SINOPSIS Kajian lepas mendedahkan bahawa pemahaman pelajar terhadap beberapa konsep sains adalah kurang sempurna. Kajian lepas juga menunjukkan

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

REKA BENTUK CORAK GEOMETRI ISLAM PADA SENI BINA MASJID NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA NORLIS BINTI ISMAIL

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERASASKAN KOMPUTER DI MAKTAB PERGURUAN. Oleh NIZAM BIN ABD LATIB

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN INSTITUSI WAKAF MENGGUNAKAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DI KUALA LUMPUR

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTEGRASI KEFAHAMAN BERAGAMA DALAM AMALAN KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PENGHARGAAN., para sahabat dan tabi`in. Bersyukur kepada Ilahi kerana dengan

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

FAKTOR INSANIAH DALAM PENGURUSAN KUALITI: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KOHESI DALAM RENCANA PENGARANG AKHBAR TAMIL SANTHY A/P MUTTAPPAN FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA DI LEMBAH KLANG: KAJIAN KAEDAH DAN KEBERKESANANNYA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

Transcription:

PENGHARGAAN Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim! Tidak ada ilmu bagiku kecuali apa yang Engkau ajarkan, tidak ada kemudahan bagiku kecuali apa yang Engkau kehendaki ianya menjadi mudah, hambamu memohon ilmu yang bermanfaat dan lindungilah aku dari ilmu yang tidak bermanfaat. Jadikanlah setiap perjalanan hidup ini sebagai ibadah yang Engkau redhai. Sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha berilmu dan bijaksana, tuhan yang maha berkuasa atas segala sesuatu. Amin Penghargaan yang tidak terhingga saya tujukan kepada Prof. Dr. Siow Heng Loke yang telah membimbing saya sehingga ke peringkat penyediaan proposal, seterusnya penghargaan yang tidak terhingga juga kepada Prof. Madya Dr. Esther Gnanamalar Sarojini Daniel selaku penyelia yang begitu sabar dan tanpa rasa jemu melayan karenah saya dalam menyiapkan tesis ini. Hakikatnya, kajian ini bukan sekadar setitik ilmu pengetahuan yang dapat ditimba, malah pengalaman yang diharungi melalui proses penyeliaan dan perkongsian serta pengorbanan masa, tenaga, kemesraan, kasih sayang, rakan kemurungan dan kegembiraan secara tidak langsung telah menjadi teladan yang amat berharga dan sukar untuk dilupakan. Tidak ketinggalan ucapan jutaan terima kasih saya kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang telah memberi biasiswa dan peluang belajar sepenuh masa. Jutaan terima kasih juga atas bantuan dan kerja sama daripada pihak Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Pendidikan Universiti Malaysia, Jabatan Pendidikan di peringkat Negeri, Daerah dan sekolah. Seterusnya, individu yang terlibat secara langsung selaku peserta kajian yang telah memberi makna yang besar dalam kajian ini. Semoga Allah memberikan ganjaran dan memberkati sumbangan yang telah diberikan. Seterusnya, sokongan suami tersayang, Md. Noor bin Saper yang masih dalam pengajian PhD, bonda Siti Zaleha binti Idris, ayah mertua Saper bin Dikin dan ibu mertua Murtiah binti Yasar atas doa dan sokongan mereka. Sesungguhnya kasih sayang, belas kasihan, tanggungjawab, penghargaan dan pengorbanan yang dikongsikan bersama menyuntik suatu semangat buat saya untuk tabah dalam pengajian ini. Tidak ketinggalan kepada anak-anak yang dikasihi, Fathi, Anwar, Jannah, Ina, Erfan dan Ada; karenah anak-anak adalah ujian di sebalik pencetus semangat sebagai kekuatan rohani. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan di UM dan UKM. Ucapan terima kasih juga kepada Mohd Hafizul Ilmi yang membantu dalam proses penyemakan serta ahli Keluarga Ehsan yang sentiasa membenihkan semangat dan dorongan. Semoga penerokaan ilmu ini menjadi pencetus semangat untuk diteruskan kepada generasi akan datang. Semoga Allah meredhai dan memberkati segala yang kita usahakan sepanjang perjalanan kehidupan ini, Insyaallah. i

SINOPSIS Kajian lepas mendedahkan bahawa pemahaman pelajar terhadap beberapa konsep sains adalah kurang sempurna. Kajian lepas juga menunjukkan bahawa penyoalan lisan guru mampu untuk memandu pemikiran dan seterusnya pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep sains. Oleh itu, kemungkinan besar penyoalan lisan guru yang kurang berkesan merupakan salah satu sebab yang mengakibatkan pemahaman yang kurang sempurna dalam kalangan pelajar. Berdasarkan ini, kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan penyoalan lisan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Elektrokimia yang dianggap sebagai satu topik yang sukar. Kajian ini bertumpu kepada jenis soalan lisan dan strategi penyoalan lisan di samping memperihal corak amalan penyoalan yang timbul semasa proses penyoalan lisan. Data dikumpul melalui pendekatan kualitatif iaitu pemerhatian tidak turut serta dan temu bual mendalam. Peserta kajian dipilih melalui pensampelan bertujuan yang terdiri daripada lima orang guru yang mengajar mata pelajaran kimia tingkatan empat. Dapatan utama kajian menunjukkan jenis soalan lisan yang diamalkan oleh peserta kajian terdiri daripada dua kategori utama iaitu jenis soalan isi kandungan dan soalan pengurusan. Jenis soalan isi kandungan terdiri daripada lima sub kategori: soalan perkaitan, soalan berasaskan proses, soalan membanding beza, soalan berasaskan pemerhatian pelajar dan soalan berasaskan istilah. Manakala, jenis soalan pengurusan terdiri daripada empat sub kategori; soalan berbentuk gesaan, soalan pemantauan, soalan galakan dan soalan dwibahasa. Analisis data menunjukkan bahawa jenis soalan pengurusan menjadi pelengkap kepada soalan isi kandungan yang mana gabungan kedua-dua jenis soalan ini diperlukan dalam proses penyoalan lisan semasa pengajaran. Penerokaan terhadap strategi penyoalan lisan telah menonjolkan beberapa kategori utama dari sudut penyebaran soalan, masa menunggu, ulangan dan maklum balas guru bagi tajuk Elektrokimia. Penyebaran soalan lisan dilakukan secara terbuka terlebih kepada seluruh kelas dahulu diikuti dengan penyebaran kepada pelajar tertentu apabila tidak mendapat respons daripada pelajar. Guru memperuntukkan masa menunggu yang agak lama bagi memberi peluang kepada respons pelajar. Respons yang kurang menggalakkan adalah antara sebab pengulangan soalan sering dilakukan. ii

Seterusnya, maklum balas yang berikan oleh guru lebih kepada memastikan jawapan yang diberikan adalah betul dan selaras dengan objektif pengajaran. Memandangkan kedudukan strategi soalan lisan ini timbul dalam lingkungan aliran soalan lisan, maka menarik juga untuk meneroka corak amalan penyoalan lisan. Dapatan kajian mendapati terdapat empat kategori corak aliran penyoalan lisan yang diamalkan iaitu aliran penyoalan tunggal, aliran penyoalan terpisah, aliran penyoalan berterusan dan aliran penyoalan berkembang. Corak aliran penyoalan tunggal dan terpisah tidak memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada pelajar. Sebaliknya, corak aliran penyoalan berterusan dan berkembang mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar dengan cara membuat perkaitan berasaskan kepada respons pelajar sama ada jawapan yang betul ataupun salah. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan penyoalan lisan bertumpu dalam aliran tunggal dan terpisah. Keadaan ini menunjukkan bahawa amalan penyoalan lisan dalam proses pengajaran masih berada dalam tahap kognitif yang rendah dan sederhana. Seterusnya, beberapa implikasi terhadap proses pengajaran dibincangkan dan beberapa cadangan untuk kajian lanjut disyorkan. iii

CHEMISTRY TEACHERS ORAL QUESTIONING PRACTICES IN THE TEACHING AND LEARNING OF ELECTROCHEMISTRY SYNOPSIS Previous studies have revealed that students' understanding of various concepts of science is not always exact. Previous studies have also showed that teachers oral questioning practices are able to guide students' thinking and understanding of a scientific concept. Therefore, ineffective oral questioning could be one of the possible reasons for flawed understanding among students. Based on this, this study aims to explore the oral questioning practices of teachers in the teaching and learning of electrochemistry which is considered as a difficult topic. This study focused on the types of oral questions, strategies of oral questioning as well as to describe the emerging patterns of questioning practices during oral questioning. Data were collected through a qualitative approach that is non-participant observation and in-depth interviews. The participants of the study were five teachers who taught form four chemistry and were chosen through purposive sampling. The main finding showed that the types of oral questions by the five teachers can be divided into two main categories: content questions and management questions. The content questions can be further divided into five subcategories: relationship questions, process-based questions, comparing questions, observation questions and terminologybased questions. On the other hand, the management questions could be further categorized into four subcategories: pursuing questions, monitoring questions, encouraging questions and bilingual questions. Both content and management questions were complementary to each other and the simultaneous use of these two types of questions was needed in oral questioning during teaching. Exploration of questioning strategies during oral questioning has brought to light several key categories namely, dissemination of questions, waiting time, repetition and feedback in the teaching of electrochemistry. Dissemination of oral questions is first done openly to the whole, and when there is no response it is followed by focusing on certain students. Teachers provided a relatively long waiting time for the response of students. Low response from students is one of the reasons why questions are repeated. iv

Furthermore, the feedback provided by teachers is to ensure that the answers given are correct and in line with the objectives of teaching. The study noted that as the strategies of oral questioning arose from within the flow of questioning employed by the teachers, so the patterns of oral questioning would also be interesting to explore. The findings suggested that there are four patterns of oral questioning practiced by the teachers. The patterns were categorized as single questioning, separate questioning, continuous questioning and the expanding questioning. The single and separate questioning patterns do not emphasis on students prior knowledge. On the other hand, the continuous and expanding questioning patterns took into account students' prior knowledge by associating the students correct or incorrect responses. However, findings showed that teachers focused on the single and separate questioning patterns. This situation indicated that the oral questioning practices of the teachers were still at the low and medium cognitive levels. Several implications for teaching are discussed and some suggestions for further research are recommended. v

ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN...i SINOPSIS... ii SYNOPSIS...iv ISI KANDUNGAN...vi SENARAI JADUAL... xii SENARAI RAJAH...xiv SENARAI LAMPIRAN...xvi SENARAI SINGKATAN... xvii BAB 1 PENDAHULUAN...1 1.1 Pengenalan...1 1.2 Penyoalan Lisan Guru...2 1.3 Penyataan Masalah...6 1.4 Rasional Kajian...9 1.5 Kepentingan Kajian...10 1.6 Objektif Kajian...12 1.7 Soalan Kajian...12 1.8 Batasan Kajian...13 1.9 Skop Kajian...14 1.10 Definisi Istilah...14 1.10.1 Penyoalan Lisan... 15 1.10.2 Amalan Penyoalan Lisan... 15 1.10.3 Jenis Soalan Lisan... 15 1.10.4 Strategi Penyoalan Lisan... 16 1.10.5 Corak Soalan Lisan... 16 1.10.6 Elektrokimia... 16 1.10.7 Konsep... 16 1.10.8 Kelas Teori... 17 1.10.9 Kerja Amali... 17 1.11 Ringkasan...17 vi

BAB KAJIAN KEPUSTAKAAN...18 2.1 Pengenalan...18 2.2 Kajian Tentang Penyoalan Lisan...18 2.3 Penyoalan Lisan Dalam Kelas...20 2.4 Penyoalan Lisan Guru...22 2.5 Penyoalan Lisan Guru Dalam Pengajaran Sains...24 2.6 Penyoalan Lisan Dalam Aktiviti Amali...26 2.7 Jenis Soalan Lisan...32 2.8 Tahap Soalan Lisan...35 2.9 Strategi Penyoalan Lisan...40 2.9.1 Penyebaran Soalan Lisan... 41 2.9.2 Masa Menunggu... 41 2.9.2.1 Definisi Masa Menunggu...42 2.9.2.2 Kajian Terhadap Masa Menunggu...44 2.9.3 Maklum Balas... 49 2.10 Model-model Penyoalan Lisan...50 2.10.1 Model Guerin... 50 2.10.2 Model Gelungan Sokratik... 51 2.10.3 Model QUILT... 54 2.10.4 Model Schramm III... 55 2.10.5 Model Penyoalan Lisan Bloom... 57 2.10.6 Model Interaksi Flander... 58 2.10.7 Sistem Pengkategorian Interaksi Verbal... 59 2.10.8 Sistem Pengkategorian Soalan Lisan Untuk Sains... 60 2.10.9 Model IRE dan SSRR... 62 2.10.10 Model PQS... 63 2.10.11 Model Penyoalan - Jawapan... 64 2.11 Kajian Lain yang Berkaitan...65 2.12 Metodologi Berkaitan Kajian Penyoalan Lisan...69 2.13 Ringkasan...70 vii

BAB 3 PENGKONSEPAN KAJIAN...71 3.1 Pengenalan...71 3.2 Kerangka Teori Kajian...71 3.2.1 Bimbingan (Scaffold) Guru... 72 3.2.2 Kognitif Konflik dalam Minda Pelajar... 75 3.2.3 Kognitif Konflik dalam Minda Guru... 78 3.2.4 Pemprosesan Maklumat dalam Minda... 79 3.2.5 Corak Penyoalan lisan... 81 3.3 Aplikasi Teori Kajian...82 3.4 Ringkasan...86 BAB 4 87METODOLOGI KAJIAN...87 4.1 Pengenalan...87 4.2 Elektrokimia...87 4.3 Sampel Kajian...88 4.3.1 Tempat Kajian... 88 4.3.1.1 Sekolah...89 3.3.1.2 Makmal Kimia...92 4.3.2 Pemilihan Peserta Kajian... 94 4.3.3 Penentuan Bilangan Peserta Kajian... 101 4.4 Prosedur Pengumpulan Data...102 4.4.1 Fasa Pertama... 102 4.4.1.1 Memohon Kebenaran...102 4.4.1.2 Perancangan Kerja...103 4.4.1.3 Persediaan Peralatan...104 4.4.1.4 Memurnikan Protokol Temu Bual dan Pemerhatian...106 4.4.2 Fasa Kedua - Peringkat Kajian Sebenar... 106 4.5 Tatacara Pengumpulan Data...107 4.5.1 Pemerhatian... 108 4.5.2 Temu Bual... 111 4.5.3 Penelitian Dokumen... 115 viii

4.5.4 Transkripsi... 115 4.6 Tatacara Proses Penganalisisan Data...116 4.7 Analisis Data (Pembentukan Kategori)...119 4.7.1 Analisis Soalan Lisan Berkaitan Isi Kandungan... 120 4.7.2 Analisis Strategi Penyoalan Lisan... 130 4.8 Kesahan dan Kebolehpercayaan...132 4.8.1 Triangulasi... 133 4.8.2 Tempoh Yang Lama (Prolonged Engagement)... 134 4.8.3 Persetujuan Peserta Kajian (Member Check)... 137 4.8.4 Penelitian Rakan Sebaya (Peer Examination/Peer review)... 138 4.8.5 Jejak Audit (Audit Trail)... 139 4.8.6 Bias Pengkaji (Researcher s Bias)... 140 4.9 Reka Bentuk Kajian...141 4.10 Ringkasan...142 BAB 5 DAPATAN DAN PERBINCANGAN...143 5.1 Pengenalan...143 5.2 Jenis Soalan Lisan yang Diamalkan oleh Guru dalam Pengajaran...143 5.2.1 Soalan Lisan Berkaitan Isi Kandungan Pelajaran... 144 5.2.1.1 Soalan Perkaitan...144 5.2.1.2 Soalan Berasaskan Proses...158 5.2.1.3 Soalan Membanding Beza...165 5.2.1.4 Soalan Berasaskan Pemerhatian Pelajar...170 5.2.1.5 Soalan Berasaskan Istilah...181 5.2.2 Soalan Berkaitan Pengurusan Penyoalan Lisan dan Pengajaran... 187 5.2.2.1 Soalan Berbentuk Gesaan...187 5.2.2.2 Soalan Pemantauan...197 5.2.2.3 Soalan Galakan...204 5.2.2.4 Soalan Dwibahasa...218 5.2.3 Perbincangan... 222 ix

5.3 Strategi Soalan Lisan Dalam Aliran Penyoalan lisan...237 5.3.1. Penyebaran Soalan... 238 5.3.2 Masa Menunggu... 253 5.3.3 Pengulangan Soalan... 259 5.3.4 Maklum Balas... 265 5.3.5 Perbincangan... 286 5.4 Corak Aliran Penyoalan Lisan...309 5.4.1 Aliran Penyoalan Lisan Tunggul... 310 5.4.2 Aliran Penyoalan Lisan Terpisah... 319 5.4.3 Aliran Penyoalan Lisan Berterusan... 324 5.4.4 Aliran Penyoalan Lisan Berkembang... 330 5.4.5 Perbincangan... 334 5.5 Ringkasan...337 BAB 6 CORAK BAGI JENIS SOALAN LISAN DAN PROSES PENYOALAN LISAN...340 6.1 Pengenalan...340 6.2 Corak Bagi Jenis Soalan Lisan...340 6.3 Corak Aliran Penyoalan lisan...344 6.4 Kesimpulan...348 6.5 Penutup...350 BAB 7 IMPLIKASI, CADANGAN KAJIAN DAN KESIMPULAN...351 7.1 Pengenalan...351 7.2 Implikasi Kajian...351 7.2.1 Implikasi Kajian Terhadap Isi Kandungan Sesuatu Topik... 353 7.2.2 Implikasi Kajian Terhadap Pengurusan Proses Penyoalan Lisan... 354 7.2.3 Implikasi Kajian Terhadap Aliran Penyoalan Lisan... 355 7.2.4 Implikasi Kajian Terhadap Aktiviti Pengajaran... 356 7.2.5 Implikasi kajian Terhadap Strategi Penyoalan Lisan... 357 x

7.2.6 Implikasi Kajian Terhadap Perkembangan Kurikulum Dalam Program Keguruan... 357 7.2.7 Implikasi Kajian Terhadap Pelajar... 358 7.2.8 Implikasi Kajian Terhadap Strategi Masa Menunggu... 359 7.3 Cadangan Kajian...359 7.4 Kesimpulan Kajian...363 7.5 Penutup...364 RUJUKAN...366 LAMPIRAN...384 xi

SENARAI JADUAL No. Jadual Muka surat Jadual 2.1. Empat Jenis Inkuiri dalam Proses Pengajaran Amali... 30 Jadual 2.2. Jadual 2.3. Jadual 2.4. Jadual 2.5. Jadual 2.6. Jadual 2.7. Pengelasan Soalan Lisan Berdasarkan Taksonomi Bloom (Sumber: Chin, 2004)... 36 Tahap Kesukaran Soalan Lisan yang Diutarakan oleh Pelajar (Sumber: Harper et al., 2003)... 39 Tahap Penyoalan Lisan dalam Taksonomi Bloom (Sumber: Martin et al., 2005a)... 57 Sistem Kategori Penganalisisan Interaksi Flander (Sumber: Tan Chai Tin, 1995)... 59 Ringkasan Sistem Pengkategorian Interaksi Verbal (Sumber: Edwards & Westgate, 1994)... 60 Sistem Pengkategorian Soalan Lisan untuk Sains. (Sumber: Smith & Barrow, 1996)... 61 Jadual 4.1. Tema dan Tajuk dalam Mata Pelajaran Kimia Tingkatan Empat...87 Jadual 4.2. Isi Kandungan bagi Tajuk Elektrokimia dan Sub Konsep yang Terlibat 88 Jadual 4.3. Jadual 4.4. Kelas yang Terlibat di bawah Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Peserta Kajian...89 Perbandingan Kelengkapan Beberapa Komponen di Makmal Sekolah...92 Jadual 4.5. Latar Belakang Peserta Kajian...95 Jadual 4.6. Jadual 4.7. Jadual 4.8. Tarikh Memohon dan Kelulusan Daripada Pihak yang Terlibat...103 Jadual Waktu Pengajaran Subjek Kimia bagi Lima Orang Peserta Kajian...104 Perkara yang Perlu Diperhatikan (Protokol Pemerhatian)...109 Jadual 4.9. Protokol Temu Bual Secara Umum - Fasa Pertama...112 Jadual 4.9. Protokol Temu Bual Secara Umum - Fasa Pertama (Sambungan)...113 Jadual 4.10. Protokol Temu Bual Berdasarkan kepada Analisis Soalan Lisan Guru...114 Jadual 4.11. Tarikh Pemungutan Data bagi Pemerhatian dan Temu Bual...136 xii

Jadual 5.1. Amalan Penyoalan Lisan Berasaskan Pengetahuan Sedia Ada Pelajar di Awal Pengajaran Guru 145 Jadual 5.2. Ciri-ciri dan Tujuan Soalan Perkaitan 156 Jadual 5.3. Soalan Berasaskan Proses bagi Konsep Elektrolisis dalam Molten 159 Jadual 5.4. Ciri-ciri Soalan Berasaskan Proses 164 Jadual 5.5. Amalan guru bagi jenis Soalan Membanding Beza dalam Elektrokimia 165 Jadual 5.6. Ciri-ciri dan Tujuan Soalan Membanding Beza 170 Jadual 5.7. Amalan Soalan Berasaskan Pemerhatian bagi Konsep Tertentu dan Pendekatan Pengajaran Guru 170 Jadual 5.8. Ciri Soalan Berasaskan Pemerhatian dan Tujuannya 180 Jadual 5.9. Soalan Berasaskan Istilah 182 Jadual 5.10. Ciri Soalan Berasaskan Istilah dan Tujuannya 186 Jadual 5.11. Ciri Soalan Bentuk Gesaan di Awal Pengajaran dan di Akhir Aktiviti 197 Jadual 5.12. Ciri Soalan Pemantauan dan Tujuannya 204 Jadual 5.13. Kedudukan Soalan Motivasi bagi Menggalakkan Pelajar Bertanya bagi Setiap Pemerhatian Melalui Pelbagai Pendekatan Pengajaran 211 Jadual 5.14. Ciri-ciri dan Tujuan Soalan Galakan 217 Jadual 5.15. Ciri Soalan Dwibahasa dan Tujuannya 222 Jadual 5.16. Ciri Strategi Penyebaran Secara Terbuka dan Tujuannya 253 Jadual 5.17. Beberapa Aspek dalam Masa Menunggu dan Perinciannya 259 Jadual 5.18. Tujuan Pengulangan Soalan dan Perinciannya 265 Jadual 5.19. Perincian Terhadap Maklum Balas Guru dalam Proses Pengajaran 285 Jadual 5.20. Ciri bagi Setiap Corak Aliran Penyoalan Lisan 333 xiii

SENARAI RAJAH No. Rajah Muka surat Rajah 2.1. Beberapa perbezaan definisi masa menunggu. (Sumber: Davivongse, 1984; Tobin, 1987)... 42 Rajah 2.2. Definisi masa menunggu. (Sumber: Heinze & Erhard, 2006)... 44 Rajah 2.3. Model penyoalan lisan dalam turutan proses temu bual di dalam perbincangan. (Sumber: Guerin & Maier, 1983)... 51 Rajah 2.4. Gambaran model gelungan Sokratik. (Sumber: Copeland, 2005)... 52 Rajah 2.5. Tahap dalam model QUILT. (Sumber: Walsh & Sattes, 1999)... 54 Rajah 2.6. Model Schramm III (Sumber: Sang, 2002)... 56 Rajah 2.7. Model soalan lisan guru yang dilihat dari sudut jawapan. (Sumber: Young, 1992)... 65 Rajah 3.1:. Rajah 3.2. Rajah 3.3. Rajah 3. 4. Kedudukan Zon Perkembangan Proksimal. (Sumber: Gallimore & Tharp, 1990) 73 Gambaran proses keseimbangan dalam minda yang menghubungkan antara pengetahuan sedia ada dan penyoalan lisan guru daripada teori Piaget 76 Adaptasi teori pemprosesan maklumat dengan menghubungkan soalan lisan. (Sumber: Eggen & Kauchak, 2004) 79 Aplikasi kerangka teori kajian berasaskan kepada bimbingan guru melalui soalan lisan 83 Rajah 4. 1. Rajah 4. 2. Carta alir penganalisisan data bagi menyediakan satu laporan kes. (Ringkasan dari Miles & Huberman, 1994)...117 Reka Bentuk Kajian...141 Rajah 5.1. Soalan-soalan yang melibatkan urutan bagi sebatian molten [Pb(II)Br]... 162 Rajah 5.2. Peta konsep yang menunjukkan konsep yang boleh dibandingbezakan dalam Elektrokimia.... 166 Rajah 5.3. Amalan masa menunggu dalam urutan proses penyoalan lisan.... 255 Rajah 5.4. Ciri-ciri bagi setiap urutan dalam aliran penyoalan lisan tunggal.... 318 xiv

Rajah 6.1. Corak isi kandungan soalan dalam proses pengajaran bagi tajuk Elektrokimia. 341 Rajah 6.2. Corak aliran penyoalan lisan dan strategi dalam proses penyoalan lisan. 345 xv

SENARAI LAMPIRAN Lampiran A: Reka Bentuk Tempat Kajian (Makmal Kimia)... 384 Lampiran B: Surat Kebenaran dari BPPP... 385 Lampiran C: Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri... 386 Lampiran D: Surat Kebenaran dari Pejabat Pendidikan Daerah... 387 Lampiran E: Surat Kebenaran Peserta Kajian... 388 Lampiran F: Contoh data verbatim pengajaran guru... 389 Lampiran G: Contoh data dalam bentuk temu bual... 404 Lampiran H: Definisi tema, kategori dan sub kategori... 414 Lampiran I: Lampiran J: Perincian soalan lisan berasaskan pengetahuan sedia ada pelajar bagi setiap pengajaran... 416 Soalan lisan berasaskan proses bagi konsep elektrolisis dalam larutan akueus dan sel Voltik... 417 Lampiran K 1: Abstrak 1...419 Lampiran K 2: Abstrak 2...420 Lampiran K 3: Abstrak 3...421 Lampiran K 4: Abstrak 4...422 Lampiran K 5: Abstrak 5...423 Lampiran K 6: Abstrak 6...424 Lampiran K 7: Abstrak 7...425 Lampiran K 8: Abstrak 8...426 Lampiran K 9: Abstrak 9...427 xvi

SENARAI SINGKATAN BPPP CASE CD HRASE IRE MP3 PBSM PMR PQS QCSS QUILT S-T-R-M S-T-M S-R-M S-M SSRR UPSR VICS ZPD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Cognitive Acceleration Through Science Education Compact Disc History, Relationship, Application, Speculation, Explanation Initiates Response Evaluation Media Player-3 Persatuan Bulan Sabit Merah Penilaian Menengah Rendah Probe, Question, Scaffold Question Category System for Science Questioning and Understanding to Improve Learning and Thinking Soalan lisan-tindakan-respons-maklum Balas Soalan lisan-tindakan-maklum Balas Soalan lisan-respons-maklum Balas Soalan lisan-maklum Balas Structuring-Soliciting-Responding-Reacting Ujian Penilaian Sekolah Rendah The Verbal Interaction Category System Zone of Proximal Development xvii