ELEMEN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM PROGRAM PEMULIHAN REMAJA DI TAMAN SERI PUTRI, CHERAS

Similar documents
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

BUTIRAN PERIBADI

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

BAB 1: PENGENALAN. mendapati ada wanita yang sanggup melakukan perkara di luar norma masyarakat atau

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

KONSEP HISBAH DAN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM MAIS DAN JAIS DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MODAL INSAN KOPERASI :

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Transcription:

ELEMEN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM PROGRAM PEMULIHAN REMAJA DI TAMAN SERI PUTRI, CHERAS 1 Noor Hafizah Mohd Haridi, 2 Ahmad Munawar Ismail, 1 Maizan Mat@Muhammad, 1 Norsaleha Mohd Salleh noorhafizah@kuis.edu.my, maizan@kuis.edu.my, norsaleha@kuis.edu.my 1 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS 2 Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM ABSTRAK Modal insan atau human capital merujuk kepada modal atau apa yang dapat dikeluarkan dari seseorang insan untuk dimanfaatkan. Modal insan hanya akan menjadi asset penting bagi sesebuah organisasi dan negara sekiranya tahap kecekapan, kemahiran dan pengetahuan modal insan dibangunkan selaras dengan keperluan organisasi dan negara. Pembangunan berkaitan modal insan atau sumber manusia ini bukan sahaja penting untuk pembangunan ekonomi atau material sesebuah negara malah ia juga penting dalam memastikan kelestarian jati diri seseorang individu. Di Malaysia terdapat banyak institusi yang melaksanakan program pemulihan khususnya terhadap remaja bermasalah. Metode yang digunakan dalam kajian ialah kualitatif. Hasil kajian ini bertujuan mengenalpasti elemen pembangunan modal insan dalam program pemulihan berasaskan kepada tiga elemen utama iaitu pegangan akidah yang teguh, pengamalan kolektif akhlak mulia serta wawasan iman dan muamalah. Eleman ini penting bagi membentuk sahsiah diri seterusnya melahirkan personaliti yang baik dan mampu menghalang diri daripada terjebak dalam melakukan amalan-amalan yang bercanggah dengan syariat Islam. Kata Kunci: Pembangunan modal insan, program pemulihan, remaja bermasalah. 202

1.0 PENGENALAN Golongan remaja merupakan komoditi negara yang perlu dibimbing dan dibantu agar dapat melakukan keputusan yang sihat dalam hidupnya. Gejala sosial di kalangan remaja dan belia yang semakin meningkat hari demi hari perlu ditangani segera. Kebimbangan ini diluahkan oleh Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Syed Ali Tawfik Al-Attas berikutan bertambahnya jumlah penagih dadah, kes juvenil dan penghidap HIV di seluruh negara (Utusan Malaysia, 2006). Kekuatan dan kelemahan sesuatu bangsa dan negara amat bergantung kepada golongan muda yang merupakan tunggak dan pewaris kesinambungan pembangunan dan kesejahteraan negara. Golongan muda yang cemerlang dalam pelbagai aspek seperti akademik, kemahiran, sahsiah dan jati diri amat diperlukan untuk menyumbang secara positif kepada kecemerlangan dan pengukuhkan ekonomi serta masa depan negara (Fauziah, 2009). Dalam era globalisasi yang mana manusia harus berhadapan dengan dunia tanpa sempadan, pelbagai cabaran khasnya yang berkaitan dengan masalah sosial dan keruntuhan akhlak dalam kalangan generasi muda remaja amat membimbangkan. Sebagai salah satu usaha murni untuk membantu mengatasi masalah tersebut, beberapa faktor pelindung bagi menangani masalah berkaitan dengan remaja adalah diperlukan (Smith, 2004). Oleh itu, generasi pelapis dalam kalangan remaja merupakan modal insan yang perlu diberi perhatian serius. Tambahan lagi isu permasalahan sosial dalam kalangan remaja masa kini tidak dapat disangkal lagi. Pelbagai kes salah laku sosial dalam kalangan remaja Melayu yang beragama Islam juga menunjukkan peningkatan. Perangkaan menunjukkan semua masalah sosial dalam masyarakat semakin meruncing terutama dalam kalangan remaja. Hal ini berdasarkan statistik yang dilaporkan saban hari, bulan dan tahun semakin meningkat sama ada dari sudut pengidap HIV/AIDS, jenayah zina, kes buang bayi, minum arak, judi, jenayah rompak, rempit, ragut dan sebagainya. Apa yang lebih memalukan dan menyedihkan ialah apabila statistik yang diberikan menunjukkan kaum dan remaja Melayu Islam berada di carta tangga teratas.(che Noraini Hashim, 2011). 203

Peningkatan gejala sosial khususnya di Malaysia dibuktikan dengan kadar peningkatan gejala delinkuen di kalangan remaja serta tertubuhnya institusi-institusi pemulihan akhlak sama ada yang didaftarkan di bawah badan kerajaan, badan bukan kerajaan atau persendirian. Institusi-institusi ini ditubuhkan atas justifikasi membantu memberikan pemulihan serta perlindungan terhadap golongan remaja bermasalah. Di Malaysia khususnya, terdapat banyak pusat-pusat pemulihan ditubuhkan oleh kerajaan iaitu Di negara ini terdapat akta atau peraturan-peraturan tertentu yang telah digubal dalam usaha untuk memulihkan semula remaja-remaja yang bermasalah. Antara akta yang terlibat ialah Akta Mahkamah Juvana 1947 (akta 90), Akta perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (Akta 106, Taman Seri Puteri, Kaedah-Kaedah Perlindungan Wanita dan Gadis (Tempat Perlindungan 1882), Sekolah Tunas Bakti (Peraturan-Peraturan Yang Diluluskan 1981), Peraturan Asrama Akhlak 1982 dan Peraturan Tempat Tahanan 1950.(Risalah JKM.). Sekolah Henry Gurney juga merupakan institusi yang dikelolakan oleh badan kerajaan menempatkan pesalah berumur 21 tahun ke bawah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaanpa (NGO), badan persendirian dan sebagainya yang menempatkan remaja bermasalah seperti Raudhatus Sakinah (JIM), Rumah Perubatan Al- Syifa (PERKID), Pusat Wanita dan Lelaki Baitul Ehsan, Inabah, Pusat Pemurnian Akidah dan sebagainya.(noor Hafizah, 2015). Berdasarkan statistik dari tahun 2008 2011 yang diperolehi dari bahagian statistik dan perangkaan didapati setiap tahun hampir 85-90 peratus pelatih yang ditempatkan di istitusi pemulihan JKM beragama Islam.(Risalah JKM, tt) Situasi sebegini pasti memerlukan satu kaedah pembangunan modal insan yang menekankan aspek kerohanian sebagai asas yang kukuh kerana aspek kerohanian dilihat sebagai hakikat diri insan yang menentukan tindakan lahiriahnya. Oleh itu penyelidikan ini amat penting untuk menonjolkan asas-asas yang berkaitan. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk membuktikan kerelevanan pembangunan model kerohanian sebagai teras program pemulihan yang dijalankan terhadap remaja berisiko. Ini menjawab persoalan kenapa perlunya model kerohanian dalam program pemulihan yang dilaksanakan. 204

Golongan remaja merupakan komoditi negara yang perlu dibimbing dan dibantu agar dapat melakukan keputusan yang sihat dalam hidupnya. Gejala sosial di kalangan remaja dan belia yang semakin bertambah hari demi hari perlu ditangani segera. Kebimbangan ini diluahkan oleh Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Syed Ali Tawfik Al-Attas berikutan bertambahnya jumlah penagih dadah, kes juvenil dan penghidap HIV di seluruh negara (Utusan Malaysia, 2006). Ini dapat dilihat melalui statistik kes yang menunjukkan peningkatan pembabitan remaja dalam kesalahan Juvana sehingga tahun 2005. Semua pihak pasti bersetuju yang kita perlu memandang fenomena ini dengan serius dan seterusnya berusaha mencari penawarnya untuk menyelamatkan generasi muda yang akan mewarisi tampuk kepimpinan negara. Keterlanjuran mereka yang mengakibatkan mereka bergelumang dalam kemelut sosial tidaklah boleh diletakkan kesalahan sepenuhnya di bahu remaja yang sering di kambing hitam kan ini. Tenaga yang diperlukan untuk memajukan negara ini tidak boleh dibiarkan terus hanyut dan merugikan negara. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Kajian ini dijalankan untuk menganalisis elemen pembangunan modal insan dalam program pemulihan akhlak dalam mengubah tingkah laku pelatih-pelatih yang terdapat Taman Seri Puteri, Cheras Kuala Lumpur. Pelbagai program seperti vokasional, ko-kurikulum, keagamaan dan bimbingan kaunseling telah dianjurkan untuk penghuni. Persoalannya, adakah program-program pemulihan yang dijalankan dapat mengubah tingkah laku penghuni atau sebaliknya. Proses menyedarkan mereka daripada kesilapan lampau perlu dilakukan dengan berkesan bagi mengelakkan mereka mengulangi perkara yang sama. Kepentingan dan keperluan pembangunan modal insan ini tidak dapat dinafikan khusunya dalam program pemulihan di institusi pemulihan akhlak di Malaysia. Elemen modal insan mestilah diterapkan dalam program-program pemulihan yang dilaksanakan. Penerapan elemen ini jelasnya dapat merangsang dan membina sikap pelatih yang bukan sahaja sedar kesilapan serta kesalahan yang telah dilakukan. Malah, penerapan elemen modal insan ini dapat melahirkan individu yang menjadi Islam sebagai cara hidup yang 205

sempurna, mempunyai jati diri dan sentiasa berusaha meningkatkan tahap keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Islam sangat menekankan insan yang berkualiti dengan penguasaan ilmu, berfikiran luhur, bertoleransi, mempunyai daya saing dan sebagainya. Semua ciri-ciri yang dinyatakan ini merupakan sebahagian daripada unsur-unsur penjanaan modal insan. Oleh yang demikian kegagalan manusia memahami tuntutan yang terdapat dalam al-quran dan tidak mempelajari sejarah jatuh bangun peradaban manusia pada masa silam menyebabkan manusia gagal untuk berfungsi menjadi insan kamil. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-a la:14-17 Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang Yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal Yang Soleh), dan menyebut-nyebut Dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk). Untuk membangunkan modal insan mengikut acuan Islam. Terdapat tiga perkara penting yang perlu menjadi fokus pemerhatian, iaitu: i. Pegangan akidah yang teguh ii. Pengalaman kolektif akhlak mulia iii. Wawasan iman dan muamalah. Oleh itu, penyelidik berpendapat kajian ini diperlukan bagi mengkaji keberkesanan programprogram yang dilaksanakan di Taman Seri Puteri Batu Gajah, Perak dan Kompleks Dar-Assa dah, Kuala Lumpur. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk menganalisis elemen pembangunan modal insan di Taman Seri Puteri Cheras, Kuala Lumpur. Objektif khusus bagi kajian ini adalah: i. Mengenal pasti aspek pembangunan modal insan melalui program pemulihan yang diberi keutamaan institusi pemulihan. 206

ii. Mengenal pasti pendekatan dan mekanisme yang digunakan oleh institusi dalam menghasilkan modal insan yang berkualiti menerusi program pemulihan yang ditawarkan, dan iii. Mengkaji masalah yang dihadapi oleh institusi dalam membangunkan modal insan melalui program pemulihan. 5.0 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini secara tidak langsung dapat dapat mengenalpasti elemen pembangunan modal insan yang diterapkan dalam program pemulihan di Taman Seri Puteri, Cheras. Maklumat ini boleh digunakan untuk menyediakan program yang lebih sesuai dan mampu menyelesaikan permasalahan Juvana. Kajian ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang perkembangan di pusat-pusat pemulihan seumpama ini. Kajian ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat setempat khususnya agar tampil memberi sumbangan kepada pelatih-pelatih di institusi ini. Kajian ini memberi kesedaran secara tidak langsung kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pemulihan pelatih agar dapat memberi sokongan kepada pelatih agar pelatih tidak mengulangi kesalahan yang sama dan dapat meningkatkan perubahan tingkah laku positif hasil daripada program pemulihan yang telah mereka jalani. Pihak sekolah boleh merujuk pada dapatan kajian ini untuk merangka program atau kaedah atau pendekatan yang terbaik yang dapat memenuhi keperluan dan mengatasi kenakalan remaja di peringkat awal. Pelatih perlu dipulihkan mengikut edaran masa dan perubahan teknologi dan sosial yang berlaku setiap saat. Program yang bakal dirancang juga dapat menghindarkan mereka daripada mengalah dengan cabaran selepas menjalani program pemulihan agar mereka tidak perlu dibimbing buat kali kedua. 6.0 BATASAN KAJIAN Kajian ini dilaksanakan di kalangan Juvana di institusi pemulihan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu Taman Seri Puteri, Cheras. Pemilihan institusi ini bertepatan dan bersesuaian dengan tajuk kajian. Hasil kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi Juvana di seluruh Malaysia. Hasil kajian terbatas kepada populasi di institusi berkaitan sahaja. Dapatan kajian juga sangat bergantung pada kejujuran pegawai JKM, pegawai yang terlibat 207

dalam program pemulihan dan pelatih-pelatih yang telah dipilih sebagai informan dalam memberikan jawapan tepat dan benar kepada temubual yang dikemukakan. 7.0 METODOLOGI Kajian ini bersifat deskriptif yang merupakan kajian yang dibuat berdasarkan gambaran yang telah sedia ada. Menurut Denzin dan Lincon (1994) penyelidikan kualitatif ini melibatkan kaedah secara terfokus, termasuk menggunakan pendekatan naturalistik (semula jadi) untuk menyelidik sesuatu subjek. Cresswell (1994) pula mentakrifkan bahawa penyelidikan kualitatif sebagai proses inkuiri dalam meninjau sesuatu permasalahan sosial. Data-data dari kualitatif akan melibatkan kajian-kajian daripada sumber-sumber perpustakaan termasuk penelitian dokumen-dokumen yang berkaitan, temubual dan pemerhatian. Oleh itu kajian ini menggunakan kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengkaji perlaksanaan modal insan melalui program pemulihan di institusi pemulihan akhlak di Malaysia. Seramai 7 orang informan terlibat dalam kajian ini melibatkan seorang pegawai JKM, seorang pegawai di institusi dan lima orang pelatih. 8.0 DAPATAN KAJIAN Analisis hasil dapatan tentang elemen pembangunan modal insan dalam programprogram pemulihan akhlak: 8.1 Program Pemulihan Program pemulihan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial bagi memulihkan individu yang menghadapi masalah tingkah laku negatif (Barton 1999). Salah satu golongan yang berisiko untuk terlibat dengan jenayah adalah golongan kanak-kanak. Menurut Akta Kanak- Kanak 2001, kanak-kanak ialah individu yang berumur bawah 18 tahun. Mengikut Kanun Keseksaan (Akta 574), seseorang kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab jenayah apabila berumur 10 tahun sehingga berumur bawah 18 tahun ketika melakukan jenayah. Antara jenayah yang seringkali dilakukan kanak-kanak adalah jenayah harta benda seperti mencuri, pecah rumah, pergaduhan dan sebagainya. Namun demikian, jika permasalahan jenayah ini tidak dibendung, kanak-kanak 208

ini akan terus melakukan jenayah sehingga berani melakukan jenayah yang lebih berat seperti membunuh, merompak dan merogol. Oleh itu, usaha pemulihan dari aspek tingkah laku dan aspek mental perlu dilakukan kepada mereka yang melakukan jenayah. Di negara-negara Barat seperti Britain, Kanada dan Australia, mereka menitikberatkan pendekatan-pendekatan serta ciri-ciri pelaksanaan pemulihan akhlak yang efektif ke atas pesalah kanak-kanak. Salah satu pendekatan pemulihan yang berkesan ke atas pesalah kanakkanak adalah pendekatan Terapi Keluarga Multidimensi (Multidimensional Family Therapy) yang banyak diamalkan di luar negara. Pendekatan ini melibatkan pelbagai anggota masyarakat terutamanya penglibatan keluarga pesalah. Selain itu, ciri-ciri pelaksanaan lain yang diberi penekanan di negara-negara Barat adalah seperti sumber-sumber program iaitu kemudahan fizikal, sumber manusia, kemahiran pelaksana program pemulihan, aktivitiaktiviti pengajaran serta penilaian. Antara pengkaji-pengkaji Barat yang memfokuskan kajian berkaitan sumber-sumber program dan aktiviti-aktiviti perlaksanaan pemulihan iaitu Gendreau dan Ross (1987); Hollin, Epps dan Kendrick (1995); Barton (1999); Bramley(1996); Brower (2013) serta Bartollas dan Schmalleger (2014). Daripada kajian-kajian pengkaji-pengkaji ini, didapati bahawa ciri-ciri pemulihan yang berjaya bukan sahaja dari segi pendekatan yang digunakan tetapi juga elemenelemen pelaksanaan program seperti penyediaan kemudahan, kemahiran pelaksana, sikap pelaksana, proses pengajaran, sokongan pentadbir dan penilaian program. Kesemua elemen ini dikatakan sebagai penggerak kepada sesebuah program pemulihan akhlak. Di Malaysia, perkhidmatan pemulihan untuk pesalah kanak-kanak adalah pendidikan melalui sistem persekolahan (Darussalam Budin, 2014; Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Antara jenis-jenis sistem persekolahan yang dikenalpasti adalah Sekolah Tunas Bakti di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Sekolah Henry Gurney di bawah Jabatan Penjara Malaysia. Pemulihan secara pendidikan dapat membantu memulihkan mereka dari segi tingkah laku, kemahiran hidup dan membina keyakinan diri supaya mereka dapat berhadapan dengan orang luar apabila dibebaskan daripada pusat pemulihan. Antara program pemulihan yang dikenalpasti dilaksanakan di Malaysia adalah Program Pemulihan Akhlak. 8.2 Taman Seri Putri Taman Seri Puteri (TSP) adalah tempat perlindungan. Tempat perlindungan bermaksud mana-mana tempat perlindungan yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah Seksyen 55, 209

Akta Kanak-Kanak 2001. TSP menyediakan pemulihan khusus untuk kanak-kanak perempuan yang berumur di bawah 18 tahun seperti berikut: a. Mereka yang terdedah kepada bahaya moral. b. Mereka yang melibatkan diri/terlibat dalam pelacuran 8.2.1 Objektif Memberi perlindungan dan pemulihan kepada wanita dan gadis yang terdedah kepada bahaya moral atau menghadapi masalah moral dan keruntuhan akhlak. 8.2.2 Peraturan Kemasukan Kemasukan ke TSP adalah melalui perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. 8.2.3 Tempoh Pemulihan a. Sehingga pelindung berpuas hati bahawa kanak-kanak tidak lagi memerlukan perlindungan segera bagi kes di bahawa seksyen 41(1), Akta Kanak-Kanak 2001. b. Tidak melebihi tempoh 3 tahun dari tarikh perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah bagi kes yang dikendalikan di bawah seksyen 42(7) (a), Akta kanak-kanak 2001. 8.2.4 Perkhidmatan TSP menyediakan perkhidmatan kepada pelatih seperti jagaan dan perlindungan, tempat tinggal, makanan dan minuman, pakaian, keperluan 210

harian, kaunseling dan bimbingan, kaunseling individu, kaunseling kelompok, latihan vokasional, kursus kemahiran kulinari 1, kursus kemahiran makanan dan minuman, kelas jahitan, kelas/kursus asas komputer, rekreasi, muzik, brass band, nyanyian, berkelah, sukan dan permainan dalaman serta menyediakan keistimewaan cuti, wang saku dan lawatan. 8.2.5 Senarai Taman Seri Puteri Bil Institusi Tahun Ditubuhkan Kapasiti (pelatih) 1 TSP Cheras, Kajang, Selangor 1965 30 2 TSP Batu Gajah, Perak 1977 200 3 TSP Kota Kinabalu, Sabah 1984 100 4 TSP Kuching, Sarawak 2006 100 8.3 Penerapan Elemen Pembangunan Modal Insan Di Institusi Pemulihan 8.3.1 Pegangan akidah yang teguh Pembangunan modal insan yang berpaksikan kepada keteguhan akidah merupakan perkara yang terpenting dan diberikan penekanan oleh Nabi Muhammad sebaik sahaja menjadi Rasul melalui peranan baginda dalam memperbaiki akidah masyarakat Arab daripada penyembahan berhala kepada penyembahan Allah SWT yang satu (Razaleigh Muhamat, 2015). Dalam ajaran Islam, elemen kerohanian merupakan perkara yang diberi keutamaan dalam kehidupan manusia. Ia boleh dianalogikan seperti pokok atau teras. Manakala elemen sampingan lain seperti ekonomi, bahasa sains dan teknologi, perindustrian politik, kebudayaan dikategorikan sebagai ranting yang mengeluarkan daun dan buah kerana patuh kepada sunnatullah (Mohd. Roslan Mohd Nor, 2010). 211

Berdasarkan temubual yang dijalankan, elemen akidah dijadikan teras dalam program pemulihan yang dijalankan. Setiap penghuni yang dimasukkan di mana-mana pusat pemulihan JKM akan menduduki satu sesi penilaian dari segi agama (PG, 76). Kajian mendapati solat lima waktu dilaksanakan secara berjamaah dan turut diadakan tazkirah (PI). Kebanyakan penghuni yang dimasukkan ke institusi pemulihan tidak pandai membaca al-fatehah (P1). Malah, terdapat juga penghuni yang dimasukkan ke institusi tidak pernah solat dan tidak pernah diajar solat oleh keluarga sebelum dimasukkan ke institusi (PL). Berdasarkan dapatan ini dapat disimpulkan bahawa penerapan nilai akidah diterapkan dalam program pemulihan khususnya program keagamaan di institusi. Melalui proses ini, akan tertanamlah akidah Islam yang kuat. Maka diharapkan penghuni akan menjadi generasi muda yang memperjuangkan Islam dan bangga akan kebesaran dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW, serta memiliki kekebalan prinsip sehingga tidak mudah terpesong atau terpengaruh dengan budaya persekitarannya. Di samping memiliki daya saing yang kuat, berdaya maju untuk menerokai kehidupan yang lebih bermakna untuk merealisasikan kesejahteraan dunia dan kebahagiaan akhirat serta terpelihara daripada gangguan syaitan yang banyak menggoda dan memesongkan. Mereka memiliki semangat jati diri, berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif, tidak akan taksub dengan budaya lama yang melemahkan. 8.3.2 Pengamalan Kolektif Akhlak Mulia Pengamalan nilai-nilai akhlak sangat berkaitan dengan pengukuhan serta pembinaan akidah Islam. Ini kerana budi pekerti yang mulia akan tumbuh sebagai buah daripada keimanan yang mantap dan akidah yang benar. Akhlak yang mulia adalah punca utama untuk meraih dan memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat, serta mengangkat darjah manusia ke suatu tempat yang paling mulia di sisi Allah SWT. Sedangkan budi pekerti yang buruk merupakan racun yang amat berbahaya serta merupakan sumber keburukan yang menjauhkan seseorang daripada rahmat Tuhannya. Ia sekaligus merupakan penyakit hati dan jiwa yang akan memusnahkan erti kehidupan yang sebenar. (Ibnu Maskawayh, 1975) Mengikut kajian Abu Hamid al-ghazali (1973: 3/89), akhlak yang paling utama (ummahat al fadhail) dapat dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Al-Hikmah, Al-Adlu, Al Shaja ah, Al- Iffah. Kesemua sifat tersebut, merupakan asas dan sumber keluhuran 212

akhlak mulia dan nilai murni yang akan membangkitkan sifat-sifat terpuji dalam diri individu. Para ulama dan tokoh cendekiawan Islam dari semasa ke semasa telah sepakat meperakukan bahawa syariah Islam mempunyai maqasid (matlamat) yang telah dikenal pasti iaitu memelihara agama (al-din), memelihara akal, Memelihara jiwa, Memelihara keturunan dan maruah diri, Memelihara harta ( Abu Ishaq al-shatibi, 1963). Berdasarkan temubual yang dijalankan mendapati setiap institusi telah menetapkan jadual rutin harian penghuni setiap hari (PI). Rutin harian penghuni bermula dari jam 4.00 pagi hingga 10.00 malam (PL). Jelasnya, melalui jadual yang telah ditetapkan oleh pihak institusi dapat melatih penghuni menguruskan masa seharian dengan melakukan perkara-perkara berfaedah. Setiap penghuni mempunyai tangungjawab antara satu sama. Penghuni juga diajar cara-cara menutup aurat dengan sempurna (PL). Semangat tolong menolong dan bergotong royong diterapkan pada setiap penghuni. Berdasarkan dapatan temubual penghuni diminta menyiram pokok, membersihkan kelas, tandas dan ini secara tidak langsung memupuk semangat kerjasama penghuni (PL). 8.2.3 Wawasan Iman Dan Muamalah/Jati Diri. Wawasan iman yang dimaksudkan di sini adalah pengamalan dalam kehidupan seorang muslim sehari-hari. Untuk mendapatkan suatu nilai kehidupan yang serasi dengan keyakinan agama yang mereka pegang, perlulah adanya motivasi iman yang teguh dalam lubuk hati setiap insan terutamanya generasi belia. Ini memandangkan iman yang mantap serta ketakwaan yang menyeluruh mengangkat modal insan ke peringkat yang tinggi dan mulia. Mereka akan mempengaruh dan memelihara budaya berdasarkan nilai-nilai agama, membangun moral masyarakat berdasarkan nilai-nilai akhlak mulia dan menangani budaya yang tidak sihat secara berkesan. Analisis tentang rukun iman dalam Islam yang mengandungi enam perkara itu telah mencerminkan suatu pengolahan batin yang harus diaplikasikan dalam kehidupan kita sehari-hari. Keimanan terhadap Allah, Malaikat dan Rasul-Nya, menjadi asas pemahaman kita tentang kedudukan umat manusia di dunia ini bukanlah suatu hal yang kebetulan, tetapi ia adalah urusan Allah SWT selaku Pencipta, sengaja menciptakan manusia sebagai khalifah di atas dunia ini dengan hikmah dan tujuan tertentu. 213

Keyakinan akan kebenaran Kitab Suci yang telah diturunkan, Hari Kemudian (akhirat) sebagai tempat pembalasan serta ketetapan Allah SWT untuk semua yang terjadi di alam ini. Ia akan menambah mantapkan keyakinan kita supaya perlunya setiap manusia untuk mencari cara dan jalan hidup yang ideal, yang dapat memberikan makna kehidupan yang membahagiakan zahir dan batin. Seseorang yang menyatakan sesuatu tindakan, perbuatan atau perkataan, pasti ada dorongan atau penolakan dari dalam batinnya. Di sinilah perlunya penegasan dasar-dasar iman yang sesuai dengan ajaran akidah Islam. Hari ini, lihat sahaja betapa ramai manusia yang tergelincir dalam lembah kesesatan, terpesong, diakibatkan penyalahgunaan tuntutan-tuntutan Ilahi yang semestinya difahami dan diyakini sebagai hidayah atau petunjuk dalam mengharungi bahtera kehidupan di dunia ini. Kewujudan umat manusia di dunia sebagai khalifah Allah dan hamba-nya, diharapkan dapat membangun dan mengatur kehidupan, bukannnya untuk merosakkan kehidupan. Selain itu, manusia juga mengabdi kepada Penciptanya sesuai dengan tuntutan dan ajaran yang diberikan kepadanya. Seorang hamba yang beribadah kepada Allah SWT, harus dengan tatacara yang berasaskan pada ajaran Allah SWT. Memakmurkan dunia pun diharuskan mempunyai asas yang jelas daripada nilai-nilai Islam. Ini semua bererti kita beramal, beribadah di atas landasan iman dan akidah yang benar. Kehidupan sosial antara sesama makhluk atau sesama manusia, selalu bertujuan tidak merosakkan persada bumi ini. Allah SWT dalam banyak ayat al-quran menegaskan bahawa: Ia sama sekali tidak menyukai kerosakan dan orang yang berbuat kerosakan di atas bumi ini (Q.S. al-baqarah: 60, al-maidah: 64, al-a raf: 74). Hasil kajian mendapati pelbagai program dirangka diperingkat pusat bagi membantu meningkatkan jati diri penghuni. Antara program tersebut ialah program Khalifah Junior yang memuatkan program-program seperi hafazan, pertandingan azan, pertandingan kuiz, bercerita (PG367-371). Program seperti kem motivasi juga turut diadakan di institusi (PL). Program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan jati diri penghuni. Program kaunseling juga turut diadakan dan setiap penghuni yang dimasukkan di institusi tidak terkecuali dari mengikuti program kaunseling tersebut. Pengamalan kolektif nilai-nilai akhlak mulia sangat diperlukan dalam mengharungi kehidupan moden ini supaya modal insan umat Islam, terutamanya para belia terhindar daripada pelbagai penyakit masyarakat yang berbahaya, antaranya: materialisme, kapitalisme, sekularisme, hedonism, liberalisme dan lain-lain. Generasi belia umat Islam pula, diharapkan mampu memacu 214

diri dan mengembangkan semangat jati diri untuk menguasai pelbagai bidang ilmu, termasuk bidang sains dan teknologi. Kemudian, mereka bangkit memanfaatkannya sesuai dengan fungsi kekhalifahan manusia di muka bumi ini, tanpa harus membuang prinsip hidup keislaman yang menjanjikan kebahagiaan dunia dan keselamatan akhirat. 9.0 KESIMPULAN Pembangunan insan ialah proses pendidikan manusia dengan tumpuan terhadap aspek fizikal dan spiritual secara bersesuaian dengan fungsi dan peranan setiap komponen secara tepat. Kesesuaian ini mengakibatkan setiap komponen berkembang seperti tujuan asal kejadian setiap komponen. Hal ini seterusnya melahirkan manusia yang mantap dalam segenap aspek yang akhirnya berupaya memberikan sumbangan terhadap agama dan masyarakat (Ahmad Fazullah Mohd Zainal Abidin). Matlamat pembangunan insan ialah untuk membina diri manusia supaya layak menjadi anggota masyarakat yang dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Maka, ketinggian sahsiah, akhlak dan jati diri merupakan matlamat dalam pembangunan insan yang perlu dicapai. Ia juga bertujuan untuk membangunkan diri atau membangun potensi diri bagi membangun masyarakat dan Negara. Konsep yang telah ditunjukkan Islam, boleh dijadikan asas kukuh dalam melahirkan modal insan yang berkualiti. Ia boleh diaplikasi oleh masyarakat Malaysia mengikut kesesuaian mengikut ajaran agama masing-masing. Faktor penyumbang kepada akhlak mulia tidak dapat dipisahkan daripada aspek keagamaan. Agama ialah pembentuk nilai, sikap dan tingkahlaku yang paling mantap. Akhlak mulia jelasnya melahirkan modal insan berkualiti. 215

RUJUKAN Al-Quran Hajah Noresah bt Baharom (2015), Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Che Bakar Che Mat et.al (2007), Pembangunan Dari Perspektif Islam. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Faudzinaim Badaruddin (2006), Pembangunan Ummah: Relevansi Peranan Tasawuf dalam Konteks Moden, dalam Ahmad Sunawari Long dan Zul azmi Yaakob (eds), Budaya dan Pemikiran Islam Mesir-Malaysia, Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Muhammad Syukri Salleh (1987), Pembangunan Berteraskan Islam, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Fariza Md Sham dan Idris Zakaria (2006), Peranan Dakwah Dalam Pembangunan Modal Insan: Pembinaan Peradaban Masyarakat Islam di Malaysia,. Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Zainudin Sharif & Nirazmah Mohamad Roslan (2011), Faktor-faktor yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (Melaka) & Fakulti Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia (Johor). Tengku Elmi Azlina Tengku Muda, Nor Adha Abdul Hamid, Azizah Mat Rashid, Norul Huda Bakar & Norashikin Azmi (2015), Kesalahan akhlak dan perkaitannya dengan faktor kematangan, kerohanian dan kesedaran kendiri individu. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) & Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Noor Shakirah Mat Akhir & Muhammad Azizan Sabjan (2014), Pembangunan Modal Insan Dari Perspektif Kerohanian Agama: Islam Sebagai Fokus. Pusta Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. 216

Fadilah Mohamad Nawawi (2012), Masalah Gejala Sosial Remaja di Salah Sebuah Daerah Negeri Sembilan. Ijazah Sarjana Muda Teknologi. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Fatimah Ali (2007), Masalah Sosial Pelajar dan Hubungannya dengan Kemerosotan Pembelajaran. Sarjana Muda. Akademi Pengajian Islam, Nilam Puri. Universiti Malaya. Noor Hafizah Mohd Haridi & Fakhrul Adabi Abd Kadir (2015), Program Agama di Institusi Pemulihan Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM): Analisis Permasalahan. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Islam Antarabangsa Selangor & Universiti Malaya. Rohayati Derani (2004), Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor-Faktor Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Masa Kini: Satu Tinjauan di Taman Aman Anak Bukit, Alor Setar Kedah. Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam). Universiti Teknologi Malaysia. Syarifah (2011), Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembentukan Akhlak Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Umum (SMU) di Kota Medan. Sarjana Muda. Universiti Utara Malaysia Kedah Darul Aman. 217