PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

HALATUJU PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR. Disediakan Oleh; Muhamad Asmadi bin Mustakim Ketua Sektor Pengurusan Akademik

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Amar Makruf Nahi Mungkar

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

BAB PERTAMA PENDAHULUAN

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

Transcription:

Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2017, Bilangan 10, Isu II, Halaman 68-87 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN Noraini Ismail 1, Riduan Makhtar 2* 1 Sarjana Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, ahayamataku_nbi@yahoo.com. 2 Jabatan Peradaban dan Potensi Insan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, riduan@kuis.edu.my. * Penulis Penghubung Artikel diterima :6 Jun 17 Selepas Pembetulan:17 Dec 17 Diterima untuk diterbit :17 Dec 17 Abstrak Kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cara untuk mencapai tujuan sesuatu pengajaran. Dalam pendidikan akidah, pengajaran dan pembelajaran yang baik bukan sahaja berupaya memindahkan ilmu pengetahuan, tetapi mampu meningkatkan amalan dalam kehidupan seharian. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan akidah dan menganalisis kefahaman akidah dan hubungannya dengan penghayatan akhlak pelajarpelajar di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan kajian tinjauan dan analisis dokumen. Instrumen soal selidik dan temu bual telah digunakan bagi mengumpul dan memperoleh data. Seramai 88 orang pelajar dipilih sebagai peserta kajian melalui pensampelan bertujuan. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif menggunakan frekuensi, min dan sisihan piawai. Secara keseluruhan, hasil analisis dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran akidah di institusi pondok adalah tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan kaedah pengajaran di institusi pondok masih relevan dalam suasana pembelajaran moden walaupun masih mengekalkan konsep pendidikan tradisional dan kefahaman akidah pelajar-pelajar menunjukkan tahap kefahaman akidah responden berada pada tahap yang tinggi. Analisis dapatan deskriptif berkaitan persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran akidah juga berada pada tahap yang tinggi. Suasana pembelajarannya yang mampu membentuk masyarakat sekitar dan menarik minat pelajar dari dalam mahupun luar negara menandakan institusi pondok masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 68

Dapatan kajian ini diharap mampu membantu institusi ini untuk terus berusaha memberi kefahaman agama kepada para pelajar sekaligus mengiktiraf dan memartabatkan institusi pondok sebagai institusi yang berwibawa. Kata kunci Akidah, pengajaran dan pembelajaran, frekuensi, min, sisihan piawai. Abstract Teaching and learning are way of achieving the purpose of teaching. In learning akidah (faith in God), good teaching and learning not only can transfer knowledge, but also enhance the daily practice. Therefore, this study is aimed at identifying the teaching and learning method of aqidah and analyzing the understanding of the faith and its relationship with the perceptiveness of students' in Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. This research uses a quantitative and qualitative research methodology that involves survey and analysis of documents. Instruments of questionnaires and interviews were used to collect and obtain data. A total of 88 students were selected as research participants through purposeful sampling. The data of this study have been analyzed descriptively using frequency, mean and standard deviation. Overall, the findings of the study show that students' perceptions of the teaching and learning method of aqidah in 'pondok' institution are high. The findings also show that teaching methods in 'pondok' institution are still relevant in the context of modern learning despite it still maintaining the concept of traditional education and the understanding of the akidah show that the level of understanding the faith of the respondents is at high level. Descriptive findings on student perceptions on teaching and learning akidah are also high. The learning environment that is able to shape the surrounding community and attracts students from within and outside the country indicates that the teaching in 'pondok' institution still has a place in the community. The findings of this study are to help the institution to continue to provide religious understanding to students as well as to recognize and uphold the institution of 'pondok' institution as a credible institution. Keywords Akidah, teaching and learning, frequency, min and standard deviation. 1. Pengenalan Dalam era globalisasi serta dunia tanpa sempadan, ramai umat Islam hari ini telah terjerumus dengan kerosakan akidah dan keruntuhan akhlak lantaran terlalu terpengaruh dengan isu-isu semasa. Masalah yang sedang dihadapi ini adalah berpunca daripada kurangnya penekanan terhadap teras Pendidikan Islam iaitu pendidikan akidah. Oleh yang demikian, di tengah-tengah masyarakat yang rosak akidahnya, maka pengajaran dan JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 69

pembelajaran akidah menjadi satu aspek penting sebagai usaha untuk menerapkan kembali kepercayaan dan keyakinan yang sepenuhnya terhadap agama Islam. Justeru, kajian yang dijalankan ini adalah berkenaan dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran akidah di pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Agama merupakan fitrah semula jadi yang tertanam di dalam jiwa setiap manusia. Adalah mustahil suatu masa nanti dunia ini akan sunyi daripada agama. Keadaan ini berlaku kerana manusia dalam hidupnya akan selalu rindu dan merasa kosong jika berusaha untuk hidup tanpa agama (Sabiq, 1985). Agama fitrah bagi manusia adalah agama Islam yang mempunyai ciri-ciri yang menghubungkan manusia dengan Tuhan, mengisi kekosongan dan memberi kesejahteraan abadi kepada seluruh umat manusia. Islam meletakkan akidah sebagai paksi yang menjadi asas bagi setiap sistem yang terkandung di dalamnya seperti sistem akhlak, kejiwaan, ekonomi, dan politik. Dengan terbinanya sistem-sistem tersebut, maka setiap umat Islam dituntut supaya mengimani akidah dengan penuh keyakinan tanpa kesangsian dan keraguan sebelum segala sesuatu yang lain (Mohd Sulaiman, 1986). Tanpa keimanan tersebut, kehidupan seseorang manusia tidak mungkin akan memberi apa-apa makna dan tidak boleh digelar sebagai Muslim bahkan segala amalan yang mewarnai kehidupannya hanyalah sia-sia (al-buti, 1996). Kepentingan akidah telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w melalui tempoh masa yang panjang iaitu selama tiga belas tahun di era Makkah yang bertujuan untuk mendidik dan mengajak masyarakat kepada akidah tauhid. Usaha baginda s.a.w membawa umat ini dari penyembahan berhala kepada akidah keimanan kepada Allah akhirnya berjaya membentuk satu generasi yang bangga dengan iman dan berpegang teguh dengan kebenaran. Selepas penghijrahan baginda ke Madinah, pendidikan akidah diteruskan di samping masyarakat juga dididik dengan didikan akhlak dan syariah. Pendekatan yang sama turut dilakukan oleh para sahabat, tabiin dan para ulama Islam iaitu menekankan aspek akidah dalam kehidupan masyarakat. Para ulama umpamanya, banyak mengarang kitab-kitab yang berkaitan dengan akidah Islam dan ilmu yang bersangkutan dengan kepentingannya (Abdul Salam, 2003). Antaranya Sayyid Sabiq (2011) menjelaskan jalan dan cara tarbiah yang paling unggul untuk memperbaiki perangai manusia adalah dengan cara menanam akidah di dalam jiwa. Hal ini kerana akidah mempunyai kesan yang kuat dalam hati dan jiwa manusia. Akidah yang berkesan dapat memberikan perkara yang lebih bermanfaat dan baik kepada jiwa. Ini kerana dengan mengenali Allah SWT akan menimbulkan perasaan jujur, membangkitkan cetusan kebaikan dan melahirkan keupayaan untuk bermuraqabah kepada Allah SWT dengan merasai bahawa Allah SWT sentiasa melihat dan mengawasi dirinya. Agama juga merangsang keinginan kepada perkara baik dan mulia serta menyisihkan perkara yang keji. Al-Qaradawi (1983) turut memberi penekanan terhadap kepentingan akidah. Beliau telah menjelaskan: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 70

i. Akidah yang sahih melahirkan manusia yang benar-benar merdeka. ii. Insan yang merdeka hanya menyembah Allah iaitu Tuhan yang Maha Kuasa, Tuhan Yang Esa dan hanya menjadi hamba kepadanya. iii. Akidah dapat membentuk manusia yang seimbang dunia dan akhirat. Matlamat dan cara hidup yang jelas dan tepat mampu menjadikan seseorang manusia melihat kehidupan dunia dan akhirat dengan lebih tepat. iv. Akidah merupakan sumber ketenangan kepada hati dan perasaan. Manusia yang berakidah teguh memiliki nilai-nilai positif dalam membina dan menjalani kehidupan. 2. Permasalahan Kajian Pendidikan Islam merupakan satu aspek pembelajaran yang penting dalam membentuk generasi yang beriman, bertakwa, berakhlak mulia, dan berketerampilan pada masa hadapan. Pendidikan Islam menjadi satu proses pengisian jiwa atau kerohanian bagi seseorang individu untuk melengkapkan dirinya sebagai seorang Muslim yang kamil. Sehubungan dengan itu, pengajarannya haruslah dilihat bukan hanya sekadar untuk lulus peperiksaan, bahkan memerlukan penghayatan dan pengamalan terhadap inti sari pembelajaran yang dipelajari. Justeru, bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan para pendidik perlu bijak serta kreatif dalam memilih dan merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran yang baik bukan sahaja dapat membantu pelajar memperoleh ilmu pengetahuan, malah memupuk minat serta kemahiran pelajar (Ab. Jamir et al, 2012). 3. Objektif Kajian Objektif kajian adalah matlamat khusus yang hendak dicapai dalam sesebuah kajian. Objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan akidah dan menganalisis kefahaman akidah dan hubungannya dengan penghayatan akhlak pelajarpelajar di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. 4. Metodologi Kajian Metodologi melibatkan beberapa perkara utama perlu dibincangkan yang merangkumi aspek reka bentuk kajian, instrumen kajian, populasi dan sampel kajian, tatacara pengumpulan, dan penganalisisan data. Secara umumnya kajian ini melibatkan dua reka bentuk kajian iaitu kajian kuantitatif yang disokong oleh kajian kualitatif. Data kualitatif diunakan untuk analisis dokumen, analisis kandungan dan temu bual untuk mendapatkan maklumat berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran akidah yang dijalankan di Pondok Pasir Tumboh. Maklumat dan data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif. Beberapa instrumen turut digunakan dalam kajian ini iaitu set soal selidik yang akan diedarkan bagi tujuan mengumpul dan memperoleh data JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 71

daripada responden berdasarkan keseluruhan populasi sebagai sampel kajian. Manakala set protokol temu bual digunakan untuk tujuan pengumpulan dan pemerolehan data melalui beberapa orang informan. Pengumpulan data dalam kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang akan diedarkan kepada responden. Responden adalah terdiri daripada pelajar-pelajar di Pondok Pasir Tumboh yang berjumlah 88 orang. Temu bual separa berstruktur akan dijalankan kepada guru-guru pondok yang bertindak sebagai informan untuk mendapatkan maklumat berkaitan bahan rujukan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta maklumat tambahan yang berkaitan. Responden kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Pondok Pasir Tumboh bagi mewakili sampel kajian. Manakala informan yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada kalangan guru-guru pondok. Kajian ini menggunakan teknik statistik deskriptif. Data yang telah siap dikodkan akan dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Sciences versi 19.0. Item-item yang berbentuk negatif direkodkan semasa proses menganalisis data. Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Ilmu Akidah Islam telah meletakkan elemen pendidikan pada kedudukan yang paling penting. Pendidikan merupakan satu ibadat yang sangat penting. Kepentingan pendidikan telah ditekankan oleh Allah SWT menerusi wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dalam surah al-alaq 96:1-5 (Ahmad Mohd, 2011). Firman Allah SWT: Maksudnya: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari segumpal darah beku. Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Menerusi ayat tersebut, Allah SWT memberi isyarat dan perintah yang amat jelas berkenaan pendidikan. Perkataan iqra yang bererti bacalah disebut oleh malaikat Jibrail a.s secara berulang-ulang kali kepada Rasulullah s.a.w telah menegaskan supaya umat manusia belajar, mengkaji dan mencari ilmu. Jika diteliti secara lebih mendalam, ayat ini telah mendidik dan mengajak orang beriman supaya menjadi orang yang berilmu (Mohd Yusuf, 2004). Rasulullah s.a.w telah menerapkan pendekatan ini dalam gerakan dakwah baginda membangunkan Islam. Usaha yang dilaksanakan oleh baginda telah meninggikan peradaban manusia kerana berjaya menjadi satu-satunya contoh tauladan yang terbaik dalam system pendidikan Islam. Di sebalik kejayaan ini terkandung falsafah pendidikan yang dapat dijadikan kerangka konsep falsafah pendidikan untuk panduan umat Islam hari ini (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007). JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 72

Tokoh-tokoh pendidikan telah melahirkan pemikiran yang kritis dalam menterjemahkan maksud falsafah pendidikan Islam. Keadaan ini berlaku hasil daripada interpretasi mendalam dan kajian terhadap kejayaan pendidikan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w serta pengalaman mereka sebagai tokoh pendidik (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007). Antaranya Miqdad Yalchin (1977) menjelaskan bahawa pendidikan adalah proses perlaksanaan falsafah pendidikan Islam dan merealisasikan hasilnya sama ada dalam bidang pembinaan, pembentukan dan pemasyarakatan selaras dengan keperibadian yang digariskan oleh falsafah Islam agar sahsiah Islam dapat dibentuk pada setiap tingkah laku dalam semua keadaan. Al-Shaybani (1991) pula berpendapat falsafah pendidikan Islam ialah falsafah yang dirancang secara hikmat untuk menjadikan proses dan usaha pendidikan bagi sesuatu bangsa. Seterusnya Zawawi (1984) yang memetik daripada Majalah al- Muslim al- Mucasir menyebut, falsafah pendidikan Islam merupakan suatu gagasan konsep yang saling berkait dalam satu carta pemikiran berlandaskan kepada prinsip nilai yang dibawa oleh Islam. Ia adalah gagasan yang menggariskan beberapa langkah dan landasan ilmiah yang mana jika dilaksanakan dapat membentuk peribadi yang sesuai dengan akidah Islam. Sementara al-nahwi (dalam Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007) menjelaskan bahawa falsafah pendidikan Islam merupakan satu kerangka teori yang berada dalam landasan manhaj Allah SWT dalam lapangan pendidikan untuk membentuk, membina dan melatih manusia. Pendidikan menurut beliau adalah suatu proses membina insan dari aspek pemikiran, keimanan, intelektual, jasmani, dan emosi serta menyediakan manusia agar dapat memikul amanah Allah SWT dalam kehidupan dunia. Asas falsafah pendidikan dalam Islam menurut beliau terdiri daripada tiga perkara. Pertama, keimanan kepada Allah SWT, meninggikan kalimah-nya dan menyeru kepada jalan-nya. Kedua, manhaj rabbani iaitu penghayatan kepada al-quran dan sunnah. Ketiga, kesedaran dan penerokaan terhadap realiti alam dan manusia yang berteraskan kepada dua asas sebelumnya. Falsafah pendidikan Islam dapat difahami sebagai satu proses yang bukan sekadar untuk memindahkan ilmu pengetahuan bahkan menekankan pembinaan karakteristik individu secara total sesuai dan selaras dengan kehendak Allah SWT. Pendidikan merupakan kata terbitan daripada perkataan didik yang membawa maksud jaga, pelihara atau ajar dengan hati-hati sejak kecil (Noresah, 2005). Dalam bahasa Inggeris, pendidikan disebut sebagai education yang dikatakan berasal daripada cantuman dua kata Latin iaitu e ex dan ducereduc. Dalam bahasa Arab, terdapat beberapa perkataan yang digunakan bagi merujuk kepada pendidikan. Perkataan yang kerap digunakan antaranya perkataan ta lim yang bererti mengajar, perkataan tarbiyyah yang bererti mengasuh, memelihara atau memimpin, dan perkataan ta dib yang bererti mendidik, mengajar adab atau membentuk akhlak (Abdullah, 1995). Secara umum, perkataan ta lim, tarbiyyah dan ta dib bermaksud pendidikan. Jika diteliti secara lebih mendalam ternyata ketiga-tiga perkataan ini mempunyai maksud yang berlainan. Menurut sarjana JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 73

pendidikan, perkataan ta lim mempunyai pengertian yang sempit dan lebih menumpukan kepada aspek pengajaran. Perkataan tarbiyyah pula mempunyai makna yang lebih luas yang bukan sahaja mencakupi pendidikan kepada manusia malah kepada makhluk Allah SWT yang lain. Perkataan tarbiyyah lebih kerap digunakan di seluruh tanah Arab termasuk Malaysia berbanding perkataan-perkataan lain (Abdullah, 1995). Bagaimanapun, al-attas (1980) berpendapat bahawa perkataan ta dib adalah lebih tepat bagi menggambarkan proses pendidikan manusia kerana ia mempunyai makna yang lebih spesifik. Dari sudut istilah, al- Shaybani (1991) mendefinisikan pendidikan sebagai membina atau membentuk keperibadian yang sempurna dalam berbagai-bagai aspek berhubung dengan jasmani, rohani, akal, amalan dan sosial bagi mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Hassan Langgulung (1991) pula mendefinisikan pendidikan dalam dua pengertian. Pendidikan dalam pengertian yang umum meliputi hampir semua bidang aktiviti manusia daripada paling sederhana hingga kepada aktiviti yang kompleks. Pendidikan dalam pengertian yang khusus pula meliputi aktiviti manusia untuk memelihara kelangsungan hidup sama ada sebagai seorang individu atau sebagai anggota masyarakat. Bagaimanapun, perkataan pendidikan apabila digabungkan dengan perkataan Islam memberi pengertian yang berbeza dengan maksud pendidikan. Al-Qaradawi (1980), pendidikan Islam adalah pendidikan bagi keseluruhan hidup termasuk akal dan hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku. Tujuannya adalah untuk menyediakan manusia dalam mengharungi kehidupan sama ada susah atau senang di samping menyediakan mereka untuk menghadapi pelbagai karenah masyarakat. Al-Attas (1980) telah mendefinisikan pendidikan Islam sebagai usaha yang dilakukan oleh pendidik terhadap anak didik untuk pengenalan dan pengakuan tempat-tempat yang benar dari segala sesuatu dari aturan penciptaan sehingga membimbing mereka ke arah kebaikan. Abd. Halim El-Muhammady (1993) secara panjang lebar mendefinisikan pendidikan Islam sebagai proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu al-quran dan sunnah, pengalaman salaf al-salih serta ilmuwan muktabar untuk melahirkan insan soleh yang mampu memikul tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT dalam mengimarahkan alam ini untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Sementara Ulwan (2000) mempunyai definisi yang tersendiri terhadap pendidikan Islam. Pendidikan Islam pada pandangan beliau adalah usaha untuk menyediakan dan membentuk anak didik agar menjadi anggota masyarakat yang baik dan menjadi manusia soleh di dalam kehidupan ini. Pendidikan untuk anak-anak yang digariskan oleh beliau adalah bermula daripada pemilihan pasangan hidup sehingga kepada melahirkan anak dan anak itu meningkat dewasa. Menurut beliau lagi, pendidikan Islam yang ideal ialah meliputi aspek-aspek pendidikan keimanan, akhlak, jasmani, akal, psikologi, sosial dan seks. Dapat disimpulkan, pendidikan manusia dalam semua aspek pembentukan sama ada dari aspek jasmani, rohani, akal mahupun dari JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 74

aspek sosial hendaklah bersumberkan al-quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Kegagalan untuk meletakkan al-quran dan sunnah dalam pendidikan Islam akan menyebabkan kegagalan dalam membentuk sahsiah Muslim yang komited terhadap tuntutan agama. Pendidikan Islam mempunyai kekuatannya yang tersendiri kerana berupaya meletakkan asas yang kukuh dalam pembinaan tamadun manusia yang cemerlang sama ada dalam aspek duniawi mahupun ukhrawi. Oleh yang demikian, falsafah, konsep serta matlamat pendidikan Islam mestilah berkait rapat dan mempunyai sebatian dengan roh al-quran serta perjalanan hidup para rasul khususnya cara hidup Rasulullah s.a.w. Matlamat pendidikan Islam adalah untuk melahirkan individu yang serba lengkap sama ada dari segi rohani dan jasmani, dan juga dari segi material atau sosial dalam mencapai kebahagiaan hidup dan keredhaan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Pendidikan Islam merupakan satu proses yang berterusan bagi melatih dan mendidik jasmani, rohani, akal, akhlak dan sosial manusia ke arah kehidupan yang bermakna di dunia dan di akhirat bersumberkan al- Quran dan sunnah. Sistem pendidikan menurut Islam bukan sekadar melahirkan manusia biasa tetapi melahirkan insan al-kamil yang hanya boleh diperoleh melalui sistem pendidikan yang berasaskan akidah yang betul menurut acuan Islam. 5. Analisis Kajian Kajian yang dijalankan menggunakan analisis statistik secara deskriptif. Proses penganalisisan data menggunakan Statistical Package for Social Sciences 83 (SPSS) bagi menjawab semua persoalan kajian iaitu persepsi pelajar-pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran ilmu akidah di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan dan tahap kefahaman akidah pelajarpelajar di Pondok Pasir Tumboh negeri Kelantan (konsep akidah secara umum, perkara asas akidah yang merangkumi keimanan kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, hari Akhirat serta keimanan kepada Qadak dan Qadar. Bagi menghuraikan nilai min yang diperoleh, pengkaji telah menggunakan jadual interpretasi statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial yang telah dirumuskan oleh Alias Baba (1999) seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 4.7: Jadual 4.7 Interpretasi min penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial Skor Min Interpretasi 1.00 1.80 Sangat Rendah 1.81 2.60 Rendah 2.61 3.40 Sederhana 3.41 4.20 4.21 5.00 Sangat Sumber: Alias Baba (1999) JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 75

Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Akidah di Pondok Pasir Tumboh Jadual 4.8 di bawah menunjukkan respons yang diberikan oleh pelajarpelajar bagi setiap item persepsi pengajaran dan pembelajaran akidah. Nilai-nilai yang diperoleh daripada analisis ini adalah; (B01) Pengajaran akidah Islam selalu disampaikan secara syarahan (min = 3.42, sp = 1.251). (B02) Saya mudah memahami kandungan pengajaran melalui syarahan yang guru berikan (min = 4.05, sp = 0.872). (B03) Guru saya sering bercerita dalam kuliah akidah Islam (min = 4.14, sp = 0.776). (B04) Cerita yang disampaikan oleh guru menarik perhatian saya (min = 4.33, sp = 0.738). (B05) Guru saya sering mengadakan perbincangan berkumpulan (min = 3.69, sp = 1.060). (B06) Saya suka mengambil bahagian dalam aktiviti perbincangan (min = 3.92, sp = 0.892). (B07) Guru saya sering menunjukkan cara melaksanakan ibadat dengan betul (min = 4.57, sp = 0.678). (B08) Guru saya sering mengemukakan pelbagai persoalan (min = 4.17, sp = 0.900). (B09) Guru saya sering membuat aktiviti/latihan bagi menghafal ayat-ayat hafazan di dalam kuliah (min = 3.97, sp = 1.066). (B10) Aktiviti pengulangan membantu saya menguasai fakta dan kemahiran (min = 4.46, sp = 0.679). (B11) Saya selalu diminta oleh guru melakukan bacaan berulang kali (min = 3.93, sp = 1.026). (B12) Guru Pendidikan Akidah saya pernah mengadakan lawatan sambil belajar (min = 3.49, sp = 1.278). Nilai-nilai yang diperoleh daripada hasil analisis ini bila dirujuk kepada cara interpretasi yang dicadangkan oleh Alias Baba (1999) didapati bahawa secara keseluruhan persepsi pengajaran dan pembelajaran akidah yang terdapat dalam kalangan pelajar-pelajar berada pada tahap tinggi iaitu (min = 4.01, sp = 0.934). Jadual 4.8 Persepsi pengajaran dan pembelajaran akidah Kod Item Min SP Tahap B01 Pengajaran akidah Islam selalu disampaikan secara syarahan B02 Saya mudah memahami kandungan B03 Guru saya sering bercerita dalam kuliah akidah Islam B04 Cerita yang disampaikan oleh guru menarik perhatian saya B05 Guru saya sering mengadakan perbincangan berkumpulan B06 Saya suka mengambil bahagian dalam aktiviti perbincangan 3.42 1.251 4.05 0.872 4.14 0.776 4.33 0.738 3.69 1.060 3.92 0.892 JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 76

B07 Guru saya sering menunjukkan cara melaksanakan ibadat dengan betul B08 Guru saya sering mengemukakan pelbagai persoalan B09 Guru saya sering membuat aktiviti/latihan bagi menghafal ayat-ayat hafazan di dalam kuliah B10 Aktiviti pengulangan membantu saya menguasai fakta dan kemahiran B11 Saya selalu diminta oleh guru melakukan bacaan berulang kali B12 Guru Pendidikan Akidah saya pernahmengadakan lawatan sambil belajar Faktor pembelajaran sosial secara keseluruhan 4.01 4.57 0.678 Sangat 4.17 0.900 3.97 1.066 4.46 0.679 Sangat 3.93 1.026 3.49 1.278 0.934 Sumber: Soal selidik (2014) Pengetahuan dan Kefahaman Akidah Pelajar-Pelajar di Pondok Pasir Tumboh Jadual 4.9 di bawah menunjukkan tahap pengetahuan dan kefahaman akidah pelajar (konsep akidah keimanan kepada Allah, keimanan kepada malaikat, keimanan kepada kitab, keimanan kepada nabi dan rasul, keimanan kepada hari akhirat, dan keimanan kepada qadak dan qadar). Daripada analisis statistik deskriptif yang dijalankan, nilai-nilai yang diperoleh bagi setiap konsep tersebut adalah; min = 4.31, sp = 0.94 (konsep akidah), min = 4.75, sp = 0.59 (keimanan kepada Allah), min = 4.81, sp = 0.53 (keimanan kepada malaikat), min = 4.81, sp = 0.52 (keimanan kepada kitab), min = 4.14, sp = 0.85 (keimanan kepada nabi dan rasul) min = 4.59, sp = 0.71 (keimanan kepada hari akhirat, min = 4.41, sp = 0.82 (keimanan kepada qadak dan qadar). Nilai-nilai yang diperoleh daripada hasil analisis ini bila dirujuk kepada cara interpretasi yang dicadangkan oleh Alias Baba (1999) bahawa secara keseluruhan pelajar-pelajar yang dikaji mempunyai tahap pengetahuan dan kefahaman akidah yang tinggi bagi setiap konsep tersebut (konsep akidah keimanan kepada Allah, keimanan kepada malaikat, keimanan kepada kitab, keimanan kepada nabi dan rasul, keimanan kepada hari akhirat, keimanan kepada qadak dan qadar). Didapati skor min tertinggi adalah pada konsep keimanan kepada malaikat dan konsep keimanan kepada kitab, seterusnya diikuti dengan konsep keimanan kepada Allah, konsep keimanan kepada hari akhirat, konsep keimanan kepada qadak dan qadar, konsep akidah secara umum, dan konsep keimanan kepada nabi dan rasul. Bagaimanapun, nilai min yang diperoleh oleh pelajar-pelajar secara keseluruhannya berada pada JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 77

tahap yang sangat tinggi. Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar mempunyai tahap pengetahuan dan kefahaman yang baik kepada seluruh konsep akidah tersebut. Jadual 4.9 Pengetahuan dan kefahaman akidah Kod Item Min SP Tahap 1 Konsep akidah secara umum 4.32 0.49 Sangat 2 Konsep keimanan kepada Allah 4.75 0.37 Sangat 3 Konsep keimanan kepada Malaikat 4.80 0.35 Sangat 4 Konsep keimanan kepada Kitab 4.81 0.33 Sangat 5 Konsep keimanan kepada Nabi dan Rasul 4.15 0.41 6 Konsep keimanan kepada Hari 4.60 0.46 Sangat Akhirat 7 Konsep keimanan kepada Qadak dan Qadar 4.32 0.59 Sangat Sumber: Soal selidik (2014) Respons Pelajar Bagi Setiap Item Konsep Akidah Jadual 4.10 di bawah menunjukkan respons yang diberikan oleh pelajarpelajar bagi setiap item yang menggambarkan pengetahuan pelajar tentang konsep akidah. Nila-inilai yang diperoleh daripada analisis ini adalah; (C01) Akidah yang benar bermaksud keyakinan yang kuat terhadap kewujudan Allah Yang Maha Esa, (min = 4.77, sp = 0.497), (C02) Mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dengan al-quran dan al-sunnah adalah ciri-ciri akidah yang salah (min = 4.15, sp = 1.491). (C03) Hanya dengan mempercayai kewujudan Allah SWT sudah cukup untuk melengkapkan akidah saya (min = 2.79, sp = 1.529). (C04) Al- Quran bukanlah sumber utama akidah Islam (min = 4.56, sp = 1.020). (C05) Manusia boleh mengubah rukun iman mengikut keperluan semasa (min = 4.85, sp = 0.638). (C06) Akidah adalah asas kepada pembinaan jati diri umat Islam (min = 4.74, sp = 0.493). Dapatan ini menunjukkan bahawa secara umumnya pelajar memberikan respons yang positif dan memperoleh skor min yang tinggi terhadap item-item yang menggambarkan konsep akidah kecuali pada item soalan B03 iaitu pelajar-pelajar memberikan respons pada tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa pelajar kurang bersetuju dengan mempercayai kewujudan Allah sudah cukup untuk melengkapkan akidah mereka. JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 78

Jadual 4.10 Respons pelajar bagi setiap item konsep akidah Kod Item Min SP Tahap C01 Akidah yang benar bermaksud keyakinan yang kuat terhadap kewujudan Allah Yang Maha Esa C02 Mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dengan al-quran dan al-sunnah adalah ciri-ciri akidah yang salah C03 Hanya dengan mempercayai kewujudan Allah SWT sudah cukup untuk melengkapkan akidah saya C04 Al-Quran bukanlah sumber utama akidah Islam C05 Manusia boleh mengubah rukun iman mengikut keperluan semasa 4.77 0.497 Sangat 4.15 1.491 2.79 1.529 Sederhana 4.56 1.020 Sangat 4.85 0.638 Sangat C06 Akidah adalah asas kepada pembinaan jati diri umat Islam 4.74 0.493 Sumber: Soal selidik (2014) Respons Pelajar Bagi Setiap Item Keimanan Kepada Allah Jadual 4.11 di bawah menunjukkan respons yang diberikan oleh pelajarpelajar bagi setiap item yang menggambarkan pengetahuan pelajar tentang keimanan kepada Allah. Nilai-nilai yang diperoleh daripada analisis ini adalah; (C07) Orang yang beriman kepada Allah SWT meyakini kewujudan-nya tanpa ragu-ragu (min = 4.86, sp = 0.345). (C08) Keimanan kepada Allah SWT dapat menghalang kerosakan dan penyelewengan di muka bumi (min = 4.59, sp = 0.930). (C09) Allah SWT mengetahui setiap perkara yang kita lakukan (min = 4.93, sp = 0.254). (C10) Sifat-sifat Allah SWT serupa dengan sifat-sifat manusia (min = 4.92, sp = 0.378). (C11) Akal manusia mempunyai keupayaan yang tidak terbatas (min = 4.45, sp = 1.059). (C12) Orang yang beriman hanya takut kepada Allah SWT (min = 4,76, sp = 0.628). Dapatan ini menunjukkan bahawa secara umumnya pelajar memberikan respons yang positif dan memperoleh skor min yang tinggi terhadap item-item yang menggambarkan konsep iman kepada Allah. Jadual 4.11 Respons pelajar bagi setiap item keimanan kepada Allah Kod Item Min SP Tahap C07 Orang yang beriman kepada Allah SWT meyakini kewujudan-nya tanpa ragu-ragu 4.86 0.345 Sangat JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 79

C08 C09 C10 Keimanan kepada Allah SWT dapat menghalang kerosakan dan penyelewengan di muka bumi Allah SWT mengetahui setiap perkara yang kita lakukan Sifat-sifat Allah SWT serupa dengan sifat-sifat manusia 4.59 0.930 Sangat 4.93 0.254 Sangat 4.92 0.378 Sangat C11 C12 Akal manusia mempunyai keupayaan yang tidak terbatas 4.45 1.059 Sangat Orang yang beriman hanya takut 4.76 0.628 Sangat kepada Allah SWT Sumber: Soal selidik (2014) Respons Pelajar Bagi Setiap Item Keimanan Kepada Malaikat Jadual 4.12 di bawah menunjukkan respons yang diberikan oleh pelajarpelajar bagi setiap item yang menggambarkan pengetahuan pelajar tentang keimanan kepada malaikat. Nilai-nilai yang diperoleh daripada analisis ini adalah; (C19) Beriman kepada malaikat termasuk dalam salah satu rukun iman (min = 4.91, sp = 0.291). (C20) Malaikat adalah makhluk Allah SWT yang diciptakan daripada Nur (cahaya) (min = 4.85, sp = 0.357). (C21) Malaikat adalah jenis makhluk ghaib tetapi mampu menjelmakan dirinya dengan izin Allah SWT (min = 4.77,sp = 0.638). (C22) Sifat Malaikat yang paling utama adalah ketaatan mutlak kepada Allah SWT (min = 4.82, sp = 0.561). (C23) Malaikat ialah makhluk yang bertugas untuk Allah SWT tanpa memperoleh balasan pahala (min = 4.63, sp = 0.855). (C24) Seorang Muslim percaya semua perbuatan baik atau buruk yang kita lakukan dicatat oleh malaikat (min = 4.89, sp = 0.492). Dapatan ini menunjukkan bahawa secara umumnya pelajar memberikan respons yang positif dan memperoleh skor min yang tinggi terhadap itemitem yang menggambarkan konsep iman kepada malaikat. Jadual 4.12 Respons pelajar bagi setiap item keimanan kepada malaikat Kod Item Min SP Tahap C19 C20 C21 Beriman kepada malaikat termasuk dalam salah satu rukun iman Malaikat adalah makhluk Allah SWT yang diciptakan daripada Nur (cahaya) Malaikat adalah jenis makhluk ghaib tetapi mampu menjelmakan dirinya dengan izin Allah SWT 4.91 0.291 Sangat 4.85 0.357 Sangat 4.77 0.638 Sangat JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 80

C22 Sifat Malaikat yang paling utama adalah ketaatan mutlak kepada Allah SWT 4.82 0.561 Sangat C23 Malaikat ialah makhluk yang bertugas untuk Allah SWT tanpa memperoleh balasan pahala 4.63 0.855 Sangat C24 Seorang Muslim percaya semua perbuatan baik atau buruk yang kita lakukan dicatat oleh malaikat 4.89 0.492 Sangat Sumber: Soal selidik (2014) Respons Pelajar Bagi Setiap Item Keimanan Kepada Kitab Jadual 4.13 di bawah menunjukkan respons yang diberikan oleh pelajarpelajar bagi setiap item yang menggambarkan pengetahuan pelajar tentang keimanan kepada kitab. Nilai-nilai yang diperoleh daripada analisis ini adalah; (C25) Zabur, Injil, Taurat dan al-quran adalah kitabkitab suci yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada rasul-rasulnya (min = 4.90, sp = 0.334). (C26) Al-Quran adalah panduan hidup manusia (min = 4.91, sp = 0.291). (C27) Beriman dengan al-quran bermaksud meyakini isi kandungannya tanpa ragu-ragu (min = 4.81, sp = 0.451). (C28) Al- Quran adalah mukjizat Rasulullah s.a.w (C29) Kandungan al-quran tidak sesuai pada masa sekarang (min = 4.82, sp = 0.443). (C30) Seorang Muslim tidak perlu mengetahui hukum tajwid untuk membaca al-quran (min = 4.82, sp = 0.674). Dapatan ini menunjukkan bahawa secara umumnya pelajar memberikan respons yang positif dan memperoleh skor min yang tinggi terhadap item-item yang menggambarkan konsep iman kepada kitab. Jadual 4.13 Respons pelajar bagi setiap item iman kepada kitab Kod Item Min SP Tahap C25 Zabur, Injil, Taurat dan al-quran adalah kitab-kitab suci yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada rasul-rasul-nya C26 Al-Quran adalah panduan hidup manusia C27 Beriman dengan al-quran bermaksud meyakini isi kandungannya tanpa ragu-ragu C28 Al-Quran adalah mukjizat Rasulullah s.a.w 4.90 0.334 Sangat 4.91 0.291 Sangat 4.81 0.451 Sangat 4.82 0.443 Sangat JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 81

C29 Kandungan al-quran tidak sesuai pada masa sekarang 4.82 0.674 Sangat C30 Seorang Muslim tidak perlu 4.62 0.931 Sangat mengetahui hukum tajwid untuk membaca al-quran Sumber: Soal selidik (2014) Respons Pelajar Bagi Setiap Item Keimanan Kepada Nabi Dan Rasul Jadual 4.14 di bawah menunjukkan respons yang diberikan oleh pelajarpelajar bagi setiap item yang menggambarkan pengetahuan pelajar tentang keimanan kepada nabi dan rasul. Nilai-nilai yang diperoleh daripada analisis ini adalah; (C13) Nabi adalah seorang lelaki yang diwahyukan oleh Allah SWT untuk menyampaikan syariat kepada seluruh umat Islam (min = 1.68, sp = 1.265). (C14) Nabi Muhammad s.a.w bukan nabi yang terakhir (min = 4.74, sp = 0.828). (C15) Kita tidak wajib mempercayai kewujudan Nabi (min = 4.80, sp = 0.679). (C16) Semua sejarah Rasul tidak boleh dipercayai (min = 4.91, sp = 0.391). (C17) Seorang Muslim mempercayai Rasul diciptakan daripada Nur (cahaya) (min = 3.92, sp = 1.498). (C18) Seorang Muslim perlu melafazkan ucapan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w (min = 4.79, sp = 0.463). Dapatan ini menunjukkan bahawa secara umumnya pelajar memberikan respons yang positif dan memperoleh skor min yang tinggi terhadap item-item yang menggambarkan konsep iman kepada nabi dan rasul kecuali pada item soalan B13 iaitu pelajar-pelajar memberikan respons pada tahap sangat rendah. Jadual 4.14 Respons pelajar bagi setiap item keimanan kepada nabi dan rasul Kod Item Min SP Tahap C13 Nabi adalah seorang lelaki yang diwahyukan oleh Allah SWT untuk menyampaikan syariat kepada seluruh umat Islam C14 Nabi Muhammad s.a.w bukan nabi yang terakhir C15 Kita tidak wajib mempercayai kewujudan Nabi C16 Semua sejarah Rasul tidak boleh dipercayai C17 Seorang Muslim mempercayai Rasul diciptakan daripada Nur (cahaya). C18 Seorang Muslim perlu melafazkan ucapan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w setiap kali mendengar namanya disebut 1.68 1.265 Sangat Rendah 4.74 0.828 Sangat 4.80 0.679 Sangat 4.91 0.391 Sangat 3.92 1.498 4.79 0.463 Sangat JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 82

Sumber: Soal selidik (2014) Respons Pelajar Bagi Setiap Item Keimanan Kepada Hari Akhirat Jadual 4.15 di bawah menunjukkan respons yang diberikan oleh pelajarpelajar bagi setiap item yang menggambarkan pengetahuan pelajar tentang keimanan kepada hari akhirat. Nilai-nilai yang diperoleh daripada analisis ini adalah; (C31) Hari kiamat, hari akhirat dan hari kebangkitan semula adalah perkara yang sama (min = 3.98, sp = 1.497). (C32) Beriman kepada hari akhirat bukanlah satu kewajipan (min = 4.86, sp = 0.507). (C33) Manusia akan dibangkitkan semula di padang Mahsyar untuk dihisab segala amalan baik dan buruk mereka di dunia (min = 4.86, sp = 0.345). (C34) Yakin pada hari akhirat dapat membentuk diri orang Islam membina akhlak yang baik (min = 4.67, sp = 0.519). Dapatan ini menunjukkan bahawa secara umumnya pelajar memberikan respons yang positif dan memperoleh skor min yang tinggi terhadap item-item yang menggambarkan konsep iman kepada hari akhirat. Jadual 4.15 Respons pelajar bagi setiap item keimanan kepada hari akhirat Kod Item Min SP Tahap C31 Hari kiamat, hari akhirat dan hari kebangkitan semula adalah perkara yang sama C32 Beriman kepada hari akhirat bukanlah satu kewajipan 3.98 1.497 Sangat 4.86 0.507 Sangat C33 Manusia akan dibangkitkan semula di padang Mahsyar untuk dihisab segala amalan baik dan buruk mereka di dunia 4.86 0.345 Sangat C34 Yakin pada hari akhirat dapat membentuk diri orang Islam membina akhlak yang baik 4.67 0.519 Sangat Sumber: Soal selidik (2014) Respons Pelajar Bagi Setiap Item Keimanan Kepada Qadak Dan Qadar Jadual 4.16 di bawah menunjukkan respons yang diberikan oleh pelajarpelajar bagi setiap item yang menggambarkan pengetahuan pelajar tentang keimanan kepada qadak dan qadar. Nilai-nilai yang diperoleh daripada analisis ini adalah; (C35) Allah SWT yang mengatur dan menentukan segala yang ada dan berlaku di alam ini (min = 4.89, sp = 0.319). (C36) Allah SWT mengetahui semua perbuatan manusia termasuk yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku (min = 4.93, sp = 0.254). (C37) Kebahagiaan hidup adalah datang daripada usaha manusia (min = 3.51, sp = 1.493). (C38) Seorang Muslim tidak perlu berusaha JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 83

kerana segala-galanya telah ditentukan oleh Allah SWT (min = 4.63, sp = 0.835). (C39) Keimanan kepada qadak dan qadar adalah pendorong kepada sifat tidak berputus asa (min = 4.56, sp = 0.679). (C40) Kejayaan dan kegagalan sesuatu perkara adalah berpunca dari usaha manusia sematamata (min = 3.99, sp = 1.342). Dapatan ini menunjukkan bahawa secara umumnya pelajar memberikan respons yang positif dan memperoleh skor min yang tinggi terhadap item-item yang menggambarkan konsep iman kepada qadak dan qadar. Jadual 4.16 Respons pelajar bagi setiap item keimanan kepada qadak dan qadar Kod Item Min SP Tahap C35 C36 C37 C38 C39 C40 Allah SWT yang mengatur dan menentukan segala yang ada dan berlaku di alam ini 4.89 0.319 Allah SWT mengetahui semua perbuatan 4.93 0.254 Sangat manusia termasuk yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku Kebahagiaan hidup adalah datang daripada 3.51 1.493 Sangat usaha manusia Seorang Muslim tidak perlu berusaha kerana 4.63 0.835 Sangat segala-galanya telah ditentukan oleh Allah SWT. Keimanan kepada qadak dan qadar adalah 4.56 0.679 Sangat pendorong kepada sifat tidak berputus asa Kejayaan dan kegagalan sesuatu perkara 3.99 1.342 Sangat adalah berpunca dari usaha manusia semata-mata Sumber: Soal selidik (2014) 6. Huraian Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, perbincangan persoalan mengenai persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran akidah di pondok dan tahap kefahaman akidah pelajar-pelajar pondok. Secara keseluruhannya, analisis dapatan kajian mengenai persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran akidah di pondok mendapati pelajar-pelajar memberi respons yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran akidah di pondok. Dapatan kajian ini menunjukkan penguasaan guru terhadap tajuk yang diajar mempengaruhi pemahaman pelajar. Dapatan kajian juga mendapati guru pondok berusaha memberi penjelasan yang sebaik mungkin berdasarkan kemampuan pelajar. Kefahaman guru untuk mengolah pengetahuan isi kandungan yang disampaikan kepada pelajar, keupayaan guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang sesuai agar mudah difahami oleh pelajar dan kefahaman guru terhadap ciri-ciri dan kebolehan pelajar yang diperoleh melalui pengalaman, pengetahuan isi kandungan, dan kemahiran pedagogi subjek JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 84

membolehkan pelajar menggarap pengetahuan kandungan akidah, menghayati dan menterjemahkannya dalam realiti kehidupan. Analisis dapatan kajian mengenai kefahaman akidah mendapati secara keseluruhannya pelajar-pelajar mempunyai tahap pengetahuan dan kefahaman akidah yang tinggi bagi konsep akidah keimanan kepada Allah, keimanan kepada malaikat, keimanan kepada kitab, keimanan kepada nabi dan rasul, keimanan kepada hari akhirat, keimanan kepada qadak dan qadar. Skor min tertinggi adalah pada konsep keimanan kepada malaikat dan konsep keimanan kepada kitab, seterusnya diikuti dengan konsep keimanan kepada Allah, konsep keimanan kepada hari akhirat, konsep keimanan kepada qadak dan qadar, konsep akidah secara umum, dan konsep keimanan kepada nabi dan rasul. Bagaimanapun nilai min yang diperoleh oleh pelajar-pelajar secara keseluruhannya berada pada tahap yang sangat tinggi. Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar mempunyai tahap pengetahuan dan kefahaman yang baik kepada seluruh konsep akidah tersebut. Analisis dapatan yang diperoleh juga menunjukkan para pelajar benar-benar komited mempelajari ilmu akidah. Kesungguhan ini selari dengan kehendak Islam yang mewajibkan umat Islam untuk mempelajari ilmu ini. Seorang pelajar yang mempunyai akidah yang benar dan kukuh pastinya akan menjadi seorang yang terbaik pada setiap waktu dan ketika. Ia mampu menangkis segala halangan dan tipu daya musuh Islam sama ada dalaman atau luaran yang berbentuk fahaman-fahaman dan aliran yang bercanggah dengan Islam. Dengan kekuatan akidah yang mantap juga akan menghindari pelajar dari segala budaya-budaya yang tidak sihat. Penerapan akidah yang mantap dalam kehidupan pelajar akan melahirkan pelajar yang bersifat: i. Mempunyai keimanan yang murni, positif dan dinamik, serta mewarnai perwatakan dan perilaku seseorang termasuk pandangan sarwa (pandangan alam), aksiologinya (sistem nilai) dan epistemologinya (falsafah ilmunya). Iman yang memberi daya juang, kekuatan dan daya tahan kepada manusia dalam menghadapi ujian dan cabaran hidup. ii. Sentiasa bertawakal kepada Allah SWT setelah melakukan segala tindakan dan berusaha. Tawakal yang kental kepada Allah memungkinkan seseorang itu berdiri tegak, yakin, optimis dan tidak gentar berhadapan dengan apa jua jenis kekuatan dan kehebatan makhluk. iii. Menghindari dosa-dosa besar dan pelbagai bentuk perbuatan keji. Sifat ini merupakan hasil dari kemurnian jiwa dan kejernihan minda yang mampu menjadi daya kawal dan buah dari keimanan yang mendalam. iv. Bersikap sensitif dan responsif terhadap perintah Allah SWT. Dengan itu,seseorang itu akan sentiasa berhubungan dengan Allah SWT. Hubungan dengan Allah ini akan melahirkan jiwa yang murni dan benteng dari perlakuan dosa dan perbuatan keji serta tidak berfaedah. JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 85

v. Sentiasa mendirikan solat. Solat merupakan manifestasi dan lambang hubungan dan kedudukan yang mutlak kepada Allah SWT. vi. Sentiasa bersifat sabar. Sifat ini merupakan sifat seorang yang berjaya. Ini kerana setiap kehidupan akan berhadapan dengan cabaran dan dugaan. Sikap sabar merupakan ubat yang mujarab dalam menghadapi pelbagai situasi. Ini menggambarkan bahawa manusia yang tidak mengenali Tuhan adalah manusia yang hidup dalam keadaan buta, tidak mengetahui tujuan hidup dan tidak mengetahui hikmat di sebalik kewujudannya di dunia ini. Orang yang tidak beriman kepada kewujudan Tuhan akan leka dalam hidup, tidak percaya kepada segala hokum hakam, memandu kehidupan mengikut hawa nafsu dan kemahuan sendiri yang pastinya akan merosak diri dan masyarakat. 7. Kesimpulan Hasil daripada kajian yang dilakukan menunjukkan, kaedah pengajaran dan pembelajaran akidah pelajar-pelajar di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan memaparkan keberkesanan yang sangat berkesan terhadap para pelajar.dapatan kajian bagi pengajaran dan pembelajaran akidah di pondok menunjukkan kaedah yang digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran akidah di pondok dapat melahirkan pelajarpelajar yang dapat memahami ilmu akidah dengan baik. Namun, ke arah untuk memperkasa akidah dalam diri setiap pelajar agar dapat melahirkan insan kamil, institusi pondok khususnya pondok Pasir Tumboh, boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajarannya agar dapat mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran secara maksimum. Seorang pelajar yang mempunyai akidah yang benar dan kukuh pastinya akan menjadi seorang yang terbaik pada setiap waktu dan ketika. Ia mampu menangkis segala halangan dan tipu daya musuh Islam sama ada dalaman atau luaran yang berbentuk fahaman-fahaman dan aliran yang bercanggah dengan Islam. Dapatan ini juga menunjukkan para pelajar menjadikan pendidikan akidah sebagai satu elemen penting dalam kehidupan mereka. Pendidikan akidah penting kepada para pelajar kerana dengan kekuatan akidah melalui pendidikan yang diterima oleh mereka sahajalah yang dapat menangkis segala ujian dan dugaan dalam kehidupan mereka seharian. Justeru, mempelajari, mengetahui, memahami dan menghayati ilmu akidah dalam agama dapat menyeimbangkan unsur rohani dan jasmani dalam diri sekali gus dapat melatih emosi dan pemikiran manusia agar menghubungkan segala keterampilan dan kemahiranyang dimiliki dengan pemerhatian dan penghayatan kepada kebesaran dan kebijaksanaan Maha Penciptanya. Pemerhatian dan penghayatan tersebut akan meletakkan manusia kembali kepada iman dan amal dalam menyedari hakikat dan matlamat hidupnya. JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 86

Rujukan al-quran. Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Mohd Salleh. 2011. Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam. Edisi ke-2. Shah Alam: Oxford Fajar. Alias Baba. 1999. Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1980. The Concept of Education in Islam. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia. Hassan Langgulung. 1991. Pendidikan Islam Menghadapi Abad ke-21. Shah Alam: Hizbi Sdn. Bhd. Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Miqdad Yalchin. 1977. Al-Tarbiyyah Al-Akhlaqiyyah Al-Islamiyyah. Mesir: Maktabah Al-Khanji. Mohd Yusuf Ahmad. 2004. Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaysia. Noresah Baharom. 2005. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Al-Qaradawi, Yusuf. 1980. Minhaj Al-Tarbiyyah Al-Islamiyyah Wa Madrasah Hassan Al-Banna. Terj. Jakarta: Bulan Bintang. Ulwan, Abdullah Nasih. 2000. Pendidikan Anak-Anak Menurut Pandangan Islam. Terjemahan. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Zawawi Ahmad. 1984. Pendidikan Islam: Kaedah dan Teknik Pengajaran. Selangor: International Book Service. JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 68-87 87