PERADABAN ISLAM TERAS TRANSFORMASI NASIONAL (Islamic Civilization as the Basis of National Transformation)

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Knowledge of Fardhu Ain Among Students with Hearing Difficulties

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester Pendek / 1 / 2 (Short Semester / 1 / 2) Panduan Module

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 1-6 MASHITOH YAACOB * Centre for General Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRACT

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

ISLAMISASI NEGARA MALAYSIA DALAM KONTEKS GAGASAN ISLAMISASI ILMU SYED MUHAMMAD NAQUIB AL- ATTAS: SATU TINJAUAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

KAJIAN FUTURISTIK DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBANGUNAN PERADABAN ISLAM DI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

BUTIRAN PERIBADI

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

PEMIKIRAN PASCA ISLAMISME DALAM KONTEKS GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA (Post-Islamism in the Context of Islamic Movement in Malaysia)

A New Deal for Asia Apakah Deal Itu? A New Deal for Asia - What is the Deal?

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN DI LEMBAH KELANG

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

Pengaruh Komponen Kurikulum Ilmu Siasah Syar iyyah dalam Kursus Teras Universiti

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Pengurusan dan Pentadbiran Islam di Malaysia: Sumbangan Terhadap Pembangunan Politik, Ekonomi dan Sosial

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

Transcription:

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA JAKIM Jurnal Hadhari Edisi Khas (2017) 11-19 ejournals.ukm.my/jhadhari ISSN 1985-6830 eissn 2550-2271 PERADABAN ISLAM TERAS TRANSFORMASI NASIONAL (Islamic Civilization as the Basis of National Transformation) 1 MOHD YUSOF HJ. OTHMAN 1 Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia ABSTRAK Malaysia telah memperkenalkan Transformasi Nasional 2050 (TN50) sebagai inisiatif untuk pembangunan negara selepas gagasan pembangunan sebelumnya tamat yang digunakan sejak merdeka. Sejak merdeka, Malaysia telah menggunakan pendekatan Islam sebagai teras pembangunannya, dan telah pun menghasilkan pelbagai produk Islam yang boleh dijadikan contoh oleh negara lain. Dalam artikel ini kita membicarakan secara ringkas bagaimana pendekatan Islam yang berperadaban dapat digunakan dalam meneruskan usaha pembangunan di Malaysia untuk 30 tahun berikutnya. Kata kunci: Transformasi Nasional 2050; pembangunan negara; cabaran pembangunan, produk Islam; pendekatan Islam berperadaban ABSTRACT Malaysia has introduced National Transformation 2050 (TN50) as an initiative for nation s development after the end of development initiatives introduced since it s independent. Since independent, Malaysia has adopted Islamic approach as the basis of its development, and the nation has since produced many Islamic products which can be a model for other developing countries to follow. In this paper we discuss briefly how Islamic civilizational approach can be adopted as an initiative to continue our next 30 years of development. Keywords: National Transformation 2050; nation development; developments challenges; Islamic products; Islamic civilizational approach. Corresponding author: Mohd Yusof Hj. Othman, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia, mel-e: myho@ukm.edu.my Diserahkan: 23 Mac 2017 Diterima: 26 Mei 2017 Edisi Khas Bab 2.indd 11 11/08/2017 14:39:29

Jurnal Hadhari Edisi Khas (2017) 11-19 PENDAHULUAN Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu inisiatif pembangunan negara Malaysia yang dilaksanakan mulai 2020 hingga 2050. Ianya dilaksanakan sebagai lanjutan kepada gagasan pembangunan negara Wawasan 2020 di era Tun Dr Mahathir Mohamad (1991) dan diikuti oleh Gagasan Pendekatan Islam Hadhari oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi (2006). Manakala Gagasan 1Malaysia (Pejabat Perdana Menteri 2017) adalah suatu gagasan pembangunan bagi negara Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai kesinambungan daripada dua gagasan pembangunan negara sebelumnya. Inisiatif TN50 ini dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun. Ianya akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga 2019. Dokumen dasar TN50 bakal diterbitkan pada awal tahun 2020 (Najib Razak 2017) berdasarkan kepada perundingan yang dijalankan. Dengan demikian, ruang yang luas masih terbuka untuk masyarakat dan organisasi yang terdapat di Malaysia untuk memberikan pandangan untuk proses dokumentasi tersebut. Kita mengambil kesempatan di sini untuk mengemukakan suatu proses tranformasi ke arah negara yang lebih sejahtera dengan menggunakan pendekatan pembangunan berperadaban Islam. Pendekatan ini telah pun dilaksanakan dalam usaha membangun negara yang lebih sejahtera di masa silam. Ianya merupakan suatu gagasan yang perlu dilaksanakan dengan iltizam yang kuat oleh semua pihak, sama ada individu atau organisasi; pihak kerajaan, pihak awam atau pihak swasta dan sebagainya. ISU PEMBANGUNAN BERPERADABAN DI MALAYSIA Isu utama dalam pembangunan insan berperadaban adalah isu kemanusiaan, sistem sosial seperti politik, susunan tata susila masyarakat, budaya dan akhlak, isu muamalat dan juga pengagihan kekayaan negara yang dikenali juga sebagai ekonomi dan pengurusan, dan isu yang berhubung dengan pembangunan modal insan yang didasarkan kepada penguasaan ilmu yang berguna untuk memanfaatkan sumber alam yang dikenali juga sebagai sains dan teknologi. Kesemua isu ini perlu diurus dengan baik untuk memastikan susun atur dan tata susila kehidupan tidak terjejas. Sebelum kedatangan penjajah Barat ke rantau ini dalam kurun yang ke enam belas, masyarakat Islam di rantau ini telah pun menggunakan pendekatan Islam dalam pembangunan mereka. Kedatangan penjajah Barat ini hanya menjejaskan 12 Edisi Khas Bab 2.indd 12 11/08/2017 14:39:29

Peradaban Islam Teras Transformasi Nasional dan membantut proses pembangunan peradaban tersebut (Hairudin Harun 2004). Ini disebabkan kedatangan penjajah Barat terutamanya Portugis, Sepanyol, Belanda dan Inggeris adalah hanya bersifat balas dendam terhadap kerajaan Islam yang dibangunkan di Andalusia. Apabila Andalusia jatuh semula ke tangan Kristian pada 1492, semua negara yang didatangi oleh Islam sebelumnya seperti negara di Rantau Melayu menjadi sasaran kepada golongan mubaligh Kristian. Di Tanah Melayu sendiri, tahun 1511 merupakan permulaan rencatan pembangunan Islam di rantau ini sehinggalah negara tersebut mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Penjajah Inggeris menentukan corak pentadbiran negara ini dengan sistem urus tadbirnya menggunakan kaedah pentadbiran Westminster, United Kingdom. Manakala perundangan negara di Tanah Melayu telah bertukar kepada corak perundangan ala Britain, sedangkan umat di rantau ini telah pun menggunakan perundangan Islam sebelumnya. Ilmu sains dan teknologi yang bersifat sekular iaitu mengesampingkan agama dan budaya anak watan diajar dan diperkenalkan di institusi pendidikan bagi menggantikan ilmu sains dan teknologi (disebut juga sebagai ilmu kejadian) yang diajar dalam perspektif Islam. Penulis masih ingat penggunaan beberapa istilah yang lebih bersifat Islami seperti ilmu alam untuk subjek geografi, ilmu hisab bagi menggantikan ilmu matematik, ilmu kaji hayat untuk menggantikan ilmu biologi, kaji bumi menggantikan subjek geologi, subjek tawarikh bagi menggantikan sejarah, kutubkhanah menggantikan perpustakaan dan sebagainya. Sebelum ini, masyarakat rantau ini lebih mengenali istilah yang diperkenalkan oleh ulama Islam daripada mengenali istilah yang diperkenalkan sarjana Barat. Sewaktu penjajahan inilah, penjajah berusaha untuk memperkenalkan dan memastikan anak watan menggunakan peradaban Barat dalam urusan kehidupan mereka seharian. Ini mereka lakukan melalui sistem pendidikan Barat yang diajar kepada anak watan yang terpisah dengan agama dan budaya mereka. Begitu juga dengan sistem perundangan yang menggunakan perundangan Wesminster dan sistem penjagaan kesihatan yang menggunakan pendekatan berperadaban Barat. Sebahagian anak watan yang dididik di Barat terutamanya di United Kingdom, amat terpesona dan ghairah dengan pendidikan sedemikian dan mereka berusaha untuk menerapkan sistem pendidikan penjajah tersebut dalam sistem pendidikan mereka di era selepas kemerdekaan. Manakala sebahagian kalangan ilmuwan tempatan tidak bersetuju, kerana mereka ingin kekalkan dengan pendidikan yang berteraskan agama dan budaya anak tempatan, yang kemudiannya lahirlah usaha penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (Mohd Ali Kamaruddin 2006). Selepas merdeka, kepimpinan politik dan masyarakat di negara kita bekerja keras untuk mengembalikan semula keagungan sistem Islam dalam membina peradaban 13 Edisi Khas Bab 2.indd 13 11/08/2017 14:39:29

Jurnal Hadhari Edisi Khas (2017) 11-19 kita sendiri melalui pelbagai ruang yang ada, terutamanya dalam sistem pendidikan. Sekolah pondok yang pada mulanya sebagai benteng untuk mempertahankan akidah anak watan sewaktu penjajahan Inggeris, kemudiannya diperkenalkan untuk menghasilkan modal insan yang akan membangunkan negara dan peradaban melalui pendidikan di sekolah rendah agama rakyat, sekolah menengah kebangsaan agama, sekolah agama bantuan kerajaan dan sebagainya. Kini pelbagai sekolah agama dibina untuk menampung kehendak ibu bapa yang pelbagai (Mohd Yusof et al. 2013). Sekolah aliran kebangsaan juga menyediakan kurikulum bagi memenuhi tuntutan agama Islam sebagaimana yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (Undang-undang Malaysia 2009). Bahasa Melayu dijadikan bahasa utama dalam pendidikan sebagaimana yang dikehendaki dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 (Undang-undang Malaysia 2009) (Mohd Ali Kamaruddin 2006), walaupun sejak akhir-akhir ini terdapat keinginan untuk mengembalikan semula pengajaran dalam bahasa Inggeris (gagasan PPSMI dan Program DLP) (Kementerian Pendidikan Malaysia 2016). Perlu dinyatakan di sini bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad pada 2003 telah dimansuhkan pelaksanaannya pada 2012 sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan pada 8 Julai 2009 kerana pelbagai masalah pembelajaran (Tuah Ishak & Mohini Mohamed 2010). Pendidikan Islam ini diteruskan sehingga ke peringkat pendidikan tinggi dengan tertubuhnya pelbagai institusi pendidikan di peringkat berkenaan seperti penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Islam Malaysia dan pelbagai institusi lain di peringkat negeri. Malaysia juga menerima ramai pelajar antarabangsa yang sedang belajar di negara ini kerana sistem pendidikannya yang lebih mesra Islam, apatah lagi universiti tempatan menyajikan beberapa program seperti Usuludin, Syariah, Muamalat, Perbankan Islam, Ekonomi dan Pengurusan Islam, Sistem Waqf, Sistem ar-rahnu, Undang-undang Keluarga Islam Malaysia, Sains Tauhidik, Pensijilan Halal dan sebagainya. Walaupun sejak mutakhir ini terdapat desakan untuk mengembalikan semula pengajaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi dalam bahasa Inggeris yang dianggap bahasa yang digunakan penjajah untuk menjajah pemikiran anak watan, namun kajian yang dijalankan oleh para penyelidik dari kalangan kakitangan akademik di universiti tempatan mendapati keberkesanan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu di Malaysia amat diragukan, malah kajian mendapati pelajar sukar menguasai pengetahuan sains dan teknologi dalam bahasa asing (Abdullah Hassan 2007; Abdullah Hassan & Zainal Abidin Borhan 2016). 14 Edisi Khas Bab 2.indd 14 11/08/2017 14:39:29

Peradaban Islam Teras Transformasi Nasional PERADABAN ISLAM TERAS TRANSFORMASI NASIONAL Untuk melihat bagaimana pembangunan negara dalam TN50, kita perlu melihat apakah cabaran utama yang sedang dihadapi negara. Terdapat empat cabaran utama dalam merealisasikan pembangunan negara dari perspektif peradaban Islam seperti yang sedang giat dilaksanakan oleh Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (Institut Islam Hadhari 2017). Cabaran pertama adalah pembangunan sistem sosio-budaya masyarakat yang lestari. Termasuk dalam bidang ini adalah hubungan kaum di Malaysia dari pelbagai etnik dan agama. Di samping itu Malaysia juga mempunyai penduduk peribumi yang juga terdiri dari pelbagai etnik, budaya dan tradisi yang pelbagai. Mereka juga merupakan anak watan yang telah berkurun lamanya tinggal di negara dan rantau ini. Di Malaysia juga terdapat sebilangan penduduk yang mendatang dan menetap di negara ini kerana faktor ekonomi dan penjajahan. Umumnya generasi yang mendatang ini yang telah pun menjadi warganegara merupakan generasi kedua yang sebilangan besarnya tinggal di kawasan bandar. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2016 dianggarkan 31.7 juta dengan kadar pertambahan penduduknya 1.5% setahun. 16.4 juta adalah lelaki, manakala 15.3 juta adalah perempuan. Etnik bumiputera adalah 68.6%, diikuti Cina 23.4 % dan India 7.0%. Peratus penduduk bukan warganegara adalah 10.3% daripada keseluruhan jumlah penduduk Malaysia (Jabatan Statistik Malaysia 2017). Kepelbagaian etnik penduduk dan kerencaman kepelbagaian agama, budaya, tradisi dan adat resam menyebabkan isu polarisasi yang amat ketara di negara ini. Islam sebagai agama sejagat yang bersifat kemanusiaan dan merentasi etnik dan polarisasi kaum, boleh dijadikan wahana utama dalam pembangunan negara sekiranya isu yang berhubung dengan kemanusiaan, fungsi agama dan budaya, hak asasi dalam pendidikan, kesihatan, mendapatkan makanan dan tempat tinggal dan pengagihan kek ekonomi secara adil dapat dilaksanakan mengikut perspektif Islam. Cabaran kedua yang perlu ditangani oleh negara dalam TN50 adalah sistem politik dan kepimpinan. Selama 60 tahun yang lalu sistem politik yang diamalkan di Malaysia adalah sistem politik ala Wesminster, tetapi bercorak perkauman. Walaupun terdapat parti politik yang tidak diasaskan kepada kaum atau agama tertentu, namun persepsi masyarakat secara umumnya mengatakan parti di Malaysia masih bersifat perkauman. Ini berlaku kerana perdebatan yang hebat sewaktu Malaysia beroleh kemerdekaan negara yang lalu. Yang nyata, Malaysia telah pun merdeka 15 Edisi Khas Bab 2.indd 15 11/08/2017 14:39:29

Jurnal Hadhari Edisi Khas (2017) 11-19 dan sedang mencorak sistem kepimpinannya tersendiri. Kepimpinan di Malaysia perlu mengambil kira realiti semasa dan dalam masa yang sama tidak menolak perlembagaan yang telah disepakati bersama sewaktu menuntut kemerdekaan lebih 60 tahun yang lalu dalam mengadakan suatu perancangan pembangunan negara untuk masa hadapan seperti TN50. Pendekatan peradaban Islam seperti yang pernah dibangunkan di zaman khilafiah Islamiah di zaman silam mungkin dapat memberikan inspirasi kepada kita untuk membangunkan sistem kepimpinan dan politik yang lebih serasi dengan Malaysia khasnya dan dunia amnya. Kajian kepustakaan tentang bagaimana umat Islam membangunkan peradaban silam mereka boleh dipelajari. Begitu juga kita boleh pelajari dengan kejatuhan peradaban Islam akibat daripada tamak haloba, rasuah, nepotisme dan kronisme. Suatu yang amat menarik dan bitara dalam pembangunan di Malaysia adalah sistem ekonominya yang cuba diusahakan agar selari dengan kehendak ajaran Islam. Malaysia amat terkehadapan dalam memberikan pilihan atau alternatif kepada sistem ekonomi kapitalis yang ada pada masa ini. Malaysia sendiri mempunyai pelbagai produk ekonomi Islam yang boleh digunakan untuk membangun negara dan peradaban negara dalam TN50 nanti. Kita mempunyai sistem ekonomi Islam, perbankan Islam, sistem kewangan Islam, takaful, ar-rahnu (pajak gadai Islam), pensijilan halal, sistem waqf dan zakat (Abdul Hafiz 2014), undang-undang keluarga Islam, dan terkini sistem indeks yang patuh maqasid syariah (JAKIM 2015). Semuanya dapat dijadikan wahana utama dalam pembangunan agenda TN50 menggunakan pendekatan peradaban Islam. Malaysia juga merupakan pengasas dan terlibat secara aktif dalam dialog peringkat antarabangsa dengan mengenengahkan forum ekonomi Islamnya seperti penganjuran acara tahunan World Islamic Economics Forum (WIEF) yang diadakan setiap tahun di peringkat antarabangsa (World Islamic Economics Forum 2017). Satu lagi cabaran yang perlu diberi perhatian dalam pembangunan negara TN50 adalah agenda pembangunan sains, teknologi, alam sekitar dan kesihatan yang lebih mapan. Sains dan teknologi bukan sekadar kaedah untuk memahami tabii alam dan mengambil manfaat darinya, tetapi sains dan teknologi perlu dilihat dari segi aspek pemikiran saintifik itu sendiri yang bersifat sekular dan mengesampingkan agama dan budaya. Apabila pemikiran saintifik sekular ini mendominasi pemikiran seseorang, terutamanya para ilmuwan dan mereka yang membuat dasar dan mengurus negara, maka pemikiran sekular tersebut akan meresapi dalam kaedah bertindak seseorang. Tuhan tidak ada lagi dalam pembangunan negara. Pahala dan dosa, syurga dan negara, berkat atau laknat tidak lagi menjadi garis panduan dalam mengagaskan pembangunan negara. Hak asasi manusia tanpa tuhan dicanang dan diminta sehingga melanggar batas-batas beragama, berbudaya dan adab resam tradisi penduduk asal. 16 Edisi Khas Bab 2.indd 16 11/08/2017 14:39:29

Peradaban Islam Teras Transformasi Nasional Akhirnya nilai-nilai keinsanan yang berasaskan kepada adab dan akhlak agama ditolak dan digantikan dengan nilai manusia baru yang mementingkan hak asasi diri sendiri. Apabila pendidikan hanya mementingkan ilmu pengetahuan sekular dan mengabaikan ilmu pengetahuan subjektif, maka terhasillah generasi baru yang disebut sebagai excellence without a soul (cemerlang tanpa roh) sebagaimana yang dibicarakan oleh Lewis (2006), atau literates uneducated (berliterasi tetapi tidak terdidik) sebagaimana yang dibicarakan oleh Roy (1990). Malah Steven Muller, Presiden John Hopkins University, Amerika Syarikat pernah menyebut lama duhulu The failure to rally around a set of values means that universities are turning out potentially highly skilled barbarians yang bermaksud kegagalan untuk membangunkan suatu set nilai (kemanusiaan) bererti universiti hanya menghasilkan penyangak yang mempunyai kepakaran yang tinggi (Ulin 1980). Inilah cabaran utama yang perlu diambil kira dalam merancang gagasan TN50 untuk pembangunan negara Malaysia 30 tahun akan datang. TN50 perlu berusaha mencari jawapan kepada persoalan ini dan membina gagasan pembangunan yang serasi dengan realiti di Malaysia kini. KESIMPULAN Gagasan Wawasan 2020 untuk pembangunan negara akan berakhir pada tahun 2020. Gagasan baru yang sedang dirangka oleh kerajaan adalah gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang tidak diketahui lagi kandungannya. Usaha sedang dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pandangan masyarakat tentang pengisian gagasan TN50 ini. Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menggagaskan empat cabaran utama yang perlu ditangani oleh negara menggunakan pendekatan Islam yang bersifat peradaban. Cabaran tersebut adalah politik dan kepimpinan; sosio-budaya yang berhubung dengan pembangunan sahsiah dan keperibadian anak watan dalam memperkasakan modal insan; pembangunan ekonomi dan pengurusan sistem muamalat yang mesra masyarakat dan rakyat; dan pembangunan sains, teknologi, alam sekitar dan kesihatan yang lebih lestari. Pendekatan berperadaban yang berteraskan kepada pelaksanaan nilai-nilai Islam telah diamalkan di Malaysia sejak merdeka lagi. Antara dasar yang telah dilaksanakan adalah Dasar Pendidikan Negara, Dasar Pembangunan Luar Bandar, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Gagasan Wawasan 2020, Pendekatan Islam Hadhari, dan Wasatiyyah (Mahmood Zuhdi 2008). Gagasan Transformasi Nasional 17 Edisi Khas Bab 2.indd 17 11/08/2017 14:39:29

Jurnal Hadhari Edisi Khas (2017) 11-19 2050 yang dicadangkan dan akan dirumuskan kemudian nanti merupakan penerusan kepada dasar-dasar yang telah dilaksanakan selama ini. Adalah diharapkan dengan gagasan TN50 yang diajukan, Malaysia akan terus menjadi negara contoh dalam pembangunan yang mengamalkan sistem Islam di dalam pembangunannya. PENGHARGAAN Pengarang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada UKM di atas dana penyelidikan STEM-2014-002 yang disumbangkan bagi membolehkan kertas ini ditulis. RUJUKAN Abdullah Ahmad Badawi. 2006. Islam Hadhari: A Model Approach for Development and Progress. Kuala Lumpur, MPH. Abdullah Hassan. 2007. Mengapa Kami Bantah! Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Kuala Lumpur, Persatuan Penterjemah Malaysia. Abdullah Hassan & Zainal Abidin Borhan. 2016. Kami Bantah DLP. Kuala Lumpur, GAPENA & Persatuan Penterjemah Malaysia. Abdul Hafiz bin Alis. 2014. Pengenalan Konsep Perbankan Islam. Putrajaya, Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), 14 Februari. http://www.jawhar.gov.my/pengenalan-konsepperbankan-islam/ [17 Mei 2017]. Hairudin Harun. 2004. Retorik Sains dan Teknologi di Malaysia. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Institut Islam Hadhari. 2017. Sedekad Kegemilangan Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia 2007-2017. Bangi, Institut Islam Hadhari, UKM. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 2015. Indeks Syariah Malaysia: Model Tadbir Urus Berteraskan Maqasid Syariah. Putrajaya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. http:// www.islam.gov.my/images/epenerbitan/pengenalan_ism.pdf [21 Mei 2017]. Jabatan Statistik Malaysia. 2017. Data Asas Malaysia. http://www.rurallink.gov.my/wpcontent/uploads/2015/05/1-data-asas-malaysia1.pdf [21 Mei 2017]. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016. Dual Language Program in Public Schools. 03 June. http://schooladvisor.my/articles/dual-language-program-in-public-schools/ [15 Mei 2017]. 18 Edisi Khas Bab 2.indd 18 11/08/2017 14:39:29

Peradaban Islam Teras Transformasi Nasional Lewis, H. R. 2006. Excellence without a soul does liberal education have a future? Philadelphia, USA, Public Affairs Pub. Mahathir Mohamad. 1991. Wawasan 2020. Kuala Lumpur, Biro Tatanegara. Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid. 2008. Konsep Islam Hadhari. Dlm Islam Hadhari: Pendekatan Pembangunan Peradaban. Kuala Lumpur, Yayasan Dakwah Islamiah. Mohd Ali Kamaruddin. 2006. Universiti Kebangsaan Malaysia: Sejarah Penubuhan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Mohd Yusof Hj Othman, Ismail Ibrahim, Mohd Kamal Hassan, Zakaria Stapa, Abdul Latif Samian & Abdul Halim Tamuri. 2013. Majlis Agama Islam Negeri Memacu Pendidikan Ummah. Pros. Kongre Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia. Putrajaya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Hlm 123-138. Najib Razak. 2017. Transformasi Nasional 2050. 20 Januari. https://www.najibrazak.com/ bm/blog/transformasi-nasional-2050/[12 Mei 2070]. Pejabat Perdana Menteri. 2017. 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Putrajaya, Pejabat Perdana Menteri. https://www.pmo.gov.my/ dokumenattached/1malaysia_b.pdf [12 Mei 2017]. Roy B. 1990. The Literate Uneducated. India Today. September. hlm 401. Tuah Ishak & Mohini Mohamed. 2010. Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI): Suatu isu berulang. Jurnal Teknologi, 53(Sains Sosial), Sept. 2010: 95-106. Ulin R. R. 1980. Highly Skilled Barbarians. http://c.ymcdn.com/sites/www. leavenworthethicssymposium.org/resource/resmgr/2010_general_papers/ulin.pdf [23 Disember 2012]. World Islamic Economics Forum. 2017. Homepage. https://wief.org/overview/ dilayari pada 2017. 19 Edisi Khas Bab 2.indd 19 11/08/2017 14:39:29

Edisi Khas Bab 2.indd 20 11/08/2017 14:39:29