SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP KONSEP PENDIDIKAN QIRAAT: SATU KAJIAN DI DQ DAN MTQN

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Penguasaan dan Kesalahan Bacaan dalam Surah Al-Fatihah di kalangan Pelajar DKA 1A Sesi Dis 2012 : Satu Kajian Tindakan

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEMAMPUAN PELAJAR PEREMPUAN TERHADAP BACAAN KHUSUS IMAM HAFS: SATU PERBANDINGAN DENGAN PELAJAR LELAKI

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PENGHARGAAN., para sahabat dan tabi`in. Bersyukur kepada Ilahi kerana dengan

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

Pendekatan Pengajaran dalam Kalangan Pensyarah Tahfiz Al-Quran di Malaysia

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

Tahap Kemahiran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Berbantukan Mufradat dan Uslub Al-Quran

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Kata kunci: Akhbar; keperluan; remaja; berita; penerimaan akhbar oleh remaja

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

ANALISIS LATARBELAKANG DAN SIKAP BELIA TERHADAP PEMIKIRAN TIDAK BERAGAMA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

HAFAZAN MASRUR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENGHAFAZ SURAH AL- C ᾹDIYᾹT

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

MENINGKATKAN KEMAHIRAN HAFAZAN AL-QURAN MURID TAHAP 2 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH. Oleh ABD RAZAK B.

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

SIKAP BELIA TERHADAP PEMIKIRAN TIDAK BERAGAMA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

*Corresponding author. Keywords: Students Perception, hadith status, textbook, Islamic Educational, Form One and 2 KBSM, SMAP Kajang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Penguasaan Bacaan Hamzah Wasal Menggunakan Kaedah Bafkad (Mastering the Reading of Hamzah Wasal Using Bafkad Method)

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

Transcription:

Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2017, Bilangan 10, Isu II, Halaman 141-151 SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID PRIVATE TAHFIZ SCHOOL IN SELANGOR: A PILOT STUDY ON THE MASTERY OF ILMU TAJWID Zainora binti Daud 1, Shaharuddin Saad 2, Ahmad Shahir Masdan 3 1 Pensyarah Kanan, FPQS, USIM, zainora@usim.edu.my 2 Pensyarah, Jab.Tahfiz al-quran dan al-qiraat, KUIS, shaharuddin@kuis.edu.my 3 Pensyarah, Jab.Tahfiz al-quran dan al-qiraat, KUIS, shahir@kuis.edu.my * Penulis Penghubung Artikel diterima :29 Sep 17 Selepas Pembetulan:21 Dec 17 Diterima untuk diterbit :21 Dec 17 ABSTRAK Ilmu Tajwid merupakan ilmu yang berkaitan cara-cara sebutan hurufhuruf Hija iyyah di dalam al-quran serta hukum-hukum tajwid. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti latarbelakang pelajar dan mengkaji silibus ilmu tajwid yang dipelajari dan menganalisis tahap kefahaman responden di dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid. Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar di sebuah sekolah tahfiz swasta di bawah Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), Selangor. Pengkaji menganalisis kajian ini dengan menggunakan peratusan dan kekerapan dalam silibus pengajian ilmu tajwid dan menggunakan peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai dan data kajian ini dianalisis berdasarkan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 20.0. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif bersifat deskriftip melalui kaedah tinjauan semasa dengan menggunakan metode soal selidik lima pilihan berskala likert, temu bual semi semi struktur, pemerhatian dan ujian tilawah al-quran. Kesemua instrumen pengutipan data telah disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara tahap penguasaan yang paling tinggi dicapai oleh responden dalam ilmu tajwid ialah item bab Mad Asli (min5.00, sp=0.00) dengan responden 100% sangat setuju, item bab Alif Lam (min4.96, sp=0.18) dengan responden sangat setuju 96.7%, item pengenalan ilmu tajwid (min4.90, sp=0.40) dengan responden sangat setuju 93.3%, item bab Basmalah (min4.76, sp=0.81) dengan responden sangat tidak setuju 90.0%, item bab hukum nun Sakinah dan Tanwin (min4.60, sp=1.06) dengan responden sangat bersetuju 83.3%, item bab Izhar Halqi dengan kadar bacaan dengung JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 141-151 141

(min4.36, sp=1.37) dengan responden sangat tidak setuju 80%, item bab hukum Mim Sakinah (min4.13, sp=0.29) dengan responden sangat setuju 73.3% dan item bab bacaan Riwayat Imam Hafs (min4.23, sp=1.22) dengan responden sangat setuju 63.3%. Kesimpulannya menunjukkan min keseluruhan item ialah min 4.19 dan sisihan piawai=0.97 iaitu berada pada tahap tinggi, tetapi terdapat min bagi item-item bab hukum mempelajari ilmu tajwid (min2.06, sp=1.38) dengan responden amat setuju 50% dan kadar harakat Mad Far ie (min2.96, sp=1.75) dengan responden amat setuju 36.7% berada pada tahap sederhana rendah. Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan para pelajar di tahap yang memuaskan tetapi memerlukan pemurnian di teori-teori ilmu tajwid yang merangkumi bab hukum bacaan al-quran serta bab Mad Far ie supaya bacaan al-quran dapat dinaqalkan secara talaqqi dan musyafahah dengan shahih sebagaimana Rasulullah SAW. Kata Kunci: Tahap, Penguasaan, Tajwid, PITAS, Naqal ABSTRACT Ilmu Tajwid is a knowledge related to the terms of the Hija'iyyah letters in the Qur'an and the rules of tajwid. Therefore, this study was conducted to identify the background of the students and to study the syllabus of the knowledge gained and to analyze the level of understanding of the respondents in the teaching and learning of tajwid knowledge. The respondents of this study consist of 30 students at a private Tahfiz School under the Association of Selangor State Al-Quran Tahfiz Institutions (PITAS), Selangor. The study analyzes by using the percentage and frequency in the syllabus of tajwid knowledge and using the percentage, frequency, mean and standard deviation and the data of this study is analyzed by Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 20.0. The design of the study was quantitative in the form of a descriptive characteristic through the current survey method using a five-choice Likert scale questionnaire, semi-structural interviews, observations and tilawah trials of the Qur'an. All data collection instruments have been verified by the expert panel. The findings show that among the highest level of mastery achieved by respondents in tajwid knowledge is the Mad Asli item (min5.00, sp = 0.00) with respondents 100% strongly agree, Alif Lam item (min4.96, sp = 0.18) with respondents strongly agree 96.7%, tajwid knowledge (min4.90, sp = 0.40) with respondents strongly agree 93.3%, Basmalah item (min4.76, sp = 0.81), Nun Sakinah and Tanwin item (min4.60, sp = 1.06) with respondents strongly agree 83.3%, items Izhar Halqi with dengung (min4.36, sp = 1.37) with respondents very agree with 80%, Mim Sakinah item (min4.13, sp = 0.29) with respondents strongly agree 73.3% and Riwayat Imam Hafs item (min4.23, sp = 1.22) with respondents strongly agree 63.3%. The conclusion shows that the mean of the item is min 4.19 and the standard deviation = 0.97 is at high level, but there are meanings for the subjects of hukum-hukum studying tajwid JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 141-151 142

knowledge (min2.06, sp = 1.38) with respondents agree 50% and Mad Far'ie (min2.96, sp = 1.75) with respondents strongly agree 36.7% are in moderate level. This shows that the level of mastery of the students is at a satisfactory level but requires purification in theories of tajwid knowledge which includes the chapter of the Quran reading law and the Mad Far'ie chapter so that the recitation of the Qur'an can be tuned in talaqqi and musyafahah with the authenticity of the Prophet. Keywords: Stage, Mastery, Tajwid, PITAS, Naqal 1. Pendahuluan Ilmu tajwid memainkan peranan yang sangat penting di dalam pembacaan al-quran. Sekiranya pembaca tidak mengetahui hukum-hukum tajwid al- Quran sehingga berlaku pertukaran huruf dan baris akan membawa implikasi perubahan maksud ayat al-quran yang jelas akan menyebabkan berdosa dan haram hukumnya. Ayat ini jelas menunjukkan kewajipan membaca al-quran dengan tajwid iaitu dengan menyebut setiap kalimah al-quran secara tartil iaitu perlahan-lahan sehingga membantu di dalam memahami dan mentadabbur ayat-ayat al-quran.(lajnah al-tilawah, 2010) Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah wajib fardhu kifayah, manakala hukum mengamalkan ilmu tajwid pula wajib fardhu ain. (Lajnah al-tilawah, 2010). Ini jelas menunjukkan pentingnya penguasaan ilmu tajwid dalam membaca al-quran. Kajian ini sangat signifikan untuk menilai dan mengkaji tahap penguasaan ilmu tajwid dalam kalangan pelajar-pelajar di Sekolah Tahfiz Swasta di Negeri Selangor. 2. Latar Belakang Kajian Mengikut observasi tinjauan yang telah dilakukan oleh pihak penyelidik secara langsung atau tidak langsung maka didapati sebahagian besar pelajar-pelajar di Sekolah-sekolah kurang menguasai Ilmu Tajwid. Ini disokong dengan hasil kajian Lily Zuraini Mohd Mustaza (2011) bahawa terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti yang dihadapi oleh para pelajar tingkatan dua sekolah-sekolah menengah kebangsaan dan sekolah agama di daerah Kuala Kangsar yang boleh mengganggu mereka untuk menguasai ilmu tajwid. Para pelajar mempunyai persepsi dan minat yang mendalam terhadap ilmu tajwid akan tetapi kaedah pengajaran dan pembelajaran memberi sedikit faktor kepada mereka untuk menguasai ilmu tersebut dengan lebih baik. Ini disokong dengan kajian oleh Ahmad Rozaini Ali Hasan (2010), yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan al-quran di kalangan pelajar UITM. Hasil kajian mendapati 72.67% dari keseluruhan responden adalah sederhana dan 36.91% respondan adalah lemah. Masalah utama yang didapati, 43% tidak mengetahui hukum Tajwid, selebihnya sukar JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 141-151 143

menyebut huruf dengan tepat. Justeru, menyedari akan kepentingan penguasaan ilmu tajwid khususnya dikalangan pelajar-pelajar tahfiz yang bakal memimpin masyarakat, maka satu kajian perlu dilakukan untuk meneliti dan mengkaji sejauhmanakah tahap penguasaan mereka terhadap ilmu tajwid. Malahan hasil kajian Rashidah Md Hassan etal juga menyokong bahawa dalam kelancaran bacaan al-quran dan aplikasi hukum-hukum tajwid kalangan majoriti para pelajar sek.rendah juga berada di tahap sederhana. Dapatan kajian juga sebahagian dari pelajar-pelajar Sekolah Tahfiz tersebut tidak mempunyai asas dalam penguasaan ilmu tajwid. Bukti yang menyatakan bahawa pelajar-pelajar ini kurang menguasai dan tidak mempunyai asas di dalam ilmu tajwid adalah berdasarkan kepada proses temuduga oleh penyelidik-penyelidik sendiri ketika sesi menemuduga pelajar-pelajar untuk kemasukan di peringkat Diploma Tahfiz al-quran dan al-qiraat KUIS. Kajian ini akan memfokuskan kepada Sekolah-sekolah Tahfiz Swasta di Selangor yang telah berdaftar di bawah Persatuan Tahfiz Selangor (PITAS) serta telah beroperasi melebihi 10 tahun dari tahun penubuhannya dengan mengikut zon daerah yang dipilih secara rawak. 3. Objektif Kajian Objektif dalam kajian ialah untuk: i. Mengenalpasti latarbelakang para pelajar yang terlibat dengan pengajian tahfiz di Sekolah Tahfiz Swasta. ii. Meneroka silibus ilmu tajwid yang dipelajari. iii. Menganalisis tahap penguasaan ilmu tajwid dalam kalangan pelajar-pelajar Sekolah Tahfiz Swasta. 4. Metodologi Sample dan metod pengumpulan data Terdapat dua responden dalam kajian ini. Guru yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-quran dan tajwid di Ma ahad Tahfiz Az Zahrah bertempat di Batu 18, Hulu Langat yang terlibat dengan 60 peratus hafazan, 25 peratus akademik dan 15 peratus syakhsiah. Seramai empat orang guru telah dipilih menjadi responden kajian ini yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran subjek tajwid dan al-quran. Sebanyak 30 set soalselidik diedarkan sendiri oleh pengkaji terhadap para pelajar yang telah disetkan oleh pihak pentadbiran ma ahad tahfiz iaitu pelajar kelas enam yang telah mengikuti kurikulum ilmu tajwid. Satu set soalan ujian tilawah turut diadakan kepada lima orang pelajar tingkatan lima dengan kebenaran pihak pentadbiran serta pengetua ma ahad. Pemilihan institusi ini berdasarkan kepada sekolah tahfiz swasta yang melaksanakan program Tahfiz al-qur an dan terlibat dengan JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 141-151 144

kurikulum subjek tajwid. Ianya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi kajian. Instrumen Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik kerana ia bersesuaian dengan keadah tinjauan. Soal selidik yang digunakan adalah soal selidik jawapan dipilih. Dalam kajian ini penyelidik telah memilih untuk menggunakan kaedah pemungutan data secara skala jawapan jenis Likert lima mata sebagai skala jawapan responden pelajar terhadap semua penyataan yang digunakan dalam instrumen kajian ini. Skala Likert adalah sesuai digunakan bagi mengukur pandangan yang diberikan oleh responden dalam ruang tertentu secara berterusan tentang suatu amalan persepsi dan sikap (Cohen, 1989). Dalam instrumen kajian ini, responden diminta memilih jawapan mereka dengan menandakan salah satu nombor dari 1 hingga 5 berdasarkan keterangan bagi nombor-nombor tersebut iaitu Sangat Tidak Memuaskan (1) hingga kepada Sangat Memuaskan (5). Bagi menentukan kesahan dalam soal selidik, soalan temubual, pemerhatian dan ujian tilawah telah dirujuk kepada dua orang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas adalam bidang pendidikan al-quran. Jadual 1: Interpretasi Skor Min Skor Min Interpretasi Skor Min 1.00 hingga 2.00 Rendah 2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah 3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi 4.01 hingga 5.00 Tinggi Sumber: Stufflebeam (1971) Penyelidik juga mengumpulkan data kualitatif melalui satu set temu bual semi struktur kalangan responden guru yang dipilih juga berasaskan persampelan purposif yang mana responden adalah guru yang berpengalaman serta terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran hifz al-quran dan tajwid dan yang bersedia untuk memberikan kerjasama yang baik dalam kajian ini seramai empat orang. Pengkaji juga melakukan pemerhatian tidak turut serta dalam kajian ini. Temu bual ini juga membantu penyelidik dalam memperkayakan beberapa data yang diperolehi dalam soal selidik dan pemerhatian. Menurut Mohd Majid Konting, 2009 bahawa Penggunaan kaedah temubual ini sangat praktikal digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada responden kajian. 5. Dapatan Kajian Analisis Profil Responden Dapatan kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama akan menjelaskan profil responden, manakala bahagian kedua akan JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 141-151 145

menjelaskan tentang dapatan penguasaan ilmu tajwid yang merangkumi silibus ilmu tajwid dan kefahaman responden dalam kajian ini. Kesemua pelajar yang menjadi responden kajian ini ialah pelajar yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid di lokasi kajian. Dapatan kajian profil pelajar meliputi maklumat dearah, umur, jantina, negeri asal, pekerjaan ibu/bapa dan pendorong untuk memilih bidang tahfiz al-quran. Kesemua dapatan ini boleh dilihat dalam jadual 2. Jadual 2: Bahagian A Latar Belakang Pelajar Item Kekerapan Peratusan Daerah Hulu Langat 30 100% Umur Kurang 12 tahun 0 0% 13 15 tahun 9 30% 16 17 tahun 18 60% Lebih 18 tahun 3 10% Jantina Perempuan 30 100% Lelaki 0 0% Negeri Asal Selangor 14 46.7% Luar Selangor 16 53.3% Luar Negara 0 0% Pekerjaan ibu/bapa Kerajaan 16 53.3% Swasta 7 23.3% Sendiri 7 23.3% Pendorong untuk Ibu/bapa 25 83.3% belajar Kawan 0 0% Guru 0 0% Sendiri 5 16.7% Lain-lain 0 0% Sumber: Soal Selidik, 10 Januari-1 April 2014 Berdasarkan jadual 1 di atas, Daripada 30 orang reponden yang terlibat dengan pembelajaran ilmu tajwid di Ma ahad Tahfiz Azzahrah, Hulu Langat. Dari aspek umur, 60% pelajar berumur antara 16 hingga 17 tahun, diikuti umur 13-15 tahun sebanyak 30% dan lebih 18 tahun sebanyak 10%. Ini menunjukkan bahawa para pelajar yang memasuki pengajian tahfiz ini selepas mereka menamatkan pengajian di peringkat sekolah rendah. Manakala dari aspek jantina, semua pelajar adalah perempuan. Hanya 46.7% peratus sahaja yang berasal dari kelahiran negeri Selangor berbanding dengan 53.3% dari luar negeri Selangor. Hampir separuh daripada pekerjaan ibubapa terlibat sebagai kakitangan kerajaan berbanding bekerja di sektor swasta 23.3% dan bekerja sendiri sebanyak 23.3%. Dan dari aspek faktor utama yang mendorong mereka terlibat dengan pengajian tahfiz ialah ibubapa 83.3% dan diri sendiri sebanyak 16.7%. JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 141-151 146

Kesimpulannya, hasil daripada dapatan profil pelajar yang terlibat dengan pengajian ilmu tajwid secara keseluruhannya, menunjukkan bahawa faktor utama mereka memilih bidang tahfiz al-quran ialah dorongan ibubapa ditambah dengan kemampuan ibubapa mereka untuk menanggung kos-kos pendidikan tahfiz al-quran. Bahkan faktor umur juga menyumbang ke arah sokongan penuh ibubapa kerana mereka masih di bawah tanggungan. Pihak Ma ahad Tahfiz juga mengambil berat dengan memisahkan pengajian berdasarkan jantina kerana ingin memelihara ayat-ayat hafazan mereka supaya akhlak seoramg huffaz mudah dibentuk mengikut acuan al-quran dan al-sunnah. Kesahan dan Kebolehpercayaan Analisis Kebolehpercayaan merupakan prasyarat kepada kesahan walaupun tidak menjamin kesahan sepenuhnya (Othman Lebar: 2009). Menurut Pallant (2001) dalam Noraini Idris(2010), nilai indeks alpha sebanyak.7 atau ke atas adalah baik untuk skala instrumen yang mempunyai sepuluh item atau lebih item. Manakala nilai alpha sebanyak.5 pula dianggap baik untuk skala instrumen yang mempunyai kurang daripada sepuluh item. Kajian ini juga telah mendapat kesahan daripada dua orang pakar dalam bidang pendidikan al-quran dan tajwid. Sehubungan dengan itu, elemen kesahan dan elemen kebolehpercayaan memainkan peranan penting dalam proses penyelidikan. Hasil kajian rintis yang dijalankan oleh penyelidik menunjukkan bahawa koeffisien kebolehpercayaan bagi keseluruhan soal selidik pelajar ialah.82. Dan bagi semua item-item kefahaman ilmu tajwid melebihi >.7. Ini menunjukkan satu koeffisien kebolehpercayaan yang berada dalam tahap tinggi di dalam menilai persepsi pelajar terhadap kefahaman ilmu tajwid. Analisis Tahap Penguasaan Ilmu Tajwid Tahap penguasaan ilmu tajwid mempunyai dua elemen penting daripada perspektif pelajar iaitu silibus ilmu tajwid dan tahap kefahaman ilmu tajwid. Rajah 1: Tahap Penguasaan Ilmu Tajwid Tahap Penguasaan Silibus Kefahaman Sumber: Soal Selidik, 15 Okober-20 Oktober 2016 Hasil dapatan tahap penguasaan ilmu tajwid menunjukkan bahawa analisis kesemua item-item kefahaman pembelajaran ilmu tajwid mencatatkan interpretasi min pada tahap tinggi iaitu (min =4.19; sp=0.70). JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 141-151 147

Manakala dari aspek pengajaran silibus ilmu tajwid seperti dalam jadual 3 menunjukkan bahawa 100% responden bersetuju bahawa semua bab-bab yang terkandung di dalam silibus ilmu tajwid dipelajari iaitu dari bab muqaddimah ilmu tajwid sehingga akhir bab. Ini juga di sokong dengan hasil temubual dengan ketiga-tiga guru yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid amat bersetuju bahawa semua pelajar diwajibkan mempelajari semua silibus ilmu tajwid iaitu ketika responden berada di kelas K1 dan K2 mereka diwajibkan hafaz matan- matan yang terdapat dalam kitab Tuhfatul Atfal yang ditulis oleh Syeikh Sulaiman bin Hasan bin Muhammad al-jamzuri, kelas K3 hingga K6 mempelajari asas-asas ilmu tajwid secara teori dan amali dalam kitab Tajwid karangan Abu Mardhiyyah. Manakala hasil pemerhatian menunjukkan bahawa semua pelajar terlibat dengan tasmik matan secara individu dan guru juga menerangkan asas-asas ilmu tajwid dengan memperdengarkan bacaan contoh dan diikuti pelajar secara amali. Jadual 3: Taburan Kekerapan dan Peratusan Silibus Ilmu Tajwid dari Persepsi Pelajar Silibus ilmu Tajwid Ya Tidak KK Pengenalan Ilmu Tajwid 30 0 0 Makhraj Huruf 30 0 0 Sifat Huruf 30 0 0 Hukum Nun Mati dan Tanwin 30 0 0 Hukum Mim Mati 30 0 0 Mad Asli 30 0 0 Mad Far i 30 0 0 Hukum Alif Lam Qamariyah 30 0 0 Hukum Alif Lam Syamsiah 30 0 0 Bacaan Khusus Imam Hafs 30 0 0 Sumber: Soal Selidik, 15 Okober-20 Oktober 2016 JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 141-151 148

Jadual 4 di bawah menunjukkan bahawa hampir keseluruhan itemitem tahap kefahaman yang tinggi dicapai oleh responden dalam ilmu tajwid ialah item bab Mad Asli (min5.00, sp=0.00) dengan responden 100% sangat setuju, item bab Alif Lam (min4.96, sp=0.18) dengan responden sangat setuju 96.7%, item pengenalan ilmu tajwid (min4.90, sp=0.40) dengan responden sangat setuju 93.3%, item bab Basmalah (min4.76, sp=0.81) dengan responden sangat tidak setuju 90.0%, item bab hukum nun sakinah dan tanwin (min4.60, sp=1.06) dengan responden sangat bersetuju 83.3%, item bab Izhar Halqi dengan kadar bacaan dengung (min4.36, sp=1.37) dengan responden sangat tidak setuju 80%, item bab hukum Mim Sakinah (min4.13, sp=0.29) dengan responden sangat setuju 73.3% dan item bab bacaan Riwayat Imam Hafs (min4.23, sp=1.22) dengan responden sangat setuju 63.3%. Kesimpulannya menunjukkan min keseluruhan item ialah min 4.19 dan sisihan piawai=0.97 iaitu berada pada tahap tinggi, tetapi terdapat min bagi item-item bab hukum mempelajari ilmu tajwid (min2.06, sp=1.38) dengan responden amat setuju 50% dan kadar harakat Mad Far ie (min2.96, sp=1.75) dengan responden amat setuju 36.7% berada pada tahap sederhana rendah. Hasil ujian bacan al-quran yang dilaksanakan ke atas lima orang responden menunjukkan tahap bacaan al-quran yang amat memuaskan tetapi memerlukan penambahbaikan dari aspek teori ilmu tajwid dalam bab makhraj, sifat dan hukum-hukum Mad Far ie. Jadual 4: Taburan Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Kefahaman Ilmu Tajwid dari Persepsi Pelajar Kefahaman Ilmu Tajwid STS TS KS S AS Min SP Memperelokkan bacaan 0 0 0 0 30 0% 0% 0% 0% 100% 4.90 0.40 Hukum harus mempelajari ilmu tajwid Sunat Basmalah dalam al- Fatihah Hukum nun mati dan tanwin Kalimah أنعمت dibaca dengung dua harakat Ikhfa Syafawi ialah menyembunyikan mim mati dalam huruf ba Huruf mad asli ada tiga iaitu alif, waw dan ya 5 0 4 6 15 16.8% 0% 13.2% 20% 50% 2.06 1.38 27 1 1 1 0 90% 3.3% 3.3% 3.3% 0% 4.76 0.81 3 0 1 2 25 10.0% 0% 3.3% 6.7% 83.3% 4.60 1.06 24 1 2 3 0 80.0% 3.3% 6.7% 10.0% 0.0% 4.36 1.37 6 0 0 2 22 20.0% 0% 0% 6.7% 73.3% 4.13 1.61 0 0 0 0 30 0% 0% 0% 0% 100% 5.0 0.00 JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 141-151 149

Kadar harakat Mad Aridh li Sukun empat dan lima Alif Lam terbahagi kepada Qamariyah dan Syamsiah 10 4 4 1 11 33.3% 13.3% 13.3% 3.3% 36.7% 2.96 1.75 0 0 0 1 29 0% 0% 0% 3.3% 96.7% 4.96 0.18 Kalimah مجرىھا dibaca 2 1 4 4 19 dengan imalah kubra 6.7% 3.3% 13.3% 13.3% 63.3% 4.23 1.22 Sumber: Soal Selidik, 15 Okober-20 Oktober 2016 6. Perbincangan Dapatan Kajian Berdasarkan analisis keseluruhan dapatan yang telah dikemukakan oleh responden, maka beberapa dapatan telah dapat dapat dihasilkan dalam kajian ini iaitu: 1) Profil pelajar menunjukkan mereka terdiri daripada kalangan 12 tahun ke atas iaitu berjaya memiliki UPSR. 2) Persepsi pelajar terhadap penguasaan ilmu tajwid berada pada tahap baik. 3) Kandungan silibus pengajian ilmu tajwid juga berada pada tahap memuaskan. 4) Namun begitu kefahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid berada pada tahap sederhana tinggi. 5) Hasil temubual dan pemerhatian juga menyokong bahawa semua tajuk-tajuk yang terdapat dalam silibus ilmu tajwid dipelajari dengan tambahan para pelajar diwajibkan hafaz matan-matan berkaitan ilmu tajwid dalam kitab Tuhfatul Atfal. 6) Hasil dapatan kefahaman ilmu tajwid menunjukkan bahawa bab pengenalan tajwid, makhraj huruf, sifat, nun mati, mim mati, mad asli, far i, alif lam, bacaan khusus imam Hafs dalam silibus ilmu tajwid berada di tahap memuaskan berbanding dengan dua item iaitu ilmu teori berkaitan hukum belajar tajwid dan bilangan kadar harakat Mad Far ie berada di tahap kurang memuaskan. 7) Analisis dari ujian tilawah al-quran menunjukkan tahap bacaan responden sangat memuaskan, cuma perlu penambahbaikan dari aspek teori ilmu tajwid dalam bab makhraj, sifat dan hukumhukum Mad Far ie. 7. Kesimpulan dan Cadangan Dapatan kajian persepsi pelajar terhadap silibus ilmu tajwid berada pada tahap tinggi. Begitu juga dengan kefahaman pelajar dalam bab-bab ilmu tajwid berada di tahap baik dan ini disokong dengan hasil temu bual, pemerhatian dan ujian tilawah. JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 141-151 150

Cuma perlu penambahbaikan dan penekanan seperti latih tubi atau amali untuk mengukuhkan penguasaan mereka terhadap teori ilmu tajwid dalam bab-bab makhraj, sifat dan Mad Far ie. Antara cadangan-cadangan adalah seperti berikut: 1) Pihak ma ahad menyediakan pertandingan atau kursus-kursus motivasi secara berkala berkaitan dengan ilmu tajwid atau al- Quran. 2) Pendidik perlu sentiasa memberi penekanan yang serius terhadap teori-teori ilmu tajwid ketika proses pengajaran dan pembelajar al- Quran. 3) Pelajar perlu dipupuk jiwa mencintai al-quran dengan menerapkan kepentingan membaca al-quran dan mempelajari ilmu-ilmu al- Quran. Rujukan Ahmad Rozaini Ali Hasan.2010.Tahap Penguasaan Bacaan al-quran di Kalangan Pelajar-pelajar UiTM Serawak Al-Zarkasyi, Badr al-din Muhammad bin Abdullah, (1972) Manahil al- Irfan fi Ulum al-quran. Kaherah: Maktabah Isa al-bab al-halabi. Brosur Ma ahad Tahfiz Azzahrah, Hulu Langat Cohen, L. & Manion, L. (1989) Research Methods in Education. Ed.ke-3. London: Routlege. Ibn al-jazari al-imam al-hafiz Abu Khayr al-dimashqi Muhammad bin Muhammad, (1400H/1980M), Munjid al-muqri in wa Murshid al- Talibin, Kaherah: Maktabat al-qudsi. Lajnah Tilawah. 2010. Al-Munir fi Ahkam al-tajwid. Al-Jam iyyah: Amman Lily Zuraini Mohd Mustaza. 2011. Tahap Penguasaan Ilmu Tajwid Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Dua Daerah Kuala Lumpur Mohd Majid Konting, (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan Cet.ke-8, DBP: Kuala Lumpur. Mohd Yusuf Ahmad, (2005). Sejarah dan Kaedah Pendidikan al-qur an. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Noraini Idris (2010), Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia Sdn. Bhd). Rashidah Md Hassan, Nik Rosila Nik Yaacob, Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, Pencapaian Kelancaran Bacaan Fasohah dan Hukum Tajwid dalam Tilawah al-quran Murid Sekolah Rendah: Satu Tinjauan Awal, PPPI USM dalam prosiding International Conference on Islamic Education and Social Enterpreneurship 12-14 Okt 2015, Langkawi: Malaysia Othman Lebar, Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Model. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2009. Pallant, Julie, SPSS Survival Manual A step by step guide to data analysis using SPSS. Ed.ke-4. Australia: Allen&Unwin, 2011. Stufflebeam, Daniel L, (1971).The Relevance of The CIPP Evaluation Model for Educational Accountability. Ohio State University: Columbus. JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 141-151 151