LAPORAN TEKNIKAL RALAT PENDISPENSAN UBAT DI FARMASI HOSPITAL

Similar documents
MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Oleh. Syed Mohd Solehin bin Wan Sarip ABSTRAK

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SISTEM E-PELAPORAN PEMANTAUAN LAMAN WEB JABATAN STANDARD MALAYSIA. Maggery Roxane Dennis Dr. Mohd Ridzwan Yaakub

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

PROSEDUR KERJA UMUM ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN UKM-SPKP-PKU11

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

PENILAIAN PENGETAHUAN

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

ISI KANDUNGAN SEKSYEN/ RUJUKAN 1.0 TUJUAN OBJEKTIF DAN SKOP 3

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

KESAN KERJA SYIF MALAM TERHADAP HUBUNGAN SOSIAL DAN KESIHATAN FIZIKAL JURURAWAT

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Transcription:

LAPORAN TEKNIKAL RALAT PENDISPENSAN UBAT DI FARMASI HOSPITAL Mohd Bokhari Mohamed Nor Sarjana Sistem Maklumat Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor Malaysia. mohdbokhari@siswa.edu.ukm.my ABSTRAK Insiden kesilapan pendispensan ubat sering berlaku dan memberi kesan yang mungkin membahayakan pesakit. Ralat pendispensan ubat boleh berpunca dari pelbagai faktor. Kesedaran terhadap faktor ralat pendispensan ubat dapat membantu mengurangkan kadar berlakunya ralat semasa pendispensan ubat di samping dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam sektor kesihatan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor ralat pendispensan ubat di farmasi hospital di samping memberikan cadangan penyelesaian yang bersesuaian. Kajian ini adalah kajian berbentuk kualitatif menggunakan kajian kes tunggal untuk mengenal pasti punca kepada berlakunya ralat dalam pendispensan ubat. Proses pengumpulan data kajian diperoleh dari pelbagai sumber termasuk sesi temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian secara langsung. Pendekatan sistematik dalam analisis data kualitatif dilaksanakan secara manual melalui analisis punca masalah. Kajian ini mengenal pasti empat kategori punca kepada ralat pendispensan ubat di farmasi hospital iaitu: (1) kesilapan dalam proses kerja, (2) fisiologi kakitangan (manusia), (3) persekitaran di tempat kerja dan (4) sifat ubat dan pembungkusan (bahan). Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai asas dalam mengurangkan ralat pendispensan ubat dalam persekitaran farmasi yang berbeza. 1. PENGENALAN Sistem pendispensan ubat dalam hospital dan klinik di Malaysia telah diselaraskan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (Bahagian Perkhidmatan Farmasi 2011), di mana garis panduan dikeluarkan untuk memastikan proses semasa pendispensan ubat adalah teratur dan ubat yang diberikan kepada pesakit adalah betul. Sistem pendispensan ubat bermula daripada penerimaan pesanan ubat di unit farmasi sehinggalah ubat diserahkan kepada pesakit. Ia merangkumi proses penyaringan ubat, proses pelabelan ubat, proses pengisian ubat, proses semak silang dan juga proses pemberian ubat kepada pesakit. Rajah 1 menunjukkan aktiviti asas di dalam proses pendispensan ubat.

Penyaringan Pelabelan Pengisian Terima Preskripsi Semak Silang Rajah 1 Proses pendispensan ubat. Beri dan jelaskan kepada pesakit Proses Pendispensan selesai Ralat pengubatan ditakrifkan sebagai sebagai kegagalan dalam proses pembekalan ubat yang berkemungkinan akan mendatangkan bahaya kepada pesakit (Tsuji et al. 2015). Ralat pengubatan boleh dikelaskan kepada enam jenis iaitu kesalahan menetapkan ubat (prescribing error), ralat dalam pesanan ubat (prescription error), ralat dalam transkripsi iaitu kesilapan semasa membuat salinan semula pesanan yang di terima (transcription error), ralat pendispensan ubat (dispensing error), ralat dalam menguruskan ubat (administration error) dan juga kesilapan perpindahan maklumat antara jabatan (across setting error) (Abubakar et al. 2014). Rajah 2 menerangkan gambaran bahagian di dalam proses kerja di mana ralat pengubatan boleh berlaku. Rajah 2 Gambaran bahagian di dalam aliran proses kerja di mana ralat boleh berlaku. Ralat pendispensan ubat adalah ralat yang berlaku antara bermulanya penerimaan preskripsi sehingga ubat tersebut diberikan kepada pesakit (Shah, & Solanki 2013). Ralat pendispensan ubat boleh dikelaskan kepada beberapa kategori utama termasuk pesakit, wad, jenis, bentuk, dos dan waktu yang salah (van den Bemt, & Egberts 2007). Walaupun pegawai farmasi mengikut prosedur yang ditetapkan, ralat pendispensan ubat di farmasi masih boleh berlaku. Contohnya, pegawai farmasi tidak dapat mengesan kesilapan pada preskripsi yang dipesan oleh doktor, ubat yang diberikan kepada pesakit adalah salah, arahan dan cara pengambilan ubat yang diberikan tidak tepat ataupun ubat diberikan kepada pesakit yang salah. Kesan kepada ralat pendispensan ubat kepada pesakit adalah bergantung kepada masa atau fasa kesilapan itu berlaku, di mana kesilapan yang berlaku pada fasa

awal proses pendispensan ubat akan memberikan kesan yang lebih bahaya kepada pesakit berbanding kesilapan yang berlaku pada akhir proses pendispensan ubat (Tsuji et al. 2016). Ralat pendispensan ubat yang berlaku di farmasi boleh membahayakan pesakit sekiranya tidak dikesan sebelum diserahkan kepada pesakit (Tsuji et al. 2015). Oleh yang demikian, kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi ralat pendispensan ubat bagi memastikan ubat yang diberikan pesakit adalah selamat. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti punca sebenar kepada berlakunya ralat semasa pendispensan ubat di unit farmasi pesakit luar dan memberi cadangan penambahbaikan berdasarkan punca yang telah dikenal pasti. Melalui kajian ini secara umumnya dapat menyumbangkan pengetahuan kepada kakitangan yang bertugas di unit farmasi terhadap punca masalah berlakunya ralat pendispensan ubat. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan bilangan insiden kesilapan ubat diberikan kepada pesakit yang boleh meningkatkan keselamatan ubat yang diterima oleh pesakit. 2. KAEDAH KAJIAN Kajian berbentuk kualitatif ini dilaksanakan melalui strategi kajian kes tunggal dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan untuk mengenal pasti faktor kepada berlakunya ralat dalam pendispensan ubat. Faktor yang diperoleh dalam kajian literatur digunakan sebagai panduan asas kepada pengenalpastian punca ralat dalam pendispensan ubat di farmasi hospital. Proses pengumpulan data dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan antara Mei hingga Julai 2016. Sumber data diperoleh melalui triangulasi sesi temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian langsung. Proses dilakukan secara berjadual di mana, analisis dokumen dan pemerhatian langsung dilakukan secara serentak dan disusuli dengan sesi temu bual dengan orang yang dipilih secara rawak dan terarah. Sesi temu bual dilaksanakan secara separa berstruktur melibatkan sepuluh informan yang terdiri daripada pelbagai jawatan dan peranan di unit farmasi dengan tempoh purata satu jam bagi setiap sesi. Rakaman audio ditranskripsikan bagi tujuan analisis. Pemerhatian langsung dilakukan di luar kaunter farmasi dan juga di dalam kaunter farmasi. Pemerhatian langsung yang dilakukan di luar kaunter farmasi adalah untuk melihat proses pemberian ubat di kaunter daripada perspektif pesakit. Pemerhatian langsung di dalam Unit Farmasi Klinik Pakar pula dilakukan selepas itu untuk memperoleh maklumat secara kasar berkenaan faktor dan punca berlakunya ralat semasa proses pendispensan ubat. Analisis dokumen melibatkan dokumen bertarikh antara tahun 2007 hingga 2015 diteliti dan hanya melibatkan dokumen laporan tahunan yang berkaitan dengan ralat pendispesan ubat sahaja. Data kualitatif dalam kajian ini dianalisis secara manual menggunakan kaedah analisis punca masalah (root cause analysis), di mana melibatkan proses termasuk pengumpulan data, identifikasi punca masalah dan cadangan penyelesaian. Daripada data yang diperoleh melalui kaedah triangulasi iaitu secara pemerhatian langsung, temu bual dan analisis dokumen, faktor kepada berlakunya ralat digabungkan dan diringkaskan dengan menggunakan gambar rajah Ishikawa (Tulang Ikan). Daripada beberapa kaedah dan alat yang telah di senarai pendek dan di banding, kaedah analisis gambar rajah Ishikawa digunakan kerana lebih efektif dalam mengenal pasti punca masalah yang lebih meluas dan holistik (Ilie & Ciocoiu 2010). Berdasarkan punca yang telah dikenal pasti melalui gambar rajah Ishikawa, punca tertinggi daripada setiap cabang dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kenapa-kenapa (Why-Why Analisis) untuk mendapatkan punca yang lebih mendalam kepada permasalahan tersebut. Pembinaan hubungan kepercayaan dengan organisasi dan informan terlibat, penekanan terhadap ketelusan maklumat oleh informan, serta pemeriksaan dan pengesahan data diberi penekanan bagi meningkatkan kredibiliti kajian ini. Informan dijemput secara sukarela dan dirahsiakan identiti suntuk membina hubungan kepercayaan serta diberi kebebasan dalam sesi temu bual bagi menjamin kesahihan maklumat pandangan informan tanpa pengaruh luar. Dua jenis triangulasi yang melibatkan informan dan kaedah pengumpulan data berbeza digunakan bagi tujuan pemeriksaan dan pengesahan data kajian.

Potensi dan kesauran cadangan penambahbaikan serta penyelesaian untuk mengurangkan ralat pendispensan ubat di unit farmasi dijalankan dan dinilai serta ditentu sahkan oleh informan untuk memastikan cadangan penambahbaikan serta penyelesaian yang diberikan boleh dilaksanakan di farmasi hospital. 3. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 11 faktor telah dikenal pasti boleh menyebabkan ralat pendispensan ubat di farmasi hospital. Faktor tersebut kemudiannya dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu faktor proses kerja, faktor manusia, faktor persekitaran dan juga faktor bahan. Rajah 3 adalah gambar rajah Ishikawa bagi punca masalah yang telah dikenal pasti di Hospital A. Reka bentuk ruang kerja Suasana ruang kerja Bilangan kakitangan Proses kerja 1. Proses Arahan kerja Beban kerja Ralat pendispensan ubat LASA Fisiologi Motivasi Pengetahuan dan pengalaman Komunikasi 3.1 Faktor proses kerja Rajah 3 Gambar rajah Ishikawa bagi punca ralat pendispensan ubat. Proses kerja yang digunakan di Hospital A adalah selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh BPF di samping penambahbaikan telah dilakukan mengikut kesesuaian penggunaan sistem. Walaupun Hospital A telah menggunakan Sistem Maklumat Hospital (SMH) yang digunakan oleh pelbagai peringkat kakitangan hospital, namun proses kerja hanya melibatkan penstoran dan penghantaran maklumat sahaja. Di unit farmasi, kakitangan farmasi menerima pesanan ubat secara atas talian dan proses seterusnya dilakukan secara manual seperti semakan pesanan, pengisian ubat dan penyerahan ubat. Semakan pesanan oleh pegawai farmasi adalah perlu untuk memastikan pesanan adalah betul, dan sekiranya tidak dilakukan, kesilapan pada proses seterusnya akan berlaku. Pengisian ubat adalah salah satu proses yang kritikal dalam proses pendispensan ubat di mana ubat yang diisi mesti betul dengan preskripsi yang diterima, dan sekiranya pesanan yang diterima adalah salah, pengisian ubat juga akan salah. Bebanan kerja yang diterima oleh setiap kakitangan farmasi adalah bergantung kepada bilangan preskripsi yang diterima dan bilangan pesanan ubat dalam satu preskripsi. Bebanan kerja juga bergantung kepada bilangan kakitangan yang ada pada masa tersebut. Bebanan kerja akan meningkat sekiranya bilangan kakitangan yang ada tidak mencukupi. Beban kerja yang tinggi boleh menyebabkan berlakunya ralat pendispensan ubat di mana setiap kakitangan yang bertugas di setiap kaunter perlu melakukan tugas dengan cepat termasuk saringan, pengisian dan juga penyerahan ubat kepada pesakit. Bilangan preskripsi yang tinggi juga menyebabkan pegawai ingin cepat

menyelesaikan preskripsi yang diterima bagi mengelakkan pesakit menunggu lama di ruang menunggu. Gesaan pesakit di ruang menunggu juga salah satu punca pegawai tidak menyemak preskripsi yang diterima. Arahan kerja di dalam proses kerja adalah berkait dengan arahan secara langsung daripada pihak atasan tanpa melalui sistem dan secara lisan. Arahan secara lisan akan diberikan kepada kakitangan seperti arahan pengurangan bilangan ubat kepada pesakit tertentu dengan alasan tertentu dan juga arahan penambahan ubat pada preskripsi yang telah dibuat oleh doktor secara lisan. Arahan secara lisan yang diterima oleh kakitangan dilihat jarang direkodkan di dalam SMH. Arahan secara lisan atau tanpa melalui sistem ini boleh menyebabkan berlakunya ralat pendispensan ubat di mana penerima arahan mungkin terlupa atau tersalah tafsir terhadap arahan yang baru diterima. 3.2 Faktor manusia Pengetahuan berkenaan ubat dan juga pengalaman bertugas di unit farmasi amat penting sekiranya bertugas di unit farmasi pesakit luar. Unit farmasi adalah unit terakhir pesakit akan kunjungi sebelum menerima ubat dan sekiranya pegawai yang bertugas di kaunter pendispensan ubat kurang pengetahuan dan tidak menerangkan cara pemakanan atau penggunaan ubat dengan betul, pesakit tersebut mungkin tidak akan mendapat kesan ubat yang efektif. Pengalaman, pengetahuan dan penyesuaian kakitangan terhadap susun atur ruang kerja, dan proses kerja di farmasi pesakit luar juga penting untuk membantu kakitangan melakukan kerja dengan lebih cepat. Beban kerja yang tinggi akibat kerja yang berterusan tanpa rehat akan menyebabkan keletihan. Kakitangan dilihat melakukan perkara yang hampir sama secara berulang dalam tempoh masa yang lama, dan risiko berlaku kesilapan semasa pendispensan amat tinggi terutamanya semasa pengisian ubat. Komunikasi yang berkesan akan menghasilkan kerja yang lebih baik. Kaedah berkomunikasi antara pegawai atasan dengan kakitangan terutamanya dalam memberi arahan akan memberi kesan kepada cara kakitangan tersebut. Arahan yang diberikan adalah secara lisan yang kuat, dan jarak antara kakitangan tersebut agak jauh boleh mengganggu tumpuan kakitangan yang berhampiran. Media untuk komunikasi seperti telefon di ruang tempat kerja dilihat hanya dua sahaja yang berfungsi iaitu di tempat saringan dan kegunaan pelbagai. Perkara ini dilihat akan menyukarkan pegawai sekiranya perlu membuat panggilan kepada doktor untuk membuat pengesahan preskripsi yang diterima, dan kesukaran ini menyebabkan pegawai farmasi sering kali membuat pertimbangan sendiri dengan menggunakan pengalaman yang lepas. Kekurangan motivasi untuk bekerja di kalangan kakitangan berisiko kepada berlakunya ralat semasa pendispensan kerana akan memberikan kesan kepada tumpuan kerja. Kakitangan yang kurang motivasi tidak dapat menumpukan tumpuan kerja dan kecuaian mungkin berlaku akibat daripada kekurangan motivasi ini. 3.3 Faktor persekitaran Reka bentuk unit farmasi di Hospital A dilihat telah disusun mengikut urutan proses kerja seperti di dalam Rajah 4. Walau bagaimanapun terdapat beberapa tempat yang dilihat mempunyai laluan yang sempit. Kekurangan ruang di unit farmasi menyebabkan rak disusun dengan lebih rapat dan padat untuk mengoptimumkan penggunaan ruang. Ia akan menyebabkan pergerakan kakitangan terbatas untuk pengambilan ubat di rak. Kotak ubat yang diletakkan di laluan kakitangan akan menambahkan lagi kesukaran perjalanan kakitangan dan akan melambatkan proses kerja.

Rajah 4 Pelan Unit Farmasi Pesakit Luar Hospital A dan proses pembekalan ubat mengikut turutan nombor. Suasana tempat kerja yang baik termasuklah tidak diganggu oleh bunyi bising yang berterusan seperti bunyi penghawa dingin atau kawasan pembinaan, mempunyai pencahayaan yang baik dan menyeluruh dan juga dilengkapi dengan sistem pengudaraan yang baik. Pencahayaan yang kurang akan menyebabkan kesukaran untuk membaca maklumat pada preskripsi, dan berisiko untuk berlakunya ralat semasa pendispensan. Bilangan kakitangan juga mempengaruhi bebanan kerja yang ditanggung oleh setiap kakitangan. Walau bagaimanapun, kekangan ruang kerja yang terhad menyebabkan bilangan kakitangan juga perlu dihadkan bagi membolehkan kakitangan bekerja dalam keadaan selesa. Pada waktu puncak, unit farmasi pesakit luar akan memohon bantuan daripada unit farmasi lain untuk membantu menangani masalah kekurangan kakitangan dan memberikan ruang kepada kakitangan unit farmasi luar berehat secara bergilir. 3.4 Faktor bahan Unit farmasi pesakit luar di Hospital A telah menekankan penggunaan Tallman Lettering bagi membezakan ubat yang mempunyai sebutan yang hampir sama, mempunyai bentuk yang hampir sama dan juga pembungkusan yang hampir sama. Walau bagaimanapun, kesilapan masih berlaku kerana kelalaian kakitangan yang bertugas di kaunter pengisian ubat yang mengambil ubat tanpa melihat label pada rak ubat tersebut kerana dirasakan telah mengambil ubat yang betul. 4. RUMUSAN DAN CADANGAN Proses kerja merujuk kepada rantaian proses pendispensan ubat di unit farmasi dan perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan bagi memastikan ralat yang berlaku di sepanjang proses pendispensan dapat dikurangkan termasuk membuat saringan preskripsi, pengisian ubat yang betul dan semakan semula. preskripsi yang disaring dan disemak boleh mengurangkan ralat pengubatan, terutamanya ralat pendispensan ubat (Siang et al. 2003). Arahan kerja melalui sistem dapat membantu mengurangkan ralat pendispensan yang berpunca daripada arahan lisan yang kurang jelas termasuk pindaan pesanan. Arahan adalah lebih berkesan sekiranya dibuat secara bertulis seperti melalui sistem (Reiling et al. 2008).

Bebanan kerja yang tinggi yang diterima oleh kakitangan berisiko kepada berlakunya ralat pendispensan ubat. Kakitangan yang mencukupi pada satu masa dan perlu diawasi oleh pihak atasan supaya kakitangan tidak terbeban dan cenderung untuk melakukan kesilapan (Anacleto et al. 2007). Pengetahuan dan pengalaman boleh dipertingkatkan melalui penganjuran kursus dan latihan secara berterusan kepada setiap kakitangan yang bertugas di unit farmasi. Penganjuran latihan yang berterusan juga boleh membantu kakitangan sentiasa di kemas kini dengan maklumat dan kaedah terbaru dalam pengendalian dan pendispensan ubat. Keadaan fisiologi seperti keletihan dan mengantuk adalah disebabkan perlakuan kerja yang sama secara berulang tanpa rehat yang mencukupi. Keletihan juga boleh berpunca daripada bebanan kerja tinggi. Waktu rehat yang sesuai perlu diberikan kepada kakitangan bagi memastikan kakitangan tidak terlalu penat untuk meneruskan kerja. Keletihan juga boleh diatasi melalui pengurangan waktu kerja (Hermon, & Williams 2013). Motivasi setiap kakitangan juga penting untuk memastikan kakitangan dapat memberikan tumpuan kepada kerja. Motivasi bagi setiap kakitangan adalah berbeza dan pegawai atasan perlu memahami setiap keperluan kakitangan di bawah jagaannya. Jika dilihat dari aspek psikologi, manusia akan terkesan dan lebih fokus kepada pekerjaan yang dilakukannya sekiranya ganjaran diberikan kepada kakitangan yang cemerlang termasuklah meningkatkan motivasi dalam diri kakitangan (Eshun, & Duah 2011). Reka bentuk ruang kerja yang selari dengan aturan proses kerja boleh mengurangkan insiden ralat pendispensan ubat (Al-Arifi 2014).. Penggunaan conveyer belt yang dipasang di hadapan ruang pengisian ubat dapat membantu mengurangkan ralat pendispensan ubat melalui pengurangan pergerakan kakitangan di ruang pengisian ubat disamping dapat mempercepatkan proses pengisian ubat. Suasana kerja adalah berkaitan keadaan semasa di tempat kerja yang boleh mempengaruhi cara kerja seperti bunyi bising, pencahayaan dan juga pengudaraan yang baik. Pencahayaan yang kurang di tempat kerja akan menyebabkan kakitangan akan cenderung kepada kepenatan dan seterusnya akan menyebabkan insiden di tempat kerja (Ozdemir 2010). Ubat yang kelihatan sama dari segi pembungkusan dan bentuk fizikal ubat tersebut dilihat berisiko untuk berlakunya insiden semasa proses pengisian ubat. Ia lebih dikenali sebagai ubat Look-Alike, Sound-Alike (LASA) dikelaskan di bawah faktor bahan. Ubat LASA boleh menyebabkan berlakunya ralat semasa proses pendispensan ubat disebabkan kekeliruan pemesan, penyemak atau pengisi ubat. Penggunaan Tallman Lettering, iaitu sistem penebalan dan penekanan huruf tertentu pada ubat LASA dapat membantu kakitangan membuat pemilihan dan pengambilan ubat yang betul dan dapat mengurangkan kesilapan semasa proses pengisian ubat (Van de Vreede et al. 2008). 4.1 Kesauran cadangan penyelesaian Potensi dan kesauran cadangan penambahbaikan serta penyelesaian untuk mengurangkan ralat pendispensan ubat di unit farmasi Hospital A telah dinilai dan ditentu sahkan oleh beberapa informan. Jadual 1 menunjukkan ringkasan hasil kesauran cadangan penyelesaian tersebut. Rajah 5 menunjukkan faktor yang boleh mengelakkan ralat pendispensan ubat selepas fasa kesauran dilakukan. Faktor-faktor yang bertanda asterisk (*) tidak dapat dilaksanakan di Hospital A atas sebab yang telah dinyatakan di dalam Jadual 1. Cadangan yang melibatkan pengurusan seperti pengendalian cuti, pengurusan tugas ditentu sahkan boleh dilaksanakan di Hospital A dan berpotensi untuk mengurangkan ralat pendispensan ubat di unit farmasi. Manakala cadangan penyelesaian yang melibatkan organisasi dan struktur unit farmasi seperti penambahan bilangan kakitangan dan susun atur unit farmasi tidak dapat dilaksanakan di Hospital A disebabkan ruang kerja yang terhad. Beberapa cadangan penyelesaian telah dilaksanakan di Hospital A dan dapat mengurankan ralat pendispensan ubat seperti penganjuran latihan yang berterusan, penggunaan conveyer belt di ruangan pengisian ubat, dan penerapan Tallman Lettering di rak ubat.

Rajah 5 Faktor yang boleh mengelakkan ralat pendispensan ubat. PS-FTSM-2017-002

Jadual 1 Kesauran cadangan penyelesaian oleh informan. Faktor Cadangan penyelesaian Kesauran Impak Proses Pengendalian cuti dan kursus untuk memastikan bilangan kakitangan yang bertugas mencukupi pada satu masa. Boleh dilaksanakan dan berpotensi mengurangkan ralat pendispensan. Manusia Penganjuran latihan yang berkaitan secara berterusan. Telah dilaksanakan di Hospital A. Mengurangkan ralat pendispensan ubat melalui penambahan pengetahuan di kalangan kakitangan. Pembahagian tugas disusun mengikut keutamaan pada waktu tertentu. Boleh dilaksanakan dan berpotensi mengurangkan ralat pendispensan ubat. Penambahan bilangan kakitangan. Tidak dapat dilaksanakan kerana ruang kerja yang terhad di Hospital A tetapi berpotensi mengurangkan ralat pendispensan ubat. Persekitaran Ubat diletakkan di tempat yang tinggi. Berpotensi mengurangkan ralat tetapi tidak dapat dilaksanakan di Hospital A kerana ruang penyimpanan ubat yang terhad dan bilangan jenis ubat yang banyak. Penggunaan conveyer belt untuk mengurangkan pergerakan kakitangan di ruang kerja. Telah dilaksanakan di Hospital A. Mengurangkan kesilapan semasa pengisian ubat. Pencahayaan yang sekata di ruang kerja Boleh dilaksanakan di unit farmasi dengan penambahan bilangan lampu terutamanya di kawasan kaunter semakan dan pengisian serta berpotensi mengurangkan ralat pendispensan ubat. Amalan pengambilan stok ubat yang diperlukan dan terus mengisi ke dalam rak ubat. Boleh dilaksanakan dan berpotensi mengurangkan ralat pendispensan ubat. Bahan Mengatasi masalah LASA melalui penggunaan Tallman Lettering untuk membezakan ubat yang kedengaran sama dan juga kelihatan sama. Telah dilaksanakan di Hospital A. Mengurangkan kesilapan semasa pengisian ubat.

5. KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, kajian ini telah mengenal pasti empat faktor utama yang boleh menyebabkan berlakunya ralat semasa pendispensan ubat iaitu faktor manusia, faktor persekitaran, faktor proses dan faktor bahan. Kesemua faktor ini perlu diberi perhatian untuk mengurangkan insiden semasa proses pendispensan ubat dan seterusnya meningkatkan kualiti terhadap proses pendispensan ubat di hospital. Kesemua faktor dilihat mampu memberi impak yang besar kepada kualiti dalam proses pendispensan ubat sekiranya dilakukan sedikit perubahan. Namun terdapat beberapa faktor adalah sukar di ubah. Sebagai contoh faktor bahan termasuk pengubahsuaian pek pembungkusan dan reka bentuk ubat kerana ia melibatkan kos yang tinggi dan juga kerjasama daripada pelbagai pihak terutamanya pengeluar ubat itu sendiri. Penjenamaan semula nama ubat yang telah dipasarkan untuk mengelakkan kekeliruan juga adalah mustahil memandangkan nama ubat tersebut telah didaftarkan dan digunakan di seluruh negara. Penggunaan sistem pesanan ubat secara berkomputer dilihat banyak membantu banyak pihak termasuk doktor, pegawai farmasi dan juga pesakit. Sistem dan teknologi boleh diperkenalkan dalam proses pendispensan ubat seperti penggunaan mesin pendispensan automatik untuk mengurangkan kesilapan pengisian ubat semasa pendispensan ubat. Walau bagaimanapun, implementasi teknologi ini perlu di bincang secara menyeluruh di peringkat hospital kerana melibatkan kos termasuk pemasangan dan penyenggaraan serta memerlukan ruang yang di besar untuk menempatkan mesin. Faktor manusia dan faktor proses dilihat boleh di ubah di peringkat unit farmasi melalui latihan dan pemantauan yang berterusan dan juga melakukan perubahan dalam proses pendispensan ubat mengikut kesesuaian tanpa penambahan bilangan kakitangan yang bertugas di unit farmasi. Peranan penyelia dalam mengendalikan isu di unit farmasi seperti kekurangan kakitangan yang bertugas pada waktu tertentu juga dilihat mampu mengubah Walau bagaimanapun, perubahan proses yang kerap juga boleh menyebabkan kekeliruan antara kakitangan dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya insiden semasa pendispensan ubat. 6. RUJUKAN Abubakar, A. R., Chedi, B. A. Z., Simbak, N. Bin & Haque, M. 2014. Review Article Medication error : The role of health care professionals, sources of error and prevention strategies. Journal of Chemical and Pharmaceutical Research, 6(10), 646 651. Al-Arifi, M. N. 2014. Community pharmacists attitudes toward dispensing errors at community pharmacy setting in Central Saudi Arabia. Saudi Pharmaceutical Journal, 22(3), 195 202. doi:10.1016/j.jsps.2013.05.002 Anacleto, T. A., Perini, E., Rosa, M. B. & César, C. C. 2007. Drug-dispensing errors in the hospital pharmacy. Clinics (Sao Paulo, Brazil), 62(3), 243 250. Bahagian Perkhidmatan Farmasi. 2011. Polisi Operasi Farmasi Ambulatori (Hospital & Klinik Kesihatan) 38. Eshun, C. & Duah, F. K. 2011. Rewarda as a Motivation Tool for Employee Performance 1 70. Hermon, R. & Williams, P. A. H. 2013. A Study on Information Induced Medication Errors. Ozdemir, A. 2010. The effect of window views openness and naturalness on the perception of rooms spaciousness and brightness: A visual preference study. Scientific Research and Essays, 5(16), 2275 2287. Reiling, J., Hughes, R. G. & Murphy, M. R. 2008. The Impact of Facility Design on Patient Safety. Patient Safety and Quality: An Evidence-Based Handbook for Nurses, Vol. 2, 26. doi:nbk2633 [bookaccession] Shah, C. N. & Solanki, N. 2013. Clinical Research : Medication Errors and its Root Cause Analysis in

Multispecialty Hospital. International Journal of Pharmacy Teaching & Practices, 4(4), 838 843. Siang, C., Ni, K. & Bin, R. M. 2003. Outpatient Prescription Intervention Activities by Pharmacists in a Teaching Hospital. Malaysian Journal of Pharmacy, 1(3), 86 90. Retrieved from http://www.mps.org.my/publications/journal_of_pharmacy3/research_paper2.pdf Tsuji, T., Irisa, T., Ohata, S., Kokubu, C., Kanaya, A., Sueyasu, M., Egashira, N. et al. 2015. Relationship between incident types and impact on patients in drug name errors: a correlational study. Journal Of Pharmaceutical Health Care And Sciences, 1, 11. doi:10.1186/s40780-015- 0011-x Tsuji, T., Nagata, K., Kawashiri, T., Yamada, T., Irisa, T., Mukarami, Y., Akiko, K. et al. 2016. The Relationship between Occurrence Timing of Dispensing Errors and Subsequent Danger to Patients under the Situation According to the Classification of Drugs by Efficacy. The Pharmaceutical Society of Japan, 136(11), 1573 1584. Van de Vreede, M., McRae, A., Wiseman, M. & Dooley, M. J. 2008. Successful introduction of Tallman letters to reduce medication selection errors in a hospital network. Journal of Pharmacy Practice and Research, 38(4), 263 266. van den Bemt, P. M. L.. & Egberts, T. 2007. Drug-related problems : Definition and Classification 13, 62 64.