PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP KONSEP PENDIDIKAN QIRAAT: SATU KAJIAN DI DQ DAN MTQN

Similar documents
SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Pendekatan Pengajaran dalam Kalangan Pensyarah Tahfiz Al-Quran di Malaysia

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

BUTIRAN PERIBADI

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

BUTIRAN PERIBADI PROF. MADYA DATO DR. AHMAD BIN ABDULLAH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

LAPORAN JAWATANKUASA MAJLIS DEKAN-DEKAN PENGAJIAN ISLAM MENGKAJI PROFIL PENGAJIAN ISLAM INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

THE ONLINE JOURNAL OF ISLAMIC EDUCATION July 2017, Vol. 5, Issue 1

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Penguasaan Bacaan Hamzah Wasal Menggunakan Kaedah Bafkad (Mastering the Reading of Hamzah Wasal Using Bafkad Method)

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

ASSOCIATE EDITORS. Department of Al-Quran & Al-Hadith Academy of Islamic Studies University of Malaya Kuala Lumpur Malaysia

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBERKESANAN KELAS TAKMIR DALAM PENGAJIAN HADIS DI MASJID DAERAH MELAKA TENGAH: PENDEKATAN DAN PENAMBAHBAIKAN

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Transcription:

PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP KONSEP PENDIDIKAN QIRAAT: SATU KAJIAN DI DQ DAN MTQN Zainora binti Daud, Mustaffa Abdullah, Noorsaleha binti Mohd Salleh Jabatan Tahfiz al-quran dan al-qiraat, KUIS; Jabatan al-quran dan al-sunnah, UM; Jabatan Usuluddin KUIS zainora@kuis.edu.my; mustaffa@um.edu.my; norsaleha@kuis.edu.my. ABSTRAK Sumbangan dan peranan DQ dan MTQN menyediakan wadah perkembangan ilmu qiraat di negara ini amat terserlah sejak beberapa dekad sehingga kini. Pendidikan Qiraat telah diperkenalkan sejak penubuhannya lagi di DQ pada tahun 1966 dan di MTQN sekitar tahun 1980an hingga kini. Bahkan perkembangan pendidikan qiraat ini telah melalui pelbagai proses pemurniaan, perubahan dan pengemaskinian dari aspek tempoh pengajian, isi kandunan dan kaedah penilaian. Justeru itu, Kajian ini dijalankan untuk menganalisa konsep Pendidikan Qiraat. Kajian ini memfokuskan kepada para pensyarah yang terlibat dengan p&p kurikulum qiraat. Bagi mencapai tujuan tersebut, reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif bersifat deskriftip melalui kaedah tinjauan semasa dengan menggunakan metode soal selidik dan temu bual. Kesemua instrumen pengutipan data telah diubahsuai oleh pengkaji dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperoleh bagi semua instrumen adalah tinggi (>0.9). Seramai 46 orang pensyarah daripada Darul Quran dan MTQN di Malaysia telah dipilih untuk kajian ini. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif. Penekanan terhadap konsep Pendidikan Qiraat ini amat penting untuk menjamin kelangsungan kekuatan kurikulum qiraat, sekaligus memantapkan hala tuju pendidikan qiraat di Malaysia. Bidang Kajian: Konsep, Pendidikan Qiraat dan Persepsi Pensyarah ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pendahuluan Hassan Langgulung (1979) menegaskan, pendidikan ialah merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam masyarakat melalui berbagai-bagai proses. Proses-proses itu pengajaran, latihan dan indoktrinasi. Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan pengetahuan dari seorang ke seorang dan latihan ialah membiasakan diri melakukan sesuatu pekerjaan bagi memperoleh kemahiran sementara proses indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain. Ketiga-tiga proses tersebut berjalan serentak dalam masyarakat primitif atau moden. Pendidikan qiraat telah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w, Rasulullah merupakan orang yang pertama mempelopori ilmu qiraat kerana qiraat bermula ketika proses penurunan al- Quran dan baginda s.a.w yang telah mengajarkan al-quran kepada para sahabat sama sepertimana yang diajarkan oleh malaikat Jibril kepadanya.(shahih al-bukhari, 1994). Pendidikan qiraat ialah berkaitan perselisihan wajah-wajah qiraat dan bacaan al-qur an,( Abd al-fattah al-qadhi, 1955), yang merupakan satu ilmu yang membezakan antara qiraat shahih 983-3048-98-4 ). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 419

yang mutawātir dan qiraat syadh(khayr al-din Sayyb, 2008) yang nadīr sehingga mengwujudkan qiraat yang boleh dibaca atau qiraat tidak boleh dibaca yang menjadi satu benteng atau garis panduan daripada sebarang penyelewengan atau perubahan di dalam ayatayat al-qur an dan lahirlah ilmu Qiraat yang telah disusun oleh para ulama mutaqaddimīn. Penyusunan ilmu Qiraat ini memberi impak yang besar di kalangan umat Islam untuk memberi kemudahan di dalam pembacaan kalimah-kalimah al-qur an. 2. Latar Belakang Kajian Pendidikan Qiraat telah mula dilaksanakan sejak program Diploma Tahfiz al-quran diperkenalkan di Ma ahad Tahfiz al-quran wal Qiraat pada tahun 1966 yang beroperasi di Masjid Negara di bawah anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) di Jabatan Perdana Menteri(Wan Muhammad 1995) sehingga dinaiktaraf pada tahun 1997 dibawah pentadbiran kerajaan pusat iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mengurus berkaitan hal ehwal Islam secara umum di Malaysia dan diberi nama Darul Quran dan kini bertempat di Kuala Kubu Bharu (Darul Quran 2007). Darul Quran pada asalnya digubal sebagai institusi pertama pengajian al-quran di Malaysia telah mengadaptasi dan melaksanakan pendidikan Qiraat. DQ memainkan peranan utama sebagai sebuah pusat pengajian yang menawarkan program pengajian Tahfiz al-quran dan al-qiraat di peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan, merancang dan melaksanakan program pengajian serta kursus dan latihan secara bersistematik serta berkualiti sama ada dari segi akademik dan tenaga kepakaran dalam bidang pengkhususan tahfiz al-quran dan qiraat. (Darul Quran 2005). Manakala Ma ahad Tahfiz al-quran Negeri adalah merujuk kepada institusi tahfiz yang dikawal selia oleh kerajaan negeri yang mempunyai pentadbiran hal ehwal islam yang tersendiri berdasarkan undang-undang negeri masing-masing serta diletakkan sepenuhnya di bawah Majlis Agama Islam yang dinaungi oleh pemerintah negeri atau sultan. Penyertaan seluruh Ma ahadma ahad tahfiz al-quran melaksanakan kurikulum Qiraat antara tahun 1979 sehingga tahun 2011 mengikut penubuhan tahun ma ahad yang berbeza-beza yang berpusatkan pentadbiran DQ dalam semua hal-hal yang berkaitan akademik, kurikulum, peperiksaan serta pengajaran dan pembelajaran melibatkan tiga belas buah MTQN dari seluruh Malaysia. (Darul Quran 2005). Keperluan PQ digariskan para ulama dalam tiga kriteria iaitu rukun qiraat yang dapat diterima keshahihannya iaitu bertepatan dengan penulisan salah satu mashaf Uthmaniyyah, bertepatan dengan wajah atau kaedah bahasa Arab. (Ali Muhammad Hunas, 2004), Para ulama bersepakat menjelaskan bahawa hukum mengajar dan mempelajari ilmu qiraat adalah fardhu kifayah.(abd al-fattah al-qadhi, 1955) Ilmu qiraat bersumberkan apa yang dipindahkan (al-naql) secara shahihah dan mutāwatir daripada imam qiraat yang bersambung sanad mereka dengan Rasulullah s.a.w.(al-bazmul, 1996). Abd al-fattah al-qadhi (1955) menyatakan bahawa objektif kurikulum qiraat iaitu dapat memelihara daripada sebarang kesalahan membaca atau menyebut kalimah-kalimah al- Quran, dapat menjaga kalimah-kalimah al-quran daripada penyelewengan dan perubahan daripada yang asal, dapat mengetahui bacaan daripada para imam qurra dan dapat membezakan antara bacaan qiraat yang boleh dibaca dan tidak boleh dibaca. 983-3048-98-4 ). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 420

Manakala falsafah program Kurikulum Diploma Tahfiz al-quran dan al-qiraat ialah membentuk generasi al-quran yang bertakwa, berilmu dan berrmanfaat kepada pembangunan ummah.manakala antara objektif khas Darul Quran ialah untuk melahirkan Qurra (Qari dan Qariah) yang mahir lagi berwibawa dalam seni bacaan al-quran dan ilmu qiraat. (Darul Quran 2005). Pada tahun 2012 objektif khas program Diploma Tahfiz al-quran dan al-qiraat telah digubal dan dikemaskini sehingga menjadi sembilan objektif iaitu melahirkan huffaz yang beriman, bertakwa, berkebolehan menguasai dan mempraktikkan ilmu asas pengajian islam dalam bidang al-quran dan al-sunnah, berkebolehan memiliki ilmu-ilmu Islam yang mendalam dalam bidang pengajian al-quran dan al-sunnah, berkebolehan mengenal pasti permasalahan Hal Ehwal Islam yang berkaitan al-quran dan al-sunnah serta dapat menanganinya dengan lebih cekap, berkebolehan merekacipta bentuk dan menjalankan penyelidikan dalam al-quran dan al-sunnah serta mampu menganalisis dan menginterpretasi data, berkebolehan berfungsi dengan baik dan berkesan dalam kepimpinan secara individu dan kumpulan, mempunyai etika dan tanggungjawab dalam pembangunan Negara, berkebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan, menyedari kepentingan mendalami ilmu pengetahuan dan menjalani pembelajaran sepanjang hayat, berpengetahuan untuk menceburkan diri dalam bidang pentadbiran, pengurusan dan keusahawanan. (Darul Quran 2012). 3. Objektif Kajian Objektif dalam kajian ialah untuk: a) Mengenalpasti konsep pendidikan Qiraat, b) Meninjau persepsi pensyarah terhadap konsep pendidikan Qiraat c) Mencadangkan langkah-langkah yang boleh meningkatkan mutu pendidikan Qiraat. 4. Metodologi 4.1 Sample dan metod pengumpulan data Pensyarah Qiraat yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran qiraat dalam Diploma Tahfiz al-quran di Darul Quran dan Ma ahad Tahfiz al-quran Negeri kerana mereka terlibat dengan pendidikan Qiraat dan mempunyai maklumat di dalam bidang pendidikan qiraat di DQ dan MTQN. Kajian ini merupakan sub topik kajian Doktor Falsafah yang telah dijalankan di Darul Quran. Seramai 46 orang pensyarah yang dipilih menjadi responden kajian ini yang terlibat dengan pengajian Qiraat. Sebanyak 46 set soalselidik diedarkan sendiri oleh pengkaji terhadap pensyarah yang telah disetkan oleh pihak pentadbiran DQ dan MTQN selepas mendapat kebenaran daripada pihak JAKIM serta pentadbiran DQ dan MTQN, begitu juga selepas mendapat persetujuan temujanji antara pensyarah yang terlibat. 4.2 Instrumen Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik kerana ia bersesuaian dengan keadah tinjauan. Soal selidik yang digunakan adalah soal selidik jawapan dipilih. Dalam kajian ini penyelidik telah memilih untuk menggunakan kaedah pemungutan data secara skala jawapan jenis Likert lima mata sebagai skala jawapan responden terhadap semua penyataan yang digunakan dalam instrumen kajian ini. Skala Likert adalah sesuai digunakan bagi mengukur pandangan yang diberikan oleh responden dalam ruang tertentu secara berterusan tentang suatu amalan persepsi dan sikap (Cohen et.al 2000). Dalam instrumen kajian ini, responden diminta memilih jawapan mereka dengan menandakan salah satu nombor dari 1 hingga 5 983-3048-98-4 ). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 421

berdasarkan keterangan bagi nombor-nombor tersebut iaitu Sabgat Tidak Setuju (1) hingga kepada Sangat Setuju (5). Bagi menentukan kesahan dalam soal selidik telah dirujuk kepada tujuh orang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas adalam bidang pendidikan qiraat dan penyelidikan. Manakala keboehpercayaan item-item dalam soal selidik ini, satu analisis data telah dilakukan untuk mendapatkan nilai alpha Cronbach. Didapati instrumen soal selidik pelajar ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu nilai alpha Cronbachialah 0.93. Ini satu petunjuk yang baik tentang kebolehpercayaan instrumen tersebut dalam mengukur itemitem yang hendak diukur. Jadual 1: Interpretasi Skor Min Skor Min Interpretasi Skor Min 1.00 hingga 2.00 Rendah 2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah 3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi 4.01 hingga 5.00 Tinggi Sumber: Stufflebeam (1971) Penyelidik juga mengumpulkan data kualitatif melalui satu set temu bual semi struktur di kalangan responden yang dipilih juga berasaskan persampelan purposif yang mana responden adalah pensyarah yang berpengalaman dan yang bersedia untuk memberikan kerjasama yang baik dalam kajian ini seramai 18 orang. Temu bual ini juga membantu penyelidik dalam menyokong dan memperdalamkan beberapa data yang diperolehi dalam soal selidik dan pemerhatian. Menurut Mohd Majid Konting, 2009 bahawa Penggunaan kaedah temubual ini sangat praktikal digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada populasi yang kecil. 5. Dapatan Kajian 5.1 Analisis Profil Responden Dapatan kajian yang dilaporkan ini adalah sebahagian sub topik daripada kajian calon Doktor Falsafah. Laporan dapatan dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama akan menjelaskan profil responden, manakala bahagian kedua akan menjelaskan tentang dapatan konsep pendidikan qiraat dalam kajian ini. Kesemua pensyarah yang menjadi responden kajian ini ialah pensyarah yang terlibat dengan p&p pendidikan qiraat di DQ dan MTQN. Dapatan kajian profil pensyarah qiraat meliputi maklumat nama institusi, jantina, umur, tahap pengajian, pengalaman mengajar, kekerapan menghadiri kursus, tugas utama berkaitan ilmu qiraat dan anugerah yang pernah diperolehi. Kesemua dapatan ini boleh dilihat dalam jadual 2. Jadual 2: Bahagian A Latar Belakang Pensyarah DQ dan MTQN Item Kekerapan Peratusan Nama Institusi / DQ 16 34.8 Ma ahad MTQN 30 65.2 Jantina Lelaki 41 89.1 Perempuan 5 10.9 983-3048-98-4 ). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 422

Umur > Kurang 25 tahun 2 4.3 25 35 tahun 26 56.5 36 45 tahun 8 17.4 < 45 tahun 10 21.7 Tahap Pengajian Sijil Perguruan 1 2.2 Diploma 46 100 Diploma Perguruan 1 2.2 Sarjana Muda 44 95.7 Sarjana Muda KPLI 1 2.2 Sarjana 2 4.3 Pengalaman Mengajar Anugerah yang pernah diperolehi PhD Kurang 5 tahun 5-10 tahun 11 15 tahun 16-20 tahun Lebih 21 tahun Sanad (ijazah) bacaan al-quran (Riwayat Hafs an Asim) Sanad (ijazah) bacaan al-quran (bacaan Qiraat selain Riwayat Hafs an 0 22 10 7 4 3 0 47.8 21.7 15.2 8.7 6.5 35 76.1 19 54.3 Asim Tiada Sanad 11 23.9 Sumber: Soal Selidik, 10 Januari-1 April 2014 Berdasarkan jadual 1 di atas, Daripada 46 orang pensyarah yang mengajar Qiraat Ilmi dan Qiraat Amali di DQ dan MTQN, 34.8 adalah daripada DQ dan 65.2 adalah daripada MTQN. Ini menunjukkan pensyarah di MTQN lebih ramai berbanding DQ kerana MTQN terlibat dengan 9 buah institusi. Dari aspek jantina pula, terdapat 89.1 adalah pensyarah lelaki dan 10.9 adalah pensyarah perempuan. Ini juga jelas menunjukkan bahawa pensyarah lelaki lebih dominan daripada pensyarah perempuan yang melaksanakan kurikulum qiraat di DQ dan MTQN. Kesemua pensyarah yang terlibat dengan responden kajian terdiri daripada empat peringkat umur. Daripada 46 orang pensyarah, hanya dua orang (4.3) yang berumur kurang dari 25 tahun dalam peringkat pertama, manakala peringkat kedua dari umur 25 tahun hingga 35 tahun iaitu seramai dua puluh enam orang (56.5) dan peringkat ini merupakan peratusan terbesar dalam peringkat umur guru, diikuti dengann peringkat keempat iaitu melebihi 45 tahun iaitu seramai sepuluh orang (21.7) dan peringkat ketiga antara umur 36 hingga 45 983-3048-98-4 ). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 423

tahun iaitu seramai lapan orang (17.4). Secara umumnya, dapat dilihat majoriti pensyarah muda yang terlibat dengan p&p Qiraat adalah antara 25 hingga 35 tahun. Dari aspek latar belakang pensyarah juga dapat dilihat tahap pengajian mereka iaitu semua guru (100) berkelulusan Diploma Tahfiz al-quran dan al-qiraat, dan terdapat di kalangan mereka yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan Qiraat iaitu (95.7) dan hanya dua orang pensyarah (4.3) tidak memiliki ijazah sarjana muda, daripada empat puluh enam orang pensyarah, hanya seorang sahaja yang memiliki sijil perguruan iaitu seorang (2.2), seorang (2.2) sahaja yang memiliki diploma perguruan, seorang (2.2) pensyarah sahaja yang memiliki Ijazah Sarjana Muda KPLI dan dua orang (4.3) pensyarah yang memiliki Sarjana. Dapatan ini menunjukkan profil pensyarah yang melaksanakan pengajaran kurikulm qiraat adalah guru muda yang berumur antara 25 hingga 35 tahun dan mempunyai pengalaman kurang daripada sepuluh tahun. Dan dari aspek anugerah yang pernah diperolehi, peratusan terendah bagi guru yang tidak mempunyai sanad iaitu seramai 11 orang (23.9) berbanding dengan 35 orang (76.1) yang memiliki sanad (ijazah) bacaan al-quran riwayat Hafs an Ashim dan terdapat juga di kalangan guru yang memiliki sanad (ijazah) bacaan al-quran riwayat Hafs an Āsim iaitu (selain riwayat Hafs an Āsim iaitu seramai 19 orang (54.3). Kesimpulan daripada dapatan profil pensyarah yang terlibat dengan pendidikan Qiraat secara keseluruhannya, menunjukkan bahawa pensyarah qiraat yang melaksanakan kurikulum qiraat menunjukkan pensyarah lelaki lebih ramai berbanding dengan pensyarah perempuan, walaupun sebahagian besar di kalangan pensyarah mempunyai pengalaman baru iaitu kurang 10 tahun dalam bidang p&p qiraat dan berusia muda sekitar umur 25 hingga 35, tetapi mereka mempunyai kelayakan yang sesuai dengan bidang serta mempunyai kepakaran dalam bidang pengkhususan qiraat. Walau bagaimana pun terdapat sedikit kekurangan kerana masih ramai yang tidak memiliki ikhtisas perguruan yang boleh menjadikan p&p qiraat lebih menarik dan sistematik. 5.2 Kebolehpercayaan Analisis Menurut Pallant (2001) dalam Noraini Idris(2010), nilai indeks alpha sebanyak.7 atau ke atas adalah baik untuk skala instrumen yang mempunyai sepuluh item atau lebih item. Manakala nilai alpha sebanyak.5 pula dianggap baik untuk skala instrumen yang mempunyai kurang daripada sepuluh item. Hasil kajian rintis yang dijalankan oleh penyelidik menunjukkan bahawa koeffisien kebolehpercayaan bagi keseluruhan soal selidik pelajar ialah.93. Dan bagi semua item-item keberkesanan kurikulum Qiraat melebihi >.9. Ini menunjukkan satu koeffisien kebolehpercayaan yang berada dalam tahap tinggi di dalam menilai persepsi pelajar terhadap keberkesanan kurikulum qiraat. 5.3 Analisis Konsep Pendidikan Qiraat Konsep pendidikan qiraat mempunyai tiga elemen penting daripada perspektif pensyarah iaitu keperluan kurikulum qiraat, objektif dan falsafah kurikulum qiraat di DQ dan MTQN. Rajah 1: Konsep Pendidikan Qiraat 983-3048-98-4 ). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 424

KONSEP PQ KEPERLUAN PQ OBJEKTIF PQ FALSAFAH PQ Sumber : Adaptasi Stufflebeam 1971 Dapatan menunjukkan bahawa analisis kesemua konsep pendidikan qiraat mencatatkan interpretasi min pada tahap tinggi iaitu keperluan PQ (min=4.57, sp=0.56), objektif PQ (min=4.53, sp=0.59) dan falsafah PQ (min=4.45, sp=0.69). Dapatan menunjukkan keseluruhan item-item keperluan PQ mengikut persepei pensyarah berada di tahap yang amat memuaskan iaitu tinggi dalam jadual 3 di bawah. Dapatan kajian menunjukkan pensyarah amat bersetuju dengan item-item keperluan PQ iaitu tuntutan fardhu kifayah, kemutawatiran al-quran, menghalang penyelewengan, mengetahui rukun-rukun qiraat iaitu mesti bertepatan dengan rasm uthmani, wajah bahasa arab serta sanad yang shahih. Pensyarah juga bersetuju keperluan PQ dinyatakan dalam kurikulum Diploma Tahfiz al-quran dan al-qiraat JAKIM dan ini disokong dengan hasil temubual bersama semua pensyarah. Jadual 3: Taburan Kekerapan, Peratusan, Min, Sisihan Piawai Dan Interpretasi Min Persetujuan Pensyarah Terhadap Keperluan PQ Keperluan PQ STS TS KS S SS Mi n S.P Interpretas i Menyempurnakan tuntutan 0 0 0 18 28 4.60 0.49 Tinggi Fardhu Kifayah 0 0 0 39.1 60.9 Menjamin Kemutawatiran Al- 0 0 0 12 34 4.73 0.44 Tinggi Quran 0 0 0 26.1 73.9 Menghalang penyelewengan 0 0 0 11 35 4.76 0.43 Tinggi dan perubahan Al-Quran 0 0 0 23.9 76.1 Tahu Qiraat yang dapat 1 1 0 16 28 4.50 0.80 Tinggi diterima kesahihannya mesti 2.2 2.2 0 34.8 60.9 bertepatan dengan salah satu Mashaf Rasm Uthmani Tahu Qiraat yang dapat diterima kesahihannya mesti bertepatan dengan wajah Bahasa Arab Tahu Qiraat yang dapat diterima kesahihannya mesti bertepatan dengan Sanad yang sahih 0 0 3 21 22 4.41 0.61 Tinggi 0 0 6.5 45.7 47.8 0 0 1 16 29 4.60 0.53 Tinggi 0 0 2.2 34.8 63.0 983-3048-98-4 ). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 425

Keperluan Kurikulum Qiraat dinyatakan dalam kurikulum diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat JAKIM 0 1 2 19 24 4.43 0.68 Tinggi 0 2.2 4.3 41.3 52.2 Min Keseluruhan 4.57 0.56 Tinggi Sumber: Soal Selidik, 10 Januari-1 April 2014 Manakala hasil dapatan dalam jadual 4 di bawah menunjukkan persetujuan pensyarah terhadap objektif PQ yang berada di tahap tinggi yang merangkumi item-item sebutan bacaan al-quran yang betul secara talaqqiy dan musyafahah, bacaan imam dan rawi, al-quran sebagai kitab syariat perundangan. Hasil temubual juga menunjukkan bahawa semua itemitem objektif yang dikemukakan dalam soal selidik menepati objektif PQ dan dinyatakan dalam kurikulum Diploma Tahfiz al-quran dan al-qiraat. Jadual 4: Taburan Kekerapan, Peratusan, Min, Sisihan Piawai Dan Interpretasi Min Objektif PQ Objektif PQ STS TS KS S SS Min S.P Interpreta Membaca Al-Quran dengan sebutan yang betul melalui Talaqqi dan Musyafahah Mengetahui bacaan imamimam dan perawi-perawi Qiraat Menunjukkan keagungan Al-Quran sebagai sebuah kitab perundangan Syariat Saya tahu objektif pendidikan Qiraat kerana dinyatakan dalam kurikulum Qiraat DQ dan si 0 0 0 13 33 4.71 0.45 Tinggi 0 0 0 28.3 71.7 0 0 0 12 34 4.73 0.44 Tinggi 0 0 0 26.1 73.9 0 0 2 11 33 4.67 0.55 Tinggi 0 0 4.3 23.9 71.7 1 3 4 23 15 4.04 0.94 Tinggi 2.2 6.5 8.7 50.0 32.6 MTQN Min Keseluruhan 4.53 0.59 Tinggi Sumber: Soal Selidik, 10 Januari-1 April 2014 Jadual 5: Taburan Kekerapan, Peratusan, Min, Sisihan Piawai Dan Interpretasi Min Persetujuan Pensyarah Tenntang Falsafah PQ Falsafah PQ ST S TS KS S SS Min S.P Intrpretas i Pelajar bertakwa, berilmu 0 1 3 19 23 4.39 0.71 Tinggi dan bermanfaat kepada ummah 0 2.2 6.5 41.3 50.0 Huffaz yang mahir dalam 0 0 5 11 30 4.54 0.68 Tinggi pembacaan dan pengajian ilmu Al-Quran dan ilmu Qiraat 0 0 10.9 23.9 65.2 983-3048-98-4 ). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 426

Huffaz dan Qurra yang berketrampilan Pendakwah yang mahir dan bersesuaian dengan keperluan ummah Imam yang bertauliah dan professional melalui ilmuilmu Al-Quran Pendidik yang bertauliah dan profesional melalui ilmu-ilmu Al-Quran Huffaz yang mahir di dalam penguasaan bidang Qiraat Huffaz yang memahami tentang ilmu Qiraat secara Ilmi dan Amali Huffaz yang berkebolehan di dalam Qiraat Sab ah 3 5 4 8 26 4.06 1.30 Tinggi 6.5 10.9 8.7 17.4 56.5 0 0 5 20 21 4.34 0.67 Tinggi 0 0 10.9 43.5 45.7 0 1 0 16 29 4.58 0.61 Tinggi 0 2.2 0 34.8 63.0 0 0 0 19 27 4.58 0.49 Tinggi 0 0 0 41.3 58.7 0 0 3 15 28 4.54 0.62 Tinggi 0 0 6.5 32.6 60.9 0 0 1 15 30 4.63 0.53 Tinggi 0 0 2.2 32.6 65.2 0 0 4 17 25 4.45 0.65 Tinggi 0 0 8.7 37.0 54.3 Min Keseluruhan 4.45 0.69 Tinggi Sumber: Soal Selidik, 10 Januari-1 April 2014 Jadual 5 menunjukkan bahawa keseluruhan item-item falsafah PQ berada di tahap tinggi. Item hufaz yang memahami tentang ilmu Qiraat secara ilmi dan amali berada di tahap yang paling tinggi. 6. Dapatan Kajian Berdasarkan analisis keseluruhan dapatan yang telah dikemukakan oleh responden, maka beberapa dapatan telah dapat dapat dihasilkan dalam kajian ini iaitu: 1) Profil pensyarah menunjukkan mereka mempunyai latarbelakang pendidikan qiraat yang kukuh iaitu dalam bidang pengkhususan dalam bidang qiraat di Timur Tengah ditambah dengan majoriti pensyarah mempunyai anugerah sanad dalam qiraat. 2) Dapatan juga menunjukkan hanya minoriti kalangan pensyarah yang memiliki ikhtisas perguruan. 3) Persepsi pensyarah terhadap konsep pendidikan qiraat berada pada tahap yang tinggi dalam ketiga-tiga elemen iaitu keperluan PQ, objektif PQ dan falsafah PQ. 4) Hasil temubual juga menyokong bahawa keperluan dan objektif PQ ada dinyatakan di dalam kurikulum Diploma Tahfiz al-quran dan al-qiraat, JAKIM. 5) Di dalam elemen keperluan PQ menunjukkan item menghalang penyelewengan dan perubahan dalam al-quran yang paling tinggi. 6) Item membaca al-quran dengan sebutan yang betul secara talaqqi dan musyafahah merupakan item yang paling tinggi dalam objektif PQ. 983-3048-98-4 ). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 427

7) Manakala dalam elemen falsafah PQ menunjukkan PQ untuk melahirkan huffaz yang memahami dalam Qiraat Ilmi dan Qiraat Amali berada di tahap yang paling memuaskan. 7. Kesimpulan dan Cadangan Dapatan kajian persepsi pensyarah terhadap konsep PQ yang merangkumi keperluan, objektif dan falsafah berada di tahap tinggi dan amat memuaskan. Manakala keperluan dan objektif PQ dinyatakan dalam kurikulum Diploma Tahfiz al-quran dan al-qiraat, JAKIM. Antara cadangan-cadangan adalah seperti berikut: 1) Pihak DQ dan MTQN sentiasa mengemaskini dan menyemak konsep PQ ini agar selari dengan perkembangan dan tuntutan semasa. 2) Untuk meningkatkan kepakaran akademik di kalangan pensyarah, perlu mengadakan kursus-kursus, bengkel-bengkel berkaitan kemahiran perguruan. 3) Pihak berwajib juga perlu memberi galakan dan peluang kepada para pensyarah untuk meningkatkan tahap pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. 4) Pihak kementerian perlu bersungguh-sungguh dalam mengangkat martabat DQ dan MTQN sebagai sebuah institusi pengajin dalam bidang pendidikan qiraat. Rujukan Al-Quran Alī Muhammad Taufīq Al-Nuhās, Muqaddimah fī Ulum al-qirā at (1425H/2004M; cet.per-1, Ţantā: Dār al-sabah li al-turās). Abd al-fattah al-qadhi (1415H/1955M), al-budur al-zahirah fi al-qiraat al Asyra al- Mutawatirah min tariq al-syatibiyyah wa al-durrah, Kaherah:Maktabah Isa al-bab al-halabi. Abd Rahman Abd Ghani, Zainora et al, Kurikulum Pengajian dan Permasalahan Qiraat di KUIS: Kajian di Jabatan Tahfiz al-quran dan al-qiraat dalam Jurnal Pengajian Islam,Unit Pembangunan dan Penyelidikan, Akademi Islam KUIS.2012. Abd Rahman Abd Ghani, Zainora et al., Prosiding Seminar Keb.Penyelidikan dan Pendidikan Qiraat, Jabatan Tahfiz al-quran dan al-qiraat, KUIS, Bangi, Selangor.( 24-25 Disember 2010). Al-Dimyati, al- Allamah al-shaykh Shihab al-din Ahmad bin Muhammad Abd al-ghani, 1419H/1998, Ithaf Fudala al-bashar fi al-qiraat al- Arba Ashar.Beirut: Dar al- Kutub al- Ilmiyyah. Badr al-din Muhammad bin Abdullah al-zarkasyi, 1972. Manahil al- Irfan fi Ulum al- Quran. Kaherah :Maktabah Isa al-bab al-halabi. 983-3048-98-4 ). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 428

Daniel L.Stufflebeam and Anthony, J.Shinkfield. (1984). Syctematic Evalution: A Self Intructional Guide to Theory and Practice. Boston: Kluwer-Nojhoff Publishing. Darul Quran 2005.Sejarah Darul Quran. Unit Perhubungan,Darul Quran. Darul Quran 2007.Kurikulum Diploma Tahfiz al-quran dan al-qiraat, Unit Kurikulum Darul Quran. Darul Quran 2010.Keputusan Peperiksaan Darul Quran 2010. Unit Peperiksaan, Bahagian Akadedemi, Darul Quran. Darul Quran 2012.Kurikulum Diploma Tahfiz al-quran dan al-qiraat, Unit Kurikulum Darul Quran. Ee Ah Meng 1997 Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Selangor Fajar Bakti Sdn Bhd. Hassan Langgulung, (1979) Pendidikan Islam Suatu Analisa Sosio Psikologikal, Kuala Lumpur: Pstaka Antara. Ibn al-jazari al-imam al-hafiz Abu Khayr al-dimashqi Muhammad bin Muhammad, (1400H/1980M),Munjid al-muqri in wa Murshid al-talibin, Kaherah:Maktabat al- Qudsi. Ibnu al-jazari, 1961Taqrib al-nasyr fi al-qiraat al- Ashr Mesir: Maktabah Mustafa al-babi al-halabi wa Awladih. Khayr al-din Sayyb. (1429H/2008M). Al-Qiraat al-quraniyyah wa Atharuha fi al-ikhtilaf al- Ahkam al-fiqhiyyah. Beirut, Lubnan:Dar Ibn Hazam.Cet.1 Micheal Q.Patton, How to Use Qualitative Metods in Evaluation (USA: SAGE Publications.Inc., 1987. Mohd Majid Konting, 2009, Kaedah Penyelidikan Pendidikan cet.ke8, DBP: Kuala Lumpur. Muhammad Umar bin Salīm al-bazmūl, Al-Qirā at wa Āthāruhā fī al-tafsīr wa al-ahkām. (1417H/1996M, cet.per-1, Riyadh: Dar al-hijrah), 1: 94. Noraini Idris (2010), Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia Sdn. Bhd). Noresah Baharom,(2005). Kamus Dewan Edisi Keempat.Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Sabri Mohamad, Tajuk Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Qiraat: UKM. (Prosiding Seminar Keb.Penyelidikan dan Pendidikan Qiraat, Jabatan Tahfiz al-quran dan al- Qiraat, KUIS, Bangi, Selangor. 24-25 Disember 2010). 983-3048-98-4 ). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 429

Sedek Ariffin, Kaedah Bacaan Qira at Hamzah: Kajian di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor (Kuala Lumpur: Jabatan al-qur an dan al-hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2008M). Sivachandralingham Sundar raja dan Ayadurai letchumanan (1999), Tamadun Dunia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Stufflebeam, D.L & Shienkfield, A.J. The Relevance of CIPP Evaluation Model for Educationalaccountability. Journal of Research and Development in Education Fall, 1971. Vincet Pang&Denis Lajium(2010), Penilaian dalam Pendidikan, Sabah: Universiti Malaysia Sabah. Yusof Abdul Kadir. Analisis Diskrepansi Pelaksanaan Kurikulum Sab ah di Sebuah Sekolah Menengah, (Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, 2007). Zainora Daud.(2011)Tahap Pemahaman Pelajar-pelajar Jabatan Tahfiz al-quran dan al- Qiraat, KUIS Terhadap Matan Syatibi: Satu Kajian dalam Jurnal Qiraat, Pusat Pembangunan Penyelidikan:KUIS. 983-3048-98-4 ). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 430