Tinjauan Falsafah Pragmatisme Dari Aspek Pemikiran Politik Perbandingan

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Takrifan Etika ethos

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Amar Makruf Nahi Mungkar

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Gagasan Keadilan daripada Kesaksamaan Sebagai Asas Idea Keadilan Rawls

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK Dl MELAKA: SATU ANALISA NorAzilah Ahmad Nor Fazilah Abdul Hamid

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Ulasan Buku / Book Review

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

P.KH/DMAT MAKLUMAT AKADEM/K. """ "",/iii""""i PENGHARGAAN

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

BAB KEDUA RANGKA KERJA KONSEP

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

Genesis Tajribah Miskawayh dalam Tajarib al-umam

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL PENGAJARAN SAUDARA BARU

PEMBANGUNAN USAHAWAN MUSLIM BERASASKAN PRINSIP ISLAM HADHARI

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

Transcription:

Jumai Syariah, 7:2 [/999] 49-62 Tinjauan Falsafah Pragmatisme Dari Aspek Pemikiran Politik Perbandingan Sharifah Hayaati Syed Ismail Abstract Political thought has been the most active area of Muslim and Western intellectual life. Many theories and ideologies had been introduced through scientific and traditional approaches especially by the Western to politicize and develop peoples' mind. The ideas and ideologies differ from time to time based on needs and changes in human activities. One of the ideas introduced by the Western people is known as pragmatism. This article describes the philosophical background of the idea and compares it with the practical views of siyasah shar'iyyah. The writer's main intention is to show the continuity as well as the comprehensiveness of the Islamic political thought eventhough many of the theories are not labelled in modern political terms. Pendahuluan Perjalanan Politik massa telah melalui pelbagai proses perkembangan dengan berkembangnya tamadun manusia. Tidak kira samada di dunia Islam mahupun di Barat. Tetapi satu kepastian yang ketara dalam perkembangan tersebut ialah nilainilai tamadun Barat telah memberi impak dan pengaruh terhadap negara Islam, khususnya di zaman se\epas era Soviet (post-soviet era) melalui proses kolonialisasi. Penjajahan dikatakan telah mengakibatkan masyarakat Islam bersifat stagnant dan inferiority complex. Hal ini telah menyebabkan dunia Islam malap dan proses re-animation juga menjadi kurang aktif. Tetapi era sejepas itu, telah 49

JumalSyariah, 7:2 [1999J 49-62 mengubah pendirian umat Islam untuk maju dan lebih berkeyakinan. Idea-idea politik, ekonomi, kebudayaan, sains dan teknologi misalnya dicetuskan oleh para sarjana Islam antaranya seperti Jamal ai-din ai-afghani, Malik Bin Nabf, Syed Qu~b, Farld Wajd1, dan Sa'ld al-nusl. Sejarah juga telah membuktikan bagaimana proses decolonisation di negaranegara Islam khususnya Euro-Asian ini telah mengakibatkan perubahan dalam realiti geopolitik mereka yang seterusnya menyumbang ke arah pertukaran sosiobudaya. Faktor perkembangan kebudayaan dan parameter sosial di dalam tamadun Islam ini telah mengakibatkan pe rubahan drastik di dalam agenda politik dan ekonomi negara-negara Islam seem'a teori dan praktis. Falsafah dan teori-teori pemikiran Barat juga telah diserap dan diterimapakai sebagai waeana perubahan dan perkembangan di dalam sistem politik Islam sebagaimana yang berlaku di kebanyakan negara-negara Islam hari ini. Walaupun sebenarnya falsafah tersebut telah lebih dahulu diutarakan di dalam Kitab Suei al Quran. Tetapi disebabkan perasaan tidak yakin terhadap teori sendiri yang kebanyakannya tidak dilabelkan dalam istilah dunia hari ini, umat Islam terpaksa meminjam istilah Barat untuk maju dan proses readaptation terhadap idea Islam dalam bentuk Barat berlaku. Ini adalah suatu realiti yang mahu tidak mahu terpaksa dilakukan dalam usaha meningkatkan kefahaman masyarakat Islam selaras dengan perkembangan tamadun Islam sendiri yang semakin kompleks dan juga atas alasan agar umat Islam tidak eanggung apabi la berdebat tentang tamadunnya terutama di bidang politik. Di antara falsafah pemikiran Barat yang tidak asing dalam amalan politik masyarakat dunia hari ini adalah falsafah pragmatisme. Falsafah ini dihasilkan berasaskan rasional dan keyakinan para pemikir tentang sesuatu idea yang dieetuskan. Ianya pula berkeupayaan menghasilkan suatu output yang positif dan praktikal. Ia digunapakai dalam pelbagai bidang khususnya bidang sosial dan politik.1 Penulisan ini akan mengupas rasionaliti falsafah pragmatisme di dalam politik Barat yang telah diterimapakai oleh pemimpin-pemimpin Islam samada seeara teraneang atau tidak. Di Malaysia misalnya, falsafah ini telah dilahirkan oleh Perdana Menteri YB Dato' Sri Dr. Mahathir Mohammad dalam kenyataan beliau: "... they (Alliance/National Front) are always prepared and willing to follow the differing elements of the current ideologies which in their estimation can help them and the nation they rule". 2 50

Tilljauan Falsafah Praglllalisme Dari ASfiek Pellzikirall Polilik Perballdillgall Falsafah Pragmatisme: Suatu Pengenalan Perkataan pragmatisme berasal dari perkataan Greek (pragma) yang berelti tindakan (action). Dari sinilah lahirnya kata nama practice dan practical.' Kamus Dewan mendefinisikan praktis sebagai ' sesuatu yang yang praktik, boleh dan mudah melaksanakannya' dan praktikal bererti 'berguna, dapat melaksanakan atau mencapai sesuatu'.4 Manakala pragmatik (pragmatic) menurut Oxford Dictionary bererti sifat yang berkaitan dengan nilai dan keputusan yang praktikal serta melakukannya berasaskan fakta atau dengan cara yang praktikal." Ini diungkapkan sebagaimana berikut; "... concerned with practical results and values; treating things In a matter offact or practical way". Falsafah pragmatisme ini disebut oleh seorang ahli falsafah Barat iaitu Charles Sanders Peirce (1839-1914) antaranya melalui buku beliau bertajuk How To Make Our Idea Clear sebagai suatu bentuk ujikaji, kerja lapangan dan pemikiran yang bermatlamat dan berasaskan pengalaman. Manakala William James (1842-1910),' pula mendefinisikannya sebagai suatu tindakan yang praktikal. Dengan itu, falsafah pragmatisme ialah keyakinan terhadap sesuatu tindakan praktikal yang akan membawa kepada natijah yang positif. Falsafah pragmatisme juga adalah suatu fahaman yang cuba merealisasikan teori melalui hasil yang praktikal. Selain daripada itu, falsafah pragmatisme itu sendiri tidak terikat dengan teoriteori politik tertentu sebaliknya ban yak bergantung kepada pemikiran ahli falsafah tersebut selagimana ia diyakini positif apabila dipraktikkan. Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan di sini bahawa falsafah pragmatisme itu terdiri daripada positive means, rasional, diyakini dan praktikal. Ia dihasilkan semata-mata oleh rasional akal dan tidak berasaskan kepada matlamat agama. Perkara ini disebut secara je1as di dalam The New Encyclopeadia Of Britannica sebagaimana berikut; 'Pragmatist theorist have emphasized the functional character of ideas: ideas are suggestions and anticipations of possible conduct; they are hypotheses or forecasts of what will result from the given action; they are ways of organizing behavior in the world rather than replicas of the world. Ideas are thus analogous in some respects to tools; they are efficient, useful, and valuable, or not depending on the role that they play in contributing to the succes,<,jul direction of behavior' [po 637]. Falsafah ini mempunyai dua implikasi penting terhadap tamadun manusia. 5 I

Jumal Syariah, 7:2! 1999} 49-62 Pertamanya, falsafah ini mengajak manusia supaya bersifat progresif dan berkeyakinan apabila menjalan atau melahirkan suatu pandangan yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam geraklaku samada oleh individu mahupun kelompok organisasi. Rasional pemikiran manusia dianggap berdaya tinggi untuk memikirkan apa yang baik untuk kehidupan mereka selagi mana ia berkeyakinan bahawa idea tersebut akan menghasilkan sesuatu yang positif. Manusia yang berpegang kepada falsafah ini akan memastikan idea mereka tidak dibiarkan tanpa perlaksanaan. Pemikiran yang berasaskan kepada falsafah ini adalah baik ke arah perkembangan tamadun manusia itu sendiri secara lahiriah. Tetapi belum tentu falsafah ini tiada kekecualiannya. Lihat sahaja pad a implikasinya yang kedua. Implikasi yang keduanya ialah pegangan falsafah pragmatisme adalah sematamata berpandu kepada rasional dengan jelas telah mengenepikan nilai-nilai keagamaan_ Di mana letaknya roh Islam itu sekiranya aka I dan idea menjadi primary concern kepada falsafah ini? Sudah tentu falsafah ini bertentangan dengan falsafah yang dibawa oleh Islam. Tetapi jawapannya bukan setakat itu. Kerana sekiranya hanya itu penjelasannya, maka para orentalis sekali lagi menang dalam hujah mereka bahawa agama mengongkong kehidupan dan tamadun manusia. Penjelasannya ialah Islam tidak menolak falsafah pragmatisme secm-a total kerana ajaran Islam dari segenap aspek menitikberatkan idea pragmatik dalam urusan keduniaan. Cuma ia tertolak kerana sifatnya yang mengenepikan nilai-nilai agama. Nilai agama yang dimaksudkan di sini ialah falsafah Islam yang berpegang kepada Tauhid atau Keesaan Allah dan apa juga yang bertentangan dengan hukumnya adalah terbatal setelah mengambilkira aspek-aspek yang terkandung di dalam maq{l~id al-shart'ah. Dengan ertikata lain falsafah Islam dalam segal a aspek adalah berpandu kepada the sovereignity of Allah. Inilah yang menidakkan falsafah pragmatisme Barat untuk direalisasikan oleh umat Islam. Konsep kebenaran di dalam falsafah pragmatisme misalnya menumpukan hanya kepada kepraktikalan idea tersebut. Ini dapat dilihat apabila di dalam The New Encyclopeadia Of Britannica sebagaimana yang dinukil di atas tadi bahawa pragmatisme adalah cara untuk mengorganisasikan tingkahlaku manusia di dunia ini. Ini menunjukan bahawa bagi pemikir falsafah ini tingkahlaku manusia boleh diorganisasikan semata-mata oleh akal manusia sendiri. Sememangnya itulah rasional yang dipegang oleh mereka. Bagi mereka hanya manusia sahaja yang berupaya untuk memahami keperluan sesama mereka dan dengan sebab itu hanya manusialah yang paling layak melakukan pengorganisasian tersebut. Agama dipandang sebagai sesuatu yang terlalu ideal untuk melaksanakan 52

Tilljallwl Fa/safah PraglllalislIle Dari Aspek Pelllikirclll Pa/ilik Perbwu/illgan tujuan tersebut. Bahkan bagi masyarakat Barat, teori-teori ahli falsafah adalah rujukan dan panduan kehidupan mereka. Ini dapat dibuktikan sendiri oleh perkembangan pemikiran Barat pada abad ke 19 yang menerima pemikiran dan idea Darwin dan Karl Marx misalnya lebih daripada idea autoriti gereja. 7 Lebih dari itu, agama dianggap sebagai suatu aneaman kepada perkembangan manusia. Atas alasan-alasan pragmatisme yang tidak terarah pada abad yang ke 20, telah lahir idea komunisme bagi menolak idea kristianiti dan nasionalisme dengan memperkenalkan konsep masyarakat universal (Universal Community) yang dianggap ideal untuk mendominasi dunia. Malangnya, ternyata idea ini terkubur di negara-negara komunis sendiri dan di Barat amnya. Sedangkan dalam Islam kebenaran itu lahir dari Divine Source yang diadaptasikan oleh manusia dalam pelbagai bentuk dan keyakinan terhadap janjijanji Allah kepada orang-orang yang berusaha dan be ramal saleh. Beramal saleh di sini bukanlah terhenti ke atas amalan-amalan ukhrawi semata-mata tetapi juga amalan-amalan baik yang dilakukan di dunia. Di sinilah asas utama pragmatisme di dalam Islam - keyakinan bahawa suruhan dan tegahan Allah itu memberi natijah yang positif kepada manusia di dunia dan di akhirat tanpa memerlukan kepada eksperimen bagi membuktikan keampuhan pegangan tersebut. Pegangan falsafah pragmatisme sebaliknya, memahami konsep kebenaran hanya setelah ia terbukti benar melalui praktikal manusia. Bagi mereka truth is what works - kebenaran itu ialah apa yang berkesan apabila dilaksanakan. Bahkan bagi pragnwtis kebenaran sesuatu agama itu juga mestilah kerana ianya bersifatjunctiona!' Atas alasan inilah William James menerima apa sahaja realiti agama yang dirasakan dapat memberi faedah material kepada kehidupan manusia. x Manakala faedah yang berbentuk metafizika itu tidak dianggap sebagai sesuatu yang Junctional kerana tidak dapat dibuktikan melalui eksperimen. Ini sekaligus memperlihatkan bentuk keyakinan ketuhanan mereka yang nyata berbeza dengan nilai keyakinan umat Islam. Inilah uniknya falsafah keimanan dan ketakwaan kepada Allah yang menjadi as as pegangan dan amalan umat Islam dalam semua aspek kehidupan. Falsafah ketakwaan dan keimanan ini sekaligus tidak membenarkan penerimaan sebahagian ajaran dan menolak sebahagian yang lain atas alasan ianya tidakfunctional kepada manusia atau atas alasan-alasan tertentu yang lain. Ajaran Islam seem'a jelas mengeeam perbuatan tersebut melalui Firman Allah; "... Apakah kwnu heriman kepada sehahagian Kitah dan ingkar terhadap sehahagian yang lain? Tiadalah halasan hagi orang S3

ii/mal Syariah. 7:2 [J999} 49-62 yang herhuat dernikian daripada kamu melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat mereka dikemhalikan kepada siksaan yang amat pedih." [Surah al-baqarah: 85] Sebaliknya ajaran Islam menyeru umatnya untuk menerima dan meyakini ajarannya secaj'a total sebagaimana yang diperintahkan di dalam Surah al-baqarah: 205 berikut; "Wahai orang-orang yang he rim an, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan janganlah kamu menuruti jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata". Walaubagaimanapun keterangan Ayat di atas tidak boleh dijadikan alasan atau hujah yang menunjukkan bahawa Islam itu tidak pragmatik kerana tidak memberi kebebasan berfikir dan kebebasan menentukan arah tuju kehidupan manusia. Sebaliknya, Ayat itu menunjukkan bagaimana komitednya ajaran Islam dari sudut pegangan keagamaan secara total. Oalam masa yang sama, ajaran Allah juga memberi kelonggaran kepada manusia untuk menentukan corak perjalanan kehidupan mereka sesuai dengan sosio-ekonomi dan politik setempat. ~ Galakan berijtihad dan kecaman bertaqlid itu adalah sebenarnya anjakan supaya bersifat pragmatik dalam urusan dunia. Bahkan ijtihad adalah merupakan salah satu daripada sumber Syariah yang sifatnya berterusan.'o Sifatnya yang berterusan ini adalah untuk menjaga kemaslahatan umum yang mana kehidupan manusia itu berubah-ubah dan berkembang dari masa ke semasa sesuai dengan perkembangan tamadun manusia. Adalah tidak ideal sekiranya Islam membekukan pemikiran umat Islam dalam mencari jawapan dan penyelesaian khususnya kepada permasalahan yang tidak terdapat hukumnya secara jelas di dalam al-qur'an dan Sunnah. Penggunaan aka I fikiran di dalam proses ijtihad secara langsung membolehkan sumber-sumber Fiqh yang lain dilaksanakan seperti Qiyiis, ma~iilih al-mursalah dan sadd al-dhara'i '. Oi sinilah elemen pragmatik yang menggunakan daya keintelektualan manusia diiktiraf dan dikembangkan di dalam urusan seharian. Namun begitu, ijtihad juga bersifat prosedural di mana ia tidak boleh dilakukan sesuka hati. Antaranya ijtihad perlu dilakukan berasaskan ilmu dan bukannya keraguan ( ~ann). Ini juga membuktikan wujudnya elemen pragmatik di dalam melahirkan sesuatu hukum atau idea. Oengan sebab itu sekiranya mujtahid itu gagal membuktikan hukumnya, maka hukum tersebut akan tertolak. " Atau dengan kata lain, perlulah hukum yang dilahirkan daripada ijtihad atau pemikiran individu itu mempunyai asas dari sudut Syariah. 54

TilljGlIGIl Fa/safah Pragmarisille Dari Aspek.PeJllikirall Poiirik Perballdillgall Galakan berijtihad ini antaranya dapat dilihat melalui Sabda Nabi s.a.wy "Berijtihadlah kerana setiap kamu mempunyai perolehan sebagaimana yang Allah jadikan " Dari keterangan di atas, jelas kepada kita bahawa idea pragmatisme itu tidak ditolak bahkan merupakan salah satu elemen anjuran Islam itu sendiri. Cumanya ia tidak di labelkan dengan satu istilah yang khusus dan ia lebih padu dari sudut gabungan pragmatik tindakan dengan pragmatik ketuhanan. Dengan sebab itu sukar untuk memberi satu istilah yang yang dapat memenuhi kedua-dua maksud tersebut. Apatah lagi skop pragmatisme Islam yang luas merangkumi segala tindak-tanduk manusia dan bukan semata-mata terfokus dalam aspek politik dan pendidikan sebagaimana yang dicetuskan oleh ahli falsafah Barat. Cetus an falsafah ini bukan berasas atau disebabkan oleh sesuatu motif tetapi kerana nature pegangan Islam itu sendiri. Penulis merasakan tidak perlu kepada suatu istilah sekiranya ia gagal membawa maksud pendirian Islam yang sebenar. Falsafah Pragmatisme Daripada Perspektif Pemikiran Politik Islam Penulis telah mendedahkan serba sedikit tentang konsep pragmatisme Barat dan konsep tersendiri Islam tentang hal ini. Cuma, persoalannya ialah bagaimana falsafah pragmatik Islam l3 ini diadun di dalam politik Islam? Ini adalah satu persoalan yang periu difikirkan oleh setiap individu samada sebagai seorang rakyat ataupun pemimpin. Malah, penulisan ini juga bertujuan untuk mendapatkan public debate dan bukan hanya untuk memberi ulasan atau penilaian tentang sumbangan Isl am di dalam perbincangan ini. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa falsafah utama Islam di dalam politik dan pentadbiran adalah berpandukan kepada prinsip-prinsip kedaulatan, permesyuaratan atau perundingan (Shura), keadilan, kebebasan dan persamaan Islam. 14 Manakala kaedah perlaksanaan prinsip-prinsip tersebut dengan tujuan untuk mengurus dan mentadbir umat Islam dan negara diistilahkan oleh para cendikiawan Islam sebagai al-siyasah al-shar'iyyah.l ) Persoalan di atas akan dikupas berasaskan prinsip-prinsip siyasah shar'iyyah tadi dari dua sudut iaitu rakyat dan pemimpin atau kelompok individu di dalam jentera pentadbiran atau kerajaan. Pragmatisme Rakyat Daripada Perspektif Siyasah Shar'iyyah Landasan as as pragmatisme rakyat ialah apabi la Islam memberi ruang dan peluang yang luas kepada rakyat untuk melibatkan diri secara langsung mahupun tidak di dalam politik. Hak utama rakyat yang juga merupakan kewajipan mereka adalah ss

Jumal Syariah, 7:2 [1999} 49-62 untuk memilih pemimpin. Idea ini adalah suatu idea as as yang cukup pragmatik yang telah dilontarkan oleh Islam sebagai suatu tanggungjawab yang terbukti berperanan dan positif walaupun tidak dibuktikan melalui eksperimen. Ia adalah idea pragmatik Islam yang merupakan suatu jaminan kualiti pemerintahan di dalam Islam. Tanggungjawab rakyat ini jelas diperintahkan melalui Firman Allah: 16 "Taatilah Allah dan taatilah Rasulullah dan pemimpin-pemimpin kamu" Perintah supaya taat di sini adalah suatu su ruhan yang membawa kepada implikasi wajib l 7 melantik mahupun memilih pemimpin untuk tujuan mengurus dan mentadbir hal ehwal rakyat dan negara. Suruhan ini mengandungi falsafah pragmatisme dari sudut idea periantikan pemimpin yang sebenarnya lebih padu dan komprehensif iaitu ia telah ditentukan sebelum manusia dapat melihat implikasi negatif sekiranya masyarakat tidak dipimpin di bawah suatu kuasa pemerintahan. Berbeza dengan pegangan kepada falsafah pragmatisme Barat dalam bidang politik yang dicetuskan berasaskan motif dan sebagai penyelesaian kepada masalah yang telah beriaku. Dalil-dalil lain yang membuktikan tuntutan dan suruhan ini ialah Firman AIlah: lx "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat sesungguhnya Aku jadikan di atas rnuka bumi ini seorang khalifah". Firman Allah lagi: I ~ "Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikan engkau khalifah di muka bumi maka jalankanlah hukuman di antara manusia dengan kebenaran ". Ayat-ayat di atas adalah juga as as kepada pemilihan atau perlantikan pemerintah. Istilah khalifah di dalam Ayat tersebut adalah juga suatu simbolik kepada keperiuan pembentukan negara yang mengandungi pemerintah dan rakyat. Dengan sebab itu, pragmatisme yang boleh dimainkan oleh rakyat menurut siyasah shar'iyyah ialah menjalankan kewajipan melantik at au memilih pemerintah secara bijaksana. Malah lebih pragmatik dari itu, Allah telah meletakkan garis panduan kepada pemilihan tersebut secara asasnya iaitu hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang berwibawa. 20 laitu yang boleh melaksanakan prinsip-prinsip siyasah shar'iyyah yang disebut sebelum ini dalam urusan pentadbiran politik. 56

TilljWUIIl Fa/safah Pragillaiisille Dari Aspek Pelllikirall Pu/ilik Perhalldill!5cl/l Sabda Rasulullah s.a.w :21 "Barangsiapa yang mengangkat seseorang dalam suatu perkara unluk sekelompok manusia sementara terdapat orang yang lebih baik (/ayak) daripada orang-orang yang diangkatnya maka dia telah mengkhianati Allah dan RosulNya dan orang-orang yang beriman ". Idea-idea pragmatisme tentang kewajipan memilih pemimpin dan kewajipan rakyat memilih yang berwibawa di kalangan masyarakat Islam ini telah dibineangkan oleh pemikir-pemikir Islam yang salaf mahupun yang khalaj Antaranya sebagaimana yang dinyatakan oleh al-ghazall;22 "Af!,ol1w itu (Ism, sulton itu penf!,awal dan opa-apa yang ridak bera.ms ukan roboh dan sesuaru yanf!, ridok rnempunyai pengawal (Ikon hi/anf!, dan luput". Selain daripada itu, Imam Ibn Taimiyyah pula menegaskan bahawa sifat bagi orang yang berwibawa ini dapat dilihat antaranya berasaskan kepada pengalaman. Iaitu beliau berpegang kepada Sunnah Nabi S.A.W yang menyerahkan kunei Kaabah kepada Bani Shaybah kerana pengalaman mereka dalam menguruskannya.2:l Selain daripada itu, eiri-eiri seperti adi!, mempunyai kepakaran dan kualiti mentadbir bagi menjamin kemaslahatan umat juga sering dikaitkan dengan sifat berwibawa. Tetapi penekanannya tentulah kepada pegangan Syariah yang jitu. Dengan yang demikian, falsafah Islam ten tang siyasah shar'iyyah tidak akan menjadi realiti atau bersifat pragmatik sekiranya rakyat tidak menjalankan kewajipan melantik pemerintah yang berwibawa. Pragmatisme Pemimpin Daripada Perspektif Siyasah Shar'iyyah Penulis telah memperlihatkan seem'a umum tentang prinsip-prinsip pragmatik asas yang terdapat di dalam siyasah shar'iyyah iaitu meliputi prinsip kedaulatan, permesyuaratan (sin/rei), keadilan, kebebasan dan persamaan, Mengapa prinsipprinsip ini bersifat pragmatik juga telah dibineangkan di awal tadi, Tetapi sudah tentu ianya hanya satu jaminan yang tidak akan memberi apa-apa kesan positif kepada negara dan bangsa jika tiada suatu sistem perlaksanaan yang baik. Tetapi keyakinan bahawa prinsip-prinsip ini adalah suatu teori yang pragmatik itu tidak lagi perlu dipertikaikan walaupun manusia tidak melaksanakannya. Dengan sebab itu, sia-sia dan rugilah manusia yang menolak teori pragmatik ini. Atas sebab itulah pemimpin atau pemerintah dianggap tirani sekiranya tida 57

Jllmal Svariah, 7:2 [1999 J 49-62 melaksanakan prinsip-prinsip tersebut dan sekaligus bersifat tidak pragmatik kepada tuntutan syarak. Firman Allah: 24 "Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". IbaI'at seseorang yang telah dihidangkan dengan buah-buahan yang dijamin keenakannya (walaupun belum diketahui rasanya oleh individu tersebut), tetapi jaminan itu hanya akan dapat dinikmati sekiranya dia mengambil dan memakannya. Perbuatan memakan itu adalah perbuatan yang disuruh supaya dia dapat menikmati kelazatan buah tersebut. Begitulah anologinya dengan teori siyasah shar'iyyah yang disebut sebagai pragmatik tadi. Oi sinilah as as kepada perlaksanaan pragmatik oleh pemimpin atau pemerintah menurut siyiisah shar'iyyah. Hujah ini akan penulis huraikan dengan mengambil salah satu dari prinsip siyasah shar'iyyah tersebut iaitu prinsip permesyuaratan (shura). Anjuran bermesyuarat dan berunding di dalam menentukan urusan keduniaan jelas bersifat pragmatik kerana ia mendekatkan pemerintah dengan rakyat melalui perundingan. Datil asas kepada kewajipan perlaksanaan prinsip ini kepada pemerintah atau pemimpin ialah firman Allah: 2 ) "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu) dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu, maajkanlah mereka dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (keduniaan) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadanya". Oi sinilah, di mana sistem-sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh Barat bertentangan sama sekali dengan siyasah shar'iyyah. Seperti pemerintahan autokrasi, totalitarian, komunis dan diktator. Bahkan inilah sistem pemerintahan yang tidak pragmatik, tirani dan tidak adil di sisi Islam. Oengan shura bukan sahaja konsep permesyuaratan itu diketengahkan tetapi pelbagai elemen pentadbiran yang efisien dapat dilahirkan. Antaranya ialah toleransi di dalam proses pembuatan keputusan di dalam pentadbiran dan pemerintahan. Ini jelas apabila melalui shura (yang mengandungi ahli-ahli yang berkredibiliti) belwesyuarat bukan sahaja ten tang perlantikan atau pemilihan calon pemimpin bagi kawasan atau daerah tertentu tetapi juga tentang penggubalan sesuatu dasar. 26 58

Tinjallall Fa/safah PraglllalislIle Dari Aspek Pelllikiran Polilik Perbandingan Pelbagai pandangan diambil dan diproses sebelum sesuatu dasar umum yang akan menentukan kesejahteraan rakyat diputuskan. Selain daripada itu shunt juga memainkan peranan sebagai counter-check kepada sistem pentadbiran dan pemerintahan. Oi mana ahli majlis shura mempunyai autoriti untuk menyingkir pemimpin yang tidak pragmatik walaupun ketua negaray Selain daripada itu, ia juga belfungsi menjaga kemaslahatan dan menjamin hak-hak rakyat. Oengan itu, ketelusan dan keadilan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran dapat dipantau sebaiknya. Tetapi ini hanya dapat dilaksanakan sekiranya pemerintah atau pemimpin mengaplikasikan prinsip tersebut. Fungsi shunt seterusnya yang begitu pragmatik kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran ialah wujudnya pengagihan kuasa. Pengagihan kuasa kepada ahli majlis shura mengelakan kuasa dimonopoli oleh seorang pemimpin atau pemerintah sahaja. Ini adalah kerana kuasa yang tidak diimbangi akan cenderung kepada berlakunya ketidakadilan dan kezaliman. Firman Allah: 2K "Di antara orang yang Kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan hak itu pula mereka menjalankan keadilan" Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam al - Bukharf:2~ "Agama itu nasihat, para sahabat bertanya, kepada siapa wahai Rasulullah? Kepada Allah, kepada KitabNya (al-qur'an), RasulNya, dan pemimpin kaum muslimin dan kepada orang awam". Berasaskan kepada kepentingan shura ini, tidak hairanlah sekiranya para ulamak antaranya seperti al-ja~~a~, al-shawkiml, Muhammad RashId Riqa, al Mawdudl dan ramai lagi meletakkan hukum wajib kepada rakyat dan pemerintah negara untuk melaksanakan shtira.,ii Penutup Penjelasan tentang falsafah pragmatisme Barat sebagaimana yang telah dibincangkan jelas memperakukan kenyataan yang sering dibuat oleh para cendikiawan Islam bahawa pemodenan dan kemajuan Barat hanyalah suatu kemajuan yang bersifat lahiriah dan tidak menjamin kualiti keperibadian individu. Kemajuan dan pemodenan dilihat sebagai suatu keperluan untuk manusia meneruskan kehidupan yang selesa di dunia tanpa memberatkan keutuhan dan kemantapan spiritual mereka. Atau dengan ertikata lain yang sering kita baca ialah 59

Jumai Syariah. 7:2 [ 1999J 49-62 pemodenan Barat terpisah dari amalan keagamaan mereka walaupun dalam masa yang sarna sebahagian besar dari mereka mempereayai kewujudan hidup selepas mati. Begitu juga halnya dengan pemodenan yang dieipta di bidang politik. Di an tara idea pemodenan tersebut yang bersifat saintifik daripada tradisional ialah falsafah yang ditonjolkan di dalam teori pragmatisme. Falsafah teori ini menekankan kepada penerimaan kepada apa jua hasil pemikiran manusia yang bersifat realistik untuk pembangunan mereka dan tidak sekadar suatu omongan kosong. Jika dilihat dan dikaji seeara serius tentunya teori ini sangat baik dan akan memberi kesan yang baik juga kepada sistem politik dan pembangunan negara. Ini adalah kerana seorang pemimpin yang baik itu ialah yang bukan sekadar dapat memberi idea tetapi idea yang boleh dilaksanakan dan apabila dilaksanakan ia akan membawa kesan positif kepada rakyat. Malangnya oleh kerana falsafah yang dibawa begitu umum mengakibatkan pemimpin itu bersifat autokrasi iaitu hanya akan memikirkan eara terbaik untuk melaksana dan merealisasikan sesuatu idea yang telah dikemukakan tanpa mengambilkira faktor penerimaan rakyat. Yang utama ialah idea tersebut boleh menghasilkan natijah yang diharapkan. Tambahan lagi apabila masyarakat ini tidak dipandu geraklaku mereka seeara keagamaan. Penggunaan rasional tanpa panduan keagamaan atau tauhid boleh menyesatkan manusia dan menyebabkan mereka sanggup melakukan apa sahaja yang dirasakan perlu, functional dan positif. Hal inilah yang berlaku dalam order baru dunia hari ini. Perebutan kuasa, peperangan, pelanggaran hak-hak asasi dan sebagainya kerana manusia berfikir semata-mata dengan rasional akal tanpa berpegang kepada tauhid. Walaupun tidak dinafikan bahawa melahirkan idea yang positif itu amat perlu bagi meneambah kreativiti dan daya utuh dalam pemikiran tetapi dari sudut pemikiran Islam itu bukan suatu jaminan kepada kesejahteraan manusia. Di bidang politik misalnya, umat manusia telah dibekalkan dengan suatu falsafah Islam yang pragmatik iaitu perlaksanaan nilai-nilai dan prinsip-prinsip siyasah shar'iyyah dalam kepimpinan negara. Itulah jaminan pragmatik dalam Islam. Cuma rakyat dan pemimpinlah yang perlu menjalankan idea-idea pragmatik tersebut seeal a pragmatik juga. Rakyat perlulah menjalankan kewajipan mereka memilih at au melantik pemimpin mereka dan pemi\ihan mestilah berasaskan kriteria yang bertunjangkan keimanan dan ketakwaan. Dengan sebab itu, rakyat Islam yang pragmatik ialah yang menjalankan kewajipan tersebut. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin yang telah dilantik hendaklah mereka membuktikan idea pragmatik Islam antaranya 60

Tillj(llWIl Fa/safah Pmgllwtislile Dari Aspek Pelilikimll Politik Perhalldillgall yang terdapat di dalam prinsip-prinsip siyasah shar'iyyah melalui perlaksanaan yang berterusan. Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan di sini bahawa ajaran Islam dalam setiap aspek termasuk dalam bidang siyasah shar'iyyah adalah bersifat pragmatik. Tetapi ia tidak akan dapat dibuktikan sekiranya tiada perlaksanaan yang bersungguh-sungguh dan berterusan dari rakyat dan pemimpin itu sendiri. Nota Hujung I. John Bowie. Western Political Thought. London: Lowe & Brydone (Printers) Ltd. 1954 p.12. 2. Mahathir Mohamad. The Malaysian System OJ' Government, Prime Minister Office : Kuala Lumpur, (1995), p. 13 3. The New Encyc/opeadiu oj' Britannica. 1995. United States, p.636. 4. Teuku Iskandar. (Dr.) Kumus Dewan, 1992. Kuala Lumpur. him. 982. 5. A.S Hornby. A.P. Cowie, A.C. Gimson, Oxford Advanced Learner's Dictionary Of Current English, 1987, Oxford University Press, p.654. 6. Beliau adalah di antara ahli falsafah utama yang mengutarakan idea ini. antaranya melal ui bukunya 'Prillciples Of Psychology, 1890. 7. Andrew Hacker. Political Theory : Philosophy, Ideology and Science, New York: The MacMillan Press Com., 1961, p.39. 8. Michael Weinstein Philosophy, Theory and Method in Contemporary Political Thought, London: Scott.Forestman & Company. 1971, pa3. 9. Yusuf al-qaraqawl, 'Aw(lmil al-si 'ah wa al-munl/1uh Fi al-sharf'ah al Isicll71iyyuh. Kuwait: al-diwan al-amiri, 1994 him. 75. 10. Mohammad Hashim Kamali, Principles OJ'lslamic Jurisprudenc e, Kuala Lumpur: Ilmiah Publishers Sdn. Bhd. 1998, p.366. II. Ihid., him. 367. 12. Bukhari, ~a~11/:, VI. him. 84. 13. Istilah ini digunakan di sini semata-mata untuk tujuan perbandingan dan tidak bermaksud menggunakannya secara kekal. 61

funzal Syariah, 7:2 [ 1999] 49-62 14. Ini adalah prinsip-prinsip as as politik Islam yang dipegang sebagai satu falsafah. Namun, sesetengah penganalisis politik Islam menambah beberapa prinsip asas yang lain. Penulis tidak akan menghuraikan hal ini dengan detail kerana ia tidak berkait seem-a langsung dengan tajuk perbineangan. IS. Sila lihat 'Abd ai-rahman Taj, Al-Siyasah al-shar'iyyah Wa al-fiqh al-!slami, Dar al-ta' IIf, 1953, him. 10-1 1. 16. Surah AI-Nisa' : 59. 17. Hukum wajib memilih atau melantik pemimpin tertinggi atau ketua negara adalah hukum yang telah dibuat seeara ijmak ulamak. Sila lihat AI-Maward!, Al AZ1kam A1-Sul~aniyyah Wa al-wilayah al-d!niyyah, Beirut: Dar al-kutub al 'Ilmiyyah (t.t). 18. Surah AI-Baqarah : 30. 19. Surah Sad: 26. 20. Penjelasan ini hanya diambil seeara asas tanpa melihat kepada syarat-syarat khusus pemerintah samada yang disepakati ataupun tidak kerana motif penulisan ini adalah untuk menampakkan kepada pembaea di mana elemen pragmatik itu wujud di dalam siyasah shar'iyyah. 21. Dinukil daripada Ibn Taymiyyah (t.t) Al-SiyclSah al-shar'iyyah Fi J~la~ Ra '! Wa al-ra'iyyah, (t.pet) h.9. Lihat juga Sunan al-nasa'!,vo!.7, no. 4215. 22. AI-Ghazali, F('itil? Al- 'Uhim, (1961) Kaherah., him. 454. 23. Ibn Taymiyyah, op.cit., him. 60. 24. Surah AI-Ma'idah : 45. 25. Surah Ali '11m-an : 159. 26. AI-Mawardi, op.cit., him. 6-9. 27. Ibid., him. 8. 28. Surah AI-A'raf: 181. 29. Bukharl, ~a~11~, you, no. 58. Lihat juga Sunan al-nasa'i, yol.vn, no.4208. 30. AI-Ja~~a~,(~ 960) AI?ka-m al-qur'an (Tafslr al~ja~sas), Jil. III, Beirut: Dar al Kutub al- 'Arabi, h.386. Lihat juga AI-Qur~ubi, (1967) Al-Jami' Li A~kam al Qur'an (Talsir al-qurt.ubi), JiI.IV, Kaherah: Dar al-kutub al- 'Arabiyyah Li at Tiba'ah, h. 250. Lihat juga Abu A'lii al-mawdudf, (373H) Nahw al-dustur al- Islc'imi, Mesir: Matba'ah al-salafiah, him. 62-66... 62