Journal of Nusantara Studies (JONUS)

Similar documents
COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

KOHESI DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : PEMERHATIAN TERHADAP TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

KATA ADJEKTIF DALAM UJARAN MASYARAKAT BANJAR

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

DR. IDRIS MANSOR University of Leeds, United Kingdom PhD (Translation Studies)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

KEDUDUKAN HADITH DALAM BUKU DOA-DOA MUSTAJAB HARIAN YANG DI PETIK DARIPADA HADITH DAN AL-QURAN: KAJIAN TAHRIJ HADITH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

-*.- Program Pensiswa

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PENILAIAN PENGETAHUAN

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

Tekanan Perkataan Arab Sebagai Bahasa Asing dalam Kalangan Penutur Melayu

ANALISIS AL-NABR DALAM SURAH ABASA SHAHRIMAN BIN SAID FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

WOMAN S PASSIONS IN ELIZABETH BARRETT BROWNING S POEMS ENTITLED THE LADY S YES AND HOW DO I LOVE THEE?

ANALISIS STRUKTUR FOKUS DALAM KOMUNIKASI ARAHAN GURU DALAM BILIK DARJAH

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Mohd Anuar Mamat. Abstrak

Transcription:

Universiti Sultan Zainal Abidin Journal of Nusantara Studies (JONUS) CABARAN DAN PENDEKATAN PENTERJEMAHAN INTRALINGUAL JAWI KEPADA RUMI UNDANG-UNDANG ADAT NEGERI KEDAH [CHALLENGES AND APPROACHES TO INTRALINGUAL TRANSLATION OF JAWI TO RUMI UNDANG-UNDANG ADAT NEGERI KEDAH] Idris Mansor Bahagian Pengajian Penterjemahan dan Interpretasi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia. Corresponding author: idrismansor@usm.my ABSTRAK Proses mengubah bentuk tulisan sesebuah teks dalam bahasa yang sama merupakan salah satu bentuk terjemahan intralingual. Fokus kajian ini adalah terjemahan intralingual daripada Jawi kepada Rumi. Kajian ini bertujuan meneliti permasalahan yang dihadapi oleh penterjemah dalam mentransliterasi sebuah manuskrip Melayu lama daripada Jawi kepada Rumi dan pendekatan yang digunakan bagi mengatasi permasalahan tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dengan meneliti teks Undang-Undang Adat Negari Kedah sebagai data kajian. Dapatan kajian mendapati terdapat beberapa permasalahan dalam mengalih tulisan manuskrip lama yang antaranya melibatkan penggunaan bahasa Arab dan dialek yang sarat, tulisan yang kabur, penggunaan tulisan Jawi lama serta perkataan yang sukar difahami. Bagi menangani cabaran tersebut, kajian ini mengemukakan beberapa cadangan yang berkaitan dengan teknik terjemahan intralingual yang sesuai digunakan. Kajian ini diharap dapat menjadi panduan asas kepada penterjemah yang menceburi bidang terjemahan intralingual daripada tulisan Jawi kepada Rumi. Kata kunci : Bahasa Melayu, Jawi, manuskrip Melayu, terjemahan intralingual Undang-Undang Adat Negeri Kedah. ABSTRACT The process of transferring the script of a text of the same language is a type of intralingual translation. The focus of this study was intralingual translation from Jawi into Rumi. This study aimed to examine problems faced by translators in translating old Malay manuscript from Jawi to Rumi and approaches used to oversee the problems. This study employed a descriptive approach by examining the text of Undang-Undang Adat Negeri Kedah as the research data. The finding shows that there are some problems in translating old Malay manuscripts which involve the overloaded use of Arabic language and dialect, blurry writing, the use of old version of Jawi scripts and difficult-to-understand words. To address the identified challenges, this study presents some suggestions appropriate to intralingual translation techniques. This study is expected to serve as a basic guideline to translators who engage in intralingual translation of the Jawi script to Rumi. 251

Keywords: Intralingual translation, Jawi, Malay manuscript, Malay langauge, Undang-Undang Adat Negeri Kedah 1.0 PENGENALAN Jakobson (2004) telah membahagikan terjemahan kepada tiga jenis: i) terjemahan intralingual; ii) terjemahan interlingual; dan iii) terjemahan intersemiotik. Dalam ketiga-tiga jenis terjemahan ini, ramai yang tidak mengetahui atau sedar bahawa pertukaran yang berlaku dalam bahasa yang sama juga dianggap sebagai satu jenis terjemahan dan tidak hanya terhad kepada pasangan bahasa yang berbeza sahaja. Menurut Jakobson (2004, hal. 139), terjemahan intralingual ialah an interpretation of verbal signs by means of other signs of the same language. Sebagai tambahan, Munday (2009) merujuk jenis terjemahan ini sebagai satu bentuk penulisan semula yang mensasarkan pembaca sasaran yang berbeza. Hal ini demikian kerana pembaca sasaran yang berbeza memerlukan bentuk penyampaian yang berbeza. Terjemahan intralingual terdiri daripada beberapa bentuk, antaranya teks yang disediakan semula bagi tujuan bacaan pembaca umum, teks yang dimudahkan untuk bacaan kanak-kanak, sari kata untuk sasaran golongan cacat pendengaran, ringkasan, beberapa bentuk laporan berita, dan terjemahan semula teks klasik dengan menggunakan bahasa moden (Zethsen, 2009). Selain itu, turut dikelaskan antara bentuk-bentuk terjemahan intralingual juga ialah proses yang melibatkan pertukaran bentuk tulisan dalam bahasa yang sama. Kerja-kerja terjemahan intralingual bentuk ini seringkali dilakukan apabila melibatkan teks klasik. Langkah pertama yang dilakukan ialah dengan mengubah tulisan teks klasik tersebut menggunakan bentuk tulisan yang digunakan pada masa kini oleh sesuatu bahasa. Teks tersebut pada langkah seterusnya berkemungkinan sekali lagi terlibat dalam aktiviti terjemahan intralingual apabila ditulis semula menggunakan bahasa standard. Sebagai contoh, karya-karya lama Turki yang ditulis dalam tulisan Turki zaman Uthmaniyyah telah diubah menggunakan tulisan bahasa Turki yang moden. Tujuan penggunaan pendekatan terjemahan ini adalah supaya teks lama tersebut dapat dibaca oleh pembaca yang kurang arif dengan tulisan serta bahasa lama yang digunakan (Gürçaglar, Paker, & Milton, 2015). Schjoldager, Gottlieb, dan Klitgard (2008, hal. 55-56) menamakan bentuk terjemahan ini sebagai interlingual transliteration. Dalam hal yang melibatkan bahasa Melayu, dahulunya karya-karya Melayu ditulis menggunakan tulisan Jawi dengan menggunakan gaya bahasa Melayu lama. Bagi tujuan perluasan kelompok pembaca sasaran, aktiviti mengalihkan tulisan karya-karya tersebut daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi giat dilakukan selain usaha memodenkan karyakarya tersebut dengan menulis semula segala maksud yang tertulis dengan menggunakan bahasa Melayu standard yang digunakan pada hari ini. Usaha ini ternyata membolehkan ramai pembaca khususnya mereka yang tidak berkemahiran membaca tulisan Jawi lama untuk membaca dan memahami kandungan karya-karya lama tersebut. Walaupun kerja terjemahan jenis ini hanya melibatkan pertukaran bentuk tulisan, namun aktiviti penterjemahan jenis ini juga mempunyai cabaran-cabaran khusus yang mungkin berbeza dengan terjemahan sebenar (translation proper) iaitu terjemahan interlingual. Cabaran-cabaran ini juga mungkin berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Cabaran tersebut perlu dikaji dan diselidiki pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan. Bagi tujuan tersebut, makalah ini melaporkan hasil kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh penterjemah intralingual daripada Jawi kepada Rumi ketika menterjemahkan teks Undang-Undang Adat Negeri Kedah dan pendekatan yang digunakan dalam menangani permasalahan yang timbul. 252

2.0 SENARIO DAN CIRI-CIRI MANUSKRIP MELAYU LAMA Manuskrip melayu lama, dalam apa bidang sekalipun, banyak mengandungi pengaruh Arab sama ada dalam bentuk perkataan, frasa atau ayat. Md Yusof et al. (2013) mengetengahkan situasi ini melalui kajian mereka berkaitan koleksi manuskrip The Light Letters. Walaupun koleksi surat ini bukannya berkaitan dengan pengajian Islam, namun banyak sumber bahasa Arab yang digunakan dalam surat-surat tersebut. Secara khusus, koleksi surat Francis Light dimulakan dengan mukaddimah "kalimat Arab dengan unsur kaligrafi di awal surat" (Md Yusof et al., 2013, hal. 347) dan isi kandungan surat juga turut menggunakan perkataanperkataan Arab seperti wa ba c du [dan kemudiaannya], yakni [iaitu] dan maklum [diketahui]. Sesetengah perkataan tersebut walaupun pada masa kini telah diterima sebagai kata pinjaman dalam bahasa Melayu, namun sukar dipastikan status perkataan-perkataan tersebut pada zaman surat-surat itu ditulis. Penggunaan bahasa Arab dalam manuskrip melayu lama pastinya memberi satu cabaran kepada penterjemah intralingual daripada Jawi kepada Rumi sekiranya meraka tidak mempunyai kemahiran dalam bahasa Arab. Dapatan ini sebenarnya menyokong dapatan kajian yang dijalankan oleh Yaakub, Ismail, dan Che Mat (2009) yang membuktikan bahawa karya-karya Jawi lama banyak terpengaruh dengan unsur bahasa Arab. Antaranya termasuk struktur ayat bahasa Arab dalam terjemahan mereka. Selain daripada itu, manuskrip Jawi lama mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Penggunaan kosa kata yang sudah tidak digunakan lagi pada masa ini merupakan antara ciri-cirinya. Karya Sulalatus Salatin contohnya sarat dengan kosa kata sebegini seperti arakian, hatta, sahibul hikayat dan sebagainya (Ahmad, 1979, hal. xxii). Di samping itu menurut Ahmad (1979, hal. xxii) juga, manuskrip lama lazimnya tiada mempunyai bab atau bahagian, tiada mempunyai perenggan, tiada mempunyai tanda-tanda berhenti, melainkan berselerak dengan perkataan "maka". 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif deskritif yang menggunakan pendekatan analisis teks sebagai kaedah kajian. Teks yang dipilih untuk dianalisis ialah teks Undang-Undang Adat Negeri Kedah. Teks ini merupakan sebuah manuskrip yang ditulis dalam bahasa Melayu lama yang menggunakan tulisan Jawi sebagai medium penyampaian. Inisiatif telah diambil oleh pengkaji dengan mengalihkan tulisan teks daripada Jawi kepada Rumi. Tugas ini dikelaskan sebagai salah satu bentuk dalam terjemahan yang dikenali sebagai terjemahan intralingual. Bagi tujuan mendapatkan data mengenai cabaran penterjemahan intralingual yang melibatkan teks ini, pengalaman penterjemah dan hasil terjemahan intralingual direkodkan. Sumber data iaitu Undang-Undang Adat Negeri Kedah ialah sebuah teks yang membicarakan berkaitan undang-undang dan peraturan tadbir negeri khusus bagi kesultanan Kedah. Teks yang baru ditemui ini menarik perhatian beberapa pakar sejarah untuk membuat kajian. Manuskrip ini ditulis pada kurun ke-19 oleh Ku Din Ku Meh. Kandungan manuskrip ini berbeza daripada teks Undang-Undang Kedah yang ditulis oleh Winstedt pada tahun 1928. Manuskrip ini pada asalnya tidak mempunyai judul yang khusus. Hal ini mungkin disebabkan oleh beberapa halaman awal manuskrip tidak dapat dikenal pasti. Namun, bagi tujuan pembukuan semula, para pengkaji sepakat untuk memberi judul manuskrip ini sebagai 253

Undang-Undang Adat Negeri Kedah berdasarkan petikan ayat daripada teks berkenaan yang berbunyi: Teks Undang-Undang Adat Negeri Kedah mempunyai 40 fasal undang-undang adat yang mencakupi pelbagai perkara termasuk hal-hal khusus yang berkaitan sosiobudaya masyarakat di negeri Kedah. Sebagai contoh undang-undang yang berkaitan dengan selok belok mengerjakan sawah, undang-undang berkaitan kerja-kerja berdusun dan membuka tanah baharu yang dikenali sebagai memugar, undang-undang berkaitan pemeliharaan lembu, kerbau dan gajah serta undang-undang yang berkaitan perselisihan faham sesama sendiri. Teks Jawi ini menggunakan bahasa Melayu lama yang merangkumi perkataan-perkataan yang sudah tidak digunakan lagi serta struktur ayatnya yang amat berbeza dengan struktur ayat bahasa Melayu yang digunakan pada hari ini. 4.0 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN DAPATAN Walaupun proses terjemahan intraligual transliterasi hanya melibatkan perubahan bentuk tulisan, namun proses ini bukan merupakan suatu proses yang mudah. Terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh penterjemah intralingual bidang ini khususnya apabila melibatkan teks lama. Antara cabaran yang dihadapi oleh penterjemah intralingual transliterasi dalam mengalih aksara teks Undang-Undang Adat Negeri Kedah adalah seperti yang diterangkan dalam sub-seksyen di bawah. 4.1 Penggunaan bahasa Melayu lama Penggunaan bahasa Melayu lama dalam sebuah teks lama termasuk Undang-Undang Adat Negeri Kedah pasti memberi cabaran kepada pembaca termasuk penterjemah intralingual sendiri dalam memahami isi kandungan teks tersebut. Hal ini demikian kerana di samping penggunaan kosa-kosa kata yang sudah tidak digunakan lagi pada hari ini, struktur ayat bahasa Melayu lama juga turut memberi cabaran kepada pembaca. Tambahan pula, gaya penulisan bahasa Melayu lama yang langsung tidak menggunakan tanda baca seperti titik dan koma serta tiada sistem pemerengganan. Sebagai contoh: 254

Rajah 1: Contoh Teks Undang-Undang Adat Negeri Kedah Teks dalam Rajah 1 menunjukkan penggunaan bahasa Melayu lama dalam manuskrip Undang-Undang Adat Negeri Kedah. Ayat pertama teks dimulakan dengan perkataan dimulai. Contoh struktur ayat bahasa Melayu lama pula boleh dilihat melalui klausa yang amat murah di dalam negeri dunia dan amat mengasihani di dalam negeri akhirat dan klausa berbagai-bagai bangsa dan jenisnya serta mengira-mengirakan makan makanan sekalian hamba yang dijadikannya dengan tiada ketinggalan suatu pun di antara siang dan malam ikut sekehendaknya. Walau bagaimanapun, memandang projek terjemahan intralingual ini dihadkan kepada pertukaran sistem tulisan, maka perkataan-perkataan serta struktur ayat lama yang digunakan sedaya upaya dikenal pasti dan dipindahkan semula ke dalam teks sasaran. Namun begitu, bagi tujuan memudahkan pembaca sasaran memahami isi kandungan serta mesej teks tersebut, tanda baca dimasukkan serta sistem pemerengganan diwujudkan. Bagi tujuan tersebut, penelitian dilakukan terhadap setiap perkataan bagi meletakkan tanda baca dan pemerengganan yang sesuai. Hasil terjemahan intralingual transliterasi teks dalam Rajah 1 adalah seperti berikut: 255

بسم هللا الرحمن الرحيم /(2) Dimulai surat dengan nama Allah s.w.t. Tuhan yang amat murah di dalam negeri dunia dan amat mengasihani di dalam negeri akhirat. Alhamdulillahi Rabbil c Alamin segala puji-pujian itu bagi Allah Tuhan seru sekalian alam ialah Tuhan yang menjadikan sekalian alam dengan segala jenis makhluk daripada bangsa insan dan binatang dan tumbuh-tumbuhan dan bukubukunya berbagai-bagai bangsa dan jenisnya serta mengira-mengirakan makan makanan sekalian hamba yang dijadikannya dengan tiada ketinggalan suatu pun di antara siang dan malam ikut sekehendaknya. Tiadalah khali ia menghamburkan rahmatnya ke atasnya segala makhluknya dengan sebab sangat ia mengasihani atas sekalian hambanya tiada ia berkenan akan kerosakan dan kebinasaan segala yang dijadikannya ialah sebaikbaik. Tuhan memelihara akan segala hambanya dengan kesempurnaan maka segala hambanya... Rajah 2: Hasil terjemahan intralingual teks dalam Rajah 1 4.2 Penggunaan tulisan dan ejaan Jawi lama Bahasa Melayu lama yang digunakan dalam teks Undang-Undang Adat Negeri Kedah ini dijelmakan dalam bentuk penulisan dengan menggunakan tulisan Jawi lama (seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 1). Oleh yang demikian, pengalihaksara Jawi kepada Rumi adakalanya terpaksa berdepan dengan cabaran apabila terdapat bentuk huruf yang digunakan tidak jelas menyebabkan perkataan-perkataan tersebut sukar untuk dikenal pasti. Antaranya ialah seperti huruf /cha/ yang ditulis dalam bentuk huruf /jim/. Sebagai contoh, perkataan pencuri ditulis dalam teks ini sebagai فنجوري yang berbunyi /fenjuri/ dalam tulisan Jawi moden. Sebaliknya, perkataan penjara pula ditulis menggunakan huruf /cha/ sebagai penchara. Selain itu, huruf /ga/ ditulis sebagai /kaf/ kerana tiada titik seperti dalam perkataan juga yang ditulis sebagai [ferki]. فركي [juka] dan perkataan pergi yang ditulis sebagai جوك Selain itu, terdapat juga perkataan yang ditulis secara tidak konsisten seperti perkataan itu yang ditulis sebagai danاية,ايت perkataan hakim yang ditulis sebagai danحاكم sertaحكيم perkataan dibawa yang ditulis berdasarkan bunyi dialek Kedah sebagai دباوك [dibawak] dan.[ dibawak ]دباوء Bagi mengenal pasti perkataan-perkataan ini, penelitan terhadap konteks ayat dijalankan. Sebagai contoh perkataan pencuri dalam ayat berikut: Rajah 3: Contoh penulisan Jawi lama yang tidak jelas Huruf / /چ [cha] bagi perkataan pencuri dalam Rajah 3 ditulis dengan menggunakan huruf Namun, [jim] menyebabkan maksud sebenar perkataan tersebut sukar untuk dikenal pasti. /ج/ apabila diteliti konteks ayat yang menceritakan mengenai orang jahat yang menyamar masuk ke dalam negeri dan dengan bantuan perkataan-perkataan lain yang hampir dengan perkataan terbabit seperti penyamun, penjudi dan ditangkap, penterjemahan intralingual dapat mengenal pasti bahawa perkataan yang dimaksudkan oleh penulis asal ialah pencuri. 256

Begitu juga dengan perkataan.دسبتكن Jika dirujuk kepada tulisan perkataan ini, dua bentuk bacaan boleh dihasilkan iaitu disebutkan dan disabitkan. Bagi mengatasi masalah ini, konteks ayat dirujuk : Rajah 4: Contoh tulisan Jawi yang mengelirukan pembacaan Hasil daripada rujukan konteks, perkataan yang dimaksudkan ialah disabitkan. Hal ini kerana konteks ayat ini adalah berkaitan dengan denda. Denda ialah satu bentuk hukuman yang disabitkan. Sistem tulisan Jawi lama juga agak unit kerana terdapat penggabungan perkataan seperti dirinya]. [seorang سؤرڠديريڽ [yang dijadikan] dan يڠدجاديكن yang], [di antaranya دانتاراثيڠ Selain itu, perkongsian huruf antara dua perkataan juga turut dikenal pasti dalam teks seperti perkataan دندايت dalam Rajah 4 yang terdiri daripada perkataan denda dan itu. Kedua-dua./ا/ perkataan ini berkongsi huruf 4.3 Penggunaan bahasa Arab yang sarat Teks Undang-Undang Adat Negeri Kedah juga terlalu banyak menggunakan perkataan, frasa, klausa dan ayat bahasa Arab, khususnya pada bahagian-bahagian akhir manuskrip. Penggunaan bahasa Arab yang sarat ini bahkan dapat dilihat dalam tiga halaman secara berturut-turut. Sebagai contoh: 257

Rajah 5: Contoh penggunaan bahasa Arab dalam teks Teks-teks yang bergaris dalam Rajah 5 merupakan ayat bahasa Arab yang digunakan dalam teks Undang-Undang Adat Negeri Kedah. Penggunaan sumber bahasa Arab yang banyak ini membuktikan bahawa penulis mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bahasa Arab. Keadaan sebegini pastinya memberi satu cabaran yang besar kepada penterjemah intralingual transliterasi. Keadaan ini juga membuktikan bahawa penterjemah intraligual yang menjalankan kerja-kerja transliterasi manuskrip Melayu lama daripada Jawi kepada Rumi amat memerlukan kemahiran berbahasa Arab. Tanpa kemahiran ini, pastinya sukar untuk 258

penterjemah transliterasi tersebut untuk memahami dan mengatasi masalah penggunaan bahasa Arab dalam manuskrip. Dalam hal ini, terdapat dua pendekatan terjemahan intralingual yang diaplikasikan iaitu i) bagi penggunaan kosa kata bahasa Arab dalam bentuk perkataan dan frasa yang pendek, dan ii) prosedur peminjaman (Vinay & Darbelnet, 1995; Mansor, 2013) digunakan dan ditulis خالف ghalib, dipindahkan sebagai غالب dengan huruf condong. Sebagai contoh, perkataan sebagai khilaf, بيان sebagai bayan, متشابهت [sepatutnya [متشابهات sebagai mutasyabihat dan frasa عليه الرحمة والغفران ditransliterasikan sebagai alayhi al-rahmah wa al-ghufran. Adapun bagi penggunaan bahasa Arab dalam bentuk ayat yang panjang, ayat tersebut diulang salin dengan mengekalkan tulisan Arab dalam teks Rumi di samping pembetulan dilakukan terhadap mana-mana perkataan yang dikenal pasti tidak tepat. Sebagai contoh: Teks sumber: Rajah 6: Contoh penggunaan bahasa Arab dengan ayat yang panjang Teks terjemahan intralingual: يطول هللا عمره بالعزة في مرتبة المؤمنين العارفين ورحمة هللا إلى يوم الدين ببركة محمد مصطفى خاتم النبي وآله وصحبه أجمعين. Rajah 7: Pendekatan terjemahan ayat bahasa Arab yang panjang 4.4 Penggunaan bahasa Arab yang kurang sempurna Keadaan bertambah rumit dan mencabar walaupun kepada penterjemah intralingual daripada Jawi kepada Rumi yang berkemahiran bahasa Arab apabila bahasa Arab yang digunakan agak kurang sempurna sama ada stuktur ayat atau tulisan perkataan. Antaranya ialah seperti ketiadaan titik huruf yang lengkap. Sebagai contoh, perkataan شكرا [shukran] [terima kasih] yang ditulis sebagai سكرا [sukran], perkataan شديدا [shadidan] [terlalu] yang ditulis sebagai [butawwil] dan بطول [yutawwil] [memanjangkan] yang tulis sebagai يطول [sadidan], سديدا perkataan زينة [zinah] [perhiasan] yang ditulis sebagai زينت [zinat]. Keadaan menjadi bertambah sukar apabila perkataan yang tidak sempurna tulisannya itu juga mempunyai makna tersendiri. Sebagai contoh, perkataan سكرا mungkin boleh dibaca sebagai sukkara yang bermaksud gula, perkataan سديدا [sadidan] mempunyai makna tersendiri sebagai betul dan boleh dibaca sebagai bitul yang bermaksud sepanjang. Ketidaktelitian dalam بطول pengamatan terhadap perkataan yang tidak sempurna penulisan sebegini boleh membawa maksud ayat yang berbeza. Dalam hal ini, konteks ayat amat berguna dalam memastikan perkataan yang sebenar yang dimaksudkan. Peranan konteks dalam menentukan perkataan dapat dilihat melalui contoh berikut: 259

Rajah 8: Contoh penulisan bahasa Arab dalam teks yang kurang sempurna Perkataan بطول dalam Rajah 8 dimulakan dengan huruf /ب/ kerana kekurangan satu titik untuk menjadikannya sebagai./ي/ Namun perkataan-perkataan selepasnya iaitu Allahu c umrahu [Allah umurnya] menunjukkan bahawa perkataan tersebut ialah يطول [yutawwil] yang bermaksud memanjangkan menjadikan maksud ayat tersebut ialah Allah memanjangkan umurnya. 4.5 Penggunaan dialek Utara yang sarat Selain sarat dengan perkataan, frasa, klausa dan ayat bahasa Arab, manuskrip ini juga banyak menggunakan perkataan-perkataan daripada dialek Utara atau dialek Kedah. Terdapat di antara dialek-dialek tersebut kosa kata yang sukar untuk dikenal pasti maknanya. Hal ini demikian kerana perkataan-perkataan tersebut sudah jarang digunakan oleh generasi Kedah pada masa kini. Contoh-contoh perkataan daripada dialek Kedah adalah seperti berikut: Jadual 1: Contoh-contoh perkataan daripada dialek Kedah/Utara Dialek Makna Dialek Makna Bubuh Letak / masukkan Arak Bawa ke sana ke sini Jurai Barisan sawah Rab Biasa Hambat Kejar Belah Langgar Seperenggan Bersempadan Katup Tutup Taruh Simpan Berambat Kejar mengejar Rang Terbiar Mukat Main-main Kaih Tolak Tahar Biar terbuka Sua Hulur Keriau Menangis / jerit Berkenan Suka Kelih Lihat Bok Tilam Kirap Kipas Namun begitu, permasalahan ini dapat diatasi kerana penterjemah transliterasi sendiri mempunyai kemahiran dalam dialek Kedah. Di samping itu, rujukan dengan beberapa orang warga emas juga turut dilakukan khususnya bagi mengenal pasti perkataan dialek Kedah yang sudah tidak digunakan lagi pada masa kini. Selain daripada dialek Kedah yang biasa, terdapat juga dialek yang khusus dalam bidang tertentu iaitu dalam bab yang berkaitan dengan mengusahakan sawah padi seperti jurai, rang, katup, kerat, seperenggan, menajak, irik dan perdu. Bagi mengatasi cabaran ini, rujukan kepada petani di Kedah dilakukan. Dalam hal ini, Newmark (1991, hal. 38) menyebut bahawa antara pendekatan yang perlu digunakan dalam penterjemahan ialah merujuk kepada pakar bidang yang diistilahkan dalam bahasa Inggeris sebagai subject-expert. Maka dalam hal yang berkaitan dengan sawah padi, pakar bidangnya sudah tentu para petani. 260

4.6 Tulisan teks kurang jelas dan gugur Cabaran lain bagi penterjemah transliterasi ialah terdapat sesetengah perkataan, frasa dan ayat yang tidak jelas atau hilang secara keseluruhan yang menyebabkan kesinambungan mesej dalam penceritaan sedikit terganggu. Hal ini adalah disebabkan manuskrip ini agak terlalu lama dan tulisannya sudah semakin pudar. Contoh bagi isu ini ialah seperti dalam Rajah 9 dan Rajah 10 berikut: Rajah 9: Contoh tulisan yang tidak jelas Rajah 10: Contoh ayat yang hilang Sebagai jalan penyelesaian, Gaya Dewan (1995) dijadikan sebagai panduan. Dalam Gaya Dewan (1995, hal. 71-72), situasi ini dinamakan sebagai elipsis. Simbol tiga titik (...) digunakan untuk menunjukkan wujudnya pengguguran maklumat dalam teks atau maklumat tidak lancar. Sebagai contoh: dengan patut pula ditegahkan oleh temenggung atau bentara dengan kerasnya, tetapi tiada boleh diambil taqsir atasnya... temenggung atau terkadang kepada yang bergelar Paduka Seri Raja jadi temenggung itu orang yang mengerjakan barang yang sudah dikirakan itu tatkala demikian temenggung itu termasuk dalam menteri... Rajah 11: Contoh terjemahan intralingual untuk penulisan yang tidak jelas dalam Rajah 9...dan... segala pekerjaan pada menolakkan segala bahaya dan mudarat, mencari bahagia dan sentosa dengan... martabat setiawan itu ialah yang sempurna menaruh kasih sayang atas rajanya dan atas negeri tiada menyukakan kecederaan dan katakan rajanya dan negerinya. Kasih Rajah 12: Contoh terjemahan intralingual untuk tulisan yang hilang dalam Rajah 10 4.7 Penulisan ayat al-quran yang kurang sempurna Terdapat juga penulisan ayat-ayat al-qur an dalam teks sumber dalam keadaan yang kurang sempurna. Sebagai contoh: 261

أ أ Journal of Nusantara Studies 2017, Vol 2(2) 251-263 Rajah 13: Contoh 1 penulisan ayat al-quran yang kurang sempurna Rajah 14: Contoh 2 penulisan ayat al-quran yang kurang sempurna Rajah 13 dan Rajah 14 menujukkan penulisan ayat al-qur an yang kurang sempurna. والوا Dalam Rajah 13, ayat tersebut merupakan ayat ke-59 Surah al-nisa. Perkataan sepatutnya ditulis.وأولي Adapun dalam Rajah 14 yang merupakan ayat ke-9 Surah al-jumu c ah, وزر dengan ta marbutah dan perkataan الجمعة sepatutnyaالجمعت ditulis penulisan perkataan.وذروا sepatutnya ditulis Dalam hal ini, proses memasukkan semula petikan ayat-ayat al-qur an yang betul dilakukan. Hasil terjemahan intralingual transliterasi bagi ayat dalam Rajah 13 dan Rajah 14 adalah seperti berikut: Dan ٱلر س ول ٱ لل ط يع وا أ أ ط يع وا و و أ أ مر ل و أ م نك أ م ٱ ل ا ه ي ٱ ل ين ي أ أ م و ود ي ل لص ل و ة م ن ي و ا إ ذ ا ن ء ام ن ذ أ كر ة فٱ أ سع أ وا إ ل ٱ لل ٱ ل م ع ذ ر وا و ٱ ل أ يع 5.0 KESIMPULAN Walaupun penterjemahan intralingual bentuk transliterasi nampak mudah kerana hanya melibatkan perubahan bentuk tulisan, namun tugasan ini bukanlah semudah yang disangka apabila melibatkan manuskrip Melayu lama. Pelbagai bentuk cabaran terpaksa dihadapi oleh penterjemah transliterasi termasuk tahap bahasa Melayu lama yang digunakan yang ceritanya bersambung-sambung tanpa tanda baca, penggunaan kosa kata, frasa dan ayat bahasa Arab yang sarat menuntut penterjemah berkemahiran dalam memahami selok belok bahasa Arab, ketidakjelasan tulisan manuskrip yang menyebabkan kesinambungan penceritaan terganggu, penggunaan dialek Kedah yang sesetengahnya sudah tidak digunakan lagi pada masa kini serta khusus kepada sosiobudaya masyarakat Kedah pada masa tersebut serta penulisan dalil-dalil al-qur an yang tidak sempurna. Kesemua bentuk cabaran dan permasalahan ini perlukan pendekatan terjemahan yang berbeza supaya mesej yang disampaikan dalam teks asal dapat difahami oleh pembaca sasaran. Peranan konteks amat penting dalam mengenal pasti setiap perkataan yang ditulis. Dalam hal ini, tugasan perlu ditangani dengan cermat dan teliti. Tambahan pula, teks ini merupakan teks sejarah yang menjadi bukti kepada sesuatu perkara dan kejadian yang telah berlaku pada masa tersebut. 262

PENGHARGAAN Makalah ini merupakan hasil daripada kajian yang dijalankan semasa tempoh cuti sabatikal yang dianugerahkan oleh Universiti Sains Malaysia bagi tempoh 9 bulan (15 Oktober 2016 hingga 14 Julai 2017), peluang menjalankan kajian di Pusat Manuskrip, Perpustakaan Negara Malaysia dan fellowship di International Institute for Asian Studies (IIAS), Leiden (November 2016-Januari 2017). RUJUKAN Ahmad, A.S. (1979). Sulalatus salatin: Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Gaya Dewan. (1995). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Gürçaglar, S.T., Paker, S., & Milton, J. (2015). Tradition, tension and translation in Turkey. Amsterdam & Philadelphia: John Benjamins. Jakobson, R. (2004). On linguistic aspects of translation. London & New York: Routledge. Mansor, I. (2013). Pendekatan terjemahan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Md Yusof, N., Merican, A.M., Mohamed Amin, A.R., Mat Isa, M.P., Raja Yaacob, R.I., & Abu Bakar, Z. (2013). Terjemahan intralingua bahasa Melayu: Cabaran transliterasi Jawi ke Rumi dalam projek The Light Letters dari Soas. Dalam Hasuria Che Omar, Goh Sang Seong & Hasmidar Hassan (Ed.), Prosiding persidangan penterjemahan antarabangsa ke-14 & forum penterjemah asia ke-7 (hlm. 341-351). Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia. Munday, J. (2009). The Routledge companion to translation studies. Abingdon & New York: Routledge. Newmark, P. (1991). About translation. Clevedon, Buffalo, Toronto & Sydney: Multilingual Matters. Schjoldager, A., Gottlieb, H., & Klitgard, I. (2008). Understanding translation. Denmark: Academica. Vinay, J.P. & Darbelnet, J. (1995). Comparative stylistics of French and English: A methodology for translation. Amsterdam & Philadelphia: John Benjamins. Yaakub, A.N., Ismail, G., & Che Mat, A. (2009). Memaknakan semula terjemahan kitab-kitab Jawi lama. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia. Zethsen, K.K. (2009). Intralingual translation: An attempt at description. Meta, 54(4), 795-812. 263