AMALAN UPACARA RAMBU SOLO DAN KESAN KE ATAS KESEJAHTERAAN WARGA TUA DI MAKALE, TANA TORAJA, SULAWESI SELATAN, INDONESIA

Similar documents
reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Takrifan Etika ethos

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

APLIKASI PENDEKATAN GROUNDED THEORY DAN PENGEKODAN (CODING) DALAM ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA KUALITATIF

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

[SV 9] MENGANALISIS ISU HALAL TERHADAP SEKTOR PERKHIDMATAN HOTEL DI MALAYSIA. Nursyahida Jaafar¹ & Mohamad Ghozali Hassan²

AN ANALYSIS OF INTRINSIC ELEMENTS AS PORTRAYED IN LOUISA MAY ALCOTT S NOVEL LITTLE WOMAN

Special Issue 3 (2017): 011 ISSN: x

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PERSEPSI KUALITI HIDUP KOMUNITI BIDAYUH DI DAERAH SERIAN, SARAWAK (THE BIDAYUH PERCEPTION OF THEIR QUALITY OF LIFE IN THE DISTRICT OF SERIAN, SARAWAK)

Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful (Non Muslim Student s Perception on Takaful) IZZATI LIYANA AWANG & HENDON REDZUAN ABSTRAK

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

THE ABSURDITY OF BEING AS REFLECTED IN FRANZ KAFKA S THE METAMORPHOSIS NOVELLA (1915): AN EXISTENTIALISM APPROACH.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Transcription:

1 AMALAN UPACARA RAMBU SOLO DAN KESAN KE ATAS KESEJAHTERAAN WARGA TUA DI MAKALE, TANA TORAJA, SULAWESI SELATAN, INDONESIA A. Pengenalan. Penduduk dunia sedang mengalami penuaan dengan cepat. Bilangan warga tua di dunia pada tahun 2006 sebanyak 650 juta dijangka akan mencapai dua milliar pada tahun 2050. Peningkatan warga tua merupakan fenomena sejagat, tetapi pola peningkatannya berbeza diantara negara maju dengan negara membangun. Jika tahun 2005, 60 peratus warga tua berada di negara membangun. Dalam lima dekade mendatang bilangan warga tua di negara membangun dijangka menjadi 80 peratus (Eko Sutriyanto 2012). Indonesia sebagai salah satu negara membangun, sejak tahun 1970 telah mengalami perubahan struktur ke arah penuaan. Pada tahun 1970 bilangan warga tua 4.5 peratus dan tahun 1990 menjadi 6.6 peratus. Pada tahun 2000 proporsi warga tua 7.18 peratus dan tahun 2010 menjadi 9.77 peratus, manakala tahun 2020 dijangka menjadi 11.34 peratus daripada jumlah penduduk. Ini merupakan peringkat keempat dunia, dibawah Cina, India dan Amerika Serikat (Komisi Nasional Lanjut Usia RI 2010). Suatu wilayah disebut berstruktur umur tua apabila bilangan penduduk yang berumur 60 tahun ke atas melebihi tujuh peratus daripada jumlah penduduk negara (Rahimah Abd. Azis 2002). Daripada seluruh wilayah propinsi di Indonesia ada lima wilayah propinsi mempunyai peratus warga tua tertinggi, iaitu Daerah Istimewa Yogyakarta, Jawa Tengah, Jawa Timur, Bali, dan Sulawesi Selatan (BPS 2010). Tana Toraja, salah satu kabupaten di dalam wilayah propinsi Sulawesi Selatan memiliki proporsi penduduk warga tua yang cukup tinggi iaitu 8.68 peratus pada tahun 2008, meningkat sekitar 8.92 peratus pada tahun 2011 (BPS 2012). Proporsi penduduk warga tua tertinggi di daerah Makale yang terbagi ke dalam tiga zon, iaitu Makale Utara, Makale, dan Makale Selatan. Dari segi ekonomi warga tua adalah golongan yang telah bersara. Mereka lemah kerana semakin kurang keupayaan fizikal dan fungsi sosialnya untuk bertindak. Fenomena ini menimbulkan permasalahan dalam hal kesejahteraan mereka. Isu yang selalu

2 diperkatakan kepada warga tua ialah mengenai masalah kesihatan, kewangan dan kesunyian (Poo Bee Tin dan Doris Padmini, dalam Doris Padmini Selvaratnam, Nor Aini Hj. Idris, Norlaela Abu Bakar 2010). Kewangan sangat diperlukan dalam usaha memenuhi kesejahteraan sosial sesuatu komuniti. Mengikut Midgley (1995) kesejahteraan sosial sesuatu komuniti ditentukan oleh tiga aspek, iaitu: pengurusan masalah sosial, pemenuhan keperluan hidup dan peluang mobiliti sosial dalam masyarakat. Kajian ini tertumpu kepada persoalan pemenuhan keperluan hidup warga tua. Adanya upacara rambu solo memberi kesan ke atas pemenuhan keperluan hidup warga tua kerana upacara rambu solo memerlukan kos, masa dan tenaga yang relatif banyak sesuai tingkatannya. Tingkatan anak rapasan 3-7 ekor kerbau, tingkatan indo rapasan 8-12 ekor kerbau, tingkatan rapasan sundun 13-24 ekor kerbau, dan tingkatan sapu randanan lebih dari 24 ekor kerbau disertai sejumlah simbol (Ikma Citra Ranteallo 2007). Mengikut harga pasar pada bulan Pebruari 2013, harga satu ekor kerbau berkisar RM. 20.000 RM. 50.000. Kajian mengenai kesejahteraan warga tua telah banyak dilakukan. Wan Ibrahim Wan Ahmad (1999), mendapati keadaan kesejahteraan warga tua dipengaruhi oleh adanya hubungan sosial dan sokongan sosial daripada anak, ahli keluarga dan jiran tetangga. Wan Ibrahim Wan Ahmad et.al (2009) menunjukkan pendidikan, pengalaman kerja, perumahan dan hubungan sosial dengan pasangan serta kawan-kawan dan jiran tetangga merupakan pemboleh ubah yang mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas kesejahteraan subjektif warga tua. Kajian Doris Padmini Selvaratman et.al (2010) mendapati ramai warga emas yang masih sanggup bekerja kerana faktor kemiskinan. Mereka tidak bersedia menghadapi hari tua dari segi kewangan dan kurang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Manakala kajian mengenai upacara rambu solo juga telah banyak dilakukan. Tandi Roma Andi Lolo (1968) mendapati bahawa martabat individu dapat dinilai berdasarkan kemampuan ekonomi yang kuat melalui jumlah kerbau yang disembelih dalam upacara rambu solo. Volkman (1985) mendapati bahawa sebagian orang Toraja memberikan pemaknaan terhadap kerbau yang disesuaikan dengan fungsinya untuk menandai kemakmuran seseorang. Nooy-Palm (1986) mendapati bahawa posisi sosial dan kekayaan individu menentukan pilihan terhadap tingkat upacara rambu solo. Ikma Citra

3 Ranteallo (2007) mendapati bahawa telah terjadi pemaknaan ulang (reinterpretasi) ritual upacara rambu solo dari makna religi menjadi makna sosial budaya. Arman Marwing (2011) mendapati bahawa faktor-faktor yang mendorong amalan upacara rambu solo adalah untuk memenuhi keperluan asas dalam diri individu, walaupun menjadi beban keuangan dan kejadian menekan yang mereka hadapi. Berasaskan kepada hasil kajian yang diperolehi di atas, belum ada satupun pengkaji yang melakukan kajian tentang amalan upacara rambu solo dan kesan ke atas kesejahteraan warga tua di Makale, Tana Toraja, Sulawesi Selatan, Indonesia. B. Permasalahan Kajian. Berasaskan kepada huraian di atas, peningkatan bilangan warga tua berimplikasi kepada kesejahteraan mereka. Dari segi ekonomi, warga tua adalah golongan yang telah bersara. Sumber pendapatan mereka sudah terbatas atau tidak ada lagi. Pada masa yang sama mereka mesti mengamalkan upacara rambu solo yang memerlukan kos yang relatif banyak. Hal ini menimbulkan permasalahan yang perlu dikaji, iaitu upacara rambu solo diduga memberi kesan ke atas kesejahteraan warga tua. Jika amalan upacara rambu solo kerana alasan sosial budaya, maka kesejahteraan hidup mereka diketepikan. Manakala amalan upacara rambu solo kerana alasan ekonomi, maka kesejahteraan hidup mereka diutamakan. Hasil daripada kajian ini akan menggambarkan bagaimana pengalaman warga tua di Makale Tana Toraja dalam mengamalkan upacara rambu solo, dan kesan ke atas kesejahteraan mereka, sama ada dari segi ekonomi ataupun dari segi budaya. C. Objektif Kajian. Berdasarkan permasalahan kajian di atas, secara umum kajian ini bertujuan untuk mengupas pengalaman atau fenomena yang dialami warga tua di Makale Tana Toraja dalam mengamalkan upacara rambu solo. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk : 1) Mengungkap makna amalan upacara rambu solo oleh warga tua di Makale Tana Toraja.

4 2) Menganalisis amalan upacara rambu solo kerana alasan sosial budaya, dan kesan ke atas kesejahteraan warga tua. 3) Menganalisis amalan upacara rambu solo kerana alasan ekonomi, dan kesan ke atas kesejahteraan warga tua. D. Sorotan Literatur. 1. Konsep Adat Kematian dan Amalan Upacara Rambu Solo. Dalam Kamus Dewan (Dewan Bahasa dan Pustaka 2010), konsep adat bermakna sebagai peraturan yang sudah diamalkan turun temurun dalam suatu masyarakat, sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Manakala amalan bermakna sebagai sesuatu yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan dan sebagainya) sebagai suatu kebiasaan. Di Tana Toraja, adat kematian dikenal dengan nama upacara rambu solo (descending smoke). Rambu bermakna asap dan solo bermakna turun, rambu solo, bermakna sebagai kegelapan atau kematian. Upacara rambu solo berawal dari salah satu falsafah adat dalam Aluk Todolo iaitu agama asli masyarakat Toraja yang konon telah dianut oleh orang Toraja sejak abad ke 9 Masehi. Para penganut Aluk Todolo juga percaya adanya kehidupan setelah kematian. Mereka percaya bahawa arwah orang-orang yang telah mati akan menempati tempat sementara yang disebut puya. Namun, arwah tidak dapat masuk ke dalam puya apabila keluarganya tidak melaksanakan upacara rambu solo (Ikma Citra Ranteallo 2007). Hasil kajian Ikma Citra Ranteallo (2007), menemukan bahawa makna religi upacara rambu solo menurut Aluk Todolo telah mengalami perubahan kerana diadaptasikan dengan agama Kristen. Giddens (1991) menyatakan bahawa dengan adanya perkembangan keadaan sosial budaya dalam masyarakat, tradisi seperti agama dan ritual yang diwariskan oleh para leluhur tidak sepenuhnya statis. Kondisi ini dipengaruhi oleh peranan setiap generasi baru yang mengambil alih, memaknai dan menciptakan perubahan terhadap agama atau budaya tersebut. Upacara rambu solo yang dikhususkan bagi kaum bangsawan disebut rapasan sapu randanan, iaitu upacara pemakaman yang ditandai dengan pengorbanan kerbau lebih

5 dari 24 ekor dan babi yang tidak terkira jumlahnya (Andarias Kabanga 2002). Volkman (1985) menghuraikan bahawa setengah orang Toraja memberikan pemaknaan terhadap kerbau yang disesuaikan dengan fungsinya untuk menandai kemakmuran seseorang dalam kerangka makna sosial budaya. Masyarakat akan memberikan penghargaan yang lebih kepada orang yang memiliki kerbau yang lebih banyak. Selanjutnya Tandi Roma Andi Lolo (1968) menyatakan martabat seseorang dapat dinilai berdasarkan kemampuan ekonomi yang kuat melalui jumlah kerbau yang disembelih dalam suatu upacara rambu solo. Hal ini merupakan salah satu faktor yang dapat mendorong warga masyarakat untuk menyembelih kerbau dalam jumlah yang relatif banyak. 2. Konsep Kesejahteraan Sosial. kesejahteraan sosial dapat bermakna sebagai suatu keadaan (well-being) di mana orang dapat memenuhi keperluan hidupnya dan dapat berelasi dengan lingkungannya secara baik. Sebagai suatu usaha, kesejahteraan sosial bermakna semua intervensi sosial yang dimaksudkan untuk meningkatkan atau mempertahankan keberfungsian sosial individu. Sebagai suatu institusi, kesejahteraan sosial adalah syarikat yang melayani kepentingankepentingan Am dengan polisi-polisi dan skim-skim yang oleh kerajaan menjamin suatu tingkat minimum tertentu untuk perkhidmatan-perkhidmatan sosial. Sebagai suatu disiplin akademik, kesejahteraan sosial adalah studi tentang syarikat-syarikat, skim-skim, personel, dan polisi-polisi yang memusatkan pada pemberian perkhidmatan-perkhidmatan sosial kepada individu, kelompok, dan masyarakat. (Adi Fahrudin 2012). Hal yang sama dikemukakan oleh Siti Hajar Abu Bakar Ah (2011) bahawa kesejahteraan sosial perlu dinilai menerusi kewujudan tiga elemen sosial berikut : 1) Serangkaian polisi, institusi, sistem, program dan perkhidmatan sosial yang membantu anggota masyarakat menjalankan fungsi dan peranan sosial, ekonomi dan sivil mereka secara berkesan agar mampu memenuhi keperluan hidup masing-masing dengan berkesan. 2) Serangkaian peraturan, organisasi, perkhidmatan dan program sosial yang mampu mengawal dan bertindak balas secara berkesan dengan segala bentuk

6 masalah sosial yang mengancam keharmonian dan kesejahteraan hidup masyarakat. 3) Keadaan sosial yang menyediakan pelbagai peluang sosial untuk anggota masyarakat memperkasa dan memajukan diri dan anggota komuniti masingmasing. Berkaitan dengan konteks kajian ini, kesejahteraan sosial dilihat sebagai suatu keadaan (well-being). Beberapa definisi kesejahteraan sosial sebagai suatu keadaan sejahtera, seperti dikemukakan Johnson et al. (2000) (dalam Asmah Ahmad dan Rosniza Aznie Che Rose 2011) bahawa kesejahteraan ialah darjah sejauh mana keperluan dan kehendak penduduk dipenuhi. Ia menggambarkan kualiti hidup yang dinikmati oleh individu atau kumpulan. Kualiti hidup pula ialah keadaan kesejahteraan penduduk yang ditanggapi (subjektif) atau sepertimana dikenal pasti melalui petunjuk atau indikator (objektif). Dalam Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 11 Tahun 2009 tentang Kesejahteraan Sosial dinyatakan bahawa kesejahteraan adalah keadaan terpenuhinya keperluan material, spiritual, dan sosial warga negara agar dapat hidup layak dan mampu mengembangkan diri, sehingga dapat melaksanakan fungsi sosialnya. Kesejahteraan mempunyai tujuan iaitu ; (i) untuk mencapai kehidupan yang sejahtera dalam erti tercapainya standar kehidupan asas seperti sandang, perumahan, pangan, kesehatan, dan relasi-relasi sosial yang harmoni dengan persekitaran, dan (ii) untuk mencapai penyesuaian diri yang baik, khususnya dengan masyarakat dan persekitarannya, misalnya dengan menggali sumber-sumber, meningkatkan, dan mengembangkan taraf hidup yang memuaskan (Sekretariat Negara 2009). Keperluan hidup manusia merujuk kepada keadaan-keadaan yang perlu ada atau perlu dimiliki oleh individu bagi memastikan keadaan hidupnya sejahtera. Mengikut Siti Hajar Abu Bakar Ah (2006) bahawa keperluan hidup manusia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan keperluan hidup tersebut dapat diringkaskan di dalam jadual 1 berikut.

7 Jadual 1: Jenis-jenis keperluan hidup manusia. KATEGORI KEPERLUAN 1. Keperluan asasi (basic needs) 2. Keperluan perkembangan diri (growth needs) 3. Keperluan kesempurnaandiri (selfactualization needs) KUMPULAN & CONTOH A. Keperluan fizikal & fisiologi makan & minum yang berzat dan mencukupi rehat yang mencukupi kesihatan yang baik keperluan seksual yang sihat, mencukupi dan memuaskan B. Keperluan keselamatan & perlindungan perlindungan dari ancaman bahaya kediaman @ tempat tinggal yang selamat jaminan kewangan yang stabil negara yang stabil ekonomi dan politiknya A. Keperluan (belongingness) kasih-sayang dicintai-mencintai diterima sebagai anggota masyarakat mempunyai kawan dan pasangan hidup dihargai-menghargai B. Keperluan kendiri (esteem needs) menghormati diri sendiri keyakinan diri reputasi yang baik status & prestij A. Keperluan pemenuhan-diri (self-fulfillment needs) keperluan untuk memajukan diri mencapai cita-cita pada tahap yang tertinggi kreativiti menggunakan segala potensi diri yang dimiliki seoptimum mungkin B. Keperluan ilmu pengetahuan dan pemahaman (knowledge & understanding) memenuhi sifat ingin tahu (the need to satisfy curiosity) mengeksplorasi, mengenal pasti dan mencari penyelesaian kepada perkara baru perhubungan yang lebih bermakna cabaran intelektual menganalisis maklumat dengan berkesan C. Keperluan estetika kesusasteraan muzik kesenian

8 Dalam konteks kajian ini, keperluan hidup yang akan dikaji adalah keperluan hidup yang berkaitan dengan keperluan hidup warga tua. Mengikut jadual 1 di atas, maka jenisjenis keperluan hidup warga tua yang akan dikaji, iaitu keperluan asasi (basic needs) dan keperluan perkembangan diri (growth needs). Walau bagaimanapun Doyal dan Gough (1991) berpendapat bahawa ukuran seragam mengenai keperluan hidup haruslah dibina secara universal, iaitu boleh diaplikasi kepada pelbagai persekitaran sosial, budaya, ekonomi, dan komuniti (Siti Hajar Abubakar Ah 2006). 3. Konsep Warga Tua. Ilmu yang mengkaji tentang warga tua disebut gerontologi. Gerontologi berasal daripada dua perkataan, iaitu geronto yang bermaksud orang tua, dan ologi yang bermaksud kajian (Morris dan Bader 1983, dalam Rahimah Abd. Aziz dan Mohamed Yusoff Ismail 2002). Oleh itu gerontologi bermaksud kajian atau ilmu yang mengkaji tentang warga tua. Bidang gerontologi yang mempunyai kaitan erat dengan sosiologi ialah gerontologi sosial. Tema-tema seperti kedudukan warga tua serta bagaimana mereka disepadukan dalam masyarakat, kesan peningkatan umur penduduk, ataupun konflik antara generasi, yang merupakan tema penting dan tumpuan ahli gerontologi sosial (Ward 1979, dalam Rahimah Abd. Azis dan Mohamed Yusoff Ismail 2002 ), turut menjadi tumpuan kajian sosiologi. Konsep gerontologi sosial, pertama kali digunakan oleh Clark Tibbit pada tahun 1954 untuk menerangkan bidang gerontologi yang memberikan tumpuan analisis kepada pengaruh struktur sosial dan keadaan sosio-budaya ke atas proses penuaan serta akibat sosial proses penuaan itu (Hooyman dan Kiyak 1988). Mengikut Hooyman dan Kiyak (1988), bahawa para pakar gerontologi melihat proses penuaan atau keumuran (Aging process) sebagai boleh didefinisikan melalui empat pendekatan, iaitu : 1) Penuaan kronologi, mendefinisikan penuaan berdasarkan umur seseorang sejak lahir. Umur kronologi tidak perlu berhubungan dengan kesihatan fizikal, kemampuan mental, atau status sosial seseorang.

9 2) Penuaan biologi, merujuk kepada perubahan tubuh badan secara fizikal yang boleh mengurangkan kemampuan sistem organ dalam tubuh disebabkan sel-sel tubuh menjadi tua dan rosak. 3) Penuaan psikologi, yang terjadi disebabkan perubahan dalam sistem deria, persepsi serta fungsi-fungsi mental individu. 4) Penuaan sosial, merujuk kepada perubahan peranan dan hubungan individu dalam struktur sosialnya. Daripada pelbagai pendekatan ini, pendekatan yang meluas dan mudah digunakan sebagai ukuran menentukan peringkat warga tua ialah pendekatan berdasarkan umur kronologi. Berdasarkan ukuran ini, ahli gerontologi ataupun sosiologi keumuran meletakkan umur 60 atau 65 tahun sebagai ukuran warga tua (Rahimah Abd. Aziz dan Mohamed Yusoff Ismail 2002). Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersetuju menakrifkan warga tua sebagai mereka yang telah meningkat usia 60 tahun keatas. United Nations World Assembly on Ageing yang diadakan di Vienna pada tahun 1982 telah menetapkan umur 60 tahun atau lebih sebagai had pola penuaan (Pala 1998, dalam Abdul Aziz Jemain, Rahimah Abdul Aziz, dan Lukman Z. Mohamad 2000). Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 13 Tahun 1998 tentang Kesejahteraan Lanjut Usia menetapkan umur 60 tahun dan lebih sebagai lanjut usia (Sekretariat Negara 1998). E. Metodologi Kajian. 1. Jenis Penyelidikan. Para penyelidik yang tidak berpuas hati dengan cara kerja yang dilakukan oleh golongan positivisme menamakan diri mereka sebagai golongan penyelidik kualitatif (Ida Bagoes Mantra 2004). Metode penyelidikan kualitatif ini muncul kerana terjadi perubahan paradigma dalam memandang suatu realiti/fenomena/gejala. Dalam paradigma ini realiti sosial dipandang sebagai sesuatu yang holistik/utuh, kompleks, dinamis, dan penuh makna. Paradigma yang demikian disebut paradigma postpositivisme (Sugiyono 2010). Dalam kajian ini, penyelidik akan menumpukan kepada makna tentang amalan upacara rambu solo dan kesan ke atas kesejahteraan warga tua. Oleh sebab itu, Jenis

10 penyelidikan ini akan menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah kualitatif digunakan untuk mendapatkan data yang mendalam, suatu data yang mengandungi makna. Makna adalah data yang sebenar, data yang pasti yang merupakan suatu nilai dibalik data yang tampak. Oleh sebab itu dalam penyelidikan ini tidak menumpukan kepada generalisasi, tetapi lebih menumpukan kepada makna. Kaedah kualitatif adalah kaedah penyelidikan yang melibatkan pemerhatian terhadap perlakuan manusia dan masyarakat, dan penyertaan oleh penyelidik dalam perlakuan itu (Newman 2011). Adapun jenis-jenis pendekatan atau strategi dalam penyelidikan kualitatif diantaranya adalah; etnografi, kajian kes, fenomenologi, sejarah hidup, naratif, dan grounded teori (Aishah @ Eshah Hj. Mohamed 2012). Kajian ini akan menggunakan pendekatan fenomenologi, seperti apa yang dikatakan oleh Mars dan Willis (1999) (dalam Marsita Binti Mohd Razdi 2009) bahawa fenomenologi merujuk kepada kualiti kehidupan bagi pengalaman-pengalaman dalaman ataupun dunia kehidupan bagi individu dan mencadangkan bahawa setiap individu mempunyai pengalaman peribadi yang berbeza daripada individu yang lain. Fenomenologi cuba mendasari pengalaman yang dilalui oleh setiap individu dengan menanyakan satu soalan mudah, iaitu apakah rasanya mempunyai sesuatu pengalaman. Mengikut Van Manen (1997) (dalam Marsita Binti Mohd Razdi 2009) bahawa fenomenologi secara intipatinya adalah mengkaji tentang pengalaman hidup yang bergantung kepada laporan-laporan subyektif berdasarkan pengalaman pribadi yang sentiasa berubah. Ianya mencari dan mengupas pengalaman-pengalaman hidup. Matlamat untuk memahami dengan mendalam tentang sesuatu dan sifat-sifatnya atau makna yang terkandung di dalamnya melalui pengalaman-pengalaman yang kita lalui. Alfred Schutz (1899-1959) sering dirujuk sebagai centre dalam penerapan metodologi penyelidikan kualitatif yang menggunakan studi fenomenologi. Pertama, kerana melalui Schutz pemikiran dan ide Hursserl yang dirasa abstrak dapat dijelaskan dengan lebih gamblang dan mudah dipahami. Kedua, Schutz merupakan orang pertama yang menerapkan fenomenologi dalam penyelidikan ilmu sosial (Elvinaro Ardianto 2012).

11 Dengan menggunakan pendekatan fenomenologi dapat menjelaskan bagaimana proses dan mengapa suatu perkara itu berlaku. Fenomenologi turut memiliki kekuatan berbanding pendekatan kajian lain kerana berasaskan realiti sebenar (Burns 2000). Selain itu, pemilihan fenomenologi ini adalah disebabkan ianya bersesuaian dengan persoalan kajian dan untuk mendapatkan kefahaman mendalam tentang makna upacara rambu solo bagi warga tua melalui pandangan mata penyelidik. Oleh itu, adalah diharapkan dengan menggunakan pendekatan fenomenologi akan dapat memberi maklumat yang tepat terhadap persoalan yang akan dikaji. 2. Unit Analisis. Mengikut Burhan Bungin (2006), unit analisis penyelidikan secara umum dapat dibezakan menjadi empat iaitu; individu, organisasi atau kelompok, komuniti, dan masyarakat. Oleh sebab kajian ini adalah mengenai warga tua, maka yang menjadi unit ananlisis adalah individu. 3. Pemilihan Kawasan Kajian. Kawasan tempat penyelidikan ialah daerah Makale yang merupakan daerah paling ramai didiami oleh warga tua di Tana Toraja. Daerah Makale dibahagikan kepada tiga zon iaitu Makale Utara, Makale, dan Makale Selatan. 4. Pemilihan Sampel. Dalam penyelidikan kualitatif tidak menggunakan istilah populasi, tetapi oleh Spradley (1980) (dalam Sugiyono 2010) dinamakan social situation atau situasi sosial yang terdiri dairpada tiga elemen, iaitu; tempat (place), pelaku (actors), dan aktiviti (activity) yang berinteraksi secara sinergis. Situasi sosial tersebut, dapat dinyatakan sebagai obyek penyelidikan yang ingin diketahui apa yang terjadi di dalamnya. Pada situasi sosial atau obyek penyelidikan ini pengkaji akan mengamati secara mendalam amalan upacara rambu solo (activity) oleh warga tua (actors) di Makale Tana Toraja (place). Apabila kajian ini merupakan jenis penyelidikan kualitatif, maka kaedah persampelan yang dipilih adalah persampelan bukan probabiliti (non probability). Persampelan bukan probabiliti yang menekankan sampel yang dipilih hanya bertumpu

12 kepada informan yang mahu dan rela bekerjasama. Oleh itu jenis persampelan yang dipilih adalah persampelan bertujuan (purposive sampling) dengan mengambil kira pertimbangan sebagai berikut : 1) Warga tua Toraja berumur 60 tahun dan lebih yang tinggal dalam masyarakat tempatan, iaitu masyarakat di daerah Makale. 2) Warga tua dari golongan yang melaksanakan tradisi adat kematian upacara rambu solo di Makale TanaTana Toraja, mengikut strata sosial. Mengikut Sugiyono (2010) persampelan bertujuan (purposive sampling) adalah teknik pengumpulan maklumat mengambil kira pertimbangan tertentu. Ini bermaksud, individu atau informan yang dipilih dianggap oleh pengkaji adalah mereka yang paling mengetahui dan paling tepat untuk menjayakan kajian ini. Berasaskan hal di atas, maka yang akan dipilih sebagai sampel atau informan dalam kajian ini adalah : 1) Warga tua pemangku adat dari golongan Aluk Todolo yang mengurusi amalan upacara rambu solo di Makale Tana Toraja. 2) Warga tua pemangku adat dari golongan agama Kristen yang mengurusi amalan upacara rambu solo di Makale Tana Toraja. 3) Warga tua dengan latar belakang kelas sosial ekonomi yang berbeza dan mengamalkan upacara rambu solo di Makale Tana Toraja. 5. Teknik Pengumpulan Data. Dalam kajian ini, teknik pengumpulan data yang akan digunakan adalah daripada sumber data primer, iaitu temubual (interview) dan pemerhatian (observation). Manakala data sekunder yang terhasil daripada pejabat dan organisasi yang berkaitan serta sumber bertulis yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji warga tua dan adat kematian upacara rambu solo di Toraja sebelum ini. Esterberg (2002) mengemukakan beberapa macam temubual, iaitu; temubual terstruktur, temubual semi terstruktur, dan temubual tidak terstruktur. Temubual (interview) akan dilakukan dengan menggunakan soal selidik tidak berstruktur. Tiada

13 struktur soalan yang seragam dibentuk untuk digunakan semasa melakukan temubual dengan informan. Temubual tidak berstruktur dilakukan secara bebas dan pengkaji tidak menggunakan panduan temubual yang disusun secara sistematis dan lengkap. Apa yang penting pada setiap perkara dan maklumat yang mahu diperoleh pengkaji, akan ditanya kepada informan dalam berbagai bentuk soal. Pemerhatian (observation) dilakukan dengan cara kehadiran pengkaji sebagai penyelidik yang disedari dan informan bersetuju sehingga membolehkan pengkaji mampu memperoleh maklumat yang diperlukan. Kehadiran pengkaji di tempat tinggal informan membolehkan pengkaji memerhatikan secara langsung kehidupan informan dan keluarganya serta jiran tetangga. Kehadiran pengkaji juga akan dilakukan di tempat upacara rambu solo bagi membolehkan pengkaji memerhatikan secara langsung amalan upacara tersebut. Keadaan kehidupan informan mahupun aktiviti upacara rambu solo akan dirakam oleh pengkaji dengan menggunakan kamera. 6. Teknik Analisis Data. Mengikut Sugiyono (2010), analisis data bagi kajian kaedah kualitatif adalah dengan cara menganalisis hasil temubual yang diperoleh dari informan. Miles dan Huberman (1984) mengemukakan bahawa langkah-langkah dalam analisis data kualitatif bermula dengan melakukan reduksi data (data reduction), penyajian data (data display), dan terakhir penarikan kesimpulan dan verifikasi (conclusion drawing/verification). Mereduksi data bererti merangkum, memilih hal-hal yang pokok, memfokuskan pada hal-hal yang penting, dan dicari tema dan polanya. Penyajian data mengarah kepada penghuraian data, pembentukan rajah dan teks yang bersifat naratif. Kesimpulan awal masih bersifat semetara dan akan berubah apabila tidak ditemukan bukti-bukti yang kuat yang mendukung tahap pengumpulan data berikutnya. F. Kerangka Teori. Setiap penyelidikan selalunya menggunakan teori. Teori adalah suatu konseptualisasi yang umum. Konseptualisasi atau sistem pengertian ini diperolehi melalui jalan yang sistematis (Sugiyono 2010). Selanjutnya Hoy & Miskel (2001) (dalam Sugiyono 2012) mengemukakan bahawa komponen teori itu meliputi konsep dan asumsi. Konsep

14 merupakan istilah yang bersifat abstrak dan bermakna generalisasi. Manakala asumsi merupakan pernyataan diterima kebenarannya tanpa pembuktian. Setiap teori akan mengalami perkembangan, dan perkembangan itu terjadi apabila teori sudah tidak relevan dan kurang berfungsi lagi bagi mengatasi masalah. Oleh sebab itu, penyelidikan tidak akan pernah berhenti dilakukan bagi menguji teori yang sudah ada atau bagi mengkritik teori, mengubah teori, ataupun menemukan teori baru. Berasaskan daripada huraian di atas, maka kajian ini akan menggunakan beberapa teori dan pendekatan yang dianggap oleh penyelidik sesuai untuk memahami dan mengkaji amalan upacara rambu solo dan kesan ke atas kesejahteraan warga tua di Makale Tana Toraja. Untuk mengungkap makna amalan upacara rambu solo digunakan pendekatan Max Weber dan Alfred Schutz tentang makna tindakan sosial. Untuk menganalisis amalan upacara rambu solo yang berorientasi budaya digunakan pendekatan Ann Swidler tentang kebudayaan sebagai meaning-making dan Radcliffe-Brown tentang interpretasi terhadap makna dan tujuan upacara adat. Untuk menganalisis amalan upacara rambu solo yang berorientasi ekonomi digunakan teori pertukaran sosial oleh Peter Blau dan teori pilihan rasional oleh James S. Coleman. Manakala untuk menganalisis interaksi antara warga tua (agensi) dengan upacara rambu solo (struktur) digunakan teori strukturasi oleh Anthony Giddens. Max Weber dalam memahami makna tindakan individu, berasumsi bahawa individu dalam bertindak tidak hanya sekadar melaksanakan, tetapi merujuk pada suatu motif tujuan yang hendak dicapai atau in order to motive. Alfred Schutz memberi ulasan bahawa tindakan subjektif individu tidak muncul begitu saja. Ianya melalui suatu sebab dengan mempertimbangkan keadaan sosial, ekonomi, budaya, norma dan etika agama sebelum tindakan itu dilakukan atau because motive (Ida Bagus Wirawan 2012). Talcott Parsons, melalui bukunya The Structure of Social Action (1937) meletakkan landasan teori tindakan sosial. Teori tindakan Parsons sangat dipengaruhi oleh Weber dan Durkheim. Weber menekankan faktor-faktor situasional yang membantu tindakan individu. Manakala Durkheim lebih kepada penekanan norma-norma dan nilai-nilai sosial yang menuntun dan mengatur tingkah laku. Parsons tidak semata-mata mengutamakan tindakan individual, tetapi juga merupakan tindakan atas situasi-situasi objektif yang

15 disatukan dengan komitmen kolektif terhadap suatu nilai untuk perkembangan suatu bentuk tindakan sosial tertentu. Dengan demikian, prinsip dasar daripada teori tindakan Parsons iaitu tindakan sosial itu diarahkan kepada tujuannya dan diatur secara normatif (Ambo Upe 2010). Ann Swidler (dalam Sunyoto Usman 2004) menyatakan tiga hal yang perlu diperhatikan dalam memandang kebudayaan sebagai meaning-making (proses pemaknaan) sehingga menghasilkan tindakan sosial, iaitu codes, contexts, dan institutions. Codes adalah pesan dibalik tindakan yang mengandungi simbol, nilai, keyakinan, norma yang dapat dihayati melalui interpretasi. Contexts adalah situasi yang menciptakan darjah kesan kebudayaan ke atas tindakan sosial. Simbol, nilai, keyakinan, norma dan kebiasaan dalam periode masa dan tempat tertentu sangat kuat mempengaruhi tindakan sosial, tetapi dalam masa dan tempat yang berbeza tidak mampu menggerakkan tindakan sosial. Institutions adalah institusi yang membingkai simbol, nilai, keyakinan, norma dan kebiasaan yang membentuk struktur yang boleh menekan atau membuka peluang kepada individu untuk melakukan tindakan sosial tertentu. Pendekatan Radcliffe-Brown tentang interpretasi terhadap makna dan tujuan upacara adat menyatakan bahawa seremoni atau upacara adat adalah ekspresi yang merangkumi aktiviti kolektif yang diselenggarakan sesuai dengan kebiasaan dalam setiap tahap kehidupan manusia. Tujuannya adalah untuk mempertahankan upacara itu sebagai sentimen atau perasaan yang menjadi wadah pengaturan perilaku individu yang selaras dengan keperluan masyarakat (Adam Kuper 1996). Teori Pertukaran Sosial oleh Blau (1964)(dalam Wan Ibrahim Wan Ahmad 1999) menekankan saling pergantungan yang kompleks diantara pelbagai pertukaran sosial diperingkat mikro dan munculnya struktur atau hubungan sosial yang bersifat makro. Tujuan Blau adalah untuk memahami struktur sosial berdasarkan analisis proses sosial yang mempengaruhi hubungan antara individu dan kelompok. Gambaran umum tentang suatu masyarakat kompleks seperti yang terkandung dalam model Blau adalah bahawa masyarakat itu terdiri daripada satu rangkaian struktur sosial yang didasarkan kepada transaksi-transaksi pertukaran, yang bersifat kompleks. Transaksi-transaksi pertukaran tersebut wujud dalam bentuk hadiah yang saling mereka

16 berikan dan akan membantu mempertahankan dan meningkatkan ikatan atau sebaliknya. Hadiah yang dipertukarkan dapat berupa sesuatu yang bersifat intrinsik seperti cinta, kasih sayang, atau rasa hormat, atau sesuatu yang bernilai ekstrinsik, seperti uang, barang, atau jasa. Teori pilihan rasional oleh Coleman tampak jelas dalam gagasan dasarnya bahawa tindakan individu mengarah kepada sesuatu tujuan dan tujuan itu ditentukan oleh nilai atau pilihan (preferensi). Ada dua unsur utama dalam teori Coleman, yakni aktor dan sumber daya. Sumber daya adalah sesuatu yang menarik perhatian dan yang dapat dikontrol oleh aktor. Coleman melihat norma dari sudut tiga unsur utama teorinya, iaitu dari mikro ke makro, tindakan bertujuan di tingkat mikro, dan dari makro ke mikro. Norma adalah fenomena tingkat makro yang ada berdasarkan tindakan bertujuan di tingkat mikro. Begitu muncul, norma, melalui sanksi atau ancaman sanksi, mempengaruhi tindakan individu (George Ritzer - Douglas J. Goodman 2010). Kajian ini bertujuan untuk menganalisis amalan warga tua (tindakan individu) dalam usaha melaksanakan tuntutan adat kematian upacara rambu solo (norma) dan kesan ke atas kesejahteraan hidup mereka. Amalan warga tua dalam upacara rambu solo menunjukkan hubungan dari tingkat mikro ke makro. Amalan warga tua ini mengandungi tindakan bertujuan di tingkat mikro. Adapun kesan ke atas kesejahteraan hidup mereka menunjukkan hubungan dari tingkat makro ke mikro. Teori lainnya adalah teori strukturasi (structuration) oleh Anthony Giddens. Kunci pendekatan Giddens adalah bahawa ia melihat agensi dan struktur sebagai dualitas, artinya keduanya dapat dipisahkan satu sama lain. Agensi terlibat dalam struktur dan struktur melibatkan agensi. Giddens menolak untuk melihat struktur semata sebagai pemaksa terhadap agensi (seperti Durkheim), tetapi melihat struktur baik sebagai pemaksa mahupun sebagai penyedia peluang. Dalam konteks kajian ini, upacara rambu solo dilihat sebagai suatu proses dimana terjadi interaksi antara struktur (adat) dan agensi (warga tua) yang dipengaruhi oleh kultur dan memaksa warga tua untuk mengamalkannya, sekaligus sebagai penyedia peluang bagi warga tua dalam rangka memenuhi kesejahteraan mereka.

17 Berasaskan daripada sorotan literatur, teori dan pendekatan yang telah dihuraikan di atas, maka penyelidik menyusun skema kerangka teori seperti yang ditunjuk pada rajah 1 berikut : Rajah 1 : Skema Kerangka Teori, Amalan Upacara Rambu Solo dan Kesan Ke Atas Kesejahteraan Warga Tua. Rajah 1 di atas menunjukkan, bahawa amalan upacara rambu solo oleh warga tua kerana adanya dua alasan iaitu, alasan sosial budaya dan alasan ekonomi. Jika warga tua mengamalkan upacara rambu solo kerana alasan sosial budaya, maka kesejahteraan mereka diketepikan. Manakala warga tua mengamalkan upacara rambu solo kerana alasan ekonomi, maka kesejahteraan mereka diutamakan. Kesejahteraan dalam hal ini ialah keadaan sejahtera yang ditanggapi (subjektif), atau dikenal pasti melalui petunjuk atau indikator. Upacara rambu solo sebagai suatu proses merangkumi interaksi antara struktur (adat) dengan agensi (warga tua). Struktur (adat) mengandungi aturan-aturan atau norma yang memberikan kerangka pemaknaan. Struktur tersebut wujud dalam praktik-praktik sosial. Manakala praktik-praktik sosial wujud kerana adanya tindakan individu-individu

18 (agensi), dalam hal ini warga tua. Tindakan warga tua mengamalkan upacara rambu solo mengandungi makna, berasaskan pengalaman dan motivasi ke atas upacara tersebut. G. Skop Kajian. Dalam kajian ini, upacara rambu solo dimaksudkan adalah upacara adat kematian di Makale Tana Toraja. Amalan dalam upacara rambu solo adalah merupakan tindakan sosial yang mengikut Schutz dengan mempertimbangkan situasi sosial, ekonomi, budaya, dan norma etika agama. Dalam konteks kajian ini yang dipilih sebagai skop kajian adalah amalan upacara rambu solo kerana alasan budaya dan ekonomi. Amalan upacara rambu solo kerana alasan budaya ataupun ekonomi boleh memberi kesan ke atas kesejahteraan warga tua. Penyelidikan terhadap kesejahteraan sesuatu komuniti melibatkan banyak aspek yang perlu diberi perhatian. Antaranya aspek pengurusan masalah sosial, pemenuhan keperluan hidup dan peluang mobiliti sosial. Ketiga aspek ini merupakan kajian yang penting dalam menyediakan masyarakat dengan keadaan persekitaran yang selamat, kepuasan menyeluruh terhadap keperluan asasi dan memaksimumkan peluang mobiliti sosial (Haris Abd. Wahab 2011). Fokus kajian ini tertumpu pada pemenuhan keperluan asasi (basic needs) dan keperluan perkembangan diri (growth needs). Jenis-jenis keperluan asasi (basic needs) yang akan dikaji, iaitu makan dan minum yang berzat dan mencukupi, kesihatan yang baik, dan kediaman atau tempat tinggal yang selamat. Manakala jenis-jenis keperluan perkembangan diri (growth needs) yang akan dikaji iaitu, dapat diterima sebagai anggota masyarakat, dihargai-menghargai, dan mendapat status dan prestij. Dalam kajian ini, kesejahteraan dimaksudkan sebagai sejauh mana warga tua mencapai kepuasan dengan pendapatannya, perbelanjaan untuk memenuhi keperluan asasi, pemilikannya, dan berpuas hati dengan kesihatannya, serta boleh menjalani kehidupan harian dengan selesa kerana diterima dan dihargai sebagai anggota masyarakat serta memperolehi status dan prestij secara adat.

19 H. Kepentingan Kajian. 1. Sumbangan kepada ilmu sains sosial. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada perkembangan dan pemantapan ilmu sains sosial dibidang kesejahteraan warga tua. Pengembangan dan kemantapan suatu disiplin ilmu adalah bergantung kepada penyelidikan yang dilakukan melalui bidangnya. Oleh itu sebarang maklumat yang diperolehi daripada penyelidikan yang dilakukan adalah bermanfaat kerana ia boleh menyumbang kepada teori, dan maklumatnya boleh digunakan secara langsung bagi memantapkan bidang kesejahteraan warga tua dan memperkaya lagi maklumat mengenainya. Maklumat seperti ini adalah penting kerana ia boleh menjadi asas rujukan kepada sesiapa yang ingin membuat penyelidikan yang mendalam mengenai kesejahteraan warga tua di daerah. Kajian ini boleh memberikan sumbangan penting kepada pelajar dan pengkaji untuk memahami secara mendalam kehidupan warga tua di daerah. Kepada pelajar dan pengkaji, kajian ini boleh menyumbang kepada penambahan literatur dalam bidang kesejahteraan warga tua. 2. Sumbangan kepada umum. Kepada tokoh adat dan mayarakat Tana Toraja yang mengamalkan adat kematian upacara rambu solo kiranya dapat merumuskan suatu kesepakatan bagi mengatur amalan upacara rambu solo agar tidak memberatkan masyarakat secara ekonomi, namun tetap menjunjung tinggi nilai sosial budaya dari amalan tersebut. Dari sudut polisi, hasil kajian mengenai kesejahteraan warga tua adalah penting kerana dapat membantu kerajaan membuat pelan tindakan bagi meningkatkan kesejahteraan warga tua di daerah.

20 Definisi Konsep : - Kebudayaan adalah seluruh sistem gagasan dan rasa, tindakan, serta karya yang dihasilkan manusia dalam kehidupan masyarakat, yang dijadikan miliknya dengan belajar (Koentjaraningrat 2003). - Wujud Kebudayaan : 1. Artifacts, atau benda-benda fisik, iaitu semua benda hasil karya manusia. Wujud konkretnya adalah kebudayaan fisik. 2. Sistem tingkah laku dan tindakan yang berpola. Wujud tingkah laku yang berpola yang dilakukan berdasarkan sistem disebut sistem sosial. 3. Sistem gagasan. Wujud bersifat abstrak, hanya dapat diketahui serta difahami setelah mempelajarinya dengan mendalam. Wujud gagasan juga berpola dan berdasarkan sistem-sistem tertentu yang disebut sistem budaya. 4. Sistem gagasan yang ideologis, adalah gagasan-gagasan yang yang telah dipelajari oleh para warga suatu kebudayaan sejak usia dini, dan karena itu sangat sukar diubah. Unsur-unsur kebudayaan ini merupakan pusat dari semua unsur yang lain disebut nilai-nilai budaya, yang menentukan sifat dan corak dari fikiran, cara berfikir, serta tingkah laku. Gagasan-gagasan ini menghasilkan berbagai benda yang diciptakan manusia berdasarkan nilai-nilai, fikiran dan tingkahlakunya. - Adat (custom), adalah kompleks norma-norma umum yang sifatnya mantap dan ditaati oleh semua warganya.