IAIS Malaysia Policy Issue Papers

Similar documents
RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

KESAN PERTUKARAN AGAMA IBU BAPA TERHADAP STATUS AGAMA ANAK

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PERKAHWINAN KANAK-KANAK MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM, SIVIL DAN ADAT DI MALAYSIA : REALITI DAN CABARAN MASA KINI

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG DAN PERUNDANGAN JENAYAH DI MALAYSIA

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

ISLAM, UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Saya ucapkan terima kasih kepada Sisters In Islam kerana sudi

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

HAK UNTUK MEMILIH AGAMA ANUTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

KE ARAH PENUBUHAN BADAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA 1

PENILAIAN PENGETAHUAN

Autoriti Agama di Malaysia: Kedudukan dan Kritikan

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Transcription:

IAIS Malaysia Policy Issue Papers No. 3 June 2016 PENUKARAN AGAMA KANAK-KANAK Isu dan Cadangan Mohamed Azam Mohamed Adil Ahmad Badri Abdullah

Penukaran Agama Kanak-Kanak: Isu dan Cadangan Kertas Isu dan Polisi IAIS Malaysia Mohamed Azam Mohamed Adil Ahmad Badri Abdullah

Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia Menjalankan operasinya di Kuala Lumpur, Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia ditubuhkan pada tahun 2008 sebagai sebuah institusi penyelidikan bebas yang bukan bermotifkan keuntungan. Institusi ini meletakkan komitmen yang tinggi dalam mencapai matlamatnya untuk menjalankan kajian-kajian akademik berkaitan Islam dan isu-isu yang berbangkit di Malaysia secara khusus, dunia Islam secara umum, serta dalam hubungan Islam dengan tamadun-tamadun lain. Pengasas kepada institusi ini adalah Profesor Mohammad Hashim Kamali, seorang sarjana terkemuka khususnya dalam bidang perundangan Islam. Kajian-kajian yang dijalankan di IAIS mengambil pendekatan pragmatik serta berorentasikan kajian polisi yang berteraskan daripada tradisi keintelektualan dalam khazanah ketamadunan Islam. Institut ini telah mengambil felo-felo penyelidik yang mempunyai kedudukan yang diiktiraf dalam bidang masing-masing, serta berhubung rapat dengan para sarjana dan ahli akademik dalam bidang-bidang kepakaran tertentu sama ada sebagai penyelidik pelawat atau dalam membekalkan konsultansi. IAIS Malaysia menerbitkan jurnal antarabangsa secara berkala iaitu empat keluaran bagi setahun iaitu Islam and Civilisational Renewal (ICR) begitu juga dengan buku-buku, monograph, serta siri terbitan berkala. ICR membawakan artikel, sudut pandang, temuramah, dan ulasan buku yang bermatlamat untuk mempromosikan kajian-kajian lanjutan, wacana-wacana yang berkualiti dan isu-isu berkaitan dengan pembaharuan tamadun dalam mengetengahkan sumbangan masyarakat Islam terhadap bidang keilmuan dan tradisi kebudayaan. Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia Jalan Elmu, Off Jalan Universiti 59100 Kuala Lumpur, Malaysia www.iais.org.my IAIS Malaysia 2016 Perkataan al-hikmah di kulit hadapan bermaksud polisi di dalam Bahasa Arab moden. ISBN 978-967-12545-2-3

Prakata Editor PENUKARAN AGAMA KANAK-KANAK Kami di IAIS Malaysia amat berbesar hati untuk membincangkan semula tajuk Penukaran Agama Kanak-kanak: Isu dan Cadangan dalam Kertas Isu dan Polisi. Sejak edisi pertama dalam Bahasa Inggeris dengan judul Conversion of Minor: Issues and Challenges diterbitkan dalam tahun 2013, isu penukaran agama oleh salah satu pihak yang asalnya bukan beragama Islam dan mendaftarkan perkahwinan di bawah Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, banyak perkembangan telah berlaku. Kertas Isu dan Polisi ini merupakan hasil daripada beberapa siri konsultasi bersama beberapa pemuka yang terkemuka di Malaysia, hakim-hakim dan pihak NGO yang menumpukan kepada isu mengenai penukaran agama serta beberapa isu lain yang berkaitan, khususnya yang melibatkan status anak bagi pasangan yang menukar agama. Semuanya bermula dengan keputusan Kabinet pada bulan April 2009, kemudian pada 2013 dan yang terkini pada hujung 2015 berkaitan dengan penukaran agama oleh salah satu pihak dan kemudiannya berkait dengan penukaran agama anak-anak serta perebutan hak penjagaan anak-anak berikutan pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah serta peruntukan yang tidak jelas dalam isu ini telah menimbulkan perbahasan awam yang tidak berkesudahan. Keputusan terbaru dalam kes Mohamad Riduan Abdullah lwn Indhira Ghandi (2015) di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa keputusan oleh Mahkamah Syariah Ipoh terhadap hak penjagaan anak-anak mengikut bapa yang beragama Islam dan pengesahan agama Islam kanak-kanak tersebut sekali lagi mencetuskan perbahasan yang tidak berkesudahan justeru kerana kedua-dua Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa masing-masing. Banyak forum awam dan perbincangan meja bulat telah dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan NGO Islam dan bukan Islam, agensi kerajaan, Majlis Peguam, dan pihak berkuasa agama yang membahaskan isu tersebut. Sehubungan dengan itu, Kertas Isu dan Polisi ini mengupas perbahasan tersebut dengan mengambil kira keadaan sebenar. Selain itu, Kertas Isu dan Polisi ini secara asasnya, mengandungi tiga segmen, iaitu segmen pertama yang membincangkan mengenai penukaran agama dari aspek pemikiran Islam dan membentangkan respons Syariah terhadap kes penukaran agama bagi kanak-kanak. Ini diikuti dengan penelitian dan perbahasan terhadap keputusan Kabinet pada tahun 2009, 2013 dan perkembangan seterusnya sehingga kes Muhammad Riduan Abdullah lwn Indira Gandhi (2015) berserta kesimpulan yang menggambarkan pendirian IAIS Malaysia mengenai perkara ini berserta polisi cadangan yang dilihat relevan. Tiga lampiran pada bahagian akhir membekalkan maklumat tambahan mengenai respon masyarakat awam terhadap perintah Kabinet tersebut, ringkasan statut undang-undang serta beberapa kes mahkamah yang berkaitan.

KERTAS ISU DAN POLISI IAIS MALAYSIA Fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 87 pada 25 Jun 2009 memutuskan bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur adalah mengikut Islam dan hak penjagaan anak tersebut hendaklah diletak di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam. Apa yang menarik ialah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa tersebut memutuskan bahawa Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama seseorang di bawah 18 tahun adalah mengikut ketetapan oleh ibu atau bapa tidak perlu dipinda. Keputusan fatwa ini telah diikuti oleh Sabah, Sarawak dan Pahang. Malangnya kesemua fatwa tersebut tidak diwartakan. Fenomena penukaran agama merupakan isu yang sangat sensitif kerana ia melibatkan dua penganut agama yang berlainan. Ia menjadi fokus perbincangan di Malaysia sejak empat dekad yang lalu, serta telah menjadi begitu kompleks. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah organisasi pemikir Islam, kami percaya bahawa adalah menjadi keperluan yang mendesak untuk membentangkan respons serta pendapat yang sesuai bagi isu-isu masyarakat dalam usaha kami untuk mencari penyelesaian yang memuaskan. Kami tidak mendakwa bahawa cadangan-cadangan ini bersifat mutlak. Penyelesaian yang dicadangkan ini merupakan pandangan yang dapat dipertimbangkan kesesuaiannya. Diharapkan agar jabatan-jabatan kerajaan dan para perangka polisi di Malaysia akan mengambil perhatian serius terhadap cadangan penambahbaikan yang kami utarakan ini. Semenjak daripada penubuhannya pada tahun 2008, IAIS Malaysia telah secara aktif terlibat dalam menganjur, membentang pelbagai syarahan umum, forum, persidangan-persidangan peringkat nasional dan antarabangsa, serta perbincangan meja bulat yang membincangkan isu-isu berkaitan Islam dalam perkembangan semasa. Kami telah sekurang-kurangnya menganjurkan empat puluh acara pada setiap tahun. Manakala pendapat-pendapat yang diutarakan pada penulisan ini merupakan hasil penelitian terhadap sumber-sumber rujukan Islam, beserta informasi dan pandangan yang diperolehi menerusi interaksi dan hubungan bersama masyarakat awam. Walaubagaimanapun, pihak kami tetap bertanggungjawab ke atas sebarang kekurangan dalam pandangan atau cadangan yang kami bentangkan ini. Kami berharap dapat menyentuh mengenai topik berkaitan isu-isu yang menjadi keprihatinan masyarakat awam serta membincangkan isu-isu berbangkit melalui perspektif Islam yang relevan bagi proses pembentukan polisi-polisi awam dan perundangan pada siri yang akan datang. Mohamed Azam Mohamed Adil Ahmad Badri Abdullah Editor

Kertas Isu dan Polisi IAIS Malaysia PENUKARAN AGAMA KANAK-KANAK: ISU DAN CADANGAN RINGKASAN EKSEKUTIF Isu penentuan agama kanak-kanak sekali lagi heboh diperkatakan di Malaysia berikutan keputusan kes Muhammad Riduan Abdullah lwn Indira Gandhi (2015) di Mahkamah Rayuan. Ini kerana, isu pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah serta perkara yang berkaitan yang masih tidak berkesudahan sehingga hari ini menimbulkan masalah antara pihak yang beragama Islam dan pihak bukan Islam, yang pada asalnya mendaftarkan perkahwinan mereka di bawah undangundang Sivil. Isu yang sama juga timbul apabila Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan 2013 dibentang untuk bacaan pertama pada awal tahun 2013 di persidangan Dewan Rakyat yang melibatkan peruntukan di bawah Seksyen 107 mengenai keupayaan untuk memeluk agama Islam di mana kanak-kanak yang bukan beragama Islam boleh memeluk agama Islam sekiranya dia waras dan sudah mencapi umur 18 tahun. Bagi kanak-kanak berumur kurang dari 18 tahun, ia perlu mendapat izin ibu atau bapa atau penjaganya. Merujuk kepada keputusan dalam mesyuarat kabinet pada 23 April 1 2009, antara lain memutuskan bahawa pengislaman kanak-kanak bawah umur 18 tahun hendaklah mendapat persetujuan kedua ibubapa kanak-kanak tersebut. Sekiranya persetujuan tidak tercapai antara salah satu pihak yang masih enggan memeluk agama Islam dan satu pihak yang memeluk agama Islam, agama bagi kanak-kanak tersebut adalah mengikut pihak yang bukan Islam kerana asal perkahwinan adalah mengikut bukan Islam. Keputusan ini telah mencetuskan pelbagai respons daripada masyarakat awam sama ada yang berbentuk yang negatif atau positif serta telah dilaporkan secara meluas dalam liputan-liputan media. Kertas Isu dan Polisi ini akan menghuraikan pelbagai pandangan fiqh mengenai isu sama ada seorang anak bagi pasangan yang menukar agama sewajarnya memeluk Islam atau menolaknya, serta menumpukan terhadap masalah paksaan dalam penukaran agama. Kami berpendapat bahawa kebajikan bagi seseorang anak seharusnya menjadi perhatian utama pihak penjaga dan para perangka polisi, berbanding status kegamaannya semata-

KERTAS ISU DAN POLISI IAIS MALAYSIA mata. Para pemimpin kerajaan dapat memberi respons yang efektif bagi situasi-situasi yang mendesak, atau yang berkaitan dengan dilema yang wujud dalam masyarakat moden, sama ada yang telah wujud ataupun tidak dalam perbincangan hukum-hukum Syariah, melalui mekanisme Siyāsah al-shar c iyyah (polisi berorentasikan Syariah) dalam mancapai penyelesaian yang tidak terdapat dalam peruntukan undangundang yang sedia ada. Kami mencadangkan beberapa solusi yang praktikal iaitu: i) Mempastikan bahawa isu penukaran agama ini tidak memberi kesan terhadap keputusan yang dibuat berkaitan dengan kebajikan seseorang anak dan tanggungjawab penjagaannya ke atasnya. ii) Antara isu lain yang berkaitan adalah mengenai pindaan seksyen 51 Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Cerai) 1976, dan membentuk sebuah tanda aras bagi percampuran bidang kuasa mahkamah iaitu hakim-hakim bagi mahkamah Syariah dan Sivil dapat bersama-sama dalam memberi keputusan mengenai isu pertukaran agama dan identiti kegamaan bagi seseorang anak. Tiga lampiran yang terdapat pada bahagian akhir kertas ini bagi menyokong pendirian kami adalah: Respons masyarakat awam terhadap keputusan Kabinet. Undang-undang Statut Malaysia berkenaan Penukaran Agama. Kes-kes utama mengenai pertukaran agama. Penukaran Agama Menurut Perspektif Hukum Islam Mazhab-mazhab muktabar dalam disiplin fiqh telah merakamkan persetujuan mereka terhadap sebahagian perkara dan berbeza pada sebahagian perkara lain dalam isu pertukaran agama bagi kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. Di kalangan para fuqaha daripada pelbagai mazhab telah menyatakan persetujuan mengenai kesan apabila kedua-dua ibu bapa yang bukan beragama Islam menukar agamanya kepada Islam. Apabila perkara tersebut berlaku, maka anak mereka juga dianggap telah menganut agama Islam bersama-sama ibu atau bapanya tersebut. Haruskah Seorang Anak Mengikuti Ibu-bapanya yang Telah Menukar Agama? Terdapat perbezaan pandangan mengenai isu status agama bagi seseorang anak apabila salah seorang daripada ibu bapanya memeluk Islam. Pendapat majoriti yang diwakili oleh mazhab Hanafi, Syafi i, dan Hanbali 2

PENUKARAN AGAMA KANAK-KANAK menyatakan bahawa anak tersebut perlu menuruti agama ibu atau bapanya yang memeluk Islam. 1 Manakala menurut Imam Malik, anak tersebut perlu mengikuti agama ayahnya yang telah memeluk Islam sahaja. Namun begitu, hak yang sama tidak diberikan kepada ibu ataupun datuknya. Ini kerana seseorang anak itu hanya mewarisi identiti dan nasab bagi ayahnya sahaja. Perbezaan pendapat yang timbul di kalangan mazhab dan para fuqaha berikutan perspektif mereka yang berbeza terhadap al-qur an dan Hadith. Al-Qur an pada dasarnya tidak membekalkan sebarang penerangan yang jelas mengenai isu ini, manakala sebahagian ayat al-qur an dan Hadith yang dibincangkan oleh para fuqaha hanya mengandungi menifestasi terhadap zahir ayat-ayat tersebut (ÐÉhir) yang hakikatnya bertentangan dengan hukum yang jelas daripadanya (naîî). 2 Bolehkah Seseorang Kanak-kanak Menganuti Sebarang Agama? Wujudnya perbezaan pendapat bagi persoalan sama ada seseorang kanakkanak boleh menganut sebarang agama atau menukar agamanya kepada Islam. Kebanyakan ulama berpegang kepada pandangan bahawa seseorang kanakkanak boleh memeluk Islam dengan berhujah bahawa sebahagian para Sahabat r.a. yang utama seperti Ali b. Abi Thalib, Zubayr b. Awwam, Abd Allah b. Umar, Asma bint Abu Bakr dan selain mereka memeluk Islam sewaktu usia kanak-kanak. 3 Imam Abu Hanifah dan muridnya seperti Muhammad b. Hassan Al- Shaybani berpegang bahawa pertukaran agama kepada Islam atau murtad daripadanya bagi kanak-kanak mumayyiz yang mampu memahami Islam adalah sah. Manakala Abu Yusuf pula menyatakan bahawa hanya tindakan kanak-kanak tersebut menganut Islam sahaja yang dianggap sah manakala bagi perbuatan murtad adalah tidak sah. Murid-murid Abu Hanifah yang lain seperti Zufar b. Hudhayl, berpegang bahawa seorang kanak-kanak tidak boleh bertukar agama sama ada daripada agama lain kepada Islam ataupun keluar daripada Islam kepada agama yang lain. Sufyan al-thawri pula menyatakan kanak-kanak tersebut diberikan hak untuk memilih agamanya setelah mencapai usia akil baligh. 4 Bagi mereka yang berpegang bahawa seseorang kanak-kanak tidak layak untuk memilih agama menyarankan bahawa kefahaman adalah prasyarat penting dalam hal ini. Namun, mana mungkin seorang kanak-kanak dapat memenuhi syarat tersebut. 5 Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadith: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, namun ibu bapanyalah 3

KERTAS ISU DAN POLISI IAIS MALAYSIA yang menukarkan agamanya kepada Yahudi atau Kristian, sehinggalah dia dapat mengungkapkan mengenai dirinya dengan perkataannya sendiri: kemudian dia tidak bersyukur dan tidak juga kufur, (Riwayat Muslim, #4809). Keadaan fitrah sepertimana yang dinyatakan oleh Hadith ini mengambarkan keadaan seseorang yang tidak mempunyai sebarang anutan agama. Anak tersebut masih belum mampu untuk menentukan ataupun memilih agamanya. Oleh yang demikian, semua kanak-kanak tidak menanggung dosa dan tidak dipertanggungjawabkan ke atas sebarang tindakan mereka, sama ada mereka merupakan waris keturunan bagi orang muslim ataupun sebaliknya. Berdasarkan pendapat yang lain, keadaan fitrah dalam Hadith berkenaan merujuk kepada Islam sendiri, sebagaimana ia dikenali juga sebagai agama fitrah. Ini membawa pengertian bahawa Islam merupakan status agama bagi semua anak yang dilahirkan. Kami mengambil pendirian yang pertama iaitu: seseorang anak itu mengikuti agama ibu bapanya sehinggalah dia mencapai peringkat umur apabila dia sudah mampu untuk berfikir secara matang, lalu dia dibolehkan untuk memilih sama ada untuk menjadi Muslim ataupun seorang yang tidak beriman. Hendaklah diperhatikan juga bahawa Hadith Seseorang anak itu mengikuti agama ibu bapanya sehinggalah dia mencapai peringkat umur apabila dia sudah mampu untuk berfikir secara matang tersebut turut menyentuh mengenai peranan kedua-dua ibu bapa dan bukan hanya salah seorang daripada mereka. Agama seorang anak di bawah umur majoriti adalah mengikuti agama ibu bapanya yang Muslim pada keadaan yang normal. Namun perkara ini tidak berlaku jika wujudnya konflik di kalangan ibu bapanya mengenai identiti agama anak tersebut. Oleh itu, pendapat yang dipakai selama ini kemungkinan tidak dapat menghasilkan keputusan yang memuaskan atau adil. Campurtangan undang-undang mungkin diperlukan bagi mencapai keadilan bagi kes seperti ini. Namun begitu, dalil-dalil yang sedia ada masih tidak memadai bagi menyokong pentafsiran bahwa kanakkanak di bawah umur mumayyiz dapat menentukan atau menolak sebarang agama. Dalam ungkapan lain, seseorang kanak-kanak perlulah mampu untuk mengungkapkan perkataannya sendiri untuk dia dikira layak memilih agamanya sendiri. Setelah itu barulah dia berkelayakan untuk menganut Islam ataupun tidak. 6 Ini adalah selaras dengan peruntukan yang terdapat pada 4

PENUKARAN AGAMA KANAK-KANAK undang-undang Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri yang menjadi pertikaian oleh pelbagai pihak, iaitu bagi seseorang individu menukarkan agamanya kepada Islam, dia hendaklah (1) mengucapkan dua kalimah Syahadah dalam bahasa Arab (2) hendaklah menyedari bahawa keduuadua perkataan tersebut membawa maksud: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah ; dan (3) melafazkan kedua-dua kenyataan tersebut dengan kehendak diri sendiri. Perlu juga dimaklumi bahawa Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama Islam yang dikuatkuasakan pada masa kini di enam buah negeri di Malaysia telah meminda peruntukan mengenai status agama bagi seseorang anak apabila ibu atau bapanya menganut agama Islam. Pindaan peruntukan tersebut menyatakan bahawa jika seseorang yang ingin menukarkan agamanya masih belum mencapai usia akil baligh menurut hukum Islam, kanak-kanak tersebut hendaklah mendapat keizinan untuk memeluk Islam daripada kedua-dua ibu bapa atau penjaganya (sebagai contoh, lihat Seksyen 117 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor, 2003). Kami mendapati keputusan fiqh yang disepakati sepertimana yang telah dihuraikan di atas tidak menimbulkan sebarang isu bagi pihak kami jika keduadua pihak ibu dan bapa bersama-sama memeluk Islam, kerana dengan ini tidak timbul sebarang masalah jika anak mereka juga memeluk Islam. Namun keadaan yang menimbulkan masalah ialah apabila hanya salah seorang daripada ibu bapa berkenaan bertukar agama kepada Islam. Tidak sepertimana pendapat majoriti dalam fiqh yang kebanyakannya hanya menumpukan kepada persoalan status agama, pihak kami lebih menumpukan kepada kebajikan yang terbaik bagi anak tersebut, keharmonian bagi sesebuah keluarga, dan keadilan bagi setiap pihak yang terlibat. Kami mencadangkan perkara ini selaras dengan prinsip Siyāsah al- Shar c iyyah yang akan diterangkan selepas ini. Analisa kami juga mengambil pendekatan berasaskan Maqāṣid, iaitu premis yang terdapat dalam matlamat tertinggi atau tujuan asas bagi Syariah, ataupun dikenali sebagai Maqāṣid al- Sharī c ah. Ini adalah dengan melihat kepada dua aspek Maqāṣid iaitu pemeliharaan terhadap agama, sama ada terhadap keluarga dan kanak-kanak yang terlibat. 7 Perlembagaan Malaysia membekalkan sebuah set bagi hak-hak asasi dan kebebasan bagi setiap warga tanpa mengambilkira perbezaan jantina, bangsa, atau agama. Setiap warganegara menikmati hak yang samarata di bawah undang-undang dan perlindungan yang sama di bawah institusi mahkamah. 5

KERTAS ISU DAN POLISI IAIS MALAYSIA Perlembagaan juga merupakan sebuah instrumen polisi awam yang telah dibentuk hasil daripada konsultasi dan persetujuan serta autoriti dan kedudukannya diterima secara menyeluruh. Jesteru, ia merupakan arahan daripada mereka yang bertanggungjawab ke atas urusan masyarakat (uli al-amr) dan harus ditaati sebagai arahan daripada pemimpin negara (ahkām uli al-amr) (lihat Qur an, Surah 4: ayat 59). Perlembagaan sendiri merupakan sebuah instrumen Siyāsah, begitu juga pendekatan yang diambil dalam melaksanakan peruntukanperuntukannya. Pendekatan dalam menjalankan hak-hak keperlembagaan ini dalam pelbagai konteks dan keadaan, adalah terbuka kepada pertimbangan polisi yang bijak, konsultasi, dan Siyāsah al-shar c iyyah, bagi mendepani isu-isu yang menjadi pertikaian serta tumpuan masyarakat awam di negara ini. Aplikasi Siyāsah al-shar c iyyah Doktrin undang-undang awam Islam ataupun Siyāsah al-shar c iyyah (akan diistilahkan sebagai Siyāsah) yang diperakui oleh kesemua kelompok mazhab, memberi autoriti kepada kerajaan yang sah untuk mengeluarkan arahan, menggubal peraturan dan prosedur tertentu, termasuklah undangundang dan polisi, yang dapat menjamin berlakunya keadilan dan urustadbir yang baik, khususnya bagi situasi-situasi yang tidak dinyatakan hukumnya oleh Syariah. Siyāsah merupakan sebuah instrumen yang bersifat anjal serta pendekatan yang mementingkan kebijaksanaan. Ia membolehkan pemimpin kerajaan untuk memberi reaksi yang berkesan terhadap isu-isu yang tidak disentuh oleh Syariah, situasi kecemasan, dan dilema masyarakat moden kini sama ada yang pernah atau tidak pernah dihurai dalam hukum-hukum Syariah. Berikutan dengan itu, polisi yang ingin diambil hendaklah selaras dengan matlamat dan tujuan asas (Maqāṣid) bagi Syariah walaupun ia bercanggah dengan hasil-hasil ijtihād yang terdahulu. Ibnu Qayyim al-jawziyyah (w.1350m) mensifatkan Siyāsah sebagai sebarang ketetapan yang membawa masyarakat kepada kemanfaatan, menjauhkan mereka daripada prejudis dan penyelewengan, walaupun ketetapan itu tidak pernah diperakui oleh Nabi SAW, ataupun ditetapkan oleh naṣṣ wahyu daripada Allah,. Apabila sesebuah inisiatif berlandaskan Siyāsah ini dapat membawa kepada keadilan, ia dianggap sebagai selaras dengan agama dan tidak bertentangan prinsip-prinsipnya dengannya. 8 Keadilan dalam Islam Adalah Sama bagi Muslim atau bukan Islam Kewujudan masyarakat berbilang agama di Malaysia menuntut pihak kerajaan untuk mencari solusi yang sesuai bagi isu-isu yang menjadi keprihatinan awam. Ini adalah bagi mencetuskan keadilan dan keharmonian sosial di kalangan 6

PENUKARAN AGAMA KANAK-KANAK penganut pelbagai agama. Maruah insan dan keadilan, keharmonian sosial dan layanan yang saksama di dalam perspektif Islam tidak hanya kepada masyarakat Muslim, bahkan bagi semua pihak. Setiap manusia seharusnya dilayan dengan adil dan dengan cara yang bermaruah. Islam mempunyai matlamat untuk memelihara kebajikan masyarakat, keamanan, dan kerukunan dalam hubungan sosial. Namun begitu, corak perundangan yang masih berjalan di Malaysia serta tatacara yang diaplikasikan dalam kes-kes pertukaran agama telah membuktikan bahawa ianya tidak menghasilkan solusi yang memuaskan bagi isu-isu yang berkaitan. Ini sebahagiannya disebabkan oleh sensitiviti yang wujud di kalangan masyarakat tempatan dan juga kerana setiap penyelesaian terhadap isu ini memerlukan penyelarasan di antara kedua-dua sistem perundangan Syariah dan sivil. Polisi yang ingin diambil hendaklah selaras dengan matlamat dan tujuan asas (Maqāṣid) bagi Syariah walaupun ia bercanggah dengan hasil-hasil ijtihād yang terdahulu KEPUTUSAN KABINET DAN RESPONS DARIPADA IAIS MALAYSIA Poin 1: Bagi seseorang yang menukarkan agamanya kepada Islam, serta mempunyai ikatan perkahwinan dengan pasangannya di bawah undangundang sivil, ia dikehendaki terlebih dahulu menyelesaikan isu-isu yang penting berkaitan dengan pasangan serta keluarganya yang bukan bergama Islam. Ini seperti isu hak penjagaan anak, urusan kehartaan melalui prosedur undang-undang sivil sebelum beliau meneruskan kehidupannya sebagai seorang Muslim. Respons IAIS: Ini adalah selaras dengan perspektif Islam dan etika. Pertukaran agama kepada Islam tidak sama sekali menghilangkan tanggungjawab seseorang terhadap manusia lain, khususnya ke atas darah keturunannya sendiri. Tugas untuk memenuhi tanggungjawab tersebut merupakan sesuatu yang sangat penting di sisi Islam. Walaubagaimanapun bagi aspek praktikalnya, IAIS mencadangkan agar seksyen 51 Akta Membaharui Undang- Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 dipinda bagi memastikan keadilan terlaksana ke atas kedua-dua pihak ibu bapa sama ada yang menukar agama dan juga bagi yang tidak menukar agamanya. Selain itu, isu-isu yang berbangkit hendaklah dirujuk kepada sebuah tanda aras yang istimewa iaitu yang melibatkan percampuran bidang kuasa mahkamah 7

KERTAS ISU DAN POLISI IAIS MALAYSIA yang akan diperjelaskan pada bahagian seterusnya. Poin 2: Kabinet turut mempersoalkan hak bagi seorang ayah yang telah memeluk Islam untuk turut menukarkan agama anaknya juga kepada Islam. Respons IAIS: Paksaan ke atas seorang anak untuk menganuti sesuatu agama adalah tidak adil ke atas pihak ibu bapa yang tidak menukarkan agamanya kepada Islam, bahkan hakikatnya tindakan untuk menganuti sebarang agama hendaklah dilakukan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab berserta pengetahuan tentang kesan daripada tindakan tersebut. Poin 3: Jika tidak wujud persetujuan di kalangan pihak ibu atau bapa yang menukar agama kepada Islam dengan pasangan yang memilih untuk kekal dalam agama yang asal pada waktu perkahwinan mereka, seseorang anak seharusnya dibenarkan untuk kekal dalam agama orang tuanya pada masa mereka melangsungkan perkahwinan. Respons IAIS: Keputusan-keputusan ini hakikatnya tidak bersifat pragamatik. Penerangan berikut menghuraikan perkara ini: 1. Kebajikan anak tersebut hendaklah menjadi perhatian utama. Apabila sesebuah keluarga mengalami keretakan akibat pertukaran agama 8 salah seorang daripada ibu atau bapa, ia akan menimbulkan suatu persoalan penting iaitu siapakah yang mempunyai hak penjagaan ke atas anak mereka? Perhatian utama dalam situasi ini hendaklah diberikan kepada aspek kebajikan anak tersebut. Manakala bagi aspek agama yang dianuti oleh anak berkenaan merupakan persoalan yang kedua. 2. Isu pertukaran agama tidak seharusnya mendahului persoalan hak penjagaan. Amalan semasa membolehkan seorang yang menukar agamanya (mu allaf) untuk mendaftarkan anak-anaknya sebagai seorang Islam sebelum isu mengenai hak penjagaan anak-anak tersebut diselesaikan. Berikutan dengan itu, masalah yang rumit bakal timbul khususnya apabila undang-undang (jika dipinda selaras dengan keputusan Kabinet) menyatakan bahawa persoalan hak penjagaan hendaklah dibicarakan di bawah undangundang sivil, kerana perkahwinan asal pasangan berkenaan dimetrai atas undang-undang tersebut. Oleh itu, kami mencadangkan agar prosedur penjagaan seseorang anak hendaklah menjadi keutamaan berbanding penentuan status agama ke atasnya. Apabila prosedur tersebut sudah selesai, maka barulah seseorang anak akan ditetapkan untuk mengikuti agama ibu atau bapanya yang dipertanggungjawabkan untuk menjaganya.

PENUKARAN AGAMA KANAK-KANAK Perhatian utama dalam situasi ini hendaklah diberikan kepada aspek kebajikan anak tersebut 3. Menetapkan agar seseorang anak perlu kekal pada agama asal kemungkinan tidak akan membawa keadilan. Membuat ketetapan supaya seseorang anak kekal pada agama yang asal ibu bapanya, iaitu agama yang dianuti sewaktu mereka melangsungkan perkahwinan di bawah undang-undang sivil, pada sesetengah keadaan juga bukanlah sebuah tindakan yang bijak. Misalnya, jika seorang isteri yang beragama Budha menganut Islam dan suaminya kekal dengan agama Budha, maka ibu tersebut tidak akan mempunyai pilihan jika bekas suaminya menuntut agar anaknya dibesarkan sebagai seorang yang beragama Budha. Hak untuk menentukan agama seseorang anak hendaklah bergantung kepada pihak ibu atau bapa yang menjadi penjaga kepada anak tersebut. Dalam undang-undang Islam dan sivil, kemaslahatan dan kebajikan seseorang anak adalah ukuran penting dalam menentukan hak penjagaan ke atasnya. Kriteria yang sama pada kedua-dua undang-undang tersebut adalah seperti umur dan jantina seseorang anak (iaitu jika anak tersebut telah mencapai peringkat mampu memberikan pandangannya sendiri), kemampuan untuk membesarkan anak tersebut, serta termasuk nilai-nilai moral pada ibu bapa berkenaan. Walaupun dalam praktik yang dilaksanakan di mahkamah, keduakedua sistem perundangan tersebut menyatakan bahawa agama dan nilainilai keagamaan menjadi pertimbangan utama dalam memutuskan kemanfaatan yang terbaik bagi seseorang anak, hakikatnya agama bukanlah faktor tunggal yang menentukan penyelesaian bagi isu penjagaan anak tersebut. CADANGAN PENYELESAIAN: KE ARAH SOLUSI YANG MUNASABAH Sesetengah pihak mungkin berhujah bahawa seksyen 51 Akta Membaharui Undang Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 akan membawa keputusan yang berpihak kepada ibu atau bapa yang kekal pada agama asal, dan persepsi yang biasa timbul ialah mahkamah sivil akan sentiasa berpihak kepada ibu atau bapa yang bukan Islam. Oleh itu kami mencadangkan beberapa kaedah penyelesaian iaitu: Pilihan 1: Meminda Seksyen 51 dan menjadikan Mahkamah Sivil sebagai bertanggungjawab menangani kes-kes pertukaran agama. Melalui langkah ini ibu bapa Islam atau bukan Islam akan mendapati layanan 9

KERTAS ISU DAN POLISI IAIS MALAYSIA yang saksama di bawah mahkamah Sivil tanpa wujudnya keutamaan ke atas salah seorang daripada mereka. Pada 21 haribulan Ogos 2009, akhbar The News Straits Times melaporkan bahawa Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Mahkamah Syariah merupakan pihak yang mempunyai kelayakan atau kompetensi untuk memutuskan mengenai status keagamaan bagi seseorang Muslim dan juga bagi mereka yang mengalami pertikaian mengenai pertukaran agama mereka kepada Islam. Turut diputuskan bahawa seorang bukan Islam yang ingin mencabar sebuah proses pertukaran agama boleh hadir ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan sebarang perintah mahkamah. Ini juga merupakan sebuah keputusan yang wajar diterima kerana matlamat utama bagi cadangan ini adalah bagi mengwujudkan hanya sebuah mahkamah, sama ada Mahkamah Sivil atau Syariah yang akan menangani isu-isu ini. Selain itu, ini juga demi mempastikan pasangan yang telah berpisah tidak berada dalam senario yang berlainan dan berkonflik antara satu sama lain. Pilihan 2: Membentuk bidangkuasa yang bersifat campuran (Mixed Court) Dalam keadaan apabila Mahkamah Sivil tidak dapat untuk menetapkan kesemua aspek pertikaian mengenai isu pertukaran agama, dan menimbulkan kesulitan dalam usaha penggabungan antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah, kami mencadangkan sebuah penyelesaian yang bersifat ad-hoc, iaitu pembentukan sebuah ukuran yang istimewa yang melibatkan penggabungan bidangkuasa dalam proses penghakiman. Dalam proses ini, para hakim di Mahkamah Syariah dan Sivil akan bersama-sama dalam memutuskan penghakiman berhubung isu pertukaran agama yang dipertikaikan serta mengenai identiti agama bagi seseorang anak. Selain itu, Mahkamah Sivil akan berperanan menentukan mana-mana kes yang perlu dibawa untuk dirujuk kepada penghakiman yang berbentuk gabungan ini. Undang-undang juga boleh menetapkan bahawa mahkamah dapat mengeluarkan arahan penjagaan secara bersama, dan menentukan agar seorang kanak-kanak itu dibesarkan dalam agama pihak ibubapa atau penjaganya yang diberikan hak penjagaan dan tanggungjawab untuk membesarkan anak tersebut sehinggalah dia mencapai umur akil baligh. Arahan penjagaan tersebut juga hendaklah menetapkan bahawa pihak ibubapa yang memperolehi hak penjagaan hendaklah mendedahkan anak tersebut kepada pendidikan keduadua agama bagi ibubapanya. Pilihan 3: Membentuk Jawatankuasa Perundangan bagi Majlis Raja-Raja. Cadangan menubuhkan Jawatankuasa Kehakimam oleh Majlis Raja-raja dalam 10

PENUKARAN AGAMA KANAK-KANAK pertikaian untuk menentukan agama kanak-kanak dan hak penjagaan kanakkanak dari dua pihak yang berlainan agama mungkin dapat menyelesaikan kemelut ini. Penubuhan Jawatankuasa ini tidak mengambil bidang kuasa Mahkamah Sivil mahupun Mahkamah Syariah. Ia adalah satu Jawatankuasa khas yang melibatkan kes-kes khas. Ahli yang dilantik adalah dari mereka yang arif dalam kedua-dua bidang, undang Islam dan undang-undang Sivil di samping hakim dari Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. 9 Pilih 4: Ketua Hakim Negara dapat membuat keputusan secara bebas untuk membentuk sebuah bahagian yang dapat dikenali sebagai Mahkamah Campuran. Kini, terdapatnya sebuah Bahagian Muamalat di dalam kerangka perundangan yang sedia ada, yang diwujudkan bagi menangani kes-kes berhubung kewangan Islam. Oleh itu, bahagian ini dapat dikembangkan dan dikenali sebagai Bahagian Muamalat dan Penghakiman Gabungan. Saranan ini tidak memerlukan sebarang pindaan perlembagaan serta kurang menimbulkan masalah dalam aspek pentadbirannya. 10 Pilihan 5: Mempertahankan Islam sebagai Agama Persekutuan. Memandangkan Islam telah ditetapkan sebagai Agama Persekutuan bagi Menjadi tanggungjawab bagi setiap kerajaan untuk melindungi hak kanak-kanak bagi mempastikan mereka mempunyai hubungan yang berterusan dengan ibu bapa mereka -Konvensyen PBB berkaitan Hak Kanak-Kanak Malaysia dan pemeliharaannya diperakui oleh Perlembagaan, dari segi undang-undang anak bagi pasangan tersebut hendaklah dihantar ke Sekolah Kebangsaan, atau mana-mana sekolah yang terdapat pendidikan Islam di dalam kurikulumnya sehinggalah dia berumur 18 tahun. Setelah menjangkaui umur 18 tahun, anak tersebut boleh menentukan agaman pilihan dirinya sendiri dan kenyataannya mengenai hal tersebut hendaklah direkod untuk tujuan rujukan pada masa hadapan. Seterusnya, setiap usaha hendaklah diambil bagi mempastikan anak tersebut menjalinkan hubungan baik yang berterusan dengan kedua ibu bapanya. Ini selaras dengan Konvensyen PPB berkaitan Hak Kanak-kanak, yang menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab bagi setiap kerajaan untuk melindungi hak kanak-kanak bagi mempastikan mereka mempunyai hubungan yang berterusan dengan ibu bapa mereka. 11

KERTAS ISU DAN POLISI IAIS MALAYSIA KESIMPULAN Secara keseluruhannya, penyelesaian yang dicadangkan oleh pihak Kabinet bagi masalah yang kompleks ini iaitu berkaitan dengan isu pertukaran agama serta isu-isu sampingannya adalah selaras dengan prinsip Siyāsah Islam walaupun memerlukan sedikit pindaan. Prinsip TakhÎīÎ al-qadha (pengkhususan penghakiman) yang merupakan antara sub-tema bagi Siyāsah, mengkehendaki para pemimpin negara atau kerajaan untuk membentuk bidang kuasa yang baru atau mengkhususkan bidangkuasa bagi mahkamah ataupun tribunal yang sedia ada, jika tindakan sedemikian dapat membuahkan keadilan atau mampu mencetuskan penyelesaian yang berkesan bagi sebarang pertikaian di dalam mahkamah. Prinsip ini juga memberi justifikasi Syariah bagi keputusan Kabinet tersebut dalam memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah atau Sivil untuk membicarakan kes penukaran agama bagi kanak-kanak apabila salah seorang daripada ibu bapanya bertindak menganut agama lain. Perlu ditegaskan di sini bahawa undangundang perlu memperjelas sekaligus menguruskan persoalan berhubung isu penukaran agama daripada Islam kepada agama yang lain. Ini menuntut jawapan kepada beberapa persoalan berikut: Adakah telah wujud peruntukan yang memadai untuk menguruskan situasi konflik yang bakal timbul? Untuk menyimpulkan perkara ini, perlu ditegaskan bahawa jika tidak terdapat sebarang formula bagi polisi yang jelas dalam mendepani isu penukaran agama ini, ia bakal mengakibatkan munculnya lingkaran krisis perkauman yang lain serta mampu mencetuskan perpecahan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 12

PENUKARAN AGAMA KANAK-KANAK Nota Akhir 1. Ini juga bagi seorang anak yang tidak waras dan tidak mengetahui mengenai makna Islam, ataupun bagi anak yang telah ditinggalkan tanpa sebarang identiti yang ditemui dalam kawasan yang dikuasai oleh Islam. Autoriti bagi hukuman ini didapati daripada Hadith yang menyatakan Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya, yang membawa maksud ia merupakan agama yang menjadi pilihan Allah SWT, oleh itu yang menjadi keutamaan berbanding agama lain. 2. Sebahagian fuqaha' termasuk Imam Shafi i berpegang bahawa anak tersebut perlu mengikuti agama datuknya yang Muslim apabila kedua ibu bapanya yang bukan Islam telah meninggal dunia. Dalam hal ini mereka berpegang dengan ayat al-qur an iaitu: Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amalamal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya, (al- ÙËr 52:21). Didapati bahawa pada bahagian seterusnya bagi ayat ini memperjelaskan maksud di awal ayat iaitu Allah Azza wa Jalla akan membantu mengumpulkan keluarga berkenaan dalam keimanan, namun ia tertakluk kepada pilihan agama seseorang, kerana setiap orang bertanggungjawab atas tindakannya sendiri. Penilaian terhadap ayat ini menyatakan bahawa ianya tidak bersifat qat c ie khususnya dalam membincangkan mengenai status keagamaan seseorang kanak-kanak yang ibu bapanya telah bertukar agama menganuti Islam, dan juga tidak menjelaskan subjek perbahasannya, sama ada ia hanya merujuk kepada ketetapan ke atas kelompok muhājirūn pada masa ia diwahyukan, ataupun ditujukan secara umum dan dilaksanakan hingga ke hari kiamat. Dalam kata lain, ayat tersebut mempunyai menifestasi (ÐÉhir) yang bertentangan dengan maknanya yang jelas (naîî) berkaitan dengan subjek perbahasan ini. Manakala makna zahir daripada nass al-qur an atau Sunnah hakikat bersifat Ðanni atau tidak pasti, justeru mengakibatkan pelbagai kesimpulan dapat dihasilkan daripadanya. Lihat penerangan lebih terperinci mengenai aspek ÐÉhir dan naîî dalam Mohammad Hashim Kamali, Principles of Islamic Jurisprudence, Cambridge: the Islamic Text Society, 2003, Bab 4 mengenai garis panduan dalam pentafsiran (1117-167), h.123. 3. Terdapat beberapa hadith diriwayatkan mengenai hal ini oleh Al-Bayhaqi, al-sunān al-kubrā : edisi ke-3, Beirut : Dār al-kutub al- c Ilmiyyah 2003, vol.2, h.333-338. Al- Bayhaqi menambah bahawa `Abd Allah b `Umar al-khattab masih kecil ketika beliau memeluk Islam iaitu ketika bapanya memeluk Islam, begitu juga dengan `Abd Allah b. Abbas memeluk Islam ketikamana ibunya memeluk Islam. 4. Bandingkan, Wizarāt al-awqāf, al-muwsū c ah al-fiqhiyyah (Kuwait), edisi ke-3, 1425/1970, vol.6/27. 5. Keautoritian mengenai perkara ini didapati daripada hadis yang menyatakan: Terangkat kalam daripada tiga pihak : seorang kanak-kanak sehingga dia baligh, seorang yang hilang akal sehingga dia kembali siuman, dan seorang yang tertidur sehingga dia kembali sedar. Hadis ini dinilai sebagai sumber yang pasti (qat c ie) yang memberikan kenyataan yang jelas mengenai subjek yang disentuhnya. (Sunan Abu Daud #4398) 13

KERTAS ISU DAN POLISI IAIS MALAYSIA 6. Lihat Al-Qadduri, al-mawsū c ah, vol.8, h.3893. Lihat juga Al-Bayhaqi, Sunan al- Kubrā, 11/336, no.hadith 12147 ia melaporkan bahawa Abd al-rahman b. Abu Bakar Bakar seorang yang telah dewasa apabila kedua ibu bapanya memeluk Islam, namun dia menolak untuk memeluk Islam, hingga mengguris perasaan ayahnya, sehingga beliau berikrar bahawa anaknya tidak boleh mewarisi sebarang harta daripadanya. Walaubagaimanapun akhirnya dia memeluk Islam dan Nabi SAW menukar namanya daripada Abd al- c Uzza kepada Abd al- Rahman. 7. Lihat perbahasan yang lebih terperinci mengenai MaqāÎid al-sharī c ah dalam Mohammad Hashim Kamali, Sharī ah Law: An Introduction, Oxford: One World Publication, 2008, bab ke-4, hh. 123-141. 8. Ibu Qayyim al-jawziyyah, al-ùurūq al-hukmiyyah fi al-siyāsah al-shar c iyyah, Kaherah: Mu assasah Al- c Arabiyyah li l Taba c ah, 1380/1961,16. 9. Mohamed Azam Mohamed Adil, Penentuan Agama dan Hak Penjagaan Kanak-kanak Menurut Undang-undang Islam, JAKIM, 2014; lihat juga Mohamed Azam Mohamed Adil, Who Chooses the Child s Belief?, New Sunday Times, Viewpoint, 14 July 2013, h. 23; lihat juga Mohamed Azam Mohamed Adil, Custodial Issues Upon Conversion of One Spouse to Islam, IAIS Malayisa Bulletin, no.30, Jan-Feb 2016, h.9; Mohamed Azam Mohamed Adil, Biar Mahkamah Putuskan Isu Agama Kanak-kanak,, Berita Harian, 17 Januari, 2016, h.29. 10. Ibid. 14

Lampiran Lampiran 1: Respons Masyarakat Awam terhadap Keputusan Kabinet Terdapat perbezaan pandangan di kalangan badan-badan agama, organisasi politik, dan NGO Islam dalam menentukan agama kanak-kanak bagi ibu atau bapa yang memeluk Islam. Sebahagian badan-badan agama, organisasi politik dan NGO telah mengecam keputusan Kabinet yang menetapkan seseorang anak bagi ibu bapa yang salah seorang daripada mereka bertukar agama memeluk Islam, hendaklah dibesarkan dalam agama asal iaitu agama yang dianuti semasa berlakunya perkahwinan antara kedua ibu bapanya. Ini ditambah pula dengan keputusan fatwa daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 25 Jun 2009 yang memutuskan bahawa anak adalah mengikuti ibu atau bapa yang memeluk Islam. Majlis Permesyuaratan Budha, Kristian, Hindu, Sikh, dan Taoism Malaysia (Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism dan Taoism) yang telah merancang untuk membuat rayuan kepada Majlis Raja-raja bagi pihak Indira Gandhi untuk membantu mendapatkan penyelesaian yang berkesan mengenai kes beliau, menyatakan penghargaan mereka terhadap keputusan tersebut. Presidennya Datuk A.Vaithilingam (ketika itu) mensifatkan keputusan tersebut sebagai permulaan yang baik bagi menyelesaikan isu-isu pertukaran agama di negara ini. Menurut Dr Jonatahan Gurusamy, penyelaras bagi Jaringan Antara Agama Malaysia (Malaysian Interfaith Network) (ketika itu), Kabinet telah membuat sebuah keputusan yang bijak. Beliau menambah bahawa agama merupakan pilihan peribadi, dan seserang kanak-kanak hendaklah diberikan peluang untuk memilih agamanya hanya apabila dia telah mencapai peringkat umur yang matang untuk dia membuat sebarang penilaian. Ketua pendeta Agama Budha Malaysia, Venerable K. Sri Dharmaratna (ketika itu) menyatakan kanak-kanak perlu benar-benar memahami agama yang ingin mereka anuti. Selain itu, ia juga memerlukan persetujuan bersama di antara kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut. Penolong Setiausaha bagi Persatuan Budha Malaysia, Lim Thein Phong menyatakan, keputusan tersebut sifat menggambarkan keterbukaan kerajaan dalam hal ini. Sam Ang, Setiusaha Agung bagi Persatuan Mubaligh Kristian Kebangsaan walaubagaimanapun menyatakan harapannya agar Ketua Hakim Negara akan mencadangkan sebuah garispanduan yang jelas yang dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. 15

KERTAS ISU DAN POLISI IAIS MALAYSIA Pengerusi Biro Undang-undang parti MCA, Datuk Leong Tan Ching (ketika itu) menyatakan keputusan tersebut dapat menyelesaikan konflik yang berpanjangan dalam proses perundangan di antara mahkamah sivil dan mahkamah Syariah. Biro Pendidikan parti tersebut, Gan Ping Sieu (ketika itu) pula menyatakan parti beliau mengambil pendirian bahawa: bagi keadaan apabila salah seorang daripada ibu bapa menukar agamanya kepada agama lain, anak bagi pasangan tersebut hendaklah kekal di atas agama asalnya sehinggalah dia mencapai umur 18 tahun. Presiden parti tersebut, Datuk Ong Tee Kiat (ketika itu) juga menyatakan walaupun parti tersebut meraikan aspek kebebasan beragama, namum hakikatnya terdapat individu yang meninggalkan agama asal mereka hanyalah kerana kepentingan peribadi atau bagi melepaskan diri daripada tanggungjawab tertentu. Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam mengalu-alukan keputusan tersebut namun menggesa supaya penyelesaian yang tetap hendaklah dicapai dan undang-undang berkaitan perlu dipinda bagi mempastikan hasil keputusan kabinet itu dapat dilaksanakan. Di kalangan kelompok NGO antaranya seperti JAG (Joint Action Group for Gender Equality) melihat ia sebagai sebuah keputusan yang tegas dan tindakan yang wajar kerana ia telah menamatkan proses yang berbentuk unilateral bagi pentukaran agama bagi seorang kanak-kanak. Selain itu, pihak Majlis Peguam juga memberi penghargaan terhadap keputusan kerajaan berkenaan yang disifatkan sebagai langkah yang tegas dalam menguruskan isu pertukaran agama seseorang pasangan atau ibu bapa ke agama yang lain. Walaubagaimanapun presidennya, K.Ragunath (ketika itu) menggesa supaya pindaan terhadap undang-undang sedia ada dilaksanakan secepat mungkin. Ini kerana, keputusan tersebut merupakan sebuah bentuk polisi yang sangat penting lalu memerlukan kepada proses pindaan tersebut supaya ianya dapat direalisasikan. Walaubagaimanapun kumpulan-kumpulan Islam telah memberi respons yang pelbagai terhadap keputusan tersebut. Sisters-in-Islam (SIS) misalnya mensifatkan keputusan tersebut sebagai yang tegas dan progresif dalam rangka untuk mencetuskan keharmonian hubungan antara agama. Namun bagi Persatuan Peguam Syar c ie Malaysia (PGSM) dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PGMM), keputusan tersebut amat memeranjatkan. Presiden PGSM, Musa Awang menyatakan bahwa menurut pandangan persatuan berkenaan, keputusan tersebut merupakan sebuah bentuk campurtangan dalam aspek perundangan yang juga mengancam kebebasan sesebuah mahkamah. Oleh itu, persatuan tersebut menuntut supaya keputusan tersebut ditangguhkan dan diperhalusi semula dengan mengambil input daripada pelbagai pihak seperti NGO, orang awam dan para tokoh akademik. 16

PENUKARAN AGAMA KANAK-KANAK Timbalan Presiden IKRAM Zaid Kamaruddin pula menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan semua keputusan tersebut, yang beliau lihat sebagai sebuah reaksi yang bersifat dangkal bagi sebuah masalah yang kompleks. Ia adalah isu yang sangat serius dan tidak sewajarnya diberi penyelesaian yang terburu-buru. Beliau merasakan kerajaan perlu untuk mendapatkan pihak-pihak yang sesuai untuk membincangkan isu berkenaan dan mengambilkira undang-undang yang sedia ada bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecelaruan di kalangan masyarakat. PEMBELA (ACCIN), sebuah gabungan bagi NGO-NGO Islam mengecam tindakan kabinet berkenaan sebagai tidak mematuhi perlembagaaan dan tidak rasional. Bercakap bagi pihak gabungan berkenaan, Yusri Mohamed (Presiden ketika itu) menyatakan bahawa seorang anak perlu ditentukan oleh ibubapanya atau penjaganya. Berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa ibubapa dalam undang-undang bererti bapa atau ibu, keputusan berkenaan akan menafikan hak seorang ibu atau bapa yang menukar agama kepada Islam untuk bertanggungjawab atas masa depan anak mereka dan ini jelasnya adalah tidak adil bagi mereka. Ketua Pengarah JAKIM, Dato Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (ketika itu) merujuk Artikel 12(4) bagi menyokong padangan bahawa hanya persetujuan sebelah pihak sahaja yang diperlukan bagi menentukan status agama seseorang anak. Bagi pihak Mufti negeri Perak dan Johor, keputusan tersebut bertentangan sama sekali dengan Hukum Syarak. Mufti negeri Perak khususnya memperingatkan pihak kerajaan supaya mengadakan perbicangan dengan para Mufti sebagai penasihat kepada Raja-raja terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan hukum Islam. Mufti Negeri Perlis, Dato Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, melihat keputusan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan prinsip Islam malah tidak selaras dengan hak asasi manusia. Beliau menyatakan bahawa tidak wajar sebarang keputusan dibuat sehinggalah anak tersebut mencapai tahap umur yang sesuai kerana di dalam Islam kanak-kanak tidak menanggung sebarang dosa ataupun pahala. Beliau menambah bahawa Kabinet seharusnya menyerahkan perkara tersebut kepada pihak mahkamah sama ada Mahkamah Sivil ataupun Syariah. Persoalan mahkamah mana yang perlu menangani hal ini tidak timbul kerana kedua-duanya perlu mengambilkira faktor agama dan juga pihak ibu bapa yang lebih berkemampuan dalam memberikan kebajikan kepada anak tersebut dalam rangka untuk memutuskan mengenai hak penjagaan ke atasnya. Pakatan Rakyat yang memberikan reaksi yang agak lambat ke atas keputusan ini, menyatakan bahawa ia telah merancang untuk membentuk sebuah jawatankuasa 17

KERTAS ISU DAN POLISI IAIS MALAYSIA bagi memperhalusi sebarang percanggahan yang timbul di kalangan pelbagai agama. Ia juga berpendapat bahawa kerajaan telah gagal untuk mengambil pandangan para pemimpin agama, masyarakat serta para pakar perundangan. Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (ketika itu) mengutarakan pendapat peribadi beliau bahawa keputusan kerajaan tersebut bersifat munasabah dan menepati prinsip-prinsip asas Islam iaitu tiada paksaan dalam beragama. Untuk menganuti Islam, seseorang itu hendaklah betul-betul meyakini ajaran-ajaran Islam tanpa sebarang paksaan ke atasnya. Oleh itu, pertukaran agama tidak seharusnya berlaku tanpa wujudnya elemen keyakinan atau melalui pendekatan paksaan. Lampiran 2: Rang Undang-Undang Penukaran Agama di Malaysia. Undang-undang di Malaysia telah mewujudkan peruntukan rang undang-undang bagi pertukaran agama seseorang kepada Islam. Peruntukan sedemikian didapati pada enakmen di peringkat negeri iaitu di dalam pentadbiran undang-undang Islam negeri. Undang-undang tersebut pada mulanya merupakan sebuah peruntukan yang ringkas. Enakmen yang paling awal hanya menyatakan bahawa Majlis Agama Islam hendaklah mendaftarkan setiap individu yang menukar agamanya. Ini bermakna seseorang tidak boleh menukar agamanya melainkan ianya dilakukan selaras dengan peruntukan enakmen terbabit, iaitu seseorang individu yang yang belum mencapai usia akil baligh tidak dibenarkan sama sekali untuk menukar agamanya, dan setiap pertukaran agama perlu didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam (Sebagai contoh, lihat Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Selangor 1952). Undang-undang yang terkini pula menghuraikan hal ini dengan lebih terperinci. Ia mengandungi 10 hingga 11 seksyen, bergantung kepada enakmen negeri masingmasing. Peruntukan tersebut juga mengandungi enakmen-enakmen berkaitan dengan (1) permohonan untuk menukar agama; (2) masa pertukaran agama; (3) tanggungjawab para muallaf; (4) pendaftaran muallaf; (8) penentuan status agama bagi muallaf yang tidak berdaftar; (9) hukuman bagi membekalkan maklumat palsu; (10) kuasa untuk membuat undang-undang; (11) kemampuan untuk menukar agama (sebagai contoh, lihat Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor, 2003). Jelasnya, undang-undang semasa menekankan kepada peraturan undang-undang atau prosedur pendaftaran pihak yang menukar agama. Sebagai contoh, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perak 2004. Peruntukan yang berkaitan dengan peraturan pertukaran agama kepada Islam didapati pada seksyen 96 bagi Enakmen tersebut. Ia menyatakan antara lain bahawa bagi proses pertukaran agama yang sah bagi seseorang kepada Islam, individu tersebut hendaklah (1) melafazkan 18