KEPATUHAN PROSES GADAIAN DALAM SISTEM AR-RAHNU DI MALAYSIA

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Analisis Kadar Upah di Institusi Ar Rahnu

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Pakej Mikro Kredit Berdasarkan Skim Ar Rahnu Di Malaysia Azlin AlisaAhmad Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

GARIS PANDUAN SEBAGAI RUJUKAN PELANGGAN DALAM MEMOHON PEMBIAYAAN PERUMAHAN SECARA ISLAM

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

[SV 9] MENGANALISIS ISU HALAL TERHADAP SEKTOR PERKHIDMATAN HOTEL DI MALAYSIA. Nursyahida Jaafar¹ & Mohamad Ghozali Hassan²

BAB 1 PENGENALAN. Birokrasi warisan penjajah merupakan masalah yang seringkali disebut-sebut oleh para

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

METRIK DAN INDEKS KESELAMATAN LAMAN SESAWANG: SATU KAJIAN KES TERHADAP INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Cabaran dan Alternatif Penyelesaian bagi Penyedia Perkhidmatan Ar-Rahnu di Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

PROSEDUR KERJA UMUM ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN UKM-SPKP-PKU11

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

KOS SARA HIDUP MAHASISWA UPM

Transcription:

KEPATUHAN PROSES GADAIAN DALAM SISTEM AR-RAHNU DI MALAYSIA NURUL HUDA BINTI MD YUSUFF TESIS DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA EKONOMI (EKONOMI KEWANGAN) (MOD PENYELIDIKAN) FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2015

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti proses lengkap bagi gadaian sehingga lelongan bagi tiga pelopor utama sistem ar-rahnu di Malaysia iaitu Bank Rakyat, YaPEIM dan MAIDAM. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti kepatuhan terhadap manual gadaian dalam amalan operasi tiga institusi ar-rahnu tersebut. Kaedah kualitatif menggunakan soalan temu bual separa struktur dan berstruktur dilaksanakan melibatkan pengusaha pajak gadai dan penggadai. Seramai tiga orang pegawai bertugas dan sepuluh orang penggadai terlibat dalam kajian ini. Terdapat sebelas aspek kepatuhan dianalisis iaitu penggunaan kad pengenalan dan surat akuan gadaian, timbang dan uji barang gadaian, nilai barang dan upah simpan, kelayakan pinjaman, tempoh gadaian, semakan kad pengenalan dan surat akuan gadaian, pengembalian barang, pelanjutan tempoh, surat akuan gadaian baharu, pengedaran notis, dan pemulangan lebihan hasil lelongan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepatuhan proses penggunaan kad pengenalan dan surat akuan gadaian, kelayakan pinjaman dan uji barang gadaian, semakan kad pengenalan dan surat akuan gadaian serta pengembalian barang adalah paling tinggi, manakala nilai barang dan upah simpan, kelayakan pinjaman, dan tempoh gadaian pula adalah yang paling rendah. Implikasi kajian ini ialah keperluan bagi institusi ar-rahnu di Malaysia untuk menyediakan sistem pemantauan yang teliti bagi memantau kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai bertugas supaya mematuhi manual gadaian institusi selain menambahbaik carta aliran kerja sedia ada.

VI THE COMPLIANCE OF PAWNING PROCESS IN AR-RAHNU SYSTEM IN MALAYSIA ABSTRACT This study aims to identify the process of pawning, redeeeming and auctioning for three main pioneers of ar-rahnu systems in Malaysia which are Bank Rakyat, YaPEIM and MAIDAM. It is also conducted in order to identify the compliance of these three ar-rahnu institutions towards their pawning manual guidelines based on their operational pratices. A qualitative method was employed in this study using semi-structured interview questions for pawnbrokers and fully-structured interview questions for pawners. Three officers in charge and ten pawners were identified by using purposive sampling technique. There were eleven compliance aspects have been analysed such as the usage of identification card and pawn ticket, weighing and testing collateral, collateral value and safekeeping fee, loan qualification, maturity time, identification card and pawn ticket checking, collateral redemption, redemption extension, approval of new pawn ticket, notice circulation, and returning of auctioning yield surplus. Result showed that the usage of identification card and pawn ticket, weighing and testing collateral, identification card and pawn ticket checking, and collateral redemption processes have higher compliance. Meanwhile, collateral value and safekeeping fee, loan qualification and maturity time processes have the lowest compliance. The implication of this study is there is a need for ar-rahnu institutions in Malaysia to have a thorough monitoring system to monitor the quality of services provided from officers in charge so that they comply to the pawning manual of the institutions and also improve their work flow charts.

KANDUNGAN Muka Surat PERAKUAN KEASLIAN PENGESAHANPENYERAHAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN 11 iii iv v vi vii Xl Xlll XlV BABI PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang 2 1.3 Pemyataan Masalah 6 1.4 Persoalan Kajian 9 1.5 ObjektifKajian 9 1.6 Batasan Kajian 10 1.7 Kepentingan Kajian 12 1.8 Defmisi Operasional 12 1.9 Organisasi Kajian 14 BAB2 SISTEM AR-RAHNU DI MALAYSIA 2.1 Pengenalan 16

V111 2.2 Sejarah Awal Perkembangan Pajak Gadai di Malaysia 17 2.3 Konsep Gadaian dalam Islam 20 2.3.1 Hukum ar-rahnu 21 2.3.2 Rukun ar-rahnu 23 2.3.3 Konsep-konsep syariah dalam sistem ar-rahnu 25 2.3.3.1 Konsep ar-rahn 26 2.3.3.2 Konsep al-qardhul Hasan 27 2.3.3.3 Konsep al-wadiah yad Dhammanah dan 29 al-ujrah 2.4 Perkembangan Sistem Ar-Rahnu di Malaysia 30 2.5 Latar Belakang Sistem Ar-Rahnu di Bank Rakyat, 32 YaPEIM dan MAIDAM 2.5.1 Skim ar-rahnu Bank Rakyat 32 2.5.2 Skim ar-rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi 34 Islam Malaysia (YaPEIM) 2.5.3 Skim ar-rahnu Majlis Agama Islam dan Adat 36 2.6 Modus Operandi Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) Sistem Ar-Rahnu 38 2.6.1 Transaksi Gadaian dan Tempoh Gadaian 38 2.6.2 Upah simpan, Margin dan Had Pinjaman 40 2.6.3 Akta dan Peraturan Ar-Rahnu 43 2.7 Rumusan 46 BAB3 TINJAUAN LITERATUR 3.1 Pengenalan 48 3.2 Kajian-Kajian Lepas 49 3.2.1 Kajian Empirikal 49 3.2.2 Kajian Bukan Empirikal 59 3.3 Kerangka Konseptual 65 3.4 Rumusan 68

. IX BAB 4"! METODOLOGI,,' 4.1 Pengenalan 69 4.2 Reka Bentuk Kajian 70 4.3 Persampelan 71 4.4 Instrumen Kajian 73 4.5 Kaedah Pengumpulan Data 76 4.6 Kaedah Analisis Data 79 4.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 81 4.8 Rumusan 84 BAB 5 5.1 5.2 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan Profil Responden dan Tujuan Gadaian 5.2.1 Latar Belakang Responden 5.2.2 Tujuan Gadaian 85 86 86 88 5.3 Kepatuhan Proses Gadaian Islam 89 5.3.1 Pengetahuan penggadai 90 5.3.2 Sumber maklumat 92 5.3.3 Prosedur gadaian, penebusan dan lelongan 95 5.3.3.1 Pelaksanaan gadaian dalam sistem ar- 95 Rahnu 5.3.3.2 Pemakluman butiran transaksi 100 5.3.3.3 Pelaksanaan penebusan dalam sistem ar- 102 Rahnu 5.3.3.4 Kaedah pelunasan pinjaman dan surat 105 akuan gadaian baharu 5.3.3.5 Notis penebusan dan pelanjutan tempoh 5.3.3.6 Prosedur lelongan 111 115

x 5.3.3.7 Prosedur lengkap gadaian sehingga 118 lelongan dalam sistem ar-rahnu 5.3.4 Keselarian maklumat pegawai ar-rahnu dan 120 pelanggan 5.4 Rumusan 125 BAB6 KESIMPULAN DAN CADANGAN 6.1 Pengenalan 126 6.2 Kesimpulan 126 6.3 Cadangan Kajian 129 6.3.1 Cadangan berkaitan modus operandi sistem ar- 129 Rahnu 6.3.2 Cadangan kepada kajian akan datang 131 6.4 Rumusan 132 RUJUKAN 134 LAMPIRAN 142

x 5.3.3.7 Prosedur lengkap gada ian sehingga 118 lelongan dalam sistem ar-rahnu 5.3.4 Keselarian maklumat pegawai ar-rahnu dan 120 pelanggan 5.4 Rumusan 125 BAB6 KESIMPULAN DAN CADANGAN 6.1 Pengenalan 126 6.2 Kesimpulan 126 6.3 Cadangan Kajian 129 6.3.1 Cadangan berkaitan modus operandi sistem ar- 129 Rahnu 6.3.2 Cadangan kepada kajian akan datang 131 6.4 Rumusan 132 RUJUKAN 134 LAMPIRAN 142

Xl SENARAIJADUAL No Jadual Muka Surat 1.1 Bilangan Sistem Pajak Gadai Konvensional dan Ar- 4 Rahnu di Malaysia pada Tahun 2013 2.1 Syarat-syarat bagi Memenuhi Rukun Pajak Gadai 24 2.2 Mutu Kandungan Emas yang diterima oleh YaPEIM 36 2.3 Tempoh Gadaian dan Tempoh Lanjutan 39 2.4 Kadar Upah Simpan bagi setiap Institusi Ar-Rahnu 40 2.5 Margin dan Had Pinj aman 42 2.6 Pengecualian dalam Akta 81 bagi Ar-Rahnu 44 4.1 Sistem Ar-Rahnu yang dipilih 71 4.2 Pengesahan Pakar terhadap 5.1 Maklumat Responden yang Instrumen Temubual 83 ditemubual 87 5.2 Tujuan Gadaian 88 5.3 Pengetahuan Penggadai terhadap Prosedur Gadaian 91 5.4 Asimetri Maklumat daripada Brosur dan Pamplet 93 5.5 Prosedur Gadaian berjalan di Ar-Rahnu MAIDAM 97

xu No. Jadual Muka Surat 5.6 Respon Penggadai tentang Penggunaan Kad Pengenalan dan Surat Akuan Gadaian 99 5.7 Respon Penggadai tentang Transaksi Gadaian Pemakluman Butiran 101 5.8 Prosedur Penebusan yang berjalan di Ar-Rahnu 103 MAIDAM 5.9 Respon Penggadai tentang Semakan Kad Pengenalan dan Surat Akuan Gadaian 104 5.10 Kaedah Pelunasan Barang Gadaian 106 5.11 Respon Penggadai tentang Keadaan Barang Gadaian semasa Penebusan 106 5.12 Proses Permohonan Surat Akuan Gadaian Baharu 108 5.13 Respon Penggadai tentang Isu Kehilangan Surat Akuan Gadaian 109 5.14 Pengedaran Notis Penebusan 111 5.15 Respon Penggadai tentang Pengedaran Notis 112 5.16 5.17 5.18 Pelanjutan Tempoh Penebusan Respon Penggadai tentang Pelanjutan Tempoh Penebusan Prosedur Lelongan di Ar-rahnu MAIDAM 113 114 115 5.19 Respon Penggadai tentang Pemulangan Lebihan Hasil Lelongan 116 5.20 Kod bagi Tema Kepatuhan 120 5.21 Analisis Kepatuhan Keselarian Maklumat Proses Gadaian Berdasarkan 122

Xlll SENARAI RAJAH No. Rajah MukaSurat 3.1 5.1 Kerangka Konseptual Kajian Prosedur Gadaian, Penebusan dan Lelongan dalam Sistem Ar-Rahnu di MAIDAM 66 119

XIV SENARAI SINGKATAN BIMB BMMB BNM et al. IOCU JPN KPKT Bank Islam Malaysia Berhad Bank Muamalat Malaysia Berhad Bank Negara Malaysia et alia (dan lain-lain) Kesatuan Pertubuhan Pengguna Antarabangsa Jabatan Pendaftaran Negara Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan MAIDAM MGIT MyKad PKB PKIK RM SAG Sdn. Bhd. SKM YaPEIM Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Muassasah Gadaian Islam Terengganu Kad Pengenalan Diri Permodalan Ke1antan Berhad Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan Ringgit Malaysia Surat Akuan Gadaian Sendirian Berhad Suruhanjaya Koperasi Malaysia Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia

BAB1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pajak gadai merupakan sistem peminjaman wang dengan menggunakan cagaran sebagai jaminan pembayaran semula pinjaman. Sistem pajak gadai ini mula dikesan kewujudannya seawal 3000 tahun lalu di China. Institusi kewangan tertua ini juga turut dikesan dalam sejarah ketamadunan awal Yunani dan Rom (Johnson dan Johnson, 1998). Berikutan kemunculan pemiagaan pajak gadai ini pada awal pembangunan ketamadunan, ia secara tidak langsung menjadi institusi kewangan tidak formal yang banyak membantu golongan yang kesempitan wang bagi mendapatkan bantuan kewangan dengan cepat dan mudah. Sistem pajak gadai di Malaysia mula diperkenalkan oleh pedagang China yang berhijrah ke Tanah Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka pada awal kurun ke 15 dan terus berkembang sehingga ke zaman pemerintahan Inggeris (Mustafa, 2005).

2 Oleh kerana pemiagaan pajak gadai ini dimonopoli oleh masyarakat Cina sejak dari zaman pemerintahan Inggeris, prosedur pelaksanaan gadaian yang dilaksanakan adalah bertentangan dengan amalan dan syariat Islam. Ini berikutan pinjaman yang diberikan oleh pemegang pajak gadai konvensional berorientasikan riba di mana pengguna pajak gadai perlu membayar faedah ke atas pinjaman sebanyak 2 peratus sebulan (Abdul Ghafar dan Nor Zakiah, 1997). Maka, Islam menuntut umatnya mematuhi syariat Islam bagi memastikan mereka tidak terlibat dengan sebarang urusan seharian yang mungkin membabitkan elemen riba dan gharar (unsur-unsur penipuan) (Al-Saati, 2003). Justeru itu, seiring dengan evolusi perkembangan kewangan Islam di Malaysia yang mula berkembang pada era 60-an, sistem pajak gadai yang beroperasi sepenuhnya mengikut syariat Islam mula diperkenalkan bagi menggantikan sistem pajak gadai konvensional pada tahun 1992. 1.2 Latar Belakang Penubuhan Lembaga Tabung Haji pada tahun 1962 membuka peluang kewangan Islam di Malaysia untuk lebih berkembang. Pada tahun 1983, sebuah bank Islam yang beroperasi berlandaskan syariah mula ditubuhkan bagi memenuhi permintaan masyarakat Islam Malaysia yang menginginkan satu sistem kewangan Islam bagi memudahkan mereka untuk berurusan dengan selamat (Nor Mohamed, 1996). Dalam hal ini, sistem pajak gadai

3 juga tidak terkecuali. Sistem pajak gadai Islam atau ar-rahnu telah diperkenalkan bagi menawarkan perkhidmatan gadaian yang bebas dari riba, gharar dan adil berbanding dengan pajak gadai konvensional yang lebih berteraskan kadar bunga dan mengeksploitasi pengguna (Nur Azura, Selamah dan Supizan, 2004). Antara kelemahan pajak gadai konvensional yang banyak dibincangkan adalah melibatkan pengambilan bayaran melebihi kos pentadbiran dan kadar faedah atas pinjaman (riba), nilai barang gadaian yang merosot, masalah ketidaktelusan dalam proses lelongan barang gadaian dan pelbagai lagi (Asmadi, 2004; Muhammad Yusri et ai., 2010). Keputusan penubuhan sistem ar-rahnu di Malaysia mula dipersetujui oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-negeri ke-13 dalam persidangannya pada 28 Mei 1979 di Melaka. Beberapa perbincangan lanjut dilakukan sejurus keputusan dibuat bagi memperkemaskan peraturan yang telah dirangka bagi pelarasan setiap negeri. Laporan berkaitan penubuhan sistem ar Rahnu inijuga kemudiannya telah dipersetujui pada 30 Januari 1985 (Mustafa, 2006). Bermula seawal tahun 1992, beberapa pihak swasta dan kerajaan mula mengambil langkah memperkenalkan sistem ar-rahnu masing-masing. Penubuhan Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) di bawah kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) pada 23 Januari 1992 merupakan pelopor utama sistem ini di Malaysia (MAIDAM, 2013). Sehingga tahun 2013, terdapat kira-kira 570 buah cawangan ar-rahnu dan 378 buah cawangan sistem pajak gadai konvensional yang beroperasi di Malaysia. Jadual 1.1 menunjukkan bilangan ar-rahnu dan pajak gadai konvensional di Malaysia pada tahun 2013.

4 Jaduall.l Bilangan Pajak Gadai Konvensional dan Ar-Rahnu di Malaysia Sehingga Tahun 20131,;; 1\ Bilangan Pajak Gadai Jumlah Jumlah Pajak Gadai Konvensional 378 MAIDAM 9 PKB 26 YaPEIM 154 Bank Rakyat (termasuk Ar-Rahnu X'Change) 169 BIMB 4 AgroBank 93 Koperasi (persendirian dan francais Bank Rakyat) 65 RHB Bank 5 Bank Muamalat 9 Pos Malaysia 36 Jumlah Ar-Rahnu JUMLAH KESELURUHAN 570 948 Sumber. Laman sesawang Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Permodalan Kelantan Berhad (PKB), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (yapeim), Bank Rakyat, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Agro Bank, RHB Bank, Bank Mualamat, dan Pos Malaysia. Pemiagaan pajak gadai konvensional tertakluk di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81]. Melalui akta ini, pemegang pajak gadai dan penggadai harus mengikuti semua panduan dan prinsip-prinsip yang telah disenaraikan. Sistem ar-rahnu pula setakat ini belum mempunyai akta atau peraturan khusus yang dijadikan panduan untuk pengoperasian tetapi mengikut akta atau manual prosedur tertentu berdasarkan institusi yang menawarkan. Namun begitu, MGIT dan Kedai Ar-Rahn di Kelantan merupakan antara skim ar-rahnu yang tertakhluk di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai

..' 5 1972 dengan beberapa pengecualian di dalamnya. Oleh itu, boleh dikatakan pengurusan i operasi di dalam sistem ar-rahnu adalah hampir sarna dengan pajak gadai konvensional / /-. dan yang membezakannya ialah dari segi kontrak (aqad) kerana sistem ar-rahnu memberikan pinjaman berdasarkan konsep syariah yang diterapkan (Selamah dan Supizan, 2005). Justeru itu, amatlah perlu bagi institusi yang menawarkan skim ar-rahnu untuk menonjolkan keistimewaan dan kelebihan yang ada dalam sistem ini bagi membezakannya dengan sistem pajak gadai konvensional Perkara ini boleh dicapai melalui cara pihak ar-rahnu mengambil langkah menjelaskan kepada penggadaipenggadai proses berkaitan dengan gadaian sehingga lelongan dan lain-lain lagi. Melalui langkah ini, penggadai akan lebih arif tentang prosedur sebenar yang perlu mereka lalui ketika berurusan di premis ar-rahnu. Berhubung dengan penerangan proses-proses tersebut, inisiatif sebegini juga bukan sahaja dapat menambah pemahaman penggadai lama malahan dapat membantu menarik minat penggadai-penggadai baharu untuk mula menggunakan sistem ar-rahnu sebagai sumber mendapatkan pinjaman segera. Ini adalah kerana, berikutan kenaikan kadar inflasi beberapa tahun kebelakangan ini, pengguna ar-rahnu yang melakukan gadaian juga dilihat semakin bertambah. Berdasarkan kajian Azila et al., (2013), pertumbuhan peminjam sistem ar-rahnu YaPEIM meningkat sebanyak 152.8 peratus pada tahun 2008 berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya sebanyak 53.9 peratus. Peningkatan ini berlaku kerana kadar inflasi berada di tahap yang tinggi pada tahun 2008 iaitu sebanyak 5.28 peratus dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan menyebabkan penggadai melakukan gadaian bagi tujuan penggunaan. Manakala pada tahun 2009,

6 pertumbuhan penebus pula meningkat sebanyak 118.2 peratus setelah ekonomi mula stabil. Pada tahun tersebut pula, kadar inflasi telah mula menurun kepada 0.9 peratus dan penggadai sudah mula menebus semula barang gadaian mereka setelah masalah kewangan mereka mula stabil. Ini menunjukkan kebarangkalian masyarakat untuk melakukan gadaian dan penebusan dipengaruhi oleh kadar inflasi semasa. Mereka cenderung untuk melakukan gadaian ketika kadar inflasi tinggi bagi menampung perbelanjaan seharian yang turut meningkat dan sebaliknya apabila keadaan eknomi beransur pulih. Sehingga ke tahun 2013, kadar inflasi dilihat sentiasa meningkat secara perlahan mencecah nilai purata 1.92 peratus (Jabatan Statistik Malaysia, 2014). Oleh itu, penggadai ar-rahnu dijangka akan sentiasa bertambah sekiranya tren sebegini menjadi faktor bagi masyarakat Malaysia melakukan gadaian. Justeru itu juga, penerangan menyeluruh berkaitan proses-proses yang terlibat dalam urusan gadaian hingga lelongan ini sesuai dilakukan sebagai salah satu kaedah promosi berterusan kepada penggadaipenggadai yang berpotensi untuk menggadai. 1.3 Pernyataan Masalah Permasalahan pertama yang cuba diketengahkan di dalam kajian ini adalah dari segi penerangan menyeluruh terhadap prosedur yang terlibat dalam skim ar-rahnu yang perlu dilakukan secara berkesan bagi membantu pemahaman penggadai lama dan penggadai baharu. Permasalahan seterusnya adalah dari segi kebarangkalian kadar penebusan barang

7 gadaian yang akan semakin berkurang dan isu-isu yang timbul sebelum dan selepas proses lelongan barang gadaian. Sebagaimana yang telah dibincangkan, kenaikan kadar inflasi menyebabkan masyarakat cenderung untuk melakukan gadaian berbanding penebusan. Sekiranya penggadai gagal menebus barang gadaian, lelongan terpaksa dijalankan bagi menjelaskan pinjaman dan kos upah simpan serta kos-kos lain yang terlibat. Sekiranya perlanjutan penebusan berlaku pula, caj upah simpan yang baharu mengikut harga emas semasa yang sentiasa naik akan dikenakan. Caj upah simpan dalam sistem paj ak gadai Islam adalah dikira berdasarkan nilai barang gadaian. Oleh itu, terdapat perubahan jumlah upah simpan yang berlaku sekiranya tiada penebusan dilakukan sebelum kenaikan harga emas. Permasalahan yang dapat diteliti di sini adalah sejauh mana pihak penggadai mengetahui prosedur lanjut yang dilaksanakan oleh pihak institusi dalam menangani situasi sebegini dan sejauh mana proses ini dilaksanakan mengikut peraturan oleh pihak ar-rahnu. Tambahan pula, bagi barang gadaian yang dilelong, penggadai mungkin akan mempunyai lebihan wang hasil dari lelongan tersebut kerana harga emas yang sentiasa meningkat untuk tempoh 9 tahun yang lalu iaitu sejak 2004 hingga 2013 (kitco.com, 2014). Sekiranya barang gadaian mereka dijual dengan harga lebih tinggi dari harga semasa penggadaian berlaku, kebarangkalian lebihan hasil lelongan yang akan diperoleh oleh penggadai juga akan tinggi. Persoalan yang dapat dilihat di sini adalah adakah penggadai dimaklumkan tentang lebihan lelongan tersebut dan menerima notis dari pihak ar-rahnu? Berikutan tiada akta khusus yang diwujudkan bagi mengawal selia sistem

8 pajak gadai Islam ini, kebanyakan institusi ar-rahnu banyak bergantung kepada manual yang dibina oleh mereka sendiri. Namun, sejauh manakah tahap keberkesanan manual institusi tersebut mampu menjaga hak penggadai jika permasalahan timbul seperti di atas? Oleh itu, keperluan kajian yang khusus berkaitan prosedur gadaian, penebusan dan lelongan perlu dijalankan bagi mengetahui dengan lebih terperinci sejauh mana kepatuhan pihak ar-rahnu dalam melaksanakan prosedur berdasarkan manual yang telah digariskan di samping menjaga hak penggadai mereka. Isu-isu yang telah dinyatakan di atas perlu diberi perhatian berikutan terdapat pelbagai kes penyelewengan yang berlaku dalam sistem pajak gadai konvensional, Sebagai contoh, proses lelongan barang gadaian dilakukan tanpa memaklumkan kepada penggadai terlebih dahulu dan pengedaran notis peringatan kepada penggadai yang tidak efektif (Wan Mansoor et ai., 2004). Oleh itu, tujuan kajian ini adalah bagi mengenal pasti tiada penyelewengan berlaku dalam operasi skim ar-rahnu dan memastikan amalan yang dilaksanakan oleh pihak ar-rahnu menepati manual gadaian yang telah digariskan. Penelitian terhadap bahan-bahan literatur lepas juga mendorong kepentingan kajian ini. Secara umum, kebanyakan kajian lepas lebih menumpukan aspek pengenalan sistem ar-rahnu secara umum, faktor-faktor penerimaan pelanggan, kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan terhadap sistem pajak gadai Islam. Terdapat juga beberapa kajian yang menumpukan kepada modus operandi sistem ar-rahnu, namun lebih bersifat umum dan persepsi. lni menunjukkan masih terdapat jurang literatur berkaitan dengan

9 pematuhan terhadap prosedur gadaian, penebusan dan lelongan secara menyeluruh sarna ada dalam bentuk kualitatif mahupun kuantitatif. 1.4 Persoalan Kajian Berdasarkan permasalahan yang timbul berkenaan dengan prosedur gadaian sehingga lelongan ini, soalan kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji adalah: (i) Bagaimanakah prosedur gadaian, penebusan dan lelongan berjalan di setiap institusi ar-rahnu dari pespektif pemegang pajak gadai dan pengguna skim ar-rahnu?; (ii) Sejauh manakah institusi ar-rahnu menjalankan prosedur gadaian sehingga lelongan seperti yang ditetapkan dalarn manual? 1.5 ObjektifKajian Objektifkajian ini terbahagi kepada dua iaitu:

10 (i) Mengenal pasti prosedur gadaian sehingga lelongan barang gadaian yang dilaksanakan dalam sistem ar-rahnu berdasarkan persepsi pemegang pajak gadai dan pengguna skim ar-rahnu; (ii) Mengenal pasti kepatuhan institusi ar-rahnu terhadap prosedur manual gadaian. 1.6 Batasan Kajian Terdapat beberapa batasan kajian yang diambil kira sepanjang menyiapkan kajian ini. Batasan tersebut terdiri daripada batasan skop, sampel, kesahan data, dan batasan masa. Skop kajian ini tertumpu kepada mengenal pasti prosedur gadaian, penebusan dan lelongan barang gadaian yang dijalankan dalam skim ar-rahnu oleh beberapa institusi terpilih. Seterusnya, kajian ini juga ingin mengkaji sejauh mana prosedur gadaian, penebusan dan lelongan yang dijalankan oleh institusi-institusi ar-rahnu yang terpilih seiring dengan manual gadaian yang ditetapkan.

11 Batasan kedua bagi kajian ini adalah pemilihan institusi ar-rahnu. Kajian ini hanya memilih tiga buah institusi yang menawarkan skim ar-rahnu iaitu Bank Rakyat, YaPEIM dan MAIDAM. Tiga buah institusi ini dipilih kerana institusi ini merupakan antara pelopor awal kepada sistem gadaian Islam di Malaysia. Batasan ketiga pula adalah dari segi kesahan data semasa pemilihan responden penggadai. Ini adalah kerana responden dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan iaitu berdasarkan ciri-ciri yang bersesuaian dengan kekangan kajian yang ditetapkan. Ancaman kesahan data mungkin berlaku sekiranya kumpulan responden tersebut tidak mampu untuk mewakili keseluruhan populasi pengguna skim ar-rahnu institusi tersebut, dan tidak memberikan jawapan yang jujur mengikut pengalaman mereka semasa ditemubual. Ancaman kesahan data ini boleh dikurangkan dengan melakukan kajian rintis oleh pengkaji itu sendiri. Bagi kes ini, pengkaji memilih cara untuk berkunjung ke premis gadaian bagi melakukan gadaian untuk melihat sendiri bagaimana proses sebenar yang dilalui oleh seorang penggadai. Pemerhatian secara dekat dilakukan dan nota lapangan dicatatkan bagi melakukan semakan silang kepada data yang diperoleh daripada temubual dengan pemegang pajak gadai ar-rahnu dan penggadai. Batasan terakhir bagi kajian ini adalah data kajian ini dikumpul dalam masa yang singkat. Oleh itu, maklumat yang diperoleh di dalam kajian ini terhad mengikut tempoh masa kajian dilakukan.

12 1. 7 Kepentingan Kajian Maklumat yang diperoleh melalui kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada sumber ilmu pengetahuan penggadai untuk memahami secara lebih j elas prosedur gadaian sehingga lelongan yang sepatutnya mereka ketahui semasa berurusan dengan institusi ar Rahnu. Seterusnya, maklumat kajian ini diharapkan dapat dijadikan sumber literatur dalam bidang ar-rahnu, Selain itu, dapatan kajian ini juga diharapkan dapat menjawab persoalan berkaitan sejauh mana institusi ar-rahnu patuh dengan manual gadaian sedia ada dalam melaksanakan operasi penggadaian. 1.8 Definisi Operasional Defmisi operasional bertujuan untuk menj elaskan maksud konsep dan istilah yang digunakan di dalam kajian ini mengikut prospek kajian. Kepatuhan: Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, patuh membawa maksud menurut kepada sesuatu perintah, peraturan, hukum dan lain-lain, taat, dan tidak membantah. Kepatuhan pula bermaksud perihal patuh iaitu menurut perintah, sifat patuh dan ketaatan. Kepatuhan dalam konteks kajian ini pula merujuk kepada kepatuhan