WAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA)

Similar documents
EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

LOKALISASI TADBIR URUS ZAKAT DI MASJID: KAJIAN DI BANDAR BARU BANGI SELANGOR

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR PENENTU MEMBAYAR ZAKAT DI BADAN AMIL ZAKAT NASIONAL (BAZNAS) DALAM KALANGAN PEMBAYAR ZAKAT DI KOTA MEDAN, INDONESIA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Prosiding SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA. 22 Mac Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN FAKTOR PERSEKITARAN TERHADAP PEMATUHAN ZAKAT PENDAPATAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Penerimaan Masyarakat Terhadap Perlindungan Takaful

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PENGAGIHAN ZAKAT OLEH INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA: MENGAPA MASYARAKAT ISLAM TIDAK BERPUAS HATI?

JAWHAR. JURNAL PENGURUSAN. Vol. 4, No. 1, 2010 ISSN KANDUNGAN JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) JURNAL

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

KESAN DRAMA HIBUR-DIDIK DAN DOKUMENTARI DALAM MEMPENGARUHI NIAT UNTUK MENDERMA ORGAN: SATU EKSPERIMEN BERTERASKAN MODEL ELABORATION LIKELIHOOD

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Zakat: Analisis Pengurusan dan Trend Agihan di Melaka

Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Agihan Zakat: Perbandingan antara Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

Nur Aliah Mohd Sukeri 1 Zulaikha Mohd Hanafiah 2 Hairunnizam Wahid 3

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

Faktor-Faktor Mempengaruhi Sumbangan Wakaf Tunai di Kuis

Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful (Non Muslim Student s Perception on Takaful) IZZATI LIYANA AWANG & HENDON REDZUAN ABSTRAK

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

FORECASTING REVENUE PASSENGER ENPLANEMENTS USING WAVELET-SUPPORT VECTOR MACHINE MOHAMAD AIMAN ZAINUDDIN

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Mohd Suffian Mohamed Esa Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Ali Mohd Noor Universiti Kebangsaan Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESAN KERJA SYIF MALAM TERHADAP HUBUNGAN SOSIAL DAN KESIHATAN FIZIKAL JURURAWAT

KEBERKESANAN MEDIUM MAKLUMAT SEBAGAI PERANTARAAN TERHADAP POTENSI BERZAKAT: KAJIAN KES GOLONGAN MUDA (PELAJAR IPT)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

PENSWASTAAN INSTITUSI ZAKAT DAN KESANNYA TERHADAP PEMBAYARAN SECARA FORMAL DI MALAYSIA

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

CADANGAN MEWUJUDKAN LOGO PENGIKTIRAFAN ZAKAT PERNIAGAAN: KAJIAN TERHADAP USAHAWAN MUSLIM DI SELANGOR

PEMERKASAAN SISTEM ZAKAT DI MALAYSIA: PERMASALAHAN DAN CADANGAN PELAKSANAAN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Mohd Faisol Ibrahim 1 ABSTRAK

KESEDARAN DAN KEPATUHAN WANITA TERHADAP PEMBAYARAN ZAKAT EMAS PERHIASAN DI SELANGOR

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

Sistem Pengurusan Zakat di Malaysia: Analisis Strategi Penyebaran Maklumat Menerusi Laman Sesawang

AISYAH ABDUL-RAHMAN & WAJEEHA ZULKIFLY ABSTRAK. Kata kunci: Pengurusan Kewangan, Pengetahuan kewangan, Pengurusan Perbelanjaan, Sumber Pembiayaan

THERMOLUMINESCENCE PROPERTIES OF DYSPROSIUM-DOPED CALCIUM BORATE GLASS FOR DOSE MEASUREMENT SUBJECTED TO IONIZING RADIATION

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

Transcription:

WAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA) Norzalina Zainudin, NurNaddia Nordin, Aza Shahnaz Azman, Teh Suhaila Tajuddin, Mohd Rozaini Jumali, Muhammad Asyraf Farhan Saharil Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS Selangor, Malaysia & Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, MUIP Pahang, Malaysia norzalina@kuis.edu.my, naddia@kuis.edu.my, azashahnaz@kuis.edu.my, tehsuhaila@kuis.edu.my, rozaini@muip.gov.my, asyraf@muip.gov.my ABSTRAK Kecekapan dalam pengurusan permohonan mahupun agihan bantuan merupakan matlamat utama institusi zakat dalam memastikan setiap bantuan yang diberikan sampai kepada kumpulan sasaran. Kini dengan adanya kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pengurusan zakat dilihat mampu dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan. Aplikasi permohonan secara atas talian (on-line) atau lebih dikenali sebagai E- Dermasiswa telah diperkenalkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pada tahun 2009. Inovasi ICT ini dilihat sebagai satu kaedah pengurusan zakat yang lebih efisen dalam mengagihkan bantuan zakat pendidikan kepada pelajar. Selari dengan usaha untuk meningkatkan penggunaan terhadap sistem ini, maka faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan prosedur permohonan bantuan zakat secara atas talian ini perlu dikaji. Model penerimaan teknologi digunakan dalam mengenalpasti tahap keberkesanan prosedur permohonan bantuan ini kepada pengguna. Hasil kajian dibeberapa institusi pengajian tinggi di negeri Pahang mendapati model yang dicadangkan mampu dijelaskan sebanyak 65% perubahan dalam keberkesanan prosedur permohonan zakat secara atas talian. Konstruk mudah guna dan tahu guna masing-masing menunjukkan nilai signifikan positif dengan keberkesanan permohonan zakat secara atas talian iaitu (β=0.502, P<0.001) dan (β=0.258, P<0.001). Hasil kajian ini diharapkan mampu memberi nilai tambah kepada sistem pengagihan zakat yang sedia ada atau juga boleh dijadikan panduan kepada institusi zakat di negeri-negeri lain di Malaysia dalam memberikan perkhidmatan pengurusan zakat yang lebih cekap dan efisen di masa hadapan. Kata kunci: Model Penerimaan Teknologi; zakat pendidikan; keberkesanan; E-Dermasiswa. 1. 0 PENDAHULUAN Zakat berperanan untuk mengagihkan kekayaan secara adil dalam masyarakat bagi tujuan merapatkan jurang sosial antara yang kaya dengan yang miskin. Hikmah pensyariatan zakat boleh dilihat dari dua aspek iaitu aspek ekonomi dan aspek sosial (Shofian & Amir Husin, 2002). Zakat dari sudut ekonomi mampu meringankan beban perbelanjaan dengan menambahkan kuasa beli masyarakat. Keikhlasan pengeluar zakat tanpa mengharapkan apa- 191

apa balasan selain daripada balasan Allah SWT juga mampu melahirkan aktiviti perekonomian yang sihat seperti tiada penindasan, penipuan, riba, monopoli dan sebagainya (Shofian & Amir Husin, 2002). Selain itu zakat dilihat sebagai satu bentuk jaminan sosial di mana ia mampu menyucikan jiwa pengeluarnya daripada sifat bakhil, mementingkan diri sendiri, sombong serta merapatkan hubungan sosial dalam masyarakat. Zakat dilihat sebagai satu kaedah pengagihan harta secara bantuan segera kepada pihak-pihak yang layak menerimanya. Menurut Wahid et al. (2009) terdapat lapan kategori asnaf yang berhak menerima zakat iaitu fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharimin, fisabillillah dan ibnu sabil. Dalam pengagihan dana zakat, golongan fakir dan miskin merupakan golongan penerima zakat yang paling diutamakan. Bagaimanapun kajian ini secara khusus memfokuskan kepada zakat pendidikan yang termasuk dalam golongan asnaf fisabilillah. MUIP (2009) mengklasifikasikan asnaf fisabilillah sebagai merujuk kepada mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwah agama Islam serta kebajikannya. Zakat pendidikan ini dilihat berperanan dalam membela dan memberi bantuan kepada golongan asnaf fisabillillah dalam hal ehwal pendidikan. Agihan zakat pendidikan ini dilihat mampu untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan juga melahirkan insan yang berilmu, bertakwa dan berketerampilan. Selari dengan matlamat tersebut, institusi zakat telah menyediakan kemudahan dalam memudahkan proses agihan bantuan zakat ini dapat dijalankan dengan sebaiknya. Kini, dengan adanya perkembangan pantas dalam bidang ICT pengurusan zakat dilihat mampu dijalankan dengan lebih cekap dan efisen. Kaedah permohonan bantuan dan agihan secara atas talian (on-line) memperlihatkan inovasi terkini yang mampu memberikan perkhidmatan dengan lebih cepat dan berkesan. Sehubungan dengan itu, kelebihan ICT dalam pengurusan zakat ini telah dimanfaatkan sebaiknya oleh MUIP dengan menyediakan sistem permohonan zakat secara atas talian yang dikenali sebagai E-Dermasiswa. Sistem E- Dermasiswa merupakan agihan zakat pendidikan kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi atau pondok di dalam atau juga di luar negara. Melalui sistem ini pelajar-pelajar yang layak memohon boleh terus membuat permohonan secara atas talian berbanding prosedur permohonan biasa di mana pemohon perlu menghantar borang permohonan secara manual di kaunter zakat yang berkenaan. Inovasi yang dijalankan oleh MUIP ini dilihat sebagai pioneer dalam sistem agihan zakat secara atas talian di Malaysia. Inovasi ini juga telah menunjukkan peningkatan lebih daripada dua puluh kali ganda dalam jumlah permohonan zakat pendidikan pada tahun 2014 berbanding tahun 2009 (MUIP, 2014). Sebelum ini aplikasi pengurusan zakat secara atas talian lebih menumpukan dari sudut pembayar zakat seperti ezakatpay, e-majikan dan ezakatonline yang diperkenalkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Menurut Mohamad Izam (2010) LZS merupakan antara pusat zakat yang mempunyai sistem teknologi maklumat yang canggih di mana kemudahan ICT ini dilihat dapat meningkatkan kecekapan tenaga kerja, penghantaran yang lebih baik dan lebih cepat serta akses yang tinggi daripada pengguna. Justeru kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan sistem atas talian (E-Dermasiswa) di dalam prosedur permohonan zakat pendidikan di negeri Pahang. Walaupun terdapat banyak kajian sebelum ini yang mengetengahkan tentang persepsi ataupun penerimaan penggunaan ICT terhadap pengguna sistem zakat secara atas talian, namun kajian-kajian ini lebih menumpukan kepada aspek pembayar zakat sahaja. Oleh itu kajian ini dapat menyumbang dari sudut penerima zakat dan ICT yang pada pengetahuan penyelidik masih kurang diketengahkan pada ketika ini. Maka diharapkan kajian mampu memberi nilai tambah dalam 192

kajian inovasi ICT dalam pengurusan zakat dan seterusnya dapat memberikan maklumat yang jelas kepada pelaksana dan pembuat polisi yang berkaitan dengan pentadbiran zakat di Malaysia. 2.0 KAJIAN LITERATUR Aplikasi pengurusan zakat secara atas talian Beberapa kajian berkenaan pengurusan zakat dengan menggunakan aplikasi atas talian telah dijalankan sebelum ini seperti Muda et al (2013) dan Norhayati (2011). Kedua-dua kajian ini melihat dari sudut pembayar zakat. Muda et al (2013) mengupas tentang persepsi pengguna laman web LZS terhadap pembayaran zakat secara atas talian. Kajian ini menggunakan sampel bertujuan dengan bilangan 385 responden yang terdiri daripada ahli yang terdapat dalam laman facebook rasmi LZS serta penjawat-penjawat awam dan swasta di Selangor. Tahap persepsi responden telah diukur menggunakan instrumen Model Penerimaan Teknologi yang telah dibangunkan oleh Fred D. Davis (1989) serta diolah mengikut kesesuaian kajian oleh penyelidik. Persepsi responden dipecahkan kepada bahagian kemanfaatan, kemudahan penggunaan dan kepercayaan. Hasil kajian menunjukkan persepsi pengguna laman web zakat LZS terhadap pembayaran zakat secara atas talian adalah tinggi (49.6%) diikuti tahap sederhana (48.6%) dan hanya 1.8% yang memberikan persepsi yang rendah. Kajian oleh norhayati (2011) juga mengetengahkan tentang pembayaran zakat melalui atas talian. Beliau menggunakan sampel kajian seramai 130 orang yang terdiri daripada pekerja sektor awam dan swasta. Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pengguna terhadap pembayaran zakat melalui atas talian. Kajian beliau turut menguji perkaitan antara persepsi pengguna dengan manfaat penggunaan, kemudahan penggunaan, kawalan tingkah laku dan kepercayaan. Hasil ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat perhubungan positif diantara persepsi pengguna dengan manfaat penggunaan. Selain itu hasil kajian juga mendapati terdapat perkaitan positif yang rendah antara persepsi pengguna dan kemudahan penggunaan. Hipotesis kajian juga menunjukkan terdapat perkaitan positif antara persepsi pengguna dan kawalan tingkah laku. Akhir sekali hasil analisis menunjukkan terdapat perkaitan positif yang rendah antara persepsi pengguna dengan kepercayaan. Beliau juga mendapati persepsi responden terhadap pembayaran zakat secara atas talian adalah rendah. Daripada kajian lepas yang dilakukan ini, beberapa penambahbaikan boleh dilakukan di mana pengkaji mendapati terdapat ruang untuk menguji dari aspek penerima zakat dan penggunaan ICT berbanding sebelumnya. Model Penerimaan Teknologi Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptant Model: TAM) merupakan model yang dipengaruhi oleh Teori Tindakan Beralasan (Theory of Reasoned Action: TRA) yang dipelopori oleh Fishbein & Ajzen. TAM mula diperkenalkan dan dibangunkan oleh Fred Davis dalam tahun 1986 (Davis 1989; Davis et al. 1989). Model TAM secara spesifiknya diperolehi daripada teori berkenaan yang digunakan untuk memahami dan memperjelaskan mengenai isu dan keinginan pengguna terhadap penerimaan dan penggunaan sesuatu teknologi. Terdapat dua konstruk utama dalam model TAM iaitu tahu kegunaan dan tahu mudah guna yang menjadi faktor penentu mempengaruhi sikap dan keinginan serta kelakuan untuk menggunakan teknologi seperti komputer. Rajah 3.4 menunjukkan model TAM yang asal (Davis, 1989). 193

Pembolehubah luaran Tahu kegunaan Mudah guna Sikap dalam penggunaan Keinginan Penggunaan Rajah 1: Model Penerimaan Teknologi (Dais et al., 1989) Menurut Davis (1989) takrifan tahu kegunaan merujuk kepada tahap kepercayaan kepada seseorang apabila dirinya menggunakan sesuatu teknologi tertentu akan meningkatkan prestasi kerjanya. Seseorang juga cenderung untuk menggunakan atau tidak menggunakan sesuatu aplikasi bergantung kepada rasa percaya mereka bahawa ianya akan membantu dalam tugasan mereka dengan lebih baik. Davis et al. (1989) turut menyatakan takrifan tahu kegunaan ialah memperjelaskan persepsi pengguna terhadap sesuatu teknologi akan mengingkatkan prestasi seseorang di tempat kerja mereka. Sementara takrifan tahu mudah guna pula merujuk kepada tahap kepercayaan seseorang dengan menggunakan sesuatu teknologi tertentu akan memudahkan tugasan mereka. Seseorang pengguna percaya bergunanya sesuatu aplikasi, tapi pada masa yang sama rasa percaya yang teknologi tersebut susah digunakan dan manfaat penggunaan terlebih penting daripada usaha menggunakan aplikasi tersebut (Davis, 1989). Davis et al. (1989) pula menyatakan tahu mudah guna ditakrifkan sebagai memperjelaskan persepsi pengguna jumlah usaha yang diperlukan untuk menggunakan sesuatu sistem atau tahap mana pengguna percaya dengan menggunakan teknologi tertentu akan bebas usaha. Davis dalam kajian mendapati konstruk tahu kegunaan mempunyai korelasi yang lebih signifikan berbanding konstruk tahu mudah guna. Selanjutnya, konstruk tahu mudah guna dicadangkan sebagai faktor mempengaruhi kontruk tahu kegunaan secara tidak langsung (Ma & Liu 2004). Selanjutnya penggunaan model TAM begitu meluas digunakan dalam bidang penggunaan teknologi komputer dan teknologi maklumat. Misalnya Davis (1993) menggunakan model TAM yang dibangunkannya itu untuk memperjelaskan mengapa pengguna menerima atau menolak teknologi maklumat dan bagaimana penerimaan pengguna terhadap sesuatu rekabentuk sistem. Kajian tersebut dijalankan ke atas 112 responden yang terdiri daripada kakitangan profesional dan pengurusan Amerika Syarikat Utara. Davis menggunakan kaedah analisis regrasi berganda untuk menguji kontruk dalam model TAM berkenaan. Dapatan kajian mendapati konstruk tahu kegunaan dan tahu mudah guna mempunyai perkaitan yang signifikan dengan sikap dan penggunaan sistem sebenar. Chau & Lai (2003) pula menggunakan model TAM untuk mengetahui keinginan pengguna menggunakan perkhidmatan perbankan internet. Dalam kajian ini mereka mengemukakan tiga faktor luaran yang akan mempengaruhi konstruk tahu mudah guna iaitu personaliti, perkhidmatan sekutu dan kebiasaan tugas dan dua kontruk mempengaruhi tahu mudah guna iaitu kebiasaan tugas dan kemudahan akses. Pelajar program eksekutif di Universiti Hongkong dijadikan sebagai sampel kajian dengan menggunakan analisis model berstruktur. Hasil kajian mendapati kesemua faktor luaran mempunyai perkaitan dengan konstruk tahu kegunaan dan tahu mudah guna. Konstruk tahu mudah guna didapati sebagai penentu utama yang signifikan terhadap peenerimaan perbankan internet di kalangan pengguna. Aplikasi 194

TAM dalam zakat telah dijalankan oleh Muda et al (2013) dengan hasil kajian yang menunjukkan persepsi pengguna laman web LZS adalah tinggi (49.6%) terhadap manfaat, kemudahan penggunaan dan kepercayaan. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menjalankan soal selidik dilapangan kajian. Lokasi kajian adalah institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negeri Pahang iaitu Kolej Islam Pahang (KIPSAS), Pahang Skills Development Centre (PSDC), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS). Institusiinstitusi ini dipilih kerana kajian ini hanya mengambil kira responden yang pernah memohon bantuan zakat pendidikan melalui sistem E-Dermasiswa. Lantaran itu kaedah persampelan bertujuan telah digunakan dalam mendapatkan responden kajian. Hasil soal selidik selama sebulan telah berjaya memperolehi sebanyak 272 data lengkap untuk analisis data selanjutnya. 4.0 HASIL KAJIAN Data kajian dianalisis mengguna SPSS 22.0 dan kemudiannya dihuraikan secara diskriptif serta statistik inferential. Analisis latar belakang responden mendapati 58% responden adalah berasal daripada kawasan bandar dan 44.7 peratus responden berada di tahun dua pengajian. Hasil kajian juga mendapati lebih daripada separuh (79%) responden adalah pelajar perempuan. Purata umur adalah di antara 19 tahun hingga 22 tahun dengan 60.3 peratus mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya sijil atau diploma. Aanalisis regrasi berbilang menunjukkan bagaimana tahap keberkesanan prosedur permohonan zakat atas talian (E-Dermasiswa) ditentukan berdasarkan pembolehubah yang dicadangkan berdasarkan Model Penerimaan Teknologi. Hasil kajian dijelaskan seperti di Jadual 1 dan Jadual 2. Jadual 1 menunjukkan ringkasan jadual ANOVA atau analisis varian terhadap pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar dalam model kajian. Hasil analisis mendapati nilai statistik F2,261 (97.719) bagi model regrasi berganda lebih besar berbanding nilai kritikal (Fu=2.60). Nilai ini menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang signifikan (p=0.001) antara pembolehubah bersandar (keberkesanan prosedur permohonan bantuan zakat) dengan pembolehubah tidak bersandar (tahu guna dan mudah guna). Jadual 1: Ringkasan jadual ANOVA model kajian ANOVA a Model Jumlah d.k Min kuasa F Sig. kuasa dua dua 1 Regrasi 36.080 2 18.040 97.719 0.000 b Ralat 47.814 259 0.185 Jumlah 83.893 261 a. Pembolehubah bersandar: keberkesanan Permohonan bantuan zakat b. Peramal: (pemalar), tahu guna, mudah guna 195

Jadual 2: Pekali regrasi berganda model kajian Pekali a Model Pekali Tidak Terpiawai Pekali Terpiawai B Ralat Piawai Beta t Sig. 1 Pemalar 0.884 0.218 0.000 Tahu guna 0.258 0.075 0.253 3.431 0.001 Mudah guna 0.502 0.084 0.441 5.988 0.000 a. Pembolehubah bersandar: Keberkesanan prosedur permohonan bantuan zakat secara atas talian. Jadual 2 menunjukkan nilai pekali korelasi berganda bagi model kajian ini. Hasil analisis mendapati pembolehubah tahu guna signifikan mempengaruhi keberkesanan prosedur permohonan bantuan zakat secara atas talian (β=0.258, p<0.001). Begitu juga dengan mudah guna (β=0.502, p<0.001). Kedua-dua pembolehubah tersebut mempunyai pengaruh yang positif dengan keberkesanan prosedur permohonan bantuan zakat secara atas talian. Ini bermakna apabila pengguna merasakan mereka tahu menggunakan sistem E-Dermasiswa ini, maka ianya akan meningkatkan keberkesanan prosedur bantuan sebanyak 25 peratus. Begitu juga dengan faktor mudah guna yang memberikan kesan positif terhadap keberkesanan prosedur permohonan secara atas talian. Satu unit peningkatan dalam mudah guna akan meningkatkan keberkesanan prosedur permohonan sebanyak 50 peratus. Secara keseluruhannya, faktor mudah guna didapati faktor utama dalam mempengaruhi tahap keberkesanan sistem permohonan bantuan zakat atas talian. 5.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Secara keseluruhannya, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji tahap keberkesanan dalam prosedur permohonan bantuan zakat pendidikan menggunakan aplikasi atas talian (E- Dermasiswa). Keberkesanan sesuatu perkhidmatan pastinya mampu diukur dari aspek kepenggunaannya. Sekiranya pengguna merasakan penggunaan sesuatu aplikasi itu adalah mudah dan memberi kebaikan, maka tahap penggunaanya akan meningkat dan digunakan sebaiknya dalam mempercepatkan proses sesuatu perkhidmatan yang disediakan. Hasil kajian mendapati kedua-dua pembolehubah daripada Model Penerimaan teknologi mampu memberi kesan kepada tahap keberkesanan prosedur permohonan zakat secara atas talian. Pengguna yang merasakan mereka tahu menggunakan sistem dan tahu akan kebaikan sistem kepada pengguna akan meningkatan keberkesanan prosedur permohonan tersebut. Begitu juga pembolehubah mudah guna yang didapati positif terhadap keberkesanan pengguna E- Dermasiswa. Ini membuktikan aplikasi ICT dalam pengurusan zakat mampu memberikan peningkatkan dalam kualiti perkhidmatan agihan zakat secara lebih cekap dan sistematik. Keputusan ini menyokong kajian Norhayati (2009) dan Muda (2009). Kajian ini dilihat menyumbang dari dua sudut iaitu teori dan aplikasi ICT dalam zakat pendidikan. Penilaian aspek teoritikal menunjukkan kajian menyokong kajian-kajian sebelum ini (Davis, 1993; Chau & Lai, 2003; Muda 2013) yang menggunakan TAM dalam memahami tingkah laku penerimaan teknologi dalam kalangan pengguna ICT. Kajian ini menambah nilai dengan menggunakan model TAM dalam penilaian keberkesanan sistem E-Dermasiswa yang dilihat apabila pengguna merasakan sistem adalah bermanfaat dan mudah digunakan maka ianya akan meningkatkan keberkesanan penggunaan sistem dalam sesuatu perkhidmatan. 196

Selain itu juga kajian ini telah memperlihatkan satu sudut yang berbeza berbanding kajian sebelum ini. Analisis dari aspek penerima zakat dan ICT yang dilihat sangat kurang dikaji telah memberikan satu nilai tambah kepada kajian pengurusan zakat sebelum ini. Oleh itu kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada banyak pihak terutama institusi zakat sendiri dalam menambahbaik kualiti perkhidmatan yang sedia ada. Usaha MUIP dalam aplikasi ICT untuk sistem agihan zakat sememangnya dilihat sebagai langkah proaktif yang wajar dicontohi oleh institusi zakat di negeri-negeri lain dalam mempercepatkan proses agihan zakat kepada penerima bantuan. Keberkesanan permohonan bantuan zakat melalui sistem oleh institusi zakat telah memberi satu indikator kepada penyelidik yang lain untuk melihat dengan lebih terperinci mengenai isu ini. Kajian di masa hadapan perlu melihat dengan lebih terperinci dalam aspek agihan zakat pendidikan ini dari sudut pandang kegunaan wang bantuan serta keberkesanan pengguna ICT dalam agihan bantuan zakat secara keseluruhan. PENGHARGAAN Setinggi-tingi penghargaan di atas pembiayaan penyelidikan dari Dana Geran Penyelidikan dan Inovasi Pusat Kecemerlangan Zakat (MIMTAZ) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 197

RUJUKAN Chau, P.Y.K & Lai, V.S.K. 2003. An empirical investigation of the determinants of user acceptance of internet banking. Journal of Organizational Computing and Electronic Commerce 13(2):123-145. Davis F.D, Bagozzi R.P., Warshaw P.R., (1989) User acceptance of computer technology: a comparison of two theoretical models, Management Sciences 35 (8) 982 1003. Davis, F.D. (1989). Perceived usefulness, perceived ease of use, and user acceptance of information technology. MIS Quarterly, 13 (3), pp. 318-340. Davis, F.D. (1993). User aceptance of infromation technology: system characteristics, user perceptions and behavioral impacts. International Journal of Man-Machine Studies 8:475-487. Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, & Radiah Abdul Kader. (2009). Pengagihan Zakat Oleh Institusi Zakat Di Malaysia: Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati? Jurnal Syariah, 17(1), 89 112. Ma, Q. & Liu, L. 2004. The Technology Acceptance Model: A meta-analysis of empirical findings. Journal of Organizational and End User Computing 16(1):59-72. Mohamed Izam, M. Y. (2010). Pengurusan Zakat Di Negeri Selangor: Mengorak Langkah Meneraju Perubahan. USM Pulau Pinang. Noorhayati, A. H. (2011). Customers perception of online zakat payment between government and private sector employee. Tesis Disertasi. Universiti Utara Malaysia Shofian, A. & Amir Husin, M. N. (2002). Zakat membangun ummah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. www.muip.gov.my 198