Penerimaan Masyarakat Terhadap Perlindungan Takaful

Similar documents
UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful (Non Muslim Student s Perception on Takaful) IZZATI LIYANA AWANG & HENDON REDZUAN ABSTRAK

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

WAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

KESAN DRAMA HIBUR-DIDIK DAN DOKUMENTARI DALAM MEMPENGARUHI NIAT UNTUK MENDERMA ORGAN: SATU EKSPERIMEN BERTERASKAN MODEL ELABORATION LIKELIHOOD

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

KESAN KERJA SYIF MALAM TERHADAP HUBUNGAN SOSIAL DAN KESIHATAN FIZIKAL JURURAWAT

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

TABLE OF CONTENTS. Original Literary Work Declaration Form...ii. Abstract...iii. Abstrak...iv. Acknowledgements...v. Table of Contents...

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A Review on Bequest Writing in The Management of Property in Malaysia

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Faktor-Faktor Mempengaruhi Sumbangan Wakaf Tunai di Kuis

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

PROSIDING PERKEM IV, JILID 2 (2009) ISSN: X

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

MUD FLOOD AS A SUITABLE MATERIAL FOR SUBGRADE LAYER OF LOW TRAFFIC VOLUME NURUL AIN BINT! IBRAHIM

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Journal of Advanced Research in Business and Management Studies 9, Issue 1 (2017) 75-91

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

FAKTOR PENYUMBANG KEPADA AMALAN BERETIKA DALAM KALANGAN PENIAGA

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

ULASAN BUKU. Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues

THERMOLUMINESCENCE PROPERTIES OF DYSPROSIUM-DOPED CALCIUM BORATE GLASS FOR DOSE MEASUREMENT SUBJECTED TO IONIZING RADIATION

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN FAKTOR PERSEKITARAN TERHADAP PEMATUHAN ZAKAT PENDAPATAN

METRIK DAN INDEKS KESELAMATAN LAMAN SESAWANG: SATU KAJIAN KES TERHADAP INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR. di Malaysia. Berdasarkan hasil perbincangan bab-bab yang lepas, bab ini akan membuat

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

AN INVESTIGATION ON THE PATTERNS AND ANTECEDENTS OF CHARITABLE GIVING BEHAVIOUR AMONG MUSLIMS IN MALAYSIA SALWA AMIRAH AWANG

KEBERKESANAN MEDIUM MAKLUMAT SEBAGAI PERANTARAAN TERHADAP POTENSI BERZAKAT: KAJIAN KES GOLONGAN MUDA (PELAJAR IPT)

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPATUHAN MEMBAYAR ZAKAT FITRAH: ANALISIS KUTIPAN DAN KETIRISAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DI TERENGGANU

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

International Journal of Islamic and Civilizational Studies

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

Kata kunci: Akhbar; keperluan; remaja; berita; penerimaan akhbar oleh remaja

Special Issue 3 (2017): 011 ISSN: x

CADANGAN MEWUJUDKAN LOGO PENGIKTIRAFAN ZAKAT PERNIAGAAN: KAJIAN TERHADAP USAHAWAN MUSLIM DI SELANGOR

Transcription:

Penerimaan Masyarakat Terhadap Perlindungan Takaful Nurauliani Jamlus Rafdi Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Selangor nurauliani@kuis.edu.my Noor Aimi Mohamad Puad Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Selangor nooraimi@kuis.edu.my Sri Wahyu Sakina Ahmad Sanusi Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Selangor sriwahyu@kuis.edu.my Wan Shahdila Shah Shahar Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Selangor shahdila@kuis.edu.my ABSTRAK Tidak dapat dinafikan sehingga kini terdapat peningkatan permintaan dalam pasaran takaful namun maklumat membuktikan masih ramai tidak mempunyai perlindungan takaful. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor penerimaan masyarakat terhadap perlindungan takaful di Malaysia. ini merupakan kajian kualitatif dimana penyelidik telah menjalankan kajian terhadap kajian lepas dan akhirnya satu analisis telah di buat bagi mengetahui faktor-faktor penerimaan masyarakat terhadap perlindungan takaful. Hasil kajian ini boleh digunakan oleh pengendali takaful dalam usaha untuk meningkatkan pasaran takaful seterusnya memartabatkan industri takaful di Malaysia. Kata kunci: Penerimaan, Takaful PENGENALAN Di dalam sistem kewangan konvensional, insurans merujuk kepada satu sistem perlindungan kewangan yang berperanan sebagai satu strategi pengurusan risiko atau alat untuk mengurangkan risiko ketidaktentuan. Insurans juga menyediakan teknik pembiayaan yang dirancang dalam mengurangkan kerugian. Manakala, sistem takaful (insurans Islam) dikenali sebagai konsep saling membantu (ta'awun) dan derma (tabarru'), di mana risiko adalah dikongsi secara kolektif dan secara sukarela oleh kumpulan peserta untuk menjamin perlindungan bersama ahli-ahli. (Dusuki, 2011; Redzuan et al., 2009). Menurut Ahmad Musadik, 2010 dan Yusof, 2009, istilah takaful berasal dari perkataan Arab iaitu kafala, yang bermaksud ' jaminan bersama' atau 'menjamin antara satu sama lain'. Konsep ini juga menjelaskan tanggungjawab ahli kumpulan sebagai satu kumpulan individu yang menjamin 479

antara satu sama lain terhadap potensi kerugian atau kerosakan yang dihadapi oleh sesiapa sahaja daripada kumpulan mereka. Menurut Billah (2003), konsep takaful adalah berdasarkan kerjasama di mana peserta-peserta yang terlibat memberi perlindungan kewangan antara satu sama lain. AAOIFI mentakrifkan insurans Islam sebagai suatu perjanjian di antara individu-individu yang terdedah kepada risiko untuk melindungi diri mereka terhadap kerugian yang disebabkan oleh risiko dengan membayar sumbangan berdasarkan "komitmen untuk menderma". Syarikat takaful pertama di Malaysia ditubuhkan setahun selepas penubuhan Bank lslam yang pertama pada tahun 1983 dan dinamakan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB). Pada dasarnya, takaful menawarkan dua jenis produk iaitu takaful am dan takaful keluarga. Di antara ciri-ciri penting takaful am adalah takaful yang berjangka pendek, caruman yang dibayar oleh peserta akan dikreditkan ke dalam dana takaful am, tabarru' sebagai elemen teras dan tiada unsur simpanan serta boleh di kategorikan kepada takaful motor dan takaful bukan motor. Manakala bagi takaful keluarga adalah berjangka panjang dan kebiasaanya peserta turut mensasarkan untuk menabung bagi keperluan jangka panjang mereka. Contohnya pendidikan anak-anak, pencen dan pampasan untuk waris yang layak sekiranya berlaku kematian dan hilang upaya. Terdapat dua dana yang dibahagikan dalam takaful keluarga iaitu dana tabungan (akaun peserta) dan dana pelaburan (akaun khas peserta). PENYATAAN MASALAH Sehingga kini, tidak dinafikan terdapat peningkatan permintaan dalam pasaran industri takaful namun masih ramai tidak mempunyai perlindungan takaful (Rahman et al., 2008). yang dijalankan oleh Daljit (2011) juga merumuskan walaupun pasaran takaful telah ditubuhkan lebih daripada 25 tahun, namun terdapat ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai perlindungan takaful. Menurut kenyataan yang diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil (2015), beliau menjelaskan bahawa pasaran takaful berkembang pesat pada tahun kebelakangan ini. Statistik juga menunjukkan kira-kira 45 peratus penduduk Malaysia mempunyai satu produk insurans namun apa yang mengecewakan kurang daripada 15 peratus penduduk Malaysia mempunyai produk takaful. Justeru maklumat ini membuktikan bahawa industri takaful Malaysia masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dari segi penembusan keseluruhan pasaran insurans dan saham konvesional. Rahman (2016) dalam kajian beliau menyatakan peratusan penembusan pasaran takaful keluarga dan insurans hayat yang berada pada 13.9% dan 38.9% masing-masing pada tahun 2013 merumuskan bahawa hanya 52.8% populasi di Malaysia yang mempunyai perlindungan takaful keluarga atau insurans hayat. Manakala bakinya iaitu 47.2% penduduk Malaysia tidak memiliki sebarang perlindungan takaful atau insurans. Hakikat ini jelas menunjukkan bahawa pasaran takaful berpotensi besar untuk dikembangkan dalam industri kewangan Islam serta belum diterokai secara meluas di Malaysia. Oleh yang demikian, satu kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti faktor penerimaan takaful dan penembusan pasaran takaful oleh masyarakat di Malaysia disamping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan takaful. Dapatan yang diperolehi daripada kajian boleh digunakan oleh pengendali syarikat takaful dalam usaha mempromosikan produk takaful kepada masyarakat seterusnya membantu meningkatkan pasaran takaful di Malaysia secara menyeluruh. 480

KAJIAN LEPAS Telah banyak kajian yang dijalankan oleh kajian lepas untuk mengetahui faktor-faktor penerimaan dan penembusan pasaran takaful di Malaysia. Antara kajian yang telah dijalankan adalah Yunus dan Rahim (2010) yang mengkaji pengetahuan dan persepsi terhadap perlindungan takaful keluarga ke atas penjawat awam beragama Islam di JAKIM, Putrajaya. Dapatan kajian membuktikan bahawa terdapat hubungan positif diantara tahap pengetahuan yang tinggi dan persepsi terhadap takaful keluarga. Disamping itu hasil kajian membuktikan pekerja JAKIM yang mempuyai polisi takaful keluarga mempunyai persepsi yang lebih positif terhadap takaful keluarga berbanding dengan pekerja yang tidak mempunyai pelan takaful keluarga. Namun tidak ada wujudnya perbezaan skor pengetahuan takaful keluarga bagi pekerja yang mempunyai takaful keluarga dengan yang tidak mempunyai takaful keluarga daripada hasil kajian yang dijalankan. Amin (2012) di dalam kajian beliau yang menilai faktor sikap, norma subjektif dan jumlah maklumat terhadap penyertaan insurans islams (takaful) di kalangan masyarakat Islam. Dapatan beliau membuktikan bahawa sikap, norma subjektif dan jumlah maklumat merupakan faktor terpenting dan mempunyai hubungan positif dalam menentukan hasrat menyertai insurans Islam. Hasil dapatan juga menunjukkan faktor norma subjektif merupakan faktor yang paling dominan di antara ketiga-tiga faktor yang dikaji. Seterusnya Ayinde dan Echchabi (2012) menjalankan kajian untuk mengkaji kesediaan pelanggan-pelanggan Malaysia mengamalkan perkhidmatan insurans islam serta faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tingkah laku mereka. Terdapat lima faktor yang dikaji iaitu ketidakpastian, kelebihan yang relatif, keserasian, pengaruh sosial dan kesedaran. Kesimpulan daripada kajian tersebut mendapati hanya terdapat dua faktor yang signifikan ke atas penggunaan perkhidmatan insurans islam di Malaysia iaitu keserasian dan kesedaran. Manakala faktor ketidakpastian, kelebihan yang relatif dan pengaruh sosial tidak mempunyai hubungan yang signifikan ke atas penggunaan perkhidmatan insurans islam di Malaysia. Razak, et al., (2013) pula telah menjalankan kajian untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan terhadap takaful di kalangan orang Malaysia di mana faktorfaktor yang terlibat adalah persepsi, ciri-ciri produk, promosi serta faedah dan perkhidmatan yang berkualiti. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif diantara faktorfaktor yang dipilih kecuali faktor promosi. Hasil dapatan merumuskan tiada hubungan yang signifikan di antara faktor promosi dengan penerimaan pelanggan terhadap takaful. Manakala faktor yang paling dominan pula dalam mempengaruhi penerimaan pelanggan terhadap takaful adalah kualiti perkhidmatan. Diikuti pada tahun 2014 oleh Kamila and Norb yang menjalankan kajian melalui temubual bersama empat orang respondent dan merumuskan terdapat empat faktor yang mempengaruhi pemilihan takaful berbanding insurans konvensional di kalangan masyarakat Malaysia. Faktor pertama adalah kefahaman konsep yang jelas berkaitan takaful dan syarat-syarat pematuhan syariah oleh pelanggan mempunyai hubungan diantara pemilihan takaful di kalangan masyarakat Malaysia. Selain itu faktor ajaran Islam juga mempunyai hubungan positif terhadap pemilihan takaful di kalangan masyarakat. Faktor ejen takaful yang berperanan menjelaskan konsep takaful dan manfaat yang boleh dianggap sebagai aspekaspek ibadah juga boleh mempengaruhi pemilihan takaful di kalangan masyarakat. Manakala faktor terakhir adalah pertumbuhan syarikat takaful yang banyak dan kepelbagaian produk takaful turut mempengaruhi pemilihan takaful di kalangan masyarakat. 481

yang dijalankan oleh Mansor, et al., (2015) pula bertujuan untuk menyiasat hubungan di antara faktor keagamaan, persepsi dan kesedaran pengguna yang mempengaruhi keutamaan pengguna Islam terhadap produk takaful di Malaysia. Hasil kajian mendapati hanya dua daripada tiga pemboleh ubah yang di pilih menjadi penyumbang besar yang mempengaruhi keutamaan pengguna Islam terhadap produk takaful di Malaysia iaitu persepsi dan faktor agama. Menurut kajian tersebut walaupun kesedaran merupakan faktor yang tidak ketara, tetapi syarikat takaful digalakkan untuk bekerja dengan gigih bagi meningkatkan kesedaran tentang takaful seterusnya mencapai potensi yang memberansangkan. Seterusnya Hassanuddin, et al., (2016) menjalankan kajian untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi niat pelanggan menyertai dalam takaful keluarga dimana faktor yang dikaji adalah produk dan perkhidmatan, ekonomi serta pengetahuan. Daripada analisis tersebut, keputusan kajian merumuskan bahawa ketiga-tiga faktor tersebut menyumbang ke arah penyertaan pekerja kepada takaful keluarga. Selain itu, hasil kajian ini mencadangkan bahawa syarikat takaful harus menumpukan perhatian dalam pemasaran dan promosi. Keputusan juga menunjukkan bahawa faktor produk dan perkhidmatan adalah faktor yang paling dominan yang menyumbang kepada penglibatan pekerja terhadap takaful keluarga berdasarkan nilai beta 0.494, diikuti oleh pengetahuan (0.288) dan faktor ekonomi (0.135). Berlainan dengan kajian yang dijalankan oleh Ngah, et al., (2016) dimana kajian mereka adalah mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan pelanggan dalam memilih perkhidmatan dan produk takaful. Faktor yang terlibat adalah komitmen pekerja, penggunaan teknologi, memahami konsep Islam dan keadilan pengagihan kepada pelanggan. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua faktor mempengaruhi kepuasan pelanggan dalam memilih perkhidmatan dan produk takaful. Keputusan untuk faktor yang paling dominan pula adalah komitmen pekerja; diikuti oleh keadilan pengagihan kepada pelanggan dan penggunaan teknologi yang berdasarkan nilai beta 0.317, 0.290 dan 0.186 masing-masing. Jadual 1 merupakan analisis yang diperolehi melalui kajian lepas dalam menentukan faktorfaktor penerimaan dan pemilihan takaful oleh masyarakat seterusnya boleh dijadikan sebagai kajian lanjutan di masa akan datang. Jadual 1 : Analisis Terdahulu Pengkaji Metodologi Sampel kajian Pemboleh ubah kajian dan hasil dapatan Yussyafiqah Yunus Penjawat awam ini mengkaji pengetahuan dan persepsi & Husniyah Abdul beragama Islam terhadap perlindungan takaful keluarga ke atas Rahim (2010) di JAKIM, penjawat awam. Putrajaya Dapatan kajian : Terdapat hubungan positif diantara tahap pengetahuan yang tinggi dan persepsi terhadap takaful keluarga. Keputusan kajian beliau telah membuktikan pekerja JAKIM yang sudah mempuyai polisi takaful keluarga mempunyai persepsi yang lebih positif terhadap takaful keluarga berbanding dengan pekerja yang tidak mempunyai pelan takaful keluarga. Fithriah Ab. Rahim & Hanudin Amin (2011) Pelanggan di Labuan bank ini bertujuan untuk menyiasat faktorfaktor yang mempengaruhi penerimaan insurans Islam di kalangan pelanggan bank di Malaysia. Faktor yang dikaji adalah sikap, norma subjektif dan jumlah maklumat yang diperolehi. 482

Hasil kajian : sikap, norma subjektif dan jumlah maklumat yang diperolehi mempengaruhi penerimaan insurans Islam di kalangan pelanggan bank. Hanudin (2012) Amin Pelajar di Labuan Sabah ini bertujuan untuk menilai faktor sikap, norma subjektif dan jumlah maklumat yang diperolehi terhadap penyertaan insurans islam (takaful) di kalangan masyarakat Islam. Dapatan kajian : Terdapat hubungan positif diantara sikap, norma subjektif dan jumlah maklumat yang diperolehi dalam menentukan hasrat menyertai insurans islam. Manakala faktor norma subjektif merupakan faktor yang paling dominan. Lukman Olorogun Ayinde dan Abdelghani Echchabi (2012) Masyarakat Malaysia untuk mengkaji kesediaan pelangganpelanggan Malaysia mengamalkan perkhidmatan insurans islam serta faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tingkah laku mereka. Faktor yang dikaji ialah ketidakpastian kelebihan yang relative, keserasian, pengaruh sosial dan kesedaran. Hasil kajian : Hanya dua faktor yang signifikan ke atas penggunaan perkhidmatan insurans islam di Malaysia iaitu keserasian dan kesedaran. Manakala faktor ketidakpastian, kelebihan yang relatif dan pengaruh sosial tidak mempunyai hubungan yang signifikan ke atas penggunaan perkhidmatan takaful di Malaysia. Mohamad Idham Md Razak, Rafidah Idris, Mimihayu Md Yusof, Wan Efa Jaapar & Mohammad Nazri Ali (2013) Masyarakat Shah Alam di untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan terhadap takaful di kalangan orang Malaysia. Faktor-faktor yang terlibat adalah persepsi, ciri-ciri produk, promosi serta faedah dan perkhidmatan yang berkualiti. Hasil kajian : Terdapat hubungan positif diantara persepsi, ciri-ciri produk, dan perkhidmatan yang berkualiti. Hasil dapatan merumuskan tiada hubungan yang signifikan di antara faktor promosi dengan penerimaan pelanggan terhadap takaful. Manakala faktor yang paling dominan pula adalah kualiti perkhidmatan. Maizaitulaidawati Md Husin dan Asmak Ab Rahman (2013) Soroton kajian secara komprehensif - bertujuan untuk meneliti asas penentu niat pengguna untuk menyertai skim takaful keluarga yang menggunakan teori tingkah laku terancang dan mengenal pasti faktor-faktor lain yang mungkin berkaitan ke atas penentu niat pengguna. 483 Hasil kajian : Keputusan mendapati bahawa niat ke arah menyertai skim takaful keluarga adalah tidak hanya dipengaruhi oleh sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku tetapi juga dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti demografi, pengetahuan pengguna, faktor-faktor situasi dan faktor agama.

Naail Mohammed Kamil dan Norsham Mat Norb (2014) temubual Empat orang respondent yang merupakan pelanggan takaful. ini adalah utuk mengetahui faktor yang mendorong pemilihan takaful berbanding insurans konvensional di kalangan org islam. Hasil kajian: Terdapat empat faktor yang mempengaruhi pemilihan takaful berbanding insurans konvensional di kalangan masyarakat islam di Malaysia. Faktor-faktor tersebut adalah kefahaman konsep yang jelas berkaitan takaful oleh pengguna, faktor ajaran Islam, faktor ejen takaful yang berperanan menjelaskan konsep takaful dengan terperinci dan faktor terakhir adalah pertumbuhan syarikat takaful yang banyak seiring dengan kepelbagaian produk takaful turut mempengaruhi pemilihan takaful di kalangan masyarakat Kamarul Ariffifin Mansor, Raden Mohd Ngisomuddin Masduki, Masilah Mohamad, Nursidrah Zulkarnain & Nor Atikah Aziz (2015) Masyarakat islam Malaysia ini bertujuan untuk menyiasat hubungan di antara faktor keagamaan, persepsi dan kesedaran pengguna yang mempengaruhi keutamaan pengguna Islam terhadap produk takaful di Malaysia. Hasil kajian : Hanya dua daripada tiga pemboleh ubah yang mempengaruhi keutamaan pengguna Islam terhadap produk takaful di Malaysia iaitu persepsi dan faktor agama. Nor Aini Hassanuddin, Nazuha Muda @ Yusof & Zokree Abdul Karim (2016) Pekerja organisasi adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi niat pelanggan menyertai dalam takaful keluarga dimana faktor yang dikaji adalah produk dan perkhidmatan, ekonomi serta pengetahuan. Hasil kajian: Merumuskan bahawa ketiga-tiga faktor tersebut menyumbang ke arah penyertaan pekerja terhadap takaful keluarga. Shahab Aziz, Maizaitulaidawati Md Husin & Nazimah Hussin (2017) Soroton kajian secara komprehensif - ini menggunapakai model sedia ada iaitu Decomposed Theory of Planned Behavior (DTPB) dari perspektif takaful keluarga. ini bukan sahaja meneroka sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku dilihat tetapi juga menggabungkan pembolehubah lain termasuk pengetahuan, kesedaran, keagamaan, keyakinan dan demografi. RUMUSAN ini membentangkan pelbagai kajian terdahulu bagi menentukan faktor penerimaan masyarakat terhadap takaful. Analisis yang di buat oleh penyelidik jelas membuktikan terdapat banyak faktor yang perlu di ambil perhatian terhadap pemilihan takaful oleh masyarakat dan seterusnya ini boleh menyumbang kepada kajian terkini. Pengendali syarikat takaful juga seharusnya mengambil manfaat daripada hasil analisis kajian ini dan diharapkan boleh digunakan dalam usaha meningkatkan pasaran takaful sekaligus memartabatkan industri takaful di Malaysia. 484

Rujukan Ahmad Musadik, S. H. S. (2010). Factors Influencing the Tendency to Subscribe with Takaful Among Martial Arts Practitioners. (Unpublished Master Thesis). Universiti Utara Malaysia. Ayinde, L. O., & Echchabi, A. (2012). Perception and Adoption of Islamic Insurance in Malaysia: An Empirical Study. World Applied Sciences Journal 20, Vol. 3, 407-415. Aziz, S., Husin, M. M., & Hussin, N. (2017). Conceptual Framework Of Factors Determining Intentions Towards The Adoption Of Family Takaful- An Extension Of Decomposed Theory Of Planned Behaviour. International Journal Of Organizational Leadership 6, 385-399. Billah, M. M. (2003). Islamic and modern insurance: Principles and practices. Malaysia: Ilmiah Publishers. Daljit, D. (2011), More M&As seen in insurance and takaful, The Star, 14 May, available at: http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file¼/2011/5/14/business/ 8662170andsec¼business (dicapai pada 25 November 2017). Dusuki, A. W. (2011). Islamic Financial System - Principles & Operations. International Shari ah Research Academic for Islamic Finance (ISRA): Kuala Lumpur. Hanudin, A. (2012). An Analysis on Islamic Insurance Participation (Satu Analisis Penyertaan Insurans Islam). Jurnal Pengurusan 34, 11 20. Hassanuddin, N.A., Yusof, N. M., & Karim, Z. A. (2016). Employees Intentions to Participate in Family Takaful Plan. Journal of Applied Environmental and Biological Sciences, 64-68. Husin, M.M., & Rahman, A. A. (2013). What Drives Consumers To Participate Into Family Takaful Schemes? A Literature Review. Journal of Islamic Marketing Vol 4 No3, 264-280. Kamila, N. M., & Norb, N.M. (2014). Factors Influencing the Choice of Takaful Over Conventional Insurance: The Case of Malaysia. Journal of Islamic Finance, Vol. 3 No. 2, 001 014. Kamil, M.H. (2015) http://www.sinarharian.com.my/bisnes/45-peratus-penduduk-malaysiaada-insurans-1.430774 (dicapai pada 20 November 2017) Mansor, K. A., Masduki, R. M. N., Mohamad. M., Zulkarnain, N., & Aziz, N.A. (2015). A Study on Factors Infl uencing Muslim s Consumers Preferences Towards Takaful Products In Malaysia. Romanian Statistical Review nr. 2, 78-89. Ngah, H.C., Rashid, K. M., & Mansor, N. (2016). Determinants of Customer Satisfaction in Takaful Products and Services. Journal of Applied Environmental and Biological Sciences, 7-15. 485

Rahim, F. A., & Amin, H. (2011). Determinants Of Islamic Insurance Acceptance: An Empirical Analysis. International Journal of Business and Society, Vol. 12 No. 2, 37 54. Rahman, N.H.A. (2016). Demographic Factors And Group Socio-Economies B40 In Family Takaful / Life Insurance Ownership. Proceeding of the 2nd International Conference on Economics & Banking 2016, 22-29. Rahman, Z.A., Yusof, R.M. and Bakar, F.A. (2008), Family takaful: it s role in social economic development and as a savings and investment instrument in Malaysia an extension, Syariah Journal, Vol. 16 No. 1, 89-105 Razak, M.I.M., Idris, R., Yusof, M.M., Jaapar, W.J., & Ali, M.N. (2013). Acceptance Determinants towards Takaful Products in Malaysia. International Journal of Humanities and Social Science Vol. 3, 243-252. Redzuan, H., Rahman, Z. A., & Aidid, S. S. H. (2009). Economic Determinants of Family Takaful Consumption: Evidence from Malaysia. International Review of Business Research Papers, 5(5), 193-211. Yazid, A.H., Arifin, J., Hussin, M.R. and Daud, W.N.W. (2012), Determinants of family takaful (Islamic life insurance) demand: a conceptual framework for a Malaysian study, International Journal of Business and Management, Vol. 7 No. 6, 115-127. Yunus, Y., & Rahim, H.A. (2010). Pengetahuan Dan Persepsi Terhadap Perlindungan Takaful Keluarga. Jurnal Pengguna Malaysia, 65-76. Yusof, T. O., Gbadamosi, A., & Hamadu, D. (2009). Attitudes of Nigerians towards Insurance Services: An Empirical Study. African Journal of Accounting, Economics, Finance, and Banking Research, 4(4), 34-46. 486