Pengaruh Komponen Kurikulum Ilmu Siasah Syar iyyah dalam Kursus Teras Universiti

Similar documents
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester Pendek / 1 / 2 (Short Semester / 1 / 2) Panduan Module

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

BUTIRAN PERIBADI

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARAT KHAS PROGRAM STPM / STAM DIPLOMA / SETARAF SALURAN KEDUA. Lulus mata pelajaran Bahasa Arab pada

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

LAPORAN JAWATANKUASA MAJLIS DEKAN-DEKAN PENGAJIAN ISLAM MENGKAJI PROFIL PENGAJIAN ISLAM INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

MATA PELAJARAN UMUM (MPU) PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN HOLISTIK. Universiti Selangor (UNISEL)

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

Konsep Pelantikan Pemimpin Dari Sudut Perspektif Fiqh Siyasah: Analisis Terhadap Teori- Teori Pemikiran Politik Islam

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

HALATUJU PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR. Disediakan Oleh; Muhamad Asmadi bin Mustakim Ketua Sektor Pengurusan Akademik

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

SUKATAN PEPERIKSAAN (SUBJEK JABATAN) AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

-*.- Program Pensiswa

Transcription:

VOL. 13 ISSN 1511-8393 JULAI/JULY 2012 http://www.ukm.my/jmalim/ Pengaruh Komponen Kurikulum Ilmu Siasah Syar iyyah dalam Kursus Teras Universiti (Influence of Siasah Syar iyyah Curriculum Component in the University Core Courses) Azizi Umar Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia azzumr@yahoo.com Noor Hisham Md Nawi Universiti Malaysia Kelantan Hisham@umk.edu.my ABSTRACT This article aims to discuss the extent to which the formation of siasah syar iyyah curriculum components in the core courses of universities such as Citizenship or Malaysian Studies, the Islamic civilization through TITAS courses, courses in Islamic Studies and Ethnic Relations. The purpose of teaching political science have almost similar to the siasah syar iyyah these courses. The study also wish knew integration and severability of terms in the curriculum in public and private universities. Study of document analysis and experience of the writer as teaching shows that the courses are taught separately and seem to have nothing to do with the concept of political integration of knowledge in siasah syar iyyah course epistemologhy while still discuss matters related to the concept and political thought. Taught political science while also being in a state separated from the original source of the continuity of siasah syar iyyah. Knowledge integration relationship is also quite loose with the continuity of the history of Islam in Malaysia. The study also found that the discipline of knowledge gaps, whereas the history of Islam also is the power of authority granted to the State besides being the official religion of the Federation of the Constitution. The author proposes a new course called Ketatanegaraan Islam was introduced at the College and the University of Islam as a new discipline for the initial step. Keywords: Siasah Syar iyyah - Core Courses University - International Islamic University Curriculum

32 MALIM SEA Journal of General Studies 13 2012 ABSTRAK Artikel ini bertujuan untuk membincangkan sejauh mana pembentukan kompenan kurikulum ilmu siasah syar iyyah dalam kursus teras universiti seperti Kenegaraan atau Pengajian Malaysia, Tamadun Islam melalui kursus TITAS, Kursus Pengajian Islam dan Hubungan Etnik. Tujuan pengajaran ilmu siasah syar iyyah mempunyai hampir persamaan dengan kursus-kursus tersebut. Kajian juga ingin mengetahui dari sudut pengintergasian dan keterpisahan dalam kurikulum di IPTA dan IPTS. Kajian analisis dokumen dan pengalaman penulis sebagai tenaga pengajar menunjukkan bahawa kursus-kursus yang diajar terpisah dan seolah-olah tidak ada kaitan dengan konsep kesepaduan ilmu siasah syar iyyah sedangkan kursus tersebut secara epistemologinya tetap membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan konsep dan pemikiran politik. Ilmu politik semasa yang diajar juga berada dalam keadaan terpisah dengan kesinambungan sumber asal ilmu siasah syar iyyah. Hubungan kesepaduan ilmunya juga agak longgar dengan sejarah kesinambungan Islam di Malaysia. Kajian juga mendapati bahawa disiplin ilmu sejarah negeri turut lompang sedangkan agama Islam adalah kuasa autoriti yang telah diberikan kepada Negeri selain turut menjadi agama rasmi bagi Persekutuan dalam Perlembagaan. Penulis mencadangkan satu kursus baru iaitu Ketatanegaraan Islam diperkenalkan di Kolej dan Universiti Islam sebagai satu disiplin ilmu baru untuk langkah permulaan. Kata Kunci: Siasah Syar iyyah--kursus Teras Universiti--Kurikulum Universiti Islam PENGENALAN Bidang pendidikan tinggi memainkan peranan yang amat besar dalam melahirkan generasi berilmu dan mampu menyumbang ke arah pembentukan negara maju, harmoni dan makmur. Namun pada masa yang sama hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu seseorang pelajar bukan sahaja berilmu dan mempunyai pelbagai kemahiran tetapi kekuatan dan keseimbangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Disiplin ilmu pengajian Islam pada kebanyakan para sarjana muslim berada dalam keadaan terpisah dari arus kesarjanaan ilmu sains moden akibat daripada pengaruh pemikiran pendidikan sekular yang sudah lama bertapak dalam pemikiran orang-orang Islam seperti disiplin ilmu sains politik dan siasah syar iyyah..

Pengaruh Komponen Kurikulum Ilmu Siasah Syar iyyah dalam Kursus Teras Universiti 33 Ilmu Siasah Syar iyyah penting untuk dipelajari setiap pelajar bagi mendapatkan gambaran yang tepat tentang aspek politik dari perspektif tasawwur Islam yang menjadi asas kepada pembentukan insan dan warganegara yang baik. Realiti perkembangan semasa menunjukkan bahawa kekaburan dalam aspek tersebut mengakibatkan lahirnya generasi baru yang tidak begitu menghargai aspek-aspek kenegaraan dan tatalaku kewarganegaraan yang beretika. Adalah lebih tepat dan selamat sekiranya kursus Siasah Syar iyyah dikelompokkan dalam kategori Kurikulum Teras Universiti berdasarkan kedudukannya sebagai ilmu fardhu ain peringkat tersebut berbanding dengan kategori Kursus Wajib Universiti berdasarkan kepada pertimbangan pragmatik keperluan semasa negara. Tidaklah begitu penting sama ada keterpisahan tersebut dirancang secara khusus oleh pihak penjajah atau sebaliknya kerana tradisi pendidikan Barat sememangnya sekular dan dualis. Walaupun konsep sekularisme dan dualisme sedikit berbeza, implikasinya kepada sistem pendidikan tempatan adalah sama. Antara kesan tersebut ialah disiplin ilmu pengajian agama hanya berkembang dalam kotaknya yang tersendiri dan prinsip-prinsip asas di dalamnya tidak pernah dikaitkan apatah lagi menjadi teras dan rujukan kepada ilmu pemerolehan (Rosnani Hashim 1999). Isu keterpisahan tersebut telah dibangkitkan dalam Kongres Pendidikan Islam Sedunia di Makkah pada tahun 1977 tetapi tidak banyak kejayaan yang dicapai sehingga kini kecuali penubuhan beberapa buah universiti dan institusi Islam yang masih memperjuangkan agenda tersebut. PERMASALAHAN Kesepaduan ilmu dan falsafah pengajian Islam yang berpaksikan tauhid perlu dirangka agar kurikulum, kaedah mengajar, buku teks dan latihan guru seharusnya disusun semula bagi mengembalikan keagungan pendidikan Islam yang terbukti berjaya membangunkan tamadun kemanusiaan yang unggul dalam sejarah kegemilangan umat Islam pada masa lepas (Ismail 2009). Penawaran kursus juga adalah setelah mengambil kira elemen-elemen patriotik dan nilainilai positif seperti cintakan negara, berakhlak mulia perlu dimasukkan dalam kursus pengajian tinggi mengikut kesesuaian bidang yang diceburi pelajar (LAN 2005). Namun begitu kursus wajib universiti khususnya berkaitan dengan ilmu siasah terus berada dalam keadaan terpisah. Persoalan yang berbangkit ialah mengapakah kursus-kursus wajib yang ditawar tersebut berkaitan dengan ilmu siasah tetapi tidak ada keepaduannya antara siasah di Malaysia dengan disiplin ilmu siasah syar iyyah. Begitu juga apabila membicarakan tentang politik Islam di Malaysia, kedudukan Agama Islam, Majlis Raja-Raja, Kesultanan Negeri, Identiti

34 MALIM SEA Journal of General Studies 13 2012 Melayu-Islam yang merupakan unsur-unsur tradisi utama dalam Perlembagaan Persekutuan tidak diintegrasi dalam ilmu siasah syar iyyah. Ia berlaku kerana perbincangan mengenai politik Islam seperti yang telah disebutkan berkembang dalam kerangka konsep negara bangsa yang menjadikan Islam sebagai sebahagian dari sejarah perjalanan bangsa dan budaya Melayu; bukannya sebagai al-din sebagaimana yang difahami oleh ulama/cendekiawan siasah syar iyyah (Noor Hisham Md. Nawi 2011). Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan di atas, penulis menggariskan kepada tiga persoalan utama untuk diperincikan iaitu; 1. Apakah item objektif dan hasil pembelajaran kursus wajib tersebut seiring dengan matlamat ilmu siasah syar iyyah? 2. Sejauh mana kandungan kursus mempunyai kaitan dalam pemantapan ilmu siasah syar iyyah? 3. Apakah cadangan yang sesuai bagi memastikan ianya diperkukuhkan dalam satu disiplin ilmu pada masa depan? METODOLOGI Artikel ini dibincangkan berdasarkan pengalaman penulis sebagai tenaga pengajar di IPTA dan IPTS selama 10 tahun dan penulis sendiri adalah produk disiplin ilmu siasah syar iyyah secara dwi-disiplin dalam sistem penstrukturan lama dan baru. Selain itu, analisis dokumen digunakan bagi memperkukuhkan lagi analisis yang dibuat. Ia hanya akan memberikan fokus kepada lima kursus utama iaitu 3 di IPTA iaitu Kenegaraan Malaysia, TITAS dan Hubungan Etnik dan 2 kursus di IPTS iaitu Pengajian Malaysia dan Pengajian Islam. Lima kursus ini dipilih kerana secara umumnya sangat berkaitan dengan ilmu siasah syar iyyah. Kursus yang turut diwajibkan di IPTA dan IPTS atas inisiatif kolej atau universiti walaupun kursus yang hampir sama, tidak termasuk dalam perbincangan ini. Penulis percaya dengan memberikan fokus kepada 5 kursus ini sudah memadai bagi menggambarkan setakat mana keseluruhan kandungan tersebut berkait dengan siasah syar iyyah. Kursus TITAS telah dilaksanakan di IPTA sejak tahun 1983 bertujuan memperkenalkan Islam sebagai sebuah tamadun yang unggul kepada pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama (KPT 2010). Ia diikuti kemudiannya kursus Kenegaraan. Kursus Hubungan etnik pula mula ditawarkan pada tahun 2005. Manakala kursus wajib Pengajian Islam dan Pengajian Malaysia di IPTS mula dilaksanakan pada 1 Januari 1999 berdasarkan Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 (LAN 2005).

Pengaruh Komponen Kurikulum Ilmu Siasah Syar iyyah dalam Kursus Teras Universiti 35 TUJUAN DAN MATLAMAT KURSUS Razali Arof (1996) menyebutkan bahawa kurikulum adalah statik pada suatu jangka masa yang pendek atau sementara sahaja kerana ia memerlukan perubahan dan perkembangan. Pembelajaran yang maksimum memerlukan perancangan yang teliti bagi menjamin perkembangan individu dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelek (Ee Ah Meng 1994). Serentak dengan itu, kurikulum yang menjadi teras pembelajaran sepatutnya boleh mencapai objektif yang dihasratkan. Menurut Kerr J.K (1991), mentakrifkan kurikulum sebagai semua pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sesebuah institusi samada dilaksanakan secara kelompok atau individu di dalam atau di luar bilik kuliah. Menurut Warwick D. (1975) dalam bukunya Curriculum Structure and Design, terdapat dua jenis kurikulum iaitu formal dan ideal. Kedua-duanya diibaratkan dengan kandungan geologi bumi yang mempunyai pelbagai lapisan dan saling berkait antara satu sama lain. Ia terdiri daripada topik pelajaran, aktiviti, tema, sukatan, guru dan jadual waktu. Pembinaan kurikulum mengikut perspektif Islam seharusnya berdasarkan kepada skema keilmuan menurut tradisi sarjana Islam. Ini menjadikan kurikulum pengajiannya berhierarki, berkesinambungan, menyeluruh dan menuju kepada kesatuan sebagaimana sifat ilmu dalam Islam yang juga berhierarki tetapi bersepadu secara harmoni. Berdasarkan premis tersebut, kedudukan ilmu siasah al-syar iyyah sebagai ilmu teras fardhu ain akan memberi impak yang sangat berbeza dan signifikan berbanding jika ia dikelompokkan sebagai subjek wajib universiti (sebagaimana yang ada sekarang) atau kursus elektif atau pengkhususan. Posisi yang tepat sangat penting untuk menggerakkan proses kesepaduan yang tulen dan bersesuaian pula dengan rekabentuk kurikulum yang dipilih. Proses pembinaan kurikulum yang Islami sangat menitikberatkan prinsip kesinambungan dan kesalingan antara setiap kandungan kursus yang ditawarkan yang pada akhirnya akan tunduk kepada paradigma tauhid (Ali Ahmad Madkur 2004). Demikian seharusnya berlaku pada pembinaan kurikulum siasah syar iyyah. Penyusunan kandungan yang bersifat horizontal dan vertikal perlu saling berkait untuk membentuk satu kefahaman yang jelas tentang konsep siasah dalam kerangka pandangan alam Islam yang holistik, bersepadu dan tepat. Berdasarkan Jadual 1, terdapat 32 item yang berkait rapat dengan siasah. Jadual menunjukkan bahawa Pengajian Malaysia dan Kenegaraan Malaysia mempunyai paling banyak item siasah. Justeru, adalah munasabah jika itemitem tersebut disorot mengikut perspektif disiplin ilmu siasah syar iyyah. Konsep siasah mempunyai pelbagai kaedah dalam membangunkan negara dan umat secara sepadu. Selain itu, disiplin ilmu siasah juga akan menyentuh contoh

36 MALIM SEA Journal of General Studies 13 2012 institusi, mengkaji pemikiran secara topikal dengan mengambil tokoh atau aliran sebagai model, sumber pemikiran, sejarah pendekatan pembaharuan termasuk menjelaskan konsep hubungan luar. Dalam konteks ilmu siasah syar iyyah, keutamaan akan diberikan kepada tajuk-tajuk yang berkaitan dengan konsep politik Islam seperti aspek dasar, matlamat, skop pengajian dan istilah-istilah khusus seperti daulah, khilafah, wizarah dan imamah (H.A.Fuad Said 2002). (APIUM 2004). JADUAL 1: Item siasah dalam objektif dan hasil pembelajaran kursus KURSUS OBJEKTIF PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN TITAS Kenegaraan Malaysia Hubungan Etnik Membekalkan pelajar dengan satu pemahaman komprehensif mengenai sejarah, prinsip, nilai dan aspek utama pengajian ketamadunan di Malaysia. Memperkukuhkan jati diri bangsa Malaysia sebagai sebuah negara berbagai kaum yang mengamalkan kehidupan yang bertoleransi Memperkukuhkan kepercayaan beragama seperti yang termaktub dalam rukun negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan. Memberi penekanan kepada aspekaspek kenegaraan di Malaysia. Ini meliputi sejarah dan perkembangan tamadun, perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan dalam proses pembinaan negara bangsa. Memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis Memupuk perpaduan nasional Berupaya menyenaraikan konsep-konsep utama dalam Tamadun Islam dan Asia. Dapat menyebut secara terperinci kepentingan peranan agama dan budaya dalam kehidupan. Menjelaskan konsep dan ciri-ciri kenegaraan. Menerangkan proses pembinaan negara bangsa di Malaysia. Mengamalkan sifat-sifat kebertanggungjawaban sebagai seorang warganegara. Mendefinsikan konsep masyarakat, etnik, etnisiti, etnosentrisme, ras, rasime, prejudis, stereotaip, budaya, perpaduan, integrasi, asimilasi dan amalgamasi

Pengaruh Komponen Kurikulum Ilmu Siasah Syar iyyah dalam Kursus Teras Universiti 37 Pengajian Malaysia (Ijazah) Pengajian Malaysia (Diploma) Pengajian Islam (Ijazah & Diploma)) Melahirkan warganegara yang setia dan cinta kepada negara, berwawasan, bangga sebagai rakyat Malaysia, mampu menghadapi cabaran ke arah mencapai kesejahteraan hidup serta dapat menghayati peranan Malaysia di arena antarabangsa Melahirkan pelajar yang memahami peranannya dalam proses pembinaan negara bangsa dan bersemangat patriotik dalam menghadapi cabaran pembangunan Melahirkan warganegara yang faham tasawur Islam sebagai satu cara hidup yang bersepadu dan seimbang serta berupaya menghadapi pelbagai masalah dan cabaran Menerangkan sejarah negara dan bangsa Membincangkan perkembangan masyarakat dari aspek sosiobudaya, politik dan ekonomi Mengingat kembali jasa tokoh-tokoh yang terlibat dalam memperjuangkan dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara Menerapkan nilai-nilai patriotisme untuk meningkatkan jati diri sebagai rakyat Malaysia Menganalisis proses pembentukan Malaysia dan impaknya ke atas pembinaan negara bangsa Menghuraikan komponen utama sistem dan jentera pentadbiran negara Menerangkan proses politik yang dilalui oleh negara dalam mencapai dan mengisi kemerdekaan Menjelaskan dasardasar utama kerajaan dan membincangkan sumbangannya kepada pembangunan negara Mengamalkan nilai patriotisme dan jati diri sebagai rakyat yang cintakan negara Menyatakan tasawur Islam secara tepat Menjelaskan Islam sebagai sebuah peradaban dan tamadun yang menyumbang kepada pembangunan ummah Menghuraikan keupayaan Islam dalam menangani pelbagai cabaran yang dihadapi

38 MALIM SEA Journal of General Studies 13 2012 Dalam pengamatan penulis, ilmu siasah yang sudah berkembang sebagai satu disiplin ilmu luas ialah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya apabila ilmu tersebut bertaraf jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Siasah Syar iyyah. Ia diwujudkan pada tahun 1996 selepas penstrukturan baru Akademi Islam. Manakala di IPT Islam yang lain hanya menumpangkan dalam disiplin ilmu yang sedia ada seperti Syariah, Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam. Terdapat 25 kursus ditawarkan dengan 13 daripadanya memberikan fokus kepada ilmu siasah syar iyyah yang bersumberkan warisan wahyu. Manakala selebihnya adalah ilmu yang dikategorikan sebagai ilmu yang berkaitan dengan sains politik moden dan pentadbiran semasa. Senarai penuh penawaran kursus ini ditunjukkan dalam Jadual 2. Dalam kursus wajib universiti di IPTA khususnya pada peringkat ijazah sahaja, kursus Kenegaraan Malaysia secara umumnya bersifat sejarah politik dan sejarah pentadbiran semasa yang hanya memberikan fokus di Malaysia. Dalam kursus TITAS pula membekalkan pelajar dengan satu pemahaman komprehensif mengenai sejarah, prinsip, nilai dan aspek utama pengajian mengenai isu-isu ketamadunan dan peradaban. Ia juga bertujuan memperkukuhkan jati diri bangsa Malaysia sebagai sebuah negara berbagai kaum yang mengamalkan kehidupan yang bertoleransi terhadap budaya dan kepercayaan yang pelbagai seperti yang termaktub dalam rukun negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan (Osman Bakar et.al. 2009) Berdasarkan analisis di atas, penulis berpandangan bahawa walaupun kursus ini mempunyai tujuan dan matlamat hampir sama tetapi ia diajar secara terpisah seolah-olah ia tidak berkait antara ilmu warisan wahyu dengan sejarah semasa. Bahkan kadang-kadang sejarah Islam di Malaysia dilihat tenggelam dalam disiplin ilmu aqliyyah. Pemisahan ini telah mewujudkan jurang antara institusi kesultanan dengan disiplin ilmu sejarahnya sendiri. JADUAL 2: Senarai kursus disiplin ilmu siasah di jabatan siasah syar iyyah akademi pengajian islam Universiti Malaya KURSUS BERORIENTASIKAN SIASAH SYAR IYYAH Pengantar politik islam Kaedah-kaedah siasah syar iiyyah Institusi politik islam Perhubungan antarabangsa islam Kepimpinan islam Pengantar pemikiran politik islam Gerakan tajdid KURSUS BERORIENTASIKAN SAINS POLITIK MODEN Pengantar sains politik Politik perbandingan Politik pentadbiran perbandingan Politik antarabangsa dan dasar luar malaysia Pengurusan pentadbiran perbandingan Pemikiran politik perbandingan Seminar isu-isu politik semasa

Pengaruh Komponen Kurikulum Ilmu Siasah Syar iyyah dalam Kursus Teras Universiti 39 Islam dan Ideologi Moden Politik Islam di Malaysia Sistem pentadbiran islam Etika politik dalam islam Etika penjawat awam dalam islam Pengurusan sumber manusia dan organisasi islam Sejarah pemikiran politik moden Politik dan masyarakat malaysia Pentadbiran dan dasar awam malaysia Seminar isu pengurusan awam semasa Pentadbiran kakitangan dan organisasi Corak rekabentuk kurikulum di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) di atas menunjukkan secara jelas bentuk dualisme pendidikan dalam disiplin ilmu politik yang berlaku di pusat pengajian tinggi. Kolum pertama adalah deretan kurikulum pengajian yang bersifat teoritikal dan konseptual. Manakala kolum kedua pula adalah gambaran realiti dan kembara pengalaman politik di Malaysia. Tidak dapat dipastikan adakah kandungan dalam kolum pertama berkait secara sistematik dan bersepadu dengan kandungan dalam kolum kedua. Atau mungkin juga kurikulum di atas direkabentuk secara khusus supaya pengalaman pembelajaran dilakukan dalam bentuk perbandingan secara kritis dan sintesis. Adakah proses pemurnian dan penapisan berlaku? Mampukah? Di tahap mana? Apa hasilnya? Analisis juga menunjukkan bahawa peranan politik Islam dalam kandungan kursus-kursus tersebut terikat kuat dengan disiplin ilmu sejarah tempatan yang juga terikat dengan perkembangan proses pembentukan negara mengikut acuan yang dikehendaki oleh pihak pemerintah. Peranan agama tetap penting dan menyerlah tetapi dalam kerangka dan batasan yang tersendiri. Kadang-kadang ia bersifat fundamental dan teras. Pada ketika yang lain pula, ia kelihatan tersudut pada posisi tertentu, bersifat sebagai tempelan, tambahan dan simbolik. Oleh kerana itulah, kandungannya semacam berteraburan, bersifat ritual, bergayut pada kepentingan identiti dan terpisah dari disiplin warisan Islam (Noor Hisham Md. Nawi 2011). TEMPOH WAKTU, ISI KANDUNGAN DAN PENDEKATAN PENGAJARAN Berdasarkan Jadual 3, kursus wajib universiti di IPTA menetapkan 2 jam kredit bagi setiap kursus menjadikan 28 jam kredit dalam satu semester bagi setiap pelajar sebagai syarat penganugerahan ijazah. Manakala IPTS termasuk IPT Islam negeri pula mewajibkan kursus Pengajian Malaysia dan Pengajian Islam sebagai syarat penganugerahan sijil, diploma atau ijazah. Sebanyak 10% hingga 15% sahaja, ilmu siasah diajar dalam kursus wajib di atas secara terpisah antara

40 MALIM SEA Journal of General Studies 13 2012 disiplin konsep siasah, sejarah Islam dan sejarah Malaysia. Ketiga-tiga disiplin sukar bertemu antara satu sama lain kerana epistemologinya yang berbeza. Walaupun terdapat banyak tajuk yang diajar berkaitan dengan siasah, namun ia hanya menjadi tajuk-tajuk kecil kepada tajuk besar yang lebih dominan menyebabkan perbincangan mengenainya hanyalah bersifat ringkasan dan sekadar memberikan contoh. Ada kalanya tajuk yang dibincangkan tersebut agak panjang sedikit namun perbincangannya hanyalah berasaskan teori seperti definisi, konsep, sistem, pemikiran, budaya dan ciri-ciri. Dalam perbincangan ilmu siasah seharusnya ia dapat dikaitkan dengan contoh-contoh praktikal seperti dasar-dasar yang telah diamalkan dalam kerajaan-kerajaan Islam terdahulu dan prinsip yang telah membuktikan kerajaan tersebut boleh dijadikan model kepada sistem politik semasa hari ini. JADUAL 3: Tempoh waktu pengajaran siasah syar iyyah KURSUS ANGGARAN TEMPOH ISI KANDUNGAN BERKAITAN SIASAH SYAR IYYAH Kenegaraan Malaysia (28 jam) TITAS (28 jam) 2-3 jam 1. Sejarah kesultanan melaka (melayu bukan kerajaan islam) 2. Kedudukan agama islam dalam perlembagaan 3. Majlis raja-raja sebagai sebuah institusi 4. Rukunegara-kepercayaan kepada tuhan 5. Mahkamah syariah 3 4 jam 1. Keistimewaan syariah 2. Tamadun melayu selepas kedatangan islam 3. Pandangan semesta ketaatan kepada sultan 4. Dominasi politik isu-isu semasa Hubungan etnik (28 jam) 1-2 jam 1. Islam, raja sebagai unsur-unsur tradisi, jati diri dalam perlembagaan 2. Konsep agama dan hubungan etnik melalui perkenalan, persefahaman, kerjasama, persaudaraan dan kasih sayang Pengajian Malaysia (42 jam) 2-3 jam (diploma) 2-3 jam (ijazah) 1. Islam-kedudukan istimewa orang melayu 2. OIC-dasar politik 3. Majl s raja-raja komponen sistem kerajaan (ijazah) 4. Kedudukan istimewa raja-raja melayu (ijazah) 5. Islam agama rasmi (ijazah) 6. Malaysia dan pertubuhan antarabangsa (ijazah)

Pengaruh Komponen Kurikulum Ilmu Siasah Syar iyyah dalam Kursus Teras Universiti 41 Pengajian islam (42 jam) 4 jam (diploma) 4 ½ jam (ijazah) 1. Sistem pemerintahan - konsep khilafah, imamah, imarah 2. Kepimpinan rasulullah dan khulafa arrasyidin 3. Sistem syura 4. Globalisasi/perpaduan ummah 5. Konsep jihad hijrah, syahid 6. Sama dengan i, ii, iii, iv,v dan ditambah sistem hisbah KELAYAKAN TENAGA PENGAJAR Dari sudut sumber manusia, tenaga pengajar yang mengajar Pengajian Malaysia, Kenegaraan dan Hubungan Etnik adalah terdiri daripada mereka yang berlatar belakang kelulusan sains sosial, kemanusiaan, sains politik atau pentadbiran awam. Manakala TITAS dan Pengajian Islam, hanya mereka yang berkelulusan dalam bidang Pengajian Islam. Dalam keadaan dan masalah tertentu seperti kekurangan tenaga pengajar, Pengajian Malaysia dan Kenegaraan Malaysia turut diajar oleh mereka yang berkelulusan Pengajian Islam kerana ia berkisar tentang sejarah dan pengetahuan am sebagai warga negara Malaysia. Sesetengah universiti tidak membenar dan menggalakkan situasi tersebut berlaku. Bagaimanapun ia bergantung pada keupayaan dalam sumber manusia. Pada pandangan penulis, tidak semua tenaga pengajar dalam bidang pengajian Islam tidak layak kerana sebahagian mereka juga mendapatkan pendidikan formal secara dwi-major seperti Pengajian Islam+Siasah Syar iyyah, Pengajian Islam+ sejarah, tamadun dan peradaban atau Pengajian Islam+syariah Undang-undang. Dalam penawaran kursus wajib yang menekankan tentang sejarah, nilai, tanggungjawab sosial, sikap dan seumpamanya bukanlah sukar untuk diajar kerana ia tidak memerlukan kepakaran khusus dalam ilmu sosiologi. Namun sikap hormat kepada konsep pengkhususan dan kepakaran bidang seseorang penting. Secara keseluruhan, sukar untuk mencari seorang pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengkhususan tertentu tetapi turut mempunyai pengetahuan agama yang luas dan mendalam. Sebagai contoh, kursus hubungan etnik seeloknya diajar oleh mereka yang terlatih dalam bidang sosiologi dan antropologi serta memiliki pengetahuan pengajian Islam yang mantap. Pensyarah tersebut berkemungkinan besar berupaya melihat ilmu sosiologi dan antropologi menerusi lensa Islam dan tidak begitu terikat dengan teori-teori Barat yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kesepaduan inilah yang amat sukar dicari. Mana mungkin pensyarah yang tidak bersepadu personaliti dan pemikirannya mampu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu!

42 MALIM SEA Journal of General Studies 13 2012 Adalah lebih baik sekiranya mereka yang mempunyai latar belakang sains politik, sains sosial, kemanusiaan dan pentadbiran awam mengambil kursus audit atau kursus jangka pendek bagi membolehkan mereka turut mengajar TITAS. Bagaimanapun ia banyak bergantung pada isi kandungan sebenar kursus tersebut. Dari sudut perancangan jangka panjang, adalah lebih baik bidang kelayakan ini diambil kira agar fokus kepakaran dapat dimanfaatkan semaksimum yang mungkin. RUMUSAN Berdasarkan perbincangan di atas, penulis merumuskan kepada beberapa perkara penting seperti berikut; 1. Semua kursus wajib mempunyai tujuan dan matlamat yang sama dengan ilmu siasah syariah namun kandungannya dilihat terpisah antara sumber wahyu dengan sumber politik moden. 2. Dua kursus utama (kursus wajib khususnya Pengajian Malaysia dan Kenegaraan) bersifat semasa dengan nilai-nilai sejarah tersendiri. Ia juga menyentuh tentang pengetahuan sejarah dan pentadbiran politik hari ini. 3. Bagaimanapun isu-isu semasa yang berkaitan siasah seperti kedudukan agama Islam dan status Raja dijelaskan sebagai tajuk-tajuk kecil di bawah disiplin ilmu lain yang lebih besar. 4. Kajian awal juga menunjukkan bahawa sejarah Islam di Malaysia terputus dan tidak ada dalam ilmu sejarah. Ianya terhenti setakat Khilafah Othmaniyyah sedangkan kedudukan Agama Islam sebagai agama Persekutuan termaktub sebagai identiti utama Perlembagaan Persekutuan. Kedaulatan negeri sebagai kuasa tertinggi dalam hal ehwal agama Islam tidak dibincangkan sebagai satu disiplin ilmu yang berkesinambungan daripada sistem pemerintahan Islam dari perspektif khilafah, imamah dan seumpamanya. Kelompangan disiplin ini berkemungkinan besar ada kaitan dengan kekaburan dasar Islam yang diamalkan dalam Perlembagaan Persekutuan sehingga mengenepikan peranan negeri dalam pembangunan negara secara bersama. Disiplin ini tidak akan menjadi keutamaan kepada institut pengajian tinggi sama ada awam ataupun swasta kerana ia bukan bidang kuasa Persekutuan. Mana mungkin sebuah IPT yang disusun atur di bawah sistem persekutuan akan meneroka bidang tersebut secara terperinci sebagai satu pengajian teras. Hanya pihak berkuasa agama negeri yang perlu memikirkannya dan mampu melaksanakannya khususnya pada peringkat permulaan.

Pengaruh Komponen Kurikulum Ilmu Siasah Syar iyyah dalam Kursus Teras Universiti 43 CADANGAN 1. Memperkenalkan kursus wajib Ketatanegaraan Islam sebagai kursus wajib bermula di IPTS Islam milik kerajaan dan majlis agama Islam Negeri. Mana-mana Kolej Islam dan Kolej Universiti Islam Negeri boleh menjadi pelopor awal kursus ini sebelum dicadangkan kepada IPTS Islam yang lain. 2. Sebagai langkah awal, mata pelajaran Sejarah Negeri mengikut negeri masing-masing hendaklah diperkenalkan sebagai pengetahuan asas pada peringkat menengah. Mata pelajaran ini perlu ditawarkan bukan hanya di sekolah agama tetapi juga di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran di dalam negeri tersebut. 3. Membentuk kumpulan pakar untuk merancangkan pembinaan modul tersebut dari sudut kandungan kursus, objektif, hasil pembelajaran dan pendekatan pengajaran agar ia bertepatan dengan matlamat yang dihasratkan. 4. Kursus ini juga boleh ditawarkan di masjid-masjid terpilih sebagai langkah permulaan dalam bentuk modul yang ringkas, padat dan bersesuaian dengan kumpulan sasaran. Masyarakat perlu mendapat pendedahan mengenai konsep siasah syar iyyah yang tepat sebagaimana yang dianjurkan Islam. JADUAL 4: Ilustrasi kandungan kursus Ketatanegaraan Islam BAHAGIAN TAJUK UTAMA TOPIK 1 Konsep Siasah Syar iyyah 2 Dasar-Dasar Utama Mengikut Zaman Khulafa Rasyidin Umawiyyah Abbasiyyah Othmaniyyah 1. Pengenalan 2. Khilafah, Imamah, Wizarah, Imarah 3. Konsep Hijrah, Pembebasan & Kemerdekaan 4. Pembentukan Perlembagaan Madinah 1. Dasar Sosial 2. Dasar Kehakiman 3. Dasar Pendidikan 4. Dasar Ekonomi 5. Dasar Politik 6. Dasar Sumber Alam 7. Dasar Bukan Islam 8. Dasar Wanita 9. Dasar Ketenteraan 10. Dasar Kebudayaan 11. Dasar Kesihatan 12. Dasar Pertanian (Pilih Dasar-Dasar yang Sesuai dan keperluannya di Malaysia)

44 MALIM SEA Journal of General Studies 13 2012 3 Politik Dunia Islam 1. Dasar Luar & Fungsi OIC 2. Cabaran Gerakan Islam 3. Negara Minoriti Muslim 4. Islam dan Alam Melayu Kerajaan Islam Melaka, Patani 4 Politik Islam Malaysia 1. Islam & Kesultanan 2. Majlis Raja-Raja & Perlembagaan 3. Cabaran Federalisme dan Kuasa Negeri 4. Sultan/Raja Ketua Agama Islam 5. Peranan Institusi Agama Islam dan Kerajaan Negeri KESIMPULAN Masalah pengintegrasian dan keterpisahan komponen ilmu siasah syar iyyah dalam kursus teras perlu dilaksanakan dengan mantap dan bersistematik bergantung pada tujuan dan matlamat penawaran kursus. Aspek pengajaran dan pembelajaran akan lebih berperanan supaya pelajar boleh mengalaminya dan penghayatan boleh dipupuk dengan sempurna. Bagi mereka yang mendukung falsafah pendidikan Islam, harus membuat pembaikan berterusan dengan memanfaatkan penemuan-penemuan baru dalam pelbagai bidang ilmu supaya dapat memantapkan metod pengajaran yang akhirnya tidak lagi dilihat sebagai subjek tempelan yang tidak berkesan. Cita-cita semua pihak untuk memastikan keberkesanan sesuatu disiplin ilmu baru dan lama akan berjaya dan seterusnya dapat mengeluarkan manusia yang cemerlang. Kursus yang dicadangkan juga boleh memberikan kesan positif kepada pelajar pada masa depan dalam membentuk dasar-dasar berguna yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat dan memperkukuhkan institusi kerajaan. RUJUKAN Abdul Karim Zaidan. 2000. Islam & Politik Kenegaraan. Petaling Jaya: PUM C Ali Ahmad Madkur. 2004. Manahij al-tarbiyyah: asasuhu wa tatbiqatuha. Al- Qahirah : Dar al-fikr al- C Arabi. Ee Ah Meng. 1994. Perkembangan dan Pelaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. H.A. Fuad Said. 2002. Ketatanegaraan Menurut Syariat Islam, K.Lumpur: DBP Hasjmy. A. 1970. Di mana letaknya Negara Islam. Singapura: Pustaka Nasional

Pengaruh Komponen Kurikulum Ilmu Siasah Syar iyyah dalam Kursus Teras Universiti 45 John L. Esposito. 1980. Islam, Threat Myth or Reality. New Yorak: Oxford Press. Ismail Ibrahim. 2009. Pemerkasaan Pendidikan Tinggi Islam: Realiti, Cabaran dn Prospek dalam Ahmad Zaki Abd. Latif et.al. Buku Teks Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Kementerian Pengajian Tinggi. 2005. Sukatan Pelajaran Bahasa Kebangsaan dan Mata Pelajaran Wajib Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Kuala Lumpur: Lembaga Akreditasi Negara Kementerian Pengajian Tinggi. 2010. Laporan Penyelidikan Pelaksanaan dan Keberkesanan Kursus TITAS di IPTA Malaysia. Sekretariat Jawatankuasa Induk TITAS-IPT, Jabatan Pengajian Tinggi. Mawardi, Abu al-hasan Ali b. Muhammad b. Habib al-basri al-baghdadi al- (1985), al-ahkam al-sultaniyyah wa al-wilayat al-diniyyah. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah. Mumtaz Ahmad (ed.), State, Politics and Islam. Indianapolis, IN: American Trust Publications. Muhammad Asad. 2001. The Principles of State and Government in Islam. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust. Ministry of Higher Education. 2007. The National Higher Education Strategic Pelan Beyond 2020. Muhamad Rahimi Osman. et.al. 2009. Pendidikan Tinggi Islam: Cabaran & Prospek. Shah Alam: Penerbit UiTM Noor Hisham Md Nawi. 2011. Konsepsualisasi semula kurikulum pendidikan Islam. Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Osman Bakar et.al. 2009. Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya Razali Arof. 1996. Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rosnani Hashim. 1999. Islamization of the curriculum. American Journal of Islamic Social Sciences. 16(2): 28-43. Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan UiTM Buku Panduan Program Ijazah Dasar Tahun Akademik 2003/2004. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Said Ramadhan. 1967. Islam and Nationalism. Geneva,Switzerland: Islamic Centre Tu aymah, Sabir Abd al-rahman. 2005. al-dawlah wa al-sultah fi al-islam. Kaherah: Matba ah Madbuli.