PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN BERUMAHTANGGA SEMASA BELAJAR

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PERSEPSI PELAJAR SPI YANG BERKAHWIN TENTANG PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN ( PENGAJIAN ISLAM ) TERHADAP KAHWIN KETIKA BELAJAR : KAJIAN DI UTM SKUDAI

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN BAKAL PENGANTIN: KAJIAN DI PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

RAHSIA RUMAHTANGGA HARMONI

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) PROGRAM j-qaf DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON PENGERANG, JOHOR

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Transcription:

PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN BERUMAHTANGGA SEMASA BELAJAR. SATU KAJIAN TERHADAP MAHASISWI TAHUN AKHIR JABATAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SITI RODIAH BT. JUSOH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN UNIVERSITI TEKNOLOGI STATUS MALAYSIA TESIS JUDUL: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN BERUMAHTANGGA SEMASA BELAJAR : SATU KAJIAN TERHADAP MAHASISWI TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya SITI RODIAH BINTI JUSOH (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERRHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Dr. Mohamed Sharif Bin Mustaffa 202, Kg. Tok Dir, Atas Tol, (Nama Penyelia) 21070 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Tarikh: 25 APRIL 2006 Tarikh: 25 APRIL2006. CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PENGESAHAN PENYELIA Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Tandatangan :. Nama Penyelia : Dr. Mohamed Sharif Bin Mustaffa Tarikh : 25 April 2006

PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN BERUMAHTANGGA SEMASA BELAJAR. SATU KAJIAN TERHADAP MAHASISWI TAHUN AKHIR JABATAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SITI RODIAH BT. JUSOH Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006

ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :. Nama Penulis : Siti Rodiah Binti Jusoh Tarikh : 25 April 2006

iii DEDIKASI Buat bonda yang dirindui Allahyarhamah Lijah Bt. Mat Zin Walaupun dirimu tiada buat selamanya. akan ku abadikan kenangan terindah bersamamu. Biar rindu ini membeku di sanubariku. segala ilmu, kasih sayang yang dicurahkan akan ku pahatkan dalam memori ingatanku. Sekalung Al-Fatihah buatmu, semoga rohmu dicucuri rahmat Illahi dan tergolong di kalangan orangorang yang beriman. Doaku moga kita dipertemukan di akhirat sana. Istimewa buat ayahanda yang disayangi Jusoh Bin Mamat Insan yang sentiasa mendoakan kejayaanku. Ku doakan agar diberi kesempatan untuk berbakti kepadamu walau ku sedar ia tidak mampu membayar keringatmu untuk membesarkanku yang tak terhitung. Buat kekanda-kekanda ku Zainun dan keluarga Gayah dan keluarga Rahimah dan keluarga Mohd Ariffin b dan keluarga dan Nur Amani Semarak kejayaan kalian menjadi obor kekuatan untuk ku terus merentas kehidupan menuju kejayaan. Buat anak-anak saudaraku Ketahuilah permata hati ku sayang, perjuangan kalian baru bermula.teruskan perjuangan hingga ke titisan darah terakhir Buat teman-teman seperjuangan Segala kenangan pahit manis bersama kalian akan ku kenang. Moga ukhwah yang terjalin akan kekal ke akhir hayat. Buat para Pendidik ku sekalian Terima kasih di atas segala ilmu pengetahuan yang kalian curahkan. Akhirnya... Semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Allah. Ku doakan agar kita berjaya mencapai keredhaan Allah. Insya Allah...

iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam yang telah memberi izin dan kekuatan kepada saya untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Sekalung budi saya hadiahkan kepada penyelia saya iaitu Dr. Mohamed Sharif Bin Mustaffa yang telah membimbing saya selama dua semester. Beliau tidak lokek untuk berkongsi idea dan mencurahkan ilmu serta memberi tunjuk ajar kepada saya. Beliau juga tidak jemu menjawab pelbagai soalan daripada saya. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada responden kajian rintis dan kajian sebenar saya yang memberi kerjasama yang baik kepada saya. Mereka adalah pelajar perempuan tahun akhir dari Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menghadiahkan ucapan jutaan terima kasih kepada keluarga dan sahabat seperjuangan saya yang telah banyak memberi sokongan moral kepada saya dalam menyiapkan kajian ini. Sesungguhnya hanya Allah yang layak membalas segala jasa dan budi kalian Semoga kita sentiasa beroleh rahmat dan lindungan daripada Allah s.w.t.

v ABSTRAK Amalan berumahtangga semasa belajar di kalangan mahasiswi tahun akhir telah menarik perhatian penyelidik. Dalam konteks kajian ini, penyelidik memfokuskan kepada persepsi mahasiswi terhadap erti perkahwinan, urusan rumahtangga dan amalan berumahtangga semasa belajar. Kajian ini melibatkan seramai 35 orang mahasiswi beragama Islam tahun akhir di Jabatan Pendidikan dan Kejuruteraan dari Fakulti Pendidikan, UTM. Borang soal selidik merupakan alat kajian yang digunakan untuk melihat persepsi mahsiswi terhadap perkahwinan. Ia mengandungi 30 item berbentuk soalan objektif. Data-data yang diperolehi melalui borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Science) Versi 11.0. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah alpha = 0.893. Secara keseluruhannya, responden memberi berpandangan positif terhadap amalan berumahtangga semasa belajar. Daripada kajian ini, pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pelajar wanita dan pihak pentadbiran UTM bagi memberikan kesedaran mengenai kebaikan amalan berumahtangga semasa belajar. Pengkaji juga telah memberikan beberapa cadangan kepada pengkaji lain yang ingin melakukan kajian lanjutan.

vi ABSTRACT The topic of marriage custom during study amongst final year female students has captivated researcher. In the context of this study, researcher focuses on female students perception towards the meaning of marriage, marriage responsibilities, and marriage custom during study. This study includes 35 Muslim final year female students in Education and Engineering Department from Education Faculty, UTM. Questionnaire is the method use to identify the students perception towards marriage. It includes 30 objective items. The data is obtained by using SPSS (Statistical Package For The Social Science) version 11.0. Reliability value of the study is alpha = 0.893. To put it briefly, the respondents give positive feedback to marriage custom during study. From this research, observers give some suggestions for female students and UTM administration to give awareness about advantages of marriage custom during study. Observers also give some suggestions to others who will be going to make continuation research.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN DEDIKASI ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xi xiii xiv 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latarbelakang Masalah 3 1.3 Penyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Batasan Kajian 8 1.8 Definisi Istilah 8 1. 8. 1 Persepsi 8 1. 8. 2 Mahasiswi 8 1. 8. 3 Amalan 9

viii 1. 8. 4 Berumahtangga 9 1. 8. 5 Semasa 9 1. 8. 6 Belajar 9 2 SOROTAN KAJIAN 2.0 Pengenalan 10 2.1 Perkahwinan Menurut Perspektif Islam 11 2.1.1 Perkahwinan Adalah Ibadah 11 2.1.2 Kemasyarakatan 1 2.1.3 Perkahwinan Merupakan Cara Untuk 12 Memperbaiki Akhlak dan Budi Pekerti 2.1.4 Perkahwinan Adalah Sunnah Rasulullah s.a.w 13 2.2 Perkahwinan mencegah masalah sosial 13 2.3 Tanggungjawab seorang isteri dan pelajar 14 2.3.1 Mentaati dan mematuhi suami selagi tidak 14 bertentangan dengan syariat 2.3.2 Menguruskan rumahtangga supaya 15 teratur dan sempurna 2.3.3 Menjaga kehormatan diri dan suaminya 15 2.3.4 Berhias hanya untuk suami 16 2.3.5 Memberi layanan kepada suami 16 2.3.6 Mendidik anak-anak dengan sempurna 16 2.3.7 Meminta keizinan daripada suami 17 2.3..8 Menjaga dan menghormati keluarga suami 17 2.4 Perkahwinan dari sudut kecemerlangan pelajar 18 2.5 Pengurusan kewangan 19 2.6 Bebanan di Antara Belajar dan Rumahtangga 20

ix 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 22 3.2 Rekabentuk Kajian 22 3.3 Tempat Kajian 23 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 23 3.5 Instrumen Kajian 24 3.6 Kajian Rintis 26 3.7 Jangkamasa Kajian 26 3.8 Prosedur Kajian 27 3.9 Analisis Data 27 4 DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan 29 4.1 Analisis Data Dan Keputusan 29 4.2 Dapatan Kajian Bahagian A 30 4.3 Dapatan Kajian Bahagian B 37 4.4 Jumlah Keseluruhan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan 44 5.1 Perbincangan 44 5.1.1 Bahagian A : Biodata responden. 45 5.1.2 Bahagian B: Persoalan Kajian Pertama 47 5.1.3 Bahagian B: Persoalan Kajian Kedua 48 5.1.4 Bahagian B: Persoalan Kajian Ketiga 50 5.2 Rumusan. 51 5.3 Cadangan 52 5.3.1 Cadangan Lanjutan 53 5.4 Penutup 54

x RUJUKAN 55 LAMPIRAN A 57

xi SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Pengkelasan Skala Likert berserta dengan 25 markat skor 3.2 Nilai Alpha Bagi Pembolehubah Sampel Kajian 26 3.3 Perubahan Skala Likert 5 Pemeringkatan kepada 28 3 Pemeringkatan 3.4 Darjah Penilaian Terhadap Responden 28 4.1 Menunjukkan umur responden 30 4.2 Menunjukkan umur responden berdasarkan kursus 31 4.3 Menunjukkan kursus responden 31 4.4 Menunjukkan status/ taraf perkahwinan responden 32 4.5 Menunjukkan status/ taraf perkahwinan responden 32 berdasarkan kursus 4.6 Menunjukkan aliran sekolah menengah responden 33 4.7 Menunjukkan aliran sekolah menengah responden 33 berdasarkan kursus 4.8 Menunjukkan kelayakan responden masuk 34 ke UTM 4.9 Menunjukkan responden pernah bekerja sebelum 34 masuk ke UTM 4.10 Menunjukkan pekerjaan bapa responden 35 4.11 Menunjukkan pekerjaan ibu responden 36 4.12 Menunjukkan pendapatan keluarga responden 36 4.13 Menunjukkan persepsi mahasiswi terhadap erti 38 perkahwinan 4.14 Menunjukkan persepsi mahasiswi terhadap 39

xii urusan rumahtangga 4.15 Menunjukkan persepsi mahasiswi terhadap 41 amalan berumahtangga semasa belajar 4.16 Menunjukkan jumlah keseluruhan min bagi 43 persoalan kajian

xiii SENARAI SINGKATAN/ISTILAH UTM Universiti Teknologi Malaysia SPA Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) SPE Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) SPJ Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Jentera) SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS Statistical Package For Sosial Science 11.0.

xiv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Borang Soal Selidik 57

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kini pendidikan amat penting dalam kehidupan kita dalam menuju era globalisasi. Ia menjadikan seseorang itu dilihat dengan darjat yang tinggi oleh masyarakat sekeliling. Selain itu, ia juga boleh mengubah nasib seseorang, keluarga, masyarakat seterusnya negara. Imam Al-Ghazali(Ahmad Tarmizi,1997) berpendapat bahawa pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk mengisi fikiran kanak-kanak dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga untuk memupuk watak akhlak yang murni. Negara kita beruntung kerana memiliki mahasiswa yang berintelektual. Namun, kesedaran agama dan masalah akhlak di kalangan mereka berada di tahap yang membimbangkan. Buktinya, masalah sosial remaja menjadi perbualan di setiap ceruk masyarakat baik dari rakyat biasa kepada pemimpin negara. Masalah coupling adalah antara perkara yang sering dikupas. Dari segi Islam, perkahwinan adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini sekiranya seseorang itu mencukupi syarat yang telah ditetapkan oleh syariat. Islam amat melarang perbuatan zina. Dalam masa yang sama, umatnya diingatkan agar menjauhi perkara yang mendekatkan diri dengan maksiat tersebut. Contohnya lelaki keluar berdua-duaan dengan wanita yang bukan mahramnya. Ia bertujuan memelihara keturunan umatnya. Akibat daripada perbuatan itu telah disebutkan di dalam al-quran:

2 Penzina laki-laki tidak boleh menikah kecuali dengan penzina perempuan, atau dengan perempuan musyrik; dan penzina perempuan tidak boleh menikah kecuali dengan penzina lakilaki atau dengan laki-laki musyrik; dan yang demikian itu diharamkan bagi orang mukmin. (Surah An-Nur:3, 24:3) Perkahwinan di dalam Islam adalah bertujuan untuk membentuk rumah tangga yang kuat, saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi. Rumahtangga merupakan masyarakat kecil, yang berusaha untuk mencapai tujuan mulia dan tinggi. Islam amat menggalakkan umatnya mendirikan rumahtangga kerana ia adalah fitrah manusia. Sebaliknya, Islam amat melarang umatnya bersikap mengabaikan perkahwinan. Sabda Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, ia bukan dari aku (yakni bukan dari umatku). Berkahwin adalah sunnahku, kerana itu siapa yang mengasihiku hendaklah ia melaksanakan sunnahku. (Diriwayatkan oleh Ahmad Bin Hambal) Perkahwinan tidak melihat kepada kekayaan seseorang. Tetapi apa yang penting adalah keikhlasan seorang suami dalam memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Faktor kewangan bukannya menjadi halangan yang besar untuk mendirikan perkahwinan. Seharusnya, ia hendaklah dijadikan cabaran untuk lebih bersungguh-sungguh mencari sumber pendapatan di samping meletakkan kebergantungan kepada Allah Yang Maha Pemurah. Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnianya. dan Allah Maha Luas (pemberiannya), Maha Mengetahui. (Surah An-Nur:32, 24:32)

3 1.2 Latar Belakang Masalah Menurut Mohd Taib (2004), berumahtangga merupakan sesuatu yang dituntut oleh Islam. Bagi mereka yang memenuhi syarat-syaratnya, berkahwin adalah wajib. Tujuan perkahwinan dalam Islam bukan hanya untuk menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan wanita, malahan untuk membina keluarga dan menyambung zuriat, memakmurkan muka bumi Allah dan menjadikan manusia sebagai khalifah. Pernyataan ini berdasarkan firman Allah: Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa); dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan wanita yang banyak. (Surah An-Nisa,4:1) Di samping itu, sabda Rasulullah s.a.w: Wahai sekalian kaum muda, barangsiapa di antara kamu ada yang mampu maka hendaklah dia menikah. Kerana yang demikian itu lebih menjaga mata dan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa akan menjadi penawar baginya. (HR. Muttafaqun alaih) Namun begitu, kepentingan dan kewajipan perkahwinan seperti yang disebut di atas seolah-olah tidak dipedulikan oleh sesetengah mahasiswa sekarang. Buktinya, kini kita sering dikejutkan dengan amalan yang tidak sihat dan menjadi kebiasaan di kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi seperti selalu keluar berdua-duaan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, sedangkan perbuatan ini amat dilarang oleh Islam. Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w:

4 Janganlah seorang lelaki duduk bersunyian (menyendiri) dengan seorang perempuan (ajnabiyyah) melainkan ia (perempuan tersebut) bersama mahramnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Menurut Hani Maisara (2005), hadis di atas menunjukkan betapa Islam sangat memelihara dan menjaga maruah setiap umatnya tidak seperti mana penganut agama-agama lain yang batil. Demikian juga Islam menutup pintu (kemungkinan) yang boleh membawa kepada musnah dan binasanya kemuliaan maruah serta harga diri tersebut. Hukum haram berdua-dua (bersunyi-sunyian) itu tidak semestinya apabila berlaku zina sahaja. Duduk bersunyi-sunyian itu sendiri adalah haram. Islam bukan sahaja melarang umatnya melakukan zina, malah melarang dari mendekati asbab-asbab (jalan-jalan) yang membawa dan menyampaikan kepada zina. Walaupun ia telah ditegaskan oleh Islam, mahasisiwi yang terlibat dengan masalah tersebut kelihatan tidak mengambil berat akan hal itu. Pelbagai tanggapan yang dibuat kepada mereka sama ada mereka tahu atau tidak akan perbuatan mereka merupakan satu maksiat. Ini mungkin berpunca daripada kurangnya didikan agama. Ada juga berpendapat, mereka mengetahui perbuatan yang dilakukan itu salah di sisi agama tetapi mereka berasa ia tidak salah kerana kesalahan itu sudah menjadi satu kebiasaaan di kalangan mereka dan masyarakat Sepatutnya mereka menyedari akan kesalahan mereka. Ini kerana Allah akan menurunkan bala bukan sahaja kepada orang yang membuat kesilapan di dalam sesebuah masyarakat. Bahkan Dia akan menurunkan kepada semua ahli masyarakat mereka. Umat Islam telah diingatkan oleh Rasulullah s.a.w. akan hal ini: Apabila di dalam suatu kaum banyak orang yang berbuat maksiat secara terang-terangan, kaum itu pasti akan ditimpa bencana wabak penyakit yang belum pernah dialami oleh kaum terdahulu.

5 Maka di sinilah, ahli masyarakat perlu berperanan bagi mengelakkan kemungkaran ini berterusan. Umat Islam seharusnya bermuafakat dalam hal ini. Gesaan ini adalah berdasarkan ayat Allah s.w.t.: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah ) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka ta at kepada Allah dan rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah:71) Untuk mengatasi maksiat tersebut berterusan, Islam amat menggalakkan umatnya berumahtangga terutamanya bagi mereka yang memenuhi syarat perkahwinan. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang menyambut seruan ini. Sebaliknya, terdapat ibu bapa yang melarang anak-anaknya daripada mendirikan rumahtangga semasa belajar. Mereka lebih suka anak mereka menamatkan pelajaran ke peringkat yang tinggi untuk menjamin pekerjaan yang bergaji tinggi. Sepatutnya mereka perlu sedar, rezeki akan diturunkan dan dipermudahkan oleh Allah kepada mereka yang berumahtangga. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Ada tiga perkara yang Allah bersedia menolongnya, iaitu orang yang berjuang di jalan Allah, budak yang mencari wang tebusan untuk membebaskan dirinya dan orang yang kahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya. (Tirmizi, Ibnu Habban dan Al-Hakim) Ada juga sesetengah pihak berpendapat, sikap mahasiswa dan mahasiswi sendiri yang suka mengejar kerjaya terlebih dahulu sebelum memikirkan hal berumahtangga. Mereka bertindak sedemikian kerana untuk mendapatkan keadaaan

6 ekonomi yang kukuh sebelum berumahtangga. Akibatnya, mereka mengambil jalan mudah untuk berhubung dengan pasangan tanpa mengendahkan batasan syariat. Selain itu, mahasiswi berpendapat berumahtangga semasa belajar akan menambahkan bebanan tugas iaitu sebagai pelajar dan isteri. Mungkin mereka memikirkan cara untuk membahagikan masa di antara keluarga dan pelajaran. Di samping itu, terdapat mahasiswi merasa hidupnya terkongkong apabila sudah mendirikan rumahtangga. Mereka merasa tidak bebas untuk bergaul dengan kawan-kawan mereka yang berlainan jantina. Mereka perlu faham bahawa Islam tidak melarang umatnya untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain. Namun begitu, mereka mestilah menjaga batas-batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh Islam sepertimana yang disebut di dalam Al-Quran: Wahai manusia, kamu Kami ciptakan dari lelaki dan wanita, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, agar kamu saling mengenal. (Al-Hujurat:13) Berdasarkan perbincangan di atas, jelas menunjukkan masih ada mahasiswi yang sengaja menabur pelbagai alasan untuk menolak daripada mendirikan rumahtangga ketika belajar. 1.3 Pernyataan Masalah Persoalannya, sesetengah mahasiswi sekarang masih merasakan tindakan berkahwin semasa belajar adalah membebankan mereka dari pelbagai aspek. Mereka merasa tugas mereka semakin bertambah iaitu sebagai pelajar dan isteri. Ini menuntut mereka membuat pengurusan masa yang teliti agar pelajaran mereka tidak terabai. Kesannya, hanya segelintir yang mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga semasa belajar. Sehubungan dengan itu, pengkaji ingin meninjau tanggapan mahasiswi terhadap amalan berumahtangga semasa belajar.

7 1.4 Objektif Kajian Di antara objektif kajian ini ialah: 1.4.1 Untuk mendapatkan persepsi mahasiswi terhadap perkahwinan 1.4.2 Untuk mendapatkan persepsi mahasiswi terhadap urusan rumahtangga 1.4.3 Untuk mendapatkan persepsi mahasiswi terhadap amalan berumahtangga semasa belajar 1.5 Persoalan Kajian Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab untuk mencapai objektif kajian. Berikut merupakan persoalan kajian: 1.5.1 Apakah persepsi mahasiswi terhadap perkahwinan? 1.5.2 Apakah persepsi mahasiswi terhadap urusan rumahtangga? 1.5.3 Apakah persepsi mahasiswi terhadap amalan berumahtangga semasa belajar?