ANALISIS PERBANDINGAN KANDUNGAN MAJALAH URTV

Similar documents
METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

KESAN DRAMA HIBUR-DIDIK DAN DOKUMENTARI DALAM MEMPENGARUHI NIAT UNTUK MENDERMA ORGAN: SATU EKSPERIMEN BERTERASKAN MODEL ELABORATION LIKELIHOOD

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Kata kunci: Akhbar; keperluan; remaja; berita; penerimaan akhbar oleh remaja

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

The Malay Narrative Story Writing in the 1920S

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

Penerimaan Masyarakat Terhadap Perlindungan Takaful

Special Issue 3 (2017): 011 ISSN: x

Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful (Non Muslim Student s Perception on Takaful) IZZATI LIYANA AWANG & HENDON REDZUAN ABSTRAK

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Transcription:

Jurnal Sains Sosial Malaysian, Journal of Social Science Jilid 1 2016: 53-62 ANALISIS PERBANDINGAN KANDUNGAN MAJALAH URTV 1970 2010 Norli Yusuf, Mohd Sufiean Hassan, Fazurah Mustaffa, Nurul Ain A. Hamid & Fuziah Kartini Hassan Basri Kolej Universiti Islam Melaka ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejarah dan perkembangan kewartawanan hiburan melalui URTV yang telah diterbitkan selama 41 tahun di samping menganalisis faktor perubahan isi kandungan dalam majalah hiburan. Kajian ini signifikan kepada pengamal media khususnya wartawan dan pengarang majalah untuk memperkembangkan kreativiti dan bakat mereka dalam bidang kewartawanan hiburan. Kaedah kualitatif telah digunakan dengan menemuramah mantan pengarang majalah URTV sebagai data utama menganalisis perubahan dan faktor perubahan isi kandungan majalah URTV sehingga dapat bertahan hingga ke hari ini. Hasil kajian menunjukkan majalah URTV mengikut kehendak pembaca dengan mengekalkan ruangan yang mendapat minat pembaca dan mengeluarkan ruangan yang tidak relevan dengan mengantikan dengan ruangan yang lebih kondusif untuk golongan muda dan dewasa. Kata kunci: Kewartawanan Hiburan, Isi Kandungan, Majalah URTV, Faktor Perubahan. 53

Jurnal Sains Sosial Malaysian, Journal of Social Science Jilid 1 2016: 53-62 COMPARATIVE ANALYSIS CONTENTS OF URTV MAGAZINE FROM YEAR 1970-2010 ABSTRACT The aim of this study was to examine the history and development of entertainment journalism through URTV Magazine that was published for 41 years by analyzing changes in the contents in entertainment magazines. This study is significant for media practitioner especially journalist and author of the magazine to expand their creativity and talent in the field of entertainment journalism. Qualitative methods were used to interview a former editor of the URTV magazine as primary data to analyze changes and changes factor in the content of the URTV magazine so it can survive to this day. The results showed URTV magazine follow accordingly to the need of the readers and maintaining columns that catches reader's interest and remove columns that are irrelevant and replace it with new columns that suit to young people and adults. Keywords: Entertainment Journalism, Content, URTV Magazine, Changes Factor PENGENALAN Kajian pensejarahan terhadap industri permajalahan dan bidang kewartawanan hiburan masih di peringkat umum jika dibandingkan kajian-kajian terhadap media massa lain yang kebanyakannya mengkaji tentang kesan media massa seperti televisyen, internet, dan filem kepada khalayak. Kajian ke atas URTV adalah berdasarkan imej majalah ini sehingga ia berjaya mengekalkan konsepnya sebagai majalah hiburan popular di tanahair. Selama empat dekad kewujudannya, ia memberikan hiburan dan informasi yang memenuhi citarasa khalayak. Justeru kajian ini wajar dilakukan untuk melihat fungsi dan sumbangan majalah ini serta pengamal media yang berdiri di belakang keteguhannya di pasaran. Majalah URTV bukan hanya menyajikan hiburan kosong untuk para pembacanya. Walaupun pengisiannya ada diselitkan kisah-kisah gosip dan peribadi selebriti, namun di sebalik penulisan itu terkandung mesej tertentu yang memberi pengajaran kepada pembaca. Oleh itu, kepentingan majalah hiburan seperti URTV harus diselusuri agar majalah hiburan tidak dianggap picisan dan rendah tarafnya berbanding majalah-majalah lain di pasaran. Signifikan daripada kajian ini diharapkan dapat membuktikan bahawa majalah hiburan turut berfungsi dari segi mendidik, menyalurkan maklumat, menghibur, sebagai agen transmisi sosial, membina korelasi dan agen mobilisasi. Di samping itu menunjukkan bahawa bidang kewartawanan hiburan juga memainkan peranan yang sama dalam industri permajalahan ini. 54

Analisis Perbandingan Kandungan Majalah URTV 1970 2010 Norli Yusuf, Mohd Sufiean Hassan, Fazurah Mustaffa, Nurul Ain A. Hamid & Fuziah Kartini Hassan Basri Selain daripada itu, kajian ini adalah wajar agar dapat menggambarkan secara meluas tentang tanggungjawab yang disandang oleh pengamal media yang bekerja dalam arena kewartawanan hiburan. Dengan adanya kajian ini, maka sedikit sebanyak sumbangan mereka diberi penghargaan dan diiktiraf kerana berjaya mewujudkan sebuah majalah hiburan yang hebat dan bertahan lama. Ini bukan sahaja dapat menunjukkan bahawa para pengamal media menjalankan tugas mereka dengan efisen dan gigih namun yang paling penting mereka sering menjaga etika agar tidak mencemarkan imej bidang kewartawanan hiburan. Kajian ini adalah penting untuk memperkenalkan fungsi dan sumbangan URTV serta amalan kewartawanan hiburan. Bertitik tolak dari kajian ini diharapkan agar majalah hiburan dihargai kewujudannya dan mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Sekaligus menyangkal dakwaan-dakwaan negatif yang dilemparkan oleh sesetengah pihak kepada majalah ini. Selain itu, turut memberi ruang kepada pengamal media khususnya wartawan dan pengarang majalah untuk memperkembangkan kreativiti dan bakat mereka dalam bidang kewartawanan hiburan. Mereka juga harus diberi penghargaan sewajarnya kerana sumbangan besar mereka di dalam industri ini. Berdasarkan faktor-faktor di atas, kajian ini adalah untuk melihat perubahan kandungan URTV sebagai majalah hiburan yang mampu bertahan di pasaran permajalahan tanahair dari sejak diterbitkan sehingga kini. Secara tidak langsung, ia boleh menambah rujukan asas untuk melakukan kajian-kajian lain yang mengkhususkan kepada permajalahan dan pengamal media hiburan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti perubahan isi kandungan serta faktorfaktor yang mempengaruhi perubahan isi kandungan majalah URTV dari 1970 2010. SOROTAN KAJIAN Kajian ini memberi sumbangan kepada kewartawanan hiburan dengan mengenalpasti pencapaian-pencapaian yang telah dilakukan oleh setiap pengarang semasa menerajui Sidang Redaksi majalah URTV. Sumbangan-sumbangan yang dimaksudkan ialah pencapaian dan kejayaan yang dicapai oleh majalah URTV menerusi pencapaian setiap pengarang URTV sepanjang perkhidmatan mereka. Pencapaian ini meliputi kejayaan dari segi sirkulasi, penampilan imej majalah, sambutan pembaca dan juga pengiktirafan tertentu. Ini merupakan unit analisis yang penting untuk mengenalpasti sumbangan kewartawanan hiburan melalui URTV. Kajian terhadap permajalahan hiburan telah dilakukan oleh Mohd Zamir bin Bahall (2007) dalam penulisan tesis sarjana dr.falsafah yang bertajuk Persepsi terhadap pengaruh majalah hiburan berbahasa Melayu ke atas pembentukan sahsiah remaja Islam. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi masyarakat tentang pengaruh majalah hiburan terhadap sahsiah remaja muslim. Salah satu daripada objektif kajian ini ialah mengenalpasti majalah-majalah 55

Jurnal Sains Sosial Malaysian, Journal of Social Science Jilid 1 2016: 53-62 hiburan yang menjadi pilihan utama para remaja. Mohd Zamir telah mengemukakan sebanyak 15 majalah kepada seramai 1063 responden untuk memilih mengikut urutan 10 majalah utama yang menjadi pilihan mereka. Hasil daripada kajian rintis tersebut, 5 daripada 10 majalah pilihan utama adalah majalah yang berorientasikan majalah hiburan iaitu Majalah Mangga, URTV, Hai, Remaja dan Media Hiburan. Kajian Mohd Zamir ini menggabungkan kaedah kuantitatif melalui kaedah soal-selidik berskala Likert dan kaedah kualitatif menerusi analisis teks. Kaedah soal-selidik mendapati bahawa majoriti daripada responden jarang membaca majalah hiburan, justeru ini memberi gambaran bahawa responden membuat persepsi berdasarkan pengetahuan mereka yang kurang mendalam tentang sesuatu perkara. Kajian analisis teks dilakukan ke atas emel maklum balas yang dihantar oleh para pembaca ke laman web dan juga melalui surat peminat di majalah URTV, Hai dan Mangga. Menerusi analisis teks ini, didapati bahawa faktor yang mendorong pembaca membeli dan membaca majalah hiburan adalah disebabkan lapan faktor utama iaitu ruangan gosip, kisah kehidupan artis, poster dan gambar artis, berita dunia hiburan, berwarna-warni, banyak maklumat, isu semasa dan model remaja. Kesimpulan kepada keseluruhan kajian mendapati bahawa terdapat elemen positif dan negatif dalam kandungan majalah hiburan. Penemuan ini adalah penting untuk membentuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar tidak membentuk andaian yang tidak adil terhadap kandungan majalah hiburan. Bueno, Cardenas dan Esquivas (2008) turut membincangkan tentang permajalahan dan kewartawanan hiburan melalui artikelnya yang bertajuk The rise of the gossip press in Spain. Beliau dan rakan-rakannya menghasilkan penulisan ini berdasarkan analisis data yang diperolehi dari AIMC, sebuah organisasi yang menjalankan pelbagai kajian ke atas penguna-pengguna media massa di Sepanyol. Majalah hiburan berbentuk gosip selebriti merupakan di antara majalah yang menjadi pilihan pembaca di Sepanyol. Hasil analisis data membuktikan bahawa enam buah daripada sepuluh buah majalah yang mendapat perhatian pembaca pada tahun 2004 dan 2005 ialah majalah gosip dengan jumlah pembaca seramai 13,000,000 orang. Berdasarkan pertumbuhan majalah hiburan berbentuk gosip di negara itu, maka ia menjurus kepada para pengkaji ini untuk membincangkan tentang perkembangan, fungsi, dan kandungan majalah serta hubungannya dengan etika kewartawanan majalah hiburan. Perbandingan di antara dua kategori majalah gosip telah diketengahkan di dalam artikel ini. Bueno et.al. (2008) mengklasifikasikan majalah hiburan berbentuk gosip kepada dua kategori iaitu upmarket dan populist. Perbezaan adalah amat ketara kerana majalah upmarket merupakan majalah hiburan yang masih kukuh semenjak tiga dekad diterbitkan. Kandungan persembahannya berkisar tentang kisah cinta, kejayaan dan kegagalan, stail berpakaian, dan katakata selebriti terkenal. Harganya di pasaran juga lebih murah, di samping mementingkan kualiti seperti kesahihan berita dan gambar personaliti. 56

Analisis Perbandingan Kandungan Majalah URTV 1970 2010 Norli Yusuf, Mohd Sufiean Hassan, Fazurah Mustaffa, Nurul Ain A. Hamid & Fuziah Kartini Hassan Basri Sorotan kajian seterusnya ialah kajian oleh Samsudin A. Rahim (1998) terhadap pembangunan, ketembusan media dan identiti budaya remaja yang mengkaji penggunaan dan pendedahan media di kalangan remaja Malaysia. Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk mengenalpasti hubungan di antara kesan penggunaan media dengan pembangunan identiti budaya remaja di Malaysia. Analisis data beliau mengenai perkembangan dan penggunaan media di Malaysia membuktikan bahawa kebanyakan remaja lebih menumpukan kepada media berbentuk hiburan. Pada era 90-an, hiburan merupakan salah satu faktor yang menjadi tarikan remaja kepada penggunaan media. Media cetak mengalami perkembangan yang sangat ketara terutama dalam industri permajalahan. Didapati bahawa majalah URTV dan Mangga masing-masing berjaya mencapai sirkulasi sehingga 120,000 unit dan 205,000 setiap bulan dan mengatasi majalah-majalah hiburan lain seperti Hai, Media Hiburan dan Remaja yang juga tinggi sirkulasinya pada masa itu. Hasil daripada analisis data berkaitan kandungan media cetak iaitu berita berat dan berita ringan mendapati bahawa berita hiburan merupakan berita yang menjadi pilihan utama remaja selepas berita kemalangan atau jenayah. Ini jelas membuktikan bahawa remaja sangat meminati berita ringan yang terdapat dalam berita hiburan dan berkisar human interest. Selain itu, Evans dan Hesmondhalgh (2005) telah menulis sebuah buku yang berkaitan dengan peranan pengamal media hiburan yang bertajuk Understanding Media: Inside celebrity. Bermula dengan sejarah dan perkembangan kehidupan popular selebriti, penulis menyelusuri rutin hidup selebriti serta hubungan mereka dengan media massa. Turut diselitkan, minat khalayak kepada majalah dan suratkhabar yang mengandungi informasi tentang selebriti. Keseluruhannya daripada sorotan kajian-kajian terdahulu ini, didapati bahawa terdapat kepelbagaian kajian yang melibatkan media dan hiburan. Kajian-kajian lalu yang dipilih oleh pengkaji sebagai sorotan kajian membantu pengkaji menerajui kajian yang dijalankan. Melalui ulasan susastera ini, maka dapat diketahui bahawa majalah merupakan medium yang merupakan wacana mesej hiburan. Dalam sorotan kajian ini turut membincangkan tentang analisis fungsi media dan fungsi hiburan melalui media massa. Justeru itu ianya membantu pengkaji untuk memahami dengan lebih mendalam tentang fungsi hiburan dalam media massa. Sorotan kajian-kajian terdahulu ini dijadikan sebagai panduan oleh pengkaji dengan menumpukan skop kajian kepada aspek isi kandungan media hiburan dalam industri permajalahan hiburan. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif melalui temubual. Kaedah temubual dijalankan terhadap lima orang mantan pengarang majalah URTV iaitu Syed Hashim bin Syed Ahmad, Hj. Norshah Thamby, Hajjah Bahyah Mahmood 57

Jurnal Sains Sosial Malaysian, Journal of Social Science Jilid 1 2016: 53-62 (BAM), Fatimah Hassan dan Rosli Manah serta pengarang terkini iaitu Huzzaini AR Kamaluddin (Huzz) untuk mendapatkan persepsi mereka dan maklumatmaklumat penting mengenai sejarah awal penerbitan dan perkembangan perubahan majalah dari dahulu hingga kini. Menurut Best dan Kahn (2003) temubual merupakan soal selidik atau cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat secara lisan dari seseorang responden melalui cara percakapan secara berhadapan muka dengan seseorang. Kelebihan temubual adalah penemubual boleh menerangkan dengan jelas tujuan kajian dan jenis maklumat yang diinginkan. Maklumat temubual direkod melalui rakaman audio dan catatan nota. Kaedah temubual secara berstruktur digunakan dalam kajian ini. Berdasarkan kaedah ini, pengkaji berperanan sebagai moderator menyedia soalan dan memandu jawapan yang diberikan responden. DAPATAN KAJIAN Perubahan isi kandungan majalah URTV (1970 2010) Berdasarkan temubual yang dijalankan, didapati kandungan majalah URTV pada sekitar tahun 1970-an memuatkan pelbagai aktiviti hiburan, program televisyen dan radio. Pengisian juga memaparkan kisah aktiviti-aktiviti persembahan di kelab malam, kugiran, penyanyi dan penari kelab malam yang membuat persembahan di Malaysia. Cerita-cerita tentang artis Hindustan, Hollywood dan Indonesia turut dimuatkan. Penampilan URTV pada ketika itu lebih kepada fesyen seksi yang menjadi pilihan ramai artis. Tambahan pula, artis-artis popular tempatan belum ramai dan tugasan pemberitaan hiburan juga tidak banyak. Di antara ruangan tetap yang terdapat di dalamnya pada ketika itu ialah Kembang Setaman, Sabda Bintang, Rancangan TV dan Radio Malaysia, Cherdas Chergas, Apa Problem Anda, Berkenalan dengan Orang Radio, Secebis Kisah Orang Tv, Artis Luar Negara, Fesyen Artis, Candid Shot, dan Hollywood Round-up. Bermula tahun 1980, pelbagai kolum yang melibatkan pembaca dimuatkan ke dalam URTV bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan pembaca URTV serta mengusik mereka dengan kata-kata yang mencuit hati. Pemberitaan hiburan turut melibatkan artis-artis tempatam seperti Noorkumalasari, Sudirman, Noreen Noor dan Fauziah Ahmad Daud yang menjadi perhatian pembaca pada zaman itu. Ada juga ruangan yang diberi kepada artis untuk menulis iaitu Catatan Sudirman semasa zaman kegemilangan penyanyi tersebut. Seterusnya pada 1990-an, majalah URTV semakin disukai apabila lebih banyak cerita-cerita personal artis dipaparkan seperti gosip percintaan, perkahwinan dan kisah-kisah rumahtangga. Misalannya, ruangan Sembang-sembang yang membantu artis menjernihkan nama mereka setelah tercemar dengan gosip liar. Juga dimasukkan cerita-cerita bagaimana artis menjaga kecantikan dan kesihatan diri seperti ruangan Rahsia Kecantikan Artis. Di antara ruangan tetap pada era ini 58

Analisis Perbandingan Kandungan Majalah URTV 1970 2010 Norli Yusuf, Mohd Sufiean Hassan, Fazurah Mustaffa, Nurul Ain A. Hamid & Fuziah Kartini Hassan Basri ialah Kaset Baru, Dari Bintang ke Bintang Catatan Uji Rashid, Hollywood Roundup, Gossip Bintang Hindustan, Bintang Hong Kong, Sensasi Huzz, ROCK, Member dan Apa Khabar?. Hasil kajian juga mendapati majalah URTV pada era 2000-an tidak jauh bezanya dengan era 1990-an. Hal ini kerana pada era 2000-an masih lagi memuatkan gosip artis, perkembangan kerjaya dan peribadi artis serta dimasukkan informasi berguna di dalamnya. Selain itu, wajah baru majalah URTV pada 2006 juga disertakan dengan sisipan X-tra yang menceritakan tentang feksyen, gaya hidup, hobi artis dan ruangan rumah artis. Di antara kolum tetap yang dimuatkan dalam majalah URTV pada zaman ini ialah Diari Artis, Warkah Buat Kekasih, Memori, Datin Rafeah Buang Menulis, Corat-coret, Istimewa Untukmu, Pin-up Nostalgia, Teropong Panas, Cuit-cuit Kawan, Radio & TV, Ringkas Tapi Hangat dan Selongkar. Dalam tahun 2010, majalah URTV lebih berwarna-warni dan dipelbagaikan dengan informasi hiburan yang bukan hanya tentang dunia muzik dan lakonan tetapi turut dimuatkan ruangan-ruangan seperti Resepi, Pengantn Baru, Sukan, Hangat, Petua Artis, Sejenak bersama Huzz, Artis Antarabangsa, Sana-sini, Jom Makan, Makan Angin, Bila Ku Ingat Ku Kenang dan Renungan. Ruangan iklan mula dikurangkan dan diganti dengan cerita-cerita hangat dan eksklusif. Sementara itu, kisah-kisah keagamaan turut dimuatkan seperti artis ke Mekah sebagai tauladan kepada pembaca. Pada dasarnya pada tahun 2000-an, majalah URTV lebih bersifat informasi, mnghibur dan mendidik pembaca. Faktor perubahan isi kandungan majalah URTV (1970 2010) Semenjak URTV diterbitkan sehingga ke hari ini, pengamal media yang bekerja di dalam Sidang Redaksi sering bersilih ganti. Perubahan ini adakalanya mempengaruhi persembahan URTV. Peneraju pertama sidang redaksi majalah URTV ialah Syed Hashim bin Syed Ahmad. Konsep penerbitan yang diperkenalkan semasa era pimpinan Syed Hashim begitu mementingkan semangat perpaduan kaum. Ini kerana beliau ingin membuktikan bahawa Utusan Radio dan TV bukan hanya memberi hiburan kepada masyarakat malah turut membantu menyatupadukan kaum di negara ini. Penyertaan pembaca dan pengamal media yang berbilang kaum ini sedikit sebanyak menyumbang ke arah kesejahteraan dan perpaduan negara. Cetusan idea yang hebat ini telah mendapat sambutan memberansangkan daripada para pembaca. Semasa era 1980-an, Zahari Affandy memimpin Sidang Redaksi URTV. Konsep pengisian URTV pada masa itu lebih ke arah artis-artis popular dan isu-isu perkembangan hiburan tempatan dan luar negara. Pada 1986, Bahyah Mahmood (BAM) pula menerajui Sidang Redaksi majalah URTV. Di bawah pimpinan BAM, penyiaran gambar-gambar seksi dilihat semakin berkurangan menghiasi dada majalah. Sebaliknya pengisian kandungan lebih sensasi dan terkini. Era 1990-an, 59

Jurnal Sains Sosial Malaysian, Journal of Social Science Jilid 1 2016: 53-62 Fatimah Hassan telah dilantik sebagai pengarang URTV. Konsep pengisian beliau lebih mementingkan keperluan dan kehendak pembaca. Walau bagaimanapun, Huzzaini AR Kamaluddin atau lebih mesra dengan panggilan Huzz telah memberi kelainan pada setiap keluaran majalah URTV semasa era 2000-an. Beliau menyandang jawatan pengarang URTV bermula keluaran pertama pada 15hb Januari 2008. Semenjak beliau memegang jawatan pengarang, kolum-kolum dalam URTV lebih diperkemaskan dari hari ke hari. Majalah ini semakin cantik dan ceria di bawah pimpinannya. Beliau mewarnai URTV dengan pelbagai konsep hiburan sebagai daya tarikan kepada pembaca. Kumpulan sasaran majalah URTV kini tidak hanya tertumpu kepada peminat industri hiburan sebaliknya lebih meluas dan terbuka kepada pelbagai golongan masyarakat. Kepopularan majalah URTV bukan hanya pada namanya. Malahan turut menaikkan nama-nama wartawan dan pengamal media yang berdiri di belakangnya. Nama-nama terkenal seperti BAM (Bahyah Mahmood), Fatimah Hassan, Nafsiah Jani, Nor Asikin Hassan, Juwie dan Huzz serta beberapa lagi wartawan hiburan dikenali melalui penulisan mereka di dalam majalah URTV. Melalui kehebatan pena wartawan-wartawan hiburan ini, maka ia dapat membantu mengekalkan kegemilangan URTV di samping menjadikannya majalah hiburan komprehensif yang kukuh di pasaran. RUMUSAN Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pengisian kandungan URTV adalah sama dari segi konsepnya tetapi ia disampaikan mengikut kehendak semasa. Ruangan-ruangan yang menarik dikekalkan manakala yang tidak mendapat sambutan pembaca dimansuhkan. Majalah URTV bukanlah bertujuan untuk mengeksploitasi artis dan dunia glamour sahaja sebaliknya sebagai wadah untuk memberi hiburan bermoral kepada khalayak pembaca. Selain itu, majalah URTV juga memikul tanggungjawab sosial untuk menyatukan masyarakat melalui pengisiannya. Ini kerana, pengamal media yang berdiri di belakang majalah ini percaya bahawa mesej mempunyai kuasa untuk menggerakkan khalayak atau penerima. Jika dilihat dari segi pemberitaan di URTV sudah tentu berbeza dari satu era ke era yang lain. Ini kerana ia mengikut citarasa dan kehendak pembaca. Setiap teguran dan pendapat daripada pembaca dijadikan ukuran untuk memajukan lagi majalah ini. Justeru, penampilannya sentiasa berubah dari masa ke semasa sebagai langkah peningkatan. Jika diperhatikan sewaktu era permulaan, URTV sering muncul dengan imej artis yang berpakaian seksi dan terdedah, akan tetapi ia adalah berdasarkan tuntutan fesyen pada zaman itu. Maka apabila zaman berubah dan pendidikan meningkat, pembaca mula inginkan gaya yang lebih bersopan dan sesuai untuk bacaan pembaca di bawah umur. Sidang editorial majalah URTV menghormati pendapat tersebut dan memastikan setiap penampilan dan isi 60

Analisis Perbandingan Kandungan Majalah URTV 1970 2010 Norli Yusuf, Mohd Sufiean Hassan, Fazurah Mustaffa, Nurul Ain A. Hamid & Fuziah Kartini Hassan Basri kandungannya sesuai dibaca oleh setiap lapisan umur. Adalah wajar sekiranya dikatakan bahawa majalah URTV adalah sebuah majalah hiburan yang komprehensif. BIODATA PENULIS Norli Yusuf adalah Ketua Jabatan di Jabatan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial, Kolej Universiti Islam Melaka. Mohd Sufiean Hassan adalah Pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Ketua Unit Penerbitan di Kolej Universiti Islam Melaka. Fazurah Mustaffa adalah Dekan Fakulti Sains Sosial, Kolej Universiti Islam Melaka. Nurul Ain A. Hamid adalah Penyelaras Diploma Komunikasi Massa di Jabatan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial, Kolej Universiti Islam Melaka. Prof Madya Fuziah Kartini Hassan Basri adalah mantan pensyarah di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia. 61

Analisis Perbandingan Kandungan Majalah URTV 1970 2010 Norli Yusuf, Mohd Sufiean Hassan, Fazurah Mustaffa, Nurul Ain A. Hamid & Fuziah Kartini Hassan Basri RUJUKAN Bahyah Mahmood. 2011. Sejarah dan perkembangan majalah URTV, Kuala Lumpur. Temu bual, 27 Mac. Best, J.W & Kahn, J.V. (2003). Research in Education. Boston: Allyn and Bacon. Bueno, M.,Cardenas, M.L, & Esquivias, L. (2008). The rise of the gossip press in Spain. Dlm. Holmes,T. (pnyt.). Mapping the Magazine Comparative Studies in Magazine Journalism, hlm. 100-112. London: Routledge. Evan, J. & Hesmondhalgh, D (pnyt.). (2008). Understanding Media: Inside Celebrity. New York: Open University Press. Fatimah Hassan. 2011. Sejarah dan perkembangan majalah URTV, Kuala Lumpur. Temu bual, 16 Mac. Huzzaini AR Kamaluddin. 2011. Sejarah dan perkembangan majalah URTV, Mohd Kuala Lumpur. Temu bual, 18 Mac. Zamir Bahall. (2007). Persepsi terhadap pengaruh majalah hiburan berbahasa Melayu ke atas pembentukan sahsiah remaja Islam. Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia. Norshah Thamby. 2011. Sejarah dan perkembangan majalah URTV, Kuala Lumpur. Temu bual, 18 Mac. Rosli Manah. 2011. Sejarah dan perkembangan majalah URTV, Kuala Lumpur. Temu bual, 28 Februari. Samsudin A. Rahim. (1998). Pembangunan, Ketembusan Media dan Identiti Budaya Remaja. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Syed Hashim Syed Ahmad. 2011. Sejarah dan perkembangan majalah URTV, Kuala Lumpur. Temu bual, 04 April. 62