PERSEPSI PENDUDUK TAMAN SRI PULAI, SKUDAI, JOHOR TERHADAP PENGURUSAN SAMPAH ISI RUMAH MENURUT PENDEKATAN ISLAM HADHARI FATIMAH BINTI MUSENI

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

KESAN PEMBUANGAN SAMPAH TERHADAP ALAM SEKITAR. Menganggu Keseimbangan Ekosistem

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP KUTIPAN SISA PEPEJAL DI KAWASAN LUAR BANDAR MUSFIRAH BINTI ABD JALIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

KELULUSAN CADANGAN PINDAAN/ TAMBAHAN DOKUMEN (CPD) Peneraju Proses: Pejabat Naib Canselor, (Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

Tingkahlaku isirumah dan pengurusan sisa pepejal kawasan perumahan di Jakarta, Indonesia

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

HENDRA SAPUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRAK. pada suatu ketika dahulu contohnya di zaman kerajaan Uthmaniyyah. Kajian ini

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

Transcription:

PERSEPSI PENDUDUK TAMAN SRI PULAI, SKUDAI, JOHOR TERHADAP PENGURUSAN SAMPAH ISI RUMAH MENURUT PENDEKATAN ISLAM HADHARI FATIMAH BINTI MUSENI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PENDUDUK TAMAN SRI PULAI, SKUDAI, JOHOR TERHADAP PENGURUSAN SAMPAH ISI RUMAH MENURUT PENDEKATAN ISLAM HADHARI FATIMAH BINTI MUSENI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA April 2008

ii

iii DEDIKASI Khas buat yang tersayang... Ayahanda & Bonda... Museni Bin Brahim & Siti Mahani binti Yasir Kasih sayang, pengorbanan, ketabahan, ketenangan dan doronganmu menjadi inspirasiku... Terima kasih atas segala-galanya... Dikau teramat kucintai dan kusayangi.. Selama-lamanya... Al-Fatihah Buat kekanda yang disayangi Mohd Idris bin Museni Moga dicucuri rahmat dan bahagia disana... Kekanda-kekanda dan Adinda-adindaku yang dikasihi... Khairiah & Mohd Fadhil, Wardah & Abd. Rahman al-akhdhori, Mohd Syuhada`, Siti Nor Fatehah, Syahdatul Syafiqah, Ahmad Khairil Hanis & `Amirah `Aisyah... Moga kejayaan menjadi milik kita bersama... Anak-anak saudaraku... Mohd `Afif Fadhli, Sumayyatus Syahidah, Ahmad Muhaimin &`Ainul Mardhiyyah... Semoga kalian menjadi insan berguna kelak...amin... Kesemua para pendidikku... Halalkan segala ilmu yang dicurahkan... Jasa kalian teramat bernilai pada diriku... Sahabat-sahabat seperjuanganku... Kenangan bersama kalian tidak mungkin akanku lupakan... Hingga akhir hayatku... Terima kasih atas segalanya...

iv PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah kurnia-nya serta selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w, akhirnya laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan dengan sempurna. Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia yang dihormati, Dr. Sulaiman bin Kadikon di atas segala nasihat, dorongan dan bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan di sepanjang proses pembikinan projek sarjana muda ini. Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial (PPIPS), UTM di atas tunjuk ajar yang diberikan membantu melengkapkan lagi projek ini. Terima kasih kepada En. Yuslee b. Abdul Hamid, Penolong Pengarah Kesihatan Persekitaran MPJBT. Begitu juga kepada Tuan Hj. Md Nor bin Salleh, Pengerusi Masjid Taman Sri Pulai dan Hj. Mohd Rosely bin Abd. Rahman, Pengerusi Rukun Tetangga Zon Pakis di atas maklumat yang telah diberikan. Terima kasih juga kepada Imam Masjid Taman Sri Pulai, Abu Ayub bin Abdul Razak dan juga seluruh penduduk Islam di Zon Pakis yang telah memberikan kerjasama yang sebaiknya di sepanjang proses pengedaran soal selidik. Buat sahabatsahabat tahun akhir Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) sesi 2007/2008, terima kasih kerana memberikan sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini. Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, ribuan terima kasih diucapkan. Semoga Allah melipatgandakan pahala amalan kalian seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin.

v ABSTRAK Kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk melihat persepsi penduduk Islam di Zon Pakis, Taman Sri Pulai, Skudai, Johor terhadap pengurusan sampah isi rumah menurut pendekatan Islam Hadhari. Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan penduduk terhadap masalah pengurusan sampah, sikap penduduk terhadap pengurusan sampah isi rumah dan persepsi penduduk terhadap pendekatan Islam Hadhari mengenai pengurusan sampah isi rumah. Sampel kajian adalah seramai 201 orang responden yang terdiri daripada penduduk yang beragama Islam, di Zon Pakis, Taman Sri Pulai, Skudai, Johor. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi empat soalan berkaitan latar belakang responden dan 32 item soalan berkaitan persoalan kajian. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.874. Data yang diperolehi menerusi kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) for windows version 14.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden memberikan persepsi yang positif terhadap persoalan kajian. Nilai min yang diperolehi ialah 4.33 bagi tahap pengetahuan terhadap masalah pengurusan sampah, 3.97 bagi sikap penduduk terhadap pengurusan sampah isi rumah dan 4.48 bagi persepsi penduduk terhadap pendekatan Islam Hadhari mengenai pengurusan sampah isi rumah. Beberapa cadangan turut dikemukakan kepada beberapa pihak tertentu untuk diambil perhatian. Diharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak untuk lebih memahami pengurusan sampah isi rumah.

vi ABSTRACT The descriptive research to look at the perception among Islam resident at Zon Pakis, Taman Sri Pulai, Skudai, Johor towards domestic waste management based on Islam Hadhari approach. This research are focus on identifying the resident level of knowledge towards waste management problem, the resident attitude towards domestic waste management and the resident perception on Islam Hadhari approach towards domestic waste management. Research sample has 201 respondent consist of muslims resident, at Pakis Zone, Taman Sri Pulai, Skudai, Johor. The instrument used was a set of questionnaire, where contained of 32 items, focusing on the area of the research. The value of the research instrument`s realibility was a α = 0.874. The data obtained was analyzed using the Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) for windows version 14.0 software in order to fling out the mod, percentage and mean. The result of this study shows that the respondents have a positive perception towards the research objectives. The mean value obtained was 4.33 for the resident level of knowledge towards waste management problem, 3.97 for the resident attitude towards domestic waste management and 4.48 for the resident perception on Islam Hadhari approach towards domestic waste management. They also come out with a few suggestion to the responsible person for their concern. Hopefully, this research will give a benefit to all for their understanding on domestic waste management.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL TRANSLITERASI ARAB SENARAI SINGKATAN SENARAI AYAT AL-QURAN SENARAI HADITH SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xv xvi xvii xviii xix BAB 1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Penyataan Masalah 4 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 7 1.6.1 Pelajar 7 1.6.2 Ibu Bapa 8

viii 1.6.3 Pendidik 8 1.6.4 Pihak Yang Bertanggungjawab 8 1.6.5 Masyarakat 9 1.7 Batasan Kajian 10 1.8 Takrifan Istilah 10 1.8.1 Persepsi 10 1.8.2 Penduduk 11 1.8.3 Pengurusan 11 1.8.4 Sampah Isi Rumah 11 1.8.5 Pendekatan 12 1.8.6 Islam Hadhari 13 1.9 Kesimpulan 13 BAB 2 SOROTAN KAJIAN 15 2.1 Pengenalan 15 2.2 Masalah Pengurusan Sampah 16 2.2.1 Kekurangan Tapak Pelupusan 16 2.2.2 Kos Penyelenggaraan Sampah 18 2.2.3 Pencemaran 19 2.3 Pengurusan Sampah Isi Rumah 21 2.3.1 Planning (Merancang) 22 2.3.2 Organizing (Mengelola) 23 2.3.3 Leading (Memimpin) 23 2.3.4 Controlling (Mengawal) 24 2.4 Pendekatan Islam Hadhari Terhadap Pengurusan Sampah Isi Rumah 24 2.4.1 Pendekatan Konsep Khalifah 25 2.4.2 Pendekatan Konsep Adab dan Akhlak 28 2.4.1.2 Sifat Ihsan 28 2.4.2.2 Sifat Qana`ah 29 2.4.2.3 Sifat Mahabbah 29

ix 2.4.2.4 Sifat Ta`awun 30 2.5 Kajian Lepas 31 2.6 Kesimpulan 33 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 35 3.1 Pengenalan 35 3.2 Reka Bentuk Kajian 35 3.3 Tempat Kajian 36 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 37 3.5 Instrumen Kajian 37 3.5.1 Pengumpulan Data Primer 38 3.5.1.1 Soal selidik 38 3.5.2 Pengumpulan Data Skunder 39 3.6 Prosedur Kajian 39 3.6.1 Kajian Rintis 41 3.6.2 Kajian Sebenar 42 3.7 Analisis Data 42 3.8 Jangkaan Kajian 43 3.9 Kesimpulan 43 BAB 4 ANALISIS DATA 44 4.1 Pengenalan 44 4.2 Analisis Data (Bahagian A) 45 4.2.1 Jantina 45 4.2.2 Umur 45 4.2.3 Tahap Pendidikan 46 4.2.4 Bilangan Ahli Dalam Rumah 46 4.3 Analisis Data (Bahagian B) 47

x 4.3.1 Analisis Tahap Pengetahuan Penduduk Terhadap Masalah Pengurusan Sampah 47 4.3.2 Analisis Sikap Penduduk Terhadap Pengurusan Sampah Isi Rumah 51 4.3.3 Analisis Persepsi Penduduk Terhadap Pendekatan Islam Hadhari Mengenai Pengurusan Sampah Isi Rumah 57 4.4 Min Keseluruhan 61 4.5 Kesimpulan 65 BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 66 5.1 Pengenalan 66 5.2 Perbincangan 66 5.2.1 Latar Belakang Responden 67 5.2.2 Tahap Pengetahuan Penduduk Terhadap Masalah Pengurusan Sampah 68 5.2.3 Sikap Penduduk Terhadap Pengurusan Isi Rumah 70 5.2.4 Persepsi Penduduk Terhadap Pendekatan Islam Hadhari Mengenai Pengurusan Sampah Isi Rumah 73 5.3 Rumusan 76 5.3.1 Rumusan Tahap Pengetahuan Penduduk Terhadap Masalah Pengurusan Sampah 76 5.3.2 Rumusan Sikap Penduduk Terhadap Kaedah Pengurusan Isi Rumah 77 5.3.3 Rumusan Persepsi Penduduk Terhadap Pendekatan Islam hadhari Mengenai Pengurusan Sampah Isi Rumah 78 5.4 Cadangan 79 5.4.1 Individu 79

xi 5.4.2 Ibu Bapa 80 5.4.3 Intitusi Pendidikan 81 5.4.4 Pihak Yang Bertanggungjawab 82 5.4.5 Media Massa 83 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 84 5.6 Penutup 85 BIBLIOGRAFI 86 LAMPIRAN

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Komposisi Sisa Sampah 5 1.2 Sumber Sisa Pepejal Domestik 12 3.1 Jumlah Taburan Penduduk Yang Beragama Islam 37 3.2 Tahap Pemeringkatan Skor Di Dalam Skala Likert 40 3.3 Pengkelasan Instrumen Kajian 41 3.4 Skala Min Bagi Soal Selidik 43 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 45 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 45 4.3 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 46 4.4 Taburan Responden Mengikut Bilangan Ahli dalam Rumah 46 4.5 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya mengetahui negara ini kekurangan tapak pelupusan sampah. 47 4.6 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Tapak pelupusan yang besar dan luas diperlukan untuk menampung jumlah sampah yang banyak. 47 4.7 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tahu kitar semula dapat membantu masalah kekurangan tapak pelupusan sampah. 48 4.8 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tahu kos penyelenggaraan dan pengurusan sampah adalah tinggi. 48 4.9 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Kos yang tinggi terpaksa ditanggung apabila sampah tidak diurus dengan baik 49 4.10 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tahu kos penyelenggaraan dan pengurusan sampah ditanggung melalui cukai pintu 49 4.11 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Sikap manusia adalah punca utama pencemaran alam sekitar 50

xiii 4.12 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tahu tentang jenis-jenis pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara. 50 4.13 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tahu pembuangan sisa sampah di rumah tanpa kawalan boleh mengakibatkan pencemaran air dan persekitaran. 50 4.14 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tahu punca dan sebab mengapa saliran air boleh tercemar dan tersumbat 51 4.15 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya menyediakan bakul sampah di dalam rumah dan tong sampah di luar rumah 51 4.16 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya memastikan tong sampah atau bakul sampah sentiasa berfungsi dengan baik 52 4.17 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tidak menyangkutkan sampah di pagar 52 4.18 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tidak meletakkan sampah di tepi jalan 53 4.19 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya memastikan sampah di urus supaya tidak diselongkar oleh haiwan liar seperti anjing 53 4.20 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tidak membiarkan sampah bertaburan di hadapan rumah 54 4.21 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tidak membiarkan sampah tersimpan selama beberapa hari di dalam rumah 54 4.22 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya mencampurkan semua jenis sampah seperti kertas, plastik, botol dan sisa makanan ke dalam tong sampah atau bakul sampah 54 4.23 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tahu kempen kitar semula 55 4.24 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya mengasingkan sampah mengikut kategorinya seperti kertas, plastik, botol dan sisa makanan 55 4.25 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Mengasingkan sampah mengikut kategorinya tidak membuang masa saya 56 4.26 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya mengamalkan kitar semula 56

xiv 4.27 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Menjaga alam sekitar dengan mengurus sampah adalah tanggungjawab sebagai seorang khalifah 57 4.28 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Kitar semula mengelakkan manusia daripada melakukan pembaziran 57 4.29 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Menjaga kebersihan dengan mengurus sampah adalah sebahagian daripada iman 58 4.30 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Menjaga alam sekitar dengan mengurus sampah selaras dengan tuntutan Islam 58 4.31 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Sampah yang diurus dapat menjaga kemaslahatan (kepentingan) dan mengelakkan kemudharatan kepada seluruh umat manusia 59 4.32 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Pengurusan sampah perlu bermula dari rumah mengelakkan daripada berlaku kerosakan terhadap alam sekitar 59 4.33 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya sedia bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha menangani masalah pengurusan sampah 60 4.34 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Sikap terhadap pengurusan sampah isi rumah perlu ditingkatkan 60 4.35 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Sebagai muslim, saya menunjukkan contoh yang baik kepada non-muslim dalam menguruskan sampah isi rumah 60 4.36 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya mengamalkan kitar semula demi kesejahteraan alam sekitar 61 4.37 Analisis Min Keseluruhan Item 1 Hingga 10 61 4.38 Analisis Min Keseluruhan Item 11 Hingga 22 62 4.39 Analisis Min Keseluruhan Item 23 Hingga 32 64

xv TRANSLITERASI ARAB Kajian ini memuatkan tulisan Transliterasi yang digunakan oleh Esiklopedia Islam dengan sedikit perbezaan dengan tulisan biasa. Konsonan ء (hamza) ض (dad) d ب (ba ) b ط (ta ) t ت (ta ) t ظ (za ) z ث (tha ) th ع ( ayn) ج (jim) j غ (ghayn) gh ح (ha ) h ف (fa ) f خ (kha ) kh ق (qaf) q د (dal) d ك (kaf) k ذ (dhal) dh ل (lam) l ر (ra ) r م (mim) m ز (zay) z ن (nun) n س (sin) s و (waw) w ش (shin) sh ه (ha ) h ص (sad) s ي (ya ) y Vovel (fathah) a fathah panjang a (kasrah) i kasrah panjang i (dammah) u dammah panjang u

xvi SENARAI SINGKATAN MPJBT - Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah SWM - Southern Waste Management JAS - Jabatan Alam Sekitar PBT - Pihak Berkuasa Tempatan BPK - Blok Perancangan Kecil KPKT - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan JBT - Johor Bahru Tengah SPSS - Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Sdn. Bhd. - Sendirian Berhad r.a - Radhi Allahu`anhu s.a.w - Sallallahu `Alaihi Wasallam S.W.T - Subhanahu Wa Ta`ala SS - Sangat Setuju S - Setuju KS - Kurang Setuju TS - Tidak Setuju STS - Sangat Tidak Setuju SPM - Sijil Pelajaran Malaysia STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah PSI - Perpustakaan Sultan Ismail t.t - Tiada Tahun UTM - Universiti Teknologi Malaysia UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia UM - Universiti Malaya NGO - Badan-badan Bukan Kerajaan

xvii SENARAI AYAT AL-QURAN NO. AL-QURAN TAJUK MUKA SURAT 1.1 Surah al-qasas 28: 77 2 2.1 Surah al-baqarah 2: 30 25 2.2 Surah al-baqarah 2: 11 26 2.3 Surah al-taubah 9: 108 26 2.4 Surah al-maaidah 5: 2 30 2.5 Surah al-taubah 9: 71 30 2.6 Surah Fussilat 41: 53 34 5.1 Surah al-baqarah 2: 222 73 5.2 Surah al-isra` 17: 72 75

xviii SENARAI HADITH NO. HADITH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Riwayat Muslim 27 2.2 Riwayat Bukari dan Muslim 29 5.1 Riwayat Bukhari 75

xix SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK A B C D E F Borang Soal Selidik Surat Kebenaran menjalankan kajian Data Belanjawan Pemungutan Sampah SWM di Kawasan MPJBT Peta Kawasan Kajian Gambar Disekitar Kawasan Kajian Contoh Poster

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga dengan alam persekitarannya. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii di sekitarnya. Manusia merupakan hamba Allah yang telah dilantik untuk memegang jawatan khalifah Allah (Haron Din, 2000). Sebagai khalifah, manusia diberi mandat untuk mentadbir dan mengurus alam ini dengan kemampuannya memahami ciri-ciri tabii alam secara terbatas. Tujuannya tidak lain semata-mata untuk memudahkan urusannya dalam mentadbir alam di samping tidak melakukan kerosakan ke atasnya. Firman Allah S.W.T:

( ( ( ( 2 š ÏΒ y7t7šåátρ š[ψs? Ÿωuρ nοt ÅzFψ$# u # $!$# ª!$# š 9t?#u!$yϑ Ïù Æ tgö/$#uρ Îû yš$ x ø9$# Æ ö7s? Ÿωuρ š ø s9î) ª!$# z ômr&!$yϑÿ2 Å ômr&uρ $u Ρ 9$# t Ï Å ø ßϑø9$# =Ïtä Ÿω!$# βî) ÇÚö F{$# "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". (Surah al-qasas, 28: 77) Berdasarkan ayat ini, Allah SWT melarang manusia melakukan kerosakan ke atas muka bumi. Malangnya, dalam usaha untuk membangun alam ini, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengeksploitasi alam tabii ini secara berlebih-lebihan. Akibatnya, peristiwa banjir kilat, pencemaran alam sekitar, perubahan cuaca dan sebagainya berlaku sehingga menyebabkan keseimbangan alam tabii mula terganggu. Memang alam ini perlu terus dibangunkan, keselesaan hidup perlu ditingkatkan, teknologi perlu dibangunkan selaras dengan keperluan manusia, namun, apabila keseimbangan alam tidak dikekalkan, mengundang bencana hasil perbuatan tangan manusia sendiri. Untuk mengatasi masalah ini, maka pendekatan Islam Hadhari melalui prinsip kesembilan iaitu pemuliharaan alam sekitar, membangunkan alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Ia dapat dilaksanakan dengan cadangan menggabungjalinkan antara pembangunan sains dan teknologi dengan ajaran agama dan nilai budaya masyarakat serta diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Ini jelas menunjukkan bahawa dalam konteks Islam Hadhari, tidak pernah mengabaikan segala masalah yang dihadapi oleh semua lapisan masyarakat, termasuk masalah pengurusan sampah isi rumah. Sebagai satu agama yang syumul,

3 Islam mempunyai pendekatan, jalan penyelesaian dan perspektifnya yang tersendiri. Oleh itu, keberkesanan pengurusan sampah isi rumah dengan cara pengendalian dan pengurusan sampah yang terkawal dan sempurna dapat membantu ke arah pemuliharaan alam sekitar iaitu prinsip kesembilan Islam Hadhari. 1.2 Latar Belakang Masalah Isu buangan sisa sampah merupakan isu yang hangat diperkatakan di peringkat kerajaan tempatan yang berkait rapat dengan proses perbandaran dan permodenan sesebuah kawasan. Ini disebabkan oleh peningkatan penghasilan buangan sisa sampah dan kaedah pelupusannya yang tidak efisien. Di samping pertambahan penduduk, inovasi pengeluaran barangan (menerusi kaedah pembungkusan) adalah penyumbang terbesar kepada peningkatan jumlah dan isi padu sampah yang dikeluarkan (Rospidah Ghazali dan Chamhuri Siwar: 2001). Kadar buangan sisa sampah juga dijangka meningkat sejajar dengan pertambahan penduduk dan kepesatan aktiviti pembuangan sisa di kawasan Johor Bahru Tengah (JBT). Sehingga tahun 2010, kuantiti penjanaan sisa sampah perdagangan dan domestik di kawasan pentadbiran JBT dijangka meningkat kepada 40,400 tan/tahun (Rancangan Struktur MPJBT 1991-2010). Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di JBT didapati tidak memuaskan dan tidak mencapai tahap kualiti yang secukupnya walaupun sebahagiannya telah diswastakan berdasarkan aduan awam yang diterima terutamanya pendudukpenduduk MPJBT. Justeru, pihak yang diberi tangggungjawab masih lagi gagal memberi pengurusan yang berkesan seperti perkhidmatan kerja dijalankan tidak mengikut jadual, spesifikasi kerja tidak dipatuhi, aduan sisa pepejal lambat atau tidak diambil tindakan dan masih juga terdapat kawasan perumahan yang telah dikeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki (C.F.O) tidak diberikan perkhidmatan pemungutan sisa pepejal.

4 Berikutan dengan masalah sampah dan pengurusannya yang semakin meruncing di Malaysia, maka Yang Berbahagia Dato` Haji Anwar b. Haji Abd Rahman, Timbalan Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya berusaha memperbaiki dan meningkatkan keadaan kebersihan dan pengurusan sampah. Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga diminta untuk memperbaiki prestasi perkhidmatan terhadap kerja pembersihan dan pengurusan sampah. Aktiviti kawal selia dan penguatkuasaan terhadap kerja yang dijalankan juga perlu dipertingkatkan secara kontrak tempatan atau melalui pihak konsortium yang dilantik kerajaan. 1.3 Penyataan Masalah Masalah sampah bukanlah fenomena baru dalam masyarakat tempatan atau global, justeru sejak dahulu sehingga kini, masalah ini tidak pernah selesai terutamanya di kawasan perumahan dan tumpuan penduduk di bandar serta kawasan perindustrian (Jamaluddin Md. Jahi: 1996). Buangan sampah yang dihasilkan oleh isi rumah merupakan antara penyumbang terbesar kepada masalah yang dihadapi. Ini diikuti oleh buangan dari kegiatan perindustrian, pembinaan, pasar dan kedai. Daripada kajian yang dibuat terhadap komposisi sisa isi rumah di Malaysia, data perolehan menunjukkan sisa organik mempunyai peratusan yang tinggi iaitu 43.2% dan kaca mencatatkan peratusan yang paling kecil iaitu 3.2% (Shahrom Md Zain, et. Al: 2002). Jadual 1.1 di bawah menunjukkan komposisi sisa isi rumah yang dihasilkan oleh penduduk Malaysia.

5 Jadual 1.1: Komposisi Sisa Sampah Bil. Komponen Komposisi berat % 1- Sisa organik 43.2% 2- Kertas 23.7% 3- Plastik 11.2% 4- Kaca 3.2% 5- Besi 4.2% 6-- Lain-lain 14.5% (Sumber: World Bank 1999) Menurut Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S. Sothinathan, mengatakan setiap individu di negara ini secara purata dianggar membuang sampah sebanyak 2kg setiap hari (Mingguan Malaysia, 7 Mei 2006). Selain itu, menurut akhbar Berita Harian (11 September 2003), masalah pembuangan sisa sampah isi rumah yang tidak sempurna berpunca daripada sikap dan amalan masyarakat yang kurang penekanan terhadap cara terbaik membuang sampah. Walaupun ia mungkin dianggap sesetengah pihak sebagai remeh, sebenarnya sikap sedemikian boleh menjadi punca sampah bertaburan dan berlakunya longgokan sampah di merata tempat. Di samping itu, kesedaran sivik mengenai cara pembuangan sampah yang sempurna oleh masyarakat masih jauh ketinggalan berbanding warga bandaraya lain seperti Australia dan Jepun. Justeru, masyarakat mengambil mudah tanpa memikirkan kesan sampingan yang akan berlaku kepada sampah isi rumah yang dibuang jika tidak menggunakan cara yang betul. Masalah lain yang sering dilakukan segelintir masyarakat ialah tidak mengikat bungkusan sampah dengan sempurna atau menggantungkan plastik sampah di pagar sementara menunggu ketibaan kakitangan syarikat pengurusan sisa sampah. Ada juga yang memasukkan sisa isi rumah ke dalam tong sampah tetapi tong berkenaan tidak dapat berfungsi dengan baik sama ada tidak bertutup atau rosak. Mereka berpendapat perkara ini remeh dan menyerahkan tugas tersebut kepada pihak berkuasa, menyebabkan mereka kurang inisiatif untuk membuang sampah dengan sempurna. Justeru, sampah berkenaan dapat diselongkar haiwan liar sehingga menyebabkan kawasan dikotori dan dicemari bau yang kurang menyenangkan. Oleh

6 itu, tidak dinafikan bahawa walaupun taraf hidup di bandaraya seperti JBT tinggi tetapi masih kurang mengamalkan tanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar. Justeru, pengasingan sampah mengikut kategorinya yang dimulakan dari rumah merupakan salah satu cara yang perlu diberi perhatian serius. Ini kerana penjanaan sisa isi rumah yang tidak diurus dengan baik mengakibatkan masalah yang lebih besar seperti kekurangan tapak pelupusan sampah. Hakikatnya, sejauhmanakah masyarakat hari ini sedar tentang masalah yang melanda ini? Sedangkan masyarakat sebenarnya mampu menyumbang sesuatu untuk membantu mengurangkan masalah sampah dengan pengurusan yang lebih baik dan sempurna. Kesedaran ini masih belum sebati di dalam jiwa masyarakat khususnya masyarakat Islam yang sinonimnya dikaitkan dengan umat yang mementingkan kebersihan. Oleh itu, kesedaran sivik masyarakat amat ditagih agar mewujudkan budaya membuang sampah dengan lebih sempurna bermula dari rumah. Melalui permasalahan ini, penyelidik merasakan perlu dibuat kajian untuk mengenal pasti sikap penduduk terhadap kaedah pengurusan sampah isi rumah. 1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut: i- Mengenal pasti tahap pengetahuan penduduk terhadap masalah pengurusan sampah. ii- Mengenal pasti sikap penduduk terhadap pengurusan sampah isi rumah. iii- Mengenal pasti persepsi penduduk terhadap pendekatan Islam Hadhari mengenai pengurusan sampah isi rumah.

7 1.5 Persoalan Kajian berikut: Berdasarkan kepada objektif, diharapkan kajian ini dapat menjawab persoalan i- Apakah tahap pengetahuan penduduk terhadap masalah pengurusan sampah? ii- Apakah sikap penduduk terhadap pengurusan sampah isi rumah? iii- Apakah persepsi penduduk terhadap pendekatan Islam Hadhari mengenai pengurusan sampah isi rumah? 1.6 Kepentingan Kajian Penyelidikan ini dibuat kerana ingin memberikan gambaran dan penjelasan di kalangan masyarakat tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar melalui pengurusan sampah isi rumah yang betul. Kajian ini juga diharap dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada beberapa pihak. 1.6.1 Pelajar Kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang masalah pengurusan sampah dan kaedah pengurusannya yang betul. Di samping membentuk sikap dengan nilai-nilai terpuji sebagaimana yang digariskan dalam Islam seterusnya membawa pelajar yang juga merupakan anak-anak generasi akan datang untuk sama-sama memikirkan apakah sumbangan mereka dalam menangani masalah ini dengan baik.

8 1.6.2 Ibu Bapa Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah keluarga. Ibu bapa juga bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak sejak dalam kandungan lagi. Justeru, memberi pendidikan awal kepada anak-anak perlu bermula dari rumah. Dengan adanya kajian ini, diharap dapat membantu memberi kesedaran ibu bapa tentang kaedah pengurusan sampah isi rumah yang betul. Ibu bapa juga diharap dapat memantau, mengasuh, mendidik seterusnya memberi kesedaran kepada anak-anak tentang bagaimana kaedah pengurusan sampah isi rumah yang betul. 1.6.3 Pendidik Golongan pendidik adalah golongan kedua yang paling hampir selepas ibubapa dalam melahirkan pelajar yang baik dari segi akademik dan sahsiah mereka. Kajian ini diharap dapat membantu para pendidik dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada para pelajar berhubung masalah pengurusan sampah dan menunjukkan kaedah pengurusannya yang betul, seterusnya sebagai salah satu jalan dalam menangani masalah ini. 1.6.4 Pihak Yang Bertanggungjawab Pihak yang dimaksudkan ialah mereka yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan pengurusan sampah. Di Malaysia, pihak yang bertanggungjawab ini pada dasarnya merupakan PBT yang beroperasi mengikut negeri masing-masing. Pihak ini biasanya terdiri daripada majlis perbandaran ataupun majlis bandaraya negeri seperti MPJBT, yang terlibat secara langsung di dalam kerja-kerja pemungutan sampah, memproses dan melupuskan sisa tersebut sebagai sisa yang tidak merbahaya kepada orang awam.

9 Selain itu, terdapat juga badan swasta yang beroperasi secara kontrak dengan PBT untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Antaranya ialah Alam Flora Sdn. Bhd, Southern Waste Management (SWM) Sdn. Bhd. SWM Sdn. Bhd merupakan pihak kontraktor yang terbesar di dalam mengendalikan sistem pengurusan sampah di Selatan Semenanjung Malaysia termasuk kawasan pentadbiran MPJBT. Namun, terdapat juga pihak-pihak swasta yang lain yang merupakan sub-sub PBT. Oleh itu, kajian ini diharap dapat membantu di dalam memberi maklumat yang sebenar kepada PBT terhadap pengurusan sampah di kawasan perumahan pada masa akan datang. Disamping dapat membari panduan kepada PBT di dalam memperbaiki sistem pengurusan yang sedia ada ke arah mewujudkan perkhidmatan yang lebih cemerlang dan di waktu yang sama dapat membantu mempertingkatkan kualiti alam persekitaran di kawasan perumahan dan sekitarnya. Begitu juga dengan badan swasta yang dilantik oleh PBT di sekitar MPJBT seperti SWM, diharap mendapat sedikit pandangan dan maklumat ke atas tanggapan awam terhadap tahap perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu, dapat dijadikan sedikit panduan ke arah pengurusan dan peruntukan perkhidmatan yang berkualiti kepada badan ini, sebagai salah satu langkah kepada peningkatan prestasi di dalam penawaran perkhidmatan kerja yang lebih baik. 1.6.5 Masyarakat Kajian ini dijalankan terhadap penduduk Taman Sri Pulai, Skudai, Johor, khasnya untuk dijadikan sebagai alat pengukur tahap kesedaran penduduk terhadap pengurusan sampah isi rumah yang betul. Selain itu, pihak responden yang juga pihak penerima perkhidmatan perlulah memberi kerjasama yang positif terhadap perkhidmatan pengurusan sampah di kawasan perumahan mereka yang mana mampu membantu pihak yang terlibat kepada penghasilan mutu perkhidmatan yang lebih baik.

10 Kajian ini juga diharap dapat dijadikan sebagai rujukan kepada masyarakat amnya dalam mewujudkan persekitaran yang lestari dan mesra alam setanding dengan negara maju melalui sebuah sistem pengurusan sampah isi rumah yang efektif. 1.7 Batasan Kajian Kajian ini dilakukan terhadap penduduk di Zon Pakis, Taman Sri Pulai, Skudai, Johor. Jenis kediaman yang terdapat di Zon Pakis ialah teres setingkat yang di diami oleh populasi meliputi penduduk lelaki dan perempuan daripada pelbagai bangsa dan agama. Oleh kerana kajian yang dijalankan oleh penyelidik menyentuh tentang pendekatan Islam Hadhari, maka penyelidik hanya mengambil penduduk yang beragama Islam sahaja. Kajian yang dijalankan ini memfokuskan terhadap aspek pengurusan sampah isi rumah yang berbentuk pepejal sahaja, tetapi tidak termasuk sampah jenis pukal seperti perabot. 1.8 Takrifan Istilah 1.8.1 Persepsi Dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003), persepsi dimaksudkan sebagai gambaran (bayangan) dalam hati atau fikiran seseorang tentang sesuatu, pandangan dan tanggapan.

11 1.8.2 Penduduk Merujuk Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003), istilah penduduk bermaksud orang yang menduduki sesuatu tempat (kampung, negeri, pulau dan sebagainya). Penduduk yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah penduduk Taman Sri Pulai, Skudai, Johor. 1.8.3 Pengurusan Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), istilah pengurusan bermaksud perihal (kerja dan sebagainya) mengurus sesuatu. Manakala Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (1987) pula mentakrifkan pengurusan sebagai perbuatan atau hal mengurus sesuatu (syarikat, badan perniagaan dan lain-lain). Kajian ini hanya memfokuskan kepada pengurusan sampah isi rumah sahaja. 1.8.4 Sampah Isi Rumah Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), sampah bermaksud bendabenda yang dibuang atau kotoran (daun kering, kertas-kertas kotor dan lain-lain), manakala Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003) mentakrifkan sampah sebagai barang atau benda yang dibuang kerana tidak digunakan lagi termasuk kotoran seperti daun kering atau kertas kotor. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974), sampah merupakan bahan buangan termasuk semua bahan yang telah ditetapkan sebagai bahan buangan terjadual sama ada dalam bentuk pepejal, cecair, gas atau wap yang dilepaskan ke dalam alam sekeliling yang boleh menyebabkan pencemaran.

12 Namun, di dalam kajian ini, penyelidik hanya memberi fokus kepada sampah isi rumah dalam bentuk pepejal sahaja. Menurut Eri kusmar (2006) dalam kajiannya yang berjudul Persepsi Penduduk Pusat Hentian Kajang dan Taman Tenaga Kajang Tentang Pencemaran Sampah Sarap Dan Pengurusannya menjelaskan bahawa sisa pepejal domestik atau sampah isi rumah merupakan sisa yang dihasilkan oleh kawasan kediaman ataupun bangunan yang digunakan sebagai kediaman. Ini termasuklah sisa makanan, aluminium, botol, kaca, kertas, beg plastik, tin, habuk, debu dan lain-lain tetapi tidak termasuk sampah sarap tanaman atau bahan buangan binaan. Jenis buangan Organik Bukan organik Sisa bulky waste Jadual 1.2: Sumber Sisa Pepejal Domestik Buangan Sisa makanan, kertas, tekstil, getah, kulit, kayu dan sisa kebun atau halaman rumah. Kaca, besi, tembikar, plastik, tin-tin, aluminium, ferrous metal, kotoran. Barangan elektrik seperti radio, televisyen, peti sejuk, mesin basuh, perabot, barangan mewah, buangan tekstil, barangan isi rumah berbahaya seperti bateri dan mentol lampu. (Sumber: Alam flora Sdn. Bhd) 1.8.5 Pendekatan Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), pendekatan bermaksud kaedah (cara, langkah-langkah dan sebagainya) yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (menyelesaikan masalah dan lain-lain). Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini berdasarkan kepada pendekatan prinsip kesembilan Islam Hadhari iaitu pemuliharaan alam sekitar.

13 1.8.6 Islam Hadhari Perkataan Islam secara harfiahnya bermakna komitmen, kepatuhan dan penyerahan diri (Ala`eddin Kharofa: 1992). Perkataan Islam juga berasal daripada perkataan aslama yang bermaksud penyerahan diri seseorang kepada Tuhan (Syed Mahmuddunnasir: 1981). Menurut Haron Din (2000), pengertian Islam dari segi bahasa terdapat pelbagai makna kerana perkataan Islam merupakan nama terbitan dan kata kerjanya ialah perkataan salam yang mengandungi tiga makna iaitu: Pertama : Tulen dan suci daripada sebarang kecacatan zahir dan batin. Kedua : Damai, aman atau sejahtera Ketiga : Taat dan menyerah Manakala dari segi syara` pula ialah mentauhidkan Allah SWT, patuh, tunduk dan jujur hati kepada-nya serta beriman dengan ajaran Allah SWT yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW (Haron Din: 2000). Hadhari pula diertikan sebagai civilization yang bermaksud peradaban atau tamadun. Dari segi istilah, hadhari bermaksud yang bertamadun atau Islam yang menekankan aspek ketamadunan (Abd. Manaf Haji Ahmad: t.t). 1.9 Kesimpulan Kesimpulannya, bab ini telah membincangkan berkaitan dengan pengenalan, latar belakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan takrifan istilah.

14 Dengan merujuk kepada bab satu ini, dapat difahami apa yang akan dibincangkan atau dikaji oleh penyelidik. Hal ini dapat dirujuk melalui penyataan masalah, objektif kajian dan persoalan kajian. Manakala melalui takrifan istilah pula, penyelidik memberi fokus kepada pengertian kajian secara lebih terperinci dan menjadi fokus utama dalam kajian ini.