FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

Similar documents
NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

KATA ADJEKTIF DALAM UJARAN MASYARAKAT BANJAR

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

KONSEP MAKNA DAN JENISNYA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Sesi taklimat untuk ibu bapa

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Applications [Logik & Aplikasi]

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sesi taklimat untuk ibu bapa/waris. Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Hougang

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

ANALISIS STRUKTUR FOKUS DALAM KOMUNIKASI ARAHAN GURU DALAM BILIK DARJAH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Applications [Logik & Aplikasi]

PERENGGU MINDA MELAYU DALAM LIRIK LAGU: SATU ANALISIS MAKNA (Malay Mindset in Lyrics: The Analysis of Meaning)

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

1.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu dan Perkamusan di Malaysia

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Beberapa Kaedah untuk Pengajaran Ayat Sebagai Satuan dalam Wacana

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

ANALISIS TEORI RELEVANS DALAM METAFORA

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EUFEMISME DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : SATU TINJAUAN

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Application [Logik & Aplikasi]

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KOHESI DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : PEMERHATIAN TERHADAP TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

ANALISIS KEPELBAGAIAN FUNGSI DAN MAKNA KATA PARTIKEL

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Transcription:

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 14 KOD KURSUS HBML 3303 TAJUK KURSUS PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK NAMA : NO KAD PENGENALAN : NO MATRIKULASI : NO. TELEFON : E-MEL : PUSAT PEMBELAJARAN:

KANDUNGAN HALAMAN 1.0 PENGENALAN

1.1 Definisi Semantik Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Definisi daripada

segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan Yunani semantikos yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selain itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. 1.2 Konsep Semantik Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos yang bermaksud penting atau bererti. Kata bererti membawa maksud makna yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut semantik sejarah (M.Breal, 1893) Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna). 1.3 Makna Leksikal Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Contohnya,

perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis. Golongan jenis makna semantik leksikal boleh dilihat melalui contoh yang berikut: i. Sinonim (perkataan cantik dan indah ), - Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh indah. - Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh cantik. ii. Antonim (perkataan gemuk dan kurus ) iii. Hiponim (perkataan ayam, itik dan lembu berhiponim dengan perkataan haiwan ) iv. Homonim (perkataan kali bermaksud darab dan sungai ) v. Polisemi (perkataan berat bermaksud tekanan benda, sukar, berkenaan sikap, berkenaan makanan dan lain-lain) vi.peribahasa ( Peribahasa Harapkan pagar, pagar makan padi bermaksud orang yang tidak amanah ). 1. Kelompok kata Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada lima ekor lembu. 2. Kata paduan Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dan sebagainya. 3. Kata gabungan Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya. 1.4 Makna Ayat Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna

terselindung dan makna tersirat. 1. Makna Tersurat (denotasi) Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul. Contohnya: Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian. Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati. 2. Makna Terselindung Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat : Adik ke kedai Pak Ali. Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah pergi. Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca, 3. Makna Tersirat (konotasi) Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak. Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa. 1.5 Semantik teori pembuktian. Bermaksud bahawa makna yang dimiliki oleh sesuatu ungkapan adalah lebih

berdasarkan bukti sebaliknya daripada kebenaran. 1. Keharmonian dan Pembuktian Keharmonian dan Pembuktian disebut sebagai harmoni logikal (logical harmony) yang bermaksud keharmonian yang logik pada makna. Ahli logik Gerhard Gentzen menyebut bahawa penghubung logik digunakan untuk membuatkan sesuatu wacana (discourse) lebih bermakna dan mengharmonikan pernyataan-pernyataan yang berbeza maksudnya. Gentzen menyatakan bahawa sekiranya orang percaya yang langit itu biru dan dia juga percaya bahawa rumput itu hijau, penghubung dan patut diletakkan lalu menjadi ayat berikut: Langit itu biru dan rumput itu hijau. 2. Koheren Dalam Pembuktian Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.(10). koheren boleh didefinisikan sebagai berhubungan, bersangkut paut atau mempunyai kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. Menurut teori koherensi, suatu pernyataan dianggap benar apabila pernyataan itu bersifat koheren atau konsisten dengan pernyataan-pernyataan sebelumnya yang dianggap benar. 1.6 Taksa dan ketaksaan makna dalam tatabahasa.

Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran. Contoh: Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia. Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa (iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi, menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan. Dalam ayat di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia. Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang terkandung menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan neneknya.jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat berkenaan. 1.7 Pengembangan Makna Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya berlayar, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut berlayar. Dahulu kata bapa hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut bapa sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya disebut saudara.

1.8 Penyempitan Makna Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik. Sebagai contoh kata ahli membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanaksaudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ahli juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang. 1.9 Fitur Makna Dalam Bahasa Melayu a) Sifat Makna Secara umumnya, sifat makna boleh dibahagikan kepada dua iaitu dinamik dan evolusi. Rajah di bawah menjelaskan perbezaan kedua-dua sifat makna tersebut secara ringkas. Dinamis SIFAT MAKNA Evolusi Boleh berubah-ubah Boleh berkembang Rajah 1.9.1 : Sifat Makna Setelah mengetahui tentang sifat makna, berikut merupakan beberapa ciri yang menentukan sesuatu makna. Ciri-ciri ini juga berupaya membuka minda semua pihak tentang

keunikan dan keistimewaan mempelajari bahasa Melayu. Hal ini kerana, setiap perkataan dan ayat yang dituturkan oleh penutur memiliki makna tertentu dan makna tersebut berbeza mengikut kefahaman seseorang. Berikut menunjukkan ciri-ciri yang menentukan sesuatu makna: CIRI-CIRI YANG MENENTUKAN SESUATU MAKNA pilihan budaya konteks makna dalam peribahasa Rajah 1.9.2 : Ciri-ciri yang Menentukan Sesuatu Makna Penerangan bagi ciri pilihan adalah seperti berikut iaitu suatu ungkapan yang dihasilkan mestilah dipilih mengikut kesesuaian dan sekiranya tidak maka ungkapan tersebut dikira tidak bermakna. Seterusnya, bagi ciri budaya pula menjelaskan budaya masyarakat penutur adalah saling berkait rapat dengan bahasa kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat penutur dapat bertutur secara betul melalui konteks budaya. Manakala bagi ciri konteks pula menjelaskan makna juga dapat ditentukan bergantung pada situasi dan perasaan penutur semasa menyampaikan sesuatu ungkapan itu. Akhir sekali, ciri makna dalam peribahasa pula menerangkan bahawa makna dalam peribahasa sama ada kiasan, simpulan bahasa dan pepatah digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada makna asal. Contohnya, ringan tulang (rajin). Setelah memahami tentang ciri-ciri yang menentukan sesuatu makan barulah mudah bagi memahami pula tentang faktor-faktor perubahan sifat makna. Terdapat lima faktor yang telah

dikenal pasti berupaya memberi perubahan kepada sifat bahasa. Berikut merupakan senarai ringkas faktor-faktor perubahan sifat bahasa: FAKTOR PERBEZAAN SIFAT BAHASA Perkembangan bahasa itu sendiri Tanggapan penutur Tujuan simbolik dan stilistik Pembatasan atau penyempitan makna Perluasan makna Rajah 1.9.3 : Faktor Perbezaan Sifat Bahasa 1.10 Perubahan Makna dalam Bahasa Melayu Salah satu aspek yang amat diminati dalam kajian makna ialah perubahan makna dalam bahasa. Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka perkataan yang menjadi unit asas kepada bahas, sentiasa mengalami perubahan. Hal ini sudah sejak dahulu lagi diamati oleh pengkaji bahasa. Menurut mereka, terdapat banyak faktor yang merangsangkan perubahan. Ullmann dalam bukunya Semantics: An Introduction to the Science of Meaning (1962), misalnya memberikan enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa. Antaranya adalah separti sebab-sebab sejarah, sebab-sebab sosial, sebab-sebab psikologi, pengaruh luar, keperluan untuk kata baharu. Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) pula ada menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurutnya, makna kata boleh disempitkan dan

diperluaskan. Selain itu, ada metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi yang juga menandakan perubahaan-perubahan dalam sesuatu bahasa. Makna kata berubah kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri. Ini bermaksud, makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan sosial masyarakat. Misalnya, kata belayar, pada satu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layar, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak menggunakan layar tetapi menggunakan kuasa tenaga. Atau, contoh perkataan rawat: Makna umum adalah menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna barunya sekarang meliputi merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri). Demikian juga kata tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makna diubah untuk mencakup makna menguruskan, mengendalikan, dalam ayat separti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Umpamanya, kini kita sering menemukan ayat atau ujaran. Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu. Dalam contoh ini, kata gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan perubahan separti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab sebab perubahan dalam bahasa itu sendiri. Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi juga, banyak kata yang telah mengalami perubahan makna. Misalnya, kata taman, pada masa dahulu hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang diperluaskan untuk mencakup makna tambahan separti kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan kawasan alam semula jadi separti Taman Kinabalu. Demikian juga kata datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa ayah atau ibu seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa jasa mereka. Dalam arus perubahan zaman, banyak kata mengalami perubahan makna. Kata kata yang merujuk kepada objek, institusi, idea, dan konsep konsep saintifik merupakan antara kata yang mengalami perubahan makna. Misalnya, kata kebal berubah daripada makna asal kuat dan kukuh dalam bidang ketenteraan menjadi kereta kebal.

Perubahan makna ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan makna tersirat. Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul. Contohnya : Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian. Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati. Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat Adik ke kedai Pak Ali. Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah pergi. Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca. Contoh lain adalah seperti berikut: Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan sebagai contoh Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Seterusnya ialah makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan seperti umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak. Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.

2.0 FAKTOR-FAKTOR PERUBAHAN MAKNA DALAM BAHASA MELAYU 2.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri. Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataanperkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan tersebut. Misalnya perkataan belayar pada suatu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layar sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga.demikian juga perkataan tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makan itu telah berubah mencakupi makna menguruskan, mengendalikan, dalam ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu. Dalam contoh ini, perkataan gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab perubahan bahasa itu sendiri. Selain daripada itu perkataan hayat dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan hidup tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran berikut, Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu. Dalam ayat ini perkataan menghayati bukanlah membawa maksud menghidupkan tetapi mengikuti dengan sepenuhnya. Perkataan hantu dalam contoh Kejadian itu menghantui fikirannya, hantu itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa makna mengganggu. Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, di mana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya telah berubah menjadi kawasan perumahan, kawasan perindustrian, dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Negara Bako. Demikian juga dengan perkataan datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada bapa kepada ayah seseorang malah sebagai gelaran kehormat oleh rajaraja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka. Demikianlah perubahan berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiri di mana pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran masa dan keadaan semasa.

2.2 Perubahan Kerana tanggapan penutur Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa itu sendiri tanggapan penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud sesuatu perkataan itu. Umpamanya perkataan abang, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelaki yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak. Di samping itu ada juga sesetengah orang menggunakan perkataan abang sebagai panggilan untuk suaminya. Perkataan saudara pula pada asalnya dimaksudkan kepada saudara kandung tetapi makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang mempunyai pertalian darah atau kekeluargaan. Di samping itu ada juga pengguna atau penutur bahasa Melayu cenderung menggunakan perkataan saudara dengan tanggapan yang lebih luas misalnya saudara sesame Islam. Di sini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan kerana pertalian darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan penutur terhadap sesuatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna perkataan itu sendiri. 2.3 Perubahan Kerana Perluasan Maksud Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna memiliki makna-makna yang lain. Perkataan saudara, misalnya pada mulanya bermaksud orang yang sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada hubungan kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi sebagai bentuk panggilan sebagai kata ganti nama diri orang kedua, terutamanya kepada orang laki-laki. Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, di mana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti kawasan perumahan, kawasan perindustrian, dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Hidupan Liar.Selain daripada dua perkataan di atas, perkataan semangat juga mengalami perubahan kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan semangat ialah jiwa atau roh. Tetapi perkataan ini kemudiannya diperluaskan maksudnya menjadi perasaan misalnya semangat kemerdekaan, semangat patriotisme dan juga kepada kemahuan atau keinginan yang tinggi seperti dalam contoh berikut, Dia mempunyai semangat ingin berjaya dalam hidup.

2.4 Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud Makna sesuatu perkataan boleh juga di batas kan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contoh perkataan sarjana, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau di batas kan untuk merujuk kepada orang yang telah lulus ijazah pertama, seperti Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi atau selepas ijazah pertama, seperti Sarjana Sastera dan Sarjana Ekonomi. Perkataan pendeta asalnya membawa makna orang yang berilmu, seperti Pendeta Za ba, seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini, mengikut Abdul Chaer (1995) telah di sempitkan untuk mencakupi makna guru agama Kristian. Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada umumnya adalah untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang tertentu. Contohnya perkataan sendi yang asalnya bermaksud tempat ruas tulang berhubung. Dalam ilmu bahasa perkataan sendi diajukan khusus kepada kata-kata yang berfungsi menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat. 2.5 Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan kumbang dan bunga selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti kumbang = lelaki dan bunga = perempuan, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan. Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud contohnya, merah dimaksudkan dengan keberanian, hitam dipadankan dengan kesedihan dan putih adalah kesucian. Selain daripada itu unsur-unsur personifikasi juga menunjukkan perubahan makna yang seperti ini. Sebagai contoh daun melambai dan dada langit ianya tidak membawa maksud yang daun boleh melakukan perbuatan melambai sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai dada. Daun melambai dan dada langit sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan kepada daun yang bergerak akibat tiupan angina dan keluasan dan lapangnya langit apabila dipandang dari bumi. Contoh -contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan sesuatu dengan indah dan menarik ( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984: 290-4).

3.0 APLIKASI PENGAJARAN MAKNA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU PERINGKAT SEKOLAH RENDAH. 3.1 Aplikasi pengajaran makna (sinonim) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sinonim ialah hubungan kesamaan makna antara suatu perkatan, frasa, ayat atau ungkapan dengan suatu perkataan, frasa, ayat, atau mengikut konteks (Lyons, 1929:405). Contohnya menurut Zainal Abidin Safarwan (1995), frasa sungai tak tentu gaungnya bersinonim dengan frasa orang yang tidak tentu asal usulnya. Frasa sungai tak tentu gaungnya merupakan peribahasa, sementara frasa orang yang tidak tentu asal-usulnya ialah maksud peribahasa itu. Definisi sinonim secara etimologi atau bahasanya ialah onoma dan syn yang berasal dari bahasa Yunani kuno. Maksud onoma ialah nama manakala syn bermaksud nama lain untuk benda atau hal yang sama. Secara semantik pula, Verhaar (1978) mendefinisikan sinonim sebagai ungkapan yang mempunyai makna lebih kurang sama dengan ungkapan kata yang lain. Sinonim juga diterjemahkan sebagai ungkapan iaitu perkataan, frasa atau ayat yang makna lebih kurang sama dengan makna ungkapan lain. Perkataan sinonim dikatakan berasal daripada bahasa Yunani kuno iaitu onoma bermaksud nama dan syn yang bererti nama lain. Hubungan makna antara dua patah perkataan yang bersinonim itu bersifat dua hala, misalnya indah bersinonim dengan cantik, cantik juga bersinonim dengan indah. O Grady(00:118) berpendapat sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Maksud sama makna tidak semestinya mempunyai persamaan secara keseluruhan. Contohnya, makna perkatan kereta dan motokar adalah sama namun apabila membentuk ungkapan kereta lembu dan motokar lembu maka maknanya menjadi berbeza (Abdullah Hassan;07). Abdullah Hassan (1981) turut menjelaskanj bahawa memang agak sukar untuk memberi satu takrif yang menyeluruh dalam kata-kata sinonim ini.

Aplikasi pengajaran makna (sinonim) I. Langkah 1 Dalam langkah 1 ini, Cikgu Nora meminta murid membaca petikan di dalam buku teks secara individu yang dipilih secara rawak. Setelah itu murid bersoal jawab berdasarkan petikan. Kemudian murid diminta mencari maksud lima perkataan menggunakan kamus secara berpasangan. Kekuatan yang terdapat dalam langkah 1 ini ialah keupayaan murid membaca petikandengan baik dan dapat mencari maksud perkataan dengan menggunakan kamus. Kelemahannya pula tidak semua murid dapat menggunakan kamus dengan baik keranaterdapat murid yang tidak mempunyai kamus dan murid ini hanya mendengar sahaja.bagi aktiviti bacaan pula hanya 2 orang murid sahaja dilibatkan.untuk mengatasi masalah ini, Cikgu Nora boleh membuat melakukan aktiviti pengajaran di pusat sumber dan murid boleh menggunakan kamus yang terdapat di situ. Untuk lebihmenyeronokkan sesi pengajaran dan pembelajaran, Cikgu Nora boleh menjalankanaktiviti permainan mencari makna perkataan secara kumpulan. 2. Langkah 2 Dalam langkah 2 ini, murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. Cikgu Nora memberikanlembaran aktiviti mencari maksud simpulan bahasa. Setelah itu murid disuruhmenyenaraikan sekurang-kurangnya lima kata tanya yang terdapat dalam petikan. Murid juga diminta membina ayat daripada kata kerja tersebut. Setelah itu, Cikgu Nora memberi penerangan tentang kata tanya. Kemudian murid memberi contoh ayat tanya yangterdapat dalam petikan. Kekuatan dalam langkah 2 ini ialah murid dapat menjalankan akiviti kumpulan secarakoperatif dan kolaboratif iaitu berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai jawapan. Murid juga dapat memberikan contoh kata tanya dengan betul.kelemahannya ialah pengagihan kumpulan mengambil masa yang lama dan ahlikumpulan tidak terdiri daripada pelbagai kebolehan.dalam kumpulan juga tidak dilantik ketua, pencatat dan pelapor.keadaan ini menimbulkan kebisingan.bagi mengatasi masalah ini, Cikgu Hamid perlu pastikan setiap murid dalam kumpulan terdiri dari pelbagai kebolehan dan pastikan mereka melantik ketua, pencatat dan pelapor.aktiviti permainan bahasa seperti teka-teki, teka silangkata dan sebagainya boleh disisipkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid serta menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.

3.2 Aplikasi pengajaran makna (antonim) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Antonim ialah perktaan yang mempunyai makna yang berlawanan. Hubungan makna yang berlawanan antara suatu perkataan, frasa, ayat atau ungkapan dengam suatu perkataan, frasa, ayat, atau ungkapan lain, misalnya seperti sungai berantonim dengan perkataan laut (Lyons, 1979). Perkataan antonim berasal daripada perkataan Yunani kuno, iaitu "anoma" yang bererti "nama" dan "anti" yang bererti "melawan". Oleh itu, antonim bermaksud perkataan yang maknanya dianggap berlawanan atau kebalikan daripada perkataan lain. Contohnya ialah baik/buruk, tinggi/rendah dan panjang/pendek. Contoh aplikasi antonim di dalam pengajran makna Bahasa Melayu Adalah seperti berikut : 1. Langkah 1 - Murid diedar teks cerita Pak Senik Insaf - Murid ditunjukkan cara membaca cerita dengan kelancaran, sebutan dan intonasi yang betul. - Murid membaca teks cerita secara bergilir-gilir. -Murid diminta menggariskan kata adjektif yang terdapat dalam petikan. 2. Langkah 2 - Murid diterangkan tentang maksud kata adjektif. - Dalam kumpulan, murid diminta mencari perkataan adjektif yang terdapat dalam teks. - Murid mencari perkataan antonim dengan kata adjektif yang telah dicari dalam teks dan diisi dalam lembaran kerja. - Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas 3. Langkah 3 - Aktiviti Murid Pemulihan: Mengeja dan membaca kata adjektif dan antonimnya. - Aktiviti Murid Pengayaan: Mencari 10 perkataan antonim.

3.2 Aplikasi pengajaran makna (hiponim) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan Kamus Dewan 4th( 07 : 50) hiponim bermaksud kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Contohnya kambing, lembu, dan rusa Adalah hiponim daripada binatang. Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan, ( Abdullah Hassan, 06 : 233 ). Dalam sesetengah bahasa lain,golongan kata seperti ini akan lebih jelas maknanya jika diteliti struktur tatatingkatnya. Dengan kata lain hiponim adalah kata-kata yang mewakili kata hipernim. Umumnya kata-kata hipernim adalah suatu kategori dan hiponim merupakan anggota dari kata hipernim. Contoh hiponim yang lain yang dapat saya berikan untuk menambahkan kefahaman contohnya tenggiri, bawal, lampam, sembilang adalah hiponim bagi ikan. Bahulu, karipap, donat, cucur adalah hiponim bagi kuih, Manakala kelapa, mangga, anggur Adalah hiponim bagi buah. Terdapat dua jenis hiponim yang terdapat dalam bidang linguaistik makna iaitu hiponim tulen dan hiponim umum. Contoh hiponim tulen adalah padi iaitu perkataan yangmencakupi dua perkataan yang segolongan dengnnya iaitu beras dan nasi. Oleh itu dalam bahasa Melayu membezakan perkataan padi dari beras dan nasi. Padi merupakan bijian yang belum dibuang kulitnya.setelah padi diproses, menjadi beras dimasak menjadi nasi. Bagihiponim umum menurut Abdullah Hassan 905:235),hiponim umum berlaku apabila terdapat satu perkataan yang menjadi nama umum.kata nama itu kemudian boleh dicantumkan dengan perkataan yang menjadi komponen maknanya.perkataan bunga memberi nama kepada semua jenis bunga.ada bunga melur, kenanga, mawar dan lain-lain.perkataan bunga adalah umum. Oleh itu,perkataan bunga mesti digabungkan dengan sesuatu jenis bunga tertentu bagi menamakan jenis bunga tertentu, Contohnya seperti bunga melur. Contoh lain yang boleh kita lihat seperti rumah teres dan rumah banglo. Ini beerti bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung dengan perkataan rumah untuk membentuk satu komponen kata nama am. Contoh aplikasi hiponim di dalam pengajaran makna Bahasa Melayu adalah seperti berikut : Langkah 1 : - Murid diberikan contoh karangan. - Murid dikehendaki membuat analisa beberapa perkataan yang mengandungi unsur hiponim di dalam contoh karangan yang diberi tersebut.

Langkah 2 : - BIBLIOGRAFI Rujukan daripada buku : Abdul Chaer (1994), Linguistik Am, Jakarta, Penerbit Rineka Cipta Abdullah Hassan (05a), linguistik am, siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Abdullah Yusuf, (09). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Guru, Kuala Lumpur : Penerbit Icon Regian Sdn Bhd Abdullah Yusuf, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra in Shaari, (09) Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. BML 3083 Semantik Sem.3 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pusat pendidikan Luar 12.Kamus Dewan Edisi Keempat (05), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Rujukan daripada internet : http://makalahdanskripsi.blogspot.com/09/06/makna-denotatif-makna-konotatif-dan.html telah diakses pada 10 Jun 14 http://www.tutor.com.my/stpm/semantik/semantik.htm telah diakses pada 16 Jun 14