Journal of Nusantara Studies (JONUS)

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

vii ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Cabaran Sosial dalam Pelaksanaan Zakat Kalangan Masyarakat Muslim Bangkok

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN BAKAL PENGANTIN: KAJIAN DI PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

Transcription:

Universiti Sultan Zainal Abidin Journal of Nusantara Studies (JONUS) PEMBINAAN KELUARGA SEJAHTERA: ANALISIS TERHADAP PRINSIP KELUARGA BAHAGIA RAKYAT SEJAHTERA DALAM TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU [BUILDING A HAPPY FAMILY: AN ANALYSIS OF THE HAPPY FAMILY HAPPY NATION PRINCIPLE IN NEW TERENGGANU TRANSFORMATION] *1 Wan Mohd Yusuf Wan Chik, 2 Abdul Wahab Md. Ali, 3 Zulkifli Mohamad, 4 Ahmad Faizal Ramly & 5 Farah Syazrah Mohd Ghazalli 1,2,3,4 Fakulty of Islamic Contemporary Studies, Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu. 5 Faculty of Applied Social Sciences, Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu. *Corresponding author: abdulwahabmdali@yahoo.com ABSTRAK Sebuah keluarga yang sejahtera perlu memiliki keseimbangan antara dalaman dan luaran. Kriteria sebuah keluarga yang sejahtera ini boleh difahami menerusi penulisan para ilmuwan Islam di dalam kitab-kitab mereka. Realitinya, keluarga Islam masa kini sedang menghadapi ancaman yang cukup besar sehingga boleh membawa kepada keruntuhan akhlak, sosial dan ekonomi. Atas kesedaran ini, kerajaan negeri Terengganu melalui Transformasi Terengganu Baharu (TTB) telah melancarkan sepuluh program khas di bawah prinsip Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera. Justeru, kajian ini menganalisis program-program yang telah diperkenalkan di bawah prinsip tersebut dari sudut sejauhmana ia membantu dalam pembinaan keluarga sejahtera. Beberapa cadangan dan penambahbaikan turut dilontarkan bersesuaian dengan keperluan sebenar sebuah keluarga yang sejahtera. Kesimpulannya, berasaskan program-program yang dilancarkan di bawah prinsip tersebut, ia dilihat memenuhi sebahagian keperluan yang perlu dimiliki dalam sebuah keluarga sejahtera. Pun begitu, masih terdapat beberapa kelompangan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa terutamanya berhubung elemen ilmu, ibadah, persiapan sebelum perkahwinan dan pengangkutan. Kata Kunci: Keluarga, kesejahteraan, kegembiraan, Malaysia, Transformasi Terengganu Baharu ABSTRACT A happy family needs to possess a balance between its interior and exterior needs. Such criteria for wellness in the family are also discernable from the voluminous writings of Muslim scholars. However, the reality is, Muslim families nowadays are facing great challenges which have caused moral disintegration, social problems and chaotic economic situations. The government of Terengganu under the Happy Family Happy Nation principle in its New Terengganu Transformation initiative has launched 10 special programs to address these challenges. This study aims to analyse the effectiveness of the programs in promoting the wellbeing of families. This paper also offers suggestions for the 306

betterment of the programs, in accordance with the real needs for a happy family. This paper concludes that the programs have partially fulfilled the requirements needed for creating a happy family. Nevertheless, there are several shortcomings that need to be attended to from time to time especially in terms of strategic knowledge, worship, premarital preparation and transportation. Keywords: Family, happiness, Malaysia, New Terengganu Transformation, peacefulness. 1.0 PENDAHULUAN Keinginan untuk memiliki sebuah keluarga yang sejahtera merupakan suatu fitrah semula jadi manusia. Lantas sebagai satu agama yang meraikan fitrah manusiawi, Islam sangat menekankan soal pembinaan dan pembangunan institusi kekeluargaan. Kehidupan berkeluarga yang patuh kepada agama dengan mematuhi syariat Islam menjadikan tatacara kehidupan manusia itu lebih jelas, fokus, lengkap dan komprehensif. Pendidikan terhadap anak-anak mestilah menepati roh Islam secara menyeluruh bagi menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat (Sulaiman & Ismail, 2017). Realitinya, keluarga Islam masa kini sedang menghadapi ancaman yang cukup besar sehingga membawa kepada keruntuhan akhlak, sosial dan ekonomi. Ia bukan sahaja memberi kesan terhadap keluarga bahkan terhadap persekitaran dan negara (Ismail et al., 2017). Hal sebegini terjadi lantaran kegagalan umat Islam itu sendiri dalam membangunkan potensipotensi dalam keluarga serta tidak memahami keperluan sebenar dalam pembinaan sebuah keluarga Muslim. Kriteria sebenar sebuah keluarga yang sejahtera ini boleh difahami menerusi al-quran, hadis dan penulisan para ilmuwan Islam (Md. Ali, 2017). Kerajaan negeri Terengganu melalui Transformasi Terengganu Baharu (TTB) telah melancarkan 10 program khas di bawah prinsip Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha pihak kerajaan untuk meneguhkan semula institusi kekeluargaan di negeri Terengganu. Justeru, penulisan ini akan meneliti kandungan programprogram yang telah diperkenalkan di bawah prinsip tersebut seterusnya mengemukakan beberapa elemen kesejahteraan keluarga Muslim yang wujud dalam program tersebut. 2.0 KONSEP DAN ELEMEN PEMBINAAN KELUARGA SEJAHTERA Secara umumnya, kesejahteraan sesebuah keluarga itu mempunyai pelbagai definisi dan kayu ukur. Konsep kesejahteraan itu sendiri mempunyai banyak dimensi yang menjadikannya sukar didefinisikan (Wan Ahmad et al., 2009). Hal ini boleh diperhatikan menerusi penulisan para sarjana Islam dan Barat yang memberikan definisi yang berbeza apabila menyentuh soal kesejahteraan atau kebahagiaan (Sharmani & Minggal, 2011). Kenyataan yang sama turut dinyatakan oleh Shin dan Johnson (1978) di mana konsep kesejahteraan itu adalah suatu konsep yang luas dan abstrak sehingga boleh membawa erti yang berbeza-beza antara individu dengan individu yang lain. Para ilmuwan Islam mempunyai beberapa pandangan berhubung definisi keluarga sejahtera. Al-Zuhayli (2000) menyatakan bahawa keluarga yang sejahtera ialah keluarga yang sentiasa iltizam dengan undang-undang yang disyariatkan Allah serta berpegang teguh dengan akhlak dan adab Islam. Ahli keluarga tersebut akan berusaha untuk kebaikan dunia dan akhirat, berusaha untuk hidup dalam masyarakat dengan baik untuk mencapai kebahagiaan dunia dan kemuliaan akhirat. 307

Definisi Al-Zuhayli telah diperincikan dengan kenyataan Najib (1980) bahawa keluarga sejahtera merupakan satu pusat permulaan bagi komuniti manusia. Ia bermula dengan proses perkahwinan di antara lelaki dan wanita, ikatan tersebut dibina atas asas yang berkekalan dan teguh. Lelaki dan wanita perlu memelihara hak dan kewajipan antara satu sama lain, tahu dan faham keperluan dan bukan keperluan pasangan masing-masing. Proses ini akhirnya akan menghasilkan sebuah kehidupan yang sejahtera, teguh dan berkekalan. Sekiranya mempunyai zuriat, pendidikan dan asuhan mampu diberikan dengan sempurna. Al-Shahud (2009) pula mendefinisikan keluarga sejahtera dari sudut simptom dan implikasi iaitu sebuah keluarga yang tiada permusuhan dan pergaduhan, tiada kedengaran katakata yang kesat, dan tiada pertengkaran yang teruk. Setiap individu dalam keluarga tersebut mendapat kerehatan, ketenangan dan kedamaian. Keluarga sejahtera ialah sebuah keluarga yang dapat merasa senang terhadap satu sama lain dan terhadap hidup sendiri serta mempunyai objektif pembinaan keluarga yang jelas dan positif. Bagaimanapun, definisi ini berbeza dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang mendefinisikan kesejahteraan keluarga sebagai keadaan keluarga di suatu negara yang berada pada tahap yang selamat, sihat, selesa, harmoni dan mendamaikan (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, 2017). Kesimpulannya, konsep kesejahteraan keluarga menurut Islam adalah konsep kesejahteraan yang syumul dan mempunyai identiti dan matlamat yang tersendiri berbeza dengan konsep kesejahteraan keluarga menurut bukan Islam. Para ilmuwan Islam sangat mementingkan nilai ketuhanan serta hubungan dengan Allah sebagai asas kesejahteraan kemudian diikuti dengan kesempurnaan tuntutan material dan mental. Objektif pembinaan keluarga yang sebenar iaitu untuk mencapai keredhaan Allah SWT dan mengikuti sunnah Nabi SAW. Sebuah keluarga yang telah mencapai kesempurnaan dari sudut material dan mental tetapi tidak mematuhi undang-undang dan syariat Allah bagaimanapun tidak dikira sebagai sebuah keluarga sejahtera. Ini kerana keluarga sejahtera bererti bahagia dan sejahtera dalam urusan dunia serta mendapat kemuliaan di akhirat. Elemen kesejahteraan keluarga pula boleh difahami menerusi beberapa sumber seperti al- Quran, hadis dan penulisan para ilmuwan Islam sama ada yang silam mahupun kontemporari. Pemahaman berhubung kesejahteraan keluarga boleh difahami secara umum menerusi beberapa surah utama dalam al-quran seperti surah al-nur, al-talaq, al-baqarah, Ali Imran dan al-nisa (Jabatan Perdana Menteri, 1989). Secara lebih terperinci, ia boleh difahami menerusi konsep kesejahteraan dalaman menerusi surah al-rum ayat 21 dan konsep pencegahan dalam keluarga menerusi surah al-tahrim ayat 6 (Asyur, 1997). Dari sudut hadis pula, ia boleh difahami menerusi beberapa hadis Nabi SAW yang menyentuh soal kekeluargaan Islam seperti hadis tentang hak dalam rumah tangga dan aspek nafkah dalam keluarga. Secara lebih terperinci, ia boleh difahami menerusi konsep kesejahteraan zahir dan batin menerusi hadis al-sa adah (Al-Siddiqi, 1998). Menerusi penulisan primer dan sekunder dalam kekeluargaan Islam, elemen kesejahteraan keluarga boleh diperhatikan menerusi beberapa aspek penulisan. Sebagai contoh, penulisan berhubung aspek pembentukan individu yang baik dalam keluarga, aspek hukum-hakam dalam keluarga, aspek keperluan dalam rumah tangga serta dan aspek pendidikan anak-anak (Md. Ali, 2017). Aspek pembentukan individu dalam keluarga boleh dilihat menerusi pembentukan individu sama ada sebagai seorang anak, ibu bapa, suami isteri, adik-beradik dan lain-lain seperti yang dibahaskan dalam Al-Za Balawi (1985), Abdul Rasyid (2011), dan Al-Hasyimi (2010). Aspek 308

kedua iaitu aspek keperluan dalam rumah tangga menjelaskan garis panduan khas berhubung keperluan dalam rumah tangga seperti yang dibincangkan dalam Hawwa (1988), Awad Ibrahim (1983), Md. Yusoff Al-Haj (1990), Jawatankuasa Penyemak (2008), dan Al-Nahlawi (1986). Aspek ketiga pula iaitu aspek pendidikan anak-anak dibahaskan dalam Naseh Ulwan (2008), Muhammad dan Md. Nawi (2013), dan Hashim (2002). Aspek terakhir pula iaitu aspek hukum-hakam perkahwinan boleh dilihat menerusi aspek pernikahan, perceraian dan faraid sebagaimana disebut dalam kebanyakan penulisan dalam bab al-ahwal al-sakhsiah. Berdasarkan analisis yang dilakukan terhadap penulisan kekeluargaan Islam di atas, dua elemen utama dalam pembinaan keluarga sejahtera adalah perkahwinan sejahtera dan rumah tangga sejahtera (Md. Ali, 2017). Secara ringkasnya, elemen yang diperoleh daripada analisis kajian lepas ditunjukkan dalam jadual 1 seperti di bawah. Jadual 1: Elemen Rumah Tangga Sejahtera dalam Keluarga Menurut Islam Elemen Komponen Elemen Komponen Perkahwinan Sejahtera Sebelum Perkahwinan Semasa Perkahwinan Rumah Tangga Sejahtera Pengurusan Rohani Pembudayaan Ilmu Pembudayaan Ibadah Ekonomi Keselamatan Pengangkutan Komunikasi Kediaman Kesihatan Persekitaran Terdapat dua komponen dalam elemen Perkahwinan Sejahtera iaitu komponen Sebelum Perkahwinan dan Semasa Perkahwinan. Komponen Sebelum Perkahwinan boleh dilihat daripada aspek pemilihan calon, proses peminangan dan proses pertunangan. Bagi komponen Semasa Perkahwinan, ia boleh dilihat daripada aspek akad pernikahan dan walimatul urus. Dalam elemen Rumah Tangga Sejahtera pula terdapat sepuluh komponen iaitu pengurusan rohani, pembudayaan ilmu, pembudayaan ibadah, ekonomi, keselamatan, pengangkutan, komunikasi, kediaman, komunikasi, kesihatan dan persekitaran. Komponen pengurusan rohani dilihat daripada aspek pengurusan emosi, pengurusan stres dan pengurusn konflik. Komponen pembudayaan ilmu pula dilihat daripada aspek jenis ilmu, pemilihan guru, pemilihan tempat belajar, pemilihan bahan bacaan dan kemudahan perpustakaan di rumah. Bagi komponen pembudayaan ibadah, ia dilihat daripada aspek jenis ibadah, kualiti ibadah, tempat ibadah dan qudwah ibadah manakala komponen kediaman pula dilihat daripada aspek bentuk rumah, kemudahan asas, kebersihan dan pembantu rumah. Seterusnya, komponen ekonomi dilihat daripada aspek taraf hidup, pendapatan, nafkah, simpanan, perlindungan peribadi dan pinjaman. Komponen keselamatan dilihat daripada aspek keselamatan luar rumah, keselamatan dalam rumah dan undang-undang. Bagi komponen kesihatan, ia dilihat daripada aspek tahap kesihatan, cara pemakanan, aktiviti riadah dan hubungan kelamin. Aspek pengangkutan dilihat daripada aspek kenderaan dan jaringan perhubungan. Komponen komunikasi pula dilihat daripada aspek pertuturan, bahasa badan dan perantaraan manakala komponen persekitaran pula dilihat daripada aspek kaum kerabat, kawan, institusi agama, guru, pemimpin masyarakat, tetamu dan jiran. 309

Kesimpulannya, elemen keluarga sejahtera yang terdiri daripada perkahwinan sejahtera dan rumah tangga sejahtera sebagai asas utama ini merupakan kayu ukur yang digunakan untuk menilai Prinsip Keluarga Bahagia Rakyat sejahtera yang terkandung dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB). 3.0 PROGRAM UTAMA DALAM PRINSIP KELUARGA BAHAGIA RAKYAT SEJAHTERA Prinsip Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera merupakan prinsip ketiga dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman dalam usaha untuk meneruskan kesinambungan pembangunan negeri Terengganu ke arah masa depan yang lebih gemilang. Dalam prinsip ini, terdapat sepuluh program atau perkhidmatan utama yang diperkenalkan dengan tujuan yang berbeza. Kesemua program ini dilaksanakan di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT). Berdasarkan risalah edaran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (2015) serta sesi temu bual penulis yang diadakan bersama Timbalan Penolong Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Puan Ramlah Idris telah menghuraikan perkhidmatan sebagaimana berikut: 3.1 Sagu hati Anak Kelahiran Terengganu Dalam program ini, Kerajaan Negeri Terengganu telah menyediakan tabungan awal kepada setiap kelahiran baharu di negeri ini. Sumbangan yang diberikan dibuat dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i), sagu hati berjumlah RM 100.00 bagi setiap kanakkanak. Tujuannya untuk menggalakkan tabungan pembelajaran bermula dari awal kelahiran serta meraikan kanak-kanak yang dilahirkan di Negeri Terengganu. 3.2 Program Pengurus Kediaman (Home Manager) Diwujudkan bagi mencapai hasrat Kerajaan Terengganu menangani masalah kebergantungan kepada pekerja asing dalam kerjaya Pengurus Kediaman serta membantu golongan miskin serta ibu tunggal meningkatkan taraf hidup dan pendapatan keluarga. Program ini mengandungi modul yang lengkap seperti kebersihan dan kekemasan, tata sajian dan hidangan makanan, pelupusan sampah, cucian pakaian, pembersihan umum, penjagaan orang tua, bayi dan kanakkanak serta motivasi perubahan minda dan sebagainya. Tujuannya untuk mewujudkan kerjaya Pengurus Kediaman sebagai satu kerjaya yang profesional dan diterima positif oleh masyarakat, mengurangkan kebergantungan kepada warga asing dalam kerjaya Pengurus Kediaman, membantu masyarakat yang memerlukan perkhidmatan pengurusan kediaman, meningkatkan pendapatan isi rumah agar berkemampuan keluar dari kemiskinan. 3.3 Walimah Perdana 1 Terengganu Dilaksanakan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada keluarga muda di samping mengembangkan syiar Islam melalui amalan meraikan pasangan baru berkahwin. Ia juga mendorong masyarakat supaya meninggalkan gaya hidup yang tidak sihat dan memilih 310

untuk mendirikan rumahtangga melalui ikatan perkahwinan yang sah. Program ini juga mendorong hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup berkeluarga rakyat Terengganu di samping menangani isu perceraian pada awal usia perkahwinan. 3.4 Akademi Jahitan Program ini bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan serta bagi menambah pendapatan golongan fakir miskin dan ibu tunggal. 3.5 Cakna Warga Emas Program ini bertujuan memajukan potensi warga emas agar mereka terus aktif dan produktif dalam pembangunan negara serta mewujudkan peluang untuk mereka terus hidup dengan penuh moral. Ia juga dapat meningkatkan kehormatan dan martabat warga emas dalam keluarga, masyarakat dan negara serta mewujudkan suasana kebersamaan bagi mengeratkan hubungan kemesraan, kasih sayang dan bertanggungjawab. Kelab Warga Emas YPKT telah ditubuhkan di setiap DUN bagi memastikan agar setiap aktiviti yang dijalankan sampai dan diterima oleh setiap warga emas di seluruh negeri. Antara sub-program yang dilaksanakan di bawah program ini adalah sebagaimana berikut: Jadual 2: Sub-Program di bawah Program Cakna Warga Emas Bil Perkhidmatan Huraian 1 Warga Emas Aktif, Sihat & Produktif Memberi pendedahan aktiviti-aktiviti seperti bersenam, pemeriksaan kesihatan, ceramah dan nasihat tentang penjagaan fizikal dan mengesan penyakit peringkat awal. 2 Kesukarelawanan Warga Emas Melatih dan merangsang sukarelawan warga emas dalam menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara. 3 Lawatan Warga Emas Memberi peluang perkongsian dan pendedahan melalui pengalaman serta kecaknaan kepada warga emas yang tersisih melalui lawatan warga emas. 4 Inter-Generasi Memberi dan mengembangkan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh warga emas kepada generasi muda terutamanya dalam bidang kraftangan, pertukangan, masakan tradisional dan sebagainya. 5 Mesra Warga Emas Mewujudkan kesedaran dan menerapkan amalan murni untuk mempererat hubungan antara masyarakat dan warga emas. 6 Mesra Warga Emas Kerohanian Merupakan aktiviti keagamaan yang disertai oleh warga emas untuk mempertingkat dan menambahkan ilmu agama serta memupuk nilai-nilai murni. 3.6 Cakna Ibu Tunggal Program Cakna Ibu Tunggal dilaksanakan bertujuan untuk menyatukan dan memperkasakan jati diri golongan ibu tunggal supaya segala permasalahan dan kebajikan mereka dapat dibantu. Antara objektifnya juga untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan 311

ibu tunggal, mewujudkan kesedaran tentang tanggungjawab bersama dalam menjaga kebajikan ibu tunggal dan keluarga serta menggalakkan ibu tunggal berdikari dan meningkatkan ekonomi keluarga. Kelab Ibu Tunggal YPKT ditubuhkan di setiap DUN bagi memastikan agar program yang dilaksanakan diterima oleh setiap ibu tunggal di seluruh negeri yang berjumlah sekitar 18,000 orang. Antara sub-program yang dilaksanakan di bawah program ini adalah sebagaimana berikut: Jadual 3: Sub-Program di bawah Program Cakna Ibu Tunggal Bil Program Huraian 1 Program Pengupayaan Ibu Tunggal Untuk memastikan Kelab Ibu Tunggal mampu berfungsi secara efektif bagi membentuk kumpulan Ibu Tunggal yang mampu bersaing & berdaya maju. 2 Bantuan Pengurusan Kelab Ibu Tunggal 3 Program Peningkatan Ekonomi 4 Program Bimbingan Undang-Undang 5 Program Bimbingan Kekeluargaan & Pendidikan 6 Program Kesedaran & Bimbingan Kesihatan Membantu jawatankuasa kelab ibu tunggal menguruskan aktiviti kelab. Memberi peluang kepada golongan ibu tunggal untuk meningkatkan taraf ekonomi. Memastikan ibu tunggal memahami dan menyedari hak mereka dari sudut perundangan. Memberi pendedahan kepada ibu tunggal tentang kemahiran keibubapaan serta program keagamaan. Memberi bimbingan & kesedaran kepada ibu tunggal tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Memberi khidmat nasihat & rawatan daripada pakar, kepada golongan ibu tunggal yang memerlukan. 3.7 2 nd Honeymoon Program ini disasarkan terhadap pasangan yang usia perkahwinannya kurang lima tahun yang mempunyai masalah keluarga. Pasangan dirujuk oleh Jabatan Kehakiman Syariah bahagian Sulh juga pasangan yang sedang menerima khidmat kaunseling keluarga dengan LPPKN dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT). Ia dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan ilmu kekeluargaan, pengurusan minda dan emosi serta sikap positif ke arah memantapkan dan meningkatkan hubungan suami isteri, ia juga bagi membina keluarga yang utuh, penyayang, bahagia dan sejahtera melalui pengurusan masa dan sumber keluarga yang terancang. Selain itu, program ini bertujuan meningkatkan kefahaman antara pasangan dalam menangani konflik dan cabaran hidup berkeluarga secara kreatif dan penuh bermakna dalam menyelesaikan masalah serta memupuk sikap kecaknaan, ambil berat dan sikap keprihatinan yang tinggi terhadap kehendak pasangan dan ahli keluarga. 312

3.8 Taska Permata Keluarga Ia merupakan pusat asuhan kanak-kanak di bawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dengan konsep bermain sambil belajar serta mendidik secara tidak formal serta penekanan terhadap solat, Iqra, doa, bahasa Inggeris dan hafazan. Taska ini menyediakan khidmat pengasuhan, penjagaan dan pendidikan bayi dan kanak-kanak empat tahun dan ke bawah. Ia bertujuan membantu keluarga yang menghadapi masalah penjagaan dan pengasuhan anak-anak khususnya ibu bapa yang bekerja. Ia juga menyediakan perkhidmatan asuhan awal bagi menyempurnakan perkembangan menyeluruh kanak-kanak empat tahun ke bawah, menyediakan kakitangan atau guru yang berkemahiran, serta meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa berhubung program keibubapaan. 3.9 Program Jaya Diri Ia merupakan program yang menumpukan kepada usaha membangkitkan kesedaran serta menggalakkan keluarga miskin berdikari dalam usaha meningkatkan pendapatan keluarga. Peserta dilatih dengan disiplin dan kemahiran asas pengurusan diri. Peserta seterusnya menerima pinjaman modal tanpa faedah untuk menjalankan aktiviti yang meningkatkan pendapatan isi rumah. Penyertaan diutamakan kepada golongan wanita sebagai wakil isi rumah. Program ini bertujuan untuk melahirkan keluarga berdikari di kalangan isi rumah mudah miskin dengan cara mereka bekerja untuk membantu diri mereka sendiri, membantu meningkatkan ekonomi isi rumah yang berpendapatan rendah, memberi galakan kepada kaum wanita untuk membantu suami dalam usaha menambahkan pendapatan, dan menerapkan nilainilai positif kepada golongan sasaran seperti berdisiplin, bertanggungjawab, berani dan bersatu ke arah mencapai objektif program. 3.10 Desa Keluarga Ia merupakan satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa untuk golongan miskin, setinggan, pekerja kilang, pekerja dan penduduk yang menghadapi kesukaran mendapatkan rumah di persekitaran tempat kerja mereka. Program ini bertujuan untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa dan setaraf dari segi jasmani dan rohani kepada golongan berpendapatan rendah, mengurangkan kos sara hidup para pekerja, merangsang ke arah peningkatan produktiviti kerja para penghuninya, memupuk semangat persaudaraan serta nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi di kalangan penghuninya dan mengurangkan masalah gejala sosial di kalangan para pekerja terutamanya sektor industri dan perkilangan. 4.0 ANALISIS TERHADAP PRINSIP KELUARGA BAHAGIA RAKYAT SEJAHTERA Berdasarkan sepuluh program yang telah dilancarkan, ia dilihat telah memenuhi sebahagian besar daripada keperluan dalam sebuah keluarga sejahtera yang digariskan dalam kajian di atas. Keperluan dalam keluarga yang paling banyak dipenuhi ialah keperluan ekonomi (lima 313

program) kemudian diikuti dengan keperluan kesihatan dan pembudayaan ilmu (empat program), keperluan pengurusan kerohanian dan pembudayaan ibadah (tiga program), keperluan keselamatan, komunikasi dan kediaman (dua program). Keperluan semasa perkahwinan dan persekitaran pula masing-masing sebanyak satu program. Program Saguhati Anak Kelahiran Terengganu memenuhi tuntutan ekonomi dalam keluarga. Program Pengurus Kediaman memenuhi tuntutan ekonomi, keselamatan, kediaman, kesihatan dan pengurusan kerohanian. Program Walimah Perdana 1 Terengganu memenuhi tuntutan ekonomi dan semasa perkahwinan. Program Akademi Jahitan memenuhi tuntutan ekonomi. Program Cakna Warga Emas memenuhi tuntutan pembudayaan ilmu, kesihatan dan komunikasi. Program Ibu Tunggal memenuhi tuntutan pengurusan kerohanian, pembudayaan ilmu, pembudayaan ibadah, keselamatan dan ekonomi. Program 2 nd Honeymoon memenuhi tuntutan pengurusan kerohanian, pembudayaan ilmu, pembudayaan ibadah dan komunikasi. Program Taska Permata Keluarga memenuhi tuntutan pembudayaan ilmu, pembudayaan ibadah, kesihatan dan ekonomi. Program Jaya Diri memenuhi tuntutan ekonomi manakala program Desa Keluarga YPKT memenuhi tuntutan kediaman dan persekitaran. Secara lebih terperinci, analisis terhadap prinsip Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera berdasarkan komponen dan dimensi pembinaan keluarga sejahtera menurut Islam boleh dirujuk dalam rajah berikut: Jadual 4: Analisis Prinsip Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera Berdasarkan Komponen dan Dimensi Pembinaan Keluarga Sejahtera Menurut Islam Bil Program Komponen Dimensi 1 Saguhati Anak Kelahiran Terengganu Ekonomi Simpanan 2 Home Manager (Pengurus Kediaman) Ekonomi Taraf hidup Pendapatan Keselamatan Keselamatan dalam rumah Keselamatan luar rumah Kediaman Kebersihan Pembantu rumah Kesihatan Tahap kesihatan Cara pemakanan Pengurusan Pengurusan Emosi Kerohanian Ekonomi Pengurusan Pinjaman 3 Walimah Perdana 1 Terengganu Semasa Perkahwinan Akad pernikahan Walimatul Urus 4 Akademi Jahitan Ekonomi Pendapatan 5 Cakna Warga Emas Pembudayaan Ilmu Pemilihan ilmu Pemilihan guru Kesihatan Tahap kesihatan Cara pemakanan Aktiviti riadah Komunikasi Pertuturan Bahasa badan Perantaraan 6 Ibu Tunggal Pengurusan Kerohanian Pengurusan Emosi Pengurusan Stres Pengurusan Konflik 314

Pembudayaan Ilmu Pembudayaan Ibadah Keselamatan Kesihatan Ekonomi 7 2 nd Honeymoon Pengurusan Kerohanian 8 Taska Permata Keluarga Pembudayaan Ilmu Pembudayaan Ibadah Komunikasi Pembudayaan Ilmu Pembudayaan Ibadah Kesihatan Ekonomi Pemilihan ilmu Pemilihan guru Pemilihan tempat belajar Jenis ibadah Kualiti ibadah Tempat ibadah Undang-undang Tahap kesihatan Cara pemakanan Pendapatan Pengurusan emosi Pengurusan stres Pengurusan Konflik Jenis Ilmu Pemilihan bahan bacaan Pemilihan guru Jenis Ibadah Kualiti Ibadah Tempat Ibadah Qudwah Ibadah Pertuturan Bahasa badan Perantaraan Pemilihan ilmu Pemilihan guru Pemilihan tempat belajar Pemilihan bahan bacaan Jenis ibadah Tempat ibadah Cara pemakanan Pendapatan 9 Jaya Diri Ekonomi Pendapatan Taraf hidup Pengurusan pinjaman 10 Desa Keluarga YPKT Kediaman Bentuk rumah Kemudahan asas kebersihan Persekitaran Jiran Institusi Agama Secara umumnya, kesemua prinsip Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera adalah bertepatan dengan elemen asas kesejahteraan keluarga yang telah dibincangkan oleh tokoh kekeluargaan Islam. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Sebagai contoh, elemen kesejahteraan sebelum perkahwinan tidak dilibatkan atau tidak dinyatakan dengan jelas dalam prinsip ini. Hal ini mungkin disebabkan program-program yang melibatkan elemen agama secara khusus telah dilaksanakan oleh jabatan lain seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Elemen pengangkutan juga tidak wujud secara jelas dalam program ini. Pihak YPKT Cuma menyediakan perkhidmatan secara tidak berkala seperti memberi perkhidmatan pengangkutan percuma kepada ahli keluarga yang ingin menyertai sebarang program serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kewangan dan hutang menerusi program Jaya Diri. 315

Secara lebih khusus, masih terdapat elemen-elemen kecil yang tidak dipenuhi serta memerlukan penambahbaikan terutamanya berhubung elemen pembudayaan ilmu dan pembudayaan ibadah. Antara perkara lain yang perlu diberikan perhatian secara serius oleh pihak YPKT ialah pembinaan asas atau sumber yang kukuh berhubung kekeluargaan Islam sebelum pelaksanaan program. Program yang dilaksanakan tidak disandarkan kepada sebarang teori kekeluargaan secara jelas sama ada teori dari Barat mahupun Islam kecuali Taska Permata Keluarga yang mempunyai modul khusus. Asas teori ini sangat penting bagi memastikan setiap program dapat dijalankan secara seragam dan tiada sebarang keperluan utama yang keciciran. Teori juga akan bertindak sebagai kayu pengukur kepada jangkaan hasil serta penambahbaikan yang boleh dilakukan pada tahap yang seterusnya. 5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN Berdasarkan penelitian penulis, program-program yang dijalankan di bawah prinsip Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) adalah satu pendekatan yang sangat baik dalam menangani isu-isu masyarakat, terutamanya dalam hal yang melibatkan tuntutan dan keperluan dalam pembinaan sebuah keluarga yang sejahtera menurut Islam. Kesemua 10 program yang dilancarkan iaitu Program Saguhati Anak Kelahiran Terengganu, Pengurus Kediaman, Walimah Perdana 1 Terengganu, Akademi Jahitan, Cakna Warga, Ibu Tunggal, 2 nd Honeymoon, Taska Permata Keluarga, Jaya Diri dan Desa Keluarga YPKT memenuhi dua elemen asas dalam pembinaan sebuah keluarga yang sejahtera iaitu Perkahwinan Sejahtera dan Rumah Tangga Sejahtera. Pun begitu, masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa terutamanya berhubung aspek sumber asas dalam pembentukan program kekeluargaan. Sebagai cadangan, pihak berwajib sama ada pihak YPKT mahupun pihak pentadbiran negeri Terengganu sewajarnya melibatkan penyelidikan dan kajian terperinci dan menyeluruh terhadap elemen-elemen kesejahteraan keluarga menurut Islam. Kajian ini boleh dibuat dengan melihat kepada nas-nas al-quran, hadis serta penulisan Islam dalam bidang kekeluargaan Islam. Dari sudut pelaksanaan, kajian ini juga penting bagi memastikan kelancaran, keseragaman dan keberkesanan sesebuah program. Dari sudut politik dan ekonomi pula, kajian ini penting bagi menjawab persoalan yang bakal ditimbulkan oleh sebahagian masyarakat berhubung keperluan diadakan sesuatu program agar tidak membawa kepada pembaziran wang, masa dan tenaga penggerak. Dari sudut kemasyarakatan, pihak berwajib sewajarnya memberikan panduan yang lebih jelas kepada masyarakat. Satu buku panduan keluarga sejahtera, senarai semak keluarga sejahtera, risalah atau edaran kecil perlu diterbitkan dan diedarkan secara percuma kepada setiap keluarga. Ini penting bagi memaklumkan usaha yang dilakukan oleh pihak YPKT mahupun kerajaan negeri mempunyai dasar dan matlamat yang jelas. Selain itu, satu mekanisme pengukuran boleh dibentuk menggunakan instrumen baru atau sedia ada seperti borang soal-selidik bagi meneliti keberkesanan dan pencapaian program. Ini penting bagi membuktikan keberkesanan program secara statistik dan memberi impak. Akhirnya dari sudut pentadbiran kerajaan, sewajarnya satu dasar yang memberi panduan khusus terhadap pembangunan keluarga sejahtera digubal oleh pihak kerajaan negeri Terengganu. Dasar ini akan bertindak sebagai hala tuju dan panduan pelaksanaan dan penguatkuasaan kepada pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab serta pihak yang berkepentingan. 316

PENGHARGAAN Projek ini dibiayai di bawah Skim Geran Penyelidikan Nic (NRGS-KPM) UniSZA/NRGS/2013/RR057, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Penjara Marang, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin atas bantuan yang diberikan kepada projek ini. RUJUKAN Abdul Rasyid, A.R. (2011). Keterampilan wanita alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Al-Hasyimi, A. (2010). Syakhsiah Al-Muslim Kama Yasughuha Al-Islam fi Al-Kitab wa Al- Sunnah. Riyadh: Dar Al-Basyair Al-Islamiyyah. Al-Nahlawi, A.R. (1986). Usul al-tarbiyyah al-islamiyyah wa Asalibuha. Damsyik: Dar al- Fikr. Al-Shahud, A.N. (2009). Subul al-saadah al-zawjiyyah. Pahang: t.t.p. Al-Siddiqi, I.A. (1998). Dalil al-falihin. Kaherah: Dal al-hadis. Al-Za Balawi, M.-S. (1985). Al-Umumah fi al-quran al-karim wa al-sunnah al-nabawiyyah. Beirut: Muassasah al-risalah. Al-Zuhayli, W. (2000). Al-Usrah al-muslimah fi al- Alam al-mu asirah. Damsyik: DÉr al- Fikr. Asyur, I. (1997). Tafsir Al-Tahrir wa Al-Tanwir. Tunisia: Dar Sahnun li al-nashr wa al-tawzi. Awad Ibrahim, M. (1983). Al-Islam wa al-usrah al-saidah. Kuwait: Wakalah al-matbuaat Shari Fahd al-salim. Hashim, C.N. (2002). Cabaran, halangan dan pendekatan strategik dalam pembentukan keluarga bahagia. Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Hawwa, S. (1988). Qawanin al-bayt al-muslim. Kaherah: Muassasah al-khalij al-arabi. Ismail, R., Ahmad, N.A., Ibrahim, F., & Nen, S. (2017). Pengaruh faktor individu, keluarga dan persekitaran sosial terhadap tingkah laku penyalahgunaan bahan dalam kalangan remaja. Akademika, 87(1), 7-16. Jabatan Perdana Menteri, JPM. (1989). Ayat-ayat ehwal wanita dalam al-quran. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Jawatankuasa Penyemak, JAKIM. (2008). Memasuki gerbang perkahwinan. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, LPPKN. (2017). Laporan kajian indeks kesejahteraan keluarga Malaysia 2016. Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Md. Ali, A.W. (2017). Pembinaan indikator kesejahteraan keluarga menurut Islam. (Tesis PhD tidak diterbitkan). Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia. Md. Yusoff Al-Haj, M.T. (1990). Panduan munakahat. Kuala Lumpur: Asa Trading. 317

Muhammad, M. & Md. Nawi, N.H. (2013). Indahnya didikan awal anak cara Islam. Selangor: PTS Millenia Sdn. Bhd. Najib, I. (1980). Al-Usrah al-mustla fi Qa al-quran wa al-sunnah. Riyadh: Maktabah Maaarif. Naseh Ulwan, A. (2008). Tarbiyyah al-awlad fi al-islam. Kaherah: Dar al-salam. Sharmani, Y. & Minggal, M.T. (2011). Teori kaunseling al-ghazalli mengenai ilmu, sejarah dan kandungan al-quran. Kuala Lumpur: PTS Islamika Sdn. Bhd. Shin, D.C. & Johnson, D.M. (1978). Avowed happiness as an overall assessment of the quality of life. Social Indicators Research, 5(1-4), 475-492. Sulaiman, S. & Ismail, A. (2017). Pengaruh didikan keluarga di rumah dalam kalangan penagih dadah. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4(1), 93-103. Wan Ahmad, W.I., Redzuan, M., Emby, Z., & Hamid, A.H. (2009). Kesejahteraan subjektif warga tua di Malaysia: Kes warga tua desa Kelantan. International Journal of Management Studies, 16(2), 63-96. Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, YPKT. (2015). Pamplet prinsip keluarga bahagia rakyat sejahtera. Kuala Terengganu: Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. 318