UNSUR NIAT MORAL DALAM TEATER FORUM: SATU KAJIAN TINDAKAN DI KELAS PENDIDIKAN MORAL

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Oleh. Syed Mohd Solehin bin Wan Sarip ABSTRAK

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PERKEMBANGAN MOTIVASI MORAL MURID MELALUI AKTIVITI LAKONAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH MENENGAH

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

PENDEKATAN BIMBINGAN RUKUN SOLAT MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH MNEMONIK BERBANTUKAN MULTIMEDIA. Oleh

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Takrifan Etika ethos

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

PENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

APLIKASI ROBOT ḤAJARUL ASWAD DALAM MEMBANTU MENGINGAT PERISTIWA PERLETAKAN ḤAJARUL ASWAD PENDIDIKAN ISLAM

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

REKA BENTUK & PROSEDUR PENYELIDIKAN TINDAKAN

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

KAEDAH PAMERAN DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

Transcription:

UNSUR NIAT MORAL DALAM TEATER FORUM: SATU KAJIAN TINDAKAN DI KELAS PENDIDIKAN MORAL Element of Moral Intent in Theatre Forum: An Action Research in a Moral Education Class Nadarajan Thambu Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia nada@fsk.upsi.edu.my Ganesan Shanmugavelu Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh, Malaysia Abstrak Unsur niat moral (moral intent) dan hubungannya dengan tindakan bermoral (moral action), sering menjadi bahan kajian dalam kalangan ahli psikologi moral. Seseorang individu yang ingin bertindak secara bermoral, perlu: (i) mengenal pasti isu moral yang wujud dalam sesuatu situasi atau konflik yang dihadapi, (ii) memiliki kebolehan untuk mengambil tindakan yang betul dan paling baik dalam menangani konflik yang dihadapi, dan akhirnya (iii) berkeinginan serta berkebolehan untuk bertindak secara bermoral atas keputusan yang diambil, dalam menangani konflik yang dihadapi. Unsur yang dikatakan mendasari aspek kesedaran moral, keputusan moral dan tindakan moral ialah unsur niat moral. Justeru, artikel ini membincangkan hasil kajian tentang potensi Teater Forum sebagai pedagogi pengajaran dalam mencungkil unsur niat moral (moral intent) dalam kalangan murid-murid sekolah. Seramai 18 orang murid perempuan dan lelaki (tiga kumpulan berfokus) dari kelas Pendidikan Moral tingkatan empat telah digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Teknik persampelan bertujuan digunakan untuk memilih peserta kajian. Protokol pemerhatian di bilik darjah, protokol temu bual dan panduan penulisan jurnal digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data secara kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan Teater Forum mampu mencungkil unsur niat moral dalam kalangan peserta kajian. Unsur niat moral menjadi faktor pendesak kepada aspek kesedaran moral, kemampuan untuk mengambil keputusan moral dan keinginan untuk bertindak secara bermoral dalam kalangan peserta kajian. Kata kunci: niat, Teater Forum, anti-model, intervensi, forum, kajian tindakan, Pendidikan Moral Abstract Elements of moral intent and its association with moral behavior always be an important subject of the study, among the moral psychologists. It is necessary to a person who wants to act morally, to: (i) identify moral issues inherent in a situation or conflict, (ii) have the ability to take the right action and the best resolution in dealing with these conflicts, and finally (iii) willing and able to act morally on the decisions taken. Moral intent is alleged and become an underlying aspects of moral awareness, moral judgment and moral action. Therefore, this article discusses on the potential of Forum Theatre as a method of teaching to elicit element of moral intent among school students. About 18 girls and boys (three focus groups) of form Four, Moral Education classes have been used for the purpose of collecting data. Purposive sampling was used to select participants for the study. Classroom observation protocols, interview protocols and guidelines for journal writing used as a tools to collect data in qualitative manner. The findings indicated that Forum Theatre capable of eliciting the element of moral intent among participants. Elements of moral intent become a 'pressure' factor on the aspect of moral awareness, the ability to take moral decision and desire to act morally among participants. Keywords: intention, Forum Theatre, anti-model, intervention, forums, action research, Moral Education 1

PENGENALAN Anjakan ketiga dalam transformasi pendidikan negara, yang diterjemahkan daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), telah menetapkan sasaran untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang memiliki penghayatan nilai. Nilai moral dan etika penting untuk membentuk manusia yang bermoral. Insan bermoral yang ingin dilahirkan oleh Program Pendidikan Moral di Malaysia ialah insan yang memiliki perwatakan positif yang terdiri daripada dimensi pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral (Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSM, 2000). Perkembangan moral yang meliputi ketiga-tiga aspek ini akan merangsang kesedaran hati nurani dalam membentuk insan yang berakhlak, bertanggungjawab dan yang boleh menyumbang ke arah keharmonian negara (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan Empat, KBSM, 2004). Sebagai agen moral setiap murid perlu melangsungkan hidupnya berdasarkan prinsip moral yang dipegang oleh masyarakat (Chang, 2007). Dalam hubungan ini, setiap tindakan yang diambil oleh individu perlu menggambarkan kemoralan mereka dalam hubungan dengan masyarakat sekeliling. Tindakan moral ialah, sesuatu tindakan murni yang dipilih dengan bebas atau sesuatu tindakan yang dilakukan dengan sengaja untuk memberikan kebaikan atau kebahagiaan kepada orang lain. Oleh itu, tindakan moral sentiasa mempunyai tujuan yang jelas (purposive) dan mempunyai niat (May & Pauli, 2002). Dalam pada itu, setiap tindakan manusia pula bersandarkan pada sesuatu sebab atau akibat yang dicetuskan oleh minda (Zelazo, Helwig & Lau, 1996). Sebenarnya, semua tindakan yang diambil atas sesuatu sebab mempunyai niat. Dalam konteks Pendidikan Moral, niat yang dikenali sebagai niat moral (moral intent) menjadi asas kepada perilaku moral (Hamlin, 2013). Oleh itu, niat moral dan penyebab kepada sesuatu tindakan mempunyai hubungan yang saling berkaitan (Audi, 1993). Seseorang insan yang ingin bertindak secara bermoral perlu melalui beberapa proses. Antaranya, menurut Rest (1979) ialah mengenal pasti isu moral, memiliki kesedaran moral atau memiliki kemahiran untuk mengambil keputusan moral, mempunyai keinginan atau niat moral (moral intent) untuk melakukan tindakan yang baik dan bermoral serta boleh dan mampu bertindak berdasarkan niat tadi (moral action). Senario ini jelas menunjukkan bahawa, jika seseorang individu tidak memiliki niat moral (moral intent), maka aspek kesedaran moral dan kemahiran mengambil keputusan moral tidak berguna (Babiak & Hare, 2006). Niat moral (moral intent) menjadi faktor penentu dalam mempamerkan perilaku dan sikap diri setiap insan. Malahan bagi Scanlon (2008): an intention can be distinguished from acting intentionally, according to which an agent is aware of what she is doing or realizes that something would be a consequence of her action. Acting intentionally is the wider sense of intention. (pp. 10-11) Niat moral adalah unsur yang mengubah tindakan atau aksi yang dilakukan oleh manusia secara mekanikal atau semata-mata kepada tindakan atau perlakuan moral yang lengkap (MacIntyre, 1966). Niat moral juga menjadi kayu ukur untuk membezakan tindakan manusia dengan tindakan haiwan. Malahan tindakan manusia juga diterangkan dan dibezakan mengikut tujuan asas atau niat seseorang. Menurut Hamid Reza Alavi (2007), ilmuwan Islam seperti Al-Ghazali, menganggap niat seseorang lebih penting daripada tindakan. Al-Ghazali juga dikatakan mementingkan aspek kebenaran dan keikhlasan dalam ibadat sebagai cara untuk membersihkan niat yang bertentangan dengan kebenaran Tuhan. Dalam Belief-Desire Theory, Kenny (1966), menyatakan niat seseorang dapat difahami secara jelas bersama-sama dua dimensi yang lain iaitu, kepercayaan dan kehendak. Sebagai contoh, jika seseorang menutup cermin pintu kereta untuk menghalang udara luar daripada masuk ke dalam kereta, tindakannya itu bukan sahaja hendak menghalang udara luar, tetapi juga atas kepercayaan bahawa menutup cermin pintu kereta adalah bermakna untuk mencapai tujuan ini. Dalam pada itu, dimensi kehendak dalam aspek niat juga berkait rapat dengan tanggungjawab moral seseorang individu (Fischer & Ravizza, 1993). Hal ini kerana kehendak manusia dalam satu-satu tindakan 2

Unsur Niat Moral dalam Teater Forum: Satu Kajian Tindakan di Kelas Pendidikan Moral boleh mencerminkan diri sebenar seseorang dan setiap manusia mempunyai tanggungjawab moral terhadap tindakan yang diambil berdasarkan kehendaknya. Oleh sebab itulah, niat dan kehendak dapat menerangkan perwatakan, sahsiah, personaliti dan moraliti seseorang (Kamm, 2004). Justeru, unsur niat moral menjadikan manusia sebagai agen yang mempunyai tanggungjawab moral dalam masyarakat. Harry Frankfurt (1971), yang banyak menulis tentang Deep-Self-Theory, juga bersetuju bahawa niat memainkan peranan yang penting dalam menentukan individu yang mempunyai tanggungjawab moral kerana unsur niat, kepercayaan dan kehendak saling berkait rapat antar satu sama lain. Dalam membincangkan kehendak manusia, Frankfurt (1971), menyatakan manusia mempunyai dua bentuk kehendak iaitu kehendak pertama (first- order desire) dan kehendak kedua (second-order desire). Kehendak pertama ialah kehendak asas yang ada pada manusia. Manakala kehendak kedua pula ialah kehendak yang boleh memotivasikan kehendak pertama untuk bertindak berdasarkan niat. Beliau menjelaskan bahawa, kehendak kedua mampu memberikan gambaran tentang diri sebenar seseorang manusia. Teori ini juga mampu memperkukuh dan meluaskan pemahaman kita bahawa, kita bertanggungjawab penuh terhadap tindakan yang diambil berdasarkan kemahuan kita. Oleh itu, jelaslah bahawa, pemikiran, perasaan dan tindakan yang dilakukan harus berpaksikan nilai moral sejagat yang menjadi pegangan masyarakat. Hal ini kerana, sebagai makhluk sosial, manusia perlu hidup bermasyarakat. Sebagai agen moral dalam masyarakat, seseorang manusia juga perlu sentiasa berniat baik dan harus gembira apabila melakukan sesuatu yang baik dan berasa bersalah apabila melakukan sesuatu perkara yang tidak baik (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, KBSM, Tingkatan Empat, 2004). Baik buruknya sesuatu tindakan biasanya berdasarkan niat moral yang terkandung dalam tindakan tersebut. Niat moral menjadi dasar dan panduan hidup manusia untuk melakukan kebaikan. Oleh itu, niat moral yang menjadi prinsip yang memandu manusia untuk melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan perlu diperkukuh dalam melahirkan manusia yang bermoral (Barnett, 2001). Niat moral yang menjadi pendorong kepada sesuatu tindakan, perlu dilatih dan didedahkan kepada murid oleh guru dalam usaha untuk membentuk tingkah laku moral murid. Menurut Lickona (1996): Students are constructive learners; they learn best by doing Through repeated moral experiences, students can also develop and practise the moral attitude and behavioural habits that make up the action side of character (pp.96-97). Oleh itu, amalan pengajaran Pendidikan Moral seperti teknik Teater Forum yang dapat membangkitkan unsur niat moral dalam kalangan pelajar perlu ditangani oleh guru. Pengabaian aspek niat moral pula, tidak dapat menjamin perlakuan moral atau tindakan moral yang baik dan betul (Kant, 1964). Menurut Cohen dan Levesque (1990), murid yang tidak ada niat moral sebenarnya tidak mempunyai motivasi untuk mengambil tindakan yang bermoral atau mengambil keputusan secara bermoral. Aspek niat moral perlu untuk merangsang kematangan moral untuk memastikan individu bertingkah laku mengikut piawaian moral yang diingini oleh masyarakat (Malle & Knobe, 1997). Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka bagaimana penggunaan teknik Teater Forum dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dapat membangkitkan unsur niat moral dalam kalangan murid-murid Tingkatan Empat. Dalam kajian ini, para peserta kajian telah terlibat secara aktif dalam proses mengembangkan skrip, lakonan anti-model, berforum dan mencari jalan penyelesaian melalui lakonan intervensi kepada isu moral yang dipaparkan melalui lakonan. TEATER FORUM SEBAGAI TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL Teater Forum ialah satu bentuk teater interaktif yang diperkenalkan oleh Augusto Boal (2008) dari Brazil. Terdapat empat proses dalam Teater Forum iaitu (a) peringkat pengembangan skrip (b) lakonan anti-model (c) forum dan (d) lakonan intervensi. Para peserta kajian telah terlibat dalam keempat-empat proses Teater Forum secara aktif, dalam kajian ini. Berikut ialah langkah-langkah Teater Forum. 3

i. Mengembangkan Skrip Dalam sesi ini murid diminta untuk mengembangkan sebuah skrip berdasarkan pengalaman mereka. Peserta menentukan masalah atau konflik moral daripada pengalaman harian dan perspektif mereka. Fokus cerita ini ialah konflik, atau apa yang disebut oleh Boal (2008) sebagai "penindasan", wujud. Peserta dalam kajian ini telah menulis tiga buah skrip lakonan yang menggambarkan senario penindasan dalam tiga gelung kajian tindakan. Skrip A (berkaitan konflik di antara pengguna jalan raya dan pegawai polis), ditulis dalam gelung 1, skrip C (konflik di antara murid dan guru di premis sekolah) dicipta dalam gelung 2 dan skrip E (konflik di antara anak dan ibu bapa dalam keluarga) ditulis dalam gelung 3. ii. iii. iv. Lakonan Anti-Model Selepas penghasilan skrip, peserta telah melakonkan ketiga-tiga skrip tersebut sebagai lakonan anti-model. Bentuk lakonan ini dikenali sebagai lakonan anti-model kerana lakonan ini berakhir tanpa penyelesaian kepada penindasan yang dialami oleh watak yang teraniaya. Lakonan antimodel ialah model yang tidak patut kita contohi. Dalam konteks kajian ini, tiga lakonan antimodel dipersembahkan dalam tiga gelung kajian tindakan. Skrip A dilakonkan sebagai lakonan anti-model dalam gelung 1, skrip C dilakonkan sebagai lakonan anti-model dalam gelung 2 dan skrip E dilakonkan sebagai lakonan anti-model dalam gelung 3. Sesi Forum Dalam sesi forum, Joker telah berbincang dengan penonton tentang masalah yang dipaparkan dalam lakonan anti-model dan meminta penonton untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh watak-watak yang tertindas. Perbincangan, improvisasi dan penyertaan penonton ini dikenali sebagai "forum" dalam Teater Forum. Dalam kajian ini sesi forum dikendalikan selepas lakonan anti-model. Misalnya dalam gelung 1, selepas selesai lakonan anti-model skrip A, sesi forum diadakan untuk membincangkan cara penyelesaian kepada masalah yang dipaparkan dalam skrip A. Prosedur yang sama dikendalikan dalam gelung 2 dan dalam gelung 3. Lakonan Intervensi Dalam sesi intervensi, lakonan anti-model telah dipersembahkan untuk kali yang kedua. Sesi intervensi ini membenarkan penonton (spectator) untuk memberhentikan lakonan dengan teriakan HENTI. Pada peringkat ini, penonton (spectator) telah berubah peranan menjadi penonton-pelakon atau spect-actors (Boal, 2008). Mereka telah menawarkan penyelesaian kepada masalah melalui lakonan intervensi. Sebanyak tiga sesi lakonan intervensi telah dilaksanakan dalam tiga gelung kajian tindakan. Dalam gelung 1, skrip B, dalam gelung 2 skrip D dan dalam gelung 3, skrip F telah dilakonkan sebagai lakonan intervensi. REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini dijalankan dalam reka bentuk kajian tindakan (action research). Kemmis dan McTaggart (1988), menggambarkan kajian tindakan dalam bentuk gelungan. Setiap gelungan mempunyai empat fasa, iaitu, (a) merancang (plan), (b) Bertindak (action), (c) memerhati (observe) dan (d) mengkaji semula (reflect). Model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988), telah digunakan untuk mengkaji potensi Teater Forum sebagai pedagogi pengajaran dalam mencungkil unsur niat moral dalam kalangan murid-murid kelas Pendidikan Moral. Reka bentuk kajian tindakan dipilih kerana reka bentuk ini merupakan satu prosedur sistematik yang digunakan oleh guru atau penyelidik dalam konteks sekolah, untuk meneroka, mengkaji dan memperbaiki amalan pengajarannya di bilik darjah (Chow & Jaizah, 2001; Whitehead & McNiff, 2006). 4

Unsur Niat Moral dalam Teater Forum: Satu Kajian Tindakan di Kelas Pendidikan Moral PROSEDUR MENGUMPUL DATA Oleh sebab kajian ini menggunakan pendekatan secara kualitatif, maka penyelidik menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan data (Bogdan & Biklen, 2007). Kaedah utama ialah temu bual kumpulan berfokus yang dijalankan ke atas kumpulan murid yang terpilih. Semua sesi temu bual dirakam secara audio, ditranskripsi, dan diberikan kod untuk dianalisis. Semua transkripsi dan laporan verbatim diberikan semula kepada peserta bagi memeriksa ketepatan tentang apa yang telah mereka katakan. Selain itu, penyelidik juga menggunakan dokumen (penulisan jurnal murid) dan data pemerhatian di dalam bilik darjah. Teknik triangulasi digunakan untuk mengesahkan data daripada ketiga-tiga sumber ini demi memperkukuh kesahan dapatan kajian. ANALISIS DATA Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tema (thematic analysis) berdasarkan langkah-langkah yang disyorkan oleh Braun dan Clarke (2006). Proses analisis data kualitatif yang melibatkan langkah-langkah seperti matriks pengurusan data, transkripsi, penyaringan data, pengekodan, penghasilan tema dan sub-tema serta paparan hasil (Boeije, 2010) dilaksanakan oleh penyelidik. Data dalam bentuk transkrip temu bual, catatan jurnal dan catatan pemerhatian dipindahkan dalam bentuk kod (coding).teknik pengekodan seperti open coding, axial coding dan selective coding yang diperkenalkan oleh Corbin dan Strauss (2008) untuk menyusun dan memecahkan data kepada kategori yang mudah, digunakan dalam kajian ini. Melalui pengekodan, data yang berhubung kait dengan sesuatu idea, tema atau kategori mudah dikenal pasti. Kesemua data yang diperoleh disusun untuk menjawab soalan kajian. KAJIAN TINDAKAN Kajian tindakan bermula dengan gelung pertama. Dalam gelungan pertama, fasa I, penyelidik telah merancang satu pelan tindakan am dengan memperkenalkan dan menggunakan teknik Teater Forum dalam pengajaran. Dalam fasa II, murid terlibat dalam empat langkah Teater Forum iaitu sesi mengembangkan skrip, lakonan anti-model, sesi forum dan lakonan intervensi. Pada masa yang sama (fasa III), penyelidik juga telah memerhatikan kemajuan pelaksanaan teknik Teater Forum sambil mengutip data tentangnya. Dalam fasa IV (refleksi), data yang dikutip telah dianalisis untuk mengetahui keupayaan Teater Forum dalam mengembangkan unsur niat moral dalam kalangan murid. Prosedur yang sama digunakan dalam gelung kedua dan ketiga untuk mendapatkan data tepu bagi menjawab persoalan kajian. Dalam kajian ini, Kumpulan A telah melakonkan skrip A dalam gelung 1 (anti-model), manakala kumpulan B dan kumpulan C menjadi spect-actor s. Dalam gelung ke-2 pula, Kumpulan B telah melakonkan skrip C (anti-model) dan kumpulan A dan kumpulan C pula menjadi spect-actor s. Manakala dalam gelung ke-3 kumpulan C pula melakonkan skrip E (anti-model) dan Kumpulan A dan Kumpulan B menjadi spect-actor s. Kumpulan yang menjadi spect-actor s ditugaskan untuk melibatkan diri dalam lakonan intervensi. 5

PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN Membuat refleksi diakhir Gelung Pertama Memerhati pelaksanaan pengajaran melalui Teater Forum dan mengumpul data Membuat refleksi diakhir Gelung Kedua Memerhati pelaksanaan pengajaran melalui Teater Forum dan mengumpul data Gelung 1 Gelung 2 Memikirkan cara untuk mencungkil unsur niat moral dalam kalangan pelajar Merancang Pelan Tindakan 1 (Teater Forum sebagai pedagogi pengajaran di kelas) Mengajar Pendidikan Moral melalui teknik Teater Forum Pelan Tindakan 2 (Pemurnian teknik Teater Forum) Mengajar Pendidikan Moral dengan teknik Teater Forum yang ditambah baik Gelung 3 Rajah 1 Model Kajian Tindakan (Sumber: diubahsuai daripada Kemmis & McTaggart, 1988) Kumpulan yang menjadi spect-actor s telah berperanan untuk menonton lakonan anti-model yang dipersembahkan kepada mereka. Kemudian mereka terlibat dalam forum yang dikendalikan oleh joker untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dipaparkan dalam lakonan anti-model tadi. Setelah selesai sesi forum, lakonan anti-model telah dilakonkan sekali lagi dan pada masa inilah spect-actor s telah menghentikan lakonan dengan teriakan HENTI. Setelah pelakon di pentas freeze, spect-actor s telah naik ke pentas untuk mengambil alih peranan beberapa orang pelakon. Spect-actor s cuba menyelesaikan masalah yang dipaparkan tadi melalui lakonan intervensi mereka. Melalui intervensi dan idea yang kreatif, para spect-actor s telah berjaya membawa lakonan tersebut kepada penyelesaian yang wajar dan diterima semua. DAPATAN KAJIAN Gelung 1 Hasil temu bual Gelung 1, skrip A dan skrip B, menjelaskan bahawa, peserta kajian memilih nilai-nilai tertentu untuk mereka bertindak secara bermoral. Mereka terdorong untuk memilih nilai-nilai yang tertentu 6

Unsur Niat Moral dalam Teater Forum: Satu Kajian Tindakan di Kelas Pendidikan Moral dalam situasi yang dihadapi, untuk menyelesaikan konflik yang wujud. Unsur niat moral dikatakan menjadi pendorong kepada pemilihan nilai yang menjadi amalan mereka. Beberapa sedutan temu bual membuktikan kenyataan ini. Pelajar 5: Pelajar 5: Pelajar 3: Pelajar 4: Pelajar 2: Pelajar 2: Dalam lakonan intervensi, mengapa watak Wilson, bercakap dengan nada suara yang perlahan, selalu senyum dan menghormati watak polis? Sebab Wilson amalkan nilai hemah tinggi dan rasional. Beliau bercakap baik atas niat untuk mengelakkan diri daripada disaman oleh polis. Dia perlu elakkan diri daripada jadi mangsa saman. Mengapa watak Wilson mengutamakan nilai hemah tinggi dan rasional? Hemah tinggi ialah nilai moral yang penting untuk diamalkan oleh Wilson kerana Wilson bersalah. Dia tak boleh marahkan polis, nanti dia kena saman yang lebih banyak. Lagi satu..wilson perlu berfikir dengan rasional supaya, dia yang bersalah dan dia tak boleh melawan cakap polis. Maka, kalian percaya bahawa apabila seseorang amalkan nilai-nilai ini, mereka boleh selamat daripada masalah? Ya memang betul. Watak Wilson berniat untuk menyelesaikan masalah itu dengan baik, sebab itu dia amalkan nilai hemah tinggi dan rasional supaya elakkan pergaduhan. [smsinar/008/t.bual/gelu1/31.1.13] Adakah kalian bersetuju bahawa, niat moral boleh mendorong manusia berfikiran rasional? Boleh macam dalam lakonan intervensi..watak Wilson beradab sopan dan amalkan nilai hemah tinggi. Niat Wilson baik iaitu dia tidak mahu gaduh dengan polis bila dia amalkan hemah tinggi beradab sopan dan budi pekerti mulia, watak polis pun tidak saman kerana polis sudah cool dengan cara Wilson itu. Niat yang baik akan membentuk pemikiran yang rasional untuk manusia bertindak secara lebih bermoral [smcahaya/009/t.bual/gelu1/24.1.13] Mengapa watak polis trafik dan watak Wilson sama-sama meminta maaf dalam lakonan intervensi? Apa tujuan atau niat mereka? Mereka berniat baik.mereka tidak mahu bergaduh macam dalam lakonan intervensi. Minta maaf menunjukkan mereka sama-sama amalkan nilai rasional, hemah tinggi dan sederhana dalam pertuturan dan tingkah laku. Nilai yang kita amalkan menunjukkan niat kita Bagaimana? Macam dalam lakonan intervensi, watak Wilson ada niat baik sebab itu dia tidak gaduh dengan polis [smsuriy/010/t.bual/gelu1/5.2.13] Selain itu, catatan jurnal peserta kajian dalam Gelung 1, (skrip A dan skrip B), juga membuktikan wujudnya elemen niat moral dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Peserta kajian memilih beberapa nilai yang terbaik untuk diamalkan sebagai cara untuk menangani konflik yang wujud. Peserta kajian percaya bahawa, tindakan moral yang baik dan bersifat altruistik dapat menggambarkan niat moral seseorang. Peserta mengakui bahawa niat moral yang wujud dalam diri sebagai pendorong kepada tindakan yang bermoral. Berikut diberikan beberapa contoh cacatan jurnal peserta kajian. Dalam lakonan intervensi saya dan kumpulan saya pilih nilai hemah tinggi dan rasional untuk diamalkan oleh watak polis dan watak Wilson, kerana nilai-nilai ini jika diamalkan boleh mengelakkan pergaduhan. Niat kami tidak mahu buat masalah dengan pihak polis. Jika niat kita baik..tindakan kita pun akan baik juga.. [smsurya/jrn/gel1/6.2.13] Dalam lakonan intervensi, saya dan kumpulan saya terdorong untuk amalkan nilai ini bagi watak Wilson dan watak polis. Saya yang memegang watak Wilson gunakan bahasa yang baik kepada 7

polis kerana niat saya ialah untuk bersopan santun dengan polis. Akhirnya masalah dapat diselesaikan. Saya percaya jika kita membuat sesuatu tindakan dengan niat yang ikhlas, kita akan dihargai dan kita dapat elakkan masalah.. [smsurya/jrn/gel1/6.2.13] Lakonan anti-model menunjukkan masalah di antara watak polis dan watak Wilson. Dalam lakonan intervensi sebagai watak pegawai polis, saya dapat berfikir secara rasional. Apabila saya bercakap baik dan senyum dengan Wilson, dia tak marah. Saya amalkan nilai hemah tinggi untuk selesaikan masalah saya dan Wilson, sebab niat saya tidak mahu masalah jadi teruk. Saya perlu menjadi manusia yang baik untuk elakkan pergaduhan. Saya hanya melaksanakan tanggungjawab saya sebagai polis. [smsinar/jrn/gel1/3.2.13] Kumpulan saya suruh saya yang memegang watak Wilson untuk amalkan nilai hemah tinggi, dan kawan saya Sarvini yang berlakon sebagai pegawai polis amalkan nilai kesederhanaan. Saya sebagai Wilson amalkan nilai hemah tinggi dan bercakap dengan sopan kepada Sarvini, dan Sarvini yang jadi polis amalkan sederhana dalam pertuturan dan tingkah laku. Niat kita baik, kita tidak mahu bergaduh nilai hemah tinggi boleh selesaikan masalah. Niat yang baik akan ditentukan oleh tindakan yang baik. [smcahaya/jrn/gel1/23.1.13] Seterusnya, pemerhatian dalam Gelung 1, (skrip A dan B) pula mengesahkan pengakuan peserta kajian bahawa niat moral yang baik untuk menyelesaikan masalah yang dipaparkan dalam lakonan antimodel, mendorong mereka memilih nilai-nilai tertentu untuk dipraktikkan. Seorang pemerhati mencatatkan bahawa, dalam lakonan intervensi kumpulan ini menunjukkan mereka mengamalkan nilai hemah tinggi, rasional dan kesederhanaan sebagai cara untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Niat moral untuk mahu berbaik-baik dan hidup dengan harmoni jelas daripada tindakan kedua-dua pihak sama ada melalui watak pegawai polis dan juga watak Wilson. Kedua-dua watak (pegawai polis dan watak Wilson) menggunakan bahasa yang sopan, memberikan salam, tidak sombong dan tegurmenegur dengan cara yang berhemah tinggi. Mereka juga menunjukkan aksi berjabat tangan dan meminta maaf sesama mereka. Mereka tidak menunjukkan tingkah laku yang keterlaluan dalam pertuturan mahupun perlakuan. [propemer/smsurya/gel 1/yoka/4.2.13] Gelung 2 Selanjutnya, hasil temu bual dalam Gelung 2 (skrip C dan skrip D), membuktikan niat moral sebagai asas dan faktor pemangkin terhadap tindakan yang patut diambil oleh watak-watak yang terlibat dalam lakonan. Peserta membuktikan niat moral sebagai asas untuk pertimbangan moral. Selain itu, pemilihan nilai yang tepat dan bersesuaian untuk menyelesaikan konflik yang timbul, juga menggambarkan kekuatan niat moral dalam mempengaruhi tindakan peserta kajian. Berikut ialah beberapa sedutan temu bual peserta kajian: Pelajar 4: Pelajar 4: Mengapa kalian memilih nilai kasih sayang, rasional dan hemah tinggi untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di antara watak guru sukan dan watak pelajar yang bernama Amri, dalam lakonan anti-model? Nilai kasih sayang dan hemah tinggi dipilih kerana nilai-nilai ini perlu ada pada seorang guru untuk menyelesaikan masalah yang wujud. Dalam lakonan intervensi, watak guru sukan menunjukkan nilai kasih sayang, hemah tinggi dan prihatin dengan masalah pelajar iaitu Amri. Kami percaya jika ada nilai ini, guru boleh atasi masalah dengan pelajar. Apa tujuan atau niat kalian pilih nilai ini untuk diamalkan oleh watak guru? Niat atau tujuan kami baik..kami tidak mahu watak Amri dipecat dari pasukan bola sepak sekolah. Oleh itu, jika watak cikgu sukan ada nilai kasih sayang, hemah tinggi dan prihatin 8

Unsur Niat Moral dalam Teater Forum: Satu Kajian Tindakan di Kelas Pendidikan Moral beliau dengan rela hati boleh membantu Amri. Beliau (guru) dapat atasi masalah ini kerana beliau boleh faham masalah Amri yang ibu Amri sakit sebab itu Amri tidak menghadiri latihan bola sepak sekolah. Niat bahawa Amri tidak patut dijadikan mangsa, menyebabkan guru sukan bertindak secara lebih bermoral terhadap Amri. [smcahaya/012/t.bual/gelu2/28.2.13] Pelajar 6: Pelajar 6: Pelajar 5: Pelajar 2: Pelajar 3: Mengapa kumpulan kalian memilih nilai hemah tinggi untuk menyelesaikan masalah di antara watak Tan dan watak guru kaunseling? Kumpulan kami mahu watak Tan ada nilai hemah tinggi seperti bercakap dengan baik dan hormati guru. Misalnya dalam lakonan intervensi Tan ada beri salam kepada guru, dia ada ucapkan terima kasih, dia juga minta maaf dan berjanji tidak buat kesalahan lagi. Oleh sebab Tan amalkan nilai hemah tinggi, masalah antara guru kaunseling dan Tan boleh diatasi. Apa niat atau tujuan di sebalik pemilihan nilai hemah tinggi? Niat atau tujuan kumpulan kami ialah untuk atasi masalah yang berlaku di antara watak Tan dan watak guru kaunseling. Kami mahu Tan berubah jadi baik Tan jadi pelajar yang baik..jika Tan berhemah tinggi masalah boleh selesai Niat baik Tan menyebabkan dia tidak berkasar dengan guru kaunseling [smsurya/013/t.bual/gelu2/12.3.13] Dalam lakonan intervensi, kumpulan kamu memilih supaya watak guru mengamalkan nilai kasih sayang untuk menyelesaikan masalah? Mengapa kamu memilih nilai itu? Kami mahu masalah di antara watak guru dan watak Rosdi, selesai dengan baik. Kami tidak mahu masalah di antara Guru dan Rosdi berlanjutan seperti yang ditunjukkan dalam lakonan anti-model. Dalam lakonan anti- model kami dapati masalah timbul kerana, guru tidak ada nilai belas kasihan dan kasih sayang terhadap pelajar. Sebab itu masalah timbul. Jadi..? Jadi dalam lakonan intervensi kita mahu watak guru amalkan nilai belas kasihan dalam hubungan dengan orang lain. Ini kerana orang yang ada nilai belas kasihan boleh fahami perasaan orang dan membantu orang lain sebab itu kami pilih nilai belas kasihan untuk diamalkan oleh watak guru. Apa kaitan niat dan pemilihan nilai yang diamalkan oleh watak guru? Ada tujuan kita ialah untuk selesaikan masalah pelajar yang bernama Rosdi yang patah kaki. Guru yang penyayang dan ada belas kasihan boleh atasi masalah ini. Niat guru ialah untuk menjadi guru yang mempunyai tanggungjawab terhadap pelajar. Akhirnya cikgu Man dapat membantu Rosdi [smsinar/017/t.bual/gelu2/12.3.13] Dalam pada itu, catatan jurnal Gelung 2, (skrip C dan skrip D), juga menyokong dapatan temu bual. Berikut ialah beberapa catatan jurnal peserta kajian. Saya pilih nilai belas kasihan, dan kasih sayang untuk diamalkan oleh cikgu. Saya percaya jika cikgu ada nilai belas kasihan, beliau boleh menolong Amri.. macam cikgu sukan, semua masalah pelajar boleh diselesaikan. Cikgu ada niat untuk menolong pelajar sebab itu beliau amalkan nilai belas kasihan. Saya katakan nilai belas kasihan dan hemah tinggi mesti ada pada semua cikgu, cikgu menjadi orang penting di sekolah selepas ibu bapa kepada pelajar. [smcahaya/jrn/gel 2/27.2.13] Saya memilih nilai hemah tinggi untuk dilakonkan dalam lakonan intervensi. Dalam lakonan antimodel, saya memegang watak Tan, iaitu pelajar yang mempunyai masalah dengan guru kaunseling. Dalam lakonan intervensi, saya berniat untuk menjadi pelajar yang baik dan menghormati guru. Jadi saya menunjukkan sikap hemah tinggi, kepada guru kaunseling supaya menjadi pelajar yang baik. Saya punyai niat yang baik Oleh sebab itu saya minta maaf sebab saya salah, cikgu kaunseling tak denda saya sebab itu saya pilih nilai hemah tinggi 9

[smsurya/jrn/gel 2/12.3.13] Dalam lakonan intervensi saya berlakon sebagai Cikgu Man. Saya sedar bahawa, guru perlu ada niat yang baik terhadap pelajar. Kita tidak boleh prasangka dengan pelajar. Sebagai guru kita perlu ada nilai kasih sayang dan belas kasihan. Saya sebagai guru sekolah dalam lakonan ini telah mengamalkan nilai itu untuk membantu Rosdi. Nilai belas kasihan dorong saya untuk bantu Rosdi, sebab saya kasihan dengan Rosdi Rosdi dapat dihantar ke hospital. [smsinar/jrn/gel 2/9.3.13] Manakala, pemerhatian, Gelung 2, (skrip C dan D), lakonan intervensi menunjukkan semua kumpulan memilih nilai kasih sayang, hemah tinggi, dan belas kasihan untuk menyelesaikan masalah yang dipaparkan dalam lakonan anti-model. Tujuan dan dorongan untuk memilih nilai-nilai tertentu jelas, daripada aksi dan dialog mereka. Seorang pemerhati mencatatkan bahawa: Dalam lakonan Skrip C (situasi berkonflik watak Amri dan watak guru sukan), watak guru sukan menunjukkan nilai kasih sayang dengan tidak memarahi dan rela menolong Amri. Niat untuk mahu membantu dan mendengar masalah Amri dapat ditunjukkan oleh guru sukan. Beliau menunjukkan aksi seperti bersalam, bertanyakan khabar dan mendengar masalah Amri dengan penuh prihatin. Seorang lagi pemerhati mencatatkan bahawa: Dalam lakonan skrip C (situasi watak Tan dan watak guru kaunseling), watak Tan menunjukkan aksi menghormati guru, memberikan salam, meminta maaf dan menggunakan nada suara yang lembut untuk menawan hati guru. Niat untuk mahu berbaik-baik dengan guru kaunseling dapat ditunjukkan melalui perlakuan watak Tan. [propemer/smcahaya/gel 2/ros/26.2.13] Dalam pada itu, seorang lagi pemerhati mencatatkan bahawa: Para peserta dapat melakonkan skrip C iaitu situasi watak Rosdi yang patah kaki dan cikgu Man dengan baik. Dalam lakonan ini, watak cikgu Man mampu menunjukkan niat untuk membantu Rosdi yang cedera. Beliau ada mengamalkan nilai belas kasihan dan bertimbang rasa dengan mengambil kira keperluan, memujuk Rosdi, membantunya dengan kata-kata semangat dan menguruskan pengangkutan untuk membawa Rosdi ke hospital. [propemer/smsinar/gel 2/sha/26.2.13] Gelung 3 Analisis temu bual dalam Gelung 3, (skrip E dan skrip F), juga menunjukkan niat moral dan pilihan moral mereka. Sedutan temu bual menjelaskan fenomena ini. Pelajar1: Pelajar1: Mengapa kalian pilih nilai kasih sayang untuk selesaikan masalah yang wujud dalam lakonan anti-model. Dalam lakonan anti model kami ada tunjukkan masalah ibu bapa yang tak ada nilai kasih sayang terhadap anak. Ibu bapa tidak memahami perasaan anak mereka. Oleh itu, dalam lakonan intervensi, kami berikan nilai kasih sayang kepada ibu dan ayah Ibu dan ayah yang penyayang dapat mengatasi konflik yang wujud dalam keluarga. Bagaimana? Ibu bapa yang penyayang sanggup dan rela menerima alasan anak mereka dan mereka bersetuju dengan cita-cita anak mereka. Ibu bapa memang berniat untuk membentuk anakanak, tetapi mereka perlu membentuk anak-anak dengan kasih sayang. [smcahaya/014/t.bual/gelu3/7.3.13] 10

Unsur Niat Moral dalam Teater Forum: Satu Kajian Tindakan di Kelas Pendidikan Moral Pelajar 2: Pelajar 2: Pelajar 3: Pelajar 5: Mengapa kalian tekankan nilai kasih sayang sebagai penyelesai masalah yang terbaik untuk situasi ini? Masalah timbul dalam keluarga ini kerana ibu bapa tidak ada nilai faham- memahami dan kasih sayang. Ibu bapa perlu mempunyai niat yang ikhlas untuk membentuk keluarga bahagia. Kami anggap ibu bapa yang penyayang boleh dan senang membantu anak mencapai cita-citanya. Sebab itu, kita rasakan ibu bapa perlu ada kasih sayang dan kami lakonkan nilai itu dalam lakonan intervensi masalah keluarga dapat selesai Apa kesimpulan yang boleh anda buat daripada situasi ini? Kesimpulannya, kalau ada nilai yang baik, masalah keluarga boleh diselesaikan. Kita perlu mempunyai niat untuk membantu keluarga. Niat yang baik dapat melahirkan tindakan moral seperti berkasih sayang dengan anak-anak. [smsurya/015/t.bual/gelu3/9.4.13] Apakah nilai pilihan kumpulan anda untuk menyelesaikan konflik dalam keluarga? Dalam lakonan intervensi kita memilih nilai bertanggungjawab. Kami rasakan sebagai ketua keluarga bapa perlu menetapkan niat untuk membantu anak yang berada dalam dilema. Oleh itu kami melakonkan watak sebagai ayah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak untuk mengatasi masalah keluarga jika bapa bertanggungjawab mendengar pendapat anak dalam keluarga, konflik tidak akan berlaku dalam keluarga. Bagaimana pula peranan ahli keluarga yang lain? Semua ahli keluarga perlu mempunyai niat untuk melahirkan keluarga yang harmoni. Ibu perlu mengamalkan nilai kasih sayang dan harus berikan sokongan moral kepada anaknya.dan adik perlu amalkan nilai hemah tinggi kerana dia perlu bercakap dengan sopan santun agar, pendapatnya diterima oleh ibu bapa. Semua nilai ini telah dilakonkan oleh watak-watak yang terlibat dengan baik dalam lakonan intervensi. [smsinar/016/t.bual/gelu3/2.4..13] Analisis catatan jurnal, dalam gelung 3, (skrip E dan F), juga menyokong analisis temu bual. Catatan jurnal peserta membuktikan faktor niat moral merapatkan jurang perbezaan (bridge the gap), di antara keputusan untuk mengamalkan nilai tertentu dengan tingkah laku bermoral. Berikut ialah catatan jurnal beberapa peserta kajian. Nilai yang saya pilih untuk selesaikan masalah ialah kasih sayang yang perlu ada pada ibu dan ayah. Nilai ini ada kaitan dengan niat ibu bapa yang mahu membina keluarga yang harmoni. Saya yang melakonkan watak kakak tunjukkan nilai kasih sayang kepada adik. Ibu juga tunjukkan kasih sayang kepada adik. Ibu bapa yang penyayang boleh atasi masalah yang anak hadapi dengan ikhlas dalam lakonan ini nilai kasih sayang dapat selesaikan masalah anak. [smcahaya/jrn//gel 3/6.3.13] Saya pilih nilai kasih sayang untuk menyelesaikan masalah ini kerana, punca masalah dalam keluarga kerana tiada nilai kasih sayang. Apabila dalam lakonan intervensi nilai kasih sayang, saya lakonkan masalah adik dalam keluarga dapat diselesaikan. Ibu bapa ada niat baik untuk menolong anak-anak berjaya [smsurya/jrn/gel 3/9.4.13] Lakonan anti-model mendorong saya untuk pilih nilai kasih sayang bagi mengatasi masalah keluarga ini. Saya sebagai watak ibu dan Chee Chong sebagai watak bapa menunjukkan kasih sayang, kepada adik. Niat kami ialah untuk membantu menyelesaikan konflik anak kami. Kami rela berikan sokongan moral dan memahami perasaan anak kami (watak adik) dan konflik dalam keluarga dapat diatasi [smsinar/jrn/gel 3/11.4.13] 11

Akhirnya, pemerhatian gelung 3, (skrip E dan F), juga menunjukkan, dalam lakonan intervensi kumpulan ini mempraktikkan nilai kasih sayang. Salah seorang pemerhati mencatatkan bahawa: Ibu dan bapa ada menggunakan nilai ini untuk mengatasi masalah adik yang mempunyai minat dalam bidang nyanyian. Ibu bapa ada menunjukkan mereka sayang kepada adik, peka dan rela memberikan sokongan moral dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh adik dengan baik. Niat mereka untuk melahirkan keluarga yang harmoni dan menyelesaikan konflik yang timbul dengan baik terserlah daripada tindakan mereka. [propemer/smsinar/gel 3/shah/10.4.13] RUMUSAN DAN PERBINCANGAN Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan unsur niat moral telah mendasari sesuatu tindakan mereka. Para peserta menunjukkan pemilihan nilai, dalam satu-satu situasi, adalah bersandarkan pada niat atau kehendak mereka. Niat moral, misalnya untuk tidak mahu bertelingkah atau berkonflik dengan pihak berkuasa mendorong mereka untuk memilih nilai hemah tinggi, rasional, dan toleransi serta berusaha untuk mengamalkannya. Hasilnya, dalam lakonan intervensi, ciri-ciri nilai hemah tinggi seperti beradab sopan dan berbudi pekerti mulia, dan mengakui kesilapan diri diamalkan oleh watak Wilson untuk mengelakkan pertelingkahan dengan pihak berkuasa seperti polis. Dapatan ini juga mengesahkan kajian Scanlon (2008), bahawa niat ialah kesedaran tentang akibat langsung sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang individu. Kesedaran tentang akibat langsung sesuatu tindakan pula mendorong peserta untuk membetulkan niat moral mereka demi keharmonian bersama. Dalam menghadapi konflik di antara pelajar dan guru di premis sekolah, desakan niat sekali lagi terserlah di sebalik tindakan mereka. Peserta kajian memilih nilai hemah tinggi dan kasih sayang (mereka mempraktikkan nilai-nilai ini dalam lakonan intervensi) untuk meleraikan ketegangan antara watak guru sukan dan watak pelajar yang bernama Amri. Mereka sedar akibat langsung jika ketegangan itu dibiarkan berlarutan. Mereka juga mampu berfikir secara rasional kesan ketegangan itu yang akan membawa kepada perasaan tidak puas hati atau balas dendam oleh pelajar kepada guru. Oleh sebab itulah, mereka cuba mengelakkan ketegangan atau sebarang pergeseran serta bertindak untuk menanganinya secara harmoni. Jelasnya kesedaran tentang akibat langsung sesuatu tindakan membina niat individu. Dapatan ini juga menyokong kajian Wallen (2006), bahawa niat memainkan peranan yang signifikan dalam menentukan tindakan. Begitu juga dalam menangani situasi di antara watak pelajar yang bernama Tan dan watak guru kaunseling, sekali lagi nilai hemah tinggi, rasional dan kasih sayang menjadi pilihan para peserta. Nilainilai ini telah dipraktikkan oleh watak-watak yang berlakon dalam lakonan intervensi untuk menyelesaikan masalah yang wujud di antara guru dan pelajar di sekolah. Kesedaran kepada akibat langsung akan sesuatu tindakan yang tidak bermoral, telah mendorong peserta untuk mengambil tindakan yang bermoral sebagai cara untuk menyelesaikan masalah. Dalam konteks ini, niat moral seolah-olah membenarkan tindakan yang diambil (Hills, 2007). Benarlah kata-kata Kant (1964), bahawa nilai sesuatu tindakan moral terletak pada niat moralnya dan bukannya berdasarkan pada hasil tindakan. Selain itu, dalam situasi yang lain pula, peserta memilih nilai kasih sayang sebagai nilai utama kerana niat moral mereka ialah untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam sesebuah keluarga. Masalah cita-cita anak yang tidak direstui oleh ibu bapa dapat diselesaikan dengan amalan nilai kasih sayang oleh ibu dan bapa. Pendekatan kasih sayang, juga telah diamalkan oleh semua ahli keluarga yang lain, kerana niat mereka ialah untuk mewujudkan keluarga yang harmoni. Konflik yang timbul dalam keluarga cuba diselesaikan dengan aman. Peserta yakin, insan yang mempunyai nilai kasih sayang sahaja peka dan rela, memberi bantuan dan sokongan moral kepada orang lain. Dapatan ini juga menyokong kajian Hanser (2008), kerana beliau percaya bahawa prinsip niat moral relevan dalam menentukan apa yang patut, tidak patut dan harus kita buat. 12

Unsur Niat Moral dalam Teater Forum: Satu Kajian Tindakan di Kelas Pendidikan Moral Dalam pada itu, untuk menangani isu di sekolah pula, nilai kasih sayang dan belas kasihan dipraktikkan oleh peserta yang berlakon sebagai watak cikgu Man. Misalnya watak cikgu Man menolong Rosdi kerana nilai belas kasihan. Beliau berniat untuk menolong pelajar atas dasar perikemanusiaan. Maka, nilai belas kasihan iaitu menunjukkan perasaan simpati terhadap kesusahan orang lain, merupakan motivasi dan niat yang menggalakkan cikgu Man untuk menolong Rosdi. Senario ini juga sejajar dengan pandangan Kamm (2004) bahawa, niat harus membimbing insan ke arah kebaikan yang nyata. Malahan, Kant (1964), juga percaya hanya tindakan berdasarkan pada kewajipan sahaja boleh dianggap tindakan yang bermoral. Sebenarnya, dalam kajian ini, nilai-nilai yang dipilih menjadi alat (tool) untuk para peserta menyelesaikan sesuatu masalah. Keutamaan diberi kepada pemilihan nilai hemah tinggi kerana, ciri-ciri nilai ini yang boleh mewujudkan hubungan harmoni sesama manusia. Ternyata, faktor niat moral menjadi perangsang kepada peserta untuk memilih nilai tertentu sebagai pilihan yang terbaik demi bertindak secara bermoral (Yuill, 1984). Hal ini juga selaras dengan pendapat Kant (1964), bahawa nilai moral dapat dikembangkan dengan adanya unsur niat dalam tindakan seseorang manusia. Para peserta memilih pelbagai nilai untuk menangani sesuatu isu. Mereka memutuskan untuk memilih beberapa nilai yang tertentu sebelum bertindak berdasarkan niat yang baik, iaitu tidak mahu berkonflik dengan pihak lain. Pilihan ini juga menunjukkan nilai-nilai ini menjadi nilai primer yang memotivasikan mereka untuk bertindak, dalam menyelesaikan masalah yang wujud. Sekali lagi, unsur niat menjadi faktor yang merapatkan jurang di antara keputusan untuk memilih nilai moral yang bersesuaian dan tingkah laku peserta kajian seperti yang dinyatakan oleh Lippert-Rasmussen (2010). Beliau bersetuju dengan pandangan bahawa niat moral yang munasabah membenarkan tindakan. Hasil kajian menunjukkan Teater Forum mampu memberikan ruang kepada pelajar untuk menyuarakan rasa hati dan tindakan mereka terhadap sesuatu isu moral dalam keadaan yang selamat. Selain itu, peserta juga mampu menunjukkan penyelesaian terhadap sesuatu isu moral secara bersama. Setiap tindakan yang diambil adalah berdasarkan suara hati atau niat moral mereka. Sejajar dengan pandangan bahawa teori moral perlu bersifat action-guiding maka ramai ahli psikologi moral telah bersetuju bahawa unsur niat moral menjadi panduan untuk tindakan (Heuer, 2004). Dalam pada itu, hasil kajian juga menunjukkan niat moral berkait rapat dengan kehendak, pertimbangan dan iltizam pelakunya. KESIMPULAN Justeru, unsur niat moral adalah penting kerana ia membantu kita memahami dan menjustifikasikan tindakan manusia. Niat moral juga memainkan peranan penting untuk kita memahami diri kita dan orang lain (Applebaum, 1997). Ternyata, unsur niat moral menjadi faktor pendesak kepada aspek kesedaran moral, kemampuan untuk mengambil keputusan moral dan keinginan untuk bertindak secara bermoral. Jika seseorang individu faham akan peranan niat moral (moral intent) sebagai pemangkin tindakan yang bermoral, maka fungsi dan pemahaman tentangnya perlu diterapkan kepada murid sekolah. Maka latihan, pedagogi dan teknik-teknik yang bersesuaian seperti Teater Forum dapat disediakan oleh para pendidik moral dalam memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna tentang unsur niat moral. RUJUKAN Applebaum, B. (1997). Good liberal intentions are not enough! Racism, intentions and moral responsibility. Journal of Moral Education, 26(4), 409-421. Audi, R. (1993). Action, intention and reason. Ithaca: Cornell University Press. Babiak, P., & Hare, R.D. (2006). Snakes in suits: When psychopaths go to work. New York: Harper Collins. Barnett, T. (2001). Dimensions of moral intensity and ethical decision making: An empirical study. Journal of Applied Social Psychology, 31, 1038 1057. Boal, A. (2008). Theatre of the oppressed. London: Pluto Press. Boeije, H. (2010). Analysis in qualitative research. Thousand Oaks, CA: Sage. 13

Bogdan, R.C., & Biklen, S.K. (2007). Qualitative research for education: An introduction to theories and methods. New York, NY: Pearson. Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative research psychology, 3, 77-101. Chang, L.H. (2007, Jun). Moral reasoning of Malaysian adolescents. Kertas kerja yang dibentangkan di International Conference of Learning, Johannesburg, South Africa. Chow, Y.L., & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian tindakan: Konsep dan amalan dalam pendidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia. Cohen, P. R., & Levesque, H. J. (1990). Intention is choice with commitment. Artificial intelligence, 42(2), 213 261. Corbin, J., & Strauss, A. (2008). Basics of qualitative research (3 rd ed.). Thousand Oaks CA, Sage. Fischer, J.M., & Ravizza, M. (Eds.) (1993). Perspectives on moral responsibility. Ithaca: Cornell University Press. Frankfurt, H. (1971). Freedom of the will and the concept of a person. The Journal of Philosophy, 68, 5-20. Hamid Reza Alavi. (2007). Al-Ghazali on moral education. Journal of Moral Education, 36(3), 309-319. Hamlin, J.K. (2013). Failed attempts to help and harm: Intention versus outcome in preverbal infants social evaluations. Cognition, 128, 451-474. Hanser, M. (2008). Reasons without rationalism. The Review of Metaphysics,61(4), 862-863. Retrieved 16 Disember, 2015 from http://search.proquest.com/docview/223464236?accountid=13155 Heuer, U. (2004). Reasons for actions and desires. Philosophical Studies, 121(1), 43-63. Retrieved 7 January, 2016 from doi:http://dx.doi.org/10.1023/b:phil.0000040381.54358.08 Hills, A. (2007). Intentions, foreseen consequences and the doctrine of double effect. Philosophical Studies, 133(2), 257-283. Retrive 16 Disember, 2015 from doi:http://dx.doi.org/10.1007/s11098-005-4603-4 Kamm, F. M. (2004). Failures of just war theory: Terror, harm, and justice*. Ethics,114(4), 650-692. Retrieved 19 January, 2016 from http://search.proquest.com/docview/194401695?accountid=13155 Kant, I. (1964). Groundwork on the metaphysics of morals (H. J. Paton, Terj.). New York, NY: Harper & Row. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSM. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2004). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSM Tingkatan Empat. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The Action Research Planner. Geelong, Victoria, Australia: Deakin University Press. Kenny, A. (1966). Intention and purpose. Journal of Philosophy, 63, 642-654. Lickona, T. (1996). Eleven principles of effective character education. Journal of Education, 25(1), 93-100. Lippert-Rasmussen, K. (2010). Scanlon on the doctrine of double effect. Social Theory and Practice, 36(4), 541-564. Retrieved 6 Januari, 2016 from http://search.proquest.com/docview/792945046?accountid=13155 Malle, B. F., & Knobe, J. (1997). The folk concept of intentionality. Journal of Experimental Social Psychology, 33(2), 101 121. May, D., & Pauli, K. (2002).The role of moral intensity in ethical decision making. Business & Society, 41, 84 117. MacIntyre, A. (1966). A short history of ethics. New York: MacMillan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Diakses daripada www.moe.gov.my Rest, J. (1979). Development in judging moral issues. Minneapolis, MN: University of Minnesota Press. Scanlon, T. (2008). Moral dimensions: Permissibility, meaning, blame. Cambridge, Mass: Harvard University Press. Walen, A. (2006). The doctrine of illicit intentions. Philosophy and Public Affairs,34(1), 39-0_6. Retrieved 4 January, 2016 from http://search.proquest.com/docview/210966215?accountid=13155 Whitehead, J., & McNiff, J. (2006). Action research living theory. London, UK:Sage. Yuill, N. (1984). Young children s coordination of motive and outcome in judgments of satisfaction and morality. The British Journal of Developmental Psychology, 2, 73 81. Zelazo, P. D., Helwig, C. C., & Lau, A. (1996). Intention, act, and outcome in behavioral prediction and moral judgment. Child Development, 67, 2478 2492. 14