PERKAHWINAN SECARA PINDAH WALI DI THAILAND: SUATU ANALISIS TERHADAP PERKAHWINAN PERANTARAAN EJEN DI SELATAN THAILAND

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faraq Perkahwinan bagi Pasangan Tak Sah Taraf di Negeri Sembilan

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

PERKAHWINAN KANAK-KANAK MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM, SIVIL DAN ADAT DI MALAYSIA : REALITI DAN CABARAN MASA KINI

BAB 1 PENGENALAN. Birokrasi warisan penjajah merupakan masalah yang seringkali disebut-sebut oleh para

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

PENDAHULUAN. melahirkan dan mengembangkan zuriat manusia dengan cara yang halal 2

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Transcription:

PERKAHWINAN SECARA PINDAH WALI DI THAILAND: SUATU ANALISIS TERHADAP PERKAHWINAN PERANTARAAN EJEN DI SELATAN THAILAND (TRANSFER OF GUARDIAN MARRIAGE IN THAILAND: AN ANALYSIS OF MARRIAGE WITH INTERMEDIARY AGENT IN SOUTHERN THAILAND) Ibrorheng Dorloh Ibrohim5@yahoo.com Alias Azhar Az.alias@uum.edu.my Ummu Atiyah Ahmad Zakuan atiyah@uum.edu.my Universiti Utara Malaysia Abstrak Perkahwinan merupakan satu fitrah dalam kehidupan manusia, ianya merupakan satu perkara yang normal iaitu perasaan atau keinginan, rasa tertarik antara satu sama lain iaitu antara dua jenis jantina (lelaki dan perempuan). Namun dalam meniti proses menuju alam perkahwinan, terdapat pasangan telah mengambil jalan mudah tanpa memikirkan aspek syariah samada hukumnya sah atau sebaliknya. Kajian ini cuba untuk merungkai permasalahan perkahwinan ini melalui analisa secara perbandingan di antara perundangan berkaitan perkahwinan di Malaysia dan juga di Selatan Thailand yang melibatkan perkahwinan pindah wali yang menggunakan perantaraan ejen, peranan wali, kedudukan wali dari segi syarak dan proses pindah wali yang berlaku di Selatan Thailand. Kajian ini berbentuk kajian perpustakaan dan kajian lapangan dengan menghuraikan secara terperinci metode-metode yang digunakan dalam pengumpulan dan penganalisisan data bagi menjawab persoalan serta memenuhi objektif kajian. Beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan kedudukan institusi-institusi pentadbiran Undangundang Islam, khasnya Majlis Agama Islam Wilayah Selatan Thai agar dapat menjalankan prosedur, cara pentadbiran, penguatkuasaan undang-undang berkaitan isu perkahwinan sindiket serta mengenalpasti punca berlakunya perkahwinan sebegini. Kata kunci: Ejen Perkahwinan, Akad Nikah, Wali, Undang-undang Keluarga Islam, Selatan Thai 88

Abstract Marriage is an instinct or nature of feeling in human life. It is a normal to get attracted each other between both sex (male and female). Yet, in order to achieve an ideal marriage life, there were couples took an easy way without taking into account on syariah aspect be it legal or illegal. This study aims to analyse this kind of marriage comparatively between marital law in Malaysia and Southern Thailand which is involve transfers of wali by using agent medium, roles of wali, status of wali from the aspect of syariah and the processes of transfers of wali occurred in Southern Thailand. This research is a library and field research type which are describing thoroughly on methods used in collecting and analyzing data to answer on research and fulfiling research questions and objectives. Many recommendations have been suggested to enhance the status of Islamic Authorities administration, especially The Islamic Council of Southern Thailand in enforcement of procedure, way of administration, marital law relating to issues of marriage syndicate and indentifying factors of such marriage. Keywords: Marriage agent, Marriage Contract, Guardian, Islamic Family Law, Southern Thailand 2017 GBSE Journal Pengenalan Isu perkahwinan secara sindiket atau juga dikenali sebagai perkahwinan di Thailand ini adalah satu isu yang telah menjadi perbualan dan telah diketahui umum dalam kalangan masyarakat di Malaysia pada hari ini. Proses pernikahan yang dijalankan adalah tidak menurut undang-undang di Malaysia malah ianya akan memberikan masalah kepada pasangan tersebut selepas mereka kembali ke Malaysia berikutan beberapa proses yang perlu dilalui sebelum pendaftaran dapat dilakukan. Oleh yang demikian kajian ini cuba untuk merungkai permasalahan ini melalui analisa secara perbandingan di antara perundangan berkaitan perkahwinan di Malaysia dan juga di Selatan Thailand yang melibatkan perkahwinan tersebut yang secara umumnya dijalankan secara pindah wali yang menggunakan perantaraan ejen. Latar Belakang Kajian Bagi memastikan kelangsungan serta kedudukan sesebuah perkahwinan itu memenuhi syariat, maka Islam telah menggariskan beberapa syarat melalui rukun nikah yang telah ditetapkan, sebagaimana lmam As-Syafi'i (1990) telah menyatakan bahawa tidak harus akad nikah melainkan dengan kehadiran wali bersama dua saksi yang adil dan telah mendapat kerelaan dari 89

kedua-dua pihak iaitu lelaki dan perempuan. Melihat kepada apa yang disebut oleh Al-Syafi'i ini, ia menggambarkan bahawa wali adalah salah satu dari rukun nikah yang penting, dan ini terbukti dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Apabila kamu menceraikan perempuan, kemudian telah habis idahnya, maka janganlah kamu larang perempuan itu kembali kepada bekas suaminya, jika mereka itu suka secara makruf" 1 Ayat di atas dengan jelasnya memerintahkan kepada wali kerana secara langsung mereka mempunyai kuasa dan peranan yang besar dalam urusan perkahwinan seseorang yang di bawah tanggungannya. Al-Qurtubī (1964) juga turut memberi kenyataan bahawa ayat ini ditujukan kepada wali yang berperanan dalam menguruskan perkahwinan dan juga menunjukkan bahawa tidak sah perkahwinan tanpa kehadiran wali. Dalam satu kenyataan lain yang juga dari Rasulullah s.a.w. dalam Sunan Abī Dawūd telah menggambarkan bahawa wali adalah unsur terpenting dalam perkahwinan. Sabda Baginda yang bermaksud: "Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya maka nikah tersebut batal (Nabi s. a. w. telah mengulangi sebanyak tiga kali tentang pembatalan nikah tanpa wali). 2 Ibnu Qudāmah (1968) dalam menafsirkan hadis ini telah menjadikannya sebagai dalil bahawa perkahwinan tanpa wali atau perempuan yang mengahwinkan dirinya sendiri maka perkahwinan itu batal mengikut syarak. Perkahwinan secara pindah wali merupakan satu masalah yang telah menjadi fokus dalam kajian oleh beberapa sarjana Islam. Kajian-kajian tersebut bertujuan bagi memastikan penyempurnaan ibadat perkahwinan bagi perempuan yang kehilangan wali atau kehilangan keahliannya. Namun begitu perkara ini telah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu dalam masalah perkahwinan ini dengan menjadikan ianya sebagai suatu peluang bagi menjalankan perkahwinan tanpa wali yang sah. Oleh yang demikian, ramai pasangan Islam memilih alternatif mudah ini untuk berkahwin dan kesempatan tersebut diambil oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencari keuntungan, maka berlakulah perkahwinan secara segera sepertimana yang berlaku di sempadan Malaysia-Selatan Thai yang menggunakan perantaraan ejen yang sememangnya tidak diiktiraf oleh mana-mana pihak termasuk pihak Majlis Agama Islam di Selatan Thailand. Perkahwinan melalui perantaraan ejen ini telah berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya ialah situasi dan syarat perkahwinan yang agak 90

menyukarkan di Malaysia. Berdasarkan statistik dari pejabat Konsulat General Malaysia di Songkla, sebanyak 7079 pasangan telah berdaftar dari Januari 2013 hingga Jun 2015. Kewujudan kes sedemikian memberikan gambaran seolah-olah peruntukan sedia ada di bawah Akta dan Enakmen Keluarga Islam di Malaysia terlalu ketat dan menyusahkan rakyat, sedangkan undangundang yang disediakan adalah untuk maslahat institusi kekeluargaan. Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 antara lainnya telah memutuskan bahawa perkahwinan secara pindah wali ini diakui oleh Islam sekiranya segala syarat dan rukun telah dipatuhi serta dipenuhi. Walaupun perkahwinan ini diakui dan diiktiraf dalam Islam dengan alasan dan keperluan seperti ketiadaan wali atau wali ghaib yang tidak dapat dihubungi, namun ramai pasangan yang mengambil kesempatan ini untuk dijadikan sebagai alasan untuk menggunakan wali hakim dalam akad nikah mereka, sedangkan wali merupakan rukun nikah yang sangat penting dan tidak boleh dipandang remeh dalam perkahwinan. Terdapat pertikaian antara sarjana Islam mengenai perkahwinan pindah wali yang diakui dan diiktiraf dalam Islam. Oleh sebab itu, penyelidik ingin menjalankan kajian mengenai perkahwinan pindah wali ini berdasarkan perselisihan pendapat sarjana-sarjana Islam yang lepas terhadap status perkahwinan ini yang menjadi syubhah dan perlu dijauhi. Justeru adalah perlu bagi mewujudkan keseragaman undang-undang kekeluargaan Islam di Malaysia dan Thailand supaya tidak berlaku percanggahan dan secara tidak langsung akan memudahkan masyarakat Islam menjalankan urusan perkahwinan mengikut syarak dan diiktiraf. Sorotan Karya Terdapat beberapa kajian yang pernah dijalankan oleh para penyelidik berkaitan dengan perkahwinan pindah wali melalui perantaraan ejen. Antaranya ialah Ahmad Shukri dan Ahmad Marzuki Najib (2014) melalui kajiannya bertajuk Perkahwinan Rentas Sempadan Dalam Kalangan Pasangan Muslim Di Kedah, dalam kajian ini penyelidik menjelaskan maksud kahwin rentas sempadan ialah kahwin di negara jiran tanpa kebenaran Jabatan Agama Islam negeri atau perkahwinan yang tidak mematuhi syarat dan prosedur sebagaimana yang ditetapkan mahkamah, kajian ini menekankan faktor yang mempengaruhi perkahwinan rentas sempadan dan kesankesan yang timbul terhadap pasangan. Dalam kajian ini para penyelidik tidak menjelaskan tentang hukum dan corak perkahwinan yang berlaku melalui perantaraan ejen di Selatan Thailand. Kader Sa-ah (2007), dalam kajian Perkahwinan Rentas Sempadan Di Wilayah Selatan, yang mana kajian ini membincangkan tentang kes perkahwinan rentas sempadan antara pasangan lelaki dari Malaysia dengan pasangan perempuan dari Thailand dan juga membincangkan faktorfaktor yang menyebabkan berlakunya perkahwinan rentas sempadan serta masalah yang 91

ditempohi oleh pasangan serta cara penyelesaiannya. Dalam hal ini penyelidik tidak menyebut tentang perkahwinan pindah wali pasangan dari Malaysia dan prosedur perkahwinan perantaraan ejen yang berlaku di Selatan Thailand. Sementara itu, Mahamatayuding Samah (2002), dalam kajiannya Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Tiga Wilayah Selatan Thailand, yang mana kajian ini menekankan kepada bidang pentadbiran undang-undang Islam yang digunapakai oleh institusi-institusi agama di Selatan Thailand sama ada Mahkamah Agama, Majlis Agama Islam Wilayah dan Ahli Jawatankuasa Masjid. Dalam hal ini, Mahamatayuding telah memberi sedikit gambaran tentang konflik undang-undang Islam dengan undang-undang Jenayah sivil. Walaubagaimanapun, kajian tersebut belum menjawab permasalahan yang akan dikaji dalam kajian ini. Isma-ae Che (2005), dalam kajian Ponkratob Khon Kanchai Kotmai Islam Wadoi Khrobkhrua lae Moradhok nai Changwat Chaidaen Phaktai, iaitu tesis sarjana Ilmu Pembangunan Masyarakat, Institut Pembangunan dan Pengurusan Thailand (National Institute of Development and Administration). Kajian ini memberi sedikit gambaran tentang penerimaan rakyat terhadap peranan Datok Yuttitham di Mahkamah Agama di Selatan Thailand. Walaubagaimanapun kajian ini juga belum menjawab permasalahan yang dikaji ini. Selain itu, Muhammadzakee Cheha (2005), dalam kajiannya bertajuk Administrative problems of Islamic Family Law and Inheritance in Thailand yang mana lebih menumpukan perhatian terhadap pentadbiran undang-undang Islam di Mahkamah Agama Selatan Thailand. Walaubagaimanapun, kajian ini tidak membahas tentang berbandingan pentadbiran undangundang Islam di Negara jiran khususnya perundangan tentang perkahwinan pindah wali dan rentas sempadan. Dalam kajian yang lain pula iaitu oleh Manapiyah Maoti (2011), yang bertajuk Pentadbiran Undang-undang keluarga Islam di Selatan Thailand: Satu Analisis Terhadap Isu-isu Terpilih. Penyelidik ini telah membincangkan berkenaan institusi pentadbiran undang-undang keluarga Islam dan juga telah menyatakan tentang kedudukan wali dalam perkahwinan perempuan yang tidak mempunyai wali atau walinya luput keahlian kewalian di Selatan Thailand. Walaubagaimanapun penyelidik ini juga tidak menyentuh tentang masalah perkahwinan perantaraan ejen oleh wali hakim. Seterusnya ialah kajian bertajuk Penggunaan Sistem Undang-undang Islam Di Negara Thailand (2010) yang dijalankan oleh Thammasat Universiti, Thailand. Dalam kajian ini penyelidik telah menjelaskan mengenai halangan yang menjadi cabaran dalam menggunakan undang-undang Islam di Thailand, sejarah kedatangan undang-undang Islam, cara-cara untuk melaksanakan undang-undang keluarga Islam dan pusaka di seluruh Thailand. Namun batasan dalam kajian ini ialah ianya merupakan undang-undang Islam yang hanya dilaksanakan di empat wilayah Selatan Thailand sahaja. Oleh sebab itu, pengkaji melihat masih terdapat kekurangan yang perlu 92

dilakukan penambahbaikan dalam isi kandungan Undang-undang Keluarga Islam dan Pusaka di Thailand supaya ianya diperakui serta dapat digunapakai oleh semua mahkamah di seluruh Thailand. Walau bagaimanapun kajian ini hanya menekankan tentang kekurangan dan kelemahan undang-undang Islam dalam melaksanakannya di Thailand tanpa menyentuh perbandingan dengan Enakmen Undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Rashidah Hanakamee (2014), telah menjalankan kajian mengenai Faktor Yang Mendorong Perkahwinan Rentas Sempadan Menggunakan Kuasa Wali Am Di Wilayah Songkla Dan Narathiwat. Dalam kajian tersebut, beliau telah menyatakan kedudukan wali am di Thailand dan bidang kuasanya dalam Akta perundangan Islam. Meskipun dalam kajian tersebut menyentuh mengenai perkahwinan melalui ejen di Selatan Thailand, namun ia tidak mengkaji secara mendalam mengenai hukum perkahwinan yang diuruskan oleh ejen yang tidak berdaftar di sempadan Selatan Thailand. Dalam kajian yang dijalankan oleh Isma-el Alee & Wanna Panmunin (2005), yang bertajuk The Attainment, Roles and Duties of Wali Amm in Thailand: A Comparative Study between Pattani and Songkla Provinces. Dalam kajian ini, penyelidik telah menyatakan pengertian wali am secara perlantikan di empat wilayah Selatan Thailand iaitu Narathiwat, Yala, Pattani dan Songkla malah kajian ini hanya menekankan cara dan bentuk kedatangan wali tanpa menggariskan siapakah wali hakim yang ada kuasa dalam mengahwini perempuan yang datang dari negara jiran juga tidak menyebut hukum bagi mereka yang mengahwini perempuan yang ketiadaan wali tanpa mendapat pengiktirafan dari wali hakim. Mohamad Azam bin Hussain (1998) pula telah menjalankan kajian tentang Kedudukan Dan Autoriti Wali Hakim Dalam Pernikahan perbandingan Antara Fiqh Dan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kedah 1979(Pindaan 1984). Penyelidik telah memberikan kupasan tentang konsep perwalian dari perspektif Fiqh dan konsep perwalian menurut perspektif Enakmen, beliau menjelaskan secara perbandingan antara apa yang telah ditulis oleh sarjana Islam berkenaan wali dengan mengaitkan dengan enakmen negeri Kedah, dalam kajian ini penyelidik ada menyatakan perwalian hakim dan prosedur perkahwinannya di luar negeri Kedah, walaubagaimanapun dalam kajian ini beliau tidak menyebut tentang perkahwinan melalui ejen yang berlaku di Sempadan Thailand dan kedudukannya adakah diiktiraf oleh Enakmen negeri Kedah atau sebaliknya. Basmah Abderahim Rizq Matr (2006), dalam kajian tentang al-ziwaj Biduniwali Waathar al- Mutaratibah Watatbikqatihi Fimahakimi al-shariah Bikithoi Ghazah.Tesis sarjana, dari Faculty of Shariah and Law Islamic University of Gaza, Palestine. Basmah lebih menumpukan kepada hukum syarak tentang perkahwinan tanpa wali mengikut pendapat fuqaha, dan undang-undang Islam yang dilaksanakan di Mahkamah syariah di Palestine, walaubagaimanapun kajian ini belum menjawab permasalahan yang dikaji ini. Raihanah Hj. Azahari (1997) pula telah menjalankan kajian tentang kuasa wali yang bertajuk Wali Mujbir: Satu Perbincangan, dalam kajian ini Raihanah memberi sedikit pandangan tentang kepentingan wali dalam Islam, dan kuasa wali mujbir mengikut pendapat fuqaha terdahulu, hasil 93

yang berlaku dari kegunaan kuasa ini pada masa kini, mengikut Raihanah salah guna kuasa wali mujbir menjadi penyumbang kepada masalah-masalah yang lain seperti kahwin lari, kahwin sindiket dan sebagainya. Walaubagaimanapun Raihanah tidak menjelaskan hukum kahwin lari dalam kajiannya, maka persoalan tentang masalah ini masih belum menemui jawapan dan perlu dibuat kajian yang lebih lanjut. Raihanah Haji Abdullah (1997) dalam kajian tentang Poligami Di Malaysia, penyelidik ini telah menekankan tentang poligami dalam Islam dan undang-undang keluarga Islam, kuasa Mahkamah meluluskan permohonan poligami, terdapat beberapa negara-negara Islam yang telah memperuntukkan bahawa seseorang isteri dibenarkan membuat syarat dalam perkahwinannya dengan tidak membenarkan suaminya berpoligami. Sekiranya suami tersebut melanggar syarat dalam perkahwinan, maka isteri berhak untuk membubarkan perkahwinan melalui talaq ta'liq. Kawalan atau saranan dari penulisan ini dalam isu berpoligami menyebabkan sebahagian dari pasangan bertindak untuk berkahwin di selatan Thailand, walaupun Raihanah telah memberi penjelasan tentang faktor yang mendorong berlaku perkahwinan pindah wali namun tidak membuat perbandingan undang-undang keluarga Islam Malaysia dengan undang-undang keluarga Islam di Selatan Thailand, maka kajian sebegini perlu dijalankan bagi menjawab persoalan-persoalan yang masih wujud. Daripada beberapa kajian yang dinyatakan di atas, penyelidik melihat kajian-kajian tersebut belum menjawab permasalahan yang dikemukakan dalam pernyataan masalah di atas secara terperinci, menyeluruh dan mendalam lebih-lebih lagi isu yang berkaitan perkahwinan secara pindah wali melalui perantaraan ejen. Namun, kajian di atas sangat membantu penyelidik dalam mengumpul data dan maklumat untuk mendapatkan dapatan yang lebih baik, berkualiti dan berfaedah. Metodologi Kajian Kajian ini berbentuk kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Penyelidik menghuraikan secara terperinci metode-metode yang digunakan dalam pengumpulan dan penganalisisan data bagi menjawab persoalan serta memenuhi objektif kajian. Dua pendekatan penting penyelidikan iaitu penyelidikan kepustakaan dan lapangan digunakan dalam kajian ini bagi membantu penyelidik untuk memahami permasalahan. Kajian ini juga menekankan aspek sosio-perundangan iaitu satu kaedah penyelidikan yang menyatukan dua bidang utama dalam penyelidikan iaitu sains sosial dan undang-undang khususnya polisi dan peraturan. Oleh kerana undang-undang dibentuk sebagai mekanisme untuk 94

mengurus hal ehwal dan konflik yang timbul dalam masyarakat sosial, undang-undang mempunyai hubungan yang rapat dan sukar dipisahkan dengan masyarakat. Kajian ini turut melibatkan penyelidikan secara sistematik ke atas isu-isu perundangan yang baru dan terkini dengan menggunakan keaslian dan kreativiti yang tinggi melalui kaedah perundangan tradisional atau konvensional melibatkan proses menyatakan (stating), menginterpretasi (interpreting) dan menerangkan undang-undang sedia ada (clarifying the existing law) di dalam sesuatu bidang perundangan. Kajian seumpama ini melibatkan perancangan yang sistematik, penyiasatan, pemerhatian, analisis dan teknik yang kritikal. Secara khususnya, kaedah perundangan tradisional ini boleh dibahagikan kepada empat kaedah pula iaitu kaedah falsafah, sejarah, analitis dan kritis serta metode perbandingan. Kajian yang telah dijalankan adalah berdasarkan dua bentuk utama yang digarapkan bersama iaitu kualitatif dan kajian lapangan. Kaedah ini juga lebih merupakan usaha untuk memberikan keterangan tentang sifat dan keadaan manusia dengan menggunakan pandangan umum tentang apa sahaja tindakan sosial. Justeru, penyelidikan kualitatif tidak tertumpu ke arah pengutipan maklumat yang banyak. Sebaliknya, kaedah ini berusaha untuk memperoleh maklumat berkualiti dengan memberikan tumpuan terhadap sampel yang kecil. Melalui kajian berbentuk kualitatif, penyelidik mengutamakan usaha untuk mencari dan memberikan keterangan serta data yang telah dikumpulkan dalam bentuk ayat atau kenyataan serta bukan berbentuk nombor atau numerik walaupun terdapat keterangan yang merujuk kepada statistik. Dapatan yang terhasil daripada reka bentuk ini telah dipaparkan melalui kenyataankenyataan atau jadual-jadual bersesuaian yang dapat mengukuhkan pemerihalan penulis terhadap fenomena yang telah dikaji. Kajian ini turut menggarap bentuk analisis kandungan (Content analysis). Penyelidik telah berusaha menganalisis dokumen untuk diketahui isi dan makna yang terkandung dalam dokumen tersebut. Antara dokumen yang dijadikan data penyelidikan ialah website pihak responden, gambar, grafik, laporan, buku teks, surat khabar dan majalah berkaitan. Skop kajian ini telah menumpukan kepada dua responden berikut, iaitu: i) Central Islamic Council of Thailand (CICOT) telah mengeluarkan arahan bahawa sijil perkahwinan bagi rakyat Malaysia (pasangan Islam di Thailand) hanya boleh dikeluarkan oleh Majlis agama Islam yang berkuat kuasa dari 28 April 2014. Terdapat 6 Majlis Agama Islam di Thailand iaitu di Songkla, Satun, Yala, Patani, Narathiwat dan Bangkok. Namun dalam kajian ini hanya memfokuskan Selatan Thailand sahaja (Songkla,Yala, Patani dan Narathiwat) ii) Pasangan yang menggunakan khidmat perkahwinan pindah wali perantaraan ejen yang berlaku di antara tahun 2010-2015. 95

Kajian ini akan menggunakan data primer dan data sekunder. Data primer yang merupakan data daripada sumber terus, berautoriti dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pandangan atau pendapat seseorang. Data Sekunder pula ialah data yang telah dikumpulkan oleh pengkaji lain pada awalnya (masa lalu) dikumpul untuk tujuan lain, tetapi sesuai digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan oleh pengkaji masa kini. Maklumat atau bahan terbitan yang dikumpul oleh individu atau penyelidik lain, bukannya penyelidik yang sedang melakukan kajian itu pada masa kini. Manakala data sekunder diperoleh daripada sumber seperti buku, jurnal dan artikel termasuk bahan-bahan percetakan yang diterbitkan dan yang belum diterbitkan seperti prospektus dan brochure pihak yang mempunyai kepentingan dengan tema kajian ini. Contoh data sekunder seperti dokumen awam, arkib, dokumen pentadbiran, laporan formal dan lain-lain. Dapatan dan Perbincangan Perkahwinan melalui ejen telah tersebar dengan luas di Selatan Thailand yang melibatkan pasangan dari Malaysia, mereka ini berurusan dengan ejen-ejen yang terdiri dari individu atau kumpulan yang berjanji untuk memudahkan urusan perkahwinan dengan Wali Hakim di Majlis Agama Islam Wilayah dengan dikenakan kos tertentu. Dalam hal ini juga ada sebahagian dari mereka beroperasi bagi mencari keuntungan peribadi, secara tidak beretika dan dokumen yang palsu. Perbuatan ini tidak akan berleluasa tanpa adanya sokongan dan bantuan dari mereka yang berkuasa dalam pejabat Majlis Agama Islam, sesetengah Majlis Agama menjadi mangsa penipuan oleh ejen yang tidak bertauliah, yang kononnya sebagai naib qadhi, menjalankan akad nikah, mengeluarkan surat dan memberi perakuan dengan menggunakan alasan perkahwinan ini adalah secara tahkim dan dibenarkan di sisi Syarak. Sebahagian yang lain pula secara jelas menipu mulai dari akad nikahnya sehingga dokumen yang dikeluarkan juga palsu, antaranya surat perakuan nikah yang palsu, tanpa mematuhi syarat-syarat syar ie, rukun dan prosedur nikah yang sebagaimana yang ditetapkan. Bagi menjadikan ianya lebih menarik, mereka telah menyediakan perkhidmatan berbentuk pakej dan penginapan yang selesa sebagaimana dalam iklannya yang boleh dilihat dalam laman-laman web, disertai dengan nombor telefon untuk dihubungi dan kos-kos perkhidmatan yang dikenakan. Kos yang tinggi atau rendah yang dikenakan adalah mengikut kadar kesukaran dalam urusan perkahwinan, samada inginkan perkahwinan di Malaysia tanpa perlu datang berkahwin di pejabat Majlis Agama Islam selatan Thai atau untuk menutup keaiban seperti berkahwin selepas hamil dan semua ini dikenakan kos-kos yang tertentu dan boleh mencapai sehingga belasan ribu ringgit. Demi menangani fenomena perkahwinan yang menyalahi hukum syarak ini berleluasa, beberapa usaha antara pihak berkuasa Malaysia dengan Majlis Agama Islam Wilayah Selatan, antaranya ialah dengan mengadakan program serta pendekatan tertentu agar kedua-dua pihak mendapat maklumat secara langsung dari pendaftar nikah, lawatan ke lokasi-lokasi nikah yang ada di 96

Selatan Thailand, memberikan cadangan yang lebih baik kepada pihak yang berkuasa dalam mengakadnikah dan mengeluarkan perakuan nikah pasangan yang datang dari Malaysia. Penutup Ikatan perkahwinan bukan sahaja satu ikatan antara suami dan isteri tetapi sebenarnya ia merupakan hubungan antara dua keluarga yang asing atau berlainan sama sekali baik dari segi budaya, cara berfikir, nilai serta pegangan hidup. Maka wali tentulah ingin memilih untuk menjalinkan hubungan dengan keluarga yang baik, bermenantukan seorang lelaki yang soleh yang boleh menimbulkan ketenangan bagi keluarga perempuan, sebarang kesusahan yang berlaku tentulah akan menyusahkan wali dan keluarga. Kebahagian sesuatu masyarakat adalah berasaskan daripada keluarga yang dimulai dengan perkahwinan yang direstui oleh wali dan keluarga perempuan, kerana ketenangan dalam sesuatu keluarga juga akan melahirkan rasa ketenangan kepada masyarakat umum yang akhirnya dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat. Perkahwinan perantaraan ejen boleh dimaksudkan sebagai perkahwinan yang diuruskan oleh mereka tidak bertauliah dan diakadkan di tempat selain yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam wilayah selatan Thailand. Pandangan sebahagian ulamak dalam masalah ini adalah, ianya bergantung kepada jurunikah tersebut adakah melalui wali am yang bertauliah atau sebaliknya. Jika perkahwinan itu melibatkan pasangan yang lari dari wali untuk berkahwin di Selatan Thailand dengan wali am, ia dihukum sah, sebagai mana yang difatwa oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52. Muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie, tetapi perkahwinan sebegini tidak digalakkan, kerana ianya boleh menimbulkan perbalahan antara lelaki dengan keluarga perempuan. Jika perkahwinan diakadkan oleh ejen yang tidak diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Wilayah Selatan Thai, maka perkahwinan itu tidak disahkan syarak, samada upacara perkahwinan itu berlaku di Selatan Thailand atau di Malaysia, ianya disebabkan telah luput salah satu dari rukun nikah iaitu ketiadaan wali. Ini adalah berdasarkan satu hadis yang bermaksud dari Aisyah a.r. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya maka nikah tersebut batal, Nabi S.A.W. telah mengulangi sebanyak tiga kali tentang pembatalan nikah tanpa wali. Hadis di atas sangat jelas menyatakan mana-mana perkahwinan yang tiada keizinan dari wali, maka perkahwinan itu batal mengikut apa sebagaimana yang disebut dalam hadis tersebut. Berdasarkan apa yang didapati dalam kajian ini, penyelidik merumuskan beberapa cadangan sebagaimana berikut: 97

1. Pihak berwajib perlu berusaha untuk meningkatkan kedudukan institusi-institusi pentadbiran Undang-undang Islam di Selatan Thailand, khasnya Majlis Agama Islam Wilayah Selatan agar dapat menjalankan prosedur mengikut Syarak dan cara pentadbiran yang diakui oleh masyarakat dan negara jiran serta mengenalpasti punca berlakunya penipuan seperti kes penjualan surat perakuan nikah atau perlanggaran peraturan yang ditetapkan. Selain itu, pihak berwajib juga perlu memberikan ruang dari sudut perundangan, pentadbiran dan kewangan kepada mana-mana individu yang ada kepakaran untuk bersama-sama mempertingkatkan keupayaan institusi Majlis Agama di Selatan Thailand. Aspek perundangan yang ada perlu diubahsuai mengikut keperluan semasa dan tempat, terutamanya dalam mengatur dan menyelia bidang kuasa wali am dan Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam serta menghebahkan peruntukkan tersebut agar ianya jelas dan dikenakan tindakan yang tegas bagi mereka yang melanggarnya, manakala pihak pentadbiran juga perlu membuka peluang kepada ahli pentadbir yang berkepakaran dalam teknologi maklumat untuk mengemaskini sistem dan menambahbaik segala urusan yang berkaitan dengan Majlis Agama Islam yang mana melaluinya semua data berkaitan boleh diakses dengan mudah dan cepat. 2. Cadangan mengenai urusan perkahwinan untuk warganegara luar, di mana perlu diwujudkan buku panduan nikah untuk digunapakai di setiap Majlis Agama Islam Selatan Thailand supaya dapat memberi jaminan kepada warganegara jiran bahawa perkahwinan yang dilangsungkan terjamin kualiti dan pengiktirafannya. Sehubungan itu, jurunikah atau Qadhi hendaklah dilantik dari kalangan mereka yang layak untuk menjadi Qadhi, ada kelulusan bidang yang berkaitan syariah, bukannya semua ahli jawatankuasa Majlis Agama Islam sebagaimana yang berlaku pada hari ini. Lokasi akad nikah juga hendaklah ditetapkan iaitu hanya dilakukan di Pejabat Majlis Agama sahaja, supaya siasatan dan temuduga terhadap pasangan dapat dibuat sekiranya penemuduga berpuas hati akan apa yang dikemukakan dan bebas dari sebarang keraguan dan penipuan. 3. Perlu dijelaskan di dalam Akta Keluarga dan Pusaka, iaitu dengan memasukkan peruntukkan dan tindakan tertentu ke atas mereka yang melanggar peraturan atau menyalahgunakan kuasa. Ini kerana punca berlakunya perkahwinan sebegini adalah kerana sikap berani jurunikah yang tiada bertauliah, yang berani memalsukan dokumen perkahwinan dan sebagainya. Ini berlaku dengan bebas kerana tiada sebarang tindakan atas perbuatan tersebut. Kedua-dua negara baik Thailand atau Malaysia perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap jurunikah yang tidak bertauliah dan juga ejen yang terlibat. Tindakan sebegini sangat perlu demi menjaga hukum Syarak khususnya dalam urusan perkahwinan agar mengikut apa yang ditetapkan oleh Islam, bukannya dijadikan permainan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. 98

Bibliografi Al-Qurtubī Al-Jāmi li al- Ahkām al-qur ān.. 1964, jid.3 Cairo : Dār al-kutub al- masriyah Al-Syafi'i. 1990. al- Umm.Beirut: Dār al-marifah Basmah Abderahim Rizq Matr. 2006. al-ziwaj Biduni wali Waathar al-mutaratibah Watatbikqatihi Fi Mahakimi al-shariah Bikithoi Ghazzah. Tesis MA., Faculty Of Syariah and Law Islamic University of Gaza, Palestine:. Enakmen Undang-undang keluarga Islam (Kedah DarulAman) 2008. Fatwa Munakahat Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti, 2013. Ibn Kathīr, 1999.Tafsīr al-qurān al- Az īm. Al-Madīnah al-munawwarah: Dar al-tibah Lil al- NasyWa al-tauzi Ibn Qudāmah, Abū Muhammad Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad. 1968..Al-Mughnī. Cairo: Maktabah al- Qahirah. Isma-el Alee&Wanna Panmunim. 2005.The Attainment, Roles and Duties of Wali Amn in Thailand A Comparative Study between Pattani and Songkla Provinces, Prince of Songkla University. Kader Sa-ah. 2007. Perkahwinan Rentas Sempadan Di Wilayah Selatan.Patani:Prince of Songkla University, Kittisak Prokati & Cheloh Khagphong, 2012. Research Report on Application of Islamic Law in Thailand. Bangkok: Thammasat University Research and Consultancy Institute, Manapiyah Maoti. 2011. Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam di Selatan Thailand: Satu Analisis Terhadap Isu-isu Terpilih. Tesis Ph-D. Universiti Sains Malaysia, Mohammad Azam Hussain & Alias Azhar. 2015. Definisi Wali Dalam Pernikahan Perspektif Fiqh Dan Undang-undang Keluarga Islam Di Malaysia, Raihanah Hj. Abdullah. 2007. Poligami di Malaysia. Journal Syariah volume 05, No.2, Raihanah Hj. Azahari. 1997. Kuasa wali mujbir: suatu perbincangan. Journal Syariah 5, Bilangan 2 99