SUMBANGAN, CABARAN DAN POTENSI KEWANGAN ISLAM DALAM PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Similar documents
COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

ULASAN BUKU. Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

ISLAM HADHARI DAN PENDEKATANNYA DI DALAM SISTEM KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA: PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

BITARA Volume 1, Issue 2, 2018: The Author(s) 2018 e-issn:

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

TABLE OF CONTENTS. Original Literary Work Declaration Form...ii. Abstract...iii. Abstrak...iv. Acknowledgements...v. Table of Contents...

PENILAIAN KESAN REFORMASI DASAR KEWANGAN KEATAS INSTITUSI PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

KEFAHAMAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA MELALUI PENGALAMAN PENUBUHAN BANK ISLAM

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

MODAL INSAN KOPERASI :

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

International Journal of Islamic and Civilizational Studies

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Aplikasi Prinsip Wa d Dua Hala dan Cadangan Penerokaannya dalam Lindung Nilai

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Transcription:

84 KANUN [JULAI 2017] SUMBANGAN, CABARAN DAN POTENSI KEWANGAN ISLAM DALAM PERDAGANGAN ANTARABANGSA (The Contributions, Challenges and Potential of Islamic Finance in Relation to International Trade) Mohd. Yazid Zul Kepli maritime@iium.edu.my Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Abstrak Makalah ini bertujuan melihat perkembangan, sumbangan, cabaran dan potensi sistem kewangan Islam moden dalam konteks perdagangan antarabangsa. Kaedah kualitatif digunakan bagi menganalisis kajian terdahulu dan bahan terbitan, termasuklah polisi kementerian, universiti dan fakulti. Kajian mendapati sistem kewangan Islam moden berkembang pesat secara konsisten pada peringkat nasional dan global, malah mempunyai daya saing yang tinggi dan menawarkan pelbagai nilai tambah. Walau bagaimanapun, Islamophobia dan bias terhadap Islam yang semakin menular tanpa kawalan sedang dan akan terus menjejaskan perkembangan sistem kewangan Islam global. Dapatan kajian dapat mengenal pasti sumbangan dan cabaran yang dihadapi oleh sistem kewangan Islam moden. Kata kunci: kewangan Islam, perbankan Islam, undang-undang, syariah, Islamophobia Abstract This paper looks at the development, contributions, challenges and potential of the Islamic financial system in the context of international trade. The qualitative method was applied to analyze earlier literature and publications, including the policies of the government and KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 84

SUMBANGAN, CABARAN DAN POTENSI KEWANGAN ISLAM DALAM PERDAGANGAN ANTARABANGSA 29 KANUN (2) Mohd. Yazid Zul Kepli 85 universities. The analysis finds that the Islamic financial system is developing at a consistent and rapid rate at national and global level, demonstrating its competitiveness and added value. However, Islamophobia and bias towards Islam is spreading rapidly without control and this will negatively affect the global Islamic financial system. This paper highlights the contributions and challenges currently faced by the system. Keywords: Islamic finance, Islamic banking, laws, sharia, Islamophobia PENDAHULUAN Pengenalan kewangan Islam moden merupakan suatu detik penting dalam sejarah kewangan global. Kewangan Islam moden muncul sebagai alternatif menarik yang beroperasi hampir setara dengan segmen konvensional dan semakin diterima, sebelum terganggu oleh peningkatan Islamophobia di seluruh dunia. China, sebagai contoh, menyatakan minat untuk menjadi hab kewangan Islam selepas Hong Kong menjual bon atau sukuk Islam bernilai US$1 bilion pada akhir tahun 2014. United Kingdom juga mencatatkan perkembangan ketara dalam usahanya memacu kewangan Islam global dengan jumlah aset Islam lebih daripada US$19 bilion. Selain itu, Dana Kewangan Antarabangsa juga mengiktiraf prinsip kewangan Islam dengan menyatakan bahawa prinsip kewangan Islam boleh menjadi lebih stabil dan selamat daripada kewangan konvensional. Perkembangan pesat kewangan Islam moden juga dapat dilihat melalui kerjasama pada peringkat global. Sebelum ini, Turki, Indonesia dan Bank Pembangunan Islam dilaporkan meningkatkan usaha mereka untuk menubuhkan sebuah bank mega dengan sasaran mewujudkan platform untuk bertindak sebagai bank pusat bagi peminjam Islam dunia. Selain itu, Bank Negara Malaysia pada 2016 menandatangani Perjanjian Dua Hala dengan Otoritas Jasa Keuangan di bawah Rangka Kerja Integrasi Perbankan ASEAN (ABIF). Perjanjian KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 85

86 KANUN [JULAI 2017] ini memberikan akses yang lebih luas dan operasi yang lebih fleksibiliti kepada Bank-bank ASEAN Malaysia dan Indonesia. Perjanjian ini merupakan satu peristiwa penting ke arah mencapai integrasi perbankan dan kewangan yang lebih dinamik pada peringkat ASEAN. Menurut firma penyelidikan PWC, dijangkakan aset kewangan Islam mampu mencecah AS$2.6 trilion (RM10.4 trilion) seawal tahun 2017 dengan perkembangan pasaran di Asia Barat, Afrika Utara dan Asia Pasifik (Utusan, 31 Mac 2016). Secara umumnya, kewangan Islam diterima secara positif kerana bukan sahaja diamalkan di negara yang majoriti penduduknya Islam, bahkan di negara Barat yang minoriti penduduknya Islam seperti Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Kanada, Perancis, United Kingdom, Jerman, Luxembourg dan Itali. Namun, penelitian secara komprehensif mendedahkan bahawa terdapat gerakan sistematik yang menentang dan berhasrat untuk melumpuhkan kewangan Islam. Perkembangan kewangan Islam dan pencapaiannya dalam perdagangan antarabangsa pasti terjejas sekiranya cabaran ini tidak dikenal pasti dan ditangani dengan baik. Untuk memahami sistem kewangan Islam, seseorang itu perlu memahami dan menghayati prinsip agama Islam. Bagi penganut agama Islam, Islam merupakan suatu cara hidup yang lengkap yang merangkumi setiap aspek kehidupan, dari perkahwinan, makan minum, cara bersosial sehinggalah kepada kewangan, perniagaan dan muamalat seperti firman Allah SWT yang bermaksud: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Surah al-maidah 5:3) KEMUNCULAN SISTEM KEWANGAN ISLAM MODEN Berbeza dengan kebanyakan agama lain, konsep asas agama Islam seperti yang tertera dalam al-quran dan sunah tidak boleh diubah KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 86

SUMBANGAN, CABARAN DAN POTENSI KEWANGAN ISLAM DALAM PERDAGANGAN ANTARABANGSA 29 KANUN (2) Mohd. Yazid Zul Kepli 87 suai oleh sesiapa. Sebagai contoh, pengharaman riba dan minuman keras disebut secara jelas dalam al-quran. Oleh itu, tiada pemerintah kerajaan Islam atau ulama mempunyai autoriti untuk mengubah larangan tersebut. Begitu juga aspek kewangan dan hutang sangat dititikberatkan dalam Islam seperti yang diungkapkan dalam hadis berikut yang bermaksud: Rasulullah SAW telah dihadapkan mayat seorang lelaki untuk disolatkan. Rasulullah SAW bertanya: Apakah dia mempunyai waris?. Para sahabat menjawab: Tidak ya Rasulullah. Baginda bertanya lagi: Adakah dia mempunyai hutang?. Sahabat menjawab: Ya, sejumlah dua dinar. Rasulullah SAW pun menyuruh para sahabat sahaja yang menyembahyangkan jenazah tersebut. Lalu Abu Qatadah berkata: Saya akan membayar hutangnya ya Rasulullah, lalu Baginda pun menyembahyangkan jenazah tersebut. (Ibn Hajar, 2001). Hadis tersebut menunjukkan bahawa Islam sangat mementingkan soal kewangan dan hutang sehinggakan Rasullullah SAW enggan mengimamkan solat jenazah orang yang tidak membayar hutang. Meskipun demikian, penerapan konsep kewangan Islam terhenti seketika dan perkembangannya terbantut pada zaman penjajahan imperialis Barat. Selepas Perang Dunia Kedua, kuasa imperialis Barat mengambil keputusan untuk memberikan kemerdekaan kepada kebanyakan tanah jajahan mereka atas beberapa sebab. Dari suatu sudut, kuasa Barat mengalami tekanan ekonomi dan militari disebabkan kos yang tinggi sewaktu perang dunia, ditambah pula dengan bilangan kasualti yang tinggi dan masalah ekonomi. Selain itu, sebahagian daripada tanah jajahan Barat menunjukkan solidariti yang tinggi terhadap Barat sewaktu Perang Dunia Kedua dan mereka percaya bahawa kepentingan ekonomi dan politik masih boleh diteruskan selepas kemerdekaan dengan syarat pemerintah baharu dilantik dalam kalangan mereka yang mesra Barat. Namun, selepas mencapai kemerdekaan, sebahagian negara yang majoriti penduduknya beragama Islam beraspirasi untuk mengembalikan peranan Islam dalam pentadbiran dan KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 87

88 KANUN [JULAI 2017] ekonomi. Program Islamisasi dapat dilihat dalam pelbagai aspek. Di Malaysia, cadangan untuk melaksanakan sistem perbankan dan kewangan Islam disebut-sebut pada penghujung tahun 1970- an. Pada awal tahun 1980-an, Perdana Menteri Malaysia pada ketika, itu Tun Mahathir Mohamad mengarahkan agar kajian dibuat untuk memastikan kebolehlaksanaan atau kesesuaian sistem perbankan dan kewangan Islam dilaksanakan di Malaysia, iaitu sebuah negara majmuk yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kajian mendapati sistem perbankan dan kewangan Islam tidak mustahil dilaksanakan di Malaysia, meskipun pada ketika itu, tiada negara di dunia yang mengamalkannya. Untuk memastikan semuanya berjalan lancar, Tun Mahathir mengarahkan Almarhum Prof. Ahmad Ibrahim untuk merangka draf undang-undang yang sesuai yang dikenali sebagai Akta Bank Islam 1983. Akta tersebut merupakan akta pertama di dunia yang berhubung dengan perbankan Islam moden. Semenjak kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924, rang undang-undang tersebut merupakan rang undang-undang pertama diperkenalkan. berhubung dengan perbankan Islam moden diperkenalkan. Akta tersebut bersifat simplistik dan mudah kerana pendek. Asasnya, akta perbankan Islam tersebut dibenarkan beroperasi di Malaysia dengan syarat jawatankuasa syariah mesti diwujudkan dan sistem perbankan tersebut mesti selaras dengan syariat Islam. Untuk menggalakkan lagi perkembangan sistem kewangan Islam, Kerajaan Malaysia mengubah suai Akta Perbankan dan Institusi Kewangan. Pengubahsuaian tersebut membenarkan bank konvensional membuka Islamic window. Dengan kata lain, bank konvensional dibenarkan untuk membuka kaunter perbankan Islam dan pada masa yang sama, kerajaan juga menawarkan pelbagai insentif kepada sistem kewangan Islam. Mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dalam Seminar Kewangan Islam anjuran bersama Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam dan Pihak Berkuasa Monetari Hong Kong pada Januari 2008 merumuskan pengalaman Malaysia untuk membangunkan kewangan Islam: KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 88

SUMBANGAN, CABARAN DAN POTENSI KEWANGAN ISLAM DALAM PERDAGANGAN ANTARABANGSA 29 KANUN (2) Mohd. Yazid Zul Kepli 89 Saya ingin menyentuh pula pengalaman Malaysia dalam kewangan Islam. Malaysia mempunyai pengalaman selama tiga dekad untuk membangunkan sistem kewangan Islam yang komprehensif, yang beroperasi selari dengan sistem konvensional. Antara rangka kerja perundangan yang menyokong termasuklah sebuah perundangan khusus yang mengambil kira prinsip kontrak Islam yang unggul. Infrastruktur perundangan juga merangkumi sistem mahkamah dan mekanisme penimbangtaraan untuk menyelesaikan pertikaian bagi memastikan kontrak berkaitan dengan urus niaga kewangan Islam dikuatkuasakan secara berkesan. Sistem kewangan Islam juga disokong oleh sebilangan besar peserta yang pelbagai dalam perbankan, takaful dan pasaran modal. Akhirnya, bagi sebuah sistem dwikewangan, perubahan cukai dilaksanakan untuk memberikan layanan yang sama rata antara produk kewangan konvensional dengan produk kewangan Islam. Penubuhan sebuah Majlis Syariah pada peringkat kebangsaan penting untuk memastikan keharmonian keputusan syariah dalam industri perkhidmatan kewangan Islam. Sistem perbankan Islam mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan mendapat sokongan padu daripada umat Islam dan golongan bukan Islam di Malaysia. Golongan bukan Islam, khususnya peniaga sangat tertarik dengan perbankan Islam kerana perbankan Islam bersifat kompetitif dan relevan untuk keperluan kewangan mereka. Perkembangan pesat sistem perbankan Islam yang berlaku di Malaysia turut mempengaruhi negara lain untuk turut serta memperkenalkan sistem perbankan dan kewangan Islam di negara mereka. Malaysia juga muncul sebagai negara perintis dalam pembangunan pasaran sukuk atau bon Islam global dengan pelancaran sukuk global berdaulat yang pertama bernilai US$600 juta pada tahun 2002 dengan pasaran sukuk terbesar di dunia. Pada separuh tahun pertama 2014, Malaysia menyumbang 63 peratus daripada jumlah terbitan baharu global dan kekal sebagai satu-satunya pasaran dengan lebih US$100 bilion daripada jumlah sukuk global (Astro Awani, 29 Oktober 2016). Kewangan Islam di Malaysia sudah pun mencatatkan pelbagai kejayaan besar dalam tempoh tiga dekad. Dengan hanya kurang KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 89

90 KANUN [JULAI 2017] daripada empat bank Islam dan peserta takaful sebelum tahun 2000, industri kini mempunyai 27 peserta yang menawarkan lebih daripada 100 produk kewangan. Perkhidmatan pembiayaan perdagangan antarabangsa mula diperkenalkan dalam sistem perbankan Islam di Malaysia pada awal tahun 1990-an apabila terdapat keperluan terhadap instrumen Islam dalam perdagangan antarabangsa termasuklah surat jaminan, surat kredit, bil penerimaan, jaminan perkapalan, pembiayaan semula kredit eksport dan lain-lain yang mematuhi prinsip syariah. Menjelang tahun 2016, saiz sistem kewangan Islam sudah menghampiri US$2 trilion dan pelbagai negara, termasuklah negara bukan Islam seperti United Kingdom sudah pun menerimanya. Sebagai contoh, bagi menggalakkan lagi tranformasi kewangan Islam di United Kingdom, mantan Perdana Menteri Britain, David Cameron pada tahun 2015 memperkenalkan buku kewangan syariah tentang projek penjanaan semula di negara itu. Buku tersebut bakal menarik pelabur yang menggunakan sistem kewangan Islam atau konvensional. Menurut Cameron. Bandar-bandar utama kami telah mengalami transformasi yang baharu berikutan sistem kewangan Islam yang sedia ada. Namun, saya mahu melihat kelebihan kewangan Islam ini lebih daripada itu. Kami mengumpul 18 buku kewangan syariah mengenai projek penjanaan semula United Kingdom untuk melihat sendiri peluang yang ada kerana pada ketika ini nama Britain sedang meningkat naik dan kami mahu Malaysia menjadi sebahagian daripada perjalanan ini, jelas beliau dalam ucapannya dalam Majlis Resepsi Battersea and Beyond di Symphony Lakesuit, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Kuala Lumpur. (Astro Awani, 30 Julai 2015). Menurut Bank Dunia pula, United Kingdom, Singapura dan Hong Kong bakal menjadi penggerak perkembangan aset perbankan Islam apabila negara tersebut mahu menarik lebih ramai pelabur dari Asia Barat dalam sektor infrastruktur dan hartanah (Utusan, 31 Mac 2016). KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 90

SUMBANGAN, CABARAN DAN POTENSI KEWANGAN ISLAM DALAM PERDAGANGAN ANTARABANGSA 29 KANUN (2) Mohd. Yazid Zul Kepli 91 SUMBANGAN Sumbangan terbesar sistem kewangan Islam ialah kejayaannya memperkenalkan alternatif kepada sistem riba yang menjadi tulang belakang kepada sistem kewangan dan perbankan konvensional. Sebagai contoh, seorang peminjam meminjam RM100 000 daripada sebuah bank dengan persetujuan bahawa peminjam tersebut perlu membayar RM200 000 secara ansuran bulanan selama 20 tahun. Lebihan wang sebanyak RM100 000 tersebut merupakan riba. Pengharaman riba dalam Islam adalah sangat jelas seperti yang dinyatakan dalam al-quran yang bermaksud: Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba... (Surah al-baqarah 2:275) Wahai orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan saki baki riba jika kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, terimalah pengisytiharan perang daripada Allah dan Rasul-Nya. (Surah al-baqarah 2:278-279) Memandangkan Islam tidak membenarkan riba, pihak bank haruslah mencari jalan lain untuk meneruskan transaksi. Antara alternatif riba adalah dengan menukarkan urus niaga tersebut kepada jual beli atau rakan kongsi. Sebagai contoh, sekiranya RM100 000 tersebut bertujuan membeli sesuatu aset, pihak bank boleh membeli aset tersebut lalu menjualnya kepada pelanggan dengan kadar keuntungan yang dipersetujui secara ansuran. Masalah transaksi dalam bentuk ini menyebabkan pihak bank biasanya enggan mengambil risiko KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 91

92 KANUN [JULAI 2017] yang sering dikaitkan dengan jual beli kerana pihak bank biasanya tidak berada dalam posisi yang sesuai untuk terlibat dalam jual beli. Sistem kewangan Islam moden juga menyediakan banyak peluang pekerjaan dari pelbagai aspek, iaitu dari bidang pendidikan sehinggalah melahirkan tenaga profesional. Walau bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Yusry Yusoff, jurang antara keperluan industri kewangan Islam dengan jumlah pelajar lepasan universiti masih wujud dan perlu diberikan perhatian (Astro Awani, 27 Julai 2015). Sektor pendidikan tinggi memainkan peranan penting menyokong pertumbuhan industri dan memastikan pelajar mempunyai kemahiran yang lengkap dan relevan. Sehubungan dengan itu, Universiti Antarabangsa UNITAR dengan usaha sama Kumpulan Syarikat Amanie membangunkan program Ijazah Kewangan Islam di bawah Fakulti Teknologi Perniagaan dan Perakaunan bagi menyokong usaha meningkatkan tenaga berkemahiran tinggi dalam industri kewangan Islam. Bank Negara Malaysia pula menubuhkan institusi khusus untuk memantapkan ekosistem bakat kewangan Islam di Malaysia, termasuk Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA), Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), Institut Profesional Kewangan Islam Bertauliah (CIIF), serta Persatuan Penasihat Syariah Kewangan Islam (ASAS) (Berita Harian, 15 Ogos 2016). Kewangan Islam moden juga menyumbang kepada diversifikasi sistem kewangan global dunia, selain menyediakan satu platform untuk ahli perniagaan, kumpulan, malah negara Islam yang mahukan sistem kewangan yang tidak bercanggah dengan syariah. Sistem kewangan Islam moden menyediakan pelbagai produk pembiayaan perdagangan antarabangsa Islam dan perbankan Islam di Malaysia berasaskan kontrak yang selaras dengan syariah. Antara produk pembiayaan perdagangan antarabangsa Islam termasuklah surat kredit-i, resit amanah-i (TR-i), pembiayaan modal kerja, bil penerimaan-i, bil pertukaran belian-i, pembiayaan semula kredit eksport-i, jaminan perkapalan-i, jaminan bank, pembiayaan KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 92

SUMBANGAN, CABARAN DAN POTENSI KEWANGAN ISLAM DALAM PERDAGANGAN ANTARABANGSA 29 KANUN (2) Mohd. Yazid Zul Kepli 93 eksport tawarruq, bil kutipan dalaman atau keluar, pemungutan berdokumen, On-Shore Foreign Currency Financing-I, Islamic Negotiable Instruments of Deposit, Negotiable Islamic Debt Certificate, Capital Protected Investment Range Accrual, Islamic Profit Rate SWAP IPRS dan Islamic Cross Currency SWAP (ICSS). Selain memperkenalkan pelbagai produk, sistem kewangan Islam juga boleh menjadi antara medium terbaik dan berkesan untuk berdakwah (Mohammad Taqiuddin, Joni Tamkin dan Mohd. Afifuddin et al., 2012). CABARAN Islamophobia merupakan salah satu masalah terbesar yang dihadapi oleh sistem kewangan Islam. Potensi dan sumbangan besar sistem kewangan Islam kini terganggu disebabkan oleh Islamophobia di seluruh dunia. Tindakan tidak beretika media yang secara selektif mengaitkan Islam dengan keganasan menyumbang peningkatan Islamophobia secara konsisten. Setiap kali serangan pengganas berlaku, media global secara pantas menuduh dan mengaitkan Islam dengan keganasan. Sebagai contoh, tindakan Osama bin Laden sering kali digambarkan dan dikaitkan dengan Islam. Istilah pengganas Islam amat sinonim dengan media massa global. Namun, tindakan Hitler yang bertindak zalim terhadap rakyatnya yang menentang tidak pula dilabelkan sebagai pengganas Kristian. Begitu juga dengan peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Ambon, Maluku dan Bosnia. Peliknya, pihak terbabit tidak pula dilabelkan sebagai pengganas Kristian. Hal yang sama turut berlaku sewaktu sami Buddha membunuh orang Islam Rohingya secara beramairamai di Myanmar atas nama agama. Mereka juga tidak dilabelkan sebagai pengganas Buddha. Kesimpulannya, pihak media massa hanya melabelkan pengganas jika keganasan tersebut dilakukan oleh orang Islam. Dengan kata lain, keganasan hanya sinonim dengan agama Islam. Pendekatan selektif yang ditambah dengan retorik ahli politik yang anti-islam seperti calon Republikan, Donald Trump yang melarang orang Islam memasuki Amerika Syarikat KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 93

94 KANUN [JULAI 2017] menyumbang peningkatan Islamophobia dan diskriminasi terhadap orang Islam dan kewangan Islam. Gerakan anti-islam juga melobi agar kewangan Islam disekat. Antara kesan lobi mereka yang dapat dilihat (Utusan, 29 Disember 2010) adalah seperti yang berikut: 1. Parlimen menolak bil undang-undang pindaan cukai bagi tujuan pelaksanaan kewangan Islam atas dasar dipengaruhi oleh lobi Islamophobia pihak tertentu seperti Christian Evangelical Group di Korea. 2. Nasionalis Hindu secara terbuka membantah sebarang usaha untuk melaksanakan kewangan Islam di India. 3. Senator Cory Bernardi dari Parti Liberal dan juga Senator Nick Sherry dari Parti Buruh dengan lantang menolak sistem kewangan Islam dan berpandangan sistem tersebut tidak sesuai dengan nilai Barat di Australia. 4. Sudah ada gerakan antikewangan Islam yang antaranya dipengaruhi oleh Alex Alexiev, Timbalan Presiden Center for Security Policy, sebuah organisasi penyokong kuat Israel di Amerika Syarikat. Imej negatif yang kadang kala dikaitkan dengan sistem kewangan Islam merupakan suatu cabaran yang serius. Sistem kewangan Islam acap kali dituduh sebagai satu sistem yang zalim dan menindas pengguna. Walau bagaimanapun, Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) sebelum ini menegaskan bahawa pembiayaan kewangan Islam tidak mengandungi sebarang unsur penindasan dan menafikan sama sekali dakwaan sebuah persatuan tempatan bahawa pembiayaan perbankan Islam boleh menyebabkan pelanggan lebih berisiko untuk muflis. Ketua aktivis persatuan tersebut sebelum ini dilaporkan menggesa Bank Negara Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji semula sistem perumahan Islam yang ditawarkan oleh institusi perbankan kepada orang ramai kerana dikatakan lebih zalim daripada sistem konvensional (Astro Awani, 21 Jun 2016). Menurut bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, pasaran kewangan Islam global kini beroperasi dalam KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 94

SUMBANGAN, CABARAN DAN POTENSI KEWANGAN ISLAM DALAM PERDAGANGAN ANTARABANGSA 29 KANUN (2) Mohd. Yazid Zul Kepli 95 persekitaran ekonomi dan kewangan antarabangsa yang semakin mencabar dengan risiko baharu yang kompleks, termasuklah meningkatnya tekanan terhadap liberalisasi, globalisasi, kemajuan teknologi, persaingan sengit, inovasi kewangan dan pengembangan kewangan Islam ke peringkat antarabangsa (Berita Harian, 28 Januari 2016). Selain itu, sistem kewangan Islam juga mesti bersedia untuk menghadapi cabaran dari segi teknologi yang juga merupakan cabaran lazim yang sedang dihadapi oleh sistem kewangan global. Menurut Gabenor Bank Negara yang baharu, Datuk Muhammad Ibrahim, teknologi kewangan (fintech) bakal menjadi fasa pertumbuhan kewangan Islam seterusnya di Malaysia dan global (Astro Awani, 11 Mei 2016). Oleh itu, Malaysia perlu segera mengukuhkan teknologi kewangan dalam kewangan Islam agar kekal relevan kerana jika gagal, sistem perbankan dijangka berisiko mengalami kerugian hasil antara 10 hingga 40 peratus menjelang tahun 2025. Selaras dengan saranan itu, pada Februari 2016, Malaysia membangunkan Platform Akaun Pelaburan (IAP), iaitu platform pengantaraan perbankan Islam berasaskan internet pertama negara yang menggabungkan kepakaran perbankan Islam dan kecekapan teknologi untuk menyalurkan dana pelabur kepada sektor ekonomi. Platform tersebut menawarkan perkongsian risiko dalam transaksi kewangan dengan menyediakan platform musyarakah dan mudharabah yang berasaskan pelaburan ekuiti. Selain itu, cabaran dalam bidang bahasa juga tidak boleh dipandang remeh. Kebanyakan bahan bacaan dan penulisan berkaitan dengan kewangan Islam ditulis dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Keadaan ini merupakan suatu cabaran besar yang harus dihadapi dengan serius kerana kegagalan menyediakan pelan untuk menghadapi cabaran ini akan menyebabkan kerugian yang besar kepada negara. POTENSI Negara Islam sebahagiannya sudah maju dan menjadi kumpulan penting dalam ekonomi dunia dengan jumlah Keluaran Dalam Negara KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 95

96 KANUN [JULAI 2017] Kasar (KDNK) negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) meningkat kepada AS$9.4 trilion daripada AS$7.5 trilion pada tahun 2014 (Berita Harian, 21 Oktober 2014). Abdul Rahim et al. (2015) menjelaskan bahawa aplikasi pembiayaan perdagangan antarabangsa telah lama diperkenalkan di Malaysia: Perkhidmatan pembiayaan perdagangan antarabangsa mula diperkenalkan dalam sistem perbankan Islam di Malaysia pada awal tahun 1990-an apabila terdapat keperluan terhadap instrumen Islam dalam bentuk perdagangan, terutamanya pada peringkat antarabangsa. Kebanyakan instrumen pembiayaan perdagangan berasaskan instrumen konvensional seperti surat jaminan (BG), surat kredit (LC), bil penerimaan (AB), jaminan perkapalan (SG), pembiayaan semula kredit eksport (ECR), dan lain-lain. Untuk membolehkannya diterima oleh perbankan Islam, maka beberapa pengubahsuaian dilakukan supaya selaras dengan kehendak syariah seperti mengaplikasikan kontrak muamalat Islam dalam produk tersebut. Kontrak muamalat yang banyak digunakan dalam produk pembiayaan perdagangan antarabangsa Islam ialah murabahah, bai al-dayn, kafalah dan wakalah. Meskipun terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi, namun potensi besar masih wujud dalam sistem kewangan Islam dewasa ini. Mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menegaskan potensi besar yang dimiliki sebagai: Di Asia Tenggara sahaja terdapat potensi besar dalam pasaran yang boleh dimanfaatkan. Pasaran ini bukan sahaja mempunyai 217 juta penduduk Islam, malah juga menjangkaui masyarakat bukan Islam dan komuniti negara asing yang beroperasi dalam rantau ini. Rantau ini semakin pesat berkembang menjadi sebuah destinasi pelaburan, termasuk bagi pelabur dari Timur Tengah. Pada tahun 2006, rantau Asia Pasifik mengatasi Eropah sebagai rantau kedua terbesar bagi pelaburan dari GCC (Gulf Cooperation Council) dengan pelaburan sebanyak US$460 bilion. KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 96

SUMBANGAN, CABARAN DAN POTENSI KEWANGAN ISLAM DALAM PERDAGANGAN ANTARABANGSA 29 KANUN (2) Mohd. Yazid Zul Kepli 97 Sistem kewangan Islam di Malaysia menunjukkan perkembangan yang konsisten dan kemajuan yang ketara dalam persekitaran yang berdaya saing, seiring dengan peningkatan integrasi sistem kewangan Islam Malaysia ke dalam landskap kewangan Islam global. Liberalisasi pasaran perbankan Islam juga menyaksikan pembukaan bank Islam asing berlesen yang pertama di bawah Akta Bank Islam 1983 (ABI) pada bulan Ogos 2005. KESIMPULAN Perbankan Islam diramalkan akan terus berkembang dengan asetnya yang dijangka mencecah AS$2.6 trilion (RM10.4 trilion) tidak lama lagi yang disokong dengan pertumbuhan tahunan 9.8 peratus. Meskipun demikian, prospek ini wajar mengambil kira sentimen anti-islam yang semakin meluas dewasa ini. Untuk menjamin kesinambungan kewangan Islam global, tindakan yang lebih proaktif perlu diambil. Antaranya termasuklah memeterai perjanjian antarabangsa, khususnya antara negara Islam untuk mengambil tindakan terhadap aktiviti Islamophobia dan menubuhkan satu suruhan jaya khas untuk menangani isu ini. Sistem pendidikan juga perlu memainkan peranannya, dan silibusnya perlu dirombak dan memasukkan elemen berkaitan. Kegagalan menangani cabaran Islamophobia akan menyulitkan lagi perkembangan kewangan Islam, di samping menimbulkan masalah sosioekonomi yang pelbagai. Diskriminasi sistematik terhadap umat Islam akan menular dalam kewangan Islam dan sekatan demi sekatan yang tidak wajar sedang dan akan diteruskan sekiranya tiada langkah berkesan diambil. Meskipun demikian, prestasi positif sistem kewangan Islam selama ini sedikit sebanyak menjadi tunggak kekuatan kewangan Islam moden. Usaha yang berterusan daripada institusi kewangan Islam, kerjasama dari sektor konvensional dan sokongan padu daripada kerajaan akan memudahkan lagi usaha memperkasakan sistem kewangan Islam moden, baik pada peringkat nasional mahupun global. KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 97

98 KANUN [JULAI 2017] RUJUKAN Ahmad Khilmy Abdul Rahim, Asmadi Mohamed Naim dan Zairani Zainol (2015). The application of al-kafalah in Islamic international trade financing products. Global Journal al-thaqafah 5(1), 69-80. Dania Zainuddin (27 Julai 2015). Pertumbuhan industri kewangan Islam dipacu tenaga berkemahiran tinggi. Astro Awani. Fadzil Zainol (31 Mac 2016). Malaysia pasaran perbankan Islam kedua terbesar dunia. Utusan Malaysia. Ibn Hajar. A. A. (2001). Fath al-bari Syarh Sahih al-bukhari. Riyadh: Maktabah al-malik Fahd al-wataniyyah. Mahanum Abdul Aziz (15 Ogos 2016). Perkukuh pembangunan bakat kewangan Islam. Berita Harian. Maria Ahmad (30 Julai 2015). Cameron mahu kembangkan sistem kewangan Islam di UK. Astro Awani. Mohammad Taqiuddin Mohamad, Joni Tamkin Borhan dan Mohd. Afifuddin Mohamad (2012). Potensi Perbankan Islam sebagai Medium Baru Perkembangan Dakwah di Malaysia. Jurnal Usuluddin 35. Nurulhana Ismail (11 Mei 2016). Fintech kunci pertumbuhan kewangan Islam Gabenor BNM. Astro Awani. t.n. (21 Jun 2016). AIBIM tegaskan tiada unsur penindasan dalam kewangan Islam. Astro Awani. t.n. (21 Oktober 2014). Dunia Islam perlu bangunkan kaedah revolusioner dalam kewangan Islam. Berita Harian. t.n. (29 Oktober 2014). Malaysia, UAE raih manfaat melalui kerjasama dalam kewangan Islam Najib. Astro Awani. Zeti Akhtar Aziz (2008). Ke arah meraih potensi pertumbuhan global kewangan Islam. Ucapan Gabenor dalam Seminar Kewangan Islam anjuran bersama Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam dan Pihak Berkuasa Monetari Hong Kong, 15 Januari 2008. Zulkifli Hasan (29 Disember 2010). Gerakan tolak kewangan Islam. Utusan Malaysia. KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 98