FARDHU AIN SEBAGAI KERANGKA PEMBENTUKAN DISIPLIN PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Amar Makruf Nahi Mungkar

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

Takrifan Etika ethos

HALATUJU PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR. Disediakan Oleh; Muhamad Asmadi bin Mustakim Ketua Sektor Pengurusan Akademik

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

BAB PERTAMA PENDAHULUAN

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

Transcription:

FARDHU AIN SEBAGAI KERANGKA PEMBENTUKAN DISIPLIN PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM Muslihah Mazlan, Mohd Azam Yahya, & Fatimah Nadirah Mohd Noor Kolej Universiti Islam Melaka ABSTRAK Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk meneliti dan menganalisis ilmu fardhu ain sebagai kerangka pembentukan disiplin pelajar. Penelitian ini penting memandangkan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar pada hari ini adalah pada tahap yang membimbangkan. Berdasarkan analisis tekstual yang telah dilakukan ilmu fardhu ain yang mempunyai tiga elemen utama iaitu Tauhid (akidah), Fekah (syariat) dan Tasauf (akhlak) mampu memberikan kesan kepada pembentukan disiplin pelajar. Hal ini kerana elemen akidah akan membina hubungan ketuhanan antara pelajar dengan tuhan. Manakala elemen Fekah (syariat) juga terangkum syariat yang menjadi peraturan dan landasan kehidupan yang akhirnya akan membentuk disiplin pelajar yakni dari faktor dalam diri pelajar. Kata kunci: Fardhu ain, fekah, tasauf, tauhid 59

FARD 'AIN FOR STUDENT DISCIPLINARY FRAMEWORK ON THE ESTABLISHMENT OF THE ISLAMIC EDUCATIONAL INSTITUTIONS ABSTRACT This paper is intended to examine and analyze the knowledge fard 'ain as disciplinary development framework. This research is important in view of the prevailing indiscipline among students today are at an alarming rate. Based on textual analysis has been done of basic Islam has three main elements, namely Tawheed (belief), Jurisprudence (Sharia) and Theosophy (moral) could have an impact on the formation of student discipline. This is because the element of faith will build relationships between students and god divinity. While elements of Jurisprudence (Sharia) also summarized the rules and laws that are the foundation of life that would eventually form the discipline of factors in students. Keywords: Fardhu ain, fekah, tasauf, tauhid PENGENALAN Sistem pendidikan Malaysia pada hari ini menghadapi cabaran yang besar dalam menangani masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana masalah disiplin seperti membuli, bergaduh, berkhalwat, penyalahgunaan dadah, melepak, ponteng sekolah, gengsterisme dan vandalisme adalah pada tahap serius (Saidi Daud, 2008). Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan hanya 0.23% daripada 5.5 juta pelajar-pelajar yang terlibat dalam jenayah pada tahun 2003 berbanding 0.31% pada tahun 2004 (Aminuddin Hehsan dan Siti Noor Muhamad, 2010). Jumlah pelajar yang terlibat dalam masalah disiplin ini adalah lebih ramai jika ditukar daripada angka peratusan kepada angka jumlah. Masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar ini memerlukan perhatian yang serius dan satu perancangan yang teliti oleh pihak sekolah dalam menanganinya (Suhadi Salim, 1993). Pada tahun 2006, Jemaah Menteri telah meluluskan Memorundum Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menangani masalah salah laku pelajar dan turut meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM 6.1 juta setahun. Pelbagai langkah produktif telah diambil oleh KPM dalam menangani masalah disiplin ini. Antaranya menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin dan Sekretariat Tetap Menangani Gejala Salah Laku Murid bagi menyelaraskan segala 60

Fardhu Ain Sebagai Kerangka Pembentukan Disiplin Pelajar Di Institusi Pendidikan Islam Muslihah Mazlan, Mohd Azam Yahya, & Fatimah Nadirah Mohd Noor tindakan yang hendak dilunaskan, mewujudkan Majlis Pemuafakatan Tindakan KPM dan PDRM pada peringkat kementerian, negeri dan daerah bagi memerangi ancaman kumpulan samseng, gangster dan kongsi gelas turut menugaskan flying squads ke sekolah-sekolah yang mempunyai masalah salah laku murid dan sebagainya (James Jit Eng, 2011). Bagi tujuan pengurusan disiplin di sekolah, Ordinan Pelajaran 1952 dan 1957, Akta Pendidikan 1996 serta buku-buku panduan panduan pengurusan disiplin dan surat-surat pekeliling merupakan sumber mandat yang merupakan arahan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak atasan yang membolehkan sesuatu tindakan ataupun dasar diambil. Ordinan Pelajaran 1952 merupakan undang-undang yang berhubung dengan penubuhan persatuan disekolah. Manakala seksyen 116 dalam Ordinan Pelajaran 1957 terkandung undang-undang mengenai pengurusan disiplin di sekolah. Ia dikenali sebagai Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Akta pendidikan 1996 pula merupakan undang-undang yang berhubung penubuhan persatuan di sekolah. Selain itu, buku-buku panduan pengurusan disiplin yang dihasilkan oleh Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran pada tahun 1981 menjadi panduan bagi pihak sekolah, ibu bapa ataupun penjaga mengenai disiplin pelajar-pelajar disekolah. Tambahan pula, surat-surat pekeliling ikhtisas juga penting kerana ia dikeluarkan secara berkala oleh Kementerian Pelajaran bagi menangani isu-isu dan cabaran semasa. Selain sumber-sumber mandat ini, guru besar atau pengetua juga diberi kuasa menggubal peraturan-peraturan tambahan disiplin mengikut keadaan dan keperluan sekolah selagi peraturan tersebut tidak bercanggah dengan ordinan, akta, buku panduan disiplin dan surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. Hal ini kerana penggubalan peraturan-peraturan sekolah tidak semestinya seragam di semua sekolah dan bergantung kepada jenis masalah yang berbeza dari segi faktor geografi, infrastruktur, kemudahan dan sebagainya (KPM, 1982:2). Kaedah pengurusan pelajar merupakan salah satu instrumen penting dalam perkembangan tingkah laku pelajar di institusi pendidikan. Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan merupakan salah satu panduan yang digunakan dalam membentuk kaedah pengurusan disiplin pelajar di institusi pendidikan. Pekeliling yang digunakan ini adalah merupakan panduan pengurusan institusi secara konvensional. Apakah kaedah pengurusan disiplin pelajar yang digunakan oleh institusi pendidikan Islam? Adakah kaedah tersebut bertunjangkan Islam atau sebaliknya? Apakah kriteria-kriteria pengurusan disiplin yang digunakan?. Keadaan ini perlu diambil kira kerana institusi pendidikan Islam merupakan institusi pembangunan berteraskan Islam yang menekankan ilmu fardhu ain sebagai kerangka pembangunan. Hal ini kerana ia menekankan aspek pengurusan dalam bentuk 61

hubungan sesama manusia dan sumber alam serta hubungan antara manusia dengan Allah swt (Muhammad Syukri Salleh, 2003). Kertas kerja ini mempunyai tiga bahagian utama. Bahagian pertama merupakan pengenalan bagi latar belakang masalah yang berlaku di institusi pendidikan Malaysia. Manakala bahagian kedua adalah pula adalah perbincangan mengenai ilmu fardhu ain yang digunakan di Institusi pendidikan Islam sebagai satu kerangka pembentukan disiplin pelajar. Definisi dan konsep disiplin turut dibincangkan dalam bahagian ini. Bahagian ketiga adalah merupakan rumusan terhadap keseluruhan isi perbincangan didalam kertas kerja ini. Ilmu Fardhu Ain sebagai Kerangka Pembentukan Disiplin Pelajar Terdapat dua jenis ilmu iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Ilmu fardhu ain adalah merupakan ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap muslim. Ia menjadi tanggungjawab setiap individu untuk melaksanakannya. Manakala ilmu fardhu kifayah pula adalah merupakan tanggungawab secara kolektif yang dilakukan dalam masyarakat. Bagi pembangunan berteraskan Islam, ilmu fardhu ain menjadi kerangka utama dalam membentuk disiplin pelajar. Hal ini kerana intipati dalam ilmu fardhu ain yang meliputi akidah, syariah dan akhlak memainkan peranan penting dalam membentuk unsur dalaman individu (Abdul Raof Dalip, 1991). Unsur dalaman adalah merupakan sikap yang diterjemahkan melalui keyakinan terhadap nilai-nilai yang diyakini dan ianya mampu membentuk tabiat seseorang individu. (Muhammad Imaduddin Abdulrahim, 1995). Maka elemen akidah, syariah dan akhlak ini menjadi kerangka utama dalam membentuk nilai-nilai yang dapat mendisiplinkan para pelajar. Penelitian ini dapat dilihat melalui kisah-kisah teladan yang berlaku dalam kalangan para sahabat dalam mendidik anak-anak. Misalnya kisah Syeikh Abdul Qadir al-jailani yang merupakan tokoh ulama yang terkenal. Beliau telah dididik dengan nilai-nilai iman dan Islam yang benar oleh ibu bapanya sewaktu umurnya masih kanak-kanak. Berkat kejujuran beliau dalam berkata benar kepada seorang penyamun telah membuka hati penyamun tersebut untuk bertaubat kepada Allah SWT (Abdullah Nashih Ulwan, 1996). Terdapat juga dalam sebuah riwayat yang diriwayatkan bahawa Abdullah bin Dinar berkata: Suatu ketika, aku bersama Umar bin al-khattab ra. menuju ke Mekah. Tiba-tiba seorang penggembala turun dari gunung menghampiri kami. Umar berkata kepadanya untuk mengujinya. Hai penggembala, juallah satu ekor kambing diantara kambing-kambing itu kepada kami. Penggembala itu berkata, saya adalah seorang budak. Umar berkata kepadanya, Katakanlah kepada tuanmu bahawa kambing itu dimakan serigala. 62

Fardhu Ain Sebagai Kerangka Pembentukan Disiplin Pelajar Di Institusi Pendidikan Islam Muslihah Mazlan, Mohd Azam Yahya, & Fatimah Nadirah Mohd Noor Penggembala itu bertanya, Di mana Allah? Maka menangislah Umar ra lalu pergi bersama budak tersebut menemui tuannya untuk dimerdekakan. Umar ra berkata kepada budak penggembala itu, kalimat itu telah memerdekakanmu di dunia dan aku berharap semoga kalimat ini pun memerdekakanmu di akhirat (Abdullah Nashih Ulwan, 1996). Kedua-dua kisah ini telah menunjukkan dua contoh teladan yang baik. Akhlak yang baik ini lahir dari hati yang sentiasa ingat dan takut kepada Allah SWT yakni dari iman dan akidah yang benar Maka ia akan memandu individu tersebut dalam melaksanakan ibadat dan akhlak yang benar. Anak-anak adalah amanah yang diberikan Allah SWT kepada ibu bapa untuk mendidik mengenal Allah SWT. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Semua kanak-kanak dilahirkan suci, tetapi ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi Pendidikan adalah proses yang berterusan dari awal kelahiran ke dunia hinggalah menemui Allah SWT (Tajul Arifin, 1983). Berdasarkan perundangan negara Malaysia, ibu bapa wajib menghantar anak-anak mereka untuk mengikuti pelajaran rendah selama enam tahun. Sekiranya ibu bapa gagal mematuhi peruntukan 29A(2) boleh didenda tidak melebihi RM 5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. Hal ini menjadikan tanggungjawab mendidik anak-anak yang juga merupakan para pelajar di sekolah adalah terletak kepada pihak pengurusan di sekolah. Pihak sekolah bertanggungjawab mendidik pada para pelajar berdasarkan pendidikan yang dianjurkan dalam Islam. Pendidikan ilmu fardhu ain adalah merupakan asas utama dalam sistem pendidikan institusi pendidikan Islam. Ilmu Tauhid (akidah) sebagai Tunjang Disiplin Ilmu tauhid adalah berhubung dengan akidah dan terkandung didalamnya rukunrukun Islam dan Iman (Muhammad Syukri Salleh, 2003). Anak-anak yang diajar untuk mengetahui rukun iman dan rukun Islam akan membesar dengan berpegang kepada landasan iman kepada Allah dan terdidik untuk selalu takut, ingat, bergantung, meminta pertolongan dan berserah diri kepadanya. Anak-anak tersebut juga akan memiliki potensi dan tindak balas secara naluri dalam menerima setiap keutamaan dan kemulian disamping melakukan akhlak mulia (Abdullah Nashih Ulwan, 1996). Perkataan akidah berasal dari bahasa arab yang bererti ikatan atau simpulan. Dari segi istilah akidah bermaksud kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa. Akidah Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai yang mutlak, tetap dan kukuh, yang pasti dan hakiki lagi 63

kudus dan suci seperti yang terdapat dalam ajaran Islam (Mohd Sulaiman Yasin, 1984). Nilai-nilai yang dimaksudkan adalah keimanan dan keyakinan kepada perkaraperkara ghaibiyyat (ghaib) yang berpaksikan keyakinan kepada Allah SWT Yang Esa. Esa dari sudut Uluhiyyah, Rubbubiyyah serta pada Asma dan as-sifat. Enam elemen yang menjadi asas kepada akidah Islam (Mohd Asri Abdullah et al., 2007); Keimanan kepada Allah SWT sebagai yang Maha Mutlak kekuasaannya dimana setiap muslim perlu yakin dan menyerah diri hanya kepadanya. Keimanan kepada malaikat yang merupakan makhluk mulia yang dijadikan Allah SWT sebagai lambing keagongan dan kehebatan kekuasaannya. Keimanan kepada Kitab yang diturunkan oleh Allah SWT dengan menjadikannya panduan dalam pelbagai aspek kehidupan. Keimanan kepada para Rasul yang diutuskan oleh Allah SWT sebagai utusan yang menyampaikan risalahnya. Keimanan kepada kewujudan hari Akhirat sebagai matlamat akhir kehidupan. Keimanan kepada Qada dan Qadar sebagai hak mutlak Allah SWT. Ilmu tauhid menyediakan akar tunjang agar pembentukan disiplin para pelajar yang diusahakan tidak terpisah dari akidah dan rasa kehambaan kepada Allah SWT. Hal ini kerana para pelajar yang memiliki akidah yang mantap akan melaksanakan segala perintah yang diturunkan oleh Allah SWT dan RasuNya dengan bersungguh-sungguh dengan penuh kerelaan dan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Ia dijelaskan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya al-quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yangberagama Islam dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguhsungguh mencari dan menurut jalan yang benar, adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka jahanam (Surah al-jin: ayat 14-15) Sehubungan dengan itu, para pelajar yang berakidah tidak akan melakukan sebarang kemungkaran sama ada secara terangan atau secara tersembunyi kerana mereka sangat menyakini bahawa Allah SWT sentiasa melihat perbuatan mereka. Aturan Fekah (syariat) sebagai Landasan Amalan Para pelajar yang memiliki akidah yang jitu dapat memahami dengan jelas akan hala tuju kehidupan mereka sama ada untuk kepentingan dunia dan juga akhirat. Mereka mempunyai kesedaran bahawa tujuan mereka diciptakan adalah semata- 64

Fardhu Ain Sebagai Kerangka Pembentukan Disiplin Pelajar Di Institusi Pendidikan Islam Muslihah Mazlan, Mohd Azam Yahya, & Fatimah Nadirah Mohd Noor mata untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Sepertimana firman Allah SWT dalam surah adz-zariyat ayat 56: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku Terdapat empat bahagian (rubu ) dalam llmu Fekah pula berhubung dengan syariat yakni bahagian ibadah, muamalat, munakahat dan jinayah (Muhammad Syukri Salleh, 2003). Syariat adalah hukum-hukum perundangan yang bertujuan mengatur kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam adalah seimbang dan mudah dalam semua perkara. Syariat dalam Islam adalah bersumberkan al-quran, al-hadith, Ijma ulama dan Qiyas. Hak mutlak dalam menentukan hukum adalah milik Allah SWT sementara ulama dibenarkan dalam berijtihad dalam perkara-perkara yang tidak dinaskan oleh al-quran dan al-hadith secara jelas (Mohd Asri Abdullah et al., 2007). Ilmu fekah ini menyediakan kaedah-kaedah menjadikan usaha pembentukan disiplin pelajar tersebut itu sebagai ibadah. Hal ini kerana para pelajar akan bersungguh-sungguh melaksanakan tuntutan sebagai seorang mukmin disamping berusaha mencari kejayaan didunia dan diakhirat dengan cara yang diredhai Allah SWT. Selain itu, sekiranya pelajar yang melanggar peraturan sekolah didapati bersalah maka ia wajar dihukum dengan sistem hukuman. Sistem hukuman yang dijalankan di sekolah harus berasaskan prinsip, pencegahan yang berupaya mengelak daripada berlakunya kerosakan moral yang boleh menghalang perkembangan pembelajaran pelajar (Ahmad Kilani Mohamed, 2003:156). Ia berasaskan kaedah yang dianjurkan oleh ajaran agama Islam dan dijalankan secara berperingkat. Tujuan pelaksanaan sistem hukuman adalah untuk mendidik pelajar agar insaf dengan kesalahan yang dilakukan dan menghargai peraturan dan undang-undang. Maka ianya harus sesuai dan munasabah dengan kes-kes disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Hukuman disiplin sekolah dibahagikan kepada dua bentuk hukuman iaitu hukuman berbentuk fizikal dan yang bukan berbentuk fizikal. Hukuman fizikal ialah mengenakan hukuman yang menimbulkan rasa sakit kepada para pelajar berkenaan dengan cara pukulan atau rotan atau meletakkan pelajar dalam keadaan yang kurang selesa dalam jangka masa tertentu. Manakala hukuman yang bukan berbentuk fizikal pula adalah hukuman yang bersifat psikologi yang dikenakan atas pelajar berkenaan. Contohnya memberikan amaran kepada pelajar sebagai hukuman yang terpaksa ditanggung kerana melanggar disiplin sekolah (Ahmad Kilani Mohamed, 2003:162). 65

Hukuman Disiplin dan Jenis Mengikut Perspektif Islam Dalam syariat Islam pelaksanaan sistem hukuman ini diambil daripada perkataan al- Uqubah atau al- Iqaab yang diulang sebnayak 26 kali didalam al-quran (Umar Muhammad al-tumi al-shaibani. 1979:455). Dari segi bahasa ialah: Sesuatu boleh menyakitkan yang dikenakan ke atas orang yang melanggar peraturan. Al-Mawardi mendefinisikan al- Uqubah menurut syariah Islam sebagai: Hukuman yang ditentukan oleh Allah Taala keatas orang yang melanggar perintah dan larangan kerana didorong oleh hawa nafsu sehingga lupa kepada pembalasan akhirat demi untuk memenuhi kelazatan dunia. Ia sebagai satu usaha untuk menjaga masyarakat umum dan hukum taklif dapat disempurnakan (Umar Muhammad al-tumi al-shaibani. 1979:455). Al- Uqubah dalam syariat Islam juga ditakrifkan sebagai: sesuatu balasan yang berasaskan syariat bertujuan untuk menolak kerosakan dan menyuburkan perkembangan yang baik. Allah swt telah menentukan hukuman tersebut sebagai satu cara untuk menghalang manusia daripada melakukan sesuatu yang bercanggah dengan ajaran agama. Hukuman ini merupakan ancaman yang menakutkan dan dengan itu, apa yang diharamkan oleh Allah swt akan ditinggalkan dan apa yang diperintah oleh-nya akan dilaksanakan. Kesalahan disiplin di institusi pendidikan di Malaysia sebahagian besarnya adalah berkaitan dengan kesalahan takzir menurut hukum Islam. Ia tertakluk kepada peruntukan hukuman yang ditentukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan dilaksanakan berdasarkan budi bicara pihak berkuasa di sekolah. Dalam konteks hukuman yang melibatkan disiplin pelajar dan berlandaskan kepada pengaplikasian hukuman takzir dalam Islam, guru dan lembaga disiplin sekolah boleh bertindak sebagai qadi dan hakim dalam menentukan hukuman terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin. Al- Uqubah dalam syariat Islam sebenarnya bertujuan untuk memperbaiki kehidupan manusia, mendidik dan melindungi kepentingan dan hak-hak individu dan masyarakat. Perkara ini tidak terkeluar daripada skop pendidikan yang merangkumi pendidikan masyarakat dan umat secara keseluruhannya. Dalam pengurusan institusi pendidikan Islam, matlamat hukuman adalah untuk menjaga nyawa, harta, keturunan dan agama. Ia juga bertujuan untuk menjaga masyarakat Islam dari terdedah kepada pelbagai jenis jenayah yang boleh mengancam keselamatan diri, keluarga dan Negara. Hukuman juga bertujuan untuk mendidik mereka yang melakukan kesalahan yang bertentangan dengan norma masyarakat supaya insaf dan kembali ke pangkal jalan (Abdul Qadir Audah, 1968:609). Syarat dan Prinsip Asas dalam Melaksanakan Hukuman Berdasarkan Perspektif Islam. Terdapat beberapa syarat dan prinsip asas yang perlu difahami dalam melaksanakan sesuatu hukuman menurut perspektif Islam. Ia merangkumi lima 66

Fardhu Ain Sebagai Kerangka Pembentukan Disiplin Pelajar Di Institusi Pendidikan Islam Muslihah Mazlan, Mohd Azam Yahya, & Fatimah Nadirah Mohd Noor aspek berikut iaitu kepentingan menjaga perbezaan individu yang dikenakan hukuman, mengambil kira kedudukan kesalahan dari segi tingkat bahayanya kepada masyarakat, menangguhkan atau tidak menjatuhi hukuman kecuali telah diperolei bukti yang cukup tanpa wujud keadaan yang meragukan, memperakui kemuliaan manusia dan dilaksankan dengan semangat keperimanusiaan yang tinggi dan hukuman bertujuan untuk menggugurkan kesalahan dan mendidik orang melakukan kesalahan hendak dititikberatkan. Prinsip 1: Kepentingan Menjaga Perbezaan Individu Yang Dikenakan Hukuman Hakim mahupun guru disiplin merupakan mereka yang bertanggungjawab didalam melaksanakan sesuatu hukuman. Namun demikian, setiap hukuman yang dijalankan seharusnya bertujuan untuk mendidik dan memperbaiki personaliti atau akhlak. Setiap individu yang diberikan hukuman perlulah dilihat dari sifat individu tersebut. Hal ini kerana setiap manusia mempunyai sifat yang berbeza. Bagi sesetengah manusia menasihati dengan lemah lembut sudah mencukupi. Namun demikian, ada manusia yang mendengar nasihat dengan cara memberi amaran keras mahupun rotan. Dalam melaksanakan hukuman, prinsip yang penting ialah mencegah orang daripada melakukan kesalahan atau mengulangi semula kesalahan yang lalu. (Jum ah Amin Abd Aziz, 1989:97). Hal ini merupakan hikmat mengapa hukum syariat perlu dilaksanakan. Hikmat hukuman disebut oleh Ibn. Qayyim al-jawziah sebagai falsafah yang wujud keringanan dan kekerasan pada tempatnya yang bersesuaian. Fakta ini disokong oleh Tahir bin Ali Husein ketika menasihati anaknya Abdullah yang dilantik oleh Khalifah Al-Ma mun sebagai seorang duta di salah satu wilayah yang dikuasai oleh orang Islam. Beliau menasihati anaknya dengan berkata laksanakanlah hukum hudud Allah S.W.T ke atas mereka yang melakukan kesalahan dan jenayah dengan kadar hukuman yang sesuai dengan kedudukan mereka. Jangan sekali-kali kamu membatalkan atau menangguhkan hukuman ke atas mereka yang telah sabit kesalahan kerana sikap kamu yang suka melengah-lengahkan perlaksanan hukuman akan menjatuhkan maruah dan kredibiliti kamu sebagai hakim di tempat tersebut. (Umar Muhammad al-tumi al-shaibani, 1979: 469-470) Disamping itu, pelajar harus dilayani sebagai individu yang berlainan yang memiliki ciri-ciri keperibadian, kebolehan dan keupayaan yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, syarat dan prinsip yang berbentuk mendidik mestilah menggambarkan hukuman yang terbaik dan mampu memberi pengajaran, sekaligus mengurangkan kes-kes jenayah dan menjadikan pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat yang boleh dipertanggungjawabkan. 67

Prinsip 2: Mengambil Kira Kedudukan Kesalahan dari Segi Tingkat Bahayanya kepada Masyarakat Prinsip kedua yang harus dititik beratkan ialah kedudukan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Kesalahan yang dilakukan perlulah dilihat dari aspek atau jenis kesalahan dan jenayah yang dilakukan sama ada ia melibatkan jenayah yang serius mahupun tidak. Kesalahan menurut pandangan Ibn Qayyim al-jawziah mempunyai pelbagai tingkatan dari segi mudarat, sama ada seperti perbezaan tingkatan yang dikategorikan sebagai maksiat kecil dan maksiat besar. Oleh itu, Menjatuhkan hukuman kepada pelajar perlulah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan serta mengikut tatacara perlaksanaan hukuman yang ditetapkan. Prinsip 3: Menangguh Atau Tidak Menjatuhkan Hukuman Kecuali Setelah Memperoleh Bukti Yang Cukup Tanpa Wujud Keadaan Yang Meragukan. Firman Allah S.WT Manusia tidak diberi ganjaran kecuali yang selaras dengan apa yang diusahakan (Surah al-najm: 39) Kesempurnaan hukuman dalam syariat Islam ialah prinsipnya yang tidak menghukum seseorang selagi tidak dibuktikan bersalah kecuali wujud bukti yang jelas tanpa ada sedikit unsur yang meragukan. Oleh demikian itu, adalah penting bagi guru-guru bagi menyiasat kesalahan yang dilakukan oleh pelajar agar hukuman yang dikenakan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Antara syarat yang perlu dipenuhi oleh mereka yang mengaku melakukan kesalahan jenayah ialah pengakuan yang bersifat berterusan dan tidak berubahubah. Pengakuan hendaklah menggunakan lafaz yang saleh dan terang, senang difahami dan tidak mengelirukan (Ali dan Farid, 1984:205). Ikrar yang dilakukan mestilah secara suka rela dan tiada paksaan. Selain daripada itu, ikrar yang dilakukan mestilah mereka yang sudah cukup umur (baligh) dan waras fikirannya. Perkara lain yang diperlukan ialah pengakuan daripada orang yang dizalimi tentang kebenaran perlakuan penjenayah oleh pihak yang bersalah. Sekiranya si pelaku orang yang tidak sempurna akalnya maka hukuman hudud tidak akan dikenakan kerana gugur dari unsur taklif. Sabda Nabi yang bermaksud: Gugur taklif kepada tiga jenis manusia iaitu orang yang tidur sehingga dia bagun daripada tidurnya, kanak-kanak sehingga dia mengalami mimpi dan orang gila sehingga sempurna akalnya (Hadith riwayat Ahmad) Selain daripada itu, sekiranya wujud paksaan dalam persaksian, maka persaksiaanya tidak diambil kira sebagai bukti dalam keterangan di mahkamah. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Gugur daripada umatku kesalahan-kesalahan 68

Fardhu Ain Sebagai Kerangka Pembentukan Disiplin Pelajar Di Institusi Pendidikan Islam Muslihah Mazlan, Mohd Azam Yahya, & Fatimah Nadirah Mohd Noor yang dilakukan secara tidak sengaja, kesalahan yang dilakukan kerana lupa dan kerana dipaksa. Kesimpulannya ialah pentingnya guru dan lembaga disiplin sekolah meneliti secara keseluruhan terhadap kesalahan disiplin yang dilakukan oleh seseorang pelajar samaada secara paksa mahupun sebaliknya. Guru dan lembaga disiplin seharusnya menyediakan saksi bagi setiap pertuduhan yang dilakukan agar keputusan yang dilakukan lebih telus tanpa wujud sebarang permusuhan yang lain. Orang yang bertindak sebagai saksi mestilah menyaksikan perlakuan jenayah tersebut dan tidak menimbulkan keraguaan. Firman Allah swt: dan janganlah kamu memperkatakan sesuatu tanpa ilmu yang tepat tentang perkara tersebut kerana pendengaran kamu, penglihatan dan hati kamu pasti akan dipertanggungjawabkan. (Suruh Al-Israa 17: 36) Selain daripada itu, persaksian yang bercanggah dengan dakwaan kes atau tidak selaras antara keduanya, dengan sendirinya terbatal. Oleh demikian, perlu diperakui bahwa syariat islam tidak menjatuhkan hukuman ke atas individu yang didakwa bersalah selagi wujud keraguan sama ada kesalahan itu termasuk kesalahan Hudud mahupun takzir. Prinsip 4: Memperakui Kemuliaan Manusia Dan Dilaksanakan Dengan Semangat Perikemanusiaan Yang Tinggi, Keadilan Dan Sama Rata Terhadap Sesama Manusia Hukuman yang dilaksanakan hendaklah mengelak daripada unsur menghina, memperkecilkan kedudukan seseorang dan kekerasan yang melampau sehingga mengatasi kedudukan jenayah yang dilakukan. Firman Allah swt: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sebahagian antara kamu menghina sebahagian yang lain kerana siapalah yang tahu bahawa mereka yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina dan janganlah sebahagian wanita menghina wanita lain kerana manalah tahu mereka yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina. Janganlah kamu menghina diri sendiri dan janganlah kamu saling menggelar antara satu dengan lain dengan gelaran buruk. Sesiapa yang tidak bertaubat maka mereka termasuk orang-orang yang zalim. (Surah al-hujurat 49:11) Dalam melaksanakan hukuman disiplin di sekolah adalah penting untuk membuat keputusan sama ada seseorang pelajar itu benar-benar melakukan kesalahan. Sekiranya tidak ada bukti yang mencukupi maka kesalahan harus 69

digugurkan. Hal ini kerana memastikan pelajar yang dituduh bersalah tidak dihina mahupun diperkecilkan dan sekaligus mampu mengganggu pembelajaran, mental dan emosi pelajar tersebut. Firman Allah swt bermaksud: Sekiranya kamu menghukum antara manusia, maka hendaklah kamu menghukum dengan cara yang adil. (Surah al-nisaa 4:58) Dalam pemikiran Islam, Al- Uqubah ditegakkan berdasarkan prinsip sesuatu jenis dosa tidak boleh dihapuskan dengan melakukan dosa yang lain sama jenis dengan dosa yang pertama. Oleh itu, pihak berkuasa tidak boleh membakar pakaian penjenayah yang membakar baju orang lain dan tidak boleh memusnahkan rumah penjenayah yang memusnahkan rumah orang lain. Syariat Islam menentukan bahawa sesiapa yang memusnahkan barang milik orang lain maka, dia dikenakan hukuman denda mengganti barang yang sama seperti yang telah dimusnahkan. Selain daripada itu, Al-quran menentukan bahawa hukuman pembalasan itu mestilah selaras dan serasi dengan tanggungjawab seseorang itu. Di samping itu, perlu diberi penekanan kepada menggandakan kebaikan, menyebar luaskan rahmat dan mengutamakan sifat suka memaafkan orang lain. Firman Allah swt bermaksud: Sesiapa yang melakukan satu kebaikan, maka diberikan ganjaran kepadanya sepuluh kali ganda dan sesiapa yang melakukan satu keburukan maka dia tidak dibalasi kecuali sama dengan perbuaran tersebut dan mereka sekali-kali tidak akan dizalimi. Sesiapa yang melakukan kebaikan maka dia akan diganjari dengan sesuatu yang lebih baik dan sesiapa yang melakukan keburukan mereka tidak akan dibalasi kecuali ditaksir dengan apa yang mereka amalkan. (Surah al-an am 6: 160) Menurut Al-Jahiz: Antara akhlak seseorang pemerintah ialah mengelak daripada melaksanakan hukuman ketika beliau dikuasai perasaan marah. Perasaan marah akan menyebabkan pemerintah tersebut menghukum melebihi batas-batas yang dibenarkan dalam agama. Oleh itu, amat penting bagi seseorang guru disiplin mengkaji masalah secara terperinci dan tidak terburu-buru agar nafsu marah terhindar semasa melakukan penilaian ke atas sesuatu masalah disiplin. 70

Firman Allah swt bermaksud: Fardhu Ain Sebagai Kerangka Pembentukan Disiplin Pelajar Di Institusi Pendidikan Islam Muslihah Mazlan, Mohd Azam Yahya, & Fatimah Nadirah Mohd Noor Sesungguhnya kamu akan dibalasi hanya dengan balasan yang sesuai dengan apa yang kamu lakukan (Surah: al-muddaththir 74: 38) Oleh itu, orang yang terlibat dalam sistem pendidikan khususnya mereka yang ada autoriti melaksanakan hukuman disiplin di sekolah harus cuba sedaya upaya untuk merealisasikan prinsip hukuman di sekolah sebagai satu cara untuk menguatkuasakan disiplin di kalangan pelajar di sekolah. Pendidikan islam dan tokoh-tokohnya pada zaman yang silam beranggapan bahawa hukuman disiplin di sekolah mempunyai banyak persamaan dengan sistem hukuman Al- Uqubah secara umum dalam islam. Prinsip 5: Hukuman itu bertujuan untuk menggugurkan kesalahan dan mendidik orang yang melakukan kesalahan hendak dititkberatkan Hukuman bertujuan mengembalikan pelajar kepada fungsi sebenar iaitu menuntut ilmu dan bersedia untuk mempertingkatkan dirinya sebagai pelajar cemerlang dan berdisiplin. Menurut Syeikh Abu Zahrah: kaedah feqah yang diambil daripada nas Al- Quran dan sunnah jelas menunjukkan bahawa hukuman diringankan kepada golongan fakir miskin selari dengan kaedah jenayah itu dianggap lebih serius sekiranya dilakukan oleh orang yang ternama dalam masyarakat. Oleh itu, hukuman perlulah selari dengan kedudukan seseorang. Bertolak daripada prinsip yang disebut di atas maka guru disiplin wajiblah mengamalkan sikap tidak berputus asa dalam mendidik dan memperbaiki akhlak pelajarnya walau besarnya kesalahan disiplin yang mereka lakukan. Ilmu Tasauf (akhlak) sebagai Buah Keimanan Ilmu Tasauf pula berhubungan dengan akhlak. Ia memandu mengenali sifat-sifat terkeji (mazmumah) yang ada dalam diri masing-masing dan menyediakan kaedah-kaedah menghapuskan serta menggantikannya dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah). Ilmu tasauf menyediakan manusia dengan sifat-sifat terpuji agar pembangunan dapat dilaksanakan dengan jujur, amanah dan berakhlak (Muhammad Syukri Salleh, 2003). Akhlak adalah merupakan perkataan bahasa arab yang bererti tingkahlaku, perangai atau keperibadian. Menurut al-ghazali, akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dengannya lahir sesuatu perbuatan dan tingkahlaku. Perbuatan atau tingkahlaku ini terjadi dengan spontan hasil dari pancaran rohani (Mohd Asri Abdullah et al., 2007). 71

Para pelajar yang berakhlak adalah manifestasi dari akidah. Tanpa akidah tidak mungkin para pelajar mampunyai akhlak yang baik. Kegagalan umat pada akhir ini adalah kegagalan dalam pendidikan keimanan dan pendidikan akhlak sehingga menyimpang dari nilai-nilai Islam (Yusuf al-qardawi, 2000). RUMUSAN Secara keseluruhannya, hasil analisis menunjukkan ilmu fardhu ain yang meliputi ilmu Tauhid (akidah), ilmu Fekah (syariat) dan ilmu Tasauf (akhlak) mampu memberikan kesan kepada pembentukan disiplin pelajar. Hal ini kerana elemen Tauhid (akidah) akan membina hubungan ketuhanan antara pelajar dengan tuhan. Manakala elemen Fekah (syariat) juga terangkum syariat yang menjadi peraturan dan landasan kehidupan yang akhirnya akan membentuk disiplin pelajar yakni akhlak diri pelajar. BIODATA PENULIS Muslihah Ramlan memperoleh Ijazah Sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat sebagai pensyarah Akademi Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Melaka. Mohd Azam Bin Yahya memperoleh Ijazah Sarjana Dakwah dan Kepimpinan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Muda Dakwah Islamiyyah, Uni Al-Azhar. Kini berkhidmat sebagai Dekan Akademi Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Melaka. Fatimah Nadirah Mohd Noor memperoleh Ijazah Sarjana Usuluddin dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda Quran Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia. Kini berkhidmat sebagai pensyarah Akademi Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Melaka. 72

RUJUKAN Abdul Raof Dalip. (1992). Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pengetahuan Agama Islam di Sekolah Menengah dlm. Pendidikan Islam Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdullah Nasih Ulwan. (1981). Tarbiyat al-aulad fi al-islam. Jil. 1. (Ulang cetak sejak 1976). Beirut: Dar al-salam Ahmad Kilani Mohamed (2003). Pengurusan Pendidikan di Sekolah Huraian Menurut Perspektif Islam. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Qadir Ahmad Atha,(t.t). Al-Amr Bi Al-Ma ruf Wa Al-Nahyu Ani Al- Munkar. Misr: Dar Al-Nasr Littiba ah Al-Islamiyyah. Al-Syaibani (1975). Falsafah al-tarbiyyah al-islamiyyah. Libya: Al-mansya ah alammah li al-nasyr wa al-tauzi wa al-i lam Muhammad Syukri Salleh. (2003). 7 Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Zebra Editions Sdn Bhd. Muhammad Imaduddin Abdulrahim. Siri Monograf IKD. Semangat Tawhid & Motivasi Kerja. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar(IKD) Malaysia. Mohd Asri Abdullah et al. (2007). Prinsip-Prinsip Asas Islam. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Mohd Sulaiman Yasin. t.t. Pengantar Akidah. Bangi: Selangor. Mohd Yusoff Abas, 2005. Matlamat dan Tujuan Ibadah Dalam Islam. Terengganu: Aspirasi Teras Sdn Bhd. Saidi Bin Daud. (2008). Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin dikalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar, Daerah Klang, Selangor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Umar Muhammad Al-Tumi Al-Shaibani. 1986. Falsafah Al-Tarbiyyah Al- Islamiyyah. Cet. 6. Tarablus : Al-Mansha ah Al- Ammah Lil-Nashr. Yusuf al-qardawi.(2000). Ummatuna Baina Qarnain. Misr. Dar al-syuruq 72