PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) PROGRAM j-qaf DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON PENGERANG, JOHOR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN ( PENGAJIAN ISLAM ) TERHADAP KAHWIN KETIKA BELAJAR : KAJIAN DI UTM SKUDAI

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PERSEPSI PELAJAR SPI YANG BERKAHWIN TENTANG PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN BAKAL PENGANTIN: KAJIAN DI PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN BERUMAHTANGGA SEMASA BELAJAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI DARUL UKHUWAH, JOHOR BAHRU CHE KU SHALIHAH BT CHE KU ABDUL SATAR

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

ABSTRAK. menghidupkan syiar Islam di Brunei Darussalam. Oleh yang demikian, kajian ini

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTEGRASI KEFAHAMAN BERAGAMA DALAM AMALAN KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIYERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BINTI MOED YUSOT'T'

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN INSTITUSI WAKAF MENGGUNAKAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DI KUALA LUMPUR

Transcription:

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM NOR SAKINAH BINTI MAT ARIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM NOR SAKINAH BINTI MAT ARIF Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :. Nama Penulis : NOR SAKINAH BINTI MAT ARIF Tarikh : 9/.03/ 2004

iii DEDIKASI Ku Abadikan Karya Ini Istimewa Untuk Bonda dan Ayahanda Yang Paling Ku Kagumi, Jutaan Terima Kasih Ku Ucapkan Atas Lautan Kasih Sayang Dan Pengorbanan Kalian Yang Tidak Ternilai Harganya. Ku Titipkan Doa Moga Kalian Berdua Sentiasa Berada Di Bawah Lembayung Kerahmatan Allah. Semua Ahli Keluarga Yang Disayangi, Khusus Untuk Nenek, Semua Kekanda, Bapa Saudara Dan Anak-anak Buah Ku. Ribuan Terima Kasih Ku Ungkapkan Di Atas Dorongan yang Kalian Berikan Untukku Dalam Mengharungi Wadah Perjuangan Ini. Sesungguhnya Perhatian Dan Nasihat Kalian Ku Jadikan Azimat Terbaik Dalam Merealisasikan Impian Mencapai Sebuah Kejayaan Ku Iringi Doa Moga Ikatan Kekeluargaan Kita Semakin Erat Dan Kukuh.. Tuan Pensyarah Yang Dihormati, Sekalung Penghargaan Atas Nasihat Dan Tunjuk Ajar Yang Diberikan. Jasa Dan Baktimu Ku Kenang Sepanjang Hayat. Ku Mohon Doa Moga Dikau Dipanjangkan Usia Dan Diberkati Allah. Para Pendidik Yang Disanjungi, Setinggi-tinggi Ucapan Terima Kasih Di Atas Curahan ilmu Yang Diberikan. Akan Ku Pergunakan Ilmu Yang Dicurahkan Ini Kepada Anak-anak Didikku. Ku Doakan Moga Allah Membalas Segala Budi Baik Yang Ditaburkan Selama Ini. Satu-satunya Bakal Suami Yang Dicintai, Gugusan Terima kasih Ku Lakarkan Untukmu Kerana Sudi Memahami Diri Ini Dan Tidak Jemu Mendorongku Demi Mencapai Sebuah Kejayaan. Dikaulah Inspirasi Dan Teman Abadiku. Ku Sisipkan Doa Moga Kehidupan Yang Bakal Kita Lalui Dihiasi Dengan Kasih Sayang Dan Kerahmatan Allah. Teman-teman Yang Dikasihi, Ku Luahkan Ucapan Terima Kasih Buat Kalian Semua Kerana Sudi Berkongsi Suka Dan Duka Dalam Meniti Perjuangan Ilmu Ini. Akan Ku Abadikan Kenangan Kita Bersama Di Bumi UTM Sebagai Memori Terindah Dalam Kamus Hidupku. Ku Selitkan Doa Moga Kalian Mendapat Kejayaan Dan Keredhaan Allah. Ya Allah Redhamu Adalah Impian Ku, Maka Berkatilah Kehidupan Kami Semua Di Dunia Dan Akhirat.

iv PENGHARGAAN بسم االله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga Baginda, para sahabat dan mereka yang mengikutinya sehingga akhir zaman. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini bagi melengkapkan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). Sekalung penghargaan dan kasih sayang dihulurkan buat kedua ayahanda dan bonda serta seluruh ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan galakan sedari awal pengajian hingga kini. Doa kalian adalah penguat semangat untuk ku meneruskan perjuangan di medan ilmu ini. Tidak dilupakan setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat penyelia yang dihormati, Dr. Hussin bin Salamon atas segala jasa dan budi baik dalam memberikan tunjuk ajar serta bimbingan hingga sempurnanya kajian ini. Turut dihargai kepada semua pensyarah dan staf PPIPS serta para responden yang banyak membantu dalam menghasilkan projek ini. Seterusnya buat teman-teman seperjuangan dan individu-individu tertentu yang banyak memberi sokongan.terima kasih diucapkan atas kesudian berkongsi idea serta memberi komitmen yang baik kepada saya dalam menjayakan kajian ini. Sesungguhnya kehadiran kalian banyak memberi inspirasi untuk ku meniti kehidupan di medan ilmu yang penuh pancaroba ini. Sebagai kalam terakhir, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ku iringi doa dan harapan moga Allah merestui perjalanan hidup kalian di dunia dan akhirat.

v ABSTRAK Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti persepsi mahasiswa tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor terhadap personaliti lelaki lembut di UTM. Seramai 180 orang responden telah dipilih dari kalangan mahasiswa tahun akhir secara rawak dari pelbagai kursus yang terdapat di Fakulti Pendidikan. Satu set soal selidik yang mengandungi 43 item dibina dan dibahagi kepada empat bahagian. Bahagian A terdiri daripada soalan yang berkaitan dengan latar belakang responden, manakala pada bahagian B pula soalan berkenaan persepsi mahasiswa terhadap personaliti lelaki lembut. Seterusnya bahagian C adalah soalan yang berkaitan dengan persepsi responden tentang tahap penerimaan masyarakat kampus terhadap lelaki lembut. Pada bahagian D pula diutarakan tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi gejala lelaki lembut. Hasil dapatan soal selidik yang diedar telah dianalisis dengan menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Science) Version 11.0 bagi mendapatkan jumlah kekerapan, min dan peratusan. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa sebilangan besar responden bersetuju dengan ciri-ciri personaliti lelaki lembut yang dikemukakan oleh penyelidik. Namun begitu, kebanyakan responden menyatakan bahawa tahap penerimaan masyarakat kampus terhadap lelaki lembut berada pada tahap yang sederhana. Sementara itu, sebahagian besar responden bersetuju dengan cadangan yang dikemukan oleh penyelidik berkenaan cara untuk mengatasi gejala lelaki lembut. Di akhir kajian ini, penyelidik telah mengutarakan beberapa cadangan untuk mengatasi gejala lelaki lembut untuk dijadikan panduan kepada pihak-pihak tertentu. Di samping itu, cadangan kajian lanjutan juga turut dikemukakan bagi para pengkaji masa akan datang meneruskan kajian.

vi ABSTRACT The main purpose of this research is to identify the perceptions of final year undergraduate students of the Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor on the issue concerning the personality of transsexual or Lelaki lembut in UTM. A number of 180 respondents were chosen randomly among the final year undergraduate students of the many courses of the Faculty of Education. A set of questionnaire contains 43 items were formed divided into four different sections. Section contains questions concerning respondents background, whereas section B contains questions concerning their perceptions on the personality of transsexual. The next section, section C contains questions concerning their perception on the level of acceptance of the campus society on this group. Section D contains some of the actions that could be taken to overcome this problem. The data collected is analyzed by using SPSS (Statistical Package For Social Science) Version 11.0 to obtain the amount of frequency, mean and percentages. From this research, it is discovered that most of the respondents agreed with the characteristics of the personality of transsexual that had been suggested by the researcher. Although so, most of them stated that the level of acceptance of the campus society is quite moderate. Meanwhile, a big number of respondents agreed with the suggestions made by the researcher concerning methods to overcome this problem. The researcher has proposed a few suggestions to be implemented by acting parties in overcoming the problem. A few topics are being suggested for further research in the near future.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xiii xv xvi xvii BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 8 1.7 Batasan Kajian 8

viii 1.8 Definisi Istilah 9 1.8.1 Persepsi 9 1.8.2 Mahasiswa 10 1.8.3 Personaliti 10 1.8.4 Lelaki Lembut 11 BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 12 2.2 Fenomena Kewujudan Lelaki Lembut 13 2.3 Perbezaan Antara Lelaki Lembut, Mak Nyah 14 dan Khunsa 2.3.1 Lelaki Lembut 14 2.3.2 Mak Nyah 16 2.3.3 Khunsa 17 2.4 Dilema Yang Dihadapi Oleh Lelaki Lembut 18 2.4.1 Dilema Dalam Menentukan Identiti 18 2.4.2 Dilema Dalam Menunaikan 19 Tanggungjawab Agama 2.4.3 Dilema Dalam Penerimaan Keluarga 20 2.4.4 Dilema Dalam Penerimaan Masyarakat 20 2.5 Faktor-faktor Berlaku Perubahan Personaliti 21 2.5.1 Kurang Didikan Agama 21 2.5.2 Peranan Ibu Bapa 22 2.5.3 Pengaruh Persekitaran 23 2.5.4 Pengaruh Rakan Siswa 24 2.5.5 Pengaruh Baka 24 2.6 Persepsi Masyarakat Terhadap Lelaki Lembut 25 2.6.1 Persepsi Positif 25 2.6.2 Persepsi Negatif 27

ix 2.7 Lelaki Lembut Dari Sudut Perspektif Islam 27 2.7.1 Mengubah Cara Berpakaian 28 2.7.2 Pembedahan Anggota 29 2.8 Kesan Kewujudan Lelaki Lembut 30 2.9 Langkah-Langkah Untuk Mengatasi 31 Gejala Lelaki Lembut 2.9.1 Peranan Masyarakat Umum 32 2.9.2 Peranan Masyarakat Kampus 33 2.10 Sorotan Kajian Lepas 35 2.11 Kesimpulan 36 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 37 3.2 Rekabentuk Kajian 38 3.2.1 Kajian Perpustakaan 38 3.2.2 Kajian Lapangan 39 3.2.2.1 Tempat Kajian 39 3.2.2.2 Populasi dan Sampel Kajian 40 3.2.2.3 Instrumen Kajian 40 3.2.2.4 Prosedur Kajian 41 3.2.2.5 Kajian Rintis 42 3.2.2.6 Analisis Data 43 3.3 Kesimpulan 44 BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 45 4.2 Cara Penganalisisan 45

x 4.3 Bahagian A : Latar Belakang Responden 47 4.4 Rumusan Latar Belakang Responden 49 4.5 Bahagian B : Persepsi Mahasiswa Terhadap 50 Personaliti Lelaki Lembut 4.5.1 Fesyen Pakaian 50 4.5.2 Solekan 52 4.5.3 Cara Bercakap 54 4.5.4 Cara Berjalan 56 4.5.5 Cara Bergaul 58 4.6 Bahagian C : Persepsi Mahasiswa Tentang 60 Tahap Penerimaan Masyarakat Kampus Terhadap Lelaki Lembut 4.6.1 Pihak Pentadbiran Universiti 60 4.6.2 Pensyarah 62 4.6.3 Rakan Siswa 65 4.7 Bahagian D : Persepsi Mahasiswa Terhadap 67 Langkah Mengatasi Gejala Lelaki Lembut 4.7.1 Pendidikan dan Penghayatan Agama 67 4.7.2 Peranan Pihak Pentadbiran Universiti 70 4.7.3 Peranan Ibu Bapa 72 4.7.4 Peranan Rakan Siswa 74 4.8 Kesimpulan 76 BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 77 5.2 Perbincangan 77 5.2.1 Bahagian A : Maklumat Latar Belakang 78 Responden

xi 5.2.2 Bahagian B : Persepsi Mahasiswa 79 Terhadap Personaliti Lelaki Lembut 5.2.2.1 Fesyen Pakaian 79 5.2.2.2 Solekan 81 5.2.2.3 Cara Bercakap 82 5.2.2.4 Cara Berjalan 83 5.2.2.5 Cara Bergaul 84 5.2.3 Bahagian C : Persepsi Mahasiswa Tentang 85 Tahap Penerimaan Masyarakat Kampus Terhadap Lelaki Lembut. 5.2.3.1 Pihak Pentadbiran Universiti 85 5.2.3.2 Pensyarah 87 5.2.3.3 Rakan Siswa 88 5.2.4 Bahagian D : Persepsi Mahasiswa Tentang 90 Langkah Untuk Mengatasi Gejala Lelaki Lembut. 5.2.4.1 Pendidikan dan Penghayatan 90 Agama 5.2.4.2 Peranan Pihak Pentadbiran 91 Universiti 5.2.4.3 Peranan Ibu Bapa 93 5.2.4.4 Peranan Rakan Siswa 95 5.3 Rumusan 97 5.3.1 Rumusan Bahagian B 97 5.3.2 Rumusan Bahagian C 98 5.3.3 Rumusan Bahagian D 99 5.4 Cadangan 100 5.4.1 Pihak Kerajaan Pusat 100 5.4.2 Kementerian Pendidikan Malaysia 101 5.4.3 Media Massa dan Media Elektronik 101

xii 5.4.4 Mahasiswa 102 5.5 Kajian Lanjutan 103 5.6 Penutup 104 SENARAI RUJUKAN 105 LAMPIRAN A-C 109-118

xiii SENARAI JADUAL JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Tahap Skor Min 43 4.3.1 Taburan Responden Mengikut Umur 47 4.3.2 Taburan Responden Mengikut Agama 47 4.3.4 Taburan Responden Mengikut Status 49 4.5.1 Taburan Skor Bagi Item 1-3 Mengenai 50 Persepsi Mahasiswa Terhadap Lelaki Lembut Dari Sudut Fesyen Pakaian 4.5.2 Taburan Skor Bagi Item 4-6 Mengenai 52 Persepsi Mahasiswa Terhadap Lelaki Lembut Dari Sudut Solekan 4.5.3 Taburan Skor Bagi Item 7-9 Mengenai 54 Persepsi Mahasiswa Terhadap Lelaki Lembut Dari Segi Cara Bercakap 4.5.4 Taburan Skor Bagi Item 10-12 Mengenai 56 Persepsi Mahasiswa Terhadap Lelaki Lembut Dari Segi Cara Berjalan 4.5.5 Taburan Skor Bagi Item 13-15 Mengenai 58 Persepsi Mahasiswa Terhadap Lelaki Lembut Dari Segi Cara Bergaul 4.6.1 Taburan Skor Bagi Item 16-19 Mengenai 60 Persepsi Mahasiswa Tentang Tahap Penerimaan Pihak Pentadbiran Universiti Terhadap Lelaki Lembut

xiv 4.6.2 Taburan Skor Bagi Item 20-23 Mengenai 62 Persepsi Mahasiswa Tentang Tahap Penerimaan Pensyarah Terhadap Lelaki Lembut 4.6.3 Taburan Skor Bagi Item 24-27 Mengenai 65 Persepsi Mahasiswa Tentang Tahap Penerimaan Rakan Siswa Terhadap Lelaki Lembut 4.7.1 Taburan Skor Bagi Item 28-31 Mengenai 67 Persepsi Mahasiswa Terhadap Langkah Mengatasi Gejala Lelaki Lembut Dari Segi Peranan Pendidikan dan Penghayatan Agama 4.7.2 Taburan Skor Bagi Item 32-35 Mengenai 70 Persepsi Mahasiswa Terhadap Langkah Mengatasi Gejala Lelaki Lembut Dari Segi Peranan Pihak Pentadbiran Universiti 4.7.3 Taburan Skor Bagi Item 36-39 Mengenai 72 Persepsi Mahasiswa Terhadap Langkah Mengatasi Gejala Lelaki Lembut Dari Segi Peranan Ibu Bapa 4.7.4 Taburan Skor Bagi Item 40-43 Mengenai 74 Persepsi Mahasiswa Terhadap Langkah Mengatasi Gejala Lelaki Lembut Dari Segi Peranan Rakan Siswa

xv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 4.3.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 48 5.3.2 Tahap Penerimaan Masyarakat Kampus 98 Terhadap Lelaki Lembut di UTM

xvi SENARAI SINGKATAN AS ATS IPT KS S S.W.T s.a.w SPSS TS UTM Amat Setuju Amat Tidak Setuju Institusi Pengajian Tinggi Kurang Setuju Setuju Subhanahu Wa Taala Sallalahu alaihi wasallam Statistical Package For Social Sciences Tidak Setuju Universiti Teknologi Malaysia

xvii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Set Soal Selidik 109 B Surat Kebenaran Mendapatkan Rujukan 117 dari PSZ C Surat Akuan dari Fakulti Pendidikan 118

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah S.W.T di muka bumi ini dengan sebaik-baik kejadian. Mereka mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Allah S.W.T berbanding makhluk-makhluk yang lain. Allah S.W.T telah menciptakan manusia di muka bumi ini kepada dua jenis iaitu lelaki dan perempuan. Fungsi dan perwatakan kedua-duanya adalah berbeza mengikut jantina masing-masing. Perbezaan mereka dapat dilihat menerusi cara berpakaian, percakapan dan tingkah laku. Namun, masalah yang timbul ialah wujudnya satu golongan yang terletak di antara keduanya. Mereka ini mempunyai rupa bentuk jantina lelaki tetapi berasa diri mereka bukan sebagai lelaki sebenar, mereka inilah dikenali sebagai lelaki lembut. Golongan lelaki lembut ini juga boleh diklasifikasikan kepada beberapa kelompok lain yang dikenali sebagai khunsa dan mak nyah. Fenomena lelaki lembut di kalangan masyarakat masa kini kian mendapat liputan luas malah semakin berkembang dari semasa ke semasa. Sebilangan besar individu yang tergolong dalam kumpulan lelaki lembut mengalami kekeliruan identiti jantina. Naluri dan perasaan kewanitaan dalam jiwa dilampiaskan melalui cara berpakaian, bercakap, bersolek serta berkelakuan seperti wanita.

2 Sementara dari sudut keagamaan, Islam telah menggariskan panduan hidup dan batasan-batasan tertentu kepada umatnya untuk diikuti. Sensitiviti agama tidak boleh diketepikan kerana fitrah kejadian manusia sudah ditentukan oleh Allah bahawa jantina seseorang manusia itu telah ditetapkan oleh-nya. Justeru itu, pertukaran perwatakan telah menafikan kekuasaan Allah S.W.T sebagai pencipta makhluk di muka bumi ini. Atas dasar inilah maka mengubah jantina sebagai suatu ketetapan-nya adalah salah di sisi agama Islam. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w dalam hadisnya yang berbunyi: س و ن ر ل ع ن ع با س قا ل : ن ا ب ع ل ا الله ص لى ا الله ع ل ي ه و جا ل ن ال ر ن م ش ب ه ي س ل م ا لم ت ن ال ن ش ب ها ت م سا ء وا ل م ت ب ال ن جا ل سا ء بال ر Maksudnya : Dari Ibnu Abbas r.a katanya : Rasulullah S.a.w mengutuk lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim) Tidak dapat dinafikan bahawa gejala lelaki lembut ini telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan di dunia Barat yang kini ia menular ke Asia. Malaysia merupakan salah sebuah negara Asia yang turut dilanda masalah budaya lelaki lembut. Berdasarkan kepada penulisan Norul Huda Abdul Halim di dalam tesisnya (2003 : 4), beliau menyatakan bahawa di Barat golongan ini sudah mempunyai kedudukan, taraf dan kebebasan serta hak yang sama rata seperti orang lain. Contohnya kaum mak nyah di Barat mempunyai kebebasan untuk berpakaian seperti wanita, hak untuk menukar jantina malah ada yang memperolehi hak untuk berkahwin dengan pasangan mereka. Di Thailand pula pertandingan ratu mak nyah turut diadakan sebagai satu lambang pengiktirafan kepada kewujudan golongan lelaki lembut ini.

3 Manakala di Malaysia, fenomena lelaki lembut kian berkembang di kalangan masyarakat. Golongan ini boleh ditemui dan dilihat di banyak tempat. Antaranya ialah di pusat membeli belah, butik kecantikan serta di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Malahan golongan ini juga terdiri daripada mereka yang profesional atau separa profesional dalam beberapa bidang kerjaya yang agak baik seperti dalam bidang rekaan fesyen, dandanan dan persolekan, runding imej dan bidang masakan. Kewujudan pelajar lelaki bersifat keperempuanan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bukan perkara luar biasa yang baru berlaku, tetapi ia dilihat sebagai gejala yang semakin meningkat sehingga menimbulkan kebimbangan dan menjadi perbincangan hangat dikalangan warga kampus maupun masyarakat awam. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dr. Siti Zaharah Sulaiman (Utusan Malaysia : 12 Julai 2003) di mana beliau menyatakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seharusnya mengambil perhatian serius terhadap peningkatan jumlah pelajar lelaki lembut di kampus. Ini kerana kewujudan mereka boleh menimbulkan masalah sosial yang mungkin akan menjadi ikutan kepada para pelajar lain. Jika dilihat dari sudut kemanusiaan, kewujudan lelaki lembut ini mengundang pelbagai spekulasi, persepsi dan penerimaan di kalangan masyarakat. Namun begitu, golongan ini tidak harus diabaikan malah perkembangannya perlu diawasi dengan segera. Tugas ini menjadi tanggungjawab bersama di antara anggota masyarakat dalam menangani gejala tersebut.

4 1.2 Latarbelakang Masalah Dalam era globalisasi yang mencapai tahap kemajuan dan kemodenan yang semakin meningkat, Malaysia turut melangkah seiring untuk mencapai sebuah negara moden yang disegani dunia. Namun begitu, dalam menjalani arus kemodenan ini kita dihujani dengan pelbagai masalah sosial di kalangan masyarakat. Pada masa kini kita dikejutkan dengan satu budaya yang kian menular di kalangan remaja yang dikenali sebagai budaya Lelaki lembut. Isu lelaki lembut bukanlah satu perkara baru. Selain dari masalah status dan identiti, kelompok lelaki lembut ini juga menganggap diri mereka menjadi mangsa diskriminasi berikutan mereka tergolong dalam kumpulan minoriti. Bagaimanapun, secara realitinya golongan tersebut semakin meningkat jumlahnya di Malaysia. Budaya lelaki lembut ini bukan sahaja menjadi ikutan golongan bawahan malah ia turut menjadi amalan kepada golongan profesional dan berpendidikan tinggi. Apa yang dibimbangi ialah fenomena ini turut melanda warga kampus apabila golongan lelaki lembut ini diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), masalah lelaki lembut ini bukanlah perkara baru di kalangan pelajar. Ia dikatakan telah lama wujud dan semakin ketara sejak kebelakangan ini. Malah pada masa kini kita mulai terdengar suara-suara lantang yang memperjuangkan hak kesamarataan golongan ini di sisi masyarakat sebagaimana yang dinyatakan oleh Rajmah Hasan Shirat dalam nukilannya (Utusan Malaysia : 12 Julai 2003). Senario ini semakin hangat apabila sebahagian kecil golongan lelaki lembut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menyuarakan hasrat mereka supaya lelaki lembut ini diberi kebebasan dalam menentukan hala tuju kod etika berpakaian dan juga penggunaan nama mengikut pilihan sendiri. Malah mereka juga turut menuntut supaya kemudahan asas seperti tandas dan asrama di bina khusus untuk golongan tersebut.

5 Perkara ini dinyatakan dengan jelas oleh Mohamed Salleh Mohamed Yasin seperti yang dinukilkan oleh Syuhada Choo Abdullah (Berita Harian : 22 Julai 2003) Merenung sejenak kepada mahasiswa lembut yang menghuni kampus Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor seperti yang dinukilkan oleh Norul Huda Abdul Halim dalam penulisan tesisnya (2001 : 6), terdapat sebilangan pelajar lelaki lembut yang berpakaian kemeja T ketat mengikut potongan badan, berseluar slack dari kain jenis lembut dengan potongan wanita, berkasut sarung ala wanita serta berambut potongan baby doll. Di samping itu mereka juga akan meletakkan bedak asas di muka, membentuk kening supaya lebih cantik melalui kaedah trim dan mengukir bibir agar kelihatan menawan dengan secalit gincu. Seterusnya perilaku serta aksi-aksi yang dipamerkan sepanjang perbualan dan pergerakan juga cukup lembut sehinggakan membuat pelajar yang berselisih akan menoleh seketika kepada mereka dan memberikan pelbagai reaksi yang berbeza. Golongan lelaki lembut ini gemar bergerak secara berkumpulan yang mempunyai perwatakan lembut dan mempunyai persamaan serta penampilan yang hampir sama antara mereka. Namun begitu, golongan ini agak sukar untuk didekati sama ada di dalam maupun di luar kelas. Kebanyakan mereka hanya berminat untuk menjalinkan persahabatan dengan individu yang memenuhi citarasa mereka sahaja. Selain itu, golongan lelaki lembut juga tidak berminat membongkarkan identiti diri, aktiviti serta kehidupan mereka kepada orang lain. Mereka lebih suka menjalani kehidupan seharian dengan bebas dan tidak diganggu oleh orang lain. Rentetan dari situasi yang telah dinyatakan di atas, penyelidik berminat untuk menjalankan kajian bagi mendapatkan maklumbalas daripada mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tentang persepsi mereka terhadap personaliti lelaki lembut, tahap penerimaan masyarakat kampus dan langkah-langkah untuk mengatasi golongan tersebut.

6 1.3 Pernyataan Masalah Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dinyatakan, jelaslah bahawa isu golongan lelaki lembut ini kian hebat diperkatakan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk di Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor. Kewujudan dan perkembangan golongan lelaki lembut di Universiti Teknologi Malaysia Skudai bukanlah perkara baru, malah jumlah keahlian mereka kian bertambah tahun demi tahun. Golongan lelaki lembut di kalangan mahasiswa ini mengikuti pelbagai kursus dalam bidang pengajian di UTM dan kewujudan mereka ini memberikan pelbagai reaksi dari lapisan masyarakat kampus yang terdiri daripada mahasiswa, pensyarah serta pihak pentadbiran universiti. Lantaran itu penyelidik ingin membuat kajian untuk mengetahui persepsi mahasiswa terhadap personaliti lelaki lembut dan tahap penerimaan masyarakat kampus terhadap golongan tersebut. Di samping itu penyelidik juga ingin mengetahui apakah persepsi mahasiswa terhadap langkah-langkah untuk mengatasi gejala lelaki lembut di UTM. 1.4 Objektif Kajian Dalam menghasilkan kajian ini terdapat beberapa objektif telah digariskan oleh penyelidik, antaranya ialah: 1) Meninjau persepsi mahasiswa tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor terhadap personaliti lelaki lembut di UTM.

7 2) Mengenalpasti persepsi mahasiswa tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor tentang tahap penerimaan masyarakat kampus terhadap lelaki lembut di UTM. 3) Mengkaji persepsi mahasiswa tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor mengenai langkah-langkah untuk mengatasi gejala lelaki lembut di UTM. 1.5 Persoalan Kajian Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik menumpukan kepada beberapa persoalan kajian yang perlu dijawab. Persoalan tersebut ialah: 1) Apakah persepsi mahasiswa tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor terhadap personaliti lelaki lembut di UTM. 2) Bagaimana persepsi mahasiswa tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor tentang tahap penerimaan masyarakat kampus terhadap lelaki lembut di UTM. 3) Apakah persepsi mahasiswa tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor mengenai langkah-langkah untuk mengatasi gejala lelaki lembut di UTM.