PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UNIYERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BINTI MOED YUSOT'T'

PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) PROGRAM j-qaf DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON PENGERANG, JOHOR

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

PERANAN NGO ISLAM TERHADAP PERLAKSANAAN ISLAH DAN DAKWAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT NORSHIELA BINTI MD SAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ABSTRAK. menghidupkan syiar Islam di Brunei Darussalam. Oleh yang demikian, kajian ini

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Transcription:

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH NURUL ASMAD BINTI AHMAD AZUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH NURUL ASMAD BINTI AHMAD AZUDIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MEI 2011

iii DEDIKASI Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Tuhanku... Kusyukuri setiap anugerah pemberian-mu Redhakanlah kehidupanku di dunia dan di akhirat Ku titipkan halaman istimewa ini buat... Bonda dan Ayahanda Tercinta... Che Eshah binti Ismail dan Ahmad Azudin bin Abd. Rashid Segala Doa..Pengorbanan... Semangat & Kasih sayang kalian berdua Amat anakanda syukuri... Membuatkan anakanda teguh di sini... Terima kasih kerana telah mendidik anakanda mengenal erti kehidupan Sesungguhnya segala keringatmu tak terdaya anakanda untuk membalasnya Insan-Insan Yang Tersayang... Kekanda, kakanda dan adinda-adindaku... Tiada kenangan terindah selain dapat berkongsi kasih-sayang antara kita Moga rahmat dan kasih-sayang Allah sentiasa mengiringi setiap atur langkah perjalanan hidup kita... Terima kasih kerana memahami Doa.. Semangat.. Kasih sayang.. dan Keprihatinan kalian Amat daku hargai.. Para Pendidik Yang Dihormati... Khasnya buat bonda Dr. Buerah binti Tunggak Terima kasih di atas segala ilmu dan didikan yang dicurahkan Semoga Allah membalas jasa kalian.. Sahabat SPI yang Dikasihi Sekian lama kita bersama.. mencipta kasih dan mesra... Segala suka duka dihadapi bersama Iman dan Taqwa menguatkan ukhuwwah kita Betapa manisnya jalinan yang tercipta Berpisah di mata di hati jangan Teruskan Perjuangan Hingga Ke Akhirnya ~UKHUWWAH FILLAH, MAHABBAH LILLAH, MARDHATILLAH~

iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda. Alhamdulillah, ucapan syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan thaufiq dan hidayah serta kekuatan dan kesabaran yang Allah SWT kurniakan maka dapatlah saya menyiapkan penulisan Projek Sarjana Muda (PSM) ini yang bertajuk Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sebagai Medium Dakwah. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Penyelia Utama saya, Dr. Buerah binti Tunggak dan semua pensyarah Fakulti Tamadun Islam yang begitu prihatin dan telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak pernah jemu sepanjang tempoh saya menyiapkan penulisan ini. Tidak dilupakan buat kakitangan Fakulti pendidikan di atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan. Dalam kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat seperjuangan yang telah banyak membantu dan berkongsi idea. Buat keluarga tercinta, khususnya kepada emak dan abah tersayang yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan saya, terima kasih di atas segala pengorbananmu berdua. Juga kepada individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Semoga semua kerjasama yang telah diberikan akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Segala kesusahan danj kepenatan yang dirasai sepanjang tempoh ini akhirnya mengundang rasa redha dan syukur di atas segala-galanya. Benarlah kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

v ABSTRAK Metodologi dakwah yang digunakan merupakan nadi kepada keberkesanan dakwah. Seiring dengan perkembangan teknologi yang begitu pesat, pendakwah seharusnya mencari alternatif yang bersesuaian untuk menyampaikan dakwah. Hal ini kerana, cara dan pendekatan dakwah mesti bersesuaian dengan cabaran dan situasi semasa. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap penggunaan ICT sebagai medium dakwah, faktor-faktor yang mendorong kepada penggunaan ICT dan juga kesan-kesan penggunaan ICT sebagai medium dakwah. Seramai 120 orang pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai telah dipilih sebagai responden. Borang soal selidik yang diedarkan kepada responden mengandungi 41 soalan dan telah dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A mengandungi soalan berkaitan dengan latar belakang responden. Setiap item soalan dalam bahagian B, C, dan D diukur menggunakan lima skor skala Likert. Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen kajian adalah α = 0.911. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 15.0 for windows dan dipersembahkan secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan dan juga min dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya, hasil analisis yang dilakukan mendapati bahawa responden telah memberikan persepsi yang positif terhadap ketiga-tiga aspek yang dikaji dan purata keseluruhan dapatan kajian berada pada tahap tinggi iaitu 4.39. Sebagai maklum balas terhadap kajian yang dijalankan, kajian ini mengemukakan beberapa cadangan kepada para pendakwah untuk mempertingkatkan lagi usaha penggunaan ICT sebagai medium dakwah.

vi ABSTRACT The dakwah methodologies used are being the main key in ensuring the dakwah s effectiveness. By today s global enhancing technologies, the preachers were should be able to select the most suitable alternative method in wide spreading the Islamic dakwah. Therefore, this study were conducted to identify the student perceptions of using ICT as a medium of dakwah, it's using factors, and the effects of using it. A number of 120 UTM s fourth year students of Faculty of Education which consist of various course was chosen as the respondents. A set of questionnaire handed to the respondents were consist of 41 questions and divided to four sections. Each question in section B, C and D were measured by using 5 Likert score scale. The believability of study instruments were a = 0.911. The gained data was analyzed by using SPSS 15.0 (Statistical Package for the Social Sciences) software and presented descriptively based on the frequency, percentage and mean in schedule form. As conclusion, the analyses result shows that the respondents were having a positive perception all of three studied aspect and giving a high gain data level by 4.39. As a response to the conducted study, this research also provided a few point to the preachers to enhance the using of ICT as a dakwah s medium

vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI AYAT AL-QURAN & HADIS SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xiv xvi xviii

viii BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 8 1.5 Persoalan Kajian 8 1.6 Kepentingan Kajian 9 1.6.1 Pelajar UTM dan Persatuan-Persatuan 9 Islam di UTM 1.6.2 Pensyarah-Pensyarah UTM 10 1.6.3 Pentadbiran UTM 10 1.6.4 Organisasi-Organisasi Dakwah 11 1.7 Batasan Kajian 11 1.8 Takrifan Istilah 12 1.8.1 Persepsi 12 1.8.2 Pelajar 13 1.8.3 ICT 13 1.8.4 Medium 14 1.8.5 Dakwah 14 1.9 Kesimpulan 15 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Pengertian Dakwah 17 2.3 Hukum Menyebarkan Dakwah 19 2.4 Sejarah Dakwah 23 2.5 Sorotan Metodologi Dakwah di Malaysia 26 2.5.1 Metod Dakwah Secara Lisan 27 2.5.2 Metod Dakwah Secara Tulisan 27 2.5.3 Metod Dakwah Secara Fardiyah 28 2.5.4 Metod Dakwah Secara Jamaah 29

ix 2.5.4 Metod Dakwah Secara Media Massa 29 2.5.4 Metod Dakwah bil-hal 30 2.5.4 Metod Dakwah Melalui Bimbingan, Runding 30 Cara, Kaunseling dan Terapi 2.5.4 Metod Dakwah Melalui Kesenian 31 2.5.4 Metod Dakwah Melalui ICT 32 2.6 Pendekatan Dakwah Pada Masa Kini 33 2.6.1 Dakwah Konvensional 33 2.6.2 Dakwah Moden 34 2.7 Perkembangan ICT 35 2.7.1 Sejarah Perkembangan ICT 36 2.7.2 Definisi ICT 37 2.7.3 Perspektif Islam Mengenai ICT 38 2.8 Pendekatan Dakwah Melalui Konsep 40 E-Dakwah 2.8.1 Konsep E-Dakwah 41 2.8.2 Ciri-Ciri E-Dakwah 41 2.8.3 Fungsi E-Dakwah 45 2.9 Kesan Penggunaan ICT sebagai Medium Dakwah 47 2.7.1 Kesan Positif 48 2.7.2 Kesan Negatif 50 2.10 Kajian Lepas 52 2.11 Kesimpulan 53

x BAB III METODOLOGI KAJIAN 55 3.1 Pendahuluan 56 3.2 Reka Bentuk Kajian 57 3.3 Tempat Kajian 58 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 58 3.5 Instrumen Kajian 59 3.6 Kaedah Pengumpulan Data 59 3.6.1 Data Primer 60 3.6.2 Data Sekunder 62 3.7 Prosedur Kajian 63 3.7.1 Kajian Rintis 64 3.7.2 Kajian Sebenar 64 3.8 Analisis Data 65 3.9 Kesimpulan 66 BAB IV ANALISIS KAJIAN 67 4.1 Pendahuluan 67 4.2 Analisis Data Bahagian A (Demografi) 68 4.3 Analisis Data Bahagian B, C dan D 74 4.3.1 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan ICT sebagai Medium Dakwah 74 4.3.2 Faktor-Faktor yang Mendorong kepada Penggunaan ICT sebagai Medium Dakwah 83 4.3.3 Kesan-Kesan Penggunaan ICT sebagai Medium Dakwah 89 4.4 Rumusan Dapatan Kajian Bahagian B, C dan D 94 4.4 Kesimpulan 101

xi BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 102 5.2 Perbincangan 103 5.2.1 Analisis Bahagian A: Demografi 103 5.2.2 Bahagian B: Perbincangan Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan ICT sebagai Medium Dakwah 105 5.2.3 Bahagian C: Perbincangan Mengenai Faktor- Faktor yang Mendorong kepada Penggunaan ICT sebagai Medium Dakwah 107 5.2.4 Bahagian D: Perbincangan Mengenai Kesan- Kesan Penggunaan ICT sebagai Medium Dakwah 108 5.3 Rumusan Kajian 109 5.4 Cadangan 111 5.4.1 Organisasi-Organisai Dakwah 111 5.4.2 Pentadbiran UTM 112 5.4.3 Pensyarah-Pensyarah UTM 113 5.4.4 Pelajar UTM dan Persatuan-Persatuan Islam di UTM 114 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 114 5.6 Kesimpulan 115 BIBLIOGRAFI 116 LAMPIRAN

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Jenis Konstruk dan Bilangan Item dalam Soal Selidik 61 3.2 Skala Likert 62 3.3 Perubahan 5 Skor Skala Likert kepada Tiga Peringkat 65 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 69 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 69 4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 70 4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Tertinggi 71 4.5 Taburan Responden Mengikut Aliran Pendidikan 72 4.6 Taburan Responden Mengikut Jenis Laman Sosial yang Dimiliki 73 4.7 Taburan Skor Item 1 74 4.8 Taburan Skor Item 2 75 4.9 Taburan Skor Item 3 75 4.10 Taburan Skor Item 4 76 4.11 Taburan Skor Item 5 76 4.12 Taburan Skor Item 6 77 4.13 Taburan Skor Item 7 77 4.14 Taburan Skor Item 8 78 4.15 Taburan Skor Item 9 79 4.16 Taburan Skor Item 10 79 4.17 Taburan Skor Item 11 80 4.18 Taburan Skor Item 12 80 4.19 Taburan Skor Item 13 81 4.20 Taburan Skor Item 14 82 4.21 Taburan Skor Item 15 82 4.22 Taburan Skor Item 16 83 4.23 Taburan Skor Item 17 84

xiii 4.24 Taburan Skor Item 18 84 4.25 Taburan Skor Item 19 85 4.26 Taburan Skor Item 20 85 4.27 Taburan Skor Item 21 86 4.28 Taburan Skor Item 22 86 4.29 Taburan Skor Item 23 87 4.30 Taburan Skor Item 24 87 4.31 Taburan Skor Item 25 88 4.32 Taburan Skor Item 26 89 4.33 Taburan Skor Item 27 89 4.34 Taburan Skor Item 28 90 4.35 Taburan Skor Item 29 90 4.36 Taburan Skor Item 30 91 4.37 Taburan Skor Item 31 91 4.38 Taburan Skor Item 32 92 4.39 Taburan Skor Item 33 92 4.40 Taburan Skor Item 34 93 4.41 Taburan Skor Item 35 94 4.42 Rumusan Dapatan Kajian Bahagian B 94 4.43 Rumusan Dapatan Kajian Bahagian C 97 4.44 Rumusan Dapatan Kajian Bahagian D 99

xiv SENARAI AYAT AL-QURAN NO. QURAN SURAH HALAMAN 1.1 Surah al- Alaq: 1-5 2 1.2 Surah al-nahl: 125 2 2.1 Surah al-naml : 18-19 3 2.2 Surah al-maidah: 67 20 2.3 Surah al-imran: 104 21 2.4 Surah al-taubah: 122 21 2.5 Surah al-thahaa: 120-121 24 2.6 Surah al-mudatsir: 1-7 26 2.7 Surah al-nuur: 15 40 2.8 Surah al-fussilat: 53 41 2.9 Surah al-hujuraat: 6 52

xv SENARAI HADIS NO. HADIS HADIS RIWAYAT HALAMAN 2.1 Anas Ibnu Malik 39 2.2 Abu Hurairah 46

xvi SENARAI SINGKATAN SWT - Subhanahu Wata c ala SAW - Sallallahu alaihi wa sallam a.s. - Alaihi sallam UTM - Universiti Teknologi Malaysia FTI - Fakulti Tamadun Islam FP - Fakulti Pendidikan ICT - Teknologi maklumat dan komunikasi SPSS - Statistical Packages for the Social Science UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia JAKIM. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia PSM - Projek Sarjana Muda SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) SPL - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL) SPS - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains) SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik) SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) SPM - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) SPM - Sijil Pelajaran Malaysia STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama SMUA - Sekolah Menengah Ugama Arab

xvii SBP - Sekolah Berasrama Penuh MRSM - Maktab Rendah Sains Mara STS - SangatTidak Setuju TS - Tidak Setuju KS - Kurang Setuju S - Setuju SS - Sangat Setuju

xviii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN PERKARA A Borang Soal Selidik B Nilai Alpha bagi Kajian Rintis C Surat Memohon Mendapatkan Maklumat D Bilangan Pelajar Mengikut Tahun Kursus E Senarai Mata Pelajaran yang Ditawarkan

BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Kepesatan kemajuan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan perkembangan yang amat penting dalam era globalisasi. Umum mengetahui bahawa ICT memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat pada hari ini kerana telah memberi impak perubahan yang besar terhadap kehidupan manusia khususnya umat Islam di Malaysia. Keadaan ini merupakan satu perkembangan ilmu yang perlu diterima dengan positif oleh masyarakat kerana ICT dipenuhi dengan pelbagai maklumat yang dapat membantu membina dan membangun umat manusia. Islam merupakan agama yang syumul dan amat menitikberatkan segala aspek ilmu pengetahuan. Hal ini kerana, kunci kejayaan yang sebenarnya terletak kepada penguasaan ilmu oleh manusia. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah SWT merupakan satu perintah untuk menuntut ilmu pengetahuan berdasarkan dalil firman Allah SWT dalam surah al- Alaq, ayat 1-5:

2 Maksudnya: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang amat Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa-apa yang tidak diketahuinya. (Surah al- Alaq: ayat 1-5) Arahan Allah SWT di dalam ayat di atas jelas menunjukkan betapa pentingnya untuk menguasai ilmu pengetahuan. ICT merupakan salah satu cabang ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam seiring dengan perkembangannya. Oleh sebab itu, umat Islam tidak boleh terlalu leka dengan mengabaikan perkembangan dalam bidang teknologi sebaliknya perlu menguasai ilmu ini. Ilmu pengetahuan juga perlu dimanfaatkan oleh setiap orang yang bergelar Muslim dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi ini. Tugas menyampaikan dakwah menjadi kewajipan kepada setiap individu Muslim. Berdakwah sangat penting sebagai proses untuk menegakkan kalimah Allah SWT dan memelihara kesucian serta kemuliaan ajaran Islam agar terus berkembang untuk seluruh umat di dunia. Allah SWT telah menggariskan dengan jelas tentang kewajipan berdakwah dan telah banyak disebut di dalam al-quran. Firman Allah SWT dalam surah al-nahl, ayat 125: Maksudnya: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih

3 mengetahui siapa yang sesat dari jalan-nya, dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk. (Surah al-nahl: ayat 125) Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa agama Islam perlu disebarkan dengan berdakwah. Tugas ini tentunya menghendaki setiap orang melibatkan diri dengan kerja dakwah mengikuti kapasiti serta kemampuan yang ada. Ia perlu dilakukan secara berterusan dan istiqomah. Namun demikian, peranan umat Islam untuk meyampaikan dakwah akan terbatas sekiranya pendakwah masih menggunakan kaedah yang lama serta tidak mengikuti perkembangan teknologi semasa. Hal ini kerana, menurut Norkumala Awang (2009), cara dan pendekatan dakwah mesti bersesuaian dengan cabaran dan situasi semasa (http://www/bharian.com.my). 1.2 Latar Belakang Masalah Di dalam al-quran, Allah SWT telah banyak memberi peringatan kepada manusia tentang kepentingan komunikasi atau perhubungan. Salah satunya ialah melalui firman Allah SWT dalam surah al-naml, ayat 18-19: Maksudnya: Hingga ketika mereka sampai ke lembah semut, lalu berkatalah seekor semut: Hai sekalian semut, masuklah kamu ke dalam sarang-sarangmu, supaya kamu tidak diinjak oleh Sulaiman

4 dan bala tenteranya, sedang mereka tidak menyedari. Maka Sulaiman tersenyum lalu ketawa kerana mendengar perkataan semut itu (Surah al-naml: ayat 18-19) Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa komunikasi amat penting dalam menjalani kehidupan seharian kerana melalui komunikasi, manusia akan dapat mengetahui sesuatu maklumat terkini agar manusia tidak diibaratkan seperti katak di bawah tempurung. Keadaan ini bersesuaian dengan ajaran Islam yang amat mementingkan proses penyebaran maklumat. Sejajar dengan perkembangan teknologi, maka masyarakat khususnya umat Islam perlu memanfaatkan peluang yang ada untuk menyalurkan maklumat dan pengetahuan di samping memberi lebih kefahaman dan penjelasan berkaitan dengan agama Islam dengan mudah dan lebih berkesan. Sebelum berkembangnya ICT, agama Islam disebarkan melalui dakwah yang menggunakan kaedah konvensional seperti ceramah, syarahan dan seminar yang disampaikan terus secara lisan kepada individu atau masyarakat. Penyampaian dakwah dilakukan di pondok-pondok serta madrasah yang dibina sendiri. Pendakwah juga terpaksa melalui pelbagai cabaran dan dugaan. Di samping itu, penggunaan bahan-bahan dakwah adalah terhad, iaitu hanya menggunakan kitab-kitab lama. Ada ketikanya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk sampai kepada segenap pelusuk masyarakat (Yusoff Mohamad: 2000). Hal ini kerana, tidak semua masyarakat mempunyai kesedaran serta kesempatan untuk menghadirkan diri dalam majlis-majlis ilmu yang berlangsung di pondok-pondok atau madrasah. Tidak dapat dinafikan peranan dan sumbangan dakwah melalui sistem konvensional telah memberi sumbangan besar dalam penyebaran dakwah sebelum ini. Namun, sebagai pendakwah, golongan ini perlu kreatif dan bijak memikirkan kaedah berdakwah terhadap golongan-golongan yang mempunyai kekangan waktu atau masalah lain untuk menghadirkan diri dalam majlis agama. Justeru, alternatif yang paling berkesan untuk memantapkan lagi penyampaian dakwah terhadap

5 masyarakat ialah dengan memanfaatkan dan menggunakan kepakaran serta kemudahan yang ada pada ICT semaksimum yang mungkin. Penggunaan ICT tidak lain dan tidak bukan hanya untuk membantu memudahkan aktiviti dakwah dan memastikan agar dakwah Islam tidak ketinggalan serta berkembang seiring dengan kemajuan teknologi yang dicapai. Peranan dakwah sangat penting demi memastikan agama Islam dapat disampaikan kepada semua golongan, tidak mengira tempat, keadaan atau pun masa. Seiring dengan perkembangan ICT yang begitu pesat, umat Islam seharusnya mengkaji altenatif yang bersesuaian untuk menyampaikan dakwah dengan lebih berkesan. Oleh itu, ICT sememangnya sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu medium dakwah. Hal ini kerana, metodologi yang digunakan merupakan asas kepada keberkesanan dakwah. 1.3 Pernyataan Masalah Realitinya, dakwah dalam wadah baru menggunakan ICT ini lebih mensasarkan kepada golongan muda dan belia. Jika dilihat kepada senario di Malaysia pada hari ini, terdapat banyak cabaran kepada umat Islam di Malaysia berkaitan dengan masalah sosial yang berlaku melibatkan golongan ini seperti pergaulan bebas, minum arak dan pembuangan bayi. Punca utama masalah sosial adalah disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan agama dan juga nilai penghayatannya. Golongan muda juga mudah terpengaruh dengan ideologi songsang seperti budaya hedonisma, pergaulan bebas dan hiburan terlampau yang dibawa oleh barat (http://siputsedoot2009.blogspot.com). Walhal, generasi muda ini yang diharapkan untuk mewarisi tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang. Akan tetapi, jika mereka tidak mempunyai akhlak dan peribadi yang baik, bagaimanakah nanti mereka akan memimpin negara dan menegakkan syiar Islam?

6 Oleh yang demikian, para ahli ulama dan cendekiawan Islam yang arif mengenai golongan belia ini perlu mengeksploitasi peluang yang ada untuk menarik golongan belia ini untuk mendekati ajaran Islam. Menurut Ruzain Syukur Mansor (2009), bagi menarik minat golongan ini, maka memerlukan golongan belia juga yang mana golongan belia amat sinonim dengan tenaga dan minda yang kreatif serta inovasi. Kelebihan-kelebihan yang ada pada golongan belia ini jika dapat diaplikasikan dengan penuh hikmah ke jalan dakwah mampu menghasilkan kesan yang hebat kepada agama, masyarakat dan seterusnya negara. Usaha dakwah sebegini sebenarnya memerlukan momentum dan kepakaran tenaga muda. Maka golongan muda yang telah melalui proses tarbiah seharusnya diberikan peluang untuk mengembangkan syiar Islam yang mulia ini. Berita Harian Online bertarikh 10 Ogos 2009 menyebutkan agar golongan belia tidak perlu merasa rendah diri untuk menyampaikan dakwah dan perlu bijak mengaplikasikan kemahiran yang ada dalam memperkasakan usaha dakwah. Sebagai contoh, bidang ICT telah memberi banyak peluang kepada pakar-pakar animasi dan multimedia untuk sama-sama berdakwah (http://www.bharian.com.my/current_news). Dalam usaha mengubah persepsi belia untuk mendekati dakwah, pihak yang terlibat boleh mewujudkan pelbagai jenis aplikasi dan perisian yang tertentu agar dapat menarik minat golongan ini di samping memastikan agar segala maklumat yang ingin disampaikan itu dapat sampai dan diterima oleh golongan sasaran. Mengikut kajian yang dibuat oleh Persatuan dan Pertubuhan Belia Malaysia pula, statistik sehingga 25 Ogos 2009, menunjukkan bahawa lebih daripada 500,000 orang pengguna internet di Malaysia pada setiap hari dan angka tersebut semakin meningkat dari semasa ke semasa. Majoriti daripada bilangan tersebut adalah terdiri daripada pelajar-pelajar IPT. Pelajar-pelajar IPT akan menghabiskan masa berjamjam lamanya dengan menghadap komputer sama ada untuk menyiapkan tugasan atau mencari maklumat dan bahan-bahan yang berkaitan dengan melayari internet. Maka, secara umumnya dapat dikatakan bahawa medium ICT adalah sangat relevan digunakan untuk golongan belia dan pelajar IPT (http://www.bharian.com.my).

7 Bagi menjayakan pendidikan dakwah melalui ICT, terdapat banyak peralatan teknologi yang boleh digunakan melalui maklumat dalam komputer seperti mengakses internet, penggunaan cakera padat, e-mail dan juga laman web. Laman web merupakan alat yang sangat efektif dalam memberi penerangan berkaitan Islam sebenar dan merupakan salah satu aspek ICT yang sangat popular dalam kalangan orang perseorangan. Dengan hanya menggunakan enjin carian seperti Google, Yahoo, AltaVista dan MSN, seseorang pengguna yang menggunakan internet dapat mencari apa jua maklumat yang diperlukan. Pada masa kini, telah terdapat berjutajuta laman web yang berkaitan dengan Islam (Shaikh Mohd Saifuddeen: 2000). Di UTM sendiri, setiap kursus yang ditawarkan adalah berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains teknologi dan multimedia. Sebagai contoh, bagi kursus pendidikan, dalam setiap semester pelajar akan mengambil mata pelajaran berkaitan dengan sains komputer seperti belajar mereka bentuk perisian media, telekomunikasi dan rangkaian dan pembinaan laman web. Pada akhir semester, tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang teknologi dan maklumat akan dinilai oleh pihak universiti dan dimasukkan dalam pengiraan gred (Buku Panduan Akademik. Fakulti Pendidikan: 2007/2008). Dengan ilmu sains teknologi yang dipelajari, pelajar seharusnya dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari itu dengan memasukkan unsur-unsur keislaman sebagai salah satu cara untuk membantu mengembangkan lagi aktiviti dakwah. Berdasarkan pernyataan masalah di atas, penyelidik berpendapat bahawa ICT penting untuk digunakan sebagai medium dakwah. Oleh yang demikian, penyelidik ingin melakukan satu kajian bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap penggunaan ICT sebagai medium dakwah, faktor-faktor yang mendorong kepada penggunaannya dan kesan-kesan penggunaannya.

8 1.4 Objektif Kajian Tujuan khusus kajian ini dijalankan adalah untuk: 1.4.1 Mengkaji persepsi pelajar terhadap penggunaan ICT sebagai medium dakwah. 1.4.2 Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong kepada penggunaan ICT sebagai medium dakwah. 1.4.3 Mengkaji kesan-kesan penggunaan ICT sebagai medium dakwah. 1.5 Persoalan Kajian Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab untuk mencapai objektif kajian. Berikut merupakan persoalan kajian bagi kajian ini: 1.5.1 Apakah persepsi pelajar terhadap penggunaan ICT sebagai medium dakwah. 1.5.2 Apakah faktor-faktor yang mendorong kepada penggunaan ICT sebagai medium dakwah. 1.5.3 Apakah kesan-kesan penggunaan ICT sebagai medium dakwah.