Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful (Non Muslim Student s Perception on Takaful) IZZATI LIYANA AWANG & HENDON REDZUAN ABSTRAK

Similar documents
FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Penerimaan Masyarakat Terhadap Perlindungan Takaful

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Faktor-Faktor Mempengaruhi Sumbangan Wakaf Tunai di Kuis

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

WAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA)

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

AISYAH ABDUL-RAHMAN & WAJEEHA ZULKIFLY ABSTRAK. Kata kunci: Pengurusan Kewangan, Pengetahuan kewangan, Pengurusan Perbelanjaan, Sumber Pembiayaan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN FAKTOR PERSEKITARAN TERHADAP PEMATUHAN ZAKAT PENDAPATAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

KOS SARA HIDUP MAHASISWA UPM

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

AMALAN PEMBELIAN PRODUK HALAL DALAM KALANGAN PENGGUNA ISLAM DI ALOR GAJAH, MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

PROSIDING PERKEM IV, JILID 2 (2009) ISSN: X

ULASAN BUKU. Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

FAKTOR PENENTU MEMBAYAR ZAKAT DI BADAN AMIL ZAKAT NASIONAL (BAZNAS) DALAM KALANGAN PEMBAYAR ZAKAT DI KOTA MEDAN, INDONESIA

Journal of Advanced Research in Business and Management Studies 9, Issue 1 (2017) 75-91

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

CADANGAN MEWUJUDKAN LOGO PENGIKTIRAFAN ZAKAT PERNIAGAAN: KAJIAN TERHADAP USAHAWAN MUSLIM DI SELANGOR

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

Transcription:

1 Jurnal Personalia Pelajar 18 (2)(2015): 1-13 [PREVIEW COPY] Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful (Non Muslim Student s Perception on Takaful) IZZATI LIYANA AWANG & HENDON REDZUAN ABSTRAK Industri takaful di Malaysia telah diperkenalkan sejak tiga dekad yang lalu, namun kadar penembusan pasaran takaful masih jauh ketinggalan berbanding dengan kadar penembusan insurans hayat konvensional. Walaupun terdapat bilangan pembeli takaful yang agak signifikan dari kalangan bukan Islam, namun masih terdapat pasaraan takaful yang masih luas yang belum diterokai. Kajian ini bertujuan untuk meneroka persepsi pelajar non-musim di UKM terhadap takaful. Faktor yan dikaji adalah kefahaman, keyakinan dan penerimaan terhadap takaful. Melalui kajian ini, persepsi pelajar bukan Islam boleh dikenalpasti untuk membantu industri takaful dan pembuat dasar untuk mengambil langkah-langkah yang proaktif bagi mengalakkan pembelian produk takaful bukan sahaja dalam kalangan penduduk Muslim, tetapi juga penduduk bukan Islam. Kata Kunci: Takaful, insurans hayat, persepsi, kefahaman, penerimaan, keyakinan. ABSTRACT The takaful industry has been introduced in Malaysia over the past three decades, but the rate of penetration of takaful market is still far behind compared with that of the conventional life insurance. Although a significant proportion of non-muslim are covered by takaful plans, a large takaful market still remains untapped. This study seeks to explore the perception of non-muslim student sat UKM towards takaful. The factors to be investigated are the understanding of, confidence in and acceptance of takaful. Through this study, the perception of non-muslim students could be identified to assist the takaful industry and policy makers to take proactive measures to encourage the purchase of takaful products not only among Muslims butal so non-muslim population. Keywords: Takaful, life insurance, perception, understanding, acceptance, confident.

2 PENGENALAN Industri takaful terus berkembang dari tahun ke tahun dengan didorong oleh pertumbuhan ekonomi dalam negara. Hal ini dapat dibuktikan di mana ia mencatatkan kadar purata pertumbuhan tahunan sebanyak 57.9% dan 44%dalam aset dan sumbangan bersih masingmasing semenjak dari tahun 1986 (Bank Negara Malaysia 2013). Industri takaful juga telah mencapai penembusan pasaran sebanyak 8%, dan dalam tempoh dua dekad, kekuatan industri dari segi jumlah aset dana takaful telah meningkat daripada RM14 juta pada peringkat awal penubuhannya kepada lebih RM 14 bilion pada akhir tahun 2010. Namun menurut Bank Negara Malaysia, walaupun takaful telah diperkenalkan kepada Malaysia sejak dua abad yang lepas, iaitu pada tahun 1985, majoriti populasi masih lagi tiada kesedaran terhadap kepentingan insurans (Berkem 2014) Walaupun Bank Negara Malaysia telah menetapkan sasaran 20% market share bagi takaful dalam pasaran insurans Malaysia pada tahun 2010, tetapi pencapaian sebenar hanyalah sekitar 8%. Menurut Berkem (2014), hal ini disebabkan oleh beberapa faktor. Pertamanya pertumbuhan dalam industri takaful, seperti industri lain telah menjadi sedikit perlahan akibat daripada krisis kewangan dan global. Keduanya, syarikat konvensional mempunyai pilihan pelaburan jangka panjang dan jangka pendek telah memperolehi pendapatan pelaburan yang lebih tinggi daripada operator takaful. Ketiga, kekurangan inovasi dan pembangunan modal intelek dalam industri takaful. Dan seterusnya, kehadiran beberapa halangan psikologi untuk penembusan pasaran takaful seperti kekurangan peserta takaful berbanding insurans konvensional, kekurangan pasaran re-takaful, dan kurangnya kesedaran pasaran, budaya relatif rendah pendidikan pengguna. Selain itu, maklumat yang diperolehi daripadalaporan Bank Negara (2012), terdapat perbezaan yang signifikan di antara jumlah aset industri insurans dan industri takaful di Malaysia.Laporan tersebut menunjukkan bahawa jumlah aset dana untuk industri takaful hanya RM10.6 bilion pada tahun 2008 berbanding dengan insurans konvensional iaitu RM130.9 bilion untuk tempoh yang sama. Pada tahun 2012 jumlah aset bagi industri takaful telah meningkat kepada RM19.1 bilion berbanding dengan RM195.6 bilion bagi insurans konvensional. Dari segi jumlah aset industri insurans dan takaful, ia boleh disimpulkan bahawa dana takaful masih jauh di belakang insurans konvensional. Statistik menunjukkan bahawa pada tahun 2013, kadar peenembusan keseluruhan bagi insurans dan takaful adalah sebanyak 53% di mana penembusan insurans adalah sebanyak 39% manakala penembusan takaful terus meningkat sebanyak 14%. (Zafri Ab Halim 2014). Menurut penulis, secara realitinya takaful masih lagi tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan resolusi pengharaman insurans konvensional dan takaful seharusnya menjadi pilihan perlindungan dikalangan umat Islam. Dari segi kesedaran dan pengetahuan takaful dalam kalangan penduduk Malaysia, Ayinde (2012) menyatakan bahawa penduduk Malaysia tanpa mengira kepercayaan bersedia menerima perkhidmatan insurans Islam bergantung kepada faktor tertentu, antaranya kesesuaian dan kesedaran. Kajian daripada Swart dan Coetzer (2010) pula merumuskan bahawa produk takaful telah menarik perhatian masyarakat bukan Islam. Walau bagaimana pun, menurutnya lagi, minat yang ditunjukkan oleh bukan Islam dan sokongan yang diberikan oleh orang Muslim tidak mencukupi untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran yang membantu pertumbuhan industri takaful. Seterusnya, menurut Loke and Yeo (2012), walaupun takaful dilaksanakan dibawah pengaruh Syariah, ia adalah semata-mata instrument pengurusan risiko dan bukannya instrument keagamaan. Apabila peserta mengambil bahagian dalam takaful, peserta bersedia untuk membantu satu sama lain dalam satu mekanisma perkongsian risiko, dan bukan komitmen keagamaan. Di Malaysia, terdapat

3 bilangan bukan Islam yang agak besar dilindungi oleh takaful, bukti bahawa takaful boleh menjadi satu penyelesaian pengurusan risiko yang berkesan yang merentasi sempadan agama. Seterusnya, menurut Hassan Scott Odierno (2014), takaful bukanlah insurans untuk Muslim,tetapi insurans yang mematuhi prinsip Syariah. Oleh itu, jika kita memegang prinsip ini dengan kukuh dan membantu masyarkat memahami konsep ini dengan sepenuhnya, maka asalkan masyarkat percaya kepada konsep ini, maka masyarakat tanpa mengira agama pasti akan tertarik kepada takaful. Shahril Azuar Jimin (2014) menegaskan bahawa, struktur etika menjadi kekuatan produk takaful kerana ia berfungsi sebagai cabang daripada prinsip-prinsip keadilan dan perkongsian kerugian yang dialami oleh peserta. Atas dasar kemanusiaan ini, produk takaful berpeluang untuk dapat diterima baik oleh Muslim dan bukan Islam. Oleh kerana pelbagai hujah telah diberikan untuk menunjukkan bahawa takaful adalah satu produk perlindungan yang sesuai dibeli oleh Muslim dan bukan Islam, maka kajian ini khusus untuk mengkaji apakah persepsi bukan Islam terhadap takaful sedangkan masyarakat Islam sendiri kurang kesedaran dan pengetahuan tentang takaful. Sebagai kajian awal, kajian ini akan ditumpukan kepada pelajar bukan Islam yang sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Objektif kajian in adalah untuk meninjau persepsi pelajar bukan Islam terhadap penyertaan takaful dan mengenalpasti sejauh mana tahap kefahaman, keyakinandan penerimaan pelajar bukan Islam terhadap produk takaful. KAJIAN LITERATUR Hussin & Maisaroh (2008) telah membuat satu kajian untuk mengetahui sejauh mana penyertaan masyarakat Melayu dalam takaful hayat dari persepsi ejen takaful. Persepsi ejen dijadikan sebagai ukuran untuk menilai tahap kesedaran masyarakat terhadap takaful kerana ejen merupakan individu yang dianggap paling memahami keperluan dan kehendak masyarakat dalam aspek penglibatan mereka dalam takaful. Hasil daripada kajian mendapati antara faktor yang menghalang penyertaan masyarakat melayu dalam takaful hayat ialah dari aspek kewangan di mana masyarakat melayu mempunyai pendapatan yang rendah dan tidak mampu untuk menyertai skim takaful yang ditawarkan. Selain itu, hasil kajian menunjukkan kefahaman agama masyarakat Melayu berkaitan takaful adalah rendah di mana mereka berpendapat takaful hayat tidak berbeza dengan insurans nyawa yang lain yang ditawarkan oleh syarikat insurans konvensional. Faktor yang paling utama ialah kesedaran masyarakat melayu yang masih lagi rendah tentang kepentingan takaful hayat terhadap keluarga. Fithiriah Ab. Rahim dan Hanudin Amin (2011) telah membuat satu analisis empirical tentang faktor-faktor yang menentukan atau mempengaruhi penerimaan insurans Islam dalam kalangan pelanggan bank di Malaysia. Mereka mendapati bahawa sikap, norma subjektif dan jumlah maklumat (AOI) mempengaruhi penerimaan terhadap insurans Islam. Selain itu, kajian ini menggunakan Teori Tindakan bersebab (Theory Reasoned Action) oleh Fisbein & Ajzen (1975). Teori ini digunakan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku atau sikap iaitu kepercayaan seseorang terhadap diri mereka sendiri dan juga persekitaran. Kajian ini dapat mengesahkan kesesuaian TRA untuk insurans Islam. Ukuran tradisional TRA didapati merupakan faktor besar kepada penerimaan insurans Islam. Ukuran tersebut merupakan sikap dan juga norma subjektif. Hasil kajian ini juga menyokong kajian Pikkarainen et al. (2004) yang mendapati terdapat hubungan secara langsung yang signifikan antara jumlah maklumat dan penerimaan insurans Islam. Lukman & Abdelghani (2012) pula telah membuat kajian empirikal untuk mengenalpasti kesanggupan pelanggan di Malaysia untuk mengamalkan perkhidmatan insurans Islam. Hasil kajian menunjukkan pelanggan-pelanggan di Malaysia sanggup

4 untuk mengamalkan perkhidmatan insurans Islam dan keputusan mereka dibuat bergantung kepada dua faktor iaitu keserasian dan kesedaran terhadap insurans Islam. Hasil kajian penyelidik juga menunjukkan salah satu faktor yang menghalang pelanggan di Malaysia untuk mengamalakan insurans Islam ialah ketidakpastian mereka terhadap perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh insurans Islam. Dalam mengkaji faktor yang menetukan penyertaan pengguna terhadap skim takaful keluarga, Maizatulaidawati & Asmah (2012) telah membuat kajian literatur untuk mengenalpasti faktor tersebut dengan menggunakan Decomposed Theory of Planned Behavior (DTPB) dan juga mengenalpasti faktor relevan yang menghubungkan faktorfaktor tersebut. Hasil kajian tersebut mendapati keinginan terhadap penyertaan dalam skim takaful keluarga bukan sahaja dipengaruhi oleh sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku dilihat tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor perantara seperti demografik, pengetahuan pengguna, dan juga tahap pegangan agama seseorang. Mohames Sharif et al. (2011) dalam kajian mereka tentang persepsi pengguna terhadap perniagaan takaful di Brunei mendapati masalah biasa yang sering dihadapi oleh pemegang polisi takaful ialah apabila membuat proses tuntutan dimana proses tersebut terlalu birokratik dan rumit. Antara faktor lain yang dikaji ialah pengetahuan terhadap produk, kesedaran dan pengiklanan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa sebilangan besar responden bersetuju bahawa kesedaran terhadap pentingnya mempunyai insurans perlu ada dalam diri setiap individu semasa berada di peringkat universiti lagi. Salman Masood et al. (2014) telah membuat kajian tentang kesedaran dan persepsi pelanggan terhadap produk perbankan Islam dan bagaimana persepsi tersebut boleh ditingkatkan lagi untuk mencapai kejayaan dalam industri perbankan Islam. Selain daripada perbankan Islam, pengkaji juga mengkaji persepsi pelanggan terhadap perkhidmatan yang patuh syariah, termasuklah perkhidmatan insurans Islam. Berdasarkan kajian mereka, kesedaran dan persepsi terhadap perbankan Islam dan perkhidmatan patuh syariah perlu dipertingkatkan lagi melalui penerbitan bukubuku atau risalah, mengupah organisasi untuk menyebarkan kesedaran serta mengadakan seminar untuk meningkatkan kesedaran secara umum. Di samping itu, pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi boleh mengambil subjek yang berkaitan sebagai salah satu mata pelajaran mereka untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar universiti. Tahani Coolen (2013) telah membuat kajian secara empirikal tentang permintaan sebenar produk takaful dalam kalangan umat Islam di UK. Kajian ini adalah untuk menilai kesedaran mengenai takaful dan prinsip-prinsip utama yang terdapat dalam konsep takaful. Hasil kajian mendapati terdapat tahap kesedaran yng minimum tentang takaful dan prinsip utamanya. Kajian ini juga menunjukkan separuh daripada responden hanya tahu tentang konsep riba dan maisyir. Manakala, separuh daripada responden juga tidak pasti samaada takaful benar-benar mengikut ajaran atau konsep Islam yang sebenar. Hal ini menunjukkan usaha yang kurang daripada pengendali takaful dan badan-badan Islam untuk mengajar tentang pentingnya prinsip insurans Islam serta elemen yang terdapat di dalamnya. Oleh hal yang demikian, beberapa strategi promosi diperlukan untuk meningkatkan tahap kesedaran pelanggan terhadap kewujudan takaful. Asmak Ab. Rahman et al. (2008) telah membuat kajian perbandingan tingkah laku pembelian antara perlindungan takaful kenderaan dan insurans kenderaan dalam kalangan mahasiswa di Malaysia. Hasil kajian mendapati hanya sebilangan kecil pelajar yang mempunyai polisi takaful, selebihnya memilih untuk mengambil insurans konvensional kerana mereka berpendapat polisi insurans kereta konvensional lebih baik daripada takaful dari segi asset dan juga kesahan. Dalam kajian perbandingan antara permintaan terhadap takaful keluarga dan insurans hayat. Gustina dan Nurdianawati (2012), mendapati bahawa GDP perkapita,

5 simpanan dan agama merupakan faktor yang mempengaruhi permintaan terhadap takaful keluaraga. Kajian ini juga mendapati penerimaan terhadap takaful lebih tinggi berbanding insurans konvensional dalam pasaran di Malaysia. Hal ini adalah kerana, peratusan penduduk Islam di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding dengan agama lain. METHODOLOGI KAJIAN Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan. Soal selidik telah dijadikan alat untuk mengumpulkan maklumat daripada responden. Menurut Black & Champion (1976), reka bentuk kajian seperti ini adalah penting untuk menetapkan batasan kajian penyelidik. Ia membantuk penyelidik menumpukan perhatian kepada perkara-perkara dan masalah-masalah yang akan dikajinya. Seramai 80 responden bukan Islam yang merupakan pelajar UKM telah mengambil bahagian. Tujuan soal selidik diedarkan adalah untuk mengkaji persepsi pelajar bukan Islam terhadap takaful. Kaedah statistic yang digunakan ialah statistic deskriptif dan statistic inferensi. Analisis deskriptif digunakan untuk melihat kekerapan dan peratusan taburan demografi responden, manakala analisis inferensi digunakan untuk menguji hypothesis. Korelasi Pearson juga akan digunakan dalam analisis data. HASIL DAN PERBINCANGAN Dapatan dan penemuan kajian berdasarkan analisis data yang diperolehi daripada soal selidik yang telah dijalan keatas responden dibentangkan disini. Profil Diri Responden Jadual 1 menunjukkan ciri-ciri responden yang telah dikaji di dalam kajian iaitu jantina, umur, bangsa, fakulti dan tahap pendidikan. Responden seramai 80 orang telah diberikan soal selidik untuk mendapatkan data dan maklumat berkenaan persepsi bukan Islam terhadap takaful. CIRI-CIRI RESPONDEN Jantina JADUAL 1. Profil demografik responden PROFIL BILANGAN PERATUS (%) Lelaki Perempuan Umur <20 20-25 25-30 30> Bangsa Fakulti Tahap Pendidikan Budha Kristian Hindu Lain-Lain Sains Kemanusiaan Sains Tulen Pra Siswazah Siswazah PHD Lain-Lain 38 42 7 66 6 1 37 22 19 2 38 42 70 6 2 2 47.5 52.5 8.8 82.5 7.5 1.3 46.3 27.5 23.8 2.5 47.5 52.5 87.5 7.5 2.5 2.5

6 Bagi kajian ini, didapati bahawa responden perempuan lebih ramai menjawab soalan kaji selidik iaitu seramai 42 orang responden bersamaan 52.5% berbanding dengan responden lelaki iaitu sebanyak 38 orang dengan peratusan sebanyak 47.5%. Responden yang berumur dalam likungan 20 hingga 25 tahun paling ramai yang menjawab soalan kaji selidik yang diedarkan iaitu sebanyak 82.5% dan diikuti oleh responden yang berumur bawah 20 tahun seramai 7 orang iaitu 8.8%. Manakala responden yang berumur 26 tahun hingga 30 tahun dan 30 tahun ke atas masing-masing 6 orang dan 1 orang responden iaitu 7.5% dan 1.3%. Selain itu, data yang diperolehi mendapati bahawa bangsa Budha paling ramai iaitu sebanyak 37 orang dengan peratusan sebanyak 46.3% dan diikuti dengan bangsa Kristian iaitu sebanyak 22 orang responden dengan peratusan 27.5%. Manakala yang selebihnya adalah bangsa Hindu dan lain-lain masing-masing seramai 19 orang dan 2 orang iaitu 23.8% dan 2.5%. Berdasarkan borang kaji selidik yang diedarkan, mendapati bahawa kebanyakan responden daripada Sains Tulen iaitu daripada Fakulti Sains Teknologi, Fakulti Kejuruteraan Alam Bina dan Fakulti Teknologi Sains dan Multimedia dengan seramai 42 orang responden bersamaan 47.5% yang menjawab kaji selidik tersebut. Manakala, data yang diperolehi daripada responden Sains Kemanusiaan yang terdiri daripada Fakulti Ekonomi Pengurusan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Undang-Undang dan Fakulti Pendidikan iaitu seramai 38 orang bersamaan dengan 52.5%. Majoriti pelajar yang menjawab soalan kaji selidik yang diedarkan adalah terdiri daripada pelajar Pra-siswazah dengan seramai 70 orang iaitu 87.5%. Pelajar Siswazah pula seramai 6 orang iaitu 7.5%, PHD dan lain-lain masing-masing seramai 2 orang iaitu sebanyak 2.5%. Kesedaran Terhadap Takaful Jadual 2 menunjukkan tahap kesedaran pelajar bukan Islam di UKM terhadap takaful. Data yang diperolehi menunjukkan bahawa seramai 76 orang responden iaitu 95% menyatakan bahawa mereka pernah mendengar mengenai takaful dan hanya 4 orang responden daripada keseluruhan iaitu 80 orang responden yang tidak pernah mendengar mengenai takaful. Manakala bagi soalan yang menyatakan bahawa takaful adalah insurans Islamik yang mematuhi Syariah Islam menunjukkan bahawa hanya seramai 55 orang responden iaitu 68.8% mengetahui dan menyokong kenyataan tersebut dan seramai 25 orang responden lagi tidak menyokong kenyataan itu. Seterusnya bagi soalan yang ingin mendapatkan kepastian daripada responden bukan Islam berkaitan kesedaran mereka mengenai perbezaan operasi takaful dengan konvensional. Seramai 42 orang responden iaitu 52.5% menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui bahawa operasi kedua-jenis insurans tersebut berbeza dan seramai 38 orang responden (47.5%) sedar akan perbezaan operasi kedua-dua insurans tersebut. Kesimpulannya, pelajar bukan Islam di UKM secara keseluruhannya mengetahui dan pernah mendengar mengenai takaful tetapi mereka tidak mengetahui wujudnya perbezaan diantara insurans konvensional dengan insurans Islamik dari segi operasinya.

7 JADUAL 2. Analisis tahap kesedaran pelajar Pernahkah anda mendengar mengenai takaful? Adakah anda tahu bahawa takaful adalah Insurans Islamik yang mematuhi Undang-Undang Islam? Adakah anda tahu bahawa takaful mempunyai perbezaan dengan insurans konvensional dari segi operasinya? YA Peratusan Frekuensi (%) TIDAK Peratusan Frekuensi (%) 76 95 4 5 55 68.8 25 31.3 38 47.5 42 52.5 Persepsi Terhadap takaful Jadual 3 membentangkan analisis deskriptif yang menunjukkan min dan sisihan piawaian bagi setiap soalan untuk pemboleh ubah bersandar iaitu persepsi pelajar bukan Islam terhadap takaful. Soalan yang mendapat min paling tinggi ialah takaful menyediakan kemudahan yang mudah dan adil kepada semua pengguna mengikut peraturan Islam iaitu min sebanyak 3.57. Manakala bagi min yang paling rendah adalah pada soalan Prosedur takaful lebih rumit berbanding dengan insurans konvensional iaitu min sebanyak 3.13. Hal ini menunjukkan bahawa soalan untuk persepsi pelajar bukan Islam terhadap takaful berada di tahap Tidak Pasti dan boleh disimpulkan bahawa kebanyakan daripada mereka masih tidak pasti dengan produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh takaful. Bagi sisihan piawaian untuk keseluruhan soalan tersebut adalah diantara 0.862 sehingga 0.979. Kefahaman Dan Pengetahuan Terhadap Takaful Jadual 4 menunjukkan min bagi soalan takaful merupakan satu instrumen pelaburan, simpanan dan perlindungan adalah paling tinggi iaitu sebanyak 3.69. Manakala bagi min yang terendah adalah untuk soalan takaful mempunyai dua konsep iaitu Ta wun (sumbangan bersama) dan Tabarru (derma) iaitu sebanyak 3.39. Hal ini menuujukkan bahawa soalan untuk pemboleh ubah tidak bersandar ini berada pada tahap diantara Tidak Pasti dan Setuju. Keseluruhan responden yang menjawab soalan ini didapati tidak mempunyai kefahaman dan pengetahuan yang jelas berkaitan dengan takaful. Sisihan piawaian untuk soalan ini adalah diantara 1.095 sehingga 0.755.

8 JADUAL 3. Analisis persepsi terhadap takaful Produk dan perkhidmatan takaful bermanfaat kepada Muslim dan non-muslim. Takaful menyediakan kemudahan yang mudah dan adil kepada semua pengguna mengikut peraturan Islam. Takaful kurang memasarkan produknya secara meluas kepada masyarakat awam. Prosedur takaful lebih rumit berbanding dengan insurans konvensional. Takaful boleh menandingi insurans konvensional. BILANGAN MIN SISIHAN PIAWAIAN 80 3.56.979 80 3.57.952 80 3.16.906 80 3.13.862 80 3.50.928 Keyakinan Terhadap Takaful Jadual 5 menunjukkan min dan sisihan piawaian pemboleh ubah tidak bersandar untuk keyakinan pelajar bukan Islam dalam takaful. Min yang paling tinggi adalah sebanyak 3.70 untuk soalan Saya percaya takaful menyediakan maklumat produk dan perkhidmatan yang betul dan tepat kepada semua pengguna. Manakala min yang paling rendah iaitu sebanyak 3.31 adalah untuk soalan Saya percaya operasi dan konsep takaful telus.keputusan menunjukkan bahawa bahagian ini berada pada tahap diantara Tidak Pasti dan Setuju dan hal ini jelas dapat dilihat bahawa pelajar bukan Islam masih tiada keyakinan yang tinggi dalam takaful dari segi penawaran produk dan perkhidmatan mereka sertabagaimana operasi takaful dijalankan. Sisihan piawaian bagi soalan pemboleh ubah ini adalah diantara 1.060 dan 0.877di mana sisihan piawaian 1.060 adalah yang paling tinggi dan 0.877 adalah yang paling rendah.

9 JADUAL 4. Analisis kefahaman dan pengetahuan terhadap takaful Takaful sesuai untuk Muslim dan non-muslim. Takaful hanya melabur di dalam perniagaan yang dibenarkan oleh Islam atau perniagaan halal. Takaful melarang semua transaksi yang mempunyai ketidakpastian. Takaful mempunyai dua konsep iaitu ta wun (sumbangan bersama) dan tabarru (derma). Takaful merupakan satu instrumen pelaburan, simpanan dan perlindungan. Takaful adalah satu produk inovasi daripada industri insurans. BILANGAN MIN SISIHAN PIAWAIAN 80 3.62 1.095 80 3.65.915 80 3.44.939 80 3.39.755 80 3.69.894 80 3.44.884 Tahap Penerimaan Terhadap Takaful Jadual 6 menunjukkan min dan sisihan piawaian bagi pemboleh ubah tidak bersandar yang ketiga iaitu tahap penerimaan pelajar bukan Islam terhadap takaful. Min yang tertinggi iaitu 3.61 untuk soalan Produk dan perkhidmatan takaful diterima di kalangan Muslim dan bukan Islam. Manakala min yang paling rendah adalah sebanyak 3.29 untuk soalan Proses tuntutan takaful lebih telus menjadikan saya memilih takaful. Hal ini menunjukkan bahawa soalan ini berada pada tahap Tidak Pasti. Kebanyakan pelajar bukan Islam masih lagi tidak pasti samaada boleh mendapat kepercayaan daripada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh takaful berbanding dengan insurans konvensional. Bagi sisihan piawaian pula, yang tertinggi adalah 1.060 dan yang terendah adalah 0.941 bagi keseluruhan soalan untuk pemboleh ubah tidak bersandar.

10 JADUAL 5. Analisis keyakinan dalam takaful BILANGAN MIN SISIHAN PIAWAIAN Saya memilih takaful kerana kebolehpercayaan produk dan perkhidmatan yang terjamin. Saya percaya takafulmenyediakan maklumat produk dan perkhidmatan yang betul dan tepat kepada semua pengguna. Saya percaya operasi dan konsep takaful telus. Saya percaya dengan perkhidmatan tuntutan takaful yang adil dan cepat. Saya yakin untuk memilih takaful kerana imej dan reputasinya. 80 3.41 1.052 80 3.70 1.060 80 3.31.936 80 3.50.981 80 3.37.877 JADUAL 6. Analisis tahap penerimaan terhadap takaful Produk dan perkhidmatan takaful diterima di kalangan Muslim dan non-muslim. Latar belakang dan agama bukan pertimbangan saya untuk memilih takaful. Konsep takaful iaitu sumbangan bersama dan derma menggalakkan saya untuk memilih takaful. Terlibat dalam takaful boleh menjadi pertimbangan saya di masa hadapan. Proses tuntutan takaful lebih telus menjadikan saya memilih takaful. BILANGAN MIN SISIHAN PIAWAIAN 80 3.61 1.025 80 3.50.941 80 3.35.956 80 3.30 1.060 80 3.29 1.021

11 Analisis Korelasi Pearson Analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa ketiga-tiga faktor pendorong mempunyai hubungan yang signifikan dengan Persepsi pelajar bukan Islam terhadap takaful. Bagi ketiga-tiga faktor, nilai p < 0.05. Faktor-faktor tersebut ialah Kefahaman dan Pengetahuan terhadap takaful (r = 0.553), Keyakinan dalam takaful (r = 0.551) dan Tahap Penerimaan terhadap takaful (r = 0.766). Keputusan analisis ini menyatakan bahawa ketiga-tiga pemboleh ubah tidak bersandar mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan persepsi pelajar bukan Islam terhadap takaful. KESIMPULAN Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar bukan Islam terhadap takaful dengan menggunakan pembolehubah yang dipilih iaitu kefahaman dan pengetahuan, keyakinan dan tahap penerimaan terhadap takaful. Pemboleh ubah bersandar untuk kajian ini adalah persepsi pelajar bukan Islam terhadap takaful. Hasil kajian mendapati pelajar bukan Islam sedar akankewujudan takaful tetapi persepsi mereka masih lagi rendah terhadap takaful. Kajian juga mendapati bahawa responden masih lagi tidak pasti dengan kemudahan yang disediakan dibawah perlindungan takaful. Hasil kajian ini seterusnya mengambarkan kefahaman dan pengetahuan pelajar mempengaruhi persepsi pelajar bukan Islam terhadap takaful. Walaubagaimanapun, hasil kajian menunjukkan yang pelajar masih tidak mengetahui konsep yang digunakan dalam urusan takaful dan tidak menyedari bahawa takaful sesuai untuk semua individu samaada Muslim atau bukan Islam. Menurut Masood et al. (2014), kesedaran dan kefahaman boleh ditingkatkan dengan menerbitkan buku atau brosur yang berkaitan dengan produk-produk Islam serta sebarkan kepentingan produk tersebut. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa factor keyakinan dalam takaful mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan persepsi pelajar bukan Islam terhadap takaful. Hasil kajian juga menggambarkan bahawa pelajar bukan Islam mempunyai sedikit keyakinan dalam ketepatan maklumat yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh operator takaful. Chong et al. (2013) menyatakan bahawa apabila seseorang mempunyai keyakinan dalam sesuatu produk atau perkhidmatan, mereka sanggup untuk memilih produk tersebut. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa adalah tahap penerimaan pelajar terhadap takaful mempengaruhi persepsi pelajar. Penemuan ini menunjukkan bahawa apabila penerimaan pelajar bukan Islam terhadap Takaful tinggi, maka persepsi mereka terhadap takaful juga adalah positif. Hasil kajian ini akan menawarkan maklumat penting kepada operator takaful dan juga pembuat dasar untuk membangunkan dan menggalakkan industri takaful Malaysia, memandangkan penembusan pasaran takaful yang masih rendah. Oleh itu, langkah-langkah proaktif perlu diambil oleh syarikat-syarikat insurans dan kerajaan untuk meningkatkan tahap kefahaman, pengetahuan, keyakinan dan penerimaan penduduk bukan Islam terhadap produk takaful. Penduduk bukan Islam boleh memainkan peranan yang besar kepada pertumbuhan industri takaful. Apa yang penting adalah untuk

12 memastikan persepsi mereka terhadap produk takaful adalah baik dan positif. RUJUKAN Abdul Aziz Abdullah, Rokiah Sidek & Ahmad Azlan Adnan. 2012. Perception of Non-Muslims Customers Towards Islamic Banks in Malaysia. International Journal of Business and Social Science 3(11): 151-163. Anon. 2003. Laporan Tahunan Takaful 2001. BNM Siaran Akhbar. 27 Januari. Ashanul Haque, Jamil Osman & Ahmad Zaki Hj. Ismail. 2009. Factor Influences Selection of Islamic Banking: A Study on Malaysian Customer Preferences. American Journal of Applied Sciences 6(5): 922-928. Ayinde, L.O. & Echchabi, A. 2012. Perception and Adoption of Islamic Insurance in Malaysia: An Empirical Study. World Applied Sciences Journal 20(3): 407-415. Cheteni, P. 2014. Awareness of Islamic Banking products and services among Consumers in South Africa.Mediterranean Journal of South Sciences 5(9): 96-103. Chung, F.L., Koh, H.W., Kok, F.P., Piong, S.L., Te, L.K. 2013. Acceptance Level Towards Islamic Banking Among Individual Consumers in Malaysia. Tesis Bachelor (Hons). Universiti Tunku Abdul Rahman. Dr. Shaare Endot, Alwi Shahabudin, Yaacob Anas & Mohammed Zain Idris. 1999. Tanggapan Non-Muslim Terhadap Islamic Reforms : satu Penilaian Awal. Hussin Salamon & Mohamad Ashrof Ismail. Persepsi Staf maybank Taman Universiti Terhadap Penyertaan Masyarakat Bukan Islam Dalam Sistem Perbankan Islam. Ibrahim Mohd. Yussof & Mustafa Daud. 2011. The Perceptions of Nigerian Muslim. Juliana Ariffin, Ahmad Shukri Yazid & Mohd Rasid Hussin. 2014. Demand of Family Takaful in Malaysia: Critical Determinant Factors Examined. International Review of Management and Business Research Journal 3(2): 982-992. Keong, L.L., Khor, M.L., Low, S.P. & Wong, Z.H. 2012. Awareness of Islamic Banking Products and Services Among Non-Muslims in Malaysia. Tesis Bachelor (Hons). Universiti Tunku Abdul Rahman. Malaysian Takaful Dynamics. 2014. A 30 th Anniversary Preview Edition. Maysami, R.C. & Kwan, W.J. An Analysis of Islamic Takaful Insurance: A Cooperative Insurance Mechanism. Mohamed Sharif Bashir & Nor Hafizah Hj. Mail. 2011. Consumer Perceptions of Islamic Insurance Companies in Brunei Darussalam. International Journal Emerg. Science 1(3): 285-306. Salman Masood, Sumaira Rahman & Chaudhry Abdul Rehman. 2014. Cognizing Customer Awareness and Perception of Islamic Banking Products in Pakistan. International Journal of Operations and Logistics Management 3(4): 322-336. Syed Ahmed Salman. 2014. Contemporary Issues in Takaful

13 (Islamic Insurance). Asian Social Science 10(22): 210-216. Tahani Coolen-Maturi. 2013. Islamic Insurance (Takaful): Demand and Supply in The UK. International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management 6(2): 87-104. Youths in Malaysia on The Establishment and Operation of Islamic Banks in Nigeria. International Journal of Business and Social Science 2(10): 151-165. Zafri Ab Halim.Persepsi Masyarakat Terhadap Takaful, Cabaran dan Halatuju. Ketua Pegawai Eksekutif, Great Eastern Takaful Berhad. Izzati Liyana Awang (Cik) Pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pusat Pengajian Pengurusan Fakulti Ekonomi Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor, Malaysia. E-mel: tie_yana90@yahoo.com Hendon Redzuan (Dr.) Pensyarah kanan, Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti Ekonomi Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor, Malaysia. E-mel: hendon@ukm.edu.my