MENJAGA RUMAH KITA BERSAMA.

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

SISTEM PEMBANGUNAN LAMAN WEB AKOMODASI BERASASKAN AWAN. Muhammad Nazmi Bin Anuar Zamri Murah

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Janji-janji Laluan Berkhutbah

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Tingkahlaku isirumah dan pengurusan sisa pepejal kawasan perumahan di Jakarta, Indonesia

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Permulaan Kesedihan Seseorang Manusia

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

PENGGUNAAN KAEDAH COCOM UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGENAL PASTI DAN MEMBANDING BEZA KEDUDUKAN KERAJAAN MELAYU AWAL SERTA GEOGRAFINYA.

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

Laluan Berkhutbah. Teks: Kolose 3:12-17 (bersambung ke muka surat 2)

KESAN PEMBUANGAN SAMPAH TERHADAP ALAM SEKITAR. Menganggu Keseimbangan Ekosistem

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

16 Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif Teori Dan Praktik

DINAMIKA PENDAKWAH MELAKSANA DAKWAH PELBAGAI ETNIK

ISI KANDUNGAN SEKSYEN/ RUJUKAN 1.0 TUJUAN OBJEKTIF DAN SKOP 3

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

Transcription:

TEMA KEMPEN PRAPASKA Ajaran Sosial Katolik memainkan peranan yang sangat penting, secara umumnya, dan Melindungi Ciptaan Tuhan, secara khususnya memainkan peranan yang kritikal, Kempen Prapaska akan mempunyai tema yang sama selama tiga tahun (2018 hingga 2020): MENJAGA RUMAH KITA BERSAMA. Tema utama ini memberi tumpuan dan mengundang tindakan umat Kristian untuk segera bertindak balas terhadap panggilan Bapa Suci tentang tanggungjawab moral dan rohani kita untuk menjaga Bumi, rumah kita bersama, di dalam ensikliknya, Laudato Si'. Istilah Laudato Si bermaksud "Terpujilah Engkau, Tuhan ku yang merupakan baris pertama lagu dari St. Francis yang memuji Tuhan dengan semua ciptaan-nya. SUMBER BAHAN PRAPASKA Kempen Prapaska 2018 akan disokong dengan sumber yang sesuai dan mudah digunakan untuk kegunaan di paroki, KED dan badan-badan Gereja. Secara aktifnya kempen ini akan mempromosikan kesedaran, pendidikan dan advokasi secara dalam talian melalui media sosial, dan disiarkan secara berkala di rangkaian sosial supaya umat beriman akan mengambil bahagian secara lebih berkesan melalui pelbagai platform media. Kit Kempen Prapaska 2018 telah disediakan secara khusus dengan bahan dan sumber untuk umat Katolik dalam tiga kategori: pelajar katekismus, kumpulan belia dan dewasa. Latihan dan aktiviti ini dalam Kit - yang bertujuan untuk membangkitkan kesedaran dan pembaharuan - bertujuan untuk dilaksanakan secara individu dan / atau di dalam kumpulan yang sesuai. TEMA UTAMA : RUJUKAN INJIL : PETIKAN LAUDATO SI: TEMA TAHUN 1: FOKUS TINDAKAN: MENJAGA RUMAH KITA BERSAMA Matius 25:14-30 Perumpamaan tentang Talenta Konsep tuan di atas alam semesta seharusnya difahami dengan lebih baik sebagai pengelola yang bertanggungjawab (Laudato Si, 116) Pelayan Perubahan Ekologi Mengubah Budaya Lupus-Buang Kita RASIONAL TEMA UTAMA Tema utama Kempen Prapaska 2018-2020 adalah MENJAGA RUMAH KITA BERSAMA. Amalan dan aktiviti Prapaska kita bersama untuk tiga tahun akan datang akan memberi tumpuan kepada kesedaran tentang keperluan yang sangat penting di dalam melindungi karya ciptaan Tuhan. Ini adalah sama pentingnya akan kesedaran bahawa Melindungi Ciptaan Tuhan merupakan Panggilan Kita. Semua hubungan, interaksi, dan penglibatan kita dengan Keluarga, Gereja dan Komuniti haruslah dipengaruhi, dipandu dan disemangatkan oleh Panggilan ini demi untuk melindungi, mempromosikan dan memelihara karya Ciptaan Tuhan. Panggilan ini secara langsung dari Rahmat Asal Tuhan yang telah dianugerahkan kepada kita ketika " Maka Allah melihat segala yang dijadikan-nya itu, sungguh amat baik. (Kejadian 1:31). 'Keputusan Ilahi' dari Kitab Kejadian ini lebih awal dan menjadi keutamaan ke atas rancangan, program, kaedah atau pendekatan lain yang telah dijalankan atau baru dicadang untuk dilaksanakan oleh kita - bagi umat Kristian, tidak ada tanda aras lain selain daripada untuk memahami dan melaksanakan rancangan Tuhan untuk Alam dan Penciptaan-Nya kerana "Tuhanlah empunya bumi dan segala isinya,dan dunia serta yang diam di dalamnya (Mazmur 24: 1). Seringkali, dan di dalam pelbagai keadaan dan situasi, kita tergoda atau cenderung untuk menerapkan kaedah dan dasar "sekular" di dalam membuat keputusan, menyelesaikan konflik, dan merancang gerakan kita di dalam bidang sosial, ekonomi dan politik. Pendekatan sekular - atau mungkin pembangunan pendekatan-pendekatan ini seharusnya menjadi lebih mudah untuk ditangani, lebih progresif, dan lebih diterima secara sosial. Walau bagaimanapun, tema Kempen Prapaska dengan tegasnya menunjukkan bahawa jalan "suci" - Panggilan Kita bukan hanya merupakan jalan yang terbaik tetapi merupakan satu-satunya cara! Oleh itu, hubungan dan penglibatan kita dengan masyarakat - KED, Gereja, kejiranan, rakan sekerja, pelajar, pihak berkuasa awam, orang di tempat awam, dll pada setiap hari, harus menjadi rutin dan isi peluang yang ada untuk menunjukkan kepentingan yang paling signifikan akan karya penciptaan Tuhan yang mengagumkan. Di Musim Prapaska, dan selepas itu terutamanya, kita digalakkan untuk memahami makna yang mendalam signifikan akan Rahmat Asal, Panggilan dan Penciptaan Tuhan... dan hidup dengan cara yang sepatutnya kita boleh Menjaga Rumah Kita Bersama... serta mengkaji semula Rencana Tuhan untuk Ciptaan-Nya.

PETIKAN UTAMA INJIL Rujukan Injil yang memberikan pemahaman asas untuk tema utama Kempen Prapaska adalah dari Kitab Matius 25: 14-30 - Perumpamaan tentang Talenta, di mana Yesus mengajar tentang pentingnya menggunakan karunia yang telah diaunerahkantuhan kepada kita untuk Kerajaan Syurga. Penegasan Perumpamaan tentang Talenta Dalam konteks Kempen Prapaska ini, pemberian (talenta) yang dianugerahkan seperti yand tercatat di dalam kisah Matius dapat difahami sebagai hadiah berupa Bumi, Rumah Umum Kita - hadiah yang tidak tertandingi dan tidak ternilai yang kita tidak mampu atau memperoleh dengan cara sendiri. Perumpamaan ini juga menyatakan bahawa bakat tidak boleh dikebumikan atau tidak ditangani atau diabaikan - dengan kata lain, kita tidak boleh bertindak acuh tak acuh atau tidak taat atau tidak peduli dengan keperluan untuk melindungi kesucian Rumah Umum Kita. Kisah di dalam Injil juga memberitahu kita bahawa hamba yang diberikan lima talenta dan yang diberi dua talenta menerima pujian yang sama dari tuannya. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Tuhan tidak membezakan antara kuantiti hasil atau produktiviti kita - sebaliknya, Dia mengharapkan kita menjadi setia dan jujur menurut kemampuan dan kemampuan kita. Dalam perumpamaan ini, hamba yang ketiga telah "menyalahkan" tuannya di atas tindakannya sendiri, bukannya mengakui sikap tidak bertanggungjawabnya sendiri. Oleh itu, kita tidak seharusnya memberi "alasan" sebaliknya kita harus bertanggungjawab dan melakukan pekerjaan kita secara konkrit untuk membina Kerajaan Tuhan. RUJUKAN LAUDATO SI Perkembangan presentasi yang kurang memadai tentang antropologi Kristian telah menimbulkan salah faham tentang hubungan antara manusia dan dunia. Yang seringkali disajikan adalah visi penguasaan dunia ala Prometheus Konsep manusia sebagai tuan atas alam semesta harus difahami lebih baik dalam erti pengelola yang bertanggung jawab. (LS, 116) Pengelolaan yang bertanggungjawab melibatkan tiga prinsip penting: pemilikan, tanggungjawab dan akauntabiliti. Di dalam prinsip kepemilikan, kita menyedari bahawa Tuhan memiliki 'segala-galanya', dan kita adalah pentadbir yang bertindak atas nama-nya. Prinsip tanggungjawab menyatakan bahawa kita bertanggungjawab untuk merawat Penciptaan Tuhan, dan apa yang kita lakukan dengannya. Oleh itu, pelayan mempunyai tanggungjawab, dan dipanggil untuk mengurus Penciptaan Tuhan sesuai dengan rencana dan tujuan-nya. Menurut prinsip akauntabiliti, pelayan akan suatu hari dipanggil untuk memberi tahu bagaimana mereka telah menguruskan apa yang telah diberikan oleh Tuhan kepada mereka. Inilah pelajaran yang diajar oleh Perumpamaan Talenta. (disesuaikan daripada Four Principles of Biblical Stewardship oleh Hugh Whelchel) RASIONAL TEMA 2018 Dilanjutkan dari fokus utama (Menjaga Rumah Kita Bersama), tema untuk tahun 2018 adalah Pelayan Perubahan Ekologi. Seorang pelayan adalah orang yang bertanggungjawab menggunakan, merancang dan menguruskan segala sumber yang dianugerahkan oleh Tuhan untuk kemuliaan-nya dan untuk kebaikan Penciptaan-Nya. Oleh itu, para pelayan harus menguruskan sumber-sumber alam dengan berhati-hati serta mengagungkan kemuliaan Tuhan, dengan cara yang mengiktiraf dan menghormati keperluan generasi akan datang. Kita dipanggil untuk menjadi ejen perubahan yang bekerja ke arah pemulihan rancangan Tuhan untuk karya Penciptaan- Nya. Perubahan spesifik dan luar biasa yang dipanggil 'perubahan ekologi', diperlukan segera untuk mengurangkan dan menghapuskan kerosakan ekologi yang berlaku akibat penyalahgunaan karya ciptaan Tuhan, dan sikap acuh tidak acuh dan ketidakpedulian kita terhadap kerosakan dan kehancuran alam sekitar. Untuk menjadi pelayan perubahan ekologi, kita haruslah mempunyai sikap dan pengetahuan 'ekologi', minda dan fikiran holistik yang akan menyumbang kepada pembinaan Kerajaan Tuhan dengan memahami Rancangan-Nya di dalam karya Penciptaan-Nya. FOKUS TINDAKAN 2018 Selaras dengan tema tersebut, Fokus Tindakan untuk Prapaska 2018 adalah Mengubah Budaya Lupus-Buang Kitau. Budaya ini mengelirukan kita dengan mengandaikan bahawa akan ada lebih banyak lagi - apabila kita membuang sesuatu. Sebenarnya, jika kita meneruskan budaya membuang, Bumi kita kelak akan kehilangan dayanya.

Fokus Tindakan Prapaska menonjolkan keperluan bekerja secara aktif untuk memulakan, mengubah atau mengekalkan amalan yang akan menggalakkan budaya penggunaan semula, kitar semula dan pengurangan - terutamanya apabila berhadapan dengan cabaran, perjuangan, halangan dan perbezaan pendapat yang besar mengenai pemuliharaan alam sekitar. Tema dan Fokus Tindakan membolehkan kita memahami bahawa dengan menjadi pelayan dan mengurangkan pembuangan merupakan bahagian penting di dalam membina Kerajaan Tuhan. Melalui matlamat dan proses Kempen Prapaska ini, Prapaska adalah musim yang sesuai dan kondusif untuk memulakan atau memperbaiki amalan keadilan ekologi di dalam Gereja dan di dalam komuniti, dan dengan itu, kita kembali komited untuk menjadi pelayan kepada Rencana Penciptaan melalui dengan enam kumpulan utama di dalam kehidupan kita: Peribadi, Keluarga, KED, Tempat Kerja atau Sekolah, Komuniti dan Negara. RASIONAL TEMA 2019: Lanjutan daripada fokus utama, tema untuk tahun 2019 adalah Menemukan dan Melayani sebagai Pelayan. FOKUS TINDAKAN 2019: Selaras dengan tema, Fokus Tindakan untuk Prapaska 2019 adalah Mengambil Langkah untuk Meminimakan Kerosakan Ekologi. RASIOANAL TEMA 2020: Lanjutan daripada fokus utama, tema untuk tahun 2020 adalah Pelayan Melindungi Karya Penciptaan. FOKUS TINDAKAN 2020: Selaras dengan tema, Fokus Tindakan untuk Prapaska tahun 2020 adalah Menghidupi Injil Karya Penciptaan.

REFLEKSI MINGGUAN TAHUN 2018 (BACAAN INJIL: TAHUN B) Minggu Injil Refleksi Ekologi Fokus (Tindakan) Ahad Pertama Mrk 1:12-15 Berbahagialah mereka yang memperlakukan segala sesuatu yang diciptakan sebagai suci. Kami mengiktiraf dan menghormati Tuhan Pencipta dalam semua karya ciptaan-nya. Ahad Ke-2 Mrk 9:2-10 Berbahagialah mereka yang mengenali keindahan bumi sebagai refleksi keindahan Tuhan Pencipta. Ahad Ke-3 Yoh 4:5-42 Berbahagialah mereka yang tidak membazirkan sumbersumber bumi yang indah - yang dimaksudkan untuk semua orang, bahkan untuk yang belum lahir. Ahad Ke-4 Yoh 3:14-21 Berbahagialah mereka yang menghormati air yang memberi kehidupan yang mengekalkan iklim dan memelihara kita. Ahad Ke-5 Yoh 12:20-33 Berbahagialah mereka yang menanam pokok yang melimdungi dari hujan, menstabilkan tanah, dan menyegarkan udara. Kami berusaha memastikan persekitaran sentiasa bersih dan cantik. Kami mempromosikan dan menyokong pemuliharaan sumber sebagai latihan rohani. Kami menjimatkan air, dan mengamalkan tabiat penjimatan air. Kami mewujudkan dan mengekalkan 'persekitaran hijau'. Ahad Ke-6 Mrk 14:1 15:47 Berbahagialah mereka yang mengurangkan apa yang mereka makan, mengguna semula apa yang mereka boleh guna, dan mengitar semula apa yang tidak boleh digunakan lagi. Kami berazam untuk menukar dari mentaliti 'lupus-buang' ke minda 'kitar semula'. (Refleksi Ekologi diambil dari Stewardship and Ecology oleh David Rhoads)

A. KANAK-KANAK A1. Peserta Peserta (Kanak-kanak) di dalam kumpulan ini terdiri daripada pelajar katekismus sekolah minggu. A2. Cadangan Aktiviti Individu Buku Illustrasi Laudato Si: Buku ini akan memperkenalkan kepada kanak-kanak akan konsep Laudato Si ( Menjaga Rumah Kita Bersama ), ensiklik Bapa Paus, dengan cara yang ringkas dan paling mudah untuk dilaksanakan. Buku ini akan dijilid menjadi buku cerita dengan beberapa cadangan aktiviti yang sesuai. Pelekat Tin Derma : Pelekat ini boleh digunakan pada bekas tin atau kontena yang mana boleh dijadikan tin derma untuk kanak-kanak menyimpan duit poket mereka dan didermakan kepada mereka yang memerlukan. Derma yang terkumpul akan diserahkan kepada pihak paroki masing-masing. A3. Cadangan Aktiviti Berkumpulan Jalan Salib: Guru-guru Katekismus dan ibubapa boleh menggunakan Peristiwa Jalan Salib beserta renungan Laudato Si untuk membantu kanak-kanak membuat renungan tema Kempen Prapaska ini. B. BELIA B1. Peserta Peserta untuk kategori kumpulan ini adalah daripada golongan belia di dalam paroki dan organisasi. B2. Cadangan Aktiviti Individu Aktivti Ekspresi Seni: Menganjurkan Aktiviti Ekspresi Seni berpandukan Tema Kempen Prapaska dan Laudato Si dengan menggunakan bahan seni, bahan terbuang atau bahan kitar semula. Hasil seni hendaklah di dalam bentuk saiz A2. Ambil gambar hasil kerja anda dan hantarkan ke email lent@aohd.org atau hantarkan melalui Whatsapp ke: 014 6649970. Hasil seni akan dipamerkan di laman Facebook Kempen Prapaska. Manakala beberapa hasil seni yang terpilih akan dipamerkan secara terbuka kepada orang ramai. Pelekat Tin Derma : Pelekat ini boleh digunakan pada bekas tin atau kontena yang mana boleh dijadikan tin derma untuk para belia menyimpan duit poket mereka dan didermakan kepada mereka yang memerlukan. Derma yang terkumpul akan diserahkan kepada pihak paroki masing-masing. B3. Cadangan Aktiviti Berkumpulan Aktiviti Belia: Mengikuti aktiviti Prapaska yang dianjurkan oleh Archdiocesan Single Adults and Youth Office (ASAYO). Maklumat lanjut berkenaan program anjuran ASAYO boleh didapati secara dalam talian di www.facebook.com/asayo.kl and at lent.aohd.org Jalan Salib dengan menggunakan bahan refleksi Laudato Si untuk merenungkan tema Kempen Prapaska. Penglibatan di Paroki: Menganjurkan aktiviti yang berkaitan dengan perubahan iklim dana lam sekitar di paroki, aktiviti-aktiviti seperti Mengurangkan - Mengguna Semula - Kitar Semula, gotong-royong, pengasingan bahan buangan dan lain-lain yang berkaitan. C. DEWASA C1. Peserta Peserta di dalam kumpulan ini adalah mereka yang berumur lingkungan 30 tahun ke atas, boleh terdiri daripada ahli KED, umat paroki, warga emas, migran dan lain-lain.. C2. Cadangan Aktiviti Individu Perancangan Tahunan Prapaska: Seiring dengan ensiklik Bapa Paus yang dikhususkan kepada alam sekitar (Laudato Si atau Menjaga Rumah Kita Bersama ), Perancangan Tahunan tersebut akan menyediakan cadangan aktiviti bulanan bertepatan dengan tema Kempen Prapaska di sepanjang tahun.perancangan tersebut juga turut memuatkan doa universal Laudato Si dan petikan berkenaan dicetak pada bahagian belakang. Sumbangan Kewangan: Peserta boleh membantu kelancaran projek yang memerlukan dana kewangan dengan menyumbang melalui sampul derma Kempen Prapaska. Pelekat Tin Derma : Pelekat ini boleh digunakan pada bekas tin atau kontena yang mana boleh dijadikan tin derma untuk anak-anak menyimpan duit poket mereka dan didermakan kepada mereka yang memerlukan. Derma yang terkumpul akan diserahkan kepada pihak paroki masing-masing. Aktivti Ekspresi Seni: Menganjurkan Aktiviti Ekspresi Seni berpandukan Tema Kempen Prapaska dan Laudato Si dengan menggunakan bahan seni, bahan terbuang atau bahan kitar semula. Hasil seni hendaklah di dalam bentuk saiz A2. Ambil gambar hasil kerja anda dan hantarkan ke email lent@aohd.org atau hantarkan melalui Whatsapp ke: 014 6649970. Hasil seni akan dipamerkan di laman Facebook Kempen Prapaska. Manakala beberapa hasil seni yang terpilih akan dipamerkan secara terbuka kepada orang ramai. C3. Cadangan Aktiviti Berkumpulan Stations of the Cross with Laudato Si reflections may be used to reflect on the Lenten Campaign theme. Doa Jalan Salib dengan menggunakan refleksi Laudato Si untuk membuat renungan akan tema Kempen Prapaska. Penglibatan Paroki dan Kawasan Kejiranan: Menganjurkan aktiviti yang berkaitan dengan Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, seperti Mengurangkan Mengguna Semula Kitar Semula, gorong-royong, bahan buangan dan lain-lain aktiviti yang berkaitan. Hari Belajar & Berdoa: Menganjurkan program untuk mendalami kepentingan Laudato Si.

Aktiviti Pendedahan kepada Alam: Dengan menjadikan Laudato Si sebagai panduan, anjurkan lawatan ke kawasan-kawasan tertentu, seperti ke Forest Research Institute of Malaysia (FRIM), untuk merenung kembali hubungan kita dengan alam sekitar. Menyokong Polisi: Memperkenalkan dan mengamalkan polisi mesra alam di Paroki dan kawasan kejiranan, seperti Bertukarlah kepada produk mesra alam, Elakkan Pembaziran Makanan, mengumpul bahan kitar semula, dan polisi-polisi lain yang berkaitan.