KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Similar documents
Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Khairun Nisaa bt Mohd Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PELAKSANAAN TUGASAN DIALOG TENTANG ISLAM MENERUSI FACEBOOK DALAM KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAKWAH

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGHARGAAN., para sahabat dan tabi`in. Bersyukur kepada Ilahi kerana dengan

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

HAFAZAN MASRUR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENGHAFAZ SURAH AL- C ᾹDIYᾹT

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

Oleh. Syed Mohd Solehin bin Wan Sarip ABSTRAK

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

ANALISIS STRUKTUR FOKUS DALAM KOMUNIKASI ARAHAN GURU DALAM BILIK DARJAH

Transcription:

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN Abstrak Mohd Sollah Mohamed Prof. Madya Dr. Mohammad Seman Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa Timur Tengah Universiti Malaya Ogos 2016 Kajian ini dijalankan untuk menganalisis keperluan jemaah Haji dan Umrah terhadap modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah. Kajian ini telah dilakukan ke atas 300 orang responden dalam kalangan jemaah yang pernah menunaikan Haji dan Umrah. Tujuan borang soal selidik adalah untuk mendapat maklum balas tentang keperluan suatu modul untuk membantu mereka menjalankan ibadah Haji dan Umrah dengan lebih sempurna melalui penghayatan Bahasa Arab yang juga sebagai medium ibadah dalam Islam. Hasil dapatan daripada kajian ini secara umumnya menunjukkan bahawa majoriti jemaah Haji dan Umrah menginginkan satu modul khas untuk membantu mereka dalam menunaikan Haji dan Umrah. Oleh itu, pengkaji bertekad untuk meneruskan hasrat yang murni ini dengan tujuan membantu para jemaah mengejar kesempurnaan ibadah Haji dan Umrah. Hasil dapatan daripada kajian keperluan ini akan membantu pengkaji dalam merangka dan membina Modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah. Kata kunci: Keperluan, Modul, Bahasa Arab, Haji Dan Umrah 70

THE NEED OF ARABIC MODULE FOR THE PURPOSE OF HAJJ AND UMRAH: AN ANALYTICAL RESEARCH Abstract This study was done to make analysis on the need of pilgrims of Hajj and Umrah towards the module of Arabic language for the purpose of hajj and umrah. This study was done on 300 pilgrims who had performed hajj and umrah. The purpose of this research was to gain responses about the need of a module to help them in performing hajj and umrah better through understanding Arabic language as a medium of Ibadah in Islam. The findings from this research show that majority of the pilgrims wanted a module to assist them in performing hajj and umrah. Therefore, the researcher determined to continue this research in helping the pilgrims to achieve perfection of ibadah in hajj and umrah. The result from this research will help the researcher in constructing and building "the Arabic language module for the purpose of hajj and umrah". Keyword: need, module, Arabic language, hajj and umrah PENDAHULUAN Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang digunakan untuk tujuan perhubungan antarabangsa. Ia amat berkait rapat dengan bahasa yang digunakan dalam ibadah. Hal ini amat jelas kerana al-quran dan Hadis yang menjadi sumber rujukan utama umat islam diturunkan dalam bahasa Arab. Bahasa Arab wajib dipelajari semua golongan bukan hanya untuk pelajar aliran agama sahaja. Perkara ini jelas dilihat bahawa bahasa Arab amat penting apabila mereka menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Mereka bukan sahaja perlu memahami bacaan ketika ibadah Haji dan Umrah sahaja malah mereka perlu menggunakan bahasa Arab untuk berkomunikasi. Untuk mengatasi masalah ini, satu kajian tinjauan keperluan modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah telah dibuat. Kajian tinjauan kerperluan modul ini telah dilakukan keatas 300 orang responden dalam kalangan jemaah yang pernah menunaikan Haji dan Umrah. Dalam kajian ini pengkaji hanya menggunakan borang soal selidik sahaja untuk mendapatkan data. Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 300 orang responden untuk mendapat maklum balas tentang keperluan modul. Hasil daripada kajian keperluan ini dijangka dapat membantu pengkaji dalam membina modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah. Dalam kajian ini juga pengkaji telah menggunakan perisian SPSS 18.0 bagi menganalisis dan menentukan data yang terkumpul. Pengkaji telah menggunakan graf atau jadual untuk memudahkan proses analisis dan penilaian data. 71

Keperluan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Analisis Kajian Mohd Sollah Mohamed & Prof. Madya Dr. Mohammad Seman KANDUNGAN BORANG SOAL SELIDIK MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH. Sebagaimana diketahui soal selidik merupakan alat ukur yang amat penting dalam kajian ini. Tujuan soal selidik diguna pakai dalam kajian ini ialah untuk mendapatkan maklum balas daripada responden bagi memastikan agar objektif kajian tercapai. Pengkaji telah menyediakan beberapa soalan supaya modul yang dihasilkan benar-benar mengikut kehendak dan menepati objektif kajian. Sebagai makluman, soal selidik ini telah ditelitikan oleh beberapa orang pakar dalam bidang yang berkaitan supaya dapatan daripada soal selidik benarbenar memenuhi keperluan modul. Sebagaimana yang sedia maklum, kesahan pakar merupakan salah satu daripada kaedah kesahan dalam sesuatu kajian dan ia merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini. Borang soal selidik yang diedarkan oleh pengkaji merangkumi empat bahagian iaitu; (i) Maklumat peribadi responden. (ii) Bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah. (iii) Bahasa Arab untuk tujuan komunikasi semasa menunaikan Haji dan Umrah. (iv) Keperluan modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah. Soal selidik ini telah dijawab berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang mereka perolehi semasa mengerjakan Haji dan Umrah. Pengalaman dan pengetahuan yang ada pada jemaah amat penting dan berguna untuk menjawab soalan soal selidik yang diberi. Pengkaji telah memaklumkan kepada responden terlebih dahulu sebelum menjawab bahawa soal selidik ini bukanlah satu ujian. Oleh yang demikian, responden akan mengetahui bahawa tiada jawapan yang betul atau salah untuk dinilai. Berikut isi kandungan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada kumpulan responden sasar :- 72

Bahagian A : Maklumat Peribadi Responden Soal selidik Bahagian A akan mengenalpasti maklumat peribadi responden. Antara maklumat-maklumat yang disediakan ialah jantina, umur dan negeri kelahiran. Pengkaji juga mengenalpasti maklumat responden tentang latar belakang pembelajaran bahasa Arab samada pernah atau tidak pernah belajar. Jika pernah, responden akan menentukan tahap pembelajaran bahasa Arab samada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, peringkat universiti, pernah mengikuti kelas bahasa Arab sama di Masjid, di Pusat Tuisyen dan sebagainya dan pernah mengikuti kursus bahasa Arab. Manakala jika tidak pernah, responden akan menyatakan alasan atau sebab-sebabnya seperti tidak berminat untuk belajar, tiada pendedahan tentang mempelajari bahasa Arab dan sukar untuk dipelajari. Selain daripada itu, dalam bahagian ini juga pengkaji telah menyatakan beberapa sebab mempelajari bahasa Arab yang relevan untuk dipilih oleh responden antaranya dapat memahami doa-doa dan zikir-zikir semasa melakukan ibadah Haji dan Umrah, supaya dapat memahami al-quran dan Hadis, supaya dapat berkomunikasi dengan bangsa Arab, supaya dapat memahami bacaan ketika melakukan ibadat dan supaya dapat melancarkan perjalanan Umrah dan Haji. Bahagian B : Bahasa Arab untuk ibadah Haji dan Umrah Dalam bahagian B pengkaji telah menyediakan beberapa soalan berkaitan kepentingan bahasa Arab untuk tujuan ibadah Haji dan Umrah. Pengkaji telah menyediakan satu soalan yang berkait rapat dengan keyakinan responden terhadap pembelajaran bahasa Arab untuk tujuan ibadah Haji dan Umrah. Selain daripada itu juga responden diberi pilihan jawapan untuk menyatakan usaha-usaha yang dibuat untuk memahami bacaan dalam ibadah Haji dan Umrah seperti bertanya kepada yang lebih arif, membaca buku-buku ibadah Haji dan Umrah yang ada terjemahan, belajar bahasa Arab dan menghafal maksudmaksud bacaan dari buku. Selain daripada itu ruangan kosong juga disediakan untuk memberi peluang kepada responden menyatakan sebab-sebab yang lain. Di samping itu, pengkaji juga menyediakan beberapa bacaan yang digunakan semasa menunaikan Haji dan Umrah dengan tujuan menguji tahap kefahaman responden. Antara bacaan-bacaan yang disediakan ialah niat Haji dan Umrah, niat mandi Ihram, niat solat Ihram, niat Tawaf Haji dan Umrah, niat Saei Haji dan Umrah, doa ketika istilam Hajar Aswad, doa ketika berada di antara Rukun Yamani dan Hajar Aswad, doa ketika berada di Bukit Safa dan Marwah, doa ketika bercukur atau bergunting, doa ketika minum air Zam-Zam, doa ketika hari Arafah, doa ketika ziarah perkuburan, bacaan ketika menaiki bukit Safa Dan Marwah dan zikir semasa tawaf. 73

Keperluan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Analisis Kajian Mohd Sollah Mohamed & Prof. Madya Dr. Mohammad Seman Bahagian C : Bahasa Arab untuk tujuan komunikasi semasa menunaikan ibadah Haji dan Umrah Bahagian C pula pengkaji telah mengutamakan beberapa soalan tentang belajar bahasa Arab untuk tujuan komunikasi harian semasa mengerjakan Haji dan Umrah. Pengkaji telah menyediakan satu soalan yang berkaitan dengan kepentingan komunikasi bahasa Arab semasa menunaikan Haji dan Umrah. Dalam bahagian ini juga, responden telah menilai situasi-situasi yang penting untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab semasa berada di Arab Saudi. Antara situasi-situasi tersebut seperti di lapangan kapal terbang, di hotel, di restoran, di pasar raya, di hospital dan semasa ziarah Madinah dan Mekah. Bahagian D : Keperluan Modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah Bahagian ini pengkaji telah mendapatkan maklumat daripada responden tentang minat untuk mengikuti kelas bahasa Arab yang menggunakan modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah. Hal ini secara tidak langsung boleh dijadikan sebab keperluan modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah. Pengkaji juga telah menguji keyakinan responden dengan menentukan beberapa cadangan jawapan sekiranya berpeluang mempelajari modul bahasa Arab untuk tujuan ibadah Haji dan Umrah. Antara cadangan jawapan yang disediakan ialah dapat menambah kekhusyukkan dan keyakinan, dapat menghilangkan keraguan ketika membaca bacaan-bacaan, dapat mengelakkan berlaku kesilapan ketika melafazkan bacaan-bacaan dalam bahasa Arab, dapat berkomunikasi dengan masyarakat Arab, dapat melancarkan urusan harian semasa mengerjakan ibadah Haji dan Umrah, dapat menambah dan memperkukuhkan pengetahuan saya dalam bahasa Arab dan dapat menambahkan lagi pengetahuan dalam agama Islam. Di samping itu pengkaji juga ingin mendapatkan pandangan responden sama ada setuju atau tidak setuju jika dibentukkan satu modul khas mempelajari bahasa Arab untuk tujuan ibadah Haji dan Umrah. Responden juga diberi peluang mengemukakan cadangan bentuk-bentuk pendekatan yang digunakan dalam modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah. Antara bentuk-bentuk pendekatan yang dicadangkan seperti berikut: 1. Penghafalan makna-makna bacaan ibadat dan teks perbualan tanpa kaedah bahasa. 2. Penghafalan makna-makna bacaan ibadat dan teks perbualan dengan kaedah bahasa. 3. Pemahaman kaedah dengan bacaan niat, doa dan zikir yang digunakan dalam musim haji dan umrah. 4. Pemahaman kaedah dengan contoh ayat lazim yang digunakan dalam musim haji dan umrah. 74

Manakala di akhir borang soal selidik, pengkaji telah memberi peluang kepada responden untuk membuat pilihan bentuk-bentuk penilaian bagi tujuan penguasaan modul secara berkesan. Antara bentuk-bentuk penilaian yang dicadangkan ialah menjawab soalan pengukuhan, quiz pemahaman dan membuat tugasan secara teori dan praktikal. ANALISIS DESKRIPTIF SOAL SELIDIK: Berikut dinyatakan analisis dan hasil dapatan dari pengumpulan data soal selidik yang terkumpul daripada 300 orang responden yang dipilih. Data-data ini telah dianalisiskan secara terperinci mengikut bahagian. Manakala hasil dapatan daripada data-data ini dikira berdasarkan peratusan dalam bentuk carta pai dan graf. Bahagian A : Maklumat peribadi responden Dapatan daripada maklumat peribadi responden telah mendapati bahawa responden yang dipilih seramai 160 orang lelaki dan 140 orang perempuan. Peringkat umur responden didapati bahawa peringkat umur yang paling ramai ialah responden yang berumur 41 tahun - 50 tahun iaitu 140 orang bersamaan 46.7% dan dikuti dengan responden yang berumur 31 tahun - 40 tahun iaitu 60 orang bersamaan 20%. Manakala responden yang berumur 30 tahun kebawah dan 50 tahun keatas masing-masing hanya 50 orang bersamaan 16.7%. Ini menunjukan purata kebanyakan jemaah yang menunaikan Haji dan Umrah adalah jemaah yang berumur 41 tahun - 50 tahun. Berdasarkan maklumat yang diperolehi juga, pengkaji mendapati bahawa 206 orang (68.7%) daripada 300 orang responden yang pernah belajar bahasa Arab dan hanya 94 orang (31.3%) sahaja yang tidak pernah belajar bahasa Arab. Ini menunjukkan secara umumnya bahawa kebanyakkan responden telah mempunyai asas dalam bahasa Arab. Antara tahap pembelajaran bahasa Arab bagi yang pernah mempelajari bahasa Arab ialah peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, mengikuti kelas bahasa Arab dan mengikuti kursus bahasa Arab. Hasil dapatan menunjukkan bahawa kebanyakan tahap pembelajaran bahasa Arab ialah pada peringkat Sekolah Rendah dan diikuti dengan Sekolah Menengah. Antara alasan yang telah diberikan di kalangan responden yang tidak pernah mempelajari bahasa Arab ialah kerana tiada pendedahan diberikan kepada mereka (61%), bahasanya sukar untuk dipelajari (34%) dan alasan tidak berminat untuk mempelajarinya cuma (5%). Seramai 260 orang atau (69%) peratus daripada responden telah dikenal pasti sebab-sebab mempelajari bahasa Arab dan perincian alasan mereka mempelajari bahasa Arab adalah seperti berikut: 75

Keperluan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Analisis Kajian Mohd Sollah Mohamed & Prof. Madya Dr. Mohammad Seman Rajah 1.1: Sebab-Sebab Mempelajari Bahasa Arab. Dapat melancarkan perjalanan haji dan umrah; 86.7% Dapat memahami doa dan zikir 93.3% Dapat memahami bacaan ketika beribadah; 90.0% Dapat berkomunikasi dengan bahasa Arab; 66.7% Dapat memahami al-quran dan Hadis; 100.0% Rajah 1.1 menunjukkan alasan utama yang diberikan mengenai sebab-sebab mempelajari bahasa Arab ialah untuk tujuan memahami Al-Quran dan Hadis iaitu (100%), diikuti oleh untuk memahami doa dan zikir (93.3%), memahami bacaan ketika beribadah (90%) dan seterusnya untuk tujuan melancarkan perjalanan haji dan umrah (86.7%) serta bagi tujuan komunikasi dengan bangsa Arab iaitu (66.7%). Bahagian B : Bahasa Arab Untuk Tujuan Ibadah Haji dan Umrah Berdasarkan respon yang diperolehi mengenai sebab mempelajari bahasa Arab bagi tujuan Haji dan Umrah adalah agak tinggi iaitu 86.7%. Ini adalah kerana responden dalam kajian ini 99% berasa amat yakin bahawa dengan mempelajari bahasa Arab untuk tujuan ibadah Haji dan Umrah dapat dijalankan dengan lebih sempurna. Ini menunjukkan bahawa keinginan mempelajari bahasa Arab untuk tujuan ibadah Haji dan Umrah amat memberangsangkan. 76

Rajah 1.2: Usaha-Usaha untuk Memahami Bacaan dalam Ibadah Haji dan Umrah Menghafal maksudmaksud bacaan; 1.20% Belajar Bahasa Arab; 53.30% Bertanya kepada yang arif; 83.3% Membaca buku-buku yang ada terjemahan; 76.70% Rajah 1.2 menunjukkan inisiatif yang telah diambil oleh responden untuk memahami bacaan dalam mengerjakan ibadah Haji dan Umrah ialah majoritinya bertanyakan kepada yang arif (83.3%) dan membaca buku-buku yang disertakan dengan terjemahan (76.7%) merupakan inisiatif yang kerap diambil oleh responden untuk memahami bacaan dalam mengerjakan ibadah-ibadah yang berkaitan dengan Haji dan Umrah. Peratusan untuk memahami bacaan dalam ibadah Haji dan Umrah dengan cara mempelajari bahasa Arab secara khusus cuma 53.3%. Jika dikaitkan dapatan ini dengan bacaan yang difahami ketika mengerjakan ibadah Haji dan Umrah yang asalnya dalam bahasa Arab, didapati tahap kefahaman responden untuk doa-doa yang dibaca amat berbeza. Pengkaji telah menyenaraikan beberapa niat, doa dan zikir yang berkaitan dengan ibadah Haji dan Umrah untuk mengkaji sejauh mana tahap kefahaman responden. Rajah 1.3 memperincikan jenis-jenis doa yang difahami dan tidak difahami maknanya dikalangan responden dalam kajian ini. Di kalangan 300 responden yang menjawab soal selidik kajian ini, didapati bahawa sejumlah besar memahami lafaz niat solat ihram dan makna zikir semasa tawaf iaitu seramai 290 responden dan seramai 280 orang responden menyatakan yang mereka memahami lafaz niat Haji dan Umrah dalam bahasa Arab. Daripada 300 responden yang terlibat dalam kajian ini juga, iaitu 210 orang responden menyatakan bahawa mereka memahami lafaz niat mandi ihram. Manakala baki beberapa lafaz niat-niat, doa-doa dan zikirzikir yang lain menunjukkan tahap pemahaman yang agak rendah. 77

Keperluan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Analisis Kajian Mohd Sollah Mohamed & Prof. Madya Dr. Mohammad Seman Berdasarkan maklumat yang diperolehi, boleh dirumuskan bahawa bacaan-bacaan yang difahami oleh majoriti responden merupakan bacaan-bacaan atau lafaz-lafaz yang pendek dan bacaan-bacaan atau lafaz-lafaz yang biasa digunakan dalam amalan ibadah seharian seperti lafaz niat solat fardu. Walaubagaimanapun, jika dirujuk kepada rajah 1.3, bacaan-bacaan atau lafaz-lafaz doa untuk ibadah yang khusus kepada mengerjakan Haji dan Umrah, tahap kefahaman responden pada bacaan-bacaan atau lafaz-lafaz doa ini adalah rendah iaitu rata-ratanya kurang separuh daripada responden menyatakan mereka tidak faham maksud doa-doa atau bacaan tersebut. Ini kerana bacaan-bacaan atau lafaz-lafaz doa tersebut amat jarang digunakan dan ia hanya digunakan semasa menunaikan ibadah Haji dan Umrah sahaja. Rajah 1.3: Bacaan yang difahami makna Bacaan-Bacaan Yang Difahami Makna Arab; 66.7% Bahagian C : Bahasa Arab Untuk Tujuan Komunikasi Berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi, sebanyak 97% atau 290 responden berpendapat bahawa mempelajari bahasa Arab penting untuk tujuan komunikasi 78

semasa mengerjakan Haji dan Umrah di tanah suci. Rata-rata responden berpendapat memiliki kemahiran berbahasa Arab penting untuk pelbagai urusan seperti di lapangan kapal terbang (70%), restoran (67%), hospital (57%), semasa aktiviti ziarah (73%), hotel (63%), di pasaraya (80%) dan di masjid (70%). Rajah 1.4 mengambarkan lokasi-lokasi yang mana responden berpendapat penting memiliki kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Arab. Rajah 1.4: Lokasi Penting untuk Berkomunikasi dalam Bahasa Arab Lokasi Penting Untuk Berkomunikasi 300 250 210 220 200 200 170 150 100 50 0 190 240 Di Di Di Hospital Semasa Di Hotel Di Pasar Di Masjid Lapangan Restoran Ziarah Raya Kapal Terbang 210 Penting Bahagian D : Minat untuk Mengikut Kelas Bahasa Arab Dalam bahagian D pengkaji telah mengenalpasti keperluan modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah. Berdasar data yang diperolehi sebanyak 90% atau 270 orang responden menyatakan bahawa mereka berminat untuk mengikut kelas bahasa Arab menggunakan modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah. Pelbagai pendekatan yang dicadangkan oleh pengkaji untuk memastikan keberkesanan modul. 79

Keperluan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Analisis Kajian Mohd Sollah Mohamed & Prof. Madya Dr. Mohammad Seman Rajah 1.5: Pendekatan yang digunakan dalam modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah 300 Setuju 250 200 150 170 100 200 240 230 50 Setuju 0 Penghafalan Penghafalan Pemahaman nahu Pemahaman nahu makna-makna makna-makna asas bahasa Arab asas bahasa Arab bacaan ibadat dan bacaan ibadat dan bagi bacaan yang berserta contoh teks perbualan teks perbualan digunakan pada ayat lazim yang tanpa kaedah nahu dengan kaedah musim Haji dan digunakan pada Arab nahu Arab Umrah musim Haji dan Umrah Rajah 1.5 menunjukkan respon terhadap pendekatan yang perlu digunakan dalam modul bahasa Arab bagi tujuan menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah. Antara pendekatan yang sangat dipersetujui oleh responden ialah pemahaman nahu asas bahasa Arab bagi bacaan yang digunakan pada musim Haji dan Umrah iaitu seramai 240 orang dan diikuti dengan pemahaman nahu asas berserta contoh ayat lazim yang digunakan pada musim Haji dan Umrah iaitu seramai 230 orang. Manakala seramai 200 orang telah bersetuju agar pendekatan dibuat dalam bentuk penghafalan makna bacaan ibadat dan teks perbualan dengan menggunakan kaedah nahu Arab dan hanya seramai 170 orang sahaja bersetuju agar pendekatan dibuat dalam bentuk penghafalan makna bacaan ibadat dan teks perbualan tanpa menggunakan kaedah nahu Arab. Selain daripada itu, bagi memastikan modul ini benar-benar berkesan pengkaji telah mencadangkan beberapa bentuk penilaian diakhir modul. Apabila diteliti majoriti responden kajian ini berpendapat penting untuk membuat latihan amali atau praktikal sebagai satu bentuk penilaian di akhir modul bahasa Arab untuk Haji dan Umrah iaitu seramai 250 orang (83%) berbanding dengan penilaian 80

formal berbentuk menjawab soalan pengukuhan iaitu seramai 90 orang (30%) atau membuat kuiz pemahaman iaitu seramai 130 orang (43%). Hal ini dapat digambarkan bahawa keinginan responden yang memerlukan sebuah modul yang dapat membantu mereka secara realistik dan praktikal semasa mengerjakan ibadah Haji dan Umrah dari sebuah modul yang semata-mata mengkhusus kepada kemahiran bahasa Arab secara umum. Rajah 1.6: Penilaian di Akhir Modul Penilaian Di Akhir Modul 300 250 200 150 100 50 90 130 250 Ya 0 Menjawab soalan Membuat kuiz Membuat praktikal pengukuhan pemahaman RUMUSAN Setelah analisis dapatan telah dibuat, pengkaji mendapati bahawa keperluan modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah sangat tinggi. Berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi, pengkaji telah merumuskan bahawa jemaah yang menunaikan Haji dan Umrah kebanyakan berumur 41 tahun - 50 tahun. Hal ini telah diperakui oleh kebanyakkan syarikat-syarikat pelancongan. Lingkungan umur ini merupakan tahap yang paling sesuai untuk mengerjakan Haji dan Umrah. Ini kerana ibadah Haji dan Umrah memerlukan tenaga yang tinggi samada mental dan fizikal untuk menunaikannya. 81

Keperluan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Analisis Kajian Mohd Sollah Mohamed & Prof. Madya Dr. Mohammad Seman Selain daipada itu, jika diteliti responden yang tidak pernah belajar bahasa Arab telah memberi respon terhadap sebab-sebab mempelajari bahasa Arab apabila majoritinya telah memberikan pandangan mereka. Walaupun mereka tidak pernah belajar bahasa Arab tetapi mereka yakin bahawa bahasa Arab akan memberi banyak faedah lebih-lebih lagi yang ingin menunaikan Haji dan Umrah. Pengkaji juga telah membuat rumusan bahawa sebahagian besar responden sama ada yang pernah atau tidak belajar bahasa Arab menyokong untuk mempelajari bahasa Arab untuk tujuan ibadah Haji dan Umrah. Selain daripada itu, jika diteliti pengkaji dapati bahawa tahap pembelajaran responden yang mana sebahagian besarnya telah belajar bahasa Arab dipelbagai peringkat, namun tahap pemahaman bacaan-bacaan atau lafaz-lafaz doa berkaitan ibadah Haji dan Umrah masih rendah. Hal ini amat menyedihkan kerana masih ramai lagi jemaah yang tidak memahami bacaan-bacaan atau lafaz-lafaz doa berkaitan ibadah Haji dan Umrah. Ini menunjukkan bahawa jemaah Haji dan Umrah memerlukan satu bahan rujukan bahasa Arab untuk membantu mereka semasa menunaikan Haji dan Umrah. Selain itu, pengkaji juga telah membuat rumusan bahawa sebahagian besar responden sama ada yang pernah atau tidak belajar bahasa Arab menyokong bahawa mempelajari bahasa Arab penting untuk tujuan komunikasi semasa mengerjakan Haji dan Umrah di tanah suci. Selain daripada itu, pengkaji juga merumuskan bahawa kesemua lokasi-lokasi yang kemungkinan akan dikunjungi semasa menunaikan ibadah Haji dan Umrah adalah memerlukan penggunaan bahasa Arab untuk tujuan komunikasi. Ini telah dibuktikan bahawa kesemua peratusan dapatan kajian keperluan bahasa Arab untuk tujuan komunikasi mengikut lokasi-lokasi melebihi 50%. Pengkaji juga telah mendapati bahawa modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah perlu dibentuk. Ini telah dibuktikan bahawa sebahagian besar responden telah bersetuju menggunakan modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah iaitu seramai 270 orang responden ( 90%). Pendekatan yang dipersetujui oleh majoriti responden ialah pemahaman nahu asas bahasa Arab bagi bacaan yang digunakan pada musim Haji dan Umrah iaitu seramai 240 orang responden. Ini menunjukkan bahawa pemahaman nahu arab amat penting dalam setiap bacaan samada dalam bacaan ibadah atau teks perbualan. Selain itu juga, majoriti responden telah bersetuju agar latihan amali atau praktikal sebagai satu bentuk penilaian di akhir modul. Berdasar hasil dapatan keseluruhan kajian keperluan ini, pengkaji berasa amat yakin bahawa kebanyakan jemaah Haji dan Umrah menginginkan satu bahan rujukan untuk membantu mereka dalam menunaikan Haji dan Umrah. Selain itu, pembinaan modul yang dilakukan oleh pengkaji adalah satu usaha yang mendapat sokongan kebanyakan para jemaah Haji dan Umrah. Oleh itu, pengkaji bertekad untuk meneruskan hasrat yang murni ini untuk membantu para jemaah dalam mengejar kesempurnaan ibadah Haji dan Umrah. 82

PENUTUP Keseluruhan kajian ini merangkumi perbincangan tentang isi kandungan borang soal selidik, analisis soal selidik dan rumusan keseluruhan data soal selidik. Dalam kajian ini juga telah memaparkan keputusan analisis data soal selidik bagi setiap bahagian yang disediakan. Hasil keputusan analisis yang dibuat menunjukkan tahap keperluan bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah amat tinggi. Selain daripada itu, rumusan hasil dapatan keseluruhan kajian keperluan juga telah dibuat dan ia jelas menyokong usaha yang dilakukan oleh pengkaji dalam menghasilkan modul Bahasa Arab untuk tujuan Haji Umrah. RUJUKAN Abdul Halim Salleh. (2005). Tasmim Wahdat Dirasiyyat Li Al-Hujjaj Wa Al- Mu tamirin Al-Maliziyin Fi T alim Al-Lughat Al- Arabiyyat Li Aghrad Khassat. Tesis MA. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ahmad Jalaluddin Al-Islami. (2013). Penilaian Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Pelancongan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Anzaruddin Ahmad. (2004). Bahasa Arab Untuk Tujuan Agama: Kajian Terhadap Sikap Dan Motivasi Golongan Profesional. Tesis MA. Universiti Malaya. Ghazilah Mohd Isa. (2012). Pembinaan Dan Penilaian Modul Pengajaran Pola Ayat Bahasa Arab. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Ghazilah Mohd Isa. (2012). Pembinaan Dan Penilaian Modul Pengajaran Pola Ayat Bahasa Arab. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Mohammad Najib Jaffar. (2007). Pengajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan Agama. Kuala Lumpur : Seminar Serantau Islam Hadhari. Mohd Puzhi Usop, Mohammad Seman. (2010). Bahasa Arab Untuk Ibadah. Institut Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Mohd Rosdi Ismail, M. T. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 83

Keperluan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Analisis Kajian Mohd Sollah Mohamed & Prof. Madya Dr. Mohammad Seman Mok soon Sang. (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester1: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur Mokhtar, Maʻsūm. (2004). Pendekatan Baru Memahami Bahasa Arab. Jakarta: Markaz Humairā. Muhammad Sabri Sahrir. (2009). Panduan Belajar Bahasa Arab Untuk Jemaah Haji Dan Umrah. Vivar Printing Sdn. Bhd. : Selangor, Malaysia. Saini Ag. Damit. (2010). Penyediaan Dan Penilaian Modul Asas Bahasa Arab Untuk Pelajar Universiti. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Sohair Abdel Moneim Sery. (2010). Pengajaran bahasa Arab menerusi Al-Quran. Pustaka Haji Abdul Majis. Zainuddin Ismail, Ibrahim Yaacob & Salamiah Ab. Ghani. (2010). Asas bahasa Arab melalui Al-Quran. Bangi: Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. 84

85