INSTITUSI PONDOK SEBAGAI PENJANA INTELEKTUAL UMMAH DI KELANTAN

Similar documents
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Ulama Dan Wacana Islam Dalam Hubungan Intelektual Di Tanah Melayu Dan Indonesia

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

EPISTEMOLOGI HUKUM ISLAM:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SKOP EKONOMI DALAM KONTRAK TABARRU AT : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AL-UM DAN MINHAJ AL-TALIBIN (AL-SYARBINI)

Takrifan Etika ethos

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 1-6 MASHITOH YAACOB * Centre for General Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRACT

ILMU KOLONIAL DAN ISLAMISASI ALAM MELAYU: ANALISIS KRITIKAL

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

WARISAN KARYA ULAMA MELAYU-ISLAM SILAM DAN KAITANNYA DENGAN PENGAJIAN MORAL DI ZAMAN MODEN

Jurnal Hadhari 6 (2) (2013) ABDUL KARIM ALI RAHIMIN AFFANDI ABD. RAHIM SYED MOHD JEFFRI SYED JAAFAR 1 ABSTRAK

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

PENDEKATAN PLURALISME DALAM PENGAIIAN ISLAM: SATU PENGENALAN

Fiqh Versi Alam Melayu : Satu Analisis Sejarah

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

PERANAN ILMU DAN TEKNOLOGI SEMASA DALAM PENGEMBANGAN PENGAJIAN ISLAM: SATU ANALISIS

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

The Malay Narrative Story Writing in the 1920S

Transcription:

1 INSTITUSI PONDOK SEBAGAI PENJANA INTELEKTUAL UMMAH DI KELANTAN Prof. Madya Dr Rahimin Affandi Abdul Rahim, Dr Nur Azuki Yusuff (UMK), Rohani Desa (KUIN), Norazlina Bt Zakaria (KUIN), Nor hayati Md. Dahlal, FAKTA UTAMA 1. Pondok; institusi pendidikan tertua di Tanah Melayu yang berkembang mengikut keperluan masyarakat/pelajar berpusatkan ketokohan Tok Guru. Ia berfungsi sebagai medium dan incubator pengajian ilmu Islam bersifat duniawi/ukhrawi dan kilang pemprosesan intelektual ummah. 2. Kertas kerja ini berusaha meyakinkan/menegaskan institusi ini sebagai penjana intelektual ummah di Kelantan khususnya. Analisa konsep intelektual Islam - Peranan institusi pondok menjana daya intelektualisme Islam Kelantan - Bagaimana institusi pondok di Kelantan menerapkan elemen intelektualisme. PERMASALAHAN 1.Dikotomi Masyarakat Islam Tradisionalis dan Modernis. (Azyumardi Azra,1999,60-62) Tradisionalis: serba keburukan, tidak mahu berubah, keras kepala, berpendirian nastolgia, anti pemodenan, out of date. Sesuai untuk pelajar tercicir daripada arus pendidikan perdana dan terbaru sekali, ianya menjadi pusat yang melahirkan golongan teroris (Rahimin Affandi Abd. Rahim,2002) puncanya media massa barat Modernis: positif yang kononnya bakal memajukan masyarakat Islam berasaskan kerangka penilaian barat yang dicanangkan sebagai bermutu tinggi dan penuh dengan elemen kemanusiaan sejagat. Namun, institusi ini terdapat pelbagai kelemahan besar. Rendahnya mutu elemen kognitif, afektif dan psikomotor graduan IPT moden ini.(wan Mohd Nor Wan Daud,1998,230) Hilangnya semangat patriotisme dan kesungguhan belajar,(nordin Kardi,2002,29-34) tiadanya sifat amanah dan terjerumus di dalam kancah maksiat.(zaini Ujang,1993,28-29) Pendirian: Bagi penulis, konsep intelektualism sebenarnya telah difahami dan dimainkan sepenuhnya oleh para mubaligh Islam awal yang kemudiannya diteruskan oleh ulama Melayu tempatan. Oleh sebab itu, sebagai kerangka asas perbincangan, kertas kerja ini tidak akan menggunakan neraca penilaian yang berasaskan kepada kerangka dikotomi tradisionalis-modenis. Sebaliknya, sebagai jalan tengah, kerangka perbincangan akan menggunakan suatu bentuk neraca penilaian yang lebih adil dan berteraskan pendekatan Realism (Dr. H.M. Atho Mudzhar,1998,47-58) 2. Intelektual menurut pandangan barat. Golongan manusia yang; 1) moden yang mampu mempergunakan kapasiti akal untuk meneliti perkembangan idea yang berbentuk bukan kebendaan di dalam masyarakatnya secara kritikal.(azyumardi Azra,1998,32-34) 2) prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan berusaha keras untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat. 3) lulusan daripada institusi pendidikan tinggi yang mengkhususkan program latihan dalam bidang S&T. (Ahmad Shukri Mohd. Naim,2003,226-227) 4) berpegang kepada kerangka ideologi sekularisme sebagai piawaian dan sistem nilai di dalam menjalankan aktiviti. (Ahmad Shukri Mohd. Naim,2003,240-245) Mengikut pandangan faham sekularisme, neraca utama bagi sesuatu etika dan perbuatan yang baik itu bergantung kepada;(rahimin Affandi Abd. Rahim,2003) a) Prinsip vitalisme apa sahaja yang berbentuk kuat dan menguntungkan dari segi kebendaan. b) Prinsip kreativiti apa sahaja yang boleh mencetuskan daya kreativiti dan menghasilkan ciptaan baru. c) Prinsip hedonisme apa-apa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu manusia. d) Prinsip majoriti masyarakat apa-apa sahaja yang disukai oleh tren dan kecenderungan masyarakat. Sekularisme dan anti agama beranggapan agama sebagai punca kelemahan dan penderitaan manusia,(rahminah Muharam,2000,202-212). Golongan intelektual perlu ditonjolkan sebagai ikon utama yang patut ditiru oleh semua lapisan masyarakat. Namun, dukacitanya mengikut pengamatan semasa, kita dapati media massa sering menonjolkan empat golongan sebagai idola dan simbol orang yang Berjaya di dalam hidup. Keempat golongan ini terdiri dari artis, ahli politik, ahli sukan dan tokoh korporat.(wan Mohd Nor Wan Daud,2001,125-129). Jika dikaji secara mendalam, semua

2 keempat ikon ini sebenarnya lebih banyak membawa elemen kerosakan di dalam masyarakat;(muhammad Kamal Hasan,1996,233) Kini, wujud kecenderungan yang begitu meluas di kalangan sarjana untuk menjelaskan tentang konsep dan peranan intelektual yang terikut-ikut dengan pendekatan sosiologi kapitalis dan Marxism yang cuba membezakan antara kelas ulama dengan golongan bukan berpendidikan agama. Pada akhirnya golongan bukan ulama akan ditonjolkan sebagai golongan terpelajar, prihatin dengan keadaan masyarakat, sanggup berkorban untuk memajukan masyarakat dan segala bentuk nisbah kebaikan.(syukri Ahmad,2000,19-28) Sebaliknya, golongan ulama dikategorikan sebagai golongan yang jumud, degil, pengganas, mementingkan diri sendiri dan banyak lagi nisbah negatif yang amat dashyat.(syukri Ahmad,2000,19-28) KERANGKA TEORI 1.Ciri-ciri Intelektual Muslim dan Melayu Kelas intelektual Melayu moden menurut pandanganmuhammad Zainiy Uthman (2001,146-148) perlu beroperasi di dalam masyarakat agar lebih bersesuaian dengan nilai-nilai Islam dan bertentangan dengan konsep intelektual barat yang berteraskan faham sekularisme seperti mana diperincikan oleh Azra Ayumardi tentang sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang intelektual Muslim(Azyumardi Azra,1998,43-47). Sarjana Melayu moden perlu bercirikan; 1) prihatin dengan realiti semasa membabitkan kemunduran anggota masyarakat yang dianggap sebagai tanggungjawab bersama bagi semua lapisan masyarakat.(russli Kamarudin,2002,140-144) 2) Penganalisaan akal yang kritis dan membina di dalam usaha meneliti sesuatu masalah. 3) Pergantungan kepada hidayah, inayah dan pertunjuk agama di dalam kehidupan. 4) Menyertai sesuatu jamaah Islam terpilih bagi tujuan tarbiyyah diri dan anggota jamaah yang disertakan pula dengan kesanggupan berkorban demi meningkatkan kalimah Allah dan tidak mudah terpedaya dengan dugaan kebendaan. 5) keteguhan pendirian (istiqamah) dalam perjuangan dan tidak mudah lalai dan leka dengan perkembangan positif yang telah dicapai daripada gerakan kebangkitan Islam era 1970-1990an. Apa yang jelasnya, mengikut Muhammad Abu Bakar kerana terlalu leka dengan perkembangan positif ini menyebabkan sesetengah kalangan ummah Melayu-Islam terlepas pandang terhadap perkembangan faham sekularisme yang turut sama merebak secara meluas di dalam masyarakat.(muhammad Abu Bakar,2000,207-219) 6) Melakukan penganalisaan kritikal terhadap konsep intelektual semasa(syed Hussein al-atas,1992,10-44) yang cuba menisbahkan lulusan agama dengan pelbagai nisbah negatif yang tidak sesuai dikaitkan dengan sifat seseorang intelektual yang amat diperlukan untuk zaman moden. Sebaliknya, berbanding dengan lulusan agama, lulusan bukan agama walaupun tidak dibekali dengan paradigma dan semangat pemikiran Islam yang jelas, telah ditonjolkan sebagai penyelamat umat Melayu Islam moden.(syukri Ahmad,2000,19-28) 7) Menjalinkan hubungan dan prihatin dengan nasib umat Islam lain di seluruh dunia,(rahimin Affandi Abd. Rahim,2002) termasuk juga perlu prihatin dengan perkembangan dialog peradaban yang menyaksikan kelemahan tamadun barat sebagai akibat daripada fahaman sekularisme yang menjemput pelbagai masalah yang kronik kepada masyarakat(wan Mohd. Nor Wan Daud,2001,25-40.) dan alam sekitar.(muhammad Kamal Hasan,2001,113-116) 8) Mengamalkan budaya ilmu yang positif membabitkan kesemua jenis ilmu pengetahuan yang berguna kepada diri dan masyarakat.( Muhammad Kamal Hasan,1996,56-57&93-97) 9) Berusaha memperlengkapkan diri dengan segala bentuk ilmu dunia dan akhirat ataupun menjalankan sepenuhnya budaya ilmu di dalam kehidupan.(wan Mohd Nor Wan Daud,1990,51-67) 10) Meletakkan neraca pertimbangan kebenaran hanya untuk mempertinggikan prinsip idealism Islam dan bukannya untuk kepentingan puak dan kecendurongan parti politik tertentu.(zulkifli Abd. Ghani,2002,257-258) 11) Terbuka dengan pendapat dan ilmu asing secara bertapis. 12) Membabitkan diri dengan merangka program untuk menghadapi permasalahan yang bakal timbul di dalam masyarakat.( Azyumardi Azra,1998,43-47) 13) Mementingkan pendekatan yang mencari punca dan mencadangkan jalan penyelesaian masalah secara mikro.(badlihisham Mohd. Nasir,1998,190-300) 14) Menghargai struktur, mekanisme dan sistem penyelesaian masalah yang sebelumnya telah dijalankan di dalam masyarakat (paradigma evolusi).(shukri Ahmad,2001,120-121) 15) Berusaha melakukan kajian dan mencuba model penyelesaian masalah yang difikirkan perlu.(ghazali Basri,1990,51-54)

3 16) Berusaha memantau keberkesanan cara penyelesaian masalah yang dikemukakan(abd Halim el- Muhammady,1993,18-19) 17) Berusaha menjalin dan menghidupkan jalinan ummah Islam sedunia bagi mempelajari kaedah penyelesaian masalah yang lebih sesuai untuk konteks zaman moden.( Azyumardi Azra,1998,43-45) 2. Intelektual Melayu Muslim; Satu Realiti Pernyataan: Berpandukan kesemua elemen intelektualism yang diterangkan di atas, jika dikaitkan dengan sejarah tamadun Islam yang awal, ternyata ketiga-tiga golongan ini, iaitu ulama, reformis dan intelektual merupakan suatu golongan yang sama sahaja, walaupun cuba dibezakan susunan tipologinya oleh sarjana yang terkemudian. Persamaan ini boleh dilihat dari segi peranan dan sumbangan mereka ke arah menyedarkan dan mengembalikan kefahaman masyarakat kepada nilai-nilai yang sejati, berhadapan dengan segala bentuk kemungkaran yang berkembang pesat di dalam masyarakat, yang sering dikenali dengan konsep jahiliah klasik dan moden. Penulis berpendapat, hanya golongan mubaligh awal dan anak murid mereka dari kalangan ulama Melayu tempatan yang paling sesuai dinisbahkan sebagai intelektual sejati. Hal ini didasarkan kepada fakta bahawa kerana usaha mereka masyarakat Melayu menganut ajaran Islam sehingga pada masa sekarang. Penafian: Apa yang menyedihkan, terdapat kalangan sarjana Islam sendiri yang telah terkena tempias pandangan negatif yang disogokkan oleh dunia barat, dan dalam konteks sejarah Tanah Melayu sendiri pengaruh ini turut dikesan dengan begitu meluas sekali. Golongan Kaum Muda yang memperjuangkan aliran reformism di Tanah Melayu telah seolah-olah menafikan sama sekali sumbangan besar yang telah dimainkan oleh golongan ulama tradisionalis di dalam membangunkan kefahaman Islam di Tanah Melayu.(Mohd. Taib Osman,1989,48-50;Abd. Jalil Borhan,1996,278-280) Dalam kupasan yang diberikan oleh Kaum Muda tentang golongan tradisionalis yang dikenali dengan Kaum Tua, mereka telah menggunakan beberapa pendekatan ala tajdid; 1) Pendekatan yang secara terang-terangan menghina ulama tradisional ini dengan menisbahkan kepada mereka dengan pelbagai nama yang hina.(rahimin Affandi Abd. Rahim,1995,30-31.) 2) Pendekatan yang mengutuk sistem pengajian tradisional Melayu, sistem Pondok yang menggunakan sistem pengajian ala Taqlid.(Rahimin Affandi Abd. Rahim,1995,30-31.) 3) Pendekatan yang mengutuk ulama tradisional yang terlibat di dalam institusi pentadbiran undang-undang Islam, termasuklah institusi fatwa yang kononnya telah bersekongkol dengan raja-raja Melayu dan pihak British sendiri tanpa mempedulikan nasib ummah Melayu yang serba kekurangan dalam aspek pemodenan.( Adnan Hj. Nawang,1998,74-76) Penegasan: Sikap keterlaluan kaum Muda ini yang kononnya cuba bertindak selaku penyelamat ummah Melayu, jika dilihat secara mendalam ternyata mempunyai kelemahan yang tersendiri, iaitu pandangan mereka yang begitu taasub dengan kemajuan material yang dicapai oleh kuasa British, sehinggakan menafikan sumbangan bernilai yang pernah dimainkan oleh ulama tradisional Melayu.(Ibrahim Abu Bakar,1994,171-172) Mungkin ada setengah pihak yang memperkecilkan sumbangan mubaligh yang awal, yang kononnya boleh diusahakan oleh sesiapa. Akan tetapi, jika dilihat kepada sumbangan mubaligh yang awal yang berjaya menerapkan pandangan world-view Islam, ternyata hal ini mustahil dapat dilakukan oleh ulama terkemudian. Mereka telah memberi nafas sebenar kepada pembinaan world-view(abdul Halim El-Muhammady,1992,1-14) (pandangan alam semesta) Melayu.(Abdul Rahman Abdullah,1999) Hasil penelitian yang dibuat oleh Prof. Hashim Musa terhadap tipologi sejarah tamadun alam Melayu, mendapati pembinaan tamadun Melayu ini telah diasaskan dengan enam pandangan world-view yang bersumberkan wahyu Allah. Keenam-enam pandangan ini telah menjadi pegangan utama masyarakat Melayu (konsep jati diri Melayu) sehingga kini (Hashim Musa,1999,48-49) yang terdiri antara lainnya; 1) Alam ini hasil ciptaan dan tabdiran Allah yang mencakupi alam primordial (arwah), alam dunia dan alam akhirat. Alam akhirat adalah destinasi dan natijah muktamad dari kehidupan di alam dunia. Kejayaan hakiki di alam akhirat adalah dapat memasuki syurga dan kejayaan di alam dunia adalah ketaatan kepada Allah. 2) Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-din yang mengandungi segala peraturan bagi segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi untuk kejayaan hakiki mereka. 3) Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya pembalasan yang buruk untuk amalan yang buruk. 4) Wawasan, misi, objektif, niat, strategi dan operasi segala bidang kerja hendaklah salih, benar dan mematuhi segala aspek hukum Islam tanpa kompromi, manipulasi dan tolak ansur.

4 5) Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala perkara yang membantu pembentukan insan yang beriman, beramal salih dan berakhlak mulia yang manafaatnya dapat dinikmati sama oleh orang lain. 6) Kehidupan pertengahan dan seimbang antara jasmani, akali dan rohani berasaskan kepada ilmu pengetahuan dalam bentuk fardhu Ain dan fardhu kifayah. Pemilihan Islam sebagai asas jati diri ini ternyata menguntungkan masyarakat Melayu kerana seperti mana berlaku kepada masyarakat Arab, Islam juga telah mengangkat martabat tamadun Melayu ke persada antarabangsa.(hashim Musa,2001,50)Proses ini telah menimbulkan semangat perpaduan (internationalism) di kalangan umat Melayu bahawa kedudukan mereka di dalam kerangka Tauhid, Ummah dan ukhuwwah bukan terhad kepada lingkungan kawasan dan sejarah alam Melayu semata-mata bahkan turut membabitkan kesemua umat Islam seluruh dunia dari setiap zaman dengan warisan tamadun yang tinggi.(rahimin Affandi Abdul Rahim,2000,18-19) Dengan konsep jati diri ini umat Melayu berasa berbangga menganut Islam yang menjadikan mereka sebahagian daripada serangkaian ummah Islam, seperti mana halnya golongan Arab yang dipandang mulia oleh masyarakat Melayu.(William Roff,1980,41) Faktor inilah juga yang menyebabkan di dalam sejarah alam Melayu kerap berlaku penentangan umat Melayu terhadap kuasa penjajah barat yang dianggap sebagai kuasa kafir(abdul Rahman Abdullah,1994) dan hal ini telah diakui sendiri oleh mubaligh Kristian yang mengatakan bahawa orang Melayu sebagai golongan yang kuat berpegang kepada agama Islam.(Charles Tisdall,1916,348-349) Apa yang jelasnya, sifat kemelayuan yang begitu sebati dengan Islam ini telah mengakibatkan sebarang serangan yang dibuat terhadap Islam akan dianggap seperti serangan yang dibuat terhadap asas kebudayaan Melayu.(Isabella Bird,1967,20) 3.0 PERANAN PONDOK DI DALAM MENJANA DAYA INTELEKTUALISM ISLAM DI KELANTAN 3.1 TERAWAL DAN KEKAL BERTAHAN Kawasan pantai timur Tanah Melayu (Kelantan dan Terengganu) sebagai tempat terawal di tanah Melayu yang menerima dan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh. Bukti terawal menerima Islam perlu didasarkan kepada wujudnya beberapa artifak yang khusus, merangkumi (i) kitab atau manuskrip agama, (ii) masjib tertua, (iii) institusi pendidikan Islam seperti pondok, (iv) kubur seseorang ulama dan (v) terpenting sekali pengaruh pemikiran Islam yang berkekalan serta dapat dikesan penggunaanya secara meluas di dalam masyarakat.(s. Hossein Nasr, Traditional Islam In The Modern World, London : Kegan Paul International, 1990, hlm 13). Fakta sampingan lain, sejarah Terengganu yang menjadi tempat persinggahan saudagar Islam Asia Barat dalam rutin perjalanan dagang mereka ke negeri China antara abab ke 13 dan 14 Masihi. Hal ini turut dikaitkan dengan fakta Islamisasi wilayah Champa di Indo China dan persamaannya dengan reality yang berlaku di Terengganu. Hal ini dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat di Phang Rang, Champa bertarikh 1309 Masihi.(S.M. Naqqiub al-attas,1992,12) Kemudiannya, Terengganu, Pattani dan Kelantan telah kekal statusnya sebagai pusat pendidikan Islam tradisional yang agak terkenal, sehingga kekal sampai pada masa sekarang. Walaupun kedatangan penjajah British di Tanah Melayu telah menyuntik epistemologi sekularisme barat di dalam masyarakat Melayu lain, institusi pendidikan Islam (pondok) di ketiga kawasan pantai timur Malaysia ini masih lagi mengekalkan tradisi keintelektual Islam sejati. Bahkan, ianya telah dianggap sebagai benteng terakhir untuk mempertahankan kesucian ajaran Islam itu sendiri, khususnya berhadapan dengan asakan fahaman sekularisme British.(Rahimin Affandi Abd Rahim,1999,18-31) Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sektor pendidikan merupakan medium terbaik yang boleh membawa perubahan dan kemajuan di dalam masyarakat ataupun tamadun. Input yang dilahirkan oleh IPT dalam bentuk graduan boleh menjadi aset terpenting di dalam membawa kemajuan dan pengembangan budaya kepada masyarakat.(wan Mohd Nor Wan Daud,1998,230) Atas dasar ini, aset ataupun modal insan ini perlu sentiasa diperkasakan dengan ilmu pengetahuan yang bakal memberikan kesan kepada aspek kognitif (elemen pemikiran), afektif (elemen sikap) dan psikomotor (kemahiran). Maknanya, ketiga elemen ini perlu dibangunkan potensinya yang kemudiannya perlu digabungkan dengan kemahiran teknikal dan sosial (insaniah) yang sangat diperlukan oleh masyarakat.(nurcholish Madjid,2003,215-222) 3.2 PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH Institusi pondok tradisi mampu menerapkan beberapa bentuk kemahiran insaniah. Sebagai contohnya, institusi pondok silam telah mampu menerapkan elemen Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis dan Menyelesaikan Masalah dan Etika dan Moral Professionalisme kepada lulusannya. Dalam sistem pengajian pondok, soal ilmu, amal (akhlak) dan disiplin amat dititikberatkan mengatasi soal lain.(shafie Abu Bakar,1994,101-103) Kita dapat

5 menyaksikan bagaimana usaha mulia ini akan mengambil masa yang panjang dan ianya tidak dianggap sebagai masalah oleh pelajar pondok. Mereka menyedari tentang kepentigan konsep Rehlah Ilmiah(Azyumardi Azra,1998,89-90) (termasuk beberapa ciri budaya ilmu : sentiasa ingin belajar, bertindak mengikut perkiraan ilmu dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi) Konsep ini menuntut pelajar sentiasa berusaha keras di dalam menuntut ilmu di pelbagai tempat tempat yang berbeza, bukan setakat untuk menimba ilmu bahkan pengalaman (seperti menyaksikan sosiologi masyarakat yang berbeza). Hasilnya, pengamalan konsep ini akan melahirkan ulama Islam yang mantap dari segi ilmu, akhlak dan pengalaman hidup yang kemudiannya mengikut epistemologi Islam bakal melahirkan hikmah (kebijaksanaan). Bagi tujuan penyebaran ilmu Islam tidak dapat tidak seseorang pelajar pondok perlu menguasai pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu dan Arab yang memang menjadi bahasa pengantar keilmuan Islam dan lingua franca pada masa tersebut. Hal ini terbukti dengan timbulnya konsep Serambi Mekah di kawasan Alam Melayu yang menjadi tempat persinggahan (pusat yang menyediakan Kursus Persediaan Pelajar) bagi mana-mana pelajar Alam Melayu yang melanjutkan pengajian mereka ke Mekah. Antara beberapa tempat yang dimaksudkan, Kelantan, Terengganu, Pattani, Kedah dan Acheh.(Rahimin Affandi Abd. Rahim,2003,47-74) 3.3 PENERAPAN ELEMEN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN Antara penekanan utama yang dititikberatkan dalam falsafah pendidikan pondok adalah : mendapat sebanyak mungkin ilmu untuk mencapai keredaan Allah; bertindak mengikut perkiraan ilmunya, menyebarkannya ke dalam masyarakat dan berfungsi sebagai pemimpin masyarakat(shafie Abu Bakar,1994,101-103); menjadikan matlamat pencarian ilmu bukan untuk tujuan kebendaan (makan gaji) tetapi untuk mencapai keredaan Allah dan nikmat pengetahuan(shafie Abu Bakar,1994,101-103) dan terpenting sekali menjadikan pelajar sebagai seorang yang mampu berdikari tanpa bergantong kepada orang lain. Untuk tujuan ini, mereka akan dibekalkan dengan segala bentuk keilmuan Islam dan kemahiran hidup yang amat diperlukan. (Shafie Abu Bakar,1994,101-103) Dalam konteks latihan keusahawanan, apa yang menariknya, pelajar pondok telah mempelajarinya secara langsung daripada pengamalan budaya hidup berdikari yang diamalkan oleh guru pondok. Guru pondok rata-ratanya boleh dikatakan sebagai usahawan yang berjaya sehingga dapat menarik minat masyarakat Melayu pada masa itu, seperti mana halnya mubaligh awal yang mengembangkan ajaran Islam di Alam Melayu yang terdiri daripada saudagar besar. Guru pondok terlibat dalam pelbagai aktiviti keusahawanan seperti penternakan (lembu, kambing dan ikan), pertanian (padi, tanaman kontang, getah, buah-buahan dan sayuran), pengilangan padi dan balak, kedai runcit, orang tengah untuk penjualan tanah dan getah serta agen haji. Apa yang diusahakan oleh guru pondok ini telah ditiru oleh pelajar mereka secara langsung sehingga ianya mampu melahirkan beberapa orang usahawan lulusan pondok yang berjaya. Sikap berdikari ini kemudiannya telah mula berubah apabila pihak British memperkenalkan sistem pendidikan barat di Tanah Melayu yang mewujudkan sindrom makan gaji di kalangan masyarakat Melayu.(Abdul Rahman Aziz,1996,213-218) Apa yang diperkenalkan oleh pihak British ini bertentangan sama sekali dengan budaya keusahawan dan hidup berdikari yang diterapkan dalam sistem pondok, berpaksikan kepada prinsip Tauhid (hanya Allah yang menentukan hidup dan rezeki mahkluk tanpa perlu bergantung harap kepada mahkluk) dan hadis Rasulullah tentang 90 peratus daripada sumber rezeki bersumberkan kepada perniagaan. Atas dasar inilah kita dapat melihat bagaimana institusi pondok berbentuk swasta (bebas) tanpa kongkongan dan kekangan polisi dari pihak pemerintah. Keadaan ini menyebabkan seseorang ulama itu dapat bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan tertentu.(rahimin Affandi Abd. Rahim,1994) Lebih tepat lagi, ulama pondok dalam era tradisi telah bertindak selaku agen perubahan dan intelektual ummah yang bersikap sensitif dan proaktif dengan isu semasa yang timbul di dalam masyarakat.(syukri Ahmad,2000,19-28) Pengembangan ekonomi yang dijana oleh institusi pondok boleh dilihat daripada fakta sejarah pengembangan ekonomi masyarakat Melayu silam. Sesuatu penempatan pondok yang biasanya berpusat di kawasan pendalaman dengan sebab hubungan yang rapat di antara masyarakat awam sekitar dengan warga pondok kemudiannya telah menambah aktifkan kegiatan sosial dan ekonomi serta melahirkan beberapa penempatan kampung yang baru.( Muhammad Abu Bakar,1990,1-4) Fenomena ini boleh dilihat contohnya dengan fakta kelahiran dan kemasyuran kawasan baru di Kelantan yang dikaitkan dengan ulama tempatan yang ada di tempat tersebut. Antaranya kawasan pekan Melor, Pasir Mas, Kubang Kerian (Tuk Kenali), Kota Bharu, Machang (Tuk Kemuning), Bachok (Tuk Bachok) dan sebagainya. 4.0 KAEDAH PENERAPAN ELEMEN INTELEKTUALISM DALAM MASYARAKAT KELANTAN (1) Mengasaskan Sistem Pendidikan Islam Yang Lebih Sistematik.(Abdul Latif Hamindong,1993,748)

6 Apa yang jelasnya, sebelum sistem pondok ini diperkenalkan, bentuk pengajian agama Islam adalah tidak teratur dan lebih bersifat serpihan yang berpusat di rumah ulama, Surau dan masjib.(che Omar Awang,1996,196-220)Sebaliknya, sistem pondok ala Patani-Kelantan dilihat sebagai lebih sistematik dan berkesan yang kekal sehingga sekarang. Di antara bentuk dan sistem pondok ini adalah, pertama, sesuatu kawasan pondok perlu mempunyai rumah guru, masjib dan hostel pelajar yang terletak di sekitar kawasan pondok yang biasanya dibina dalam kawasan pendalaman(abdul Rashid Ahmad,1966,23-24); keduanya, pembelajaran akan dilakukan di dalam masjib dalam bentuk halaqah yang dipimpin oleh seseorang guru dan pembantunya;(abdullah Ishak,1995, hlm 212-218) ketiga, terdapat jadual waktu pengajian yang khusus disesuaikan dengan pencapaian seseorang pelajar yang dibahagikan kepada tiga peringkat utama (awal, pertengahan dan tinggi);(abdullah Ishak,1995,205-207) keempat, sesuatu pengajian dibuat berasaskan kepada beberapa kitab tertentu mengikut kecenderungan dan kepakaran seseorang guru(shafie Abu Bakar,1994,104-111); kelima, pedagogi dan kaedah pengajaran biasanya menggunakan pendekatan Taqlid (menadah kitab) membabitkan pengajaran satu hala daripada guru kepada murib dan perbincangan antara keduanya, (Shafie Abu Bakar,1994,112-115;Abdul Rashid Ahmad,1966,26-28) dan keenamnya, struktur organisasi pondok telah disusun secara teratur dengan seseorang guru selaku pemimpin dan rujukan utama yang dibantu sepenuh oleh beberapa orang pembantu yang terdiri dari pelajar-pelajar yang lebih senior.(ibrahim Abu Bakar,1994,101-104) Apa yang cukup membanggakan adalah sistem pengajian pondok ini dapat dianggap cukup advance untuk zaman dan keadaan masyarakat tradisi dengan keistimewaan khusus merujuk kepada usaha pembudayaan ilmu. Dewasa ini, kedapatan beberapa orang sarjana yang mengkritik dan bersikap sinikal terhadap sistem pengajian pondok yang dikatakan out of date dan tidak mampu berhadapan dengan pemodenan.(rahimin Affandi Abd. Rahim,1995, hlm 30-31) Pendapat ini walaupun boleh dikatakan sebagai separuh betul, tetapi ianya dibuat dalam bentuk yang tidak memenuhi adab ikhtilaf di dalam Islam. Ini kerana, sistem pengajian pondok telah difikir dan dirangka dengan teliti oleh ulama silam untuk era zamannya, dan ternyata ianya telah berjaya berfungsi seperti yang diharapkan. Oleh sebab itu tindakan mengkritik secara sewenang-wenangnya tanpa mengambilkira faktor masa ini adalah amat salah.(shafie Abu Bakar,1994,93-94) Dalam konteks penerapan budaya ilmu, keistimewaan yang dimiliki oleh sistem pondok ini adalah; 1) Sistem pengajian yang dibuat secara swasta tanpa kongkongan dan kekangan polisi dari pihak pemerintah.(abdul Rashid Ahmad,23-24) Keadaan ini menyebabkan seseorang ulama itu dapat bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan tertentu.(rahimin Affandi Abd. Rahim,1994) Lebih tepat lagi, ulama pondok dalam era tradisi telah bertindak selaku agen perubahan dan intelektual ummah yang bersikap sensitif dan proaktif dengan isu semasa yang timbul di dalam masyarakat.(syukri Ahmad,2000,19-28) 2) Sistem pengajian yang berorientasikan perkaitan antara teori dan praktikal, yang menekankan pemupukan budaya ilmu bagi menjadikan seseorang pelajar; a) mendapat sebanyak mungkin ilmu untuk mencapai keredaan Allah. b) bertindak mengikut perkiraan ilmunya, menyebarkannya ke dalam masyarakat dan berfungsi sebagai pemimpin masyarakat.(shafie Abu Bakar,1994,101-103) c) Menjadikan matlamat pencarian ilmu bukan untuk tujuan kebendaan (makan gaji) tetapi untuk mencapai keredaan Allah dan nikmat pengetahuan.(shafie Abu Bakar,1994,101-103) d) Menjadikan pelajar sebagai seorang yang mampu berdikari tanpa bergantong kepada orang lain. Untuk tujuan ini, mereka akan dibekalkan dengan segala bentuk keilmuan Islam dan kemahiran hidup yang amat diperlukan.(shafie Abu Bakar,1994,101-103) e) Menekankan persoalan akhlak dan disiplin Islam melebihi segala-galanya.(abdullah Ishak,1995,202-204) 3) Sistem pengajian yang bersifat terbuka yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk mengikutinya tanpa mengira latar belakang keturunan dan faktor umur.(robert L. Winzeler,1975,92-99) Apa yang boleh dibanggakan adalah melalui pendekatan ini secara tidak langsung ianya telah pun mengamalkan konsep pendemokrasian pendidikan berasaskan penekanan kepada kepentingan ilmu dalam kehidupan seseorang Islam, ilmu adalah milik bersama dan setiap individu berhak diberi peluang untuk mendapatkan ilmu.(rahimin Affandi Abd. Rahim, 2003,1-31) (2) Menjana Perkembangan Sosio-Politik-Ekonomi Masyarakat Melayu Ke Arah Yang Lebih Berasaskan Budaya Ilmu Yang Agak Positif. Proses ini boleh dilihat daripada tindakan yang merapatkan hubungan antara pondok dengan kegiatan masyarakat dan menjadikan Pondok sebagai kubu utama untuk mempertahankan kesuciaan agama Islam dari serangan kuasa

7 penjajah barat.(kamaruzzaman Bustaman Ahmad,2002,65-84) Mengikut analisa Muhammad Abu Bakar, sesuatu penempatan pondok yang biasanya berpusat di kawasan pendalaman dengan sebab hubungan yang rapat di antara masyarakat awam sekitar dengan warga pondok kemudiannya telah menambah aktifkan kegiatan sosial dan ekonomi serta melahirkan beberapa penempatan kampung yang baru.(muhammad Abu Bakar,1990,1-4) Jalinan hubungan kemasyarakatan ini telah menjadikan pondok tersebut sebagai tempat rujukan utama kepada anggota masyarakat.(muhammad Abu Bakar,1990,1-4) Dengan cara ini secara tidak langsung institusi pondok telah menjadi pembimbing utama kegiatan masyarakat ke arah nilai-nilai Islam dan menjadi penapis dan kubu untuk menangkis serangan idea pemodenan berteraskan sekularisme yang dibawa oleh penjajah barat.(abdullah Ishak,1995,230-235) (3) Menjana Perkembangan Intelektualisme Islam Di Kalangan Masyarakat Melayu. Hal ini boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti; (i) Menjana kelahiran sarjana Melayu-Islam yang mampu bertindak sebagai intelektual ummah secara lebih kritikal berhadapan dengan permasalahan masyarakat. Contohnya yang cukup jelas boleh dilihat daripada sumbangan ulama Patani-Kelantan yang menetapkan di Mekah dan Mesir yang menjana dan meniupkan semangat nasionalisme sebenar kepada serangkaian pelajar Melayu di timur tengah.(md. Sidin Ahmad Ishak,2000,26-28)Reputasi ulama Patani yang berada di Mekah dan Mesir telah menarik sebahagian besar pelajar Melayu untuk melanjutkan pelajaran mereka ke pusat pengajian keilmuan Islam ini.(md. Sidin Ahmad Ishak,2000,46-50). Akibatnya, pelajar-pelajar alam Melayu ini telah terdedah dengan perjuangan Pan-Islamism di bawah pimpinan Jamaluddin al-afghani dan Muhammad Abduh.(Mohammad Redzuan Othman,1998,154) Berbanding dengan tokoh-tokoh nasionalis feudal Melayu(Shaharuddin Maaruf, Konsep wira dalam masyarakat Melayu, Singapura, 1993,99-116) di Tanah Melayu yang lahir dari sistem pendidikan penjajah yang kebanyakannya menjadikan seseorang pelajar itu berjiwa British dan pro-british(khasnor Johan,2000,134-145), nasionalis-reformis Melayu yang awal ini lebih menjiwai kesedaran Islam yang sejati dan menghayati penderitaan umat Melayu yang disisih dengan dasar penjajahan British.( Husin Mutalib,1990,18-19) (ii) Penggunaan kitab Jawi sebagai alat untuk memperkembangkan keilmuan Islam di kalangan masyarakat tempatan dengan cukup berkesan.(omar Awang,1981,80-85) Fenomena yang mengambilkira elemen tempatan dalam bentuk memilih bahasa tempatan sebagai medium untuk penyebaran ilmu agama telah dilakukan oleh sarjana Islam di kebanyakan dunia Islam, seperti penciptaan tulisan Urdu di India dan tulisan Parsi di Iran berteraskan dari segi bentuknya kepada bahasa Arab dengan sedikit sebanyak pengubahsuaian.(omar Awang,1980,55) Kemudiannya, dalam kerangka perpaduan ummah, karya-karya Melayu Islam menggunakan tulisan jawi ini telah dikembangkan dan disebarkan di banyak tempat dalam dunia Islam seperti di Mekah, Bombay, Istanbul dan Kaherah.(Mohammed Redzuan Othman,1998,57) Ini menunjukkan bagaimana apabila diterima sebagai salah satu dari rangkaian ummah Islam sedunia, hasil karya intelektual Islam umat Melayu (kitab Jawi) telah turut diterima secara meluas dan diakui mutu akademiknya di beberapa pusat keilmuan Islam dunia.(md. Sidin Ahmad Ishak,2000,26-34) Daripada perkembangan pesat kitab Jawi di alam Melayu ini kita dapat melihat bentuk dan pengetahuan keilmuan Islam amnya dan perundangan Islam khususnya telah dicirikan dengan pandangan tradisional fuqaha Patani-Kelantan. Selain itu juga bentuk keilmuan Islam yang dianuti dan dipelajari di Mekah telah turut mencirikan pemahaman keislaman yang diamalkan di alam Melayu.(Md. Sidin Ahmad Ishak,2000,26-34) Hal ini bersesuaian dengan situasi keilmuan pada masa ini yang berkiblat secara langsung dengan kota Mekah, yang merupakan pusat pengajian Islam yang menduduki hiraki yang tertinggi sekali.(mahmood Zuhdi Abd. Majid,1992,217-224) Selanjutnya, segala bentuk pemahaman ala Mekah ini akan turut diikuti secara sakral oleh penduduk alam Melayu.(C.S. Hurgronje,1906,165) (iii) Penggunaan kaedah gradualism yang berhikmah bagi menghakis dominasi budaya feudalism di dalam masyarakat Melayu. Penulisan keilmuan Islam di dalam kitab jawi adalah bebas dari pengaruh pandangan world-view pra-islam yang berasaskan feudalism. Penulisan perundangan di zaman sebelumnya, dengan menggunakan contoh teks Hukum Kanun Melaka, secara jelas telah diresapi dengan unsur-unsur Islam yang bercampur aduk dengan sistem adat tempatan.(m.b. Hooker,1978,48-68) Bersesuaian dengan latar belakang masyarakat yang mengamalkan sistem sosial yang tertutup dan masih baru menerima Islam, kita dapati dalam banyak hal penggunaan kaedah dan prinsip syariah adalah amat ringkas, terhad dan terbatas.(m.b. Hooker,1978,33-34) Dengan penghasilan kitab jawi yang diusahakan oleh fuqaha Patani yang rata-ratanya terputus dengan pengaruh feudalism yang mendominasi rantau

8 alam Melayu, sedikit demi sedikit world-view feudalism ini telah dihapuskan. Berbanding dengan bentuk penulisan sebelumnya, kandungan kitab jawi lebih mengambarkan perundangan Islam yang sebenar tidak seperti pandangan golongan feudal Melayu yang telah menyusun Hukum Kanun Melaka.( Abdul Kadir Muhammad,1996,13-14 dan 32) (4) Pengukuhan Aliran Sunni-Mazhab Shafi I Sebagai Wadah Perpaduan Ummah Melayu-Islam. Bagi pandangan penulis, tidak keterlaluan dikatakan bahawa pendekatan ke (4) ini amat bersesuaian dengan realiti masyarakat Melayu yang baru memeluk Islam. Seandainya hal ini tidak berlaku ataupun perkembangan hukum Islam berjalan dalam pelbagai mazhab yang berbeza, rasanya tidak mustahil pengaruh budaya Taqlid yang berlaku di luar tanah Melayu yang dicirikan dengan sifat fanatik yang melampau(mahmood Zuhdi Abd. Majid, Sejarah pembinaan Hukum Islam, hlm 217-220) akan turut tersebar di Tanah Melayu. Seandainya hal ini berlaku, sudah pasti usaha memperkembangkan nilai-nilai Islam di dalam masyarakat Melayu akan turut terjejas teruk. Dalam soal ini, rantau alam Melayu telah secara teguh mengikut faham tradisionalism yang berteraskan mazhab Shafi i. Penguasaan dan dominasi ini tercetus memandangkan rantau alam Melayu ini telah menerima kedatangan awal Islam mengikut aliran Ahlu Sunnah wal jamaah yang bercampur dengan prinsip kesufian yang tinggi.(a.h. John,1961,40-41) Di lihat kepada teori dan sejarah kedatangan Islam yang awal, walaupun memang ada pengaruh mazhab Syiah(Abdul Rahman Abdullah, Pemikiran Umat Islam di Nusantara, hlm 36-39) dan wujud pertentangan mazhab dalam soal tasawuf falsafah(abdul Rahman Abdullah,1999,157-167), fakta sejarah telah mencatatkan bahawa umat Melayu di rantau alam Melayu masih secara kuat berpegang kepada mazhab Sunni. Penguasaan ini kemudiannya telah diperkuatkan lagi dengan penulisan kitab jawi yang diusahakan oleh fuqaha Patani-Kelantan yang hanya menggunakan pandangan mazhab sunni dalam perbincangan mereka.(abdul Halim el- Muhammady,1992,54-55& 57) (5) Penerapan Kaedah Ilmiah Yang Ketat Di Dalam Pemahaman Hukum Islam. Bertentangan dengan pandangan sinis yang sering dilontarkan kepada pendekatan ala Taqlid yang dipakai dalam kitab Jawi,(Rahimin Affandi Abdul Rahim,1995,29-41) kita boleh mendapati bagaimana fuqaha Patani-Kelantan masih menerapkan kaedah ilmiah yang mempunyai nilai akademik yang tinggi. Memanglah diakui bahawa bersesuaian dengan dominasi era taqlid yang melanda seluruh dunia intelektual Islam pada masa ini, sifat, ciri-ciri dan penggunaan metodologi taqlid ini memang telah diaplikasikan sepenuhnya di dalam penulisan kitab-kitab jawi oleh fuqaha Patani-Kelantan. Kalau dilihat secara teliti, kita akan mendapati bagaimana penggunaan metodologi taqlid ini telah digunakan secara sederhana. Antara metodologi yang dimaksudkan adalah :- 1) penulisan kitab jawi lebih merupakan saduran dan terjemahan dari kitab asal zaman taqlid.(m.b. Hooker,1985,11) Namun begitu, pemilihan yang rapi telah dibuat berasaskan kepada kitab-kitab yang berotoriti dan muktabar yang terkenal dalam dunia sunni pada masa itu.(omar Awang,1981,80-81;Fauzi Deraman,1997,493-502) 2) Kitab jawi telah menggunakan kitab turath era taqlid yang lebih awal sebagai sumber rujukan utama dan tidak mempedulikan sumber rujukan yang asasi.(rahimin Affandi Abd. Rahim,1994,51-52) Namun begitu, ini bukanlah bermakna fuqaha Patani langsung tidak merujuk kepada sumber yang lebih asasi, Quran dan sunnah. Ini kerana kedapatan beberapa penerangan dalam kitab jawi karangan fuqaha Patani yang merujuk dan memetik beberapa ayat Quran dan hadis sebagai landasan asas keterangan mereka.(fauzi Deraman,1997,439-440&441-445) 3) Keterangan ala Taqlid yang dikemukakan terputus dari realiti semasa yang bersifat tempatan (alam Melayu) dan lebih menumpukan perhatian kepada realiti timur tengah.(rahimin Affandi Abd. Rahim,2000,32-34) Dalam soal ini dua contoh boleh diberikan untuk menafikan dakwaan penggunaan pendekatan ini dalam tulisan fuqaha Patani. Pertamanya, Syeikh Daud Patani dalam menerangkan tentang dinamika dan kepentingan sumber Urf untuk sesuatu masyarakat yang bukan Arab telah memasukkan untuk bacaan masyarakat antarabangsa pada waktu itu, konsep dan pengamalan harta sepencarian yang telah diterima sebagai urf yang sahih di dalam masyarakat Melayu (Negeri di bawah angin).(suwaid Tapah,2001,11-13) Keduanya, Syeikh Daud Patani juga telah membangkitkan isu dan kepentingan jihad menentang kuasa penjajah kafir yang pada masa itu sedang meluaskan empayar jajahan takluk mereka di alam Melayu. Perbincangan sistem fiqh Islam yang begitu luas telah dijadikan sebagai teks panduan utama yang membantu kesempurnaan pengamalan Islam dan taklif syarak oleh penduduk alam Melayu.(Virginia Matheson&M.B. Hooker,1988,28-30) Dalam konteks Malaysia, walaupun perkembangan pesat telah melanda

9 sistem pendidikan negara, akan tetapi kepentingan kitab jawi ini masih belum dilupakan, bahkan ianya telah menjadi rujukan utama yang digunakan dalam sistem pengajian keilmuan Islam dan juga Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. (6) Mengamalkan Sikap Yang Terbuka Dan Menerima Pakai Prinsip Tajdid Yang Difikirkan Mampu Menyelesaikan Permasalahan Hukum Amali Masyarakat. Hal ini secara terang-terangan boleh dilihat daripada penggunaan fuqaha tradisionalis di Kelantan pelbagai pendapat fuqaha yang berbeza dan prinsip Talfiq di dalam menyelesaikan masalah zakat fitrah padi di Kelantan. Pengamalan pelbagai prinsip tajdid terpilih di dalam pengeluaran fatwa membabitkan isu yang timbul di dalam masyarakat. Hal ini antara lainnya boleh dirujuk kepada penggunaan konsep maslahah, amalan merujuk terus kepada Quran dan Sunnah, penerimaan konsep talfiq dan pengunaan sumber rujukan para reformis semasa di dalam mentarjihkan sesuatu pandangan baru. Pengamalan prinsip-prinsip tajdid ini jelas membuktikan bagaimana aliran tradisionalism walaupun sering dituduh sebagai anti kepada pemodenan, masih lagi terbuka dengan segala prinsip dan kehendak moden semasa. Hal ini juga membuktikan bahawa aliran ini tidaklah seburuk seperti yang kerap didakwa dan masih lagi mengutamakan kepentingan umat Islam, khususnya yang membabitkan persoalan baru yang timbul di dalam masyarakat. 5.0 KESIMPULAN Sebagai rumusan akhir, dapat kita katakan bahawa walaupun kita dituntut untuk mengamalkan paradigma pemikiran yang bersifat moden dan progressif untuk konteks zaman moden ini, ini bukanlah bermakna kita boleh memperkecilkan sumbangan yang pernah diberikan oleh kalangan ulama Melayu-Islam silam berasaskan paradigma tradisionalism. Setakat yang telah dipaparkan dengan cukup panjang lebar di dalam kajian ini, terbukti bahawa sumbangan bermakna yang telah diberikan oleh aliran tradisionalism ini dalam konteks negeri Kelantan adalah amat besar sekali. Sebaiknya, sebagai umat Islam yang mempunyai asas jati diri kekuatan iman dan tradisi yang cukup kukuh, segala pandangan negatif yang dibawakan oleh genre penulisan barat yang sering memperkecilkan paradigma tradisionalism perlu ditolak dan dinilai secara selektif. Apa yang lebih penting lagi, sebagai langkah strategic kita patut merancang langkah yang berstruktur dan berteraskan wawasan zaman moden untuk memperkuatkan lagi dominasi pengamalan Islam yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia semasa. INSTITUSI PONDOK SEBAGAI PENJANA INTELEKTUAL UMMAH DI KELANTAN Prof. Madya Dr Rahimin Affandi Abdul Rahim, Dr Nur Azuki Yusuff (UMK), Rohani Desa (KUIN), Norazlina Bt Zakaria (KUIN), Nor hayati Md. Dahlal, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Lembah Pantai 50603, Kuala Lumpur. Telefon : 012-5376560/ 012-3192177. Emel : faqir_ila_rabbih@um.edu.my, annur_1909@yahoo.com Abstrak Institusi pondok adalah antara institusi pendidikan tertua di Tanah Melayu. Ia berkembang mengikut keperluan masyarakat dan sambutan pelajar yang datang dengan berpusatkan ketokohan Tok Guru yang mengajar ilmu-ilmu Islam. Institusi pondok berperanan menyampaikan dan mengekalkan sistem ajaran Islam kepada masyarakat Islam setempat. Ia mempunyai keistimewaan dan berkedudukan tinggi serta berpengaruh besar dalam ketamadunan Masyarakat Melayu Tanah Melayu. Institusi pondok berfungsi sebagai medium atau incubator kepada pengajian ilmu-ilmu Islam samada bersifat duniawi dan ukhrawi serta menjadi kilang pemprosesan bagi melahirkan intelektual ummah zaman berzaman. Berpaksikan reality tersebut, kertas kerja ini berusaha meyakinkan semua berkenaan penegasan institusi pondok sebagai penjana intelektual ummah amnya dan di Kelantan khususnya. Kertas kerja ini mengandungi beberapa bahagian utama. Ia dimulai dengan pengenalan kemudiannya pernyataan konsep intelektual Islam; satu analisis, seterusnya melihat peranan institusi pondok dalam menjana daya intelektualisme Islam di Kelantan. Perbincangan kemudiannya tertumpu kepada bagaimana institusi pondok di Kelantan menerapkan elemen intelektualism dan akhirnya disusuli dengan kesimpulan.

10 Keywords: Institusi Pondok, Konsep Intelektual, Pengajian Islam, Elemen Intelektualism 1.0 PENGENALAN Sebilangan besar sarjana moden dengan tren yang terkini membahagikan kalangan masyarakat Islam kepada dua kumpulan (dikotomi) yang berbeza iaitu tradisionalis dan modernis.(azyumardi Azra,1999,60-62) Dikotomi ini cuba mengaitkan golongan tradisionalis ini dengan serba keburukan seperti sifat yang tidak mahu berubah, keras kepala, berpendirian nastolgia dan anti pemodenan.(rahimin Affandi Abd. Rahim,2002) Manakala, golongan modernis pula dikaitkan dengan pelbagai sifat positif yang kononnya bakal memajukan masyarakat Islam berasaskan kerangka penilaian barat yang dicanangkan sebagai bermutu tinggi dan penuh dengan elemen kemanusiaan sejagat. Lebih memburukkan lagi keadaan, institusi pondok yang mewakili paradigma tradisionalis telah dikaitkan dengan pelbagai nisbah yang buruk, seperti institusi pondok adalah institusi klasik yang out of date, hanya sesuai untuk golongan pelajar yang tercicir daripada arus pendidikan perdana dan terbaru sekali, ianya menjadi pusat yang melahirkan golongan teroris. Sebahagian besar paparan ini sebenarnya telah diberikan oleh media massa barat, yang kemudiannya turut dipegang oleh masyarakat Islam sendiri. Namun, institusi pendidikan moden ini yang sering diagung-agungkan kini, didapati turut terdapat pelbagai kelemahan yang besar. Antara yang utama, ianya dikaitkan dengan rendahnya mutu elemen kognitif, afektif dan psikomotor yang ditunjukkan oleh graduan institusi pengajian tinggi (IPT) moden ini.(wan Mohd Nor Wan Daud,1998,230) Ianya termasuk hilangnya semangat patriotisme dan kesungguhan belajar,(nordin Kardi,2002,29-34) tiadanya sifat amanah dan terjerumus di dalam kancah maksiat.(zaini Ujang,1993,28-29) Berasaskan tren yang perlu dipulihkan ini, kertas kerja ini cuba mengetengahkan resolusi dengan menganalisa konsep intelektualism Islam yang dikaitkan dengan institusi pondok di Kelantan secara amnya dan di dalam lipatan sejarah tanah Melayu khususnya. Bagi penulis, konsep intelektualism sejati sebenarnya telah difahami dan dimainkan sepenuhnya oleh para mubaligh Islam yang awal yang kemudiannya telah diteruskan oleh ulama Melayu tempatan. Oleh sebab itu, sebagai kerangka asas perbincangan, kertas kerja ini tidak akan menggunakan neraca penilaian yang berasaskan kepada kerangka dikotomi tradisionalis-modenis. Sebaliknya, sebagai jalan tengah, kerangka perbincangan akan menggunakan suatu bentuk neraca penilaian yang lebih adil dan berteraskan pendekatan realism(dr. H.M. Atho Mudzhar,1998,47-58)iaitu bakal dilakukan terhadap sejarah perkembangan isntitusi Pondok di Negeri Kelantan, mengikut kontekstual zaman silam.(shafie Abu Bakar,1994,93-94) Ini bukanlah bermakna bahawa semua aliran tradisionalism akan dianggap sebagai serba sempurna (maksum), memandangkan memang kedapatan pelbagai keburukan yang dibawa oleh aliran tradisionalism ini.(rahimin Affandi Abd. Rahim,1995,30-31) 2.0 KONSEP INTELEKTUALISM ISLAM: SATU ANALISIS Dalam kerangka intelektual barat yang berfahaman sekularisme dan anti agama beranggapan agama sebagai punca kelemahan dan penderitaan manusia,(rahminah Muharam,2000,202-212) Kupasan mengenai konsep dan siapa dia golongan intelektual beracuan barat dijelaskan dengan beberapa perkara yang utama, iaitu; 5) Segolongan manusia moden yang mampu mempergunakan kapasiti akal untuk meneliti perkembangan idea yang berbentuk bukan kebendaan di dalam masyarakatnya secara kritikal.(azyumardi Azra,1998,32-34) 6) Manusia yang prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan berusaha keras untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat. 7) Ianya adalah lulusan daripada institusi pendidikan tinggi yang mengkhususkan program latihan dalam bidang S&T yang kemudiannya membolehkan mereka menceburi bidang profession yang memerlukan kepakaran yang bersifat khusus dan tidak mungkin diceburi oleh masyarakat awam yang biasa. Pendek kata, mereka adalah golongan professional moden seperti doktor, arkitek, jurutera, akautan, peguam dan sebagainya yang amat diperlukan untuk proses pembangunan sesuatu masyarakat.(ahmad Shukri Mohd. Naim,2003,226-227) 8) Ianya berpegang kepada kerangka ideologi sekularisme sebagai piawaian dan sistem nilai di dalam menjalankan aktiviti. (Ahmad Shukri Mohd. Naim,2003,240-245) Mengikut pandangan faham sekularisme, neraca utama bagi sesuatu etika dan perbuatan yang baik itu bergantung kepada;(rahimin Affandi Abd. Rahim,2003) a) Prinsip vitalisme apa-apa sahaja yang berbentuk kuat dan menguntungkan dari segi kebendaan akan dianggap sebagai baik. b) Prinsip kreativiti apa-apa sahaja yang boleh mencetuskan daya kreativiti dan menghasilkan ciptaan baru akan dianggap sebagai baik dan bermutu.

c) Prinsip hedonisme apa-apa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu manusia akan dianggap sebagai baik, manakala apa-apa sahaja yang boleh membawa penderitaan nafsu akan dianggap sebagai buruk. d) Prinsip majoriti masyarakat apa-apa sahaja yang disukai oleh tren dan kecenderungan sesuatu masyarakat akan dianggap sebagai baik Hakikatnya, golongan intelektual perlu ditonjolkan sebagai ikon utama yang patut ditiru oleh semua lapisan masyarakat. Namun, dukacitanya mengikut pengamatan semasa, kita akan mendapati bagaimana media massa di Malaysia sering menonjolkan empat golongan sebagai idola dan simbol orang yang Berjaya di dalam hidup. Keempat golongan ini terdiri dari artis, ahli politik, ahli sukan dan tokoh korporat.(wan Mohd Nor Wan Daud,2001,125-129) Apa yang jelasnya, golongan intelek tidak dimasukkan sebagai salah satu daripada ikon pilihan ini. Jika dikaji secara mendalam, semua keempat ikon ini sebenarnya lebih banyak membawa kepada wujudnya elemen kerosakan di dalam masyarakat;(muhammad Kamal Hasan,1996,233) 1) Dukungan antara tokoh korporat, bekas kakitangan tertinggi kerajaan yang terlibat di dalam penguatkuasaan undang-undang negara dan ahli politik Melayu, - di dalam mewujudkan budaya munkar dan menjadi taukeh maksiat.(zaharom Nain,2002,112-122) 2) Artis dijadikan sebagai alat untuk mengukuhkan budaya comsumerism dan maksiat(salasiah Abd. Wahab,2001,15-20) yang membawa budaya sekularisme.( Abdul Rahman Abdullah,2001,150-153) 3) Ahli politik terlibat dalam usaha menghidupkan budaya feudal yang melampau,(shaharuddin Maaruf,1993,99-116) terlibat di dalam amalan pecah amanah, menghidup budaya politik berpuak (kronisme) dan menjual kepentingan Negara kepada pihak luar.(jamaie Hamil,2004, 126-131) Kini, wujud kecenderungan yang begitu meluas di kalangan sarjana untuk menjelaskan tentang konsep dan peranan intelektual yang terikut-ikut dengan pendekatan sosiologi kapitalis dan Marxism yang cuba membezakan antara kelas ulama dengan golongan bukan berpendidikan agama. Pada akhirnya golongan bukan ulama akan ditonjolkan sebagai golongan terpelajar, prihatin dengan keadaan masyarakat, sanggup berkorban untuk memajukan masyarakat dan segala bentuk nisbah kebaikan.(syukri Ahmad,2000,19-28) Sebaliknya, golongan ulama dikategorikan sebagai golongan yang jumud, degil, pengganas, mementingkan diri sendiri dan banyak lagi nisbah negatif yang amat dashyat.(syukri Ahmad,2000,19-28) Kelas intelektual Melayu moden menurut pandanganmuhammad Zainiy Uthman (2001,146-148) perlu beroperasi di dalam masyarakat agar lebih bersesuaian dengan nilai-nilai Islam dan bertentangan dengan konsep intelektual barat yang berteraskan faham sekularisme seperti mana diperincikan oleh Azra Ayumardi tentang sifatsifat yang perlu dimiliki oleh seseorang intelektual Muslim(Azyumardi Azra,1998,43-47). Sarjana Melayu moden juga turut bercirikan; 3. Prihatin dengan realiti semasa membabitkan kemunduran anggota masyarakat yang dianggap sebagai tanggungjawab bersama bagi semua lapisan masyarakat.(russli Kamarudin,2002,140-144) 4. Penganalisaan akal yang kritis dan membina di dalam usaha meneliti sesuatu masalah. 5. Pergantungan kepada hidayah, inayah dan pertunjuk agama di dalam kehidupan. 6. Menyertai sesuatu jamaah Islam terpilih bagi tujuan tarbiyyah diri dan anggota jamaah yang disertakan pula dengan kesanggupan berkorban demi meningkatkan kalimah Allah dan tidak mudah terpedaya dengan dugaan kebendaan. 7. Mengamalkan keteguhan pendirian (istiqamah) dalam perjuangan dan tidak mudah lalai dan leka dengan perkembangan positif yang telah dicapai daripada gerakan kebangkitan Islam era 1970-1990an. Apa yang jelasnya, mengikut Muhammad Abu Bakar kerana terlalu leka dengan perkembangan positif ini menyebabkan sesetengah kalangan ummah Melayu-Islam terlepas pandang terhadap perkembangan faham sekularisme yang turut sama merebak secara meluas di dalam masyarakat.(muhammad Abu Bakar,2000,207-219) 8. Melakukan penganalisaan kritikal terhadap konsep intelektual semasa(syed Hussein al-atas,1992,10-44) yang cuba menisbahkan lulusan agama dengan pelbagai nisbah negatif yang tidak sesuai dikaitkan dengan sifat seseorang intelektual yang amat diperlukan untuk zaman moden. Sebaliknya, berbanding dengan lulusan agama, lulusan bukan agama walaupun tidak dibekali dengan paradigma dan semangat pemikiran Islam yang jelas, telah ditonjolkan sebagai penyelamat umat Melayu Islam moden.(syukri Ahmad,2000,19-28) 9. Menjalinkan hubungan dan prihatin dengan nasib umat Islam lain di seluruh dunia,(rahimin Affandi Abd. Rahim,2002) termasuk juga perlu prihatin dengan perkembangan dialog peradaban yang menyaksikan kelemahan tamadun barat sebagai akibat daripada fahaman sekularisme yang menjemput pelbagai masalah yang kronik kepada masyarakat(wan Mohd. Nor Wan Daud,2001,25-40.) dan alam sekitar.(muhammad Kamal Hasan,2001,113-116) 11