Bab Pertama PENDAHALUAN. komprehensif yang bersumberkan daripada al-quran. Islam memandang ilmu ke taraf

Similar documents
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

BUTIRAN PERIBADI

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

BUTIRAN PERIBADI PROF. MADYA DATO DR. AHMAD BIN ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

HALATUJU PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR. Disediakan Oleh; Muhamad Asmadi bin Mustakim Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARAT KHAS PROGRAM STPM / STAM DIPLOMA / SETARAF SALURAN KEDUA. Lulus mata pelajaran Bahasa Arab pada

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Transcription:

Bab Pertama PENDAHALUAN 1.1. Pengenalan Sejarah membuktikan bahawa sendi asas peradaban Islam adalah pendidikan yang komprehensif yang bersumberkan daripada al-quran. Islam memandang ilmu ke taraf ibadat yang amat mulia. Segala segi pendidikan dipandang serius oleh Islam, khasnya pendidikan rohani dan akhlak keperibadian. 1 Pendidikan yang baik dan tulen ialah pendidikan yang berteraskan kepada konsep tauhid, kerana dengan tauhidlah peribadi insan yang luhur dapat dibentuk di mana, terdapatnya paduan yang harmonis (شحصيه االنسان) antara ilmu, budi, jiwa dan amal soleh. 2 Justeru itu dunia masa kini, seharusnya menjadikan perkara pokok yang mendasari kemajuan sains dan teknologi adalah Pendidikan Islam. Pada pandangan Islam, pendidikan mempunyai kedudukan yang suci dan penting. Ia dapat dilihat dengan turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah s.a.w yang memberi penekanan khusus kepada aspek pendidikan. Ayat yang pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dimulakan dengan perintah yang berkaitan dengan pendidikan iaitu Surah al- Alaq, ayat 1-5 yang mengandungi perintah supaya membaca, menulis dan belajar. Pendidikan dalam Islam tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan insan dalam konteks pembentukan sahsiah Muslim ( المسلم شخصية ). Islam bukan sahaja menyeru umatnya mencari ilmu tetapi 1 Haron Din et al., Masalah Pendidikan Islam Di Malaysia (Kuala Lumpur: Al-Rahmaniah, 1988), 1 2 Ibid. 1

sekaligus meletakkan umatnya supaya sentiasa mengaplikasikan kehidupan ummah yang berakhlak dan bersahsiah sesuai dengan perutusan Muhammad s.a.w untuk menyempurnakan akhlak manusia. Akhlak insan dapat diterjemahkan dengan insan yang memiliki akhlak Islam, bersahsiah dan berpersonaliti tinggi. Wujudnya pelbagai gejala penyimpangan moral, sahsiah dan akhlak yang semakin memprihatinkan ketika ini sebenarnya merupakan manifestasi daripada krisis besar tamadun masa kini. Krisis kali ini dianggap besar kerana tamadun hari ini khususnya tamadun Barat moden yang sekular dan materialistik itu telah membawa kemusnahan kepada ciri-ciri kemanusiaan. 3 Bertitik tolak daripada fenomena inilah yang menjadikan masalah sahsiah atau akhlak sebagai masalah global yang dihadapi oleh seluruh pelajar di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi hari ini. Bagi ajaran Islam, sahsiah yang mulia adalah faktor utama yang menyumbang kepada pembangunan sesuatu umat dan negara. Akhlak yang mulia akan membentuk peribadi ummah yang cemerlang iaitu manusia contoh yang menuju ke arah kehidupan yang sempurna di dunia dan kebahagian di akhirat. Masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar merupakan satu cabaran kepada negara yang sedang mengorak langkah ke arah kemajuan dan kepesatan pembangunan. Penggunaan tenaga manusia secara optimum menyumbangkan kepada beberapa senario terhadap perkembangan tingkah laku anak-anak atau remaja. Ketidakselarasan tingkah laku, keperibadian atau sahsiah pelajar dalam merealisasikan sikap penerapan nilai murni 3 Siddiq Fadhil, Permasalahan Moral: Perspektif Al-Quran, Jurnal Institut Pengajian Tahfiz al-quran, Bil 1 (1995), 22. 2

ini menggambarkan kepincangan sahsiah mereka. Sekiranya benar penyataan ini, maka ia perlu kepada satu kajian bagi membenarkannya. Masyarakat dewasa ini sering mengaitkan masalah sosial pelajar atau remaja dengan beberapa aspek dan faktor, yang mana salah satu daripadanya adalah dihubungkaitkan dengan konteks sejauhmanakah keberkesanan kurikulum yang telah dipelajari dapat membentuk pelajar yang bersahsiah Muslim. Sebenarnya, kelakuan seseorang menggambarkan ilmu yang diperolehinya. Syed Muhammad Naquib al-attas mengatakan adab adalah perbuatan atas kelakuan yang betul yang timbul dari pengawalan diri sendiri dan yang berasaskan ilmu bersumberkan hikmah. 4 Membina sahsiah unggul pelajar adalah idea Y.B Datuk Hishamuddin Tun Hussin, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. Idea ini disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mencetuskan Modul 5 C iaitu murid contoh, murid cerdas, murid cerdik, murid cergas dan murid ceria. Matlamat modul ini adalah untuk melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah terpuji dan boleh dicontohi oleh pelajar lain, sentiasa memburu ilmu untuk kebahagian di dunia dan di akhirat, mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan seharian, 4 Syed Muhammad Naquib al-attas, Tinjauan Ringkas Peri Ilmu Dan Pandangan Alam (Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2007), 42. 3

mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat patriotisme. 5 Menurut Abdul Rashid, sesungguhnya membangun modal insan melalui kaedah mendidik, mengajar, membentuk dan membimbing pelajar di sekolah merupakan tugas dan tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia. Berpegang kepada prinsip bahawa pendidikan adalah suatu usaha berterusan hingga ke ahir hayat, maka Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia, sentiasa berusaha menambah baik setiap program khususnya ke arah pemebentukan sahsiah pelajar dari semasa ke semasa. 6 Harian Metro yang bertarikh 6 Ogos 2011 telah memaparkan kes yang berlaku kepada pelajar dan remaja di mana tindakan sekumpulan remaja telah menipu keluarga mereka dengan meminjam motosikal bukannya untuk menunaikan solat sunat Tarawih tetapi untuk menyertai lumba haram telah membawa padah apabila ditahan dalam operasi Cegah Lumba Haram oleh anggota dari Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan. Dalam operasi tersebut, polis menahan kira-kira 40 remaja menunggang motorsikal secara melulu dan berbahaya. Perbuatan merempit dalam kalangan remaja menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan semakin banyak melibatkan pelajar di Institut Pengajian Tinggi. 7 5 Penulis tidak diketahu, Panduan Perlaksanaan Modul Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)(Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Islam Dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011) 6 Ibid. 7 Harian Metro,6 Ogos 2011. 4

Kegiatan negatif seperti ini memberi gambaran bahawa semakin nipisnya amalan agama dalam diri pelajar di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Melihat kepada situasai semasa yang semakin membimbangkan ini dan hasil daripada persoalan dan kontroversi yang timbul, maka dari situlah bermula minat penulis untuk mengkaji keberkesanan Kurikulum Pedidikan Islam di Politeknik terhadap pembentukan sahsiah Muslim pelajar dengan lebih mendalam dan untuk mencari penjelasan yang sewajarnya. 1.2. Latar Belakang Masalah Malaysia sedang menuju negara maju menjelang tahun 2020. Dalam era globalisasi ini, manusia juga mengejar kejayaan sejajar dengan arus kemodenan yang semakin pesat membangun. Mohd. Nasir menyatakan, kita terlupa bahawa manusia terdiri daripada dua unsur iaitu rohani dan jasmani dan ia perlunya tuntutan yang seimbang. Majoriti daripada kalangan mereka hanya memenuhi pembangunan bersifat material sahaja tanpa penekanan kepada aspek rohani atau pembinaan sahsiah. 8 Justeru itu, penulis berpendapat, aspek pembinaan sahsiah perlu diambil perhatian agar kejayaan yang diperolehi tidak tersasar daripada apa yang termaktub dan digariskan oleh al-quran dan al-hadith. Jika mengabaikannya, maka tidak ada maknalah Allah s.w.t menurunkan wahyu kepada Nabi 8 Mohd. Nasir bin Ripin et al., Kajian Bina Sahsiah Staf Kajian Di IPTA Kajian Kes di UTM & USM (Johor Bharu: Pusat Pembangunan Islam Dan Pembangunan Sosial, Universioti Teknologi Malaysia, 2006), 1 5

Muhammand s.a.w yang merupakan rujukan dan panduan utama dalam konteks pembinaan sahsiah Muslim المسلم) (شخصية setiap individu. Asmawati Suhid menyatakan dalam kajiannya yang bertajuk Adab Dan Akhlak Islam Dalam Pendidikan Islam: Satu Kajian Kes Di Selangor, faktor kebangkitan semula pendidikan nilai moral dan akhlak ialah berleluasanya masalah keruntuhan akhlak dan moral dalam kalangan pelbagai golongan khususnya remaja dan belia. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pernah membuat kenyataan bahawa peratusan anak-anak Melayu yang terlibat dengan pelbagai salah laku, penyelewengan moral dan sahsiah menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding dengan anak-anak bukan Melayu. Begitu juga di Konvensyen Mahasiswa Nasional (2000), resolusinya menegaskan bahawa kesedaran dan keinsafan tentang kemelut gejala sosial, kebankrapan nilai-nilai murni, kecelaruan pemikiran serta keruntuhan akhlak dan sahsiah semakin serius dalam kalangan generasi muda khususnya remaja. 9 Nik Mohd. Rosdi Nik Ahmad pula berpendapat bahawa terdapat peningkatan yang positif terhadap pembangunan Islam jika dilihat dari sudut ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya. Namun, dari sudut yang lain pula, jelas menunjukkan kemerosotan moral, sahsiah, dan akhlak pelajar yang amat membimbangkan banyak pihak. Menurut beliau lagi, terdapat sebilangan pelajar yang mendapat kelulusan baik dalam bidang agama tetapi tidak dilaksanakan dalam bentuk penghayatan. 10 9 Asmawati Suhid, Adab dan Akhlak Islam dalam Pendidikan Islam: Satu Kajian Kes di Selangor, Jurnal CITU 2, No.1 (Kuala Lumpur: Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam, Januari 2006), 56. 10 Ibid., 57 6

Berdasarkan kepada fenomena di atas, maka kajian ini amat penting untuk menyerlahkan persoalan mengenai keberkesanan kurikulum yang diamalkan di Politeknik dalam pembentukan sahsiah Muslim pelajar. Persoalan mengenai masalah sosial dalam kalangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta seringkali menjadi topik hangat yang menjadi perbahasan samada di media cetak mahupun elektronik. Ia sering dibincang oleh para ilmuan dan juga dalam kalangan ahli-ahli parlimen. Pentas forum, seminar, diskusi ilmiah, wacana ilmiah dan ceramah, seringkali menjadikan permasalahan sahsiah sesuatu yang diperbincang dan diperdebatkan. Menurut Suhaimi Ibrahim iaitu Presiden Majlis Belia Malaysia, remaja lelaki Melayu dikenalpasti sebagai kumpulan yang paling ramai terlibat dengan kes-kes juvana dari tahun 1991-1994. Daripada keseluruhan kes yang dikenalpasti, iaitu 9505 orang, seramai 5437 adalah remaja lelaki keturunan Melayu telah ditahan di pusat-pusat pemulihan kerana terlibat dengan kes juvana. 11 Begitu juga permasalahan disiplin dan sahsiah pelajar. Apakah perkara yang berlaku ini menunjukkan Kurikulum Pendidikan Islam tidak berkesan dalam membentuk sahsiah pelajar? Solat diabaikan dan keberkatan puasa diketepikan dengan perlakuan maksiat yang banyak, pengakuan Dua Kalimah Syahadat ditolak ke tepi menjadikan mereka lebih cenderung kepada kerja-kerja maksiat. Fenomena ini semuanya menandakan betapa rendahnya sahsiah dalam kalangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekarang dan apakah ini menunjukkan bahawa kurikulum Pendidikan Islam yang mereka pelajari di institusi pengajian masing-masing hari ini tidak 11 Laporan Suhaimi Ibrahim, Presiden Majlis Belia Malaysia 7

berkesan ataupun mereka tidak mengaplikasikan isi kandungan kurikulum ke dalam kehidupan mereka? Mohd Nasir dan rakan-rakan dalam kajiannya menegaskan bahawa senario semasa memperlihatkan wujudnya pelajar yang semakin terhakis nilai sahsiah mereka serta melakukan perkara yang boleh membunuh nilai kepercayaan awam. Antara contoh kemerosotan sahsiah adalah seperti terdapatnya pelajar yang melakukan salah laku, tidak berdisiplin, ponteng kuliah, melakukan penipuan sesama sendiri, merosakkan reputasi sebagai pelajar, tidak amanah dan banyak lagi perkara yang menggambarkan aspek sahsiah mereka berada pada tahap yang amat membimbangkan. 12 Lebih memilukan lagi, terdapat pelajar yang beragama Islam yang tidak memahami status dan peranan sebenar kewujudan mereka di atas muka bumi ini iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t. Sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t, mereka perlu bersikap amanah. Apabila fenomena seumpama ini berlaku, reputasi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti Politeknik akan jatuh dan kepercayaan masyarakat akan hilang. Kesannya, negara ini boleh muflis nilai akhlak rakyatnya kerana graduan yang dilahirkan hanya cekap bekerja tetapi hilang nilai sahsiah dan kemanusiaannya. Cabaran alaf baru memerlukan pendekatan Pendidikan Islam yang lebih strategik untuk menggunakan sumber pendidikan yang sedia ada secara cekap dan optimum bagi 12 Mohd. Nasir bin Ripin et al., Kajian Program Bina Sahsiah Staff Di IPTA Kajian Kes UTM & USM, 2. 8

mewujudkan sistem pendidikan yang berkualiti dan seterusnya melahirkan individu pelajar yang terbaik yang menjurus kepada pembinaan sahsiah Muslim sebenar. Bagi menghadapi situasi tersebut, Politeknik telah melaksanakan pelbagai program dalam konteks untuk membentuk sahsiah dan jati diri pelajar. Justeru itu, pelbagai program dan aktiviti telah dimasukkan ke dalam takwim Politeknik-politeknik Malaysia di seluruh negara. Fokus utama program ini adalah berdasarkan kepada kurikulum yang digubal oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Dan Latihan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pelbagai bidang dan pendedahan yang disediakan adalah bagi menguji kebolehan fizikal, mental dan psikomotor pelajar disamping menerapkan daya ketahanan peribadi dan kumpulan yang mana secara tidak langsung akan membentuk semangat kekitaan lantas akhirnya akan membentuk konsep jati diri yang mantap. Pembangunan atau program latihan yang menjurus kepada aspek fizikal sememangnya berleluasa dan menjadi amalan disemua organisasi. Penulis berpendapat, pembangunan dan kemajuan fizikal ini perlu diselaraskan dengan pembangunan spiritual atau pembangunan sahsiah pelajar yang menjadi nadi kepada organisasi pendidikan seperti Politeknik. Pembangunan atau kemajuan fizikal yang berada pada tahap yang membanggakan tetapi hilang nilai keperibadian dan sahsiah akan dipandang serong oleh masyarakat, sedangkan matlamat asal penubuhan Politeknik adalah untuk melahirkan graduan yang berwibawa dan bersahsiah. Lantaran itu, pelajar yang menjadi nadi kepada 9

Institusi Pengajian Tinggi seperti Politeknik perlulah terlebih dahulu mempunyai nilai sahsiah yang tinggi supaya mendapat kepercayaan masyarakat. Mengikut pengalaman dan pemerhatian penulis, terdapat pelbagai masalah perlanggaran sahsiah Muslim yang berlaku dalam kalangan pelajar Politeknik seperti meninggalkan solat, tidak menutup aurat dengan sempurna, pergaulan bebas di antara pelajar lelaki dengan perempuan, pergaduhan, percakapan yang kasar dan kurang sopan, mudah terpengaruh dengan budaya barat yang bertentangan dengan Islam, tidak tetap pendirian, mudah terpengaruh dengan kawan-kawan dan lain-lain lagi. Bedasarkan kepada pemerhatian penulis juga, sukatan kurikulum Pendikdan Islam yang diajar di Politeknik kurang memberi perhatian terhadap permasahan tersebut. Situasi ini menimbulkan persoalan, adakah ianya berpunca daripada kurangnya keberkesanan Kurikulum Pendidikan Islam ataupun sikap pelajar sendiri? Penulis berpendapat bahawa masalah sosial menjadi ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan hidup manusia, masyarakat, negara dan tidak terkecuali dunia amnya. Walaupun masalah sosial tidak boleh dihapuskan secara total, tetapi sekurang-kurangnya ia boleh dibendung. Semua pihak samada kerajaan dan orang ramai perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha untuk membendung masalah sosial yang kini memperlihatkan peningkatan di Malaysia khasnya. 10

Bertitik tolak dari fenomena di atas, pelbagai persoalan yang ditimbulkan terhadap keberkesanan Kurikulum Pendidikan Islam disemua peringkat pengajian bagi membentuk pelajar yang bersahsiah tinggi. Untuk mencari jawapan terhadap persoalan yang ditimbulkan itu, adalah menjadi satu keperluan agar tajuk di atas dibuat kajian secara objektif. Adalah diharap kajian ini nanti akan memberi satu bentuk penilaian yang dapat dipercayai dan dipertanggungjawabkan. 1.3. Pernyataan Masalah Pendidikan adalah lambang masyarakat yang bertamadun. Beberapa tamadun dunia yang muncul dan hilang, meletakkan pendidikan di tempat yang teratas bersama industri perdagangan, ketenteraan dan pengangkutan. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan Kesembilan (2001-2010), Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah RM 87,522,00 khusus untuk perbelanjaan dan peruntukan pembangunan bagi pendidikan dan latihan. 13 Di Malaysia, sistem pendidikan yang dilalui oleh setiap pelajar merangkumi sekolah rendah dan menengah yang mengambil masa selama 11 tahun. Pelajar diberi pelbagai pendedahan untuk melengkapkan diri dengan keperluan dunia dan akhirat. Bagi pelajar Muslim, mereka diajar Pendidikan Islam bagi melengkapkan diri dengan kemahiran membaca al-quran dan ilmu fekah untuk pembangunan sahsiah para pelajar. 14 13 Zahir Zainuddin, Pendidikan Islam Sebagai Pemangkin Pembentukan Peribadi Pelajar, dicapai pada 26 Januari 2011, http://www.docstoc.com. 14 Ibid. 11

Kurikulum Pendidikan Islam yang digubal oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Dan Latihan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik sentiasa berubah dari semasa ke semasa atau setidak-tidaknya setiap lima tahun sekali ianya dibuat penilaian atau kajian semula bagi memastikan kerelevanannya sesuai dengan perubahan semasa, sekaligus memberi fokus untuk membentuk sahsiah Muslim pelajar. Mengikut bacaan penulis dalam pelbagai media massa dan pemerhatian, tinjauan umum mendapati ramai dalam kalangan masyarakat mempersoalkan tentang personaliti dan sahsiah pelajar. Mereka mengatakan bahawa pelajar-pelajar di IPT tidak berwibawa, tidak mempunyai jati diri, tidak mempunyai sahsiah diri dan pelbagai lagi. Oleh itu, menjadi matlamat Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk melahirkan pelajar yang bersahsiah Muslim dan berwibawa yang mampu menghadapi saingan terutama dalam dunia yang mencabar dan bersifat global. Langkah ini amat bertepatan dengan visi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan mewujudkan pendidikan bertaraf dunia. Sejajar dengan itu, perubahan yang drastik telah berlaku dalam kurikulum pengajian di Politeknik yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Dan Latihan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik. Ini dapat dilihat apabila kursus peringkat sijil telah dimansuhkan dan dinaik taraf kepada kursus peringkat diploma disemua 27 buah Politeknik-politeknik di Malaysia. Masalah gejala sosial seringkali berlaku di dalam masyarakat kita. Saban hari, media massa memaparkan pelbagai masalah gejala sosial tersebut. Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman (Mingguan Malaysia, 8 Julai, 1997, hlm.21) 12

menyatakan bahawa lelaki Melayu dalam konteks negara Malaysia tentunya lelaki Muslim mencatat jumlah kes paling tinggi melakukan keganasan rumah tangga berbanding kaumkaum lain sejak Akta Keganasan Rumah Tangga dikuatkuasakan di Malaysia beberapa tahun yang lalu. Sebagai contoh daripada jumlah 1232 kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan bagi tempoh lima bulan pertama tahun 1997 sahaja misalnya, menunjukkan sebanyak 542 kes melibatkan keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh lelaki Melayu- Muslim. 15 Walaupun Pendidikan Islam dilaksanakan dalam sistem pendidikan perdana negara, gejala sosial yang berlaku amat meresahkan umat Islam. Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI) yang telah diwujudkan pada tahun 1988, menganggarkan seramai 15,000 penagih baru dikesan, selain 15,000 lagi penagih berulang. Ia menunjukkan betapa sukarnya untuk membasmi masalah dadah dan fakta tersebut adalah berdasarkan kepada statistik terbaru penagih dadah di Malaysia. 16 Setiap hari dipaparkan pelbagai kes yang melibatkan salah laku sosial dalam masyarakat seperti pecah amanah, delikuensi remaja, dan penipuan serta pembunuhan. Sepanjang tahun 2002, jumlah penagih yang dikesan di seluruh negara adalah seramai 31,893 orang. Jumlah terkumpul penagih yang dikesan sejak tahun 1988 hingga 2002 adalah seramai 235,495 orang. Jumlah ini bersamaan kira-kira 1% 15 Zakaria Stapa, Akhlak Islam Dan Gaya Hidup Muslim Semasa: Analisis Konsep Dan Agenda Bertindak, Jurnal YADIM 3 (Jun 2002), 52. 16 Mohd. Reduan Aslie, Jenayah, Segerun Nama, Sekeras Hukuman ( Shah Alam Selangor: ALAF 21 Sdn. Bhd, 2009), 171 13

daripada jumlaah penduduk negara yang dianggarkan berjumlah seramai 23 juta orang. Purata pertambahan penagih dalam tempoh yang diliputi adalah seramai 14, 543 setahun. 17 Sejak tahun 2005 hingga Januari 2011, sebanyak 517 kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku dalam negara kita. Daripada 517 bayi itu, sebanyak 230 merupakan bayi yang hidup, manakala 287 pula bayi yang telah meninggal dunia. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zin berkata, jumlah itu merangkumi 203 orang bayi lelaki, 164 orang bayi perempuan dan 150 orang bayi yang tidak deketahui jantinanya. Bagi kes tidak dikenal pasti jantina, ini adalah kerana keadaan mayat yang reput dan bedah siasat tidak dapat dilakukan. Menurutnya, hasil kajian mendapati lokasi yang paling popular untuk jenayah ini adalah di kawasan perumahan dan tempat pembuangan sampah selain di tepi jalan, masjid, sungai, semak dan dalam tandas. 18 Selain itu, menurut kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, di antara 17 Januari 2010 hingga 19 Disember 2010, seramai 11 125 orang penagih dan pengedar dadah telah ditangkap di negeri Terengganu dan ini mencatatkan angka ketiga tertinggi di Malaysia. 19 17 Ibid., 198. 18 Penulis tidak diketahu, dicapai pada 18 Januari 2011, http://zonfiniti.blogspot.com/2011/02/statistik kes buang bayi 2010 Jan 2011.html. 19 Sinar Harian, 23 Disember 2010. 14

Selain itu juga, Utusan Malaysia melaporkan bahawa empat orang ditahan di sekitar Kulim dan Sungai Petani kerana memiliki dadah seberat 4.15 kilogram yang bernilai RM 108,000. Salah seorang yang ditahan adalah merupakan pelajar Politeknik. 20 Manakala itu, dua orang pelajar Politeknik ditahan kerana cuba melanggar anggota polis selepas mereka cuba lari daripada tahanan ketika berlumba secara haram. Rentetan daripada penahanan itu, sekumpulan mat rempit merusuh di balai polis dengan bertindak ganas dan membaling batu sebagai tanda bantahan terhadap penahanan kedua-dua kawan mereka. 21 Utusan Malaysia melaporkan seorang remaja yang berusia 17 tahun diremam polis selama dua hari kerana mencetuskan pergaduhan selepas menonton perlawanan akhir Piala FA di Bukit Jalil melibatkan perlawanan di antara pasukan Negeri Kedah dengan Negeri Kelantan. Pergaduhan ini timbul ekoran daripada perang mulut yang berlaku antara keduadua belah pihak. 22 Utusan Malaysia melaporkan lagi, dua orang pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, cedera dibelasah oleh sekumpulan lelaki yang menuntut di Politeknik yang sama ekoran dituduh mengintai pelajar wanita Politeknik terlibat di rumah sewa pelajar tersebut. 23 Selain itu juga, seorang pelajar Politeknik Sabak Bernam menjumpai seorang bayi lelaki dalam keadaan bogel dalam kotak ditepi keretanya berhampiran sebuah kedai serbaneka di Sungai Besar. Akhbar tersebut juga melaporkan 20 21 22 23 Utusan Malaysi, 27 Ogos 2009. Utusan Malaysia, Oktober 2006. Utusan Malaysia, 11 Mac 2010. Ibid. 15

tentang empat bayi yang telah dibuang telah tempatkan di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas, Pulau Pinang. 24 Manakala itu, di Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS), terdapatnya kes salah laku pelajar seperti pada tahun 2011, terdapat dua kes yang membabitkan khalwat, kes kecurian komputer riba dan juga pergaduhan di antara pelajar perempuan dengan perempuan. 25 Di samping itu juga, di Politeknik Muadzam Shah (PMS), pada tahun yang sama juga terdapat kes mencuri duit dengan mengambil kad ATM kawanya. 26 Sementara itu, menurut Puan Siti Rozana Binti Romali, Penolong Pengarah di Bahagian Kebajikan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) antara kes sahsiah yang biasa dilakukan oleh pelajar-pelajar di Politeknik adalah khalwat, merokok, bergaduh, bunuh diri, mabuk,merempit, mencuri dan pelbagai lagi. Beliau turut melaporkan bahawa dari tahun 2012-2013, terdapat lima kes khalwat yang membuat rayuan kepada menteri, satu kes minum arak, satu kes bunuh diri dan juga satu kes gaduh berkumpulan. 27 24 Utusan Malaysia, 6 Ogos 2010. 25 Zulkifli B. Mat Nasir (Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) dalam temu bual dengan penulis, 14 Febuari 2012. 26 Mazwina Hanim bt. Abu Bakar (Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Muadzam Shah, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) dalam temu bual dengan penulis, 13 Febuari 2012. 27 Puan Siti Rozana Binti Romali, (Penolong Pengarah di Bahagian Kebajikan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) dalam temu bual dengan penulis, 16 Januari 2013. 16

Menurut Dr. Masitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bencana sosial yang mengancam sahsiah dan nilai Islam kini sangat mencemaskan. Kajian ke atas 2800 responden yang berumur antara 15 hingga 25 tahun menunjukkan statistik seperti berikut: pernah berzina 60%, melakukan seks beramai-ramai 42% dan tidak menyesal atas perlakuan tersebut 43%. 28 Fenomena yang berlaku ini tidak terkecuali pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Dr. Zakaria Stapa menyatakan kebelakangan ini, khususnya daripada dekad-dekad terakhir abad yang lepas, kita sering benar dikejutkan oleh berbagai-bagai gejala perlakuan sumbang. Sebahagian umat Islam di tanah air kita mencerminkan unsur kemuflisan nilainilai akhlak mulia dan sahsiah unggul. Antara gejala-gelaja yang amat membimbangkan kita ialah perlakuan jenayah berat seumpama berkhalwat, bersekedudukan dan berzina sebagaimana yang terkandung dalam laporan kajian seorang professor Universiti Malaya mengenai Fenomena pekerja industri di Selangor yang dibentangkan dalam Seminar Pembangunan Kemanusiaan Dalam Era Perindustrian di Shah Alam beberapa tahun yang lepas. Laporan kajian terhadap pekerja industri yang dipilih dari Lembah Klang yang melibatkan kawasan industri di Bandar Baru Bangi, Bandar Sultan Sulaiman dan Pelabuhan Klang itu mencatatkan bahawa kira-kira 58% daripada jumlah 1,553 responden yang dikaji didapati terbabit dalam kegiatan maksiat seperti berkhalwat, bersekedudukan dan berzina, iaitu perlakuan yang di kategorikan sebagai jenayah berat dalam pandangan Islam. Laporan itu juga mencatatkan bahawa terdapat responden yang berpendapat bahawa pergaulan bebas dikenal pasti menjadi punca utama kepada perlakuan maksiat berkenaan. Mereka 28 Sinar Harian, 19 Februari, 2011. 17

beranggapan ia adalah amalan biasa dan elok. Lebih memeranjatkan lagi, terdapat kira-kira 35% dalam kalangan responden berkenaan memberitahu bahawa ibu bapa mereka tidak marah atau tidak berasa malu jika mendapati mereka terbabit dalam salah laku maksiat berkenaan. 29 Penulis berpandangan, gejala sosial ini semakin membimbangkan. Apakah sebenarya yang telah berlaku kepada sistem pendidikan negara, khususnya sistem Pendidikan Islam yang dipelajari oleh pelajar dan remaja sekarang. Gejala sosial seperti bohsia, buli di sekolah, lari dari rumah, buang bayi, rogol dan penganiayaan terhadap kanak-kanak adalah simpton yang muncul kerana kegagalan sistem pendidikan, institusi keluarga dan penguatkuasaan. Penulis melihat beberapa pendekatan untuk mengatasi masalah sosial ini, iaitu peranan ibu bapa dan keluarga, kerajaan dan pemerintah, masyarakat, guru, sekolah dan yang paling penting adalah perubahan sikap remaja itu sendiri. Namun begitu penulis telah memasukkan aspek pendidikan yang berperanan lebih besar kerana dalam masyarakat moden hari ini, elemen nilai-nilai murni banyak diterapkan melalui pendidikan formal seperti sekolah. Pengaruh media massa yang memaparkan budaya yang berbeza dengan masyarakat tempatan telah memecahkan dominasi nilai tradisi samada nilai bangsa atau agama. Nilainilai yang terbentuk melalui budaya dan agama semakin terhakis kerana desakan kuat 29 Zakaria Stapa, Akhlak Islam Dan Gaya Hidup Muslim Semasa: Analisis Konsep Dan Agenda Bertindak, 51. 18

elemen-elemen yang sangat asing yang dibawa bersama oleh media massa yang turut mempengaruhi sosio budaya masyarakat. Gejala sosial yang melanda umat Islam hari ini amat mencemaskan kerana setiap hari di dalam media, terpapar tentang permasalahan tersebut. Hal ini menunjukkan gejala tersebut amat sinonim dengan kehidupan manusia hari ini. 30 Oleh sebab itu, sebagai manusia yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan akal fikiran yang waras, maka manusia dituntut untuk mencari jalan penyelesaian ke atas fenomena yang tercetus daripada gejala sosial yang melanda umat Islam ini termasuklah dengan memperkasakan sistem pendidikan. Jabatan Pengajian Am (JPA) di Politeknik merupakan sebuah organisasi yang memainkan peranan sebagai jabatan sokongan bagi pelaksanaan program serta pengajaran dan pembelajaran kepada jabatan-jabatan induk yang terdapat di Politeknik-politeknik di Malaysia. Jabatan Pengajian Am terdiri daripada Unit Pendidikan Islam Dan Moral serta Unit Bahasa Inggeris. Unit Pendidikan Islam dan Moral sebagai penyelaras Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral. Seiring dengan matlamat yang ingin dicapai, Unit Pendidikan Islam dan Moral meletakkan objektif untuk membentuk moral, sahsiah dan memperkukuhkan nilai-nilai rohani pelajar-pelajar menerusi beberapa kursus yang dirancang di bawahnya. Unit ini bertanggungjawab untuk mengendalikan sepenuhnya Kurikulum Pendidikan Islam di Politeknik dan membentuk sahsiah pelajar. 30 Ahmad Redzuan Mohd Yunus, Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam Punca dan Penyelesaian (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2003), 1 19

Subjek Pendidikan Islam yang diamalkan di Politeknik-politeknik Malaysia sebenarnya amat penting kerana kurikulum dan isi kandungannya dapat menentukan hala tuju dan sahsiah pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, pengkaji merasakan bahawa Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam perlu dinilai kembali terhadap keberkesanannya dalam konteks pembentukan sahsiah Muslim pelajar. Ini kerana selepas tamat belajar, mereka akan menceburkan diri ke dalam pelbagai bidang pekerjaan sesuai dengan bidang kursus di Politeknik. Justeru itu, melalui Pendidikan Islam yang mereka belajar di Politeknik, sekurang-kurangnya, mereka dapat mempraktikkan secara langsung dan ini amat membantu mereka menjadi pekerja yang beramanah, bertanggungjawab dan berintegriti yang diterjemahkan daripada kehidupan bersahsiah Muslim. Oleh itu, berdasarkan kepada permasalahan yang telah dibentangkan, maka telah muncul beberapa soalan persoalan iaitu: 1. Adakah sukatan pelajaran yang dipelajari di dalam Kurikulum Pendidikan Islam yang diguna pakai sekarang ini berkaitan dalam membentuk pelajar bersahsiah Muslim? 2. Sejauhmanakah pelajar menghayati sahsiah Muslim setelah mereka mempelajari Kurikulum Pendidikan Islam di Politeknik? 3. Sejauhmanakah kurikulum Pendidikan Islam di Politeknik berkesan dalam membentuk pelajar yang bersahsiah Muslim? 20

4. Adakah terdapat faktor pembantu dalam pembentukan sahsiah Muslim pelajar? Justeru itu, penulis mengemukakan tajuk kajian di atas kerana memandangkan belum terdapat lagi mana-mana pihak yang menjalankan kajian mengenai keberkesanan Kurikulum Pendidikan Islam dalam konteks membentuk sahsiah Muslim pelajar khususnya kajian di Politeknik. 1.4. Objektif Kajian Objektif kajian ini ialah : 1. Mengkaji kurikulum Pendidikan Islam dalam membentuk pelajar yang bersahsiah Muslim. 2. Mengenalpasti tahap penghayatan pelajar terhadap sahsiah Muslim setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam di Politeknik. 3. Mengkaji keberkesanan Kurikulum Pendidikan Islam dalam membentuk pelajar yang bersahsiah Muslim. 21

1.5 Definisi Tajuk Bahagian ini akan mengupas secara terperinci maksud tajuk kajian ini agar pembaca dapat gambaran yang jelas mengenainya. Keberkesanan: Merujuk kepada sejauhmanakah kurikulum atau sukatan pelajaran Pendidikan Islam yang dipelajari di Politeknik berkesan dalam membentuk sahsiah Muslim pelajar. Kurikulum: Merujuk kepada segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran. 31 Kurikulum Pendidikan Islam di Politeknik: Merujuk kepada kurikulum Pendidikan Islam yang digubal oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Dan Latihan Kerjaya, 31 Kementerian Pendidikan Malaysia, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988), 66 22

Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kurikulum ini di gunapakai bagi seluruh 27 buah Politeknik-politeknik di Malaysia. 32 Pendidikan Islam: Pendidikan Islam merujuk kepada definisi Pendidikan Islam. Miqdād Yalchin mendefinisikan Pendidikan Islam ialah proses melaksanakan Falsafah Pendidikan Islam dan menterjemahkan hasilnya ke dalam bidang pembinaan dan pembentukan dalam kehidupan bermasyarakat seseorang selaras dengan keperibadian yang digariskan dalam Falsafah Islam supaya sahsiah Islam dapat dibina dalam kehidupan. 33 Sahsiah: Sahsiah ialah keperibadian atau peribadi. Jadi pembinaan kurikulum ialah kurikulum yang dirancang atau disusun atau dilaksanakan untuk membentuk sahsiah pelajar. Sahsiah juga merujuk kepada sistem kecenderungan tingkah laku inidividu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. 34 32 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, General Studies Course (Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Dan Penilaian Kurikulum, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2010), 1-8. 33 Zawawi Hj Ahmad, Pendidikan Islam Kaedah Dan Teknik Pengajaran (Kuala Lumpur : Internasional Book Store, 1984), 5 dan Miqdād Yalchin, al-tarbiyyah al-akhlaqiyyah al-islamiyyah (Mesir: Maktabah al- Khanji, 1977), 62 34 Siti Fatimah Abdul Rahman, Asas-Asas Masyarakat Cemerlang (Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 1993) 23

Pelajar: Merujuk kepada pelajar di Politeknik-politeknik Pantai Timur yang mengikuti program pengajian dan latihan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan. Mereka telah mengikuti Kursus AA101, Pendidikan Islam 1 dan AA201, Pendidikan Islam 2 pada semester I dan Semester II pada ambilan Julai 2010. Politeknik Pantai Timur: Merujuk kepada Politeknik-politeknik di Pantai Timur yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kini terdapat 6 buah Politeknik yang menjalankan program pengajian dan latihan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan. Politeknik-politeknik tersebut terdiri daripada Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan, Politeknik Kota Bharu (PKB), Kelantan, Politeknik Kota Kuala Terengganu (PKKT), Terengganu, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu, Politeknik Muadzam Shah (PMS), Pahang dan Politeknik Jeli Kelantan (PJK), Kelantan. 35 1.6 Skop Kajian (a) Tempat Kajian Politeknik di seluruh Malaysia adalah sebanyak 27 buah. Walaubagaimanapun, penulis hanya memfokuskan kepada Politeknik-politeknik Pantai Timur sahaja iaitu 35 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Fakta Ringkas Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti, 2009), 9. 24

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan, Politeknik Muadzam Shah (PMS), Muadzam Shah, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Politeknik Kota Kuala Terengganu (PKKT), Kuala Terengganu, Politeknik Kota Bharu (PKB), Kota Bharu, dan Politeknik Jeli (PJK), Jeli. Politeknikpoliteknik ini dipilih sebagai tempat kajian bagi mengenalpasti keberkesanan kurikulum Pendidikan Islam terhadap pembentukan sahsiah Muslim pelajar. Justifikasi pemilihan tempat kajian yang hanya memfokuskan Politeknikpoliteknik Pantai Timur sahaja adalah kerana semua Politeknik di Malaysia menggunakan Sukatan Kurikulum Pendidikan Islam yang sama. Oleh itu, walaupun tempat kajian ini hanya melibatkan Politeknik-politeknik Pantai Timur sahaja, tetapi ia sebenarnya memberi gambaran keseluruhan Politeknik yang terdapat di Malaysia. (b) Responden Kajian Responden kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar, pensyarah Pendidikan Islam dan Ketua Unit Pendidikan Islam di Politeknik-politeknik Pantai Timur. Para pelajar adalah terdiri daripada mereka yang telah mengikuti Kursus AA 101, Pendidikan Islam 1 dan AA 201, Pendidikan Islam 2 semasa mereka belajar di semester I dan semester II yang mana sekarang ini, mereka berada pada semester III. Para pelajar Semester III dipilih sebagai sampel kajian kerana mereka telahpun mempelajari kursus Pendidikan Islam 1 dan Pendidikan Islam 2. Jadi, mereka dapat memahami kehendak soalan soal selidik dengan baik. Manakala itu, sampel kajian 25

ini dipilih secara rawak iaitu 30% mengikut bidang kursus masing-masing. Sementara itu, pelajar non Muslim tidak dipilih sebagai responden kajian kerana subjek Pendidikan Islam hanya ditawarkan khusus kepada pelajar Muslim sahaja. Walau bagaimanapun, mereka telah mengambil subjek Pendidikan Moral bagi menggantikan subjek Pendidikan Islam. Manakala itu, justifikasi pemilihan pensyarah dan Ketua Unit Pendidikan Islam adalah kerana mereka merupakan tenaga pengajar terhadap Kurikulum Pendidikan Islam. Oleh itu, mereka dapat memahami dan menterjemahkan isi kandungan kurikulum mengikut kehendak kurikulum dengan betul. Justeru itu, mereka dapat membuat penilaian secara adil dan objektif terhadap tajuk kajian ini. Sementara itu, jumlah sampel bagi para pensyarah Pendidikan Islam di Politeknikpoliteknik Pantai Timur ialah sebanyak 50% dan enam orang Ketua Unit Pendidikan Islam di Politeknik masing-masing. (c) Fokus Kajian Kajian ini memfokuskan terhadap konsep Pendidikan Islam, kurikulum, kurikulum Pendidikan Islam di Politeknik dan konsep sahsiah Muslim. Bagi memastikan kerelevanan kurikulum Pendidikan Islam dalam membentuk sahsiah pelajar, pengkaji telah menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif secara survey (soalan soal selidik) kepada pelajar dan pensyarah. Borang kajian ini adalah menjurus 26

kepada mengenal pasti sejauhmanakah keberkesanan kurikulum Pendidikan Islam dalam pembentukan sahsiah Muslim pelajar di Politeknik-politeknik Pantai Timur. 1.7 Kepentingan Kajian Kajian ini diharap dapat melihat sejauhmanakah keberkesanan Kurikulum Pendidikan Islam di Politeknik-politeknik Pantai Timur khasnya dan Politeknik-politeknik Malaysia amnya dalam membentuk sahsiah Muslim dalam kalangan pelajar. Oleh itu, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Politeknik-politeknik di Malaysia boleh menjadikan kajian ini sebagai bahan untuk menyusun dan merancang bagi pembinaan kurikulum Pendidikan Islam bagi tujuan pemantapan sahsiah pelajar. Kajian ini juga diharap dapat membantu dan menjadi garis panduan serta penanda aras kepada pihak yang berwajib dalam penggubalan kurikulum Politeknik bagi memastikan kerelevanan kurikulum dalam membentuk sahsiah pelajar, khususnya kepada para pensyarah di Politeknik-politeknik, Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Selain itu, kajian ini diharap dapat menjadi garis panduan dalam mengambil tindakan susulan bagi memastikan kurikulum yang digubal itu dapat dilaksanakan dengan 27

baik dan berkesan sepertimana yang dihasratkan oleh pihak penggubal berdasarkan kepada sukatan pelajaran. Melalui kajian ini juga, diharap para pensyarah, Politeknik-politeknik Malaysia, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dapat mencari alternatif baru serta mekanisma terbaik bagimana cara, teknik dan strategi untuk membentuk sahsiah pelajar selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Akhir sekali, diharapkan kajian ini dapat memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan akhlak dan sahsiah para pelajar di Politeknik Pantai Timur, sekaligus hasil kajian ini akan menjadi pelopor kepada kajian-kajian yang lebih signifikan tentang persoalan sahsiah Muslim pada masa akan datang. 1.8 Sorotan Kajian Terdapat beberapa buah kajian yang berkaitan dengan Keberkesanan Kurikulum Pendidikan Islam yang di hubungkaitkan dengan akhlak dan sahsiah para pelajar oleh pengkaji sebelum ini, antaranya: 28

Alias Mat Saat dalam Disertasi Ijazah Kedoktoran yang bertajuk Penilaian Perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, merumuskan bahawa perlaksanaan kurikulum Pendidikan Islam di Politeknik memberi kesan yang amat baik terhadap akhlak pelajar. Selain itu, beliau turut mengakaji tentang latar belakang pengetahuan pensyarah, prasarana fizikal dan kewangan, pandangan pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam dan amalan-amalan agama pelajar yang merangkumi akidah, ibadat dan akhlak. 36 Azhar Yusuf dalam kajiannya yang bertajuk Keberkesanan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Menengah Dalam Pembentukan Akhlak Pelajar, merumuskan bahawa Kurikulum Pendidikan Islam yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah bersesuaian dala pembentukan sahsiah pelajar. Kurikulumnya memberi impak yang positif dalam pembentukan sahsiah pelajar dan kesan pelaksanaan Pendidikan Islam boleh melahirkan pelajar yang berakhlak mulia. Kurikulum Pendidikan Islam memberi kesan yang besar terhadap pembentukan akhlak pelajar. 37 Ubaidillah bin Yusuf dalam kajiannya yang bertajuk Pengajian Tasawwur Islam Dan Kesannya Dalam Pembentukan Sahsiah Pelajar: Suatu kajian Di Sek Men Agama Yayasan Islam Kelantan, menyatakan bahawa Pengajian Tasawwur Islam telah 36 Alias Bin Mat Saat, Penilaian Perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (Tesis Kedoktoran, Fakulti Pendidikan, Unversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2010), 212. 37 Azhar bin Yusuf, Keberkesanan Kurikulum Pendidikan Islam Sek Menengah Dalam Pembentukan Akhlak Pelajar (Disertasi Ijazah Sarjana Syariah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2006), 86. 29

memberikan kesan positif kepada pembentukan sahsiah pelajar berdasarkan kepada purata keseluruhan dan peratusan terhadap perubahan sikap dan sahsiah para pelajar. Selanjutnya kajian tersebut menyatakan terdapat juga masalah kepincangan sahsiah dan moral dalam kalangan pelajar yang mengambil Pengajian Tasawwur Islam, tetapi ia hanya melibatkan peratusan yang kecil. Walaupun mereka telah mendapat gambaran yang tepat dan maklumat yang jelas tentang tatasusila dan akhlak yang baik, tetapi mereka kadang-kadang ada juga melakukan kesalahan tersebut kerana kurang penghayatan dan kesedaran diri serta mudah terikut dengan pengaruh rakan sebaya. 38 Kajian yang bertajuk Sahsiah Pelajar Kelas Aliran Agama dan Bukan Aliran Agama Di Sekolah Menengah Seremban, Negeri Sembilan yang ditulis oleh Dzulkifli Hj. Hasanuddin, menyatakan bahawa pengaruh persekitaran amat memberi kesan kepada sikap dan watak pelajar di mana persekitaran seperti sekolah, rumah dan rakan sebaya amat memberi pengaruh kepada pembentukan sikap dan sahsiah pelajar. 39 Sharifah Raudzah Syed Junid dalam kajiannya yang bertajuk Faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan Hubungan Dengan Personaliti Pelajar, menunjukkan bahawa punca masalah salah laku pelajar dalam konteks pembentukan personaliti adalah bertitik bertolak kepada peranan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan 38 Ubaidillah bin Yusuf, Pengajian Tasawwur Islam Dan Kesannya Dalam Pembentukan Sahsiah Pelajar: Satu Kajian Di Sek Men Agama Yayasan Islam Kelantan (Disertasi Ijazah Sarjana Usuluddin, Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2002). 39 Dzulkifli b. Hj Hasanuddin, Sahsiah Pelajar Kelas Aliran Agama Dan Bukan Aliran Agama Di Sek Men Seremban, Negeri Sembilan (Disertasi Ijazah Sarjana Usuluddin, Jabatan Dakwah dan Pembengunan Insan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2004), 6. 30

faktor iklim sekolah termasuklah sikap guru. Selanjutnya beliau menyatakan dalam keadaan ini, seseorang remaja sangat memerlukan nilai-nilai personaliti yang positif bagi menghadapi fenomena masa kini yang semakin mencabar. 40 Mohd Maliki Ali dalam kajiannya yang bertajuk Keberkesanan Kurikulum Pendidikan Islam Terhadap Masalah Akhlak Dan Disiplin Pelajar: Satu Kajian Di Sek Men Kebangsaan Di Daerah Petaling Selangor, menunjukkan bahawa Kurikulum Pendidikan Islam KBSM berkesan dan mampu menjadikan para pelajar berakhlak dan berdisiplin. Beliau menyatakan bahawa sukatan mata pelajaran tersebut sudah mencukupi dan merangkumi semua aspek termasuklah aspek akhlak dan disiplin. 41 Asmawati Suhid dalam kajiannya yang bertajuk Adab dan Akhlak Islam dalam Pendidikan Islam: Satu Kajian Kes Di Selangor, membuat kesimpulan bahawa, berdasarkan dapatan dan perbincangan, beberapa perkara boleh di utarakan iaitu pertamanya, untuk kesempurnaan sesuatu kurikulum, jurang antara kurikulum societal dan institutional dengan kurikulum instructional dan personal perlu dikurangkan agar pengajaran adab dan akhlak Islam dipelbagai peringkat termasuk di universiti menjadi lebih bermakna dan berkesan. Keduanya, pandangan pengajar amat penting dalam menentukan 40 Sharifah Raudzah bt Syed Junid, Faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar dan Hubungan Dengan Personaliti Pelajar (Laporan Projek Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 2007), 19. 41 Mohd. Maliki Ali, Keberkesanan Kurikulum Pendidikan Islam KBSM Terhadap Masalah Akhlak Dan Disiplin: Satu Kajian Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan (Disertasi Sarjanan Pengurusan, Fakulti Perniagaan & Perakaunan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1999), 84. 31

kesesuaian isi pelajaran kerana mereka lebih dekat dan mengenali pelajar. Oleh itu, mereka perlu lebih dilibatkan dalam proses penggubalan sesuatu kurikulum termasuk Pendidikan Islam. 42 Manakala dalam sorotan literatur, beliau menyatakan bahawa Pendidikan Islam adalah merupakan alat yang terpenting dan paling berperanan untuk merungkai masalah akhlak atau moral yang membelenggu banyak masyarakat dunia masa kini. Jika diteliti konsepnya, pendidikan itu sendiri tidak boleh dipisahkan daripada nilai-nilai akhlak dan moral. Al-Ghazāli, misalnya menekankan bahawa pendidikan ialah menanam perangai yang baik dalam diri kanak-kanak supaya mereka dapat menilai antara yang benar dan yang salah. Abdul Halim Mat Diah pula mengetengahkan pendapat Muhammad Aṭhiyah Al- Abrasyi yang menjelaskan tujuan pokok Pendidikan Islam ialah pembentukan akhlak, tetapi ia tidak meremehkan usaha mempersiapkan peribadi untuk hidup dan mengusahakan penghidupan mencari rezeki dan tidak pula mengabaikan pendidikan jasmani, akal, hati dan jiwa. Di Malaysia, pendidikan akhlak untuk pelajar Islam diharap akan dapat membantu membentuk akhlak menerusi komponen adab dan akhlak Islam dalam Pendidikan Islam. 43 Profesor Zakaria Stapa dalam kajiannya yang bertajuk Akhlak Islam Dan Gaya Hidup Muslim Semasa: Analisis Konsep dan Gaya Bertindak, menyatakan bahawa seseorang Muslim kalau dia benar-benar Muslim dan benar-benar sedar tentang nilai dan 42 Asmawati Suhid, Adab dan Akhlak Islam dalam Pendidikan Islam: Satu Kajian Kes di Selangor, 64. 43 Ibid., 55. 32

implikasi keislamannya, maka tidak ada langsung ruang kosong untuk membentuk atau menjalani gaya hidup di luar daripada kerangka keperibadian dan sahsiah dirinya sebagai seorang Muslim. Tatkala itu, dia akan menghayati nilai-nilai akhlak secara sempurna kerana dia telah memperakukan dirinya sebagai seorang Muslim, 44 sekaligus seseorang itu akan menghiasi dirinya dengan sahsiah dan keperibadian Islam sepertimana yang dikehendaki oleh Islam itu sendiri. Ab Halim Tamuri & Zarin Ismail dalam kajiannya yang bertajuk Nilai Akhlak Dan Pengaruh Media Massa di Kalangan Remaja Islam Luar Bandar, menyatakan dalam rumusannya bahawa, terdapat beberapa perkara penting yang boleh dirumuskan berkaitan dengan hubungan media massa dan pegangan nilai akhlak para pelajar. Mereka menyatakan bahawa kadar menonton televisyen agak membimbangkan kerana semua pelajar ini akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walaupun dapatan kajian menunjukkan minat pelajar-pelajar terhadap bahan-bahan agama dan pendidikan berada pada tahap yang tinggi, namun minat mereka terhadap bahan-bahan media berbentuk hiburan dan seram berada pada kedudukan yang tertinggi. 45 Keadaan ini akan mempengaruhi akhlak dan sahsiah para pelajar. Mohamad Khairi Bin Hj. Othman dalam kajiannya yang bertajuk Keberkesanan Pengajaran Kursus TITAS 1: Kajian Di Universiti Teknoloji MARA, Shah Alam, membuat 44 Zakaria Stapa, Akhlak Islam Gan Gaya Hidup Muslim Semasa: Analisis Konsep dan Agenda Bertindak, 60. 45 Ab Halim Tamuri dan Zarin Ismail, Nilai Akhlak dan Pengaruh Media Massa di Kalangan Remaja Islam Luar Bandar, Jurnal Islāmiyyat, Jld 2, bil. 2, (2005), 68. 33

rumusan bahawa hasil kajian ini membuktikan bahawa kursus ini mampu untuk menangani pelbagai masalah isu-isu semasa yang sering kita dengar dan lihat dengan perbincangan dan pendedahan yang mendalam berkaitan dengan Islam. Lepasan IPTA dan IPTS sebagai generasi pelapis dan sebagai pembuat dasar, samada di sektor awam dan swasta, sekiranya mereka berjaya dididik dengan sahsiah Muslim, nilai-nilai murni, berpandangan jauh serta berfikir secara global, maka tidak mustahil Malaysia akan menjadi sebuah negara maju. 46 Manakala itu, perbincangan tentang Kurikulum, Pendidikan Islam dan sahsiah kebanyakannya didapati di dalam buku-buku dan disertasi di peringkat sarjana serta doktor falsafah, yang mana perbincangannya menjurus kepada ilmu yang berasaskan kepada kurikulum, tarbiyyah Islam dan sahsiah Muslim. Buku dalam bidang pendidikan antaranya ialah kitab al-tarbiyyah al-islāmiyyah Wa Falāsifatuhā karangan Prof Dr. Aṭiyyah al-abrāsyi. Kitab ini dicetak pada tahun 1969 yang diterbitkan oleh Isā al-bāb al- alab Wa Syurakāhu di Cairo dan kitab Fan al- Tadr s Li al- Tarbiyyah al-diniyyah Wa Irtibātihā, karangan Muhammad Salih Samak yang diterbitkan pada tahun 1980 oleh Maktabah al-anglo al-masriyyah, Cairo. Dalam kitab ini, ia menghuraikan mengenai tujuan dan matlamat Pendidikan Islam. Buku-buku ini banyak membantu penulis dalam menjelaskan definisi, konsep, matlamat dan falsafah Pendidikan Islam. 46 Mohd Khairi bin Hj Othman, Keberkesanan Pengajian TITAS : Kajian di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Jurnal Usuluddin (Disember 2004), 182. 34