KEPERLUAN KEPADA SKIM BANTUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) ATAU LIFELONG LEARNING UNTUK FAKIR MISKIN MENERUSI ZAKAT

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Zakat: Analisis Pengurusan dan Trend Agihan di Melaka

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SKIM AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF FI SABILILLAH MENGIKUT MAQASID SYARIAH: KAJIAN DI SELANGOR DAN PULAU PINANG 1

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PENGAGIHAN ZAKAT OLEH INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA: MENGAPA MASYARAKAT ISLAM TIDAK BERPUAS HATI?

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PROGRAM USAHAWAN BAGI MEMPERKASAKAN EKONOMI GOLONGAN ASNAF: PEMANTAUAN DARI APLIKASI MYEMA ABSTRACT

Cabaran Sosial dalam Pelaksanaan Zakat Kalangan Masyarakat Muslim Bangkok

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

JAWHAR. JURNAL PENGURUSAN. Vol. 4, No. 1, 2010 ISSN KANDUNGAN JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) JURNAL

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ZAKAT COLLECTION AND DISTRIBUTION IN MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

MODEL PEMBANGUNAN USAHAWAN ASNAF MAIDAM (PUASMA)

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Agihan Zakat: Perbandingan antara Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

LOKALISASI PENGAGIHAN ZAKAT DAN CADANGAN KHIDMAT SOSIAL Satu Tinjauan Awal di Malaysia

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

WAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA)

Mohd Faisol Ibrahim 1 ABSTRAK

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

MODAL INSAN KOPERASI :

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Prosiding SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA. 22 Mac Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

KEPATUHAN MEMBAYAR ZAKAT FITRAH: ANALISIS KUTIPAN DAN KETIRISAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DI TERENGGANU

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Transcription:

Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017 Editors: Mohd Nasran Mohamad, Muhamad Razak Idris, Farid Mat Zain, Cheloh Khaegphong, Anis Pattanaprichawong & Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Malaysia Academy of Islamic and Arabic Studies, Princess of Naradhiwas University, Thailand ISBN 978-983-9368-79-6 (2017), http://www.icdis2017.com KEPERLUAN KEPADA SKIM BANTUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) ATAU LIFELONG LEARNING UNTUK FAKIR MISKIN MENERUSI ZAKAT Azman Ab Rahman, Hasanah Abd Khafidz, Zahari Mahad Musa, Irwan Mohd Subri, Nor Asiah Yaakub & Siti Martiah Anwar Abstrak: Pembangunan asnaf melalui pendidikan merupakan satu strategi penting yang boleh dilaksanakan bagi mengubah kehidupan golongan ini daripada kepompong kemiskinan. Ia merupakan satu proses peningkatan nilai diri yang perlu berlaku sepanjang hayat. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keperluan kepada agihan zakat secara intensif bagi pembelajaran sepanjang hayat. Ia dilakukan dengan mengkaji pelbagai skim dan bentuk bantuan pendidikan yang telah diberikan oleh institusi zakat di Malaysia kepada golongan asnaf khususnya bantuan pendidikan yang dapat membangunkan ekonomi asnaf. Pembangunan pendidikan asnaf yang berkaitan pembelajaran sepanjang hayat ini dijangka dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara yang berpendapatan tinggi. Hasil kajian ini mendapati bahawa bantuan zakat pendidikan yang diberikan oleh institusi zakat di Malaysia kepada golongan asnaf telah memberikan sumbangan yang sangat besar bagi membantu golongan asnaf untuk menuntut ilmu. Bantuan tersebut pada umumnya difokuskan kepada pendidikan sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi. Dalam realiti semasa, wujud persaingan ekonomi, sosial dan lain-lain yang sengit yang memerlukan pembelajaran berterusan bagi golongan asnaf zakat. Hal ini membawa kepada keperluan untuk menyediakan skim bantuan yang komprehensif untuk memperkaya para asnaf dengan kemahiran dan ilmu baru secara berterusan. Katakunci: zakat, asnaf, pendidikan, pembelajaran, sepanjang, hayat, lifelong learning, ekonomi, online learning PENGENALAN Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang lebih dikenali dengan istilah lifelong learning merupakan satu keadaan pembelajaran yang berterusan dan dilakukan secara sukarela dengan motivasi kendiri. Ia menyediakan asas untuk pembelajaran, pembelajaran semula dan kebaikan sepanjang hayat. Pembelajaran sepanjang hayat dapat memastikan setiap individu berkebolehan untuk memenuhi cabaran pengetahuan berasaskan ekonomi (k-ekonomi) untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi. Dalam penulisan ini, pengkaji akan membincangkan tentang PSH di Malaysia serta keperluan penekanan kepada hal ini menggunakan dana zakat. Perbincangan menjurus kepada hal yang berkaitan dengan skim bantuan zakat untuk asnaf fakir dan miskin. Metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik dalam menjalankan kajian ini adalah dengan menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kajian tekstual iaitu daripada pelbagai buku, laporan, jurnal dan seumpamanya serta melalui kajian lapangan berbentuk temubual. Penyelidik juga banyak mendapatkan data daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi memperkaya kajian yang dilakukan. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Dalam penulisan ini, penulis hanya membincangkan dapatan daripada kajian yang dijalankan. Pendidikan Sepanjang Hayat di Malaysia Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010) telah memberikan penekanan kepada penggalakan PSH dengan menyediakan kemudahan untuk menguasai ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran walaupun selepas tamat pendidikan dan latihan formal. PSH telah 27

dilaksanakan oleh pelbagai pihak seperti IPT iaitu melalui pendekatan pendidikan jarak jauh, pendidikan fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja dan penawaran kursus pendek bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri. Pendidikan jarak jauh telah lama wujud di kebanyakan negara dan telah dianggap sebagai suatu model pendidikan yang dapat memajukan dasar PSH. Ciri pelajar juga telah berubah dari segi umur yang semakin meningkat dan cara belajar pelbagai mod tanpa batasan masa dan tempat iaitu merangkumi pembelajaran secara online. Malaysia telah melaksanakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) (http://www.mohe.gov.my/psptn/) yang menekankan tentang PSH. Pada masa ini, Malaysia sudah melepasi Fasa 2 PSPTN iaitu untuk terus memperkukuh dan memperkasa sektor pengajian tinggi negara sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) iaitu bagi tempoh 2011-2015. Dalam PSPTN, pembelajaran sepanjang hayat sangat dititikberatkan. PSH merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan. Pada masa kini, PSH dilaksanakan melalui pelbagai agensi kerajaan dan IPT. Ia juga berpotensi disebar luaskan melalui pendidikan berkonsepkan open access atau pembelajaran terbuka seperti menggunakan konsep Massive Open Online Course atau MOOC. Penggunaan Dana Zakat untuk Pendidikan Dalam konteks agihan, dana zakat yang terkumpul hendaklah diagihkan kepada lapan asnaf sebagaimana yang telah ditetapkan dalam firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 60 yang bermaksud: Sesungguhnya zakat itu hanya untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus zakat (amil), mualaf yang dipujuk hati mereka, untuk memerdekakan hamba, orang-orang yang berhutang, orang-orang yang berjuang di jalan Allah SWT, orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai ketetapan yang diwajibkan Allah SWT dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Al-Quran, 9:60) Daripada ayat di atas, dapatlah diringkaskan bahawa dana zakat diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin, amil, mualaf, fisabilillah, gharimin, ibni sabil dan riqab. Dana zakat yang diagihkan kepada lapan asnaf pada masa kini wujud dalam pelbagai bentuk agihan (Mohamed Izam, 2010). Ia merangkumi agihan zakat seperti pendidikan, pembangunan sosial, pembangunan ekonomi, pembangunan institusi agama dan juga pembangunan modal insan (Ahmad Shahir, 2007). Bantuan zakat dari segi pendidikan pula merupakan satu bentuk agihan yang sangat penting kerana ia boleh memberi kesan kepada ekonomi, sosial dan nilai tamadun bangsa. Ini bertepatan dengan kehendak syarak yang mementingkan umat Islam supaya gigih menuntut ilmu tidak kira kaya atau miskin seiring dengan tuntutan dalam hadis Rasulullah s.a.w.: طلب العلم فريضة على كل مسلم Maksudnya: Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap orang Islam (Hadis riwayat Ibn Majah) Golongan fakir dan miskin atau golongan asnaf ini juga berhak untuk menuntut ilmu walaupun mengalami masalah dari segi kewangan untuk membayar yuran persekolahan dan pengajian. Maka, kewujudan satu institusi khas yang beroperasi sepenuhnya menggunakan dana zakat untuk memberikan pendidikan berterusan kepada golongan asnaf dengan cara yang profesional dapat membuka era baru dalam pengurusan dan pengagihan zakat oleh pusat zakat dan juga memberikan sinar baru kepada golongan asnaf. Menurut Al-Qaradawi (1973), objektif utama agihan zakat ialah untuk mempertingkatkan nilai hidup pemberi, membersihkan dan menyuburkan harta, membantu pihak yang memerlukan serta memperkukuhkan jaminan sosial. Zakat dapat menyuburkan harta menjelaskan bahawa zakat dapat memperkembangkan lagi harta yang diberikan serta menambah keberkatannya. Harta yang dizakatkan dilihat akan berkurangan pada mata kasar manusia, tetapi sebaliknya jika ditelusuri akan hikmah pemberian zakat ini maka dapat disimpulkan bahawa pada hakikatnya harta zakat ini dapat meningkatkan kegiatan ekonomi masyarakat seterusnya membantu negara ke arah ekonomi negara yang berpendapatan tinggi (Mahmood Zuhdi, 2003). 28

Kajian yang dijalankan oleh Abd Halim dan Mohd Saladin (2011) yang bertajuk Pengurusan Agihan Zakat menerangkan kaedah yang dilaksanakan dalam mengelola dana zakat yang telah dikumpul supaya dapat diagihkan kepada asnaf yang berhak. Memandangkan peningkatan prestasi kutipan zakat semakin meningkat maka pengagihan seharusnya meningkat sama supaya dapat mengurangkan bilangan yang tidak berkemampuan. Kajian ini mendapati bentuk bantuan kepada asnaf perlu dimantapkan lagi terutamanya dari segi pengagihan pendidikan. Ini kerana bantuan berterusan dari segi pendidikan kepada golongan asnaf sehingga mereka berjaya adalah sangat penting, ia dapat mengubah kehidupan dan meningkatkan lagi ekonomi negara (Abd Halim dan Mohd Saladin, 2011). Skim Bantuan Pendidikan untuk Asnaf Fakir dan Miskin di Malaysia Berdasarkan Manual Pengurusan Agihan Zakat yang diterbitkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) (2008), terdapat beberapa bentuk bantuan dan skim pendidikan yang diberikan kepada golongan asnaf seperti skim bantuan pelajaran, skim bantuan Am pelajaran/ dermasiswa, skim bantuan yuran persekolahan dan peperiksaan sekolah rendah/menengah, skim bantuan aktiviti dan lawatan belajar. Tujuan skim seperti ini diwujudkan adalah untuk memberi bantuan pelajaran kepada anak golongan asnaf supaya tidak tercicir dalam pelajaran serta dapat memperbaiki taraf hidup keluarga (JAWHAR, 2008). Kesemua golongan asnaf ini kecuali amil dan riqab kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar sama ada di sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi. Bantuan zakat dari segi pendidikan turut disalurkan kepada golongan asnaf ini bertepatan dengan kehendak hukum syarak yang mementingkan umat Islam supaya gigih menuntut ilmu tidak kira kaya atau miskin. Kelantan memberi Bantuan Persekolahan, Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke Institut Pengajian Tempatan (IPT), Biasiswa Kecil Pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK), Bantuan kepada Sekolah Pondok dan Biasiswa Tengku Anis. Mengikut Dasar Agihan Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Terengganu dengan Bantuan Persekolahan, Skim Bantuan Dermasiswa (IPTA/IPTS) dan Skim Bantuan Pondok/Madrasah. Berpandukan maklumat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu dalam Buku Panduan Skim Agihan Bantuan Zakat (2007). Kedah melalui Bantuan Yuran Peperiksaan Penuntut Miskin Sekolah Agama Nidzomi, Bantuan Persekolahan Bulanan, Bantuan Persekolahan Sekaligus Penuntut Miskin, Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Penuntut Miskin, Bantuan Penuntut Miskin Maktab Mahmud, Bantuan Yuran Penuh Ke IPT Tempatan Penuntut Miskin, Bantuan Yuran Peperiksaan Penuntut Miskin Sekolah Agama Nidzomi, Bantuan Penuntut Miskin Sekolah Agama Nidzomi, Bantuan Persekolahan Bulanan, Bantuan Persekolahan Sekaligus Penuntut Miskin, Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Penuntut Miskin, Bantuan Penuntut Miskin Maktab Mahmud dan Bantuan Yuran Penuh Ke IPT Tempatan Penuntut Miskin. Hampir kesemua insitusi zakat negeri-negeri di Malaysia seperti di Selangor, Johor, Kelantan, Kuala Lumpur, Perlis, Pulau Pinang dan Sarawak yang memberikan bantuan persekolahan rendah dan menengah, bantuan yuran pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara (Pengajian ke timur tengah). Begitu juga bantuan sampingan yang lain seperti bantuan persediaan persekolahan, bantuan pakaian seragam sekolah, bantuan galakan hafaz Quran. Institusi zakat di negeri Johor memberikan bantuan pendidikan yang berbeza daripada institusi zakat lain di Malaysia iaitu dari segi Skim bantuan basikal pelajar dan Skim bantuan cermin mata. Manakala di negeri Sarawak, bantuan pendidikan yang berbeza yang diberikan oleh institusi zakat Sarawak ialah bantuan kertas kerja projek (thesis). Terdapat juga keistimewaan dan bantuan zakat pendidikan khusus bagi pelajar yang mengambil bidang kejururawatan di Kuala Lumpur yang dinamakan Bantuan Pelajaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI. Secara keseluruhannya, institusi zakat di Kuala Lumpur memberikan pelbagai jenis bantuan dari pelbagai aspek yang dilihat telah banyak membantu dan memenuhi keperluan golongan asnaf fakir dan miskin di Kuala Lumpur. Skim dan bantuan zakat disetiap negeri di Malaysia ini dapat diringkaskan seperti dalam Jadual 1. Secara zahirnya, dapatlah dilihat bahawa kewujudan zakat pendidikan dalam pelbagai bentuk dilihat dapat memberikan manfaat yang besar kepada golongan asnaf di seluruh negeri di Malaysia. 29

Dana zakat pendidikan turut membantu kerajaan Malaysia dalam menangani masalah pendidikan di kalangan fakir dan miskin. Sebagai contoh, sebanyak RM 35,545,304.00 telah diperuntukkan dan dibelanjakan pada tahun 2012 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan kepada seramai 28,696 orang penerima (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 2014). Manakala di negeri Johor, sebanyak RM11,250,000.00 dana zakat pendidikan diberikan kepada 3087 orang pelajar. Ini jelas menunjukkan bahawa dana zakat turut memperuntukkan dana yang sangat besar dalam pendidikan negara (Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), 2014). Jelas di sini bahawa, majlis agama Islam dan pusat zakat memperuntukkan sebahagian besar dana zakat dalam bentuk pendidikan bagi membantu golongan asnaf dalam pendidikan. Keperluan kepada Pelaksanaan PSH untuk Asnaf Fakir dan Miskin Menggunakan Dana Zakat Keberkesanan agihan zakat melalui skim zakat pendidikan merupakan faktor penting dalam projek jangka masa panjang pembasmian kemiskinan. Pembasmian kemiskinan merupakan perkara yang perlu dititikberatkan selari dengan usaha negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Malah, para pengurus agensi pembasmian kemiskinan di Malaysia sentiasa mengambil pendekatan mengajar si miskin mengail lebih baik daripada memberi ikan kerana pengetahuan dan pengalaman dalam mengail akan mengurus kelangsungan hidup si miskin (Mohamed Izam, 2011). Walau bagaimanapun, pengkaji berpendapat bahawa sudah sampai masanya untuk institusi zakat mengajarkan si miskin menjala atau menahan pukat untuk menghasilkan pendapatan yang lebih baik. Pendidikan dan pembangunan ekonomi saling berkait rapat seperti dalam kajian yang dijalankan oleh Sweeney (1988) dalam kajiannya yamg mengenal pasti bahawa pendidikan merupakan faktor kritikal dalam menghadapi situasi tegang seperti masalah pengganguran. Beliau juga turut menegaskan bahawa kemahiran dan pengetahuan boleh dibina melalui proses latihan dan pendidikan. Pendidikan juga dilihat menjadi faktor yang penting dalam membantu sesebuah negara menikmati kelebihan persaingan dan peningkatan ekonomi yang berterusan. Ini kerana melalui pendidikan, tenaga mahir yang kompeten dan berdaya saing dapat dihasilkan dan ia turut memberikan impak positif kepada perkembangan ekonomi negara. Hasil kajian yang dilakukan mendapati bahawa kebanyakan negeri memberikan bantuan saraan pendidikan yang asas sahaja iaitu pengajian di peringkat sekolah dan IPT. Walaupun terdapat agihan untuk selain daripada institusi pendidikan ini, namun penekanan kepada PSH adalah amat kurang. Dalam skim agihan zakat yang lain seperti bantuan modal perniagaan, terdapat latihan dan pemantuan yang diberikan kepada asnaf yang terlibat. Namun, ia banyak menumpukan kepada perusahaan yang berkaitan sahaja sedangkan teknologi dan cabaran sosial terus berlaku yang memerlukan kepada pembelajaran yang berterusan dari semasa ke semasa. Bagi memperkasa PSH melalui zakat pendidikan, dicadangkan supaya: i. Lebih banyak dana diperuntukkan bagi program dan aktiviti yang bertujuan untuk melaksanakan PSH sebagai alat menambah pelbagai ilmu dan kemahiran mengikut minat dan kehendak dalam memperkaya kualiti hidup individu. ii. Usaha dijalankan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan asnaf agar hadir program yang dijalankan. Perubahan mindset perlu dilakukan dan dicernakan kepada para asnaf bagi meningkatkan kesedaran para asnaf supaya dapat memanfaatkan potensi kendiri melalui PSH. Melalui cara perubahan dalaman ini dijangka dapat menghasilkan impak positif dari segi produktiviti, daya saing dan kebolehpasaran para asnaf. iii. Institusi zakat melakukan kerjasama dengan agensi kerajaan yang telah melakukan pelbagai bentuk program PSH. iv. Pelaksanaan PSH melalui dana zakat dilakukan secara bersemuka dan juga online untuk memberikan peluang pembelajaran yang lebih mudah dan meluas. iv. Institusi zakat menyediakan unit khas yang menggerakkan PSH untuk memastikan pelaksanaannya dapat berjalan dengan baik. 30

Kesimpulan Berdasarkan kepada perbincangan dan penelitian yang telah dibuat, dapatlah dirumuskan bahawa PSH mempunyai potensi untuk dilaksanakan dan dijadikan satu agenda utama institusi zakat di Malaysia kerana ia boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam memacu kegemilangan pendidikan golongan asnaf fakir di Malaysia menerusi kepelbagaian bentuk, skim dan bantuan zakat pendidikan yang telah disediakan kepada golongan asnaf fakir sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Bantuan zakat pendidikan yang berterusan sepanjang hayat dapat menyuntik kesedaran dan semangat ingin berjaya setelah melihat asnaf fakir lain yang berjaya keluar daripada belenggu kefakiran dan kesusahan hidup. Bantuan zakat pendidikan seharusnya dapat mengubah mentaliti dan persepsi golongan fakir untuk tidak terus mewarisi kehidupan sebagai fakir kepada generasi yang seterusnya. Asnaf fakir yang berjaya menjadi model dan sumber ikutan yang berkesan kepada asnaf fakir yang lain dalam memberi kesedaran untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Di samping itu, asnaf fakir perlu memanfaatkan bantuan yang diberikan dan tidak mensia-siakan peluang yang ada sebaliknya membuktikan kepada masyarakat yang mereka juga layak dan berhak untuk berubah dan berjaya. Rujukan Al-Quran Ab Halim & Mohd Saladin. 2011. Pengurusan Agihan Zakat: Fiqh Zakat Malaysia. Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ). Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Ahmad Shahir, M. 2007. Paradigma Pengurusan Institusi Zakat: Pengalaman Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS. Pemantapan Sistem Zakat dan Cukai ke Arah kemajuan Ekonomi Ummah. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Cukai dan Zakat Kebangsaan, Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC, 23 Mei. Malaysia: Kuala Lumpur al-qaradawi. Y. 1973. Fiqh al-zakat. Muassasah Al-Risalah, Beirut: Lebanon. Buku Panduan Skim Agihan Bantuan Zakat. Laporan Kutipan dan Agihan Zakat. 2013. Info Zakat. Lembaga Zakat Selangor (LZS) Mahmood Zuhdi, A. M. 2003. Pengurusan Zakat. Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Manual Pengurusan Agihan Zakat. 2008. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Mohamed Izam, M. Y. 2011. Dana Zakat: Instrumen Pembasmi Kemiskinan Asnaf. Dana Zakat: Wasilah Pembasmian Kemiskinan Asnaf. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Zakat Serantau 2011, Legend Hotel, 28 Mac. Malaysia: Kuala Lumpur. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) iaitu bagi tempoh 2011-2015 Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010) 31