PEMBANGUNAN DANA WAKAF : KAJIAN DI PERBADANAN WAKAF SELANGOR

Similar documents
Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PELABURAN DANA SEDEKAH MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

COMMUNITY AWARENESS AND UNDERSTANDING OF WAQF IN MALAYSIA: EXPERIENCE OF THE STATES ISLAMIC RELIGIOUS COUNCIL

APLIKASI PRINSIP BERKEKALAN WAKAF DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TERPILIH: PERSPEKTIF PERUNDANGAN

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

TRANSFORMASI INSTITUSI PELAKSANA WAKAF: KES WAQAF AN-NUR CORPORATION

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PEMBENTUKAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI BERTERASKAN WAKAF DI MALAYSIA: CADANGAN MODEL PELAKSANAANNYA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PEMBANGUNAN TANAH WAKAF MELALUI HOTEL WAKAF: STRATEGI LAUTAN BIRU NASIONAL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

YAYASAN MUSLIMIN. 2 Maklumat Organisasi. 18 Organisation Info. 19 Introduction. 3 Pendahuluan. 20 Background. 4 Latar Belakang. 21 Vision And Mission

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

ABSTRAK. pada suatu ketika dahulu contohnya di zaman kerajaan Uthmaniyyah. Kajian ini

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL

SKIM AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF FI SABILILLAH MENGIKUT MAQASID SYARIAH: KAJIAN DI SELANGOR DAN PULAU PINANG 1

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KECEKAPAN PENGURUSAN SURAU ORANG ASLI DI SELANGOR DARI ASPEK KEWANGAN

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Zakat: Analisis Pengurusan dan Trend Agihan di Melaka

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERBADANAN WAKAF SELANGOR :SATU ASPIRASI DALAM PEMBANGUNAN WAKAF PENDIDIKAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Dr. Alias bin Azhar 1 Wan Suhairan Binti Wan Ahmad 2. Kata kunci: Skim Wakaf kaki, wakalah, Jawatankuasa Masjid JHLCB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

KOMUNIKASI MASJID: KAJIAN TERHADAP HEBAHAN AKTIVITI MASJID AL-HASANAH BANDAR BARU BANGI KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

THE CONCEPT OF CRIMINOLOGY {BATHIL) IN ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTION PRACTICES IN MALAYSIA AND ISLAMIC REPUBLIC OF IRAN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

KERTAS KERJA 12 PEMBANGUNAN HARTA WAKAF: PENGALAMAN NEGARA-NEGARA ISLAM

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

GALLEY PROOF. Kawalan Dalaman Tadbir Urus Wakaf di Malaysia

Mohd Faisol Ibrahim 1 ABSTRAK

INSTRUMEN PELABURAN BAGI PENJANAAN DANA WAKAF INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT):SATU TINJAUAN

2/7/2013. Presented by: Abdullaah Jalil, Faculty of Economics and Muamalat, USIM.

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PROGRAM USAHAWAN BAGI MEMPERKASAKAN EKONOMI GOLONGAN ASNAF: PEMANTAUAN DARI APLIKASI MYEMA ABSTRACT

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

KEPERLUAN KEPADA SKIM BANTUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) ATAU LIFELONG LEARNING UNTUK FAKIR MISKIN MENERUSI ZAKAT

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

MODEL PENGURUSAN SURAU ORANG ASLI DI SELANGOR

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PERUTUSAN. Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada JAWHAR di atas tindakan proaktif menerbitkan PPWIP yang amat bermakna ini.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Jurnal Pengurusan JAWHAR LEMBAGA EDITOR

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

Sorotan Literatur Pelaksanaan Wakaf Tunai di Malaysia

as-salihin Perkhidmatan yang disediakan

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

Transcription:

PEMBANGUNAN DANA WAKAF : KAJIAN DI PERBADANAN WAKAF SELANGOR Hasliza binti Talib Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam Pusat Pengajian Teras, KUIS hasliza@kuis.edu.my Nazneen binti Ismail Jabatan Usuluddin Akademi Islam KUIS nazneen@kuis.edu.my Nurzatil Ismah binti Azizan Jabatan al-quran dan al-sunnah Akademi Islam KUIS nurzatil@kuis.edu.my ABSTRAK Wakaf merupakan satu institusi yang wujud sejak zaman awal Islam lagi. Ia berfungsi ke arah mewujudkan sosio ekonomi yang seimbang dalam masyarakat. Di Malaysia, setiap Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dilantik sebagai pemegang amanah kepada semua harta wakaf. Selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menubuhkan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) pada 2011 untuk lebih memperkasakan institusi wakaf di negeri Selangor. Sebagai sebuah badan yang baru ditubuhkan sewajarnya perlukan kepada penilaian dari semasa ke semasa bagi memastikan objektif penubuhannya tercapai. Maka kajian ini akan menfokuskan kepada pencapaian pembangunan dana wakaf yang diuruskan oleh PWS dalam tempoh tiga tahun penubuhannya. Bagi memenuhi matlamat ini, penulis telah melakukan kajian dengan mengumpulkan data-data primer dan sekunder yang diambil daripada pihak PWS dan MAIS sendiri serta membuat analisis terhadap data-data tersebut menggunakan kaedah kuantitatif. Berdasarkan kajian yang dilakukan didapati bahawa PWS berjaya meningkatkan nilai tambah dalam pengurusan harta wakaf dengan memperkenalkan pelbagai dana dan produk wakaf ke arah membangunkan ekonomi ummah secara efisyen dan holistik berdasarkan hukum syarak. Kata kunci: wakaf, dana, pemegang amanah, harta, pembangunan ekonomi (e-isbn 978-967-13087-1-4). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 105

PENDAHULUAN Wakaf berasal dari bahasa Arab waqf, iaitu nama terbitan (masdar) dari kata kerja waqafa. Dari segi bahasa, waqf bermakna berhenti, menegah dan menahan. Manakala menurut istilah syarak, wakaf bermaksud menahan harta seseorang bagi dimanfaatkan oleh orang lain. Harta tersebut adalah kekal dan manfaatnya digunakan oleh pihak lain. Tujuannya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta memberi kebajikan kepada pihak lain. Pewakaf tidak lagi mempunyai hak pemilikan terhadap harta wakaf tersebut. 1 Perbincangan berkenaan wakaf di kalangan fuqaha dibahagikan kepada tiga iaitu wakaf kebajikan (wakaf am), wakaf keluarga (wakaf khas) dan wakaf bersama (wakaf am dan khas). 2 Semua jenis wakaf membawa tujuan yang sama iaitu menjaga kebajikan dan memberi manfaat kepada pihak lain. Konsepnya ialah menyebar luaskan manfaat harta dengan mengekalkan zatnya. Manfaat akan disalurkan bagi tujuan kebajikan semata-mata dengan diurus tadbir oleh pemegang amanah. Harta wakaf yang kekal dari segi fizikal ini menjadi titik perbezaan di antara wakaf dengan sedekah dan hibah. Meskipun begitu, wakaf tetap merupakan sebahagian daripada sedekah jariah kerana ia diinfakkan oleh pemilik harta dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia juga meliputi aspek kasih sayang dan persaudaraan sesama ahli masyarakat. Hasilnya, harta wakaf mampu menjana ekonomi, membangun masyarakat dan meraih reda Allah SWT. 3 Wakaf termasuk dalam salah satu bentuk takaful kerana ia tertegak di atas persaudaraan, persamaan dan ithar (mengutamakan orang lain). Sekali gus menafikan individualisme dalam masyarakat. Oleh itu, bertitik tolak daripada anjuran al-quran dan Sunnah agar berlumba membuat kebaikan menjadikan para sahabat yang berharta telah lebih dahulu mengamalkan wakaf dalam kehidupan mereka. 4 Firman Allah SWT: Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya, lagi meliputi ilmu pengetahuan Nya. 1 Siti Mashitoh Mahamood (2006). Waqf in Malaysia, Legal and Administrative Perspective. University Malaya Press. hal 1 2 Mohd Hidayat b. Abd Rani. 3 Syahnaz Sulaiman (2012. Isu pembangunan wakaf menggunakan struktur amanah pelaburan hartanah Islam di Malaysia: Satu tinjauan. Dlm. Jurnal Kanun J. 24 Bil. 2: Disember 2012. Hlm. 149-162. Dipetik dari http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/?p=461&preview=true pada 12 Mei 2014. 4 Machmudi Muhson (2001). Perkembangan Wakaf dalam Wacana Fiqh Islam dan Pemberdayaannya dalam Pembangunan. Dibentangkan dalam diskusi El-Shohwah pada 21 Ogos 2001. Dipetik dari http://elshohwah.tripod.com/makalah/diskusi%201.htm pada 12 Mei 2014. (e-isbn 978-967-13087-1-4). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 106

Al-Baqarah (2): 261 Contoh amalan wakaf yang dipraktis oleh para sahabat Rasulullah SAW iaitu seperti Abu Talhah yang mewakafkan tembok Birha, Umar bin al-khattab yang mewakafkan tanah di Khoibar, seorang Yahudi yang masuk Islam mewakafkan tanah Muhairiq dan tembok kaum bani Najjar yang dibuat masjid oleh Rasulullah SAW, kemudian mereka tidak mahu menerima ganti rugi. Gerakan ini diteruskan lagi selepas zaman sahabat terutama apabila berlakunya pembukaan negara-negara seperti Mesir, Syam dan lainlain. 5 Sesungguhnya ganjaran bagi mereka yang membelanjakan harta bagi mendapatkan keredaan Allah SWT amarlah besar. Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: ع ن أ ب ي ه ر ير ة - رضي هللا عنه - أ ن ر س ول هللا - صلى هللا عليه وسلم ق ال : - إ ذ ا م ات ا ل نس ان ا نق ط ع ع نه ع م ل ه إ ل م ن ث ل ث : ص د ق ة ج ار ي ة 6 أ و ع لم ي نت ف ع ب ه أ و و ل د ص ال ح ي دع و ل ه - Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila mati seorang insan terputus daripadanya amalan kecuali tiga: sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakan baginya. INSTITUSI WAKAF DI MALAYSIA Amalan wakaf dalam masyarakat Islam di Malaysia secara tradisionalnya banyak tertumpu dalam bentuk masjid, tanah, surau, sekolah agama dan maahad tahfiz. Dewasa ini kefahaman masyarakat tentang wakaf semakin meluas. Institusi wakaf telah diperkembangkan dengan memperkenalkan pelbagai produk yang berasaskan konsep wakaf seperti wakaf tunai, saham wakaf dan wakaf pendidikan.. Golongan yang mendapat manfaat wakaf juga telah diperluaskan tidak terhad kepada perkara keagamaan semata. Sebaliknya lebih berbentuk sumbangan kepada kebajikan masyarakat selagi tidak bertentangan syarak.. Harta-harta wakaf juga telah mula dibangunkan dimulai dengan membangunkan wakaf tanah am yang berpotensi, diikuti dengan penubuhan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) yang berperanan membantu usaha peringkat negeri. Melalui dana yang disalurkan JAWHAR, negerinegeri terlibat memulakan proses pembangunan. 7 Wakaf di Malaysia adalah termasuk bawah Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu di bawah bidang kuasa Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri serta dikecualikan dari peruntukan Kanun Tanah Negara. 8 Maka setiap Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) adalah bertanggungjawab bagi 5 Ibid, 2001 6 Muslim bin al-hajjaj, Sahih, Kitab al-wasiyyah, Bab Ma Yulhiq al-insan min al-thawab ba da wafatih no hadis 3084. 7 Syed Mohd Ghazali Wafa bin Syed Adwam Wafa. 2010. Pembangunan wakaf pendidikan di Malaysia. Dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa ke 7: Epistemologi Tauhid- Ekonomi Zakat dan Wakaf di ILIM Bangi. Dipetik dari http://www.ukm.my/hadhari/sites/default/files/prosiding/p8.pdf pada 12 Mei 20 8 Ibid. (e-isbn 978-967-13087-1-4). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 107

menguruskan harta wakaf dan dalam masa yang sama MAIN bertindak sebagai pemegang Amanah. Kertas kerja ini seterusnya hanya akan menfokuskan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam bertindak sebagai pemegang amanah harta wakaf di negeri Selangor. PENGURUSAN WAKAF OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) Di negeri Selangor, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) merupakan pusat yang menguruskan harta wakaf. Ia diwujudkan di bawah MAIS untuk menguruskan wakaf khas yang mana pewakaf meniatkan wakafnya untuk sesuatu tujuan khas dan juga menguruskan wakaf tunai iaitu wakaf menggunakan wang tunai (Saham Wakaf Selangor) yang dikumpul di bawah satu tabung amanah. PWS turut diamanahkan bagi mentadbir dan mengurus saham wakaf bagi tujuan membiayai projek pembangunan dan pelaburan untuk manfaat masyarakat. Selain itu PWS turut menguruskan wakaf harta tak alih (harta yang tidak boleh dipindahkan) seperti membangunkan tanah untuk bangunan atau membina bangunan untuk hospital, sekolah dan sebagainya. 9 MAIS melalui enakmen wakaf negeri Selangor seksyen 39 tahun 1999 telah diberi kuasa bagi menerima wakaf tunai sebagai harta yang diwakafkan di bawah kumpulan wang wakaf negeri Selangor. 10 Berdasarkan peruntukan ini, skim Saham Wakaf Negeri Selangor telah dilancarkan pada tahun 2002 dengan penjualan lot-lot am secara tunai kepada pewakaf bagi tujuan pembangunan harta-harta wakaf. Kadar minima ditetapkan RM10 seunit tanpa had maksimum, ia kemudian diwakafkan kepada MAIS sebagai pemegang amanah. PWS mempunyai empat bahagian yang bergerak bagi melancarkan proses wakaf, iaitu bahagian pengurusan, bahagian kewangan, bahagian pemasaran dan dakwah serta bahagian penyelidikan dan pelaburan. Bahagian kewangan menguruskan penyediaan perbelanjaan pendapatan dan perbelanjaan tahunan bagi Akaun Saham Wakaf MAIS dan Akaun Manfaat Wakaf MAIS. Ia mengurus akaun kutipan saham wakaf selangor, manfaat wakaf dan wakaf khas. Ia juga mengawal bajet tahunan dan aliran tunai. 11 Dalam menguruskan wakaf, Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIS telah dilantik berdasarkan enakmen wakaf negeri Selangor 1999, bahagian 2 seksyen 21. Jawatankuasa ini bermesyuarat sebanyak empat kali setahun untuk memantau, menyelia kutipan, agihan aset-aset wakaf dan perakaunan wakaf. 12 PEMBANGUNAN DANA WAKAF OLEH PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengorak langkah yang bijak dalam memastikan dana wakaf diurus dengan lebih sistematik dengan menubuhkan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang telah diwartakan penubuhannya pada 3 Febuari 2011. Ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 pindaan 2008 dan Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) No 7, 1999, PWS berusaha meningkatkan nilai tambah dalam pengurusan wakaf serta cuba membudayakan amalan wakaf ke arah membangunkan ekonomi ummah secara holistik. Kertas kerja ini cuba membincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh PWS sepanjang empat tahun penubuhannya merangkumi gerak kerja untuk meningkatkan jumlah nilai harta wakaf di negeri Selangor serta metod pengagihannya sehingga mampu dinikmati oleh setiap ahli masyarakat yang 9 http://www.wakafselangor.gov.my/, 12 Mei 2014. 10 Mohd Hidayat b. Abd Rani. 11 http://www.wakafselangor.gov.my/, 12 Mei 2014. 12 Mohd Hidayat b. Abd Rani. (e-isbn 978-967-13087-1-4). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 108

memerlukan dengan cekap dan tepat. Kajian perbandingan juga akan dibuat antara Januari 2011 dengan Januari 2013 Usaha-usaha untuk menambahkan dana wakaf Sejak penubuhannya dalam tempoh empat tahun, pelbagai usaha telah dilakukan oleh PWS untuk memastikan dana wakaf terus berkembang. Antara usaha-usaha yang dilakukan ialah memberi kefahaman kepada ahli masyarakat tentang kepentingan berwakaf. Pelbagai media digunakan untuk mendidik ahli masyarakat seperti iklan-iklan di radio, akhbar, majalah, buletin, ceramah, ekspo, karnival dan laman sesawang. Pada 21 hingga 23 Jun 2013, PWS telah bekerjasama dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menganjurkan Karnival Mahabbah IKIM. Karnival ini mempromosi tanggungjawab ibadah wakaf kepada orang ramai sempena Bulan Wakaf Selangor. 13 Manakala, bagi menumpukan kepada golongan industri, korporat dan syarikat dalam usaha untuk memberi kefahaman tentang wakaf, PWS melancarkan Kempen Bulan Mesra Industri (BUMI) sepanjang Oktober, November dan Disember setiap tahun dan mengajak mereka menyertai Sahabat Wakaf Korporat. Aktivitinya ialah forum dan khutbah berkelompok yang melibatkan 45 buah masjid di kawasan industri selain program bengkel, kursus dan seminar. 14 Penglibatan entiti korporat dalam hal ehwal urusan wakaf turut dikenali sebagai wakaf korporat adalah merupakan lonjakan baru bagi menambahkan minat dan perhatian masyarakat dalam menceburkan diri dalam aktiviti kebajikan seperti wakaf. Antara Syarikat yang telah dikunjungi oleh PWS pada 2011 bagi mempromosikan wakaf ialah Puncak Niaga Holdings Berhad,Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Perodua Sdn Bhd, Johawaki Sdn Bhd, Permodalan Negeri Selangor Berhad dan Mydin Holdings Berhad. 15 PWS juga telah bekerjasama dengan karangkraf melalui medium Sinar Harian dan 29 majalah terbitan Karangkraf bagi menyampaikan kempen berwakaf kepada ahli masyarakat. Karangkraf telah dilantik sebagai rakan media PWS. Kempen amal jariah kepada pembaca serta kempen dalaman kepada kakitangan dapat menggalakkan kakitangan karangkraf berinfaq menerusi kemudahan pemotongan gaji bagi menyokong saham wakaf Selangor. 16 Selain daripada memberi kefahaman kepada masyarakat tentang amalan berwakaf, PWS juga telah melakukan beberapa transformasi dalam aspek pengurusan dan pembangunan wakaf di Selangor bagi meningkatkan jumlah dana wakaf. Konsep kontemporari wakaf tunai yang popular dan telah dipraktikkan di beberapa buah negara telah mendorong PWS melancarkan skim wakaf tunai yang membolehkan individu dan organisasi berwakaf dengan kadar yang amat minimum. PWS bekerjasama 13 Utusan Malaysia (2013, 21 Jun). Kernival Mahabbah IKIMfm. http://www.wakafselangor.gov.my/index.php/styles/keratan-akhbar/183-21-06-2013-utusan-malaysia-karnivalmahabbah-ikim-fm 14 Sinar Harian (2012, 28 September). Tingkat Kesedaran Wakaf. http://www.wakafselangor.gov.my/index.php/styles/keratan-akhbar/179-13-11-2012-utusan-malaysia-tingkatkesedaran-wakaf 15 Buletin Perbadanan Wakaf Selangor MAIS 2012. Bil 1 2012 16 Sinar Harian (2012, 23 Nov) Karangkraf Jadi Rakan Media PWS. http://www.wakafselangor.gov.my/index.php/styles/keratan-akhbar/180-23-11-2012-sinar-harian-karangkraf-jadirakan-media-pws (e-isbn 978-967-13087-1-4). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 109

dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dengan memperkenalkan memperkenalkan skim wakaf tunai yang dikenali sebagai Wakaf Selangor Muamalat pada September 2012. Melalui kerjasama ini, BMMB dan PWS adalah merupakan pengurus bersama aset wakaf yang diperolehi melalui pembelian sijil wakaf tunai yang dilakukan di mana-mana cawangan BMMB. Dana wakaf diperolehi melalui daripada sumbangan individu dan institusi yang boleh mendepositkan wang tunai sebagai aset wakaf di mana-mana kaunter Bank Muamalat seluruh negara. Selain itu boleh dilakukan melalui perbankan internet, potongan bulanan dan arahan bayaran berkala. 17 Wakaf Selangor Muamalat menerima sumbangan minimum individu ialah bermula RM1 manakala bagi institusi ialah RM100 tanpa ditetapkan had maksima. Target dana ini ialah untuk mengumpulkan RM50 juta dalam tempoh tiga tahun. BMMB telah memulakan sumbangan wakaf sebanyak RM1juta manakala kakitangannya sebanyak RM74 040 sewaktu pelancaran. Sumbangan akan diuruskan 40:30:30 (40% akan dilaburkan bagi memastikan kesinambungan dana wakaf; 30% untuk tujuan pendidikan seperti biasiswa ; 30% untuk tujuan kesihatan). 18 PWS turut memperkenalkan Saham Wakaf Selangor yang melayakkan para penyumbang menerima pelepasan cukai pendapatan. Kaunter-kaunter sumbangan telah dibuka di PWS sendiri, 24 cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS), Ejen Penerangan dan Terimaan Sumbangan (Ejen Penerangan Individu atau Korporat), Portal e-mais serta Akaun Bank (Bank Islam, Maybank Islamic, BSN, CIMB Islamic, Bank Muamalat, Cek, money order/postal order (atas nama Perbadanan Wakaf Selangor). Selain itu PWS turut memperkenalkan Skim Infaq (Potongan Gaji serendah RM5) bagi kakitangan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Badan Berkanun, Anak-anak syarikat dan Swasta. Sehingga September 2012 jumlah pewakaf yang membuat potongan gaji mencecah 5 688 orang dengan jumlah dana terkumpul sebanyak RM623 ribu berbanding dengan hanya RM251 ribu pada Disember 2011. 19 Wakaf Seni pula diperkenalkan pada Jun 2013. Ia Memberi peluang kepada karyawan dan penggiat seni berkongsi hasil seni mereka. Mereka boleh mewakafkan hasil seni yang ditukar dalam bentuk wang tunai sebelum diterjemahkan dalam bentuk aset kekal untuk kemaslahatan umat Islam. Golongan sasar ialah penulis lirik, pencipta lagi, penerbit filem, drama dan teater, syarikat produksi, artis yang bernaung di bawah Persatuan Seniman Malaysia dan ahli Persatuan Animasi Malaysia. 20 Agihan Sumbangan Wakaf 17 http://www.wakafselangor.gov.my/index.php/2012-04-27-03-02-07/2012-05-14-15-44-41/saham-wakaf-selangor 18 Berita Harian (2012, 28 september) Wakaf Saham Selangor Dilancar http://www.wakafselangor.gov.my/index.php/styles/keratan-akhbar/177-28-09-2012-berita-harian-wakaf-selangormuamalat-dilancar 19 Buletin Perbadanan Wakaf Selangor MAIS 2012. Bil 2 2012 20 Sinar Harian (2013, 23 Jun) PWS Perkenal Wakaf Seni. http://www.wakafselangor.gov.my/index.php/styles/keratan-akhbar/184-23-06-2013-sinar-harian-pws-perkenalwakaf-seni (e-isbn 978-967-13087-1-4). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 110

Dana-dana wakaf yang telah diamanahkan kepada PWS diagihkan mengikut ketetapan 70:30 iaitu 70 peratus dana wakaf akan dilaburkan semula untuk menambah dana wakaf manakala 30 peratus lagi diagihkan untuk tujuan fisabilillah. Antara sumbangan fisabilillah yang telah dibuat ialah pembinaan bilik mesyuarat masjid, pembinaan surau, pembinaan masjid, pembinaan kem, pembinaan klinik wakaf dan sebagainya. Sumbangan ini melibatkan pembinaan infrastruktur yang bersifat jangka panjang 21. Manakala bagi melaksanakan polisi agihan dana wakaf (manfaat wakaf) seperti hasil sewaan tanah dan tapak perniagaan, ia dilakukan setiap tiga bulan sekali kepada penerima-penerima manfaat harta wakaf yang terdiri dari pihak masjid dan surau yang menguruskan tanah atau tapak perniagaan tersebut. 22 Bagi menguruskan operasi Wakaf Selangor Muamalat, PWS dan BMMB telah menubuhkan jawatankuasa bersama yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB). Ia bertanggungjawab menyalurkan dana wakaf yang dikumpulkan bagi menjalankan projek-projek wakaf, membantu golongan penerima wakaf khususnya dari aspek pendidikan dan kesihatan dan melaburkan sebahagian daripada hasil wakaf. Pelaburan dana wakaf telah diuruskan oleh Muamalat Invest Sdn Bhd. 25% hasil pelaburan dibahagi kepada PWS. Manakala 75% diserahkan kepada JPS untuk dibahagikan semula kepada sektor-sektor bersesuaian. Melalui Wakaf Selangor Muamalat (WSM) perlbagai pihak telah menerima sumbangan agihan dari manfaat wakaf antaranya dari aspek kesihatan ialah sumbangan mesin dialisis kepada pusat-pusat hemodialisis, mesin embosser (pencetak tulisan Braille) dan almari khas bagi mesin tersebut kepada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), sumbangan alat bantuan kesihatan seperti kerusi rosa, tongkat, katil, dan lain-lain kepada rumah-rumah jagaan, serta sumbangan peralatan-peralatan perubatan kepada hospital-hospital. 23 Dari aspek pendidikan pula PWS telah membina bangunan-bangunan sekolah, sumbangan peralatan pendidikan seperti al-quran, buku-buku rujukan kepada sekolah-sekolah agama dan maahad tahfiz dan juga sumbangan peralatan asas kepada sekolah-sekolah seperti tandas, surau, kelas dan sebagainya. 24 Selain itu sumbangan kepada pembinaan dan proses membaik pulih masjid dan surau terus dipertingkatkan. Pengurusan Dana Wakaf PWS berfungsi untuk membantu pihak MAIS dalam menggalakkan, mendorong, membantu, mengusahakan dan memajukan harta dan produk wakaf selaras dengan hukum syarak. PWS 21 http://www.wakafselangor.gov.my/index.php/2012-04-27-03-02-07/2013-08-16-07-29-42/agihan-sumbanganwakaf. 3 jun 2014 22 Mohd Azmi bin Misron, Pengurus Bahagian Penyelidikan dan Pelaburan PWS. azmi@wakafselangor.gov.my pada 26 Mei 2014 23 http://www.muamalat.com.my/consumer-banking/other-services/wakaf-selangor/wakaf-updates.html 24 ibid (e-isbn 978-967-13087-1-4). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 111

menguruskan dana wakaf berbentuk tunai (Saham Wakaf Selangor) sama ada untuk tujuan umum atau pun khusus untuk satu-satu projek pembangunan yang dirancang contohnya pembinaan masjid, surau, sekolah dan sebagainya. Dalam usaha membangunkan tanah-tanah wakaf pula, PWS telah melantik Syarikat Nada Sepakat Corporatian (Malaysia) Sdn. Bhd. sebagai pemaju bagi projek pembangunan usahasama yang berkonsepkan rumah kediaman jenis semi-d 1½ tingkat sebanyak 80 unit di atas tanah wakaf Lot 3681 GM 248 dan Lot 3734 GM 249 Batu 8, Jalan Kebun, Daerah Klang yang telah diwakafkan oleh almarhum Abdul Rahman Ali untuk manfaat Surau Al-Falah Telok Pulai seluas 2.3 hektar di Jalan Kebun. Konsep pembelian untuk rumah ini adalah berdasarkan konsep Al-Ijarah (pajakan Islam) dimana pembeli akan memiliki rumah di atas tanah wakaf tersebut selama 99 tahun. 25 PWS juga menguruskan sewaan aset-aset wakaf MAIS contohnya rumah kediaman, lot-lot kedai pejabat serta premis-premis perniagaan dan tanah wakaf yang diwakafkan oleh orang perseorangan ataupun institusi-intitusi tertentu yang dianggarkan bernilai RM 80 juta. Sejak penubuhannya pada Febuari 2011, dana wakaf yang diuruskan oleh PWS telah mengalami peningkatan yang memberansangkan. Daripada jumlah RM3.7 juta pada tahun 2011 telah melonjak kepada RM18.0 juta pada tahun 2013. 26 Nilai Dana Wakaf 2011-2013 BIL PERKARA 2011 2012 2013 1. DANA WAKAF AM 2,007,775 4,106,959 6,251,011 2. DANA WAKAF KHAS 1,734,450.80 9,368,783.39 11,830,379.29 JUMLAH 3,742,225.80 13,475,742.39 18,081,390.29 Sumber: Mohd Azmi bin Misron, Pengurus Bahagian penyelidikan dan Pelaburan PWS, azmi@wakafselangor.gov.my pada 26 Mei 2014 Kesimpulan PWS sebagai pemegang amanah daripada rakyat Selangor dan pihak MAIS khususnya telah menjalankan amanah berkenaan hasil kutipan wakaf dan manfaat wakaf dengan baik sekali. Ia dilihat 25 http://www.wakafselangor.gov.my/index.php/2012-03-29-17-33-49/carta-organisasi-pws. 3 Jun 2014 26 Mohd Azmi bin Misron, Pengurus Bahagian penyelidikan dan Pelaburan PWS. Email pada 26 Mei 2014 (e-isbn 978-967-13087-1-4). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 112

banyak membantu masyarakat di Selangor sama ada individu, sekolah dan masjid dalam membaikpulih infrastuktur dan kelengkapan ke arah yang lebih selesa dan lebih baik. Individu yang berada dalam kategori miskin tegar juga berjaya dibantu dengan hasil wakaf dengan membina rumah yang lebih selesa. Inovasi yang telah dilakukan dengan usahasama syarikat-syarikat korporat telah memberi peluang luas kepada institusi zakat mengembangkan konsepnya dan memberi manfaat yang besar kepada ahli masyarakat. Rujukan: 1. Siti Mashitoh Mahamood (2006). Waqf in Malaysia, Legal and Administrative Perspective. University Malaya Press. 2. Abdullah Jalil dan Ashraf Mohd Ramli (2008), Waqf instruments for construction Contract: An Analysus of Structure. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Recearch (JMIFR) 3. Asharaf Mohd Ramli dan Abdullaah Jalil (2013), Funding Higher Education in Malaysia: Corporater Waqf Model, Waqf Workshop: Contemporary Role of Higher Education, Alor Star: Al-Bukhari International University 4. Syahnaz Sulaiman (2012), Isu pembangunan wakaf menggunakan struktur amanah pelaburan hartanah Islam di Malaysia: Satu tinjauan. Dlm. Jurnal Kanun J. 24 Bil. 2: Disember 2012. Hlm. 149-162. Dipetik dari http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/?p=461&preview=true pada 12 Mei 2014. 5. Machmudi Muhson (2001), Perkembangan Wakaf dalam Wacana Fiqh Islam dan Pemberdayaannya dalam Pembangunan. Dibentangkan dalam diskusi El-Shohwah pada 21 Ogos 2001. Dipetik dari http://elshohwah.tripod.com/makalah/diskusi%201.htm pada 12 Mei 2014. 6. Syed Mohd Ghazali Wafa bin Syed Adwam Wafa (2010), Pembangunan Wakaf Pendidikan di Malaysia. Dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa ke 7: Epistemologi Tauhid- Ekonomi Zakat dan Wakaf di ILIM Bangi. Dipetik dari http://www.ukm.my/hadhari/sites/default/files/prosiding/p8.pdf pada 12 Mei 2014. 7. Abu al-fadl Jamal al-din Muhd b. Mukarram Ibn Manzur, Lisan al-arab, j.4. Beirut Dar Ihya al- Thurath al-arabi. 1997, 283) 8. http://www.wakafselangor.gov.my/ 9. Kamus Dewan, cet.3, kuala lumpur, dewan Bahasa dan pustaka, 2010, 1779. 10. Mohd Azmi bin Misron, Pengurus Bahagian Penyelidikan dan Pelaburan PWS. azmi@wakafselangor.gov.my 11. Mohd Hidayat b. Abd Rani. 12. Akhbar Sinar Harian 13. Akhbar utusan Malaysia (e-isbn 978-967-13087-1-4). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 113

(e-isbn 978-967-13087-1-4). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Page 114