Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faktor-Faktor Mempengaruhi Sumbangan Wakaf Tunai di Kuis

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

COMMUNITY AWARENESS AND UNDERSTANDING OF WAQF IN MALAYSIA: EXPERIENCE OF THE STATES ISLAMIC RELIGIOUS COUNCIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 3, (page ), Corrrespondence: Norita Kamaruddin

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

WAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA)

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM DI SELANGOR BERKAITAN DERMA SUSU ABSTRAK

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

PEMERKASAAN SISTEM ZAKAT DI MALAYSIA: PERMASALAHAN DAN CADANGAN PELAKSANAAN

Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful (Non Muslim Student s Perception on Takaful) IZZATI LIYANA AWANG & HENDON REDZUAN ABSTRAK

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

ABSTRAK. pada suatu ketika dahulu contohnya di zaman kerajaan Uthmaniyyah. Kajian ini

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

[SV 9] MENGANALISIS ISU HALAL TERHADAP SEKTOR PERKHIDMATAN HOTEL DI MALAYSIA. Nursyahida Jaafar¹ & Mohamad Ghozali Hassan²

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

MODEL PENGURUSAN SURAU ORANG ASLI DI SELANGOR

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

KEPATUHAN MEMBAYAR ZAKAT FITRAH: ANALISIS KUTIPAN DAN KETIRISAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DI TERENGGANU

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

AMALAN PEMBELIAN PRODUK HALAL DALAM KALANGAN PENGGUNA ISLAM DI ALOR GAJAH, MELAKA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

APLIKASI PRINSIP BERKEKALAN WAKAF DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TERPILIH: PERSPEKTIF PERUNDANGAN

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PELABURAN DANA SEDEKAH MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

Transcription:

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor AHMAD FATIN BIN MOHAMAD SUHAIMI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ahmadfatin@kuis.edu.my SAFURA BINTI AHMAD SABRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor safura@kuis.edu.my MOHAMMAD AIZHAM BIN MOHAMMAD KASSIM Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor aizham@kuis.edu.my HAZLIN FALINA BINTI ROSLI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor hazlinfalina@kuis.edu.my ABSTRAK Dewasa ini, wakaf dilihat sebagai salah satu instrumen yang dapat membantu meningkatkan pembangunan ekonomi ummah. Hal ini dapat dilihat dengan berlakunya peningkatan inovasi terhadap amalan berwakaf, seperti wakaf tunai, hotel wakaf, saham wakaf dan universiti wakaf. Walaubagaimanapun, inovasi ini perlulah disokong dengan peningkatan kefahaman masyarakat ke atas wakaf. Ini kerana dengan kefahaman yang betul barulah dapat meningkatkan kesedaran masyarakat untuk berwakaf. Justeru kajian ini dilakukan bagi melihat sejauhmana tahap kefahaman masyarakat berhubung dengan amalan berwakaf. Metodologi kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah kuantitatif. Kajian berbentuk deskriptif ini dilaksanakan menerusi perolehan maklumat dari 117 responden melalui borang soal selidik yang telah diedarkan dan dianalisis dengan melihat kepada skor min. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman masyarakat ke atas konsep wakaf adalah pada tahap sederhana. Diharapkan dapatan dari kajian ini akan dapat membantu meningkatkan lagi pembangunan institusi wakaf pada masa hadapan. Kata kunci: Kefahaman, Wakaf PENDAHULUAN Institusi wakaf dianggap sebagai antara senjata yang penting dalam pembangunan ekonomi umat Islam. Ianya terbukti ketika zaman kegemilangan pemerintahan khilafah Uthmaniyah, di mana harta wakaf dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan dalam membiayai aktiviti kebajikan masyarakat, keagamaan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Selain itu, di antara bukti keberkesanan wakaf yang masih utuh sehingga kini ialah Universiti al-azhar, Mesir. Tempoh penubuhan universiti tersebut lebih daripada 1000 tahun serta masih dibiayai oleh perbadanan wakaf Negara tersebut sehingga kini. Amalan wakaf merupakan gabungan di antara dua elemen, iaitu elemen rohaniah dan kebendaan. Ini kerana seseorang yang berwakaf itu pada asalnya mengharapkan ganjaran pahala yang berterusan di samping melakukan amalan kebajikan. Kemajuan institusi wakaf hanya akan dapat digapai sekiranya masyarakat sedar serta memahami tentang kepentingan berwakaf. 373

Ini kerana kemajuan ekonomi sesebuah Negara adalah bergantung kepada masyarakat sesebuah Negara tersebut. Tanpa pemahaman yang sebenar, institusi wakaf hanya akan berada di tahap yang sama tanpa perkembangan yang sepatutnya. Pada hakikatnya, kesedaran terhadap amalan berwakaf telah lama sebati di dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Hal ini terbukti dengan wujudnya tanah-tanah yang telah diwakafkan oleh generasi lampau. Namun amalan wakaf hanya dilihat tertumpu pada sudut ibadat khusus sahaja dengan terbinanya masjid serta surau wakaf, tanah perkuburan dan sekolah agama (Saharudin, Saifoul & Jamal, 2003). Terdapat juga tanah-tanah wakaf yang terbiar akibat daripada kurangnya minat pelabur dalam membangunkan tanah-tanah tersebut oleh kerana kedudukan tanah tersebut yang tidak strategik (Norhaliza, 2009). Perkara ini berlaku kerana tanah yang diwakafkan agak terpencil atau kesesuaiannya lebih kepada ibadat khusus sahaja. Pada masa kini, wakaf di negeri Selangor telah melalui pelbagai inovasi bagi menghasilkan sistem wakaf yang lebih produktif. Pelbagai projek baru telah diperkenalkan seperti klinik wakaf, penyediaan lot kedai serta premis perniagaan dan lain-lain. Malah produk bagi mengumpulkan dana wakaf juga telah diperkenalkan seperti wakaf tunai, wakaf seni, skim infaq dan lain-lain. Kewujudan projekprojek serta produk-produk baru ini perlulah diikuti dengan peningkatan kefahaman masyarakat bagi menjayakannya. Kemungkinan kesedaran itu telah wujud namun pemahaman yang sebenar perlulah lebih diutamakan.. KAJIAN LEPAS Penulisan serta kajian mengenai kesedaran dan kefahaman masyarakat di Malaysia berkenaan institusi wakaf kurang dilaksanakan. Kebanyakan kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepada perundangan serta isu-isu semasa mengenainya. Topik ini dilihat hanya dibincangkan secara tidak langsung di mana kebiasaannya disentuh di dalam cadangan serta saranan untuk mengadakan program bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai institusi wakaf khususnya dengan perkembangan institusi ini ke arah lebih kontemporari. Walaubagaimanapun, kebanyakan kajian bersetuju dengan kurangnya kesedaran serta kefahaman masyarakat mengenai institusi ini. Kesedaran serta kefahaman masyarakat dalam sesuatu perkara merupakan tunggak atau asas kepada kejayaan sesebuah Negara di dalam pembangunan ekonomi. Ini kerana masyarakat sebagai penduduk di sesebuah Negara bertindak selaku agen ekonomi. Oleh itu, tahap kefahaman masyarakat perlulah diambil berat dalam menjayakan sesuatu objektif. Mengikut kajian pada tahun 2012, kefahaman pengguna berkaitan institusi wakaf masih berada di tahap sederhana (Afendi, 2012). Ini membuktikan masyarakat masih belum sedar nilai sebenar institusi wakaf. Masih terdapat lagi golongan yang keliru di antara wakaf dan sedekah sedangkan kedua-duanya mempunyai perbezaan serta konsepnya yang tersendiri. Kelayakan orang bukan Islam dalam menerima manfaat wakaf juga masih dipersoalkan oleh masyarakat. Ini membuatkan skop wakaf menjadi lebih kecil dari yang sepatutnya Kajian daripada Norizah Mohamed (2014) menyatakan kebanyakan responden dari kajiannya masih kurang kefahaman mengenai institusi wakaf. Terdapat responden yang terkeliru di antara amalan berwakaf dengan sedekah serta kebanyakannya hanya mengetahui ibadah wakaf yang bersifat klasik seperti tanah perkuburan, masjid dan sebagainya. Pengetahuan mengenai wakaf kontemporari masih tidak meluas lagi di kalangan masyarakat amnya dan responden khasnya. Malah terdapat juga responden yang mengetahui mengenai amalan ini tetapi belum pernah berwakaf. Menurut kajian yang dilakukan keatas warga UiTM di Zon Tengah iaitu Selangor, Perak dan Negeri Sembilan, kajian mendapati bahawa tahap kefahaman responden masih lagi rendah dan berada di 374

tahap sederhana, walaupun terdapat di antara responden tersebut yang mempunyai pengalaman di dalam berwakaf. Di antara soalan-soalan yang diutarakan di dalam kajian ini adalah berkaitan harta wakaf tidak boleh diwariskan kepada waris pewakaf, harta wakaf tidak boleh dilaburkan serta kegunaan harta wakaf hanyalah untuk tujuan keagamaan sahaja. Penulis mencadangkan agar kefahaman mengenai wakaf dipupuk sejak di bangku sekolah lagi bagi menggalakkan amalan ini berkembang (Baharuddin, 2006). Menurut Datuk Haji Anan (2012) pula, Institusi wakaf pada zaman ini telah berkembang di mana turut memfokuskan kepada pembangunan dari sudut ekonomi seperti pembinaan rangkaian hotel-hotel wakaf oleh pihak MAIN dan kerajaan. Namun, terdapat sebilangan masyarakat yang mempersoalkan mengenai pembinaan ini di mana akan mengundang kepada gejala maksiat, sedangkan pembinaan hotel-hotel ini memenuhi tuntutan fardhu kifayah bagi memenuhi keperluan umat Islam yang sedang bermusafir. Walaubagaimanapun, pihak pengurusan hotel disyaratkan agar pengurusannya sentiasa mematuhi syariah. Perkara ini terjadi kerana kurangnya kefahaman masyarakat mengenai institusi wakaf. Berdasarkan pengalaman Yayasan Wakaf Malaysia ketika menganjurkan Festival Pembangunan Ekonomi Islam di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur pada 22 26 Januari 2009, mereka mendapati bahawa masyarakat masih lemah dalam pengetahuan mengenai konsep wakaf serta potensinya dalam membangunkan tahap sosio-ekonomi ummah. Malah, kesedaran masyarakat mengenai ganjaran pahala yang diperolehi dari amalan ini juga masih rendah (Azri, 2008). Kajian daripada Farhana (2014) mendapati bahawa kesedaran masyarakat di Malaysia terhadap institusi wakaf adalah berbeza mengikut negeri akibat daripada pendekatan MAIN yang berbeza dalam membangunkan harta wakaf. Oleh itu, pihak MAIN hendaklah menggunakan pelbagai saluran yang ada dalam menyebarkan maklumat mengenai wakaf bagi menimbulkan kesedaran serta kefahaman di kalangan masyarakat. Hal ini bagi mendapatkan sokongan padu daripada masyarakat dalam membangunkan sesebuah projek wakaf (Anan, 2012). Amalan berwakaf perlulah dipromosikan secara lebih ekstensif bagi memberikan kesedaran tentang potensi wakaf sebagai medium pemacu ekonomi (asykin, 2013). Kesimpulannya, kejayaan sebenar institusi wakaf adalah bergantung kepada kefahaman yang jelas mengenai peranan serta matlamatnya oleh masyarakat dan kesedaran yang mendalam mengenai amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pihak MAIN dalam menjaga kepentingan dan memelihara harta wakaf (Amini, 2013). Saharudin, Saifoul & Jamal (2003) turut menyimpulkan bahawa sikap bekerjasama serta keseragaman pengurusan dan pelaksanaan akan mencerminkan kejayaan institusi ini di masa akan datang. METODOLOGI KAJIAN Penyelidikan yang dijalankan adalah berbentuk kajian kuantitatif. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah dari soal selidik dan kaedah dokumentasi. Pengumpulan data adalah berasaskan kepada dua sumber, iaitu data primer dan data sekunder. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan secara rawak dan penjawat awam yang bekerja di negeri Selangor dijadikan sebagai sampel dalam kajian ini. Bagi melihat tahap kefahaman, dapatan kajian dianalisa dengan menggunakan analisa diskriptif bagi menganalisa maklum balas responden serta melihat kepada kadar min. 375

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT MENGENAI KONSEP WAKAF Berikut adalah analisis daripada soalan-soalan yang diajukan kepada responden melalui borang soal selidik bagi menilai tahap kefahaman masyarakat mengenai institusi wakaf. Berdasarkan jadual 1, kebanyakan responden bersetuju dengan pengertian wakaf adalah menahan hak pewakaf ke atas hartanya untuk tujuan kebajikan dengan kutipan seramai 59 orang (50.4%). Seterusnya diikuti dengan 29 orang (24.8%) yang tidak pasti dengan penyataan ini, 12 orang (10.3%) tidak setuju, 10 orang (8.5%) sangat setuju dan 7 orang (6%) sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Min bagi pembolehubah ini adalah 3.45. Jadual 1: Wakaf adalah menahan hak pewakaf ke atas hartanya untuk tujuan kebajikan Sangat tidak setuju 6% Tidak setuju 10.3% Wakaf adalah menahan hak pewakaf ke atas hartanya untuk Tidak pasti 24.8% tujuan kebajikan Setuju 50.4% 3.45 Sangat setuju 8.5% Jadual 2 menunjukkan bentuk pernyataan mengenai wakaf adalah bukan meminjamkan hartanya untuk tujuan kebajikan. Sebanyak 42.7% tidak bersetuju diikuti dengan 24.8% setuju, 18.8% tidak pasti, 12.8% sangat setuju dan 0.9% sangat tidak setuju. Min bagi pembolehubah ini adalah 3.06. Jadual 2: Wakaf adalah bukan meminjamkan hartanya untuk tujuan kebajikan Sangat tidak setuju 0.9% Tidak setuju 42.7% Wakaf adalah bukan meminjamkan hartanya untuk tujuan Tidak pasti 18.8% kebajikan Setuju 24.8% 3.06 Sangat setuju 12.8% Berdasarkan jadual 3, kebanyakan responden iaitu seramai 81 orang (69.2%) bersetuju dengan kenyataan wakaf merupakan sadaqah jariah, diikuti dengan 27 orang (23.1%) sangat setuju dengan kenyataan tersebut. Manakala terdapat 6 orang dengan peratusan 5.1% tidak pasti, 2 orang (1.7%) tidak setuju dan seorang responden (0.9%) sangat tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Min bagi pembolehubah ini adalah 4.12. Jadual 3: Wakaf merupakan sadaqa jariyyah Sangat tidak setuju 0.9% Tidak setuju 1.7% Wakaf merupakan sadaqa jariyyah Tidak pasti 5.1% 4.12 Setuju 69.2% Sangat setuju 23.1% Jadual 4 menunjukkan min bagi pembolehubah sebanyak 2.71 serta peratusan jawapan responden mengenai kenyataan syarat sah wakaf adalah sama seperti sedekah. Majoriti responden dengan jumlah 55 orang (47%) tidak pasti dengan kenyataan tersebut. Terdapat 46 orang (39.3%) yang bersetuju serta 4 orang (3.4%) sangat setuju. Manakala 8 orang (6.8%) tidak setuju dan 4 orang (3.4%) sangat tidak setuju dengan kenyataan tersebut. 376

Jadual 4: Syarat sah wakaf adalah berlainan dengan sedekah Sangat tidak setuju 2.6% Tidak setuju 39.3% Syarat sah wakaf adalah berlainan dengan sedekah Tidak pasti 47% 2.71 Setuju 6.8% Sangat setuju 4.3% Jadual 5 menunjukkan jumlah peratusan jawapan responden mengenai kenyataan fizikal harta wakaf hendaklah berkekalan dan tidak mudah rosak. Responden yang bersetuju adalah seramai 53 orang dengan peratusan 45.3%. Responden yang memilih tidak pasti pula adalah seramai 40 orang dengan peratusan 34.2%. Responden yang tidak bersetuju adalah seramai 15 orang, iaitu 12.8%. Responden yang memilih sangat setuju adalah seramai 7 orang, iaitu 6%. Manakala responden yang memilih sangat tidak setuju pula adalah seramai 2 orang dengan peratusan 1.7% daripada jumlah keseluruhan responden. Hasil min bagi pembolehubah ini adalah 3.41. Jadual 5: Fizikal harta wakaf hendaklah berkekalan dan tidak mudah rosak Sangat tidak setuju 1.7% Tidak setuju 12.8% Fizikal harta wakaf hendaklah berkekalan dan tidak mudah Tidak pasti 34.2% rosak Setuju 45.3% 3.41 Sangat setuju 6% Jadual 6 pula menunjukkan jumlah peratusan jawapan responden mengenai kenyataan seseorang yang dipaksa mewakafkan hartanya tidak dikira sebagai wakaf. Majoriti responden bersetuju dengan kenyataan ini dengan jumlah seramai 45 orang (38.5%) serta 20 orang (17.1%) sangat setuju. Manakala seramai 41 orang responden tidak pasti dengan jumlah peratusan 35%. Seramai 10 orang responden pula (8.5%) tidak bersetuju diikuti dengan seorang responden (0.9%) sangat tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Min bagi pembolehubah ini adalah 3.62. Jadual 6: Seseorang yang dipaksa mewakafkan hartanya tidak dikira sebagai wakaf Sangat tidak setuju 0.9% Tidak setuju 8.5% Seseorang yang dipaksa mewakafkan hartanya tidak dikira Tidak pasti 35% sebagai wakaf Setuju 38.5% 3.62 Sangat setuju 17.1% Jadual 7 pula memaparkan jumlah peratusan jawapan responden berkaitan kenyataan harta yang disewa atau dipinjam tidak dibenarkan untuk berwakaf dengannya. Seramai 16 orang (13.7%) sangat bersetuju dan 31 orang (26.5%) bersetuju dengan kenyataan tersebut. Manakala seramai 60 orang (51.3%) yang juga sebagai majoriti responden tidak pasti dengan kenyataan tersebut. Seterusnya diikuti dengan 10 orang dengan peratusan 8.5% tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Min bagi pembolehubah ini adalah 3.45. 377

Jadual 7: Harta yang disewa atau dipinjam tidak dibenarkan untuk berwakaf dengannya Sangat tidak setuju 0% Tidak setuju 8.5% Harta yang disewa atau dipinjam tidak dibenarkan untuk Tidak pasti 51.3% berwakaf dengannya Setuju 26.5% 3.45 Sangat setuju 13.7% Jadual 8 menunjukkan majoriti responden seramai 44 orang dengan peratusan 37.6% tidak bersetuju dengan kenyataan orang bukan Islam berhak mendapatkan manfaat daripada harta wakaf. Keputusan juga menunjukkan bahawa 36 orang responden (30.8%) tidak pasti dengan kenyataan tersebut. Manakala 25 orang responden bersetuju dengan kenyataan tersebut dengan peratusan sebanyak 21.4%. Seterusnya diikuti dengan 7 responden (6%) sangat setuju dan 5 responden (4.3%) sangat tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Min bagi pembolehubah ini adalah 2.87. Jadual 8: Orang bukan Islam berhak mendapatkan manfaat daripada harta wakaf Sangat tidak setuju 4.3% Tidak setuju 37.6% Orang bukan Islam berhak mendapatkan manfaat daripada Tidak pasti 30.8% harta wakaf Setuju 21.4% 2.87 Sangat setuju 6% Jadual 9 memaparkan jumlah peratusan jawapan responden mengenai kenyataan pewakaf dibenarkan mewakafkan hartanya untuk manfaat ahli keluarganya sahaja. Seramai 13 orang (11.1%) sangat tidak setuju dengan kenyataan tersebut diikuti dengan 42 orang (35.9) tidak setuju. Manakala 20 orang (17.1%) tidak pasti dengan kenyataan tersebut. Seramai 37 orang (31.6%) bersetuju dan 5 orang (4.3%) sangat setuju dengan kenyataan tersebut. Hasil menunjukkan min bagi pembolehubah ini adalah 2.82 dah agak rendah. Jadual 9: Pewakaf dibenarkan mewakafkan hartanya untuk manfaat ahli keluarganya sahaja Sangat tidak setuju 11.1% Tidak setuju 35.9% Pewakaf dibenarkan mewakafkan hartanya untuk manfaat Tidak pasti 17.1% ahli keluarganya sahaja Setuju 31.6% 2.82 Sangat setuju 4.3% Berdasarkan jadual 10, majoriti responden bersetuju dengan kenyataan seseorang yang berwakaf akan memperolehi kebajikan yang berkekalan semasa hidup dan selepas meninggal dunia, dengan jumlah seramai 74 orang (63.2%), diikuti dengan 33 orang (28.2%) sangat setuju. Manakala seramai 6 orang (5.1%) memilih tidak pasti, 3 orang (2.6%) memilih tidak setuju dan seorang responden (0.9%) memilih sangat tidak setuju. Min bagi pembolehubah ini adalah tinggi (4.15) yang menunjukkan tahap kefahaman masyarakat mengenai ganjaran yang akan diterima oleh pewakaf. 378

Jadual 10: Seseorang yang berwakaf akan memperolehi kebajikan yang berkekalan semasa hidup dan selepas meninggal dunia Sangat tidak setuju 0.9% Tidak setuju 2.6% Seseorang yang berwakaf akan memperolehi kebajikan yang Tidak pasti 5.1% berkekalan semasa hidup dan selepas meninggal dunia Setuju 63.2% 4.15 Sangat setuju 28.2% Jadual 11 pula menunjukkan majoriti responden memilih tidak pasti dengan kenyataan seseorang yang telah berwakaf tidak boleh membatalkan wakafnya semula, dengan jumlah seramai 53 orang (45.3%). Seramai 39 orang responden (33.3%) tidak bersetuju diikuti dengan 2 orang responden (1.7%) sangat tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Manakala responden yang memilih bersetuju adalah seramai 16 orang dengan peratusan 13.7%, diikuti dengan seramai 7 orang (6%) memilih sangat setuju. Min bagi pembolehubah ini adalah 2.89. Jadual 11: Seseorang yang telah berwakaf tidak boleh membatalkan wakafnya semula Sangat tidak setuju 1.7% Tidak setuju 33.3% Seseorang yang telah berwakaf tidak boleh membatalkan Tidak pasti 45.3% wakafnya semula Setuju 13.7% 2.89 Sangat setuju 6% Seterusnya, jadual 12 menunjukkan majoriti responden, iaitu seramai 51 orang (43.6%) bersetuju dengan kenyataan pihak yang bertanggungjawab menjaga harta anak yatim tidak boleh mewakafkan sesuatu daripada harta anak yatim tersebut, diikuti dengan 14 orang (12%) memilih sangat bersetuju. Seramai 38 orang memilih tidak pasti dengan peratusan sebanyak 32.5%. Manakala responden yang tidak bersetuju adalah seramai 13 orang (11.1%), diikuti dengan seorang responden memilih sangat tidak setuju dengan jumlah peratusan 0.9%. Min bagi pembolehubah ini adalah 3.55. Jadual 12: Pihak yang bertanggungjawab menjaga harta anak yatim tidak boleh mewakafkan sesuatu daripada harta anak yatim tersebut Sangat tidak setuju 0.9% Pihak yang bertanggungjawab menjaga harta anak yatim Tidak setuju 11.1% tidak boleh mewakafkan sesuatu daripada harta anak yatim Tidak pasti 32.5% 3.55 tersebut Setuju 43.6% Sangat setuju 12% Jadual 13 pula menunjukkan jumlah peratusan jawapan responden mengenai kenyataan seseorang dibenarkan mewasiatkan hartanya untuk diwakafkan, tidak melebihi 1/3 daripada jumlah hartanya. Dapatan kajian mendapati seramai 74 orang memilih tidak pasti dengan jumlah peratusan 63.2%. Seramai 22 orang (18.8%) memilih setuju dan 8 orang (6.8%) memilih sangat setuju. Lebihan daripada responden memilih tidak setuju, iaitu seramai 11 orang (9.4%), diikuti dengan 2 orang responden (1.7%) memilih sangat tidak setuju dengan kenyataan tersebut. 379

Jadual 13: Seseorang dibenarkan mewasiatkan hartanya untuk diwakafkan, tidak melebihi 1/3 daripada jumlah hartanya Sangat tidak setuju 1.7% Tidak setuju 9.4% Seseorang dibenarkan mewasiatkan hartanya untuk Tidak pasti 63.2% diwakafkan, tidak melebihi 1/3 daripada jumlah hartanya Setuju 18.8% 3.2 Sangat setuju 6.8% Berdasarkan jadual 14, majoriti responden memilih tidak setuju dengan kenyataan harta wakaf tidak terhad di dalam bentuk tanah atau bangunan sahaja, dengan jumlah seramai 36 orang (30.8%), diikuti dengan 18.8% dari responden memilih sangat setuju. Manakala seramai 33 orang (28.2%) bersetuju, diikuti dengan 2.6% dari responden memilih sangat tidak setuju. Lebihan daripada responden tersebut memilih tidak pasti, dengan jumlah seramai 23 orang (19.7%). Min bagi pembolehubah ini adalah 3.3. Jadual 14: Harta wakaf tidak terhad di dalam bentuk tanah atau bangunan sahaja Sangat tidak setuju 2.6% Tidak setuju 30.8% Harta wakaf tidak terhad di dalam bentuk tanah atau Tidak pasti 19.7% bangunan sahaja Setuju 28.2% 3.3 Sangat setuju 18.8% Jadual 15 menunjukkan majoriti responden memilih jawapan tidak setuju berkaitan kenyataan harta wakaf tidak hanya dibangunkan bagi tujuan ibadah sahaja, iaitu seramai 62 orang (53%) daripada 117 orang, diikuti dengan seramai 4 orang (3.4%) memilih sangat tidak setuju. Seramai 18 orang memilih tidak pasti dengan jumlah peratusan 15.4%. Manakala 29 orang (24.8%) memilih setuju, diikuti dengan seramai 4 orang memilih sangat setuju dengan jumlah peratusan 3.4%. Min bagi pembolehubah ini adalah 2.72 yang menunjukkan perspektif masyarakat yang hanya memandang tujuan berwakaf hanyalah untuk tujuan ibadah semata-mata. Jadual 15: Harta wakaf tidak hanya dibangunkan bagi tujuan ibadah sahaja Sangat tidak setuju 3.4% Tidak setuju 53% Harta wakaf tidak hanya dibangunkan bagi tujuan ibadah Tidak pasti 15.4% sahaja Setuju 24.8% 2.72 Sangat setuju 3.4% Seterusnya, jadual 16 memaparkan jumlah peratusan jawapan responden mengenai kenyataan pembangunan ekonomi melalui harta wakaf dapat memberi sumbangan kepada negara. Dapatan kajian mendapati kebanyakan responden bersetuju dengan kenyatan tersebut, iaitu serama 80 orang dengan peratusan 68.4%, diikuti dengan 19 orang yang memilih sangat setuju dengan peratusan 16.2%. Sebilangan kecil tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, di mana seramai 4 orang (3.4%) memilih tidak setuju dan seramai 3 orang (2.6%) memilih sangat tidak setuju. Lebihan daripada responden tersebut memilih tidak pasti, iaitu seramai 11 orang dengan peratusan 9.4%. Min bagi pembolehubah ini adalah 3.92. 380

Jadual 16: Pembangunan ekonomi melalui harta wakaf dapat memberi sumbangan kepada negara Sangat tidak setuju 2.6% Tidak setuju 3.4% Pembangunan ekonomi melalui harta wakaf dapat memberi Tidak pasti 9.4% sumbangan kepada negara Setuju 68.4% 3.92 Sangat setuju 16.2% Secara rumusan dari segi pengukuran skor min dan tahap bagi analisis skor min di dalam kajian ini adalah seperti di jadual 17 di bawah: Jadual 17: Rumusan skor min Pembolehubah Skor min Tahap Tahap kefahaman wakaf 3.33 Sederhana KESIMPULAN Institusi wakaf mempunyai potensi yang tinggi dalam membantu sesebuah negara menjana pembangunan ekonomi ummah sekiranya diaplikasikan secara tepat lagi menyeluruh. Malah, konsep ini juga dapat digunakan untuk membasmi kemiskinan di sesebuah negara. Namun, pelaksanaan konsep ini perlulah seiring dengan kefahaman masyarakat mengenainya. Ini kerana masyarakat selaku agen dalam menjadikan pelaksanaan konsep ini menjadi realiti. Hasil daripada kajian ini mendapati kefahaman masyarakat mengenai institusi wakaf masih di tahap sederhana. Masih terdapat segelintir masyarakat yang masih keliru dengan pengertian wakaf serta masih tidak dapat membezakan di antara wakaf dengan sedekah. Oleh itu, usaha untuk meningkatkan kefahaman masyarakat perlulah giat dijalankan bagi menjadikan institusi wakaf berpotensi dalam membantu menjana pembangunan ekonomi ummah, khususnya di Malaysia. RUJUKAN Afendi. (2012). Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah: Universiti Teknologi Mara. Amini. (2013). Kajian Pelan Induk Transformasi Pembangunan Hartanah Wakaf di Malaysia. Kertas Cadangan Penyelidikan Untuk Yayasan Wakaf Malaysia: Universiti Putra Malaysia. Anan. (2012). Pembangunan Tanah Wakaf : Cabaran dan Harapan. Seminar Peletakhakan Tanah Wakaf. Anan. (2012). Pembangunan Wakaf Pengalaman Malaysia. Seminar Wakaf Serantau. Asykin. (2013). Potensi Wakaf Korporat kepada Pemilikan Ekuiti Muslim: Kajian di Wakaf An-Nur Corporation. Prosiding PERKEM VIII. Jilid 1(2013) 383-396. Azri. (2008). Pelaksanaan Skim Wakaf Tunai Oleh Yayasan Waqaf Malaysia. Jurnal Pengurusan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji. Vol.2 No.2(2008): 87-98. Baharuddin. (2006). Tahap Kefahaman Warga UiTM Terhadap Konsep Wakaf: Kajian Kes di Zon Tengah (Selangor, Perak dan Negeri Sembilan): Universiti Teknologi Mara. 381

Farhana. (2014). Community Awareness and Understanding of Waqf in Malaysia: Experience of the States Islamic Religious Council. Muktamar Waqf IQLIMI 2014: Universiti Sains Islam Malaysia. Norhaliza. (2009(. Categorization of Waqf Lands and their Management Using Islamic Investment Models: the Case of the State of Selangor, Malaysia: Universiti Islam Antarabangsa. Norizah. (2014). Peranan Wakaf Dalam Penjagaan Kesihatan Dan Perubatan Dari Perspektif Responden: Kajian Kes di Hospital An-Nur. Muktamar Waqf IQLIMI 2014: Universiti Sains Islam Malaysia. Saharudin, Saifoul & Jamal. (2003). Tinjauan Isu-isu Yang Membataskan Penggunaan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Ummah di Malaysia. Jurnal Syariah. Vol.11: 2(2003): 73-98. 382