SUMBANGAN ORGANISASI CINA-MUSLIM DALAM KEHARMONIAN BERAGAMA DI MALAYSIA: TINJAUAN TERHADAP PERANAN DAN CABARAN PERKIM DAN MACMA

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARAT KHAS PROGRAM STPM / STAM DIPLOMA / SETARAF SALURAN KEDUA. Lulus mata pelajaran Bahasa Arab pada

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

2.1 Kandungan kertas kerja hendaklah mengandungi: a. Pendahuluan b. Sub topik atau topik-topik kecil c. Penutup/kesimpulan d.

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Penilaian Terhadap Kursus Mualaf Di Selangor. The Evaluation to the Mualaf Courses in Selangor

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

HUBUNGAN DAKWAH DENGAN AHLI KORPORAT. Oleh: Ab. Aziz bin Mohd Zin. Abstract

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Pengalaman Toleransi Beragama Belia Pelbagai Etnik

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Transcription:

SUMBANGAN ORGANISASI CINA-MUSLIM DALAM KEHARMONIAN BERAGAMA DI MALAYSIA: TINJAUAN TERHADAP PERANAN DAN CABARAN PERKIM DAN MACMA Mohd Faridh Hafez Mhd Omar 1, Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail al-qudsy 2 Pendahuluan Gerakan dakwah Islamiyyah di Malaysia telah berkembang pesat sehingga kini. Menurut laporan Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi di Malaysia untuk tahun 2010, bangsa Cina merupakan kumpulan bangsa kedua terbesar dengan 24.6% selepas Bumiputera sebanyak 67.4% 3. Jika dianalisa dari sudut keagamaan, direkodkan Cina-Muslim di Malaysia sebanyak 42,028 orang berbanding 5,341,687 orang beragama Buddha, 706,479 beragama Kristian dan 218,261 orang yang beragama Konfusianisme, Taoisme dan agama tradisi. Menurut MACMA 4, dari angka tersebut ia bersamaan dengan tidak sampai dua peratus dari keseluruhan masyarakat Cina di Malaysia yang telah memeluk agama Islam 5. Persoalan yang wajar dibincangkan selepas 50 tahun kemerdekaan ialah; Apakah faktor utama yang menyumbang atau menghalang mereka dari menerima Islam sebagai cara hidup? Apakah faktor tersebut berjaya dikenalpasti dan dijayakan oleh dua organisasi dakwah bukan kerajaan (ODBK) iaitu MACMA dan PERKIM? Cabaran utama yang dihadapi setelah memeluk Islam? Apakah kekuatan yang membolehkan kedua-dua organisasi dakwah bukan kerajaan (ODBK) ini memainkan peranan mereka dengan jayanya khasnya dalam mewujudkan keharmonian beragama di Malaysia. Serta apakah cabaran yang mereka hadapi dalam merealisasikan matlamat keharmonian beragama melalui pengurusan ODBK. 1 Felo Siswazah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan merupakan calon PhD di Jabatan Siasah Syar iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 2 Profesor Madya, Jabatan Siasah Syar iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 3 Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Taburan Penduduk dan Ciri Asas Demografi. Ms.5 4 Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) 5 Nicholas Sylvester. 2008. Jom Berdakwah. JIMedia: Kuala Lumpur. Ms. 6-7 1

Sejarah Masyarakat Cina-Muslim Di Malaysia Pertamanya, artikel ini akan memperincikan sejarah awal latarbelakang masyarakat Cina-Muslim di Malaysia. Ia bertujuan untuk memberi kefahaman asas akan asal-usul mereka dan menjelaskan keberadaan mereka di dalam masyarakat majoriti Melayu-Muslim. Walaupun begitu, artikel ini masih mengekalkan ODBK seperti MACMA dan PERKIM sebagai fokus utama perbincangan dari aspek kekuatan dan permasalahan yand dihadapi sepanjang usaha mereka dalam medan dakwah kepada masyarakat Cina dan Cina-Muslim. Masyarakat Cina-Muslim di Terengganu Kedatangan Islam di Terengganu dan negeri-negeri lain adalah sezaman dengan perkembangan Islam di Semenanjung Tanah Arab. Antaranya dibuktikan oleh Abdul Rauf (1966) di dalam kitabnya al- Malayu Wasf wa Intiba at telah menjelaskan bahawa peristiwa kedatangan Islam ke Tanah Melayu bermula pada awal kurun ke-15 Masihi. 1 Manakala menurut Wan Hussin Azmi 2, gerakan dakwah Islamiyah khususnya di Terengganu datang dari Timur (Cina). Beliau menegaskan dengan pembuktian kesan-kesan sejarah kewujudan kerajaan Islam terawal di Terengganu yang telah bertapak sebelum Islam tiba di Pantai Barat atau Melaka pada tahun 1416M dengan kenyataan seperti berikut: 3 kewujudan kerajaan Islam terawal di sini (Terengganu) yang telah bertapak dalam tempoh yang panjang sebelum Islam tiba di pantai Barat, iaitu negeri Melaka yang menerima Islam pada tahun 1416M. Ini terkemudian daripada kerajaan Islam Kelantan selama dua ratus tiga puluh lima 1 Engku Ahmad Zaki Engku Alwi & Yunus Abdullah Ma Zhengbin. 2010. Gerakan Dakwah Islam di kalangan Masyarakat Cina Terengganu di dalam Dakwah Multi Etnik. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Bangi: UKM. Ms.228 2 Wan Hussin Azmi, Harun Din. 1985. Al-Da wah al-islamiyyah fi Maliziyya Zuhuruha wa Intisyaruha. Kuala Lumpur: Penerbit Haji Jaafar Siddiq bin Haji Salam. Ms.61. 3 Ibid. ms.229 2

tahun (325 tahun) dan kerajaan Terengganu selama seratus tiga belas tahun (113 tahun). Menurut Alcoh Wong Yahow, penduduk Fulo An (kini dikenali dengan Kuala Berang) adalah merupakan penduduk terawal yang memeluk Islam sejak kurun ke-13 Masihi 1. Diketahui bahawa kota Quan Zhou yang terletak di pinggir sungai Jinjiang yang menghala ke Laut Cina Selatan, merupakan pelabuhan yang sibuk dengan aktiviti perdagangan dan keagamaan. Di samping itu, Fulo An juga merupakan sebuah pusat perdagangan antarabangsa yang penting pada masa pemerintahan Dinasti Sung (960-1279M). 2 Ini memberi gambaran yang jelas hubung kait antara Cina dan Terengganu dalam agenda penyebaran agama Islam. Direkodkan bukan hanya pedagang, bahkan berkemungkinan pendakwah Islam dari Cina juga turut belayar dan berdagang seterusnya menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk setempat. Selain itu, nama tempat yang terletak di pinggir sungai Terengganu juga membuktikan pengaruh kedatangan Cina ke Terengganu seperti Kampung Kuala Ping, Kampung Pueh, Kampung Pauh dan Kampung Bukit Bieu 3. Nama-nama tempat ini menjadi bukti kepada proses Islamisasi di Terengganu. Di samping itu, istilah orang Yunan 4 yang diterima pakai oleh penduduk Melayu di Terengganu bagi merujuk kepada masyarakat Cina juga membuktikan bahawa wujud hubung kait yang kuat tentang kedatangan Islam ke Terengganu. 5 1 Siti Hajar Alwi. Chinese Muslims in Malaysia: Past and Present. < http://islaminchina.info/the-great-mosque-of-xian/> Diakses pada 6 Ogos 2016. Begitu juga boleh lawat Alias Mohamed Kuala Berang s History <http://interesting-place-in-terengganu.blogspot.my/2008/10/kuala-berangshistory.html> 2 Op.cit. 3 Tan Chee Beng. 1991. A Note on the Orang Yunnan in Terengganu. Archipel. Vol.42. ms.93-120. Diakses < http://www.persee.fr/docaspdf/arch_0044-8613_1991_num_42_1_2750.pdf> pada 6 Ogos 2016. 4 Orang Yunan ialah gelaran yang diberikan oleh penduduk Melayu kepada orang Cina kerana bersangkaan kesemua orang Cina-Muslim dari China berasal dari Yunnan, sedangkan sebahagian mereka dari Guangzhou. Rujuk Wan Kamal Mujani dan et.al. 5 Wan Kamal Mujani et.al. 2012. The Chinese Muslim Community: Their Economic, Political and Social Involvement in Malaysia. Journal of Advance in Natural Applied Sciences. 6(3). pp.417-422 3

Rosey Wang Ma dalam artikelnya Shifting Identities: Chinese Muslims in Malaysia telah berjaya mengesan keluarga Cina- Muslim Yunan di Terengganu. 1 Dalam buku yang bertajuk Warisan Keluarga Ke arah Silaturrahim 2 telah menceritakan tujuh orang Cina berketurunan Hui yang datang dari Guangdong dan seterusnya menetap di Terengganu pada awal kurun ke-20. Buku tersebut dengan terperinci memaparkan susur galur keturunan tujuh orang Cina berketurunan Hui dan menariknya kesemua mereka beragama Islam. Kerana ada orang Yunan yang telah menetap di Terengganu lebih awal, nama Terengganu Darul Iman dan pengembaraan Panglima Cheng Ho (Zheng He) ke Terengganu antara sebab utama mengapa tujuh orang ini memilih belayar ke Terengganu 3. Berdasarkan dapatan literatur di atas, maka jelaslah bagaimana perkembangan Islam dan dakwah orang Cina di Terengganu. Ditambah dengan kemahiran mereka mengukir, berniaga dan menggali lombong, secara tidak langsung membantu dan memudahkan perkembangan Islam khasnya di kalangan masyarakat Cina di Terengganu. Namun, menurut laporan penduduk 2010, seramai 26,429 orang berbangsa Cina di Terengganu, tetapi hanya 369 orang sahaja yang berdaftar sebagai Cina-Muslim. Ia merupakan kumpulan keempat terkecil berbanding dengan agamaagama lain seperti; Cina-Hindu (16), Cina-lain agama (77), Cina-tiada agama (138), Cina-Konfusianisme, Taoisme, tradisi (433), Cina- Kristian (1,234) dan Cina-Buddhisme (24,162). 4 Masyarakat Cina-Muslim di Pulau Pinang Masyarakat Cina-Muslim di Pulau Pinang berasal dari generasi Koay. Mereka diakui mempunyai keunikan kerana mempunyai 1 Rosey Wang Ma. 2005. Shifting Identities: Chinese Muslims in Malaysia in Asian Ethnicity. Vol.6, No.2, pp.89-107 2 Buku Warisan Keluarga Ke Arah Silaturrahim boleh diakses di <http://www.islam.org.hk/eng/malaysia/chinesemuslim_in_malaysia.asp#the Yunnani Family of Terengganu> 3 Tan Chee Beng. 1991. A Note on the Orang Yunnan in Terengganu. Archipel. Vol.42. ms.93-120. Diakses < http://www.persee.fr/docaspdf/arch_0044-8613_1991_num_42_1_2750.pdf> pada 6 Ogos 2016. 4 Laporan Penduduk. Ms.95 4

pertalian darah dengan bangsa Arab dari generasi asal Hui di China. 1 Bahkan sebahagian dari mereka sejak dari awal telah beragama Islam disebabkan proses pengislaman yang berlaku di China. Disebabkan tekanan dan peperangan bersilih ganti dari satu dinasti ke dinasiti yang lain, di bawah pemerintahan kerajaan Manchurian, aktiviti perlautan tidak dibenarkan. Demi meneruskan kelangsungan hidup, beberapa keluarga Koay telah belayar dan selamat tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-19. Sebahagian dari mereka telah berpindah ke Singapura dan Indonesia dan membina salasilah keluarga di sana. Di Pulau Pinang, mereka telah menetap di Koay Jetty dan telah menemui beberapa kumpulan pendatang yang lain dari Fujian, China. Bahasa dan budaya yang sama memudahkan mereka untuk berinteraksi dan mengurus walaupun berada di kawasan baru. Walaupun bangsa Koay dan Fujian adalah Muslim, namun mereka mendapati kesukaran untuk bergaul dengan penduduk Muslim tempatan. Perbezaan bahasa, budaya dan sebahagian amalan keagamaan telah menyebabkan mereka terus terpinggir dan gagal untuk beradaptasi dengan budaya masyarakat Melayu-Muslim yang dominan. Sebaliknya, mereka berasa lebih mudah untuk berinteraksi dengan bangsa mereka walaupun berbeza agama, berbanding dengan Melayu-Muslim atau bangsa India. 2 Contohnya di kalangan masyarakat Koay Islam, wujud beberapa perbezaan pengetahuan dan budaya dengan masyarakat Melayu-Muslim pada ketika itu. Antaranya, mereka tidak mengetahui tentang simbol bintang atau bulan sabit melambangkan Islam. Sebahagian mereka beranggapan kubah masjid di alam Melayu yang berbentuk seperti bawang itu kelihatan pelik. 3 Selain itu, proses pengurusan jenazah yang dibalut kain kapan putih, kemudian jenazah ditanam juga merupakan sesuatu amalan yang pelik buat mereka. Untuk memudahkan, kebanyakannya mengupah yang lebih berumur untuk menguruskan dan membaca ayat-ayat Al-Qur an. Dalam 1 Ong Seng Huat, Koay Jetty: The Social Evolution of the Hui People in Penang. http://www.penangstory.net.my/mino-content-paperong.html Dicapai pada 3 April 2016. 2 Rose Wang Ma. Shifting Identities: Chinese Muslims in Malaysia. p.90. 3 Rose Wang Ma. Shifting Identities: Chinese Muslims in Malaysia. pp.91-93 dan Ong Seng Huat. Koay Jetty: The Social Evolution of the Hui People in Penang. 5

upacara yang dinamakan `jin you atau forbidding oil, iaitu suatu upacara keagamaan mempersembah makanan kepada nenek moyang, mereka meneruskannya tetapi tidak menggunakan daging khinzir. Sebaliknya menggantikan dengan menggunakan set memasak yang bersih. Tradisi Qigong umpamanya merupakan salah satu kaedah penjagaan kesihatan yang terkenal dalam masyarakat Cina dan masih kekal diamalkan. 1 Upacara sebegini dianggap sebagai upacara tradisional yang diwarisi, dan ia bukanlah upacara keagamaan yang disandarkan kepada agama Islam. 2 Disebabkan faktor kesukaran untuk bergaul dengan masyarakat Melayu-Muslim dan selesa bergaul dengan kaum sendiri, menyebabkan beberapa permasalahan timbul. Antaranya, kesukaran untuk melaksanakan perkahwinan campur antara Cina-Muslim dan Melayu-Muslim, serta desakan keperluan mengekalkan pertalian darah nama keluarga, telah menyebabkan sebahagian mereka berkahwin di antara bangsa mereka sahaja tanpa mempedulikan kewajipan mengekalkan agama Islam itu sendiri 3. Justeru, proses menukar agama kepada Islam bagi pasangan yang bukan Muslim untuk berkahwin dengan pasangan Muslim telah diabaikan. 4 Kesannya, generasi kemudian terabai dari sudut pemahaman dan pengamalan ajaran Islam dan meninggalkannya, tetapi tidak kepada amalan tradisional nenek moyang dalam pertalian kekeluargaan mereka. 5 Walaupun begitu, masih ada juga sebahagian antara mereka yang kembali memeluk agama Islam dan berbangga dengan sejarah kekeluargaan mereka yang pada asalnya adalah Cina-Muslim. 6 1 Jaffary Awang. 2006. Peranan Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Dalam Pengekalan Identiti Cina Muslim di Malaysia: Analisis Sosiologi. Ms.404-437 dalam Wan Abd. Hamid Wan Teh dan Anisah Zainal Abidin. Budaya dan Pemikiran Dalam Masyarakat Global Malaysia dan Cina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2 Rose Wang Ma. Shifting Identities : Chinese Muslims in Malaysia. pp.93-95 3 Jaffary Awang. 2006. Peranan Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Dalam Pengekalan Identiti Cina Muslim di Malaysia: Analisis Sosiologi. Ms.404-437 dalam Wan Abd. Hamid Wan Teh dan Anisah Zainal Abidin. Budaya dan Pemikiran Dalam Masyarakat Global Malaysia dan Cina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4 Ibid. 5 Rose Wang Ma. Op.cit 6 Rose Wang Ma.Ibid. 6

Berdasarkan laporan asal-usul masyarakat Muslim-Cina di Pulau Pinang, Koay Jetty sebagai contoh, seharusnya wajar bilangan masyarakat Muslim-Cina meningkat saban tahun. Merujuk kepada laporan penduduk 2010, keseluruhan masyarakat Cina di Pulau Pinang berjumlah 670,400 orang. Dari jumlah itu, hanya 1290 yang dilaporkan Muslim, selebihnya beragama lain dengan pecahan berikut; Kristian (59,096), Buddhisme (532,811), Hinduisme (881), Konfuianisme, Tao, agama tradisi (70,327), lain-lain agama (774) dan tiada agama (3,209). 1 Berikut merupakan jadual taburan peduduk Muslim dan Cina- Muslim di Malaysia berdasarkan laporan pada tahun 2010. Muslim Cina- L P % Muslim MALAYSIA 17,375,794 42,048 25,108 16,940 0.24 NEGERI Johor 1,949,393 4,074 2,476 1,598 0.21 Kedah 1,504,100 1,003 518 485 0.07 Kelantan 1,465,388 1,525 1,105 426 0.11 Melaka 542,483 868 483 385 0.16 N. Sembilan 615,235 1,848 1,313 535 0.30 Pahang 1,124,909 1,002 595 407 0.09 Perak 1,301,931 1,367 716 615 0.15 Perlis 203,541 369 251 118 0.18 P. Pinang 696,846 1,290 700 590 0.19 Sabah 2,096,153 9,591 5,152 4,439 0.31 Sarawak 796,239 4,039 2,087 1,950 0.51 Selangor 3,161,994 10,241 6,602 3,639 0.32 Terengganu 3,004,152 369 238 131 0.01 W.P Kuala 776,958 3,838 2,524 1,314 0.49 Lumpur W.P Labuan 66,065 522 275 247 0.79 W.P Putrajaya 70,522 104 73 31 0.15 Jadual 1: Taburan Jumlah Cina-Muslim di Malaysia 1 Laporan Penduduk dan Ciri Asas Demografi. Ms.91 7

Organisasi Dakwah Bukan Kerajaan (ODBK) Di Malaysia Merujuk kepada data senarai pertubuhan yang aktif dari laman sesawang Pertubuhan Persatuan Malaysia (ROS), jumlah pertubuhan bukan kerajaan yang berorientasikan organisasi dakwah di Malaysia sangat banyak bilangannya 1. Walaupun tidak menggunakan nama Islam, terdapat juga ODBK yang membawa misi dakwah kearah penghayatan beragama. Kesemua organisasi tersebut mempunyai pelbagai objektif yang berbeza antara satu sama lain. Walaupun berbeza secara dasarnya, namun ia melengkapi segala bentuk kekurangan secara tidak langsung. PERKIM dan MACMA adalah antara contoh organisasi dakwah bukan kerajaan yang berbeza objektif penubuhannya, tetapi mempunyai persamaan sasaran iaitu Cina-Muslim dan gerak kerja, serta memberi sumbangan yang besar dalam keharmonian beragama di Malaysia. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan pada tahun 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu YAB Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Di samping itu, Haji Ibrahim Ma Tian Yin juga merupakan tokoh penting kepada penubuhan PERKIM bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman. 2 Di antara tujuan asal penubuhan PERKIM ialah untuk mengembangkan dakwah Islam kepada orang bukan Muslim terutama kepada golongan yang tidak beragama, dan membantu saudarasaudara baru yang memeluk Islam untuk mempelajari, menghayati dan mempraktikkan ajaran agama Islam di dalam kehidupan seharian. Ia turut menyediakan perlindungan dan bersedia membantu menyelesaikan sebarang kesulitan yang dihadapi oleh saudara baru samada disebabkan kesakitan atau masalah kekeluargaan akibat memeluk Islam. Tidak terhad hanya kepada usaha dakwah, PERKIM juga menitikberatkan elemen pendidikan dan kebajikan yang meliputi 1 Senarai Pertubuhan Yang Aktif Sehingga Mac 2016. http://www.data.gov.my/data/ms_my/dataset/senarai-pertubuhan-berdaftar-yangaktif/resource/ad24c22e-d2f2-4494-9524-2c81c67d5d0d Diakses pada 5 Ogos 2016. Organisasi yang menggunakan perkataan Dakwah sebanyak 67, manakala menggunakan istilah Islam berjumlah 1,215. 2 Engku Ahmad Zaki Engku Alwi & Yunus Abdullah Ma Zhengbin. 2010. Gerakan Dakwah Islam di kalangan Masyarakat Cina Terengganu. Ms.231 8

memberi, mengadakan dan menguruskan serta menjalankan kelas pendidikan agama Islam menerusi media dan kaedah yang lain. 1 Berbeza dengan Rosey, beliau menambah Tunku Abdul Rahman merasakan bahawa usaha penyatuan antara kaum terutamanya Melayu dan Cina, adalah elemen terpenting kepada kestabilan dan keamaan negara. Tunku Abdul Rahman mempercayai bahawa penyatuan antara kepelbagaian kaum dan bangsa hanya boleh dicapai melalui menghormati dan memahami antara agama. Bahkan Tunku sangat mengalu-alukan masyarakat Cina untuk memeluk Islam dengan menyatakan 2 : In a country like Malaysia, more efforts should be made to win adherents to our faiths, for Muslims will stand together and would give their undivided allegiance to the country of their birth. Islam transcends barrier of race and colour. We need more men to add to the number of our loyal citizens and these new followers of Islam are a sure asset to the population of this country. Berasaskan kepercayaan itu, maka Tunku Abdul Rahman telah menubuhkan PERKIM dan ia mestilah bertindak sebagai wadah pertemuan dan perbincangan kepada saudara baru yang memeluk Islam. Kemudian, dengan perlantikan sebahagian Cina-Muslim berketuruan Hui ke dalam PERKIM, secara rasminya PERKIM merupakan penaung kepada Persatuan Cina-Muslim Malaysia (MACMA), dan ia bertanggungjawab menjadi pusat dakwah yang aktif menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat Cina. Sebagai sebuah pertubuhan dakwah, PERKIM telah menggariskan matlamat utama penubuhannya seperti berikut 3 : 1 Anuar Puteh, et.al. Komitmen Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Dalam Mengurus Saudara Baru Warga Asing. Kertas kerja Seminar Serantau Dakwah dan Etnik, Universiti Malaysia Sabah pada 20-21 November 2014. 2 Rosey Wang Ma. Shifting Identities: Chinese Muslims in Malaysia. pp101. 3 Ahamd Redzuan Mohd Yunus. 2008. Dakwah Masyarakat Orang Asli: Negeri Pahang. Karisma Publications Sdn.Bhd: Selangor. Ms. 86-87 9

1. Dakwah: menjalankan dakwah Islamiah kepada orang Islam dan bukan Muslim dengan cara positif dan berkesan. 2. Pelajaran: memberi, mengadakan, mengurus dan menjalankan pelajaran dan pendidikan Islam menerusi segala media dan dengan cara yang sah di sisi undang-undang. 3. Kebajikan: menjalankan semua kerja-kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma, biasiswa atau dermasiswa kepada mereka yang berkelayakan serta menjalankan kerjakerja amal jariah kepada golongan yang sakit, susah, miskin serta kepada sauda-saudara baru. 4. Kerjasama dalam bidang agalam Islam: menubuhkan perantaraan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam lain demi kemajuan agama Islam. 5. Lain-lain: menjalankan lain-lain kegiatan demi kepentingan dan kemajuan agama Islam. Sesuatu yang menarik untuk diberi perhatian dari objektif penubuhan PERKIM ialah, sejak dari awal, YTM Tunku Abdul Rahman sangat jelas dengan visi PERKIM bahawa fokus mengetengahkan Cina-Muslim sangat penting. Ini dapat dilihat sehinggakan masalah yang timbul diperingkat awal penubuhan PERKIM ialah ketiadaan orang Cina-Muslim di Malaysia yang layak bertugas sebagai guru atau daie yang boleh menyampaikan risalah Islam kepada golongan sasaran warga Cina. 1 Kesungguhan YTM Tunku terhadap proses pengislaman kepasa warga Cina terlihat bilamana jawatankuasa kerja PERKIM memutuskan untuk menjemput beberapa tokoh Cina-Muslim dari Taiwan dan membuka kelas di Malaysia, namun permasalahan bahasa Melayu dalam komukasi di peringkat pentadbiran merencatkan usaha ini. 2 Daya usaha murni YTM Tunku akhirnya terbalas dengan PERKIM telah dikenali sebagia badan Islam yang berpengaruh luas di negara Islam dan menjadi anggota di Badan Muktamar Islamiah Sedunia pada tahun 1962. Sehingga kini PERKIM terus relevan di persada dunia dan nasional dengan kepimpinan bekas tokoh-tokoh negara. Kini, PERKIM diketuai oleh Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia keempat. 1 Anuar Puteh. Komitmen Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Dalam Mengurus Saudara Baru Warga Asing. Ms.2 2 Ibid. 10

Menurut fakta yang direkodkan dari laman sesawang PERKIM 1, berikut ialah senarai Yang DiPertua PERKIM: 1. Tan Sri Dato SOK Ubaidullah (1960-1964) 2. Tan Sri Haji Yusoff Hj Ibrahim (1964-1968) 3. Tan Sri Abd. Aziz Haji Mohd Zain (1969-1971) 4. Tan Sri Haji Yusoff Hj Ibrahim (1972-1974) [lantikan semula] 5. YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1974-1989) 6. Y.A.B Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Hj. Abdul Taib Mahmud (1989-2006) 7. Y.A. Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamd (2006-kini) PERKIM juga mewujudkan kepimpinan pentadbiran di peringkat negeri seluruh Malaysia, kecuali Sabah, dan ia dikenali dengan PERKIM Bahagian. Pengurusan PERKIM Bahagian diketuai oleh Pengerusi PERKIM Bahagian yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian. Manakala Urusetia PERKIM Kebangsaan akan menyalurkan peruntukan kewangan untuk penggajian kakitangan dan juga untuk beberapa aktiviti tertentu di peringkat PERKIM Bahagian. PERKIM juga mempunyai bahagian wanita yang dikenali sebagai Wanita PERKIM dan kedudukannya adalah setaraf dengan PERKIM Bahagian. Di peringkat bahagian pula terdapat entity cawangan di setiap daerah dan diuruskan oleh Pengerusi Daerah yang dipilih melalui proses di dalam Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan. Setiap cawangan bertanggungjawab melaporkan segala aktiviti kepada PERKIM Bahagian bagi memastikan ia selari dengan dasar PERKIM Kebangsaan. 2 Jelas dari objektif penubuhan dan gerak kerja aktiviti yang dimainkan oleh PERKIM sehingga kini, menurut Badlihisham Mohd Nasir seperti petikan dari Perlembagaan PERKIM ia berorientasikan penyebaran dakwah kepada Muslim dan bukan Muslim serta pengurusan kebajiakan saudara baru. Justeru, wajarlah peranan PERKIM dalam pendekatana dakwah yang sistematik dan berkesan terus diperkasakan dari masa ke masa sesuai dengan keadaan 1 http://www.perkim.net.my Dicapai pada 1 April 2016 2 Nur Aithiroh Masyaa il Tan Binti Abdullah. Program Pertubuhan Dakwah Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan Kepada Saudara Muslim: Satu Tinjauan Dari Segi Pendidikan. Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Dakwah dan Etnik. Rujuk juga laman sesawang <http://www.perkim.net.my> dicapai pada 15 April 2016 11

perkembangan Islam di Malaysia umumnya, dan antarabangsa khususnya. Menambahbaik sistem penyampaian melalui medium pendidikan, kebajikan dan jaringan dengan organsasi-organisasi lain demi kepentingan penyebaran Islam haruslah menjadi fokus utama dalam mendepani abad 21 ini. Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Perkembangan usaha dakwah yang berkesan secara tidak langsung telah menyumbang kepada peningkatan bilangan masyarakat bukan Muslim untuk menjadi Muslim termasuk masyarakat Cina di Malaysia. Walaupun pertambahan bilangan masayarakat Cina memilih agama Islam menunjukkan tanda positif yang memberangsangkan, aspek yang perlu diberi keutamaan adalah negara memerlukan Cina Muslim yang berkualiti dan bersama-sama menggerakkan usaha dakwah Islamiah di Malaysia. 1 Atas kesedaran ini di kalangan professional Cina Muslim di Malaysia, maka Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) telah ditubuhkan. Golongan professional ini merasakan akan keperluan kepada sebuah persatuan berasaskan bangsa Cina Muslim yang beridentitikan sosio budaya masyarakat Cina yang tidak bertentangan dengan prinsip dan ajarana agama Islam untuk mendekati masyarakat Cina yang lain. Ini secara tidak langsung memudahkan proses penyebaran dakwah dan memberi kefahaman tentang Islam kepada masyarakat Cina, dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan dari menyinggung perkara-perkara yang sensitive berkaitan dengan adat dan kepercayaan mereka. Dengan sokongan dan persetujuan yang ditunjukkan oleh YB Dato Dr. Abdul Hamid Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, maka secara rasmi pertubuhan ini telah didaftarkan pada 8 September 1994 dengan nama Persatuan China Muslim Malaysia (Malaysian Chinese Muslim Association) atau singkatannya MACMA. 2 1 Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). http://macma.my/main/ Dicapai pada 3 April 2016. 2 Roslieza Rosli dan Nur Aithiroh Masyaa il Tan Binti Abdullah. Aplikasi Metodologi Dakwah Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Kelantan Pada Muallaf: Kajian Awal. di dalam Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah. Laman sesawang <http://www.ukm.my/skim> dicapai pada 14 Mac 2016 12

Selaras dengan penubuhannya, MACMA telah menetapkan visi iaitu Mengambil bahagian dan menyumbang ke arah pembentukan Khairul Ummah atau The Best of Nations dan misi menjadi NGO Islam yang cemerlang organisasinya dan menjalan kegiatan Islam sedaya upaya untuk menyumbang kepada pembentukan Khairul Ummah. Antara lapan objektif penubuhan MACMA seperti mana termaktub di dalam perlembagaan pertubuhannya ialah: i. Memberi penerangan dan mengembangkan ajaran Islam. ii. Melaksanakan aktiviti Islam serta berkerjasama dengan NGO-NGO Islam lain. iii. Membina dan membangunkan masyarakat Muslim berwibawa. iv. Mengeratkan hubungan sesama Muslim di Malaysia. v. Menjalankan kajian, seminar dan latihan untuk meningkatkan vi. penghayatan Islam kepada ahli. Menyokong dan membina pusat Islam atau masjid bersenibina Cina. vii. Merancang, menyusun dan menjalankan kegiatan ekonomi Islam, tabung amanah dan kebajikan. viii. Membina dan membangunkan masyarakat Cina Muslim berwibawa. Menurut maklumat yang boleh dicapai di laman rasmi www.macma.my, MACMA telah berjaya menubuhkan sebanyak 17 buah cawangan di seluruh Malaysia; 13 cawangan negeri, tiga cawangan daerah dan tiga cawangan baru dalam proses pendaftaran. 1 Bagi sesi 2015-2017, MACMA dipimpin oleh Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin. Beliau merupakan seorang pensyarah di Unversiti Putra Malaysia, yang berkepakaran dalam bidang biodiesel. Menurut statistik, ahli MACMA seluruh negara pada tahun 2014 seramai 2586, bertambah dari tahun 2013 (2560) dan 2012 (2432). 2 Konsep Keharmonian Beragama Di Malaysia Keharmonian beragama di Malaysia melalui kefahaman dan amalan menghormati kepercayaan agama antara etnik di Malaysia telah 1 http://macma.my/main/index.php/macma-branches/ dicapai pada 13 April 2016 2 http://macma.my/main/index.php/membership/ dicapai pada 13 April 2016 13

wujud sebelum merdeka lagi. Bahkan ia menjadi kunci terpenting kepada keberadaan dan kejayaan Malaysia sekarang. 1 Walaupun Malaysia adalah sebuah negara majoriti Muslim dengan peratusan hampir 61% 2, tanpa keharmonian beragama, usaha mempereratkan hubungan antara Muslim dan bukan Muslim akan terbantut dan seterusnya menyumbang kepada kegagalan proses pembinaan kehidupan yang harmoni di Malaysia. Seperti yang dijelaskan oleh Khadijah 3 konsep keharmonian beragama di Malaysia adalah berasaskan kepada Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut: Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya sendiri tertakluk kepada Fasal (4) menyebarkan agamanya. Perkara 12(2) menyatakan bahawa, tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusiinstitusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama masing-masing; tetapi ia adalah undang-undang bagi Persekutuan atau Negeri untuk menubuhkan atau mentadbir institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam ajaran Islam atau perbelanjaan dana seperti yang dikehendaki oleh maksud itu. Bagaimanapun ia menegaskan bahawa, seperti yang dinyatakan dalam artikel 12(3) bahawa tiada siapa yang dibenarkan untuk meminta atau memaksa manamana individu untuk mengikuti mana-mana ajaran agama tertentu atau meraikan apa-apa perayaan atau 1 Sharifah Hayaati Syed Ismail al-qudsy, Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Ahmad F. Yousif, Osman Chuah Abdullah, Munira Abdul Mutalib.2016. Studies on Inter- Faith Relations: Latest Input for Authority Management Review (AMR) in Malaysia.Journal of Religious & Theological Information. Volume 15, Issue 1-2:pp.47-59 2 Laporan Penduduk dan Ciri Asas Demografi. Ms.82 3 Khadijah Mohd Khambali @ Hambali & Mohd Herzali Mohd Haled. 2008. Toleransi Beragama dan Amalannya di Malaysia: Rujukan Kepada Artikel 11 Perlembagaan Malaysia. Jurnal Usuluddin, 27, pp.81-92 dalam Nur Farhana Abdul Rahman & Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. 2013. Religious Tolerance in Malaysia: Problems and Challenges. International Journal of Islamic Thought. Vol.3. pp.81-91. 14

aktiviti yang dianjurkan oleh agama-agama tertentu selain dari sendiri. Hak untuk bebas beragama di Malaysia sejak dahulu lagi menjadi kerangka utama kepada kesatuan etnik dan kehidupan harmoni di Malaysia. Kesinambungan kehidupan yang harmoni hanyalah mampu dicapai sekiranya kesedaran dalam aspek toleransi budaya dapat dihayati dan dihargai oleh generasi muda sekarang. 1 Konsep keharmonian beragama dianjurkan oleh setiap agama yang ada di Malaysia; Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh. 2 Islam telah mendatangkan tiga langkah dalam penganjuran konsep keharmonian beragama seperti yang terdapat di dalam Al- Quran; pertama tiada paksaan dalam beragama (Al-Baqarah:2:256), kedua mempraktikkan tiga kaedah dakwah (Al-Nahl:16:125) dan ketiga menghormati pilihan hak beragama (Al-Kafirun:109:6). Manakala bagi penganut Buddha (majoriti warga Cina beragama Buddha), dalam kitab agama bernama Udana-Varga (5:18) menyatakan; hurt not others in ways that you yourself would find hurtful. Pernyataan ini disokong dengan 10 perkara yang dilarang untuk dilakukan demi menjamin kehidupan yang harmoni dan aman bersama masyarakat setempat. Menurut ajaran agama Kristian pula, konsep love adalah elemen terpenting. Setiap penganut Kristian wajib menyebarkan konsep love kepada semua samada musuh atau kawan. Seperti disebut di dalam Luke (6:30-31) give to everyone who asks of you. And from him who takes away your goods do not ask them back. And just as you want men to do to you, you also do to them likewise. Justeru, melihat kepada ajaran utama setiap agama seperti di atas, jelaslah bahawa konsep keharmonian beragama menjadi syarat terpenting kepada kehidupan yang harmoni dengan syarat ia saling difahami dan dihormati. Seperti yang dirumuskan oleh Arena Che Kassim, hidup toleransi beragama telah tersedia diterima terutamanya apabila berlaku dalam aspek kebudayaan, bahasa dan pemikiran. Berbeza dengan pemakaian dan pemakanan yang telah berasimilasi 1 Nurfarhana & Khadijah. Ibid. 2 Ibrahim Abubakar. 2013. The Reigious Tolerance in Malaysia: An Exposition. Journal of Advance in Natural and Applied Sciences.7(1). pp.90-97. 15

secara sendirinya dan berkekalan selamanya diterima. 1 Menghormati perbezaan dan menerima persamaan yang wujud di antara entik dan agama adalah kunci utama. Tanpa kefahaman tersebut, kesalahfahaman dan salah sangka antara agama akan berterusan tanpa kesudahan. Namun, ia bukanlah bermaksud ajaran Islam menerima ajaran agama yang lain sebagai setara dengannya kerana prinsip Islam adalah jelas bahawa satu-satunya agama di sisi Allah SWT adalah Islam. Analisis Penulisan ini menggunakan kaedah analisis kandungan teks melalui kajian literatur dan dokumen rasmi berkaitan sumbangan PERKIM dan MACMA sebagai organisasi dakwah bukan kerajaan (ODBK) kepada keharmonian beragama di Malaysia. Dokumen rasmi meliputi Laporan Tahunan, risalah dan resolusi meja bulat Cina Muslim 2016 2. Analisis mendapati tiga faktor utama yang mempengaruhi kemampuan ODBK ini dalam menjalankan peranan kea rah keharmonian beragama iaitu; kepimpinan, kefahaman budaya dan komitmen. Manakala dalam masa yang sama terdapat tiga cabaran utama yang dihadapi sepanjang keterlibatan mereka dalam mengukuhkan keharmonian beragama terutama dikalangan Cina- Muslim. Iaitu kefahaman, faktor keserasian antara budaya dan kewangan. Peranan Dan Sumbangan PERKIM Dan MACMA Kepada Cina- Muslim i- Faktor Kepimpinan Faktor kepimpinan sekurang-kurangnya merujuk kepada ketokohan pemimpin, halatuju dan nilai yang didokong serta pencapaian 1 Arena Che Kassim. 2006. Pemikiran Masyarakat Cina dan Toleransi Beragama: Satu Tinjauan Literatur. Ms.175-184 dalam Wan Abd. Hamid Wan Teh dan Anisah Zainal Abidin. Budaya dan Pemikiran Dalam Masyarakat Global Malaysia dan Cina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2 Satu Persidangan Meja Bulat untuk membincangkan isu berkaitan Cina Muslim telah dianjurkan oleh Majlis Dakwah Negara, Macma, Perkim, Kumpulan Penyelidik (Contemporary Fiqh Research Unit) & Jakim pada 11 Ogos 2016. Ia telah berjaya dihadiri oleh Cina Muslim dari pelbagai latarbelakang. 16

organisasi 1. Berdasarkan objektif penubuhan PERKIM dan MACMA, kedua-dua pertubuhan ini diakui mempunyai halatuju yang jelas dalam mengurus organisasi. Seperti PERKIM, cetusan idea YTM Tunku Abdul Rahman begitu signifikan dan memberi impak yang tinggi dan akhirnya menyumbang kepada kejayaan PERKIM pada hari ini. Kesemua Yang DiPertua PERKIM Kebangsaan yang dilantik merupakan tokoh yang tidak asing samada di peringkat nasional dan antarabangsa. Dengan ketokohan yang ada serta kepimpinan mereka telah memajukan pergerakan organisasi dengan perancangan program, dan aktiviti yang mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat. Ini terbukti melalui usaha mereka dalam mengurus dan menjaga hal ehwal kebajikan setiap masyarakat yang memeluk Islam meliputi pendidikan, sokongan moral dan pekerjaan. MACMA juga mendapatkan keyakinan dari masyarakat awam bilamana ia dipimpin oleh tokoh yang kompeten dan profesional. Dengan ketokohan Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin selaku Presiden yang baru, dilihat sebagai anjakan kepada kekuatan MACMA. Ini membantu dalam kelancaran mengurus organisasi dengan lebih baik dan efisien. Peranan kepimpinan MACMA terdahulu sehingga kini samada di peringkat kebangsaan dan negeri mendapat perhatian dan pengiktirafan khasnya dengan terbinanya masjid-masjid yang bercirikan pembinaan senibina Cina. Sehingga kini, terdapat empat buah masjid berkonsepkan senibina Cina berjaya dibina di Rantau Panjang, Kelantan (2009), Ipoh, Perak (2013), Seremban, N. Sembilan (2012) dan Melaka (2014). 2 Selain itu, PERKIM dan MACMA melalui kepimpinan di pelbagai peringkat jawatankuasa negeri dan daerah berjaya mewujudkan program bersifat kolaborasi antara PERKIM dan MACMA. Seperti mengadakan kelas pengukuhan agama Islam dan sambutan majlis-majlis tertentu yang melibatkan Cina-Muslim di Malaysia. Melalui sokongan kepimpinan yang bersepatu, jurang perbezaan yang wujud antara Cina-Muslim dengan Melayu-Muslim 1 Syed Muhammad Naquib Al-Attas & Wan Mohd Nor Wan Daud. 2007. The ICLIF Leadership Competency Model (LCM): An Islamic Alternative. ICLIF: Kuala Lumpur. Ms.5-7. 2 < http://macma.my/main/index.php/media/masjid-jubli-perak-kelantan/> diakses pada 1 Ogos 2016. 17

dan non-muslim berjaya dikecilkan dengan mengangkat tema-tema persamaan dan kefahaman antara mereka. 1 ii- Faktor Kefahaman Budaya Faktor kefahaman budaya juga memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kelestarian kedua-dua organisasi PERKIM dan MACMA sehingga kini. Menjadikan Cina-Muslim sebagai sasaran dakwah utama, PERKIM dan MACMA tidak mempunyai pilihan selain memahami dan mengetahui segala bentuk budaya yang melingkari masyarakat Cina. Ia bertujuan agar usaha dakwah yang dijalankan bertepatan dengan kehendak budaya sasaran dakwah tersebut. Diketuai oleh Cina Muslim sendiri membolehkan kepimpinan benar-benar memahami kumpulan sasaran organisasi. Ini dilihat sebagai satu kelebihan yang memberikan kekuatan kepada ODBK ini. Setelah berumur lebih 50 tahun bagi PERKIM dan 20 tahun bagi MACMA, permasalahan kefahaman budaya ini berjaya ditangani dengan baik. Tidak lagi mengimpot kemahiran tokoh-tokoh Cina-Muslim dari China, sebaliknya fokus melahirkan tokoh Cina- Muslim yang membesar di tanah air Malaysia dan mendapat pendidikan Islam menjadi antara agenda terpenting kepimpinan ODBK ini. Nama-nama seperti Haji Sharin (Pengusaha rangkaian Restoran Cina Muslim), Xifu Naser (pendakwah bebas), Prof.Madya Dr. Osman Chuah (ahli akademik), Profesor Dr. Ridhuan Tee (ahli akademik), Dr. Athiroh (ahli akademik), Prof. Dr. Taufiq Yap (ahli akademik dan pakar biodiesel), Chan Abdullah (ahli perniagaan), Albeit Liew (pendakwah bebas) memperkukuhkan usaha kedua-dua ODBK ini. Selain daripada itu, usaha kerjasama antara ODBK dengan pihak berkuasa agama di Malaysia juga adalah bertujuan untuk mewujudkan keharmonian antara penganut Islam dan bukan Islam berbilang kaum.contohnya, PERKIM, MACMA dan beberapa persatuan yang lain dengan kerjasama JAKIM menganjurkan Majlis Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan 2016 bertempat di Kuala Lumpur pada 14 Februari 2016. 2 Tujuan majlis ini adalah sebagai medan memberi faham kepada saudara baru CIna-Muslim dan ahli 1 Rose Wang Ma. ms.109 2 Berita PERKIM. Edisi 1/2016. Ms.15-16 18

keluarganya bahawa Islam tidak memisahkan hubungan kekeluargaan dan membenarkan menyambut perayaan selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam. 1 Selain itu, MACMA pada November 2015 juga menganjurkan Kursus Penghayatan Islam Saudara Kita sebagai medan memberi kefahaman yang jelas berkenaan Islam kepada saudara baru Cina-Muslim dan ahli keluarganya. 2 Fenomena ini adalah sesuatu yang membanggakan dan wajar disokong untuk diteruskan. iii- Faktor Komitmen Faktor komitmen organisasi dakwah bukan kerajaan (ODBK) seperti PERKIM dan MACMA amatlah penting dalam memastikan keharmonian beragama di Malaysia. MACMA dan PERKIM konsisten dengan komitmennya menawarkan kelas pengajian hal ehwal Islam kepada Cina-Muslim yang baru memeluk Islam dalam bahasa ibunda mereka seperti Tiong Hua dan Kantonis. Sebagai contoh, PERKIM mengadakan Kelas Pengajian Fardu Ain dan Al- Qur an untuk saudara baru Muslim setiap hari dan sepanjang tahun. Kelas tersebut dibahagikan kepada tiga kategori; prasasas, asas, pertengahan dan lanjutan mengikut tahap kefahaman. Tenaga pengajarnya terdiri dari kakitangan PERKIM dan juga jemputan luar. 3 Selain itu, kelas-kelas pengajaran yang disediakan oleh PERKIM kepada saudara baru Cina-Muslim dianggap berjaya berdasarkan kadar kefahaman mereka terhadap Islam meningkat. 4 Pada peringkat awal peranan PERKIM, ia telah menawarkan saguhati kepada saudara baru yang memeluk Islam. Saguhati ini 1 Ibid 2 < http://macma.my/main/index.php/kursus-penghayatan-islam-saudara-kita/> diakses pada 1 Ogos 2016. 3 http://www.perkim.net.my/kelas-perkim/ diakses pada 1 Ogos 2016. 4 Abdul Rahim dan et.al. Dakwah PERKIM Kepada Etnik Cina Di Malaysia. Islamiyyat: International Journal of Islamic Studies. 2014. Vo.36. Issues 1. Ms.63-69. Dicapai pada 5 Ogos 2016. <http://web.a.ebscohost.com/abstract?direct=true&profile=ehost&scope=site&aut htype=crawler&jrnl=02165635&an=98992693&h=m6momwycqur6kb7k7f 2gNyVw3oKr0RYU4lxAVCqqHkMSbQPYvGPhZ7nMWmla00hYYGbTcQAzY vecslfl%2fbep8g%3d%3d&crl=c&resultns=adminwebauth&resultlocal=errc rlnotauth&crlhashurl=login.aspx%3fdirect%3dtrue%26profile%3dehost%26scop e%3dsite%26authtype%3dcrawler%26jrnl%3d02165635%26an%3d98992693> 19

bertujuan sebagai bantuan awal kewangan sekiranya timbul kesukaran. Namun, niat murni bantuan kewangan ini telah disalah anggap oleh sebahagian saudara baru sehinggakan ada segelintir yang hanya ingin memeluk Islam kerana duit, bukan ikhlas kerana agama Islam itu sendiri dan Allah. Atas faktor ini juga telah menyebabkan kesyumulan Islam itu tidak kelihatan kerana terlindung dengan faktor birokrasi dan perlu menjadi Melayu setelah memeluk Islam. 1 Bagi MACMA, pemberian saguhati berbentuk wang masih diteruskan kepada pasangan pengantin baru Cina-Muslim yang baru memeluk Islam. Tindakan ini dilihat sebagai bantuan sokongan kewangan kepada pasangan terbabit di peringkat awal perkahwinan. 2 Dari sudut pendidikan, PERKIM sangat komited menyediakan kelas pengajian harian dan juga pusat-pusat latihan buat saudara baru. Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) di Pengkalan Chepa, Kelantan sebagai contoh keseriusan PERKIM dalam memastikan semua saudara baru mendapat tunjuk ajar dan memahami setiap ajaran Islam dalam keadaan yang kondusif dan berkesan. 3 MACMA turut komited meneruskan pelbagaikan bentuk program dalam pelbagai bahasa pertuturan dan penyampaian. Komitmen ini menjadikan program MACMA dapat menarik minat golongan Cina. 4 Kebiasaannya tiga jenis bahasa digunakan oleh MACMA mengikut kepada sasaran audien seperti Bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Perbezaan Bahasa ini berkait rapat dengan kawasan tempat tinggal dan latar belakang pendidikan 5. MACMA juga konsisten dalam penganjuran seminar, forum dan 1 Rose Wang Ma. Ms. 15 2 Jaffary Awang. 2006. Peranan Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) dalam Pengekalan Identiti Cina Muslim di Malaysia: Analisis Sosiologi. Ms.404-437 dalam Wan Abd. Hamid Wan Teh dan Anisah Zainal Abidin. Budaya dan Pemikiran Dalam Masyarakat Global Malaysia dan Cina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3 Nur Aithiroh Masyaa il Tan Binti Abdullah, et.al. Program Pertubuhan Dakwah Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan Kepada Saudara Muslim: Satu Tinjauan Dari Segi Pendidikan. Ms.7. 4 Jaffary Awang. 2006. Peranan Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Dalam Pengekalan Identiti Cina Muslim di Malaysia: Analisis Sosiologi. Ms.404-437 dalam Wan Abd. Hamid Wan Teh dan Anisah Zainal Abidin. Budaya dan Pemikiran Dalam Masyarakat Global Malaysia dan Cina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 5 Ibid. 20

bengkel-bengkel yang membincangkan isu-isu semasa berkaitan ekonomi, agama, perundangan dan lain-lain. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Cina-Muslim dan memaklumkan hakhak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia sebagai warganegara. 1 Komitmen besar yang telah berjaya diusahakan juga oleh MACMA kepada Cina-Muslim ialah kejayaan memohon kepada pihak JAKIM untuk melonggarkan syarat penukaran nama asal dalam Bahasa Cina kepada nama Islam dalam Bahasa Melayu untuk diletakkan di dalam kad identiti Muslim mereka. 2 Komitmen ini telah berjaya membantu MACMA mengekalkan ahli dan menambah ahliahli baru. Cabaran Dakwah PERKIM Dan MACMA Kepada Cina-Muslim Pelbagai cabaran dihadapi oleh ODBK ini untuk bertahan melaksanakan misi dan visi. Antaranya dalam memberikan kefahaman yang jelas kepada penganut Islam di kalangan bangsa Cina bahawa memeluk Islam bukan bererti menukar budaya hidup menjadi bangsa yang lain khasnya bangsa Melayu. Faktor kefahaman bahawa memeluk Islam bererti menjadi orang Melayu antara yang masih berlegar dalam kefahaman masyarakat Cina. Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan mereka yang memandang sinis terhadap Islam kerana imej agama ini yang sering dikaitkan dengan keganasan dan mundur. 3 Menurut Osman Abdullah@Chuah Hock Leng (2009), masalah utama mengapa peratusan memeluk agama Islam di kalangan bangsa Cina rendah adalah kerana Islam dan Melayu dilihat terikat dari sudut definisi 4 dan tidak dapat dipisahkan, serta semangat kebangsaan Melayu yang sangat dominan di kalangan masyarakat Melayu-Muslim di Malaysia. 5 Selain itu, Osman Abdullah juga telah 1 Roslieza Rosli dan Nur Aithiroh Masyaa il Tan Binti Abdullah. Aplikasi Metodologi Dakwah Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Kelantan Pada Muallaf: Kajian Awal. Ms.5-6. 2 Rose Wang Ma.Ms.89 3 Pandangan daripada perbincangan meja bulat Cina Muslim di Kuala Lumpur 11 Ogos 2016. 4 Artikel 132 Perlembagaan Persekutuan Malaysia 5 Osman Abdullah@Chuah Heck Long (2009) Da wah to Non-Muslim Chinese in Malaysia: Some Preliminary Thoughts in Readings in Islamic Da wah. Kuala Lumpur: IIUM Press. Ms.250 21

menyenaraikan enam sebab umum mengapa bukan Muslim (terutama Cina) di Malaysia menolak ajaran Islam 1 ; 1. Bukan Muslim menganggap hak mereka dalam ekonomi, politik dan sosial telah dirampas secara perlahan-lahan selepas Malaysia mendapat kemerdekaan dengan penerapan nilainilai Islam sebagai alat penyatuan antara kaum dan menafikan peranan kepercayaan agama yang mereka anuti. 2. Tidak banyak usaha yang dijalankan dalam memberi penerangan dan penjelasan tentang Islam yang sebenar sebagai cara hidup kepada masyarakat bukan Muslim, bahkan mereka juga wajar dipersalahkan kerana malu dan menjauhkan diri dari mengikuti program-program berkaitan Islam yang dianjurkan oleh pihak-pihak persendirian mahupun organisasi bukan kerajaan. 3. Tiada penerangan dan maklumat berkenaan status bukan Muslim dan tanggungjawab mereka terhadap negara seperti hak sebagai warganegara, pembayar cukai, pemimpin atau rakyat dari perspektif Islam dalam bahasa ibunda mereka. 4. Perseteruan politik antara UMNO dan PAS yang tiada kesudahan dan mengheret isu agama Islam yang mengakibatkan salah faham di kalangan bukan Muslim. 2 5. Bukan Muslim juga tidak menunjukkan minat untuk memahami dan mempelajari ajaran-ajaran Islam, bahkan agenda kerajaan berkaitan Islam telah dikaitkan secara tidak adil sebagai agenda Melayu. 6. Tiada nilai positif berkaitan Islam yang berjaya diketengahkan di media cetak mahupun media elektronik. Hanya konflik dan perseteruan antara penganut agama yang sering dipaparkan dan mengakibatkan perasaan takut di kalangan bukan Muslim terhadap Islam. Selain itu, secara khusus ada beberapa sebab utama mengapa bangsa Cina di Malaysia menolak untuk menerima Islam sebagai agama dan cara hidup. Sebagai contoh, bilamana seorang Cina memeluk Islam di Malaysia, mereka ini akan dianggap sebagai pengkhianat kepada bangsa Cina dari sudut hubungan kekeluargaan, 1 Ibid. ms.250-251 2 Sejak 2015, bibit perdamaian politik antara UMNO-PAS kelihatan dalam beberapa rangka persetujuan terutama berkaitan hal ehwal Islam. 22

budaya, tamadun, tradisi dan warisan nenek moyang. Bahkan, sebahagian mereka akan dibuang atau tidak diterima oleh ahli keluarga sendiri selepas memaklumkan status mereka sebagai seorang Muslim. 1 Kes sebegini hanya terjadi jika mereka memeluk Islam. Namun berbeza layanan yang diterima jika mereka memilih agama lain seperti Kristian, Hinduisme, Buddhisme atau untuk tidak beragama. 2 Lanjutan dari itu, asas penolakan golongan Cina terhadap Islam di Malaysia, Osman Abdullah berpendapat mereka gagal memahami ajaran Islam yang universal berdasarkan Al-Qur an dan Sunnah, sifat berbangga dengan sejarah tamadun Cina yang berumur 5000 tahun dan lebih hebat dari yang lain, mempunyai tokoh guru yang hebat seperti Lao-tze dan Confucius berbanding agama lain, pencapaian yang hebat dalam ekonomi dan pendidikan berbanding kaum-kaum lain di Malaysia dan limitasi halal dan haram dalam urusan keduniaan adalah merupakan faktor terpenting penolakan bangsa Cina terhadap Islam. 3 Secara kesimpulannya, cabaran yang dihadapi oleh PERKIM dan MACMA berada dalam lingkungan yang sama. Ia merangkumi tiga elemen utama iaitu factor kefahaman, faktor keserasian antara budaya Cina dan Melayu dan faktor kewangan bagi ODBK dan saudara baru itu sendiri. Ramai di kalangan peserta meja bulat Cina Muslim juga mengakui bahawa apabila memeluk Islam, ramai di kalangan mereka yang menjadi malas dan mudah meminta-minta sedangkan masyarakat Cina terkenal dengan budaya hidup mereka yang rajin. 4 Justeru, satu pelan gerak kerja yang menyeluruh amatlah diperlukan agar setiap cabaran dapat diatasi di masa hadapan. 1 Osman Abdullah. Da wah to Non-Muslim Chinese in Malaysia: Some Preliminary Thoughts in Readings in Islamic Da wah,ms.253 2 Mohd Faridh Hafez Mhd Omar. 2015. Christian Federation of Malaysia (CFM) and National Evangelical Christian Fellowship (NECF) and Their Responses to Contemporary Issues: An Objective Study From A Muslim Perspective.Unpublished Master thesis at IIUM. Ms.88-93 3 Osman Abdullah. Ms.254-255 4 Pandangan daripada perbincangan meja bulat Cina Muslim di Kuala Lumpur 11 Ogos 2016. 23

Kesimpulan PERKIM dan MACMA merupakan ODBK yang banyak menjalankan tugas dakwah dengan baik dan sistematik berdasarkan keperluan sasaran sejak awal penubuhannya. Kejayaan mengekalkan usia ODBK ini sehingga kini adalah salah satu indikator kejayaan yang didapati terhasil daripada tiga faktor utama iaitu kepimpinan yang berkesan, komitmen yang berterusan dan keupayaan memahami budaya masyarakat Cina itu sendiri. Indikator lain adalah dengan kejayaan penubuhan masjid Cina Muslim, pengekalan nama cina setelah memeluk Islam, hubungan yang harmoni dengan masyarakat Cina dan bangsa yang lain termasuk Melayu dan India, penganjuran pelbagai aktiviti kebudayaan yang melibatkan semua kaum di Malaysia dan kerjasama yang erat dengan penguasa agama di pelbagai peringkat telah Berjaya menjadikan dua ODBK ini sebagai contoh. Berdasarkan kepada keupayaan memahami perbezaan latar belakang budaya, jumlah bilangan bahagian dan cawangan di seluruh Malaysia, serta kekuatan kepimpinan dan komitmen, langkah memperhebat dan memperkemas gerak kerja dakwah melalui semua saluran seperti pendidikan, nasihat, sokongan adalah bukti sumbangan terbesar mereka dalam memastikan keharmonian beragama di kalangan Cina-Muslim dan non-muslim di Malaysia terhasil. Justeru, sumbangan dua organisasi dakwah ini wajar diiktiraf. Namun tidak dapat dinafikan sebagai ODBK kedua-dua organisasi ini memerlukan kepada dana yang mencukupi untuk terus bergerak aktif dalam mempromosikan keharmonian antara agama dan kaum di Malaysia. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengumpul dana agar tidak terlalu bergantung kepada pembiayaan kerajaan melalui Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Negeri dan Jakim, dua ODBK ini banyak terlibat dalam mencari tajaan dari pihak industry dan korporat. Mereka berjaya mendapatkan kepercayaan dari golongan cina bukan Islam dalam melaksanakan peranan ini. Cabaran meningkatkan kefahaman masyarakat bahawa memeluk Islam tidak bererti meninggalkan budaya bangsa selama mana ia tidak bertentangan dengan akidah dan menjalinkan hubungan baik demi mewujudkan keserasian hidup bermasyarakat sentiasa ada cabarannya. Justeru cabaran ini perlu dihadapi dan diatasi dengan membina kekuatan baru melalui jaringan kerjasama antara ODBK dan 24

kerajaan serta masyarakat setempat dari pelbagai kaum dan anutan agar keharmonian beragama di Malaysia terus terjamin. RUJUKAN Ahmad Redzuan Mohd Yunus. 2008. Dakwah Masyarakat Orang Asli: Negeri Pahang. Selangor: Karisma Publications Sdn.Bhd. Ahmad Redzuan Mohd Yunun, et.al. 2010. Dakwah Multi Etnik. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ammar Fadzil. 2011. Religious Tolerance in Islam: Theories, Practices and Malaysia s Experiences as a Multi Racial Society. Journal of Islam in Asia. No.3 Anuar Puteh, et.al. Komitmen Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Dalam Mengurus Saudara Baru Warga Asing. Kertas kerja Seminar Serantau Dakwah dan Etnik, Universiti Malaysia Sabah pada 20-21 November 2014. Berita PERKIM. Edisi 1/2016 Engku Ahmad Zaki Engku Alwi & Yunus Abdullah Ma Zhengbin. 2010. Gerakan Dakwah Islam di kalangan Masyarakat Cina Terengganu. Dakwah Multi Etnik. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi. Kuala Lumpur Jabatan Perdana Menteri. 2010. Perlembagaan Persekutuan. Malaysia: The Commissioner of Law Revision. Jaffary Awang. 2006. Peranan Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Dalam Pengekalan Identiti Cina Muslim di Malaysia: Analisis Sosiologi. Ms.404-437 dalam Wan Abd. Hamid Wan Teh dan Anisah Zainal Abidin. Budaya dan Pemikiran Dalam Masyarakat Global Malaysia dan Cina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Abubakar. 2013. The Reigious Tolerance in Malaysia: An Exposition. Journal of Advance in Natural and Applied Sciences. 7(1). Mohd Faridh Hafez Mohd Omar. 2015. Christian Federation of Malaysia (CFM) and National Evangelical Christian 25

Fellowship (NECF) and Their Responses to Contemporary Issues: An Objective Study From A Muslim Perspective. Unpublished Master thesis of IIUM. Kuala Lumpur: IIUM Mohd Roslan Mohd Nor. 2011. Religious Tolerance in Malaysia: An Overview. Middle-East Journal of Scientific Research. 9 (1). Nicholas Sylvester. 2008. Jom Berdakwah. Kuala Lumpur: JIMedia. Nur Aithiroh Masyaa il Tan Binti Abdullah. Program Pertubuhan Dakwah Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan Kepada Saudara Muslim: Satu Tinjauan Dari Segi Pendidikan. Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Dakwah dan Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2014. Nur Farhana Abdul Rahman & Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. 2013. Religious Tolerance in Malaysia: Problems and Challenges. International Journal of Islamic Thought. Vol.3. Osman Abdullah@Chuah Heck Long. 2009. Da wah to Non-Muslim Chinese in Malaysia: Some Preliminary Thoughts. Kuala Lumpur: IIUM Press. dan Abdul Salam Muhamad Shukri. 2008. Muslim Converts in Malaysia: The Problem of Cultural Adjustment. Kuala Lumpur: IIUM Press. Ong Seng Huat, Koay Jetty: The Social Evolution of the Hui People in Penang. Dicapai pada 3 April 2016. http://www.penangstory.net.my/mino-content-paperong.html Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Dicapai pada 1 April 2016. http://www.perkim.net.my Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Dicapai pada 3 April 2016. http://macma.my/main/ Rosey Wang Ma. 2005. Shifting Identities: Chinese Muslims in Malaysia in Asian Ethnicity. Vol.6, No.2, USA: Routledge Taylor & Francis Group. Roslieza Rosli. Aplikasi Metodologi Dakwah Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Kelantan Pada Muallaf: Kajian Awal. Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah. Dicapai pada 14 Mac 2016. <http://www.ukm.my/skim> Siti Rugayah Tibek, et.al. 2014. Pembangunan Dakwah Mualaf. Bangi: Institut Islam Hadhari UKM. 26

Sharifah Hayaati Syed Ismail al-qudsy,mahmood Zuhdi Abdul Majid,Ahmad F. Yousif, Osman Chuah Abdullah, Munira Abdul Mutalib.2016. Studies on Inter-Faith Relations: Latest Input for Authority Management Review (AMR)in Malaysia.Journal of Religious & Theological Information. Volume 15,Issue 1-2:pp.47-59 Syed Muhammad Naquib Al-Attas & Wan Mohd Nor Wan Daud. 2007. The ICLIF Leadership Competency Model (LCM): An Islamic Alternative. ICLIF: Kuala Lumpur Wan Hussin Azmi, Harun Din. 1985. Al-Da wah al-islamiyyah fi Maliziyya Zuhuruha wa Intisyaruha. Kuala Lumpur: Penerbit Haji Jaafar Siddiq bin Haji Salam. 27

28

TAHAP PENGETAHUAN DAN PENGHAYATAN AGAMA DALAM GOLONGAN PEKERJA SEKS (SEX WORKER) DI KUALA LUMPUR Dr Khairul Hamimah Mohd Jodi, Faridah Che Husain Pengenalan Pekerja seks dianggap sebagai profesion tertua di dunia 1 dan sukar untuk menentukan di mana profesion ini bermula. Hal ini disebabkan dalam tamadun awal manusia seperti tamadun Mesopotamia, Mesir, Greek dan Rom telah wujud kegiatan ini. Namun, apa yang membezakannya ialah konsep dan pengertian pekerja seks itu sendiri. Misalnya bagi masyarakat Babylon kuno, mereka mewajibkan gadisgadis sebagai untuk melacurkan diri di kuil-kuil pada zaman itu. 2 Manakala masyarakat Rom telah mewujudkan kuil pelacur yang dikenali sebagai lupanaria yang merujuk kepada mereka yang berkerja di rumah pelacuran. 3 Bagi masyarakat India pula, mereka beranggapan penari-penari di kuil yang digelar betairae adalah pelacur kelas tinggi dalam masyarakat. 4 Perihal melacur dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional masih kabur dan hanya dijadikan sebagai sebahagian tugas lain yang dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh golongan hamba dan gundik yang terkenal dalam kalangan golongan raja dan pembesar tidak dianggap sebagai pelacur kerana lazimnya gundik didefinisikan sebagai isteri tidak sah. 5 1 Shyamala Nagaraj dan Siti Rohani Yahya. (1995). The Sex Sector and An Unenumerated Economy. Serdang: UPM. hal.1; Abdul Hadi Zakaria. (1978). Pelacuran Sukarela Sebagai Women Liberation. Manusia dan Masyarakat. Jilid 1. Universiti Malaya: Jabatan Antropologi dan Sosiologi. hal.44. 2 Ares & Norhalim Ibrahim. (1992). Pelacur Oh Pelacur: Satu Analisis. Kajang: Masa Enterprise. hal.5. 3 Vern Bullough & Bonnie Bullough. (1987). Women and Prostitution: A women History. New York: Prometheus Books. hal.18. 4 Abdul Hadi Zakaria. (1980). Pelacur dan Pelacuran di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. hal.28-29. 5 Gundik bermaksud seorang perempuan yang dijadikan teman untuk berzina; kendak; dua isteri secara tidak rasmi. Lihat Kamus Dwibahasa. (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal.239; Kamus Dewan (2005). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal.490. 29

Pelacuran juga dikaitkan dengan unsur-unsur kegiatan yang menjurus kepada jenayah. Sesetengahnya bukan sahaja sebagai pekerja seks malah turut terlibat dalam masalah dadah, gelandangan, pembawa penyakit HIV positif, lesbian dan sebagainya. 6 Hal ini juga ditegaskan oleh Saraswathy a/p Veloo (1997) 7 iaitu: In ancient times, female prostitution in many society was related to religious practices, while in modern times it is primarily related to promiscuity and crime. Definisi Pekerja Seks Pekerja seks merujuk kepada kegiatan pekerjaan yang melibatkan aktiviti seksual 8 untuk mendapatkan wang saku dan ganjaran tertentu. Hal ini juga dinyatakan oleh The International Encyclopedia of the Social Science sebagai: is the granting of sexual access on a relatively indiscriminate basis for payment either in money or in goods, depending on the complexity of the local economic system. 9 Manakala Joseph Julian mendefinisikan pekerja seks sebagai sexual intercourse on a promiscous and mercenary basis, with no emotional attachment. Menurut beliau lagi, sell sexual favors, to anyone who will pay, as a way of making living. 10 Sementara Abdul Hadi Zakaria pula telah membahagikan tiga aspek penting dalam mendefinisikan pekerja seks iaitu dari segi sewaan, perkhidmatan seksual (dapat memberi perkhidmatan seksual selain suami) dan pembayaran jenis wang. 11 6 Berdasarkan temubual dan pemerhatian yang telah dilakukan dengan pekerja seks di Chow Kit, Kuala Lumpur. 7 Saraswathy a/p Veloo. (1997). Pelacuran di Kalangan Masyarakat India di Malaysia: Satu Kajian di Lembah Klang. Latihan Ilmiah (B.A.). Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. hal.13. 8 Dictionary Merriam Webster: http://www.merriamwebster.com/dictionary/sex%20worker. 9 David L. Sills. (t.t). International Encyclopedia of the Social Sciences. Vol.12. The Macmillan Company and the Free Press. hal.592. 10 Joseph Julian. (1973). Social Problems: Sexual Devience. New York: Meredith Corp. hal.239. 11 Abdul Hadi Zakaria. (1980). Pelacur dan Pelacuran di Malaysia. Utusan Publications & Distributors: Kuala Lumpur. hal. 25-28. 30

Mengikut Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 pindaan 2001 12, memperjelaskan pengertian pekerja seks sebagai: perbuatan seseorang perempuan menawarkan tubuhnya untuk perbuatan jenis secara sembarangan kerana sewa sama ada berupa wang atau barang; dan pelacur hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya. Pekerja seks juga terdiri daripada golongan perempuan, lelaki dan transgender. 13 Golongan ini dikenali juga sebagai pelacur, 14 jalang atau sundal yang melacur atau menjual diri dalam menjalinkan hubungan kelamin secara haram. 15 Namun terdapat juga pekera seks daripada kalangan lelaki yang dikenali sebagai gigolo atau hustler. 16 Ciri-ciri utama dalam menentukan maksud sebenar pelacuran ialah perkhidmatan seks secara haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan sah, wujud ganjaran seperti harta benda atau wang ringgit, tidak melibatkan emosi dan melibatkan penindasan emosi dalam kalangan wanita (yang dipaksa menjadi pelacur). Umumnya terdapat pelbagai definisi mengenai pekerja seks yang bergantung kepada faktor masa seperti masa kini dan masa lalu; faktor kebudayaan seperti budaya Barat dan Timur serta faktor penentuan polisi negara. 17 12 (t.p). (2006). Akta kanak-kanak 2001. Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia. hal 17. 13 http://www.merriam-webster.com/dictionary/sex%20worker; World Health Organization (www.who.int/hiv/topics/vct/sw_toolkit/115solution.pdf): Urban Dictionary (http://www.urbandictionary.com/define.php?term=sex%20worker). Diakses pada 1 Ogos 2015. 14 http://www.merriam-webster.com/dictionary/sex%20worker. Diakses pada 1 Ogos 2015. 15 Kamus Dewan. (2005). Edisi Empat. hal.172. 16 Yusran Yusup. (1995). Pelacuran Indonesia dan Filipina di Tawau, Sabah: Satu Kajian Perbandingan. Latihan Ilmiah (B.A.). Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, hal 4. 17 A.S. Mathur dan B.L.Gupta. (1965). Prostitute and Prostitution. Agra (India): Asia Press.hal.2. 31

Objektif Kajian Kajian ini berdasarkan dua objektif yang ingin dicapai iaitu: 1. Mengenal pasti pemahaman agama dalam golongan pekerja seks 2. Mengenal pasti teknik dakwah yang bersesuaian untuk golongan pekerja seks Metodologi Kajian Kajian ini dijalankan di kawasan sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur. Chow Kit merupakan suatu sub-daerah di tengah-tengah Kuala Lumpur, Malaysia yang terletak di sekitar Jalan Chow Kit dan berhampiran dengan Kampung Baru, Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Kawasan ini dianggap sebagai salah satu kawasan yang mempunyai pekerja seks jalanan yang ramai dan mudah didapati di Kuala Lumpur. Kebanyakan pekerja seks adalah terdiri daripada pelbagai bangsa dan jantina. Mereka menawarkan perkhidmatan yang mampu dilanggan oleh pelanggan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Perkhidmatan ditawarkan sepanjang masa dan mereka juga mudah untuk dihubungi dan dicari kerana sering berlegar di sekitar kawasan tersebut. Selain itu, terdapat beberapa NGO yang menjaga kebajikan pekerja seks di kawasan ini seperti PT Foundation, Sinar Salam dan sebagainya. Walaupun demikian, untuk kajian ini hanya tiga orang sahaja pekerja seks yang memberi kerjasama untuk memberikan maklumat. Manakala yang lain cuba mengelakkan diri dan tidak mahu memberi kerjasama dengan memberikan pelbagai alasan seperti sibuk bekerja, cari makan dan sebagainya. Ada juga pekerja seks yang ditemui berada dalam keadaan separuh sedar di bawah pengaruh dadah. Keadaan ini menyukarkan penulis untuk mendapatkan data yang sahih kerana keadaan mereka yang tidak konsisten memberikan jawapan. Data yang diperolehi dilakukan dengan menggunakan kaedah temubual di samping kaedah pemerhatian dan pemerhatian turut serta. Seramai tiga orang pekerja seks dalam lingkungan umur 35 hingga 55 tahun dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Pemilihan responden dilakukan dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Bagi melindungi kerahsiaan, nama dan maklumatmaklumat lain yang boleh menjurus kepada identiti responden ini 32

telah ditukar. Kebenaran bagi melaksanakan temubual telah diperolehi sebelum ia dilaksanakan. Penglibatan para responden adalah secara sukarela dan mereka perlu mempunyai pengalaman sebagai pekerja seks melebihi 5 tahun dan pernah mengikuti programprogram di rumah perlindungan. Data dikumpul secara temubual mendalam dengan melibatkan pengkaji dan pekerja seks. Responden ditemubual oleh pengkaji sendiri dengan menggunakan temuduga separa berstruktur. Skrip temubual dibahagikan kepada lima bahagian utama iaitu latar belakang, pengetahuan dan penghayatan agama yang meliputi aspek akidah, ibadah, akhlak dan al-quran, pengalaman sebagai pekerja seks, serta perubahan sebelum dan selepas mengikuti programprogram di rumah perlindungan. Temubual mendalam ini dilakukan bagi membolehkan responden bebas berkongsi pengalaman hidup yang telah dilalui. Namun, dalam masa yang sama pengkaji akan memastikan agar perkongsian ini tetap terikat dengan skop kajian yang hendak dikaji. Data-data yang diperolehi kemudiannya telah dianalisis secara analisis kandungan bertema, 18 iaitu pengasingan data telah dilakukan berdasarkan kepada tema-tema yang timbul. Sejarah Perkembangan Pekerja Seks Sejarah telah membuktikan bahawa kerjaya pekerja seks dianggap sebagai profesion tertua di dunia dan sukar untuk menentukan bila kerjaya ini bermula. Al-Quran secara jelas menunjukkan kerjaya ini dalam kisah kaum Nabi Lut yang hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim. Pada waktu tersebut digambarkan penduduknya gemar dengan hubungan sejenis (homoseksual) secara terbuka. Walaupun telah dinasihati oleh Nabi Lut, kaumnya tetap ingkar dan akhirnya mendapat balasan daripada Allah berbentuk hujan batu yang panas daripada tanah terbakar. 19 18 Howitt & Cramer. (2008). Introduction to Research Methods in Psychology. Harlow: Pearson. hal 78. 19 Kisah Nabi Lut boleh didapati pada Surah al-anbiya 21:74-75 (amaran balasan melakukan hubungan sejenis secara terbuka); Surah al-syuara 26: 160-175 (Dialog Nabi Lut dan kaumnya dan akhirnya mereka ditimpa balasan hujan batu); Surah Hud 11: 77-83 (Kaum Luth meyukai hubungan sejenis dan balasan Allah dalam bentuk hujan batu dari tanah yg panas terbakar pada waktu subuh); Surah al-qamar 54: 33-39 (Amaran Nabi Luth kepada kaumnya namun tidak diendahkan akhirnya 33

Kerjaya pekerja seks didapati telah wujud di Melaka pada abad ke-16 lagi. 20 Ini dibuktikan oleh J.M Gullick bahawa pekerja seks wujud sebelum kedatangan British dan mereka memberi perkhidmatan seks kepada golongan atasan, pembesar, askar yang terdiri daripada golongan hamba, gundik, orang gaji dan dayang yang mengiringi pembesar dan raja. 21 Selain itu, wujud kerjaya pekerja seks di Tanah Melayu seperti di Pulau Pinang (1780) 22, Kuala Lumpur (1980) 23, Kelantan (1838) khususnya kawasan pelabuhan yang dikenali sebagai jalang. 24 Sementara dasar British yang menggalakkan rumah pelacuran pada tahun 1900-1927 tanpa sekatan 25 telah mewujudkan rumah pelacuran di Pudu, PetalingRoad dan High Street, 26 malah British juga telah memperkenalkan lesen operasi secara sah pada tahun 1927-1930 untuk pelacur kelas atasan. Kemasukan imigran asing ke Tanah Melayu dan ketidakseimbangan jantina penduduk makin merancakkan lagi kegiatan pekerja seks kerana mendapat permintaan mereka ditimpa balasan hujan batu pada subuh hari); Surah al-tahrim 66:10 (isteri nabi Luth bersekongkol dengan penduduk) 20 Mahani Musa. (1998). Kaum Wanita Di Zaman Kesultanan Melayu Melaka: Antara Batasan Tradisi Dan Realiti. Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya. No.6. hal.26. 21 J.M Gullick. (1970). Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal.166 22 Universiti Sains Malaysia. (1974). Prostitutes and Prositution in Malaya Between the 1980 s and 1930 s. Kajian Kes. Universiti Sains Malaysia. hal 1. 23 Moradila Abd. Moris. (2004). Perkembangan Pelacuran: Tumpuan Di Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah. Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya. 24 Abdullah Munshi Abdul Kadir. (1961). Kesah Pelayaran Abdullah. Singapura: Sidang Pengarang Malaya Publishing House LTD. hal 31-35; Ruslan bin Katib. (1966). Pelacuran Melayu di Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. hal.8. 25 Tan Lan Lan. (1989). Dasar-dasar Pemerintahan Inggeris Terhadap Pelacuran Di Tanah Melayu Pada Tahun 1930: Satu Penilaian. Latihan Ilmiah. Pusat Pengajian Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. hal.12. 26 (t.p) (1885). (SSF/691/85). Report of His Visiting the Pudu, Petaling High Street and the Fifthy State of the Brothels. 34

yang tinggi terhadap sektor ini. 27 Peranan kongsi gelap yang memberi perlindungan kepada pekerja seks 28 menyukarkan gejala ini dibendung sehingga menyebabkan aktiviti ini berterusan sehingga kini. Hasil Kajian dan Perbincangan Responden adalah terdiri daripada pekerja seks yang berumur di antara 35 hingga 55 tahun. Semua responden adalah berbangsa Melayu dan mendapat didikan sehingga darjah enam serta memiliki lebih daripada tiga orang anak. Dua responden telah berpisah dengan pasangan masing-masing, manakala seorang lagi masih berstatus isteri. Dua responden memiliki cucu, dua responden terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan seorang responden merupakan pembawa penyakit HIV positif. Responden mempunyai alasan sendiri mengenai penglibatan mereka dalam pekerjaan ini, antaranya dijual suami, lari dari rumah, mangsa penderaan rumahtangga, sukar mendapat pekerjaan tetap dan tidak sengaja terjebak dalam dunia pekerja seks. Kesemua responden pernah mengikuti program keagamaan di rumah perlindungan di kawasan Chow Kit selama setahun. Penglibatan mereka dalam program keagamaan tidak secara mingguan, seorang mengikut program bulanan dan seorang mengikut program jika mempunyai kesempatan. Ini disebabkan jadual kerja mereka yang tidak menentu dan lain-lain perkara. Semua responden terlibat dengan pekerjaan seks melebihi lima tahun, iaitu; seorang responden terlibat selama 9 tahun dan dua responden lagi selama 20 tahun. Hasil daripada pemerhatian dan temubual terhadap responden mengenai tahap pengetahuan dan penghayatan mengenai agama, penulis membahagikan pengetahuan agama responden kepada akidah, ibadah, akhlak dan al-quran. Pengetahuan agama ini diambil berdasarkan silibus kelas agama yang diikuti dan dijalankan oleh rumah perlindungan. 27 Nurul Asnida Abu Bakar. (2010). Kegitan Pelacuran di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, 1896-1930. Disertasi Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya. hal.15. 28 Ang Saw Yee. (1998/99). Kongsi Gelap Cina Dan Selangor Sejarah Awal Hingga Tahun 1990. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya. hal.xx. 35

i. Pengetahuan dan penghayatan akidah Dalam tajuk akidah, responden didedahkan mengenai asas rukun Islam dan rukun iman. Mereka dijelaskan maksud syahadah, keperluan iman dalam kehidupan manusia, siapa dan peranan malaikat dalam kehidupan dan kepentingan iman sebagai panduan kehidupan di dunia dan di akhirat (Surah al-mu minun (23):1-11). Objektif pembelajaran akidah ini diharapkan dapat mendidik responden kembali mengingati kepada Tuhan-Nya dan tidak lagi terlibat dengan pekerjaan seks. Hasil daripada temubual terhadap semua responden, mereka sukar meninggalkan pekerjaan ini kerana sukar mencari kerja lain, walaupun mereka tahu Tuhan itu Maha melihat. Dua responden tidak peduli soal kematian, siksaan kubur dan balasan di alam barzah kelak. Seorang responden pernah terfikir menunaikan haji manakala dua responden menyatakan mereka tidak layak menjadi tetamu Allah. Berikut merupakan luahan responden berkenaan akidah,..saya tahu Tuhan tu ada, memang dia nampak kut..(termenung) tapi tulah mana nak cari duit. Tak de duit mana nak makan, minum, tukar baju lagi, nak beli metadon lagi semua tu duitla dik...cakap senang la sebab dik tak rasa pun emm soal mati tu tak larat nak pikir lantaklah kubur masingmasing 29 saya ni tak layak lah nak pergi sana (haji) tu. Duit pun takde. Ermmmmm..kak haji tu wajib ke? 30 Seterusnya, apabila dijelaskan iman sebagai benteng pertahan diri kerana iman yang mantap menjadikan individu tersebut takutkan Allah melebihi segala-galanya. Malah responden turut diterangkan keyakinan kepada Allah SWT dan menyedarkan mereka bahawa iman 29 Responden A, Amelina (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual bersama penulis pada 20 Julai 2014. 30 Responden B, Nurliza (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual bersama penulis pada 22 Jun 2014. 36

merupakan benteng penghalang manusia daripada melakukan maksiat. 31 Berikut respon daripada perkara tersebut;.saya ni kalau tak fikir umur..lama dah saya selak kain semula tau.. 32 entahla dik sampai bila nak jadi gini, tahu Tuhan tu tak payah tanya lagi 33 Berdasarkan pengakuan responden di atas menunjukkan bahawa mereka masih tidak rasa kebertuhanan (God-consciousness) dalam diri mereka, dan tidak timbul keyakinan wujudnya sesuatu yang maha berkuasa di luar diri mereka sehingga mereka masih kekal dengan pekerjaan lama. Akidah memberi pengaruh yang signifikan terhadap kehidupan dan sikap individu itu sendiri. 34 Ini dibuktikan dengan kajian Khairul Hamimah (2006) mendapati bahawa kefahaman akidah yang lemah menyebabkan individu terlibat dengan masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, sumbang mahram, mencuri dan sebagainya. 35 ii. Pengetahuan dan penghayatan ibadah Responden mempelajari tajuk solat dalam kelas ibadah. Mereka diterangkan tentang rukun solat, syarat sah solat, perkara yang membatalkan solat, perbuatan dalam solat, jumlah solat fardu dan kewajipan menunaikannya. Mereka dijelaskan juga tentang solat sunat, solat ketika uzur dan solat berjemaah. Semua responden menyatakan bahawa mereka tidak menunaikan solat kerana tidak ada keinginan untuk menunaikannya. Responden juga tidak mengingati 31 Surah Taha: 14. 32 Responden C, Kak Munah (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual bersama penulis pada 1 Jun 2014. 33 Responden A, Amelina (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual bersama penulis pada 20 Julai 2014. 34 Ahmad Munawar Ismail. (2012). Aqidah as a Basis of Social Tolerance: The Malaysian Experience. International Journal of Islamic Thought. Vol. 1. hal.1. 35 Khairul Hamimah Mohamad Jodi. (2006). Masalah Akhlak dan Hubungannya Dengan Akidah di Kalangan Pelajar Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) Cawangan Kuala Lumpur. Disertasi Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. hal. 130. 37

niat, bacaan, bilangan rakaat, rukun solat dan tidak mengetahui caracara solat ketika sakit dan perkara sunat berkaitan solat. Walaupun di rumah perlindungan tersebut ada menunaikan solat berjemaah selepas habis kelas pengajian, penulis melihat ketiga-tiga responden ini tidak menunaikannya. Solat mengandungi zikir yang dibaca dengan khusyuk mampu mendamaikan hati 36 ketika berhadapan dengan pelbagai situasi. 37 Solat juga merupakan terapi psikologi yang membantu jiwa menjadi lebih tenang dan menghilangkan tekanan perasaan yang disebabkan oleh pelbagai masalah dalam kehidupan. 38 Selain itu solat berupaya mengurangkan tekanan darah, menghilangkan stress dan mampu menghalang individu daripada berkelakuan keji. 39 Malah, menunaikan solat menghasilkan keadaan tenang dalam otak manusia, justeru solat amat baik untuk mengekalkan tahap kesihatan, kestabilan mental dan emosi seseorang. 40 Dalam situasi ini sewajarnya pekerja seks ini perlu menunaikan solat untuk ketenangan jiwa dan mendapatkan keampunan daripada Allah SWT. 41 Hasil daripada temubual pemerhatian yang dilakukan jelas tahap pengetahuan dan penghayatan responden sangat lemah dan tidak berkeinginan untuk belajar semula cara menunaikan solat. Ini dibuktikan oleh responden: sembahyang ke..mmm buat masa ni rasa takde nak buat..entahla takde nak buat pun.. 42 36 Danial Zainal Abidin. (2009). Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn Bhd., hal.50. 37 Al-Krenawi & Graham, JR. (2000). Islamic Theology and Prayer-Relevance for Social Work Practice. International Social Work. Vol. 43. Issue 3. hal.289. 38 Nor Azah Abdul Aziz. (2011). Kaedah Menangani Stress Dengan Solat. Journal of Islamic and Arabic Education. 3 (2). hal.6. 39 Fazilah Idris et al. (2012). Influence of Ritual Behavior on Religious Delinquent Behavior among Youth: A Path Analysis Approach. Procedia Social and Behavioral Sciences. Vol. 59, hal. 51; Lihat juga Surah al-ankabut :45. 40 Fatimah Ibrahim et al. (2008). Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hal.3. 41 Surah al-baqarah :153. 42 Responden A, Amelina (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual bersama penulis pada 19 Julai 2014. 38

lama dah tinggal oiiii!!..niat pun tak ingat, baca pun tak reti (sambil ketawa) takde rasa apalah, betul tak de rasa apa-apa (apabila ditanya perasaannya meninggalkan solat) 43 iii. Pengetahuan dan penghayatan akhlak Dalam kelas akhlak, responden dijelaskan sifat sabar, taubat, takut akan Allah, tidak tamak, menjaga adab dalam pergaulan, memelihara aurat, bahaya zina dan menjauhi dadah. Tajuk tersebut diajar kerana ia berkaitan dengan jenayah yang mereka lakukan sehingga kini. Ini kerana dua daripada responden terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Terdapat juga pekerja seks yang terlibat lebih daripada tiga jenayah iaitu mengedar/mengambil dadah, melacur, pembawa HIV positif dan lesbian. Justeru dalam kelas akhlak, topik takutkan Allah diberi penekanan untuk memberi kesedaran dan memantapkan keyakinan terhadap balasan yang bakal diterima oleh mereka di akhirat nanti. Kelas akhlak ini diharapkan mampu membangunkan insan umumnya dan pekerja seks khususnya secara menyeluruh dengan memperkasa identiti dan jati diri mereka melalui Tauhid, meningkatkan ilmu pengetahuan dan memperkasa moral. 44 Malah, akhlak itu bermula daripada intipati tauhid kepada Allah demi melahirkan generasi yang mulia, mempunyai ketahan diri (mental dan fizikal) dan berupaya menghadapi cabaran hidup. 45 Realitinya kepentingan pendidikan akhlak telah diakui oleh semua masyarakat sepanjang sejarah sejak zaman Greek sehingga kini. Hasil daripada temubual dan pemerhatian mendapati akhlak pekerja seks ini masih tidak berubah. Ini dibuktikan mereka tidak mahu mencari pekerjaan lain, kembali kepada dunia pekerjaan seks walaupun telah memasuki penjara beberapa kali, sukar untuk melepaskan gian dadah dan pelacuran dalam kehidupan. Seorang 43 Responden C, Kak Munah (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual bersama penulis pada 1 Jun 2014. 44 Khalif Muammar, (2009). Faktor Kegemilangan Tamadun Islam: Pengajaran Dari Masa Lalu. Jurnal Islam Hadhari. Bil. 2. hal. 15. 45 Asmawati Suhid. (2005). Kerelevanan Pendidikan Nilai dan Agama dalam Pembentukan Masyarakat Madani. Jurnal Pendidikan Islam. Jil. 11 (2). hal. 69-82. 39

pekerja seks mengakui telah pulang ke kampung halaman dan berjaya menjauhi dadah selama empat tahun, namun dia kembali semula ke Kuala Lumpur kerana tidak mampu melupakan dadah dan seks. Ini dijelaskan oleh responden A: Pernah balik kampung dulu..tengok anak, cucu. Masa tu saya nak berubah. Lama juga duk kampung, tak ambik dadah, tak langgan orang pun tapi sekarang kat sini (Chow Kit) balik. Susahla dik nak lupa benda-benda ni.. 46 Pemerhatian penulis pada malam hari mendapati seorang pekerja seks menjalankan urus niga bersama pelanggan, sedangkan pada waktu petang hari yang sama, pekerja seks tersebut menghadiri program keagamaan yang dijalankan oleh pusat perlindungan. 47 Jelas di sini penghayatan responden terhadap akhlak masih lagi lemah. iv. Pengetahuan dan penghayatan al-quran Kelas pengajian tajwid, Iqra dan al-quran di adakan pada seminggu sekali. Untuk permulaan pekerja seks didedahkan dengan asas tajwid yang mudah seperti sebutan huruf hijaiyyah dan mad asli. Tujuann bagi membolehkan mereka membaca Iqra yang lebih baik. Kaedah ini bertepatan dengan peringatan Allah SWT yang menghendaki manusia mempelajari al-quran secara beransur-ansur serta membaca ayat-ayat yang paling mudah terlebih dahulu supaya ia mudah difahami dan dihayati. Seterusnya pekerja seks akan membaca Iqra mengikut tahap pengetahuan mereka. Majoriti tahap bacaan Iqra pekerja seks yang menghadiri kelas ini berada di tahap paling rendah iaitu Iqra 1. Ini termasuklah tiga responden yang bersetuju menjadi bahan kajian penulisan ini. Tujuan diadakan kelas mengaji ini agar mereka 46 Responden A, Amelina (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual bersama penulis pada 19 Julai 2014 47 Hasil observasi penulis pada waktu malam dari 10-21 Ogos 2014 pada jam 12.00pm bersama Kak Ida yang merupakan pemilik rumah perlindungan untuk membantu pekerja seks dan gelandangan di Chow Kit. 40

berupaya mengenal huruf dan mampu membaca Iqra dengan baik. Berikut merupakan temubual penulis dengan beberapa orang responden berkaitan dengan bacaan Iqra:.memang makcik tak tahu langsung membaca jawi ini. Membaca rumi bolehla sikit. Dulu-dulu pernah la baca..hmmm..masa kecik rasanya (sambil berfikir). Itu pun dah baca banyak kali cuba..ulang-ulang pun, tak ingatlah, masih salah jugak. Dah berumur ni..tapi tak tua tau (sambil ketawa), susah la nak ingat sebutan, otak tak jalan 48..minta maafla kak, saya tak tahu mengaji saya ikut kelas ni pun tak faham.. 49.apa?? mengaji? Jawi pun tak lepas, ni la belaja balik, nak paham... 50 Daripada temubual di atas, dapat disimpulkan bahawa tahap pengetahuan asas jawi/iqra mereka adalah tidak memuaskan dan lemah. Kebolehan membaca jawi amat penting bagi membaca buku berkaitan agama khususnya berkaitan dengan solat. Ini kerana bukubuku tersebut mengandungi bacaan doa, niat yang kebanyakannya ditulis dalam tulisan jawi. Kajian yang dilakukan oleh Nik Rosila Nik Yaacob 51 mendapati hubungan yang signifikan antara penguasaan 48 Responden C, Kak Munah (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual bersama penulis pada 1 Jun 2014. 49 Responden B, Nurliza (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual bersama penulis pada 21 Jun 2014. 50 Responden A, Amelina (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual bersama penulis pada 19 Julai 2014. 51 Nik Rosila Nik Yaacob (2007), Penguasaan Jawi Dan Hubungannya Dengan Minat Dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam, Jurnal Pendidik Dan Pendidikan. Jil 22. Jurnal diakses melalui Google Scholar: 41

bacaan jawi memberi kesan terhadap minat kepada bahan bacaan pendidikan Islam. Individu yang tidak dapat menguasai bacaan dan tulisan jawi akan semakin ketinggalan dalam memahami ilmu pendidikan Islam. Ini secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan bacaan dalam solat yang mana buku-buku berkaitan dengan solat banyak meletakkan doa-doa dan niat yang ditulis dalam jawi. Persoalannya ialah bagaimana mahu melakukan solat fardu atau sunat sekiranya doa, niat dan bacaannya tidak dapat dibaca dan difahami dengan baik? Peranan Dakwah Terhadap Golongan Pekerja Seks di Kuala Lumpur Dakwah berperanan penting untuk mengajak pekerja seks ke arah kebaikan dan meninggalkan segala perbuatan yang dilarang. Lebihlebih lagi responden yang terlibat ini adalah daripada wanita Melayu yang beragama Islam. Kajian mendapati, kebanyakan pekerja seks adalah mempunyai tahap pengetahuan agama yang lemah, bukan sahaja penganut Islam, malah kajian mengenai pelacur dalam kalangan penganut agama Hindu mendapati 90 peratus yang terlibat mempunyai pengetahuan agama yang lemah. 52 Peranan dakwah amat penting untuk mengajak dan memimpin individu lain kepada jalan Allah oleh pendakwah kepada mad unya (sasaran) dengan maksud segala perlakuan dan tindakannya akan mendapat keredhaan daripada Allah. Ajakan itu seterusnya membawa kepada kesejahteraan hidup mad u. 53 Oleh itu, segala usaha yang berupa ajakan ke arah kesejahteraan dan kebahagian pekerja seks dengan berteraskan Islam adalah dianggap sebagai berdakwah. Dakwah mempunyai peranan yang penting untuk mengubah sikap pekerja seks di Kuala Lumpur ke arah kehidupan yang lebih mulia. Walaupun sikap seseorang boleh dipengaruhi, namun mengubah sikap bukanlah suatu perkara yang mudah. Menurut Fariza, satu pendekatan untuk mempengaruhi sikap ialah melalui pendekatan http://web.usm.my/education/publication/jpp%20nik%20rosila%20art%2010%20 %28161-172%29.pdf, 24/6/2015. 52 Saraswathy a/p Veloo. op.cit. hal. 39. 53 Ali Abd al-halim Mahmud. (1992). Fiqh al-dakwah al-fardiyah. Dar al- Wafa. hal.25. 42

psikologi. 54 Dalam konteks ini, pendakwah perlu menguasai kemahiran psikologi tertentu yang bersesuaian untuk menyampaikan dakwah yang berkesan kepada golongan pekerja seks. Antaranya ialah: i. Kemahiran berkomunikasi dan membina hubungan yang baik dengan pekerja seks Untuk membina kemahiran komunikasi dan hubungan yang baik dengan pekerja seks, pendakwah perlu mengetahui psikologi pekerja seks seperti emosi, akal, moral dan sosial mereka. Apabila kemahiran komunikasi dan hubungan baik antara pendakwah dan pekerja seks telah terjalin, maka mudah bagi pendakwah untuk memahami sebab mereka terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Pendakwah juga dapat menentukan pendekatan dan langkah-langkah dakwah yang bersesuaian dengan mereka. Muhammad al-ghazali menjelaskan dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka. 55 ii. Kemahiran memahami emosi pekerja seks Emosi merupakan suatu keadaan yang kompleks dalam diri manusia. Pelbagai bentuk emosi manusia banyak digambarkan oleh al-quran seperti emosi takut, 56 emosi marah, 57 emosi sedih atau berdukacita, 58 emosi benci, 59 emosi cinta dan kasih sayang 60 dan sebagainya. Kesemua emosi ini akan dirasai oleh manusia hasil tindak balas daripada suatu keadaan atau peristiwa tertentu yang dialami dalam kehidupannya. 54 Fariza Md Sham. (2015). Kemahiran Psikologi Dakwah kepada Golongan Remaja.Al-Hikmah. 7(1). hal.96. 55 Muhammad al-ghazali. (1981). Ma a Allah. Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi. hal.17. 56 Surah al-an am:15, al-zumar:14 57 Surah Ali- Imran:134 58 Surah Yusuf:86, Surah al-qasas:13 59 Surah al-baqarah:216, Surah al-taubah:54 60 Surah al-a raf:188; Surah al- Adiyat:8; Surah al-hisr:9 43

Kebanyakan pekerja seks mempunyai alasan sendiri mengenai penglibatan mereka dalam pekerjaan ini. Bagi pekerja seks yang terlibat secara sukarela, mereka mempunyai emosi yang yang bersedia dengan kehadiran pelbagai risiko yang bakal mereka tempuh dan sanggup menerimanya dengan hati terbuka. Tetapi bagi setengah pekerja seks yang tidak sengaja terjebak dalam dunia pekerja seks atau terlibat secara dipaksa disebabkan oleh dijual suami, lari dari rumah dan mangsa penderaan rumahtangga kebanyakannya sukar menyesuaikan dengan perubahan tersebut. Mereka akan menunjukkan gangguan psikologi pada diri seperti perubahan emosi, tekanan, kebimbangan dan kerisauan terutama yang berkaitan risiko yang akan dihadapi seperti penyakit dan sebagainya. Dakwah terhadap pekerja seks dilakukan secara berencana bergantung kepada tahap emosi yang mereka alami. Menurut Ariffin, dakwah merupakan sebagai suatu kegiatan mengajak manusia dalam bentuk lisan yang dilakukan secara sedar dan berencana dalam usaha mengajak orang lain, sama ada secara individu atau kelompok supaya timbul dalam diri suatu pengertian, kesedaran, sikap, penghayatan serta pengalaman terhadap ajaran yang disampaikan kepada mereka dengan menolak unsur-unsur paksaan. 61 Berdasarkan definisi ini, terdapat beberapa elemen yang mempunyai hubungan rapat dengan peranan dakwah terhadap pekerja seks iaitu: Berlakunya kegiatan ajakan dalam proses ini yang melibatkan pendakwah dan pekerja seks. Adanya suatu bentuk tertentu dalam kegiatan ini sama ada melalui lisan, tulisan dan tingkahlaku. Kegiatan tersebut dilakukan secara sedar dan berencana. Kegiatan tersebut dilakukan untuk mempengaruhi pekerja seks secara sukarela. Bertujuan untuk menimbulkan kesedaran, penghayatan dan perubahan diri pekerja seks ke arah kehidupan yang diredhai oleh Allah S.W.T. Ia dilakukan tanpa adanya unsur-unsur paksaan terhadap pekerja seks. 61 H.M. Ariffin. (1991). Psikologi Dakwah Suatu Pengantar Studi. Jakarta. hal. 6. 44

Berdasarkan kepada elemen-elemen di atas, dakwah yang berkesan merupakan salah satu cara untuk mempengaruhi pekerja seks ke arah ketenangan hati dan penjernihan jiwa. Ketenangan hati daripada kegelisahan dan penyakit hati dapat diubati dengan memantapkan keimanan seseorang kepada Allah S.W.T.Kemuliaan dan kehinaan martabat seseorang manusia adalah dinilai daripada hubungannya dengan Allah S.W.T., hubungannya dengan sesama manusia, pelaksanaan tanggungjawabnya sebagai khalifah di atas muka bumi dan kesedarannya terhadap matlamat dan tujuan kehidupannya. Di dalam menangani masalah kegelisahan, dakwah melalui pendekatan Islam melihat seseorang individu daripada sudut fizikal dan spiritual sekaligus dan bukannya mengasingasingkannya. 62 Antara tugas dakwah adalah menyuruh (al-amru) melaksanakan apa yang disukai Allah dan rasul-nya akan perkara yang wajib dan sunat, zahir dan batin. Tugas dakwah juga terdiri daripada menegah (an-nahyu) segala larangan Allah dan rasul-nya sama ada zahir atau batin. Tidak sempurna dakwah kiranya tidak ke arah melaksanakan apa yang dikehendaki Allah dan meninggalkan apa yang tidak disukai-nya, sama ada dari perkataan atau perbuatan zahir. 63 Hal ini selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang yang beruntung". 64 Pendekatan dalam berdakwah adalah berasaskan manhaj Rabbani yang berpandukan al - Qur'an, sebagai sumber paling berautoriti diikuti sabda Rasulullah S.A.W dan ijmak ulama dan qias yang menjadi panduan utama yang perlu dirujuk oleh setiap Muslim. 62 Hairunnaja Najmuddin. (2002). Psikologi Ketenangan Hati. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. hal. 61-62. 63 Abu 'Urwah. (1999). Konsep-konsep Umum Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. hal: 124. 64 Surah Ali-Imran:104 45

Di dalamnya, Allah S.W.T menggariskan uslub dakwah dengan jelas dan terang iaitu: "Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk." 65 Rumusan Penglibatan masyarakat sebagai pekerja seks di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur dan kawasan lain di Malaysia mempunyai modus operandi yang sama iaitu untuk mendapat pulangan wang yang lumayan, pendapatan sampingan dan sebagainya. Kegiatan ini telah lama wujud dan amat sukar dibendung kerana terdapat permintaan dari orang tengah seperti hotel, kelab malam, spa, pusat kesihatan, salon, pusat kesihatan (urut), dan pusat snooker. Tempat-tempat ini merupakan antara premis yang membuka laluan untuk kegiatan melanggan pelacuran dan pekerja seks, walaupun tidak semua premis menjalankan perniagaan terkutuk ini. Selain itu, promosi pelacuran ini dijalankan melalui iklan di internet, akhbar harian, pemandu teksi, dan broker di jalanan khususnya di tempat tumpuan ramai pada sebelah malam. Mereka yang terlibat dengan perniagaan pelacuran ini mengutip keuntungan yang tinggi setiap hari. Perniagaan mereka ini pastinya terlepas daripada cukai pendapatan yang dikutip jabatan hasil dalam negeri. Hasil kajian yang dilakukan terhadap pekerja seks di Chow Kit memperlihatkan kebanyakan yang terlibat dalam kegiatan ini mempunyai tahap pengetahuan dan penghayatan agama yang rendah. 65 Surah al-nahl: 125 46

Jadi tidak hairanlah jika mereka masih lagi meneruskan kegiatan ini walaupun umur sudah semakin tua. Justeru, bagi membendung gejala ini, dakwah terhadap golongan pekerja seks amat perlu dilakukan secara konsisten oleh pihak kerajaan, NGO dan individu. Pekerja seks bukan sahaja menawarkan perkhidmatan seks, malah ada yang terlibat dengan jenayah dan gejala sosial lain seperti dadah dan sebagainya. Proses dakwah terhadap golongan ini perlu mengambilkira kepentingan aspek agama, akal, keturunan, nyawa dan harta supaya segala kemungkaran dan keburukan dalam masyarakat dapat dikurangkan dan dihapuskan secara berperingkat. Rujukan Al-Quran Abdul Hadi Zakaria. (1978). Pelacuran Sukarela Sebagai Women Liberation. Manusia dan Masyarakat. Jilid 1. Universiti Malaya: Jabatan Antropologi dan Sosiologi. Abdul Hadi Zakaria. (1980). Pelacur dan Pelacuran di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. Abdullah Munshi Abdul Kadir. (1961). Kesah Pelayaran Abdullah. Singapura: Sidang Pengarang Malaya Publishing House LTD. Abu 'Urwah. (1999). Konsep-konsep Umum Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Ahmad Munawar Ismail. (2012). Aqidah as a Basis of Social Tolerance: The Malaysian Experience. International Journal of Islamic Thought. Vol. 1. Al-Krenawi & Graham, JR. (2000). Islamic Theology and Prayer- Relevance for Social Work Practice. International Social Work. Vol. 43. Issue 3. Ali Abd al-halim Mahmud. (1992). Fiqh al-dakwah al-fardiyah. Dar al- Wafa. Ang Saw Yee. (1998/99). Kongsi Gelap Cina Dan Selangor Sejarah Awal Hingga Tahun 1990. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Ares & Norhalim Ibrahim. (1992). Pelacur Oh Pelacur: Satu Analisis. Kajang: Masa Enterprise. A.S. Mathur dan B.L.Gupta. (1965). Prostitute and Prostitution. Agra (India): Asia Press. 47

Asmawati Suhid. (2005). Kerelevanan Pendidikan Nilai dan Agama dalam Pembentukan Masyarakat Madani. Jurnal Pendidikan Islam. Jil. 11 (2). Danial Zainal Abidin. (2009). Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn Bhd. David L. Sills. (t.t). International Encyclopedia of the Social Sciences. Vol.12. The Macmillan Company and the Free Press. Fariza Md Sham. (2015). Kemahiran Psikologi Dakwah kepada Golongan Remaja. Al-Hikmah. 7(1). Fatimah Ibrahim et al. (2008). Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Fazilah Idris et al. (2012). Influence of Ritual Behavior on Religious Delinquent Behavior among Youth: A Path Analysis Approach. Procedia Social and Behavioral Sciences. Vol. 59. Hairunnaja Najmuddin (2002). Psikologi Ketenangan Hati. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. H.M. Ariffin. (1991). Psikologi Dakwah Suatu Pengantar Studi. Jakarta. Howitt & Cramer. (2008). Introduction to Research Methods in Psychology. Harlow: Pearson. Laman sesawang Dictionary Merriam Webster: (http://www.merriam-webster.com/dictionary/sex%20worker). Diakses pada 1 Ogos 2015. Laman sesawang World Health Organization (www.who.int/hiv/topics/vct/sw_toolkit/115solution.pdf). Diakses pada 1 Ogos 2015. Laman sesawang Urban Dictionary (http://www.urbandictionary.com/define.php?term=sex%20wo rker). Diakses pada 1 Ogos 2015. J.M Gullick. (1970). Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Joseph Julian. (1973). Social Problems: Sexual Devience. New York: Meredith Corp. Kamus Dewan. (2005). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dwibahasa. (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 48

Khairul Hamimah Mohamad Jodi. (2006). Masalah Akhlak dan Hubungannya Dengan Akidah di Kalangan Pelajar Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) Cawangan Kuala Lumpur. Disertasi Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Khalif Muammar, (2009). Faktor Kegemilangan Tamadun Islam: Pengajaran Dari Masa Lalu. Jurnal Islam Hadhari. Bil. 2. Mahani Musa. (1998). Kaum Wanita Di Zaman Kesultanan Melayu Melaka: Antara Batasan Tradisi Dan Realiti. Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya. No.6. Moradila Abd. Moris. (2004). Perkembangan Pelacuran: Tumpuan Di Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah. Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Muhammad al-ghazali. (1981). Ma a Allah. Beirut: Dar Ihya al- Turath al- Arabi. Nik Rosila Nik Yaacob (2007), Penguasaan Jawi Dan Hubungannya Dengan Minat Dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam, Jurnal Pendidik Dan Pendidikan. Jil 22. Jurnal di akses melalui Google Scholar: http://web.usm.my/education/publication/jpp%20nik%20rosila %20art%2010%20%28161-172%29.pdf. Diakses pada 24 Jun 2015. Nor Azah Abdul Aziz. (2011). Kaedah Menangani Stress Dengan Solat. Journal of Islamic and Arabic Education. 3 (2). Nurul Asnida Abu Bakar. (2010). Kegitan Pelacuran di Negerinegeri Melayu Bersekutu, 1896-1930. Disertasi Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Observasi penulis bersama Kak Ida yang merupakan pemilik rumah perlindungan untuk membantu pekerja seks dan gelandangan di Chow Kit pada waktu malam dari 10-21 Ogos 2014 pada jam 12.00 pm. Ruslan bin Katib. (1966). Pelacuran Melayu di Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Saraswathy a/p Veloo. (1997). Pelacuran di Kalangan Masyarakat India di Malaysia: Satu Kajian di Lembah Klang. Latihan Ilmiah (B.A.). Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. 49

Shyamala Nagaraj dan Siti Rohani Yahya. (1995). The Sex Sector and An Unenumerated Economy. Serdang: UPM. Tan Lan Lan. (1989). Dasar-dasar Pemerintahan Inggeris Terhadap Pelacuran Di Tanah Melayu Pada Tahun 1930: Satu Penilaian. Latihan Ilmiah. Pusat Pengajian Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Temubual bersama Responden A, Amelina (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual bersama penulis pada 20 Julai 2014. Temubual bersama Responden B, Nurliza (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual bersama penulis pada 22 Jun 2014. Temubual bersama Responden C, Kak Munah (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual bersama penulis pada 1 Jun 2014. (t.p). (2006). Akta kanak-kanak 2001. Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia. (t.p) (1885). (SSF/691/85). Report of His Visiting the Pudu, Petaling High Street and the Fifthy State of the Brothels. Universiti Sains Malaysia. (1974). Prostitutes and Prositution in Malaya Between the 1980 s and 1930 s. Kajian Kes. Universiti Sains Malaysia. Vern Bullough & Bonnie Bullough. (1987). Women and Prostitution: A women History. New York: Prometheus Books. Yusran Yusup. (1995). Pelacuran Indonesia dan Filipina di Tawau, Sabah: Satu Kajian Perbandingan. Latihan Ilmiah (B.A.). Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. 50

DAKWAH KOMUNITI KEMBOJA DI KAMPUNG BELUKAR KELANTAN Dr Badlihisham Mohd Nasir 1, Dr Nor Raudah Hj Siren 2, Masitoh Mahasan Pengenalan Sejak dahulu lagi perkembangan dakwah telah menghubungkan secara langsung negara Kampuchea dan Malaysia. Terdapat teori yang mendakwa bahawa Islam pada asalnya dikembangkan ke Tanah Melayu oleh mubaligh China menerusi Kemboja. Laluan sejarah yang berbeza akhirnya menenggelamkan jalinan dakwah yang sedia wujud sejak sekian lama itu. Namun jalinan dakwah yang sedia ada itu bertaut kembali setelah berlakunya penindasan Komunis di Kemboja, di mana Malaysia khususnya negeri Kelantan menjadi tumpuan umat Islam dari negara itu menyelamatkan diri. Kesempatan berada di Tanah Melayu ini bukan sahaja digunakan bagi mengukuhkan hubungan kekeluargaan yang sedia terjalin, memperbaiki status sosial-ekonomi tetapi juga dimanfaatkan bagi perkembangan Islam. Kedatangan mereka yang membentuk komuniti Kemboja di beberapa buah kampung di Kelantan bukan sahaja membentuk fenomena baru bahkan turut sama menggerakkan dakwah di lokasi terlibat justeru Islam yang menjadi anutan komuniti itu kini dapat diamalkan dengan lebih teratur berbanding dengan kekangan Komunis di negara sendiri. Dakwah dalam amalan komuniti ini bukan sahaja melibatkan kegiatan yang bersifat individu dan ritual tetapi meluas sehingga mampu menubuhkan beberapa institusi yang berperanan memajukan lagi komuniti berkenaan dalam pelbagai bidang yang diceburi. Perkembangan ini memberi gambaran bahawa komuniti Kemboja bukan sahaja mampu menjaga identitinya sebagai umat Islam yang patuh kepada agama tetapi juga memberi isyarat bahawa mereka sebenarnya mempunyai peranan yang sangat penting dalam pembangunan dakwah semasa. Artikel ini menyorot sejarah 1 Profesor, Fakulti Ketamadunan Islam, Universiti Teknologi Malaysia 2 Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 51

kedatangan komuniti Kemboja Kelantan, khususnya di Kampung Belukar dan menghuraikan dakwah mereka di kampung berkenaan. Sejarah Kedatangan dan Penempatan Komuniti Kemboja di Kelantan dan Kampung Belukar Sejarah hubungan di antara Campa dengan Alam Melayu khususnya negeri Kelantan sangat erat. Ia dapat dibuktikan melalui perkaraperkara seperti banyaknya toponym atau peninggalan Kelantan yang berhubung dengan Campa seperti Kampung Chepa, Gong Chepa dan sebagainya, wujudnya pertalian darah di antara Raja Kelantan dengan seorang Tengku Mahkota Campa (Raja Po Rome) dan kecenderungan orang Cam untuk merantau ke Kelantan apabila mereka menghadapi kesulitan di negara mereka selepas perang di Kemboja dan menetap di sini sehingga kini. (Nik Mohamed 1989: 26). Latarbelakang ini dapat dijadikan panduan dalam menerangkan tahap kedatangan komunti Kemboja di Kelantan yang umumnya boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu period sebelum, semasa dan selepas perang (1975-1979). Penghijrahan awal orang Kemboja ke Kelantan dikesan berlaku selepas kekalahan besar di dalam peperangan dengan Vietnam dalam abad ke 18 dan 19 Masihi. Mereka berpindah dengan kapal-kapal dan perahu menuju ke Pantai Timur Semenanjung seperti Patani, Kelantan, Terengganu dan Johor. Ada yang terus menjadi rakyat negara ini dan ada pula yang pulang ke tanah air mereka semula apabila keadaan berubah atau dengan kata lain menuju ke Kemboja untuk meneruskan perjuangan menebus kembali negara mereka yang terjajah itu dengan melancarkan serangan dari sempadan Kemboja. (Nik Mohamed 1989: 8) Hubungan tradisi yang sedia terjalin di antara Kelantan dan Kemboja telah menyediakan ruang bagi kedatangan orang Kemboja ke Kelantan khususnya bagi menuntut ilmu di negeri Serambi Mekah itu. Selain daripada institusi pondok, beberapa pusat pengajian rasmi kerajaan seperti Sekolah Menengah Banggol Kulim, Rantau Panjang dan sekolah Maahad Muhammadi Kota Bharu dan ke Nilam Puri juga menjadi tempat orang Kemboja menuntut ilmu. Hal ini kerana Kelantan sudah di kenali di Kemboja lagi iaitu terkenal sebagai pusat ilmu agama Islam secara meluas di Kemboja serta buku-buku agama adalah berpunca dari hasil usaha oleh para alim ulamak dari Kelantan. 52

Terdapat ramai juga di kalangan alim ulamak tersebut yang meninggal dunia di Kemboja dan di kuburkan di sana. (Ali Yusuf : 2001) Peperangan yang berlaku justeru penguasaan Komunis di bawah pimpinan Pol Pot telah mengubah matlamat kedatangan orang Kemboja kepada faktor meyelamatkan diri dari kekejaman di negara Khmer itu. Umat Islam, terutamanya yang berada di kawasan Pol-pot telah ditangkap, dipenjarakan diseksa dan dibunuh dengan kejam (Salleh Musa, 2001). Suara azan tidak lagi berkumandang di masjidmasjid sebaliknya masjid-masjid ini di bakar dan orang Islam disiksa dan di bunuh setiap hari. Sebelum jatuh ke tangan komunis awal tahun 1975, orang Islam di Kemboja berjumlah lebih kurang tujuh ratus ribu orang, satu ratus empat puluh buah masjid dan beratus sekolah agama dengan beribu-ribu orang murid. Dengan kekurangan pemimpin (ketua-ketua Islam seperi qadhi, ustaz, imam dan lain-lain lagi), adalah sukar bagi orang Islam untuk hidup sebagai sebuah masyarakat yang bersatu dan teratur seperti dahulu. (Suara PERKIM, 1990: 8-9) Sejurus kejatuhan ke tangan Komunis pada Mac 1975, orang Kemboja seramai lebih kurang seribu orang telah melarikan diri ke negara jiran dengan menaiki kapal laut. Di Thailand terdapat ahli jawatankuasa khusus untuk menguruskan masalah pelarian, serta mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Sikap positif ini mendorong lebih ramai orang Kemboja ke Malaysia di mana Kelantan telah dipilih sebagai negara perlindungan yang utama. (Nik Mohamed 1989: 6). Pada Jun 1975, orang Kemboja lebih kurang empat ratus orang telah di bawa masuk oleh Haji Abdul Majid (seorang rakyat Kemboja yang mendapat kerakyatan Thailand) ke Malaysia hasil kerjasama beliau dengan kerajaan Malaysia dan juga Duta Thailand. Di Malaysia, mereka memilih Kelantan sebagai destinasi dan rombongan ini telah berlabuh di Kampung Tujuh, Tumpat. Trak-trak askar membawa mereka ke Rumah Orang- orang Tua, Pengkalan Chepa dan ada yang di bawa oleh sanak saudara mereka di beberapa daerah di negeri Kelantan. (Abdul Rahman, 2001) Sebaik sahaja peperangan di Kemboja diisytiharkan tamat pada bulan Ogos 1991, ramai orang Kemboja menyimpan hasrat untuk berhijrah ke Kelantan. Tambahan pula kehidupan yang sukar di Kampuchea berbanding dengan keluarga mereka yang menetap di 53

Kelantan telah menjadi faktor utama bagi penghijrahan itu. Kelantan dianggap sebagai negeri yang aman makmur dan mengamalkan dasardasar Islam dilihat mampu mengubah keadaan ini. (Mohd Daud, September 2001) Kelantan juga dilihat sebagai sebuah negeri Islam yang kaya dengan sumber ilmu agama. Kitab-kitab keagamaan mudah di dapati dan di miliki dan juga alim ulama ramai di sini. Hal ini berbeza dengan keadaan di negara Kemboja yang susah untuk belajar agama kerana kurang cendekiawan Islam serta kitab-kitab keagamaan. Semasa di Kemboja mereka terpaksa menulis semua kandungan kitab yang di ajar untuk mendapatkan maklumat serta ilmu (Fauzi Yusof, September 2001). Kekurangan kitab-kitab agama ini amat dirasai seperti yang dialami oleh guru agama yang mengajar di Madrasah Nurul Ehsan Kampung Bhun, Kemboja. Di Madrasah ini hanya terdapat beberapa buah kitab sahaja yang di gunakan dan para pelajar terpaksa menyalin dalam buku catatan, kitab-kitab agama dianggap lebih berharga daripada emas kerana ia menentukan masa depan keimanan generasi Islam. (Al-Qiadah, Oktober, 1991: 1). Kadar buta huruf di kampung-kampung tradisional Kemboja pula adalah tinggi, di samping ketiadaan pemimpin-pemimpin yang berpendidikan tinggi untuk memajukan kampung. Justeru, ia meninggalkan kesan buruk apabila mentaliti penduduk kampung masih lagi di tahap pemikiran tradisional yang tidak terdedah kepada perkembangan kemajuan moden. Dikatakan bahawa sejurus selepas perang hanya tinggal kira-kira lima belas orang Islam lulusan pusat pengajian tinggi. Jumlah ini cuba ditingkatkan dengan kepulangan pelarian seperti Amerika Syarikat yang berusaha membangunkan masyarakat mereka yang malang dan dhaif itu. (Badlihisham Mohd Nasir, 2000:37-38). Secara umumnya penghijrahan orang Kemboja bertumpu di kawasan yang padat penduduknya. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Salleh bin Isa, umumnya komuniti Kemboja di Kelantan tinggal di kawasan pinggir bandar dan pekan kecil. Ini boleh dilihat daripada jadual taburan komuniti berkenaan di bawah. 54

Jadual 1 : Taburan Penduduk Kemboja Kawasan Bandar Dan Pekan Kecil Bil Kawasan Keluarga Jumlah 1 Sekitar Kota Bharu 8 50 2 Pasir Tumboh 14 75 3 Pasir Puteh 11 50 4 Pasir Mas 10 50 5 Tanah Merah 11 60 6 Machang 4 15 7 Ketereh 5 25 Jum. 63 325 Berdasarkan jadual 1, jumlah penduduk yang paling ramai ialah di Pasir Tumboh, iaitu sebanyak 14 keluarga yang terdiri dari 75 orang. Mereka lebih tertumpu di kawasan ini kerana wujudnya institusi pengajian pondok yang memudahkan meeka belajar agama. Manakala mereka yang tinggal di bandar Kota Bharu, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tanah Merah menunjukkan jumlah yang sama iaitu seramai 50 orang di setiap satu tempat. Kurangnya penumpuan di kawasan ini mungkin disebabkan kesukaran mendapat tempat tinggal. Jumlah yang paling kecil pula ialah di sekitar Machang yang hanya berjumlah 15 orang. Ini mungkin disebabkan kerana mereka baru menetap di kawasan tersebut. Jumlah keseluruhan mereka yang tinggal di bandar dan pekan kecil ialah seramai 315 orang dengan 63 buah keluarga. Berdasarkan jadual 2.3.2 pula, kawasan pinggir bandar yang mempunyai jumlah orang Kemboja yang paling tinggi terdiri daripada 39 keluarga yang berjumlah 250 orang ialah di Kampung Bunga Mas. Kawasan ini menjadi tumpuan utama kerana ia adalah satu kawasan tanah milik Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang di amanahkan kepada komuniti berkenaan. Tambahan pula masyarakat tempatan tidak berminat untuk tinggal di sini di sebabkan hal-hal tertentu, maka ia di jadikan penempatan oleh orang Kemboja. 55

Jadual 2 : Taburan Penduduk Kemboja di Kawasan Pinggir Bandar Bil Kawasan Keluarga Jumlah 1 Jalan Bayam 36 160 2 Berek 12 32 150 3 Bunga Mas 39 250 4 Banggol 10 50 5 Atas Paloh 7 50 6 Langgar 6 25 7 Pasir Hor 5 25 8 Kampung Sireh 6 30 Jumlah 141 740 Jumlah tertinggi penduduk Kemboja di Kawasan Pinggir Bandar ialah bertumpu di Jalan Bayam iaitu seramai 160 orang, dan dikuti di Berek 12 seramai 150 orang manakala kawasan lain seperti Banggol dan Atas Paloh, masing-masing berjumlah 50 orang. Kawasan yang menunjukkan jumlah penduduk yang tinggi mungkin kerana di antara keluarga ini ada yang telah bermastautin di tempat tersebut sekian lama sehingga mereka berkembang pesat. Kawasan pinggir bandar yang agak kecil jumlah penduduknya ialah di Kampung Langgar iaitu seramai 25 orang, Pasir Hor 25 orang dan 30 orang di Kampung Sireh. Orang Kemboja kurang tertumpu ke kawasan ini mungkin kerana sukar untuk mendapatkan penempatan. Ringkasnya, orang Kemboja paling ramai jumlahnya ialah 740 orang dari 141 buah keluarga berbanding mereka yang tinggal di kawasan bandar, terutama bandarbandar kecil dan pekan-pekan kecil di seluruh negeri Kelantan. Walaupun Kampung Belukar berada dalam Mukim Gunong yang terkeluar dari bandar Kota Bharu, ia adalah kawasan strategik justeru terdapat pelbagai kemudahan asas bagi kemudahan penduduk. Jalanraya yang baik memudahkan orang yang tinggal di sini untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat terutamanya ke Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok dan daerah- daerah lain. Jarak dari Kota Bharu tidaklah begitu jauh iaitu kira-kira 27km dari Pasir Puteh pula sejauh 8km manakala dari Bachok berjarak 16km. Penempatan komuniti 56

Kemboja di Kampung ini pada asalnya di dalam kebun getah yang dijual kepada mereka oleh penduduk tempatan di sana. Akhirnya ia berkembang pesat setelah dibangunkan sekolah pondok iaitu Pusat Pendidikan Islam (PPI). Penubuhan sekolah ini adalah dikelolakan oleh orang Kemboja sendiri. Peluang yang sedia ada ini menjadi faktor masyarakat Kemboja itu datang ke kampung kajian. Selain itu, prestasi yang ditunjukkan oleh Pusat Pendidikan Islam menjadi pendorong masyarakat Kemboja datang ke kampung Belukar di samping dorongan faktor ekonomi dan sosial yang lain. (Lokman Bin Yussof: Oktober 2001) Kecenderungan minat orang Kemboja berhijrah ke Kelantan di atas faktor pendidikan ini sebenarnya boleh dikaitkan dengan kenyataan Prof. Dr. M.A Jaspan dari Belanda yang melawat Kemboja pada awal tahun 1970 yang menyatakan kekagumannya bila mengetahui ramai orang Cam berdoa supaya anak-anak mereka dapat melanjutkan pelajaran agama di Kelantan. (Nik Mohamed Nik Salleh, 1989:17-20) Kegiatan Dakwah di Kalangan Komuniti Kemboja Kampung Belukar Penonjolan komuniti Kemboja di Kampung Belukar dalam usaha dakwah secara asasnya boleh dirujuk kepada peranan Sekolah pondok (Pusat Pendidikan Islam) merupakan sebuah Pusat Pendidikan Islam swasta yang mendapat kerjasama daripada orang Melayu tempatan bagi tujuan memberi kemudahan kepada masyarakat Kemboja. Idea penubuhan Pusat Pendidikan Islam ini adalah ekoran daripada kewujudan kelas agama di Jalan Bayam, Kota Bharu pada tahun 1977 yang diberi nama Maktabah Al-Aqsa. Selaras dengan perkembangan, ia pindahkan ke suatu institusi yang lebih besar di Kampung Belukar. Penubuhan sekolah pondok PPI ini juga adalah sebagai jalan untuk menyatukan dua buah pertubuhan untuk masyarakat Kemboja iaitu Maktabah Al-Aqsa di Jalan Bayam dan Pertubuhan Khairat Kematian Islam. Dua buah pertubuhan tersebut adalah berlainan kerana langkah dan tujuannya berbeza. Tetapi pada masa itu masyarakat Kemboja lebih menumpukan perhatian kepada Maktabah Al-Aqsa kerana ini adalah lebih mustahak kepada mereka. Untuk mengelakkan daripada wujudnya dua buah pertubuhan maka mereka mengambil keputusan untuk menggabungkan dua buah pertubuhan ini, lalu dinamakan 57

Muhajir Al-Islami, tetapi kemudiannya ditukar kepada Pusat Pendidikan Islam yang dibina dalam tahun 1989 dan siap pada tahun 1990. (Yaakub Haji Isa, 2001) Penubuhan sekolah pondok PPI ini telah mendapat sokongan kerajaan dan masyarakat tempatan. Majlis Agama Islam Kelantan umpamanya menyumbangkan dana sebanyak RM 4000 bagi pembinaan sekolah berkenaan, manakala masyarakat tempatan juga turut memberi derma semampu mungkin. Pertolongan mereka ikhlas berdasarkan hubungan persaudaraan sesama Islam. Selain itu mereka juga memberi sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka belajar agama di sana. Secara tidak langsung ia memberi kefahaman dan penambahan ilmu agama kepada anak-anak penduduk tempatan, selain mendapat menimba ilmu dari sekolah biasa. Dengan cara ini secara tidak langsung dakwah dapat disebarkan dan dapat diserapkan kepada pelajar-pelajar di sini. (Harun Mat Dalin, 2001) Motif pembangunan Islam dan dakwah dapat dilihat daripada objektif penubuhan PPI yang bertujuan memberi pelajaran agama kepada anak-anak muda yang tidak berpeluang belajar di mana-mana sekolah, meningkatkan penguasaan Bahasa Arab dan agama Islam, memupuk kesedaran menghayati Islam dan tanggungjawab sebagai seorang muslim serta membentuk generasi muda Islam yang berpotensi untuk memikul tanggungjawab dakwah Islam di rantau Indo-China di masa depan. Bagi melahirkan seorang pendakwah yang berwibawa, pelajar PPI didedahkan dengan tradisi pengajian pondok serta diberi peluang mengambil sijil peperiksaan di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK), di mana pelajar di PPI berpeluang menyambung pelajaran mereka ke Timur Tengah dengan biasiswa tajaan YIK. Penghantaran pelajar ke Timur Tengah juga dibiayai oleh beberapa negara Arab yang berminat. Setakat ini lebih sepuluh orang pelajar telah berjaya dihantar ke Madinah, Mesir dan Jordan. (Salleh Musa, 2001). Keberkesanan penglibatan dakwah di kalangan komuniti Kemboja secara asasnya dapat dinilai melalui persepsi penduduk tempatan terhadap mereka. Melalui observasi serta temubual rawak yang dijalankan, kedatangan orang Kemboja umumnya mendapat reaksi positif. Mereka dianggap sebagai orang yang baik budi, bersopan santun dan mereka tidak pernah mengganggu dan melakukan kekacauan di sana. (Temubual Arifin Samah, Julai 2001). 58

Hubungan orang Kemboja dengan penduduk kampung adalah baik. Mereka mudah mesra walaupun timbul masalah untuk berinteraksi kerana kurang fasih berbahasa Melayu. Mereka tidak sombong, malah mudah menolong orang ramai. Orang kampung sekitar juga sering mengambil berat terhadap kepentingan orang Kemboja seperti menjemput mereka ke kenduri dan sebagainya. Ada di antara mereka yang bermurah hati menghulurkan sedekah dan zakat seperti beras, wang dan sebagainya kepada golongan miskin dalam komuniti ini. (Mariam Suariah, 2001) Suasana ini pastinya membina suatu landasan dakwah yang baik bagi komuniti Kemboja di kampung Belukar. Walau bagaimanapun, perkembangan Islam dan dakwah di kalangan komuniti Komboja turut menghadapi cabaran getir apabila institusi PPI yang ditubuhkan itu menghadapi masalah kewangan dan kekurangan guru. Sebagai contoh, kekurangan tenaga pengajar mengakibatkan pelajar kurang bersemangat untuk belajar justeru ketiadaan guru untuk mengisi ruang masa belajar. Masalah ini timbul kerana gaji yang ditawarkan kepada mereka adalah terlalu rendah sehingga mereka yang telah sedia ada berkhidmat mencari peluang mengajar di tempat-tempat lain yang lebih terjamin. Gaji yang ditawarkan tidak cukup untuk menyara hidup berkeluarga. (Saleha Abdullah Oktober: 2001) Walaupun diakui penubuhan Pusat Pendidikan Islam mendatangkan faedah yang besar kepada orang Kemboja dan penduduk tempatan, pentadbiran sekolah yang tidak stabil dan kelengkapan yang tidak mencukupi menyebabkan orang kampung tidak berminat menghantar anak mereka sekolah ini. (Harun Mat Dalin, 2001). Oleh itu, jika mereka ingin memajukan sekolah ini sebagai pusat Islam dan dakwah, mereka mestilah menubuhkan sebuah Jawatankuasa dengan melibatkan penduduk tempatan. Walaupun sekolah ini tidak ditadbir di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK), persepakatan dengan orang Melayu dari Kampung Belukar dan Kampung Keting mungkin dapat mengatasi masalah ini. (Zakaria Ramli, 2001) Seperti praktis yang berlaku di dalam masyarakat Islam, aktiviti dakwah secara tradisinya berpusat di masjid. Masjid adalah sebuah institusi penting bagi masyarakat Islam kerana ia berfungsi untuk mendidik dan membangunkan ummah. Selain menjadi tempat beribadat dan mendengar kuliah agama, masjid adalah pusat ilmu dan 59

perpaduan umat Islam. Masjid merupakan tempat mereka berkumpul dan berperanan sebagai tempat untuk meyatukan dan mempereratkan ukhuwah antara satu sama lain. Komuniti Kemboja di kampung ini menjadikan masjid sebagai pusat bagi memilih kader dakwah dan melakukan proses tarbiah kepada mereka. Menyedari peripentingnya fungsi masjid inilah, orang Kemboja di Kampung Belukar telah berusaha dan bertungkus-lumus membina sebuah masjid bagi bertujuan menjadikan ia sebagai tempat mengadakan mesyuarat di kalangan mereka, tempat pengajian dan tempat memperkembangkan ilmu pengetahuan untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna di dunia. Menurut Ustaz Musa Isa, pembinaan masjid di kampung ini menelan belanja kira- kira RM 9500, ia di bina pada tahun 1990. Perbelanjaan untuk pembinaan masjid ialah hasil kutipan derma dan sumbangan dari bantuan orang ramai, orang perseorangan (Kemboja), bantuan dari kerajaan Negeri Kelantan dan juga bantuan dari kerajaan Kuwait. Ia di bina secara bergotong-royong antara orang Kampung Belukar dan juga orang Kemboja yang tinggal di kawasan sekitar bandar Kota Bharu. Mereka ini mempunyai hubungan yang erat antara satu sama lain. Masjid di kampung di kawasan ini sebenarnya tidak mempunyai struktur organisasi yang kemas ataupun organisasi yang teratur, ia cuma dipengerusikan oleh Ustaz Musa selaku pengarah dan juga imam. Selain itu imam tidak dilantik secara khusus sebaliknya mereka secara bergilir-gilir menjadi imam dengan tujuan untuk melatih mereka yang belajar di sini. Azan juga dilaungkan secara bergilir-gilir tanpa disuruh oleh ustaz. Menyedari hakikat bahawa masjid mempunyai fungsi dakwah yang luas, komuniti Kemboja di kampung menjalankan aktivitiaktiviti yang bercorak keagamaan dan mengembangkan dakwah di kalangan mereka dan masyarakat setempat. Matlamat ini dapat dicapai dengan melaksanakan aktiviti usrah di kalangan komuniti berkenaan. Lazimnya mereka mengadakan usrah selepas solat isya pada kekerapan seminggu sekali dengan dikendalikan oleh beberapa orang ustaz Musa. Bahasa yang di gunakan ialah bahasa ibunda mereka. Dengan adanya usrah yang berterusan ini, ia diharap dapat melahirkan insan yang berkualiti dan mampu melaksanakan tugasan dakwah dengan cemerlang. Ia juga diharap berupaya membentukkan peribadi sakhsiah syumul yang merangkumi akidah, ibadah, aspek 60

pemikiran dan keilmuan. Di samping itu, ia juga dapat memperkukuhkan ukhuwah termasuk berkasih sayang sesama anggota, perkenalan yang mantap, nasihat menasihati dan berlapang dada, berpesan antara satu sama lain dengan al-haq dan sabr, persefahaman, tolong menolong antara satu sama lain dan melatih anggota mentarbiah dirinya sendiri dalam mengembangkan potensi masing-masing. Sesuai sebagai nadi kepada sistem pondok, masjid di kampong ini mewajibkan para pelajar PPI bersembahyang secara berjemaah di masjid. Kuliah bermula selepas solat Maghrib dengan berbekalkan bahan-bahan seperti Kitab Riyadul Salihin serta kitab-kitab fiqh seperti Kifayatul Akhyar. Sudah menjadi kebiasaan bagi pelajarpelajar Kemboja ini bangun pada pukul 5.30 pagi untuk solat Subuh. Azan akan di laungkan oleh pelajar-pelajar Kemboja secara bergilirgilir. Mereka melaungkan azan secara sukarela tanpa di beri arahan oleh ustaz. Selepas sahaja sembahyang Subuh, kuliah Subuh akan di mulakan dengan membaca Mathurat dan doa-doa yang sentiasa di amalkan oleh Rasulullah. Di samping itu, ustaz akan mengajar kitabkitab lama dan buku-buku tafsir seperti Tafsir Ibn Khathir dan Fi Zilal al-quran karangan Syed Qutb dan lain-lain. Pengajaran ini di hentikan pada pukul 6.30 pagi. Manakala pada malam Jumaat pula, pelajarpelajar ini di galakkan membaca Surah Yassin secara halaqah selepas solat Maghrib dan disusuli dengan surah-surah yang lain selepas solat Isyak. Surah-surah selain surah Yassin yang di baca adalah mengikut ketetapan yang di buat oleh tenaga pengajar. Selesai membaca Al- Quran, pelajar-pelajar ini akan mengalunkan zikir munajat secara beramai-ramai hingga pukul 10.00 malam (Musa Isa, 2001). Penutup Kesimpulannya, walaupun Komuniti Kemboja hanya merupakan golongan pendatang di negeri kelantan, mereka berjaya menampilkan keperibadian Islam yang tinggi serta mampu menyambung kesinambungan tugas dakwah yang telah bersebati dalam hidup mereka di negara asal. Walaupun kedatangan mereka ke negeri Kelantan mungkin boleh dikaitkan dengan hambatan masalah ekonomi dan sosial justeru kejatuhan Kemboja di tangan Komunis, sebenarnya telah wujud hubungan kekeluargaan dan faktor menimba ilmu di negeri berkenaan. Ini memberi asas yang kuat kepada 61

penglibatan mereka dalam perkembangan Islam dan dakwah di negeri kelantan. Kegigihan dalam menempuh hidup diperantauan dan keperibadian tinggi yang ditonjolkan menyebabkan mereka diterima oleh penduduk tempatan yang juga dapat memanfaatkan usaha-usaha dakwah komuniti berkenaan. Justeru, cita-cita murni mengembangkan Islam di Kelantan dan seterusnya di negara asal mereka wajar disokong oleh umat Islam di seluruh dunia, samada moral mahupun material. Rujukan dan Bacaan Lanjut Abdul Rahman Bin Abdullah, 2001. Penduduk Kampung Bunga Mas, Penambang. Kota Bharu, Kelantan: Mei. Ali Bin Yusof. 2001. Penduduk Kampung Bunga Mas Penambang. Kota Bharu, Kelantan: September. Arifin Bin Samah.2001. Penduduk Kampung Belukar. Kota Bharu, Kelantan: Julai. Badlihisham Mohd Nasir. 2000. Umat Islam Kemboja perlu bantuan. Tamadun, Januari. Ecole D Extreme Orient. 1981. Kerajaan Campa. Jakarta: Penerbit Balai Pustaka. Fauzi Bin Yusof. 2001. Penduduk Kampung Belukar. Kota Bharu, Kelantan: Jun. Harun Mat Dalin. 2001. Penduduk Kampung Belukar, Kota Bharu, Kelantan: Oktober. Hisham al-talib. 1992. Panduan latihan bagi petugas Islam.terj. Wan Izzuddin Wan Sulaiman. Kuala Lumpur: Nuria Enterprise. Jaafar Salleh.1991. Al-qiadah. September-Oktober. Lokman Bin Yusoff. 2001. Penduduk Kampung Bunga Mas Penambang. Kota Bharu, Kelantan: Jun. Mariam Suariah Binti Zakaria. Penduduk Kampung Belukar. Kota Bharu, Kelantan: Oktober. Mohamad Bin Daud.2001. Penduduk Kampung Bunga Mas Penambang. Kota Bharu: Julai. Musa Bin Isa. 2001. Pengetua Pusat Pendidikan Islam, Kampung Belukar Kota Bharu Nik Mohamed Nik Mohd Salleh, Dato 1989. Warisan Kelantan viii. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. 62

Roff, W. R. 1974. Kelantan religion, society and politics in a Malay state, Kuala Lumpur: Oxford University Press. Saleha Binti Abdullah.2001. Penduduk Kampung Belukar. Kota Bharu, Kelantan: Oktober. Salleh Bin Musa.2001. Penduduk Kampung Belukar. Kota Bharu Kelantan: Oktober. Suara PERKIM. 1977. Tahun 1, Keluaran 2, Julai/Ogos 63

64

DAKWAH KEPADA ORANG CINA DI PULAU KETAM: HALANGAN DALAM KONTEKS KOMUNIKASI DAKWAH Siti Fadhilah Binti Zakaria, Nurmaisarah Binti Abdullah, Dr Nor Raudah Hj Siren, Dr Muhammed Bin Yusof Pengenalan Komunikasi dakwah merupakan satu proses menyampaikan kebenaran agama Islam yang berterusan kepada khalayak sasaran dengan merujuk kepada al-qur an dan Sunnah menggunakan perantaraan medium umum atau khusus sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi melahirkan pandangan yang betul berasaskan kebenaran agama seterusnya meninggalkan kesan kepada diri seseorang terutamanya dari aspek akidah, ibadah dan muamalah. 1 Komunikasi dakwah terdiri daripada beberapa elemen yang penting seperti penyampai dakwah, mesej dakwah, saluran dakwah dan penerima dakwah. Setiap elemen ini mempunyai hubung kait antara satu sama lain dalam memastikan proses komunikasi dakwah yang dijalankan mencapai matlamat yang digariskan. Dalam dakwah kepada masyarakat Cina, komunikasi dilihat sebagai wasilah yang berkesan untuk menarik masyarakat Cina kepada mengenali, mendekati, dan memahami Islam. Hal ini kerana Rasulullah S.A.W sendiri telah mengaplikasikan komunikasi dakwah sebagai salah satu pendekatan asas dalam membina hubungan yang erat antara Muslim dan non-muslim sebelum menyampaikan intipati ajaran Islam. Kehidupan baginda di Mekah sudah semestinya memerlukan interaksi dengan orang ramai tambahan pula baginda diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan Islam kepada penduduk Mekah yang mana pada ketika itu kebanyakan penduduk terdiri daripada golongan non-muslim yang memegang pelbagai kepercayaan dan fahaman. 2 1 Zulkiple Abd Ghani. Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat, (Utusan Publication and Distributors. Selangor. 2001), 4. 2 Abdul Aziz Mohd Zin. Strategi Berdakwah Dalam Sirah Nabi, (Kuala Lumpur: Tech Production. 2012), 110. 65

Proses komunikasi dakwah yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W bukan memakan masa sehari dua tetapi bertahun-tahun lamanya dan terbukti komunikasi baginda telah memberi kesan yang begitu positif sehingga ramai yang tertarik untuk memeluk Islam kerana terpesona dengan keindahan komunikasi dan akhlak mulia yang ditonjolkan oleh baginda S.A.W 3. Walaupun komunikasi dakwah dilihat mampu memberi kesan namun ia berbeza pula dengan situasi di Malaysia. Pelaksanaan komunikasi dakwah di Malaysia dilihat lesu dan terdapat beberapa halangan yang wujud dalam proses komunikasi tersebut terutamanya dalam konteks dakwah kepada masyarakat Cina. Halangan atau dikenal juga sebagai gangguan dalam proses komunikasi adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan ia kadangkala menjadi satu masalah yang menimbulkan kerumitan dan memerlukan kepada penyelesaian. Sesuatu kerumitan yang dihadapi jelas menunjukkan bahawa perkara tersebut adalah suatu keadaan yang di luar kemampuan dan tidak diduga berlaku. Dalam sesuatu usaha dakwah yang dilakukan, tidak dapat tidak akan muncul pelbagai masalah jika dakwah tidak dilakukan dengan baik. 4 Terdapat pelbagai halangan yang dikenal pasti wujud dalam dakwah kepada masyarakat Cina pada masa kini tetapi penulis hanya ingin memfokuskannya daripada aspek komunikasi dakwah sahaja iaitu aspek penyampai dakwah, mesej dakwah, saluran dakwah dan penerima dakwah. Jika dirujuk dakwah pada zaman rasul, masalah pada diri pendakwah tidak timbul kerana mereka merupakan utusan Allah SWT yang telah disempurnakan sifatnya untuk menjadi pendakwah. Namun pada masa kini pendakwah bukanlah daripada kalangan nabinabi dan rasul-rasul. Mereka hanyalah orang yang meneruskan tanggungjawab menyebarkan dakwah dan para pendakwah ini banyak terdedah kepada pelbagai kelemahan dan kekurangan tertentu. 5 Kajian mendapati bahawa memang terdapat gangguan dalam 3 Abdul Aziz Mohd Zin. Strategi Berdakwah Dalam Sirah Nabi, (Kuala Lumpur: Tech Production. 2012), 110. 4 Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Seruan Tauhid: Checklist Buat Para Daie,1st ed. (Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd. 2011), 78. 5 Ibid. 78. 66

pelaksanaan komunikasi dakwah kepada masyarakat Cina di Pulau Ketam dalam beberapa aspek, iaitu: i. Fenomena Touch n Go Budaya touch n go ini memang wujud dalam pelaksanaan komunikasi dakwah di Pulau Ketam. Menurut Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah: kebanyakan pendakwah yang pergi Pulau Ketam, macam ni la. Mereka touch kemudian go. Maksudnya mereka buat program, lepas tu balik kemudian senyap. Mereka ingat bila buat program sekali dua bermakna telah selesai tanggung jawab dakwah mereka. 6 Hal ini kerana para pendakwah mempunyai kesibukan dan tugasan hakiki masing-masing, Tapi kita faham la sebab mereka pun sibuk dan ada kerja, tak de masa follow-up. 7 Walau bagaimanapun pendakwah touch n go diakui menimbulkan masalah dalam proses komunikasi dakwah. Hal ini turut diakui oleh Ahmad Fauzi Siva: pendakwah touch n go boleh menambahkan masalah kepada penduduk Pulau Ketam sebab mereka on-off (kadang timbul, kadang tak timbul-timbul). Bila kita tanya mana yang minat masuk Islam, pendakwah touch n go, akan cakap, entahlah ustaz, saya pergi hantar hamper ja. 8 Perkara sebegini dilihat membazirkan masa, tenaga dan wang yang telah dilaburkan ke dalam program dakwah yang dianjurkan sedangkan terlalu ramai sasaran dakwah yang perlu diberi perhatian dan didekati secara berterusan oleh pendakwah. 6 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit Pembangunan Insan), PAID,Klang pada 28 Mei 2014 di Pulau Ketam. 7 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 28 Mei 2014 di Pulau Ketam. 8 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit Pembangunan Insan), PAID,Klang pada 28 Mei 2014 di Pulau Ketam. 67

Faktor ini juga menyebabkan sasaran dakwah orang Cina terlepas pandang sedangkan kebanyakan saudara baru di sana memerlukan pentarbiahan dan bimbingan yang berterusan untuk memimpin mereka ke jalan yang benar. Hal ini diakui oleh Daniel Tan: pendakwah touch n go memang tak tinggal di sana. Bila tak duduk sana, ramai yang datang kemudian lepas tangan macam tu. Apa apa masalah penduduk pun mereka tak ambil tahu dah. 9 Apabila pendakwah mengambil sikap lepas tangan tanpa mempedulikan keadaan sasaran dakwah maka hal ini menyebabkan ramai saudara baru Cina yang terumbang ambing di tengah-tengah lautan akidah yang masih tidak kukuh. Akibat yang lebih buruk, ada yang memeluk Islam tanpa memahami apa sebenarnya agama Islam itu dan ada yang mengambil jalan untuk murtad kerana ketiadaan bimbingan agama yang berterusan daripada pendakwah. i. Bidang tugas yang banyak Pendakwah dari institusi dakwah kerajaan juga perlu memikul pelbagai tanggungjawab sama ada berkait dengan tugasan pejabat atau tugasan dakwah di lapangan. Menurut Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah: tugas banyak dibebankan kepada seseorang individu sehingga kadang-kadang tak termampu nak buat. Yang lain lepas tangan. Dengan kita kena buat kerja ofis lagi yang banyak tak settle, pastu kena turun lapangan lagi. 10 Kekangan tugas yang terlalu banyak ini dalam keadaan kakitangan yang tidak mencukupi memberikan satu tekanan yang agak hebat pada diri pendakwah kerana sikap lepas tangan pihak 9 Temu bual dengan Daniel Tan. Bekas panel dakwah mualaf di Pulau Ketam, MAIS, Klang pada 24 Februari 2015 di PAID, Klang. 10 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam. 68

atasan dan memberikan tanggungjawab yang berat hanya pada seseorang individu yang dilantik untuk mengendalikannya. Tambahan pula, di institusi dakwah tiada jawatan yang khusus dengan bidang tugas yang khusus selaras dengan kemampuan pendakwah yang terhad dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah kepada masyarakat. Hal ini diakui oleh Ahmad Fauzi Siva: kita terpaksa ambil tanggungjawab banyak kerana tidak cukup orang. Semua urusan kita kena buat, pegawai lain hanya tunggu dan luluskan apa yang mereka rasa sesuai. Jadi, sulit, bila terpaksa handle sorang sorang. 11 Dalam erti yang lain, pendakwah bukan hanya dibebankan dengan tugasan pejabat yang sentiasa bertimbun malah turut dipertanggungjawabkan dengan aktiviti-aktiviti dakwah di lapangan di mana ia sentiasa memerlukan proses follow-up yang berterusan. Kepelbagaian tanggungjawab ini menyebabkan mereka terpaksa memainkan semua peranan dalam masa yang sama. Apabila hal ini berlaku, maka tidak banyak aktiviti dakwah yang boleh disusun dan difokuskan secara khusus terutamanya dakwah kepada masyarakat Cina di Pulau Ketam. ii. Kekurangan man power Isu ini menjadi antara halangan yang menjejaskan proses perkembangan dakwah di Pulau Ketam. Menurut Ahmad Fauzi Siva: kekurangan man power menjadi isu besar untuk buat kerja dakwah. Kita tidak ada sukarelawan yang tetap di situ dan membantu gerak kerja dakwah kita di sana. 12 Ini disebabkan tidak semua aktiviti dakwah yang dianjurkan mempunyai tenaga sukarelawan yang mencukupi. Hal ini turut diakui oleh Daniel Tan: memang man power tak cukup. Kalau awak nak buat program, pastikan ada man power, saya provide. Saya selesaikan di sini. Saya akan pastikan ada 11 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam. 12 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam. 69

orang hadir. 13 Apabila usaha dakwah mula dirintis di Pulau Ketam, para pendakwah terpaksa pula berhadapan dengan masalah kekurangan sukarelawan yang sudi turun membantu projek dakwah yang sedang dilaksanakan. Apabila tenaga sukarelawan tidak mencukupi maka usaha dakwah yang telah mula menampakkan hasil terpaksa dihentikan, di pihak kita sendiri pun, memang sudah ada strategi, tetapi tak de orang yang nak bantu laksanakannya. Saya sorang tak mampu nak buat semua. Tambah saya ada masalah kesihatan. Terpaksa pencen awal. 14 Pegawai dakwah yang diamanahkan pula berhadapan dengan masalah kesihatan yang memerlukan beliau untuk bersara lebih awal dalam lapangan dakwah di Pulau Ketam. Kebanyakan aktivis dakwah yang datang ke Pulau Ketam pula kebanyakan melaksanakan dakwah dalam jangka masa yang sangat pendek. Menurut Daniel Tan: bila ada sesapa yang datang nak buat program, saya jadi risau sebab program itu sekejap sekejap sahaja. 15 Ini menimbulkan kebimbangan di hati pendakwah jika ada organisasi lain yang ingin meneruskan usaha dakwah tetapi tidak mempunyai pasukan yang istiqamah untuk memikul tugas dakwah secara konsisten. Hal ini diakui oleh Muhammad Yasser Bin Abdul Ghani: pendakwah-pendakwah yang datang selalunya on-off, on off begitu. Kejap ada yang turun, kejap tak de yang turun. 16 Pelbagai perancangan dan strategi dakwah juga telah dirangka dan dilaksanakan tetapi kerana situasi sebegini ia telah memberikan kesan yang tidak baik dan membantutkan gerak kerja dakwah. Oleh sebab itu, dakwah Islam tidak dapat disebarkan dengan lebih meluas dan pantas memandangkan keupayaan dan kemampuan tenaga pendakwah yang amat terhad di sana. iii. Masalah kewangan 13 Temu bual bersama Daniel Tan. Bekas panel dakwah mualaf di Pulau Ketam, MAIS,Klang pada 24 Februari 2015 di PAID,Klang. 14 Temu bual bersama Danie Tan. Bekas panel dakwah mualaf di Pulau Ketam, MAIS, Klang pada 24 Februari 2015 di PAID,Klang. 15 Temu bual bersama Daniel Tan. Bekas panel dakwah mualaf di Pulau Ketam, MAIS,Klang pada 24 Februari 2015 di PAID,Klang. 16 Temu bual dengan Mohammad Yasser Bin Abdul Ghani. Pegawai Dakwah (Bahagian Non-Muslim).Majlis Agama Islam Selangor, Klang pada 13 Februari 2015 di MAIS, Klang. 70

Rata-rata pendakwah yang berkhidmat dalam dakwah di Pulau Ketam bukanlah daripada kalangan pendakwah yang mempunyai ekonomi yang mantap dan pendapatan yang stabil. Menurut Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah: memang kita akui masing-masing ada masalah kesempitan kewangan. Tambah lagi, ada tanggungan keluarga yang ramai. Jadi bukan selalu dapat turun membantu usaha-usaha dakwah di sana. Lagipun kos nak ke sana juga agak tinggi daripada aspek makan minum, penginapannya, ulang aliknya. 17 Masalah ini telah mendorong pendakwah berbincang dengan pihak atasan institusi dakwah agar menaikkan gaji pendakwah kerana gaji yang pernah diberikan oleh institusi dakwah sebagai panel dakwah mualaf, mubaligh dakwah atau guru agama adalah tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan berulang-alik menaiki bot ke Pulau Ketam, makan minum dan sebagainya, kerana itu, saya pernah mencadangkan dalam meeting bersama Mais agar para pendakwah ini diberi elaun yang sewajarnya dan dinaikkan gaji mereka. 18 Kos sara hidup di Pulau Ketam juga semakin meningkat memandangkan Pulau Ketam akan dinaik taraf menjadi sebuah tempat pelancongan serta terletak jauh daripada bandar Klang. Bagi Azlan Sharif pula, masalah kewangan menyebabkan aktiviti dakwah kepada masyarakat Cina terpaksa dihadkan. Menurut beliau: inilah masalahnya bila nak buat dakwah kat Pulau Ketam. Kita tidak ada sponsor. Semua kena guna duit poket sendiri. Nak mohon sponsor, makan masa lama, kena buat kertas kerja, jumpa orang tu, orang ni, mohon sana, mohon sini. Bukan senang. Jadi kerja dakwah yang 17 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam. 18 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam. 71

dibuat pun tertakluk pada tajaan kewangan yang kita dapat. 19 Bagi pendakwah yang sukarela pula tidak ada peruntukan kewangan, penajaan atau elaun diberi kepada mereka bagi melancarkan gerak kerja dakwah di Pulau Ketam. Oleh sebab itu, tidak ramai sukarelawan dakwah yang sanggup tinggal menetap di Pulau Ketam dalam jangka masa yang lama kerana berdepan dengan masalah kewangan yang agak runcing bagi meneruskan projek dakwah di sana. iv. Halangan birokrasi Kelemahan pentadbiran institusi dakwah juga merupakan antara halangan yang mengganggu gugat proses pelaksanaan dakwah di Pulau Ketam. Menurut Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah: kami di pihak pengurusan dakwah mualaf bawa masalah yang berlaku di Pulau Ketam dan perancangan dakwah di sana untuk dibincangkan dalam mesyuarat, tapi sampai di peringkat atasan, pengerusi Mais banyak tak setuju dan cakap ini tak sesuai, itu tak sesuai sedangkan kita dah banyak buat kajian dan pemerhatian. Banyak tak lulus,tak beres kita terpaksa cari saluran lain. 20 Pentadbiran yang terlalu mementingkan prosedur tidak sesuai diamalkan dalam gerakan dakwah. Hal ini kerana proses membuat keputusan untuk meluluskan perancangan dan penyusunan aktiviti dakwah mengambil masa yang lama dan terpaksa melalui mesyuarat di pelbagai peringkat. Menurut Ahmad Fauzi Siva lagi: berapa banyak kertas kerja yang diberi, banyak tak lulus sebab tak menepati format. 21 Sesuatu projek dakwah yang ingin dilaksanakan memerlukan perbincangan 19 Temu bual bersama Azlan Sharif. Ketua Aktivis Unit Alam Sekitar. ABIM pada 18 November 2014 di Pulau Ketam. 20 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam. 21 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawi Dakwah (Unit Pembangunan Insan), PAID,Klang pada 15 Mac 2015 di PAID, Klang. 72

yang rapi dan teliti dengan pihak atasan sesebuah institusi dakwah serta penyediaan kertas kerja yang mantap. Kadang kala hanya kerana sebuah kertas kerja yang begitu berformat ia mengambil masa yang cukup lama untuk diluluskan oleh pihak atasan dan diperbaiki berkalikali. Karenah orang atasan yang kurang memahami dan kurang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang cabaran dan situasi dakwah di lapangan juga menyebabkan perancangan aktiviti dakwah tidak diluluskan. Hal ini diakui oleh Ahmad Fauzi Siva: berapa banyak projek-projek dakwah yang dicadangkan, idea-idea yang diketengahkan dalam mesyuarat, strategi-strategi dakwah, Mais tak layan. Susah. Apabila tak layan, kita pun malas la. Mereka hanya pentingkan KPI (key perfomance indicator). 22 Kesannya, banyak aktiviti dakwah tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan terpaksa ditangguh. Pentadbiran yang terlalu terikat dengan prosedur kewangan juga menjadi halangan dalam meneruskan kerja-kerja dakwah di Pulau Ketam. Hal ini diakui oleh Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah, kena ikut prosedur kewangan, tak boleh begini. Macam-macam alasan diberi. Leceh setiap kali berurusan, beginila jawapannya. 23 Karenah birokrasi sebegini melembapkan usaha dakwah terutamanya jika berkait dengan program-program dakwah yang melibatkan peruntukan kewangan yang besar. Sungguhpun wujud kerjasama antara sesebuah institusi dakwah dengan institusi dakwah yang lain namun perancangannya juga terlalu mengambil masa yang lama untuk direalisasikan sekali gus menyebabkan para pendakwah tidak cukup masa kerana turut terikat dengan bebanan kerja lain. v. Masalah komunikasi pendakwah Para pendakwah yang datang ke Pulau Ketam terdiri daripada mereka yang pelbagai latar belakang dan pelbagai institusi dakwah yang disertai. Kepelbagaian ini sebenarnya adalah suatu kelebihan dan manfaat yang berguna untuk perkembangan dakwah Islam. Namun, tidak semua pendakwah ini mempunyai niat yang suci, matlamat yang 22 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam. 23 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam. 73

jelas dan terdedah dengan pelbagai kelemahan yang ada. Menurut Ahmad Fauzi Siva: ada NGO yang tak pernah masuk ke Pulau ketam, tibatiba dia masuk, ia memberi satu gambaran tidak baik, contohnya mereka akan cakap pada NGO lain, apala NGO ni tak bantu NGO lain, NGO lain buat program takde masalah apa pun daripada situlah munculnya masalah komunikasi antara pendakwah dan menimbulkan salah faham. 24 Sikap pendakwah yang mendabik dada ini telah menimbulkan fitnah yang tidak baik terhadap pendakwah daripada institusi dakwah lain. Akibatnya, hubungan jadi tidak baik apabila setiap pihak saling salah menyalahkan, engkau buat tak jadi, aku buat baru jadi, engkau tak tolong, aku sahaja yang tolong. 25 Hal ini akan memberikan gambaran yang tidak baik tentang diri pendakwah dan akan memberi kesan yang lebih buruk dalam hubungan komunikasi dan ukhuwah yang telah dibina. Walau bagaimanapun, sikap tidak baik aktivis dakwah ini segera dibendung oleh pendakwah agar ia tidak menjadi barah dan nanah dalam perjuangan dakwah di Pulau Ketam. Menurut Ahmad Fauzi Siva: kita terus cut off apabila wujud sikap tidak baik dalam kalangan pendakwah dari NGO tersebut. Pimpinan NGO pun jadi pening dengan kerenah ahli-ahli NGO. Sebab sukarelawan dakwah ni memang dia nak membantu, tetapi dia tak sedar dalam masa yang sama dia sedang memusnahkan usaha dakwah yang orang lain telah buat. 26 24 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam. 25 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam. 26 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam. 74

Ini menunjukkan tugas dakwah tidak mudah dan terpaksa berdepan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang menguji ketahanan mental dan fizikal pendakwah. Cabaran yang wujud ini perlu ditangani oleh para pendakwah dengan pemikiran yang matang dan bijaksana. vi. Perbezaan bahasa Perbezaan bahasa juga menjadi salah satu punca yang menyebabkan komunikasi dakwah terhalang. Menurut Che Noor Mat Lee, pendakwah tidak boleh berbahasa Cina dan bertutur dalam dialek yang mereka faham. Bila guna bahasa tak sama, mereka nampak blur. 27 Apabila ramai pendakwah tidak boleh menguasai bahasa masyarakat Cina dengan fasih dan lancar maka ini menyebabkan mereka tidak dapat berkomunikasi secara lancar melalui lisan. Hal ini turut diakui oleh Amin Lum Siew Mun, pendakwah yang datang ke Pulau Ketam ramai tidak pandai berbahasa Mandarin, Hokkien atau Teochew. 28 Perbezaan bahasa ini menyebabkan penyampaian mesej dakwah tidak begitu difahami dengan baik oleh masyarakat Cina di Pulau Ketam dan sekali gus menghalang komunikasi berkesan. vii. Pandangan negatif terhadap mubaligh dakwah Pada beberapa tahun yang lalu rata-rata dalam kalangan saudara baru Cina apabila diziarahi oleh beberapa orang mubaligh dakwah yang baru kebanyakan mereka menolak untuk diziarahi dan bertemu mata dengan pendakwah. Menurut Daniel Tan, masa saya datang ke sana, saya pernah kena marah masa pergi rumah mualaf. Kena marah tanpa sebab. Sampai sahaja saya di hadapan pintu rumah mereka, terus saya kena halau. 29 Sikap mualaf yang negatif ini menyebabkan pendakwah tertanya-tanya sebab di sebalik kemarahan saudara baru Cina terhadap pendakwah. Daniel Tan menjelaskan lagi: 27 Temu bual dengan Che Noor Mat Lee. Bekas mubaligh dakwah di Pulau Ketam dan pegawai Dakwah (seksyen pendaftaran dan pengislaman mualaf) di Majlis Agama Islam Selangor,Klang pada 2 Januari 2015 di MAIS,Klang. 28 Temu bual dengan Amin Lum Siew Mun. Panel Dakwah Mualaf di Pulau Ketam dan Mubaligh MACMA (Malaysian Chinese Muslim Association) pada 17 Mei 2015 di Pulau Ketam. 29 Temu bual dengan Daniel Tan. Bekas panel dakwah mualaf di Pulau Ketam.Majlis Agama Islam Selangor pada 24 Februari 2015 di PAID, Klang. 75

saya biarkan mereka memarahi saya sehingga hati mereka puas. Bila dah reda kemarahan, saya pun tanya mereka, boleh bagitahu apa silap saya?. Kemudian mereka terdiam dan barulah bercerita kepada saya. Bukan saya yang buat silap, orang dulu yang buat silap.tipu mereka suruh masuk Islam. 30 Apabila ditanya mengapa mereka bersikap negatif sedemikian, barulah ada dalam kalangan mualaf memberitahu bahawa sebelum ini pernah ada mubaligh yang datang bertandang ke rumah mereka dan menawarkan pelbagai tawaran istimewa apabila memeluk Islam. Apabila mereka sudah memeluk Islam tawaran tersebut hanyalah sebuah penipuan dan kedustaan semata-mata dan orang Cina merasa sangat marah apabila diketahui diri mereka dipermainkan sedemikian rupa. Oleh sebab peristiwa silam dan pengalaman pahit ini, mereka merasa serik untuk menerima kehadiran dan bergaul dengan pendakwah Islam yang datang ke Pulau Ketam. viii. Masalah Cina non-muslim Masyarakat Cina non-muslim di Pulau Ketam masih mempunyai gambaran yang salah mengenai Islam. Menurut Ahmad Fauzi Siva: mereka masih tak faham secara jelas apa itu Islam sampai satu tahap apabila kita nak bercakap dengan mereka, mereka akan terus cakap, nanti dia jadi orang Islam ataupun kalau kita minta apa-apa alamat rumah ke tandatangan, mereka takut nak bagi sebab nanti diiktiraf sebagai orang Islam. 31 Masyarakat Cina masih beranggapan bahawa jika seseorang itu berkawan dengan orang Melayu bererti seseorang itu telah masuk Islam maka secara automatiknya dia telah menjadi seorang Melayu. Di sini jelas mereka masih tidak dapat membezakan antara agama dengan bangsa. 30 Temu bual dengan Daniel Tan. Bekas panel dakwah mualaf di Pulau Ketam.Majlis Agama Islam Selangor pada 24 Februari 2015 di PAID, Klang. 31 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam. 76

Keadaan menjadi bertambah rumit apabila sebahagian daripada masyarakat Cina bertindak memulau dan memberhentikan saudara baru Cina yang bekerja dengan mereka. Hal ini turut diakui oleh Ahmad Fauzi Siva: seseorang Cina yang memeluk Islam itu bukan lagi dalam kalangan mereka dan akan dipulau, tidak diambil bekerja kerana sanggup meninggalkan agama dan keturunan. 32 Salah anggap ini menyebabkan masyarakat Cina memulau saudara baru Cina dengan memutuskan hubungan keluarga dan silaturahim serta bertindak memberhentikan mualaf yang bekerja di bawah seliaan mereka. Situasi ini menjadi bertambah sukar kepada mualaf untuk meneruskan kelangsungan hidup di Pulau Ketam selama beberapa tahun yang lalu. Selain itu, masalah yang ada pada diri masyarakat Cina non- Muslim ialah mereka tidak berminat untuk berbincang dan memikirkan hal ehwal mengenai agama. Menurut Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah: orang Cina ni matlamat hidup mereka adalah kekayaan dan mereka sangat takut keturunan mereka hidup susah. Jadi mereka bekerja keras siang dan malam mencari rezeki dan tiada masa nak fikir soal agama. Lagipun mereka tidak nampak kepentingan agama dalam kehidupan mereka melainkan sebuah ritual sematamata. 33 Bagi masyarakat Cina di Pulau Ketam kekayaan, kesenangan dan kebahagian keluarga adalah menjadi matlamat utama mereka dalam kehidupan ini. Oleh sebab itu, hal agama tidak diberikan penekanan. Mereka memandang agama hanyalah sebagai satu ritual dan budaya hidup kaum masing-masing. Tambahan pula, tidak ada gambaran baik yang mereka boleh lihat pada diri orang Islam secara berterusan, sikap pendakwah yang kurang baik dahulu telah begitu menebal diingati dalam hati mereka. Kesilapan orang Islam dahulu diingati sehingga sekarang. Orang 32 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam. 33 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam. 77

Islam tidak menunjukkan sikap dan identiti Islam yang sebenar. 34 Jadi bila disampaikan kepada masyarakat Cina bahawa Islam begini baiknya maka mereka sukar untuk mempercayai apa yang disampaikan kerana melihat kepada umat Islam yang berada di hadapan mata mereka. Oleh sebab itu orang Cina ini dilihat bersikap pragmatik iaitu lebih suka menilai sesuatu perkara melalui pandangan mata mereka tanpa melihat kepada ajaran yang dibawa. ix. Masalah mualaf Masalah mualaf di Pulau Ketam juga turut memberi cabaran yang besar kepada para pendakwah Islam dalam pelaksanaan komunikasi dakwah di sana. Menurut Amin Lum Siew Mun, bila elaun dah tak bagi, maka mereka pun tak nak datang belajar. Bila tak datang belajar, nak solat, nak baca qur an pun tak pandai. Yang datang belajar pula, susah nak faham sebab mereka sekolah pun tak tinggi. Kena berkali-kali ulang. 35 Mualaf memeluk Islam adalah disebabkan oleh faktor kebendaan. Oleh sebab itu mualaf akan datang ke kelas agama apabila ada elaun belajar. Apabila elaun belajar ditarik balik, maka ramai yang menarik diri untuk tidak hadir ke kelas agama secara berterusan. Ini juga menjadi punca ramai dalam kalangan mualaf yang menunjukkan sikap tidak berminat untuk mendalami Islam dengan lebih lanjut dan lebih banyak menguzurkan diri daripada menghadiri kelas asas fardu ain yang diadakan pada setiap minggu di Balai Islam Pulau Ketam. Akibatnya, golongan saudara baru Cina masih lemah dalam memahami agama Islam dengan baik dan ini menyebabkan mereka sukar mengaplikasikan ajaran Islam dalam kehidupan. Selain itu, saudara baru Cina juga kebanyakan mereka adalah berpendidikan rendah dan mempunyai sejarah hidup yang sangat teruk pada satu masa dahulu. Hal ini diakui oleh Amin Lum Siew 34 Temu bual bersama Daniel Tan. Bekas panel dakwah mualaf di Pulau Ketam. Majlis Agama Islam Selangor, Klang pada 24 Februari 2015 di PAID,Klang. 35 Temu bual dengan Amin Lum Siew Mun. Panel Dakwah Mualaf di Pulau Ketam dan Mubaligh MACMA (Malaysian Chinese Muslim Association) pada 7 September 2014 di Pulau Ketam. 78

Mun, mualaf sekolah pun tak tinggi 36, ramai gangster macammacam buat perkara tak baik dulu sebelum masuk Islam. Bila dah masuk Islam, barulah mereka berubah. Itupun sebab kahwin dengan orang Islam. Orang Cina pun fikir Islam tu tak baik sebab ada orang macam ni. 37 Perkara ini memberikan gambaran yang negatif mengenai Islam oleh masyarakat Cina di Pulau Ketam bahawa kebanyakan mualaf yang memeluk Islam bukanlah daripada kalangan orang-orang yang mulia dan terpelajar. Masyarakat Cina juga beranggapan Islam ini kebanyakan dianuti oleh golongan sebegini sahaja. Kesimpulannya dakwah kepada masyarakat Cina juga perlu dijalankan secara berhati-hati. Hal ini supaya tidak timbul spekulasi yang lebih buruk mengenai Islam. Dalam hal ini, pendakwah digesa untuk mengenali dan memahami secara lebih mendalam mengenai masyarakat Cina yang didekati terutamanya dari aspek latar belakang, keadaan ekonomi, cara bersosial, tahap pendidikan, pegangan agama, cara pemikiran dan sebagainya. Hal ini penting supaya komunikasi dakwah yang dilaksanakan ke atas masyarakat Cina adalah bersesuaian dengan keadaan dan diri mereka. Pendakwah yang berjaya adalah pendakwah yang mampu mempengaruhi mad u ke arah kehidupan dan pegangan agama yang lebih baik iaitu Islam. Justeru, sebelum usaha dakwah dilaksanakan kepada masyarakat Cina, pendakwah perlu mengetahui cabaran dan halangan dakwah yang mungkin akan berlaku dalam proses dakwah sekali gus mempersiapkan mental dan fizikal untuk menghadapinya. Kesimpulan Proses komunikasi dakwah kepada masyarakat Cina memerlukan masa yang panjang dan usaha dakwah yang berterusan serta menuntut kebijaksanaan dan semangat juang yang tinggi daripada pendakwah dalam menyampaikan dakwah Islamiah. Dalam proses komunikasi antara manusia dengan manusia pasti terselit halangan dan gangguan 36 Temu bual dengan Amin Lum Siew Mun. Panel Dakwah Mualaf di Pulau Ketam dan Mubaligh MACMA (Malaysian Chinese Muslim Association) pada 7 September 2014 di Pulau Ketam. 37 Temu bual dengan Amin Lum Siew Mun. Panel Dakwah Mualaf di Pulau Ketam dan Mubaligh MACMA (Malaysian Chinese Muslim Association) pada 7 September 2014 di Pulau Ketam. 79

yang menyebabkan proses komunikasi tergugat dan menjadi tidak efektif. Tetapi gangguan ini akan dapat diatasi jika semua pihak menyedari gangguan yang wujud dan seterusnya berusaha membaiki kelemahan yang mengganggu gugat proses interaksi antara penyampai dan penerima dakwah tersebut. Corak berkomunikasi dengan masyarakat Cina pula perlu melalui transformasi dan pelaksanaannya hendaklah diselarikan dengan ajaran Islam supaya halangan-halangan yang timbul ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa. Secara jelasnya, masyarakat Cina hendaklah di dakwah dengan cara yang inovatif. Pendakwah hendaklah sentiasa memperbaiki cara berkomunikasi semasa menyampaikan Islam kepada golongan ini supaya tidak timbul pelbagai isu dan masalah di kemudian hari. Di samping itu, masyarakat Cina hendaklah disedarkan bahawa penerimaan Islam itu bukanlah satu perubahan baru tetapi sebenarnya adalah fitrah yang sesuai dengan jiwa manusia. Rujukan Abdul Aziz Mohd Zin. Strategi Berdakwah Dalam Sirah Nabi, (Kuala Lumpur: Tech Production), 2012. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. Seruan Tauhid: Checklist Buat Para Daie. 1st ed., (Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd), 2011. Zulkiple Abd Ghani. Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat, (Utusan Publication and Distributors. Selangor), 2001. Temu Bual Temu bual bersama Azlan Sharif. Ketua Aktivis Unit Alam Sekitar. Angkatan Belia Islam Malaysia pada 18 November 2014 di Pulau Ketam. Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah (Unit Pembangunan Mualaf) pada 7 September 2014 di Balai Islam Pulau Ketam, Selangor. Temu bual dengan Che Noor Mat Lee (bekas panel dakwah mualaf) pada 25 November 14 di Majlis Agama Islam Selangor. Temu bual bersama Daniel Tan (panel dakwah mualaf) pada 24 Februari 2015 di Pejabat Agama Islam Daerah Kelang. 80

Temu bual dengan Mohammad Yasser Bin Abdul Ghani. Pegawai Dakwah (Bahagian Non-Muslim).Majlis Agama Islam Selangor, Kelang pada 13 Februari 2015 di Majlis Agama Islam Selangor,Cawangan Klang. Temu bual dengan Amin Lum Siew Mun. Panel Dakwah Mualaf di Pulau Ketam dan Mubaligh MACMA (Malaysian Chinese Muslim Association) pada 7 September 2014 di Pulau Ketam 81

82

PERANAN INSTITUSI MASJID TERHADAP PROSES TRANSISI MUALAF DALAM KOMUNITI MUSLIM DI SELANGOR 1 Dr Muhammad Zaidi Abdul Rahman 2, Dr Nor Raudah Hj Siren 3, Dr Siti Arni Bashir 4 Pengenalan Kertas kerja ini mengupas isu peranan yang boleh dimainkan oleh institusi masjid terhadap mualaf. Ia dibahagikan kepada pertama, istilah mualaf yang wujud dalam al-quran kemudian diwacana melalui fiqh. Kemudian dilihat pemakaiannya dalam konteks Selangor. Kedua, mengupas isu identiti mualaf dan diikuti dengan perbincangan ke tiga yang menjelaskan tentang peranan institusi berkaitan Islam dan Badan Bukan Kerajaan yang ada hubungan dengan mualaf. Peranan masjid juga diulas dalam bahagian ini dengan memperincikan peranan sosial yang patut diteroka dengan lebih giat. Istilah Mualaf: Penjelasan Quran, Fiqh dan Wacana Setempat Dalam al-quran istilah mualaf digunakan hanya sekali dalam surah at-tawbah: 60. Ayat tersebut merujuk kepada golongan yang diperuntukkan bahagiannya dari pengagihan zakat. Dalam ayat tersebut Allah menyenaraikan lapan golongan yang berhak mendapat zakat termasuklah mualaf, melalui terjemahannya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang faqir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang mu allaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang 1 Artikel ini adalah sebahagian hasil penyelidikan dari geran yang disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Selangor yang bertajuk Penglibatan Komuniti Islam Dalam Pengurusan Mualaf. 2 Ketua Jabatan Siasah Syar iyyah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 3 Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 4 Pensyarah Kanan Jabatan Siasah Syar iyyah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 83

yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 5 Perkataan orang mualaf yang dijinakkan hatinya itu menjadi titik perbincangan fuqaha bagi menentukan identiti mereka. Penentuan ini penting bagi memastikan pengagihan zakat diserahkan kepada pihak yang sah menerimanya. Al-Mausu ah al-fiqhiyyah al-kuwatiyyah misalnya memberikan definisi Muallaf Qulubuhum dengan merujuk kepada tiga keadaan iaitu i) golongan yang mahu dilembutkan hatinya yang cenderung kepada Islam ii) golongan yang hendak dikukuhkan keislaman mereka dan iii) golongan yang hendak dijauhkan kejahatan mereka dari kaum muslimin, atau golongan yang dibantu untuk memerangi musuh. 6 Definisi tersebut membawa status mualaf kepada dua kategori besar iaitu i) orang baru masuk Islam dan ii) kafir dalam keadaan ada peluang untuk memeluk Islam atau ada potensi membantu muslim. Hal ini terjadi kesan daripada perbahasan fuqaha dalam menentukan golongan yang termasuk dalam asnaf zakat. Rumusan ini dapat dilihat dalam rajah di bawah: 5 Lihat Tafsir Pimpinan Rahman, h. 443. 6 Al-Mausu ah al-fiqhiyyah al-kuwatiyyah jld. 36, 12 84

Rajah 1. Kategori Golongan Mualaf Menurut Mazhab Mazhab Hanafi Maliki Syafi i Hambali Status Kafir - x x Pemimpin Quraisy dan pahlawan Arab - - Orang yang baru - memeluk Islam Orang atau pemimpin - - Islam yang ada kemuliaan dan kedudukan diharapkan pengikutnya akan ikut memeluk Islam Orang atau pemimpin Islam yang diberikan zakat dengan harapan pengikutnya akan menentang orang kafir dan golongan yang enggan membayar zakat. - - Sumber: Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa 7 Pembahagian sebagaimana di atas mencerminkan tentang wujudnya perselisihan pendapat dalam kalangan fuqaha. Dua daripada status di atas masih lagi dianggap bukan Islam (Kafir dan Pemimpin Quraisy dan Pahlawan Arab) berbanding yang selebihnya. Perkara ini berlaku hasil daripada penelitian yang dilakukan fuqaha berpandukan kepada latar belakang penurunan ayat tersebut dan kajian perincian sabab musabab (illat) yang menimbulkan potensi berlakunya khilaf (perbezaan pandangan). Untuk itu, pengaruh kesan individu terhadap diri sendiri - seperti dalam kes orang yang baru 7 AR Azman et al., "Indeks Pengukuran Penentuan Had Tempoh Mualaf Di Malaysia,"Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa 6, (2015). 85

memeluk Islam - atau implikasi terhadap masyarakat Muslim turut menjadi titik penting pengkategorian tersebut. Di Malaysia, perkataan mualaf digunakan dengan catatan sumbernya daripada Bahasa Arab sebagaimana dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Ia diertikan orang yg baru memeluk agama Islam, saudara baru dengan ditulis satu lam sahaja (mualaf). Makna ini mencakupi satu kategori daripada kategori mualaf yang dinyatakan di atas. Makna inilah yang popular digunakan dalam masyarakat muslim di Malaysia. Malahan makna ini telah menyerap dalam pentadbiran agama Islam negeri-negeri lanjutan daripada keperluan institusi ini mengurus zakat di bawah bidang kuasanya sebagaimana kehendak al- Quran di atas. Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 di bawah Seksyen 2 mentafsirkan muallaf sebagai Seseorang yang baru memeluk agama Islam. Fatwa negeri Selangor tahun 1994 mengenai sistem agihan zakat Selangor pada Jadual Bab XII memberi maksud mualaf sebagai: a) seseorang yang masuk Islam dan imannya daif, maka adalah diharapkan pemberian agihan ini boleh menguatkan imannya.; atau b) seseorang yang masuk Islam dan imannya sudah kuat dan ia dipandang mulia oleh kaumnya, maka adalah diharapkan pemberian agihan ini dapat menarik orang lain masuk Islam atau agihan ini dapat mempertahankan kejahatan orang kafir di sekelilingnya. Kedua-dua kategori di atas mempunyai satu titik persamaan iaitu merujuk kepada orang yang baru menerima Islam sebagai agamanya. Kategori ini dipisahkan bagi memperjelaskan lagi status mereka yang baru memeluk Islam itu sama ada daif dan kuat imannya sesuai dengan tujuan fatwa itu dibuat bagi mengagihkan zakat kepada asnafnya. Tambahan pula asas takrifan itu adalah petikan dari kitab Iqna dan Bajuri yang berpegang kepada mazhab Syafii. 8 Seperkara lagi, pengamalan ini mungkin juga dipengaruhi oleh model dual system berkaitan pentadbiran agama Islam di Malaysia - dalam 8 Lihat http://www.muftiselangor.gov.my/ms/fatwa-tahunan/pewartaan/1990-1994/129-fatwa-tentang-sistem-agihan-zakat-negeri-selangor 86

undang-undang peribadi dan keluarga - yang mempunyai bidang kuasa khusus kepada muslim sahaja. 9 Namun perubahan telah berlaku pada fatwa yang dikeluarkan pada tahun 2013. Dalam fatwa kali ini cakupan asnaf dari mualaf telah diluaskan bukan terhad kepada orang yang baru masuk Islam tetapi boleh juga kepada bukan Islam sebagaimana berikut: i. Adalah orang yang baru memeluk Islam sama ada imannya daif ataupun imannya sudah kuat. ii. Orang bukan Islam yang cenderung dan boleh dijinakkan hatinya kepada Islam. iii. Orang bukan Islam harus menerima agihan zakat (dengan syarat mempunyai kecenderungan dan boleh dijinakkan hatinya kepada Islam berdasarkan kepada siasah dan maslahah secara hikmah bagi tujuan dakwah) 10. Perluasan kategori ini selari dengan tujuan fatwa ini dikeluarkan iaitu menyentuh hukum menggunakan peruntukan asnaf mualaf untuk program dan hal ehwal yang berkaitan dengan aktiviti dakwah kepada bukan Islam. Namun ia masih tidak keluar dari skop pandangan fuqaha sebagaimana dalam rajah 1 di atas. Lantaran itu Lembaga Zakat Selangor 11 menggunakan maksud fatwa itu bagi mendefinisikan mualaf sebagai: Mualaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang 9 Kuasa ini diiktiraf dalam perlembagaan melalui Jadual 9 Senarai 2, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan. Senarai bidang kuasanya jelas menyebut tentang hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam. 10 Lihat Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil.66. no.21, bertarikh 17 Oktober 2013 dapat dicapat: http://www.efatwa.gov.my/sites/default/files/sel.p.u.142_hukum_menggunakan_peruntukan_as naf_mualaf_0.pdf 11 http://www.zakatselangor.com.my/info-agihan/info-agihan-2/ 87

perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam. Penentuan identiti mualaf dalam bentuk ini kelihatan mempertimbangkan tentang usaha pengekalan, potensi pemelukan serta mengurangkan risiko konflik dengan orang bukan Islam. Secara tidak langsung, perkembangan ini mula mengambil realiti kehidupan masyarakat yang bersifat majmuk mewarnai kehidupan rakyat di Malaysia. Malahan Selangor berdasarkan - banci 2000 - mencatatkan peratusan yang tinggi bukan Melayu iaitu 47.8% dimulai dengan etnik China (30.7), India (14.6%) dan lain-lain (2.5%). 12 Tambahan pula, Selangor sejak Pilihanraya Umum ke-12 dan ke-13 telah memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti berteraskan etnik China (DAP), Campuran (PKR) dan Islam (PAS) menampakkan lagi sifat kemajmukan negeri Selangor. Identiti Mualaf: Antara Budaya dan Agama serta tuntutan Undang-undang Seawal pemelukan Islam, mualaf di Malaysia dituntut secara birokrasi untuk mendaftarkan namanya di Jabatan Agama Islam negeri. Ini kerana ia adalah keperluan dari segi undang-undang pentadbiran Islam untuk memperolehi kad Islam. Namun, proses ini pada umumnya turut mengungkapkan sisi sosial dalam masyarakat. Ini kerana penamaan dari sudut sosiologi memberi indikasi makna budaya, sejarah dan politik dalam sesuatu masyarakat hingga menimbulkan sempadan pengenalan antara Muslim-bukan Muslim 13 dan Melayu-bukan Melayu atau bumiputera-bukan bumiputera. Pembentukan identiti tersebut dalam konteks Malaysia membawa implikasi sosio-ekonomi dan perundangan yang tertentu. Sebagai Muslim, mereka terikat dengan set perundangan tambahan di bawah kelolaan bidang kuasa negeri urusan kekeluargaan, jenayah 12 Swee-Hock Saw, "Population Trends and Patterns in Multiracial Malaysia," in Malasyia Recent Trends and Challanges, ed. Swee-Hock Saw and K. Kesavapany (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2006). 13 Wai Weng Hew, "Penamaan Dan Identiti Cina Muslim: Pensempadanan, Perundingan Dan Kacukan Identiti Di Malaysia" (kertas dibentangkan di the Conference 4th International Malaysian Studies Conference; 3-5 August 2004, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2004). 88

syariah - dengan rujukan pertikaian kepada Mahkamah Syariah. Menjadi muslim juga diwarnai dengan aura masuk Melayu yang berkait pula dengan takrifan Melayu dalam perlembagaan 14 yang boleh menerima etnik lain dengan diiringi pula keistimewaan tertentu yang dijamin di bawah perlembagaan di samping Bumiputera. 15 Kesan terakhirnya mencabar identiti mualaf khususnya bukan Bumiputera kerana terpaksa membuat pilihan tentang identiti baru di samping salah faham berkaitan etnik asal. Hal ini ditambah pula salah tanggap etnik Melayu yang melihat ada ruang matlamat keduniaan melebihi keikhlasan memeluk Islam itu sendiri. Pertembungan antara dua perspektif ini menjadikan kehidupan mualaf dalam dilema. Sehubungan dengan itu, dalam persekitaran muslim Malaysia, keadaan dilema itu sebahagiannya hasil daripada penamaan semula yang membentuk identiti baru. Nama yang dipengaruhi budaya Arab Islam telah diterima secara rasmi dan meluas di Malaysia. Ini dapat dikesan melalui Garis Panduan Penamaan Saudara Baru JAKIM tahun 1998 16 yang merekodkan: Nama orang Islam dan bukan Islam adalah berbeza. Ia merupakan pengenalan diri seseorang, sama ada dari segi bangsa, keturunan dan agamanya. Saudara baru atau mualaf yang sebelum itu mempunyai nama asal agamanya ditukarkan kepada satu nama yang membuktikan agama baru yang dianutinya. Penamaan adalah penting, khususnya kepada saudara baru bagi memudahkan dalam urusan kehidupan ataupun kematian. Rumusan ini selaras dengan keputusan Muzakarah Fatwa kali ke-44 tahun yang sama mencadangkan agar nama asal mualaf sama ada ditukar atau ditambah. Pengekalan pula dalam skop yang lebih 14 Perkara 160 tafsiran Melayu 15 Perkara 153 16 Hew, "Penamaan Dan Identiti Cina Muslim: Pensempadanan, Perundingan Dan Kacukan Identiti Di Malaysia." 89

kecil khususnya membabitkan mualaf bumiputera mengikut kes tertentu. Sandaran nama selepas bin atau binti kepada Abdullah turut dicadangkan kepada mereka. 17 Namun, keputusan tersebut bukan diterima secara sepenuhnya di Malaysia. Perlis misalnya cuba memberikan fatwa sebaliknya. Fatwa di Perlis menekankan tentang Dilarang menukar nama kepada bin atau binti Abdullah. Mereka wajib mengekalkan nama bapa atau keturunan mereka. 18 Mufti Perlis ketika itu mengaitkan perakuan biologi sebagai hak keluarga yang perlu dikekalkan dengan andaian menolak prasangka buruk ke atas imej Islam. 19 Sekalipun isu ini nampak kecil tetapi ia turut mengandungi nilai sejarah konflik sosial masyarakat Muslim bukan Muslim di Malaysia. Pada akhir 1980an dan awal 1990an banyak kes perebutan mayat berlaku antara jabatan agama dan ahli keluarga apabila mualaf memeluk Islam tanpa pengetahuan ahli keluarganya. Memburukkan keadaan, konflik ini diangkat dalam perjuangan parti politik serta dikemukakan ke mahkamah dengan mendapat liputan luas surat khabar utama. 20 Isu rebutan mayat mualaf contohnya, antara Majlis Agama Islam dan keluarga si mati menjadi pertaruhan di muka keadilan 21. Hal ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pembinaan persepsi negatif oleh masyarakat bukan Islam terhadap isu pemelukan Islam daripada kalangan etnik mereka. Realitinya pembawa identiti mualaf lazimnya menjalani suatu proses transisi sosio-budaya yang sulit. Ini diakui Rosey Ma melalui pengalamannya bergelumang dengan mualaf yang menyatakan: 17 Garis Panduan Penamaan Saudara Baru dari Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke 44 25 Jun 1998. 18 Lihat juga http://drmaza.com/home/?p=2337 iaitu laman Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menjawat jawatan Mufti Perlis ketika itu. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0311&pub=utusan_mala ysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_01.htm 19 Ibid. 20 Hew, "Penamaan Dan Identiti Cina Muslim: Pensempadanan, Perundingan Dan Kacukan Identiti Di Malaysia." 21 Antara kes yang terkenal adalah Koperal Mohamed Abdullah Moorty yang dituntut isterinya dengan dakwaan beliau masih beragaman Hindu. Lebih lanjut lihat Kaliammal a/p Sinnasamy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (2005) 1 CLJ 75. 90

Conversion is not just a simple, straighforward transition from one spritual belief to another. At the very least, it is major change of the core identity of an individual that involves a redefinition of self-identity. For the Chinese convert in Malaysia, it is observed that it is not just Islam that he is undertaking to embrace, but to some extent, also the Malayness that comes with it. Therefore, the redefining and construction of the new identity takes place within two dimensions: religious and ethnic/cultural. 22 Tunku Abdul Rahman Putra al-haj juga memuatkan gambaran cabaran mualaf dalam kehidupannya. Beliau menyatakan: Now that many of these people have embrace Islam. They find themselves in new surrounding and also adilemma. Or only they are lost in the society to which they belonged and also lost in the society they now belong. 23 Dua petikan di atas, pada umumnya selari dengan dapatan kajian lain yang mengungkapkan sisi pergolakan hidup mualaf daripada dua kelompok iaitu masyarakat asal termasuk keluarganya dan masyarakat Melayu. 24 Sikap keterbukaan dari kalangan bukan Muslim di Malaysia untuk menerima ahli keluarga atau etniknya memeluk Islam masih dalam bentuk negatif. Dalam hal ini mualaf lazimnya akan berhadapan dengan tekanan mental dan fizikal seperti berikut: i. Dimarahi dan disindir oleh ahli keluarga. ii. Dipulau oleh ahli keluarga. 22 Rosey Ma, "Being Muslim and Chinese in Malaysia," in Malaysian Chinese: Recent Developments and Prospects, ed. Lee Hock Guan and Leo Suryadinata (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2012). 23 Dipetik dari Iran Herman, "Nilai, Persepsi Jangkaan Saudara Baru Cina Terhadap Masyarakat Dan Agama Islam," dalam Dakwah Kepada Non-Muslim Di Malaysia: Konsep, Metode Dan Pengalaman, ed. Abdul Ghafar Don, Berhanudin Abdullah, and Zulkiple Abd. Ghani (Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, 1998). 24 Ibid. 91

iii. Tidak dibenarkan beribadat cara Islam oleh ahli keluarga. iv. Diberi makan benda-benda haram secara rahsia. v. Tidak disertakan dalam kegiatan harian seperti makan bersama. vi. Diberhentikan dari sekolah. vii. Dihantar tinggal di kuil-kuil atau tempat-tempat ibadah lain. viii. Dikasari seperti dipukul dan dilukai dan dihalau dari rumah. ix. Diugut bunuh. 25 Dari senarai di atas, jelaslah bahawa usaha mereka mengembalikan mualaf kepada agama asal dilakukan dalam pelbagai bentuk daripada tingkahlaku yang ringan hinggalah kepada ugutan bunuh. Ini mencerminkan masyarakat Malaysia masih belum sepenuhnya menerima kebebasan memilih agama mengikut kehendak individu. Dalam suasana tersebut mualaf pastinya memerlukan tempat bergantung dan mengadu tentang kehidupan barunya. Justeru, ada keperluan untuk melihat isu tersebut melalui institusi tertentu sebagai suatu jambatan penghubung antara mualaf dan masyarakat. Pengurusan Mualaf di Selangor Isu identiti mualaf sebagaimana dibincangkan di atas turut memberi kesan kepada penggunaan bentuk nama yang sesuai di Jabatan Agama Islam Selangor. Sekalipun bahagian yang menguruskan mualaf ini terletak di Bahagian Pengurusan Dakwah, namun unit yang khusus mentadbir mualaf sering dijenamakan semula. Selepas merdeka, unit ini dikenali dengan nama Unit Muallaf, kemudian ditukar kepada Unit Ukhwah. Seterusnya unit ini ditukar kepada Unit Saudara Baru diikuti pula Unit Dakwah Saudara Kita yang dikuatkuasakan pada 15 Januari 2001. 26 Terkini pengurusan mualaf di Selangor meneruskan kesinambungannya dengan memperuntukkan suatu Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Mualaf yang terletak di bawah Sektor Pengurusan Sosial. Peranan bahagian ini adalah untuk: 25 Abdul Ghani Abdullah, "Permasalahan Saudara Baru Dan Penyelesaiannya Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur" (Universiti Malaya, 2013). 26 Mohammad Hasni Abu Bakar, "Peranan Unit Saudara Kita Jabatan Agama Islam Selangor Dalam Menangani Hak Dan Kedudukan Mualaf" (Universiti Malaya, 2004), 35-6. 92

1. Mengurus, merekod, menyelenggara, mengemaskini dan mengawal pendaftaran mualaf. 2. Merancang dan melaksanakan program-program pendidikan mualaf. 3. Mengenal pasti, mengurus dan menjaga hal ehwal kebajikan mualaf; dan 4. Mengurus dan melaksanakan program Dakwah Kefahaman Islam kepada Non Muslim. 27 Tugas yang dipikul oleh bahagian ini jelas berkait rapat dengan hal pentadbiran mualaf baik dari segi pendaftaran, pengisian dan kebajikan. Malah, tugas untuk menambah bilangan bukan Islam juga menjadi tumpuan skop kerja mereka. Untuk membantu melicinkan lagi kerja bahagian ini, MAIS menawarkan perkhidmatan Muslim Care untuk membantu mualaf dalam aspek: 1. Memberi pendedahan dan kefahaman tentang. perkaraperkara berkaitan mualaf (pendaftaran, penjagaan & pengajaran) di Selangor. 2. Mendedahkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. 3. Mewujudkan komunikasi mesra antara mualaf dengan Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Mualaf (MAIS) di peringkat awal pengislaman. 28 Muslim Care menyediakan dua perkhidmatan utama iaitu rumah perlindungan mualaf dan pengurusan pendidikan mualaf melalui bantuan dan biasiswa. Ini memberikan petanda bahawa mualaf di Selangor telah mendapat perhatian serius dari pihak Majlis Agama Islam Selangor. Aspek kebajikan dan pendidikan telah diberi perhatian besar. Usaha bahagian ini pada asasnya telah mendapat 27 Lihat http://www.mais.gov.my/organisasi/sektor-pembangunan-sosial/bahagianpengurusan-dan-pembangunan-mualaf diakses 15-8-2016 28 http://www.mais.gov.my/perkhidmatan/muallaf-care/pengenalan-muallaf-care di akses 15-8-2016 93

respons positif dari mualaf dengan majoriti memberi penilaian 80% ke atas. 29 Selain itu, terdapat organisasi berbentuk pertubuhan bukan kerajaan NGO yang bekerjasama dalam mewujudkan hubungan khusus dengan golongan mualaf seperti Hidayah Centre, ABIM, HALUAN, PERKIM dan lain-lain. Pertubuhan ini lazimnya menjadi pusat sokongan dalam membantu menjaga kebajikan saudara baru. Masjid dan Pembangunan Mualaf Selangor mempunyai bilangan masjid sebanyak 401 buah, dengan 1832 surau untuk memenuhi keperluan masyarakat muslim. Institusi ini merupakan pusat pembangunan masyarakat Islam yang menjadi lokasi utama rujukan dan keselamatan umat Islam. Ia merupakan jambatan yang dapat memperkukuhkan ukhuwah, kesefahaman, kesatuan, keharmonian, keadilan, keilmuan dan syiar umat Islam. 30 Institusi yang menjadi lambang keutuhan umat Islam ini memiliki pelbagai fungsi dan peranan yang penting bagi memastikan masyarakat setempat dapat memantapkan keimanan dan ketakwaannya melalui aktiviti pengimarahan masjid sama ada sebagai pusat ibadah, pusat pendidikan dan pembelajaran, pusat pentadbiran dan pemerintahan mahupun sebagai pusat kegiatan sosial. 31 Cabaran masjid pada masa ini semakin berat apabila berhadapan dengan era ledakan maklumat. Masyarakat terdedah dengan pelbagai maklumat hanya dengan menggunakan hujung jari tanpa perlu menghadirkan diri dalam majlis ilmu terutama yang dilaksanakan di masjid. Hal ini memaksa masjid perlu bergerak lebih proaktif bagi menangani isu umat Islam semasa dan menangani isu 29 Aidit Ghazali and Zulkifli Abdul Hamid, "Kajian Berkaitan Kepuasan Responden Terhadap Program Bantuan Kepada New Converts Di Selangor" (kertas dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Pembangunan Mualaf, KUIS Bangi, 2013). 30 Azhar Muhammad, et.al, Menjana Pengurusan Masjid Inovatif: Satu Keperluan Era Globalisasi, dalam Mohd Ismail Mustari et.al, Menginovasi Masjid Mensejahtera Ummah, (Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2013), h. 1 31 Nor Raudah Hj Siren & M. Zaidi A. Rahman, Strategi Mengurus Masjid, (Kuala Lumpur: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya, 2006), h.2. 94

dakyah musuh-musuh Islam serta maklumat yang salah dan tidak bertanggungjawab tentang Islam. Kewujudan mualaf dalam sesuatu kariah turut menambah cabaran sedia ada sebagaimana di bincangkan pada bahagian atas. Dengan masalah yang dihadapi mualaf, kesediaan masjid menyediakan ruang-ruang sokongan dan bantuan menjadi semakin signifikan. Walau bagaimanapun, sejauhmanakah pusat pembangunan masyarakat Islam ini mampu menangani golongan mualaf seterusnya membimbing mereka untuk memiliki jiwa yang kental, utuh dan teguh dalam Islam? Masjid Dan Tanggungjawab Terhadap Mualaf Kewujudan pelbagai institusi yang menawarkan perkhidmatan kepada mualaf, kadang kala menunjukkan sikap lepas tangan. Perkara ini dapat dilihat melalui kajian yang dilakukan oleh Mohamad Zaidi, Nor Raudah dan Musayyadah ke atas 106 masjid yang mengambil bahagian dalam kajian tinjauan bertajuk Penglibatan Komuniti Islam Dalam Pengurusan Mualaf. Ini menyebabkan ada persepsi dalam kalangan pentadbir masjid yang menyatakan bahawa perancangan program untuk mualaf adalah di bawah tanggungjawab MAIS. Penyerahan tanggungjawab kepada pihak lain, mungkin dipengaruhi oleh pengetahuan sedia ada akan kewujudan bahagian khas mualaf di bawah kendalian MAIS atau PERKIM yang mengurus secara profesional mengenai hal ehwal mualaf termasuklah program peningkatan pemahaman Islam sebagaimana di atas. Mereka menyarankan antara lain: i- MAIS perlu mengadakan pemantauan yang berterusan kepada golongan mualaf. ii- MAIS boleh mewujudkan kumpulan usrah kepada golongan mualaf dan dibimbing oleh pakar agar mereka iii- tidak terasa tersisih daripada masyarakat. MAIS perlu menempatkan pegawai khas mualaf di setiap daerah bagi memantau dan membimbing mualaf. 32 Cadangan di atas memberi indikasi secara tidak langsung bahawa pihak masjid beranggapan pihak luar yang patut mengurus hal ehwal mualaf di kariah mereka. Idea ini mempromosikan institusi masjid 32 A. Rahman M.Zaidi, Nor Raudah Siren, and Musaiyadah Ahmad, "Penglibatan Komuniti Islam Dalam Pengurusan Muallaf," (MAIS, 2014). 95

sebagai satu institusi sosial yang pasif dalam melayan keperluan golongan minoriti di persekitaran mereka. Secara tidak langsung ia boleh merenggangkan hubungan mualaf dengan komuniti Muslim. Walau bagaimanapun dalam kajian yang sama, terdapat sekitar 20-30 peratus pihak pengurusan masjid yang memasukkan pengisian program khas kepada golongan mualaf. Ini menunjukkan pengisian kepada mualaf bergantung kepada inisiatif pihak masjid. Hal ini dikuatkan lagi dengan komitmen pihak pengurusan yang masih belum memperuntukkan pengisian program berhasrat mahu memasukkannya dalam takwim perancangan masjid masingmasing. 33 Program berbentuk pengisian ilmu agama menjadi pilihan mereka. Ini mungkin sesuai dengan gambaran umum dan title saudara baru lazimnya dikatakan memerlukan pergisian ilmu agama. Justeru, langkah pengisian ilmu dalam berbagai bentuk (kelas dan ceramah), tajuk yang pelbagai (berbentuk ilmu dan peristiwa Islam), mengambil tempat yang besar dalam perancangan AJK masjid 34 yang akan diperincikan di bawah. Masjid Dan Kecenderungan Program Terhadap Mualaf Umumnya dalam kajian yang dilaksanakan di Selangor, pihak masjid menunjukkan hasrat positif bagi melibatkan mualaf dalam aktiviti berpusat di Masjid. Ada gesaan daripada mereka agar golongan mualaf terlibat sebagai ahli jawatankuasa masjid tambahan dan juga aktif membantu masjid. Pembabitan mualaf dalam bentuk tersebut, secara tidak langsung - menurut satu pandangan responden - berfungsi untuk memantau keterlibatan mereka dalam hal-hal agama. Malahan ada responden percaya dengan menjalankan program bersungguhsungguh dan berterusan ia dapat memikat hati mualaf untuk istiqamah dengan agama Islam. Tidak sekadar menjadi ahli jawatankuasa tambahan atau penyertaan dalam aktiviti, ada pihak masjid yang sangat prihatin akan kebajikan mualaf. Antara keprihatinan itu dapat dikesan sebagaimana cadangan berikut: i. Penginapan dan kemudahan-kemudahan lain yang sesuai perlu disediakan bagi memudahkan golongan mualaf untuk datang ke 33 Ibid. 34 Ibid. 96

masjid bagi mempelajari ilmu agama supaya mereka merasa selesa dan terjaga kebajikan. ii. Beri peluang kepada mualaf untuk berniaga di sekitar masjid agar mereka dapat berdikari dan mengurangkan budaya meminta-meminta. iii. Persepsi negatif masyarakat terhadap mualaf haruslah dibersihkan supaya mualaf tidak merasa terpinggir dan takut untuk pergi ke masjid. iv. Perbanyakkan program khas untuk mualaf di masjid. v. Wujudkan tabung khas untuk mualaf. vi. Anak-anak golongan mualaf perlu diberikan perhatian khusus seperti memberi mereka pendidikan agama yang cukup. Keprihatinan mereka dapat dirumuskan kepada aspek pemantapan ilmu, bantuan ekonomi dan sokongan psikologi. Aspek bantuan ekonomi agak banyak diperkatakan. Cadangan tersebut mungkin terhasil daripada pengalaman mereka berinteraksi dengan golongan mualaf ini. Ini dapat dilihat melalui misalnya cadangan memberi ruang untuk berniaga (perkara ii) kerana pengalaman berhadapan dengan kekerapan permohonan bantuan kewangan daripada mualaf. Persepsi ini juga dapat dilihat melalui cadangan mereka kepada pihak MAIS untuk menyediakan pekerjaan yang sesuai untuk golongan mualaf. Cadangan ini disertakan alasan supaya permasalahan meminta-minta oleh mualaf akan berkurangan. Hal ini dikuatkan pula dengan perkongsian maklumat yang dipetik dalam blog Suara Mualaf mengenai masalah meminta bantuan kewangan yang diajukan oleh mualaf kepada mereka. Masjid dalam blog ini dicadangkan sebagai tempat praktikal menguruskan hal tersebut. 35 Masjid Sebagai Pemangkin Transisi Sosial Mualaf Dalam kajian yang sama program yang dirancang oleh pihak masjid ke atas mualaf ada pelbagai. Namun begitu, ia didapati bersifat stereotype biasanya berbentuk aktiviti membabitkan jumlah yang ramai. Program berteraskan ilmu diikuti agihan bantuan menjadi pilihan mereka. Program bercorak interaksi sosial sekalipun ada tetapi 35 Lihat http://suaramualaf.com/index.php?limitstart=15 di akses pada 10 November 2014. 97

cenderung ke arah sambutan hari kebesaran Islam sahaja. Tidak dinafikan kepentingan program tersebut memberi penambahan ilmu kepada golongan mualaf, dan usaha ini juga dilakukan oleh pihak luar seperti MAIS dan PERKIM. Penerokaan ke atas program yang bersifat sosial bagi mengisi transisi mualaf masih dilihat dalam keadaan longgar. Sedangkan program berbentuk demikian pada asasnya dapat meluaskan ruang interaksi antara mualaf dan komuniti muslim setempat. Justeru, program anak atau saudara angkat sebagaimana yang telah dilalui oleh Natrah pada tahun 1950an boleh dijadikan panduan. Peristiwa ini dapat menyediakan tapak transisi mualaf ke dalam kelompok majoriti muslim melalui sistem keluarga angkat. Tambahan pula, cabaran hasil daripada peminggiran keluarga asal mualaf dapat diminimakan melalui bantuan sokongan kelurga angkat tersebut. Masjid juga boleh mengusahakan program bersifat tidak formal. Misalnya masjid boleh mengambil inisiatif berpakat dengan beberapa keluarga seperti menjemput mualaf makan bersama keluarga tersebut mengikut keselesaan masing-masing. 36 Selain itu lawatan atau ziarah, melancong bersama dan sebagainya boleh dirancang secara berkala bagi menghilangkan trauma penolakan keluarga dan etnik asal terhadap mualaf. Perancangan berskala kecil begini tidak membabitkan kos yang tinggi tetapi tepat pada sasaran lantaran ianya membentuk program sokongan kepada mualaf. Program seumpama ini, dari segi luarannya tidak bersifat formal namun ada nilai tertentu dalam memenuhi tanggungjawab sosial berbentuk penyediaan ruang dalam membina hubungan silaturrahim antara mualaf dan masyarakat muslim. Namun pemilihan keluarga atau karakter yang sesuai juga wajar dipertimbangkan. Ini diambil kira agar mualaf boleh menjadikan keluarga angkat atau kenalan baru muslimnya sebagai batu loncatan menjadi sebahagian komuniti muslim setempat yang besar. Transisi ini pada asasnya mengambil kira hasil temu bual dengan beberapa orang mualaf mengatakan masih wujud masalah persepsi negatif dan sikap double 36 Pengalaman pengkaji, ketika melanjutkan pelajaran di Wales berinteraksi dengan mualaf boleh dikongikan. Kami pelajar Malaysia di sana, menjamu muallaf setiap Jumaat dengan beberapa sahabat secara giliran. Ini dapat mendekatkan mereka dengan komuniti Muslim. Mereka merasa dihargai dan menunjukkan minat untuk mendalami Islam. 98

standard antara mualaf dengan komuniti Melayu Muslim. Ketidakselesaan mereka menyebabkan penyertaan terhadap sesuatu program anjuran masjid adalah rendah. Usaha demikian pada asasnya selaras dengan penggunaan perkataan mualaf di dalam al-quran. Istilah mualaf dari akar kata hamza lām fā ل ف) (أ yang digunakan dalam al-quran sebanyak 22 kali melalui empat bentuk penggunaannya iaitu: a. Lima kali 37 dalam bentuk penggunaan kata kerja (fi l) allafa dengan makna menyatu atau menyatupadukan atau (أ ل ف ( mengumpulkan. (أ ل ف) b. Empat belas kali 38 dalam bentuk kata nama (Isim) alf dengan makna ribu. c. Sekali 39 dalam bentuk isim maf ul (passive participle) mu-.(م ؤ ل ف ة) allafat d. Dua kali 40 dalam bentuk kata benda verbal (verbal noun) atau masdar ilāf ف) (إ ل aman tenteram. Penggunaannya sebagaimana dalam al-quran khususnya bahagian dari surah al-imran 103 dan al-anfal, 63 memang mempunyai kaitan dengan aspek emosi manusia dalam membina persefahaman berdasarkan iman. Kedua-dua surah tersebut bagi Ibn Kathir terkait antara satu sama lain bagi menggambarkan keadaan jahiliyah terhapus dengan mewujudkan persamaan akidah yang menyatukan antara golongan Aus dan Khazraj. Tambahan pula, perkataan itu digandingkan dengan hati yang mencerminkan aspek psikologi perakuan dan penerimaan satu pihak dengan pihak yang lain dalam bentuk aktif. Rumusan Dan Penutup Perubahan pegangan agama pada asasnya memerlukan suatu kekuatan dalaman yang kuat. Ini kerana perubahan itu lazimnya diiringi dengan penyesuaian gaya hidup (kepercayaan dan peraturan) 37 3:103, 8:63, 8:63, 8:63 dan 24:43. Dalam surah al-anfal sahaja ada tiga akar kata tersebut digunakan. 38 2:96, 2:243, 3:124, 3:125, 8:9, 8:65, 8:66, 8:66, 22:47, 29:14, 32:5, 37:147, 70:4 dan 97:3. 39 3:60 40 106:1 dan 106: 2 99

agama lama kepada tuntutan agama baru. Cabaran ini menjadi masalah mualaf yang membawa identiti baru. Namun, dengan menggalas identiti ini, bermaksud mereka bersedia menempuh halangan dan cabaran. Kesanggupan mereka melalui perubahan menjadi satu tanggungjawab institusi Islam di Selangor iaitu Jabatan Agama Islam Selangor. Mualaf juga turut mendapat tempat dalam kalangan Badan Bukan Kerajaan Islam (NGI) yang khusus ditubuhkan untuk berhadapan dengan isu-isu mualaf. Walau bagaimanapun, peranan masjid patut diteroka dengan lebih jauh bagi menyediakan tapak transisi sosial dalam masyarakat jika golongan mualaf berada dalam kawasan kariah mereka. Hubungan kedekatan kawasan menjadi kunci utama untuk pihak masjid mengadakan program memperkasakan identiti mualaf dengan membina transisi sosial yang lebih bermakna berbanding di peringkat pusat yang jauh dan memerlukan masa. Rujukan Abdullah, Abdul Ghani. "Permasalahan Saudara Baru Dan Penyelesaiannya Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur." Universiti Malaya, 2013. Azman, AR, MS Irwan, MD Nuradli Ridzwan Shah, Rose Irnawaty Ibrahim, and Norlina Ismail. "Indeks Pengukuran Penentuan Had Tempoh Mualaf Di Malaysia." Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa 6 (2015). Bakar, Mohammad Hasni Abu. "Peranan Unit Saudara Kita Jabatan Agama Islam Selangor Dalam Menangani Hak Dan Kedudukan Mualaf." Universiti Malaya, 2004. Ghazali, Aidit, and Zulkifli Abdul Hamid. "Kajian Berkaitan Kepuasan Responden Terhadap Program Bantuan Kepada New Converts Di Selangor." Kertas dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Pembangunan Mualaf, KUIS Bangi, 2013. Herman, Iran. "Nilai, Persepsi Jangkaan Saudara Baru Cina Terhadap Masyarakat Dan Agama Islam." Chap. 4 dalam Dakwah Kepada Non-Muslim Di Malaysia: Konsep, Metode Dan Pengalaman, Abdul Ghafar Don, Berhanudin Abdullah and 100

Zulkiple Abd. Ghani eds., 25. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, 1998. Hew, Wai Weng. "Penamaan Dan Identiti Cina Muslim: Pensempadanan, Perundingan Dan Kacukan Identiti Di Malaysia." Kertas dibentangkan di the Conference 4th International Malaysian Studies Conference; 3-5 August 2004, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2004. M.Zaidi, A. Rahman, Nor Raudah Siren, and Musaiyadah Ahmad. "Penglibatan Komuniti Islam Dalam Pengurusan Muallaf." MAIS, 2014. Ma, Rosey. "Being Muslim and Chinese in Malaysia." Chap. 2 In Malaysian Chinese: Recent Developments and Prospects, edited by Lee Hock Guan and Leo Suryadinata, 26. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2012. Saw, Swee-Hock. "Population Trends and Patterns in Multiracial Malaysia." Chap. 1 In Malasyia Recent Trends and Challanges, edited by Swee-Hock Saw and K. Kesavapany, 1-25. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2006. Siren, Nor Raudah Hj, and M. Zaidi A. Rahman. Strategi Mengurus Masjid. Kuala Lumpur: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya, 2006. 101

102

PENDEKATAN DAKWAH KEPADA PELANCONG BUKAN ISLAM DI MASJID-MASJID DI SEKITAR LEMBAH KLANG Erny Izatun Salwa Kamaruddin 1, Dr Muhammed Yusof 2 Pendahuluan Dakwah adalah satu tugas mulia yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan rasul-nya. Tugas dakwah adalah satu tugas yang mudah untuk dilaksanakan oleh seorang pendakwah yang benar-benar memahami isi pelaksanaan dakwah yang sebenar. Tambahan pula ianya dilaksanakan dengan hati yang penuh keikhlasan dan kesabaran. Islam menuntut kita menyampaikan dakwah kepada semua umat manusia termasuklah kepada orang bukan Islam. Dakwah terhadap orang bukan Islam perlulah mengambil pendekatan memujuk berasaskan prinsip hikmah agar tidak berlaku fitnah kepada agama Islam. 3 Pendekatan ini dijelaskan oleh Allah melalui firman- Nya di dalam surah an-nahl ayat 125 yan bermaksud; Serulah kejalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. Dari ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa dakwah perlu dilaksanakan dengan hikmah dan nasihat pengajaran yang baik agar 1 Erny Izatun Salwa Bt Kamaruddin, calon Sarjana Usuluddin, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 2 Muhammed Bin Yusof, Phd, Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 3 Abdul Ghafar Don, Nurul Nazuha Hazizan, Razaleigh Muhamat @ Kawangit. (2011). Dakwah kepada Non-Muslim: Sorotan Pendekatan Rasul Ulu al- Azmi. The International Journal of Islamic Studies. Islamiyyat 33. M/s 45-52. 103

dakwah dapat diterima oleh semua mad u lebih-lebih lagi bukan Islam. Melihat skop di Malaysia, perkembangan dan kemajuan masyarakat Islam di negara yang berbilang kaum, bangsa dan agama ini membuatkan masyarakat luar tertarik untuk datang ke Malaysia. 4 Sehingga kini, telah ramai pelancong datang ke Malaysia untuk melihat dan merasai sendiri keamanan rakyat dan masyarakat disini. Statistik kedatangan pelancong ke Malaysia dari tahun 2010 sehingga 2014 5 menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan dimana sebanyak 27.4 juta pelancong telah masuk ke Malaysia pada tahun 2014 berbanding seramai 25.72 juta pelancong pada tahun 2013 dan seramai 25.03 juta pelancong pada tahun 2012 serta 24.71 juta pelancong dan 24.58 juta pelancong masing-masing bagi tahun 2011 dan 2010. Peningkatan setiap tahun bagi tahun 2010 hingga 2014 adalah antara 0.5% sehingga 6.7%. Walaubagaimanapun, statistik untuk tahun 2015 menunjukkan sedikit penurunan dengan jumlah penurunan sebanyak 6.2% iaitu kepada 25.7 juta pelancong. 6 Pendapatan hasil dari aktiviti pelancongan mencatatkan pertumbuhan hampir 10 peratus iaitu RM72 bilion pada tahun 2014 berbanding RM65.4 bilion pada tahun 2013. 7 Ini menunjukkan bahawa sektor pelancongan mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi Malaysia. Melihat kepada jumlah kedatangan pelancong yang ramai serta dapat membantu mempertingkatkan ekonomi negara, membuatkan JAKIM tertarik untuk menyebarluaskan dakwah melalui institusi masjid. Lantaran itu, satu persidangan meja bulat telah diadakan anjuran pihak JAKIM sendiri pada 23 Febuari 2016 yang bertujuan untuk menjadikan masjid sebagai pakej pelancongan di negara ini. 8 Ini adalah satu usaha murni JAKIM apabila melihat masjid menjadi tempat tumpuan dan mendapat sambutan dari setiap pelancong luar negara apabila datang melancong ke Malaysia. 4 Perlembagaan Persekutuan. Kuala Lumpur. MDC Publishers Sdn Bhd. H.1. 5 http://www.tourism.gov.my/statistics. Di akses pada 19 April 2016. 6 http://www.sinarharian.com.my/bisnes/jumlah-pelancong-dijangka-naik-30-5- juta-1.506775. Diakses pada 8 April 2016. 7 http://www.hmetro.com.my/node/58578?m=1. Diakses pada 1 April 2016. 8 www.bernama.com. Diakses pada 26 Febuari 2016. 104

Dengan menjadikan masjid sebagai satu pakej pelancongan, ianya secara tidak langsung membuka ruang kepada masjid untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran dakwah kepada pelancong bukan Islam yang datang ke Malaysia. Inilah peluang yang harus dimanfaatkan oleh para pendakwah dan tidak terlepas juga pihak Islamic Outreach Abim untuk terus lebih aktif berdakwah kepada para pelancong yang datang ke Malaysia. 9 Islamic Outreach Abim telah mewujudkan satu program dakwah yang dilaksanakan terhadap pelancong bukan Islam yang datang ke masjid. Program ini telah mula dilaksanakan tahun 2003 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Salah satu destinasi pelancong utama adalah masjid semenjak ia telah dibuka kepada pelancong bukan Islam dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam di seluruh negara. 10 Kini, Islamic Outreach Abim telah mempunyai kira-kira lebih 100 orang pendakwah yang aktif dan sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk menyampaikan mesej Islam kepada para pelancong yang bukan Islam di dalam perkarangan masjid. Hasilnya, ramai pelancong yang telah memeluk Islam secara sukarela 11 setelah datang berkunjung ke Masjid Negara. 12 Pendekatan Dakwah Kepada Pelancong Bukan Islam Di Masjid Terdapat beberapa pendekatan yang telah dilaksanakan oleh pihak masjid di sekitar Lembah Klang iaitu: 1. Menjawab atau Membalas Salam Dengan Baik. 13 2. Penggunaan Bahasa Yang Mudah Difahami 14 9 Temubual bersama Ustaz Mohd Sofian bin Mat Ludin, penolong pengarah bahagian keluarga, sosial dan komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Putrajaya. Di Jakim, Putarajaya, pada 3 Mac 2016, jam 10.00 pagi - 12.00 tengahhari. 10 http://www.ioacentre.com/index.php/2014-03-17-04-04-53/program-dakwahpelancong-masjid-masjid-tour-guide-mtg. di akses pada 13 Mac 2016. 11 http://www.ioacentre.com/index.php/2014-03-17-04-04-53/program-dakwahpelancong-masjid-masjid-tour-guide-mtg 12 Nurul Akma Ghazali. (2010). Dakwah Terhadap Pelancong Non-Muslim: Suatu Kajian di Masjid Negara Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah Universiti Malaya. h.99. 13 Mohamad Nidzam Abd kadir. (2009). Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim. Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur. h. 3. 14 Ab.Aziz Mohd Zin. (2001). Metodologi Dakwah. Penerbit Universiti Malaya. H. 12-19. 105

3. Mengajak Bukan Islam Berbicara Mengenai Agama 15 4. Akhlak Sebagai Contoh Teladan Yang Baik 16 5. Peramah dan Pandai Mengambil Hati 17 6. Komunikasi Dalam Bentuk Penjelasan Yang Nyata dan Terang 18 7. Memberi layanan yang baik 19 8. Penampilan-Berpakaian Yang Kemas dan Sesuai 20 9. Toleransi dan tiada paksaan 21 10. Mencari persamaan berasaskan akidah 22 11. Dakwah dengan tulisan 23 12. Risalah 24 Masjid Negara Kuala Lumpur Masjid Negara adalah sebuah masjid yang telah disenaraikan sebagai masjid pelancong bermula pada tahun 2010 ketika JAKIM menyenaraikan masjid-masjid yang dapat menarik perhatian dan 15 Mohamad Nidzam Abd kadir. 2009. ibid. h.3. 16 Abdullah Muhammad Zin, Che Yusoff Che Mamat & Ideris Endot. Prinsip dan Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. (1998). h. 80-90. Lihat juga Abdul Karim Zaidan.( 1980). Dasar-dasar Ilmu Dakwah(2). Alih bahasa oleh H.M. Asywadi Syukur Lc. Penerbit Media Da wah. Dewan Pustaka Islam Kuala Lumpur. h. 280-290. 17 Ab. Aziz Mohd Zin. (2001). Metodologi Dakwah. h. 230-235. 18 Ab.Aziz Mohd Zin. (2001). Metodologi Dakwah. h. 12-19. 19 Mohd Yazid bin Saad. (2012). Aplikasi Ilmu Perbadingan Agama Dalam Pendekatan Dakwah Non-Muslim: Kajian Terhadap Program Islamic Outreach ABIM. Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya. H. 66-68. 20 Ab. Aziz Mohd Zin. (2001). Metodologi Dakwah. H. 230-235. 21 Abdullah Muhammad Zin & Padzal Hj. Mokhtar. Metodologi Dakwah Kepada Masyarakat Orang Asli: Pengalaman Pengislaman di Sungai Berua, Hulu Terengganu. Dalam Dakwah Kepada Non-Muslim Di Malaysia: Konsep, Metode & Pengalaman. Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi. (2009). h. 81-90. 22 Danial Zainal Abidin. (2003). Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden. Edisi Kedua. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. h.68-71. 23 Abdul Karim Zaidan. (1980). Usul al-da wah. Penterjemah: H.M. Asywadi Syukur Lc. Dasar-dasar Ilmu Dakwah (2). Penerbit Media Da wah. Dewan Pustaka Islam Kuala Lumpur. h. 280-283. 24 Ibid h. 280. 106

menjadi tumpuan pelancong ketika datang melawat Malaysia. 25 Masjid Negara merupakan masjid yang terletak di kawasan strategik iaitu ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dan lebih memudahkan pelancong untuk datang melawat. Statistik pelancong yang datang melawat ke Masjid Negara pada tahun 2015 adalah seramai 281,601 orang pelancong dari dalam dan luar negara. 26 Anggaran pelancong yang datang setiap hari adalah seramai 771 orang. Dengan jumlah kedatangan pelancong yang ramai ini adalah sangat rugi jika pendakwah tidak memanfaatkan peluang dengan menyampaikan dakwah dan penerangan tentang Islam kepada beberapa orang pelancong walaupun hanya dengan sedikit penerangan ringkas. Dalam menjalankan dakwah di perkarangan masjid, dakwah secara tidak langsung 27 perlu dipraktikkan agar pelancong yang datang tidak terasa terganggu dan tidak selesa. Ketika menjalankan dakwah, sudah tentunya terdapat pelbagai pelancong datang dari latar belakang bangsa dan agama yang berbeza. Ada dikalangan mereka yang datang dengan memberi salam dan sebahagiannya memberi salam hormat ketika memasuki perkarangan masjid. Sesetengah dari kalangan pelancong memberi salam hormat adalah sebagai satu tanda penghormatan kepada masjid sebagai tempat ibadah orang Muslim. Maka para pendakwah perlulah menjawab dan membalas salam dengan baik dan sopan 28 agar para pelancong tidak terasa hati dan wujud salah faham. Selain dari itu, pendakwah juga perlu bersifat ramah dan mesra agar pelancong berasa senang dan selesa untuk berinteraksi. 29 Sifat ramah dan mesra sangat penting dalam menyampaikan dakwah kerana pendekatan ini adalah satu cara untuk pendakwah menarik hati 30 pelancong bukan Islam. Seorang pendakwah yang peramah dan 25 Temubual bersama Ustaz Mohd Sofian bin Mat Ludin, Penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Putrajaya. Pada 3 Mac 2016, jam 10.00pagi - 12.00 tengahhari. 26 Ibid. h.5 27 Ab. Aziz Mohd Zin. (2001). Metodologi Dakwah. h. 170. 28 Mohamad Nidzam Abd kadir. 2009. Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim. Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur. h.2. 29 Ab. Aziz Mohd Zin. (2001). Metodologi Dakwah. h. 230-235. 30 Berhanundin Abdullah. Satu Kajian Konseptual Menurut al-quran dan al- Sunnah. Dalam Prinsip dan Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan 107

pandai mengambil hati akan mendapat perhatian dari golongan orang yang mendengar dakwah. Apabila mereka sudah tertarik dan berminat untuk berinteraksi maka penerangan tentang Islam akan lebih senang dan mudah untuk disampaikan. Pendekatan ini juga boleh merangsang mereka untuk bertanya lebih lanjut tentang Islam dan menjadi pengaruh yang besar untuk mengubah persepsi negatif orang bukan Islam terhadap agama Islam. Selain itu, pendekatan dakwah secara tidak langsung dengan memperlihatkan akhlak dan tingkah laku yang baik 31 juga merupakan satu pendekatan yang sangat baik. Ini kerana, setiap pelancong yang datang akan melihat seseorang dari luaran terlebih dahulu sebelum mula mengenali seseorang dengan lebih dekat. Jika tingkah laku dan akhlak yang buruk yang ditonjolkan maka tidak akan ada sesiapa yang akan mendekati pendakwah dan dakwah tidak akan dapat dijalankan dengan baik. Ianya akan menjadi lebih merosakkan jika akhlak yang buruk ditonjolkan ditempat ibadah seperti diperkarangan masjid. Selain daripada akhlak dan tutur kata yang berperanan sebagai ejen penyampaian dakwah tidak langsung, penampilan 32 yang bersesuaian sebagai seorang pendakwah juga dituntut agar memenuhi syariat Islam. Seorang pendakwah perlulah berpakaian kemas dan menutup aurat agar para pelancong yang datang tidak memberikan persepsi yang kurang baik terhadap agama Islam. Pendakwah mestilah mengenakan pakaian yang melambangkan seorang muslim yang sejati dan taat pada agama Islam. Penampilan bercirikan Islam dan patuh syariat Islam sangat dititik beratkan supaya orang bukan Islam akan tertarik dan akan memberi impak positif terhadap keseluruhan agam Islam. Ini juga merupakan satu jalan dakwah yang secara tidak langsung boleh menarik minat orang bukan Islam terhadap Islam. Malaysia. Abdullah Muhammad Zin, Che Yusoff Che Mamat, Ideris Endot. (1998). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. H. 63-72. 31 Abdullah Muhammad Zin, Che Yusoff Che Mamat & Ideris Endot. Prinsip dan Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. 1998. h. 80-90. Lihat juga Abdul Karim Zaidan. (1980). Dasar-dasar Ilmu Dakwah(2). Alih bahasa oleh H.M. Asywadi Syukur Lc. Penerbit Media Da wah. Dewan Pustaka Islam Kuala Lumpur. h. 280-290. 32 Ab. Aziz Mohd Zin. 2001. Metodologi Dakwah. h. 230-235. 108

Masjid Wilayah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Masjid Wilayah adalah masjid termoden di Malaysia yang telah siap dibina pada tahun 2000 yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Masjid yang mempunyai keluasan 47,000 meter persegi ini mampu menampung jemaah seramai 17,000 orang pada satu-satu masa. 33 Masjid moden ini mempunyai rekabentuk kombinasi tradisi Melayu Malaysia dan Timur Tengah yang berkonsepkan masjid dalam taman membuatkan pelancong tertarik untuk datang melawat ke masjid ini. Konsep atau pendekatan dakwah yang dilakukan oleh pendakwah Masjid Wilayah persekutuan agak berlainan dan mempunyai cara tersendiri dalam mengendalikan aktiviti dakwah kepada pelancong bukan Islam yang datang melawat ke Masjid Wilayah. Para pendakwah menggunakan pendekatan toleransi dan tiada paksaan 34 dalam menyampaikan dakwah dengan mengaplikasikan beberapa bentuk dan teknik yang lebih kepada menarik perhatian pelancong. Pendekatan ini selaras dengan Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 256 yang bermaksud; Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dari jalan yang salah Pendekatan yang juga selari dengan konsep dakwah ini ialah dengan pendekatan yang mencari persamaan berasaskan akidah 35 antara agama Islam dan bukan Islam. Ianya boleh dimulakan dengan beberapa persoalan mudah. Antara contoh persoalan yang dapat menarik dan membuka minda pelancong bukan Islam yang berkaitan akidah adalah seperti persoalan; Siapa pencipta anda? Pencipta saya dan pencipta anda adalah pencipta yang sama bukan?. Persoalan begini adalah satu bentuk persoalan bagi membuka minda pelancong 33 http://masjidwilayah.gov.my/v1/ diakses pada 20 Sept 2016. 34 Abdullah Muhammad Zin & Padzal Hj. Mokhtar. Metodologi Dakwah Kepada Masyarakat Orang Asli: Pengalaman Pengislaman di Sungai Berua, Hulu Terengganu. Dalam Dakwah Kepada Non-Muslim Di Malaysia: Konsep, Metode & Pengalaman. Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi. (2009). h. 81-90. 35 Danial Zainal Abidin. (2003). Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden. Edisi Kedua. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. h.68-71. 109

bukan Islam tentang asas kejadian manusia yang mana ianya membuatkan mereka berfikir dan lebih tertarik untuk mengetahui tentang Islam. 36 Ianya secara tidak langsung akan membuatkan pelancong bukan Islam akan mula memberi pertanyaan yang lebih mendalam tentang agama Islam. Dari sini, para pendakwah akan menyelitkan unsur-unsur dakwah dengan memberi penerangan yang sebenar tentang asas-asas dalam agama Islam. Selain dari itu, terdapat juga pendekatan seperti memberi layanan 37 yang sebaik mungkin kepada para pelancong yang datang dan ianya merupakan satu tuntutan agama Islam untuk kita melayan tetamu yang datang. Layanan yang diberi adalah seperti menerima dan menyambut kedatangan pelancong dengan ucapan selamat datang dalam bahasa ibunda mereka mengikut kemampuan pendakwah itu sendiri. 38 Contohnya seperti pelancong yang datang itu dari negara Jepun, maka para pendakwah akan memberi ucapan selamat datang dalam bahasa Jepun iaitu Koniciwa dan begitu juga negara-negara lain mengikut kemahiran bahasa yang ada pada setiap para pendakwah. Terdapat juga pendekatan seperti memulakan bicara dengan mengetahui latar belakang agama para pelancong dan mengajak mereka berbicara mengenai agama 39 mereka. Pendekatan ini digunakan ketika para pelancong sudah mula tertarik untuk mengetahui tentang Islam setelah para pendakwah dapat memberi layanan yang baik dan mereka rasa lebih selesa dengan sikap dan keterbukaan para pendakwah. 40 Dalam hal berbicara mengenai agama ini sikap dan pendekatan keterbukaan dan menerima pendapat 36 Temubual bersama Encik Bob Borhanuddin iaitu Pengasas Masjid Tour Program Masjid Wilayah, di Masjid Wilayah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 22 Sept 2016, jam 3ptg - 4.30ptg. 37 Mohd Yazid bin Saad. (2012). Aplikasi Ilmu Perbadingan Agama Dalam Pendekatan Dakwah Non-Muslim: Kajian Terhadap Program Islamic Outreach ABIM. Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya. h. 66-68. 38 Temubual bersama Puan Nor Azizan Ahmad sebagai pendakwah Di Masjid Wilayah Persekutuan, pada 22 Sept 2016, jam 3-4.30ptg. 39 Mohamad Nidzam Abd kadir. (2009). Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim. h. 3. 40 Temubual bersama Encik Bob Borhanuddin iaitu Pengasas Masjid Tour Program Masjid Wilayah, di Masjid Wilayah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 22 Sept 2016, jam 3ptg - 4.30ptg. 110

pelancong bukan Islam mengenai agama mereka adalah sangat penting supaya tidak wujud salah faham dan perselisihan pendapat. Ketika para pendakwah menyampaikan penerangan mengenai agama Islam kepada pelancong bukan Islam, hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan 41 dan tidak was-was supaya ianya tidak menampakkan bahawa orang Islam juga tidak yakin dengan agama yang dipegang. 42 Dalam menyampaikan dakwah, keyakinan adalah sangat penting dan bagi meningkatkan keyakinan hendaklah seseorang pendakwah itu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan 43 yang tinggi tentang Agama Islam dan meningkatkan kemahiran 44 dalam menyebarkan ilmu tersebut. Masjid Putra, Putrajaya Masjid Putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun. Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Masjid ini menjadi daya tarikan pelancong kerana masjid ini terletak dipusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia iaitu di Putrajaya. Statistik pelancong yang datang melawat Masjid Putra bagi tahun 2015 adalah seramai 545,565 45 orang pelancong dan purata anggaran kedatangan sehari adalah seramai 1490 orang. 41 Ahmad Mahmud Abu Yazid. (1996). Minhaj ad-da iah. Rabitah Al-Alam AL- Islami, Makkah. Penterjemah: Usamah bin Hussein. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Kuala Lumpur. h. 120-123. 42 Temubual bersama Encik Bob Borhanuddin iaitu Pengasas Masjid Tour Program Masjid Wilayah, di Masjid Wilayah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 22 Sept 2016, jam 3ptg - 4.30ptg. 43 Ab. Aziz Mohd. Zin. 1997. Pengantar Dakwah Islamiah. Penerbit Universiti Malaya. h. 136-137. 44 Ibid. h.136. 45 Temubual bersama Ustaz Mohd Sofian bin Mat Ludin, penolong pengarah bahagian keluarga, sosial dan komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Putrajaya. Di Jakim, Putarajaya, pada 3 Mac 2016, jam 10.00 pagi - 12.00 tengahhari. 111

Konsep dan pendekatan dakwah yang dilaksanakan di Masjid Putra Putrajaya ini menggunakan konsep memberi penerangan yang jelas dan nyata dalam penyampaian dakwah. 46 Konsep ini diaplikasikan dalam komunikasi antara pendakwah dan pelancong yang datang ke masjid. Komunikasi dalam bentuk yang jelas dan terang dapat menghilangkan kekaburan dan salah faham para pelancong terhadap agama Islam. 47 Konsep ini bersesuaian dengan Firman Allah dari surah an-nahl ayat 35 yang bermaksud; Maka tiada kewajipan ke atas Rasul-rasul, selain dari menyampaikan agama Allah dengan terang. Selain itu, konsep ini juga harus selari dengan pendekatan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh para pelancong. 48 Komunikasi yang berkesan adalah dimana kedua-dua pihak berinteraksi dalam bahasa yang boleh difahami oleh kedua-dua pihak, dalam konteks penyelidikan ini adalah pendakwah dan pelancong. Pendakwah perlu menguasai sekurang-kurang dua jenis bahasa selain dari bahasa Melayu. 49 Ini kerana penguasaan bahasa selain dari bahasa ibunda sangat penting bagi menyampaikan dakwah kepada para pelancong yang datang dari pelbagai negara. Dengan penguasaan bahasa, seorang pendakwah akan sentiasa yakin untuk berinteraksi dengan pelancong bagi menerangkan tentang masjid dan ibadah yang dilakukan oleh Muslim kepada pelancong sekaligus menerapkan unsur-unsur dakwah didalamnya. 50 Terdapat juga pendekatan dakwah dengan cara menunjukkan sifat peramah dan pandai mengambil hati 51 pelancong. Bersikap peramah dan pandai mengambil hati juga adalah satu cara dakwah dengan perbuatan yang dapat menarik hati pelancong bukan Islam untuk mendekati Islam. Sifat peramah adalah satu sifat dimana 46 Ab.Aziz Mohd Zin. 2001. Metodologi Dakwah. h. 12-19. 47 Nurul Akma Ghazali. 2010. Dakwah Terhadap Pelancong Non-Muslim: Suatu Kajian di Masjid Negara Kuala Lumpur. h.88-95. 48 Ab.Aziz Mohd Zin. (2001). Metodologi Dakwah. h 12-19. 49 Temubual bersama encik Raja di Masjid Putra, Putrajaya pada 3 Mac 2016, jam 3.00-4.00petang. 50 ibid. H.11. 51 Ab. Aziz Mohd Zin. (2001). Metodologi Dakwah. h 230-235. 112

seorang pendakwah pandai menyusun kata dan pandai menyapa setiap orang bagi mendapatkan perhatian untuk mereka terus mendengar dakwah yang hendak disampaikan. Selain itu, sapaan dalam bentuk yang sesuai dengan situasi dan keadaan 52 pelancong juga akan memudahkan mereka untuk mendekati para pendakwah dan menghilangkan rasa ruang yang jauh diantara seorang bukan Islam dengan seorang Islam yang baru dikenali. Dakwah dengan tulisan 53 juga adalah satu daripada bentuk pendekatan dakwah yang dapat menarik perhatian pelancong. Di setiap masjid didalam penyelidikan ini terdapat al-quran yang diterjemahkan dengan pelbagai bahasa antaranya Bahasa Jepun, Bahasa Korea, Bahasa Cina, Bahasa Thailand, Bahasa Italy, Bahasa India dan pelbagai lagi. Para pelancong yang datang berkesempatan untuk melihat, menyentuh dan membaca sendiri al-quran yang diterjemahkan ini. Para pendakwah akan membantu mereka untuk menceritakan kisah-kisah yang terdapat didalam al-quran tersebut. 54 Ada di kalangan pelancong yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang isi kandungan al-quran sehingga sanggup untuk membeli al- Quran tersebut. Dari sini para pendakwah berpeluang untuk menyampaikan sedikit penerangan tentang Islam dan jika pelancong lebih berminat mereka akan diterangkan lebih lanjut tentang Rukun Islam, Rukun Iman dan lain-lain perkara asas dalam Islam. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis risalah 55 dan brocure yang disediakan untuk rujukan para pelancong yang datang melawat. Bahan-bahan ini disediakan oleh beberapa buah organisasi termasuklah JAKIM 56 sendiri, antara organisasi yang menyediakan bahan bercetak yang diletakkan di setiap masjid adalah seperti 52 Nor Patimah Abd Rahim. (1990). Islamic Outreach ABim. Pendekatan Dakwah Terhadap Non-Muslim dan Saudara Baru Di Wilayah Persekutuan. Latihan Ilmiah Universiti Malaya. h.74-77. 53 Abdul Karim Zaidan. (1980). Usul al-da wah. h. 280-283. 54 Pengalaman penyelidik sendiri ketika melawat ke Masjid Putra di Putrajaya, pada 20 Sept. 2016, jam 3.00-4.00petang. 55 Abdul Karim Zaidan. (1980). Usul al-da wah. h. 280. 56 JAKIM adalah singkatan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang terletak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Laman sesawang: www.islam.gov.my 113

PERKIM 57, Islamic Outreach ABIM, dan lain-lain. Risalah ini juga ditulis dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, antaranya Inggeris, Rusia, Jepun, China, Korea, Italy, India dan banyak lagi. 58 Ada dikalangan para pelancong yang tidak fasih berbahasa Inggeris, maka mereka boleh mendapatkan maklumat mengenai Islam dengan membaca risalah berkaitan Islam dalam bahasa yang mereka fahami. 59 Risalah-risalah ini akan diberi kepada para pelancong yang berminat untuk mengetahui tentang Islam dengan lebih lanjut dan para pendakwah akan berpeluang untuk menerangkan tentang Islam kepada mereka. Pendekatan Dakwah yang Dilaksanakan oleh Ketiga-Tiga Buah Masjid kepada Pelancong Bukan Islam Kesimpulannya, terdapat beberapa pendekatan yang telah dilaksanakan oleh ketiga-tiga buah masjid iaitu: 1. Dakwah secara tidak langsung 2. Menjawab dan membalas salam dengan baik 3. Bersifat ramah dan mesra 4. Memperlihatkan akhlak dan tingkah laku yang baik 5. Penampilan yang bersesuaian. 6. Toleransi dan tiada paksaaan 7. Mencari persamaan berasaskan akidah 8. Memberi layanan yang baik 9. Mengajak bukan Islam berbicara mengenai agama 10. Memberi penerangan yang jelas dan nyata 11. Menggunakan bahasa yang mudah difahami 12. Berdakwah dengan tulisan seperti risalah dan al-quran yang diterjemahkan didalam pelbagai bahasa. 57 PERKIM adalah singkatan kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia yang beroperasi di Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh), Kuala Lumpur. Laman sesawang: www.perkim.net.my 58 Pemerhatian penyelidik sendiri ketika melawat Masjid Putra, Putrajaya, Masjid Negara, Kuala Lumpur dan Masjid Wilayah, Wilayah Persekutuan. 59 Temubual bersama encik Raja di Masjid Putra, Putrajaya pada 3 Mac 2016, jam 3.00-4.00petang. 114

Kesimpulan Konsep dan pendekatan yang digunapakai oleh para pendakwah adalah pelbagai dan antara yang paling mudah untuk dilaksanakan dalam menarik perhatian para pelancong untuk mendekati Islam adalah dengan sifat keterbukaan pendakwah dalam menyampaikan dan mendengar pendapat pelancong mengenai agama mereka. Selain itu juga, pendekatan yang paling selalu digunakan oleh para pendakwah dalam menyampaikan dakwah secara tidak langsung ialah dengan memberi layanan yang baik, peramah dan mesra serta pandai mengambil hati para pelancong seperti membantu mereka untuk mengambil gambar, membawa mereka untuk melihat kawasan dan pemandangan yang menarik dari beberapa sudut di sekitar kawasan masjid dan sebagainya. Selain itu juga para pendakwah tidak menggunakan paksaan dan desakan untuk pelancong mendengar dakwah yang hendak disampaikan sebaliknya para pendakwah pandai mempelawa dan mengajak mereka untuk berbicara mengenai agama Islam dan agama mereka sendiri secara terbuka. Setiap pendekatan yang digunakan berlandaskan kepada keyakinan dan cara penyampaian yang jelas dan nyata supaya tidak wujud kontrovesi dan salah faham kerana tujuan dakwah adalah untuk menyampaikan kebenaran agama Islam kepada semua manusia. Oleh itu, pendekatan-pendekatan yang telah digunakan oleh para pendakwah dalam berdakwah kepada pelancong seperti yang telah dijelaskan dapat menarik minat pelancong untuk mengetahui dan mengenali Islam dengan lebih dekat. Pendekatan tersebut juga dapat memberi ruang kepada pendakwah untuk menyampaikan dakwah kepada pelancong melalui penjelasan yang jelas walaupun dalam waktu dan masa yang singkat. Oleh itu, tujuan dan objektif dakwah untuk menyampaikan risalah dan kebenaran Islam terjadi dengan secara tidak langsung. 115

RUJUKAN Abdul Ghafar Don, Nurul Nazuha Hazizan, Razaleigh Muhamat @ Kawangit. (2011). Dakwah kepada Non-Muslim: Sorotan Pendekatan Rasul Ulu al- Azmi. The International Journal of Islamic Studies. Islamiyyat 33. M/s 45-52. Abdul Karim Zaidan. (1980). Usul al-da wah. Penterjemah: H.M. Asywadi Syukur Lc.Dasar-dasar Ilmu Dakwah (2). Penerbit Media Da;wah. Dewan Pustaka Islam Kuala Lumpur. Ab. Aziz Mohd Zin. (2001). Metodologi Dakwah. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Page 230-235. Ab. Aziz Mohd. Zin. (1997). Pengantar Dakwah Islamiah. Penerbit Universiti Malaya. Abdullah Muhammad Zin, Che Yusoff Che Mamat & Ideris Endot. Prinsip dan Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. (1998). Page 80-90. Abdullah Muhammad Zin & Padzal Hj. Mokhtar. Metodologi Dakwah Kepada Masyarakat Orang Asli: Pengalaman Pengislaman di Sungai Berua, Hulu Terengganu. Dalam Dakwah Kepada Non-Muslim Di Malaysia: Konsep, Metode & Pengalaman. Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi. 2009. Abdurrahman AL-Baghdadi, t.t. Menghayati Dakwah Rasulullah Di Era Globalisasi. Serambi Timur Sdn Bhd. Ahmad Mahmud Abu Yazid. (1996). Minhaj ad-da iah. Rabitah Al- Alam AL-Islami, Makkah. Penterjemah: Usamah bin Hussein. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Kuala Lumpur. Berhanundin Abdullah. 1998. Satu Kajian Konseptual Menurut al- Quran dan al-sunnah. Dalam Prnsip dan Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan Malaysia. Abdullah Muhammad Zin, Che Yusoff Che Mamat, Ideris Endot. 1998. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Danial Zainal Abidin. 2003. Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden. Edisi Kedua. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. H.68-71. 116

Mohamad Nidzam Abd kadir. 2009. Fiqah Berinteraksi Dengan Non- Muslim. Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur. h.2. Mohd Yazid bin Saad. 2012. Aplikasi Ilmu Perbadingan Agama Dalam Pendekatan Dakwah Non-Muslim: Kajian Terhadap Program Islamic Outreach ABIM. Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya. H. 66-68. Nor Patimah Abd Rahim. 1990. Islamic Outreach ABim. Pendekatan Dakwah Terhadap Non-Muslim dan Saudara Baru Di Wilayah Persekutuan. Latihan Ilmiah Universiti Malaya. Nurul Akma Ghazali. 2010. Dakwah Terhadap Pelancong Non- Muslim: Suatu Kajian di Masjid Negara Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah Universiti Malaya. H.99. Perlembagaan Persekutuan. Kuala Lumpur. MDC Publishers Sdn Bhd. H.1. http://www.ioacentre.com/index.php/2014-03-17-04-04-53/programdakwah-pelancong-masjid-masjid-tour-guide-mtg http://masjidwilayah.gov.my/v1/ diakses pada 20 Sept 2016. http://www.tourism.gov.my/statistics. Di akses pada 19 April 2016. http://www.sinarharian.com.my/bisnes/jumlah-pelancong-dijangkanaik-30-5-juta-1. 506775. Diakses pada 8 April 2016. http://www.hmetro.com.my/node/58578?m=1. Diakses pada 1 April 2016. www.bernama.com. Diakses pada 26 Febuari 2016. Temubual bersama Encik Bob Borhanuddin iaitu Pengasas Masjid Tour Program Masjid Wilayah, di Masjid Wilayah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 22 Sept 2016, jam 3ptg - 4.30ptg. Temubual bersama Puan Nor Azizan Ahmad sebagai pendakwah Di Masjid Wilayah Persekutuan, pada 22 Sept 2016, jam 3-4.30ptg. Temubual bersama Ustaz Mohd Sofian bin Mat Ludin, Penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Putrajaya. Pada 3 Mac 2016, jam 10.00pagi - 12.00 tengahhari. Temubual bersama encik Raja di Masjid Putra, Putrajaya pada 3 Mac 2016, jam 3.00-4.00 petang 117

118

KEPERLUAN DAKWAH KEPADA GOLONGAN GELANDANGAN: SATU PENELITIAN AWAL Mohammad Sabran Harun, Dr Muhammed Yusof, Dr Yusmini Md. Yusoff Pendahuluan Sejarah gelandangan telah muncul sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan golongan ini dikenali dengan istilah Banu Mudhar (golongan melarat). Berdasarkan riwayat, Nabi Muhammad SAW pernah terlihat kelibat Banu Mudhar ketika melintasi kawasan masjid pada suatu ketika. Melihat kepada kumpulan tersebut, Rasullullah SAW naik ke mimbar dan berseru kepada penduduk agar memperbanyak sedekah. Pengajaran ini memberikan kita bahawa Islam tidak membenci golongan melarat bahkan mereka wajar dibantu untuk keluar daripada kehidupan yang serba daif dan kekurangan itu. Kaum yang melarat diminta supaya berusaha untuk berubah dan bertakwa kepada Allah SWT agar dimurahkan rezeki. Golongan yang melarat itu sebenarnya ujian Allah SWT kepada manusia lain yang kedudukannya lebih baik agar sentiasa membantu. Menurut perspektif sosiologi, kaum gelandangan adalah mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak mempunyai tempat tinggal. Orang miskin, walaupun mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap, masih mempunyai tempat tinggal walaupun amat sederhana. Fenomena gelandangan turut meningkatkan jumlah orang miskin di bandar-bandar besar. Kemunculan gelandangan dalam era moden dikaitkan dengan pelbagai faktor, tetapi yang paling besar ialah perbandaran. 1 Kenyataan Media isu gelandangan oleh Dato Sri Rohani Abdul Karim Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 3 Jun 2014. Sejak isu gelandangan ini menjadi isu sosial di negara kita, ia telah menjadi isu bersama dengan semua pihak baik agensi kerajaan, agensi swasta, NGO, masyarakat dan orang awam. Kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan agensi seperti PBT, PDRM, AADK, Imigresen, Jabatan Kesihatan, 1 http://www.dakwah.com.my 119

Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Agama Islam telah pun berlaku bagi mengatasi masalah gelandangan ini. Hubungan kerjasama ini amat penting bagi memastikan kesejahteraan sosial negara. Golongan gelandangan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang antaranya warga emas, penagih dadah, penganggur, pesakit mental, pesakit melarat, orang yang bekerja tapi tidak berumah dan lain-lain. Operasi terhadap gelandangan dan pengemis ini dilaksanakan berdasarkan tanggungjawab di bawah JKM bagi menyelamatkan orang papa dan pengemis seperti yang dinyatakan di bawah Akta Orang Papa 1977. Lazimnya selepas operasi dijalankan, proses saringan akan dijalankan oleh agensi yang terlibat bagi mengenalpasti permasalahan dan keadaan pengemis tersebut. JKM hanya berperanan untuk menyelamatkan pengemis tempatan sahaja. Bagi pengemis warga asing pula, mereka yang ditahan semasa operasi menyelamat akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya. Begitu juga sekiranya ada dalam kalangan pengemis yang ditahan itu terlibat dengan pengambilan dadah, maka AADK akan membantu menguruskan mereka. Bagi pengemis yang berada di bawah tindakan JKM, Jabatan akan mendapatkan Perintah Tahan Sementara di bawah Seksyen 3(2) Akta Orang Papa 1977 (AOP) bagi membolehkan melalui mahkamah pengemis tersebut ditahan selama tempoh tidak melebihi 30 hari untuk tujuan siasatan. Bagi yang mempunyai kelaurga dan sanggup memberi jagaan mereka akan dikembalikan kepada keluarga. Sekiranya di dapati mereka memang benar-benar miskin, daif dan tiada keluarga maka mereka akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan (RSK) bagi pengemis yang berumur 60 tahun ke atas ataupun Desa Bina Diri (DBD) bagi pengemis yang berumur 18-59 tahun untuk diberi perlindungan dan menjalani pemulihan. Tempoh perlindungan dan pemulihan adalah 3 tahun mengikut Seksyen 3(4) AOP. Di DBD dan RSK berkenaan, mereka akan menjalani pemulihan, perlindungan dan latihan kerjaya dalam bidang vokasional, pertanian dan kraftangan. Pendidikan kerohanian dan rekreasi, rawatan perubatan dan penjagaan kesihatan juga turut disediakan. 120

Isu gelandangan ini berkait rapat dengan Akta Orang Papa 1977. Kebanyakan mereka yang bergelandangan adalah daripada kategori khalayak ini. Justeru, KPWKM kini dalam proses meminda Akta Orangorang Papa 1977 yang sedia ada dengan cadangan memasukkan elemen penguatkuasaan di dalam akta berkenaan. Pindaan tersebut perlu dilaksanakan sebagai langkah membasmi kegiatan mengemis yang dilihat semakin serius dan mempunyai unsur penipuan. Buat masa ini, akta yang sedia ada hanya bersifat untuk memberi perlindungan dan pemulihan terpakai untuk memberi perlindungan serta pemulihan terhadap pengemis yang diselamatkan setiap kali operasi diadakan. Jadi sukar bagi Kementerian mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sindiket yang mengekploitasi individu lain untuk mengemis atau seseorang yang menjadikan mengemis ini sebagai karier sehingga mereka dapat mengaut keuntungan mencecah ribuan ringgit sebulan walaupun mereka ini sihat tubuh badan atau mampu bekerja mencari pendapatan sendiri. Akta sedia ada juga hanya terpakai untuk memberi perlindungan serta pemulihan terhadap pengemis yang berumur 60 tahun ke atas dan berumur 18 59 tahun yang jatuh di bawah kategori miskin tegar, daif dan tiada keluarga. Justeru, pindaan yang dicadangkan adalah berkaitan hukuman untuk dimasukkan kepada akta berkenaan ialah mengenakan kompaun, denda khidmat masyarakat ataupun hukuman penjara kepada individu yang mengekploitasi orang lain untuk mengemis atau individu yang menjadikan mengemis ini sebagai karier sehingga mereka dapat mengaut keuntungan mencecah ribuan ringgit sebulan walaupun mereka ini sihat tubuh badan atau mampu bekerja mencari pendapatan sendiri. 2 Takrif Gelandangan Pusat Rujukan Persuratan Melayu atau Dewan Bahasa dan Pustaka mengertikan perkataan gelandangan iaitu orang yang pekerjaannya 2 Kenyataan Media oleh Dato Sri Rohani Abdul Karim Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 3 Jun 2014 121

atau tempat tinggalnya tidak tetap. Tidak tentu tempat kediamannya atau pekerjaannya. 3 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gelandangan bermaksud orang yang hidup dalam keadaan yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap atau layak dalam wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum. 4 Akta Orang Papa 1977 (Akta 183) Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi menjaga dan memulihkan orang papa dan bagi mengawal kutu rayau. [Semenanjung Malaysia 15 November 1977, P.U. (B) 678/1977; Sarawak 27 Januari 1995, P.U. (B) 33/1995] DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa: 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Orang Papa 1977 dan hendaklah terpakai bagi seluruh Malaysia. (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahu dalam Warta dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi Negeri yang berlainan dalam Malaysia, dan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini. Tafsiran: 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain Ketua Pengarah ertinya Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, dan termasuklah seseorang Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri dan Pengarah Kebajikan Masyarakat, Wilayah Persekutuan; 3 http://prpm.dbp.gov.my 4 http://prpm.dbp.gov.my 122

mengemis ertinya apa-apa kelakuan yang dikira akan mendorong pemberian sedekah, sama ada atau tidak terdapat apa-apa perbuatan pura-pura menyanyi, bermain, berlakon, menawarkan sesuatu untuk jualan atau selainnya; Menteri ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan; orang papa ertinya (a) seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang yang lazim mengunjungi tempat itu atau pun hingga menimbulkan kacau ganggu; atau (b) seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam, sama ada atau tidak dia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan; Penguasa ertinya seseorang yang mengurus atau mengawal sesuatu rumah kebajikan; rumah kebajikan ertinya sesuatu institusi, atau sebahagian daripadanya, yang ditubuhkan di bawah Akta ini untuk menerima, menjaga dan memulihkan orang papa. Kuasa bagi menghendaki seseorang orang papa tinggal di rumah kebajikan: 3. (1) Mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh sesuatu pihak berkuasa tempatan dan yang bertindak di bawah arahan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai kebajikan masyarakat boleh mengambil ke dalam jagaannya manamana orang papa dan mengemukakan orang itu ke hadapan seseorang Majistret dalam tempoh dua puluh empat jam: Dengan syarat bahawa jika orang papa itu tidak mahu diambil atau memberikan apa-apa tentangan kepada pegawai yang disebut dalam subseksyen ini, pegawai itu boleh meminta mana-mana pegawai polis untuk membantu menjalankan kuasanya, dan menjadi kewajipan tiap-tiap pegawai polis untuk mematuhi permintaan itu. 123

(2) Jika Majistret itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang yang dibawa ke hadapannya itu ialah orang papa, dia boleh memerintahkan supaya orang itu dimasukkan sementara ke dalam suatu rumah kebajikan sementara menunggu suatu laporan oleh pegawai kebajikan masyarakat. (3) Laporan itu hendaklah disiapkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh orang itu dimasukkan ke dalam suatu rumah kebajikan. (4) Seseorang Majistret dalam Kamar jika berpuas hati daripada suatu laporan yang diberikan oleh seseorang pegawai kebajikan masyarakat bahawa orang itu seorang orang papa, boleh dengan waran yang ditandatangani sendiri olehnya memerintahkan supaya orang itu tinggal dalam suatu rumah kebajikan selama tempoh yang tidak boleh melebihi tiga tahun: Dengan syarat bahawa seseorang Majistret dalam Kamar boleh, jika berpuas hati daripada suatu laporan yang diberikan oleh seseorang pegawai kebajikan masyarakat, melanjutkan Perintah itu selama suatu tempoh selanjutnya yang difikirkannya patut dan tempoh itu tidak boleh melebihi tiga tahun. (5) Penguasa rumah kebajikan itu hendaklah menjaga orang papa yang telah dimasukkan sementara atau yang telah diperintahkan supaya tinggal dalam suatu rumah kebajikan. (6) Seksyen ini tidak terpakai bagi seseorang yang berumur di bawah lapan belas tahun. Masuk secara sukarela ke rumah kebajikan: 4. Mana-mana orang papa yang secara sukarela meminta supaya dimasukkan ke suatu rumah kebajikan dikehendaki mengaku janji bahawa, jika diterima masuk, dia akan patuh kepada syarat masuk yang dikenakan di bawah Akta ini atau kepada apa-apa kaedah yang dibuat di bawahnya. Menteri boleh menubuhkan rumah kebajikan: 5. (1) Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan rumah kebajikan di mana-mana tempat yang difikirkannya patut. (2) Menteri boleh melantik penguasa bagi mengurus rumah kebajikan. Lembaga Pelawat: 6. Menteri boleh melantik suatu Lembaga Pelawat bagi tiap-tiap rumah kebajikan untuk melaksanakan 124

kewajipan dan fungsi sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui kaedah kaedah dan untuk memberikan nasihat dan membuat syor kepada Ketua Pengarah mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Ketua Pengarah. Kaedah-kaedah bagi mengurus rumah kebajikan: 7. Menteri boleh membuat kaedah-kaedah (a) bagi mengawal selia pengurusan rumah-rumah kebajikan dan penerimaan masuk orang ke dalamnya dan bagi menjaga, mengawal, mendisiplinkan dan memulihkan orang yang tinggal di dalamnya; (b) bagi menetapkan penubuhan dan fungsi Lembaga Pelawat; dan (c) pada amnya bagi menguatkuasakan Akta ini. Dilepaskan dari rumah-rumah kebajikan: 8. (1) Mana-mana orang yang diterima masuk ke sesuatu rumah kebajikan, sama ada atas permohonannya sendiri atau selainnya, boleh dilepaskan oleh Penguasa (a) jika ia berpuas hati bahawa penghuni itu telah mendapat pekerjaan yang sesuai untuk menyenggara dirinya; atau (b) kepada jagaan seseorang yang mahu dan berkebolehan menjaga dan menanggung penghuni itu dengan sepatutnya. Orang yang tinggal di rumah kebajikan boleh dikehendaki mengambil bahagian dalam aktiviti yang sesuai: 9. Mana-mana orang yang tinggal di sesuatu rumah kebajikan boleh dikehendaki mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang sesuai, sama ada dengan tujuan untuk melayakkan dia untuk pekerjaan di luar rumah kebajikan itu atau dengan tujuan untuk membolehkan dia memberikan sumbangan kepada penyenggaraannya dalam rumah kebajikan itu. Orang yang tinggal di rumah kebajikan boleh dihantar ke hospital: 10. Mana-mana orang yang tinggal di sesuatu rumah kebajikan boleh dihantar ke sesuatu hospital atau institusi perubatan lain untuk dirawat, jika diarahkan sedemikian oleh pegawai perubatan, dan hendaklah disifatkan semasa menerima rawatan itu sebagai seorang penghuni rumah kebajikan itu. 125

Penalti: 11. Mana-mana orang yang (a) tidak mahu diambil, atau yang memberikan apa-apa tentangan kepada pengambilannya, ke dalam jagaan seseorang pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh sesuatu pihak berkuasa tempatan dan yang bertindak di bawah arahan Ketua Pengarah atau seseorang pegawai kebajikan masyarakat di bawah Akta ini; (b) lari dari seseorang pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh sesuatu pihak berkuasa tempatan dan yang bertindak di bawah arahan Ketua Pengarah atau seseorang pegawai kebajikan masyarakat semasa diletakkan dalam jagaannya di bawah Akta ini; (c) tanpa kebenaran Penguasa meninggalkan rumah kebajikan tempat dia dikehendaki tinggal di bawah seksyen 3 atau tempat dia telah diterima masuk atas permohonannya sendiri di bawah seksyen 4; atau (d) setelah dibenarkan meninggalkan sesuatu rumah kebajikan bagi sesuatu masa yang ditentukan tidak kembali tanpa sebab yang munasabah apabila tamat masa yang ditentukan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihantar ke suatu rumah kebajikan atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan. Menangkap orang papa yang lari: 12. Seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran manamana orang yang dipercayainya dengan munasabah telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 11. Memendekkan tempoh tinggal: 13. Menteri boleh memendekkan tempoh tinggal dan melepaskan mana-mana orang dari rumah kebajikan jika Menteri berpuas hati bahawa adalah adil dan patut berbuat demikian kerana sebab istimewa mengenai kebajikan orang itu. Pemansuhan:14. Akta Kutu Rayau 1965 [Akta 19 tahun 1965] adalah dimansuhkan. Peruntukan peralihan:15. Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, semua orang yang tinggal di Pusat yang ditubuhkan di bawah Akta Kutu Rayau 1965 hendaklah terus tinggal di rumah kebajikan. 126

Penyeliaan setelah dilepaskan: 16. Jika seseorang itu dilepaskan dari rumah kebajikan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, dia hendaklah diletakkan di bawah penyeliaan seorang pegawai kebajikan masyarakat selama tempoh tidak melebihi satu tahun. Dakwah Kepada Golongan Gelandangan Dakwah kepada golongan gelandangan adalah suatu yang perlu dihayati dan diambil kira dari sejarah silam zaman Rasulullah SAW dan para sahabat menangani dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan gelandangan agar mereka akan dapat mengubah diri dan kehidupan mereka dari berkeadaan merempat kepada keadaan kehidupan yang normal. Agihan Zakat Kepada Golongan Asnaf Firman Allah SWT di dalam surah at-taubah ayat 60 menjadi dalil kepada takrif atau definisi Asnaf Zakat; إ ن م ا ٱلص د ق ت ل لف ق ر اء و ٱل م س ك ين و ٱلع م ل ين ع ل ي ه ا و ٱل م ؤ ل ف ة ق ل وب ه م و ف ي ٱلر ق اب و ٱلغ ر م ين و ف ي س ب يل ٱ لل و ٱب ن ٱلس ب يل ف ر يض ة م ن ٱ لل و ٱ لل ع ل يم ح ك ي م ٦٠ Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, dan orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Bagi menentukan asnaf yang layak menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal telah menggunakan takrifan asnaf berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999. 1. Fakir: Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang tanggungan. 127

2. Miskin: Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang tanggungannya. 3. Amil: Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya. 4. Muallaf: Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) dibahagi kepada dua iaitu : a) Beragama Islam - Baru memeluk agama Islam - Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya. - Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya. - Orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh. b) Bukan beragama Islam - Boleh dipujuk supaya masuk Islam. -Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam. 5. Al-riqab: Memerdekakan orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang tertentu. 6. Al-gharimin: Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak. 7. Fisabilillah: Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya. 128

8. Ibnu sabil: Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksudmaksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan. 5 Wang kutipan zakat yang mencecah ratusan juta ringgit malah berbilion saban tahun sering menjadi perbualan yang tidak pernah sunyi dipertikaikan oleh segelintir masyarakat di negara ini. Masakan tidak, negara sering kali dihebohkan dengan pelbagai kejadian yang menyayat hati disebabkan kemiskinan sehingga bahan buangan dijadikan sumber makanan dan sekeluarga tinggal di bawah jambatan kerana tidak mampu menanggung kehidupan. Malangnya, majoriti golongan kurang berkemampuan itu adalah dalam kalangan bangsa Melayu dan beragama Islam yang sepatutnya dilindungi oleh institusi zakat sebagaimana yang dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan umat Islam mula hilang keyakinan terhadap kredibiliti pusat zakat yang bertanggungjawab menguruskan perkara ini, sekali gus memastikan kebajikan umat Islam terbela. Hakikatnya kemiskinan yang berlaku mustahil untuk dihapuskan sepenuhnya selagi dunia belum kiamat. Kerana kemiskinan merupakan sunnatullah iaitu peraturan atau perjalanan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam kehidupan manusia di muka bumi selain fitrah kepada kejadian manusia. Pusat zakat perlu memainkan peranan penting dalam membantu menangani kemiskinan, khususnya kepada umat Islam dengan disokong oleh pertubuhan lain dan juga pemerintah. Pusat zakat di setiap negeri perlu bijak dalam menangani kemiskinan yang berlaku dengan mengambil contoh dan mempelajari daripada kejayaan yang ditunjukkan oleh pusat zakat di negeri lain. Pusat zakat yang dipertanggungjawabkan menguruskan kutipan dan agihan zakat perlu sentiasa bersedia menerima perubahan. Definisi zakat juga perlu diperluaskan mengikut keperluan zaman bagi menjadikan peranan pusat zakat lebih berkesan. Bilangan kakitangan zakat yang kecil tidak mampu untuk mengenal pasti kesemua golongan asnaf yang terdapat di seluruh pelosok negeri. Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat terdapatnya golongan asnaf di kawasan sekeliling mereka diharap 5 http://www.maiwp.gov.my 129

dapat melaporkan kepada pusat zakat di negeri masing-masing untuk diberikan bantuan. 6 Dalam fenomena serba naik, kalangan rakyat khususnya yang tinggal di bandar dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah di bawah RM2,000 paling berasa kesannya. Ini kerana, kos sara hidup purata pendapatan perindividu (pendapatan:tanggungan) adalah tinggi di bandar besar. Islam sebagai agama sejahtera mempunyai pakej penyelesaian yang komprehensif. Memang tidak dapat disangkal, antara punca berlakunya ketidakseimbangan ekonomi hingga membentuk jurang kaya-miskin yang terlalu luas, adalah dek kerana gagalnya umat Islam melaksanakan sistem ekonomi Islam secara total. Namun, dalam proses ke arah sistem ekonomi mengikut Islam, kita tidak wajar berpeluk tubuh. Sekadar menjadi pemerhati pasti gagal menatijahkan apa-apa dan ia adalah tabiat yang ditegah dalam Islam. Untuk menangani gejala kenaikan harga hingga menjebakkan kaum fakir miskin ke kancah kemelut hutang yang sadis, maka di sinilah peranan zakat dapat diaktifkan. Zakat adalah instrumen khusus yang diwahyukan Allah SWT sebagai senjata serampang dua mata. Zakat mengambil peranan menjadi tempat penyaluran dana bagi si kaya membersihkan diri dan zakat pada masa yang sama menjadi sumber dana bagi pembangunan umat. Inilah cantiknya syariat zakat di dalam Islam. Zakat dapat didefinisikan dalam bahasa mudah adalah badan kebajikan kepada umat Islam. Zakat yang dijana dengan baik dan menepati falsafah syariat, dapat berperanan untuk menstabilkan ekonomi umat Islam. Konsep zakat dalam menstabilkan ekonomi hendaklah dilihat dalam konteks yang luas, tidak hanya terbatas sekadar mengutip dan mengagihkan wang zakat dalam konteks yang konservatif. Hakikatnya zakat dapat digembeleng sebagai instrumen memperkasakan ekonomi umat Islam. Sifirnya mudah, seandainya umat Islam dapat mendominasi ekonomi negara, maka kawalan atau keseimbangan terhadap penawaran dan permintaan yang memungkinkan ketidakstabilan harga barangan atau perkhidmatan 6 http://www.utusan.com.my 130

dapat dikawal. Umat Islam sendirilah yang mengawalnya dan tidak membiarkan para peniaga yang mengamalkan sistem kapitalis tajaan Barat daripada memonopolinya. Seandainya kita melihat kepada skop agihan zakat secara makro, maka Allah SWT telah menggariskan lapan kumpulan manusia yang layak menerima wang zakat. Kumpulan manusia atau asnaf itu ialah fakir, miskin, mualaf, amil, gharim, riqab, fisabilillah dan ibnu sabil. Namun perspektif secara mikro membolehkan kita menerokai ruang baru dalam penjanaan wang zakat. Inilah yang diistilahkan membuka ruang baru atau ijtihad. Bukankah ruang ijtihad sentiasa terbuka. Andaikan tiada seorang pun yang mampu memberikan ijtihad kini, namun umat Islam masih mempunyai kesepakatan ulama yang boleh menghasilkan kesepakatan pendapat sama ada dalam bentuk fatwa yang jumhur sifatnya. Saya melihat, wang zakat sepatutnya dapat digunakan bagi menangani simptom kemiskinan dalam bentuk pencegahan. Hal ini sesuai dengan kaedah Islam yang lebih mengutamakan pencegahan daripada perawatan. Hari ini, majoriti pengamalan zakat ialah memberikan bantuan kepada fakir dan miskin yang telah pun terjebak ke dalam kancah kemiskinan. Ia bermula dengan mengenal pasti tahap kemiskinan dan diikuti dengan pelbagai mekanisme demi membina kembali kehidupan mereka. Sungguhpun membina kembali kehidupan fakir miskin adalah pekerjaan mulia, namun membiarkan mereka terjebak dahulu kemudian baru dipulihkan adalah satu perkara yang tidak begitu tepat. Sepatutnya, umat Islam perlu dielakkan daripada jatuh miskin terlebih dahulu. Kisah Rasulullah SAW memberikan kapak dan seutas tali kepada seorang peminta sedekah mungkin patut dijadikan model dalam mengiktiraf pendapat ini. Hakikatnya, wang zakat dapat dimanfaatkan di sini dengan mengutamakan kualiti kehidupan yang menyeluruh di kalangan umat Islam. Salah satu kaedah meningkatkan kualiti menyeluruh umat Islam ialah menerusi dominasi perniagaan. Bukankah sejarah juga pernah menunjukkan, semasa hijrah umat Islam ke Madinah, maka Abdul Rahman Auf telah meminta ditunjukkan pasar dan kehadiran umat Islam di pasar Yathrib akhirnya telah membantutkan perniagaan Yahudi yang bersifat cekik darah dek 131

pengamalan riba. Roh perniagaan inilah yang perlu dihidupkan kembali. Menerusi pengagihan wang zakat khususnya dalam penjanaan modal, maka umat Islam perlu diberikan prasarana lengkap agar menjadi peniaga yang jujur dan tinggi kompetensinya. Setiap lapangan perniagaan menyaksikan ada umat Islam yang mengambil bahagian, sama ada perkhidmatan, pertanian, makanan, pengangkutan hatta pembinaan. Umat Islam juga mesti terlibat sebagai pembekal atau pengedar, ayam dan sayur-sayuran misalnya. Apabila umat Islam aktif dalam bidang pengedaran dan pemasaran, maka wujudlah rangkaian yang bersifat A Z, iaitu rangkaian pembekal, pengedar, penyedia dan pengguna yang kukuh. Maka umat Islam tidak lagi khuatir andai ada pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab cuba memanipulasikan harga barangan, khususnya menjelang musimmusim perayaan saban tahun. Wang zakat dapat dijana dengan baik melalui kaedah membiayai perniagaan umat Islam maka nasib umat Islam lebih terjamin. Hari ini, hanya sektor perbankan dan agensi kerajaan tertentu sahaja yang memberikan bantuan kepada mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan. Tidak dinafikan, ada sesetengah institusi zakat yang turut menyediakan pakej modal perniagaan kepada umat Islam, namun ia bersifat terhad kepada segelintir penerima sahaja, iaitu golongan fakir, miskin dan mualaf. Bagaimana pula dengan umat Islam lain, yang belum jatuh ke tahap miskin tetapi kehidupannya betul-betul di sempadan garis kemiskinan. Mereka mungkin mempunyai minat untuk berniaga demi mengelakkan diri daripada garis kemiskinan itu, tetapi sukar memperoleh bantuan modal sama ada daripada pihak bank, agensi kerajaan terbabit termasuklah juga dari institusi zakat kerana masih tidak layak (belum diiktiraf kemiskinannya). Zakat memang dapat berperanan secara aktif seandainya ia diaktifkan secara optimum. Sekiranya pengagihan wang zakat dapat dijana dengan baik, maka ia sudah memadai menjadi pemangkin yang mampu memacu kutipan zakat selaju yang mungkin. 7 7 http://www.utusan.com.my 132

Mewujudkan Penempatan di Masjid Ulasan beberapa bulan lalu, Masjid Negara menjadi perbincangan ramai apabila pekerja amal Syed Azmi mencadangkan perkarangan masjid dibuka untuk gelandangan pada waktu malam. Harapan ramai adalah yang pihak Masjid Negara akan berbesar hati untuk memberi tempat berteduh kepada golongan yang kurang bernasib ini. Malah, sekian lama kami menunggu, pihak Masjid Negara menolak permintaan untuk membuka perkarangan mereka kepada gelandangan. Pihak Masjid Negara berkata yang mereka hendak mengelakkan daripada situasi di mana golongan gelandangan tidak menjaga adab di rumah Allah S.W.T. Malah ditambah lagi di akhir mesej tersebut untuk tidak memburukkan pihak Masjid Negara di mata masyarakat melalui sosial media. Bagi saya, kesimpulannya senang: yang memburukkan imej Masjid Negara adalah pihak mereka sendiri. Apakah hak mereka sebagai hamba Allah S.W.T. untuk menghakimi siapa mereka rasa layak memasuki rumah Allah S.W.T? Bukankah agama Islam mengutamakan kita membantu orang yang dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan? Dalam karya Sheikh Omar Bakri Muhammad, The Role of the Mosque, peranan masjid tidak hanya terhad kepada beribadah. Malah, wacana berkenaan isu ini menekankan bahawa masjid juga menjadi tempat untuk membangunkan ummah dari segi komuniti dan ekonomi. Sudah pasti pihak Masjid Negara pernah ke tanah suci Madinah dan Mekkah. Tidakkah mereka nampak kepelbagaian manusia yang menggunakan ruang Masjid al-nabawi dan Masjid al- Haram untuk berteduh? Lagi-lagi mereka yang tidak ada rezeki untuk bermalam di hotel di sekitar kawasan tersebut. Beri betis hendak peha? Saya tidak nafikan bahawa bagi pihak Masjid Negara, ini menjadi kes di mana diberi betis hendak peha. Takut nanti kebaikan mereka diambil kesempatan dan tempat yang sepatutnya suci-bersih menjadi kotor dan sebagainya. Tetapi sebagai wakil agama dan penjaga kunci kepada rumah Allah S.W.T, tidakkah kebajikan komuniti juga menjadi tanggungjawab mereka? Saya yakin ramai tidak ada masalah jika Masjid Negara memulakan inisiatif sebagai halfway home agar 133

menjadi platform untuk menolong golongan gelandangan untuk berintegrasi kembali dengan masyarakat. Islam agama belas kasihan. Walaupun puncanya berbeza, secara kesimpulannya kebanyakan daripada mereka memerlukan sokongan daripada komuniti yang menolak mereka atas sebab malas tanpa mengetahui punca sebenar mereka menjadi gelandangan pada mulanya. Janji tak berceramah dan menunjukkan diri mereka lebih alim, sudah. Pihak Masjid Negara ada peluang untuk menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang menunjukkan belas kasihan. Malah setiap orang Islam ada tanggungjawab untuk menolong sesama manusia, tidak kira ras, rupa dan latar belakang. Jangan kerana kita rasa kita pegang kunci kepada rumah Allah S.W.T dan warak, kita terselamat pada hari Akhirat kelak. Kerana itu hanya Allah S.W.T yang tahu. Allahu A lam. 8 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada dasarnya sedia memberi kerjasama kepada badan bukan kerajaan (NGO) untuk menempatkan kemudahan di masjid bagi membantu golongan gelandangan. Ketua Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya berkata, bagaimanapun NGO tersebut diminta tampil untuk berbincang lebih terperinci dengan jabatan itu bagi mengemukakan cadangan dan mekanisme pelaksanaannya. "Dari segi dasarnya, insyaallah Jawi sudi beri kerjasama, tak ada halangan. Tetapi dari segi pelaksanaannya NGO berkaitan perlu berbincang dengan Jawi. "Kita kena berbincang dengan NGO berkenaan mengenai bentuk pelaksanaan untuk menempatkan kemudahan-kemudahan itu di masjid. "Bila kita letak kemudahan itu, kita perlu melihat perkara itu dari segi kawalan, keselamatan dan, waktu penggunaan dan pengurusannya," katanya ketika dihubungi mstar Online. 8 https://www.malaysiakini.com 134

mstar Online pada minggu lalu melaporkan Pertiwi Soup Kitchen mencadangkan supaya ruang untuk menempatkan kemudahan mesin basuh, pengering baju dan lokar menyimpan barang buat golongan gelandangan dapat disediakan di masjid-masjid di sekitar ibu negara. Paimuzi turut berkata, Jawi juga perlu mendapatkan persetujuan dari masjid-masjid berkaitan bagi menempatkan kemudahan itu buat golongan gelandangan. "Walaupun masjid-masjid di Kuala Lumpur di bawah pengawalan Jawi tetapi saya juga perlu mendapatkan persetujuan daripada masjidmasjid itu terlebih dahulu,"katanya. Terdahulu, Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Munirah Abdul Hamid berkata, kemudahan itu dapat mengubah persepsi mengenai gelandangan yang sering dilihat sebagai pengotor, selekeh dan berbau. Menurut Munirah, ia juga turut memberi keselesaan kepada golongan itu terutama di kalangan mereka yang bekerja selain dapat menyimpan barangan berharga dan dokumen peribadi. "Banyak perkara yang boleh dibincangkan seperti penglibatan sukarelawan dalam memantau keadaan gelandangan yang menggunakan kemudahan itu dan menghadkan waktu penggunaannya," katanya. 9 Cadangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan ruang di kawasan masjid bagi kemudahan gelandangan akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian, kata Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad. Beliau berkata, sebelum sebarang keputusan dibuat, NGO terbabit diminta untuk mengemukakan cadangan supaya ia dapat dibincangkan dengan pihak pengurusan masjid itu. Tambahnya, pertimbangan itu turut mengambil faktor masjid berkenaan sebagai kawasan tumpuan pelancong dalam dan luar negara. "Kita sedia mempertimbangkan cadangan itu mengikut kesesuaian. Kita kena lihat pelbagai segi memandangkan Masjid Negara menjadi tumpuan pelancong. "Kesesuaian tempat ini untuk 9 http://www.mstar.com.my 135

gelandangan perlu dipertimbangkan. Di pihak sana (NGO), dia kata mungkin sesuai buat di masjid tetapi mungkin bagi kita tak sesuai atau sebagainya. "Masjid Negara jadi tumpuan pelancong, kebanyakannya dari luar, oleh itu, kita kena lihat sama ada patut atau tidak dedahkan mereka (gelandangan) di tempat awam," katanya kepada mstar Online, sambil menambah bahawa mungkin ada alternatif berhubung cadangan itu. Sebelum ini mstar Online melaporkan Pertiwi Soup Kitchen mencadangkan supaya masjid sekitar Kuala Lumpur menyediakan ruang untuk menempatkan kemudahan mesin basuh, pengering baju dan lokar menyimpan barang buat gelandangan terutama yang bekerja. Pengasasnya, Munirah Abdul Hamid ketika menyuarakan hasrat itu turut menyebut Masjid Negara sebagai antara masjid yang boleh dicadangkan untuk menempatkan kemudahan tersebut. Syaikh Ismail berkata, cadangan yang dikemukakan NGO terbabit akan dibincangkan bersama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan pandangan mengenainya. "Kita perlu bincang dengan Jakim. Kalau tulis surat (kemuka cadangan), boleh kita bawa kepada Jakim," katanya sambil menambah Masjid Negara adalah salah satu daripada tiga masjid utama di bawah pentadbiran Jakim. Difahamkan, secara purata kira-kira 250,000 pengunjung dalam dan luar negara melawat Masjid Negara setiap tahun. Mengenai gelandangan, beliau berkata, Masjid Negara telah bekerjasama memberi bantuan makanan kepada golongan itu setiap 136

minggu menerusi peruntukan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp). "Kita bantu beri makanan kepada mereka setiap Rabu. Kita tidak menghalang mereka datang ke sini untuk mendapatkan makanan dan perlindungan. "Apa yang kita harapkan supaya mereka menjaga adab, tingkah laku, menghormati kawasan masjid dan memelihara kebersihan persekitaran. Saya juga berharap gelandangan beragama Islam bersama-sama menunaikan solat," kata Syaikh Ismail. 10 Menuntut dan Mendalami Ilmu Agama Ahli Suffah merupakan satu kumpulan sahabat Rasulullah SAW yang dari mereka dikatakan bermulanya aliran sufi atau tasawuf. Mereka dikenal sebagai golongan miskin yang menumpang tinggal di beranda masjid Rasulullah SAW di kota Madinah. Keperluan mereka ditanggung oleh orang banyak. Mereka terdiri dari golongan yang tidak memiliki apa-apa, lemah dan tiada kemahiran dalam urusan kehidupan duniawi. Walaupun keadaan ahli suffah yang demikian kaum Muslimin tidak menganggap mereka sebagai beban. Kaum Muslimin yang berkemampuan dengan ikhlas hati memberi bantuan kepada golongan yang lemah itu. Ketika perkembangan Islam telah pesat ternyata peranan ahli suffah sangat penting. Tindakan Rasulullah SAW menyediakan tempat di beranda masjid baginda SAW untuk menjadi ahli masjid merupakan satu tindakan yang banyak hikmahnya. Ahli suffah yang juga ahli masjid Rasulullah SAW merupakan kumpulan yang paling dekat dengan baginda SAW. Mereka yang pertama mendengar ajaran Rasulullah SAW. Mereka senantiasa hadir di dalam majlis baginda SAW. Mereka mempelajari al-quran secara langsung dari Rasulullah 10 http://www.mstar.com.my 137

SAW. Peranan mereka adalah umpama kutub khanah yang menyimpan segala macam ajaran Nabi Muhammad SAW. Mereka hanya menekuni satu bidang saja dalam kehidupan ini, yaitu bidang ilmu Rasulullah SAW. Dari kalangan mereka terdapat orang yang sangat mendalami pengetahuan mereka tentang agama Islam. Khazanah ilmu agama itulah yang memainkan peranan penting sebagai mubaligh yang menyampaikan ajaran Islam kepada kaum Muslimin yang tidak sempat hadir di dalam majlis Rasulullah SAW dan juga kepada mereka yang baru memeluk agama Islam. Ahli suffah, ahli masjid Nabi SAW atau ahli sufi pada zaman Rasulullah SAW merupakan golongan yang bekerja di dalam bidang ilmu sepanjang masa. Mereka merupakan gedung ilmu dan juga penyebar ilmu. Al-Quran memberikan perhatian istimewa kepada ahli suffah, ahli masjid Nabi SAW, ahli sufi. Allah SWT mengakui pentingnya sumbangan mereka kepada perkembangan agama-nya. Firman Allah SWT dalam surah al Baqarah ayat 273 yang bermaksud, (Berinfaqlah) kepada orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang Kaya karena memelihara diri dari minta-minta. kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), Maka Sesungguhnya Allah Maha Mengatahui. Firman Allah SWT dalam surah At Taubah ayat 122 yang bermaksud, Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam 138

pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. Ahli suffah atau ahli sufi pada zaman Rasulullah SAW merupakan orang yang tidak memiliki apa-apa dan tidak berkehendak apa-apa kecuali Allah SWT dan Rasul-Nya. Mereka dikenal sebagai faqir yang terikat pada jalan Allah SWT. Jalan Allah SWT bukan semata-mata berperang mengangkat senjata. Memelihara al-quran dan al-hadits juga merupakan jihad yang besar. Perkembangan Islam yang pesat memerlukan tenaga yang khusus dalam bidang tersebut. Urusan memelihara ilmu agama sangat penting. Jika tenaga khusus itu disalurkan kepada bidang pekerjaan harian maka urusan pemeliharaan ilmu agama akan terpelihara, sedangkan hal itu sangatlah penting bagi perkembangan agama. Al-Quran menganjurkan agar sebagian dari umat Islam tidak keluar berperang. Jihad bagi golongan yang dibenarkan tidak keluar ke medan perang itu adalah memperdalam dan mengembangkan ilmu agama. Tuhan telah memberikan garis pembagian tugas dalam pembangunan masyarakat dan perkembangan agama. Berperang mengangkat senjata dan berjuang mengembangkan ilmu agama sama-sama mendapat penghargaan dari Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang artinya, Manusia yang paling dekat dengan derajat Kenabian adalah ahli ilmu. Ahli ilmu menunjukkan kepada manusia apa yang dibawa oleh Rasul. Ahli jihad juga berjuang dengan pedang mereka membawa apa yang dibawa oleh Rasul. Baginda SAW juga bersabda yang artinya: Pada hari kiamat tinta ulama ditimbang dengan darah syuhada. Ahli sufi pada zaman Rasulullah SAW merupakan orang yang menyediakan diri mereka semata-mata untuk Allah SWT dan Rasul- Nya. Mereka berfungsi sebagai penyimpan ilmu al-quran dan Hadits dan juga segala jenis ilmu agama. Mereka memancarkan ilmu-ilmu tersebut ke seluruh pelosok muka bumi. Inilah dasar yang perlu diperhatikan dalam menghubungkan ahli suffah dengan ahli sufi yang datang kemudian. 139

Oleh karena ahli ilmu itu tidak melibatkan diri dalam urusan mencari rezeki, maka mereka tidak dapat merasakan kemewahan dan kesenangan. Mereka hidup di dalam kefaqiran. Mereka faqir pada pandangan dunia tetapi kaya dengan ilmu Tuhan dan Rasul-Nya. Lidah dan pena mereka adalah pedang jihad mereka. Ilmu yang mereka pelajari dan sebarkan itulah darah syahid mereka. Rasulullah SAW mengakui bahwa golongan demikian sebagai kumpulan yang paling dekat dengan derajat kenabian. Ilmu mereka adalah percikan ilmu nabi-nabi. Ruhani mereka adalah cermin jernih yang menerima pancaran cahaya kenabian. Golongan seperti ini akan dikirimkan Tuhan dari masa ke masa pada setiap zaman. Tugas mereka adalah memperbaiki kerusakan yang terjadi pada ilmu agama, terutamanya dalam perkara akidah. Kerajaan Islam yang didirikan oleh Rasulullah SAW bermula di Madinah. Semakin besar kerajaan Islam semakin besar dan berat tugas yang dipikul oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW dibantu oleh empat orang Tangan Kanan. Mereka adalah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Siapa pula kakitangan kerajaan yang membantu Rasulullah SAW dan Menteri-menteri baginda SAW? Mereka adalah ahli suffah yang bekerja sepanjang masa untuk Rasulullah SAW. Kebanyakan dari masa baginda SAW dihabiskan di dalam masjid. Pengajaran, perancangan, strategi, kebijakan, wawasan dan lain-lain keluar dari Rasulullah SAW dan disebarkan oleh ahli suffah. Mereka menyampaikan berita yang Rasulullah SAW mahu sampaikan kepada kaum Muslimin. Ahli suffah yang bergerak mempastikan latihan ketenteraan berjalan dengan teratur sebagai persiapan mempertahankan agama dan negara Islam. Ahli suffah yang mengatur pembuatan senjata-senjata perang seperti baju besi dan pedang. Ahli suffah juga menggerakkan kaum Muslimin mempersiapkan unta dan kuda mereka supaya apabila diperlukan semuanya berada dalam keadaan siap sedia. kehadiran ahli suffah, ahli masjid Nabi SAW atau ahli sufi itulah yang memudahkan Rasulullah SAW mentadbir negara Islam dari dalam masjid baginda SAW. Ketika jumlah tentera Islam masih sedikit, ahli suffah ikut serta berperang. Jadi, ahli suffah adalah satu kumpulan yang sangat aktif bekerja untuk Allah SWT dan Rasul-Nya tanpa gaji. Apa yang Rasulullah SAW berikan itulah bagian mereka untuk kehidupan mereka. Mereka ridha dengan yang demikian. Mereka lebih suka 140

nama mereka tidak dikenali karena mereka tidak mencari nama dan kebesaran. Apa yang mereka cari hanyalah keridhaan Allah SWT dan Rasul-Nya. 11 Ahli Shuffah mencurahkan segala perhatiannya untuk mencari ilmu. Mereka beri'tikaf di Masjid Nabawi untuk beribadah dan membiasakan diri hidup dalam keadaan serba kekurangan. Jika sedang berdiri, yang mereka lakukan adalah solat, membaca dan mempelajari Al-Quran, serta berzikir. Sebahagian lagi belajar membaca dan menulis. Bahkan salah seorang dari mereka menghadiahkan busur kepada Ubadah bin Ash-Shamith, kerana mengajari mereka Al-Quran, membaca dan menulis. 12 Sehingga ramai di kalangan mereka yang dikenali sebagai ulama dan ahli hadits, kerana banyak menghafal hadits-hadits Nabi SAW, seperti Abu Hurairah r.a dan Hudzaifah ibnul Yaman r.a yang diketahui banyak meriwayatkan hadits tentang fitnah. Konsentrasi dan perhatian mereka tertuju pada ilmu agama dan ibadah, namun bukan bererti mereka tidak berperanan dalam kegiatan masyarakat dan jihad. Di antara mereka ada yang mati syahid dalam Perang Badar, seperti Shafwan bin Baidha', Khuraim bin Fatik Al-Asadi, Khubaib bin Yasaaf, Salim bin Umair dan Haritsah bin An- Nu'man Al-Anshari. Dan dalam Perang Uhud, di antara mereka yang mati syahid ialah Handzalah, yang dimandikan jenazahnya oleh malaikat. Sebahagian lagi mengikuti Perjanjian Hudaibiyyah, seperti Jurhud bin Khuwailid dan Abu Suraihah Al-Ghifari. Ada juga yang syahid dalam Perang Khaibar, seperti Tsaqf bin Amr, di Perang Tabuk seperti Abdullah ibnul Bajadain. Mereka adalah para ahli ibadah di malam hari dan perajurit yang gagah berani di siang hari. 13 Penyediaan Makanan, Minuman dan Pakaian Kebanyakan makanan mereka adalah kurma. Rasulullah SAW suka memberikan satu tangkup kurma untuk dua orang dari mereka setiap hari. Mereka mengatakan bahawa dengan memakan kurma setiap hari seperti membakar perut mereka. Rasulullah SAW tidak mampu 11 https://rumisufi.blogspot.my 12 Abu Daud dalam Sunannya, jil 2 hal. 237. Ibnu Majjah dalam Sunannya, jil 2 hal. 730. 13 Shahih Sirah Nabi - Dr Akram Dhiya' Al-Umuri, hal. 267. 141

memenuhi keperluan mereka selain kurma. Baginda SAW menasihati mereka agar sentiasa bersabar, dan sentiasa menghiburkan mereka. Baginda SAW pun sering mengundang mereka untuk makan bersama di rumah baginda SAW walaupun dengan hidangan yang sangat sederhana, kerana baginda SAW sendiri tidak berkecukupan. Biasanya baginda SAW menghidangkan susu, kadang-kadang bubur, daging, atau kurma yang sudah dimasak. Kadang-kadang juga kurma yang sudah dihaluskan lalu dicampur dengan tepung dan minyak susu. Hidangan lain adalah gandum panggang atau roti yang disiram kuah maraq. Baginda SAW meminta maaf kerana tidak dapat menyajikan hidangan yang lebih baik. Ahli Shuffah akan mendapatkan makanan yang lebih baik ketika ada dermawan dari kalangan sahabat yang mengadakan jamuan makan, dan ini seringkali dilakukan oleh para sahabat. Tapi biasanya Ahli Shuffah tidak mendapat makanan yang dapat menahan rasa lapar mereka. Semua itu sangat berpengaruh pada kehidupan mereka, sehingga mereka terjatuh ketika melakukan solat kerana menahan lapar. Sampaikan orang-ramai mengatakan "mereka adalah orang gila". Abu Hurairah sendiri pernah pengsan antara mimbar masjid dan rumah Aisyah r.a kerana lapar yang dideritainya. Namun keadaan sedemikian tidak mendorong mereka berbuat jahat atau berebut makanan. Mereka tetap menjaga hak-hak saudara sesama Muslim dan tetap bersikap sopan-santun. Ahli Shuffah tidak memiliki pakaian yang dapat melindungi diri mereka dari hawa dingin atau menutupi seluruh anggota tubuh mereka. Mereka juga tidak memiliki selimut tebal. 14 Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang mempunyai pakaian lengkap. 15 Mereka mengikatkan baju dan selimut ke leher-leher mereka. 16 Sebahagian lagi hanya memakai baju dan kain sarung. 17 Pakaian mereka hanya menutup sampai setengah betis, bahkan ada pula yang tidak sampai pada kedua lutut. Banyak sumber mengatakan bahawa 14 Ibnu Sa'ad dalam Thabaqat al-kubra, jil 1 hal. 255. Abu Nu'aim dalam Hilyatul Auliya', jil 1 hal. 377. 15 Abu Nu'aim dalam Hilyatul Auliya', jil 1 hal. 341. 16 Abu Nu'aim dalam Hilyatul Auliya', jil 1 hal. 377. 17 Shahih Bukhari jil 1 hal. 114. Ibnu Sa'ad dalam Thabaqat al-kubra, jil 1 hal. 255. 142

mereka memakai serban, 18 iaitu gulungan kain yang diikatkan di kepala. 19 Selimut yang mereka pakai adalah Al-Hanaf, iaitu selimut yang menyerupai selimut keluaran Yaman, dibuat dari bahan yang kasar dari kain terburuk. 20 Kadang-kadang mereka malu keluar, kerana pakaian mereka tidak lengkap dan mudah terbuka auratnya. 21 Di samping itu pakaian mereka cepat kotor kerana Shuffah tidak berdinding, yang mengakibatkan debu dan angin mudah mengenai mereka, sehingga peluh mereka mudah sekali bercampur dengan debu dan kotoran. 22 Memberi Perhatian Secara Langsung Rasulullah SAW selalu menjaga, mengawasi dan memerhatikan Ahli Shuffah. Baginda SAW mengunjungi mereka, memeriksa keadaan mereka, menjenguk yang sakit di antara mereka. Baginda SAW juga banyak duduk-duduk bersama mereka. Baginda SAW menasihati, mengarahkan, mengingatkan dan menganjurkan mereka agar selalu baca al-quran, mempelajarinya, berzikir mengingat Allah SAW, mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat dan tidak perlu berangan-agan untuk mendapatkan perhiasan dunia. Bila mendapat sedekah, Baginda SAW mengirimkan kepada mereka dan Baginda SAW tidak ikut memakannya sedikit pun. Dan kalau mendapat hadiah, Baginda SAW juga mengirimkan kepada mereka dan ikut serta menikmatinya. Seringkali Baginda SAW menjamu mereka di salah sebuah rumah isteri Baginda SAW. Nabi SAW tidak pernah lalai sedikit pun tentang keadaan mereka. Bahkan sewaktu Hasan bin Ali r.a lahir, Baginda SAW meminta anaknya Fatimah r.a untuk memberikan sedekah kepada mereka dengan perak seberat rambut kepala Hasan. Pernah Baginda SAW mendapat tawanan perang lalu Fatimah r.a meminta seorang pembantu, kerana merasa lelah dalam mengerjakan tugas-tugas rumahtangga, Baginda SAW menjawab; "Patutkah aku 18 Ahmad dalam Musnadnya, jil 14 hal. 128. 19 Ibnu Mandzur dalam Lisanul Arab. 20 Ahmad dalam Musnadnya, jil 3 hal. 487. Abu Nu'aim dalam Hilyatul Auliya', jil 1 hal. 374. As-Samhudi dalam Wafa-ul Wafa, jil 1 hal. 323. 21 Abu Nu'aim dalam Hilyatul Auliya', jil 1 hal. 342. 22 Abu Nu'aim dalam Hilyatul Auliya', jil 1 hal. 341. 143

memberi kalian berdua pembantu dan meninggalkan Ahli Shuffah kelaparan?" Baginda SAW menjelaskan bahawa Baginda SAW akan menjual tawanan tersebut, dan akan menginfakkan hasil penjualannya untuk Ahli Shuffah. Nampaknya Fatimah r.a meminta wang juga, sebab ketika Rasulullah SAW mengunjungi Ali r.a, Baginda mendapati alas tidur keduanya sangat pendek dan tidak cukup. Baginda SAW mengajarkan kepada mereka berdua satu doa, dan mendahulukan kepentingan Ahli Shuffah, seraya bersabda, "Aku tidak akan memberikan kalian sementara Ahli Shuffah melilit perutnya kerana lapar." [Musnad Imam Ahmad, jil 1 hal. 79, 106.] Rasulullah SAW mewasiatkan para sahabat agar menginfakkan harta mereka kepada Ahli Shuffah. Maka para sahabat pun berlumba-lumba berbuat baik kepada Ahli Shuffah. Para hartawan dari kalangan sahabat mengirimkan makanan kepada mereka. Rasulullah SAW membahagikan Ahli Shuffah kepada para sahabat selepas solat 'Isya' agar mereka dijamu di rumah para sahabat tersebut. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Barangsiapa di rumahnya ada makanan yang cukup untuk dua orang, hendaklah mengajak orang ketiga untuk makan, kalau cukup bagi empat orang, maka hendaklah mengajak orang kelima atau keenam." Para sahabat r.a mulai mengajak mereka, sampai yang tersisa ikut ke rumah Rasulullah SAW untuk makan malam bersama Baginda SAW. Kejadian di atas nampaknya terjadi di awal-awal Hijrah. Setelah Allah SWT mencukupkan mereka kemudiannya, maka tidak perlu lagi mengajak mereka untuk makan di rumah para sahabat. Ada 70 orang sahabat dari kalangan Anshar yang dikenali sebagai ahli Qiro-ah (mereka yang mati syahid dalam Peperangan Bi'ru Ma'unah) yang merasa prihatin dengan keadaan Ahli Shuffah. Mereka lalu membaca dan mempelajari Al-Quran di malam hari, dan di siang hari mereka mengambil air untuk diletakkan di masjid. Mereka mencari kayu bakar yang kemudiannya dijual, dan hasilnya untuk Ahli Shuffah dan Faqir Miskin. Muhammad ibnu Maslamah Al-Anshari dan para sahabat lainnya mengusulkan kepada Rasulullah SAW, agar setiap orang dari kaum Anshar mengeluarkan setandan kurma dari kebun masingmasing untuk Ahli Shuffah dan Faqir miskin. Rasulullah SAW lalu bersetuju dengan usul tersebut, dan meletakkan tali di antara dua 144

ruangan bahagian atas masjid. Mulailah para sahabat mengikat tandan-tandan kurma tersebut pada tali itu. Jumlah yang terkumpul lebih kurang 20 tandan. Mu'adz bin Jabal bertugas menjaga tandan-tandan kurma itu. Dalam riwayat lain menyebutkan bahawa yang mengusulkan hal tersebut adalah Rasulullah SAW sendiri, dengan tujuan agar Allah SWT menghilangkan gangguan yang menimpa kebun-kebun mereka, maka mereka pun melaksanakannya. Pernah Rasulullah SAW menolak setandan kurma yang kering, Baginda SAW ingin agar sedekah bagi Ahli Shuffah diberikan dari kurma yang lebih baik dari itu. Dalam riwayat yang dipaparkan oleh As-Samhudi disebutkan, bahawa kebiasaan menggantungkan tandan kurma di Masjid Nabawi terus berlangsung, sekurangkurangnya, sampai abad ke 2 Hijrah. Semoga Allah SWT merahmati Ahli Shuffah yang merupakan ahli ibadah, puasa, para Mujahid yang zuhud. Jauh berbeza dengan kaum faqir miskin jahiliyyah yang tidak lain membentuk kumpulan pencuri, pembunuh dan segala bentuk jenayah yang telah melenyapkan ketenangan dan rasa aman dalam masyarakat. Ini adalah perbezaan yang menonjol antara generasi didikan Rasulullah SAW dengan generasi didikan jahiliyyah. Perbezaan antara Undang-undang Allah SWT dengan Undang-undang ciptaan manusia. 23 Rondaan Waktu Malam Secara Diam Pada zaman pemerintahan Saidina Umar al-khattab berlaku suatu peristiwa beliau sendiri turun melihat sendiri keadaan rakyatnya pada waktu malam secara diam dan beliau juga dalam keadaan menyamar sehinggakan rakyatnya sendiri tidak mengenali dirinya. Sepertimana kisah yang masyhur iaitu peristiwa seorang ibu sedang memasak ketul batu sahaja untuk memujuk anak-anaknya yang sedang kelaparan. Kisahnya seperti berikut, Wahai Aslam, malam ini temankan saya keluar malam. Saya tidak dapat tidur sekiranya belum menjalankan tanggungjawab saya, kata Khalifah Umar al-khattab ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai mengerjakan sembahyang isyak di masjid Nabi. Baiklah tuan, sahut Aslam yang tidak pernah membantah arahan tuannya. Dahulu dia seorang hamba 23 Shahih Sirah Nabi - Dr Akram Dhiya' Al-Umuri, hal. 267-271. 145

tetapi dimerdekakan oleh Umar al-khattab. Kemudian dia terus berkhidmat kepada khalifah. Tengah malam itu ketika orang lain sedang asyik tidur, Khalifah Umar al-khattab dengan ditemani Aslam, keluar dari rumah bagi menjaga keselamatan rakyat. Mereka terus berjalan meredah kedinginan malam hingga sampai ke daerah Murrah yang terletak di luar kota Madinah. Di hujung kelihatan unggun api. Mungkin ada pengembala yang bermalam ataupun tersesat jalan. Mari kita temui mereka. Mungkin mereka memerlukan bantuan, kata Khalifah Umar al-khattab. Baik tuan. Aslam akur dengan arahan khalifah. Mereka berdua berjalan menuju ke arah unggun api itu. Apabila didekati kelihatan seorang wanita sedang menjerang sebiji periuk. Empat orang kanak-kanak sedang menangis. Khalifah Umar al-khattab mendekati mereka. Assalamualikum, wahai orang yang sedang menyalakan api, ucap Khalifah Umar al-khattab. Perempuan itu terkejut tetapi segera manjawab salam. Boleh saya mendekati puan? tanya Umar al-khattab. Sekiranya kedatangan kamu dengan niat yang baik, silalah ke mari. Tetapi sekiranya sebaliknya jauhi sahaja tempat kami. Sesungguhnya Tuhan sentiasa melihat apa yang kamu lakukan, jawab perempuan itu. Khalifah Umar al-khattab dan Aslam menghampiri mereka lalu bertanya, Boleh saya tahu mengapa kanak-kanak ini menangis? Mereka kelaparan., jawab perempuan itu. Apa yang puan masak? tanya Umar al-khattab lagi. Cuma air dan ketul batu, jawab perempuan itu. Mengapa? tanya Umar hairan. Kami kehabisan makanan sedangkan anak-anak saya kelaparan. Lalu saya jerang air dan batu bagi mendiamkan tangisan mereka kerana menyangkakan saya sedang memasak makanan. Apabila letih nanti mereka pasti tertidur, jawab perempuan itu. Khalifah Umar al-khattab terkejut mendengar jawapan perempuan itu. Dia membuka penutup periuk bagi memastikan kebenarannya. Memang benar di dalam periuk itu ada beberapa ketul batu. Kami simpati dengan kesusahan puan. Semoga Allah merahmati kata. Mengapa tidak mengadu kepada Khalifah Umar al- Khattab? Tentu dia tidak tahu kesusahan puan, kata Khalifah Umar al-khattab. Dia tidak pernah ambil tahu keadaan kami. Adakah patut dia memegang jawatan khalifah tetapi melalaikan tanggungjawabnya 146

kepada kami? Orang yang menjadi khalifah sepatutnya mengetahui keadaan setiap rakyatnya. Perempuan itu meluahkan rasa tidak puas hatinya. Semoga Tuhan mengampuni kelalaian Khalifah Umar al- Khattab. Puan tunggu di sini dan saya pergi mencari makanan, kata Khalifah Umar al-khattab. Terima kasih tuan kerana mahu menolong kami. Tuan lebih baik daripada Umar al-khattab. Sepatutnya tuan yang menjadi khalifah, kata perempuan itu. Kemudian Umar al-khattab mengajak Aslam pulang ke kota Madinah lalu terus ke Baitulmal. Dia mengisi sebuah karung dengan tepung, buah kurma, minyak dan pakaian. Dia juga mengeluarkan sedikit wang bagi diberikan kepada perempuan itu. Selepas karung itu penuh, Umar al-khattab meminta Aslam meletakkan karung itu di belakangnya. Wahai Amirul Mukminin, biar saya yang memikulnya, kata Aslam. Apakah kamu sanggup memikul dosa saya di akhirat kelak? marah Umar al-khattab. Dengan hati yang berat Aslam mengangkat karung itu lalu diletakkan di belakang Khalifah Umar al-khattab. Kemudian mereka pergi semula ke Murrah. Apakah yang kamu bawa wahai lelaki yang baik hati? tanya perempuan itu sebaik sahaja melihat kedatangan Umar dan Aslam. Kami bawakan tepung, minyak, buah kurma dan pakaian kepada puan, jawab Khalifah Umar al-khattab. Alangkah pemurahnya hati tuan. Sepatutnya tuan yang paling layak menjadi khalifah. Bukan Umar al-khattab, ujar perempuan itu sambil mengucapkan syukur. Khalifah Umar al-khattab tidak tersinggung dengan ucapan perempuan itu. Malah dia rasa bersalah kerana perempuan itu dan anak-anaknya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Wahai puan, boleh saya bertanya di mana suami puan? tanya Aslam pula. Khalifah Umar al-khattab memerintahkan suami saya pergi berperang. Selepas dia gugur syahid, kami kehilangan tempat bergantung hidup. Sejak itu kami hidup dalam kesusahan. Umar al- Khattab dan pegawainya tidak pernah mengambil tahu keadaan kami, jawab perempuan itu. Semakin tersentuh hati Umar al-khattab mendengarnya. Dalam hati dia berjanji membantu balu-balu yang ditinggalkan oleh tentera yang syahid di medan perang. Mereka yang tua dan tidak mampu lagi membuat kerja juga diberikan sara hidup. Begitu tekad 147

Umar al-khattab. Wahai puan, sementara saya memasak tepung, puan berikan buah kurma itu kepada anak-anak puan. Selimutkan mereka dengan kain yang saya bawa, kata Khalifah Umar al- Khattab. Kemuadian dia sendiri yang menguli dan memasak tepung itu sehingga mukanya berpeluh terkena asap. Selepas tepung itu masak, Umar al-khattab sendiri yang menghidangkan makanan itu. Perempuan itu dan anak-anaknya menikmati makanan itu hingga kenyang. Khalifah Umar al-khattab tersenyum puas apabila melihat kanak-kanak itu tertawa serta bermain-main selepas berasa kenyang. Kemudian barulah Umar al-khattab meminta izin mahu pulang. Semoga Tuhan memberi ganjaran di atas kebaikan tuan kepada orang miskin seperti kami. Sesungguhnya tuan lebih layak memegang jawatan khalifah daripada Umar, kata perempuan itu. Aslam ingin memberitahu perempuan itu bahawa lelaki yang berada di hadapannya ialah Umar al-khattab. Tetapi Umar segera memberi isyarat supaya dia tidak berbuat demikian. Aslam terpaksa mematuhinya. Sebelum beredar dari tempat itu, Khalifah Umar al-khattab berpesan kepada perempuan itu, Esok puan bawa anak-anak puan datang ke rumah Khalifah Umar al-khattab. Puan berhak mendapat bantuan daripad khalifah. Saya bimbang kedatangan saya tidak dipedulikannya, kata perempuan itu. Puan mesti datang kerana saya berada di sana. Saya beri jaminan puan dan anak-anak puan pasti dibantu oleh khalifah, kata Umar al-khattab. Malam itu Khalifah Umar al-khattab tidak dapat tidur nyenyak kerana terkenangkan nasib malang perempuan itu. Dia bertekad membantu bukan sahaja perempuan itu, malah semua rakyat miskin di bawah pemerintahannya. Keesokan harinya perempuan itu datang ke rumah Khalifah Umar al-khattab dengan membawa empat orang anaknya. Dia terkejut apabila mendapati lelaki yang datang membawakan makanan malam tadi adalah Khalifah Umar al-khattab. Wahai Amirul Mukminin. Maafkan saya keran tidak kenal tuan kata perempuan itu. Saya juga meminta maaf kerana selama ini tidak dapat membantu puan, kata Khalifah Umar al-khattab pula. 24 24 Abdul Latip Talib, Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam (Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd., 2009), 285-289. 148

Rumah dan Tempat Tinggal Anjung Singgah berkonsepkan asrama serba lengkap memberi perlindungan sementara kepada golongan gelandangan terutama bagi gelandangan yang ingin berubah. Maka, Anjung Singgah bukan sekadar menjadi tempat penginapan tetapi ia juga merupakan pusat intervensi sosial. Ini bagi mengelak mereka terus terpinggir. Empat buah Anjung Singgah telah dikendalikan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) iaitu di Kuala Lumpur (Jalan Hang Lekiu), Sarawak (Kuching), Johor (Jalan Segget) dan Pulau Pinang (George Town) sejak April 2011. Makanan percuma 3 kali sehari, set kebersihan diri dan tempat tidur yang diberikan maksimum 2-minggu bagi seorang gelandangan di Anjung Singgah. Anjung Singgah turut menyediakan sesi kaunseling kepada golongan tersebut dan membantu mereka mencari kerja yang sesuai atau menggalakkan mereka berniaga secara kecil-kecilan setelah berdaftar dengan Anjung Singgah. Sejak ia dibuka pada April 2011, 46% daripada 2,008 orang mendaftar di 4 pusat khidmat bantuan sosial iaitu 1,237 orang di Kuala Lumpur, 312 orang di Sarawak, 400 orang di Johor dan 59 orang di Pulau Pinang telah berjaya mendapatkan pekerjaan. Petikan berita Sinar Harian tarikh 6 Julai 2015, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, dasar kemasukan ke Anjung Singgah juga akan diubah iaitu wajib melalui proses intervensi dan kaunseling dalam tempoh penginapan mereka di situ selepas kementerian menerima hasil kajian yang dijalankan untuk mengenal pasti permasalahan gelandangan. 1. Anjung Singgah YKN Kuala Lumpur, Jalan Hang Lekiu. Kebanyakan yang menggunakan fasiliti Anjung Singgah adalah mereka yang baru sampai ke bandar besar ini bagi mencari pekerjaan. Walaupun tempoh maksimum adalah 2 minggu sahaja, ia boleh dilanjutkan atas budi bicara YKN. Antara yang pernah mendapat bantuan dan fasiliti di Anjung Seri Kuala Lumpur ialah seorang OKU berusia 33 tahun berasal dari Johor. Beliau yang lumpuh tangan dan kaki sebelah kiri dan berkerusi roda pernah bekerja di sebuah jabatan kerajaan di Klang, Selangor. 149

2. Anjung Singgah YKN Johor Bahru, Jalan Segget. Sasaran Anjung Singgah di Johor Bahru agak berbeza dengan Anjung Singgah di Kuala Lumpur dan Sarawak. Di Johor Bahru ia dibina di Bangunan M. C. A. Johor bagi membantu kira-kira 50 orang gelandangan tegar yang menginap kaki lima terutama berhampiran pintu masuk ke Singapura sebagai tempat tinggal mereka. Mereka adalah golongan pekerja yang tidak mahu menyewa rumah kerana berasa tiada keperluan untuk tujuan itu. Majoriti memberikan alasan keluar seawal pukul 6 pagi setiap hari dan bekerja hingga pukul 11 malam. Maka, mereka hanya balik ke Johor Bahru pada tengah malam dan berehat di kaki lima sehinggalah pukul 5 pagi untuk kembali bekerja. Kos operasi setiap Anjung Singgah bagi setiap bulan ialah antara RM30,000 hingga RM60,000. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membelanjakan sebanyak RM1.5juta setahun bagi menampung kos-kos operasi 4 Anjung Singgah. Kedai Makan Asnaf 1Malaysia Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Program Kedai Makan Asnaf 1Malaysia bermula pada 1 Januari 2013 bertempat di No. 25, Bangunan Darul Jam iyah, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Antara objektif program ini adalah bagi membantu golongan asnaf untuk mendapatkan keperluan asas makanan dan meningkatkan kefahaman Islam melalui program-program yang diadakan. Program ini berbentuk pemberian makan tengahari secara percuma kepada golongan asnaf fakir, miskin, saudara baru, gelandangan dan terbuka kepada mana-mana kakitangan kerajaan/ swasta yang berpendapatan di bawah had kifayah. Masa pengedaran makanan adalah mulai jam 12.45 tengahari hingga 4.00 petang setiap hari. Menu makanan yang disediakan adalah variasi makanan seimbang dan ia boleh dinikmati di premis ini atau dibungkus mengikut keperluan pengunjung. Selain daripada makan tengahari percuma, program ini juga mengadakan kelas-kelas pengajian Islam yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang terpilih untuk memberi pengetahuan asas al-quran, fardhu ain, akhlak dan 150

motivasi. Kelas-kelas ini dijalankan pada setiap hari Isnin hingga Khamis sepanjang tahun. Selain itu, urusetia JAWI yang dilantik akan memantau secara harian dan memberi khidmat nasihat kepada golongan asnaf yang memerlukan bantuan. Program Kedai Makan Asnaf 1Malaysia ini merupakan usaha dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui pelaksanaan dakwah bil hal iaitu bukan sahaja pengisian jasmani malah pengisian rohani bagi golongan asnaf sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. No. 25, Bangunan Darul Jam iyah, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. 25 Penutup Masalah gelandangan perlu diambil perhatian oleh semua pihak terutama kerajaan dan dibantu oleh badan-badan bukan kerajaan dan masyarakat umum. Golongan gelandangan ini adalah golongan yang susah dan miskin bandar, mereka perlukan bantuan yang sewajarnya. Jika ia tidak ditangani dengan baik mungkin masalah ini akan berterusan dan akan menjadi lebih sukar untuk diselesaikan. 25 http://www.jawi.gov.my/my 151

152

METODE DAKWAH DALAM PROGRAM HALAQAH TERHADAP BANDUAN DI PENJARA MALAYSIA. Mohd Norjefri Mat Midin 1, Dr Nor Raudah Hj Siren, Siti Jamiaah Abdul Jalil Pengenalan Program Halaqah Institusi penjara adalah sebuah institusi koreksional yang berusaha untuk memulihkan banduan-banduan apabila kembali kepada masyarakat kelak. Proses pemulihan banduan ini melalui pelbagai peringkat sehinggalah wujud satu sistem iaitu Proses Penggubalan Peraturan Penjara pada tahun 1953 dengan memperkenalkan konsep moden terhadap pemulihan banduan. Konsep ini telah memperkenalkan beberapa program pemulihan iaitu vokasional, pelajaran, kegiatan masa lapang, kebajikan rohani, kaunseling dan rawatan khas. 2 Di dalam program pemulihan yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara Malaysia (JPM) ini, program keagamaan kepada para banduan adalah antara agenda yang turut dilaksanakan. Pelbagai pengisian agama diadakan dan penglibatan para sukarelawan agama juga menyumbang terhadap kejayaan program agama ini. Bagi memantapkan perjalanan program keagamaan bagi banduan, pada tahun 1996 pihak JPM telah menyusun dan mempertingkatkan lagi pengisian program agama banduan dengan menyediakan latihan pemantapan kepada guru-guru agama dalam kalangan kakitangan JPM sendiri. 3 Selain itu, pihak JPM juga menggubal dan menyusun semula kurikulum pengajian agama banduan serta menghasilkan buku khas Kurikulum Pendidikan Agama Islam sebagai garis panduan proses pengajaran guru agama kepada para banduan. 4 Hasil dari pelaksanaan program agama ini, Program Halaqah telah diwujudkan. Para banduan yang terlibat dengan Program Halaqah akan menyertai pendidikan agama secara intensif agar 1 mohdnorjefri@yahoo.com 2 Laporan Tahunan Jabatan Penjara Malaysia 1973, (Kajang : Jabatan Penjara Malaysia 1973), 28. 3 Laporan Tahunan Jabatan Penjara Malaysia, 1996, (Kajang : Jabatan Penjara Malaysia 1996), 24. 4 Laporan Tahunan Jabatan Penjara Malaysia, 1996, 24. 153

manfaat ilmu yang diperolehi dapat membantu diri dan dapat diajar semula kepada banduan-banduan lain. Secara tidak langsung program ini mampu menyumbang ke arah mengatasi masalah kekurangan guru-guru agama di penjara. Perkembangan Pendidikan Islam banduan di penjara sekali lagi melalui proses revolusi yang semakin baik apabila pada tahun 2002, pihak JPM telah melaksanakan program agama yang lebih sistematik dengan merangka dan melaksanakan program Pelan Pembangunan Insan atau PPI 5. Di dalam program PPI ini, modul Halaqah telah diletakkan dalam fasa ke-2 bagi program pembangunan sahsiah banduan 6. Modul PPI dirangka dengan matlamat melancarkan proses pemulihan banduan dan mereka perlu melalui empat peringkat fasa. Fasa pertama berkaitan program pembinaan disiplin atau orentasi selama dua bulan. Kemudian fasa kedua iaitu program pembangunan sahsiah iaitu selama enam bulan. Selanjutnya fasa ketiga iaitu program latihan dan kemahiran sosial dan akhir sekali ialah fasa keempat iaitu pra bebas 7. Komponen Halaqah terletak dalam fasa dua modul PPI iaitu program pengukuhan sahsiah banduan. Program ini bertujuan membina jatidiri dan membentuk sikap positif bagi melahirkan insan yang bertaubat dan kembali kepada amalan beragama yang dituntut oleh agama Islam. 5 Laporan Tahunan Jabatan Penajara Malaysia, 2002, (Kajang : Jabatan Penjara Malaysia 2002),24. 6 Laporan Tahunan Jabatan Penjara Malaysia, 1996,24. 7 Laporan Tahunan Jabatan Penjara Malaysia,1996,24. 154

Fasa Satu : Pembinaan Disiplin 1. Modul Informasi 2. Modul Fizikal dan Pembentukan Disiplin 3. Modul Sivik dan Motivasi 4. Modul Kenegaraan 5. Modul Kaunseling 6. Modul Kerohanian 7. Modul Sukan dan Rekreasi Fasa Empat : Pra Bebas 1. Modul Usaha Sama Luar Penjara 2. Modul Kerja luar 3. Modul Pendidikan Pencegahan Fasa Dua : Pembanguan Sahsiah 1. Modul Therapeutic Community 2. Modul Halaqah 3. Modul Kaunseling Fasa Tiga : Program Latihan dan Kemahiran Sosial 1. Modul Kemahiran Bersijil 2. Modul Perusahaan 3. Modul Usahasama dalam penjara 4. Modul Pertanian dan Penternakan 5. Modul Kaunseling 6. Modul Kecemerlangan Sukan 7. Modul Sukan dan Rekreasi Rajah 1 : Model Kerangka Pelan Pembangunan Insan (PPI) dan Senarai Modul Mengikut Fasa 8. Berdasarkan kerangka rajah 1 di atas, Modul Halaqah berada dalam fasa kedua Pelan Pembanguan Insan (PPI). Para banduan yang terlibat dengan program halaqah adalah beragama Islam dan tidak terlibat dengan kes dadah. Modul ini wajib disertai banduan selama enam bulan dan berkonsepkan sistem pondok. Matlamat modul ini diwujudkan bagi melahirkan para banduan muslim yang menghayati serta mengamalkan syariat Islam serta menjadikan Islam sebagai cara hidup. 9 8, Ab.Aziz Mohd Zin,Nor Raudah Hj.Siren,Siti Jamiaah Abd.Jalil dan Juwairiah Hassan, Program Keagamaan Terhadap Golongan Devian di Malaysia (makalah Prosiding Seminar Serantau Pengajian Usuluddin di Institusi Pengajian Tinggi Abad 21 : Cabaran dan Prospek, Anjuran Fakulti Usuluddin Universiti Islam Sultan Sharif Ali Negara Brunei Darussalam, 2011),287. 9 Pelan Pembangunan Insan, http/www.prison.gov.my dicapai pada 14 Februari 2011, 5. 155

Konsep Program Halaqah Program halaqah merupakan core treatment banduan muslim yang mempunyai tahap pengetahuan agama yang cetek. Dilaksanakan selama enam bulan dan berkonsepkan sistem pondok. Program ini adalah satu sistem pembelajaran agama secara intensif dan mempunyai silibus lengkap serta buku rujukan khas yang dihasilkan dari golongan intelektual universiti tempatan. Program halaqah ini adalah sebagai alternatif untuk memulihkan banduan muslim di penjara dengan harapan agar banduan muslim dapat menambah ilmu pengetahuan agama secara lebih mendalam serta mempaktikkan dengan lebih berkesan dalam kehidupan harian mereka. Selain itu program halaqah ini berperanan melahirkan banduan-banduan yang berpotensi menjadi pembimbing kepada banduan-banduan lain dari aspek pemulihan pengetahuan agama Islam khususnya ilmu fardhu ain 10. Pendekatan Metod Dakwah Dalam Program Halaqah Terhadap Banduan. Pendekatan dalam menyampaikan mesej dakwah terhadap banduan perlu perancangan yang sangat rapi agar mesej yang ingin disampaikan kepada mereka dapat diterima dan difahami dengan sebaik mungkin. Terdapat tiga uslub dakwah yang utama yang digunakan dalam usaha menyampaikan dakwah terhadap banduan iaitu dengan cara Bil-Hikmah, Maw zah al-hasanah dan al- Mujadalah. 1. Pendekatan Bil-Hikmah Pemahaman guru-guru agama di penjara untuk mengenali khalayak adalah suatu yang amat penting agar pendekatan yang digunakan dapat mempengaruhi banduan yang menerima mesej dakwah. Banduan ini adalah kelompok istimewa yang perlu dikenali diri mereka dengan serapat mungkin kerana mereka ini adalah kelompok 10 Program Pemulihan Insan di Kalangan Banduan Melayu di Penjara Sungai Udang, Melaka,2011. Zaizul bin Ab.Rahman, Ab.Aziz Mohd Zin, Fakhrul Adabi Abdul Kadir dan Norrodzoh Hj. Siren, Program Pemulihan Insan di Kalangan Banduan Melayu di Penjara Sungai Udang, Melaka (Makalah International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011 ( ICICMI 2011), Bangi : Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011), 165. 156

manusia yang perlu ditarbiyyah setiap hari khususnya sepanjang mereka dalam program halaqah 11. Dalam pendekatan bil-hikmah ini guru-guru agama dilihat mengunakan kaedah dakwah secara keras dan lembut. Keras : Situasi berhadapan dengan golongan banduan perlu persedian mental dan fizikal rapi khusunya bagi guru-guru agama yang baru bertugas. Ketegasan guru agama penting bagi menyampaikan mesej dakwah terhadap banduan kerana cara pemikiran dan watak banduan yang pelbagai ini boleh mewujudkan pelbagai situasi yang menghalang proses penyampaian mesej dakwah terhadap mereka 12. Pernah berlaku sekelompok banduan yang sering berbual-bual walaupun telah ditegur beberapa kali oleh guru agama dalam program tazkirah. Guru agama memberi nasihat bahawa dilarang bercakap semasa majlis ilmu berlangsung dibimbangi tidak faham maklumat atau tidak mendapat manfaat dari majlis ilmu yang disertai. Namun perlakuan itu masih dilakukan banduan sehingga guru agama mengancam dengan nada suara yang tinggi untuk melemparkan pemadam papan putih kepada kelompok banduan tersebut sehingga suasana menjadi senyap seketika. Situasi ini mungkin jarang berlaku dalam kelompok orang awan tetapi kadang-kala perlu dalam kelompok banduan, Kadang-kala guru agama terpaksa menggunakan kaedah yang agak keras kerana berpunca dari sikap banduan sendiri yang kadang-kadang sukar dibimbing secara lembut. 13 Dalam situasi yang lain, pernah berlaku situsi banduan mengerjakan solat berjemaah dalam keadaan yang begitu cepat. Ustaz memanggil banduan yang menjadi imam solat berjemaah tersebut dan bertanya, mengapa solat begitu cepat?, banduan tersebut menjawab jika dia tidak berbuat sedemikian, dia akan dimarahi oleh rakan-rakan 11 Ustaz Razali bin Jacsoan (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Pemulihan dan Rawatan, Penjara Kota Kinabalu), dalam temubual, 30 April 2016. 12 Koperal Muhd Fazli bin Ab.Rahman, (Unit Pemulihan dan Rawatan, Penjara Bentong) dalam temubual, 06 Disember 2011. 13 Mohamad Shukri bin Osman, (Pembantu Hal Ehwal Islam, Unit Pemulihan dan Rawatan, Penjara Bentong) dalam temubual, 13 Disember 2011. 157

banduan lain apabila balik ke blok asrama nanti. Keesokan harinya ustaz berjumpa dengan semua banduan halaqah, memberi nasihat atas perbuatan mereka tersebut dan memberi amaran akan menjemurkan mereka semua di padang apabila situasi ini berlaku lagi. 14 Lembut : Apabila berada dalam kelompok banduan, tidak semestinya pendekatan keras digunakan, kerana mereka juga insan biasa yang mempunyai jiwa ingin didekati dengan baik. Kebiasaan guru agama sering menggunakan kaedah ajakan dan galakan dalam kaedah lembut terhadap banduan ini. Misalnya, dalam mata pelajaran al-quran kaedah memudahkan tanpa menyusahkan digunakan terhadap banduan. Banduan yang tidak menguasai al-quran akan diajar mengenal huruf al-quran terlebih dahulu dan proses penguasaan al-quran dijalankan berperingkat dan dalam masa yang sama mereka diterangkan tentang hikmah dan kebaikan yang bakal diperolehi oleh orang yang beramal dengan al-quran. Mereka juga diterangkan tentang maksud dan pengertian ayat al-quran yang dipelajari agar jiwa mereka hidup dalam proses mendekatkan diri pada Allah SWT. 15 Galakan juga diberikan kepada banduan dengan mewujudkan proses bimbingan rakan sebaya. Banduan yang menguasai bacaan dengan baik akan membimbing rakan lain membaca al-quran. Bagitu juga bagi banduan yang telah menguasai bacaan al-quran dengan baik. Mereka akan diajar ilmu tarannum al-quran dan seterusnya dilatih hingga mampu menjadi wakil penjara menyertai pertandingan tilawah al-quran peringkat penjara. 16 2. Pendekatan Maw izah al-hasanah Dalam usaha menyampaikan mesej dakwah terhadap banduan, pendekatan Maw izah al-hasanah amat penting, kerana perlu difahami bahawa banduan ini lahir dari pelbagai latar belakang seperti kejahilan diri dan keluarga, taraf pendidikan yang amat rendah, hidup dalam kalangan rakan taulan yang tidak mempedulikan suruhan 14 Ustaz Razali bin Jacsoan, dalam temubual, 30 April 2016. 15 Ustaz Mohd Syakir bin Zulkafli, (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Pemulihan dan Rawatan, Penjara Bentong) dalam temubual 13 Disember 2011. 16 Ustaz Razali bin Jacsoan, dalam temubual, 30 April 2016. 158

agama dan sebagainya 17. Peranan pendekatan Maw izah al-hasanah atau nasihat yang baik berlaku dalam dua keadaan iaitu secara tidak langsung dan secara langsung. Kaedah secara tidak langsung : Dalam kaedah ini, ia mengandungi kata-kata yang tersirat yang dizahirkan dalam bentuk kiasan, analogi dan penceritaan 18 misalnya berkaitan dengan perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda yang sentiasa berjuang membawa dan menyebarkan agama Islam ke pelusuk dunia. Dalam contoh lain, misalnya pelajaran akidah, penceritaan tentang kisah pembunuhan Habil dan Qabil yang merupakan satu tragedi yang amat menyedihkan tetapi dalam masa yang sama dikaitkan dengan konsep qadak dan qadar. Perkara ini diterangkan dengan jelas agar banduan faham bahawa segala yang berlaku pada mereka adalah ketentuan Allah SWT dan di sebalik ketentuan itu tersirat hikmah yang perlu kita selami agar mutiara hikmah yang diperolehi itu menjadi benteng kekuatan dan pembangkit motivasi bagi mengharungi hari-hari mendatang dengan perancangan dan perubahan hidup yang lebih baik 19. Juga dikaitkan kisah Rasulullah SAW dan para sahabat yang berjuang menyebarkan seruan suci Islam dan menerima pelbagai dugaan yang mencabar seperti kisah dakwah Rasulullah SAW kepada masyarakat di Thaif. Ketabahan semangat Rasulullah ini menjadi perangsang kepada mereka bermujahadah melatih dan mendidik diri menjadi insan yang digelar khaira ummah. Pengalaman seorang banduan yang bersemangat, bermujahadah menjadi insan yang taat perintah Allah SWT setelah menyelami sirah perjuangan Rasulullah SAW dan membuat perbandingan dengan situasi dirinya. Beliau menyatakan bahawa perjuangan Rasulullah jauh lebih berat 17 Tuan Mohd Talhah bin Hasim, (Timbalan Penguasa Penjara, Ketua Unit Pemulihan dan Rawatan, Penjara Bentong) dalam temubual, 13 November 2012. 18 Dr.Norrodzoh binti Hj.Siren (Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya) dalam temubual, 13 Mac 2016. 19 Mohd Syakir bin Zulkafli, dalam temubual 13 Disember 2011. 159

berbanding dirinya dan beliau akan mencontohi semangat perjuangan Rasulullah untuk membuat perubahan diri 20. Begitu juga kiasan bagi golongan banduan yang cuba mengabaikan ibadah wajib solat lima waktu. Ustaz Mohd Fatta Ibrahim menyatakan bahawa : Jika ingin meninggalkan solat perlu cari tempat lain yang bukan milik Allah SWT. Carilah dunia lain yang selain milik Allah. Di sana kamu boleh buat apa yang kamu mahu 21. Walaupun penyataan ini agak keras tetapi ia mampu menyentap jiwa banduan yang keras hatinya. 22 Kaedah secara langsung: Kaedah secara langsung atau berterusterang adalah cara yang paling baik dalam usaha memberi kefahaman kepada para banduan. Berterus-terang adalah kaedah yang mudah difahami berbanding kaedah secara tidak langsung atau kiasan 23. Kaedah secara langsung banyak digunakan dalam kelas pengajian Ilmu Feqah. Tuan Mohd Mazlan bin Hj. Dollah menyatakan bahawa, bersuci adalah perkara yang paling penting dalam Islam sebab itu dalam kitab Feqah perkara pertama yang diajar adalah bersuci. Jika tidak betul cara bersuci misalnya mandi junub, kemudian selepas itu solatnya dilakukan dengan sempurna maka amalan solat itu tidak diterima oleh Allah SWT kerana kesan amalan bersuci tidak mengikut syariat Islam. Begitu juga amalan beristinjak, sikap ambil mudah ketika beristinjak boleh menyebabkan najis tidak dicuci bersih dan ain najis tersebut masih berada di tubuh. Perkara ini boleh menyebabkan amal ibadah ditolak dan menjadi sia-sia 24. Oleh itu, guru agama menggunakan kaedah penegasan berkaitan kefahaman dan amalan ilmu Feqah. Penegasan amat penting dalam keadaan tertentu, agar banduan faham dengan jelas 20 Khairul Hamimah, Mohammad Jodi, Hadenan Towpek, Nilai-Nilai Islam Dalam Program Pemulihan Banduanita di Penjara, Jurnal Usuluddin 35, (Januari-Jun 2012), 99-116. 21 Ustaz Mohd Fatta Ibrahim, (Pembantu Hal Ehwal Islam, Unit Pemulihan dan Rawatan, Penjara Bentong), dalam temubual,13 Jun 2013. 22 Mohd Syakir bin Zulkafli, dalam temubual, 13 Disember 2011. 23 Dr Norrodzoh binti Hj.Siren, dalam temubual, 13 Mac 2016. 24 Tuan Mohd Mazlan bin Hj. Dollah, (Pegawai Unit Pemulihan dan Rawatan, Penjara Bentong), dalam temubual, 10 Disember 2011. 160

maksud yang disampaikan agar amal ibadah khususnya ibadah harian dapat dilakukan berlandaskan syariat yang betul 25. 3. Pendekatan al-mujadalah. Al-Mujadalah bermaksud berbicara dengan cara paling sesuai. Juga disebut perbincangan secara bersemuka dan dilakukan dengan menjaga adab-adabnya supaya kesannya untuk mendapat kebenaran tercapai. 26 Pembujukan mujadalah dilakukan berdasarkan dua kaedah iaitu pendalilan rasional dan pendalilan emotif. Norrodzoh binti Hj.Siren menyatakan bahawa pendalilan rasional bermaksud hujah yang berkaitan dengan logik akal manakala pendalilan emotif merujuk kepada hujah yang berkaitan dengan perasaan. 27 Pendalilan rasional : Kaedah ini digunakan bagi memberi kefahaman jelas dan dapat diterima oleh akal yang waras. Berdasarkan pengalaman yang dilalui sendiri oleh guru agama bersama seorang banduan. Banduan itu menyatakan bahawa hukum hudud itu mempunyai ciri-ciri menzalimi manusia. Lantas ustaz menjawab dengan satu soalan Adakah kamu tahu bahawa hukum hudud itu datangnya dari Allah? dan bukan undang-undang ciptaan dari tangan manusia. Kita nafikan perkara yang ditetapkan Allah sedangkan kita sendiri menumpang di bumi milik Allah. Sedarlah bahawa Allah menetapkan hukum-hakam pada manusia kerana hanya Dia Pencipta yang Maha Mengetahui akan keperluan makhluk-makhluknya. 28 Lantas banduan itu menyatakan pada ustaz : Saya mahu belajar dari ustaz tentang hukum-hukum Allah sebab saya tidak tahu... Pendalilan emotif : Kaedah ini digunakan bagi menyentuh perasaan terhadap hujah yang disampaikan. Juga berkaitan banduan yang 25 Ustaz Mohd Fedzuan bin Mohamed, (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Pemulihan dan Rawatan, Penjara Bentong) dalam temubual, 13 Disember 2011. 26 Ab.Aziz Mohd Zin,Metodologi Dakwah, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2001,11. 27 Dr.Norrodzoh binti Hj.Siren, temubual pada 12 Mac 2016. 28 Ustaz Ahmad Alim bin Marhaban, (Pembantu Hal Ehwal Islam, Unit Pemulihan dan Rawatan, Penjara Kota Kinabalu) dalam temubual, 27 Mac 2016. 161

menyatakan bahawa berdasarkan hukum hudud, mengapa pencuri dipotong tangan? Perkara ini nampak zalim dan menyiksa. Ustaz menyatakan bahawa Hukuman potong tangan ini bukanlah satu hukuman yang dilakukan sewenang-wenangnya, terdapat peraturan dan syarat berdasarkan syariat sebelum dijatuhkan hukuman. Bukti jelas menunjukkan bahawa tempat yang menjalankan hukum hudud ini mempunyai kadar jenayah yang sangat rendah, kerana hukuman ini adalah bersifat mendidik bukan menghukum manusia. Misalnya jika kita pergi ke Makkah, apabila masuk waktu solat semua pekedai akan meninggalkan kedai untuk menunaikan solat. Namun tidak berlaku kecurian kerana manusia terdidik dengan hukum Allah. Bayangkan jika kamu pemilik kedai tersebut, tidakkah kamu berasa aman dan tenteram dengan suasana tersebut atau kamu lebih suka barang jualan kamu sentiasa dicuri? 29 Lantas banduan tersebut mengungkapkan ucapan terima kasih pada ustaz. Pendalilan emotif di atas sebenarnya mampu memberi kefahaman yang baik pada banduan walaupun ia mempunyai unsur sindiran namun ia berkeupayaan membezakan antara perkara baik dan buruk. Namun terdapat juga soalan-soalan yang diutarakan kepada ustaz atas dasar menguji ilmu serta ingin menyesatkan kefahaman banduan lain terhadap agama Islam. Situasi ini berlaku dalam kalangan banduan yang terlibat dengan jenayah ajaran sesat. Mereka ini memanipulasikan ayat-ayat al-quran dan Hadis mengikut logik pemikiran mereka dan bertujuan mempengaruhi orang lain agar sesat seperti mereka. Kebiasaan golongan ini tidak dilayan segala persoalan yang diutarakan kerana bimbang berlaku kekeliruan kefahaman agama terhadap banduan lain, khususnya banduan yang baru mengenali Islam 30. 29 Mohd Mikdad bin Md.Salim, (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Pemulihan dan Rawatan, Penjara Bentong) dalam temubual, 13 Disember 2011. 30 Ustaz Abdullah bin Hashim, (Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Pemulihan dan Rawatan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Ibu Pejabat Penjara Kajang, Selangor) dalam temubual, 24 Disember 2015. 162

Kesimpulan Usaha Jabatan Penjara Malaysia bagi melahirkan modal insan dalam kalangan banduan bukan tugasan yang mudah. Antara kaedah yang digunakan dalam proses pemulihan banduan ialah mewujudkan program halaqah. Dalam usaha dakwah terhadap banduan dalam program halaqah, pemilihan metodologi dakwah yang bersesuaian dengan banduan merupakan aspek penting bagi memastikan mesej dakwah yang ingin disampikan dapat diterima dengan baik. Namun berpandukan ilmu dan pengalaman yang dimiliki oleh guru-guru agama bersama para pembantu guru agama yang terdiri daripada kakitangan berunifom penjara, mereka mampu melakukan pelbagai strategi dakwah dengan baik terhadap banduan walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran demi merealisasikan matlamat Jabatan Penjara Malaysia bagi melahirkan banduan yang mampu menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara apabila dibebaskan kelak. 163

164

DAKWAH KEPADA ORANG KURANG UPAYA Dr Nor Raudah Hj Siren, Dr Ab Aziz Mohd Zin 1, Juwairiah Hassan Pendahuluan Manusia diciptakan sebagai khalifah yang mentadbir dan menguruskan makhluk lain di muka bumi ini. Manusia adalah makhluk paling baik yang diciptakan kerana dikurniakan akal fikiran. Walau bagaimanapun, di sebalik penciptaan tersebut, masih terdapat kekurangan yang dijadikan oleh Allah SWT agar manusia dapat memikirkan mengenai kekuasaan-nya. Hal ini disebutkan dalam surah al-hajj (22:5) yang bermaksud; Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang telah ditetapkan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian dengan (beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan ada antara kamu yang diwafatkan dan ada pula yang dipanjangkan umurnya, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, dan apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan 1 Profesor, CEO Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan 165

menumbuhkan pelbagai tumbuhtumbuhan yang indah. Ayat tersebut telah menjelaskan tentang penciptaan manusia yang tidak semuanya sempurna. Kecacatan dan ketidaksempurnaan yang diciptakan menyebabkan kurang keupayaan golongan ini berbanding insan yang lain yang normal dan terdapat juga golongan yang lahir normal tetapi menjadi golongan kurang upaya selepas berlaku kemalangan atau mengidap penyakit tertentu. Walau bagaimanapun, setiap manusia perlu bersyukur dan sentiasa reda dengan qadak dan qadar Allah SWT kerana sesungguhnya Allah SWT tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Pasti ada hikmah di sebalik penciptaan-nya, agar manusia dapat memikirkan tentang kekuasaan Allah SWT yang Maha Bijaksana. Konsep Orang Kurang Upaya di Malaysia Kecacatan adalah keadaan kurang lengkap atau kurang sempurna 2. Menurut Kamus Dewan, cacat ialah kekurangan atau keadaan kurang sempurna (lengkap, baik) pada badan (benda, perbuatan, akhlak, batin), kecacatan perihal (keadaan, sifat, dsb) kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yang menjejaskan sesuatu). Individu yang ditimpa kecacatan pula dikenali sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) 3. Istilah kurang upaya lazimnya boleh dinyatakan sebagai kurang mampu atau lemah untuk melakukan pekerjaan atau aktiviti hidup harian yang biasa dilakukan oleh orang yang normal 4. Walau bagaimanapun ada saranan agar penggunaan kurang upaya digantikan dengan istilah lebih tepat iaitu kelainan upaya. Golongan OKU di Malaysia khususnya dibahagikan kepada dua kelompok masyarakat iaitu kelompok golongan kanak-kanak istimewa atau kanak-kanak khas dan golongan istimewa dewasa dan warga tua. Kanak-kanak khas atau kanak-kanak istimewa ini boleh didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak- 2 Yusri Abd Malik & Siti Paujiah (1995) Kecacatan Anggota. Selangor: Penerbit Setiamas, hal. 3 3 Kamus Dewan (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 234 4 Blaxter, Mildred (1976) The Meaning of Disability. London: Heinemann Educational Books Ltd, hal. Introduction 166

kanak normal dalam beberapa aspek. Antaranya adalah menerusi ciriciri keupayaan mental, sensori, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal 5. Terdapat tiga kategori hak asasi yang telah diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada golongan OKU ini, antaranya adalah 6 ; 1. Hak untuk mendapatkan rawatan perubatan, pemulihan sosial, bimbingan dan kaunseling, pelajaran, alat-alat otopedik seperti kaki palsu, kerusi roda dan sebagainya. Kesemua ini adalah perlu bagi membolehkan golongan ini mempertingkatkan keupayaan dan kemahiran mereka kepada suatu tahap yang maksimum dan seterusnya proses integrasi sosial dapat dilaksanakan. 2. Hak kebebasan bersuara dan mendapatkan pekerjaan. Hal ini penting bagi mengelakkan mereka daripada diskriminasi insan normal selain melahirkan semangat untuk berjaya seiring dengan insan normal, berdikari dan mencari nafkah tanpa bergantung hidup pada orang lain. 3. Hak mengundi apabila mencapai umur yang ditetapkan. Kedudukan OKU dari Sudut Hukum Syarak Hukum syarak telah menetapkan bahawa wajib bagi setiap umat Islam yang mukalaf melaksanakan ibadat yang diwajibkan. Mukalaf ialah individu yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT untuk melaksanakan segala perintah-nya. Namun, tidak semua individu muslim mampu memikul amanah ini kerana kelemahan-kelemahan tertentu yang berlaku pada diri mereka sehingga menjejaskan syarat mukalaf dan menyebabkan mereka terkecuali sebahagian atau keseluruhan tanggungjawab yang disyariatkan. Seseorang itu dianggap mukalaf apabila telah memenuhi dua syarat yang ditetapkan oleh syarak iaitu pertama mampu memahami dalil taklif 7 iaitu nas al-quran atau al-sunnah supaya dengan kefahaman tersebut, mereka boleh mengamalkan segala yang 5 Jamila K.A Mohamed (2005) Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Hal. 24 6 Akta Orang-orang Cacat 2002, http://www.epekak.net.my/info/aoc_2002_malay.htm, hal. 5-6, 9-14, 17, 21, 27 7 Al-Zuhayli, Wahbah (2004) Usul al-fiqh al-islami. J. 1, C. 2. Damsyik: Dar al- Fikr, hal. 158 167

diperintahkan. Lantaran itu, untuk memahami dalil tersebut, kesihatan akal diperlukan. Syarat kedua ialah mempunyai kelayakan (ahliyyah) untuk taklif 8 iaitu kelayakan untuk menerima (ahliyyah al-wujud) dan kelayakan untuk melaksana (ahliyyah al-ada ). Kedua-dua kelayakan itu pula dibahagikan kepada dua jenis iaitu kelayakan sempurna dan tidak sempurna. Walau bagaimanapun, seseorang yang mencapai kelayakan yang sempurna dalam kelayakan menerima dan melaksanakan, kadang kala kehilangan semua kelayakan atau sebahagiannya apabila terhadap halangan yang boleh menjejaskan kelayakannya. Halanganhalangan tersebut dikenali sebagai halangan kelayakan (al-awarid alahliyyah). Terdapat dua bahagian halangan kelayakan iaitu; 1. Halangan semula jadi (al-awarid al-samawiyyah) 2. Halangan mendatang (al-awarid al-muktasabah) Halangan semula jadi bermaksud halangan yang berlaku tanpa melibatkan daya usaha manusia kerana halangan tersebut terjadi di luar kemampuan manusia. Antara yang termasuk dalam kategori halangan-halangan ini ialah gila, terencat akal, lupa, tidur, pengsan, sakit dan mati. Halangan mendatang pula merujuk kepada halangan yang dilakukan oleh manusia dengan pilihan sendiri seperti jahil, bodoh, mabuk, bergurau dan tersilap dan halangan yang terjadi kerana orang lain iaitu secara paksaan. OKU merupakan manusia yang memiliki halangan yang boleh menyebabkan kelayakan mereka sebagai mukalaf terjejas. Antara halangan yang dibahaskan ialah gila, terencat akal, jahil dan bodoh. Orang gila tidak memiliki kelayakan melaksanakan kerana gila merosakkan akal dan menghilangkan ciri-ciri tamyiz. Mereka tidak diwajibkan ke atasnya segala bentuk ibadat dan hukuman fizikal seperti solat, puasa, qisas serta hudud. Begitu juga segala akad, ikrar dan tindakannya adalah tidak sah sekalipun dilakukan dengan izin walinya. Golongan terencat akal pula dilihat dari aspek tahap kecacatan akal yang dialami. Bagi golongan terencat akal yang masih mempunyai daya faham serta dapat membezakan antara yang baik dan buruk tetapi beupayaan mereka ini tidak seperti keupayaan orang normal, mereka dihukumkan seperti kanak-kanak mumayyiz iaitu 8 Al-Zuhaily, Wahbah (2004) hal. 162 168

memiliki kelayakan melaksanakan tidak sempurna (ahliyyah al-ada al-naqisah) 9. Bagi golongan OKU fizikal, penglihatan dan pendengaran pula ditaklifkan dengan semua kewajipan syarak tanpa ada pengecualian termasuklah dalam ibadat solat. Walau bagaimanapun, bagi OKU yang mengalami dua kecacatan pancaindera serentak iaitu buta dan pekak sejak lahir, tidak wajib menunaikan solat kerana tiada taklif. Mereka dianggap sebagai orang yang tidak sampai dakwah Islam kepadanya 10. Mereka tidak ditaklifkan kerana tidak memahami dalil taklif khususnya suruhan solat seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat mengerjakannya. Tetapi jika mereka mengalami kecacatan tersebut sebelum mumayyiz dan sempat mengetahui hukum-hukum syarak sebelumnya, maka wajib ke atas mereka menunaikannya sekadar mengikut kemampuan 11. Namun begitu, teknologi yang dicipta seperti alat bantuan pendengaran, jika membolehkan mereka mampu mendengar sehingga mengetahui tentang kewajipan solat, maka mereka dikira mukalaf. Keperluan Dakwah Kepada OKU Secara keseluruhannya, pelaksanaan dakwah terhadap OKU di Malaysia berjalan dengan baik sama ada secara formal mahupun secara tidak formal. Pelaksanaan dakwah secara formal termasuk dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah khas dan Integrasi serta kelas agama bagi bengkel latihan OKU. Dakwah secara informal pula dilakukan mengikut keperluan semasa dan mengikut pengisian oleh pendakwah yang terlibat. Walau bagaimanapun, terdapat masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah apabila silibus pendidikan Islam yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sama seperti pelajar normal. Lantaran ketidakupayaan OKU dalam menerima proses pembelajaran, guru-guru agama hanya melakukan proses pengajaran hanya sekadar untuk memberi pengetahuan agama sahaja. Malah 9 Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad (1970). Al- Mustasfa min Ilm al-usul. J. 1. Beirut: Dar Ihya al0 Arabi, hal. 156 10 Syihab al-din, al-ramli, Syams al-din Muhammad bin Abi al- Abbas Ahmad bin Hamzah Ibn Syuhab al-din (1967). Nihayah al-muhtaj Ila Syarh al-minhaj. Jil. 1. Kaherah: Mustafa al-babi al-halabi, hal. 388 11 Syihab al-din al-ramli (1967) 169

sebahagian guru-guru agama sekolah menyatakan pelajar OKU gagal dalam mata pelajaran pendidikan Islam, terutama pelajar pekak. Program-program agama yang dilaksanakan di sekolah integrasi pula kurang efektif apabila pelajar pekak menjalani program bersama dengan pelajar normal, sedangkan mereka memerlukan bantuan jurubahasa isyarat untuk memahami ceramah yang disampaikan. Kemampuan OKU dalam menerima sesuatu pembelajaran biasanya tidak sama dengan golongan normal. Hal ini lebih ketara terutamanya OKU yang cacat pendengaran yang terlalu terhad dalam menerima ilmu-ilmu yang bersifat abstrak. Mereka sukar memahami persoalan abstrak seperti ketuhanan, perkara-perkara sam iyyat, qadak dan qadar, hari akhirat, syurga dan neraka. Bahasa isyarat yang terhad tidak mampu menjelaskan atau menggambarkan perkara abstrak tersebut dalam bentuk yang boleh difahami oleh OKU. Hal ini menimbulkan berkemungkinan terdapat salah tafsir dalam kalangan pelajar daripada bahasa isyarat yang digunakan oleh guru. Lantaran itu, guru-guru agama biasanya akan mengulang sesuatu topik yang diajar dan menyebabkan silibus yang ditetapkan tidak sempat dihabiskan sehingga akhir tahun. Hal ini telah menjejaskan keputusan peperiksaan utama seperti Sijil pelajaran Malaysia (SPM) dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.. Di bengkel-bengkel terlindung pula, aktiviti keagamaan hanya dijalankan apabila terdapat pendakwah sukarela disediakan atau bergantung pada guru agama yang dihantar oleh pihak tertentu seperti Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Disebabkan oleh alasan tertentu, terdapat pula bengkel yang tidak menyediakan kelas agama. Bagi mengatasi masalah kelemahan pemahaman agama dalam kalangan OKU di bengkel terlindung, guru-guru agama mensasarkan hanya satu topik sahaja diajarkan bagi setiap sesi pengajian terutama dengan menggunakan metode penceritaan. Pendekatan dakwah terhadap Orang Kurang Upaya OKU merupakan golongan yang lemah dan terhad dalam melakukan sesuatu. Mereka sangat memerlukan bimbingan dan perhatian lebih daripada manusia yang normal. Oleh itu, pendekatan dakwah yang sesuai untuk dilakukan terjadap OKU ialah sebagaimana berikut; 170

1. Menggunakan konsep mudah Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, Hendaklah engkau permudahkan dan janganlah memayahkan. 12 Konsep ini juga disebut berdasarkan ayat al-quran dalam Surah al-maidah (5:6) yang bermaksud, Allah tidak hendak menyulitkan kamu.. dan firman Allah SWT dalam surah al- Baqarah (2:185) yang bermaksud, Allah mengehendaki kemudahan bagi kamu dan tidak mengehendaki kesukaran bagi kamu.. Daripada keterangan ayat tersebut menunjukkan bahawa pada asasnya agama Islam itu adalah agama mudah yang kemudahannya itu boleh dilakukan oleh setiap orang. 2. Konsep rahmat dan syafaqah (kasihan belas dan simpati) Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, agama yang paling dicintai Allah ialah agama yang paling benar dan bertimbang rasa 13. Al-Quran juga ada menyebutkan dalam surah al-fatihah ayat pertama bermaksud, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ayat tersebut menjelaskan bahawa Islam bermula dengan kasih sayang dan rahmat. Justeru itu, Rasulullah SAW tidak menggemari orang yang membebankan manusia atau tidak mengambil perhatian terhadap keadaan mereka yang berbezabeza. 3. Konsep hidup sebagai ujian Allah berfirman dalam surah al-mulk (67:2) yang bermaksud, (Allah) yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Ayat tersebut menunjukkan bahawa hidup di dunia ini sebagai ujian untuk dibalas bagi sesiapa yang berjaya menghadapi ujian tersebut. Walau bagaimanapun, setiap ujian tersebut perlu dilalui dengan usaha dan ikhtiar untuk melakukan yang terbaik sehingga mereka mampu memperoleh kenikmatan hidup yang berkualiti sama ada di dunia mahupun di akhirat. 4. Konsep mempengaruhi 12 Ibn Hajar (t.t), Fath al-bari. J. 1, hal. 163 13 Diriwayatkan oleh Ahmad dan Bukhari dalam al-adab al-mufrad dan al- Tabarani daripada Ibn Abbas, lihat al-jami al-saghir, hal. 160 171

Perkara utama dalam dakwah ialah mempengaruhi kumpulan sasar supaya menerima dakwah yang disampaikan. Dengan itu, usaha mempengaruhi perlu dilakukan agar sasaran menerima dakwah dengan lebih baik dan berkesan. Rasulullah SAW dalam hal ini telah memperlihatkan keperibadian yang baik untuk mempengaruhi sasarannya sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-ahzab (33:21) yang bermaksud, Sesungguhnya dalam diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik. Ayat tersebut menunjukkan bahawa hubungan Rasulullah SAW dengan umatnya adalah hubungan contoh teladan yang baik sebagai metode mempengaruhi sasarannya. Konsep kelebihan orang cacat Allah SWT telah menciptakan manusia dengan pelbagai kelebihan walaupun setiap manusia mempunyai kelemahan yan tersendiri sebagai sifat makhluk. Oleh itu, OKU terutamanya tidak perlu risau atau sedih dengan kekurangan yang diberikan oleh Allah SWT kerana di sebalik kekurangan tersebut, terdapat hikmah di sebaliknya. Firman Allah SWT dalam surah al-baqarah (2:216) yang bermaksud, mungkin kamu membenci sesuatu perkara sedangkan ia membawa kebaikan kepadamu dan mungkin kamu menyukai sesuatu sedangkan ia membawa keburukan kepada kamu, dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. Ayat tersebut menjelaskan bahawa tidak semua perkara yang pada zahirnya dibenci atau disukai mendatangkan keburukan atau kebaikan kerana ada hikmah tertentu yang belum diketahui. Dalam konteks OKU, walaupun mereka tidak menyukai atau berat menerima kecacatan yang dialami, tetapi kecacatan tersebut sebenarnya membawa kelebihan dan kebaikan kepada mereka. Dalam kitab Madarij al-salikin, Imam Ibn al-qayyim mengatakan sesetengah ulama berpendapat pahala yang diterima dalam ibadat bergantung pada tingkat kesulitan yang 172

kita lakukan. Mereka meriwayatkan hadis yang maksudnya amal ibadat yang paling afdal ialah yang paling sulit dan sukar dilakukan 14. Oleh itu, golongan yang lemah seperti OKU akan diletakkan di tempat yang istimewa dari sudut pelaksanaan ibadat, walaupun mereka melakukannya dengan serba kekurangan dan kelemahan. Berdasarkan konsep-konsep di atas, maka pelaksanaan pendekatan dakwah terhadap OKU sewajarnya difokuskan kepada perkara berikut iaitu; i. Membina motivasi dan pegangan hidup ii. Pelaksanaan tanggungjawab, mengutamakan dalam bentuk amalan dan praktikal tanpa membanyakkan penerangan lisan iii. Menggunakan bahasa hubungan yang sesuai dan mudah difahami. Kesimpulan OKU merupakan insan yang memerlukan lebih perhatian berbanding orang normal dalam keperluan penyampaian dakwah. Gabungan dan perancangan bersama dalam meningkatkan pelaksanaan dakwah terhadap OKU wajar dilakukan oleh semua institusi agama kerajaan dan badan agama bukan kerajaan. Ia merangkumi perancangan dakwah khas OKU, penyediaan dana khas untuk dakwah OKU dan pelantikan penggerak dakwah khas OKU agar pelaksanaannya lebih bersifat menyeluruh dan berkesan. Para pendakwah pula perlu mendekati mereka berdasarkan pendekatan yang sesuai sebagaimana yang disarankan oleh al-quran dan al-sunnah. Senarai Rujukan Akta Orang-orang Cacat 2002, http://www.epekak.net.my/info/aoc_2002_malay.htm Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad (1970). Al- Mustasfa min Ilm al-usul. J. 1. Beirut: Dar Ihya al0 Arabi Al-Zuhayli, Wahbah (2004) Usul al-fiqh al-islami. J. 1, C. 2. Damsyik: Dar al-fikr 14 Lihat Kasyf al-khafa. J. 1, hal. 155 173

Blaxter, Mildred (1976) The Meaning of Disability. London: Heinemann Educational Books Ltd Ibn Abas, al-adab al-mufrad dan al-tabarani Ibn Hajar (t.t), Fath al-bari. J. 1 Jamila K.A Mohamed (2005) Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Kamus Dewan (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kasyf al-khafa. J. 1 Syihab al-din, al-ramli, Syams al-din Muhammad bin Abi al- Abbas Ahmad bin Hamzah Ibn Syuhab al-din (1967). Nihayah al-muhtaj Ila Syarh al-minhaj. Jil. 1. Kaherah: Mustafa al-babi al-halabi Yusri Abd Malik & Siti Paujiah (1995) Kecacatan Anggota. Selangor: Penerbit Setiamas 174

PERKEMBANGAN NASYID DI MALAYSIA: SATU PENELITIAN AWAL TERHADAP PENERIMAANNYA DI KALANGAN SAUDARA BARU Dr Muhammed bin Yusof Pendahuluan Menurut Kamus Dewan, nasyid adalah lagu (biasanya dinyanyikan secara kumpulan) yang mengandungi seni kata yang berunsur Islam. 1 Ia merupakan kesenian berunsurkan Islam berasal dari Timur Tengah dan tersebar ke Nusantara bersama-sama kedatangan Islam. Seni katanya merupakan puji-pujian terhadap Rasulullah SAW dan para sahabat seperti juga Marhaban 2 dan Qasidah. 3 Nasyid juga adalah sejenis lagu yang berasal dari bahasa Arab yang dinyanyikan dengan muzik atau tanpa muzik. 4 Aziz Deraman mendefinisikan nasyid sebagai perkataan yang berasal daripada kata dasar nashada yang membawa maksud menyeru atau menyampaikan berita atau memberi maklumat serta merapatkan atau mengingatkan para pendengar. Nasyid juga boleh diertikan sebagai melagukan satu-satu rangkap puisi atau menyampaikan baitbait sajak dalam bentuk nyanyian atau lagu. Ia bertujuan memuji Nabi Muhammad SAW, menceritakan akhlak yang baik dan mengingatkan para pendengarnya supaya taat kepada perintah Allah SWT. 5 Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Mohamad Shahir Abdullah berpendapat bahawa nasyid bukan sahaja sebagai hiburan tapi juga sebagai media dakwah yang berkesan. Melalui lirik, lagu nasyid boleh menyampaikan mesej-mesej yang positif. Nasyid juga boleh 1 Hajah Noresah Baharom (2007), op.cit., h. 1072. 2 Marhaban dan Qasidah ialah sejenis nyanyian yang mengandungi perutusan ajaran atau puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAW yang dilagukan dalam bahasa Arab dan kemudiannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Pada Kebiasaan kedua-duanya dipersembahkan dalam upacara-upacara keagamaan. 3 Aziz Deraman dan Wan Ramli Wan Mohamad (1994), Muzik dan Nyanyian Tradisi Melayu, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, h. 21. 4 Mohd Jamil Mukmin (1994), Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, h. 167. 5 Aziz Deraman dan Wan Ramli Wan Mohamad (1994), op.cit., h. 22. 175

mengambil alih peranan ceramah agama kerana lirik lagu sudah mencakupi apa yang hendak disampaikan kepada masyarakat. 6 Dalam pemahaman masyarakat tempatan, nasyid merupakan nyanyian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah, dan seumpamanya. Pada awalnya nasyid membawa alunan bercorak padang pasir, tetapi kini kumpulan nasyid semasa telah membawa pelbagai rentak bercorak baru untuk para pendengar. Pembaharuan ini menjadikan lagu-lagu nasyid lebih menarik dan bersifat lebih daya saing dalam bidang seni. 7 Nasyid sebagai satu saluran seni mempunyai pengaruh dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Hal ini kerana nasyid bukan sekadar bait-bait lagu, akan tetapi melibatkan penampilan kumpulan yang menyampaikan lagu tersebut. Dengan itu kepekaan penulis, penggubah, penyanyi dan penganjur terhadap persoalan nilai yang wujud bersama-sama nasyid itu amatlah mustahak. 8 Dengan kata lain, nasyid menggabungkan elemen seni kata muzik dan gaya penampilan kumpulan penyanyi. 9 Berdasarkan huraian definisi nasyid di atas, dapatlah difahami bahawa nasyid merupakan salah satu bentuk kesenian yang berunsur Islam yang menggabungkan elemen seni kata muzik dan gaya penampilan kumpulan penyanyi. Tujuan utama lagu nasyid ialah untuk berdakwah. Ini termasuk menyampaikan mesej-mesej yang positif, unsur-unsur nilai yang baik seperti mengingati Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW, meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ajaran Islam, menghormati golongan ibu bapa dan orang yang lebih dewasa, kegigihan dalam menuntut ilmu, mensyukuri nikmat Allah SWT dan lain-lain tema yang kebanyakannya bersifat positif dan bermanfaat kepada para pendengar. Nasyid juga bukan sekadar memberi mesej yang bersifat pengajaran namun ia tetap mempunyai sifat berbentuk hiburan. 6 Utusan Malaysia, 26 Mac, 2002, Lagu Nasyid Medium Dakwah. 7 Farid Mat Zain (2006), Dari Padang Pasir Kepada Pop Kontemporari: Akar umbi Nasyid di Malaysia dalam Anuar Puteh et al. Prosiding Seminar Serantau Dakwah dan Kesenian, Selangor: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 206. 8 Jaffary Awang (2006), Perkembangan Nasyid dan Penataran Nilai Islam di Malaysia, dalam Anuar Puteh et al. Ibid., h. 197. 9 Ibid., h. 199. 176

Perkembangan Nasyid di Malaysia Nasyid merupakan salah satu bentuk seni suara dan wahana seni yang kian popular di Malaysia khususnya di kalangan masyarakat Melayu. Ia bukan sahaja digemari oleh generasi yang agak berumur malah turut mendapat sambutan dan sokongan dari kalangan remaja termasuk kanak-kanak. Kedatangan Islam telah membawa bersama seni suara dan seni muzik. Banyak seni suara dan seni muzik Melayu telah dipengaruhi oleh seni Arab dan Parsi yang berunsurkan Islam. 10 Pada awal perkembangan Islam di Tanah Melayu orang Melayu tidak mengetahui apa yang diistilahkan sebagai nasyid. Tapi ini tidak bermakna mereka tidak berhibur atau anti hiburan. Hiburan mereka lebih bercorak lagu-lagu rakyat yang datang dari rumpun dan budaya setempat dan ada yang didatangkan dari pengaruh luar tetapi telah disesuaikan dengan keadaan masyarakat Melayu. Antara yang masyhur seperti Mak Yong dan Dikir Barat di Kelantan, Gamelan di Johor, Ulik Mayang di Terengganu dan Boria di Pulau Pinang. Walaupun dikategorikan sebagai nyanyian rakyat yang dipersembahkan kepada masyarakat pada musim-musim tertentu, tetapi permainan tersebut bercampur baur dengan amalan dan budaya yang bertentangan dengan nilai agama. 11 Upacara pemujaan untuk membangkitkan semangat dikatakan terpengaruh daripada kepercayaan Hindu-Budha. 12 Perkembangan nasyid di Malaysia dapat dibahagikan kepada dua peringkat iaitu: 10 Mohd Jamil Mukmin (1994), op.cit., h. 167. 11 Terdapat banyak lagi jenis-jenis hiburan di Kelantan sama ada berbentuk nyanyian dan juga permainan seperti tarian Asyek, Joget Melayu, Silat, Wayang Kulit, layang-layang, gasing dan rebana. Untuk keterangan lanjut sila lihat Hamidah bt Yaakob (1982), Hiburan Tradisional Kelantan dalam Prof Khoo Kay Kim, Beberapa Aspek Warisan Kelantan II, Kelantan: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, h. 53-54. 12 Pengaruh Hindu-Budha dalam permaian tradisi Melayu boleh dilihat dengan lebih lanjut dalam R. Winstedt (1982), The Malay Magician, Kuala Lumpur: Oxford University Press. 177

Nasyid Irama Padang Pasir Kemunculan nasyid di Malaysia bermula dengan irama Padang Pasir. Dikenali dengan nama demikian kerana lagu dan muziknya berkait rapat dengan pengaruh dari Timur Tengah khususnya Mesir dan Syiria. Timur Tengah dijadikan sebagai model dalam perkembangan Islam dan menerima segala apa yang di bawa oleh mereka sama ada dalam amalan Islam mahupun hiburan. 13 Sebelum muncul irama Padang Pasir, masyarakat Melayu mempunyai seni nyanyian tersendiri yang dilaksanakan dalam masyarakat khususnya untuk mengisi upacara-upacara agama. Bersesuaian dengan ajaran agama yang tidak membenarkan muzik, maka perkembangan nyanyian bercorak agama pada peringkat awal tidak disertai muzik. Andoi atau Dendang Siti Fatimah dan Ulik Anak. Endoi atau Dendang Fatimah terkenal di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Sementara Ulik Anak menjadi popular di Terengganu. Nyanyian ini dilagukan dalam adat istiadat yang bercorak Islam seperti menyambut kelahiran anak, upacara bercukur dan majlis kesyukuran. 14 Di beberapa buah negeri, nyanyian bercorak agama ini disebut dengan pelbagai istilah tetapi mempunyai bentuk dan amalan yang hampir sama antara satu sama lain. Nazam atau Naban, sebuah puisi yang dilagukan dikenali di Terengganu, Pahang dan Melaka. Marhaban dan Qasidah merupakan lagu-lagu pujian kepada Nabi Muhammad SAW terkenal di sebahagian besar negeri-negeri di semenanjung Malaysia. Selain itu Ghazal dan Hadrah antara permainan awal yang bercorak keagamaan. Ghazal muncul di Pantai Barat dan Utara berkembang dengan pesat ke negeri-negeri lain khususnya di negeri Johor. Disebutkan bahawa setiap daerah di Johor mempunyai kumpulan Ghazal tersendiri. 15 Perkembangan nasyid pada peringkat awal juga boleh dikenalpasti menular masuk dalam masyarakat Melayu melalui 13 Farid Mat Zain (2006), op.cit., h. 206. 14 Ismail Hamid (1988), Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 150. 15 Farid Mat Zain (2006), op.cit., h. 206. Lihat juga Mohd. Yusof Hussain et al. (2008), Media in Traditional Malay Society, dalam Mohd. Yusof Hussain, Media and Muslim Society, c. 2. Kuala Lumpur: International Islamic University Malaysia, h. 82-83. 178

graduan daripada Timur Tengah. Pada awal abad ke 20, sudah ada beberapa kumpulan pelajar Melayu yang menamatkan pengajian telah kembali ke tanah air. Mereka menerapkan nasyid kepada murid-murid sekolah yang diajar. Pada masa ini nasyid dinyanyikan di sekolahsekolah agama sama ada semasa perhimpunan pagi dan juga di majlismajlis keraian. 16 Masyarakat pada era sekitar 60-an tergila-gila dengan kumpulan muzik yang dikenali dengan Pop Yeh-Yeh. Muda mudi meniru cara berpakaian dan gaya rambut serta penampilan yang dibawa. 17 Dalam kerancakan muzik tanah air akhirnya muncul beberapa buah kumpulan nasyid iaitu al-mizan, Hidayah dan Jawahir. Al-Mizan antara yang terkenal ditubuh pada tahun 1977 diketuai oleh penyanyi utama iaitu Faridah M.Amin. Antara lagu popularnya ialah Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pohon, Bersyukur, Alhamdulillah, Demi Masa, Junjungan Mulia, Empat Dara dan Solatullah. 18 Berasaskan kepada situasi kemunculan kumpulan nasyid tersebut maka perkembangan nasyid di Malaysia dikatakan bermula semenjak 1960. Tiga nama besar kumpulan nasyid iaitu al-mizan, Hidayah dan Jawahir dikaitkan sebagai pejuang irama nasyid pada ketika itu. Kesemuanya dianggotai oleh kaum hawa. Suara mereka sering berkumandang di radio dan menjadi pilihan utama sebagai penyeri sebelum satu-satu majlis dimulakan. Dapatlah disimpulkan bahawa pada peringkat awal perkembangan irama nasyid di Malaysia ia dipelopori oleh kumpulan nasyid yang terdiri daripada kaum wanita yang terlebih dahulu bertindak mengangkat martabat irama padang pasir di tanah air. 19 Nasyid Kontemporari Nasyid irama Padang Pasir tidak bertahan lama. Tidak sampai satu dekad, kumpulan-kumpulan nasyid rentak Padang Pasir itu menyepi diri. Di katakan kumpulan al-jawahir sempat merakamkan tiga album dan kumpulan lain tidak lebih dari itu. Kebanyakan ahli mendirikan 16 Farid Mat Zain (2006), op.cit., h. 206-207. 17 Ibid., h. 207. 18 Utusan Malaysia, 28 November 2001. 19 Mohd Zaini Mokhtar (2001), 3 Dimensi Kumpulan Nasyid Wanita Terbaik, An Nasyid, November, h. 38. 179

rumahtangga dan menumpukan perhatian kepada pembangunan keluarga dan soal-soal rumahtangga. 20 Masyarakat mencari-cari hiburan atau nyanyian bercorak Islami sebagai sebahagian daripada memenuhi naluri hidup seorang insan. Mereka inginkan sebuah kehidupan yang murni dan diberkati oleh Allah SWT dunia dan akhirat. Untuk mencapai tujuan tersebut mereka perlu mengatur kehidupan harian selaras dengan nilai-nilai agama termasuk aspek hiburan. Kemunculan kumpulan nasyid irama Padang Pasir memenuhi citarasa sebahagian masyarakat akan tetapi masih ada yang tidak menerima penampilan mereka. Alasannya suara wanita adalah aurat dan ada sebahagian ahli nasyid yang tidak menutup rambut sepenuhnya. 21 Perkembangan nasyid turut diwarnai dengan penganjuran pelbagai pertandingan nasyid sekitar tahun 1980-an, dimana RTM turut mengendalikan pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan. Sementara pada tahun 1991 Festivel Nasyid Kebangsaan telah diurusetiakan oleh Bahagian Hal-Ehwal Islam (BHEAIS) Jabatan Perdana Menteri yang kini di kenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). JAKIM telah mengurusetiakan Festival ini (1991-2006) sebanyak 17 kali disamping menguruskan Festival nasyid peringkat MABIMS (ASEAN) yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1996. Kategori nasyid yang dipertandingkan pada masa ini secara umumnya di bahagikan kepada kategori tradisi dan moden. 22 Lagu-lagu nasyid kontemporari sudah muncul sejak tahuntahun 1980-an. Lagu-lagu ini cukup popular kepada pencintapencinta Islam terutama kepada pengikut al-arqam yang masih belum diharamkan ketika itu. Kumpulan Nada Murni, The Zikr dan Kanak- Kanak Sofwan adalah antara kumpulan nasyid yang cukup dikenali. 23 Kumpulan Nada Murni muncul dengan rentak dan konsep baru dalam dunia nasyid. Satu pembaharuan dilakukan ialah ahli kumpulan terdiri 20 Farid Mat Zain (2006), op.cit., h. 207. 21 Ibid. 22 Lihat artikel bertajuk Sejarah Perkembangan Nasyid Di Nusantara Dan Sumbangannya Sebagai Medium Dakwah, Noordianah binti Alwi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, http://www.islam.gov.my/portal, 12 Januari 2008. 23 Massa, 28 Jun 1997, Lagu Nasyid Kontemporari Cabaran Kepada Kumpulan Baru 180

daripada lelaki dan menggunakan beberapa alat muzik sebagai iringan. 24 Format yang diperkenalkan oleh Nada Murni turut mempengaruhi anak muda khususnya penuntut institusi pengajian tinggi untuk menubuhkan kumpulan nasyid masing-masing. Dengan itu lahirlah Badarudin yang lebih dikenali dengan Badar, di Universiti sains Malaysia (USM), Shoutul Shabab di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Nahwan Nur (kini Mestica) di Universiti Putra Malaysia (UPM). 25 Pada tahun 1997, Kumpulan Arqam diharamkan oleh pihak kerajaan. Ketuanya Ustaz Ashaari Muhammad dan beberapa pemimpin kanan ditahan dibawah ISA. Ini memberi kesan kepada Nada Murni yang bernaung di bawah pertubuhan itu. Pada tahun itu juga Nada Murni dibubarkan. Nada Murni berjaya menghasilkan tiga album dan album terakhirnya ialah Untukmu Rasulullah II. 26 Apabila al-arqam diharamkan muncul pula kumpulan nasyid kontemporari yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar universiti seperti al-wadi (Universiti al-azhar), Nahwan Nur (UPM) dan Suara Firdaus (UTM). Kumpulan-kumpulan nasyid ini sudah menerbitkan banyak album namun tidak berupaya menembusi pasaran industri muzik tempatan. 27 Di tengah-tengah masyarakat tercari-cari nasyid kontemporari, muncul kumpulan Raihan dan telah kembali menyemarakkan industri hiburan tanah air dengan dendangan lagulagu dakwah atau lebih dikenali sebagai nasyid 28. Ahlinya terdiri daripada bekas kumpulan The Zikr berjaya menjadi terkenal lebih daripada Nada Murni. Kumpulan Raihan 29 ditubuhkan pada Oktober 24 Farid Mat Zain (2006), op.cit., h. 208. 25 Ibid. 26 Ibid. 27 Massa, op.cit, 28 Jun 1997. 28 Noorzila Jamaludin (2002), Nasyid, Genre Muzik Terlaris, Al-Islam, Januari, h. 30. 29 Pada peringkat awal penubuhan kumpulan Raihan, ia dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Nazrey Johari, Azahari @ Zairee Ahmad, Abu Bakar Md. Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim. Muncul dengan penampilan kopiah hitam ada tangkai di atas. 181

1996 oleh Mohd Farihin Abdul Fattah yang bertindak sebagai pengurus kumpulan dan penerbit. 30 Kemunculan kumpulan Raihan memberi nafas baru dan menghangatkan nasyid tanah air. Ini terbukti apabila album Puji- Pujian terjual sebanyak 650,000 unit. Dengan jualan yang luar biasa itu, Raihan dianugerahkan Artis Baru Terbaik, Album Nasyid Terbaik, Vokal Terbaik dan album Puji-Pujian juga dianugerahkan Album of The Year pada Anugerah Industri Muzik 1988. 31 Raihan turut memecah rekod jualan album nasyid melalui album-album lain. Album Syukur terjual sebanyak 200,000 unit, Senyum 300,000 unit. Koleksi Nasyid Terbaik 400,000 unit. Album ini bukan sahaja laris di pasaran tempatan malah jualan yang tinggi di Indonesia, Singapura dan Brunei. 32 Walaupun nasyid sudah bertapak lama dalam industri muzik tempatan namun lagu tersebut mula mendapat perhatian ramai sejak kemunculan kumpulan Raihan. 33 Sambutan yang menggalakkan terhadap Kumpulan Raihan telah membuka tirai kepada kemunculan kumpulan-kumpulan nasyid lain untuk turut sama menyemarakkan industri hiburan tanah air, sehingga berjaya membentuk satu kelompok artis yang mempunyai kedudukan yang mampan ditengahtengah kelompok artis-artis lain. 34 Pada 10 Januari 1997 bersamaan 1 Ramadhan 1417 muncul pula kumpulan Hijjaz. Idea untuk menubuhkan kumpulan Hijjaz tercetus dengan kemunculan kumpulan Raihan yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Malaysia. Nama 30 Untuk keterangan lanjut lihat Noor Ariza binti Zakaria (2003), Penekanan Unsur Akidah Dalam Nasyid: Satu Kajian Tentang Lirik Lagu Raihan (Latihan Ilmiah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya), h. 45-47. 31 Salman Alfarisi Syahrul (2004), Nasyid Menurut Perspektif Imam al-ghazali dan Kumpulan Raihan (Disertasi Sarjana Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi), h. 91. Lihat juga Bart Barendregt (2007), Cyber-nasyid Transnational soundscapes in Muslim Southeast Asia, dalam Todd Joseph Miles Holden et.al. Medi@sia Global Media/tion in and out of Context, New York: Routledge, h. 181. Lihat juga Noorzila Jamaludin (2002), op.cit., h. 30. 32 Farid Mat Zain (2006), op.cit., h. 208. 33 Utusan Malaysia, op.cit., 26 Mac 2002. 34 Sabariah Sulaiman (2002), Pengaruh Nasyid Kumpulan Rabbani Terhadap Masyarakat di Malaysia (Kertas Projek Program Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 2002), h. 44. 182

kumpulan Hijjaz sebenarnya telah diilhamkan oleh Mahyuddin Azhari. Pada awalnya nama Hijjaz adalah He-Just, tetapi memandangkan mesej yang ingin disampaikan adalah bermotokan lagu-lagu dakwah maka mereka telah menetapkan agar meletakkan nama yang sesuai dengan imej dan penyampaian lagu dakwah yang dibawa. Pemilihan ini juga berdasarkan antara jenis lagu dalam al- Quran iaitu hijjaz. 35 Kumpulan Hijjaz ini dengan penampilan kopiah tajam ke bawah yang dianggotai oleh bekas kumpulan Nada Murni kecuali Saleh Ramli. Sejak ditubuhkan kumpulan ini berjaya menghasilkan lebih sepuluh buah album dan mempunyai peminat tersendiri. Antara lagu yang popular ialah Rindu, Rasul Junjungan, Fatamorgana, Rintihan dan Senandung Pujian. 36 Selain itu, kumpulan Rabbani muncul pada 1 Mac 1997. Rabbani bermaksud yang arif dan yang soleh atau tafsiran secara umumnya ialah ingin mengajak diri, keluarga dan masyarakat kepada kebaikan. Bertolak daripada landasan tersebut tujuh anggotanya ingin merealisasikan maksud tersebut terhadap diri mereka. Kumpulan Rabbani adalah berasal daripada kumpulan Nada Murni yang ditubuhkan pada tahun 1986 dengan keahlian seramai 20 orang. Perpecahan Nada Murni kemudiannya membentuk dua kumpulan iaitu Hijjaz dan Rabbani. Rabbani kekal dengan 11 orang ahli iaitu suatu penampilan yang melibatkan ahli yang ramai dengan tujuan untuk mencipta suatu kelainan dari segi penampilan, imej dan persembahan. 37 Kumpulan Rabbani menampilkan konsep yang tersendiri iaitu bermula dengan lagu-lagu berkonsepkan nasyid klasik, irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era terkini. Di samping itu, Rabbani juga menampilkan lagu dengan adunan muzik ala Melayu Timur dan digabungkan dengan adunan muzik Timur Tengah. 38 35 Sakinah binti Bujang (2003), Berdakwah Melalui Nasyid: Kajian Terhadap Kumpulan Hijjaz (Latihan Ilmiah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya), h. 50-52. 36 Farid Mat Zain (2006), op.cit., h. 208. 37 Sabariah Sulaiman (2001), op.cit., h. 49-50. 38 Ibid., h. 51. 183

Perkembangan genre muzik nasyid telah melahirkan pelbagai nama yang mewakili kumpulan-kumpulan nasyid seperti Saujana, Saf-One, Aura dan Nur Irsyad yang bernaung di bawah Telaga Biru Sendirian Berhad. Manakala kumpulan-kumpulan lain pula ialah In- Team dan Ae-Man yang merupakan anak didik bagi kumpulan Hijjaz. Now See Heart, U.N.I.C, Harakat Madani, Diwani, Brothers, Wildan, Ali Ila Ya, Alif Ba Ta dan sebagainya yang terdiri daripada kaum Adam. Kumpulan nasyid yang dianggotai oleh kaum hawa masih sedikit, misalnya kumpulan Huda dan Solehah sahaja yang agak menonjol. 39 Nasyid di Malaysia khususnya di kalangan masyarakat Melayu bukan lagi hanya menjadi tatapan dan seni bagi kalangan yang dewasa, malah mendapat sambutan yang cukup baik dari kalangan generasi muda. Bentuk-bentuk penganjurannya juga semakin menarik dari sudut bentuk hebahan dan dipersembahkan juga dalam Majlis-majlis rasmi kerajaan. Ini tentunya akan memberi semacam satu bentuk kekuatan tambahan kepada industria nasyid di Malaysia. Selain itu, sokongan daripada syarikat swasta atau penerbit yang menjadikan kumpulan nasyid lebih terkehadapan setanding dengan kumpulan pemuzik lain. 40 Sambutan yang menggalakkan daripada generasi muda juga disebabkan kebanyakan kumpulan nasyid terdiri dari generasi muda yang sebahagiannya adalah berkelulusan dari universiti tempatan dan terdapat juga dari luar negara yang bergabung tenaga mewujudkan kumpulan nasyid. Penampilan golongan remaja dalam industri nasyid tentunya menjadi daya penarik yang cukup baik khususnya kepada kalangan penuntut universiti. 41 Dari sudut pendekatan bahasa nasyid pula, memang diakui bahawa majoriti nasyid dipersembahkan dengan menggunakan bahasa Melayu. Namun sejak kebelakangan ini hasil daripada kemunculan kumpulan-kumpulan yang sebahagian ahlinya berkelulusan dari institusi pengajian tinggi mula menghasilkan seni kata nasyid dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Arab. Kepelbagaian ini berkemungkinan untuk: 42 39 Ibid., h. 45. 40 Jaffary Awang (2006), op.cit., h. 198. 41 Ibid., h. 199. 42 Ibid., h. 201. 184

i. Menyebarkan mesej Islam melalui nasyid kepada kalangan masyarakat bukan Melayu khususnya masyarakat Cina. Ini merupakan satu trend yang menarik dalam menjadikan nasyid sebagai media hiburan dan dakwah. Umpamanya kumpulan nasyid Raihan yang cukup popular, pernah mengadakan kerjasama dengan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Malaysian Chinese Muslim Association atau MACMA) menterjemahkan beberapa buah lagu ke dalam bahasa Mandarin. 43 Contohnya lagu nasyid bertajuk Cing Ai Ching Ai oleh Kumpulan Raihan dalam album Gema Alam: 44 Cing ai, ching ai Wei tak tik Allah Yi che ai, wei foo chong sen Islam sherai ai tik chen siang Sin chong she ser ser ker yiu Allah Allah ping fook wo men tek cha niyen Siau soon foo moo woo ching ter kwan hwai Wo men yau who ai whu chuu Selalulah mengingati Allah Masalah kembali pada Allah Hormati ibu bapa kerna kasihnya Tolong menolong sesama kita Mohammotek sher Allah tek ser che Yi cher ai tui tai cang pei her siau hai Wei siaw she tha thi mei tek Ying wei siau sher yik cung sher sher Muhammad itu pesuruh Allah Sayang kepada yang tua dan muda 43 Buletin MACMA 2004, Bil. 2. 44 Lirik Nasyid, http://www.liriknasyid.com, 6 Februari 2011. 185

Akhlak mulianya mudah tersenyum Kerna senyuman itu sedekah Cintakan Allah kasihkan Allah Allah maha besar Melindungi kita dengan rahmatnya Islam ajaran yang berkasih sayang Laa Ilaahailallohu Muhammadurrosululloh Allah shertu yi ter chu Muhammotek sher Allah ter ser che ii. Memastikan pasaran lagu-lagu nasyid tidak hanya tertumpu di Malaysia, sebaliknya boleh menjangkau hingga ke luar negara. Ini kerana terdapat beberapa kumpulan nasyid yang turut membuat persembahan di Indonesia. Ini menunjukkan kumpulan nasyid kontemporari di Malaysia kelihatan bersifat global dari sudut pendekatan pemasaran. Berdasarkan kepada fenomena tersebut, maka terdapat beberapa kumpulan nasyid yang meletakkan kumpulan masingmasing dengan nama yang kelihatan lebih bersifat antarabangsa dan bukan lagi terlalu kemalaysiaan. Ini dapat dilihat umpamanya dengan kemunculan kumpulan-kumpulan seperti Now See Heart, In Team dan Rabbani sendiri. Ini kerana sudah menjadi semacam satu trend, penggunaan Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab sebagai penunjuk kepada nilai keantarabangsaan bagi sesuatu perkara. 45 Menurut Ahmadi Hassan yang merupakan penyanyi nasyid sekitar tahun 1970-an, beliau berpandangan bahawa perkembangan irama nasyid sekarang adalah satu petanda baik untuk meletakkan irama nasyid seiring dengan irama lain. Prembaharuan dalam irama nasyid yang telah dapat diterima ramai akan meninggikan martabat irama tersebut. 46 45 Jaffary Awang (2006), op.cit., h. 201. 46 Mohd Zaini Mokhtar (2002), Ahmadi Hassan Batal Hajat Kerana Petanda Buruk, An Nasyid, Januari. 186

Antara faktor mengapa nasyid kontemporari mudah diterima oleh ramai masyarakat Melayu adalah kerana konsepnya termasuk lirik dan iramanya yang lebih kepada ciri-ciri kemelayuan. Dengan ini ia mudah diterima dan sekaligus menjiwai masyarakat Melayu. Dalam hal ini, Jaffary Awang mengatakan bahawa: Nilai-nilai Melayu dapat dikesan dan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk termasuk nasyid. Ini kerana nasyid membawa mesej terhadap pendengar. Gabungan antara unsur-unsur ajaran Islam yang dimasukkan dalam seni kata lagu kemudian dipandankan dengan adat dan budaya kehidupan Melayu. 47 Industri nasyid sukar berkembang maju tanpa ada sokongan daripada media. Dalam hal ini kewujudan Radio IKIM.fm menjadi peneraju utama kepada industri nasyid. Radio saluran utama kepada perkembangan dakwah di Malaysia ini menyajikan lagu-lagu nasyid dalam rancangan yang disiarkan. Antara program penting yang mendapat sambutan ramai ialah Anugerah Carta Nasyid. Program yang baru diperkenalkan pada tahun 2004 ini menjadi medan penting kepada penggiat nasyid untuk mempromosi dan mengetengahkan bakat mereka. Pada akhir tahun 2005 diadakan anugerah kali kedua. Selain sokongan Radio IKIM.fm penggiat nasyid juga mengambil pelbagai pendekatan untuk menjaga industri nasyid berkembang maju. Antaranya menubuhkan persatuan iaitu Persatuan Penggiat Industri Nasyid (PIN) Malaysia. 48 Jelas di sini bahawa radio merupakan nadi penggerak utama bagi kumpulan-kumpulan nasyid. Perkara ini dinyatakan oleh encik Abu Bakar yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Raihan. Beliau menyatakan: Kalau ikutkan kumpulan Raihan sudah agak tenat. Kami tidak mempunyai ruang untuk terus berkarya dan memperjuangkan genre nasyid. Bayangkan stesen radio tidak lagi 47 Jaffary Awang (2006), op.cit., h. 198. 48 Farid Mat Zain (2006), op.cit., h. 208-209. 187

memutarkan lagu nasyid, malah banyak kumpulan nasyid terpaksa gulung tikar selepas tiada ruang lagi. Jika tiada ruang, bagaimana kami nak terus berjuang? Tiada gunanya menghasilkan album atau single terbaru jika lagu nasyid tidak diputarkan di stesen radio. Kami sangat memerlukan kerjasama pelbagai pihak terutama radio dan media massa untuk mempromosikan karya kami. 49 Merujuk kepada kenyataan tersebut, stesen radio yang dimaksudkan oleh beliau adalah stesen radio berbahasa Melayu selain daripada Radio IKIM.fm. Ini berasaskan kepada wawancara beliau dalam rancangan Warna Pagi di Radio IKIM.fm yang menyatakan bahawa penyiaran lagu nasyid di stesen radio selain daripada Radio IKIM.fm adalah amat kurang sekali. 50 Berdasarkan kepada sejarah perkembangan nasyid di Malaysia, ia bermula dengan nasyid irama Padang Pasir dan diikuti oleh nasyid kontemporari. Antara faktor mengapa nasyid kontemporari mudah diterima oleh ramai masyarakat Melayu adalah kerana konsepnya termasuk lirik dan iramanya yang lebih kepada ciri-ciri kemelayuan. Dengan ini ia mudah diterima dan sekaligus menjiwai masyarakat Melayu. Ia bukan sahaja diminati oleh golongan dewasa, malah mendapat sambutan yang cukup baik dari kalangan generasi muda termasuk kanak-kanak dan remaja. Dalam konteks lain, perkembangan nasyid di Malaysia memerlukan sokongan padu daripada pihak media terutama radio. Hal ini kerana radio merupakan nadi penggerak utama bagi kumpulan-kumpulan nasyid. Penerimaan Nasyid di Kalangan Saudara Baru di Malaysia Istilah saudara baru merujuk kepada orang-orang yang baru menganut agama Islam. Selain daripada istilah ini, terdapat juga istilah lain yang 49 Berita Minggu, 26 Julai 2009, Raihan Bakal Dibubar? 50 Berdasarkan pemerhatian penulis dalam rancangan Warna Pagi di Radio IKIM.fm pada 14 April 2010 jam 8.50 pagi. 188

digunakan seperti mualaf, Muslim Convert dan saudara kita. 51 Perkataan saudara baru bukanlah terjemahan kepada Bahasa Arab tetapi ia disesuaikan kepada perkataan muallaf, bererti orang yang dijinakkan hatinya. Menurut Abd. Aziz Mohd Zin, istilah bagi golongan saudara baru diterjemahkan daripada istilah mualaf berdasarkan istilah Arab seperti yang dinyatakan dalam al-quran al-mu allafah Qulubuhum yang bermaksud orang yang dipujuk hatinya atau dijinakkan supaya cenderung kepada agama Islam. 52 Menurut Hamka pula, mualaf ialah orang yang dijinakkan hati mereka agar mereka tidak berasa asing lagi dengan agama Islam setelah memeluk Islam. Ini kerana Islam tidak membezakan antara penganutnya melainkan ketakwaan kepada Allah swt. Tidak mengira sama ada Islam asal keturunan atau baru memeluk Islam. Walaupun masyarakat tersebut terdiri daripada pelbagai rumpun dan bangsa, namun mereka tetap diiktiraf sebagai saudara seagama dalam masyarakat Islam. 53 Dalam konteks Malaysia, saudara baru telah disama ertikan dengan mualaf. Ini berdasarkan beberapa definisi atau pengertian yang telah dikemukakan mengenai istilah mualaf atau saudara baru di Malaysia. Menurut Kamus Dewan, mualaf adalah orang yang baru memeluk agama Islam, atau saudara baru. 54 Akta Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993, Bahagian IX Masuk Islam perkara 86 menyatakan: 55 51 Mualaf atau saudara baru dikenali juga sebagai Muslim Convert di kalangan masyarakat Malaysia. Lihat kertas kerja bertajuk Masalah dan Cabaran yang dihadapi oleh Muslim Converts, Seminar Dakwah Saudara-saudara Baru, 7 November 1982, Kuala Lumpur. Lihat juga Norhayati bt Mohd Noor (2000), Program Dakwah Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan Terhadap Saudara Baru: Kajian Tentang Sambutannya, Latihan Ilmiah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan APIUM, h. 25. 52 Abd Aziz Mohd Zin (2006), Dakwah Islam di Malaysia, c. 1, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. 112. 53 Hamka (1981), Prinsip dan Kebijaksanaan Dakwah Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, h. 191. 54 Hajah Noresah bt. Baharom (2007), op.cit., h. 1046. 55 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993), Akta 505, Bahagian 10 (85). 189

Seseorang itu masuk Islam dan menjadi seorang Islam sebaik-baik sahaja dia habis mengucap dua kalimah syahadah dengan syarat bahawa kehendak-kehendak seksyen 85 adalah dipenuhi, dan orang itu hendaklah selepas itu disebut sebagai seorang mualaf. Pengertian ini mempunyai perbezaan dengan pengertian mualaf menurut syarak. Mualaf menurut syarak mempunyai konotasi yang lebih luas iaitu meliputi sama ada orang yang sudah Islam mahupun yang belum lagi Islam tetapi berjinak-jinak dengan Islam. 56 Oleh itu, menyamakan mualaf dengan orang-orang yang baru memeluk Islam adalah kurang tepat jika ditinjau pengertiannya dari sudut syarak. Sehubungan itu, penilaian semula ke atas penggunaan istilah ini perlu dilakukan khususnya dalam konteks masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, kajian ini tidak akan membincangkan isu istilah saudara baru, malah ingin mendapat pandangan saudara baru tentang nasyid di Radio IKIM.fm. Bagi tujuan analisis, pengkaji telah melakukan proses pengekodan semula (recode) dengan menggabungkan jawapan Sangat tidak setuju, Tidak setuju dan Kurang setuju kepada kod baru iaitu Tidak setuju, manakala bagi jawapan Agak setuju, Setuju dan Sangat setuju kepada kod baru iaitu Setuju. Hasil kajian adalah seperti Graf 5.15. 56 Abdul Ghafar Hj Don (1998), Permasalahan dan Cabaran Saudara Baru ( Kertas Kerja Seminar Sehari Penghayatan Islam Saudara Baru, UKM Bangi, 7 November 1998), h. 2. 190

peratus Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti Graf 1 : Pengaruh Nasyid di Radio IKIM.fm Terhadap Saudara Baru (N = 94) Soalan: Nasyid di Radio IKIM.fm amat berpengaruh kepada orang baru memeluk Islam (N = 94) 100 92.6 50 7.4 0 SETUJU TIDAK SETUJU Sumber: Borang Soal Selidik 2009 Graf 1 di atas menunjukkan majoriti responden di kalangan saudara baru bersetuju dengan nasyid di Radio IKIM.fm amat berpengaruh kepada orang baru memeluk Islam iaitu sebanyak 92.6% (n = 87). Ini menggambarkan bahawa nasyid bukan sahaja sekadar hiburan alternatif malah ia memainkan peranan penting sebagai media dakwah khususnya kepada golongan saudara baru. Manakala hanya sebahagian kecil sahaja yang tidak bersetuju iaitu sebanyak 7.4% (n = 7). Hasil kajian ini menunjukkan pengaruh Radio IKIM.fm kepada golongan saudara baru melalui nasyid adalah amat berkesan. Selain itu dapatan kajian ini membuktikan bahawa dakwah Radio IKIM.fm melalui nasyid telah berjaya diterima baik oleh sebahagian golongan sasarannya. Dalam Laporan Tahunan 2001 dan laporan Tahunan 2002 Institut Kefahaman Islam Malaysia, dinyatakan secara khusus golongan sasaran Radio IKIM.fm iaitu ahli-ahli korporat, wanita, remaja, kanak-kanak daripada masyarakat Islam dan bukan 191

Islam. 57 Kenyataan tersebut diperkukuhkan lagi dengan kenyataan dalam Laporan Tahunan 2007 iaitu Radio IKIM.fm terus memainkan peranan sebagai alat menyebar pengetahuan berguna kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini. 58 Jadual 1 : Pengaruh Nasyid di Radio IKIM.fm Terhadap Saudara Baru Jantina (N = 94) Jantina (N = 94) Lelaki (n = 40) Perempuan (n = 54) K % K % Setuju 39 97.5 48 88.9 Tidak 1 2.5 6 11.1 Setuju Jumlah 40 100% 54 100% Sumber: Borang Soal Selidik 2009 Jika dilihat dari sudut hubungan antara jantina dengan soalan yang dikemukakan, Jadual 1 di atas menunjukkan bahawa majoriti responden lelaki iaitu sebanyak 97.5% (n = 39) bersetuju dengan nasyid di Radio IKIM.fm amat berpengaruh kepada orang baru memeluk Islam. Manakala responden perempuan yang bersetuju ialah sebanyak 88.9% (n = 48). Responden saudara baru perempuan mencatatkan jumlah yang tidak bersetuju paling ramai iaitu 11.1% (n = 6) berbanding responden saudara baru lelaki iaitu 2.5%(n = 1). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa nasyid di Radio IKIM.fm lebih berpengaruh ke atas responden saudara baru lelaki berbanding responden saudara baru perempuan. 57 Laporan Tahunan 2001, Institut Kefahaman Islam Malaysia, h. 23. Lihat juga Laporan Tahunan 2002, Institut Kefahaman Islam Malaysia, h. 32. 58 Laporan Tahunan 2007, Institut Kefahaman Islam Malaysia, h. 21. 192

Jadual 2: Pengaruh Nasyid di Radio IKIM.fm Terhadap Saudara Baru Umur (N = 94) Setuju Tidak Setuju K % K % < 18 THN 7 7.45 0 0 18-20 18 19.14 2 2.13 THN Umur 21-30 43 45.74 4 4.25 THN 31-40 8 8.51 0 0 THN 41-50 7 7.45 0 0 THN >51THN 4 4.3 1 1.06 Jumlah 87 92.6 7 7.4 Sumber: Borang Soal Selidik 2009 Hubungan antara soalan yang dikemukakan dengan umur pula, Jadual 2 menunjukkan bahawa responden saudara baru berusia 21-30 tahun mencatatkan peratusan tertinggi yang bersetuju mengenai nasyid di Radio IKIM.fm amat berpengaruh kepada orang baru memeluk Islam iaitu sebanyak 45.74% (n = 43) dan diikuti oleh responden berusia 20 tahun ke bawah iaitu sebanyak 26.6% (n = 25). Kemudiannya responden berusia 31-40 tahun mencatatkan sebanyak 8.51% (n = 8). Daripada keseluruhan responden yang berusia antara 18 hingga 40 tahun (n = 75), hanya 8% (n = 6) sahaja yang tidak bersetuju, manakala majoritinya iaitu sebanyak 92 % (n = 69) adalah bersetuju. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa nasyid di Radio IKIM.fm berjaya mempengaruhi saudara baru terutama dari kalangan remaja dan belia. Berdasarkan hasil kajian tersebut, terdapat sebilangan kecil responden yang tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa nasyid di Radio IKIM.fm amat berpengaruh kepada mereka. Dalam hal ini, Encik Nik Mohd Nizam bin Mohd Nasir selaku Penolong Pengarah Dakwah di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyatakan: 193

Antara faktor yang menyebabkan lagu nasyid yang disiarkan menerusi Radio IKIM.fm kurang berpengaruh kepada sebahagian kecil saudara baru adalah disebabkan faktor bahasa dan faktor usia. Dari sudut faktor bahasa, ada di kalangan mereka yang tidak mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik. Justeru amat sukar bagi mereka memahami lagu nasyid yang kebanyakannya menggunakan bahasa Melayu. Tambahan pula, tidak didapati setakat ini nasyid dalam bahasa Tamil dan bahasa Orang Asli. Manakala nasyid dalam bahasa Cina pula amat kurang sekali. Manakala dari sudut faktor usia pula, kebanyakan lagu-lagu nasyid yang ada pada masa ini kurang diminati oleh saudara baru yang sudah berusia. Perkara sedemikian berlaku kerana kebanyakan lagu nasyid tersebut termasuk liriknya dikatakan tidak menjiwai golongan mereka malah lebih menjiwai golongan remaja dan belia. 59 Selain itu, laporan hasil kajian bertajuk Profil dan Masalah Saudara Baru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyatakan bahawa faktor penguasaan Bahasa Melayu merupakan salah satu bentuk cabaran dan masalah kepada saudara baru selain sukar mencari buku-buku panduan tentang agama dalam bahasa selain Bahasa Melayu. 60 Menurut Jaffary Awang, memang diakui bahawa majoriti nasyid dipersembahkan dengan menggunakan Bahasa Melayu. Namun sejak kebelakangan ini, hasil daripada kemunculan kumpulan-kumpulan yang sebahagian ahlinya berkelulusan dari 59 Nik Mohd Nizam bin Mohd Nasir, Penolong Pengarah Dakwah, Ketua Unit Penyelaras Mubaligh, PERKIM. Temubual pada 15 Ogos 2009. 60 Fakhrul Adabi Abdul Kadir et al. (2009), Profil dan Masalah Saudara Baru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Laporan Penyelidikan JAWI), h. 32. 194

institusi pengajian tinggi mula menghasilkan senikata nasyid dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Arab. Kepelbagaian ini berkemungkinan untuk: 61 i. Pertama, untuk menyebarkan mesej Islam melalui nasyid kepada kalangan masyarakat bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina. Ini merupakan satu trend yang menarik dalam menjadikan nasyid sebagi media hiburan dan dakwah. Umpamanya kumpulan nasyid Raihan yang cukup popular, pernah mengadakan kerjasama dengan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Malaysian Chinese Muslim Association atau MACMA) menterjemahkan beberapa buah lagu ke dalam bahasa Mandarin. 62 ii. Kedua, untuk memastikan pasaran lagu-lagu nasyid tidak hanya tertumpu di Malaysia, sebaliknya boleh mengjangkau hingga ke luar negara. Ini kerana terdapat beberapa kumpulan nasyid yang turut membuat persembahan di Indonesia. Ini menunjukkan kumpulan nasyid kontemporari di Malaysia bersifat global dari sudut pendekatan pemasaran. Berdasarkan kepada fenomena tersebut, maka terdapat kumpulan nasyid yang meletakkan nama kumpulan masing-masing dengan nama yang kelihatan lebih bersifat antarabangsa dan bukan lagi terlalu kemalaysiaan. Ini dapat dilihat umpamanya dengan kemunculan kumpulan-kumpulan seperti Now See Heart, In Team dan Rabbani. Hal ini kerana sudah menjadi semacam satu trend penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai satu penunjuk kepada nilai keantarabangsaan bagi sesuatu perkara. 63 Kesimpulannya, lagu nasyid yang disiarkan melalui Radio IKIM.fm amat berpengaruh kepada majorti responden saudara baru terutama di kalangan remaja dan belia. Hal ini menggambarkan bahawa dakwah melalui hiburan nasyid di Radio IKIM.fm berjaya 61 Jaffary Awang (2006), op.cit., h. 201. 62 Buletin MACMA, April 2004. Bil. 2. 63 Jaffary Awang (2006), op.cit., h. 201. 195

mempengaruhi saudara baru. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang menjadikan nasyid kurang berpengaruh kepada sebahagian kecil saudara baru. Antaranya disebabkan faktor bahasa lagu nasyid yang kebanyakannya dalam bahasa Melayu. 196

PELAKSANAAN USLUB DAKWAH BI AL-LISAN TERHADAP SAUDARA BARU DI PERKIM KEBANGSAAN, KUALA LUMPUR 1 Siti Zakiah Tahir 2 dan Muhammed bin Yusof 3 Pendahuluan Golongan saudara baru adalah di antara golongan yang perlu diberi perhatian kerana keadaannya yang masih lagi melalui proses mengenali keindahan dan kesyumulan agama Islam disamping menjernihkan kembali pelbagai persepsi buruk yang sering menjadi silap faham dalam kalangan mereka dan golongan bukan Islam yang lain lebih-lebih lagi Islam dikatakan agama yang paling banyak berlakunya silap faham dalam kalangan bukan Islam dan hanya sedikit usaha yang telah dilakukan untuk memperbetulkan silap faham ini 4. Saudara baru merujuk kepada golongan Mualaf yang membawa maksud individu atau kumpulan yang baru memeluk agama Islam 5. Pendekatan dan uslub dakwah yang bersesuaian amat diperlukan bagi memastikan proses pemahaman tentang Islam dalam kalangan mereka bertepatan dengan keadaan yang masih baru mengenali dan memahami tentang Islam memandangkan saudara baru berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tekanan psikologi seperti tekanan spiritual untuk mencari dan memiliki kebenaran agama yang benar, tekanan untuk menyesuaikan diri dengan suasana serta keperluan untuk menjadikan diri sebagai model yang terbaik 6 1 Makalah ini dibentangkan di seminar dakwah terhadap golongan minoritiperingkat antarabangsa anjuran jabatan dakwah dan pembangunan Insan universiti Malaya di Akademi Pengajian Islam pada 27 oktober 2016. 2 Calon Sarjana Usuluddin Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya. 3 Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya. 4 Osman Abdullah Chuah Hock Leng, Non Muslim Response Towards Islam In Malaysia: A Case Study In Kuala Lumpur (Tesis, Universiti Islam Antarabangsa, Selangor,1991). 5 Kamus Dewan, ed. Ke-4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005), 1046, entri mualaf. 6 Nur Athiroh Masyail Tan, Prof Madya Dr. fariza Md Sham, dan khadijah Aini, Pendekatan dakwah Islamiah menangani cabaran psikologi saudara kita: ke arah 197

dan tekanan spiritual penghayatan agama bahkan peratusan tinggi cabaran psikologi yang dialami oleh saudara baru adalah menghadapi keinginan kuat untuk mendalami agama dan tertekan apabila disoal mengenai hal-hal agama yang belum difahaminya 7. Oleh itu, pelbagai aktiviti perlu giat dijalankan dengan mengambil berat setiap elemen yang menyumbang ke arah keberkesanan dakwah samada dari sudut strategi, pendekatan, uslub, saluran dan sebagainya bagi memastikan perjalanan dakwah kepada golongan ini mencapai matlamat dan terus meningkat dari semasa ke semasa dalam proses menambah bilangan umat Islam serta memperkukuhkan agama Islam dari pelbagai aspek. Dalam kepelbagaian dakwah yang dilakukan, dakwah secara lisan merupakan cara yang sangat sesuai bagi mereka memperoleh asas pengetahuan mengenai Islam 8 disamping ia merupakan satu metod yang digunakan bagi menerangkan asas kefahaman tentang Islam bagi mereka yang baru memeluk agama Islam seperti mana yang telah dilakukan oleh Rasulullah pada zaman awal kebangkitan Islam. Konsep Uslub Dakwah Bi Al-Lisan Uslub berasal dari perkataan Arab iaitu سلب yang bererti buang sesuatu daripada yang lain mengikut cara sesuatu. Ia juga membawa maksud jalan, seni 9 atau kaedah yang diperjuangkan oleh Islam 10. Manakala dari sudut percakapan, uslub membawa makna seni yang pelbagai, wasilah dan jalan untuk sampai kepada apa yang di tuntut 11. Dakwah menurut Syaikh Abdullah Ba alawi 12 pula adalah mengajak, membimbing, dan memimpin orang yang belum mengerti atau sesat jalannya dari agama yang benar untuk dialihkan ke jalan ketaatan pembentukan saudara kita yang lestari dan berdikari, (Makalah, Seminar Kebangsaan Dakwah Saudara Kita: Isu Dan Cabaran Semasa,Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia,9-10 oktober 2010), 113. 7 Ibid.,114-115. 8 Prof. Madya Redzuwan Mohd Yunus, Metodologi Dakwah di Malaysia, (Open University Malaysia, 2011), 170. 9 http://uqu.edu.sa/page/ar/25692#_ftn4 dipetik pada 10.2.2016 10 Kamus Dewan, ed. Ke-4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005), 1783, entri uslub. 11 /أساليب/ http://www.almaany.com/ar/dict/ar-ar dipetik pada 17.2.16. 12 Wahidin Saputra, Pengantar Ilmu Dakwah, (Jakarta: Rajawali Pers, 2012),2. 198

kepada Allah, menyuruh mereka berbuat baik dan melarang berbuat buruk agar mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Berdasarkan pengertian yang tersebut, uslub dakwah kepada Allah boleh ditakrifkan sebagai suatu jalan yang tinggi, sama ada perbuatan atau ucapan yang digunakan oleh pendakwah untuk menyampaikan dakwahnya serta menghilangkan sesuatu yang boleh menyebabkan terhalangnya penerimaan dakwah. Mengikut pengistilahan dakwah pula, uslub dakwah adalah penyampaian kandungan dan isi dakwah dengan ibarat dan bentuk yang tertentu manakala manhaj atau mihaj juga satu perkataan arab yang beerti jalan atau cara 13. Daripada pengertian tersebut, uslub dan manhaj mempunyai erti yang sama dan kedua-duanya sama dengan pengertian metode dalam bahasa Melayu iaitu cara melakukan sesuatu dan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud a particular way of doing something 14. Oleh itu, metode, uslub dan manhaj mempunyai ikatan yang rapat antara satu sama lain kerana ketiga-tiganya membawa maksud yang sama 15. Menurut Abd. Aziz (2003) 16, Dakwah bukan semata-mata mengajak manusia kepada agama Allah tetapi ia mestilah disertakan dengan uslub dan tatacara yang baik bagi mempengaruhi orang yang diajak itu. Asas uslub ataupun metodologi dakwah diambil daripada ayat al-quran dalam surah an-nahl iaitu: 13 Abd. Aziz Md. Zin, Psikologi Dakwah, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1999), 38. 14 Dr. Abdullah Muhammad Zin, Dakwah Kepada Non Muslim: Konsep Dan Metod, (Makalah Seminar Dakwah dan Kepimpinan 2 Peringkat Kebangsaan Anjuran Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, UKM dengan kerjasama Institut Dakwah & latihan Islam Jabatan Perdana Menteri, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2-3. Oktober 1993),8. 15 Op.cit., Abd. aziz md zin, 39. 16 Abd. Aziz. Md. Zin, Pengantar Dakwah Islamiah, (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya), 4. 199

Terjemahan: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang engkau serukan itu) Dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk. (An-Nahl 16 : 125) Berdasarkan ayat di atas, asas uslub dakwah terbahagi kepada tiga iaitu al-hikmah, al-maui zah hasanah dan al-mujadalah. Ulama mufassirin mempunyai pentafsiran yang tersendiri berkaitan tiga uslub dakwah yang terdapat dalam ayat ini. Ketiga-tiga uslub dakwah ini menjadi asas dalam pelaksanaan dakwah dalam pelbagai wasilah. 1. Al-Hikmah Menurut ibn Abbas 17 yang dimaksudkan dengan dakwah bil hikmah adalah dengan al-quran. Hal yang sama disebut oleh al-suyuti 18. Al- Khazin 19 pula dalam tafsirnya mengatakan maksud menyeru ke jalan Tuhan dengan al-hikmah di dalam al-quran adalah menyeru kepada agama Islam dengan perkataan yang mantap lagi sahih berpandukan kepada dalil yang jelas dalam menegakkan kebenaran yang mampu menangkis segala syubhat dan penyelewengan. Menurut Fakhruddin al-razi 20 dalam Tafsir al-kabir pentafsiran al-hikmah yang terdapat di dalam al-quran mempunyai 4 bentuk iaitu pengajaran yang terkandung dalam al-quran, kefahaman dan ilmu, kenabian, dan al- Quran. Al-Razi menegaskan bahawa setelah diteliti berdasarkan semua definisi hikmah tersebut al-hikmah adalah merujuk kepada ilmu pengetahuan. 17 Al-Andalusi, Abu Hayyan, Tafsir Bahrul Muhith, (Beirut:Percetakan Dar al- Fikr), 5: 449 18 Al-Suyuti, Jalaluddin Bin Abu Bakar dan al-mahalli, Jalaludin Muhammad Bin Ahmad, Tafsir al-jalalain, (Qaherah:Percetakan Dar al-hadith), 1:363. 19 Al-Khazin, Alauddin Bin Ali Bin Muhammad Bin Ibrahim, Bab al-takwil Fi Maani al-tanzil, (Beirut:Percetakan Dar al-fikr), 4:124. 20 Al-Razi, Muhammad Bin Umar Bin al-husain, Mafatih al-ghaib, (percetakan Dar ihyak al-turath al-^arabi, Beirut- Lubnan), jld 1 hlm 324. 200

2. Al-Maw^izah al-hasanah Perkataan Maw^izah dari sudut bahasa bererti memberi peringatan, pengajaran, petunjuk 21, menasihat atau memberi nasihat 22 manakala al-hasanah pula membawa maksud yang baik. Oleh itu al-maw^izah al-hasanah bermaksud nasihat yang baik atau pengajaran yang baik. Menurut ibn al-jauzi 23 dalam kitabnya Zad al-masir terdapat dua pendapat mengenai mau^izah hasanah iaitu pengajaran-pengajaran daripada al-quran 24 dan adab yang cantik yang menyebabkan manusia mengenalinya 25. Al-Baghawi 26 pula dalam tafsirnya ketika mentafsirkan makna mau^izah hasanah mengatakan bahawa mau^izah hasanah bermaksud pengajaran-pengajaran al-quran. Ada pendapat yang mengatakan mau^izah hasanah bermaksud mengajak manusia kepada Allah dengan targhib dan tarhib. Ada pendapat lain mengatakan ia adalah perkataan yang lembut tanpa kasar dan keras. Menurut Dr. Ahmad Redzuwan, antara perkara yang perlu dititik beratkan oleh seorang pendakwah dalam pelaksanaan al-maw izah hasanah adalah 27 : i. Menuturkan kata-kata yang baik, perkataan yang berfaedah dan nasihat yang berguna. Ucapan yang kasar akan menunjukkan kebodohan pendakwah dan sasaran dakwah akan menjauhkan diri. ii. Mengandungi isi kandungan yang sesuai seperti cerita, pepatah, contoh-contoh kes lain, kata-kata hikmah termasuklah ayat-ayat al-quran dan Hadith. iii. Mengandungi gaya bahasa yang berlapik iaitu bahasa yang tidak menyinggung mana-mana pihak serta menjaga 21 Al-Munjid fi al-lughat (Beirut: Dar al-masyriq, 1973), 908. 22 Muhammad Idris Al-Marbawiyy, Kamus al-marbawiy (Kuala Lumpur: Dar al- Fikr, 1990), 393 23 Al-Jauzi, Abdur Rahman Bin Ali Bin Muhammad, Zad al-masir fi al-^lmi al- Tafsir, (cet. 3, percetakan al-maktab al-islami, Beirut-Lubnan) jilid 4, 506. 24 Pendapat ini disebut oleh Abu Soleh daripada ibn Abbas 25 Pendapat ini disebut oleh Abu Soleh daripada ibn Abbas 26 Al-Baghawi, Abu Muhammad Husain bin Mas^ud, Ma^alim al-tanzil Fi tafsir al-quran, ( Cet. 4, Percetakan Dar Thayyibah lin Nayr Wat Tauzi^) Jilid 5, hlm 52. 27 Op.cit., Metodologi dakwah di Malaysia, 70-71. 201

perasaan orang yang mendengar nasihat tersebut. Kiasan adalah wajar digunakan dalam usaha ini. iv. Nada suara juga mestilah dengan intonasi yang sesuai. Selain itu, suara tidak dinaikkan serta setiap tutur bicara mestilah dengan kelembutan dan kesopanan. Jangan sesekali mengherdik ataupun menjerit kepada orang yang dinasihati itu. v. Penggunaan kata nama diri juga penting agar orang yang mendengar nasihat tidak terasa bahawa pendakwah tersebut hanya memfokuskan kepadanya sahaja. Oleh yang demikian, kata ganti nama diri yang sesuai ialah kita bagi menunjukkan kedua-dua belah pihak. vi. Setiap kata-kata mestilah perkara mengandungi faedah tentang sesuatu amalan atau keburukan sesuatu perkara. Ianya bertujuan agar mudah difahami dan menyatakan di sebalik sesuatu nasihat samada ia berbentuk suruhan atau larangan 3. Al-Mujadalah Manakala mujadalah atau mengadakan perdebatan dengan cara yang terbaik dalam ayat tersebut pula adalah dari sudut kelembutan tanpa ada sebarang kekerasan. Menurut al-khazin 28 lagi manusia berbeza antara satu sama lain. Al-Razi 29 pula mengatakan mujadalah dalam Islam melibatkan tiga aspek utama iaitu mnegikut manhaj Rasulullah, memiliki ilmu pengetahuan yang luas serta penelitian dan kajian. Ab.Aziz 30 meringkaskan bahawa asas uslub dakwah adalah merangkumi penjelasan yang nyata dan jelas, berperingkat-peringkat, mudah, menjinakkan, adanya sebab di sebalik sesuatu suruhan dan larangan dan bersesuaian dengan keadaan sasaran.dakwah bi al-lisan menurut prof. Madya Redzuwan Yunus 31 dari sudut bahasa adalah merujuk kepada tiga makna iaitu bahasa yang digunapakai atau yang diucapkan oleh manusia, Menyifatkan sifat lisan itu sendiri serta 28 Al-Khazin, Alauddin Bin Ali Bin Muhammad Bin Ibrahim, Bab al-takwil Fi Maani al-tanzil, (Beirut:Percetakan Dar al-fikr), 4:124 29 Al-Razi, Muhammad Bin Umar Bin al-husain, Mafatih al-ghaib, percetakan Dar ihyak al-turath al-^arabi, Beirut- Lubnan, jld 1 hlm 324 30 Abd. Aziz Md. Zin, Psikologi dakwah, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1999), 41. 31 Op.cit., Metodologi Dakwah di Malaysia, 170-171. 202

bentuk fizikal lidah yang dijadikan oleh Allah kepada semua manusia yang bertanggugjawab menjalankan tanggungjawab sama ada dalam bidang keagamaan ataupun perkara duniawi. Dari sudut istilah pula, dakwah bi al-lisan bermaksud suatu anugerah Allah kepada manusia melalui kata-kata yang dapat didengar dan difahami serta menjadikannya bahasa perantaraan kepada komunikasi antara sesama manusia. Penyampaian dakwah dilakukan secara langsung kepada masyarakat dengan cara lisan dan ini merupakan cara yang paling baik dan utama seperti yang telah digunakan oleh Rasulullah dalam mengembangkan risalah Islamiah. Berdasarkan pentafsiran berkaitan asas uslub dakwah yang terdapat dalam surah an-nahl ayat 125, uslub dakwah bi al-lisan mengandungi makna ilmu pengetahuan, nasihat yang baik, perkataan yang lemah lembut dan berfaedah, isi kandungan yang sesuai, mujadalah dalam ilmu pengetahuan untuk menjelaskan kebenaran dan sebagainya. USLUB DAKWAH BI AL-LISAN TERHADAP SAUDARA BARU Dakwah melalui lisan merupakan suatu penyampaian dakwah yang melibatkan pengucap dan pendengar untuk mencapai matlamat tertentu. Dakwah bi al-lisan adalah salah satu pendekatan yang penting dalam membimbing dan mengukuhkan penghayatan Islam dalam kalangan masyarakat memandangkan masyarakat yang wujud pada hari ini terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Oleh itu, seseorang pengucap perlulah menggunakan pendekatan dan gaya penyampaian yang bersesuaian dengan diri sasaran. Sesebuah pengucapan mempunyai matlamat untuk dicapai. Antara tujuan pengucapan adalah untuk memberi maklumat iaitu bertujuan untuk memberitahu atau menerangkan kepada pendengar tentang sesuatu konsep, perkara, proses, fenomena, idea dan sebagainya. Pengucapan juga bertujuan untuk memujuk dan mempengaruhi pendengar untuk menghasilkan perubahan dari segi sikap, kepercayaan dan tindakan. Ucapan jenis ini banyak dilakukan oleh pendakwah untuk mengubah sikap kumpulan sasarannya. Untuk mencapai tujuan-tujuan ini uslub yang bertepatan dengan sasaran sangat mempengaruhi penerimaan mereka terhadap dakwah melalui pengucapan atau melalui lisan tersebut. 203

Daripada pentafsiran asas uslub dakwah yang dilakukan oleh para ulama mufassirin dan juga pentafsiran yang dilakukan dalam kajian lepas uslub dakwah bil lisan terhadap golongan saudara baru dibahagikan kepada 8 elemen utama iaitu: 1. Bahasa yang Indah dan Fasih Dakwah memerlukan satu usaha yang menarik perhatian sasaran supaya mendengar dan menerima isi dakwah. Antara usaha tersebut adalah persembahan yang cantik, hal ini kerana menjadi tabiat manusia untuk menyukai sesuatu perkara yang cantik dan indah. Oleh itu dakwah perlu dipersembahkan dalam bentuk yang paling cantik bahasanya, gaya persembahannya, logik mesejnya, jalinan ceritanya dan lain-lain 32. Antara persembahan yang cantik dalam rangka untuk menarik perhatian sasaran kepada Islam adalah kecantikan cara penyampaian dengan menggunakan uslub yang sesuai 33. Penggunaan bahasa yang baik adalah pemilihan perkataan-perkataan atau istilahistilah yang baik dan tepat supaya jelas, menarik, sesuai dengan sasaran dan berkait dengan sesuatu keadaan 34. Perkataan yang kotor perlu dielakkan seumpama cacian atau cercaan kerana perkataan ini menunjukkan kita tidak menghormati audiens disamping menggambarkan akhlak yang rendah 35. Antara permasalahan yang menjadi punca tawarnya hati saudara baru untuk menguruskan pegangan mereka dan sekali gus memberikan imej yang buruk dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai mereka adalah perkara yang melibatkan bahasa dan kebudayaan. Hal ini merupakan isu yang sensitif yang perlu difahami bahawa setiap individu bangga dengan bangsa, bahasa dan kebudayaanya. Jadi prasangka yang berkaitan hal ini perlu dielakkan kerana Islam menerima apa jua bangsa, bahasa dan kebudayaan yang bertepatan 32 Ab.Aziz Md. Zin, Minhaj Dakwah Masakini:Suatu Pengenalan Jurnal Usuluddin, APIUM, 91,1995, bil.3. 33 Abd. Aziz Md.zin, Psikologi Dakwah, 62. 34 Anita Abdul Rani, 2002, Ceramah Dakwah: Kajian Tentang Faktor Tarikannya Di Kuantan, disertasi Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia.75-76. 35 Abdullah Hassan, et.al, 59. 204

dengan Islam. Pemaksaan terhadap mereka untuk menerima melayu atau kebudayaan melayu perlu dielakkan 36. Selain itu, pengucap perlu menguasai kemahiran berbahasa yang dapat difahami oleh sasarannya. Penggunaan bahasa yang selaras dengan sasaran membentuk pemahaman yang baik. Sebaiknya mereka diberi peluang untuk mempelajari pengetahuan agama dengan bahasa cina, tamil, Inggeris dalam bahasa yang mereka fasih 37. Hal ini demikian kerana manusia didekati dengan baik melalui bahasa mereka kerana mereka dapat merasakan keakraban dan penghargaan apabila mereka didekati dengan bahasa mereka sekaligus dapat membina hubungan dan menanam kepercayaan dalam diri mereka 38. Oleh itu, sesetengah pelajaran memerlukan terjemahan sekiranya penyampai tidak fasih dalam menuturkan bahasa yang difahami oleh sasaran. Seruan terhadap Islam turut memfokuskan penterjemahan sama ada dalam dakwah bi al lisan mahupun dakwah bi al-kitabah sebagai salah satu metod dakwah dan ia merupakan suatu perkara penting terhadap pembangunan spiritual dalam diri seorang mualaf 39. 2. Mudah Willbur Schramm menyatakan availiability iaitu mudah difahami merupakan suatu tarikan dalam pengucapan 40. Pengucap yang berkesan bercakap menggunakan bahasa audiensnya. Istilah-istilah sukar dan teknikal hendaklah dielakkan. Sekiranya perlu menggunakan istilah-istilah tersebut perlulah diberikan takrif dengan 36 Dr, Zaini Hamzah, Respon Masyarakat Bukan Islam Terhadap Gerakan Dakwah Di Malaysia: Suatu Analisis, dalam symposium gerakan dakwah dan perubahan social anjuran angkatan belia islam malaysa (ABIM),17-18 NOV 1989 di Universiti Islam Antarabangsa,6. 37 Memahami masalah-masalah yang rumit yang dihadapi oleh saudara baru di Malaysia dan keperluan kebajikan, dalam seminar kesedaran umat islam untuk berdakwah kepada masyarakat belum Islam di Malaysia. Anjuran bersama al- Rahmaniah, PERKIM, dan Islamic Outreach ABIM dengan kerjasama Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri pada 21 ogos 1988, 2. 38 Noor Shakirah Mat Akhir, Wan Rose Eliza Abdul Rahman, (Makalah, seminar kebangsaan dakwah saudara kita: isu dan cabaran semasa, 9-10 oktober 2010, Universiti sains Malaysia, Pulau Pinang), 44. 39 Ibid., 42. 4040 Wilbur Schramm (1995), The process and effect of Mwess communication, University of Illinois Pres:Urbana. H.3 205

bahasa yang mudah difahami audiens 41. Pemilihan perkataan yang mudah juga sangat penting untuk membantu kefahaman dengan cepat. Perkataan atau istilah yang hanya difahami oleh pengucap jangan digunakan walaupun istilah tersebut betul atau tepat dari sudut ilmu serta gunakan gaya bahasa peribadi iaitu gaya yang kita gunakan untuk percakapan seharian seperti kita suka cara ini bukan cara ini adalah kesukaan kebanyakan orang 42. Penyampaian yang jelas dan fasih serta penggunaan lafaz dan bahasa yang mudah dapat meningkatkan kefahaman sasaran terhadap mesej pengucapan dakwah 43. Dalam sebuah hadis yang mafhumnya: Dari Anas daripada Nabi bersabda: hendaklah kamu mempermudahkan dan jangan memayahkan dan berilah khabar yang baik-baik dan menggembirakan dan jangan menjadikan mereka lari 44. Pesanan ini menggambarkan kepada kita bahawa dakwah Islam hendaklah digambarkan dalam keadaan mudah supaya menarik perhatian dan mengelakkan merasakan ia suatu yang membebankan. 3. Berperingkat dan Beransur Penyampaian yang berkesan adalah penyampaian yang dilakukan tepat pada waktunya dan memenuhi keperluan sasaran. Bagi memastikan keberkesanan penggunaan uslub yang sesuai, latar belakang dan kecenderungan sasaran perlu dikaji terlebih dahulu sebelum sesuatu program dimulakan dan seharusnya pendakwah 41 Abdul Mua ti@zamri Ahmad, 2002, Panduan Pengucapan Awam, cet.4, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, xvii. 42 Abdullah Hassan, Ainin Mohd, 2004, Teori Dan Teknik Ucapan Berpengaruh, kuala lumpur:pts publications&distributor sdn.bhd.32 43 Sharifah Mazni Syed Mustaffa, (2003), Faktor Tarikan Pengucapan Dakwah Dato Dr. Mashitah Ibrahim di kalangan Pekerja Wanita Islam di Herba Penawar, latihan ilmiah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, 77. 44 Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al-bukhari, AL-jami al-musnad as SohehAl Mukhtasor Min Umuri Rasulullah sallallahu alaihi wasallam wa sunanuhu wa ayyamuhu, Dar tuuq annajah, Juz.9, Jil 1,1422H, 73. 206

mempunyai strategi untuk memenuhi keperluan sasaran 45. Ucapan perlu sesuai didengar oleh hadirin. Analisis awal perlu dilakukan untuk mengetahui apakah perkara yang mereka sudah tahu, perkara yang mereka ingin tahu lebih lagi, sikap dan kepercayaan mereka sekarang, kumpulan usia mereka jantina, bangsa serta pekerjaan mereka. Bentuk penerangan yang diberi di dalam berdakwah pula hendaklah dengan menggunakan kata-kata yang biasa, senang diterima akal sesuai dengan keadaan pendengar. Ahmad Von Deffer 46 menyatakan tidak memadai sekiranya seseorang pengucap hanya menyampaikan maklumat sahaja tanpa memastikan apa yang disampaikan tersebut dapat difahami dengan betul. Terdapat dua perkara asas dalam sesebuah komunikasi dakwah yang bagus iaitu menyampaikan maklumat yang hanya diperlukan oleh sasaran dan memastikan bahawa maklumat tersebut diterima dan difahami dengan betul. Oleh itu penerangan yang dilakukan perlu mengikut tahap sasaran. 4. Membuka ufuk pemikiran Nabi Muhammad menyampaikan dakwah disertai dengan dalil dan hujah yang kuat. Hujah yang kuat merujuk kepada perkara-perkara yang terang yang boleh diterima akal yang sejahtera dan perasaan yang sihat dan tidak berlawanan dengan apa yang berlaku sebenarnya. Ayat al-quran mengandungi penerangan yang jelas dan dikuatkan dengan dalil-dalil yang logik dan kuat yang memberi peluang kepada manusia menggunakan akal yang sihat dan bebas 47. Sudah menjadi dasar dalam Islam bahawa penerimaan Islam hendaklah berasaskan kepada kefahaman dan keyakinan bukan sekadar ikutan membuta tuli. Untuk mendapatkan kefahaman dan keyakinan, akal memainkan peranan dalam pencarian dan penyelidikan supaya sesuatu itu boleh diterima dan meyakinkan. Oleh sebab itu di antara ucapan yang berkesan adalah topik tersebut disertai dengan sokongan 45 Abdullah Hassan, Ainin Mohd, 2004, Teori Dan Teknik Ucapan Berpengaruh, kuala Lumpur:PTS publications&distributor sdn.bhd, 48. 46 Ahmad Von Denffer, 1988, key issues for Islamic dawah,delhi:hisdustan publication,10. 47 Prof. Madya Dr. Wan Hussein Azmi, Cara Nabi Muhammad Berdakwah,Seminar dakwah Islamiah kebangsaan, anjuran Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, UKM, 1-2 dis 1984, 17-18. 207

definisi, huraian, bukti, dalil dan alasan sama ada menggunakan data, fakta, statistik, kes, peta, rajah, carta dan sebagainya 48. Al-Quran dan hadith banyak mendesak manusia supaya memikirkan sesuatu sama ada perkara yang berhampiran dengan mereka mahupun perkara yang jauh. 5. Penerangan Yang Nyata Dan Jelas Dakwah bi al-lisan adalah dakwah yang menggunakan bahasa verbal sebagai medium. Oleh itu, bahasa yang jelas dan difahami sasaran sangat memainkan peranan yang penting agar mesej dakwah dapat difahami sebagaiman para Nabi mampu menyampaikan mesej dengan mudah, fasih dan jelas 49. Sesuatu perkara yang jelas dan terang sehingga dapat difahami dengan mudah dapat menarik perhatian kerana perkara tersebut tidak membebankan 50. Segala pengajaran atau mesej yang hendak disampaikan kepada sasaran mestilah jelas sehingga tidak membawa kepada kekaburan dan salah faham. Antara kriteria yang membantu untuk menyediakan pemilihan bahasa dan frasa yang lebih baik adalah kejelasan iaitu mesej yang diberikan menjadi lebih jelas sekiranya pengucap memilih perkataan yang difahami maknanya oleh audiens 51. Seorang pendakwah juga perlu menyatakan maksud bagi perkataan yang boleh membawa makna yang banyak untuk mengelakkan berlaku silap faham bagi pendengar 52. Selain itu, penggunaan ayat yang ringkas juga turut membantu sasaran memahami sesuatu mesej dengan jelas. Rasulullah menyampaikan Khutbatul wida dengan menggunakan ayat yang ringkas dan tidak panjang supaya sahabat tidak jemu 53. Dari sudut kejelasan suara, setiap perkataan dalam ucapan hendaklah disebut dengan betul dan tepat. Kesilapan dalam penyebutan boleh 48 Abdullah Hassan, et.al, 2004,32. 49 Noor Shakirah Mat Akhir, Wan Rose Eliza Abdul Rahman, dalam prosiding seminar kebangsaan dakwah saudara kita: isu dan cabaran semasa, 9-10 oktober 2010, Universiti sains Malaysia, Pulau Pinang, 42-43. 50 Ab. Aziz Mohd. Zin, Psikologi Dakwah (Kuala Lumpur: jabatan Kemajuan Islam Malaysia,1999),84. 51 David E. Axon, richard l/stine1993, the public speaking process computerassisted speech organization and development,usa:harcout brace jovanovich publishers,171. 52 Op cit.,noor shakirah Mat Akhir et al, 43. 53 Op cit., Sharifah Mazni Syed Mustaffa, 49. 208

menghilangkan maksud sesuatu istilah. Sekiranya istilah tersebut merupakan istilah yang penting, hal ini boleh mencacatkan ayat dan seterusnya sesebuah pengucapan. Suara yang kuat tidak memberi kesan tanpa sebutan yang jelas 54. 6. Berulang-ulang Pengulangan dalam dakwah bi al-lisan dapat membantu sasaran mengingati mesej penting yang disampaikan oleh pengucap 55. Pengulangan juga diperlukan untuk mengukuhkan kefahaman sesuatu perkara. Pengulangan dalam pengucapan turut menunjukkan penekanan terhadap sesuatu perkara. Namun pengulangan merupakan sesuatu kemahiran yang memerlukan latihan kerana tidak semua perkataan boleh diulang-ulang. Oleh itu, pengulangan memerlukan pemilihan perkataan dengan teliti dan hanya perkataan yang penting dan penuh bermakna perlu diulang 56. Nabi Muhammad mengulangi perkara apa yang disebutkan kepada sahabatnya supaya pengertiannya tersemai di hati pendengarnya 57 dan dimaklumi bahawa Rasulullah apabila baginda menyatakan tentang sesuatu yang penting, baginda akan mengulang dan menyatakannya sebanyak tiga kali 58. Berkata al-khatabbi 59 Nabi membuat pengulangan sebanyak tiga kali adalah kerana sama ada dalam kalangan pendengar yang hadir lemah dari sudut kefahaman maka diulang untuk memahamkan mereka atau terdapat dalam perkataan nabi perkara yang sukar difahami maka dijelaskan maknana dengan penjelasan dan berkata Abu al-zanad Nabi mengulang pengucapannya agar pembelajaran tersebut sampai kepada hadirin serta membuat larangan ketika membuat nasihat. 54 Abdul Mua ti@zamri Ahmad, 2002, Panduan Pengucapan Awam, cet.4, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,86-87. 55 Hybels, Saundra, Weaver, Richard L., Communicating Effectively, (McGraw Hill:New York,2001), 534. 56 Op cit., Abdul Mua ti@zamri Ahmad, 86. 57 Abd. Aziz Md.Zin, psikologi dakwah, 67. 58 Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al-bukhari, AL-Jami al-musnad as SohehAl Mukhtasor Min Umuri Rasulullah sallallahu alaihi wasallam wa sunanuhu wa ayyamuhu, Dar Tuuq an-najah, Juz.9, Jil 1,1422H, 98. 59 Badr al-din al^aini al-hanafi, ^Umdatul Qaari Syarah Sahih Bukhari, Jilid 3, 2006, 175. 209

Oleh itu, dakwah memerlukan ulangan pada fakta-fakta yang penting kerana ia bukan sahaja dapat menarik perhatian tetapi boleh meneguhkan mesejnya dalam hati sasaran 60 khususnya bagi saudara baru yang masih baru untuk memahami Islam maka terdapat beberapa perkara yang penting perlu diulang samada melibatkan teori atau praktikal. 7. Menjinakkan Dr. Abdullah Muhammad Zain mengatakan bahawa sekiranya memerlukan dakwah dengan lisan, maka hendaklah berdakwah menggunakan bahasa mereka dan menjauhi dari menyebut perkaraperkara yang tidak diingini oleh mereka dan memperkenalkan Islam sebagai agama yang sederhana, mudah, praktikal supaya tidak meliarkan mereka dari agama Islam 61. Pengucapan secara lemah lembut dan tidak kasar lebih menarik manusia dekat dengan seseorang kerana ia mampu menyenangkan hati seseorang manakala sifat kasar dan keras pula boleh meliarkan serta menjauhkan seseorang. Adam Abdullah Aluri 62 menyifatkan bahawa pendekatan dakwah yang digunakan Nabi Ibrahim dalam surah Maryam ayat 41-45 adalah penuh beradab, lembut, dan kasih sayang disertai hujah yang jelas lagi jitu. Bagi saudara baru yang sedang melalui pelbagai konflik dan merasa terasing, pendakwah perlu mendekati sasaran dengan penuh kasih sayang dan menggunakan tutur kata yang baik. Sifat kasar dan kemarahan menyebabkan mereka menjauhkan diri dari menerima kebenaran. Hal ini demikian kerana, dalam dakwah sikap berjinakjinak, layanan yang baik dan tidak mudah marah sangat diperlukan terutama terhadap golongan yang lemah dan jahil. Dengan adanya sikap tersebut membuatkan sasaran tertarik kepada dakwah yang dikemukakan 63. 60 Op.cit., Abd. Aziz Md.zin. 61 Dr. Abdullah Muhammad Zin, dakwah kepada non muslim: konsep dan metod, dalam seminar dakwah dan kepimpinan II peringkat kebangsaan anjuran Jabatan pengajian Dakwah dan Kepimpinan Universiti Kebangsaan Malaysia. 62 Al-Aluri, Adam Abdullah, Tarikh al- Da wah Ila Allah Baina al-ams wa al- Yaum, (al-qahirah: Maktabah Wahdah, 1979), 54. 63 Op.cit.,Psikologi dakwah, 74. 210

8. Al-targhib dan al-tarhib Pendekatan tabshir, tandhir, targhib,dan tarhib dikira satu pendekatan yang perlu dan berupaya menggoncang serta melembutkan hati manusia untuk tunduk kepada perintah Allah. Gabungan pendekatan menggembirakan dan menakutkan adalah suatu kaedah al-quran yang telah dilaksanakan oleh para Rasul ulul azmi dan Rasul yang lain yang boleh diaplikasikan dalam konteks semasa. Uslub dorongan ini sangat sesuai apabila apabila kita hendak mempengaruhi mereka supaya mengambil tindakan dan melakukan seperti yang kita mahu. Uslub ini boleh digunakan dengan menarik minat dan mengajak mereka menggambarkan sesuatu keadaan, membayangkan faedah yang didapati serta mengajak mereka untuk memikirkan cara bertindak 64. Hal ini kerana, Uslub al-targhib dan al-tarhib mempunyai hubungan secara langsung dengan naluri dan kecenderungan manusia yang merupakan unsur utama jiwa manusia. Naluri manusia seperti takut, marah, ingin tahu dan sebagainya merupakan emosi jiwa yang yang boleh diarahkan kepada motif yang baik sebagaimana yang dikehendaki agama. Kecenderungan dan minat yang mempunyai peranan penting dalam mempengaruhi perasaan boleh diarah mengikut kehendak yang dituju ataupun kepada matlamat yang jujur sejajar dengan tuntuan agama. Dalam usaha pengarahan ini, maka penonjolan unsur-unsur al-targhib dan al-tarhib sangat diperlukan 65. Penggunaan uslub ini secara serentak memberi pengaruh yang lebih kuat daripada menggunakan salah satu daripadanya kerana penggunaan uslub al-targhib semata-mata akan membuatkan manusia hanya bercita-cita untuk mendapatkan keampunan Allah dan berangan-angan dapat masuk ke syurga dan mereka lebih cenderung untuk bertawakal sahaja tanpa memberi keutamaan kepada kewajipan 64 Abdullah Hassan, Ainin Mohd, Teori Dan Teknik Ucapan Berpengaruh, (kuala lumpur:ptspublications&distributor sdn.bhd. 2004), 48-50. 65 Ahmad Asmadi Sakat, Mohd. Najib Abdul Qadir dan Aroma Abd Wahid, perbandingan antara teori motivasi barat dengan metod al-targhib dan al-tarhib menurut al-quran dan al-sunnah: pelaksanaan nya dalam konteks dakwah serantau,(makalah, seminar antara bangsa pengajian dakwah Malaysia-indonesia, 18 mei 2002 anjuran jabatan pengajian dakwah dan kepimpinan fakulti pengajian Islam Ukm, bangi), 10-12. 211

yang telah ditetapkan 66. Uslub ini sangat penting digunakan untuk mengukuhkan keimanan dalam hati saudara baru. Pelaksanaan Uslub Dakwah Bi Al-Lisan Di Kelas Pengajian Islam (Kip) Di PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur Penggunaan uslub dakwah bi al-lisan merupakan di antara aspek yang mempengaruhi penerimaan saudara baru terhadap ilmu yang disampaikan. Hal ini dibuktikan berdasarkan soal selidik yang dilakukan di JAWI yang mendapati bahawa kefahaman golongan saudara baru terhadap perkara asas dalam agama masih lemah walaupun sesetengah daripada mereka menuntut di kelas-kelas bimbingan Islam selama lebih 15 tahun 67 dan terdapat juga sebahagian daripada saudara baru yang mengambil keputusan untuk tidak mengikuti kelas disebabkan kesukaran untuk memahami al- Quran dan membantut minat mereka kerana faktor bahasa 68. Hal ini menunjukkan bahawa uslub dalam penyampaian melalui lisan memberi suatu kesan terhadap penerimaan mereka terhadap sesuatu ilmu yang disampaikan. Berdasarkan kajian yang dilakukan untuk mengukur keberkesanan program dalam pemahaman ilmu Islam di PERKIM Kebangsaan, didapati program dakwah hanya memberi kesan yang sederhana kepada ilmu tauhid, fekah, akhlak, alquran dan sirah 69. Daripada 265 responden yang diberikan borang soal selidik didapati sebahagian daripada mereka menyatakan tidak pasti terhadap item soalan yang diberi. Hal ini menunjukkan terdapat permasalahan dari sudut penerimaan saudara baru dalam proses pembelajaran mereka. Oleh itu, penulis mengkaji dari aspek pelaksanaan uslub dakwah bi lisan yang dilaksanakan oleh tenaga pengajar sebagai salah 66 Jamiah Minhaj, Kedudukan Uslub Targhib Dan Tarhib Dalam Dakwah, (Bahagian Pengajian Usuluddin Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya: Kuala lumpur, 1997),20. 67 Muhammad Bin Hashim, Aktiviti Dakwah Terhadap Saudara Baru : Kajian Di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kuala Lumpur. (Tesis Kedoktoran, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013), 195. 68 Ibid., 131. 69 Nur A thiroh Masyail Tan Abdullah, Program Dakwah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kepada Saudara Muslim : Kajian Tentang Persepsi Dan Keberkesanannya, ( Tesis Kedoktoran, Universiti Malaya, 2013), 224. 212

satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam mempengaruhi penerimaan mereka terhadap ilmu yang disampaikan. Terdapat 8 item yang digunakan bagi mengukur pelaksanaan uslub dakwah bi al-lisan di kelas pengajian Islam PERKIM Kebangsaan pada setiap tahap kelas berdasarkan subjek yang telah ditentukan. Hasil daripada temubual yang dilakukan terhadap responden berkaitan pelaksanaan uslub dakwah bi al-lisan dikumpul dan dilakukan pengkodan seterusnya dipersembahkan dalam bentuk transkrip. Setelah itu, kenyataan yang dikodkan disemak melalui hasil senarai semak yang diukur melalui frekuensi dan peratus. Seterusnya dapatan kajian dikukuhkan lagi melalui temubual yang dilakukan terhadap saudara baru yang mengikuti kelas pengajian tersebut dan informan yang lain serta dokumen yang berkaitan sebagai bahan rujukan. 1. Bahasa yang indah dan fasih Responden keseluruhannya menyatakan bahawa bahasa yang indah dan fasih merupakan suatu uslub yang sangat diperlukan oleh saudara baru pada setiap tahap khususnya bagi mereka yang baru memeluk agama Islam dan baru mempelajari agama Islam terutama dalam mempelajari mengenai syahadah dan asas fekah seperti bab taharah dan asas solat. Dalam temubual yang dilakukan terdapat beberapa perbualan yang menunjukkan tenaga pengajar melaksanakan uslub bahasa yang indah dan fasih. Dalam senarai semak yang dilakukan oleh penulis hasil kajian menunjukkan peratusan yang tinggi bagi penggunaan uslub tersebut oleh responden di dalam kelas. Terdapat elemen yang menunjukkan peratusan yang penuh dalam uslub tersebut seperti menggunakan istilah yang baik dan tepat,tidak menggunakan kata cacian, menghormati sasaran, menggunakan bahasa yang difahami oleh sasaran,lancar dan tidak gagap, pengajar mempunyai kemahiran dalam subjek yang diajar serta penghuraian yang jelas. Namun terdapat beberapa elemen yang menunjukkan lebih 50% daripada responden tidak melakukannya dalam kelas pembelajaran seperti menggunakan bait-bait syair, menggunakan penterjemahan serta menggunakan kepelbagaian bahasa yang 213

difahami. Menurut Dr.Aisyah 70 penggunaan penterjemahan dan kepelbagaian bahasa tidak diperlukan bagi peringkat pertengahan dan lanjutan kerana kebanyakan daripada mereka memahami bahasa Malaysia namun bagi peringkat pra asas dan asas memerlukan penterjemahan bagi sebahagian perkataan yang tidak difahami dan kepelbagaian bahasa agar mereka dapat memahami pembelajaran yang diajarkan kerana faktor kepelbagaian bangsa dan bahasa yang difahami. Bagi penggunaan puisi dan syair pula kebanyakan daripada pengajar tidak menggunakan perkara tersebut kerana mereka tidak melihat keperluan penggunaan puisi namun pada pemerhatian penulis terdapat guru yang menggunakan kata-kata hikmah dari pepatah Arab yang indah dari sudut bahasa dan makna untuk dikongsi sebagai pengajaran. 2. Mudah Uslub mudah sangat perlu dilaksanakan pada setiap tahap saudara baru kerana tanpa uslub ini proses pemahaman saudara baru terhadap ilmu yang disampaikan menjadi sukar 71. Dalam temubual yang dilakukan, hampir keseluruhan responden menyatakan penggunaan uslub mudah dalam kelas pembelajaran mereka di kelas pengajian PERKIM pada setiap tahap. Berdasarkan senarai semak peratusan dalam pelaksanaan uslub ini mendapatkan peratusan yang penuh namun terdapat peratusan yang kecil iaitu sebanyak 12.5% aspek yang tidak dilakukan oleh responden seperti membuat rumusan awal bagi setiap pembelajaran, tidak menggunakan bahasa yang rumit difahami, menggunakan bahasa secara berterus terang supaya dapat digarap dengan mudah, tidak menggunakan istilah atau perkataan yang tidak difahami dan tidak menggunakan bahasa audiens. Terdapat segelintir daripada tenaga pengajar memulakan kelas dengan subjek yang baru tanpa membuat penjelasan awal tentang topik yang akan dipelajari pada hari tersebut dan terdapat dalam kalangan pengajar yang menggunakan istilah dan perkataan yang sukar difahami. Hal ini kerana terdapat dalam kalangan pengajar yang 70 Dr. Aishah Jamian, (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 16 April 2016. 71 Ustaz Amir Ng, (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 13 april 2016. 214

dilantik merupakan golongan yang baru dari sudut pengalaman mengajar saudara baru dan terdapat sesetengah daripada mereka yang sudah biasa dengan pengajian umum kepada golongan yang tinggi dari sudut tahap pendidikan. Oleh itu mereka terbawa-bawa dengan kaedah pengajaran mereka 72. 3. Berperingkat Uslub berperingkat sangat diperlukan bagi setiap tahap pembelajaran saudara baru supaya mereka mendapat ilmu yang sesuai dengan tahap dan tidak membebankan mereka dalam memahami ilmu. Hal ini dilaksanakan oleh pihak PERKIM namun terdapat beberapa perkara yang masih belum dilakukan secara meluas seperti menggunakan al- Jadal bagi yang ingkar dengan bertukar fikiran secara lembut, memilih, menyusun dan menggunakan topik yang ada dalam pengetahuan sedia audiens, memastikan maklumat tersebut diterima dan difahami sebelum beralih topik, menggunakan bukti yang kukuh bagi mereka yang cerdik pandai. Berdasarkan analisis senarai semak pula, dapatan menunjukkan bahawa kesemua elemen berperingkat yang dilaksanakan oleh tenaga pengajar tersebut mendapat peratusan penuh namun terdapat beberapa elemen yang tidak dipenuhi iaitu menggunakan al-jadal bagi yang ingkar dengan bertukar fikiran secara lembut sebanyak 25%, pemilihan mesej yang menarik dan bersesuaian, tidak menyusun dan menggunakan topik yang ada dalam pengetahuan audiens 50% dan tajuk yang bertepatan dengan tahap pengetahuan mereka serta tidak menggunakan penerangan yang mendalam bagi tajuk yang baharu sebanyak 12.5%. Pada pemerhatian penulis, pada tahap pra asas dan asas kebanyakan daripada pelajar hanya memerhati dan mendengar pengajaran guru namun pada tahap pertengahan dan lanjutan al-jadal berlaku namun bukan disebabkan pengingkaran namun untuk mendapatkan kepastian dan perkara tersebut berlaku dalam keadaan yang harmoni. Hal ini disebabkan kerana pelajar pada tahap ini telah lama mengikuti kelas di PERKIM dan banyak membaca buku-buku agama serta banyak mengikuti kelas luar seperti kelas anjuran JAWI 72 Pn. Fatimah Ladda, (pembantu penyelia dan tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 3 mei 2016 215

dan MAIS. Terdapat pengajar yang tidak mampu menyusun dan menggunakan topik yang bersesuaian dengan dengan tahap pengetahuan saudara baru. hal ini kerana pengajar hanya mengajar berdasarkan kurikulum yang diberikan dan sistem pengkelasan kelas baru diadakan menyebabkan pengajar tidak dapat mengesan tahap pemahaman pelajar sepenuhnya 73. 4. Menjinakkan Berdasarkan temubual yang dilakukan kepada 8 responden, didapati uslub menjinakkan sememangnya dilaksanakan terhadap saudara baru bagi setiap tahap di PERKIM. Hal ini adalah bertujuan supaya mereka tidak menjauhkan diri daripada kelas pengajian. Oleh itu, mereka memanfaatkan sepenuhnya kehadiran pelajar daripada saudara baru. Hal ini dibuktikan dengan senarai semak yang mendapat peratusan penuh bagi setiap elemen menjinakkan dalam borang senarai semak seperti memberikan nasihat yang baik yang melunakkan hati-hati manusia yang keras, pengucapan yang sopan dan lemah lembut, tidak menggunakan bahasa kasar, melayan persoalan dengan baik, mengucapkan kata positif, tidak berkasar dan mudah marah, nada suara yang tidak mengguris hati, menggunakan kata-kata mesra, memberi ruang melontarkan pandangan serta tidak menyentuh kekurangan dari sudut peribadi seseorang. Perkara ini turut diakui oleh saudara baru yang ditemubual. Mereka mengatakan bahwa kebanyakan guru tidak menggunakan bahasa yang kasar dan melayan setiap persoalan pelajar dengan baik disamping sentiasa memberi nasihat yang berguna untuk kehidupan di luar 74. 5. Berulang-ulang Bagi uslub berulang-ulang pula, terdapat kenyataan daripada pihak responden yang menunjukkan bahawa mereka menggunakan uslub berulang-ulang dalam kelas pembelajaran mereka seperti mengulang perkataan yang penting dan bermakna, mengulang permasalahan yang sukar seperti mengulang pelajaran terdahulu, menguji 73 Dr. Aishah Jamian, (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 16 April 2016. 74 Nur Faiqah (Pelajar, PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 16 April 2016. 216

kefahaman pelajar tentang pengajaran lalu. Namun terdapat dalam kalangan mereka tidak menyaran hafalan tentang sesuatu teks dan ayat dan tidak menggunakan apa-apa teknik pengulangan. Hal ini bertepatan dengan senarai semak yang dilakukan oleh penulis yang menunjukkan peratusan yang tinggi pengajar menggunakan uslub mengulang namun terdapat peratusan kecil iaitu 12.5% yang tidak menyarankan hafalan tentang sesuatu teks atau ayat dan sebanyak 25% yang tidak menggunakan teknik pengulangan melalui pelbagai cara. Hanya segelintir daripada mereka yang tidak meyarankan untuk hafalan supaya pada peringkat awal supaya mereka tidak merasa terbeban dengan kalimah-kalimah yang sukar daripada bahasa Arab namun mereka cuba menekankan kefahaman terlebih dahulu sebelum melakukan hafalan. 6. Membuka ufuk pemikiran Daripada temubual yang dilakukan terhadap responden didapati bahawa mereka melaksanakan menggunakan uslub membuka ufuk pemikiran pelajar dalam kelas pembelajaran mereka pada setiap tahap. Hal ini menggalakkan pelajar untuk berfikir tentang sesuatu perkara dan membuat perbandingan di samping mendapat pendedahan tentang sesuatu perkara. Menurut hasil melalui borang senarai semak pula kesemua kriteria uslub membuka ufuk pemikiran mencapai peratusan yang penuh seperti membantu pelajar membezakan baik dan buruk berlandaskan syarak, menggunakan dalil daripada al-quran untuk direnungi maknanya, menyatakan fakta, data, kes, statistik, rajah carta dan sebagainya, menggalakkan murid mengeluarkan idea baru, memberi ransangan kepada sasaran bercakap mengenai sesuatu perkara dan memberi contoh dan gambaran terhadap sesuatu isu. Namun pada elemen membandingkan perkara baik dan buruk untuk dihimpunkan dan mengajak pelajar untuk memikirkan sesuatu sebanyak 12.5% tidak menggunakan uslub ini dalam kelas pembelajaran mereka. Berdasarkan pemerhatian penulis pula, hampir semua kelas yang dimasuki membangkitkan isu-isu untuk difikirkan dan meminta respon daripada saudara baru terhadap isu tersebut. Sesetengah pengajar mula bertanya perkara yang mereka kurang faham dan ada yang menyampuk dengan pengalaman-pengalaman hidup mereka. 217

Hal ini menunjukkan isu yang disentuh mendapat perhatian daripada kalangan pelajar. 7. Jelas Berdasarkan kenyataan responden daripada temubual yang dilakukan didapati mereka menggunakan uslub jelas dalam kelas pengajian mereka seperti mengemukakan dalil dan bukti, penerangan yang jelas tentang sesuatu isu, bahasa dan frasa yang digunakan jelas dan tidak kabur, ayat dan penggunaan huruf yang difahami, sebutan huruf yang jelas, menyatakan penjelasan disebalik suruhan dan larangan, mesej yang disampaikan jelas, menyatakan maksud bagi perkataan yang tidak diketahui atau istilah baru didengari atau bagi yang mempunyai makna yang banyak, penggunaan ayat-ayat yang ringkas dan tidak terlalu panjang, sebutan yang betul dan tepat. Hal ini bertepatan dengan hasil senarai semak yang dilakukan melainkan elemen menggunakan teknik penyampaian tertentu seperti penceritaan mengikut kronologi terdapat sebanyak 12.5% yang tidak digunakan oleh pengajar. Kebanyakkan saudara baru yang ditemubual menyatakan pengajar menggunakan penghuraian yang jelas dalam pembelajaran mereka. Oleh sebab itu mereka hadir secara berterusan ke PERKIM kerana bagi mereka PERKIM merupakan tempat yang sesuai untuk mendapatkan Ilmu 75. 8. al-tarhib dan al-targhib Bagi uslub ini, responden menggunakan samada secara langsung atau tidak langsung. Namun terdapat dalam kalangan mereka lebih suka menggunakan uslub al-targhib seperti menceritakan perkara yang berbentuk kenikmatan dan janji-janji baik berbanding uslub al-tarhib menerangkan tentang azab bagi yang beriman yang ingkar. Daripada hasil senarai semak yang dilakukan keseluruhan pengajar menggunakan pada elemen menyebut mengenai nikmat Allah atas manusia, menggalakkan sasaran untuk beramal, mengajak mereka mengambarkan sesuatu keadaan, menyatakan faedah yang banyak diperolehi daripada amalan yang dilakukan,menceritakan janji-janji baik dan ganjaran pahala kepada orang soleh berdasarkan sumber al- 75 Mariam Glenda, (Pelajar pertengahan kelas pengajian Islam, PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 16 April 2016. 218

Quran dan hadis, menggalakkan supaya sentiasa ikhlas dalam amalan, menggunakan nada yang sesuai serta menggunakan emosi yang betul. Namun pada elemen mengajak mengambil tindakan untuk bertindak, menceritakan kisah teladan, mengajak sasaran meninggalkan kejahatan dan dosa serta menerangkan tentang azab bagi orang yang beriman yang ingkar sebanyak 12.5% tidak menggunakan elemen ini dalam pembelajaran mereka. Pada pemerhatian penulis, kadar yang kecil ini hanya disebabkan subjek yang diajar memerlukan fokus terhadap pembelajaran seperti bahagian fekah bab haji dan umrah. Dalam tempoh yang diberikan untuk mengajar, masa digunakan sepenuhnya untuk menerangkan istilah yang sukar dan menjawab persoalan yang tidak difahami oleh pelajar. Permasalahan Dalam Pelaksanaan Uslub Dakwah Bil-Lisan Dalam apa juga bentuk aktiviti dakwah pasti terdapat cabaran dan permasalahan yang perlu diberi perhatian. Walaupun kajian menunjukkan penggunaan uslub dakwah bil lisan digunakan dalam kelas pengajian Islam di PERKIM dan namun terdapat beberapa masalah yang merencatkan pelaksanaan uslub dakwah bi al-lisan dilakukan secara berkesan dan memberi kesan dalam penerimaan saudara baru terhadap penyampaian ilmu tersebut. Permasalahan tersebut terbahagi kepada tiga iaitu: 1. Tenaga Pengajar i. Masalah dalaman Terdapat dalam kalangan pengajar yang tidak memahami keadaan saudara baru kerana kerana mereka tidak ada pengalaman berhadapan dengan saudara baru dan menggunakan cara yang sesuai dengan saudara baru menyebabkan tiada jalinan hati dalam proses pembelajaran yang dilakukan 76, selain itu, terdapat juga kalangan mereka menggunakan bahasa yang tinggi disebabkan guru yang biasa dengan pendidikan tinggi. Hal ini menyebabkan saudara baru jemu dan kurang minat kerana tidak memahami sebahagian perkara yang 76 Ustazah Munirah, (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 3 mei 2016 219

diajar 77. Di samping itu, kurang persediaan 78 dan inisiatif dari pihak guru juga merupakan masalah yang yang memberi kesan terhadap pemahaman saudara baru. Seharusnya inisiatif yang lebih seperti melakukan kelas secara individu atau melakukan follow up bagi pelajar yang lemah seerta penyediaan bahan yang membantu pelajar perlu diusahakan oleh pihak pengajar 79. ii. Masalah luaran Selain masalah kekurangan dari diri tenaga pengajar, terdapat faktor luaran seperti sistem yang baru menyebabkan tenaga pengajar tidak boleh mengesan permasalahan pelajar untuk melakukan terapi tersusun 80. Hal ini menyebabkan mereka sukar mengesan tahap pemahaman pelajar melainkan subjek tertentu seperti pengajian muqaddam yang mengajar secara individu 81. Di samping itu, terdapat dalam kalangan mereka tiada pendedahan asas tentang metodologi kerana guru bukan daripada jalur pendidikan untuk memahami kaedah pengajaran berkesan 82. 2. Saudara Muslim i. Latar Belakang Menurut temubual yang dilakukan terdapat permasalahan yang berpunca daripada diri pelajar dalam memahami ilmu yang disampaikan antaranya adalah tahap pengetahuan pelajar yang berbeza disebabkan latar belakang yang pelbagai. Terdapat sesetengah pelajar yang datang tidak tahu membaca dan menulis 83. Hal ini menjadi cabaran bagi tenaga pengajar untuk memastikan ilmu yang disampaikan mampu difahami oleh setiap 77 Ustazah Fatimah (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 3 mei 2016. 78 Ibid. 79 Us. Jais Mariappan (penyelia dan tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 21 April 2016. 80 Dr. Aishah Jamian, (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 16 April 2016. 81 Op.cit., temubual bersama Ustazah fatimah 82 Dr. Aishah Jamian, (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 16 April 2016 83 Op.cit., temubual bersama ustazah Fatimah. 220

pelajar 84. Usia juga turut menjadi permasalahan yang menyebabkan pelajar tidak boleh atau masih lemah atau kurang pemahaman 85 dan membezakan proses penerimaan ilmu 86. Di samping itu, perbezaan latar pendidikan juga mempengaruhi masalah penerimaan ilmu 87. Terdapat sesetengah pelajar yang lambat dari sudut hafalan terutama surah-surah kerana ianya dalam bahasa arab. ii. Masalah Peribadi Walaupun begitu, faktor usia bukanlah suatu masalah yang utama dalam proses pembelajaran namun didapati kurangnya dorongan dalam diri saudara muslim dan usaha mereka untuk terus meningkatkan ilmu turut menjadi faktor penghalang bagi mereka memahami perkara asas mengenai Islam. Hal ini kerana terdapat pelajar yang baru memasuki kelas tersebut sudah mampu untuk pergi ke tahap seterusnya namun terdapat yang sudah lama memasuki Islam namun masih berada pada tahap yang sama 88. Antara masalah peribadi yang dihadapi oleh keperluan yang tidak mencukupi. Bagi bangsa cina sekiranya keperluan mereka tidak dipenuhi mereka agar sukar untuk komited dalam menghadiri kelas kerana perlu memenuhi keperluan 89. Menurut Nurfaiqah masa jadual kelas yang ditetapkan menyebabkan dia sukar untuk menghadiri kelas secara berterusan menyebabkan banyak pembelajaran kelas yang tertinggal dan membantut pemahaman tentang sesuatu perkara 90. Selain itu, terdapat sebahagian daripada saudara baru berada dalam kalangan yang tidak mengamalkan Islam sebenarnya seperti kawankawan persekitaran, suami dan sebagainya menyebabkan berlakunya 84 Us.Saiful Hafiz, (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 16 April 2016. 85 Us.Farhan, (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 15April 2016. 86 Ustazah Suariza, (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 21 april 2016. 87 Op.cit,. Temubual ustaz Amir Ng 15 mei 2016 88 Op.cit,. Temubual ustaz Farhan 15 Mei 2016 89 Op.cit., Ustaz Amir. 90 Temubual bersama Nur Faiqah,(pelajar dari kalangana saudara baru di KIP PERKIM,Kuala Lumpur), 2 Mei 2016. 221

kekeliruan dan membantut minat untuk mendalami ilmu kerana berlaku percanggahan 91. iii. Sikap Individu Pelaksanaan uslub dakwah bi al lisan terhadap saudara baru di kelas pengajian Islam PERKIM juga terencat dengan sikap pelajar yang tidak berdisiplin mematuhi peraturan yang ditetapkan. Mereka hanya memasuki kelas yang mereka suka tanpa mengikut tahap yang ditetapkan. Hal ini dibuktikan dengan borang kehadiran kelas yang di perhatikan oleh penulis sepanjang bulan Mac yang menunjukkan mereka tidak memasuki kelas yang telah ditetapkan. Hal ini kerana terdapat sebahagian mereka hanya datang untuk memenuhi syarat kehadiran untuk elaun yang disediakan oleh pihak PERKIM 92. Selain itu, mereka juga tidak memberi tumpuan sewajarnya dalam kelas untuk perkara penting. Mereka lebih banyak berbual, tidur dan melayani telefon bimbit daripada diam mendengar dan memerhatikan guru yang sedang mengajar. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat memahami perkara yang asas walau sudah memeluk Islam dalam tempoh yang lama. Selain itu, sikap tidak menepati waktu kehadiran juga merencat aspek keberkesanan dan keberkatan 93 dalam mendapatkan ilmu. 3. Pengurusan i. Dalaman Pihak pengurusan telah berusaha sebaiknya untuk menyediakan kelas pembelajaran sama ada untuk saudara baru mahupun orang luar yang ingin mempelajari ilmu agama namun terdapat beberapa permasalahan dari sudut memastikan saudara baru mendapat kefahaman sewajarnya daripada kelas tersebut. Hal ini disebabkan tiada paksaan bagi pelajar untuk menghadiri kelas setelah mereka memasuki Islam menyebabkan kehadiran pelajar tidak menentu. Keadaan ini menyukarkan pihak pengurusan untuk membuat sistem yang tersusun sebagai rujukan para tenaga pengajar untuk pengajaran kelas. Terdapat kalangan mereka yang datang hanya sebelum kahwin 91 Op.cit., Temubual Ustazah Fatimah. 92 Bhavani (pelajar kelas pengajian Islam, PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 5 mei 2016. 93 Op.cit., Temubual Ustaz Jais Mariappan. 222

namun menghilangkan diri selepas itu. Ada juga dalam kalangan mereka yang menghilangkan diri dalam tempoh lebih 10 tahun kemudian datang semula untuk menghadiri kelas 94. Hal ini diakui oleh Nurfaiqah yang mengatakan walaupun dia telah memasuki Islam hampir 15 tahun namun dia baru mula mempelajari asas di PERKIM sejak dua tahun yang lalu kerana menghadapi masalah peribadi 95. Di samping itu, penyelarasan pembelajaran sukar dilakukan kerana pihak tenaga pengajar mempunyai komitmen luar kerana ramai daripada tenaga pengajar adalah dalam kalangan penjawat awam dan pengajar di IPTA tempatan 96. ii. Luaran Sistem kelas yang teratur seperti pengkelasan setiap tahap baru mula dilakukan pada tahun 2016 dan ianya masih dalam peringkat penilaian kerana pihak perkim baru mendapat tempat yang dijadikan kelas sepenuhnya untuk kelas pengajian PERKIM. Hal ini disebabkan sebelum ini, bangunan PERKIM adalah milik Libya Malaysia dan pihak PERKIM dan hanya memiliki tapak bangunan tersebut. Namun pada tahun 2016 Perkim mendapat hak sepenuhnya pada bangunan tersebut lalu kelas pengajian PERKIM diwujudkan secara rasmi pada tingkat 23 bermula tahun 2016 dan dibahagikan kelas mengikut 4 tahap iaitu pra asas, asas, pertengahan dan lanjutan 97. Selain itu, pertindihan kelas dengan institusi dakwah yang lain dibawah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyebabkan pelajar tidak dapat memenuhi kehadiran kelas yang telah ditetapkan. Sepanjang pemerhatian penulis mendapati terdapat sebahagian daripada saudara baru terpaksa meninggalkan kelas PERKIM untuk menghadiri kelas anjuran JAWI dan MAIS. Menurut Mariam 98, keadaan ini adalah disebabkan pemberian elaun kepada pelajar menyebabkan mereka terkejar-kejar untuk menghadiri semua kelas. 94 Op.cit.,Temubual bersama Ustazah Fatimah Ladda. 95 Op.cit., Temubual Nur Faiqah. 96 Op.cit., Temubual bersama Ustazah Munirah. 97 Temubual bersama Pn.Suariza, (pegawai aset dan pengurusan PERKIM) pada 21 April 2016. 98 Temubual bersama pn. Mariam (pelajar KIP PERKIM) pada 12 Mei 2016. 223

Kesimpulan Berdasarkan dapatan kajian didapati pelaksanaan uslub dakwah bi allisan dilakukan oleh tenaga pengajar di PERKIM namun masih terdapat pelajar yang belum mendapat kefahaman ilmu yang sepatutnya dan keberkesanan pelaksanaan uslub dakwah bi al-lisan di kelas pengajian tersebut tergamggu disebabkan beberapa permasalahan sama ada dari sudut pengurusan, tenaga pengajar mahupun dari sudut pelajar sendiri. Hal ini perlu diambil berat serta mendapatkan jalan penyelesaian bagi menambahbaik kualiti kelas pengajian PERKIM dari semasa ke semasa dalam memastikan penyampaian dakwah Islamiah mencapai objektif dakwah. Pelbagai bentuk kajian perlu berhubung golongan minority khususnya saudara baru perlu diperbanyak untuk membantu merungkai permasalahan dakwah dan mencari jalan penyelesaian agar penambahbaikan dapat dibuat bagi mencapai objektif dasar dakwah Negara 99 iaitu meningkatkan kefahaman Islam sebagai cara hidup dalam kehidupan bermasyarakat, menyelesaikan salah faham terhadap agama Islam serta mengukuhkan kefahaman dan toleransi antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Rujukan Abdullah Hassan, Ainin Mohd. 2004. Teori Dan Teknik Ucapan Berpengaruh. Kuala Lumpur: PTS Publications &Distributor Sdn.Bhd. Abd. Aziz Md. Zin.1997. Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya), Abd. Aziz Md. Zin. Psikologi Dakwah. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Ab.Aziz Md. Zin. 1995. Minhaj Dakwah Masakini: Suatu Pengenalan. Jurnal Usuluddin, APIUM. bil.3. Abdul Mua ti@zamri Ahmad. 2002. Panduan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al-bukhari, AL-jami al-musnad as SohehAl Mukhtasor Min Umuri Rasulullah sallallahu alaihi 99 Bahagian Dakwah Jakim, Dasar Dakwah Negara Memperkasakan Agenda Transformasi Dakwah Negara Ke arah Pembentukan Khaira Ummah, (Kuala Lumpur: JAKIM,2015), 6. 224

wasallam wa sunanuhu wa ayyamuhu, Dar tuuq annajah, Juz.9, Jil 1,1422H, 73. Ahmad Asmadi Sakat, Mohd. Najib Abdul Qadir dan Aroma Abd Wahid. Perbandingan Antara Teori Motivasi Barat Dengan Metod Al-Targhib Dan Al-Tarhib Menurut Al-Quran Dan Al- Sunnah: Pelaksanaan Konteks Dakwah Serantau. (Makalah, Seminar Antarabangsa Pengajian Dakwah Malaysia-Indonesia, 18 Mei 2002 anjuran Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Ukm, Bangi. Ahmad Von Denffer. 1988. Key Issues for Islamic Dawah. Delhi: Hisdustan Publication. Al-Aluri, Adam Abdullah. 1979. Tarikh al- Da wah Ila Allah Baina al-ams wa al-yaum. al- Qahirah: Maktabah Wahdah. Al-Andalusi, Abu Hayyan. (t.t) Tafsir Bahrul Muhith. Beirut: Percetakan Dar al-fikr. Al-Baghawi, Abu Muhammad Husain bin Mas^ud. (t.t). Ma^alim al- Tanzil Fi tafsir al-quran, Percetakan Dar Thayyibah lin Nayr Wat Tauzi^. Al-Jauzi, Abdur Rahman Bin Ali Bin Muhammad. (t.t) Zad al-masir fi al-^lmi al-tafsir. Beirut: Percetakan al-maktab al-islami. Al-Khazin, Alauddin Bin Ali Bin Muhammad Bin Ibrahim. (t.t). Bab al-takwil Fi Maani al-tanzil. Beirut: Percetakan Dar al-fikr. Al-Razi, Muhammad Bin Umar Bin al-husain. (t.t). Mafatih al- Ghaib. Beirut: Percetakan Dar Ihyak al-turath al-^arabi. Al-Suyuti, Jalaluddin Bin Abu Bakar dan al-mahalli, Jalaludin Muhammad Bin Ahmad. (t.t) Tafsir al-jalalain. Qaherah: Percetakan Dar al-hadith. Anita Abdul Rani. 2002. Ceramah Dakwah: Kajian Tentang Faktor Tarikannya Di Kuantan. Disertasi Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia. Badr al-din al^aini al-hanafi. 2006. ^Umdatul Qaari Syarah Sahih Bukhari. David E. Axon, Richard l/stine. 1993. The Public Speaking Process Computer-Assisted Speech Organization and Development. USA: Harcout Brace Jovanovich Publishers. Dr. Abdullah Muhammad Zin. Dakwah Kepada Non Muslim: Konsep Dan Metod. Makalah Seminar Dakwah dan Kepimpinan 2 Peringkat Kebangsaan Anjuran Jabatan Pengajian Dakwah dan 225

Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, UKM dengan kerjasama Institut Dakwah & latihan Islam Jabatan Perdana Menteri, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2-3. Oktober 1993. Dr, Zaini Hamzah. Respon Masyarakat Bukan Islam Terhadap Gerakan Dakwah Di Malaysia: Suatu Analisis. Symposium Gerakan Dakwah Dan Perubahan Social, Anjuran Angkatan Belia Islam Malaysa (ABIM), 17-18 NOV 1989 di Universiti Islam Antarabangsa,6. Hybels, Saundra, Weaver, Richard L. 2001. Communicating Effectively, McGraw Hill: New York. Jamiah Minhaj. 1997 Kedudukan Uslub Targhib Dan Tarhib Dalam Dakwah. Bahagian Pengajian Usuluddin Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya: Kuala Lumpur. Kamus Dewan. 2005. ed. Ke-4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Bin Hashim. 2013. Aktiviti Dakwah Terhadap Saudara Baru: Kajian Di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kuala Lumpur. Tesis Kedoktoran, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Muhammad Idris Al-Marbawiyy. 1990. Kamus al-marbawiy. Kuala Lumpur: Dar al-fikr. Noor Shakirah Mat Akhir, Wan Rose Eliza Abdul Rahman. Seminar Kebangsaan Dakwah Saudara Kita: Isu Dan Cabaran Semasa, 9-10 oktober 2010, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Nur A thiroh Masyail Tan Abdullah. 2013. Program Dakwah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kepada Saudara Muslim: Kajian Tentang Persepsi Dan Keberkesanannya. Tesis Kedoktoran, Universiti Malaya. Nur Athiroh Masyail Tan, Prof Madya Dr. Fariza Md Sham, Dan Khadijah Aini. Pendekatan Dakwah Islamiah Menangani Cabaran Psikologi Saudara Kita: Ke Arah Pembentukan Saudara Kita Yang Lestari Dan Berdikari. Makalah, Seminar Kebangsaan Dakwah Saudara Kita: Isu Dan Cabaran Semasa, Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 9-10 oktober 2010. Osman Abdullah Chuah Hock Leng. 1991. Non Muslim Response towards Islam in Malaysia: A Case Study In Kuala Lumpur. Tesis, Universiti Islam Antarabangsa, Selangor. 226

Prof. Madya Dr. Wan Hussein Azmi, Cara Nabi Muhammad Berdakwah, Seminar dakwah Islamiah kebangsaan, Anjuran Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, UKM, 1-2 dis 1984. Prof. Madya Redzuwan Mohd Yunus, 2011. Metodologi Dakwah di Malaysia, Open University Malaysia. Sharifah Mazni Syed Mustaffa. 2003. Faktor Tarikan Pengucapan Dakwah Dato Dr. Mashitah Ibrahim di kalangan Pekerja Wanita Islam di Herba Penawar, latihan ilmiah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Wahidin Saputra. 2012. Pengantar Ilmu Dakwah. Jakarta: Rajawali Pers. Wilbur Schramm. 1995. The process and effect of Mwess communication. University of Illinois Pres: Urbana. 227

228

GURU SEBAGAI MURABBI: TUMPUAN TERHADAP PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS Mohamad Shukri Bin Mat Husin 1, Muhammed bin Yusof 2 Pendahuluan Tugas dakwah adalah satu tugas yang cukup mulia sebagaimana firman Allah dalam Surah al- Fussilat ayat 33 yang bermaksud, dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" Tanggungjawab dakwah adalah terlalu besar, ia bukan setakat fardhu ain ke atas setiap orang Islam malah fardhu kifayah ke atas seluruh orang Islam mengikut kemampuan masing-masing. Dakwah merupakan usaha-usaha yang disusun dengan baik untuk mengubah fikiran, sikap dan tabiat manusia supaya selaras dengan kehendak Allah dan RasulNya. 3 Guru atau pendidik sememangnya tidak terlepas daripada menyampaikan dakwah. Guru merupakan anggota sekolah yang melibatkan diri secara langsung dalam perlaksanaan kurikukulum dan program pendidikan di sekolah 4. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik murid-murid di sekolah 5.Guru adalah penyampai ilmu kepada murid. 1 Calon Sarjana Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan APIUM 2 Ketua Jabatan dan Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 3 Ab. Aziz Mohd. Zin, Pengantar Dakwah Islamiah (Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya,1997) 29 4 Mok Soon Sang, Pendidikan di Malaysia, (Subang Jaya: Kumpulan Budiman 1996)155 5 Ibid,170 229

Guru perlu menyampaikan ilmu secara berkesan melalui kemahiran, teknik dan kaedah mengajar yang sesuai dalam setiap pengajaran 6. Guru seharusnya mencapai tahap seorang murabbi. Allah berfirman dalam surah Ali Imran (3:79) yang bermaksud, Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: Hendaklah kamu menjadi orangorang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah. Tetapi (sepatutnya dia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya. Untuk itu semua guru di semua peringkat harus menjadi seorang murabbi.murabbi mengikut kamus dewan bermaksud orang yang mendidik atau membimbing 7. Seorang murabbi secara ringkasnya merealisasikan pembinaan insan, pembetukan dan pemasyarakatan seorang individu selaras dengan dasar yang digariskan oleh sesuatu falsafah yang setiap individu dapat menunjukkan keperibadian yang tinggi dalam setiap perilaku 8. Menurut Syed Najmudin murabbi adalah peranan guru di dalam bilik darjah untuk menjaga, membesarkan, mencurah kasih sayang, mendidik,mengajar, menyubur dan memelihara fitrah para pelajar serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri mereka secara beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras dengan kematangan yang dilalui oleh para pelajar tersebut. 9 6 Kamarul Azmi Jasmi dan Abdul Halim Tamuri, Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & pembelajaran, (Johor Bahru:Penerbit UTM Press, 2013)75 7 Noresah binti Baharom (Ed.) et.al. (2007), Kamus dewan, Edisi 4, Cet.2,( Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)1056 8 Kamarul Azmi Jasmi dan Abdul Halim Tamuri,Op.cit,(2013)81 9 Syed Najmuddin Syed Hassan et al., Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Tahap Profesionalisme Guru Pendididkan Islam MRSM, Journal of Islamic and Arabic Education 1(2), (2009), 35 230

Konsep Guru Sebagai Murabbi Menurut Kamus Pelajar, guru memberi maksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar 10. Manakala kamus dewan memberi maksud yang sama cuma menambah perkataan pengasuh 11. Terdapat gelarangelaran lain yang digunakan untuk guru seperti cikgu dan pendidik 12. Manakala ustaz digunakan untuk guru agama lelaki dan ustazah untuk guru agama perempuan 13. Al-Ghazali menyebut dalam kitab Minhajul Abidin bahawa sesunguhnya guru adalah pembuka jalan dan pemudah yang rumit. Oleh itu amat mudah dan menyenangkan untuk memperoleh imu apabila bersama guru 14. Guru merupakan anggota sekolah yang melibatkan diri secara langsung dalam perlaksanaan kurikukulum dan program pendidikan di sekolah 15.Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik murid-murid di sekolah 16. Guru perlu menyampaikan ilmu secara berkesan melalui kemahiran, teknik dan kaedah mengajar yang sesuai dalam setiap pengajaran 17. Guru berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan yang digariskan dalam kandungan sukatan pelajaran, meluaskan maklumat yang diketahui, mendidik pelajar tentang cara untuk menyampaikan maklumat, memudahkan cara mencari maklumat dan menggalakkan pelajar untuk sentiasa mencari maklumat baru 18. 10 Amdun Husain, Kamus Pelajar Bahasa Melayu, (Kuala Lumpur: DBP, 1987)224 11 Hajah Noresah Bt. Baharom, Kamus dewan (edisi 3),(Ampang: DBP, 1998)420 12 Kamus dewan 240 13 Kamus dewan 1532 14 Alghazali, 1999, Minhaj al abiding, terj: Engku Ali bin Engku Endut, (kuala Terengganu: aspirasi teras)53 15 Mok Soon Sang, Pendidikan di Malaysia, (Subang Jaya: Kumpulan Budiman 1996)155 16 Mok Soon Sang, Pendidikan di Malaysia 170 17 Kamarul Azmi Jasmi dan Abdul Halim Tamuri, Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & pembelajaran, (Johor Bahru:Penerbit UTM Press, 2013)75 18 Kamarul Azmi Jasmi dan Abdul Halim Tamuri, Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & pembelajaran, (Johor Bahru:Penerbit UTM Press, 2013)76 231

Pengertian Murabbi Dari segi bahasa perkataan murabbi merupakan perkataan asal Bahasa Arab yang memberi maksud orang yang mendidik atau membimbing, pendidik, pembimbing 19. Murabbi isim fail asal dari rabba yarubbu dengan wazan madda yamuddu yang bermaksud (رب يرب) mengelokkan, mengambil tahu, menjaga dan membesar 20.Kata terbitan kepada rabba (رب) adalah tarbiyah. Ulama Bahasa Arab menjelaskan ada perkataan asal lain untuk tarbiyah iaitu raba yarbu Raba yarbu memabawa maksud.(ربي يربى) yarba dan rabiya (ربا يربو) tumbuh manakala rabiya yarba membawa maksud berkembang dan membesar 21. Murabbi adalah kata terbitannya tarbiyah. Di sini pengkaji akan mengunakan perkataan tarbiyah dalam menjelaskan dari segi istilah.al-baidhowi dalam tafsirnya menyatakan tarbiyah bermaksud menyampaikan sesuatu sehingga sampai kesempurnaannya satu persatu 22.Di dalam Al-Mukjam Al-falsafi menyatakan tarbiyah bermaksud meyampaikan sesuatu sehingga sampai tahap kesempurnaannya dengan mengembangkan usaha dengan latihan sehingga mencapai tahap kesempurnaannya 23.Alghazali mengatakan tarbiyah adalah menjaga dan membina kanak-kanak sehinga menjadi seorang yang soleh dalam masyarakat 24. Abdul Rahman An-Nahlawi membuat kesimulan dalam bukunya sesungguhnya tarbiyah ada 4 asas. 25 Pertama amalan tarbiyah mestilah bermatlamat dan mempunyai tujuan tertentu, Kedua murabbi yang sebenar adalah Allah yang mencipta sekelian makhluk.allah menjadikan fitrah, bakat, memberi kehidupan dan perkembangannya dan memberi syariat untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Ketiga sesungguhnya tarbiyah memerlukan kepada perancangan dan 19 Hajah Noresah Bt. Baharom (2013), Op.cit,1056 20 Ibrahim Mustafa,Al-Mukjam Al-Wasit,, (Istanbul: Darul Dakwah,1989)321 21 Ibid,326 22 Al-BAidhowi nasiruddin abi said Abdullah, anwar tanzil wa asrar takwil, (qaherah: maktabah jumhuriyah almisriyah, tanpa tarikh) j:1ms:3 23 Jamil Saliban, Al-mukjam Al-Falasafi, (Beirut:darul kitab lubnani, 1982) j : 1 ms: 266 24 Ayub Dakholallah, At-Tarbiyah Al-Islamiyah inda alimam Al-ghazali, (Beirut : Al-maktabah Al-Asriyah, 1996)ms 136 25 Abd Rahman Nahlawi, Usul At-Tarbiyah Al-Islamiyah Wa Asalibiha, (damsyiq: darul fikri 1996) 14 232

displin yang baik dan akan berkembang dari satu fasal ke satu fasal.keempat seorang murabbi wajib berlandaskan dan mengikut syariat Allah. Peranan Guru Sebagai Murabbi Guru sebagai murabbi perlu melaksanakan aspek-aspek penerapan Islam dalam proses pengajaran dan pembelajarannya iaitu; a. Menerapkan Unsur Ketauhidan Tauhid membawa maksud keesaan dan ketunggalan Allah 26.Tauhid ialah perkara paling utama dalam Islam.Tauhid mendahului ibadah dan akhlak.ibadah dan akhlak seseorang tidak bernilai sekiranya tauhidnya tidak berada pada landasan yang betul.persoalan tauhid atau ketuhanan yang menekankan Allah sebagai pencipta dan satusatunya yang layak disembah menocorakkan pengertian pendidikan Islam sehingga matlamat tertinggi pendidikan ialah penyembahan atau ubudiyah kepada Allah 27. Pendidikan akidah adalah antara pendidikan teras yang perlu diajar sebelum seseorang pelajar mempelajari subjek lain. Perlu juga diingatkan bahawa pendidikan akidah menjadi asas keimanan dan keyakinan manusia terhadap keesaan Allah yang merupakan asas bagi segala ilmu. Jika ilmu tauhid ini telah ditanam di akal dan sanubari seseorang maka ilmu-ilmu lain yang akan dipelajarinya nanti akan bernaung di bawahnya. Dengan lain perkataan ilmu tauhid menjadi asas dan paksi kepada pelbagai jenis ilmu 28. Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anaka- Anak Dalam Islam menjelaskan diantar ilmu yang perlu disampaikan adalah ilmu yang berkaitan keimanan.yang dimaksudkan dengan pendidikan keimanan adalah mengenalkan kebenaran dan hakikat keimanan dan perkara ghaib seperti beriman kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, syurga, neraka dan sebagainya 29. 26 Hajah Noresah Bt. Baharom (2013), Op.cit,1616 27 Fathiyah MohdFakhruddin, Peranan & Cabaran Guru dalam Pengajaran pendidikan Islam,( Serdang:Univesiti Putra Malaysia)9 28 Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, (kuala lumpur: utusan publications 2001)289 29 Abdullah Nasih Ulwan,P:Syed Ahmad Semait, Pendidikan Anak-Anak dalam Islam,( Singapura:Pustaka Nasional 2001)j:1 Ms 9 233

b. Menggalakkan Ibadah Kepada Allah Ibadat dari segi bahasa bermaksud bakti atau khidmat kepada tuhan 30.Dari segi syarak ibadat beerti taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah s.w.t. Jelaslah ibadat ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t 31 Yusof al-qaradawi menyatakan ibadah adalah tunduk patuh kepada Allah bertujuan kecintaan kepada Allah 32. Ibadah dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu ibadah umum dan khusus. Ibadah umum merangkumi setiap amalan yang dilakukan untuk mencapai keredaan Allah S.W.T. seperti berakhlak mulia, menghormati ibubapa dan sebagainya. Ia juga bermaksud perbuatan hamba yang dilakukan dengan niat dan bertepatan dengan kehendak Allah S.W.T. Ibadah khusus pula bermaksud amalan-amalan khusus tertentu yang dipertanggungjawabkan keatas hamba untuk dilaksanakan sebagai satu latihan amali bagi membuktikan kepatuhan yang sempurna seperti rukunislam yang lima iaitu mengucap syahadah, solat, zakat, puasa dan haji. Ia juga merangkumi kewajipan agama yang diketahui kebanyakan manusia seperti sedekah, umrah dan tilawah al-quran 33. Ibadat khusus telah ditentukan pertauran dan cara perlaksanaanya dengan tujuan untuk membina batin dan dalaman manusia dalam hubungannya dengan Allah s.w.t dan hukum-hukumnya. Ibadat khusus bertujuan untuk melatih manusia hidup berdisplin walaupun di mana sahaja ia berada kerana dalam amalan ibadat itu manusia secara berterusan dilatih untuk menghormati dan menjaga peraturan dan masa. Ibadat ini juga memberi keluhuran jiwa dan ketenangan hati 34. Persoalan ibadat penting kepada setiap pelajar, oleh itu guru perlu menerapkan perkara ini kepada pelajar secara langsung atau tidak. 30 Hajah Noresah Bt. Baharom (2013), Op.cit,556 31 Ahmad Mohd Salleh dan Mohd Farid, Islam Agama Rabbani Dasar Pendidikan Islam Teras,( Selangor:Oxford Fajar, 2008)87 32 Dr Yusof al Qaradawi, Al Ibadah Fi Al Islam,( Kaherah:Maktabah Wahbah, 1995 Cetakan 25)36 33 SalasiahHaninHamjah,ZainabIsmail, NoorShakirahMatAkhir, KaedahPenerapan Ibadah dalam Kaunseling, (59(2012)87 92 www.jurnalteknologi.utm.my eissn2180 3722 ISSN0127 9696) 34 Ahmad Mohd Salleh dan Mohd Farid, Islam Agama Rabbani Dasar Pendidikan Islam Teras,( Selangor:Oxford Fajar, 2008)87 234

c. Menerapkan Akhlak Islamiah Akhlak adalah budi pekerti, kelakuan atau tabiat. 35 Membina tingkah laku dan etika anak merupakan sesuatu kewajipan agama yang lazim bagi setiap pendidik 36.Akhlak termasuk di antara perkara yang terpenting dalam hidup ini untuk individu, masyarakat dan negara dan tujuan tertinggi agama dan akhlak ialah menciptakan kebahagian dunia akhirat 37. Imam Al-Ghazali menyatakan tujuan pendidikan Islam uang utama ialah membekalkan individu dengan kemantapan akidah dan amalan ibadah, membentuk akhlak yang mahmudah dan menjauhi perlakuan yan mazmumah, melatih diri menjauhi perkara-perkara yang shubhah dan haram, berani menghadapi rintangan hidup ketika belajar serta mengutamakan nilai-nilai kerohanian 38.Ibnu Khaldun pula meletakkan mempersiapan diri dengan akhlak merupakan tujuan kedua pendidikan selepas mempersiapkan diri dengan agama 39. A.Athiyah al-abrasyi menyatakan di antara matlamat pendidikan adalah membentuk akhlak yang sempurna 40.Abdul Halim menjelaskan matlamat pendidikan itu mestilah bertujuan untuk membentuk sahsiah baik, akal yang sempurna dan dapat digunakan 41. Ghazali Darusalam telah menyenaraikan beberapa kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia 42 : i) Ia merupakan roh bagi bagi Islam. Agama tanpa akhlak samalah seperti jasad yang tidak bernyawa. ii) Ia merupakan ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerana lambang kesempurnaan iman, ketinggian takwa dan kealiman seseorang manusia yang berakal. 35 Hajah Noresah Bt. Baharom (2013), Op.cit,25 36 Al-Maghribi bin As-Said P: Zainal Abidin, Begini Seharusnya Mendidik Anak, (Jakarta: Darul Haq 2004)201 37 Prof. Dr. Mohd Kamal Hasan,Pendidikan dan Pembangunan Satu Perspektif Bersepadu, (Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, 1988) 62 38 Ghazali Darusalam, Op.cit,21 39 Ibid,23 40 Ibid,33 41 Ibid,33 42 Ghazali Darusalam,Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah, (kuala lumpur: utusan publications 2003) 62 235

iii) Kekalnya sesuatu ummah kerana kukuhnya akhlak dan sebaliknya runtuh sesuatu ummah kerana lemah akhlaknya. Mohd Kamal Hasan menyarankan beberapa perkara mengenai peranan akhlak dalam pendidikan antaranya 43 : i) Akhlak dalam pendidikan tidak harus diberi tempat yang tersisih dan terpisah daripada tujuan pendidikan. ii) Ilmu akhlak diajar sebagai suatu cara praktikal untuk mendekatkan diri kepada Allah. iii) Pendidikan akhlak yang berkesan mampu melahirkan generasi bakal pemimpin masyarakat dan negara yang tidak tamak kuasa atau harta, amanah, jujur dan adil d. Bermatlamat Rabbani Rabbani bermaksud perkara berkaitan ketuhanan. 44 Seorang murabbi hendaklah menjadikan matlamat, tingkahlaku dan pemikiran bersifat rabbani iaitu semua perkara bersandarkan kepada Allah s.w.t.seorang murabbi wajib mentaati segala perintah Allah dengan melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya dan memperbanyakkan amal soleh.di samping itu murabbi hendaklah berusaha menjadikan pelajarnya bersifat rabbani. Guru harus mengaitkan pengajarannya dan pembelajarannya dengan kebesaran Allah dan menanamkan perasaan takut kepada Allah kepada pelajarnya. 45 Guru Pendidikan Khas Guru pendidikan khas merupakan guru yang mengajar di program pendidikan khas. Pendidikan khas ialah satu program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas.pendidikan khas juga merujuk pada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk 43 Prof. Dr. Mohd Kamal Hasan,Op.cit,) 64 44 Hajah Noresah Bt. Baharom, Op.cit,1268 45 Abd Rahman Nahlawi, Usul At-Tarbiyah Al-Islamiyah Wa Asalibiha, (damsyiq: darul fikri 1996) 172 236

mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada sekolah aliran perdana 46. Pendidikan khas merujuk pada pendidikan kanak-kanak luar biasa, iaitu kanak yang dari segi intelek, fizikal, social atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa 47. Kurikulum Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina berdasarkan tahap keupayaan dan keperluan murid. Kurikulum bagi kumpulan murid ini lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu, dan tidak terlalu menekankan akademik. Di Tahap I, murid Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) disediakan mata pelajaranasas 3M, Pengurusan Kehidupan, Seni Kreatif, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani. Sementara itu di Tahap II, disediakan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Kemahiran Hidup Asas, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Pengurusan Kehidupan 48. Peranan Guru Pendidikan Khas Sebagai Murabbi Pendidikan khas di Malaysia berkembang pesat sejak bermulanya kesederan terhadap keperluan pendidikan untuk murid-murid kurang upaya. Kesedaran tentang pendidikan ini bermula semenjak tahun 1920an dan diselaraskan dengan moto pendidikan untuk semua. Melalui motor tersebut, murid-murid kurang upaya juga dianggap aset yang boleh menyumbang pada pembangunan negara dan hak mereka dalam pendidikan adalah satu kemestian 49. Pendidikan untuk golongan ini harus selari dengan aliran biasa, cuma berbeza dari segi kaedah dan cara sahaja. 46 Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad, Pengantar pendidikan Khas, (Pulau Pinang:Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2011) 1 47 Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon, Pendidikan Khas Dan Pemulihan, (Kuala Lumpur:Perpustakaan Negara Malaysia, 1992) 6 48 (http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&i d=311&itemid=477&lang=en&limitstart=8) (dicapai pada 11 feb 2014) 49 Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad,Op.cit,, 4 237

Peranan guru pendidikan khas adalah sama dengan guru di aliran perdana.sifat dan ciri seorang guru yang murabbi ada pada guru pendidikan khas. Mereka berusaha dengan bersungguh-sunguh untuk melahirkan pelajar-pelajar pendidikan khas yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah Islam.Pengetahuan akidah, ibadat dan akhlak sentiasa diterapkan kepada golongan ini. Usaha ini dilakukan kerana pelajar-pelajar pendidikan khas juga merupakan aset penting kepada Negara. Kesimpulan Setiap individu bergelar guru harus mempunyai sifat dan ciri seorang murabbi.seorang murabbi mampu melahirkan pelajar bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah mampu membentuk pelajar yang mempunyai asas agama dan bersahsiah mulia.guru di program pendidikan khas juga tidak boleh mengabaikan peranan sebagai seorang murabbi.kecacatan dan kekurang pelajar tidak boleh dijadikan alasan untuk memberi pendidikan secara sambil lewa dan bersikap ambil mudah. Golongan ini juga merupakan aset kepada negara yang mampu menonjol sekiranya diberi pendidikan yang sempurna dan sistematik. Akhlak dan sahsiah mereka mampu dibentuk sekiranya semua tenaga pengajar golongan ini mengamalkan sifat dan ciri seeorang murabbi. Senarai Rujukan Ab. Aziz Mohd. Zin, Pengantar Dakwah Islamiah (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,1997) Abdullah Nasih Ulwan, (terj: Syed Ahmad Semait), Pendidikan Anak-Anak dalam Islam, (Singapura: Pustaka Nasional 2001) Abd Rahman Nahlawi, Usul At-Tarbiyah Al-Islamiyah wa Asalibiha, (Damsyiq: Darul fikri 1996) Ahmad Mohd Salleh dan Mohd Farid, Islam Agama Rabbani Dasar Pendidikan Islam Teras,( Selangor: Oxford Fajar, 2008) Al-Baidhowi Nasiruddin abi Said Abdullah, Anwar Tanzil wa Asrar Takwil, (Kaherah: Maktabah Jumhuriyah Almisriyah, tanpa tarikh) Al-Ghazali, 1999, Minhaj al- Abiding, terj: Engku Ali bin Engku Endut, (Kuala Terengganu: Aspirasi Teras) 238

Al-Maghribi bin As-Said P: Zainal Abidin, Begini Seharusnya Mendidik Anak, (Jakarta: Darul Haq 2004) Amdun Husain, Kamus Pelajar Bahasa Melayu, (Kuala Lumpur: DBP, 1987) Ayub Dakholallah, At-Tarbiyah Al-Islamiyah inda Alimam al- Ghazali, (Beirut : al-maktabah al-asriyah, 1996) Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon, Pendidikan Khas dan Pemulihan, (Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 1992) Dr Yusof al Qaradawi, al- Ibadah fi al-islam, (Kaherah:Maktabah Wahbah, 1995 Cetakan 25) Fathiyah MohdFakhruddin, Peranan & Cabaran Guru dalam Pengajaran pendidikan Islam, (Serdang: Univesiti Putra Malaysia) Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, (Kuala Lumpur: Utusan Publications 2001) Ibrahim Mustafa, al-mukjam al-wasit, (Istanbul: Darul Dakwah,1989) Jamil Saliban, al-mukjam al-falasafi, (Beirut: Darul Kitab Lubnani, 1982) Kamarul Azmi Jasmi dan Abdul Halim Tamuri, Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, (Johor Bahru: Penerbit UTM Press, 2013) Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad, Pengantar Pendidikan Khas, (Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2011) Mok Soon Sang, Pendidikan di Malaysia, (Subang Jaya: Kumpulan Budiman 1996) Noresah binti Baharom (Ed.) et.al. (2007), Kamus Dewan, Edisi 4, Cet.2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Prof. Dr. Mohd Kamal Hasan, Pendidikan dan Pembangunan Satu Perspektif Bersepadu, (Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, 1988) Salasiah Hanin Hamjah, ZainabIsmail, Noor Shakirah Mat Akhir, Kaedah Penerapan Ibadah dalam Kaunseling, (59(2012)87 92 www.jurnalteknologi.utm.my eissn2180 722 ISSN0127 9696) Syed Najmuddin Syed Hassan et al., Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Tahap Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 239

MRSM, Journal of Islamic and Arabic Education 1(2), (2009) http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&vie w=article&id=311&itemid=477&lang=en&limitstart=8) (dicapai pada 11 Feb 2014) 240

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PENERAPAN NILAI ISLAM DALAM PENDIDIKAN ANAK REMAJA BERMASALAH PEMBELAJARAN Azura Binti Awang 1, Dr Yusmini Binti Md. Yusoff 2 Pendahuluan Kesyumulan Islam terjelma dalam proses penerapan nilai-nilai Islam melalui sistem pendidikan anak-anak. Pendidikan atau tarbiah Islam dilaksanakan adalah untuk mengembangkan kefahaman terhadap kehidupan berlandaskan al-quran dan as-sunnah di dalam jiwa mereka. Menurut Abdullah Nasih Ulwan, 3 tujuan penerapan nilainilai Islam dalam pendidikan anak-anak termasuk juga anak remaja bermasalah pembelajaran adalah untuk menyelamatkan fitrah manusia yang sentiasa cintakan kebaikan dan membenci kejahatan. Bagi menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak remaja bermasalah pembelajaran, ibu bapa perlu memahami konsep celik iman. 4 Konsep celik iman ini merangkumi persediaan ibu bapa iaitu tentang ilmu akliah, jasmaniah dan rohaniah. Persediaan akliah adalah merangkumi pengetahuan ibu bapa terhadap kepentingan dan matlamat penerapan nilai-nilai Islam. Persediaan jasmaniah melibatkan kekuatan fizikal diri, sokongan suami isteri dan ahli keluarga ibu bapa tersebut serta sumber kewangan mereka dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam ini. Manakala persediaan rohaniah meliputi kebergantungan ibu bapa kepada Allah S.W.T dengan sentiasa memohon petunjuk dan keampunan dalam mendidik anakanak remaja bermasalah pembelajaran. Kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam penerapan nilai-nilai Islam kepada anak-anak remaja bermasalah pembelajaran dapat menanamkan semangat cintakan kebaikan, menyemai keimanan yang kukuh serta penghayatan Islam sebagai agama yang dianuti. Walau 1 Pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor. 2 Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 3 Abdullah Nasih Ulwan, Pendidikan Anak-anak Menurut Pandangan Islam, terj, Jil.1, (Kuala Lumpur:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1998), 2 4 Fuad Sam, Anakku: Didiklah Hati Mencintai-Nya, (Selangor : Karya Bestari Sdn Bhd, 2010), 15-33. 241

bagaimanapun, setiap ibu bapa mempunyai set nilai mereka sendiri yang mempengaruhi pemahaman, pemikiran, kesediaan dan tahap penerimaan anak-anak remaja bermasalah pembelajaran. Perbezaan ini adalah kerana beberapa faktor yang mempengaruhi penerapan nilai-nilai Islam ibu bapa, iaitu latar belakang pendidikan ibu bapa yang merangkumi sikap dan minat mereka terhadap usaha ini, tahap sosio-ekonomi ibu bapa, faktor masa, sokongan sosial dan masyarakat serta sifat peribadi dan ciri-ciri khusus anak-anak remaja bermasalah pembelajaran itu sendiri. Latar Belakang dan Permasalahan Kajian Persepsi masyarakat yang melihat anak-anak istimewa ini sebagai liabiliti iaitu beban dan bukan sebagai asset, adalah cabaran besar bagi ibu bapa dalam proses penerapan nilai-nilai Islam kepada anak-anak kurang upaya. Ada sebilangan kecil masyarakat yang berpandangan golongan ini tidak perlu diberikan pendidikan Islam yang sewajarnya atau berbuat apa-apa kerana mereka cacat, menyusahkan dan membebankan. 5 Oleh yang demikian, kajian ini akan cuba meneroka dan menyelami cabaran yang dihadapi oleh para ibu bapa dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak remaja bermasalah pembelajaran. Persoalan mengenai asuhan secara Islam oleh ibu bapa yang memiliki anak-anak bermasalah pembelajaran dibangkitkan kerana terdapat ibu bapa yang tidak mementingkan pendidikan agama sehingga mengambil sikap tidak peduli, menganggap anak itu menyusahkan dan membiarkan sahaja mereka di rumah. 6 Menurut Gulson Begum Khalid dan Mohd Hanafi, ibu bapa juga menghadapi masalah dan bingung berkaitan pengetahuan untuk membantu pembelajaran anak mereka di rumah kerana mendidik anak-anak bermasalah pembelajaran di rumah agak sukar berbanding mendidik 5 Azmi Shaari, Noor Hayati Che Harun dan Tengku Noaswita Tengku Besar, Faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Keluarga Penjaga di Sekolah dan Kesannya ke atas Pencapaian Akademik Anak Cacat Penglihatan, Jurnal Pembangunan Sosial, Jil.4&5, Jun & Disember (2002)15-26.. 6 Ibid. 242

anak-anak normal yang lain. 7 Oleh itu, pandangan kajian Liew Ping Yee dan Manisah Mohd. Ali bahawa penglibatan keluarga dalam pendidikan anak-anak autisme masih tidak menyeluruh berikutan faktor sikap dan pengetahuan ibu bapa mesti dikenal pasti. 8 Ibu bapa dan ahli keluarga yang mementingkan kehidupan material sehingga tidak memberi fokus kepada akhlak adalah faktor utama yang melemahkan peranan akhlak dalam kehidupan anakanak. 9 Menurut Hamidah Sulaiman dan Salina Farah Dina, isu ketidakprihatinan ibu bapa seperti kurangnya perhatian terhadap perkembangan anak-anak remaja, kesibukan dalam kerjaya, keghairahan mencari kemewahan dan sebagainya juga adalah faktor yang memberi kesan terhadap pembentukan peribadi dan akhlak anak-anak. 10 Tahap disiplin pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran yang teruk pula seperti merokok, ponteng sekolah dan sebagainya menuntut peranan ibu bapa yang lebih efisien di rumah dalam menangani masalah tingkah laku di samping membantu anak meningkatkan prestasi dalam pendidikan sejak di sekolah rendah lagi. 11 Disebabkan itu, kajian ini akan cuba melihat peranan ibu bapa 7 Gulson Begum Khalid dan Mohd Hanafi Mohd Yasin, Strategi Menjayakan Penglibatan Ibu bapa di Sekolah Pelajar Berkeperluan Khas, (makalah, Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI Siri II 2012), 665. 8 Liew Ping Yee dan Manisah Mohd. Ali, Amalan Program Intervensi Awal Kanak-kanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa, Jurnal Pendidikan, Jil..33 (2008), 31. 9 Baharom Mohamad, Ali Surudin, Zaaba Helmi, Peranan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam Membina Sahsiah Pelajar Berkualiti, (makalah, Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan, Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008),9 10 Hamidah Sulaiman, Siti Salina Abdullah & Farrah Dina Yusop, Peranan Ibu bapa dan Guru dalam membantu Pelajar-pelajar yang Menghadapi Masalah Pencapaian Akademik, Jurnal Masalah Pendidikan, Jil.27. (2012), 77. Lihat juga Che Rohani Hashim, Permasalahan Remaja di Malaysia Masa Kini: Pengabaian dan Cabaran Pendidikan Islam, dalam Pendidikan Islam Malaysia Membangun Gagasan Baru, ed. Azrin Ab. Majid, (Selangor : Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan),90. 11 Siti Wan Nor et al., Menangani Isu Disiplin dalam Kalangan Murid Program Pendidikan Khas Intergrasi Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah, Prosiding Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI, Siri 4,ed. Mohd Hanafi Mohd Yasin et al., (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia,2014), 53-60. Lihat juga Nurul Salwana, Mohd Mokhtar dan Mohd Tahar, Kemahiran Guru Pendidikan Khas dalam Mengurus Disiplin Pelajar Bermasalah 243

dalam penerapan nilai-nilai Islam kepada anak-anak remaja bermasalah pembelajaran. Ini kerana menurut kajian Norliza Hussin, Fahimah Ali Hasan dan Khadijah Abdul Razak, ibu bapa yang menitikberatkan pengajian solat dan al-quran di rumah, mampu membentengi diri anak-anak daripada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. 12 Metodologi Kajian Kaedah pensampelan yang dipilih dalam menjalankan kajian ini ialah kaedah pensampelan bertujuan. Pengkaji memilih kaedah pensampelan bertujuan (purposive sampling) yang merujuk kepada kumpulan informan ibu bapa yang mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu memiliki anak remaja bermasalah pembelajaran sebagai responden kajian ini. 13 Kajian kualitatif bersifat deskriptif ini menggunakan instrumen temubual mendalam (in-depth) bagi memahami bagaimana ibu bapa iaitu informan kajian bertindak, berinteraksi dan menjalankan kehidupan seharian bersama anak remaja bermasalah pembelajaran melalui media elektronik dalam aspek penerapan nilai-nilai Islam. Informan yang menjadi sampel kajian ini adalah ibu bapa beragama Islam yang memiliki anak bermasalah pembelajaran kategori slow learner. Kesemua anak remaja bermasalah pembelajaran informan ditempatkan dalam Program Integrasi Pendidikan Khas, di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya. Sampel ini bukan merupakan sampel rawak tetapi dipilih sendiri oleh pengkaji. Sepanjang proses mendapatkan data, teknik pensampelan bertujuan ini dikembangkan kepada pensampelan bola salji (snow ball sampling). Persampelan ini berlaku apabila seorang informan yang Pembelajaran : Kajian di Daerah Sabak Bernam, Prosiding Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI, Siri 4,ed. Mohd Hanafi Mohd Yasin et al., (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia,2014), 37-44. 12 Norliza Hussin, Fahimah Ali Hasan dan Khadijah Abdul Razak, Isu dan Cabaran Terhadap Perlaksanaan Program j-qaf di Sekolah. (makalah, Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-qaf 2013, 19-20 Jun 2013, Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia), 285-294. 13 Chua Yan Piaw, Kaedah Penyelidikan, Siri Kaedah dan Statistik Penyelidikan,Buku 1, Edisi 2, (Selangor:Mc Graw Hill (Malaysia) Education, 2011),226. 244

menjadi sampel kajian pengkaji telah mencadangkan seorang informan lain yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai dan menepati kriteria yang diperlukan oleh kajian. Pengkaji menggunakan teknik analisis data tematik dengan meneliti tema-tema utama daripada data-data yang diperoleh. Penganalisisan data kajian ini adalah dengan menggunakan proses tematik induktif dan deduktif. Pengkaji menganalisis transkripsi temu bual dengan pencarian tema-tema utama dan melakukan prosesproses pengekodan. Untuk tujuan itu, perisian Atlas.ti versi 7 telah digunakan untuk menganalisis kandungan transkrip temu bual tersebut. Faktor Proses Penerapan Nilai Islam kepada Anak-anak Remaja Bermasalah Pembelajaran Kajian ini mengenal pasti bahawa pengaruh ibu bapa dalam proses penerapan nilai Islam dalam pendidikan anak-anak remaja bermasalah pembelajaran adalah disebabkan oleh faktor latar belakang pendidikan dan penghayatan agama ibu bapa, faktor tahap sosio-ekonomi, minat dan penerimaan ibu bapa, serta sikap dan gaya asuhan mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keberkesanan proses penerapan nilai-nilai Islam kepada anak remaja bermasalah pembelajaran adalah disebabkan faktor-faktor yang berkisar tentang ibu bapa seperti berikut: 1. Faktor latar belakang pendidikan dan penghayatan agama ibu bapa Latar belakang pendidikan dan penghayatan agama ibu bapa adalah elemen terpenting dalam mempengaruhi anak remaja bermasalah pembelajaran untuk mengamalkan nilai-nilai Islam. Latar belakang pendidikan dan penghayatan agama ibu bapa merujuk kepada taraf pendidikan ibu bapa yang boleh merangsang pemupukan nilai-nilai Islam dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa yang mempunyai latar belakang pendidikan dan penghayatan agama yang tinggi akan memiliki kesedaran yang mendalam terhadap penerapan nilai-nilai Islam tersebut. 14 14 Mohd Sharani Ahmad, Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar, (Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors, 2004),185. 245

Dapatan kajian menunjukkan semua informan menitikberatkan pendidikan agama kepada anak remaja bermasalah pembelajaran masing-masing kerana disebabkan oleh latar belakang pendidikan terdahulu dan juga lahir daripada kesedaran diri sendiri. Informan A melatih anaknya bersolat dan berpuasa seawal usia empat tahun lagi. Informan ini cuba memberi didikan yang sama seperti yang diterimanya melalui pernyataan berikut: Kesedaran pendidikan itu adalah dengan sendiri. Sepertimana ibu bapa mengajar kita, seperti itu juga saya mengajar anak saya, Mila dan abangnya. Sepertimana bapa saya ajar saya, saya didik anak daripada 4 tahun. Dia sudah mengenal huruf, saya ajar dia sembahyang. Ketika umur 5 tahun, dia sudah belajar berpuasa. Dahulu, saya memberontak juga dan mencari sebab apa bapa saya buat seperti ni. Sekarang ini, baru kita tahu sebab bapa kita didik kita seperti itu. Jadi, begitu jugalah saya terapkan kepada anak-anak. (Informan A) Dapatan ini menyokong pendapat Noran Fauziah Yaakub dan Zahyah Hanafi; 15 Amran Hassan, Fatimah Yusooff dan Khadijah Alavi 16 yang menyatakan bahawa penerapan sesuatu nilai daripada seseorang ibu bapa kepada anaknya biasanya dipengaruhi oleh gaya pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa sebelumnya. Dapatan juga mengukuhkan kajian Rahimin Affandi Abdul Rahim 17 yang menyebut bahawa ibu bapa yang mempunyai latar belakang yang 15 Noran Fauziah Yaakub dan Zahyah Hanafi, Memahami Perhubungan Anak dan Ibu Bapa di Kalangan Pelajar Melayu dari Sebuah Universiti, (makalah, Seminar Za'ba Mengenai Alam Melayu (Nilai-nilai Peradaban Melayu),UPSI, 12-14 Ogos 2003), 3. 16 Amran Hassan, Fatimah Yusooff, dan Khadijah Alavi. "Keluarga Sihat Melahirkan Komuniti Sejahtera: Satu Ulasan", Malaysia Journal of Society and Space Bil.8 Issue 5, Themed Issue: Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar (MATRA), GEOGRAFIA OnlineTM, (2012), 54. 17 Rahimin Affandi Abd. Rahim, Paizah Ismail dan Norhayati Mohd Dahlal, Reformasi Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia: Satu Analisis Terhadap Gagasan Konsep Fiqh Semasa, Jurnal Syariah, Jil.16, Bil.2, (2008).186-187. 246

berteraskan agama lebih mementingkan kerukunan hidup secara Islam di samping menentang sebarang elemen negatif dari meresap ke dalam jiwa ahli keluarganya. Seorang informan lain (informan C) pula berpendapat, kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pendidikan adalah menjadi faktor galakan terhadap usaha penerapan nilai-nilai Islam kepada anak remaja bermasalah pembelajaran. Informan C beranggapan bahawa motivasi yang tinggi dalam diri ibu bapa adalah penting tatkala anak yang kekurangan dari segi pemikiran ini mampu mengamalkan nilai-nilai Islam dengan sempurna seperti dapatan temu bual berikut: Saya sentiasa fikir tentang masa depan anak saya ini. Saya tidak fikir untuk hari esok sahaja. Saya fikir apa dia hendak jadi apabila besar nanti. Kesedaran diri itu perlu ada supaya saya tidak terlampau kecewa. Kalau sudah ada anak remaja bermasalah pembelajaran seperti ini, sesetengah orang tidak tahu perkara yang perlu dibuat. Mereka simpan anak itu dalam rumah. Kadang-kadang saya lihat golongan miskin, susah, mereka ada anak kurang upaya 2 atau 3 orang, bagaimana mereka boleh uruskan anaknya seperti itu? Saya yang mempunyai kemudahan, kenapa saya tidak boleh? Saya memotivasikan diri saya sendiri sebenarnya. Apabila anak saya didiagnos sebagai Autisme, saya cari maklumat. Contohnya di hospital, ada macam-macam risalah berkenaan Autisme, disleksia dan lain-lain lagi. Kita cari, tengok dan kita baca supaya kita faham. (Informan C) Dapatan di atas menunjukkan bahawa informan sentiasa memastikan dirinya mendalami dan mempertingkatkan ilmu mengenai cara-cara mendidik anak dengan membaca dan mencari maklumat. Informan berusaha menggunakan kemudahan yang ada seperti bantuan dan sokongan pihak kerajaan, kemudahan internet dan sebagainya ke arah meningkatkan jati diri anak yang sangat dituntut oleh agama. Beliau semakin bermotivasi apabila membandingkan keadaan ibu bapa lain yang lebih sukar menguruskan anak istimewa 247

dengan kecacatan yang lebih teruk. Informan juga sentiasa berusaha mempertingkatkan motivasi diri untuk mengelak daripada perkara yang menunjukkan kelemahan atau kegagalan dengan tidak mempedulikan pandangan negatif masyarakat. Informan E berikut juga mempunyai kesedaran yang tinggi dalam penerapan nilai-nilai Islam kepada anak-anak. Pada pandangan beliau, faedah pengamalan nilai-nilai Islam oleh anaknya itu akan berbalik semula kepadanya. Menurut informan, beliau akan turut menguasai bacaan Al-Quran sekiranya beliau melatih dan mendidik anak remaja bermasalah pembelajarannya juga menguasai Al-Quran: Saya mendapat pendidikan di Sekolah Convent. Suami saya bersekolah biasa di Johor iaitu sekolah agama. Ayahnya suka solat berjemaah di surau. Jadi, kami solat sendiri di rumah. Kadangkala dia bawa anaknya ini ke surau, kadangkala tidak bawa. Jika dia tidak bawa anaknya itu, saya berjemaah dengan anak di rumah. Saya cuba didik anak ini. Jika anak ini mengaji Al-Quran, bacaan Al-Quran saya pun akan bagus. Saya tidak kejar dunia sebaliknya saya mahu kejar akhirat. (Informan E) Walaupun tanpa latar belakang pendidikan agama, motivasi dan kesedaran yang tinggi juga penting dalam usaha penerapan nilai yang mulia ini. Dapatan ini menyokong pendapat Rusli Ahmad dan Abang Ishar Abang Yaman 18 yang menyatakan bahawa ibu bapa yang mempunyai motivasi dan penghayatan agama yang tinggi mempunyai keinginan yang kuat dalam mendidik anak-anak bukan sahaja untuk kejayaan di dunia, malah kejayaan yang lebih hakiki di akhirat. Rohaya Hashim dan Ruhani Mat Min 19 menyatakan, latar belakang pendidikan yang baik membolehkan ibu bapa mendapat jenis pekerjaan yang baik serta memperoleh pendapatan yang 18 Rusli Ahmad dan Abang Ishar Abang Yaman, Kata-kata Pujian dan Peningkatan Prestasi Akademik Pelajar, (Sarawak: Penerbit UNIMAS, Universiti Malaysia Sarawak, 2010), 6. 19 Rohaya Hashim dan Ruhani Mat Min. "Pelajar Melanggar Disiplin Sekolah: Kaitan Interaksi Keluarga Terhadap Konsep Kendiri." Jurnal Kemanusiaan 18 (2011), 14-16. 248

lumayan. Dapatan seterusnya membincangkan bagaimana faktor sosial dan ekonomi ibu bapa turut mempengaruhi proses penerapan nilai-nilai Islam dalam pendidikan anak remaja bermasalah pembelajaran. 2. Faktor tahap sosio-ekonomi ibu bapa Semua informan dalam kajian ini mempunyai kewangan yang baik kerana dapat menyediakan segala keperluan pendidikan anak dengan sempurna. Dengan memiliki sumber kewangan yang baik, informan A sering memberikan anaknya, Aira (bukan nama sebenar) yang digelar adik dengan sesuatu hadiah atau belanja makan yang istimewa untuk kejayaan dalam penglibatan aktiviti keagamaan di sekolah iaitu memenangi pertandingan nasyid. Galakan ini menyebabkan anak beliau berasa dihargai dan disayangi di samping merangsang minat anak remaja bermasalah pembelajaran terhadap aktiviti keagamaan: Kita ada anak seperti ini, semangatnya lain. Tambahan jika anak kita yang terlibat dalam aktiviti di sekolah seperti nasyid, lagilah kita rasa seronok dan bangga walaupun kadangkala Aira rasa malas, malu dan sebagainya. Selalunya, jika dia menang, saya akan bagi ganjaran padanya. Kita bagi apa-apa hadiah yang dia mahu sebagai galakan. Doktor pun nasihat kita perlu bagi galakan pada anak-anak seperti ini. Berkaitan dengan dapatan ini, kajian menyokong pandangan Rohaya Hashim dan Ruhani Mat Min bahawa peneguhan positif yang diberikan oleh ibu bapa seperti ini dapat membina konsep kendiri seseorang anak terutama bagi anak yang mengalami ketidakupayaan. 20 Pembinaan konsep kendiri yang positif penting untuk menghindarkan anak remaja bermasalah pembelajaran daripada melakukan perbuatan salah laku yang dikeji dalam Islam. 21 Peneguhan positif berbentuk material seperti ini menunjukkan ibu 20 Ibid. 21 Rohaya Hashim dan Ruhani Mat Min. "Pelajar Melanggar Disiplin Sekolah: Kaitan Interaksi Keluarga Terhadap Konsep Kendiri." Jurnal Kemanusiaan, Bil.18 (2011), 16. 249

bapa perlu mempunyai sumber kewangan yang baik kerana ia menjadi faktor yang mempengaruhi usaha penerapan nilai-nilai Islam. Semua informan bersetuju bahawa kehidupan dan pendidikan yang baik sangat memerlukan kepada sumber kewangan yang kukuh. Informan-informan ini berusaha menyediakan segala keperluan anak remaja mereka supaya tidak ketinggalan menikmati kehidupan secara Islamik sama seperti individu normal yang lain. Apa-apa kehendaknya, kita cuba adakan. Tidaklah hebat seperti anak-anak orang kaya. Saya tidak mahu dia ketinggalan. Sama seperti anak orang lain. Walaupun dia istimewa, tetapi saya rasa, semua benda yang dia mahu, dia dapat dan saya berikan. Kebetulan kita sedikit berkemampuan. (Informan B) Seorang informan ada menghantar anak remaja bermasalah pembelajarannya mengikuti satu pusat pengajian Al-Quran yang dikenali sebagai Al-Baghdadi 22 pada setiap hujung minggu. Ini menggambarkan bahawa informan ini juga mempunyai kedudukan kewangan yang baik kerana mampu menyediakan kemudahan pendidikan Islam yang berkualiti: Apa-apa yang saya usahakan untuk pendidikan agama anak saya ini, jika ada rezeki, boleh saya usahakan. Jika ingin mencari perkara yang baik pun semua perlukan duit. Saya pernah hantar dia ke kelas mengaji Al-Quran menggunakan teknik Al-Baghdadi di Prima Saujana iaitu berdekatan dengan rumah kami. Saya pun belajar sekali dengan dia. Tidak mengapa, saya pun boleh belajar sekali. Seronok teknik itu. (Informan E) 22 Al-Baghdadi ialah Pusat Pembelajaran Siri Mudah Belajar dan Mengajar Al- Quran Teknik Al-Baghdadi iaitu sebuah pusat pengajian Al-Quran Teknik Al- Baghdadi yang diikhtiraf oleh Al-Baghdadi Method Sdn Bhd untuk menjalankan program-program Belajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi. Pusat Pembelajaran ini ditubuhkan pada bulan Julai 2011. Setakat ini telah mengendalikan lebih dari 20 kelas untuk orang dewasa dan remaja. 250

Penglibatan dengan program pengajian Al-Quran seperti ini adalah untuk memastikan diri dan keluarga mendalami ilmu-ilmu berkaitan pendidikan iman, syariah dan akhlak. Dapatan membenarkan kenyataan Rohaya Hashim, 23 Maznah Ali dan Zakiah Zakaria 24 serta Norazlinda Saad 25 yang menyatakan bahawa kedudukan kewangan ibu bapa yang baik adalah penting dalam menentukan kualiti sesuatu pendidikan yang diberikan kepada anakanak. Dapatan-dapatan di atas turut menyokong kajian Mohamad Johdi Salleh et al., 26 yang menyatakan bahawa status ekonomi keluarga berkait rapat dengan pencapaian anak dalam bidang pendidikan. Dalam kajian ini, ibu bapa muslim yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik dapat memberi galakan kepada anak ke arah sesuatu pencapaian atau peningkatan diri berlandaskan syariat Islam. Selain faktor ekonomi yang baik, faktor sosial ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam proses penerapan nilai-nilai Islam kepada anak remaja bermasalah pembelajaran. Dua orang informan mengambil langkah meninggalkan kerjaya demi memberi tumpuan terhadap kebajikan dan pendidikan anak remaja bermasalah pembelajaran masing-masing. Faktor ini membolehkan informaninforman ini menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak yang menjadi asas seorang mukmin. Lebih baik saya tidak bekerja. Jika saya bekerja, saya tidak boleh memberi komitmen dalam pendidikan 23 Rohaya Hashim dan Ruhani Mat Min. "Pelajar Melanggar Disiplin Sekolah: Kaitan Interaksi Keluarga Terhadap Konsep Kendiri." Jurnal Kemanusiaan, Bil.18 (2011), 14-30. 24 Maznah Ali dan Zakiah Zakaria, Persediaan Ibu Bapa dalam Pendidikan Rohani Terhadap Anak-anak : Kajian di Taman Batu Permai, Kuala Lumpur, (Johor : Universiti Teknologi Malaysia, 2010), 5 25 Norazlinda Saad, Meritokrasi: Faktor Sosio Ekonomi dan Peluang Pendidikan Tinggi, (Universiti Utara Malaysia, Sintok, 2007), 1-8. 26 Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim, Ismael Hassanaen, dan Amir Hasan Dawi. "Satus Sosio Ekonomi dan Komitmen Ibu bapa Terhadap Pencapaian Pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah, Malaysia." (makalah, 14th International Conference on Education (ICE 2009), University Brunei Darussalam, 21-24 May 2009), 1-23. 251

anak saya. Jika saya bekerja, apa akan jadi padanya, siapa hendak pantau dia? Belum tentu lagi orang lain dapat didik dia. Itulah sebab saya berhenti kerja. Saya tidak bekerja kerana mahu tumpu pada dia. Saya rasa seronok. (Informan C) Tambahan pula, kajian turut mendapati dua daripada informan lain yang berkerjaya terus bersemangat mendidik dan membesarkan anak remaja bermasalah pembelajaran mereka tanpa mempedulikan peningkatan kemajuan dalam bidang kerjaya. Seorang informan menceritakan bahawa beliau tidak mengendahkan sebarang pangkat yang bakal dianugerahkan dan memilih tempat kerja yang berdekatan manakala seorang informan lagi memilih untuk bersara awal sematamata untuk memberi perhatian terhadap pendidikan anak. Biar pun informan pernah dimarahi oleh ketua di tempat kerja kerana tidak menyandang jawatan penting, penjelasan perlu diberikan bagi menerangkan hal anak remaja bermasalah pembelajaran yang dialami: Anak saya ini tidak boleh berdikari. Saya memang habis-habisan menjaga, mendidik, mengasuh dia sehingga saya perlu mengambil pencen awal. Padahal saya masih muda lagi. Saya mengambil pencen ketika umur 43 tahun. Perkhidmatan saya sehingga 21 tahun sahaja. Tetapi, alhamdulillah saya mendapat duit pencen. (Informan D) Banyak tempat kerja saya tukar untuk mencari keselesaan saya dengan dia. Walaupun jauh, tetapi pada waktu malam, saya mesti berada di rumah. Saya bekerja malam ini, sekali sekala sahaja on call. Saya pernah ditawarkan jawatan yang baru, saya tidak mahu semua itu kerana saya ada tanggungjawab ini. Saya ada matlamat saya. Saya pernah juga dimarahi bos. Kalau begini sampai bila kamu tidak akan maju. Tidak mengapa, saya kata. Maju bagi saya dalam istilah lain. Maju bagi istilah kamu lain. Jika anak saya dapat satu ت ب ا, itu adalah maju bagi saya. 252

Dia sembahyang lima waktu pun sudah kejayaan besar untuk saya. (Informan E) Pengorbanan kedua-dua informan dalam bidang kerjaya mereka harus dipuji dalam mendidik dan mengasuh anak-anak berlandaskan syariat Islam. Perhatian terhadap keperluan pendidikan amat dititikberatkan kerana kedua-dua informan ini mempunyai waktu yang berkualiti dalam mendidik anak tanpa menjadikan kerjaya sebagai halangan. Dapatan kajian seterusnya meneliti faktor minat dan penerimaan ibu bapa juga mempengaruhi usaha ibu bapa dalam menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak remaja bermasalah pembelajaran. 3. Faktor minat dan penerimaan ibu bapa Tanggungjawab sebagai ibu bapa perlu digandakan khasnya kepada ibu bapa yang memiliki anak remaja bermasalah pembelajaran bagi menjaga amanah Allah S.W.T yang sangat bernilai ini. 27 Berdasarkan dapatan temu bual, semua informan kajian ini didapati menerima kehadiran anak remaja bermasalah pembelajaran yang dianugerahkan Ilahi setelah melalui beberapa keadaan. Keadaan tersebut ialah sedih dan berusaha mencari alternatif untuk rawatan dan pendidikan. Namun, kenyataan dianugerahkan anak bermasalah pembelajaran perlu dihadapi dengan tabah. Dapatan turut menemui, perkara lain yang diberi perhatian ke arah penerimaan informan ibu bapa terhadap anak ini ialah sabar dan redha dengan ketentuan takdir serta berkeyakinan tinggi terhadap potensi anak remaja bermasalah pembelajaran tersebut: Semasa mula-mula doktor diagnos anak kita, susah sikit kita sebagai ibu bapa hendak menerima kenyataan bahawa dia tidak sempurna kerana pada pandangan kita, dia seorang yang sempurna. Perbezaannya sedikit sahaja. Anak-anak lain, satu 27 Mohd. Sharani Ahmad dan Ismail Maakip Kanak-kanak Istimewa dan Penerimaan Ibu bapa dalam Perkembangan Kanak-kanak Teori, Isu dan Cabaran, ed. Khaidir Ismail, Lukman Z.M dan Hanina Hamsan, (Shah Alam,Selangor: Arah Publication 2008),271 253

tahun setengah sudah boleh bercakap. Dia tidak boleh lagi dan masih lasak. (Informan C) Mula-mula dahulu, kita tidak boleh terima. Kita rasa seperti tidak tahu perkara yang perlu dibuat padanya, perkara yang perlu dimulakan dan perkara yang perlu diajar. Jika kita tidak menerima pemberian Tuhan, nanti hidup susah.saya sudah redha. Mungkin awalawal dulu kita tidak redha, kita mencari pelbagai alternatif, hendak buat pelbagai perkara. Kelihatan seperti kita tidak redha. Kita hendak mengubah keputusan Tuhan itu. Tetapi, sekarang saya bukan seperti itu lagi. (Informan E) Dapatan-dapatan ini menyokong pandangan Mohd. Sharani Ahmad 28 bahawa ibu bapa yang memiliki anak remaja bermasalah pembelajaran akan melalui tahap kekecewaan iaitu perasaan sedih dengan kelahiran anak istimewa namun ibu bapa ini akan mula menerima kenyataan setelah pelbagai usaha dilakukan dalam memenuhi segala keperluan anak tersebut. Penerimaan ibu bapa terhadap kekurangan anak bukan sahaja menunjukkan keakuran insan di atas takdirnya malah ibu bapa menjadi lebih tenang dan teratur menguruskan kehidupan bersama anak remaja bermasalah pembelajaran masing-masing. Lima daripada enam orang informan menceritakan bahawa mereka kini berasa sangat bersyukur dan bertuah setelah dianugerahkan dengan anak remaja bermasalah pembelajaran. Seorang informan mengakui bahawa beliau tidak menganggap anak remaja bermasalah pembelajaran ini sebagai satu bebanan, malah menganggap anak ini merupakan punca rezeki bagi diri beliau sekeluarga. Limpahan rezeki dari Allah S.W.T membuatkan beliau cuba mendidik keluarga menghayati agama dan mengamalkan ajarannya: Alhamdulillah, setakat ini Tuhan sentiasa memberi kemudahan kepada kami walaupun ada masalah. 28 Ibid, 272 254

Kehidupan saya tidak pernah ada masalah yang membebankan. Kami tidak pernah mengalami kesempitan wang, suami dapat kenaikan pangkat. Sebab itu, suami saya sayangkan anak ini. Jadi, kami sentiasa menganggap dia pembawa tuah dalam keluarga ini dan saya akan terus didik dia dengan agama. (Informan A) Tambahan pula, seorang informan yang lain pula mengatakan, beliau bertambah bersemangat mendidik anak remaja bermasalah pembelajarannya selepas mendengar satu ceramah motivasi yang dihadiri. Menurut penceramah agama itu, anak remaja bermasalah pembelajaran perlu diterima dan dididik dengan baik kerana anakanak ini dapat memberi jaminan syurga kepada ibu bapa di akhirat kelak. Kata-kata penceramah itu dapat membina kekuatannya untuk terus mendidik anaknya itu tanpa rasa putus asa walaupun perlu menghadapi pelbagai cabaran: Saya pernah sertai satu program motivasi, ustaz itu berkata, Tuan-tuan jangan risau, tuan-tuan yang ada di sini, tuan-tuan sudah ada wakil. Sudah ada sedikit yang boleh tolong tuan-tuan di sana. Air mata saya meleleh juga ketika itu. Saya dengar perkara itu dan tidak tertahan menangis. Kita jaga dia walaupun cabaran itu memang ada. (Informan D) Mohd. Sharani Ahmad dan Abdul Razak Zakaria berpendapat, penerimaan ibu bapa terhadap anak remaja bermasalah pembelajaran juga dikenal pasti apabila banyak perkembangan positif yang ditonjolkan oleh anak-anak. 29 Perkembangan positif anak remaja bermasalah pembelajaran membawa erti kemajuan dan kebolehan yang boleh dilihat, dibanggakan dan disyukuri oleh kedua ibu bapa ini. Perkembangan anak remaja bermasalah pembelajaran yang positif 29 Mohd Sharani Ahmad, Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar, (Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors, 2004), 187. Lihat juga Abdul Razak Zakaria, Hubungan Konteks Keluarga dengan Penglibatan Ibu bapa dan Pencapaian Akademik Anak-anak di Sekolah Menengah, (Tesis ph.d, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, 2011),16 255

mampu mengurangkan kebimbangan, membina kepercayaan terhadap potensi anak dan tahap motivasi ibu bapa untuk menerapkan nilai-nilai Islam kepada mereka. 30 Salah seorang informan menceritakan potensi anaknya Zali seperti berikut: Bagi kami, Zali boleh kuasai sesuatu kemahiran yang diajar. Jadi, kami teruskan kepada kemahiran yang lain. Contohnya kalau kami ajar Zali membaca Surah Al-Fatihah tetapi Zali tidak boleh menguasainya, kami tidak teruskan dengan kemahiran yang baru. (Informan E) Minat dan penerimaan ibu bapa merupakan sikap yang menunjukkan ibu bapa menerima keadaan anak remaja bermasalah pembelajaran dan memberi maklum balas terhadap pendidikannya. Kesediaan ibu bapa pula adalah dengan memberi ruang dan peluang kepada anak remaja bermasalah pembelajaran untuk mengamalkan nilai-nilai Islam. Dua orang informan didapati memberi peluang kepada anak remaja itu mengamalkan nilai-nilai Islam adalah dengan mencungkil kebolehan mereka. Kedua-dua informan ini juga berharap agar anak-anak mereka mampu memperoleh sesuatu pekerjaan apabila dewasa kelak: Saya perlu memotivasikan diri saya sendiri. Saya tidak boleh mengharapkan orang lain. Sekurangkurangnya, anak saya ini boleh uruskan dirinya dan dia tahu baik buruk, itu sudah cukup. Sekurangkurangnya, anak saya ini ada pekerjaan dan boleh tampung hidup sendiri. Saya mahu anak saya jadi seperti budak biasa. (Informan C) 30 Mohamed Anwar Bin Mohamed Jamil, Nur Ain Binti Muin dan Zakaria Bin Mustafa. "Adaptasi Sistem Kaizen dalam Konsep Pengurusan Kendiri : Satu Kajian Kes di Jabatan Pengajian Asia Timur, Universiti Malaya", (makalah, Proceeding of the Internasional Conference on Social Science Research, ICSSR, Penang, Malaysia, 4-5 June 2013),473 256

Saya juga kena fikir dan berusaha mencari usaha yang saya perlu buat untuknya. Saya sentiasa memikirkan masa depannya. Esok, dia boleh tinggal di kampung kerana neneknya membuka kilang menjahit. Sekurang-kurangnya, dia bekerja sebagai tukang sapu, melipat baju di bengkel menjahit baju.(informan A) Tanggungjawab memberi pendidikan kepada anak-anak bermasalah pembelajaran sangat bergantung pada penerimaan ibu bapa terhadap anak tersebut. Penerimaan ini meliputi perkara-perkara seperti mendoakan anak, bercakap sesuatu yang baik kepada anak, memuji perkara baik yang dilakukan, menghargai mereka dan memberi rasa kegembiraan kepada anak remaja bermasalah pembelajaran ini. 31 Berbangga dengan potensi anak remaja bermasalah pembelajaran merupakan bentuk sokongan positif yang menunjukkan rasa penerimaan ibu bapa kepada anak ini. Empat daripada enam orang informan menyatakan perasaan bangga dan bertuah kerana memiliki anak remaja bermasalah pembelajaran. Salah seorang informan menceritakan bahawa beliau sangat terharu dan turut berbangga melihat ketekunan anak remaja bermasalah pembelajarannya menunaikan solat. Anaknya yang tidak pernah meninggalkan solat lima waktu serta solat pada awal waktu itu memberi keinsafan kepada beliau dan anak-anak normal yang lain: Anak saya ini, dia banyak memberi pengajaran kepada saya. Keikhlasan dan ketulusannya pergi sembahyang itu, masya Allah, kadang-kadang saya pun bertangguh. Tetapi dia tidak bertangguh. Saya berkata dalam diri, Tuhan bukan jadikan anak aku sempurna pun, tetapi dia tidak pernah mengabaikan solat. Kenapa kita yang sempurna ini sering mengabaikan solat? (Informan E) Selain berdisiplin dalam menunaikan solat, informan ini sangat berbangga dengan anak remaja bermasalah pembelajarannya 31 Ibid, 184. 257

yang suka mendoakan kesejahteraan orang lain, mengasihi haiwan dan tidak mudah terpengaruh dengan tingkah laku buruk dan dilarang agama. Tiga orang informan lain pula menceritakan bahawa mereka berbangga dengan pencapaian anak remaja bermasalah pembelajaran masing-masing dalam bidang akademik. Ada di antara mereka yang telah menguasai kemahiran membaca dengan baik, penerima anugerah pelajar cemerlang aliran Pendidikan Khas setiap tahun dan ada yang sudah boleh menguruskan diri di tandas dengan baik. Rentetan daripada faktor minat dan penerimaan terhadap anak remaja bermasalah pembelajaran, seorang informan turut merancang dan memikirkan masa hadapan anaknya. Melalui penerapan nilainilai Islam yang diusahakan, beliau berharap agar satu hari nanti anaknya mampu melaungkan azan untuk mengajak insan menunaikan solat ataupun berkhidmat membersihkan kawasan surau berhampiran rumah apabila dewasa kelak. Informan ini juga menyimpan hasrat untuk menghantar anaknya ke Pusat Hafazan Al-Quran. Melalui penerapan nilai-nilai Islam yang mulia ini, beliau sangat berharap anaknya mempunyai masa depan yang lebih terjamin dengan wang pencennya yang bakal diterima kemudian hari: Saya mengajar anak saya perkara yang saya tahu kerana dia akan menghadapi dunia luar. Tamat persekolahan nanti, saya mahu hantarnya ke pusat tahfiz. Dia tidak perlu bekerja.saya mahu hantar dia mengaji dahulu. Dia dapat melaungkan azan di surau, itu pun sudah baik. Dia pun suka. Saya mahu bekerja di surau itu, ibu, dia beritahu saya. Saya didik dia ke arah keagamaan. Saya mahu dia mengaji sebab saya tahu dia boleh. Jadi, tidak mengapalah. Saya tidak kisah kerana dia ada duit pencen saya. (Informan E) Berdasarkan dapatan-dapatan di atas, pengkaji mendapati bahawa tiga orang informan sangat menitikberatkan penerapan nilainilai Islam dalam pendidikan anak-anak remaja bermasalah pembelajaran dengan penuh minat dan kesungguhan ekoran daripada sikap penerimaan terhadap anak remaja tersebut. Tujuannya adalah untuk memenuhi keperluan anak-anak remaja itu sebagaimana anak 258

yang normal agar mereka tidak tersasar daripada sesuatu nilai, etika dan kerohanian. Kesimpulan Berdasarkan maklum balas yang diperoleh daripada informan, pengkaji merumuskan faktor yang menyebabkan ibu bapa tersebut sangat berminat dalam mendidik dan mengasuh anak-anak dengan nilai-nilai Islam adalah kerana mereka mempunyai matlamat tersendiri iaitu untuk membentuk pemikiran yang sihat dan rasional sesuai dengan kemampuan akal mereka. Kajian turut mendapati, faktor-faktor yang mempengaruhi ibu bapa terhadap proses penerapan nilai-nilai Islam dalam pendidikan anak-anak remaja ini ialah faktor latar belakang pendidikan dan penghayatan agama mereka. Kebanyakan informan memiliki latar belakang keluarga yang sangat menitikberatkan pendidikan agama. Tahap sosio-ekonomi ibu bapa juga mempengaruhi proses penerapan nilai-nilai Islam ini. Semua informan mempunyai kewangan yang baik dan dapat menyediakan anak dengan keperluan asas yang mencukupi. Faktor minat dan penerimaan ibu bapa terhadap pendidikan anak pula sangat menggalakkan usaha-usaha penerapan nilai-nilai yang sangat mulia ini. Para informan didapati sangat berbangga dengan pencapaian anak dari dahulu hingga kini. Mereka sangat bersyukur dan rasa bertuah dikurniakan anak remaja bermasalah pembelajaran, menganggap anak sebagai rakan karib dan bukan bebanan. Malahan, para informan ibu bapa ini tidak membezakan cara didikan atau asuhan anak remaja bermasalah pembelajaran dengan anak normal dalam usaha melahirkan generasi yang beriman, bertaqwa dan diredhai Allah S.W.T. Rujukan Ab. Aziz Mohd Zain, Metodologi Dakwah, (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2001).Ab. Halim Tamuri,"Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral dengan Media Massa: Tinjauan ke Atas Remaja Melayu Luar Bandar." Sari 27 (2009). Abd Al-Karim Zaidan, al-wajiz fi Usul al-fiqh, cet.7, (Beirut: Mu assasah al-risalah, 2001). 259

Abdullah Nasih Ulwan, Pendidikan Anak-anak Menurut Pandangan Islam, terj, Jil.1, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1998). Abdullah Nasih Ulwan, Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Mujallad Awwal), terj. Mohd Ikhwan Abdullah, Jil.1, (Selangor: Publishing House Sdn Bhd, 2015). Abdullah Sulung dan Mawaddah Abdullah. "Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar." (Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia, 2010). Abdul Razak Zakaria, Hubungan Konteks Keluarga dengan Penglibatan Ibu bapa dan Pencapaian Akademik Anak-anak di Sekolah Menengah, (Tesis ph.d, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, 2011). Amran Hassan, Fatimah Yusooff, dan Khadijah Alavi. "Keluarga Sihat Melahirkan Komuniti Sejahtera: Satu Ulasan", Malaysia Journal of Society and Space Bil.8 Issue 5, Themed Issue: Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar (MATRA), GEOGRAFIA OnlineTM, (2012). Azura Awang, Yusmini Md. Yusoff, Siti Fadhilah Zakaria dan Norhana Mohd Salleh, Peranan Ibu bapa Terhadap Pengaruh Media Elektronik Kepada Anak Remaja Bermasalah Pembelajaran, dalam Isu-isu Semasa Media dan Dakwah, peny. Yusmini Md Yusoff, Nor Raudah Hj. Siren, Muhammed Yusof dan Fakhrul Adabi Abdul Kadir, (Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2015), 51-50. Ika Destiana, Ali Salman dan Mohd Helmi Abd Rahim, "Penerimaan Media Sosial: Kajian dalam Kalangan Pelajar Universiti di Palembang." Jurnal Komunikasi; Malaysian Journal of Communication, Bil.29, no. 2 (2013), 125-140. Mohamed Anwar Bin Mohamed Jamil, Nur Ain Binti Muin dan Zakaria Bin Mustafa. "Adaptasi Sistem Kaizen dalam Konsep Pengurusan Kendiri : Satu Kajian Kes di Jabatan Pengajian Asia Timur, Universiti Malaya", (makalah, Proceeding of the Internasional Conference on Social Science Research, ICSSR, Penang, Malaysia, 4-5 June 2013). Mohd Sharani Ahmad, Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar, (Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors, 2004). 260

Mohd. Sharani Ahmad dan Ismail Maakip Kanak-kanak Istimewa dan Penerimaan Ibu bapa dalam Perkembangan Kanak-kanak Teori, Isu dan Cabaran, ed. Khaidir Ismail, Lukman Z.M dan Hanina Hamsan, (Shah Alam,Selangor: Arah Publication 2008). Mustafa Daud, Pendidikan Keibubapaan: Satu Pengenalan, (makalah, Seminar Antarabangsa Nilai Dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi). Nazri Abdul Wahab, Penglibatan Ibu bapa dalam Pencapaian Akademik Pelajar di Daerah Hulu Langat, (Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2007). Noran Fauziah Yaakub dan Zahyah Hanafi, Memahami Perhubungan Anak dan Ibu Bapa di Kalangan Pelajar Melayu dari Sebuah Universiti, (makalah, Seminar Za'ba Mengenai Alam Melayu (Nilai-nilai Peradaban Melayu), UPSI, 12-14 Ogos 2003). Norliza Hussin, Fahimah Ali Hasan dan Khadijah Abdul Razak, Isu dan Cabaran Terhadap Perlaksanaan Program j-qaf di Sekolah. (Makalah, Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-qaf 2013, 19-20 Jun 2013, Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia), Rahimin Affandi Abd. Rahim, Paizah Ismail dan Norhayati Mohd Dahlal, Reformasi Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia: Satu Analisis Terhadap Gagasan Konsep Fiqh Semasa, Jurnal Syariah, Jil.16, Bil.2, (2008), 186-187. Rohaya Hashim dan Ruhani Mat Min. "Pelajar Melanggar Disiplin Sekolah: Kaitan Interaksi Keluarga Terhadap Konsep Kendiri," Jurnal Kemanusiaan, Bil.18 (2011), 14-30. Rusli Ahmad dan Abang Ishar Abang Yaman, Kata-kata Pujian dan Peningkatan Prestasi Akademik Pelajar, (Sarawak: Penerbit UNIMAS, Universiti Malaysia Sarawak, 2010). Shahrul Arba iah Othman, Norzaini Azman dan Manisah Mohd Ali, Faktor Ibu Bapa dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar Pekak: Kajian Kes Retrospektif, Jurnal MJLI, Bil.5 (2008), 79-98. 261

262

PENDEKATAN DAKWAH BIL HAL TERHADAP KANAK- KANAK MELALUI FILEM ANIMASI SIRI UMMI, CERITALAH PADA KAMI. 1 Siti Aisyah Yap binti Abdullah 2 Pengenalan Keperluan para daie menguasai ilmu multimedia merupakan fardhu kifayah bagi umat Islam berikutan dari perubahan teknologi yang semakin canggih pada masa ini. Usaha mengajak manusia kepada Allah dan menjadikan agama Islam sebagai cara hidup, memerlukan contoh akhlak yang nyata dengan pacuan akidah dan syariat. Usaha ini menjadikan dakwah bil hal iaitu melalui contoh teladan yang baik 3 boleh dizahirkan secara realiti melalui penggunaan teknologi walaupun berlakunya perubahan zaman dan keadaan dalam budaya kehidupan masyarakat. Antara contoh dakwah bil hal dalam multimedia ialah dengan menerapkan akhlak Islam melalui hiburan secara sederhana. Secara fitrahnya, manusia memerlukan hiburan sebagai penenang jiwa dan meringankan bebanan fikiran serta ubat kepada keletihan. 4 Aktiviti hiburan melalui filem animasi misalnya membolehkan dakwah bil hal disampaikan kepada sasaran penonton. Secara tidak langsung ia juga merupakan agen pendidikan dalam menyampaikan nilai-nilai Islam kepada penonton khususnya golongan kanak-kanak yang beragama Islam. Kanak-kanak secara umumnya di negara Malaysia ditakrifkan sebagai di bawah umur 18 tahun menurut akta kanak-kanak 2001 1 Kertas Kerja dibentangkan dalam International Da wah Conference on Minority Group (ID-COM 16) pada 27 Oktober 2016 di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. 2 Mahasiswa Calon Sarjana (IGB130044), Jabatan Usuluddin: Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. Email: sitiaisyah.yap@gmail.com 3 Ab Aziz Mohd Zin. 2001. Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. h, 222. 4 Dr. Yusuf al-qaradhawi. 2014. Fiqh Hiburan dan Rekreasi. Selangor: PTS Islamika Sdn Bhd. h, 4-5. 263

dalam akta 611. 5 Walaupun demikian, terdapat segelintir masyarakat awam yang berkefahaman bahawa kanak-kanak adalah mereka yang di bawah umur 12 tahun. 6 Manakala menurut perundangan Islam, definisi kanak-kanak untuk lelaki adalah mencapai baligh dan bagi perempuan pula adalah keluar haid (boleh hamil). 7 Keperluan pendidikan kepada golongan kanak-kanak amat penting kerana mereka merupakan golongan dalam peringkat perkembangan kesedaran minda yang antaranya berkaitan dengan pemikiran, pemahaman, pembelajaran dan ingatan. Terdapat pelbagai teori pendidikan yang dikemukakan berkaitan dengan kanak-kanak. Jean Piaget (1896-1980) melalui teori perkembangan kognitif dalam peringkat pra-operasi bagi kanakkanak antara umur 2 hingga 7 tahun menyatakan bahawa pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya kerana mereka percaya semua objek mempunyai jiwa serta tidak boleh membezakan antara angan-angan dan kenyataan. 8 Dari sudut pembelajaran kanakkanak dalam penontonan berdasarkan teori isi kandungan (Contentbased theory) yang dikemukan oleh Anderson et. al, 9 baik atau buruk kesan dari tayangan media adalah bergantung kepada isi kandungan penerbitannya. 5 Muhammad Shamsul Abd Ghani, Masih kanak-kanak Walaupun Berusia 18 Tahun?, laman sesawang Sinar Harian, Dikemaskini 5 Ogos 2014, dicapai 14 Ogos 2016, www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/masih-kanak-kanakwalaupun-berusia-18-tahun-1.305075 6 Prof. Datin Nor Aziah Mohd Awal, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), melalui Muhammad Shamsul Abd Ghani, Masih kanak-kanak Walaupun Berusia 18 Tahun?, laman sesawang Youtube Sinar TV, diterbitkan 24 Julai 2014, dicapai 14 Ogos 2016, https://youtu.be/cbfmw26o23w 7 Ibid 8 Mok Soon Sang. 2014. Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran-Pembelajaran. Cetakan keempat. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. h, 21. 9 Manshur Zikri, "Salah satu teori tentang konten televisi yang mempengaruhi penonton", laman sesawang wordpress.com, dikemaskini 5 Oktober 2011, dicapai 9 Mei 2016, https://manshurzikri.wordpress.com/2011/10/05/teori-tentang-kontentv-yang-mempengaruhi-penonton/, melalui Daniel R. Anderson, Aletha C. Huston, Kelly L. Schmitt, Deborah L. Linebarger, John C. Wright, Reed Larson. 2001. Early Childhood Television Viewing and Adolescent Behavior: The Recontact Study. Monographs of the Society for Research in Child Development, Vol. 66, No. 1, h, 28-29. 264

Hal ini turut dikemukakan oleh Bandura dan Huesmann dalam teori pembelajaran (Learning Theory) 10 dan model memproses maklumat (Information Processing Model) 11 mendapati bahawa isi kandungan yang ditayangkan oleh televisyen mampu mempengaruhi golongan kanak-kanak dengan mudah kerana beranggapan ia adalah sebahagian dari realiti kehidupan yang boleh dicontohi. Keupayaan animasi dalam menyelitkan rangsangan deria yang melibatkan audio, video, animasi, teks dan grafik ke dalam satu medium komunikasi 12 menyebabkan peranan dakwah bil hal dalam filem animasi terhadap kanak-kanak adalah penting untuk membina psikologi yang positif. Pendekatan Dakwah Bil Hal Dalam Filem Animasi UCPK UCPK ialah produk terbitan Hud Hud Media Sdn Bhd (HHM) yang menyasarkan golongan kanak-kanak 13 sebagai penonton secara majoriti. Dengan menerapkan nilai-nilai Islam sebagai prinsip utama dalam penerbitannya, HHM juga turut menggunakan nyanyian sebagai daya tarikan kepada kanak-kanak untuk menikmati siri animasi ini. 14 Untuk menjadikan konsep bercerita tersebut lebih dekat lagi dengan kanak-kanak, HHM menggunakan suara latar kanak-kanak yang sebenar. 15 Secara keseluruhannya, perjalanan siri UCPK ini mengandungi tiga segmen utama yang terbahagi kepada bahagian pengenalan dan penutup, segmen kisah teladan dan segmen kalimah pilihan. Siaran Animasi UCPK yang berdurasikan selama 22 minit secara purata ini menampilkan kisah sekumpulan kanak-kanak yang gemar mendengar cerita dari pendidik mereka yang bernama Ummi. 10 Albert Bandura. 1971. Social Learning Theory. Standford University. New York: General Learning Press. h, 1-46. 11 L. Rowell Huesmann. 1988. An Information Processing Model for the Development of Aggression. Aggressive Behavior. Volume 14. Department of Psychology, University of Illinois at Chicago. h, 13-24. 12 Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publcations. h, 4. 13 Nora Ariffin (Pengarah Syarikat, Hud Hud Media Sdn Bhd) dalam temubual dengan penulis, 8 Januari 2016. 14 Ahmad Izham Omar (CEO Primeworks Studios Sdn Bhd), dalam temubual DVD Video Siri Animasi: Ummi Ceritalah Pada Kami. Malaysia: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011. Masa: 0:51:57-0:52:21. 15 Nora Ariffin (Pengarah Syarikat, Hud Hud Media Sdn Bhd), Ibid. 265

Setiap episod yang dipaparkan mempunyai mesej yang boleh dicontohi dan sarat dengan pengajaran yang bermanfaat. Gambar 1: Segmen utama yang terdapat dalam animasi siri UCPK, pengenalan, kisah teladan dan kalimah pilihan Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011. Perjalanan cerita yang ditayangkan dalam UCPK dimulakan dengan bahagian pengenalan yang dikendalikan oleh Puan Nora Ariffin dalam bentuk video. Setiap episod mempunyai tajuk yang berlainan. Selepas itu, segmen kisah teladan yang dikendalikan oleh watak Ummi secara suara latar belakang sarat dengan kisah-kisah yang berkait dengan tajuk cerita untuk anak-anak didiknya iaitu Alif, Hana, Aiman, Atan dan Putri. Segmen kalimah pilihan yang dikendalikan oleh watak Ustaz Syakir kemudiannya menyusul sebagai petanda di penghujung jalan cerita bagi setiap episod UCPK. Kebiasaannya Ustaz Syakir akan memberikan beberapa perkataan yang mudah dan ringkas beserta dengan contoh penerangan isi yang lengkap dan mudah difahami oleh penonton. Watak Pengacara yang juga dikendalikan oleh Puan Nora Ariffin akan muncul membuat kesimpulan untuk seluruh cerita tersebut. Secara umumnya pula, konsep animasi merupakan suatu gambaran ciptaan yang digerakkan mengikut hasil daya kreativiti manusia melalui alatan teknologi berkomputer. 16 Bagi filem animasi, proses penerbitannya memerlukan elemen watak dan lokasi yang disertai dengan strategi supaya mampu menghasilkan sebuah 16 Merriam-Webster. Online Dictionary. United States: An Encyclopedia Britannica, 1996. dicapai 25 Mac 2015, http://www.merriamwebster.com/dictionary/animated%20cartoon 266

persembahan yang menarik minat penonton. Manakala konsep filem animasi dakwah bil hal memerlukan nilai akhlak Islam sebagai contoh teladan yang berpandukan kepada unsur akidah dan syariat. Cerminannya adalah menerusi watak, lokasi dan strategi dalam persembahan yang mampu memberikan kesan positif kepada penonton. Rajah 1: Konsep pembentukan Filem Animasi Dakwah Bil Hal Watak Watak merupakan tokoh atau pelaku dalam karya 17 filem animasi yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan jalan cerita yang direka oleh kumpulan penerbitan. Dalam erti yang lain, ia juga merujuk kepada sifat seseorang secara zahir dan batin dengan merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya dan sebagainya. 18 Setiap watak yang diwujudkan mempunyai identiti yang tersendiri supaya ia mudah untuk dikenali dan dibezakan dengan watak yang lain mengikut peranan masing-masing sama ada baik atau jahat. Antara contoh watak utama dalam sesebuah penceritaan adalah terdiri dari watak antagonis, 19 watak protagonis 20 dan watak pembantu. Butiran lanjut bagi ciri-ciri watak filem animasi dakwah bil hal adalah seperti berikut: 17 Kamus Dewan Edisi keempat. 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. h, 1803. 18 Kamus Dewan Edisi keempat. 2015. Ibid. 19 Antagonis ialah orang atau pihak yang kuat menentang orang atau pihak lain. Kamus Dewan Edisi keempat. 2015. Ibid. h, 65. 20 Protagonis ialah watak utama dalam sesuatu cerita, drama atau lain-lain dan merupakan penyokong terkemuka sesuatu perjuangan, pergerakan dan sebagainya. Kamus Dewan Edisi keempat. 2015. Ibid. h, 1236. 267

1. Penampilan Penampilan bermaksud perihal tindakan atau usaha mengemukakan seseorang atau sesuatu 21 secara terperinci. Ia mempunyai ciri-ciri butiran peribadi secara khusus yang direka secara khas sama ada berdasarkan imaginasi ataupun realiti yang diadaptasi supaya watak mudah dikenali secara visual. Antara contoh ciri-ciri penampilan bagi watak manusia boleh dilihat dari sudut jantina, paras rupa fizikal, umur, status sosial, budaya, material dalam berpakaian, perhiasan pada tubuh watak dan tema warna yang menarik bagi setiap individu watak yang berlainan. Manakala contoh ciri-ciri penampilan melalui dakwah bil hal adalah seperti identiti jantina yang jelas, penutupan aurat pada tubuh watak dan pakaian yang kemas, rapi serta kesederhanaan dalam perhiasan. Hal ini turut sama seperti yang digariskan oleh pihak Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam bahagian penampilan terhadap artis yang ditafsir sebagai mempamerkan profession mereka untuk tontonan ramai sama ada penampilannya atau hasil karyanya termasuklah pelakon, pemuzik, penyanyi, pelawak, penari, penggubah lagu, penulis lirik, penyajak, penyair, penulis skrip dan pengacara. 22 Penampilan yang baik adalah penting untuk menjaga imej agama Islam dan contoh yang baik ini juga berupaya merangsang penglihatan untuk menjana kepercayaan yang positif daripada pihak penonton. Contoh penampilan watak-watak menerusi siri UCPK pula adalah seperti berikut: Gambar 2: Penampilan watak yang direka dalam siri animasi UCPK Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011. 21 Kamus Dewan Edisi keempat. 2015. Ibid. Op. Cit, 1589. 22 JAKIM. 2015. Garis Panduan Hiburan dalam Islam. Edisi kedua. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. h, 5. 268

Gambar 2 memaparkan watak-watak yang direka oleh kumpulan penerbitan HHM dalam siri animasi UCPK. Watak-watak tersebut ditampilkan dengan seekor kucing, 3 orang dewasa dan lima orang kanak-kanak. Kucing peliharaan di dalam Pondok Ummi dinamakan Jojo dengan penampilan berwarna oren dan memakai baju mini berwarna biru. Untuk watak 3 orang dewasa menampilkan Ummi, Ustaz Syakir dan Uncle Maideen. Ummi merupakan seorang wanita melayu muslim yang memegang penampilan sebagai seorang pendidik di dalam rumah transit yang bernama Pondok Ummi, berpakaian jubah dan bertudung yang berwarna hijau dan merah jambu. Ustaz Syakir pula ditampilkan sebagai seorang lelaki melayu muslim yang juga memegang penampilan sebagai seorang pendidik dengan dipakaikan serban dan berbaju melayu oren. Uncle Maideen pula digambarkan sebagai lelaki india Muslim yang berperanan sebagai penjual roti di kawasan perumahan pondok Ummi dan ditampilkan dengan pemakaian t-shirt dan kopiah putih serta berkain pelekat coklat. Manakala untuk watak 5 orang kanak-kanak adalah terdiri daripada Aliff, Hana, Putri, Aiman dan Atan. Pakaian untuk watak kanak-kanak tersebut adalah sopan dan mempunyai identiti yang tersendiri. Watak Aliff berpenampilan secara sederhana dengan tema warna putih dan biru, kemas dan memakai cermin mata. Hana pula adalah sebaya dengan Aliff, memakai tudung dan turut berpenampilan secara sederhana yang bertemakan warna ungu. Putri pula adalah adik kepada watak Aliff, tidak ditampilkan dengan tudung tetapi hanya sekadar menutup kepalanya sahaja dan ditemakan dengan warna merah jambu. Aiman pula watak yang ditampilkan dengan gaya yang bertenaga dengan warna oren, memakai topi dan mempunyai headset yang selalu tergantung di lehernya. Atan ditampilkan dengan watak yang bertemakan warna hijau, mempunyai mantel ala super hero dan bersimbolkan kitar semula pada bajunya. 2. Personaliti Personaliti merujuk kepada keperibadian 23 watak yang diwujudkan sama dengan sifat manusia yang sebenar. Ia bertujuan untuk menjadikan watak tersebut hidup, mempunyai pemikiran dan ekspresi 23 Kamus Dewan Edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 1194. 269

yang tersendiri bagi menjadikan sesebuah persembahan kelihatan unik dan menarik perhatian penonton. Dalam Islam, personaliti boleh dikaitkan dengan akhlak iaitu budi pekerti 24 bagi individu yang mengamalkan ajaran agama Islam dengan mengikut panduan al- Quran dan Sunnah. Antara ciri-ciri kandungan akhlak yang baik menurut panduan al quran ialah segera melakukan kebaikan, bersifat ikhlas, benar atau jujur dan amanah. 25 Manakala akhlak Islam yang baik menurut pandangan daripada Dr Abdul Karim Zaidan pula ialah dengan sifat berlaku benar, sabar, kasih sayang, merendah diri dan mudah untuk didekati. 26 Watak-watak hasil rekaan kumpulan penerbitan HHM diberikan personaliti yang berbeza untuk menghidupkan cerita animasi dalam siri UCPK. Berikut merupakan antara gambaran personaliti bagi watak-watak tersebut: Gambar 3: Personaliti watak-watak dalam siri animasi UCPK Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011. 24 Kamus Dewan edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 25. 25 Prof Dato Dr. Haron Din et al. 1985. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd. h, 165-203. 26 Dr. Abdul Karem Zaidan. Dasar-Dasar Ilmu Da wah (Jilid 2). 2007. Terjemahan: H.M Asywadi Syukur Lc. Selangor: Dewan Pustaka Fajar. h, 64-108. 270

Kualiti positif yang terdapat dalam personaliti yang baik berkeupayaan menjana perlakuan yang positif terhadap pemerhati. Dari sudut dakwah bil hal, Rasulullah SAW merupakan contoh akhlak yang terbaik sepanjang zaman sebagai seorang individu lelaki, suami, bapa, sahabat mahupun pemimpin negara. Keunggulan peribadi Rasulullah SAW dalam perkataan, perbuatan dan perilakunya 27 dinukilkan dalam firman Allah SWT dalam Surah al-ahzab 33: 21 yang bermaksud: Terjemahan: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu), bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah (23) Ummi ialah watak utama yang akan bercerita dalam setiap episod siri UCPK. Manakala watak Alif, Hana, Aiman, Atan dan Putri pula merupakan anak didik yang gemar dan setia mendengar setiap cerita yang dibawakan oleh Ummi. Watak bagi Uncle Maideen dan Jojo (kucing) pula akan muncul mengikut keperluan untuk mewarnai jalan cerita. Manakala watak bagi Ustaz Syakir akan muncul bagi setiap episod di dalam segmen kalimah pilihan untuk memberikan penerangan beberapa perkataan baru beserta dengan contoh yang ringkas dan mudah difahami. Di samping watak utama dalam siri UCPK ini, terdapat watakwatak lain yang turut direka bagi segmen kisah teladan. Berikut merupakan antara contoh watak yang diwujudkan dalam episod satu yang berjudul Erti Al Fatihah: 27 M. Abdul Ghoffar E.M dan Abu Ihsan al-atsari. 2008. Lubaabut Tafsiir Min Ibni Katsiir. Tafsir Ibnu Katsir (Jilid 6). Cetakan kelima. Indonesia: Mu-assasah Daar al-hilaal Kairo. h, 461. 271

Gambar 4: Watak-watak yang terdapat dalam Episod 1, Erti al Fatihah Sumber: Diolah dari Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011. Terdapat lima peranan bagi watak dalam Episod Erti al Fatihah ini. Watak dua sahabat nabi digambarkan mempunyai misi untuk menyebarkan agama Islam di sebuah perkampungan. Di kampung tersebut mempunyai watak Penasihat Ketua Kampung yang berperanan sebagai wakil ketua kampung apabila ketua kampung jatuh sakit. Anak-anak Ketua Kampung bergembira dan mengucapkan syukur setelah ayah mereka sembuh. Ketua Kampung yang pulih dari sakit selepas dibacakan surah al Fatihah oleh salah seorang sahabat Nabi kemudiannya beriman dengan Allah SWT. Watak Penduduk Kampung pula berperanan sebagai pemerhati yang gembira dengan kesihatan Ketua Kampung mereka yang telah pulih turut beriman dan meraikan dua sahabat nabi tersebut. Lokasi Lokasi merupakan kedudukan 28 tempat atau persekitaran yang menggambarkan keselarian antara watak dengan perbuatannya yang sesuai mengikut keadaan tema penceritaan. Struktur lokasi empayar zaman kegemilangan Islam pada abad ke-16 dalam bentuk animasi misalnya bukan sahaja untuk mendalami ilmu pembinaannya, tetapi juga turut merangkumi pemahaman sejarah dan sudut kehidupan sosial yang terkandung di dalamnya. 29 Ini menunjukkan bahawa 28 Kamus Dewan edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 952. 29 Dr. Mansor Ibrahim, Dr. Puteri Shireen Jahnkassim, Dr Maisarah Ali, Nurul Syala Abdul Latip, NorZalifa Zainal Abidin. Virtual Reality in Heritage Studies and Historical Reconstruction through Animation - A Case Study of a 16th World Century University Complex in the Ottoman World. IIUM: 7th International Conference on Construction Applications of Virtual Reality. (IIUM: Kulliyyah of Architecture and Environmental Design, 0ctober 22-23, 2007). h, 233. 272

pembinaan lokasi dalam filem animasi juga berperanan sebagai perlambangan kepada cara hidup, budaya masyarakat dan Negara luar serta berupaya melangkaui pelbagai zaman mengikut imaginasi kumpulan penerbitan filem animasi. Keadaan yang demikian adalah memetik dari Boarnet (2004) 30 menyatakan bahawa lokasi atau persekitaran mempunyai peranan untuk mengubah tahap aktiviti manusia. Lokasi terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu lokasi dalaman dan lokasi luaran. Contoh bagi lokasi luaran ialah melibatkan pemandangan alam sekitar, keadaan luar bangunan dan kawasan kediaman untuk memberikan gambaran secara menyeluruh kepada penonton untuk memahami situasi cerita. Manakala lokasi dalaman mempunyai paparan yang lebih jelas dan dekat untuk menggambarkan watak yang sedang melakukan perbuatannya berdasarkan persekitaran yang sesuai mengikut peranannya untuk mengukuhkan mesej dalam penyampaian cerita. Dari sudut pembinaan psikologi manusia, lokasi atau persekitaran merupakan antara faktor utama dalam membentuk jati diri individu. Menurut Ibnu Khaldun, 31 fitrah hidup manusia memerlukan kepada persekitaran yang baik untuk menghasilkan akhlak yang baik. Oleh itu, sesiapa yang mendapati dirinya berada dalam persekitaran dan pendidikan yang membantunya ke arah kebaikan, maka dia lebih cenderung untuk menjadi golongan yang baik dan begitu juga sebaliknya. 32 Di dalam siri filem animasi UCPK, HHM telah mereka beberapa lokasi untuk menggambarkan suasana penceritaannya dengan lebih terperinci menerusi lokasi luaran dan dalaman. Selain dari itu, terdapat juga beberapa lakaran lokasi utama yang menggambarkan babak penting yang terdapat dalam segmen kisah 30 Committee on Physical Activity, Health, Transportation and Land Use. 2005. Does the Built Environment Influence Physical Activity? Examine The Evidence. Washington D.C: Transportation Research Board. h, 134. 31 Ibn Khaldun, Abd al-rahman bin Muhammad Khaldun al-hadrami. 2002. Mukaddimah Ibn Khaldun. Kuala Lumpur: Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka. Melalui Zakaria Stapa, Ahmad Munawir Ismail, Noranizah Yusuf. 2012. Faktor Persekitaran Sosial dan Hubungannya dengan Pembentukan Jati Diri. Edisi Khas Jurnal Hadhari. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Institut Islam Hadhari UKM. h, 157. 32 Zakaria Stapa, Ahmad Munawir Ismail, Noranizah Yusuf. 2012. Faktor Persekitaran Sosial dan Hubungannya dengan Pembentukan Jati Diri. Ibid. 273

teladan. Berikut merupakan beberapa gambaran lokasi utama dalam siri penceritaan UCPK dalam episod Erti Al Fatihah: Gambar 5: Lokasi Utama untuk keseluruhan cerita siri UCPK Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011. Lokasi utama dalam siri UCPK ialah Pondok Ummi. Ia merupakan sebuah rumah persinggahan dan pendidikan tidak formal antara watak Ummi dengan anak didiknya. Suasana Pondok Ummi digambarkan dengan lebih terperinci apabila dipaparkan keadaan dalaman rumah tersebut lengkap dengan peralatan belajar seperti meja, kerusi dan buku-buku yang bersusun seperti perpustakaan. Hal ini menggambarkan bahawa ia adalah lokasi yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran. Segmen Kalimah Pilihan juga turut menggunakan lokasi yang sama apabila memaparkan gambaran Ustaz Syakir yang berlatarkan lokasi dalaman rumah bahagian ruang tamu. Gambar 6: Babak utama yang melibatkan beberapa lokasi dalam episod Erti Al Fatihah Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011. 274

Permulaan cerita dalam siri episod ini digambarkan dalam suasana Ruang Belajar sebagai pencetus bermulanya minat untuk sekumpulan kanak-kanak yang terdiri dari Aliff, Hana, Putri, Aiman dan Atan untuk menghafal dan mempelajari terjemahan erti surah Al Fatihah. Lokasi yang berlatarkan pemandangan Masjid dan Bunga Mawar seperti di dalam Taman pula digambarkan secara khusus untuk mewakili imaginasi watak Putri dan rakan-rakan yang berusaha untuk menghafal erti Fatihah dalam bentuk nyanyian. Manakala lokasi pengakhiran episod ini menggambarkan Aiman yang pengsan akibat dari kejutan elektrik di bilik tidur ini cuba dipulihkan oleh Aliff dan rakan-rakan melalui bacaan surah Al Fatihah. Gambar 7: Beberapa babak utama yang terdapat dalam segmen kisah teladan dalam episod Erti Al Fatihah Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011. Terdapat beberapa lokasi utama yang dipaparkan dalam segmen Kisah Teladan dalam episod erti Al Fatihah ini. Antaranya ialah suasana perkampungan yang dimasuki oleh 2 sahabat Nabi dalam misi menyebarkan dakwah Islam, suasana yang menggambarkan seorang dari sahabat Nabi berikhtiar menyembuhkan Ketua Kampung dengan bacaan Surah Al Fatihah dan suasana halaman rumah Ketua Kampung yang menggambarkan dirinya diraikan oleh penduduknya ketika sembuh dari sakit. Strategi Strategi ialah rancangan atau pendekatan yang utama yang dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu 33 dalam sesuatu pengurusan yang berkaitan dengan usaha kerja yang tertentu sama ada 33 Kamus Dewan edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 1525. 275

secara individu atau berkumpulan. Penyusunan strategi dalam penerbitan filem animasi adalah penting untuk memastikan segala gerak kerja berjalan dengan lancar untuk menjayakan sesebuah persembahan yang menarik. Ia merupakan sejenis ilmu pengurusan yang menurut Henry Mintzberg 34 sebagai suatu amalan yang melibatkan pertembungan antara seni, sains dan artistik. Proses penerbitan filem animasi yang terbahagi kepada kumpulan kerja pra penerbitan, penerbitan dan pasca penerbitan ini boleh diistilahkan sebagai kejuruteraan serentak (simultaneous engineering) 35 untuk tujuan penjimatan masa dan memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan melalui kesepakatan dalam interaksi untuk menentukan hala tuju sesebuah karya filem animasi dihasilkan. Zawiyah Mohammad Yusof 36 turut berpandangan bahawa persembahan yang berkesan memerlukan struktur yang jelas dan saling berhubung untuk memudahkan pemahaman dalam penyampaiannya. Untuk mencapai tujuan dakwah bil hal dalam filem animasi, strategi perlu diambil kira dari sudut penglibatan daya tarikan dan susunan masa yang sesuai dengan memerlukan imaginasi sebagai penentu hala tuju sesebuah persembahan. Hal ini adalah kerana menurut ahli falsafah Perancis yang bernama Blaise Pascal (1623-1662), 37 menyatakan bahawa imaginasi adalah sesuatu yang amat berkuasa ke atas manusia dan merupakan faktor yang berpotensi kepada berlakunya kesilapan kerana ia melibatkan nilai sesebuah kepercayaan. Secara tidak langsung, ia menggambarkan bahawa imaginasi melalui strategi yang berkesan mampu membina kepercayaan kepada sasaran dakwah mengikut autoriti dan faktor yang tertentu. Penerbitan siri animasi di syarikat HHM memiliki prinsip asas yang menitikberatkan konsep nilai-nilai Islam dalam penyampaiannya. Menurut Puan Nora Ariffin yang turut menjaga bahagian kualiti isi kandungan dalam penerbitan siri Ummi menyatakan Penyampaian dikehendaki teliti melalui skrip, maka 34 Sam Atkinson. 2014. The Business Book. New York: DK Publishing. h, 112 35 Strategi kerja ini melibatkan seluruh gerak kerja dijalankan secara serentak. Sam Atkinson. 2014. The Business Book. Ibid. h, 326-327. 36 Zawiyah Mohammad Yusof. 2009. Kemahiran Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. h, 187-200. 37 Anna Hall. 2011. The Philosophy Book. New York: DK Publishing. h, 124. 276

dakwah boleh disampaikan dengan mudah beserta dengan campuran pendidikan dan hiburan supaya penonton tidak bosan. Ini disebabkan sasaran utama adalah kanak-kanak, maka ada sedikit cabaran dari sudut ini yang memerlukan sedikit humor yang tidak keterlaluan dalam masa yang sama bahasa juga dijaga dengan baik. 38 Antara strategi yang dilaksanakan dalam penerbitan filem animasi UCPK adalah seperti berikut: 1. Daya Tarikan Daya tarikan membawa kepada maksud kekuatan 39 dalam perihal menarik 40 yang berkaitan dengan persembahan filem animasi. Ia bertujuan untuk memastikan pengekalan pandangan penonton terhadap persembahan tersebut adalah berterusan sehingga jalan cerita tamat dari paparan skrin. Secara fitrahnya manusia mudah tertarik kepada objek bergerak dan menurut kajian Peter Roget 41, retina mata manusia berkemampuan memproses 1/10 saat sebelum diganti dengan imej yang lain. Dalam filem animasi dakwah bil hal, daya tarikan boleh diserlahkan melalui hiburan yang antaranya melalui bentuk penceritaan, muzikal nyanyian, bunyi-bunyian, jenaka dan motivasi yang menarik. Strategi ini memberikan kesan yang mendalam kerana panca indera yang melibatkan perasaan dan fikiran dikerjakan secara serentak 42 untuk menerima mesej yang disampaikan. Rangsangan psikologi yang melibatkan sistem rangsangan terhadap pendengaran dan penglihatan serta mampu mempengaruhi pemikiran manusia yang di mana menurut Dr. Danial Zainal Abidin, kedua-duanya memberi kesan yang besar kepada akal dan hati 43 dalam membentuk peribadi manusia. Cetusan dari rangsangan psikologi tersebut berkebolehan sebagai penyebab kepada golongan 38 Nora Ariffin (Pengarah Syarikat, Hud Hud Media Sdn Bhd), Op. Cit. 39 Kamus Dewan edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 321. 40 Kamus Dewan edisi keempat. 2015. Ibid. h, 1610. 41 Amyrhead, "Case Study of Animation Pioneers", laman sesawang wordpress.com, dikemaskini 21 September 2012, dicapai 25 Mac 2015, https://amyrheadaca.wordpress.com/2012/09/21/peter-mark-roget-persistence-ofvision/ 42 Samsul Munir Amin. 2009. Ilmu Dakwah. Jakarta: Penerbit Amzah. h, 104. 43 Dr. Danial Zainal Abidin. 2014. Quran Saintifik. Selangor: PTS Millennia Sdn Bhd. h, 123-124. 277

kanak-kanak mudah untuk meniru perlakuan yang berdasarkan kepada penontonan terhadap filem animasi. Hal tersebut adalah turut sama seperti kajian yang dikemukan oleh Albert Bandura dalam teori proses pembelajaran melalui pemerhatian dan permodelan yang terdiri dari empat proses utama iaitu perhatian (attention), mengingati (retention), reproduksi (reproduction) dan peneguhan (reinforcement). 44 Berikut merupakan beberapa daya tarikan yang terdapat dalam siri penceritaan UCPK: Lagu: Lagu ialah gubahan muzik pada kebiasaannya beserta dengan seni kata 45 dalam bentuk lirik yang membawa mesej tertentu untuk menghiburkan pendengar. Selain dari penggunaannya sebagai bahan hiburan, ia juga boleh dijadikan untuk tujuan pendidikan kerana terdapat beberapa kajian membuktikan bahawa muzik bermanfaat kepada manusia dari sudut kesihatan dan kesejahteraan. 46 Gambar 8: Contoh lagu yang terdapat dalam siri UCPK yang mengandungi adab dengan Allah, sesama manusia dan makhluk alam yang lain Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011. 44 Mok Soon Sang. 2012. Prinsip Teras Pengajaran dan Pembelajaran II. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. h, 144-145. 45 Kamus Dewan Bahasa edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 867. 46 Muhammad Akhmal Hakim. 2013. Kecerdasan Membentuk Muslim Superior. Selangor: PTS Millennia Sdn Bhd. h, 176. 278

Dalam setiap siri UCPK, lagu merupakan gaya persembahan utama yang dipaparkan sebagai daya tarikan kepada penonton. Antara komposer lagu, artis dan penulis lirik yang terlibat ialah Encik Johan Nawawi, Puan Nora Ariffin, Bringgo, Ustazah Faizah, Amran Omar dan ahli kumpulan Voices of Ummi (VOU). Setiap lagu-lagu yang disampaikan mempunyai nilai-nilai mesej dakwah kepada penonton mengikut tema tajuk. Selain dari memiliki alunan melodi yang menarik, keseluruhan lirik yang terdapat dalam lagu juga mudah difahami. Ia merangkumi unsur-unsur akidah, seruan syariat dan akhlak dalam menjaga adab dengan Tuhan, sesama manusia dan makhluk ciptaan Allah SWT seperti flora dan fauna. Gambar 8 A antaranya merupakan contoh lagu yang paling tepat dalam seruan akidah dengan menggunakan terjemahan surah Al-Fatihah. Ia merupakan lirik yang mengagungkan Allah SWT sebagai Tuhan yang berhak untuk disembah dan menyatakan kesyukuran kita sebagai makhluk ciptaannya. Gambar 8 B bagi lagu yang bertajuk Rakan Sejati merupakan hubungan sesama manusia dalam bersahabat. Ia juga memberikan gambaran bahawa antara ciri-ciri sahabat sejati adalah dengan kesanggupan untuk bersama walaupun dalam keadaan susah dan senang. Ia juga merupakan lagu yang bersempena dengan tema cerita yang bertajuk rakan sejati. Manakala lagu yang terdapat dalam gambar 8 C merupakan pesanan untuk kita sebagai manusia supaya menyayangi makhluk ciptaan Allah SWT walaupun ia kecil ataupun besar yang merangkumi flora dan fauna. Lagu pembuka ini merupakan tema untuk cerita bagi episod Lebah Membawa Manfaat. Motivasi: Motivasi ialah sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat 47 secara positif untuk melipatgandakan usaha dalam mencapai tujuan tertentu. 48 Targhib dan Tarhib iaitu mendorong dan menakuti 49 47 Kamus Dewan Bahasa edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 1044. 48 Nazneen Ismail. 2014. Psikologi Islam. Selangor: Must Read Sdn Bhd. h, 57. 49 Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid. 2006. Didik Anak Cara Rasulullah SAW. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. h. 674. 279

merupakan contoh motivasi yang digunakan dengan tujuan kebaikan dan menjauhkan keburukan. Rangsangan ini merupakan suatu bentuk dakwah yang memberikan galakan untuk melakukan kebaikan dengan menjanjikan ganjaran yang disukai oleh sasaran. 50 Antara babak yang terdapat dalam siri UCPK berkenaan dengan motivasi adalah seperti berikut: Gambar 9: Sebahagian dari paparan yang mengandungi unsurunsur motivasi Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011. Unsur-unsur motivasi yang terkandung dalam kesemua episod ini mengandungi pelbagai cara seperti galakan, pujukan dan cabaran untuk berusaha mengatasi masalah yang dihadapi oleh anak-anak didik Ummi. Kaedah motivasi yang diterapkan dalam pelbagai situasi menunjukkan bahawa motivasi yang dijana dengan pelbagai keadaan merupakan pengulangan secara langsung untuk membina cara berfikir dan menerapkan ia menjadi suatu kebiasaan kepada para penonton. Antara contoh unsur motivasi galakan terdapat dalam gambar 9 A yang menunjukkan watak Atan memberikan galakan kepada rakanrakannya yang kelihatan kurang bersemangat untuk menghafal surah al fatihah disebabkan pelbagai prejudis sebelum melakukannya. Gambar 9 B pula menggambarkan motivasi secara pujukan oleh watak Ummi terhadap anak didiknya, Atan dan Hana selepas merasa bersalah kerana telah membunuh semut. Pujukan ini merupakan suatu cara untuk mendorong anak didiknya agar tidak melakukan lagi kesilapan yang sama pada masa akan datang. 50 Ab Aziz Mohd Zin. 2001. Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. h, 160. 280

Motivasi kaedah cabaran yang terdapat dalam gambar 9 C pula memaparkan watak Alif cuba memberikan semangat positif kepada Hana melalui perbandingan dengan dirinya agar tidak tenggelam dalam perasaan keletihan dan berusaha sebaik mungkin dalam melakukan sesuatu perkara. Kesemua bentuk motivasi yang dipaparkan bertujuan untuk memupuk minat terhadap perkara positif, mengulangi amalan-amalan yang baik, dan tidak mengenal erti putus asa serta menjadikan elemen-elemen tersebut sebagai sebahagian dari sifat jati diri individu terdapat dalam dalam semua episod UCPK. Jenaka: Jenaka ialah perbuatan atau kata-kata yang membuat orang ketawa. 51 Ia merupakan antara daya tarikan yang terdapat dalam gaya persembahan supaya penonton tidak bosan. Walaupun ia adalah rekaan, jenaka tidak dianggap sebagai pembohongan yang diharamkan. 52 Ini kerana secara fitrahnya manusia dikurniakan perasaan untuk ketawa disamping berupaya untuk menjana peribadi yang positif dan menambah seri 53 dalam kehidupan semasa. Berikut merupakan babak-babak jenaka yang terdapat dalam jalan cerita tersebut: Gambar 10: Contoh paparan jenaka yang terdapat dalam siri UCPK Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011. 51 Kamus Dewan Bahasa edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 623. 52 Dr Yusuf Qaradhawi. 2014. Fiqh Hiburan dan Rekreasi. Selangor: PTS Islamika Sdn Bhd. h, 45. 53 Dr Yusuf Qaradhawi. 2008. Seni & Hiburan dalam Islam. Cetakan ketiga. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications. h, 170. 281

Elemen jenaka yang didapati dalam keseluruhan siri episod UCPK berfungsi menjadikan jalan ceritanya menarik dan membina sifat postif dengan merangsang emosi ceria dan gembira. Rangsangan jenaka yang dipaparkan juga didapati sederhana dan tidak keterlaluan untuk membolehkan mesej utamanya disampaikan dengan berkesan kepada para penonton. Terdapat beberapa jenis jenaka yang antaranya berbentuk pujian, sindiran dan perhatian. Gambar 10 A misalnya adalah jenaka berbentuk pujian dengan memaparkan watak Putri yang menyatakan Jojo memberitahu Alif kelihatan sedikit kurus apabila Alif meminta Ummi, Hana dan Putri untuk meneka kelainan yang terdapat pada dirinya pada hari itu. Jenaka berbentuk sindiran pula seperti dalam paparan gambar 10 B yang menunjukkan Jojo (Kucing) tidak tahan mendengar suara sumbang nyanyian Putri yang sedang berlatih untuk sambutan hari guru. Jojo kemudiannya bertindak menutup telinganya dengan headset sebagai penyelesaian walaupun secara realitinya kucing akan lari apabila terdengar suara yang terlalu kuat dan menyakitkan telinganya. Bagi jenaka yang berbentuk perhatian seperti dalam paparan gambar 10 C, kelihatan watak Atan yang mengusik Atan dan Hana yang kelihatan berusaha untuk menghafal rukun Islam. Walaupun demikian, usikan tersebut adalah tidak keterlaluan apabila Atan juga dilihat cuba untuk membantu rakannya agar tidak terlalu menekan diri selain dari turut serta dalam mendengar cerita Ummi. Kesemua jenaka dalam siri UCPK didapati selari dengan jalan cerita dan turut mempunyai unsur pendidikan dan motivasi secara tidak langsung. Model: Model ialah sesuatu atau seseorang yang dapat dijadikan contoh untuk ditiru atau diteladani. 54 Albert Bandura menyatakan bahawa kebiasaan tingkah laku bagi manusia dipelajari melalui contoh model dalam empat perkara iaitu perhatian, pengekalan, perkembangan dan motivasi. 55 Peniruan tidak sekat lakuan merupakan antara satu dari pelbagai jenis model yang boleh 54 Kamus Dewan Bahasa edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 1039. 55 Catherine Collin et. al. 2012. The Psychology Book. London: Dorling Kindersley Limited. h, 288-289. 282

ditonjolkan dalam semua situasi 56 seperti berbudi bahasa dalam kehidupan harian. Ia juga merupakan suatu kaedah pengulangan dalam proses pembelajaran secara praktikal yang berkesan untuk membentuk kebiasaan dalam diri manusia 57 selain dari bertujuan untuk mengukuhkan ingatan. Gambar 11: Contoh model hasil pembelajaran yang terdapat dalam siri UCPK Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011. Watak Alif, Aiman, Hana, Atan dan Putri dalam bentuk kanak-kanak dilihat sebagai model utama yang mempraktikkan ilmuilmu yang telah dipelajari dari watak Ummi. Ini menunjukkan bahawa watak-watak yang dicipta dalam siri ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan yang sama melalui personaliti yang dipaparkan kepada penonton sendiri terutamanya terhadap golongan kanak-kanak. Bentuk model yang dipaparkan adalah didasari dengan akidah, syariat dan akhlak. Gambar 11 A merupakan contoh bagi model kelakuan dalam menjaga adab dengan Tuhan seperti watak Atan yang sudah tidak peduli lagi akan ejekan budak-budak nakal setelah mendengar kisah Bilal bin Rabah yang lebih mengutamakan iman dari segala hal dunia. Gambar 11 B pula memaparkan kelakuan Putri yang membantu Hana 56 Mok Soon Sang. 2014. Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. h, 287. 57 Nazneen Ismail. 2014. Psikologi Islam. Op. Cit. h, 61. 283

dalam latihan larian amal yang dianjurkan oleh sekolah. Nilai utama yang ingin ditonjolkan bukanlah untuk memenangi pertandingan dalam larian, tetapi kepada keikhlasan dalam melakukan ibadah menjaga kesihatan dan perhubungan sesama manusia kerana Allah SWT. Model bagi gambar 11 C pula menggambarkan contoh agar sentiasa dalam keadaan berlapang dada untuk memohon dan memberi maaf apabila melakukan kesilapan dalam kehidupan harian. Secara jelas, penyampaian watak-watak tersebut dalam bentuk perbualan, kelakuan dan pemakaiannya boleh ditiru dan menjadi rujukan dalam membina identiti individu yang dilihat mempunyai sifat-sifat yang positif selain dari bertujuan untuk menjadikan cerita tersebut difahami dengan mudah. Penceritaan: Cerita ialah karangan atau lakonan yang mengisahkan sesuatu peristiwa sama ada secara rekaan atau berdasarkan kejadian yang sebenar. 58 Pendekatan ini berupaya menarik perhatian, mengajak sasaran untuk berfikir dan mengambil iktibar dari cerita masa lalu 59 supaya boleh menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan. Berikut merupakan cerita-cerita yang terkandung dalam setiap episod siri UCPK: Gambar 12: Contoh kandungan cerita yang mengandungi manfaat, pengajaran dan ilmu pengetahuan dalam siri UCPK Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011. 58 Kamus Dewan Bahasa edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 272. 59 Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid. 2006. Didik Anak Cara Rasulullah SAW. Ibid. h, 694. 284