Wakaf: Sumbangan Yang Dipinggirkan. Waqf: An Abandoned Philanthropy

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PELABURAN DANA SEDEKAH MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

WAQF MANAGEMENT AND ADMINISTRATION IN MALAYSIA: ITS IMPLEMENTATION FROM THE PERSPECTIVE OF ISLAMIC LAW

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

COMMUNITY AWARENESS AND UNDERSTANDING OF WAQF IN MALAYSIA: EXPERIENCE OF THE STATES ISLAMIC RELIGIOUS COUNCIL

KEPERLUAN KEPADA SKIM BANTUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) ATAU LIFELONG LEARNING UNTUK FAKIR MISKIN MENERUSI ZAKAT

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

[SV 9] MENGANALISIS ISU HALAL TERHADAP SEKTOR PERKHIDMATAN HOTEL DI MALAYSIA. Nursyahida Jaafar¹ & Mohamad Ghozali Hassan²

Cabaran Sosial dalam Pelaksanaan Zakat Kalangan Masyarakat Muslim Bangkok

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Sorotan Literatur Pelaksanaan Wakaf Tunai di Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

KERTAS KERJA 12 PEMBANGUNAN HARTA WAKAF: PENGALAMAN NEGARA-NEGARA ISLAM

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

KOS SARA HIDUP MAHASISWA UPM

ABSTRAK. pada suatu ketika dahulu contohnya di zaman kerajaan Uthmaniyyah. Kajian ini

Waqf Assets Management: Harnessing Tool for Muslims

Tafsiran dan Status Asnaf Fisabilillah dalam Pengagihan Zakat The Application and Shariah Issues of Tanāzul in Preference Shares

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

MODEL PENGURUSAN SURAU ORANG ASLI DI SELANGOR

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

A Review on Bequest Writing in The Management of Property in Malaysia

PEMBANGUNAN TANAH WAKAF MELALUI HOTEL WAKAF: STRATEGI LAUTAN BIRU NASIONAL

Transcription:

Wakaf: Sumbangan Yang Dipinggirkan Waqf: An Abandoned Philanthropy Dr Hjh Mas Nooraini Hj Mohiddin 1 ABSTRAK Wakaf merupakan salah satu bentuk sumbangan yang kurang popular jika dibandingkan dengan sedekah, meskipun kedua-duanya adalah bersifat harus. Sering kali didengar sumbangan untuk sekolah, sedekah untuk masjid, namun jarang disebut wakaf untuk tempat perlindungan wanita, sumbangan untuk kemudahan pelajar-pelajar istimewa dan sebagainya. Memang tidak dapat dinafikan masyarakat Islam khususnya sentiasa memberikan sumbangan yang menggalakkan lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan urusan keagamaan. Kerana dalam semua urusan dunia, Islam (agama) adalah komponen yang tidak dapat dipisahkan atau diasingkan dalam tatacara kehidupan berbeza dengan agama-agama lain. Banyak kajian telah menunjukkan kebanyakan masyarakat Islam masih beranggapan wakaf dalam bentuk tradisional yang hanya membataskan kepada bidang tertentu sahaja. Sedangkan pada hakikatnya, peranan wakaf dan kepentingannya adalah sangat luas. Kajian ini akan menggunakan kaedah sekunder dengan merujuk perbahasan ulama terdahulu dan terkini. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa kesempitan pemikiran mengenai wakaf telah mengakibatkan keterbatasan sumbangan yang tidak menyeluruh. Kerana wakaf bukan hanya dimanfaatkan dan dikhususkan kepada orang Islam sahaja bahkan ia menyeluruh kepada semua masyarakat bukan Islam. Wakaf yang dulunya mampu menampung keperluan umum dalam semua bidang tidak dapat dipertahankan dan dikembang luaskan natijah daripada amalan dan pandangan yang terbatas mengenainya. Dalam erti kata yang lain sumbangan wakaf yang di praktikkan masa kini hanya fokus kepada keagamaan sahaja namun bidang lain yang memerlukan sumbangan wakaf masih di pinggirkan. Kata Kunci: Wakaf, Sumbangan, Masjid, Keagamaan dan tradisional. ABSTRACT Waqf is one kind of philanthropy and less popular when compared to sadaqah, although both philanthropies are not compulsory. Waqf is commonly familiar for schools and mosques but rarely popular as beneficiary for women s home protection or beneficiary of facilities for disabled people. It is undeniable that Muslim society is actively making contributions especially when it relates to religious affairs. This is due to the fact that Islam, which is different from other religions, is a component that cannot be separated from the daily lives of human beings in the world. Many researches show that Muslim society still understand waqf in its limited sense and assume waqf is only applicable to certain fields. Waqf in fact, plays a vital role in almost fields. This research will use secondary method with reference to traditional and contemporary Islamic scholars opinions on this topic. The finding shows that the conservative understanding of waqf perspective leads to limited contribution in certain fields. Waqf does not only give benefits 1 Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam. masnooraini.mohiddin@unissa.edu.bn 11

to Muslims but to the entire society including non Muslims. Waqf which was once used to manage and afford all kinds of needs cannot be maintained and developed as a result of this limited understanding among Muslims. In other words, waqf which is being practiced today only focuses on religious field whereas in other fields that need attention is being abandoned. Keywords: Waqf, contribution, mosque, religious and traditional. Pendahuluan Wakaf memainkan peranan dalam membangun insan kerana dengan mewakafkan harta yang disayangi untuk kepentingan umum akan mendidik jiwa agar menjadi orang yang berjaya mengikis sikap bakhil dan kedekut dan menanam sifat pemurah, menghakis sifat mementingkan diri sendiri, menanam sifat timbang rasa, kasih sayang pada ummah, memperteguhkan persaudaraan Islam serta menanam sikap menjadikan harta sebagai jambatan yang akan menyampaikan kepada keredaan Allah SWT (Ramli, 2005). Wakaf mencerminkan kekuatan iman seseorang dalam mencintai Allah dan umatnya di atas kepentingan peribadinya, memandangkan orang yang berwakaf telah mengikhlaskan harta terbaiknya berubah menjadi milik umat keseluruhannya (Syukriyah, 2012). Wakaf juga dikenali sebagai salah satu sumbangan yang digalakkan dalam Islam. Walau bagaimanapun ia tidaklah terkenal dan popular seperti sedekah meskipun keduaduanya berbentuk harus. Suatu perkara lumrah jika sumbangan untuk sekolah agama, sedekah untuk masjid, namun jarang sekali sekolah untuk orang istimewa, tempat perlindungan wanita di jadikan sebagai penerima manfaat wakaf. Pengertian Wakaf berasal dari perkataan Arab iaitu nama terbitan daripada kata kerja waqafa yang bermaksud tidak bergerak, menahan sesuatu (Akramah, 2008:24) atau memenjarakannya (Al-Sarakhsi, 1406). Dalam perundangan Islam ia bermaksud sesuatu pemberian yang ditujukan untuk kebajikan dan keagamaan (Ghurabal. 1972). Pengertian ini lebih mirip kepada takrifan Kamus Dewan (2007) iaitu sesuatu yang diberikan untuk kegunaan orang ramai (sebagai derma), atau diperuntukan bagi keperluan yang berkaitan dengan agama Islam. Manakala Sayin (2010) memberi pengertian wakaf sebagai menahan sesuatu harta semata-mata kerana Allah Subhanahu Wata ala demi untuk kepentingan umum tanpa mengkhususkan kepada umat Islam secara umumnya. Kriteria penting dalam wakaf ialah menyerahkan aset bagi menghasilkan pendapatan yang kekal. Dan yang lebih penting hendaklah ia dilakukan bagi tujuan birr iaitu kebaikan (Al-Shirazi, n.d). Sumbangan boleh saja dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk material, tenaga atau masa. Sesuai dengan takrifan Kamus Dewan sebagai sesuatu yang diberikan sebagai bantuan, sokongan atau pertolongan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Menurut Yayasan Wakaf Kuwait (2010) wakaf dikenali juga sebagai sumbangan yang mempunyai matlamat yang sama. Namun ia boleh dibezakan seperti pemberian, sedekah, pinjaman dan wasiat. Dalam erti kata yang lain wakaf ialah sumbangan yang mengekalkan asetnya dengan tidak membolehkan ia dijual atau ditukar. Di samping itu ia juga boleh menghasilkan pendapatan dengan mengikut kehendak pewakaf. Pengertian ini 12

lebih komprehensif dan sesuai dengan situasi semasa tanpa mengabaikan kepentingan umum, meskipun kepentingan umat Islam merupakan suatu keutamaan. Sumbangan adalah lebih menyeluruh jika dibandingkan dengan sedekah. Sedekah merupakan sebahagian daripada sumbangan dan ia lebih fokus kepada keagamaan tetapi sumbangan kadang-kadang tidak ada kaitan dengan aktiviti keagamaan ( Hj Mohiddin, 2015). Latar belakang institusi wakaf Penubuhan institusi wakaf banyak didapati di hampir semua negeri majoritinya masyarakat Islam, namun ia di kenali dengan pelbagai nama. Masyarakat Muslim yang berpegang kepada mazhab Maliki yang menetap di Utara dan Barat Afrika menggunakan perkataan hubus atau habs bagi wakaf, iaitu perkataan yang di gunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. 2 (Cizakca, 1998). Oleh sebab itu di Morocco, kementerian yang menguruskan hal ehwal wakaf di kenali sebagai Kementerian habas (Zuhaili, 1987). Manakala di Turki pula di gunakan perkataan vaqf merujuk kepada wakaf (McChesney, 1991). Perkataan wakaf dalam sebutan Melayu membawa salah satu dari dua maksud bergantung kepada konteks dan kegunaannya. Jika ia digunakan pada sesuatu objek itu sendiri, ia membawa maksud kerangka bumbung yang terbuka untuk kegunaan awam atau perabot siar kaki yang digunakan untuk orang ramai berhenti rehat, duduk atau berbaring. Perabot siar kaki 3 atau pavilion ini keseluruhannya diperbuat daripada kayu dengan tiang minimum empat batang dan mempunyai pelantar kayu yang rendah. Bagaimanapun jika perkataan wakaf digunakan dengan sesuatu yang lain seperti harta wakaf atau tanah wakaf atau dalam perkataan diwakafkan, ia membawa maksud harta atau tanah yang dihadiahkan untuk kegunaan awam atau perbuatan menghadiahkan harta. Dalam dunia yang moden ini, wakaf masih digunakan menepati dengan fungsi asalnya sebagai tempat berlindung dan berehat seketika. Lokasi yang jelas menunjukkan penggunaan wakaf ialah di sepanjang Lebuh raya Utara Selatan di Malaysia di mana ia dibina di kebanyakan hentian rehat. Di Kota Bharu, Kelantan, kerajaan negeri telah mengadaptasikan idea wakaf sebagai perabot siar kaki di bandar pada perhentian bas, tepat berkumpul dan kedai kecil dalam bentuk binaan tradisional (Mohammad Rasdi, 2007). Jika di negara Islam ia dikenali sebagai institusi wakaf, namun di negara bukan Islam ia lebih dikenali sebagai institusi badan amanah (trust), yayasan (Foundation) dan pertubuhan amal (charity). Walau bagaimana pun kewujudan institusi wakaf yang dikenali lebih menjurus kepada sentimen keagamaan jika di bandingkan dengan institusi yang mempunyai matlamat yang sama (Hj Mohiddin, 2016). Charitable trust merupakan istilah yang paling hampir maksudnya dengan istilah wakaf yang diguna pakai oleh pengamal undang-undang (Laldin et.al., 2008). Dan pada hakikatnya institusi badan amanah dalam undang-undang common law yang dikenali hingga sekarang adalah berasal dan di adaptasi dari institusi wakaf, yang diceduk oleh orang Eropah ketika mereka berada di negara 2 Hadis tentang hal ini secara lengkap adalah; Umar memperoleh tanah di Khaibar, lalu dia bertanya kepada Nabi dengan berkata; Wahai Rasulullah, saya telah memperoleh tanah di Khaibar yang nilainya tinggi dan tidak pernah saya peroleh yang lebih tinggi nilainya dari padanya. Apa yang baginda perintahkan kepada saya untuk melakukannya? Sabda Rasulullah: Kalau kamu mahu, tahan sumbernya dan sedekahkan manfaat atau faedahnya. Lalu Umar menyedekahkan nya, ia tidak boleh dijual, diberikan, atau dijadikan wariskan. Umar menyedekahkan kepada fakir miskin, untuk keluarga, untuk memerdekakan budak, untuk orang yang berperang di jalan Allah, orang musafir dan para tamu. 3 Siar kaki ialah istilah lama yang bermaksud kaki lima atau laluan jalan kaki. http://prpm.dbp.gov.my/search.aspx?k=siarkaki. 13

Timur Tengah pada tahun 1219-1220 (Gaudiosi, 1988). Dalam erti kata yang lain, format institusi pertubuhan amal yang diamalkan pada masa kini adalah terhasil dari kewujudan institusi wakaf pada masa dulu. Kepentingan dan kelebihan wakaf Peranan institusi wakaf ialah mengurangkan bebanan kerajaan dalam membangunkan negara dan memenuhi keperluan sosial. Ia lebih mudah bagi Kerajaan untuk mengawal kemerosotan dan meminima kemiskinan jika kesedaran masyarakat mengenai potensi wakaf ini diperluaskan dan dipertingkatkan (Wan Yon et al., 2008). Wakaf sering ditujukan bagi pembangunan sosio ekonomi untuk membantu mereka yang memerlukan, dalam masa yang sama ia juga dikhususkan kepada aspek keagamaan, pendidikan, persekitaran and perkhidmatan saintifik (Laldin et al., 2008). Mengikut Abdul Karim (2010) institusi wakaf memainkan peranan yang signifikan dalam memberikan sumbangan bagi kemajuan masyarakat Muslim di Sinagpura, meskipun ia tidak mampu untuk menyediakan kewangan bagi keseluruhan ekonomi masyarakat minoriti Muslim di negara sekular. Sejak zaman dahulu lagi masyarakat Islam hanya menyumbang kepada membina masjid, surau dan sekolah agama tetapi mereka tidak terdedah dengan kefahaman bersedekah dan beramal jariah kepada pembangunan jenis wakaf yang lain. Justeru kebanyakan tanah wakaf tidak dapat dibangunkan dan masyarakat Islam tidak dapat manfaat dari kegiatan wakaf (Mohd. Salleh & Muhammad, 2008). Fenomena ini telah menyebabkan masyarakat Islam tidak dapat memanfaatkan harta wakaf yang masih banyak belum dibangunkan, walaupun pada hakikatnya mereka mampu melakukannya (Bahari, 2012). Ini berdasarkan kepada sistem pengurusan Islam, di mana masjid merupakan institusi wakaf. Di mana masjid dan wakaf tidak dapat dipisahkan. Masjid dibangunkan oleh Kerajaan atau diwakafkan oleh individu tertentu kepada institusi kerajaan untuk diurus dan ditadbir (Hasan, 2008). Masjid merupakan pilihan utama bagi masyarakat Islam untuk berwakaf (Hassan and Shahid, 2010; Hj Mohiddin, 2015. Hussain, 1999, Jamil, 2007). Ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Nagata (2002) yang mana kebanyakan sumbangan wakaf di Malaysia dan Indonesia terdiri dari tanah untuk kegunaan masjid, sekolah dan perkuburan. Kenyataan yang sama di per akui oleh Abd Karim (2010) di mana tujuan utama wakaf di Singapura ialah untuk pembangunan dan kelestarian masjid. Wakaf dalam bentuk khusus kepada masjid dan surau sememangnya mempunyai faedah yang besar bagi tujuan menarik masyarakat Islam berjemaah memakmurkan masjid di samping berusaha untuk meningkatkan sifat takwa agar kecintaan terhadap nikmat dunia dapat dikurangkan (Osman, 2002). Walau pun pada realitinya, semua jenis harta yang mampu menghasilkan pendapatan atau memberikan manfaat boleh dijadikan wakaf seperti tanah pertanian, tempat kediaman, pusat pengagihan makanan, bilik air dan sebagainya (Siddqi, 1991). Wakaf untuk kegiatan umum berpotensi tinggi untuk membangunkan kehidupan ekonomi umat Islam. Bahkan wakaf satu-satunya saluran yang pernah dirintis oleh Rasulullah dalam usaha memajukan ekonomi dan kerajaan Islam (Osman, 2002). Di tambah lagi dengan fungsi wakaf yang mampu mengambil alih status zakat dalam memenuhi keperluan dan kehendak penerimanya seperti orang yang fakir miskin (Hodgson, 1974). 14

Penerima Manfaat Sumbangan wakaf Hasil dari wakaf boleh dimanfaatkan dalam semua bidang yang mempunyai pelbagai fungsi. Secara umumnya, hasil dari wakaf selalunya disalurkan atau dibelanjakan bagi tujuan masjid. Kemudian diikuti oleh pendidikan, sementara orang miskin yang memerlukan, merupakan jumlah ketiga terbesar dalam senarai penerima manfaat wakaf (Hassan and Shahid, 2010). Banyak kajian telah menyatakan bahawa pewakaf lebih berminat untuk mendermakan harta mereka bagi kegunaan keagamaan terutama sekali dalam bentuk masjid. Perasaan lebih dekat kepada Allah dan merasa lebih patuh kepada ajaran Nya yang mendorong ke arah membangunkan masjid melalui wakaf tersebut (Mahamood, 2006). Ini terbukti dengan banyaknya pembinaan masjid wakaf di seluruh negara Islam seperti di Kaherah, Istanbul, Bagdad, Tunisia, Hijaz (Kahf, 2011) dan termasuklah di negara Asean. Sebagai contoh Masjid Sultan Hassanal Bolkiah di Filipina, Masjid Bencoolen di Singapura dan Masjid Mukim Wakaf Baharu di Kelantan, Malaysia. Sejarah juga membuktikan bahawa wakaf bukan hanya ditujukan untuk keagamaan sahaja bahkan bagi tujuan lain untuk memenuhi keperluan ummah seperti pendidikan yang tidak kurang pentingnya. Institusi wakaf merupakan sumber yang diguna pakai untuk memenuhi keperluan pendidikan bagi masyarakat Muslim di seluruh negara Islam. Bahkan kewangan wakaf juga digunakan bagi membiayai dana perpustakaan, buku, tenaga pengajar, membantu pelajar yang tidak mampu dan termasuklah juga membiayai kos perbelanjaan tenaga pengajar dalam membuat penyelidikan. Terdapat banyak institusi pendidikan yang bergantung sumbernya dari wakaf di hampir keseluruhan negara Islam. Pengajian bukan hanya tertumpu pada pengajian Islam bahkan menyeluruh bidang pengajian sains, perubatan, undang-undang dan ilmu kimia. Salah satu institusi pengajian Tinggi yang bersandarkan kepada wakaf yang terkenal dan masih bertahan hingga sekarang ialah Universiti al-azhar, di Mesir (Sulaiman and Abd Manaf, 2009; Sa ati, n.d.). Universiti al-azhar ditubuhkan pada tahun 975H merupakan sebuah universiti yang tertua dan paling berjaya yang diwujudkan melalui sumbangan wakaf. Kos perbelanjaan bagi universiti ini ditaja sepenuhnya dari hasil wakaf bagi tujuan memberikan pendidikan percuma kepada masyarakat yang datang dari seluruh dunia. Pada tahun 1986 sahaja, institusi wakaf sahaja memperuntukkan sebanyak EGP147, 324, 300 4 bagi kegunaan universiti itu termasuklah pembinaan bangunan yang mengandungi 55 fakulti dengan 6154 tenaga pengajar meliputi 849 profesor, 819 penolong profesor, 1517, pensyarah dan 1456 tutor (Kuran, 2011). Model wakaf pendidikan yang terbaik pada masa kini ialah Pondok Moden Darussalam Gontor yang terletak di Ponorogo, Indonesia. Pada asalnya pondok ini dimiliki oleh seorang kiyai sebagai pemilik tunggal namun telah di wakafkan oleh warisnya pada tahun 1958 dan di kendalikan oleh Badan Wakaf. Pondok pesantren ini telah melahirkan ramai ulama dan tokoh-tokoh masyarakat. Sistem pengajiannya telah diiktiraf oleh beberapa institusi luar negera seperti Universiti al-azhar, Mesir, Universiti of Punjab Lahore, Pakistan, Universiti Damascus, Syria, Universiti Antarabangsa Islam, Islamabad dan Kerajaan Arab Saudi. Pada peringkat awalnya sistem pendidikan hanya menumpukan kepada aspek keagamaan sahaja. Walau bagaimanapun sejajar dengan perubahan nama kepada Moden, sistem pendidikan baru mula diperkenalkan. Berlandaskan konsep berdikari melalui pembangunan harta wakaf dan urus tadbir yang telus dan jujur, serta mempelbagaikan bentuk perniagaan telah berjaya mengeluarkan alumni yang terbukti dari 4 16,588,614.53 USD 15

segi kemampuan intelektual dalam masyarakat Indonesia khususnya dan umat Islam Nusantara amnya (Mat Rani & Ibrahim, 2008). Dalam bidang perubatan, Hospital Mansuri di Kaherah yang dibina pada tahun 1248 merupakan hospital terbesar dalam ketamadunan Islam yang menyediakan 8,000 katil. Kos rawatan bagi seluruh pesakit itu tidak terkecuali orang kaya, dibiayai sepenuhnya oleh wakaf dan hasil pendapatan yang diperoleh oleh wakaf sahaja ialah berjumlah 1 juta dirham (Nagamia, 2003:24, 2007). Institusi wakaf dalam konteks sekarang perlu diperluaskan terutama dalam mendirikan hospital wakaf yang memberi perkhidmatan percuma atau perkhidmatan yang rendah kosnya sebagaimana yang dilakukan oleh badan-badan non- Muslim menubuhkan hospital dan pusat- pusat dialisis (Wan Yon et.al.,2008). Seperti mana yang dilaksanakan oleh Johor Corporation dengan penubuhan Wakaf Hospital an-nur pada tahun 2007 (Jcorp Annual Report, 2007). Menghulurkan sumbangan kepada orang miskin yang memerlukan, merupakan keutamaan dalam misi wakaf yang diperakui oleh syarak. Kerana ini berlaku jika pewakaf tidak menyatakan siapa yang berhak menerima manfaat wakaf, maka keutamaan akan diberikan kepada golongan ini. Kepelbagaian wakaf pada zaman dahulu membuktikan peranan besar institusi wakaf dalam semua bidang. Ini diperakui sendiri oleh Ibnu Batutah iaitu seorang pengembara Islam yang melawat Damascus pada tahun 726H. Beliau menyaksikan kedermawanan masyarakat Muslim pada masa itu dalam membelanjakan harta mereka. Pelbagai jenis wakaf yang ditawarkan seperti wakaf untuk menunaikan haji, wakaf untuk perkahwinan, pendidikan, perlindungan, makanan, pakaian, menaik taraf infrastruktur seperti jalan raya dan banyak lagi yang disediakan untuk mereka yang memerlukan oleh individu yang dermawan. Wakaf juga digunakan untuk menjaga dan memberikan rawatan kepada binatang sehingga terbinanya klinik haiwan. (Ibn Batutah, 1929). Rumusan Memang tidak dinafikan keterbukaan masyarakat dalam menyumbang untuk wakaf adalah semakin meningkat. Namun pengkhususan hanya difokuskan untuk pelbagai aktiviti yang menyangkut keagamaan sedangkan banyak ruang dan aspek lain yang memerlukan perhatian. Jika pun ada sumbangan yang diberikan bagi aktiviti lain akan tetapi, untuk menjadikannya sebagai aset yang berkekalan manfaatnya adalah minimum. Wakaf dianggap sebagai alternatif yang tepat untuk melepaskan kebergantungan masyarakat terhadap kerajaan dan sebagai pemangkin ekonomi, lebih-lebih lagi dalam keadaan kemerosotan ekonomi sekarang. Pelbagai prasarana atau kemudahan yang diperlukan oleh masyarakat umum terutama sekali yang diusahakan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan yang memerlukan sumbangan wakaf. Seperti Persatuan Kanak-Kanak Down Syndrome, Persatuan Autisme dan Persatuan Orang Kurang Upaya. Ini memandangkan pertubuhan ini hanya mengharapkan sumbangan dari orang ramai dan kurangnya mendapatkan sokongan dari agensi-agensi tertentu. Peningkatan kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan pada masa kini, memberikan petanda bahawa golongan sebegini perlu diberikan perhatian. Prasarana dan kemudahan yang bersesuaian perlu disediakan bagi keselesaan dan pembangunan insaniah golongan yang istimewa. Walau bagaimanapun, ia bergantung pada kejayaan pengurusan serta pengembangan aset wakaf. Kerana jika pengurusan wakaf tidak ditadbir secara efektif dan efisien, serta tidak mendatangkan pulangan yang maksimum, bagaimana halnya untuk melebar luaskan sumbangan dalam bidang yang menyeluruh. Sudah tentu perkara tersebut terlalu sukar untuk dilaksanakan. 16

Syarak tidak menghalang untuk mencipta konsep baru mengenai wakaf bagi tujuan merangka sistem yang boleh dilaksanakan ibadat wakaf secara lebih berkesan asalkan matlamat dan tujuan wakaf dapat dipenuhi sebagaimana asalnya iaitu mengumpul dana dan sumber kukuh yang berterusan bagi melaksanakan tanggungjawab sosial untuk kebajikan golongan terpinggir di dalam masyarakat atau lain-lain kebajikan yang dibenarkan syarak. Ia terbukti berkesan dalam usaha mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada dana pemerintah sekali gus menjimatkan wang Kerajaan (Wan Yon et.al.,2008). Penutup Penerimaan masyarakat mengenai pelbagai sumbangan adalah sangat positif, lebih-lebih lagi bila menyentuh keagamaan. Banyak kajian menyatakan keagamaan seperti masjid, kubur dan sekolah agama sememangnya menjadi satu keutamaan dan pilihan pertama bagi pewakaf. Kerana dalam semua urusan dunia, Islam (agama) adalah komponen yang tidak dapat dipisahkan atau diasingkan dalam tatacara kehidupan berbeza dengan agama lain. Wakaf salah satu bentuk sumbangan yang kurang popular di bandingkan dengan sedekah, meski pun kedua-duanya berbentuk harus. Namun, sejarah telah melakarkan bahawa wakaf merupakan sebuah institusi yang memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan ekonomi bahkan ia menggantikan kedudukan Kerajaan dalam menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana dengan meluaskan penerima manfaat wakaf dalam apa jua bentuk. Perspektif masyarakat Islam tentang wakaf pada masa kini telah membataskan penyaluran penerima wakaf hanya pada aspek tertentu sahaja. Natijahnya, kesempitan pemikiran mengenai wakaf telah mengakibatkan keterbatasan sumbangan yang tidak menyeluruh. Kerana wakaf bukan hanya dimanfaatkan dan dikhususkan kepada orang Islam sahaja bahkan ia menyeluruh kepada semua masyarakat bukan Islam. Wakaf yang dulunya mampu menampung keperluan umum dalam semua bidang tidak dapat dipertahankan dan dikembang luaskan hasil daripada amalan dan pandangan yang terbatas mengenainya. Penerimaan manfaat wakaf seharusnya di kembangkan dalam usaha sama meningkatkan pembangunan insaniah di kalangan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat non-muslim umumnya. Bibliografi Akramah, Said Sabri. (2008). Al-Waqf Al-Islami baina Al-Nazariyat wa Al-Tatbiq. Jordan: Dar Al-Nafais. Al-Sarakhsi, Mohammad b. Ahmad b. Abi Sahal. (1993). Al-Mabsut. Beirut: Dar Al- Ma rifat. Bahari, Zakaria (2012). Pemerkasaan Instrumen Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi. International Conference On Religiosity in Development, Medan. USM: Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam. Ghurabal, Muhammad Shafiq (1972). Al-Mausu ah al-arabiyah al-muyassarah. Kaherah: Dar al-shu ub. Haji Mohiddin, Hjh Mas Nooraini (2015) Waqf Devepoment in Malaysia and Singapore: A Comparative Study. Tesis Phd Durham University, United Kingdom. Hassan, Bahrom (2008) Menjana Sumber Kewangan Masjid Pemangkin Pembangunan Ekonomi Ummah, dalam Mohd Ismail, Mustari dan Kamarul Azmi, Jasmi (ed.), Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, hlm 82. 17

Hassan, Abul. and Shahid, M. A. (2010). Management And Development Of The Awqaf Assets. Seven International Conference-The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy (pp. 309 328). Bangi: Institute Of Islam Hadhari, UKM. Hussain, J. (1999). Islamic Law And Society An Introduction. Sydney: The Federation Press. Ibn Battuta. (1929). Travel in Asia and Africa 1325-1354. London: George Routledge & Sons Ltd Jcorp Annuar Report (2007). Kuran, T. (2001). The provision of public goods under Islamic law: origins, impact, and limitations of the waqf system. Law society review, 35(4), 841 897. Retrieved from http://www.jstor.org/stable/3185418. Kahf, M. (2011). Waqf and its Sociopolitical Aspects. In S. M. Kahf, Monzer and Mahamood (Ed.), Essential Readings in Contemporary Waqf Issues (pp. 15 58). Kuala Lumpur: CERT Publisher Sdn Bhd. Kuwait Awqaf Public Foundation. (2010). Al-Amanah al-'ammah li al-awqaf. Retrieved January 11, 2011, from http://www.awqaf.org.kw/ Arabic/Aboutendowment/Fiqhofwaqf/pages/default.aspx. Laldin, Mohamad Akram. and Mahmud, Mek Wok. and Sawari, M. F. (2008). Maqasid Syariah Dlm Pelaksanaan Waqaf. Jurnal Pengurusan Jawhar, 2(2), 1 24. Mahamood, Siti Mashitoh. (2006). Waqf in Malaysia Legal and Administrative Perspectives. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Mat Rani, Mohd Afandi. Ibrahim, Mohd Takiyuddin. (2008). Waqaf Pendidikan : Pengalaman di Pondok Moden Darussalam Gontor Pnonrogo Indonesia. Dlm B. Sayin (Ed.), Isu-Isu Semasa Mengenai Waqaf (pp. 203 220). Selangor: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Mohd. Salleh, Sohaimi & Muhammad, Syarqawi (2008). Wakaf Development in Malaysia: Issues and Challenges. Jurnal Pengurusan Jawhar, 2(1).Kuala Lumpur: JAWHAR. Mohammad Rasdi, Mohammad Tajuddin (2007). Wakaf Bukti Islam Bertamadun. Utusan Malaysia. 12 July 2007. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0712&pub=utusan_malaysi a&sec=bicara_agama&pg=ba_03.htm#ixzz4lhn5ywbc Nagamia, H. (2007). Charity in Islam. KHAASBAAT, Publication for Indian Americans in Flourida. Retrieved March 5, 2014, from http://www.khaasbaat.com/jun2007/faith.htm. Osman, Sabran (2002) Pengurusan Harta Wakaf. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Wan Yon, Wan Ariffin. and Abdul Latif, Mohd Syahiran. and Bahrom, H. (2008). Mekanisme Wakaf: Gagasan Awal Terhadap Pembangunan dan Pembiayaan Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Islam Borneo. Jurnal Pengurusan Jawhar, 2(2), 63 86. Ramli, Abdul Halim (2005). Islam Hadhdari: Pengukuhan Institusi Baitulmal dan Waqaf di Malaysia. UPENA UITM. Sa ati, Y. M. (n.d.). Kitab al-waqf wa Bunyatu. Al-Maktabah al-arabiyah. Sayin, Baharuddin (2010). Konsep Waqaf Dalam Islam. Dalam Waqaf Konsep dan Aplikasi, edt. Bahrom,Hasan. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.hlm 1-22. Siddiqi, M. N. (1991). The Role of Voluntary Sector in Islam. In M. Ariff (Ed.), The Islamic Voluntary Sector in Southeast Asia (pp. 6 30). Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. 18

Sulaiman, Norsiah. and Abd Manaf, F. (2009). Peranan Harta Wakaf dlm Bidang Pembangunan Dan Pendidikan Ummah: Fokus Dlm Bidang Perubatan. Jurnal Pengurusan Jawhar, 3(1), 1 30. Syukriyah, Kiky (2012). Paper Wakaf Di Singapura Fixed. https://www.scribd.com/doc/95040481/paper-wakaf-di-singapura-fixed. Zuhaili, Wahbah (1987). Al-Wasaya wa Al-Waqf fi al-fiqh al-islami. Damascus: Dar al- Fikr. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. 19