PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) PROGRAM j-qaf DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON PENGERANG, JOHOR

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

FAKTOR INSANIAH DALAM PENGURUSAN KUALITI: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERASASKAN KOMPUTER DI MAKTAB PERGURUAN. Oleh NIZAM BIN ABD LATIB

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Transcription:

PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PZS 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya : MAHANI BINTI SAUD (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan oleh ALAMAT TETAP: KG. CEMARA, SAYED MAHUSSAIN BIN SAYED AHMAD 08700 JENIANG, Nama Penyelia KEDAH. Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008 CACATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Tandatangan : Nama Penyelia : Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Tarikh : 30 APRIL 2008

PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2008

ii Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tandatangan : Nama Penulis : Mahani binti Saud Tarikh : 30 APRIL 2008

iii DEDIKASI Khas Buat Suami Tercinta Mohd. Zaffan bin Mat Johari Terima kasih yang tidak terhingga Atas dorongan dan semangat tidak pernah luput Memimpin tanganku tatkala kulemah Memberi kekuatan untuk ku terus membara Ayahanda Saud bin Hj. Ismail dan Bonda Shaariah bt Shafie Terima kasih dari anakanda Pengorbanan, jasa dan kasih sayangmu Tidak akan kulupakan Yang menjadi inspirasi dalam meniti perjalanan hidup Kekanda Zaidi, Habsah, Hasmini dan adinda Hamdi Perjalanan kita masih jauh Teruskanlah perjuangan Buat guru-guru yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu.. Terima kasih di atas segalanya Sahabat seperjuanganku.. Hanya ucapan terima kasih mampu kutitipkan Segala suka duka tika bersama Tak mungkin kulupakan Buat selamanya

iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-nya, maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan hingga ke noktah terakhir. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia projek yang dihormati, Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad di atas segala nasihat, dorongan, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan laporan PSM ini. Ucapan terima kasih khas buat suami tercinta, Mohad Zaffan bin Mat Johari yang banyak membantu dan memberi sokongan padu tanpa rasa jemu. Tidak lupa juga kepada anggota tentera di unit 91 RAJD yang memberi kerjasama yang baik. Sahabatsahabat seperjuangan yang banyak memberi tunjuk ajar. Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung, terima kasih diucapkan. Semoga segala kerjasama dan usaha yang diberikan, diberkati Allah S.W.T. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

v ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelanggaran tatasusila agama dalam kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Seramai 114 orang responden dalam kalangan anggota ATM daripada unit 91 Rejimen Bina RAJD di salah sebuah kem di Kuala Lumpur telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi 32 item soalan. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ialah α=0.913. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min data. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan tahap kefahaman anggota ATM terhadap tatasusila agama berada pada tahap tinggi iaitu 4.55. Diikuti oleh pelanggaran tatasusila agama yang sering dilakukan oleh anggota ATM berada pada tahap rendah iaitu 1.32. Kemudian, faktor-faktor yang mendorong anggota ATM melanggar tatasusila agama berada pada tahap rendah iaitu 2.03. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

vi ABSTRACT This study had been conducted to identify the level of religion law disobeyed among Malaysian Armed Forces (MAF) personnel. 114 army personnels had been selected from one of the camp in Kuala Lumpur as respondents. The research instrument used in the study was set of questionnaire that contained 32 items. The reliability value of the research instrument was α=0.913. The data gathered was analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS), version 12.0 software to obtain the frequency, percentage and mean of the data. Overall findings of the study showed that the level of religion understanding among MAF personnel was at mean value 4.55 which can be considered at high level. Followed by religion law disobey attitude with mean value 1.32 which was low level. Then, the factors that influence MAF personnel to disobey religion law also with low mean value which was 2.03. At the end of the study, the researcher had proposed several suggestions to the related parties to ensure full attention is paid towards the studied problems. Suggestions for further research were also proposed for further research in the future..

vii SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xiv xvi BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 8 1.7 Skop dan Had Kajian 8

viii 1.8 Takrifan Istilah 9 1.8.1 Anggota tentera 9 1.8.2 Tatasusila agama 9 1.9 Kesimpulan 10 BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 11 2.2 Sejarah Tentera Darat Malaysia 11 2.3 Sejarah Selepas Merdeka 14 2.4 Konfrontasi 15 2.5 Misi PBB 16 2.6 Syarat Kelayakan 17 2.6.1 Syarat Kelayakan Am 17 2.6.2 Syarat Kelayakan Akademik 17 2.6.2.1 Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek 17 2.6.2.2 Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas 18 2.6.2.3 KAGAT 19 2.6.2.4 Lain-lain pangkat 19 2.7 Misi dan Visi Tentera Darat 19 2.7.1 Profesionalisne dan Pembangunan Insan 20 2.7.2 Kepimpinan 20 2.7.3 Pengurusan 20 2.7.4 Pembangunan Tentera Darat 21 2.7.5 Perhubungan dan Imej 21 2.7.6 Pemikiran Kreatif 21 2.8 Struktur Tentera Darat 22 2.9 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) 23 2.9.1 Sejarah Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) 23 2.9.2 Peranan Dan Tugas 24

ix 2.10 Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) 25 2.10.1 Peranan 26 2.10.2 Objektif Operasi/Bidang Tugas 26 2.10.3 Kandungan Dasar Pembinaan Mental dan 27 Kerohanian Islam (DPMKI) Angkatan Tentera Malaysia 2.10.4 Aktiviti Harian 29 2.10.5 Aktiviti Mingguan 30 2.10.6 Aktiviti Tahunan 32 2.11 Konsep Ketenteraan Menurut Islam 33 2.11.1 Pembinaan Peribadi 34 2.11.2 Kekuatan Psikologi 35 2.11.3 Falsafah Jihad 36 2.11.4 Strategi dan Prinsip Asas Peperangan 37 2.12 Tatasusila Agama 38 2.12.1 Pelaksanaan Kewajiban Agama 39 2.12.1.1 Solat 39 2.12.1.2 Puasa 40 2.12.1.3 Zakat 41 2.12.2 Menghindari Perkara Yang Dilarang Dalam Agama 42 2.12.2.1 Membunuh 42 2.12.2.2 Zina 43 2.12.2.3 Mencuri 44 2.12.2.4 Arak 44 2.12.2.5 Judi 45 2.13 Kajian Lepas 46 2.14 Kesimpulan 48

x BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 49 3.2 Rekabentuk Kajian 49 3.3 Lokasi Kajian 50 3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 50 3.5 Instrumen Kajian 51 3.6 Kajian Rintis 52 3.7 Prosedur Kajian 53 3.8 Analisis Data 54 3.9 Kesimpulan 55 BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 56 4.2 Bahagian A: Latar Belakang Responden 56 4.3 Bahagian B: Tahap Kefahaman Angota ATM Terhadap Tatasusila Agama 61 4.4 Bahagian C: Pelanggaran Tatasusila Agama Yang Sering Dilakukan Oleh Anggota ATM 66 4.5 Bahagian D: Faktor-faktor Yang Mendorong Anggota ATM Melanggar Tatasusila Agama 71 4.6 Kesimpulan 84 BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 85 5.2 Perbincangan 85 5.2.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 86

xi 5.2.2 Bahagian B: Tahap Kefahaman Angota ATM Terhadap Tatasusila Agama 87 5.2.3 Bahagian C: Pelanggaran Tatasusila Agama Yang Sering Dilakukan Oleh Anggota ATM 90 5.2.4 Bahagian D: Faktor-faktor Yang Mendorong Anggota ATM Melanggar Tatasusila Agama 92 5.3 Rumusan 94 5.4 Cadangan 95 5.4.1 Perlaksanaan Aktiviti dan Program Agama Yang Menyeluruh dan Terancang 96 5.4.2 Penguatkuasaan Undang-undang Yang 97 Melibatkan Semua Peringkat Anggota. 5.4.3 Penyuburan Nilai dan Pengetahuan Agama 97 5.4.4 Kepimpinan Melalui Teladan 97 5.4.5 Silibus Kursus 98 5.4.6 Penilaian Prestasi 98 5.4.7 Mengisi Perwajatan Guru Agama Pasukan 99 Dengan Guru Agama Yang Kompeten. 5.5 Kajian Lanjutan 99 5.6 Kesimpulan 100 BIBLIOGRAFI 101 LAMPIRAN 105

xii SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Skala Likert 52 3.2 Prosedur Kajian 53 3.3 Jumlah Skor dan Tahap Yang Selaras Dengannya 54 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 57 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 57 4.3 Taburan Responden Mengikut Status 58 4.4 Taburan Responden Mengikut Pangkat 58 4.5 Taburan Responden Mengikut Tempoh Berkhidmat 59 4.6 Taburan Responden Mengikut Tahap Akademik 59 4.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 60 4.8 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 60 4.9 Taburan Skor Bagi Item 1 61 4.10 Taburan Skor Bagi Item 2 62 4.11 Taburan Skor Bagi Item 3 62 4.12 Taburan Skor Bagi Item 4 63 4.13 Taburan Skor Bagi Item 5 63 4.14 Taburan Skor Bagi Item 6 64 4.15 Taburan Skor Bagi Item 7 64 4.16 Taburan Skor Bagi Item 8 65 4.17 Taburan Skor Bagi Item 9 65 4.18 Taburan Skor Bagi Item 10 66

xiii 4.19 Taburan Skor Bagi Item 11 66 4.20 Taburan Skor Bagi Item 12 67 4.21 Taburan Skor Bagi Item 13 67 4.22 Taburan Skor Bagi Item 14 68 4.23 Taburan Skor Bagi Item 15 68 4.24 Taburan Skor Bagi Item 16 69 4.25 Taburan Skor Bagi Item 17 69 4.26 Taburan Skor Bagi Item 18 70 4.27 Taburan Skor Bagi Item 19 70 4.28 Taburan Skor Bagi Item 20 71 4.29 Taburan Skor Bagi Item 21 71 4.30 Taburan Skor Bagi Item 22 72 4.31 Taburan Skor Bagi Item 23 72 4.32 Taburan Skor Bagi Item 24 73 4.33 Taburan Skor Bagi Item 25 73 4.34 Taburan Skor Bagi Item 26 74 4.35 Taburan Skor Bagi Item 27 75 4.36 Taburan Skor Bagi Item 28 75 4.37 Taburan Skor Bagi Item 29 76 4.38 Taburan Skor Bagi Item 30 76 4.39 Taburan Skor Bagi Item 31 77 4.40 Taburan Skor Bagi Item 32 78 4.41 Rumusan Dapatan Kajian Tahap Kefahaman Warga Angota 78 Tentera Terhadap Tatasusila Agama 4.42 Rumusan Dapatan Kajian Pelanggaran Tatasusila Agama 80 Yang Sering Dilakukan 4.43 Rumusan dapatan kajian faktor-faktor yang mendorong anggota 81 tentera melanggar tatasusila agama

xiv SENARAI SINGKATAN ATM ATMA DYMM DPMKI IPDA IPTS JPA KAGAT MAT MONUC MPAJA PBB PMR RA RACC RAJD RASC S SAW SRP SPM SPMV SS Angkatan Tentera Malaysia Akademi Tentera Malaysia Duli Yang Maha Mulia Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam Institut Pengajian Tentera Darat Institusi Pengajian Tinggi Swasta Jabatan Perkhidmatan Awam Kor Agama Angkatan Tentera Majlis Angkatan Tentera UN Mission in Congo Malayan Peoples Anti Japanese Army Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Penilaian Menengah Rendah Royal Artillery Royal Army Ordnance Corps Rejimen Askar Jurutera Diraja Royal Army Service Corps Setuju Salallahu Alaihi Wassallam Sijil Rendah Pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional Sangat Setuju

xv STS SWT TDM TLDM TP TS TT TUDM Sangat Tidak Setuju Subhanahu Wa Taala Tentera Darat Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia Tidak Pasti Tidak Setuju Tanpa Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 105 B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 111

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Setiap orang Muslim wajib mematuhi syariat Islam yang telah ditetapkan sebagai landasan dalam menjalani kehidupan seharian. Syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT perlu dipatuhi oleh semua golongan tanpa mengira pangkat darjat, pekerjaan, tua atau muda, kaya atau miskin, dan dalam apa jua keadaan sekalipun. Al-Quran merupakan panduan utama kepada orang Muslim, kerana segala peraturan dan hukum syarak telah termaktub di dalam al-quran sebagai penunjuk ke jalan yang diredhai Allah. Namun, mereka tidak mengambil berat tentang apa yang telah dijelaskan di dalam al-quran., malah semakin berkembang kemungkaran di atas muka bumi ini. Seperti firman Allah: #Y θà çρ ωî) öνèδß ƒì tƒ $tβuρ (#ρã. u Ï9 Èβ#u ö à)ø9$# #x yδ Îû $uζøù À ô s)s9uρ Dan Sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan Tauhid Dengan berbagai cara di Dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); Dalam pada itu, penerangan Yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar. (al-isra : 41)

2 Pelanggaran hukum syarak ini sering dilakukan oleh semua golongan masyarakat sama ada orang awam, ahli politik, ahli korporat dan termasuklah dikalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dalam bidang ketenteraan anggotanya telah diajar supaya mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan. Nilai dan etika amat dititikberatkan dalam organisasi ini, sehinggakan tindakan yang tegas akan dikenakan ke atas anggota yang telah melanggarnya. Namun, sekiranya anggota tentera terlibat dengan gejala sosial yang melibatkan pelanggaran terhadap tatasusila agama, tetapi kurang diberi perhatian dan tiada tindakan yang sewajarnya diambil terhadap perkara tesebut. Kebiasaannya, anggota ATM yang melibatkan diri dengan perkara yang dilarang agama melakukan aktviti mereka pada hujung minggu. Pada ketika ini mereka bebas untuk melakukan apa sahaja. Ini kerana mereka diberi pelepasan dari segi masa dan tempat mengikut pas keluar atau pas cuti yang mereka isi serta kemukakan kepada pihak atasan. Mengapakah gejala ini berlaku? Pada dasarnya, kekurangan ilmu agama dan amalan rohani yang tidak menentu serta kekurangan pengisian yang bermanfaat seperti kelas fardu ain dan sebagainya adalah punca kepada permasalahan ini. Pengisian rohani amat penting bagi anggota tentera untuk mengukuhkan lagi rohani mereka. Oleh itu, mengadakan kelas fardu ain amatlah penting kerana ia dapat memberi pengetahuan yang lebih mendalam kepada anggota ATM, kerana kebanyakkan anggota ATM amat cetek tentang hukum-hakam agama, sekiranya tidak diperbaiki dan diperingati selalu, maka mereka akan lebih jauh dari agama. Sebagai tambahan, kelayakan akademik minimum yang perlu dicapai oleh individu yang memohon menjadi warga tentera tidak menyenaraikan subjek agama sebagai antara matapelajaran yang perlu lulus dengan baik. Hanya matapelajaran Bahasa Melayu sahaja yang dittikberatkan. Walaupun demikian, perkara ini adalah lumrah kepada kehidupan dan berlaku hampir di setiap peringkat jabatan atau majikan yang memerlukan warga kerja. Pada pandangan masyarakat pula, apabila disebut sahaja anggota tentera akan tergambar di mata masyarakat pelbagai keburukan antaranya kaki perempuan, kaki botol,

3 terlibat dengan penzinaan, suka menganggu perempuan, dan pelbagai aktiviti kotor yang lain. Adakah masyarakat pernah persoalkan tentang mengapa anggota tentera boleh terlibat dengan perkara tersebut? Walaubagaimana pun, Masyarakat amat mengambil berat dan menaruh kepercayaan penuh terhadap kredibiliti ATM yang mana bukan sahaja untuk pertahanan negara tetapi juga anggota-anggotanya sebagai role model kepada anak-anak remaja yang sedang mencari dan membina jati diri. Ini adalah kerana imej dan penampilan yang ditunjukkan oleh setiap anggota tentera mempamirkan kekentalan disiplin yang mana menzahirkan produktiviti yang dihasilkan oleh ATM keseluruhannya. Kebanggaan ini dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakat tanpa ragu-ragu. (http://www.freewebs.com) Namun, nilai-nilai agama kurang dititikberatkan dalam organisasi ketenteraan. Sepertimana yang diketahui segala undang-undang dan cara-cara perlaksanaan dalam organisasi ini adalah berorientasikan cara-cara yang telah diterapkan oleh barat walaupun banyak perubahan yang telah berlaku sepanjang penubuhan ATM. Ini kerana, faktor kolonial iaitu pengaruh British yang masih ada dalam sistem yang diamalkan oleh anggota tentera seperti budaya hidup di mess, majlis-majlis keraian, doktrin-doktrin latihan dan sebagainya. Sebenarnya ini berlaku kepada semua golongan masyarakat hari yang lebih percaya apa yang telah dibawa oleh orang-orang barat adalah lebih berkualiti. Tetapi tidak disedari bahawa umat Islam yang hidup berlandaskan al-quran dan as-sunah itu yang lebih cemerlang. Menurut Yusuf Al-Qaradawi, (2005:295) orang yang beriman, hidup dan bekerja dalam batas-batas yang telah ditentukan Allah. Dia menjauhkan diri dari perbuatan yang dilarang Allah, tidak mahu tenggelam dan hanyut dalam dosa dan maksiat, dapat mengendalikan nafsunya, sehingga tidak terjerumus ke dalam jurang bahaya, umpamanya meminum minuman keras, berjudi atau mengikut hawa nafsu yang mengakibatkan kehancuran moral dan budi kemanusiaan. Kerana itu, orang beriman terpelihara

4 hidupnya, kesihatan dan kekuatan badannya, kekuatan akal dan fikirannya serta ketenangan jiwanya. Setiap umat perlu percaya dengan tiap-tiap janji Allah, dan perlu berpegang dengan akidah yang satu. Setiap sesuatu perkara yang telah bercampur dengan perkaraperkara munkar, tidak akan mendapat pertolongan daripada Allah. 1.2 Latar Belakang Masalah ATM merupakan sebuah organisasi yang amat penting kepada negara. ATM juga boleh diibaratkan sebagai tulang belakang negara. Sekiranya berlaku peperangan, maka ATM merupakan organisasi yang dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan negara dari serangan musuh. Sememangnya tanggungjawab dan pengorbanan anggota ATM adalah besar. Mereka sanggup mengorbankan diri sendiri demi menyelamatkan negara dan nyawa orang lain. Mereka sanggup menjalani pelbagai latihan yang lasak untuk memperkukuhkan lagi kekuatan fizikal dan mental. Selain itu, anggota ATM terpaksa mengorbankan masa dan juga kebahagiaan diri sendiri demi kebahagiaan seluruh masyarakat di Malaysia. Mereka terpaksa meninggalkan anak dan isteri, mereka tidak mempunyai banyak masa untuk bersama dengan keluarga. Namun, ATM tidak pernah merungut apatah lagi untuk memberontak. Oleh itu, pengorbanan yang begitu besar ini perlu dihargai oleh semua masyarakat Malaysia. Jika dilihat dari sudut peranan dan pengorbanan yang mereka tunjukkan, masyarakat sewajarnya menghargai jasa-jasa yang telah mereka taburkan ini. Anggota

5 tentera diiktiraf sebagai warga yang berdisiplin, bertanggungjawab dan kemas penampilan serta perwatakan. Ini adalah impak kepada latihan dan budaya kerja yang mereka praktikkan. Tetapi dalam kesibukan masyarakat membincangkan hal-hal ini, terdapat budaya dan etika yang menyalahi syariat agama yang ditunjukkan oleh segelintir dari anggota ATM itu sendiri. Dasawarsa ini, banyak kejadian yang berbaur jenayah telah ditimbulkan oleh segelintir anggota ATM. Pada tahun 2000, negara telah dgemparkan dengan peristiwa beberapa anggota tentera yang membuat rampasan senjata dan cuba merancang serangan ke atas kedaulatan negara. Peristiwa yang dikenali sebagai Sauk itu mencatat titik hitam kepada sejarah ATM. (http://www.freewebs.com) Selain itu, pada hujung dekad ke 21, beberapa anggota tentera yang telah bersara mewujudkan kumpulan rompak bersenjata yang dikenali sebagai Geng Komando. Mereka telah melakukan beberapa siri rompakan yang melibatkan kecederaan orang awam,(http://ms.wikipedia.org/wiki). Ini juga sebagai bukti pelanggaran syariat Islam yang tidak sepatutnya berlaku ke atas sebuah organisasi yang terkenal dengan disiplin dan etika yang tinggi. Selain kes-kes tersebut, terdapat kes-kes terpencil yang turut melibatkan pelanggaran syariat Islam yang telah dilakukan oleh segelintir anggota ATM. Kes-kes berzina, meminum minuman keras, berjudi dan seumpamanya yang dilakukan oleh segelintir anggota ATM ini, walaubagaimana pun diklasifikasikan sebagai kes-kes terpencil kerana beberapa alasan. Pertama pekara-perkara seperti ini telah menjadi kebiasaan masyarakat zaman sekarang. Jika berpeluang untuk meninjau aktiviti-aktiviti di kelab-kelab malam seluruh negara, kita akan merasa sedih kerana yang mengunjungi dan yang menjadi peminat setia tempat-tempat ini adalah dari kalangan umat Islam sendiri.

6 Alasan kedua adalah kemungkinan perkara ini tidak didedahkan kerana tidak cukup bukti untuk dibawa ke pengadilan. Alasan ketiga kemungkinan penguatkuasaan undang-undang kepada anggota-anggota yang terlibat tidak dapat dibuat secara menyeluruh kerana aktiviti-aktiviti ini dilakukan semasa anggota bercuti dan sebagainya. Walaupun apa alasan dan kemugkinan yang timbul, sewajarnya perkara ini membimbangkan kita. Justeru kajian ini dibuat untuk merungkai permasalahan ini. Semoga hasil kajian yang diperolehi dapat memberi kebaikan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terhadap masalah pelanggaran tatasusila agama dalam kalangan anggota ATM. 1.3 Pernyataan Masalah Organisasi ATM kini sedang dilanda dengan masalah tingkah laku anggotanya. Terdapat banyak kes yang berlaku melibatkan perkara yang dilarang dalam agama. Ada di antara isu-isu seperti ini tidak didedahkan kerana sebab-sebab yang telah dibincangkan di atas. Pada dasarnya, aktiviti yang menyalahi syariat ini tidak dikategorikan sebagai jenayah kerana tidak melibatkan pelanggaran undang-undang negara amnya dan tatatertib ATM khasnya. Tetapi kesalahan yang dilakukan ini membawa satu keaiban kepada agama. Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh anggota ATM ialah meminum minuman keras, terlibat dalam penzinaan, dan perjudian. Walaupun ia dianggap perkara biasa dalam ketenteraan, namun ia merupakan kesalahan yang amat besar dalam syariat Islam. Sekaligus ia akan memberi kesan kepada pembinaan institusi ketenteraan sebuah negara Islam yang sepatutnya menjadi contoh dan ikutan oleh organisasi lain.

7 Justeru kajian ini dibuat untuk mencari dan mengenalpasti pelanggaran tatasusila agama dalam kalangan anggota ATM. Semoga hasil dapatan kajian ini dapat memberi sumbangan idea dan pelaksanaan kepada organisasi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung ke atas peradaban serta pembentukan nilai-nilai murni di dalam sunubari anggota ATM. 1.4 Objektif Kajian Objektif- bagi kajian ini adalah :- a. Mengenal pasti tahap kefahaman anggota ATM terhadap tatasusila agama. b. Mengenal pasti pelanggaran tatasusila agama yang sering dilakukan oleh anggota ATM. c. Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong anggota ATM melanggar tatasusila agama. 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan objektif, persoalan yang akan ditmbulkan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah seperti berikut: a. Sejauh manakah tahap kefahaman anggota ATM terhadap tatasusila agama.

8 b. Apakah pelanggaran tatasusila agama yang dilakukan oleh anggota ATM. c. Apakah faktor pendorong anggota ATM melanggar tatasusila agama.