Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Melayu Tradisional. Suhaimi Umar, Rizal Yusof & Supyan Hussin

Similar documents
NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

TONG SAMPAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA (IOT)

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SISTEM PEMBANGUNAN LAMAN WEB AKOMODASI BERASASKAN AWAN. Muhammad Nazmi Bin Anuar Zamri Murah

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

SISTEM E-PELAPORAN PEMANTAUAN LAMAN WEB JABATAN STANDARD MALAYSIA. Maggery Roxane Dennis Dr. Mohd Ridzwan Yaakub

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PORTAL PERSATUAN PENDUDUK (PPP)

PELAPORAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MENGGUNAKAN SMS GATEWAY (E-PRK)

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Sistem Permohonan Pinjaman Perkhidmatan dan Kemudahan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA)

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

SISTEM MAKLUMAT PENDAFTARAN KURSUS PENDEK ABDUL HADI BIN AUGUST FOUZY DR. NOOR HASRINA BINTI BAKAR

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

HENDRA SAPUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN LAMAN WEB PTJ DI USM

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

Transcription:

Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Melayu Tradisional Suhaimi Umar, Rizal Yusof & Supyan Hussin 1.0 Pengenalan Pengajian Alam Melayu merupakan salah satu daripada pengajian wilayah yang telah diasaskan sejak kurun ke-18 lagi oleh para sarjana, intelektual, penjajah Eropah, pelayar, dan sebagainya. Luas kawasan geografi Alam Melayu ditentukan menerusi Bahasa Melayu sebagai lingua franca (Collins 1996) dalam pertuturan kehidupan seharian. Alam Melayu yang dikenali sebagai Asia Tenggara, dikelilingi oleh pulau-pulau kecil dan besar merangkumi 250 juta populasi manusia di negara-negara seperti Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan bahagian selatan Filipina, Kemboja dan Thailand. Ia merupakan benua terbesar dikelilingi oleh ribuan pulau-pulau kecil dan besar, dihuni oleh pelbagai komuniti pribumi yang kaya dengan adat, budaya dan identiti. Sejak tahun 1999, Pengajian Alam Melayu yang diasaskan di Institut Alam dan Tamadun Melayu telah mengalami suatu perubahan konsepsual dan didefinisikan menerusi tiga aspek utama dalam falsafah iaitu epistemologi, ontologi dan metodologi. Pengajian Alam Melayu dari aspek epistemologinya adalah merujuk kepada pembinaan ilmu yang berlandaskan kepada sains dan bukan sains, yang berteraskan kepada tradisi Eropah dan bukan Eropah tanpa memenuhi agenda ekonomi politik kuasa besar dan kecil, dahulu atau sekarang. Pernyataan ini dengan mudahnya membuka suatu ikatan ataupun memecahkan ruang yang sempit kepada suatu keadaan yang lebih bebas dan fleksibel. Ini akan memudahkan lagi perluasan kepada kajian dan juga penyelidikan dalam Pengajian Alam Melayu. Kesannya Pengajian Alam Melayu akan lebih mudah dijelaskan melalui asas sains dan bukan sains, Eropah dan bukan Eropah. Ini terbukti menerusi kajian-kajian yang dijalankan oleh Hairudin dalam usaha membentuk pemikiran dan kosmologi Melayu dalam perkembangan dan kemajuan bidang sains dan teknologi. Masalah dan kritikan dalam kajian manuskrip Melayu yang dihuraikan dengan terperinci oleh Ding juga (2004) sebenarnya dapat diselesaikan dengan mudah jika ruang pemikiran dibuka seluas-luasnya tanpa dikuasai oleh ilmu kolonial (Shamsul, 2000) dan juga fahaman sempit barat terhadap orientalisme (Said, 1979). Dalam aspek ontologi pula, Pengajian Alam Melayu merujuk kepada kajian mengenai suatu wilayah geo-politik dan bukannya wilayah etnik yang dikenali sebagai Alam Melayu, Dunia Melayu atau nusantara. Menerusi kehadiran orang bukan Melayu dan bukan bumiputera dengan Alam Melayu yang secara khususnya merujuk kepada orang Melayu, suatu persefahaman telah berjaya mewujudkan hubungan yang harmoni dengan kehidupan yang aman dan damai. Ini telah berlaku sejak dari zaman pra-kolonial sehinggalah sekarang. Konsep pluralism (Shamsul, 1983) yang berlaku di Alam Melayu sebenarnya merupakan contoh yang terbaik untuk diketengahkan sebagai suatu isu yang

218 perlu diselidik dengan lebih mendalam. Begitu juga dengan konsep plural-society yang menjadi agenda utama Inggeris menyatupadukan orang-orang Melayu dan bukan Melayu dibawah suatu pentadbiran. Kajian juga turut tertarik dengan pandangan Shamsul (2004) yang menyatakan ; Persis Alam Melayu wujud bak sebuah Mediterranean, sebuah wilayah yang cukup majmuk sifatnya. Shamsul (2004) cuba membuka ruang pemikiran dengan menekankan kepada pluralisme yang wujud di Alam Melayu sejak dari dahulu lagi. Maka Pengajian Alam Melayu dalam suatu orientasi konsepsual yang lebih terbuka sifatnya bertanggungjawab menghuraikan kemajmukan ini untuk melihat dengan lebih jelas hubungan yang telah terjalin sekian lama di antara etnik Melayu dan etnik-etnik yang lain. Kesannya Pengajian Alam Melayu dalam konteks ontologi ini telah berjaya menghasilkan Modul Hubungan Etnik untuk digunakan oleh generasi baru dalam usaha memberi pemahaman yang lebih luas dan mendalam kepada mereka bagi mengekalkan hubungan yang lebih akrab di antara Melayu dan bukan Melayu. Dari segi metodologi pula, Pengajian Alam Melayu menekan kepada persoalan ilmiah sejagat samada yang bersifat sains atau bukan sains, ilmiah atau bukan ilmiah yang secara umumnya telah memberi kesan kepada kehidupan sosial orang Melayu dan juga bukan Melayu di Alam Melayu. Contohnya masalah kemiskinan dan penindasan dapat dilihat dalam suatu konteks yang lebih luas dan tidak hanya terikat kepada etnik Melayu sahaja. Dalam masa yang sama, perbandingan dan persamaan dapat dinyatakan dengan lebih jelas seterusnya membuka ruang pemikiran yang lebih luas dan mendalam. Shamsul (2004) juga menekankan, perbandingan yang perlu dilakukan bukan sahaja di antara negara-negara dalam Alam Melayu, malah perbandingan di antara wilayah ilmu dalam Alam Melayu juga perlu diambil kira sebagai suatu langkah melebarluaskan lagi Pengajian Alam Melayu. 2.0 Pengajian Alam Melayu di Pentas Global Perubahan orientasi konsepsual dari Pengajian Melayu ke Pengajian Alam Melayu ini membawa kepada perubahan yang besar serta meninggalkan kesan yang mendalam untuk para sarjana dan intelektual, memperbaiki dan mengatasi kelemahan yang ada dalam usaha membangkitkan suatu revolusi baru dalam Pengajian Melayu. Selain itu Pengajian Alam Melayu juga dilihat dapat menarik minat lebih ramai sarjana, intelektual dan orang ramai, menggunakan pelbagai alat analisis untuk melihat Alam Melayu dalam suatu konteks yang lebih jelas berasaskan kepada pemikiran yang lebih luas dan mendalam. Ini kerana Pengajian Alam Melayu dapat membuka ruang epistemologi yang suatu ketika dahulu dipengaruhi oleh budaya fikir British. Kesannya jika pengajian Melayu terikat kuat kepada bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan Melayu, maka Pengajian Alam Melayu bukan sahaja menyentuh ketiga-tiga perkara tersebut, malah ia turut diperkayakan dengan pelbagai bidang penyelidikan yang bersifat sains sosial dan kemasyarakatan ataupun sains tabie. Malah Pengajian Alam Melayu turut disulami dengan pendekatan kepada pembinaan teori dan ilmu sains sejagat. Buktinya kejayaan dan kecemerlangan 218

219 yang telah dicapai oleh ATMA sejak dari tahun 1999 sehingga sekarang telah berjaya membuka ruang pemikiran yang seluas-luasnya kepada para penyelidik dan peneliti dari pelbagai displin, melihat Alam Melayu dalam suatu konteks pemikiran yang lebih luas dan mendalam, serta mempunyai pandangan yang jauh terhadap pelbagai isu, samada bersifat nasional ataupun sejagat. Walaupun ATMA pernah diurus tadbir oleh seorang saintis yang mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang kejuruteraan mekanikal, namun Pengajian Alam Melayu tetap berdiri kukuh diatas landasan yang teguh pembinaannya. Perubahan konsepsual yang telah membawa kejayaan dan kegemilangan ATMA suatu ketika dahulu sebenarnya berpunca daripada strategi mantap para penyelidik untuk membawa suatu anjakan paradigma di dalam Pengajian Alam Melayu. Berdasarkan kepada perubahan konsepsual ini juga, korpus ilmu dalam Pengajian Alam Melayu yang cukup banyak, dengan pelbagai bahan yang bersifat tekstual atau paper-based (ditulis dalam bahasa Melayu, Belanda, Inggeris dan sebagainya), visual dan oral, menuntut kepada suatu keperluan untuk menguruskan ilmu Pengajian Alam Melayu agar ia dapat dicapai dan diakses bagi pelabagai tujuan samada yang berbentuk akademik atau bukan akademik, oleh sarjana, intelektual, pentadbir mahupun orang ramai yang berminat terhadap Pengajian Alam Melayu. Gabungan konsep globalisasi, teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan telah banyak mambantu dalam penggunaan ICT untuk mengangkat lagi ilmu Pengajian Alam Melayu ke pentas global ilmu pengetahuan. Penyelidik-penyelidik dari ATMA yang diketuai oleh Prof. Dato Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Dr. Ding Choo Ming dan Prof Madya Dr Supyan Hussin telah mengerah seluruh tenaga, keringat, idea, kemahiran dan kepakaran masing-masing untuk membangunkan Portal malaycivilization.com. Portal yang dapat diakses melalui url http://www.malaycivilization.com ini menjadi kebanggaan setelah hampir 30 bulan menyiapkannya dengan dibantu oleh beberapa orang pembantu penyelidik yang mempunyai kepakaran dalam ICT. Tujuan utama pembangunan portal ini adalah untuk memperluas dan mendalami Pengajian Alam Melayu. Pelbagai sumber dan bahan-bahan penerbitan berbentuk testual, visual, audio, video dan grafik didigitasikan dan diintegrasi ke dalam portal ini berdasarkan kepada pangkalan data yang telah ditentukan. Oleh kerana pengalaman dalam pembangunan portal ini telah memberi kesan besar terhadap pengurusan pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu di ATMA, usahausaha yang diteruskan di masa hadapan sekurang-kurangnya memudahkan lagi pelbagai pangkalan data baru diintegrasi ke dalam Portal Malaycivilization.com. Maka, seni ukir Melayu tradisional telah wujud sejak berzaman lagi, dapat dilihat sebagai suatu bentuk ilmu pengetahuan secara visual, yang mengandungi kehalusan dan ketelitian ukiranukiran Melayu, serta memberikan suatu kesan yang amat mendalam dan memikat hati pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya pencinta seni, sarjana, intelektual dan sebagainya untuk mengetahui maksud yang tersurat dan tersirat seni ukiran Melayu tradisional. Untuk memenuhi permintaan daripada para pencinta seni, sarjana, intelektual, pelajar mahupun orang awam, pangakalan data seni ukir Melayu tradisional dibangunkan. 219

220 3.0 Proses Pembangunan Pangkalan Dara Seni Ukir Melayu Tradisional Pangkalan data yang dibangunkan ini bertujuan menyimpan sejumlah besar koleksikoleksi seni ukir masyarakat Melayu tradisional. Proses pembangunan pangkalan data ini tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan pangkalan data-pangkalan data yang telah dibangunkan sebelum ini terutamanya Koleksi Khas N.A Halim. Ini kerana pangkalan data seni ukir Melayu akan merangkumi pembangunan yang melibatkan pengurusan sejumlah besar maklumat dan imej seni ukir untuk didigitasi serta dimuat naik ke dalam pangkalan data. Kajian juga telah mengharung ombak, meredah onak dan belukar dalam melalui pelbagai rintangan dan cabaran sewaktu pembangunan pangkalan data Koleksi Khas N.A Halim. Maka keresahan dan kegundahan dalam memikirkan aspek teknikal mungkin dapat diatasi. Namun, aspek-aspek yang merangkumi pengurusan maklumat menjadi suatu penekanan utama untuk kajian memastikan maklumat yang relevan, yang berkait dengan keris ini dapat diakses dan dicapai oleh sebilangan besar pengguna. Ini penting untuk memastikan pangkalan data yang dibangunkan ini dapat memenuhi bukan sahaja tuntutan akademik, malah ia mampu menjadi suatu nilai utama dalam memelihara dan memulihara khazanah warisan tamadun Melayu untuk tatapan generasi akan datang. Maka proses pembangunan terbahagi kepada dua kategori iaitu pengurusan maklumat serta teknikal. 3.1 Pengurusan Maklumat Di dalam pengurusan maklumat, kajian mengenalpasti beberapa perkara asas terutamanya maklumat-maklumat yang berkait dengan seni ukir Melayu. Ini kerana terdapat sejumlah besar bahan-bahan telah dikumpul dan perlu dikategorikan mengikut kesesuaiannya. Beberapa pertimbangan terhadap aspek-aspek seperti kehalusan ukiran, kesenian, nilai kreativiti dan estetika, penggunaan bahan seperti logam,kayu dan lain-lain lagi, diperhatikan dengan teliti oleh penyelidik di ATMA. Hasilnya pertimbangan terhadap dua kategori iaitu artifak dan koleksi keris diletakkan sebagai dua kumpulan utama yang membahagikan bahan-bahan yang dikumpul serta dinyatakan sekali maklumat ringkas yang berjaya dikutip. Kajian menggariskan beberapa maklumat penting, yang digunakan bagi menguruskan imej-imej yang telah diimbas dan diselenggara bagi memudahkan penyusunan maklumat ringkas mengenainya. Jadual 3.1 dan 3.2 menunjukkan kriteriakriteria yang diletakkan sebagai maklumat asas sebuah keris dan artifak. 220

221 Jadual 3.1 Maklumat asas sebuah keris Maklumat Umum Keris 1 No. Inventori Pengenalan 2 Rujukan Terdahulu Hulu 3 Nama Mata 4 Tajuk Pendokok 5 Jenis Sarung 6 Tarikh dihasilkan Keris Lengkap 7 Tempat Asal Maklumat Semasa 8 Hakmilik Imej Lengkap 9 Tahun milik 10 Tajuk imej 11 Jurugambar Berdasarkan kepada Jadual 3.1, Maklumat Umum menjelaskan tentang data-data ringkas mengenai keris. Ia diwakili oleh 11 unsur iaitu No. Inventori, Rujukan Terdahulu, Nama, Tajuk, Jenis, Tarikh dihasilkan, Tempat Asal, Hakmilik, Tahun milik, Tajuk imej, Jurugambar. Kesemua unsur ini merupakan makluamat umum yang diletakkan sebagai asas untuk memudahkan kajian mengenalpasti dan menguruskan makluamat-makluamt yang berkait dengan keris. Selain itu, maklumat-maklumat ini juga dijangka dapat memudahkan pengguna mengetahui dan mempelajari secara ringkas keris-keris yang akan dipaparkan di dalam pangkalan data. Seterusnya Keris yang mewakili sebagai kumpuan kedua dalam pengurusan maklumat pangkalan data seni ukir Melayu ini memperincikan setiap elemen-elemen asas keris yang menjadi nilai tinggi terhadap usaha yang dijalankan ini. Terdapat lapan unsur kesemuanya yang diwakili oleh Pengenalan, Hulu, Mata, Pendokok, Sarung, Keris Lengkap, Maklumat Semasa dan Imej Lengkap. Dalam hal ini, kajian lebih sensitif terhadap nilai-nilai estetik yang dapat menunjukkan kehalusan dan kesenian seni ukir yang terdapat dalam keris-keris yang diperhatikan. Kemudian, setelah proses pengurusan maklumat terhadap keris-keris ini selesai dijalankan, kajian akan meneruskan perbincangan terhadap proses pembangunan teknikal yang melibatkan penggunaan teknologi serta pertimbangan terhadap teknik-teknik yang diaplikasi dalam merealisasikan Pangkalan Data Seni Ukir Melayu Tradisional. Jadual 3.2 Maklumat asas Artifak Maklumat Umum 1 No. Inventori 2 Jenis 3 Nama Artifak 4 Ringkasan 5 Nama 6 Tarikh 221

222 Untuk artifak pula, hanya enam unsure sahaja yang dipertimbangkan untuk menunjukkan maklumat umum terhadap sebuah artifak iaitu No. Inventori, Jenis, Nama Artifak, Ringkasan, Nama dan Tarikh. Keenam-enam unsur ini dijangkakan dapat memenuhi keperluan dalam memperincikan sesuatu artifak yang dikaji dan diteliti kehalusan dan nilai-nilai keseniannya. 3.2 Proses Pembangunan Teknikal Sebelum kajian membicarakan dengan lebih lanjut proses pembangunan teknikal yang dijalankan, elok juga ditinjau dahulu rekabentuk konsepsual proses pembangunan pengakalan data ini. Ia sekurang-kurangnya dapat membantu kajian menjelaskan dengan mudah perjalanan umum pangkalan data yang dibangunkan. Rajah 3.1 menunjukkan rekabentuk konsepsual sistem pangkalan data seni ukir Melayu tradisional. Pangkalan Data Pengguna Halaman utama Aras Keselamatan (security level) Rajah 3.1 Rekabentuk Konsepsual Sistem Pangkalan Data Seni Ukir Melayu Tradisional Rekabentuk konsepsual sistem pangkalan data ini terbahagi kepada dua proses utama yang perlu dilalui oleh pengguna iaitu, pemilihan untuk artifak dan keris diletakkan sebagai halaman utama dalam sistem pangkalan data ini. Ia memberi peluang kepada pangguna membuat pilihan tepat berdasarkan kepada keperluan masing-masing. Aras keselamatan pula berfungsi untuk mengawal pengguna serta membezakan pengguna dan pentadbir sistem. Aras keselamatan juga dibangunkan untuk memudahkan pentadbir sistem dan juga penyelidik melakukan memuat-naik, melakukan perubahan dan pembetulan, serta pengemaskinian terhadap koleksi-koleksi yang disimpan di dalam pangkalan data. Pangkalan data pula akan berperanan besar dalam memastikan koleksi keris serta artifak sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk diakses 222

223 oleh pengguna. Selain itu, pangkalan data turut menyimpan maklumat peribadi pengguna untuk memudahkan pemantauan dilakukan ke atas sistem serta koleksi yang disimpan. Ringkasnya, sistem ini memudahkan pengguna melakukan beberapa langkah mudah sebelum dapat mengakses secara penuh koleksi yang menjadi minat untuk ditatap. Rekabentuk konsepsual ini sekurang-kurangnya dapat memudahkan kajian meneruskan proses pembangunan yang melibatkan aspek-aspek teknikal. Dalam hal ini, maklumat-maklumat yang telah disusun dan diselenggara, memudahkan penentuan terhadap pemilihan teknologi yang perlu diimplemen dalam proses pembangunan seterusnya. Sebelum ini, pengalaman kajian dalam pembangunan Pengkalan Data Koleksi Khas N.A.Halim dijadikan panduan dalam memiliah perisian sesuai, terutamanya sistem pengurusan pangkalan data (DBMS), perisian pembangunan seperti Dreamweaver, Microsoft Access dan juga rangkaian yang sesuai. Hal ini penting untuk dipertimbangkan memandangkan perkembangan pantas dalam teknologi maklumat sedikit sebanyak memberi kesan kepada proses pembangunan sistem dan aplikasi. Kajian juga perlu lebih peka dalam memastikan pembangunan system pangkalan data ini dapat dijalankan dengan lancar disamping meminimumkan kesilapan untuk suatu hasil yang lebih memberangsangkan. Oleh itu kajian memutuskan untuk menggunakan perisian Filemaker PRO 9 sebagai utama dalam pembangunan system pangakalan data. Pemilihan perisian ini adalah berdasarkan kepada perbincangan dengan penyelidik di ATMA disamping beberapa seminar yang telah dihadiri serta yang paling utama, pengalaman yang telah dilalui sepanjang pembangunan Portal Malaycivilization.com. Kajian juga turut melakukan beberapa pemantauan terhadap perisian yang telah digunakan sebelum ini.dan mendapati Filemaker PRO 9 mampu memenuhi keperluan dalam pembangunan pangkalan data seni ukir Melayu tradisional. Pernyataan ini juga membuka peluang untuk kajian menjelaskan kelebihan yang ada pada Filemaker PRO 9. Filemaker PRO 9 dibangunkan oleh Jonathan Stars pada tahun 1986. beliau telah merekabentuk sistem dengan perisian ini menerusi projek pangkalan data untuk pentadbiran kerajaan Michigan, Syarikat Regional Telephone Directories dan ICT Cable. Perisian ini telah mengalami pelbagai pembaikan dan ditransformasi dengan pelbagai teknologi semata-mata untuk membantu para pembangun sistem ataupun mana-mana institusi dan organisasi dalam pengurusan maklumat dan pengetahuan. Terdapat pelbagai kelebihan yang telah dijelaskan oleh Stars (1986) terhadap Filemaker PRO 9. Pertama perisian ini lebih bersifat mesra pengguna, iaitu memudahkan pembangun sistem untuk melakukan tugas-tugas seperti rekabentuk pangkalan data, pengekodan, dan sebagainya. Filemaker PRO 9 menyediakan mod dan menu-menu mudah untuk pembangun sistem merekabentuk antaramuka sistem berasaskan web, pangkalan data serta menu-menu serta table yang dapat memudahkan dan mempercepatkan proses pembangunan pangkalan data dilakukan. Dengan hanya melakukan proses click and drag, pembangun sistem dapat menjimatkan masa seterusnya menjadikan proses pembangunan lebih pantas dan memenuhi keperluan yang dispaesifikkan. Kedua Filemaker PRO 9 menyediakan kemudahan pangkalan data yang telah terintegrasi ke dalam mana-mana pembangunan sistem atau aplikasi, samada yang bersifat on-line atau pun off-line. Dengan kemudahan seperti ini, pembangun sistem dapat melancarkan lagi rekabentuk pangkalan data serta menyediakan pembolehubah-pembolehubah yang terdapat dalam sistem yang akan 223

224 dibangunkan. Selain itu, pangkalan data ini turut melancarkan lagi proses penyediaan layout utama kepada pentadbir sistem ataupun pengguna untuk menjelajah ke dalam sistem yang dibangunkan. Filemaker PRO 9 juga menyediakan kemudahan perkongsian pangkalan data menerusi web. Ini dapat memudahkan integrasi sistem yang telah dibangunkan ke dalam internet, seterusnya membuka peluang mudah kepada mana-mana pembangun sistem untuk suatu pangkalan data atas talian. Di samping itu, Filemaker PRO 9 juga dapat memberikan peluang kepada pembangun sistem melindungi data-data serta maklumat yang disimpan di dalam pangkalan data. Ini dibuktikan menerusi kemudahankemudahan yang disediakan di bahagian keselamatan perisian tersebut. Oleh kerana kajian amat mementingkan penggunaan masa, demi memastikan proses pembangunan dapat dijalankan berdasarkan kepada perancangan yang telah ditetapkan, perisian Filemaker PRO 9 amat releven digunakan dan memenuhi keperluan yang telah dispesifikkan. Seterusnya bagi melaksanakan pembangunan sistem, kajian menggunakan teknik pembangunan sistem maklumat yang berpandukan kepada model SDLC (system development lifecycle). Model SDLC terdiri daripada 6 fasa iaitu fasa keperluan, fasa analisis, fasa rekabentuk (logikal dan fizikal), fasa pembangunan, fasa implementasi dan fasa penyelenggaraan. Setiap fasa ini terdiri daripada beberapa langkah yang diperlukan untuk pembangunan sistem maklumat. Fasa keperluan melibatkan kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) untuk mengenalpasti samada pembangunan sistem dapat dijalankan dengan jayanya dan memenuhi kehendak pengguna. Fasa ini juga dapat mengenalpasti keperluan sumber, kos, faedah yg akan diperolehi dan faktor-faktor kejayaan dalam pembangunan sistem. Fasa analisis pula akan mengkaji & memahami masalah organisasi secara lebih mendalam untuk diselesaikan dengan pembangunan sistem baru. Fasa rekabentuk pula menerangkan bagaimana sistem dapat memenuhi keperluan pengguna. Biasanya ia terdiri daripada rekabentuk logikal dan fizikal. Rekabentuk logikal menerangkan perkara yang akan dilakukan oleh sistem manakala rekabentuk fizikal menerangkan fungsi sesuatu sistem. Dalam fasa ini, alatan seperti rajah hubungan entiti (ERD), rajah aliran data (DFD) akan digunakan. Seterusnya fasa pembangunan melibatkan pengaturcaraan dan pengujian sistem. Fasa implementasi pula memfokus kepada proses penukaran sistem lama kepada sistem baru. Melalui empat strategi iaitu penukaran serentak (parallel conversion), penukaran terus (direct conversion), penukaran rintis (pilot conversion) dan penukaran berperingkat (phased conversion), sistem yang dibangunkan akan dilaksanakan mengikut modul-modul tertentu secara berperingkat (iaitu diperkenalkan satu fungsi secara beransur2). Akhir sekali fasa penyelenggaraaan merangkumi aktiviti pemantauan terhadap kebolehan sistem yang dibangunkan. Sistem akan dikaji dan disemak semula dalam satu tempoh tertentu. Ini untuk memastikan objektif penggunaannya sentiasa dicapai. Keenam-enam fasa yang dijelaskan ini menjadi pemangkin dalam proses pembangunan pangkalan data seni ukir Melayu tradisional. Ini kerana setiap langkah di dalam SDLC mempunyai persamaan di dalam langkah-langkah proses pembangunan pangkalan data. Perbezaannya hanyalah proses pembangunan pangkalan data menggabungkan fasa analisis dan fasa rekabentuk di dalam SDLC menjadi satu iaitu fasa 224

225 pemodelan konsepsi data. Kemudian untuk memudahkan lagi kajian menunjukkan rekabentuk pangkalan data, Rajah 3.2 berikut menunjukkan suatu screen shot pangkalan data yang terdiri daripada beberapa pembolehubah yang telah ditransformasi ke dalam Filemaker PRO 9. Rajah 3.2 Pembolehubah dalam Pangkalan Data Seterusnya untuk rekabentuk antaramuka, kajian menggunakan kepakaran serta pengetahuan yang dimiliki sebelum ini dalam menyediakan antaramuka pengguna yang menarik dan dapat memikat pengunjung untuk terus melayari pangkalan data yang dibangunkan. Rajah 3.3 berikut menunjukkan antaramuka halaman utama Pangkalan Data Seni Ukir Melayu Tradisional. 225

226 Rajah 3.3 Antaramuka halaman utama Pangkalan Data Seni Ukir Melayu Tradisional Dalam halaman utama, kajian menyediakan suatu antaramuka ringkas untuk memudahkan pengguna membuat pilihan berdasarkan keperluan mereka. Jika pengguna menekan menu Koleksi Keris, Rajah 3.4 merupakan paparan yang akan ditunjukkan oleh sistem. 226

227 Seperti yang telah dijelaskan di dalam rekabentuk konsepsual sistem, antaramuka dalam Rajah 3.4 menunjukkan suatu Aras Keselamatan yang diintegrasi ke dalam sistem untuk memudahkan pentadbir sistem, memantau dan melakukan sebarang pengubahsuaian terhadap data-data di dalam pengkalan data. Selain itu, Aras Keselamtan juga amat penting bagi pantadbir sistem merekod setiap kemasukan pengguna ke dalam sistem serta memastikan pangkalan data bebas dari serangan virus, spam dan worms. Seterusnya paparan dalam Rajah 3.5 berikut menunjukkan antaramuka dalam Pangkalan Data Seni Ukir Melayu Tradisional, menggambarkan koleksi keris yang telah dibangunakan. Rajah 3.5 Antaramuka Pangkalan Data Seni Ukir Melayu Tradisional Paparan dalam Rajah 3.5 berikut merupakan suatu contoh antaramuka Pangkalan Data Seni Ukir Melayu Tradisional yang telah dipilih oleh pengguna menerusi kategori Koleksi Kris. Maklumat Umum yang telah dibincangkan dalam proses pembangunan menerusi pengurusan maklumat diletakkan sebagai maklumat asas dan disediakan kemudahan tab kepada pengguna untuk menekan menu-menu yang terdapat di dalam antarakamuka berikut. Manakala maklumat yang memperincikan keris pula dipaparkan di bahagian kanan sistem. Bahagian kiri pula menunjukkan kemudahan yang disediakan oleh perisian Filemaker PRO 9 dan dijana secara automatik oleh perisian bagi memudahkan lagi pencarian dan paparan penting terhadap imej yang disimpan di dalam pangkalan data. Selain itu terdapat juga kemudahan untuk pembesaran dan pengecilan imej bagi memudahkan pengguna melakukan pelbagai aktiviti yang dibenarkan oleh 227

228 sistem. Jika pengguna menekan menu Detail of Images di dalam sistem, Rajah 3.6 berikut akan dipaparkan. Rajah 3.6 Paparan Detail of Images Detail of Images sebenarnya mewakili Perincian Imej yang telah dinyatakan sebelum ini di dalam proses pembangunan menerusi pengurusan maklumat. Dalam Rajah 3.6, perincian terhadap imej yang ditunjukkan sebelum ini menunjukkan dengan jelas ukiran yang terdapat pada keris tersebut. Ia dapat memudahkan pengguna memahami kehalusan dan kesenian yang terdapat pada keris yang diperhatikan. Seterusnya dalam Rajah 3.7, paparan untuk imej artifak ditunjukkan. 228

229 Rajah 3.7 Paparan Imej Artifak Dalam paparan imej artifak, kajian menggunakan maklumat asas yang telah dijelaskan dalam bahagian pengurusan maklumat untuk artifak. Unsur-unsur yang mewakili pelbagai maklumat asas untuk sebuah artifak direkabentuk di bahagian bawah imej. Ini bertujuan memudahkan pengguna melihat dengan jelas artifak tersebut. Selain itu, imej-imej ini juga diintegrasi dengan menggunakan teknik thumbnail, iaitu suatu teknik paparan imej yang pantas tanpa menggangu sistem pengoperasian komputer. 4.0 Kesimpulan Pengurusan pengetahuan amat diperlukan bagi menguruskan sejumlah besar korpus ilmu yang terdapat dalam Pengajian Alam Melayu. Perubahan orientasi konsepsual dari Pengajian Melayu ke Pengajian Alam Melayu menjadi satu landasan yang amat kukuh bagi melakukan pelbagai transformasi terutamanya dalam memastikan Pengajian Alam Melayu sentiasa segar mekar di arus globalisasi ilmu. Konsep globalisasi, teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan amat membantu dalam mengangkat dan memartabatkan Pengajian Alam Melayu di pentas global. Dengan adanya pembangunan Portal Malaycivilization.com, ia menjadi suatu motivasi dan panduan dalam melebarluaskan lagi penggunaan ICT untuk memelihata khazanah dan warisan tamadun Melayu, iaitu seni ukir Melayu tradisional, dipelihara dan digenap sumber oleh pelbagai lapisan masyarakat, lokal dan global. Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Melayu Tradisional merupakan suatu bukti yang jelas usaha ATMA dalam mengungguli Pengajian Alam Melayu di alam siber. 229

230 Rujukan Collins, J.T. 2004. Contesting straits-malayness: the fact of Borneo. Dlm. Barnard, T.P. (pnyt.). Contesting Malayness, hlm. 168-180. Singapore. Singapore University Press. Ding Choo Ming. 2004. Access to Materials in and on Malay Studies From Leiden to Bangi: A Model of Information Repackaging on Information Superhighway. Jurnal Alam dan Tamadun Melayu 22(1): 3-7. Ding Choo Ming. 2004. Indexing databases on Malay world studies: the critical role of knowledge workers. Jurnal Alam dan Tamadun Melayu 22(4): 63-76. Ding Choo Ming & Supyan Hussin. 2000. Development, documentation and preservation of special collection of individual articles on malay studies at ukm: new trend in scholarship along the information highway. Paper for Seminar on Technology and Development, 25 January, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Ding Choo Ming. 2003. Kajian Manuskrip Melayu: masalah kritikan dan cadangan. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributor. Said, E. 1979. Orientalism. New York. Vintage Books. Shamsul Amri Baharuddin. 2000 Ilmu Kolonial dan Pembinaan Fakta Mengenai Malaysia Dlm. Rahimah Abd. Aziz dan Mohamed Yusoff Ismail (pnyt.). Masyarakat, Budaya dan Perubahan, hlm.189-201. Bangi: Penerbit UKM. Shamsul Amri Baharuddin. 2001. A History of an Identity, and Identity of a History: The idea and Practice of Malayness in Malaysia Reconsidered. Journal of Southeast Asian Studies 32(2): 355-366. Shamsul Amri Baharuddin. 2004. Pengajian alam Melayu di pentas global : teknologi makumat dan penstrukturan ilmu di ATMA, UKM.. Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 22(2): 29-47. Shamsul Amri Baharuddin, Haslindawati Hamzah & Rumaizah Mohamed. 2004. The role of ict in a globalized knowledge production. Jurnal Alam dan tamadun Melayu, 22(7): 97-107. Shamsul Amri Baharuddin. 2004. Globalisasi, teknologi maklumat dan ilmu: menyuluh pengalaman Malaysia. Jurnal Alam dan tamadun Melayu 22(5): 77-96. Shamsul Amri Baharuddin. 2000. Ilmu colonial tunjang pembinaan ilmu sains social di Malaysia: satu perbincangan kritis. Jurnal Pengajian Umum 1(1): 1-16. 230

231 Shamsul Amri Baharuddin. 1990. Masyarakat Malaysia yang membangun. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka. Shamsul Amri Baharudin. 2004. A history of identity, an identity of a history: the idea and practice of Malayness in Malaysia reconsidered. Dlm. Barnard, T.P. (pnyt.). Contesting Malayness, hlm. 135-148. Singapore. Singapore University Press. Stars, J. 2008. Learn Filemaker PRO 9. Texas. Wordware Publishing, Inc. 231