EDISI KHAS Ulangtahun Ke 80 BSP

Similar documents
PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SIARAN AKHBAR MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1438H / 2017M ANJURAN YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. MAZLAN YUSOFF PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA WACANA TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TONG SAMPAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA (IOT)

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PROFIL KORPORAT. Corporate Profile

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Kemudahan asas PWTC dibaik pulih

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

& International Food Festival

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

gagal patuhi keselamatan

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

SPEECH TEXT BY DR GRAHAEME HENDERSON MANAGING DIRECTOR BRUNEI SHELL PETROLEUM COMPANY SDN BHD BRUNEI ENVIRONMENT CONFERENCE 2005

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

THE CONCEPT OF CRIMINOLOGY {BATHIL) IN ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTION PRACTICES IN MALAYSIA AND ISLAMIC REPUBLIC OF IRAN

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

vii ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

PENAFIAN Liabiliti dengan keputusan anda sendiri FutureCash tidak menawarkan Nasihat Pelaburan atau Perkhidmatan Broker Amaran undang-undang

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

VISI MISI. Berkhidmat kepada Negara Brunei Darussalam sebagai institusi kewangan utama melalui penyelesaian Islam

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

ISI KANDUNGAN SEKSYEN/ RUJUKAN 1.0 TUJUAN OBJEKTIF DAN SKOP 3

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Haji Zainul Ariff Bin Haji Hussain, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis dan Yang Berbahagia Puan Seri.

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Penjenamaan Tempat (Place Banding) dan Faedah kepada Sektor Pelancongan

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN SEKTOR AWAM

Transcription:

EDISI KHAS 2009 Ulangtahun Ke 80 BSP

SALAM Dari Meja Pengarah Urusan BSP Rakan-rakan sejawat sekalian Adalah rasa penuh bangga kita dapat meraikan 80 tahun kejayaan perkongsian diantara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Shell pada penghujung bulan September. Yang paling utama adalah berangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bagi lawatan kerja ke pejabat-pejabat kita dan ke luar pantai di Champion 7. Acara yang telah berlangsung ini adalah peluang tidak ternilai bagi merenung kembali pencapaian-pencapaian perkongsian di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Royal Dutch Shell, yang merupakan salah satu keikraban yang paling lama di dalam industri ini. Pengerusi kita Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Ketua Eksekutif Shell, Peter Voser, telah menyatakan pujian masing-masing terhadap rekod bertaraf dunia kita di dalam pengeluaran, penyempurnaan projek, teknologi dan keselamatan. Apa yang telah dihasilkan oleh BSP sememangnya amat mengkagumkan. Bersama-sama dengan mereka yang terdahulu, kita telah berjaya menghasilkan pengeluaran menakjubkan yang bersamaan dengan 6 bilion tong minyak dan gas semenjak 1929, di samping terus memainkan peranan penting sebagai penjana ekonomi Brunei. Seperti yang awda sedia maklum, kita juga telah menandakan acara penting ini dengan satu pemberian yang istimewa kepada negara di dalam bentuk kempen keselamatan jalanraya yang diberi nama kempen Tell A Friend. Setakat ini kita telah mendapat sokongan yang amat kukuh bagi kempen ini daripada rangkaian ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan kita. Dengan memperluaskan lagi kempen ini ke peringkat kebangsaan, kita mampu bekerjasama bagi menjadikan jalanraya di Brunei yang paling selamat di dunia. Saya amat gembira bahawa lebih daripada 30 organisasi-organisasi utama telah menyertai inisiatif ini dan kita berharap supaya dapat menyaksikan sekurang-kurangnya 50 organisasi kesemuanya menjelang penghujung tahun ini. Saya ingin berterima kasih kepada ramai orang yang telah bekerja keras menjadikan sambutan ulang tahun ke-80 ini sesuatu yang amat meriah dan akan berkekalan di dalam ingatan. Terima kasih KANDUNGAN S B D Grahaeme Henderson Pengarah Urusan BSP

13 18 9 SUMBANGAN KEPADA BRUNEI DARUSSALAM DAN MASYARAKAT 02 DARI MEJA PENGARAH URUSAN BSP 04 BSP 80 TAHUN DAN SETERUSNYA 06 PEMBRUNEIAN 10 ALAM SEKITAR 12 PEMBANGUNAN PERNIAGAAN TEMPATAN 13 TEKNOLOGI 15 CHAMPION WEST 18 MERCU TANDA 22 SAMBUTAN ULANGTAHUN

SAMBUTAN ULANGTAHUN BSP: 80 Tahun Dan Seterusnya Pada 5 April 1929, minyak telah ditemui pada kedalaman 297 meter di telaga Seria-1. Titik bersejarah ini adalah penemuan minyak komersial yang pertama dan menandakan bermulanya industri minyak dan gas di Brunei Darussalam. Industri ini telah menyumbang besar kepada perkembangan status ekonomi dan geopolitikal Brunei. Sehingga ke hari ini, industri ini terus berperanan penting dengan menyumbang 90% kepada hasil pengeksportan Brunei dan 60% kepada GDP negara. PROFIL BSP Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) adalah usahasama 50-50 di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Shell. Tahun ini kami berasa bangga dapat menyambut ulangtahun ke-80 perkongsian kukuh ini, yang mungkin merupakan yang paling lama seumpamanya di dalam industri minyak dan gas seluruh dunia. BSP adalah salah satu syarikat pengeluar tenaga terbesar di Asia, yang mengeluarkan hasil bersamaan dengan 370,000 tong minyak dan gas setiap hari. Kami membekalkan minyak kepada banyak negara termasuk Indonesia, Korea, Jepun, Cina, India, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat. Kami adalah pengeksport gas yang utama di rantau ini. Fikirkan satu dalam lima mentol lampu di Tokyo dinyalakan oleh tenaga dari Brunei! BSP mengendalikan suatu infrastruktur sofistikated, kompleks dan meluas yang merangkumi 4,500 takungan minyak, 750 telaga pengeluaran, 210 struktur luar pantai dan talian paip sepanjang 1,800km, yang disambung kepada padang-padang minyak utama di luar pantai seperti Champion, Ampa dan Fairley. Selain itu, terdapat sejumlah rig-rig penggerudian yang sedang beroperasi di daratan dan juga di lautan. BSP adalah sebuah syarikat eksplorasi dan pengeluaran. PRODUK-PRODUK: 1. Minyak mentah (Negara-negara ASEAN, India, Australia) 2. Gas (yang dijual kepada Brunei LNG bagi penghasilan LNG) 3. 350,000 tong pengeluaran minyak dan gas 4. 170, 000 tong minyak - pengeluaran minyak sehari 5. 185 kargo kelas B pengeluaran gas setahun Tangki minyak mentah di Terminal Minyak Mentah Seria 04 SALAM Edisi Khas 2009

Edisi Khas 2009 SALAM 05

SAMBUTAN ULANGTAHUN PemBruneian Tenaga kerja adalah satu perkara utama bagi BSP. Syarikat ini terus-menerus menjaga kebajikan para kakitangannya, dengan menyediakan persekitaran yang memuaskan untuk mereka menjalankan kerja dan berkembang maju. Kakitangan rakyat Brunei di BSP saling memperkukuhkan sumbangan rakan sejawat masing-masing di serata syarikat. Hampir 75 peratus daripada perniagaan kita pada hari ini dijalankan dengan syarikat-syarikat Brunei, dengan pengusaha-pengusaha sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menerima sebahagian besar faedah dari peluang-peluang perniagaan yang kita wujudkan. Selaras dengan seruan pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada usahawan-usahawan PKS supaya mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran luar negara, BSP telah menjalankan usaha bagi menggalakkan para kontraktornya memperolehi kemahiran-kemahiran khusus perniagaan serta menambahkan lagi daya saing mereka. Semakin banyak contohcontoh yang cemerlang boleh dilihat di mana sesetengah kontraktor BSP telah berjaya mendapatkan kontrak kerja di seberang laut, setelah mereka mempertingkatkan kepakaran masing-masing bekerja dengan BSP. Salah satu contoh asas pengembangan kepakaran kontraktor ini adalah projek pembangunan Bugan. Padang Bugan yang terletak lebih kurang 20km di luar pantai Brunei dilengkapi jeket atau struktur kaki pelantar setinggi 40m yang menampung bahagian atas pelantar atau topside seberat 1,400 tan. Di dalam projek ini, BSP telah memaksimakan penglibatan kontraktor-kontraktor Brunei bagi keseluruhan projek, daripada kerja rekabentuk, pembekalan peralatan, sehinggalah pembinaan dan pemasangan. Pelantar Bugan ini telah dibina di tapak pembinaan marin di Kuala Belait. Projek ini merupakan satu mercutanda kejuruteraan yang telah dijayakan di Brunei dalam erti kata sebenarnya. Lebih daripada separuh kontraktor-kontraktor BSP adalah rakyat Brunei dengan hampir 90 peratus transaksi perniagaan syarikat dijalankan dengan syarikat-syarikat tempatan pada tahun lepas. Sama pentingnya adalah kenyataan bahawa rakyat Brunei kini menyandang kebanyakan jawatan-jawatan pengurusan kanan di dalam syarikat-syarikat kontraktor BSP. Untuk membawa perubahan yang ketara kepada masyarakat adalah salah satu aspek penting perniagaan kita, terutamanya melalui sokongan terhadap usaha-usaha pihak Kerajaan mewujudkan masa hadapan yang lebih baik bagi syarikat-syarikat Brunei. Operasi di Terminal Minyak Mentah Seria 06 SALAM Edisi Khas 2009

Edisi Khas 2009 SALAM 07

SAMBUTAN ULANGTAHUN Pemandangan hutan dari permatang Labi Gambar oleh Hans Dols FAKTA: Industri ini menyumbang 90% kepada hasil pengeksportan Brunei dan lebih 60% kepada GDP negara. 08 SALAM Edisi Khas 2009

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muʼizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan melawat Pusat Promosi Kesihatan Brunei yang disumbangkan oleh Royal Dutch Shell Sumbangan BSP Kepada Masyarakat BSP adalah tulang belakang industri minyak dan gas yang merupakan aktiviti ekonomi utama Negara Brunei Darussalam Pembangunan komuniti telah lama berakar umbi di dalam BSP sepanjang 80 tahun yang lalu. Sebagai contoh, pembangunan pekan Seria ketika industri ini sedang berkembang pesat pada tahun-tahun 1930an, telah membuka laluan bagi pembinaan infrastruktur seperti jalanraya, sekolah, hospital, kedai-kedai perniagaan dan yang lebih penting lagi, telah mewujudkan peluang-peluang pekerjaan bagi masyarakat tempatan. BSP telah sekian lama mengorak langkah sebagai rakan kongsi yang strategik dan aktif di dalam pelbagai projek pembangunan, terutamanya di bidang pendidikan, pembangunan belia dan alam sekitar. BSP telah menjalankan usaha menyeluruh bagi menerapkan keperihatinan terhadap alam sekitar sebagai teras perniagaannnya. Selain inisiatifinisiatif syarikat, BSP telah turut terlibat di dalam pelbagai usahasama dengan pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam. Di antara projek-projek pembangunan masyarakat yang telah dilaksanakan adalah: Inisiatif perlindungan kepelbagaian biologi Heart of Borneo di mana BSP telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman dengan Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama (MIPR), untuk bekerjasama dengan MIPR khusus bagi tujuan membangunkan satu Rangka Kerja Implementasi Projek di peringkat kebangsaan khas untuk inisiatif Heart of Borneo di Brunei Darussalam Pusat Promosi Kesihatan Brunei, yang dibiayai sepenuhnya oleh Royal Dutch Shell, melambangkan sokongan berterusan Syarikat terhadap usaha-usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan untuk menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti bagi negara Penandatangan Memorandum Persefahaman dan Perjanjian Penajaan di antara BSP, Shell EP International Limited dan Institut Teknologi Brunei (ITB) bagi memantapkan lagi keupayaan pihak universiti di dalam bidang kejuruteraan, di samping menyokong usaha untuk memajukan lagi keupayaan teknologi sektor minyak dan gas di Brunei Darussalam Edisi Khas 2009 SALAM 09

SAMBUTAN ULANGTAHUN Pemandangan dari hutan Labi Gambar oleh Hans Dols Alam Sekitar Misi teras BSP adalah untuk menjalankan pembangunan sumber-sumber hidrokarbon Negara yang amat bernilai secara berdaya maju. Melindungi serta memelihara alam sekitar adalah aspek penting misi ini dan menjadi asas yang lumrah kepada segala aktiviti perniagaan. BSP mempunyai 3 strategi utama bagi memacu usaha-usaha yang pro-alam sekitar: Memanfaatkan sains dan teknologi bagi membangunkan kaedah-kaedah hijau yang inovatif dalam mencari dan memproses minyak dan gas Menerap serta melaksanakan kawalan serta piawaian alam sekitar yang tegas di dalam aktiviti-aktiviti perniagaan keseluruhannya Pengukuhan terhadap usaha menjaga alam sekitar Negara melalui program-program pendekatan dengan masyarakat Penyelam sedang mengkaji kehidupan marin di bawah pelantar minyak 10 SALAM Edisi Khas 2009

Edisi Khas 2009 SALAM 11

SAMBUTAN ULANGTAHUN Hampir 75 peratus daripada perniagaan BSP hari ini dijalankan dengan syarikatsyarikat Brunei, dengan pengusaha-pengusaha sektor PKS menerima sebahagian besar faedah dari peluangpeluang perniagaan yang diwujudkan Pembangunan Perniagaan Tempatan Impak utama hasil dari prestasi perniagaan BSP yang kukuh adalah peluang-peluang cemerlang yang telah kami wujudkan bagi perniagaanperniagaan Brunei. Hampir 75 peratus daripada perniagaan kami pada hari ini dijalankan dengan syarikat-syarikat Brunei, dengan pengusaha-pengusaha sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menerima sebahagian besar faedah dari peluang-peluang perniagaan yang diwujudkan. Menyokong usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan untuk membangunkan komuniti perniagaan tempatan, terutamanya pengusahapengusaha PKS, adalah komitmen teras BSP. Kini kami memantapkan lagi tahap pembangunan keupayaan keusahawanan dan pengurusan di kalangan para vendor BSP, terutamanya dari sektor PKS. Baru-baru ini kami telah memperkenalkan satu program bimbingan yang unik dari aspek usahasama dan perkongsian pengetahuan, kerana para pembimbing di bawah program ini adalah daripada BSP dan kontraktor-kontraktornya. Inisiatif ini meneruskan lagi sokongan BSP terhadap matlamat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan untuk membangunkan satu golongan kompetitif dari kalangan rakyat Brunei yang berkemahiran di dalam sektor PKS. Salah satu inisiatif utama di bawah program LBD (Pembangunan Perniagaan Tempatan) adalah program LiveWIRE Brunei yang diterajui oleh BSP. Program LiveWIRE berperanan sebagai satu skim inkubator yang menawarkan informasi, nasihat dan latihan bagi rakyat Brunei yang ingin memulakan perniagaan di dalam sebarang sektor. Melalui program ini yang telah dimulakan pada tahun 2000, BSP telah membantu lebih daripada 2,500 rakyat Brunei. Seramai 200 orang telah memulakan perniagaan sendiri di dalam sektor PKS. Perniagaan-perniagaan baru yang menarik ini telah dimulakan di dalam pelbagai sektor termasuk perkhidmatan makanan, peruncitan, perkhidmatan kewangan dan pelancongan. Program LiveWIRE Brunei adalah program yang paling berjaya di antara 22 program seumpamanya yang ditaja oleh Shell di seluruh dunia. 12 SALAM Edisi Khas 2009

Teknologi Teknologi adalah kunci BSP di dalam usaha menangani cabaran bekalan tenaga. BSP terus menerajui industri melalui penggunaan teknologi inovatif bagi memacu perniagaannya. Sebagai contoh, kami telah mencipta telaga ular yang berkilometer panjangnya dan amat fleksibel bagi mengeluarkan minyak dan gas daripada takungan-takungan yang sekiranya tanpa teknologi ini, adalah amat mahal untuk dihasilkan. BSP juga telah menerajui teknologi-teknologi pintar digital bagi memantau serta mengawal operasi di luar pantai dengan efisien daripada lokasi di daratan secara langsung. Bagi padang-padang minyak yang telah matang seperti Seria yang telah pun berusia 80 tahun, BSP memanfaatkan teknologi bagi menghasil serta mengekalkan industri minyak dan gas bagi Brunei Darussalam. BSP akan terus mengaplikasi teknologi-teknologi maju seperti telaga-telaga ular dan mata kail (ataupun dikenali snake well dan fish hook well) dan padang-padang pintar Kini Brunei telah memasuki fasa pencarian secondary dan tertiary bagi mengeluarkan risab hidrokarbon daripada padangpadang yang sedia ada. Production Optimisation Collaboration Centre BSP Edisi Khas 2009 SALAM 13

14 SALAM Edisi Khas 2009 SAMBUTAN ULANGTAHUN

Champion West Padang Champion West telah ditemui pada 1975. Semasa itu BSP tidak dapat mencari suatu kaedah yang berkesan atau pun mampu dilakukan bagi membangunkan padang baru yang amat kompleks ini. Ianya tidak diusahakan selama 25 tahun oleh kerana pembangunannya yang amat rumit dan mahal melibatkan beratus-ratus takungan kecil dan kandungan cecair yang berbeza-beza dan bercampur-campur di antara gas dan minyak. Akhirnya penyelesaian telah ditemui dengan menggerudi telaga pintar yang mencontohi bentuk seekor ular yang bergerak di bawah permukaan laut dan bumi, menegak dan mendatar melalui beberapa takungan dan berupaya mengukur serta mengawal saliran daripada bahagian-bahagian berlainan yang dilalui. Setelah menggunakan konsep telaga ular di beberapa padang-padang yang berhampiran, kami telah kembali ke Champion West, untuk membina sebuah pelantar baru tanpa pengendali dan menggerudi sejumlah telaga-telaga ular pelbagai saliran dengan kelengkapan pintar terpasang sepanjang 8 kilometer di dalam lubang telaga dan 4 kilometer melalui takungan. Champion West telah menjadi satu kejayaan dan menyumbang lebih 50,000 tong sehari kepada BSP pada kemuncak pengeluarannya. Kini Brunei mengeluarkan lebih 100,000 tong sehari daripada lima padang, salah satunya Champion. Champion West, terletak 90 km di luar pantai Brunei di Laut Cina Selatan, adalah projek utama Smart Fields Shell Edisi Khas 2009 SALAM 15

SAMBUTAN ULANGTAHUN Pelantar Bugan di ketika matahari terbenam Teknologi Padang Pintar Dan Telaga Ular Padang Pintar Shell mengintegrasikan teknologi informasi digital dengan teknik-teknik penggerudian, seismik dan pemantauan takungan yang terkini bagi menyatukan pengetahuan dengan pengawalan. Gabungan dari pengalaman ahli-ahli geologis, jurutera-jurutera dan pakar-pakar yang lain telah membolehkan Padang Pintar membantu meningkatkan jumlah keseluruhan minyak yang dihasilkan sebanyak 10 peratus dan gas 5 peratus, di samping meningkatkan kadar pengeluaran. 16 SALAM Edisi Khas 2009

Dilahirkan Pintar Champion West, terletak 90 km di luar pantai Brunei di Laut Cina Selatan, adalah projek utama Padang Pintar Shell padang minyak pertama yang dilahirkan pintar. Selama 25 tahun Champion West telah terpendam dengan risabnya yang kaya terkunci pada kedalaman 2,000 sehingga 4,000 meter (lebih kurang 6,500 sehingga 13,000 kaki) di bawah permukaan dasar laut di dalam satu rangkaian kompleks takungantangkungan cetek yang dianggap terlalu mahal untuk dibangunkan. Tetapi kini teknologi Padang Pintar serta teknik-teknik penggerudian yang baru telah merubah Champion West menjadi salah satu padang minyak dan gas yang paling canggih di dunia. Daripada jauh di bawah permukaan dasar laut di Champion West, alat-alat pengesan yang disambung kabel gentian optik menghantar maklumat digital kepada pusat-pusat kawalan di daratan berkenaan suhu, tekanan dan lain-lain maklumat berkaitan keadaan padang minyak bagi membolehkan pemantauan berterusan dijalankan ke atas pengeluaran. Ini juga membolehkan para jurutera membuat keputusan segera tentang bagaimana untuk mengeluarkan jumlah minyak yang terbanyak, mengesan pergerakannya di dalam takungan dan mengenalpasti dengan pantas masalah-masalah pengeluaran seperti saliran tersekat. Mereka seterusnya dapat bertindak misalnya dengan mengaktifkan injap-injap telaga secara elektronik samada bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau meningkatkan pengeluaran dengan menguruskan saliran minyak secara lebih baik. Telaga Ular Salah satu hasil daripada program Padang Pintar Shell adalah penciptaan Snake Well atau Telaga Ular suatu telaga yang boleh menyusur di serata kawasan yang mengandungi minyak. Apabila digabungkan dengan teknologi pintar, sesuatu telaga ular itu boleh menembusi sejumlah takungan-takungan minyak sekaligus dan menghasilkan pengeluaran yang bersamaan dengan beberapa buah telaga-telaga individu menjimatkan kos di samping mempastikan tiada risab minyak yang ketinggalan. Blok-blok luar pantai di sebelah utara padang minyak Seria sedang dibangunkan dari daratan menggunakan telaga-telaga ʻfishhookʼ atau matakail Edisi Khas 2009 SALAM 17

SAMBUTAN ULANGTAHUN Mercu Tanda 1929 1969 Penemuan sebuah lagi padang luar pantai, Padang Fairley, berhampiran dengan Ampa Penemuan padang minyak komersial pertama di Padang Seria 1970 1957 Padang minyak di Darat menikmati penghasilan tertinggi Penemuan padang luar pantai, Champion 1963 1972 Padang minyak luar pantai pertama, South West Ampa, 13 kilometer dari Kuala Belait Terminal Minyak Mentah Seria (SCOT) dibina 1968 1975 Rumah Sakit Panaga (Pusat Kesihatan Panaga) dibuka rasmi Penemuan padang luar pantai, Magpie 18 SALAM Edisi Khas 2009

1979 1992 Penemuan padang minyak ke-7, Iron Duke (luar pantai), 13km ke barat daya Champion Penemuan padang daratan, Rasau 1985 2000 Pengenalan logo baru syarikat BSP memenangi anugerah Top Trick Drilling the Limit (DTL) di Oman bagi rekabentuk Fish Hook atau Mata Kail yang menakjubkan untuk telaga eksplorasi Todak 1988 2000 Penemuan padang luar pantai, Gannet Pelancaran Projek Rasionalisasi Ampa Fairley pada 25 Mei 1991 2001 Padang Seria menghasilkan minyak kesebilion tong dan satu tugu peringatan telah dibina berhampiran dengan tapak asal Telaga No.1 Jabatan Perkhidmatan Pesawat (SAV) memenangi anugerah Flight International Aerospace Industry Edisi Khas 2009 SALAM 19

SAMBUTAN ULANGTAHUN Mercu Tanda 2005 2001 BSP sekali lagi memenangi anugerah Top Trick Drilling the Limit (DTL) di Kuala Lumpur bagi rekabentuk telaga inovatif ular dan penyalir penyambung Pelantar Teknologi Padang Pintar pertama Champion West dipasang pada bulan Julai 2005 2002 BSP menyempurnakan penggerudian telaga ular terpanjang di Champion West - 31 September Pembukaan rasmi Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) pada 14 September 2006 2003 BSP menghasilkan minyak pertama daripada Padang Champion West pada bulan Januari Kargo pertama minyak mentah Brunei (600 000 tong minyak kategori Seria Light Export Blend) ke India pada 16 Ogos 2007 2003 Gas pertama dihasilkan daripada Padang Egret pada 26 Ogos Helikopter-helikopter baru jenis S92A dihantar ke BSP untuk menggantikan Sikorsky S61N sedia ada yang telah berkhidmat dengan BSP selama lebih 40 tahun 20 SALAM Edisi Khas 2009

2007 2007 Permulaan operasi Jeti Muara baru pada 13 Februari BSP mengumumkan penemuan gas di kawasan Bubut, yang terletak hanya 7 km daripada pantai dan hanya 15 km daripada loji Brunei LNG (BLNG) 2007 2008 BSP membuka taman permainan trafik baru di OGDC pada 18 Mac BSP memenangi Shell Global Chief Executiveʼs HSE Award 2008, satu anugerah berprestij, bagi usaha-usaha mempertingkatkan prestasi operasi alam sekitar dan membawa impak yang besar kepada alam sekitar di Brunei Darussalam 2007 BSP menandatangani perjanjian jualan dan pembekalan gas jangkamasa panjang dengan Brunei Methanol Company (BMC), sebagai pembekal gas asli kepada BMC pada 12 April 2009 Mampak menghasilkan minyak pertama pada 1 Mei 2007 2009 Pusat latihan BSP dinaik taraf kepada hab serantau yang dinamakan Hab Pembelajaran Shell Brunei Asia Pasifik, pada 31 Oktober BSP memulakan operasi menggerudi bagi laut dalam, di Alap-Alap, lebih kurang 100km di luar pantai Muara Edisi Khas 2009 SALAM 21

SAMBUTAN ULANGTAHUN Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muʼizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan memotong kek ulangtahun ke 80 BSP Ulangtahun Ke 80 BSP Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), sempena Ulang Tahun ke-80 BSP di Seria. 22 SALAM Edisi Khas 2009

Para kakitangan BSP telah menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan di perkarangan Ibu Pejabat BSP di Panaga. Turut menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan adalah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Tenaga di Pejabat Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Dan Perdagangan Kedua merangkap Pengerusi BSP/BLNG/BST/BSM, Peter Voser, Ketua Pegawai Eksekutif, Royal Dutch Shell dan Grahaeme Henderson, Pengarah Urusan BSP. Turut serta adalah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Perhubungan, ahli-ahli Lembaga Pengarah BSP, pegawai-pegawai kanan daripada pihak kerajaan dan BSP, BLNG, BST and BSM. Bersambung di halaman 24 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muʼizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyaksikan pameran mengenai pencapaian BSP Kakitangan BSP sedang menanti keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muʼizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Edisi Khas 2009 SALAM 23

SAMBUTAN ULANGTAHUN Sambungan dari halaman 23 Lawatan kerja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan ini telah dimulakan dengan majlis menandakan ulang tahun ke-80 kewujudan BSP di dalam industri minyak dan gas Brunei Darussalam. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Pengiran Haji Shahril Azman bin Pg Haji Mestusin, Hakim Syariah, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Belait. Acara diteruskan dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Dan Perdagangan Kedua merangkap Pengerusi BSP/BLNG/BST/BSM, diikuti oleh Peter Voser, Ketua Pegawai Eksekutif, Royal Dutch Shell dan Grahaeme Henderson, Pengarah Urusan BSP. Di dalam sembah beliau Grahaeme berkata, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muʼizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan melancar Kempen Keselamatan Jalanraya Brunei Tell-A-Friend Persembahan Koir Keselamatan Jalanraya dari juara Pertandingan Koir Kempen Keselamatan Jalanraya Brunei dari Sekolah Rendah Dato Othman 24 SALAM Edisi Khas 2009

Ulang tahun ke-80 BSP ini adalah satu hari yang amat istimewa bagi kakitangan BSP dan kami ingin menandakan hari ini dengan pemberian satu hadiah yang bermakna. Sehubungan itu, kami pada hari ini ingin melancarkan satu kempen kemasyarakatan yang akan membantu mempertingkatkan lagi keselamatan di jalanraya. Kita banyak bergantung kepada pengangkutan darat kerana keadaan geografi serta infrastruktur Brunei. Malangnya, rakyat Brunei terus menjadi korban kemalangan jalanraya setiap tahun. Penduduk Brunei adalah merupakan masyarakat yang penyayang dan kesan daripada kemalangan-kemalangan ini dirasai dengan mendalam di seluruh negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan seterusnya telah berkenan merasmikan Pameran Ulang Tahun ke-80 dan melancarkan Kempen Keselamatan Jalanraya Brunei Tell-A-Friend di Dewan Utama, Ibu Pejabat BSP. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Bersambung di halaman 26 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muʼizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan melihat pameran Kempen Keselamatan Jalanraya Brunei Tell-A-Friend Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muʼizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berjunjung ziarah bersama kakitangan syarikat BSP Edisi Khas 2009 SALAM 25

SAMBUTAN ULANGTAHUN Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muʼizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan melawat pelantar luar pantai Champion 7 Sambungan dari halaman 25 kemudian berkenan meneruskan acara dengan melakukan lawatan kerja ke pejabat Pengarah Urusan BSP yang menghadap Laut Cina Selatan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan seterusnya menziarahi Koridor Teknologi di mana Baginda telah berkenan menerima junjung ziarah daripada para kakitangan BSP. Lawatan kerja Diraja ini kemudiannya diikuti dengan lawatan ke Terowong Masa BSP sebelum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan berangkat melawat pelantar luar pantai Champion 7. Dalam usahanya memenuhi keperluan permintaan bagi bekalan tenaga, BSP bercita-cita untuk lebih berkembang maju serta mencapai tahap yang lebih tinggi menjangkau tempoh 80 tahun semenjak kewujdan industri minyak dan gas di negara ini. Sambutan ulang tahun ke-80 pembangunan minyak dan gas ini adalah hasil perkongsian bersepadu di antara BSP, pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Royal Dutch/ Shell dan sokongan berterusan daripada rakyat Brunei. Pihak syarikat turut mengadakan acara sembahyang berjemaah, pembacaan Surah Yaasin dan majlis Doa Kesyukuran pada 28 September di surau Ibu Pejabat BSP. Majlis dihadiri oleh para kakitangan BSP dan diketuai oleh Haji Kamaludin Haji Bungsu, Pengarah Urusan Barat, BSP. 26 SALAM Edisi Khas 2009

Edisi Khas 2009 SALAM 27

SAMBUTAN ULANGTAHUN Kakitangan BSP menyambut kedatangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muiʼzzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam 28 SALAM Edisi Khas 2009

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muʼizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menandatangani sebuah buku untuk seorang kakitangan BSP Edisi Khas 2009 SALAM 29

SAMBUTAN ULANGTAHUN Mengabadikan kenangan manis sempena keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muʼizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Ibu Pejabat BSP 30 SALAM Edisi Khas 2009

Kakitangan luar pantai Champion 7 berjunjung ziarah dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muʼizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Edisi Khas 2009 SALAM 31

SAMBUTAN ULANGTAHUN Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muʼizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melawat pelantar luar pantai Champion 7 32 SALAM Edisi Khas 2009

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muʼizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan beramah mesra dengan kakitangan luar pantai Champion 7 Edisi Khas 2009 SALAM 33

SAMBUTAN ULANGTAHUN Terjemahan Teks Sembah Ucapan Oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awang Lim Jock Seng Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Dan Perdagangan Kedua Merangkap Pengerusi BSP/BLNG/BST/BSM Sempena Ulangtahun Ke 80 BSP Hamba Kebawah Duli Tuan Patik, bagi pihak semua warga BSP, dan para tetamu pada hari ini, dengan penuh hormat dan takzim, sukacita, menyembahkan, menjunjung kasih Kebawah Duli Tuan Patik, di atas kurnia perkenan Kebawah Duli Tuan Patik bercemar Duli ke majlis sambutan ulang tahun ke-80 abis hamba Kebawah Duli Tuan Patik ini. Keberangkatan Kebawah Duli Tuan Patik amat besar maknanya kepada abis hamba Kebawah Duli Tuan Patik. Usahasama di antara pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan Royal Dutch Shell adalah salah satu perkongsian yang paling berjaya dan berkekalan di dalam industri ini di seluruh dunia. Daripada permulaan yang serba sederhana pada 1929, BSP telah membangun menjadi salah sebuah syarikat pembekal tenaga yang terbesar di Asia, dengan pengeluaran yang bersamaan dengan 370,000 tong minyak dan gas setiap hari. Di Seria, kami mempunyai padang minyak yang paling lama mengeluarkan hasil di Asia yang telah mengeluarkan lebih daripada sebilion tong sehingga kini. Pengeluaran hasil baru juga telah bermula pada tahun yang ke-80 ini, daripada padang Mampak di bulan Mei dan daripada Bugan tidak lama lagi. Kerja-kerja eksplorasi kami diteruskan lagi bagi memperluaskan risab-risab minyak dan gas dan BSP baru sahaja memulakan aktiviti-aktivitinya di perairan dalam. Kejayaan kami yang paling bermakna adalah memainkan peranan sebagai penjana ekonomi negara yang bertuah ini. BSP menyumbang lebih kurang 90% kepada pendapatan minyak dan gas Brunei, yang juga merupakan lebih daripada separuh KDNK negara dan 90% pendapatan hasil eksport. Kejayaan BSP adalah hasil daripada dasar saling hormat-menghormati serta kepercayaan yang amat mendalam di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Shell. Kedua-dua pihak telah menyediakan panduan, sumber-sumber, kestabilan dan komitmen menyeluruh bagi BSP melalui beberapa tempoh masa yang amat mencabar. Perjalanan yang masih perlu dilalui akan membawa cabaran-cabaran yang baru dan lebih besar; sumbersumber yang lebih sukar dihasilkan, tekanantekanan alam sekitar serta persaingan yang lebih hebat di dalam pasaran-pasaran bekalan tenaga sedunia. Sukacita dimaklumkan bahawa sekelian warga BSP memahami sepenuhnya makna cabarancabaran ini dan sedang giat mengungkayahkan program-program baru bagi menjamin perniagaan bagi masa hadapan. Hamba Kebawah Duli Tuan Patik rasa amat berbangga mendapat penghormatan menyandang tanggungjawab sebagai Pengerusi syarikat ini di dalam tahun Ke-80 penubuhannya. Yakni sebuah syarikat yang telah mencapai amat banyak sekali kejayaan dan memainkan satu peranan yang amat penting di dalam pembangunan negara. Bagi pihak kesemua warga BSP terima kasih. 30 SALAM Edisi Khas 2009

Terjemahan Teks Sembah Ucapan Oleh Peter Voser Ketua Pegawai Eksekutif Royal Dutch Shell Sempena Ulangtahun Ke 80 BSP Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, para hadirin yang dihormati sekelian. Ini adalah satu penghargaan yang amat besar buat Hamba Kebawah Duli Tuan Patik bagi mewakili Kumpulan Royal Dutch Shell bersempena sambutan ulangtahun yang amat bermakna bagi BSP. Bagi semua pihak di Shell, Hamba Kebawah Duli Tuan Patik berterima kasih yang tidak terhingga kepada sekelian rakanrakan kongsi di dalam Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah menunjukkan bahawa visi serta halatuju, tanpa mengenal erti penat lelah bagi menjadikan perkongsian ini sesuatu yang kukuh untuk sekian lamanya. Sememangnya banyak perniagaan yang berjalan lancar sepanjang tempoh setahun, manakala ada pula yang berterusan berjaya sepanjang tempoh satu dekad, tetapi mengekalkan kejayaan sepanjang tempoh 80 tahun adalah satu pencapaian yang amat istimewa dan sukar dicari. BSP adalah salah satu perkongsian usahasama yang pertama di dalam Kumpulan Shell dan sentiasa menjadi contoh bagaimana perkongsian seumpamanya harus diselenggarakan. Amat mudah bagi sebarang syarikat usahasama minyak antarabangsa untuk memperkatakan perkara yang baik tentang usaha memaksimakan kepakaran tempatan, mengaplikasikan teknologi, mengekalkan keselamatan dan menyokong usaha kemasyarakatan, tetapi untuk benarbenar menghasilkan komitmen ini adalah satu usaha yang amat mencabar dan tidaklah semudah yang disangkakan. Walaubagaimanapun, BSP mempunyai rekod yang cemerlang dan menjadi peneraju di dalam perkara-perkara ini. Tanpa apa-apa kerumitan mahupun dengan mendabik dada, kumpulan BSP yang berkebolehan istimewa telah berusaha gigih mengenepikan segala rintangan dan menjadikan semuanya satu kenyataan. Kelmarin, Hamba Kebawah Duli Tuan Patik telah berpeluang menyaksikan sendiri banyak kejayaan-kejayaan komersial dan operasi BSP secara dekat. Hamba Kebawah Duli Tuan Patik berbangga melihat teknologi-teknologi maju Shell diaplikasikan dengan amat berjaya sekali. Adalah amat memuaskan kerana dapat menyaksikan sebuah projek kejuruteraan besar yang bertaraf dunia seperti Bugan dihasilkan setahun lebih awal daripada jadual, mengikut bajet dan yang paling penting ianya telah dapat dilaksanakan dengan selamat tanpa berlaku sebarang kecederaan. Kini, Bugan telah disempurnakan mengikut piawaianpiawaian yang paling tinggi. Hamba Kebawah Duli Tuan Patik juga amat kagum dengan usaha-usaha untuk meningkatkan kecekapan di seluruh perniagaan melalui pembasmian pembaziran dan pengurangan kos. Kejayaan-kejayaan membanggakan ini adalah hasil komitmen serta pelaburan kewangan yang besar di Brunei sejak sekian lama. Tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan komuniti kontraktor dalam negeri telah berjaya diwujudkan di dalam industri minyak dan gas tempatan yang maju ini. BSP terus menjadi sebahagian daripada apa yang dinamakan sebagai heartlands atau wilayah penting di dalam Shell. Ini merupakan operasi-operasi yang mempunyai keutamaan teratas kerana sumbangan penting serta terbukti yang telah diberikan kepada perniagaan pada hari ini dan juga kerana potensi besarnya untuk masa hadapan. Pada tahun-tahun yang akan datang BSP akan menempuhi cabaran-cabaran yang lebih besar apabila syarikat ini melangkah ke eksplorasi perairan yang lebih dalam dan risab-risab yang lebih kompleks di perairan cetek dan di daratan. Pada masa yang sama, pasaran-pasaran tenaga dan komersial dunia dijangka akan menjadi lebih tidak menentu. Seperti mereka yang terdahulu menyandang jawatan ini, Hamba Kebawah Duli Tuan Patik akan terus menjuruskan 100% komitmen kepakaran serta keupayaan global bagi menyokong BSP menghadapi perubahan-perubahan yang bakal berlaku. Awda sekalian boleh mengharapkan sokongan sepenuhnya daripada rangkaian global Shell samada dari segi kepakaran saintifik, operasi serta selok-belok perniagaan, kelebihan komersial atau sokongan bagi kesihatan, keselamatan dan alam sekitar. Kesetiaan, kepercayaan dan ketabahan adalah merupakan asasasas perkongsian. Pada era tahun-tahun 1920an, apabila syarikat-syarikat minyak yang lain telah membuat keputusan terburu-buru adalah tidak mendatangkan hasil untuk mengejar peluang di sini, Shell tetap setia kepada Brunei dan telah berhasil membangunkan kekayaan sumber-sumber negara ini. Kami akan mendokong semangat serta komitmen yang sama ini terhadap kerja yang akan dijalankan di dalam dekad-dekad yang akan datang dan terus berbangga dapat memainkan peranan dalam membangunkan negara yang istimewa ini. Edisi Khas 2009 SALAM 31

SAMBUTAN ULANGTAHUN Terjemahan Teks Sembah Ucapan Oleh Grahaeme Henderson Pengarah Urusan BSP Sempena Ulangtahun Ke 80 BSP Bagi pihak semua yang hadir pada hari ini dan juga semua kakitangan, Hamba Kebawah Duli Tuan Patik ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas perkenan keberangkatan bagi menyambut Ulang Tahun ke-80 Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd. Hamba Kebawah Duli Tuan Patik juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awg Lim Jock Seng dan Peter Voser kerana telah mengiktiraf kejayaan-kejayaan BSP di dalam ucapan mereka pada hari ini, dan bersama-sama dengan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Hj Mohammad, di atas sokongan berterusan mereka kepada BSP. Satu operasi dinamik dan bertaraf dunia yang merangkumi lebih dari 200 struktur di daratan dan luar pantai yang disambungkan oleh talian paip sepanjang lebih 2,000 kilometer telah dibina, mengeluarkan minyak dan gas daripada 4,700 takungan risab melalui 750 telaga. Dalam jangkamasa 80 tahun, BSP telah menghasilkan pengeluaran keseluruhan yang mengkagumkan bersamaan dengan enam bilion tong minyak dan gas, dan kini masih lagi menjadi pembekal yang penting kepada pasaran-pasaran dunia. Perjalanan yang bermula 80 tahun yang silam sebagai perintis asal dengan penemuan minyak komersial yang pertama di Brunei, dan telah membina catatan rekod jangkamasa panjang sebagai sebuah syarikat pencapaianpencapaian pertama, yang mendahului industri global di dalam banyak perkara. Jurutera-jurutera telah secara konsisten mencipta teknik-teknik penggerudian yang baru bagi menembusi takungan-takungan risab bawah tanah Brunei yang kompleks. Ini termasuklah telaga-telaga fishhook yang digerudi daripada darat ke arah takungan di bawah permukaan dasar laut, dan snake wells yang menyusur sejauh beberapa kilometer di bawah tanah bagi mencapai takungan-takungan kecil minyak dan gas. BSP juga telah menerajui teknologi-teknologi pintar Shell yang membolehkan bagi memantau serta mengawal, di dalam masa sebenar, operasi-operasi luar pantai yang terletak berkilometer jauhnya daripada ibu pejabat. Pelaburan berterusan di dalam teknologi-teknologi maju akan bolehkan mengekalkan pembangunan jangkamasa panjang yang berjaya bagi sumber-sumber minyak dan gas di negara yang istimewa ini. Walaubagaimanapun, sudah tentulah kejayaan ini terhasil daripada warga kerja yang berkemahiran dan gigih dalam pekerjaan mereka. Mereka sekelian amat memahami peranan mustahak yang dimainkan oleh BSP sebagai penyumbang utama kepada ekonomi Brunei Darussalam. Para kakitangan di BSP amat berdedikasi dan setiap hari Hamba Kebawah Duli Tuan Patik dapat melihat kebanggaan yang disertakan dengan kesedaran mendalam tentang tanggungjawab terhadap negara di kalangan mereka. Ulang tahun ke-80 BSP ini adalah satu hari yang amat istimewa bagi kakitangan BSP dan menandakan hari yang penuh bermakna. Sehubungan itu, hari ini akan dilancarkan satu kempen kemasyarakatan yang akan membantu mempertingkatkan lagi keselamatan di jalanraya. Masyarakat banyak bergantung kepada pengangkutan darat kerana keadaan geografi serta infrastruktur Brunei. Malangnya, rakyat Brunei terus menjadi korban kemalangan jalanraya setiap tahun. Rakyat Brunei adalah merupakan masyarakat yang penyayang dan kesan daripada kemalangan-kemalangan ini dirasai dengan mendalam di seluruh negara. Kerjasama pihak syarikat dengan pihak Kerajaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini berkaitan dengan keselamatan jalanraya dan kejayaannya dapat dilihat melalui catatan statistik yang lebih baik. Hamba Kebawah Duli Tuan Patik mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Awang Haji Abu Bakar, Menteri Perhubungan dan Pehin Zainuddin, Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei, berserta dengan Majlis Keselamatan Jalanraya Kebangsaan di atas usaha gigih yang ditunjukkan bagi mempertingkatkan keselamatan jalanraya di Brunei. Setelah tahap kesedaran di kalangan orang ramai dipertingkatkan serta penguatkuasaan peraturan diperkukuhkan lagi, langkah kritikal seterusnya adalah untuk memanfaatkan rangkaian kekeluargaan dan persahabatan di seluruh Brunei yang saling bantumembantu dan memedulikan antara satu sama lain. Ini akan membantu menjadikan mesej-mesej berkenaan keselamatan jalanraya lebih bersifat peribadi dan oleh kerana itu, ianya 32 SALAM Edisi Khas 2009

akan menjadi lebih berkesan. Kempen Tell-A-Friend ini adalah unik kepada Brunei dan ianya amat jelas dan mudah. Kempen ini mengajak semua orang di Brunei untuk mematuhi sendiri peraturanperaturan yang ada dan seterusnya mengajak ahli-ahli keluarga serta sahabat-sahabat mereka untuk turut serta mematuhinya. Sudah tentu seseorang yang tidak memakai talipinggang keledar itu ada yang kenal kepadanya, atau pun seseorang yang memandu laju, atau menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Melalui kerjasama, tabiat memandu akan dapat diperbaiki dan membawa perubahan yang besar kepada semua orang di Brunei. Walaupun BSP telah membentuk pemikiran di sebalik Tell- A-Friend dan telah menjalankan kempen percubaan yang amat berjaya di kalangan kakitangan, kempen ini bukanlah milik BSP. Sebaliknya kempen ini telah menjemput organisasi-organisasi dari sektor swasta dan awam untuk bekerjasama sebagai sebuah pasukan bagi menjalankan kempen ini. Kempen ini akan dikenali sebagai Brunei Tell- A-Friend pada peringkat kebangsaan. Hamba Kebawah Duli Tuan Patik gembira menyatakan bahawa lebih daripada 30 syarikat-syarikat besar swasta dan institusi-institusi awam telah pun mengambil bahagian dengan penuh bersemangat dan dijangkakan jumlah ini akan meningkat kepada 50 organisasi utama. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan, para tetamu yang dihormati sasaran akhir untuk kempen Brunei Tell-A-Friend amatlah besar sekali. Kempen ini diharap menjadikan jalanraya di Brunei sebagai yang paling selamat di dunia dan diharap visi ini akan dapat dicapai dan penglibatan semua orang yang hadir di sini pada hari ini akan dapat membentuk satu asas yang kukuh bagi mencapainya. Hari ini adalah hari yang istimewa. Satu hari yang istimewa sempena menyambut Ulang Tahun ke-80 Syarikat Minyak Brunei Shell, dan satu hari yang amat istimewa bagi semua orang di Brunei Darussalam sempena pelancaran kempen keselamatan jalanraya Brunei Tell-A-Friend. Sekian dan terima kasih. Edisi Khas 2009 SALAM 33

SAMBUTAN ULANGTAHUN MAKLUMAT LANJUT Sekiranya awda ingin mendapatkan maklumat lanjut, memberi sebarang komen atau menyumbang artikel, hantar e-mail yang mengandungi nama awda, alamat, nama syarikat serta jawatan awda kepada: editorial@shell.com Untuk membaca lebih banyak bahan berita, sila layari laman web kami: https://www.bsp. com.bn/main/mediacentre/media_centre.asp LANGGANAN Bagi mengubah atau membatalkan langganan, sila hantar e-mel kepada editorial@shell.com dengan menyatakan nama, jawatan, syarikat/ organisasi dan alamat awda DITERBITKAN OLEH Jabatan Hal Ehwal Luar Korporat Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd Jalan Utara Panaga Seria KB3534 Brunei Darussalam PENYUNTING EKSEKUTIF Justin Jaapar TATA SUSUN DAN REKABENTUK Hajah Fauziah Jahis FOTOGRAFI Mohd Zufri Mohd Bakhtiar James How (Nanyang Photo Trading) John Han (Nanyang Photo Trading) Aryo Santoso (Nanyang Photo Trading) Jerome Wong (Jen Studio) PENCETAK Wing On Printing Sdn Bhd SINGKATAN BSP Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd BLNG Brunei LNG Sdn Bhd BSM Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd BST Brunei Shell Tankers Sdn Bhd 34 SALAM Edisi Khas 2009

Edisi Khas 2009 SALAM 35

Brunei Shell Petroleum Company Sendirian Berhad (1952), unless otherwise indicated. All rights reserved. Neither the whole nor any part of this newsletter/ magazine may be reproduced or stored in any retrieval system or transmitted in any form or by any means (electronic, reprographic, recording or otherwise) without the prior written permission of Brunei Shell Petroleum Company Sendirian Berhad.