PENDAHULUAN SUMBANGAN DANIEL DJUNED ( ) DALAM PENGAJARAN DAN PEMIKIRAN HADITH

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SKOP EKONOMI DALAM KONTRAK TABARRU AT : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AL-UM DAN MINHAJ AL-TALIBIN (AL-SYARBINI)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

BAB 1 PENDAHULUAN. Bab ini menjelaskan mengenai pentingnya menyusun draf pengkajian untuk

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNIVERSITY OF NORTH SUMATERA FACULTY OF CULTURE STUDIES DIPLOMA III ENGLISH STUDY PROGRAM MEDAN JUNE 2011

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PEMIKIRAN POLITIK ISLAM USTAZ ABU BAKAR HAMZAH AHMAD RIDZA BIN ABDUL RAHMAN

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB PENDAHULUAN. Al-Qur an merupakan kitab suci yang memberikan petunjuk kepada seluruh manusia.

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

ASSOCIATE EDITORS. Department of Al-Quran & Al-Hadith Academy of Islamic Studies University of Malaya Kuala Lumpur Malaysia

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

BAB 1 PENGENALAN. Birokrasi warisan penjajah merupakan masalah yang seringkali disebut-sebut oleh para

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

BEHAVIOR CONTROL REFLECTED IN OKKY MADASARI S THE YEARS OF THE VOICELESS NOVEL (2013): AN INDIVIDUAL PSYCHOLOGICAL APPROACH

THE MEANINGS AND FUNCTIONS OF DAYOK NABINATUR FOR THE SOCIETY OF SIMALUNGUN

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

KEDUDUKAN HADITH DALAM BUKU DOA-DOA MUSTAJAB HARIAN YANG DI PETIK DARIPADA HADITH DAN AL-QURAN: KAJIAN TAHRIJ HADITH

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

REKA BENTUK CORAK GEOMETRI ISLAM PADA SENI BINA MASJID NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA NORLIS BINTI ISMAIL

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WOMAN S PASSIONS IN ELIZABETH BARRETT BROWNING S POEMS ENTITLED THE LADY S YES AND HOW DO I LOVE THEE?

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

BAB PERTAMA PENDAHULUAN

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

AN ANALYSIS OF THE MORAL LESSONS FOUND FROM THE MAIN CHARACTERS IN A GREAT AND TERRIBLE BEAUTY BY LIBBA BRAY

Transcription:

PENDAHULUAN SUMBANGAN DANIEL DJUNED (1954-2010) DALAM PENGAJARAN DAN PEMIKIRAN HADITH 1. Pengenalan Melakukan kajian terhadap sumbangan tokoh terhadap disiplin ilmu hadith seharusnya mendapat pemerhatian yang serius dari kalangan sarjana. Termasuk diantaranya dari sudut pengajaran dan pemikiran. Kerana akan dapat pembelajaran yang sangat bermanfaat dari tokoh yang dikaji. Sehubungan dengan hal ini, penulis akan melakukan penyelidikan berkenaan tokoh ahli hadith yang mengenai sumbangan Daniel Djuned (1954-2010) dalam pengajaran dan pemikiran hadith yang secara khusus akan memastikan metode pengajaran dan pemikiran ulama ini. Dalam bahagian pendahuluan ini, penulis akan memberi gambaran awal berkaitan dengan permasalahan kajian dan menyatakan bagaimana objektif kajian dijalankan. Penulis juga akan menerangkan metode yang telah dipilih bagi melaksanakan penyelidikan ini disamping kepentingan, skop kajian dan sorotan terhadap kajian lepas. 2. Latar Belakang Masalah Hadith berfungsi sebagai sumber kedua dalam syariat Islam selepas al-quran. Hal ini telah disepakati oleh semua ulama. Para fuqaha dari kalangan sahabat semuanya kembali merujuk kepada hadith Rasulullah SAW. Justeru umat Islam tidak dapat 1

melaksanakan ajaran Islam dengan sempurna sekiranya tidak digabungkan petunjuk dan praktik al Sunnah atau al adêth 1. Pengajian hadith sebagai satu bidang pengajian yang penting dalam tradisi keilmuan Islam yang telah melahirkan ramai tokoh besar yang terbilang dan memberikan sumbangan besar sepanjang pengajian hadith al-riwéyah mahupun al- DirÉyah. Pengajian ini bermula dari zaman awal yang berkembang sehingga menjadi satu disiplin ilmu yang mantap. Bidang pengajian hadith telah melahirkan ramai tokoh terbilang yang telah memberikan sumbangan yang layak dicatat dengan tinta emas, 2 Terlebih karya-karya ulama-ulama di tanah Melayu dalam sumbangan hadith. Mengikut sejarah, peringkat awal penulisan hadith dalam bahasa Melayu di Nusantara adalah tokoh ulama yang berasal dari Aceh, Sumatera iaitu kitab al-fawéid al-bahiyyah fi al- adêth al-nabawiyyah karya Sheikh NuruddÊn al-ranirê. 3 Pada masa inilah, ulama-ulama di Sumatera mulai berkembang dan berpengaruh di Nusantara khususnya dalam ilmu hadith. Tokoh hadith di Nusantara tidak seramai tokoh-tokoh disiplin ilmu yang lain, ini disebabkan belum dilakukan pengkajian secara sistematis. Hal ini disebabkan oleh beberapa hal. Pertama, kenyataan bahawa seorang ahli hadith dalam kajiannya belum terserlah berbanding kajian keislaman yang lain, seperti al-qur an, fiqh, tasawwuf. Kedua, kajian hadith berkembang sangat lambat, terutama bila dilihat dari kenyataan bahawa para ulama Nusantara telah menulis dibidang hadith sejak abad ke-17. Namun demikian, seperti terlihat kemudian, tulisan-tulisan tersebut tidak dikembangkan lebih jauh. Bahkan, kajian hadith setelahnya mengalami pemberhentian hampir satu setengah 1 2 3 Jawaih Dakir,Budah @Udah Mohsin,Mazlan Ibrahim dan Faisal Ahmad Shah, Hadith Mashur Dalam Masyarakat Melayu: Takhrij Dan Analisis, Jurnal Usuluddin 29, Januari 2009, 119. Fauzi Bin Deraman, Ibnu al-øaléh Dan Sumbangannya Dalam Pengajian Hadith, Jurnal al-bayan 2, Mei 2004, 91. Fauzi Bin Deraman, Karya-Karya Hadith Dalam Tulisan Jawi, Jurnal Usuluddin 7, Disember 1997, 166. 2

abad lamanya. Untuk itulah, perhatian para pengkaji terhadap kajian hadith di tanah Melayu masih sangat kurang. Kalaupun ada pengamat yang menaruh perhatian, perhatiannya masih parsial dan tidak komprehensif. 4 Pada abad 19 ilmu hadith mulai berkembang, para pengkaji pun sudah mulai mendalami hadith bukan hanya dari segi sanad hadith tetapi lebih kepada fiqh hadith mahupun pemahaman hadith secara kontekstual. Ini menunjukkan tokoh-tokoh ahli hadith di Sumatera memberikan angin segar terhadap keilmuan hadith di Nusantara, seperti Hasbi Ash Shiddieqy, Sheikh Yasin Fadani, Mahmud Yunus dan masih banyak lagi. Berbicara mengenai pengkajian tokoh dalam bidang hadith, di Sumatera pertengahan abad 20-an inilah muncul pakar hadith yang mampu mempertahankan eksistensi keilmuan hadith di Nusantara, iaitu Prof. Dr. Daniel Djuned, putra kelahiran Aceh Selatan, 5 Juni 1954 ini merupakan ahli hadith satu-satunya di IAIN al-raniri dan profesor hadith pertama di Aceh pada abad ini. Dan juga salah satu tokoh penting dalam perkembangan ilmu hadith di Aceh. Kepakarannya dalam bidang ilmu adêth telah mendapat sokongan dari ahli tafsir tersohor di Indonesia, Prof. Dr. M Quraisy Shihab. 5 Pemikirannya juga memberikan pengaruh terhadap masyarakat Aceh sehingga disetarakan dengan ulama hadith terdahulu iaitu Syuhudi Ismail. 6 4 5 6 Sulidar, Ketokohan T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy Dan Sumbangan Pemikirannya Dalam Pengajian Hadith al RiwÉyah Dan al DirÉyah Di Indonesia, (Thesis, Jabatan al-quran dan al-hadith, Akademi Pengajian Islam, Univeristi Malaya, 2009), 26. Prof Daniel Juned meninggal Dunia, laman sesawang serambi news, dicapai 12 Disember 2012, http://serambinews.net 4 Ramli Abdul Wahid, Sejarah Pengkajian Hadith Di Indonesia, (Medan: IAIN Press, 2010) 4., Syuhudi Ismail dilahirkan di Lumajang, Jawa Timur pada tanggal 23 April 1943. Beliau adalah tokoh hadith di Nusantara. Syuhudi Ismail memberikan sumbangannya dalam hadith terutama berkaitan dengan penyelidikan sanad hadith (naqd al-sanéd). Beliaulah orang yang pertama yang menulis buku dalam bahasa Indonesia berkenaan dengan penyelidikan sanad hadith secara metodologi dan sistematik. Selain itu, Syuhudi Ismail juga memberikan sumbangan terhadap pemahaman hadith secara kontekstual dengan memberikan alasan yang rasional namun tidak menyimpang dari kaedah asas syarak. Sulidar, Ketokohan T.M Hasbi ash-shiddieqy, 42-43. 3

Salah satu sumbangannya terlihat jelas ketika murid-murid beliau merasa ada keberkesanan dalam pengajarannya dan pemikirannya dalam bidang hadith. Ini bertanda bahawa akan semakin banyak penerus untuk mendalami kajian ilmu hadith pada masa dewasa ini. Dari sinilah Penulis akan cuba mengkaji lebih dalam tentang bagaimana metode pengajaran Daniel Djuned, dengan itu akan terlihat aplikasi dari pemikiran Daniel Djuned dalam ilmu hadith. Dilihat dari latar belakang di atas, Daniel Djuned melalui usaha tersebut secara tidak langsung menunjukkan kewibawaan peribadi beliau selaku salah seorang anak kelahiran Nusantara khususnya di Sumatera yang mampu menyerlah di dunia keilmuan Islam khususnya dalam bidang hadith ini. Maka dengan kajian ini penulis akan mengambil tajuk : SUMBANGAN DANIEL DJUNED (1954-2010) DALAM PENGAJARAN DAN PEMIKIRAN HADITH 3. Permasalahan Kajian Persoalan menjadi inti permasalahan dalam kajian ini ialah bagaimana sebenarnya ketokohan Daniel Djuned dan sumbangannya dalam pengajian hadith di Nusantara. Selain pokok permasalahan di atas, terdapat sub-sub permasalahan penting yang akan dikaji dan dianalisis oleh penulis iaitu : 3.1 Bagaimana Sejarah Dan Perkembangan Hadith Di Sumatera Dari Abad 17 Sampai Abad 20, Serta Tokoh-Tokoh Yang Terbabit Dengan Sumbangan Dalam Bidang Berkenaan Yang Telah Dihasilkan? 3.2 Bagaimanakah Biografi Dan Latar Belakang Pendidikan Daniel Djuned? 4

3.3 Bagaimanakah Pengenalan Karya Penulisan Dalam Bidang Hadith? 3.4 Apakah Sumbangan Daniel Djuned Dalam Metode Pengajaran Dan Pemikirannya Dalam Bidang Hadith? 4. Objektif Kajian Dalam kajian ini, penulis telah menggarap objektif yang ingin dicapai dalam kajian penulis ini. Objektif-objektif tersebut ialah seperti di bawah ini : 4.1 Menganalisis sejarah tentang penulisan hadith di Sumatera serta tokoh-tokoh yang terbabit dengan karya-karya dalam bidang berkenaan yang telah dihasilkan. 4.2 Mengenal pasti biografi dan latar belakang pendidikan Daniel Djuned dalam memberikan karya kepada masyarakat Nusantara umumnya khususnya kepada di Sumatera. 4.3 Mengenal pasti karya penulisan Daniel Djuned dalam Bidang Hadith 4.4 Menganalisis sumbangan Daniel Djuned dalam metode pengajaran dan pemikirannya di bidang hadith. 5. Kepentingan Kajian Kehebatan dan ketokohan Daniel Djuned dikalangan masyarakat Nusantara masih tidak menyerlah berbanding dengan ulama nusantara yang lainnya, seperti Dr. Hamka, Hasbi Ash Shiddieqy dll. Bahkan Daniel Djuned juga telah disamakan peringkatnya dengan tokoh hadith Syuhudi Ismail. Ramai dari kalangan pecinta ilmuan Islam terlebih masyarakat biasa tidak mengenali secara lebih dekat terhadap 5

diri beliau. Dalam bidang penulisan, tokoh ini juga menuliskan dalam tafsir yang bertajuk Antropologi al-qur an. Daripada kajian ini, penulis berharap semoga ianya dapat menjadi informasi kepada semua lapisan masyarakat mengenai kitab-kitab hadith yang terawal pernah dihasilkan oleh ulama-ulama Alam Melayu sebelum ini dan menambah wawasan tetang ketokohan ulama melayu khususnya dalam bidang hadith agar supaya wawasan terhadap ketokohan di alam melayu yang khususnya di daerah Sumatera ini tak terhenti. Dan ianya semakin penting kerana nilai penulisan dan cara serta hasil pengumpulan hadith tokoh ini memberi inspirasi dan dorongan kepada generasi yang akan datang guna memberikan kesinambungan penulisan karya-karya hadith para ulama terdahulu. Selain daripada itu, kepentingan dari kajian ini dapat menjelaskan biografi Daniel Djuned dan ketokohannya dengan lebih jelas, guru-guru beliau, karya-karya yang telah beliau hasilkan, serta metode pengajaran dan pemikiran beliau dalam bidang hadith. Selain itu, kajian ini juga sangat penting kerana suatu sumbangan seorang tokoh akan dinilai orang para ilmuwan, ahli akademik dan generasi terkemudian dari pelbagai aspek termasuk penilaian akademik dan nilai ilmiah dengan melihat kepada sumbangan tokoh-tokoh yang telah menghasilkan karya tersebut. 6. Skop Kajian Skop kajian ini adalah penulis akan menjelaskan mengenai sejarah perkembangan penulisan hadith di Sumatera, begitu juga dengan karya-karya mereka yang mungkin tidak kita sedari akan kewujudannya. 6

Biografi Daniel Djuned. Kajian yang dilakukan terhadap keturunan dan kelahiran serta pembesaran di awal remaja sehinggalah ke akhir hayat. Sumbangan tokoh didalam dunia penulisan adalah sebahagian dari bentuk dakwah kajian terhadap sumbangannya. Inilah yang akan meletakkan ketokohan beliau sebaris dengan ulamaulama Nusantara lainnya. Tumpuan juga diberikan terhadap sumbangan. Sumbangan disini melihat disiplin ilmu Daniel Djuned dalam penulisan hadith dan juga pengajarannya serta pemikirannya. Oleh kerana itu, penulis akan menganalisis pemikiran Daniel Djuned khususnya dalam sumbangan dalam bidang hadith. 7. Tinjauan Kajian Lepas Dalam memastikan nilai keautoritian kajian ini dan menunjukkan kajian ini dilakukan, pengkaji telah menjalankan tinjauan dan penelitian terhadap kajian-kajian dan penulisan awal berkaitan Daniel Djuned. Maka dari itu, penulis membahagikan dua bentuk kajian lepas iaitu kajian yang setema dalam mengkaji sumbangan dalam bidang hadith dan kajian yang membahaskan tentang Daniel Djuned tetapi ia masih belum lengkap dan mendalam. Kerana tokoh ini adalah tokoh kontemporeri, penulis belum menemukan kajian penyelidikan yang dilakukan oleh mana-mana pengkaji sebelum ini berkaitan dengan tajuk kajian penulis iaitu Sumbangan Daniel Djuned (1954-2010) Dalam Pengajaran Dan Pemikiran Hadith. Namun begitu terdapat beberapa kertas kerja, kajian ilmiah, buku dan tesis PhD. hadith, ialah : Kajian-kajian yang setema dalam membahaskan sumbangan dalam bidang 7

1. Sumbangan Abdul Ra'uf al-singkili dalam bidang hadith : analisis teks pilihan al-mawa'iz al-badi'ah, kajian ini dibuat oleh Elit Eve Hidayatullah. Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Qur'an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010. 2. Sumbangan Nawawi al-bantani dalam bidang hadith : kajian terhadap kitab Tanqih al-qawl, kajian ini dibuat oleh Agus Sutopo. Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Qur'an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2008. 3. Sumbangan Drs. Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris dalam bidang Hadith, kajian ini dibuat oleh Nurul Hakim bin Ismail. Dissertation (M.Usuluddin) - - Jabatan Al-Qur'an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2008. 4. Sumbangan Haji Abdul Halim al-hadi dalam bidang hadith : tumpuan kepada kitab Tajdhib Atraf al-hadith, kajian ini dibuat oleh Abd Ur- Rahman Mohamed Amin.Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Qur'an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2007. 5. Sumbangan Syeikh 'Abd Al-Samad Al-Falimbani dalam bidang Hadith : analisis metodologi penyusunan dan takhrij Hadith dalam Kitab Hidayah al-salikin, kajian ini dibuat oleh Khadher bin Ahmad. Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Qur'an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2008. 6. Sumbangan dan kepakaran Syeikh Mahfuz al-tarmazi dalam bidang hadis, kajian ini dibuat oleh Jawiah binti Dakir dan Ahmad Levi Fachrul Avivy.Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Qur'an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010. 8

Adapun kajian-kajian yang membahasakan tentang Daniel djuned adalah sebagai berikut : 1. Prof. Ramli Abdul Wahid, Sejarah Dan Pengkajian Hadith di Indonesia, IAIN Press, 2010. Di dalam bukunya beliau menjelaskan dari awal sejarah Hadith di Indonesia dan peran tokoh-tokoh hadith di masa itu. Dalam ketokohan hadith beliau menyebutkan Daniel Djuned adalah yang termasuk alumni angkatan awal berbanding dengan Syuhudi Ismail. Beliau tidak menjelaskan secara ringkas tentang biografi dan sumbangannya dalam bidang hadith. 2. Adam Burke dan Afnan, Aceh Reconstruction In A Conflict Environment Views From Civil Society, Donor And Ngos, Indonesia Paper Development. 2005. Dalam kertas kajian ini memberikan penjelasan bahawa sejak tahun 2003 terjadi konflik antara tentera Indonesia dengan rakyat Aceh, kehidupan di desa-desa sangat memprihatinkan. Ditambah lagi bencana tsunami. Adam Burke dan Afnan menuliskan keadaan masa itu dengan berbagai bantuan dari mana-mana pihak, mereka pun menyebutkan bahawa Daniel Juned salah satu kunci temu bual dalam kajiannya ini kerana Daniel Djuned sebagai ketua tim perumus cetak biru (blue print) rekonstruksi dan rehabilitasi Aceh pasca-gempa dan tsunami. 3. Rusjdi Ali Muhammad, Revitalisasi Syariat Islam Di Aceh; Problem Solusi Dan Implementasi, Kerjasama IAIN al-raniri, Nanggroe Aceh Darussalam dengan Penerbit Logos Wacana Ilmu, 2003. Buku ini menjelaskan tentang syariat Islam di Aceh, dari sebuah masalah sehingga mendapatkan solusi dari tokoh ulama di Aceh untuk di Implementasikan 9

kepada masyarakat. Disini menyebutkan nama Daniel Djuned salah satu diantara tokoh tokoh Agama yang tersohor di Aceh. Penulisan ini lebih kepada pemahaman syariat islam di Aceh, berbeza dengan penulis yang akan kaji, yang lebih fokus kepada sumbangannya dalam pengajaran dan pemikiran Daniel Djuned dalam bidang Hadith. 4. Zainudin Putih, Pengajian Hadith Di Indonesia : Kajian Di Institut Agama Islam Negeri ( IAIN ) al-raniri Darussalam Banda Aceh, Desertasi, Program Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2007. Dalam desertasi ini Zainudin Putih menyebutkan Daniel Djuned Sebagai Dekan Usuluddin dan salah satu pensyarah di al-raniri yang pakar dalam bidang hadith. Disertasinya yang lebih fokus masalah pengajian hadith di IAIN al-raniri. Demikianlah antara beberapa tajuk kertas kerja dan penyelidikan yang telah dihasilkan oleh beberapa orang pengkaji. Diatas kesempatan ini penulis membuat satu kajian berkenaan kepada sumbangan Daniel Djuned dalam pengajaran dan pemikiran hadith. 8. Metodologi Penyelidikan Kajian yang penulis jalankan ini adalah berbentuk kajian pustaka (library research). Memandang kajian ini tertumpu dalam mengkaji bahan berbentuk manuskrip atau karya penulisan ulama terdahulu. Bagi mencapai hasil yang tepat maka proses yang tepat diperlukan. Oleh karena demikian mengenal prinsip dan garis panduan untuk mencapai suatu pengetahuan, yang melibatkan penerimaan atau penolakan sesuatu cadangan atau idea tentang suatu bidang yang biasa disebut metodologi penyelidikan. Metodologi penyelidikan merupakan suatu kemestian 10

sehingga suatu penyelidikan menjadi mudah difahami. Dalam melaksanakan kajian ini, penulis akan menggunakan beberapa metode seperti berikut : 8.1 Metode Pengumpulan Data Data ialah butir-butir maklumat terperinci yang dikumpulkan tentang sesuatu dan dapat dijadikan asas untuk membuat kajian. 7 Data yang digunakan adalah bahan tertulis ataupun bercetak. 8 Data pada dasarnya terbahagi menjadi dua bahagian iaitu pertama, data primer iaitu data yang dikumpulkan atau diambil terus dari objek atau sumbernya yang terlibat atau berkait secara langsung dengan peristiwa tersebut 9 dan kedua, ialah data sekunder iaitu bahan-bahan yang berkaitan dengan peristiwa tersebut yang telah diolah semula. 10 Data sekunder tersebut telah dihasilkan dari data primer atau gabungan dari data sekunder dan data primer. 11 Dalam usaha tersebut beberapa kajian telah dilakukan, diantaranya : 8.1.1 Metode kajian Kepustakaan Kajian perpustakaan adalah upaya penyelidikan yang dijalankan dengan mengumpulkan data-data yang terdapat pada sumber data. 12 Metode ini diertikan sebagai kegiatan pengumpulan data yang berkenaan dengan tajuk yang dikaji. Dalam hal ini penulis berupaya mengumpulkan data-data sebanyak banyaknya yang berupa karya-karya dan biografi Daniel Djuned. 7 8 9 10 11 12 Sheikh Osman Sheikh Salim, Kamus Dewan Edisi Baru, ed ke-3 (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), 255. Burke Johnson dan Larry Christensen. Educational Research : Quantitative and Qualitative Approaches, (London: Allyn dan Bacon, 2000), 347. Ibid., 349-350. Louis cohen dan Lawrence Manion, Research Methods in Education, c.3,(london : Routledge, 1989), 55. Burke Johnson dan Larry, Christensen, Educational Research, 347. Ismail Rejab dan Nik Rahimah Yakob, ed. ke-3 (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), 9. 11

Dengan menggunakan metode ini, penulisan telah menemui beberapa data-data penting tentang hasil tulisan pengarang selain dari pada kitab yang sedang dikaji oleh penulis. Antaranya ialah kitab Validitas Hadith-Hadith Riwayat Imam Syafi Ê Kajian Kitab al-risélah dan Ilmu Hadith: Paradigma Ilmu Hadith Dan Rekonstruksi Fiqh Hadith. Ketika menjalankan penyelidikan perpustakaan, antara perpustakaan yang sering menjadi rujukan penulis akan mendapatkan maklumat-maklumat tentang Daniel Djuned ialah : 1. Perpustakaan Utama. University Malaya, 2. Perpustakaan Peringatan Za ba, University Malaya 3. Perpustakaan Daerah, Aceh 4. Perpustakaan IAIN al Raniri, Aceh 5. Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia 6. Perpustakaan Universiti Islam Antara Bangsa, Gombak 8.1.2 Motode Sejarah Metode sejarah atau metode historis adalah suatu proses untuk mengkaji secara sistematik kejadian yang telah berlaku sehingga dapat menentukan apa sebenarnya terjadi pada masa lalu. 13 Ia melibatkan pengumpulan data secara sistematik dan penilaian secara objektif tentang segala data yang berkaitan yang boleh membantu menerangkan kejadian tersebut. 14 Menggunakan metode ini, penulis berusaha untuk memuatkan fakta-fakta tentang perkara-perkara berikut : 13 14 Burke Johnson dan Larry Christen, Educational Research, 342. L.R Gay, Educational Research: Competencies for Analysis and Aplication, (New York: MacMillan, 1987) 179. 12

1. Sejarah masuknya Islam di Sumatera 2. Sejarah masuknya hadith di Sumatera 3. Sejarah hidup tokoh dalam tajuk ini 4. Hasil penulisan Daniel Djuned yang diterbitkan dan kajian-kajian yang dilakukan terhadap karya-karya beliau. 8.1.3 Metode Dokumentasi Metode dokumentasi adalah usaha menghimpun atau mengumpul bahan atau dokumen bagi sesuatu kajian. 15 Dokumentasi tersebut boleh berupa bahan tertulis atau bercetak yang dijadikan bukti atau keterangan yang sahih tentang sesuatu perkara seperti surat-surat peribadi, akhbar, buku-buku cacatan, dan lain-lain. Melalui metode ini, penulis telah mengumpulkan bahan-bahan rujukan samaada yang berbentuk primer ataupun sekunder. 8.1.4 Metode Temubual Kaedah ini penulis jalankan adalah satu perbincangan diantara dua orang untuk membincangkan suatu perkara. 16 Tujuan lain untuk mendapatkan maklumat-maklumat kontemporari berkaitan subjek kajian. Temu bual disini akan mendapatkan data dan maklumat berkenaan dengan biografi pengarang dan latar belakang penulisan kitab serta hal lain yang berhubung kait dengan kajian. Penulis telah mewawancarai isteri, adik beradik, anak-anak Daniel Djuned untuk mendapatkan data tentang riwayat hidup beliau. Beberapa murid beliau dan tokoh masyarakat seperti ketua MUI Aceh turut sempat ditemui dan temubual dengan penulis. Kesemua data-data tersebut telah dikumpulkan untuk dikaji dan telah banyak memberi 15 16 Sheikh Osman Sheikh Salim. Kamus Dewan Edisi Baru,ed. ke-3 ( Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992) 1238. Jhon Robert Shaw, The New Horizon Ladder Dictionary, (USA: Signet, 1970), 272. 13

sumbangan yang besar ketika menyiapkan sejarah kehidupan Daniel Djuned dalam bab kedua. 8.2 Data dan Analisis Kajian Berpadukan data-data yang diperolehi, penulis telah menganalisanya secara mendalam untuk menghasilkan kesimpulan dan rumusan yang kuat. Dalam membuat pengilahan data, penulis telah mengaplikasikan metode-metode berikut : 8.2.1 Metode Induktif Metode induktif iaitu usaha penghuraian yang membawa kepada pencapaian satu kesimpulan dari data yang bersifat khas. 17 Metode ini digunakan untuk menganalisis dengan cara melihat secara menyeluruh sumbangan dalam bidang hadith. Metode ini diaplikasikan dalam bab kedua yang membahas tentang riwayat hidup Daniel Djuned dan ketokohannya dimasyarakat. Selain itu metode ini juga digunakan untuk menganalisis sumbangan Daniel Djuned dalam bidang hadith yang termasuk pengenalan terhadap sumbangan penulisannya dalam bidang hadith yang diaplikasikan dalam bab ketiga. 8.2.2 Metode Deduktif Metode deduktif iaitu usaha untuk memperolehi pengetahuan dengan terlebih dahulu membuat kenyataan yang bersifat umum tentang suatu fenomena yang disusuli dengan penyajian pernyataan yang bersifat khusus tentang fenomena tersebut. 18 Metode ini digunakan dalam usaha dinisbahkan pada bab keempat. Seterusnya membuat data data dan fakta-fakta yang diperolehi. 17 18 Ibid, 452. Ibid. 14

8.2.3 Metode Diskriptif Analisis Metode ini merupakan cara membuat kesimpulan dengan melakukan perbandingan terhadap beberapa data yang diperolehi selama masa kajian. Metode ini digunakan untuk bahan perbandingan terhadap beberapa pendapat yang berautoriti. Dimulakan dengan mengumpul data hasil penelitian, seterusnya dibuat perbandingan dan kesimpulan. 9. Sistematika Penulisan Dalam melaksanakan kajian ini, penulis membahagikan kepada lima bab utama. Setiap bab didahului pendahuluan sebagai gambaran awal terhadap pengkajian. Hasil dalam bab-bab tersebut, terdapat juga tajuk-tajuk kecil yang merupakan huraian dan penjelasan. Akhir sekali, dimuatkan kesimpulan sebagai rumusan setiap bab. Pembahagian setiap bab sebagai berikut : 9.1 Bahagian Awal : Bahagian ini terdiri daripada halaman tajuk, halaman pengesahan, abstrak, penghargaan, isi kandungan, senarai kependekan dan panduan transliterasi. 9.2 Bahagian Teks / Isi Dalam bahagian ini, penulis telah membahagikan gaya penulisan penulis kepada lima bab. Didalam setiap bab terkandung sub-sub topik yang mengandungi isi-isi perbincangan atau kajian tertentu sebagaimana yang akan dinyatakan seperti dibawah ini ; Pendahuluan Bab ini pendahuluan bagi kajian penulis. Didalam bab ini penulis akan menjelaskan mengenai latar belakang masalah kajian, objektif kajian yang ingin dicapai, kepentingan kajian, skop kajian, huraian istilah, ulasan ringkas penulisan-penulisan 15

terdahulu yang ada kaitan dengan kajian penulis, metodologi kajian yang dilihat dalam tiga aspek iaitu kerangka kajian, sumber data dan penganalisaan data dan bab ini diakhiri dengan penerangan mengenai sistematika penulisan yang penulis gunakan. Bab Pertama Sejarah Dan Perkembangan Hadith Di Sumatera Dalam bab ini pula, penulis akan menjelaskan mengenai sejarah dan perkembangan penulisan dan pengajaran hadith di Sumatera dari abad ke 17 sampai pada abad ke 20 dan begitu juga dengan sumbangan tokoh-tokoh ahli hadith di Sumatera yang mungkin tidak kita sedari akan kewujudannya. Bab Kedua Biografi Daniel Djuned Tokoh kajian Daniel Djuned akan diperkenalkan dalam bab ini. Pengenalan ini termasuklah daripada aspek daripada latar belakang pendidikan, guru-guru dan ketokohan Daniel Djuned dengan banyaknya aktiviti-aktiviti pengajian khusus dalam bidang hadith mahupun aktiviti keorganisasian yang beliau ikuti semasa hidupnya. Bab Ketiga Pengenalan Karya Penulisan Daniel Djuned Dalam Bidang Hadith Dalam bab ini penulis akan membentangkan pengenalan karya penulisan dalam bidang hadith beserta faktor-faktor yang mendorong dalam penulisannya dan tujuannya serta metodologi penulisan kitab. Metodologi penulisannya tumpuan kepada kitab Ilmu Hadith: Paradigama Baru Dan Rekonstruksi Fiqh Hadith. Bab Keempat Sumbangan Metode Pengajaran dan Pemikirannya Daniel Djuned Dalam Bidang Hadith Dalam bab ini merupakan kemuncak bagi kajian penulis. Dalam bab ini, tumpuan terhadap sumbangan. Sumbangan disini juga melihat disiplin ilmu Daniel Djuned dalam penulisan dan pemikirannya. Disini akan mendedahkan motode 16

pengajaran beliau dan pemikirannya khususnya dalam bidang hadith sehingga menjadikan beliau lebih dikenal sebagai ahli hadith ataupun pakar hadith. Bab Kelima- Penutup Bab ini adalah penutup tirai bagi kajian penulis ini. Segala kesimpulan dan rumusan yang penulis dapat dari pada kajian ini akan penulis utarakan. Disamping itu, penulis juga tidak lupa untuk memberikan pelbagai saranan dan cadangan kepada pihakpihak yang tertentu supaya dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menaikkan kembali martabat ulama-ulama alam Melayu. Bahagian Akhir : Bahagian ini mengandungi bibliografi dan lampiran-lampiran yang berkaitan dengan tajuk tesis ini. 17