negeri berkenaan Visi IMT-GT 2036 dan Pelan Tindakan IMT-GT 2017 2021. 3.2 Mengenalpasti produk/perkhidmatan pelancongan yang berpotensi dipakejkan untuk dipasarkan di pasaran IMT-GT dan antarabangsa dan diusulkan sebagai dijadikan projek bersama di bawah IMT-GT. 3

3.3 Mengenalpasti kerjasama dan bantuan yang diperlukan daripada pihak-pihak berkepentingan di Malaysia, Indonesia dan Thailand (pihak Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, persatuan pelancongan, operator pelancongan) 3.4 Mengenal pasti potensi kolaborasi dengan penggiat-penggiat industri pelancongan/swasta di Malaysia, Indonesia dan Thailand. 4. Pengisian Program 4.1 Seminar ini akan diisi dengan tiga komponen utama seperti berikut: 4.1.1 Pembentangan Kertas Kerja 4.1.1.1 Sesi ini bertujuan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta mengenai pelan-pelan pembangunan pembangunan di wilayah-wilayah IMT-GT di bawah Kerajaan Persekutuan, pelan-pelan pembangunan pelancongan di bawah Kerajaan-Kerajaan Negeri, trend dan prospek pelancongan di rantau IMT-GT, isu dan cabaran pelancongan dari perspektif swasta dan juga situasi pelancongan semasa di wilayah-wilayah IMT-GT di Thailand dan Indonesia. 4.1.1.2 Pembentangan-pembentangan kertas kerja yang akan disampaikan diharapkan dapat membantu peserta dalam memahami senario pelancongan semasa di wilayah IMT-GT untuk disesuaikan dengan produk dan pakej pelancongan yang akan dihasilkan melalui sesi perbincangan kumpulan. 4.1.2 Perbincangan dan Pembentangan Kumpulan 4.1.2.1 Melalui sesi ini, para peserta perlu melaksanakan tugas-tugas berikut: 4.1.2.1.1 Mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran (SWOT) pelancongan setempat; 4

4.1.3 Lawatan Teknikal 4.1.2.1.2 Mengenalpasti produk / perkhidmatan pelancongan yang berpotensi dipakejkan untuk pasarkan di pasaran IMT-GT dan antarabangsa; 4.1.2.1.3 Menghasilkan cadangan pakej pelancongan untuk dipasarkan di pasaran IMT-GT dan antarabangsa; 4.1.2.1.4 Mengenalpasti kerjasama dan bantuan yang diperlukan daripada pihak-pihak yang berkepentingan di Malaysia, Indonesia dan Thailand (pihak Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, PBT, persatuan pelancongan, operator pengangkutan, dsbnya); dan 4.1.2.1.5 Mengenalpasti potensi kolaborasi dengan penggiat-penggiat industri pelancongan / swasta di Malaysia, Indonesia dan Thailand. 4.1.3.1 Melalui sesi ini, para peserta akan dibawa melawat ke produk pelancongan yang dikenalpasti untuk dibangunkan dan dipakejkan sebagai produk pelancongan IMT-GT. 4.1.3.2 Setelah selesai lawatan, para peserta akan diberi masa untuk membuat refleksi daripada lawatan bagi disesuaikan dengan produk dan pakej pelancongan untuk dimuktamadkan sebagai produk-produk dan pakej-pakej pelancongan yang akan dipilih untuk dipromosikan di pasaran IMT-GT dan dipromosikan di peringkat antarabangsa sebagai pakej-pakej pelancongan IMT-GT. 4.2 Bagi memudahkan penyelarasan, segmen perbincangan dan pembentangan kumpulan akan dibahagikan mengikut tema-tema produk pelancongan seperti berikut: 5

4.2.1 Pelancongan Eko-Kembara 4.2.2 Pelancongan Homestay dan Kampungstay 4.2.3 Pelancongan Berbasikal dan Bermotosikal 4.2.4 Pelancongan Pendidikan 4.2.5 Pelancongan Budaya, Jejak Warisan dan Makanan 4.2.6 Pelancongan Membeli-Belah 5. Tarikh dan Lokasi Program 5.1 Seminar ini dicadangkan diadakan di Negeri Selangor pada 23 25 April 2018. 5.2 Walau bagaimanapun, ketetapan tarikh dan tempat seminar mungkin berubah tertakluk kepada situasi semasa serta arahan daripada pengurusan atasan. 6. Peserta Program 6.1 Pelaksanaan seminar ini dianggarkan akan melibatkan penyertaan peserta daripada kalangan pegawai kerajaan, persatuan-persatuan pelancongan, penggiat-penggiat industri dan wakil media seperti berikut: 6.1.1 Kementerian / Agensi Persekutuan 6.1.1.1 Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri; 6.1.1.2 Jabatan Pembangunan Persekutuan bagi Negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor; 6.1.1.3 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; 6.1.1.4 Agensi-Agensi Pembangunan Koridor Wilayah (NCER, ECER); dan 6.1.1.5 Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). 6

6.1.2 Jabatan / Agensi di bawah Kerajaan Negeri 6.1.2.1 Jawatankuasa-jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (akan dikenalpasti oleh Pejabat MOTAC Negeri berdasarkan potensi di kawasan kampung berkenaan); 6.1.2.2 Jabatan Perhutanan Negeri-Negeri yang berkaitan: 6.1.2.3 Jabatan Pertanian Negeri-Negeri yang berkaitan; 6.1.2.4 IPTA-IPTA yang berpotensi dimaju dan dipakejkan sebagai produk pelancongan pendidikan (edu-tourism); dan 6.1.2.5 Jabatan-Jabatan Pelancongan Negeri (P.Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka). 6.1.3 Jabatan / Agensi / Bahagian di bawah MOTAC 6.1.3.1 Tourism Malaysia; 6.1.3.2 Jabatan Warisan Negara; 6.1.3.3 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara; 6.1.3.4 Bahagian Pembangunan Industri MOTAC; 6.1.3.5 Bahagian Pelesenan MOTAC; 6.1.3.6 Bahagian Pembangunan Prasarana MOTAC; 6.1.3.7 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia; dan 6.1.3.8 Pejabat-Pejabat MOTAC Negeri (Perlis, Kedah, P.Pinang, Perak, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka); 7

6.1.4 Persatuan-Persatuan Pelancongan dan Syarikat- Syarikat Swasta 6.1.4.1 Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Chapter Negeri-Negeri; 6.1.4.2 Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) Chapter Negeri-Negeri; 6.1.4.3 Agensi-Agensi Pelancongan yang aktif di negerinegeri berkenaan (akan dikenalpasti oleh Pejabat MOTAC Negeri); 6.1.4.4 Majlis Pemandu-Pemandu Pelancong Malaysia (MTGC), Chapter Negeri-Negeri yang berkenaan; 6.1.4.5 Persatuan-Persatuan Homestay Negeri-Negeri yang berkenaan; 6.1.4.6 Syarikat-Syarikat Penerbangan (MAS, AirAsia, Malindo, FireFly); 6.1.4.7 Operator-operator cruise dan feri yang menjalankan operasi ke Thailand dan Indonesia; 6.1.4.8 Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB); 6.1.4.9 Persatuan / Kelab Berbasikal / Motosikal; dan 6.1.4.10 Wakil-wakil daripada media tempatan terpilih. 8

7. Kesimpulan 7.1 Penganjuran Seminar IMT-GT ini adalah satu langkah permulaan yang penting ke arah mencapai sasaran Visi IMT-GT 2036 dan Pelan Tindakan Strategik IMT-GT 2017 2021. Melalui inisiatif ini, pihak MOTAC dapat mengenalpasti produk dan pakej pelancongan yang boleh dipromosikan di rantau IMT- GT bagi menggalakkan pelancongan rentas sempadan, serta meningkatkan daya saing IMT-GT sebagai destinasi pelancongan tunggal yang dihubungkan oleh produk-produk pelancongan yang menarik di ketiga-tiga buah negara. 7.2 Inisiatif ini juga wajar dilihat sebagai pemangkin kepada sumber pertumbuhan baru yang dapat menjana sumber ekonomi dan peluang pekerjaan baru kepada penduduk-penduduk di negerinegeri yang terangkum dalam sirkit IMT-GT ini, khususnya di wilayah-wilayah sempadan Malaysia-Thailand dan juga kawasan yang mempunyai akses langsung dengan wilayah-wilayah di Indonesia. 7.3 Penganjuran Seminar ini juga adalah menunjukkan kepimpinan dan usaha proaktif Malaysia sebagai Pengerusi Kumpulan Kerja Pelancongan IMT-GT bagi tahun 2017-2019, melalui kolaborasi strategik dan kerjasama rapat dengan penggiat-penggiat industri, jabatan dan agensi kerajaan serta wakil-wakil media. 7.4 Hasil daripada seminar seterusnya dapat diketengahkan dalam Mesyuarat Kumpulan Kerja Pelancongan IMT-GT. Pakej-pakej pelancongan yang dikenalpasti pula akan dipromosikan di pasaran IMT-GT melalui kolaborasi dengan penggiat-penggiat industri dari Indonesia dan Thailand, dalam Seminar Antarabangsa IMT-GT yang dicadangkan diadakan di Malaysia pada tahun 2018. Disediakan oleh: Unit Dua Hala dan Serantau - Cawangan Hubungan Antarabangsa Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan 9

CADANGAN ATURCARA PROGRAM SEMINAR PELANCONGAN KEBANGSAAN IMT-GT: MEMANFAATKAN POTENSI PELANCONGAN SEBAGAI SUMBER PERTUMBUHAN BARU DI BAWAH KERANGKA KERJA PELANCONGAN IMT-GT 23 25 APRIL 2018 Masa Program 23 April 2018 (Isnin) - Hari Pertama 2.00 petang : Ketibaan dan pendaftaran peserta 2.20 petang : Ketibaan tetamu kenamaan Majlis Pembukaan Seminar 2.30 petang : Ucaptama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Pembentangan Kertas Kerja 3.00 petang : Fokus Pembangunan Pelancongan Bagi Negeri-negeri yang Terangkum dalam Wilayah IMT-GT di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri 3.20 petang : Rangka Kerja Strategik dan Pelan Tindakan Pelancongan IMT-GT 2017-2021" oleh Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan 3.40 petang : Usaha-Usaha Pemasaran Pelancongan Serantau IMT-GT oleh Tourism Malaysia 4.00 petang : Minum Petang 6.30 petang : Makan Malam Pembentangan Kertas Kerja oleh Pemimpin-Pemimpin Industri Pelancongan 8.15 malam : Prospering Tourism in the IMT-GT Region by Enhancing Air Connectivity oleh AirAsia Berhad 8.35 malam : Exploring IMT-GT Tourism Attractions by Rail oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) 10

8.55 malam : Promoting Malaysia as a Medical Tourism Hub in the IMT- GT oleh Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) 9:15 malam : Leveraging on Digital Technologies to Enhance Tourism Businesses in the IMT-GT Region oleh Bumitra Malaysia 9.35 malam : Soal Jawab 10.00 malam : Minum malam 24 April 2018 (Selasa) Hari Kedua 8.30 pagi : Perbincangan Kumpulan (dibahagikan kepada 8 kumpulan-kumpulan kecil) 10.30 pagi : Minum pagi 1.00 tengahari : Makan Tengahari 2.00 petang : Lawatan Teknikal i. mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran (SWOT) pelancongan setempat ii. mengenalpasti produk / perkhidmatan pelancongan yang berpotensi dipakejkan untuk pasarkan di pasaran IMT-GT dan antarabangsa iii. menghasilkan cadangan pakej pelancongan untuk dipasarkan di pasaran IMT-GT dan antarabangsa iv. mengenalpasti kerjasama dan bantuan yang diperlukan daripada pihak-pihak yang berkepentingan di Malaysia, Indonesia dan Thailand (pihak Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, PBT, persatuan pelancongan, operator pengangkutan, dsbnya) v. mengenalpasti potensi kolaborasi dengan penggiatpenggiat industri pelancongan / swasta di Malaysia, Indonesia dan Thailand 6.30 petang : Lawatan Teknikal Tamat 7.30 petang : Makan Malam 8.30 malam Persediaan Pembentangan Kumpulan 10.30 malam : Minum Malam 11

25 April 2018 (Rabu) - Hari Ketiga 8.45 pagi : Kumpulan 1 9.00 pagi : Kumpulan 2 9.15 pagi : Kumpulan 3 9.30 pagi : Kumpulan 4 9.45 pagi : Kumpulan 5 10.00 pagi : Kumpulan 6 10.15 pagi : Kumpulan 7 10.30 pagi : Kumpulan 8 10.45 pagi : Minum pagi Pembentangan Hasil Perbincangan Kumpulan Rumusan dan Penutup 11.00 pagi : Rumusan Seminar oleh Setiausaha Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa 11.30 pagi : Ucapan Penutup oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) 12.00 tengahari : Makan Tengahari 1.00 tengahari : Program Tamat 12